Friday 27 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [8]


Tangan Mirza mula menari-nari di atas kertas. Dia sedang mencerna ayat yang paling mudah untuk difahami oleh Amalina.
            “Maafkan akak sebab menipu Mirza...” Pohon Amalina sambil menunduk sedikit. Entah kenapa, dia merasa sangat bersalah kerana membohongi Mirza. Waktu pertemuan mereka dahulu, dia telah memberitahu Mirza yang seseorang yang mempunyai masalah mental itu adalah sahabatnya. Sedangkan orang yang dimaksudkan adalah Afrina.
            “Tak ada apa kak.. saya tak ambil hati pun.. Cuma saya agak tertanya-tanya sedikit. Kenapa akak menipu?” Ya, sebenarnya perkara itu sedikit sebanyak menganggu-gugat jiwanya. Pelbagai andaian mula bermaharajalela di ruangan fikiran. Namun entah jawapan dalam versi apa yang dia mahu mengetahuinya.
            Mungkin kerana Amalina takut jika Mirza tidak mahu merawat bekas tunangnya.
            Mungkin Amalina tidak mahu dia menanamkan hasrat untuk memiliki Afrina lagi.
            Mungkin juga Amalina tidak mampu memberikan jawapan yang sebenarnya. Jadi dia menghadirkan penipuan. Arrgghh... entah berapa banyak lagi kemungkinan yang menghuni benaknya.
            “Entah... Akak sendiri tak pasti apa sebabnya. Tapi akak takut kalau akak berterus terang, Mirza terus menolak untuk membantu. Masa tu akak betul-betul tengah kusut. Dengan penyakit Afrina lagi.... Dengan mak mertua dia lagi.. Mujur sahaja Hadziq tak banyak ragam. Kalau tak, dengan nyawa-nyawa akak sekali melayang.” Keluh Amalina perlahan. Entah, dia makin serabut untuk menggunakan ruang akal fikirannya untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan mudah untuk memujuk rajuk Afrina. Terlalu sukar... Semua itu benar-benar tidak tertanggung dengan kurdrat dirinya.
            “Kenapa dengan mak mertua Afrin?” Berkerut-kerut dahi Mirza tika mengusulkan pertanyaan.
            “Dia tuntut hak penjagaan Hadziq....” Mirza terus menyandarkan bahunya ke belakang tika mendengar jawapan dari Amalina. Pasti berat untuk Afrina menghadapi semua ini. Sudahlah kehilangan seorang suami, sekarang menanti giliran untuk anaknya dirampas pula.”
            “Tapi mana mungkin boleh... hak penjagaan seorang anak pasti akan diberikan kepada si ibu.”
            “Tapi berbeza dalam hal ni Mirza... sebab Afrina dituduh gila. Jadi ada kebarangkalian untuk mak mertua dia merampas hak penjagaan Hadziq. Lagipun, mak haraz tu nampak tekad benar untuk mendapatkan Hadziq.” Tergeleng-geleng sedikit kepala Amalina. Sekejap dia mengusir mutiara yang jatuh di pipi dengan menggunakan hujung lengan bajunya.
            “Akak kesiankan Afrin... Akak tak dapat bayangkan kalau dia betul-betul kehilangan Hadziq... Akak bimbang kalau dia betul-betul jadi gila. Dia mesti tak boleh terima semua ni Mirza...” Perkataan gila itu ditekan sedikit oleh Amalina. Tanda melahirkan kerisauan hati yang tak berhenti menggelegak di ruangan hati.
            “Akak.. jangan risau.. Afrin tak gila. Lagipun sekarang kami masih lagi menjalankan rawatan susulan. Namun pengikut pemerhatian awal, dia hanya  terdorong untuk berhalusinasi sendiri. Halusinasi ialah berlakunya persepsi dalam kondisi sedar tanpa adanya rangsangan nyata terhadap indera. Halusinasi biasanya terjadi tanpa adanya rangsangan yang hadir dan otak tidak boleh membezakan antara relaiti dan khayalan. Biasanya terjadi dalam bentuk bau, rasa, penglihatan, suara atau sentuhan perasaan. Itu yang dirasakan oleh  Afrina. Bayang Haraz merantai jiwanya. Sebab itu dia terdorong untuk membayangkan Haraz ada bersama-sama dengannya.”
            Terang Mirza sedikit. Sungguh, tidak terungkap rasa kasihannya pada Afrina. Kerana itu dia akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangat Afrina. Mana mungkin dia dapat membenarnkan jiwanya melihat orang yang disayangi menderita. Walaupun Afrina tidak menjadi miliknya, namun cinta itu pernah menjadi milik mereka. Cuma takdir tak mengizinkan mereka bersama.
            “Mirza.... kamu terlalu baik... Tak kan tak ada secebis dendam pun dalam hati kamu untuk dia? Dia kan pernah....”
            “Akak......” Mirza cepat-cepat menahan kata-kata yang Amalina ingin ungkapkan. Punggungnya mula bangun dari duduk. Kakinya dibawa ke hujung tingkap. Memandang pemandangan luar yang langsung tidak terkesan di matanya.
            “... Saya dah tak mahu kenang benda yang dah berlalu... Itu bukan perangai saya...” Ujar Mirza lambat-lambat. Membiarkan dendam untuk terus bermaharajalela di ruangan hati hanya akan membangkitkan keresahan yang menggila. Dia terima suratan ketentuanNya. Kerana bahawasanya Dia lebih ariff dalam menentukan yang terbaik buat hambaNya
            “Akak kagum dengan kamu Mirza...” Ucap Amalina ikhlas. Ya, memang lelaki ini layak untuk dikagumi. Dengan segala kebaikkannya dahulu, malah lelaki ini masih lagi mahu membantu bekas tunangnya sendiri. Mampu melupakan sejarah silam yang memeritkan itu. Kalau dia berada di tempat Mirza, pasti dia akan ketawa besar melihat kesedihan bekas tunangnya sendiri.
            Tapi Mirza nyata berbeza. Satu ketika dahulu, dia pernah menyalahkan Afrina apabila hubungan mereka berdua tidak menjadi. Namun apabila berjumpa dengan Haraz, lelaki itu juga terlalu baik. Malah tidak kurang hebatnya.
Jadi yang sebenarnya, yang paling beruntung pastilah Afrina. Adiknya itu dapat berjumpa dengan dua orang lelaki yang baik dalam masa yang serentak. Hingga adiknya  terpaksa memilih untuk menentukan siapa yang berhak menjadi pilihan.
“Tak perlu nak kagum kak... Saya doktor.. Jadi saya harus merawat pesakit saya. Sesiapa pun yang berada di tempat saya, mereka akan melakukan perkara yang sama.”
Seharusnya memang begitu. Dia harus profesional dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul.  Soal perasaan dan emosi, haruslah ditolak tepi. Bagaimana dia hendak membetulkan emosi orang lain jika dia sediri tidak dapat mengawal perasaan milik sendiri.
Lagi pula, cerita tak akan pernah habis jika hal semalam sering menjadi ungkitan. Apa yang berlaku, tak pernah silap. Sudah ketentuanya sebegitu rupa. Sebagai manusia, apa lagi yang mereka boleh buat selain daripada menerima. Untung rugi nasib seorang manusia, memang terletak di tanganNya.
Redha dan sentiasalah berpaut pada keimanan. InsyaAllah, setiap yang hilang akan ada gantinya. Setiap yang patah, pasti akan tumbuh semula.
“Boleh akak tanya sesuatu?” Melalui nada suara Amalina, Mirza sendiri sudah dapat mengagak bentuk soalan yang akan keluar.
