Friday 28 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [20]


           Perlahan-lahan Afrina memandu ke pejabat Haraz yang terletak di Indera Mahkota. Dia datang untuk menandatangan beberapa buah dokumen memandangkan dia salah seorang daripada pengarah dan pemegang saham. Kalau ikutkan hatinya, sudah lama dia lari dari semua ini. Tapi tak sanggup pula untuk melepaskan Azlin keseorang. Pening pula gadis itu mencari ganti dirinya. Lagipula, sedari dulu lagi, memang Haraz telah meletakkan namanya sebagai salah seorang dari pengarah syarikat.
            Hadziq sengaja ditinggalkan bersama Amalina. Bimbang nanti meragam bila dibawa ke tempat yang tidak menarik perhatiannya. Budak kecik itu pun dah pandai meragam. Tapi dalam dia meragam, Afrina akui yang Hadziq tetap tergolong dalam golongan kanak-kanak yang senang dijaga.
            “Selamat tengah hari kak Afrina.” Tegur Melati. Setiausaha merangkap Eksekutif pentadbiran di syarikah Mega Jaya Holdings ini. Memang sedari dahulu, dia senang jika Melati dan kesemua pekerja memanggilnya akak. Rasa tak selesa pula jika berpuan-puan. Lagipun, dia bukanlah pengarah sepenuh masa.
            “Cik Azlin ada?” Tanya Afrina sambil memaniskan muka.
            “Ada.. sebentar ya saya pergi panggil.. Kak Afrin masuk dalam bilik Encik Haraz dululah...” Afrina angguk lantas patuh menerima arahan dari Melati. Dimajukan langkah ke pejabat yang satu masa dahulu menjadi milik Haraz. Malah sehingga kini, bilik ini langsung tidak diberikan kepada sesiapa pun.
            Walaupun tidak digunakan, namun bilik ini masih dijaga rapi. Mungkin mak cik cleaner yang datang dua kali seminggu itu tetap membersihkan bilik Haraz ini. Matanya mendarat pada frame gambar yang terhidang di atas meja. Ada dua bingkai gambar. Sekeping gambar mereka berdua sewaktu akad nikah. Satu lagi gambar sewaktu dirnya sedang mengandung.  Dicapai frame gambar tersebut. Disapu jika terdapat habuk yang menumpangkan diri.
            Gambar yang menunjukkan berat badannya naik secara mendadak. Malah telah berulang kali dia mengarahkan agar Haraz membuang sahaja gambar tersebut. Terasa kerdil melihat rupa paras yang tembam dan bentuk badan yang comel itu. Tapi Haraz, makin dilarang, makin dia nak buat!
            “Abang.... janganlah letak gambar ni.. Malu kalau orang tengok. Ishh...” Komen Afrina geram. Haraz hanya ketawa lalu menarik lengan isterinya. Ditarik tubuh isterinya agar duduk di ribanya. Kerja-kerja yang menimbun di atas meja terus ditolak ke tepi usai melihat kelibat isterinya.
            “Abang... inikan ofis.” Afrina memberi peringatan. Haraz ni memang gila romantik tak bertempat. Dekat ofis pun nak peluk-peluk. Tak jemu gamaknya.
            “Alah...Pejabat abang bukan boleh nampak dari luar pun. Kalau kita nak berasmaradana pun, bukan orang tahu.” Usik Haraz nakal. Makin isterinya malu, makin kuat dia ingin mengusik!
            “Ishh... suami siapa yang gatal sangat nih? Tak kenal.. tak kenal...” Afrina menggelengkan kepalanya berulang kali. Giliran dia pula yang mengusik Haraz. Terus badannya dipeluk erat oleh si suami dari arah belakang.
            “Abang.. Ofis nih....” Larang Afrina tegas namun tetap kedengaran manja.
            “Kenal ke tak?” Tanya Haraz tidak mahu kalah. Sewenangnya dia dipermainkan oleh Afrina. Isterinya ini, makin lama makin nakal!
            “Kenal... inilah suami saya yang handsome macam Remy Ishak tuh...” Ada tawa di hujung ayat Afrina itu. Tahu sangat yang suaminya itu pantang disebut nama Remy Ishak. Cemburunya memanjang...
            “Bencilah... Balik-balik bangladesh tu jugak yang Ain nak!” Haraz mula melepaskan pelukan. Dia nak tahu Afrina bakal memujuknya dengan skill mana pula?
            “Alah... janganlah merajuk cik abangku yang paling handsome... Ada sejuta Remy pun... Tak akan sama dengan cik abang Haraz saya nih...” Pujuk Afrina sambil membetulkan tali leher milik si suami. Matanya dilirik lembut. Dia senyum simpul sedikit. Menggoda habis nih!