“Tanyalah...”
Amalina mengigit bibir sedikit. Berat juga hatinya untuk menghulurkan  pertanyaan ini. Tangannya bermain sesama sendiri. Sedikit sebanyak dia bimbang andai kata luka lama akan berdarah kembali. “Mirza masih sayangkan Afrin?”
Sekilas, Mirza menjamah raut wajah milik Amalina.
“Cukuplah saya cakap yang saya tak pernah benci dia.”
Amalina tersenyum sedikit. Sudah dapat mengagak yang Mirza pasti akan memilih jawapan selamat. Lelaki itu sentiasa kekal dalam menjaga perasaan orang lain. Namun bagaimana pula dengan perasaannya? Walaupun luka lama itu sudah sembuh, namun parutnya pasti akan ada. Bagaimana lelaki itu merawat lukanya sendiri?
“Sayang dia dengan tak pernah benci dia tu jauh maknanya.... Adakah itu bermakna yang Mirza masih sayangkan Afrin?”
Mirza tersenyum sahaja walaupun seolah-olah dia sedang didesak untuk membelitkan otaknya untuk melahirkan jawapan kesukaan Amalina.
“Hmm.. sebenarnya jawapan yang bentuk macam mana yang akak nak dengar? A, saya sayangkan Afrin... B, saya bencikan Afrin?” Kali ini, soalan Amalina sengaja dibalas soalan juga.
“Erk....Akak dapat rasa yang kamu masih sayangkan Afrin.” Ujar Amalina senada. Matanya cuba mencari riak gusar ataupun rasa kelam kabut yang terselindung di sebalik wajah itu. Namun wajah Mirza kekal tenang walaupun telah digasak dengan soalan yang melepasi had lajunya piawaian otak manusia.
“Then, akak teruslah menyokong jawapan tuh... Sebab saya tak layak untuk menidakkan kata-kata orang terhadap saya!”
Kali ini Amalina sudah mula mengaru kepala. Susah berhadapan dengan Doktor psikitari ini. Mereka memutar belitkan otak dengan kata-kata yang bernada tenang untuk mengacau bilaukan fikiran orang yang sudah menggelegak seperti kuah gulai yang berada di atas dapur. Menunggu masa untuk menutup api sahaja.
Namun itu tidak mudah seperti yang disangka. Mirza terus membiarkan kuah itu menggelegak lagi. Kemudian dikacau hingga tanpa sedar, kuah itu mula kering sendiri. Seperti otaknya yang berjaya dikeringkan oleh Mirza.
“Habis tu, kalau akak pilih jawapan B macam mana pulak?” Duga Amalina lagi.
“Sama jugak... saya tak layak untuk menidakkan kata-kata orang terhadap saya. Kalau dengan berfikir begitu boleh membahagiakan akak, tak kan saya nak menghalang kebahagiaan akak pulak...”
Ayat Mirza yang berbelit itu akhirnya tersimpul mati di benaknya sendiri. Amalina tersengih sahaja. Tak pasal-pasal sekarang dia pula yang sakit otak. ‘Itulah, nak sangat soal orang macam FBI... akhirnya aku jugak yang FBI sendiri. Fius Bengkak Immidiately!’ Adeh....
“Eh, kenapa akak sengih sorang-sorang nih?”
“Erk.. lah tadi kata tak nak halang kebahagiaan akak?” Kali ini Amalina tidak mahu melepaskan peluang untuk menghantar serangan balas kepada Mirza pula.
Mirza tersenyum kacak sambil menguakkan rambutnya ke belakang. Tak pasal-pasal dia pula yang terkena.
“Tak lah.. akak kan berada di bahagian orang sakit jiwa, karang tak pasal-pasal terkena jangkitan ke... Manalah saya tahu.” Bahunya diangkat sedikit. Sengaja mengusik.
“Sudahlah Mirza, akak nak balik... Layan kamu ni, sampai esok pun tak habis!” Amalina sudah mula dari duduknya. Mirza juga ikut turut menghantar hingga ke pintu.
“Sampaikan salam pada Afrina ya.” Tanpa sedar, ayat itu keluar sendiri dari mulut Mirza. Mungkin tidak mampu membentung segenap rasa rindu yang membelit jiwa.
“Erk... kirim salam sayang ke atau kirim salam biasa-biasa je?” Kening Amalina terangkat sedikit. Alangkah indahnya jika ada jodoh antara Mirza dan Afrina. Pasti mereka dapat membetulkan apa yang tidak betul dahulu. Dapat mengubah sesuatu yang tidak mampu diubah oleh masa lalu.
“Salam lah apa-apa pun... Yang penting salah di pos menggunakan pos laju. Cepat sikit sampai..”
            “Kalau nak cepat, telefon teruslah... Kamu bukannya tak ada nombor dia!” Sengaja diterankan sedikit hujung ayatnya. Sengaja menambah-nambahkan baja-baja cinta yang mungkin sudah lesap ditimbus kemarau. Dengan keadaan Afrina yang sebegitu, mungkin ada baiknya jika Afrina dan Mirza kembali bersatu. Tapi mahukah Afrina mengahwini Mirza? Sudah pasti adiknya itu tidak mahu menduakan kasih Haraz!
            ‘Aduh.. sekali lagi aku nak memberatkan kepala otak aku memikirkan Afrina... Tapi wajarlah.. dia tu adik aku. Susah senang, dia ada aku sorang jeh!’
            Tanpa sedar, sebuah keluhan mula terbit di hujung nafas Amalina.
            “Kenapa kak?”
            “Akak terfikirkan Afrina...”
            “Jangan risau... Dia tak apa-apa. InsyaAllah... Kita berdoa jelah banyak-banyak. Moga Allah permudahkan semuanya.” Kalau bercakap, Mirza memang akan selalu positif. Pekerjaannya sekarang memang menuntut untuk dia sentiasa berfikiran positif. Kalau nak jadi negatif, maknanya kenalah bertukar dengan orang yang berada di tanjung bahagia itu.
            “Kalau Afrin setuju nak kahwin dengan Mirza, Mirza setuju tak nak memperisterikan dia?” Soalan Amalina itu sedikit sebanyak mampu membuatkan detak jantung Mirza sedikit bergelimpangan.
            “Akak....” Dicuri sedikit udara untuk mengembangkan nafasnya yang kuncup.
            “Just say yes or no?” Desak Amalina sedikit kurang sabar.
            “Erkk.....”
            “Mirza... apasal semput sangat nak bagi jawapan nih? Bukan soalan nak ambik master pun....” Komplen Amalina spontan. Adeh, tercalar juga ketenangan Mirza bila isu kahwin dibangkitkan. Ingatkan terus mengangguk setuju ataupun nak melompat katak. Main garu-garu kepala pulak! Hilang terus gelaran Mr. Cool itu.
            “Akak tak faham perasaan saya...”
            “Akak faham... kamu masih sayangkan Afrina kan? Kalau tak, mesti dah lama kamu kahwin lain...” Semput nafaz Mirza dibuatnya mendengar ayat Amalina itu.
            “Sejak saya kenal cinta, saya hanya kenal erti itu dengan Afrina. Saya cuba untuk buka pintu hati saya pada perempuan lain. Tapi apa yang pernah saya rasa pada Afrin itu tak dapat dirasai pada mana-mana gadis. Saya pernah dikecewakan... Saya tak mahu mengecewakan orang lain.... Saya tahu macam mana dikecewakan oleh orang yang kita paling sayang.. sebab tu saya tak kahwin lagi kak..”
            Rasa sedih mula menjalar di pelusuk hati Amalina. Mirza memang perlu dikasihani.
            “Tapi itu tak bermakna saya menunggu Afrina..” Sambung Mirza kembali.
            “Habis tu, tak kan kamu nak mempersia-siakan kasih sayang yang masih berbaki itu? Atau kamu tak mahu terima Afrina sebab dia jan....”
            “Saya tak pernah terfikir tentang hal itu kak..” Pintas Mirza cepat-cepat. Kembali memperbetulkan anggapan Amalina terhadap dirinya. Bukan soal janda atau anak dara.. Ini melibatkan soal hati... soal perasaan... Bukan mudah untuk mengantikan rasa kasih yang hilang. Untuk mengantikan Haraz di hati Afrina, dia harus mengakui yang dia memang tidak mampu.
            Melihat pada penderitaan Afrina, dia tahu yang jalan untuk dia mendapat tempat di hati Afrina terlalu sukar. Terputus kasih mungkin boleh dicantum. Namun terpisah kasih mana mungkin dapat diganti. Terputus dan terpisah mungkin membawa erti yang sama tetapi mempunyai dua makna yang berbeza. Sama tapi tidak serupa.
            “Habis tu?” Nampaknya, Amalina masih berkeras untuk mendapatkan jawapan.
            “Saya pernah ditolak kak... saya takut saya tak kuat untuk ditolak sekali lagi...” Akhirnya, ayat yang memperlihatkan kelemahannya mula terkeluar dari mulut Mirza sendiri. Dahulu, dia mungkin boleh menerima yang dirinya ditolak ke tepi. Namun setelah bertahun-tahun menanam kekuatan, dia bimbang jika dia mula terjatuh kembali lantaran kerana ditolak untuk kali kedua.
            “Jadi, Mirza takut jika ditolak? Macam tu?”
            Mirza hanya terdiam. Tidak mengetahui sama ada untuk mengiakan atau menidakkan. Tapi itulah ketakutan yang paling banyak dia rasa setelah berjumpa semula dengan Afrina.
            “Kalau akak cuba membantu untuk satukan kalian, Mirza boleh janji tak yang Mirza akan pulangkan Afrina yang dahulu? Boleh tak terima keadaan dia...? Boleh tak janji untuk sayang dan cintakan dia...? Boleh tak jaga dia sampai ke hujung hayatnya?”
            Bibir Mirza bergerak sedikit. Terpana mendengar kata-kata Amalina.
            “Saya......” Sungguh, otak Mirza seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan baik. Air liur yang ditelan terasa sungguh pahit.
            “Mirza.... kenapa mesti teragak-agak kalau sungguh kamu betul-betul cintakan dia?” Kali ini, Amalina mula rasa sangsi tentang perasaan Mirza terhadap Afrina.
            “Saya takut... kalau-kalau rasa sayang saya ni akan lebih membebankan Afrina.”
            Jawapan itu membuatkan Amalina mengeluh. Nampaknya, Afrina sentiasa menjadi keutamaan Mirza. Bagaimanakah cara untuk membangkitkan rasa cinta Afrina terhadap Mirza jika bayang Haraz sentiasa merantai hati Afrina. Amalina mula dijengah kebuntuan lagi.
***
Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar, Wahai yang  penyambung segala yang patah... Wahai yang menemani semua yang tersendiri.. Wahai pengaman segala yang takut.. Wahai penguat segala yang lemah..Mudah bagimu memudahkan segala yang susah...Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran.. Mohon Kau memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menjalani ketentuanMu... Sesungguhnya, aku langsung tidak berdaya tanpa bantuan dan rahmat dariMu...
Ya ALLAH... tempatkanlah suamiku dalam kalangan orang yang beriman.. Moga dia berbahagia di alam sana...” Afrina mula teresak-esak. Seakan-akan tidak mampu untuk menyambung doanya.
Ditekup kedua belah tangannya di muka. Menahan air mata dari terus mencurah. Namun apalah dayanya. Sesungguhnya, air mata ini terlalu murah untuk dicurahkan.
“Mama....” Tiba-tiba ada tangan yang mengusap belakang badanya.
“Iya sayang...” Terus dibawa Hadziq ke dalam pelukannya.
“Nape mama angis...” Tanya Hadziq sedikit pelat.
“Tak ada apa-apa...” Tangan Hadziq mula mendarat di wajahnya. Makin meruntun jiwa Afrina dibuatnya. Cepat-cepat ditepis air mata yang singgah di pipi. Tidak mahu jiwa Hadziq rosak dengan tangisannya yang tidak pernah berhenti itu.
“Mama angan nangis... ad ayang mama....” Pantas Hadziq mengucup pipinya yang agak lembab dek penangan air mata.
“Mama pun sayang Ad...”
“Mama.... papa ane? Adziq rindu papa....” Renget Hadziq sambil menggongcangkan bahunya.
‘Ya Allah... jawapan yang bagaimana yang harus aku berikan kepada anak sekecil ini?’ Bibir Afrina diketap kuat. Cuba menahan rasa sebak yang menggunung.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering kuat. Lantas menghilangkan tumpuan Hadziq. Si kecil itu terus berlari mendapatkan telefon yang sememangnya sudah sedia ada di birai katil. Kemudian, Hadziq berlari menghulurkan telefon itu kepadanya.
Sedikit sebanyak Afrina mula lega kerana terlepas untuk menjawab persoalan Hadziq itu. Namun, apabila terpandangkan nama di skrin telefon, hatinya mula dipagut resah.
Mirza!
“Mama... tepon unyi....” Tegur Hadziq lagi.
Afrina mula bersilih ganti memandang skrin telefon dan juga Hadziq.
Papa tepon ke? Ad nak cakap ngan papa oleh...? Olehlah mama...” Ini bukan kali pertama Hadziq bertanyakan tentang Haraz. Sudah acap kali. Namun tidak pernah sekalipun Afrina mempunyai kekuatan untuk menjawabnya.
“Mama... Ad nak cakap ngan papa...” Hadziq sudah mula hendak menangis. Beberapa kali digoncangkan bahu mamanya.
‘Kasihan Hadziq... pasti dia terlalu rindukan Haraz. Ya Allah, anakku ini masih kecil... dia masih belum mengerti apa-apa. Dan aku? Aku masih tegar melayan rasa sedih sendiri.. Langsung terlupa pada qadak dan qadar yang telah ditentukan olehNya. Malah aku tegar menyusahkan orang di sekelilingku...’
Tanpa berfikir lagi, terus Afrina menyentuh I-phone nya itu. Dihalakan terus ke cuping telinganya. Manakala matanya mula mengherot ke arah anak mata Hadziq yang mengecil itu. Ya, mata itu penuh dengan pengharapan.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam.... Afrin, awak okay?” Mirza dapat mengesan suara Afrin yang serak itu. Afrina menangis lagi ke?
“Saya okay... Err... Boleh tak awak cakap dengan Hadziq kejap?” Tanya Afrina tanpa berfikir lagi. Melihat Hadziq yang sedang mengagau mencapai telefon bimbitnya ini membuatkan dia mengarah tanpa berfikir. Sungguh, dia tidak betah melihat Hadziq menangis. Nanti, rasa sedihnya akan bertambah timbangannya.
“Err.. boleh.”
Mendengar sahaja jawapan Mirza itu, terus Afrina menghalakan telefon bimbit ke telinga Hadziq pula.
“Helo... papa ke tu? Ad rindu papa... bila papa nak balik?”
Terbeliak biji mata Afrna menyambut kata-kata Hadziq itu. Sungguh, langsung dia tidak menyangka yang soalan-soalan itu akan keluar dari mulut Hadziq. Adakah Hadziq terlalu merindui Haraz?
“Errkk....” Mirza dapat merasakan yang lehernya seperti dijerut dengan tali. Haruskah dia mengiakan pertanyaan Hadziq itu? Suara anak kecil itu memang penuh dengan pengharapan. Jika dia mengiakan, apa pula penerimaan Afrina nanti?
p/s:: maaf lambat keluar entry... hope enjoy reading.. kalau tak memenuhi piawaian korang, harap dimaafkan.. =)