            Haraz tersenyum sedikit. Dengan berani dia meletakkan jari terlunjuk di pipi kanannya. Afrina membulatkan mata! Idea yang langsung tak boleh pakai!
            “Abang.. ini kan pejabat. Hutang dulu! Dekat rumah baru bayar.” Ada ke suruh cium dekat pejabat. Memang tak lah kan...
            “Boleh. Tapi kena bayar double!”
            “Double trouble betullah dapat suami macam nihhh...” Marah Afrina geram. Haraz memang suka mengusiknya.
            “Abang sayang Ain double tau.... Triple and more...” Bisik Haraz sambil dengan beraninya mencium pipi isteri. Lama pulak tuh! Dia senang untuk melimpahkan segala kasih sayang pada Afrina. Siapa tahu yang hari esok bukan lagi milik mereka!
            Tapak tangan Afrina terus didaratkan di pipi. Masih terngiang dan terasa cebisan ciuman Haraz itu. Air matanya hampir menitis. Namun cepat-cepat ditahan. Dia tak boleh leka melayan amukan perasaan yang menggila ini.
            Kenangan inilah perkara yang paling menyakitkan bila rindu datang bertandang!
            “Kak Afrin...” Panggil Azlin lembut. Dia tahu, setiap kali masuk ke dalam bilik ini, Afrina pasti akan beremosi. Sebab itu Azlin melarang sesiapa pun menggunakan bilik ini. Biarlah kenangan arwah abang dan kakak iparnya terus disimpan cantik.
            Seketika, mereka saling bersalam dan hilang dalam pelukan.
            “Oh Lin... Mana dokumen yang nak sign tuh?” Afrina bersyukur! Walaupun dia bukan menantu kesayangan, sekurang-kurannya Azlin tetap menyenanginya. Malah adik Haraz itu sentiasa bertanyakan keperluan hariannya. Langsung tak putus bertanya khabar. Dia memang banyak terhutang budi pada Azlin.
            “Yang nih... Sorrylah kak.. Lately ni memang terkejar ke sana-sini. Tak sempat langsung nak singgah rumah akan untuk bagi dokumen. Buat susah akak je datang ke ofis nih.”
            Tanpa diterang pun, Afrina tahu yang Azlin teramat sibuk untuk menguruskan beberapa tender yang perlu diperbaharui. Malah syarikat mereka juga telah menerima beberapa buah projek besar yang melibatkan pihak kerajaan! Gigih betul usaha Azlin menguruskan dan mengembangkan lagi perniagaan Haraz ini. Kalau nak harapkan dia, memang lingkuplah syarikat ini.
            “Akak faham... Lin tak perlu rasa bersalah sangat.” Sambil berbual, Afrina mula menandatangan beberapa jenis dokumen.
            “Oh ya kak... Akaun syarikat ada problem sikit. Pekerja yang lama tu tiba-tiba lari. Habis kucar-kacir semuanya. Akak pernah kerja jadi akauntan kan, boleh tak kalau nak minta tolong akak review sikit. Tapi kalau menyusahkan, Lin hantar ke kat firma perakaunan. Tapi tulah kan... Charge dia orang tu bukannya murah! Nak-nak kalau dia orang tengok sale kita. Lagilah tinggi depa nak charge...” Kadang-kadang dia rasa firma perakaunan ni banyak ambil kesempatan. Construction bukanlah banyak duit. Banyak nak rolling duit adalah.
            “Lah... kenapa tak beritahu awal-awal. Akak boleh je tolong..” Mungkin dah tiba masanya dia bangun dari rasa kecewa. Hidup ini sememangnya perlu diteruskan. Tak kan selama-lamanya dia nak berselimut dalam mimpi ngeri semalam.
            “Eh.. serius? Jadi akak nak masuk kerja ke or nak saya hantarkan dokumen ke rumah?” Tanya Azlin teruja. Sekurang-kurangnya hilang sedikit bebannya. Ini tidak, dia seorang sahaja yang menguruskan semua ini. Tak terkejar dibuatnya.
            “Tak payah susah-susah hantar rumah! Esok akak masuk pejabat kerja. Kesian Lin kena buat semua ni sorang-sorang. Lepas ni kita buat sama-sama ya. Tapi terus terang, akak memang failed bahagian construction... Setakat buat akaun tak ada hal lagi..”
            “Oh akak... Lega saya dengar! Eh, Hadziq tak datang sekali ke?” Baru sekarang dia teringatkan anak saudaranya yang seorang itu.
            “Tak.... Akak tinggalkan dekat kak long.”
            “Tapi nanti Hadziq siapa nak jaga?” Risau juga kalau-kalau permintaannya ini menyusahkan kakak iparnya itu.