Sunday 22 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [7]


           Balik sahaja dari kerja, Mirza terus berbaring di atas katil. Mula melepaskan lelah yang mencekit kudrat. Kedua belah tangannya disilangkan di bawah kepala. Matanya mula bertebaran merenung syiling dinding yang nyata kosong.
Guruh yang berdetum hebat di langit membuatkan Mirza mengalihkan pandang ke arah tingkap kaca yang terletak cantik di sisi kanan ruangan bilik. Hujan sudah mula merintik setitik demi setitik. Mula mendinginkan malam yang sunyi. Lantas terus mengamit memori semalam yang sudah jauh bersemadi dengan sendiri.
            Dia masih ingat lagi detik pertemuan bersama Afrina dahulu. Waktu itu, dia mengikuti ahli keluarganya yang berkunjung di rumah Afrina sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada mulanya, memang dia menolak. Apatah lagi dia sudah cukup besar untuk mengekor Mama dan Papanya. Namun entah kenapa, hatinya kalah untuk menolak. Lantas dia bertamu di rumah ibu Afrina yang merupakan sahabat baik mamanya. Dan dari situlah terciptanya pertemuan ini.
            Mirza masih ingat lagi, betapa rahangnya jatuh apabila terpandangkan seraut wajah itu. Tidaklah secantik model-model yang terpampang di dada majalah. Tidaklah secantik pelakon yang menghiasi drama-drama tempatan. Tapi wajah itu berjaya menyejukkan hatinya. Berjaya membuatkan dia terpaku dan kaku.
            Gadis yang sedang meletakkan kuih raya ke dalam balang itu mula berpaling ke arahnya. Tanpa dia sempat mengalihkan pandangan mata yang bagai telah dipaku itu.
            “Eh, jangan nganga sangat... Rumah saya ni ada banyak lalat. Nanti tak pasal-pasal ada lalat mereng yang berkampung dalam mulut tuh!” Teguran Afrina yang berbaur usikan itu sememangnya berjaya mengusik hati dan perasaannya.
            Selepas itu Afrina terus ketawa kecil. Aduh, sungguh merdu di peluput telinganya. Sungguh, terasa seperti dibius cinta. Mencucuk-cucuk tangkai hatinya sehingga membuatkan hatinya ngilu sendiri.
            Mirza mula tersengih-sengih. Malu pula kerana memberikan respon yang diluar jangkaan. ‘Itulah, syok sangat tengok anak dara orang! Aish... Tapi, cantik sangat minah nih! Itu yang aku terpesona sekejap tuh!’ Gerutu hatinya sendiri.
            “Errk... sebenarnya saya nak ke tandas.” Tangan Mirza sudah mula mengarukan kulit kepalanya. Aduh, nampak sangat gabra! Langsung tak boleh nak kawal rasa gundah yang tiba-tiba menjengah. ‘Ialah, berhadapan dengan gadis cantik... Haruslah lidah aku ni tergeliat!’
            Afrina tersenyum cuma. Padanlah lelaki ini tiba-tiba menjengah ke bahagian dapur walaupun tetamu yang lain sedang riuh di ruang depan. Tapi, lelaki ini memang ada segaris senyuman yang cukup menawan. ‘Erk... apasal aku boleh analisa senyuman dia pulak? Aduh... aku sepatutnya menunjukkan jalan yang benar untuk ke tandas..’
            “Hmm, awak straight, lepas tu masuk kanan, lepas tu straight lagi sampai jumpa signboard then awak masuk kiri pulak!” Penerangan Afrina itu memang mampu membuatkan Mirza tercengang. Otaknya mula berbelit dengan arahan gadis itu.
            “Errk... Bukan ke kalau saya straight sekarang, saya akan keluar ikut pintu belakang rumah ni ke?” Tanya Mirza polos. Mengikut pada arah tempatnya berdiri sekarang, kalau betul dia jalan terus, maknanya dia akan menembusi pintu belakang rumah.
            “Ke ada tandas kat luar rumah?” Tanya Mirza lagi. Benaknya sudah mula disorong dengan rasa bingung. Tapi, ini kan kawasan perumahan. Ada ke orang buat tandas di luar rumah? Kalau kawasan kampung tu, tak adalah dia hairan sangat.
            Afrina ketawa lepas. Tangannya menekan sedikit perutnya yang ngilu itu. ‘Mamat ni nampak sangat blur!’
            Mendengarkan tawa gadis itu, Mirza sudah mengerti yang dia telah berjaya dipermainkan.
            “Wah... seronok ya ketawa?” Mirza mula buat muka serius. Sebenarnya dia hampir-hampir hendak tumpang sekaki. Tapi mana mungkin dia akan memalukan diri sendiri yang sudah tersedia malu ini. Kalau dia ketawa nanti, habislah merudum sahamnya sekarang!
            “Ketawa... mana pernah tak seronok.” Ulas Afrina pendek sambil mengesat sedikit hujung matanya yang sedikit berair.
            “Saya betul-betul serius nak pergi tandas nih! Kalau saya tercicirkan buah tangan kat tempat saya berdiri ni, awak jangan nak melenting pulak!” Kali ini giliran Mirza pula yang memberi serangan balas. Tidak mungkin dia seenaknya membenarkan gadis ini membulinya. ‘Der, khabor anak jantan... mana boleh menyerah gitu je.’ Monolog hatinya nakal. Mirza mula tegangkan wajah yang hendak merekah dengan senyuman itu.
            Kali ini muka Afrina pula yang nampak terkejut.
            “Lah, betullah saya tunjukkan jalan yang benar ke tandas tadi... Tapi tandas suraulah.” Sebenarnya memang benar arahannya tadi. Tapi itu arahan untuk ke tandas surau yang terletak di sebelah rumahnya.
            Mirza kembali tercengang lagi. Geram sungguh kerana telah dipermainkan oleh gadis menawan ini! Tiba-tiba datang lagi idea nakal untuk kembali mengenakan gadis itu.
            “Eee... awak ni cepatlah beritahu tandas dekat mana... saya dah tak tahan nih!” Ugut Mirza sambil berlakon seperti sedang menahan pundi kencingnya. Sebenarnya dia ingin lari dari kesesakan orang ramai yang berada di ruang tamu. Bukan hendak membuang isi terpakai pun.
Kali ini, muka Afrina pula yang terkejut beruk.
            “Erk... lah, tandas kat sini je.” Terus Afrina membantu membukakan pintu bilik air yang sebenarnya hanya berada berhampiran dengan tempat Mirza berdiri.
            “Yang awak berdiri kat pintu ni kenapa? Awak nak masuk sekali ke?” Sakat Mirza lagi. ‘Rasa seronok pula mengusik. Hmm, bukan seronok dah nih, tapi dah jadi beronok-ronok kot...’
            Muka Afrina terus kebas digosok rasa malu.
            “Eee... Siapa yang nak masuk sekali?” Terus Afrina berdiri di tepi. Tidak perasan yang dia sedang menghalang langkah lelaki itu yang hendak ke tandas.
            Pintu yang sudah tertutup sedikit itu mula dibuka semula. Terjengul wajah lelaki itu lagi. Entah apa lagi masalah lelaki ini.
            “Hah, tadi cakap tak tahan sangat?” Marah Afrina geram. Takut jugak kalau-kalau lelaki itu akan benar-benar terkucil nanti.
            “Nanti, boleh tak tolong saya...” Pohon Mirza serius.
“Tolong apa?
“Tolong tunjukkan saya jalan....”
“Kali ni jalan ke mana pulak?”
“Jalan ke hati awaklah...” Sejurus kemudian, terus Mirza menutup pintu bilik air. Manakala Afrina masih terpaku sendiri. Tiba-tiba dia diserang rasa malu. Kenapa perlu malu? Mungkin kerana hatinya mahu kot...
Dan perkenalan singkat itu tidak terhenti di situ sahaja. Hubungan mereka dimulakan dengan panggilan telefon dari Mirza yang menelefon rumah Afrina. Mengacau dan mengusik Afrina dari jauh. Daripada panggilan telefon, bersambung kepada pesanan ringkas. Hubungan yang terus akrab itu mula menuntut pertemuan empat mata. Dari satu pertemuan, ke satu pertemuan sehingga hubungan persahabatan yang dijalin, mula membibitkan rasa kasih. Hubungan ini makin mekar mewangi apabila mendapat restu daripada kedua belah keluarga.
Keluarga tetap merestui perhubungan mereka walaupun ketika itu Afrina sedang menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Univeristi Teknologi Mara. Manakala Mirza pula baru menghabiskan pengajian dalam bidang Psychology di Universiti Malaya. Dengan persetujuan kedua belah pihak, akhirnya mereka ditunangkan. Ketika itu Mirza sudah berusia dua puluh lima tahun manala Afrina pula berusia dua puluh dua tahun.
“Afrin, awak tahu sesuatu tak?” Tanya Mirza dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.
“Tahu...” Berkerut dahi Mirza semasa mendengar jawapan Afrina itu.
“Erkk.. apa yang Afrin tahu?” Adakalanya, sukar untuk meneka apa yang berada di minda Afrina. Gadis ini banyak sangat idea untuk mengenakannya. Dan fikiran gadis ini setiasa tajam dalam menganalisa sikap dirinya. Mengalahkan pakar psyikologi pula.
“Tahu yang Mirz sayangkan Afrin...” Tutur Afrina sedikit manja.
“Ish...” Mirza mula mendengus. Afrina sentiasa dapat membaca perjalanan akal fikirannya. ‘Hmm.. Macam manalah hati aku tak tergolek pada dia..’ 
“Hmm.. Lepas ni Mirz akan selalu sibuk.. Mungkin tak ada banyak masa untuk Afrin.. Jadi Afrin kena setia tau! Tak boleh curang dengan Mirz...” Luah Mirza serius. Entah kenapa, ada kegusaran dalam hatinya. Gadis secantik Afrina sentiasa menjadi kegilaan orang ramai!
“Ek eleh... apalah Mirz nih. Ingat Afrin ni bola keranjang ke? Yang pantang nampak lelaki handsome. Tapi kalau Remy Ishak lalu depan Afrin sekarang, for sure lah Afrin tolak Mirz ke tepi... Nak pandang Remy dulu. Bukan selalu dapat menjamu mata tengok lelaki handsome..” Gurau Afrina sambil ketawa. Seronok pula mengenakan Mirza.
“Ish... orang serius, dia main-main pulak!” Mirza mula buat muka tak puas hati. Tak habis-habis dengan Remy Ishak vs bangla itu.
“Oppss.... Afrina.. please be serius.. Mirz dah marah tuh!” Kata-kata itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Mulutnya ditampar sedikit dan Afrina mula buat muka comel dihadapan Mirza.
“Eh, Mirz tak marah okay...” Mirza kembali memperbetulkan ayat buah hatinya itu. Mana mungkin dia bisa marah kepada buah hatinya itu.
“Ialah.... Mirz mana boleh marah Afrin.. Afrin kan buah pinggang Mirz...” Sekali lagi Afrina berjenaka. Mengacau bilaukan segenap perasaan milik Mirza. Dia senang begini. Senang melihat wajah tidak puas hati Mirza itu.
“Ish... buah hatilah! Bukan buah pinggang!” Sudah acapkali diperbetulkan ayat Afrina itu. Namun gadis itu masih lagi berdegil mahu menggunakan ayat buah pinggang itu.
“Alah, buah hati itu dah biasa.... buah pinggang barulah luar biasa. Buah pinggang ada dua tau tapi buah hati ada satu jeh... Hah, kiranya kasih buah pinggang lebih banyak tuh... Lagipun, buah pinggang tu penting tau.. kalau tak ada buah pinggang, kita boleh mati.” Tak habis-habis lagi penerangan isu berkaitan buah pinggang itu.
“Yalah-yalah... tak kiralah buah pinggang ke, buah kelapa ke, buah durian ke.... yang penting, Mirz sayang Afrin... dan Afrin pun kena sayang Mirz! Itu benda wajib!” Jari terlunjuk dihalakan ke arah Afrina. Tanda dia serius dengan kata-katanya.
“Oh.. benda wajib ya....” Hujung jari terlunjuk Afrin mula bermain di bahagian dagu.
“Yup... kena ingat selalu!” Tegas Mirza lagi. Sungguh, dia begitu takut jika kehilangan Afrina.
“Ish... apa barang ingat....” Mirza mula berpaling apabila menyambut nada suara Afrina yang agak sinis itu.
“Habis tu nak apa?”
“Kenalah feel.... kasih sayang itu bukan untuk diingati.. tapi untuk dirasai oleh segenap hati...” Ucap Afrina sambil hujung matanya menjeling ke arah Mirza sedikit. Nak pandang betul-betul, tiba-tiba hati dijentik rasa malu pula. Tiba-tiba pulak nak berjiwang.
Wajah Mirza mula kaya dengan kuntuman senyuman. Hatinya berbunga-bunga tika menyambut kata-kata Afrina itu. “Kalau nak rasa... kena kahwinlah. Baru cukup perisa rasa tuh... cukup rasa manis, masin, pahit, tawar....” Senyuman Mirza mula bertukar nakal.
“Eh, kita kahwin jelah... Tak payahlah nak tunggu dua tahun lagi.” Usul Mirza tiba-tiba. Entah kenapa, dia risau kalau perhubungan yang lama akan menjarakkan hubungan mereka nanti. Jika benar kasih ini sudah disimpul mati, biarlah ianya disimpul dengan ikatan perkahwinan. Lebih sah disisi agama. Lebih tinggi martabatnya.
“Ish... kenapa gatal sangat nih? Afrin kan belajar lagi... Mirz pun baru mula kerja kan... So, kita ikut flow lah...Tak perlu nak rushing-rushing.. Kalau ada jodoh, tak ke mana.. Tapi kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana!”
Bukan dia tidak sudi untuk menjadi isteri Mirza. Tapi dia tidak bersedia untuk menyandang gelaran isteri ketika dia sedang belajar. Bimbang jika tidak mampu untuk menyangdang status sebagai pelajar dan isteri. Tidak sanggup rasanya untuk menghampakan Mirza nanti andai kata dia gagal menjadi seorang isteri yang baik.
“Ayat Arfin yang last tu buat Mirz risau....” Keluh Mirza lagi.
“Mirz ni, macam tak percayakan Afrin pulak.” Protes Afrina tidak berpuas hati. Adakalanya kerisauan Mirza memang agak berlebihan. Tidak kena dengan tempatnya.
“Bukan tak percayakan Afrin... Tapi tak percayakan lelaki-lelaki di luar sana! Nanti dia mengorat sayang Mirz ni macam mana? Tulah, sayang ni cantik sangat. Sesiapa pun boleh terpikat!”
“Okay.. kalau macam tu esok Afrin pakai purdah!”
“Ish.. budak ni kan... orang serius, dia main-main!” Marah Mirza lagi.
“Habis tuh... nak buat macam mana. Mirz selalu serius bila Afrin main-main.” Usik Afrina sambil ketawa lepas. Mirza terus mengelengkan kepalanya. Macam-macam hal sungguh Afrina ini!
“Kalau lepas kahwin nanti Afrin nakal macam ni lagi, Mirz cium kat sini!” Jari terlunjuk Miza boleh terarah di bibir comel milik Afrina.
“Lah... kenapa lepas kahwin? Kenapa tak sekarang?” Usik Afrina selamba. Memang tak tahu malu.
“Amboihhh... Mirz buat betul-betul karang!” Mirza sudah mula bercekak pinggang. Afrina memang sengaja hendak mengganggu-gugat naluri lelakinya.
Bunyi halilintar yang kembali berdentum itu membuatkan Mirza terjaga dari kenangan silam. Terus dia meringankan kaki menghala ke arah tingkap. Memerhati kelopak air hujan yang bertakung. Tekun memandangnya tanpa sedar, ada satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Untuk apa dipanjangkan keluhan ini? Dia sendiri tidak bijak untuk mengenal pasti puncanya. Apa yang pasti, cintanya pada Afrina tidak pernah menemui penghujungnya. Rindu ini tidak pernah mati walaupun dijengah rasa sepi.
Akan adakah peluang yang kedua untuk mereka bersatu?