            “Tak apa... kak long akak ada... Dia boleh tolong jaga. Dia lagi suka!” Afrina sudah bertekad untuk melupakan perkara yang lepas-lepas. Dia ingin bangun dengan nafas baru. Dengan jiwa dan semangat yang baru! Mungkin dah tiba masanya dia betulkan apa yang retak dan memulihkan apa yang sudah bercelaru.
            Tiba-tiba telefon bimbit Azlin berbunyi nyaring. Tersenyum panjang saat melihat nama yang tertera di skrin telefon! Oh, si jantung hati... Tanpa teragak, dia mula mengambil panggilan tersebut.
            “Helo... Dah sampai ke? Okay... Tunggu sekejap ya!” Suara Azlin menjawab lembut.
Pertama kali Mirza mengajaknya untuk makan bersama. Tiba-tiba rasa ada debar yang berkunjung. First date babe! Mahu tak kejung dibuatnya. Sudahlah dia agak selekeh hari ini. Almaklumlah, hari ini dia ke site. Hanya mengenakan seluar slack hitam dan blaus paras lutut berbunga kecil.  Selendang yang membelit kepalanya juga sudah serabai habis. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah pakai baju kebaya! Sanggup bersempit-sempit bila berjalan ke site. Apa sahaja untuk menambat hati Mirza. Oh.. nampak sangat statement anak dara gatal.
            “Ada date dengan buah hati ke?” Teka Afrina. Setahunya, Azlin memang tak pernah ada siapa-siapa. Dulu gadis itu fokus belajar. Bila bekerja, sibuk mencipta kerjaya. Mungkin dah sampai masanya Azlin memikirkan hal personal!
            “Hmm.. pilihan mama kak...” Malulah kalau nak mengaku yang dia ikut turut berkenan pada Mirza. Jadi lebih baik jual nama mama!
            “Lin okay ke tak dengan dia?” Tanya Afrina ramah. Memang perlu untuk dia mengambil berat perihal Azlin. Apatah lagi bila melibatkan keluarga Haraz. Dia tak boleh menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
            “Baru nak kenal-kenal kan... Tapi so far dia okay. Nanti ada masa, kita kumpul satu keluarga ya. Saya kenalkan dia pada akak.”
            “Okay... Eh, Lin nak cepat kan. Tak apa. Dokumen ni nanti akak bagi pada Melati. Enjoy your lunch dear. Tak baik bagi dia tertunggu-tunggu.”
            Azlin sudah tersenyum menangkap kata-kata kakak iparnya itu. Tanpa menunggu lama, terus dia keluar dari bilik setelah menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi Afrina.
            Tergeleng-geleng kepala Afrina melayan karenah adik iparnya itu. Orang baru nak belajar bercinta memang macam tuh. Dulu sewaktu dia dengan Mirza, setiap kali jika ada kelapangan pada waktu tengah hari, pasti lelaki itu akan mengangkutnya untuk makan bersama.
Nama Mirza terus menghimpit benaknya.  Tangannya terus mencapai iPhone 4 miliknya. ‘Agak-agaknya, kalau telefon Mirz ajak keluar makan sama, dia setuju tak?’ Afrina terus terfikir-fikir sendiri.
Sebelah hatinya berat untuk menelefon Mirza. Rasa malu masih menebal kerana dahulu terang lagi bersuluh dia tegar menghalau Mirza keluar dari rumahnya. Bukan sahaja rumah, tapi menghalau lelaki itu dari hidupnya. Tak kan sesenang itu Mirza hendak memaafkannya?
“Telefon dia Afrin... Ajak dia makan.. and then mintak maaf. Terangkan kejadian yang sebenar! Mirza mesti dengar penjelasan aku... Dia bukan kategori lelaki yang cepat nak marah...” Suara yang keluar dari mulut cuba memujuk rasa hati yang menderu dengan angin debaran. Berkunjung tanpa henti.
Dengan ungkapan bismillah.... Afrina mula mendail nombor Mirza.
Tut... Tut.. Tut... Tut....
Menanti talian disambungkan.
Dup dup... Dup dup.... Dup dup....
Menanti hati disambut mesra.
“Maaf... Nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi” Afina mula mengeluh apabila mendengar suara promoter yang menjengah peluput telinganya itu. Hatinya rasa tidak enak! Adakah Mirza benar-benar merajuk?
“Mungkin Mirza sibuk.. Tengah ada appointment dengan pesakit. Aku tak boleh prejudis.” Sekali lagi dia pujuk rasa hati. Dia pasti, selesai Mirza menyudahkan kerjanya, lelaki itu pasti akan membalas panggilan telefonnya semula.
***
            Azlin mencuri pandang kepada Mirza yang sedang duduk di depannya. Lelaki itu nampak segak dengan kemeja berjalur berwarna pink itu. Siapa kata lelaki pakai baju warna pink nampak jambu? Mirza tetap nampak macho dan handsome dengan warna itu. ‘Argghhh hati... Sudah-sudahlah skodeng anak teruna orang!’ Tak mampu untuk disorok debaran yang menggila ini.