Friday 20 April 2012

SINOPSIS OH! CINTA



(AKAN DATANG) OH! CINTA, Antologi Cerpen & Mini Novel - Penulisan2u

Istimewa jualan stok awal di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012 di pwtc

Ezza Mysara
Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
“Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau.” Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

Cinta Langgar Lari
“Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi.” Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!
------------------------------

Iskandar Daniel

Bagai Itik Pulang Petang
Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

Gadisku
“Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?” Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.

I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?
------------------------

Rehan Makhtar

Jahit Balik Hati Aku
“Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam.” Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.

Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
“Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti.” Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.
---------------------------

Syamnuriemil
Sudah Kahwin Ke Belum?
“So, Natrah... dah kahwin ke belum?” Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? “Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!”

Lari Mencari Suami
“Natrah milik abang, abang milik Natrah.” Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?

Judul : Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel
Penulis : Penulisan2u ( Syamnuriezmil, Rehan Makhtar, Iskandar Daniel, Ezza Mysara (s@r@ sassy gurlz)
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18


p/s:: amacam? ada teruja x baca sinopsis nih? jangan lupa dapatkan di pasaran ya.. =)

Tuesday 17 April 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [6]


             Matanya mula merenung dinding berwarna putih yang terasa kosong. Bagai hendak tembus dinding itu dibuatnya. Namun segala persoalan yang menghantui minda, masih kabur tanpa jawapan. Sesungguhnya, dia sedikit sangsi. Benarkah apa yang dia lakukan sekarang? Perlukan dia berada di hospital ini untuk menerima rawatan sebagai pesakit mental?
            “Puan Afrina...” Panggilan dari seorang jururawat itu membuatkan Afrina berpaling.
            “Ada apa nurse?” Tanya Amalina. Mewakili Afrina yang diam tanpa sahutan itu.
            “Puan Afrina boleh masuk ke dalam... Kejap lagi Doktor masuk.” Terang jururawat itu dengan suara yang lembut sambil disertakan senyuman yang manis. Amalina hanya mengangguk.
            “Afrin boleh masuk... Errr... Afrin nak akak teman ke?” Tanya Amalina penuh prihatin.
            “Tak apa... Afrin boleh masuk sendiri. Akak pergilah makan dulu....” Saran Afrina sambil mula bangun dari duduknya. Entahlah, sungguh dia langsung tidak bersedia untuk berjumpa dengan pakar psikitari ini. Namun apabila terkenangkan Hadziq, terus semangatnya datang berkobar-kobar. Mana mungkin dia sanggup melepaskan satu-satu anaknya ke tangan orang lain. Susah senang, biarlah Hadziq bersama dengannya.
            “Betul ni?” Adakalanya Amalina sendiri kurang pasti dengan sikap adiknya itu. Sekejap macam elok. Sekejap dihantui emosi. Sekejap lagi dihantui halusinasi. Binggung Amalina dibuatnya.
            “Betul... Afrin masuk dulu ya.” Pohon Afrina sambil menolak pintu bilik tuan Doktor.
            Amalina hanya menghantar adiknya melalui ekor mata. Akan adakah sesuatu yang bakal mengubah hidup adiknya hari ini. Hatinya mula resah sendiri. Bimbang jika apa yang dia lakukan sekarang hanya akan menambahkan beban bilik Afrina.
            ‘Dik, percayalah... apa pun yang akak lakukan, semuanya hanya semata-mata kerana kebaikan kamu...’ Dalam diam, dia menyalurkan doa agar semuanya akan berjalan dengan lancar sahaja. Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan... Namun perpisahan itu pasti akan mencipta pertemuan baru. Akhirnya, dia turut melalukan langkah. Dia ingin membungkus makanan buat adiknya itu.
***
            Afrina melebarkan pandangan ke sekeliling bilik. Matanya berjaga. Namun hatinya mati untuk membaca setiap coretan yang bertampal di dinding baik pun hanya untuk memandang barang-barang yang terletak cantik di atas meja. Fikirannya melayang. Kosong tanpa sebarang rasa. Yang ada hanyalah sebuah kehilangan.
            Tangannya mula meraba telefon bimbit yang memang sudah tersedia di dalam beg tangannya. Disentuh permukaan skrin I Phone  yang memaparkan gambar dirinya bersama-sama dengan Haraz.
            ‘Ya Allah, rindu ini datang lagi....’

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama....


Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia


Ku harungi Hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara


Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayangan mu
Tak sanggup aku kehilangan
           
Tanpa sebarang petanda, air mata kembali mengalir di dada wajah. Masih belum jemu meratah setiap inci pipi mulus miliknya. Walaupun hatinya penat, jiwanya pincang, air mata itu masih belum kering sepenuhnya.
            “Sayang.....” Afrina melebarkan pandangan matanya. Mencari-cari bayang yang melingkari kerinduannya. Sesungguhnya, rindu ini tiada ubatnya. Tiada penghujungnya. Telah dilarikan langkah kaki ke seluruh pelusok dunia, namun rindu ini masih merantai setiap langkahnya.
            “Jangan menangis...” Ujar Haraz lembut. Dia melutut di hadapan Afrina. Kalaulah dia mampu untuk menyeka pergi segala air mata yang bertaburan di wajah Afrina itu.
            “Ain tak boleh hidup tanpa abang....” Rengek Afrina untuk kesekelian kalinya. Begitu lemah jiwanya dalam menapung dugaan ini. Tidak betah langsung untuk bertahan.
            “Udara yang Ain pinjam sekarang, bukan milik abang... Tetapi milik Allah. Dia yang memiliki segala sesuatu di dunia ini. Bukan abang.... Berharaplah pada dia. Berdoalah pada dia Ain... Abang sendiri tidak dapat membantu Ain kalau Ain sendiri tidak betah untuk membantu diri sendiri.”
            Afrina menangis teresak-esak. Dia tahu yang dia sudah kehilangan Haraz. Tapi kenapa perlu ada bayangan Haraz lagi? Benarkah yang dirinya sudah tidak waras? Benarkah yang dirinya sudah GILA? Kalau benar dia gila, pasti dia tidak punya hak untuk menjaga Hadziq. Ya Allah, apa yang perlu dia buat sekarang?
            Tanpa Afrina sedar, ada seseorang yang sedang melihat kelibatnya. Ada telinga yang menangkap kata-katanya. Kakinya tiba-tiba bagai dipaku dari terus berjalan. Hatinya mula rasa kaku. Perasaannya yang selama ini membeku, mula cair tanpa diketahui hala tujunya.
            “Afrin....” Sepatah nama itu meluncur keluar dari mulutnya. Membawa wajah yang dihiasi tangis itu berpaling mencari suara itu.
            “Mirza....” Tanpa suara. Nama itu bermain di hujung bibir Afrina.
            Untuk seketika, mereka saling bertatapan kerana diselubungi rasa terkejut. Mirza sungguh tidak menyangka yang masih ada pertemuan setelah mereka berpisah lebih empat tahun lamanya. Cepat-cepat Mirza menyembunyikan rasa terkejut dan kembali bertenang seperti biasa. Namun hanya Allah yang tahu betapa kekoknya langkah kakinya tika dibawa menghampiri Afrina.
            Afrina yang duduk tadi cepat-cepat terbangun. Dia mula berpaling untuk mengelap permata jernihnya. Namun barulah matanya menangkap nama Iyyad Mirza yang terletak cantik di atas meja kerja itu. ‘Macam mana aku boleh tidak perasankan sebaris nama ini?’ Saat ini, dia mula menggelabah. Dia benar-benar ingin lari dari pertemuan ini yang tidak diduga ini.
            “Tak sangka kita berjumpa lagi...” Mirza sendiri tidak pasti sama ada ayat yang dituturkannya itu benar atau salah. Kena atau tidak dengan situasi sekarang. Tapi otaknya benar-benar membeku untuk mengatur ayat yang lebih kemas. Fikirannya terasa kosong!
            ‘Ya Allah, dia masih cantik seperti dahulu walaupun wajahnya sedikit cengkung dan tidak berseri...’ Tiba-tiba ada rasa sedih yang menerjah ruang hati. Sedih kerana pertemuan mereka dicipta di bilik sakit ini.
            Seminggu yang lepas, memang Mirza ada terserempak dengan Amalina ketika menemani ibunya ke pasar tani. Mereka mula bertukar khabar berita. Dan setelah Amalina tahu yang dia sekarang menyandang jawatan sebagai Doktor Psikitari, Amalina terus menceritakan tentang seorang sahabatnya yang telah kehilangan suami dan wanita itu mula berhalusinasi tentang kelibat suaminya. Tanpa ragu-ragu, terus diserahkan kad businessnya untuk membantu. Namun siapa sangka yang perempuan yang dimaksudkan itu adalah Afrina. Bekas tunangnya sendiri!
            Memang ada cerita pahit yang membelit mereka dahulu. Namun tidak pernah sekalipun Mirza mendoakan yang tidak-tidak terhadap Afrina. Semua ini memang mampu mengejutkan dirinya.
            Apa sebenarnya yang telah berlaku antara Afrina dan Haraz? Benarkah Haraz telah tiada? Namun apabila terpandangkan wajah Afrina tika ini, semuanya bagai membenarkan spekulasinya. Pasti berat untuk wanita itu menerima kehilangan Haraz sehingga membuatkan Afrina terbawa-bawa dengan perasaannya.
            “Saya nak balik...” Ujar Afrina tanpa ditunggu lagi. Mana mungkin dia bisa bertahan untuk menatap wajah Mirza. Setelah apa yang berlaku dulu, dia tidak pernah berharap untuk berjumpa dengan Mirza lagi.
            “Afrina..... Awak tak boleh balik lagi.. Awak perlu menjalani rawatan..” Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja ditarik lengan wanita itu dan didudukkan di atas kerusi ini. Dia mengerti perasaan Afrina itu. Pastilah wanita itu kekok untuk berhadapan dengan dirinya sekarang.
            “Saya tak sakit... Saya tak perlu jalani rawatan ni.. Saya bukan orang gila!” Teran Afrina kuat. Nafasnya naik turun. Tak habis-habis lagi orang hendak menuduhnya gila. Pasti Mirza bahagia melihat penderitaannya sekarang? Pasti lelaki itu senang melihat dirinya yang tidak terurus ini. Pasti lelaki itu hendak mengetawakan dirinya sekarang? Pelbagai persoalan mula menusuk ke benaknya.
            “Bawa bertenang Afrin... Saya tak cakap awak gila... Saya pun tak cakap awak sakit.. Saya di sini adalah untuk mendengar segala luahan awak. Awak boleh cerita pada saya... Apa yang awak nampak.. Tapi orang lain tak nampak... Apa yang awak dengar, tapi orang lain tak dengar... Awak boleh kongsi dengan saya.”
Pujuk Mirza tenang. Langsung tidak tergugat ketenanganya walau sudah ditengking oleh Afrina sebentar tadi. Kerjayanya sebagai seorang Doktor Psikitari membuatnya dia harus peka dengan keadaaan pesakitnya. Sikap tenang haruslah tebal dan dia sebagai doktro haruslah tidak tergugat dengan keadaan emosi pesakit yang tidak menentu.
“Kalau saya cerita, awak percaya ke?” Tanya Afrina sedikit lirih. Orang di sekelilingnya betah menuduhnya gila. Namun adakah Mirza akan mempercayai kata-katanya. Sebutir permatanya mula jatuh lagi di birai pipi.
Dada Mirza mula terasa ngilu apabila melihat tangisan milik Afrina itu. Jika diikutkan jiwa lelakinya, mahu sahaja dia sembamkan wajah Afrina di dada miliknya. Namun dia harus sedar yang ada batasan dan garisan yang mengelilingi hubungan mereka.
“Okay... Afrin duduk kat sini...” Mirza mula menolak sebuah kerusi di sisi Afrina. Mengarahkan agar Afrina duduk. Mungkin kerana didorong oleh rasa sedih, terus Afrina duduk. Mirza terus menarik sebuah lagi kerusi dan duduk di hadapan Afrina. Melihat pada tingkah Afrina yang mengelap air matanya menggunakan hujung lengan bajunya, terus Mirza mengeluarkan sapu tangan miliknya.
“Ambillah... saya tahu awak perlukan.” Kata Mirza apabila melihat Afrina sedikit teragak-agak untuk menyambutnya.
“Saya tak perlukan sapu tangan ini andai Haraz ada bersama-sama dengan saya sekarang.” Tutur Afrina sambil melemparkan pandangan kosong ke arah suatu sudut. Mirza juga ikut turut terpanggil untuk memandang hujung dinding yang kosong itu. ‘Adakah Afrina melihat kelibat suaminya di situ?’
“Tapi hakikatnya Haraz dah tak ada kan..?” Tanya Mirza lembut.
“Mungkin dia dah tak ada di muka bumi. Tapi dia sentiasa subur dalam hati saya!” Jawab Afrina tegas. Sedaya upaya dia cuba melarikan wajah dari membiarkan mata Mirza terus menjamahnya.
“Jadi, jangan awak matikan rasa yang sedia ada itu.”
“Saya tak pernah matikan rasa cinta saya pada Haraz!” Tekan Afrina sekali lagi. Entah kenapa, kehadiran Mirza ini benar-benar membuatkan dirinya naik darah! Setelah apa yang berlaku dahulu, pasti Mirza senang melihat keadaan dirinya yang tunggang langgang ini. Pasti hati lelaki itu puas!
            “Tapi perlakuan awak sekarang menunjukkan yang awak sedang membunuh cinta awak sendiri!” Kali ini, suara Mirza kedengaran agak tegas sedikit.
            Afrina mula memandang ke arah Mirza. Memandang dengan pandangan yang tajam. Nafaznya mula berselerakan. Mungkin rasa marah sudah menjengah dalam diri. Hingga membuatkan emosinya saling berdetum hebat. Air liur yang tersekat, mula ditelan perlahan.
            “Cinta... tak semestinya bersatu. Kalau dia pergi, Afrin harus relakan pemergiannya. Sebab Allah sedang mempersiapkan kebahagiaan yang lebih sempurna di alam sana. Afrin isteri yang baik kan? Jadi, tegarkan Afrin menahan kebahagian dia? Jangan biarkan diri Afrin terhempas di sini. Jangan habiskan sisa cinta itu dengan mengenang sesuatu yang telah jauh. Mengenang itu perlu. Tapi ada batasannya. Menyayangi itu sesuatu yang pasti. Tapi ada had limitnya. Afrin kena bangun dari mimpi semalam. Mimpi yang mengerikan itu. Sebab yang menanti Afrin sekarang ialah hari yang lebih cerah. Yang lebih berseri. Yang lebih pasti.....” Nasihat Mirza penuh lembut. Dia agak tersedar yang kata-katanya sedikit keras tadi.
                Mirza mula mengatur ayat yang lebih sesuai untuk santapan rohani Afrina yang kosong. Mungkin kerana rasa sayang yang terlalu menebal itu membuatkan Afrina longlai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
            Perasaan itu sesuatu yang halus. Bisa terkoyak jika berlanggaran dengan duri-duri tajam. Jadi, perlulah diperkukuhkan benteng pertahanan. Agar dapat menahan diri dari terjunam jatuh ke lembah perasaaan yang menggila.
            “Orang tuduh Afrin gila.. Orang cakap Afrin tak siuman....” Rengek Afrina sambil menangis. Terlupa seketika sengketa yang pernah menghantui mereka dahulu. Lurus dia mempamirkan gelodak hatinya. Mungkin hanya Mirza yang akan memahami perasaann takut yang dia rasai tika ini.
            Sungguh, dia sering merasakan yang masyarakat sering memandangnya hina! Gila ditelan rasa cinta yang sudah mati.
            “Sebab tu Afrin kena jalani rawatan... kena buktikan yang Afrin tak gila.. yang Afrin tak sakit..” Pujuk Mirza lagi. Penuh kelembutan. Bibirnya mula merekah dengan senyum. Cuba mengusir rasa gundah yang hinggap dalam diri Afrina.
            “Macam mana....kalau Afrin..... betul-betul gila?” Tanya Afrina dalam esakan yang masih belum reda.  Matanya yang berkaca itu tulus mengharapkan sebuah kepastian dari Mirza.
            “Ish... jangan fikir buruk... Lepas ni Mirz akan atur beberapa temu janji lagi. Kita akan buat pemeriksaan secara terperinci. Apa pun, Mirz akan bantu Afrin. Afrin percayakan Mirz kan?” Kali ini, giliran Mirza pula yang menantikan jawapan yang mampu menggocak rasa hatinya. Berharap agar Afrina bersetuju dan membiarkan dirinya untuk merawat Afrina. Walaupun besar kemungkinan yang Afrina akan menolak, Mirza tetap berdoa agar dia diberikan peluang untuk membantu Afrina.
            Afrina mengangguk. Pertama kali termakan dengan pujukan lembut tentang penyakit yang dihidapinya. Biasanya, telinganya akan naik bebal bila mendengar kata-kata nasihat yang berkait rapat dengan penyakitnya.
            Mirza tersenyum cuma. Setelah hampir empat tahun, entah kenapa inilah senyuman yang paling ikhlas pernah menjamah wajahnya.
‘Ya Allah, cerahkanlah pertermuan kami ini dengan sirnaMu.. Aku berharap agar kegelapan yang menerangi kalbuku selama ini akan pergi.... Pergilah jauh-jauh wahai sepi... Pergilah jauh-jauh wahai derita.. Pergilah jauh-jauh wahai resah.. Kerana sekarang aku sedang mencuba untuk meneguk secebis cinta semalam yang masih belum tentu dilahirkan untuk menjadi milikku.’

p/s::: maaf jika tak memenuhi piawaian korang semua.. =)