            Tapi selepas Mirza mendapat panggilan telefon tadi, wajahnya mula bertukar suram. Macam menyembunyikan sesuatu darinya.
            ‘Wahai Azlin... berhenti merewang! Baik kau fikir cara nak ajak dia berbual... Yup... Lelaki dia suka perempuan yang peramah dan selamba. Yang tak malu-malu kucing...’ C’mons Azlin.. Chaiyok!
            “What should I call you... Mirza or Iyyad?” Setakat ini, mereka tak pernah lagi berbincang secara serius seperti ini. Apatah lagi ini adalah pertemuan pertama mereka. Tipulah kalau tak rasa janggal. Tapi semua itu harus ditolak ke tepi. Umur mereka bukannya makin muda. Rasanya dua-dua dah matang dan hadam dalam isu perasaan ini.
            “You should call me abang right... Ialah, Saya tua lima tahun dari awak.”
            Glup! Azlin telan air liur. ‘Panggil abang? Nak nak nak....!’ Oh hati, sesungguhnya kau amat birah!
            “Kalau itu arahan... saya terima. Kalau itu permintaan pun, saya terima! Patik hanya menurut perintah.” Azlin siap letak tangan di dada malah kepalanya ditundukkan sedikit. Ala-ala dayang yang menerima perintah Sultan!
            Mirza tersengih. Tak semena-mena tadi dia hilang arah tatkala mendapat panggilan daripada Afrina. Sungguh hatinya tak keruan. Kenapa Afrina menelefonnya? Ada kecemasankah? Ada masalahkah? Hati tak mampu nak menidakan tempat Afrina di dalam hatinya. Setinggi mana pun tembok yang dia cuba tinggikan, dia pasti akan panjat tembok itu sendiri.
            ‘Jangan Mirz... Kan kau dah janji pada Hajah Khadijah yang kau memilih Azlin! Berapa banyak hati yang kau perlu koyakkan untuk bersama dengan Afrin. Sudahlah... Cukup-cukuplah. Tolonglah kali ini, kali ini sahaja... Kau jadilah seorang yang mementingkan diri sendiri sikit!’ Monolog hatinya.
            “Lin nak makan apa?” Tanya Mirza sambil mengambil menu dari pelayan.
            “Apa kata kalau abang orderkan makanan untuk Lin... Lin orderkan makanan untuk abang.” Tanpa dirancang, cadangan itu diusulkan kepada Mirza. Apabila tersedar, mukanya mula memerah. Malunya....
            “Cun jugak idea tuh... Sekarang adalah waktu untuk kita belajar tentang kesukaan masing-masing.” Mirza tahu. Azlin banyak memberi ruang kepadanya. Ruang dan peluang untuk meneruskan hubungan ini dengan lebih jauh. Dia langsung tak sampai hati nak lukakan Azlin yang comel ini. Bayang dan wajah Afrina, harus segera ditolak ke tepi.
            “Okey... abang order dulu.” Panggilan abang itu bagai sudah terbiasa di lidahnya. Apabila hati rela, semuanya akan jadi mudah kan...
            “Hmm.. makanan yang abang nak Lin makan ialah... Nasi goreng ikan masin! Air laici... Okay?” Sememangnnya itu memang makanan kegemarannya. Dahulu Afrina selalu masakkan untuknya. Kebetulan, kami memang berkongsikan makanan kegemaran yang sama. Errk.... parah nih! Kenapa perlu ada Afrina walaupun kata putus telah dicapai? Mirza dah mula rasa sakit kepala.
            Azlin pitam! Serius dia langsung tak makan ikan masin. Apatah lagi nasi goreng ikan masin? Tapi untuk lelaki yang dia sayang... Apa pun dia sanggup telan!
            “Okay... untuk abang pulak, Lin pilih Nasi goreng Cina. Air nesscafe ais!”
            Mirza mengangguk setuju. Sememangnnya dia bukanlah seorang lelaki yang memilih bab makanan. Semua benda pun dia hadap. Batu dengan kayu je dia tolak. Sambil-sambil menunggu makanan tiba, mereka berbual tentang diri masing-masing.
            Bagi Azlin, tak ada perkara yang dia ingin tahu sangat tentang Mirza. Kata Puan Maizura, Mirza pernah bertunang. Tapi terputus di tengah jalan apabila tunang Mirza telah berlaku curang. Kepingin juga rasa hati untuk menyelongkar kisah hidup Mirza, tapi bimbang nanti dituduh suka menjaga tepi kain orang pulak!
            Namun atas desakan rasa ingin tahu yang menggila, mulutnya ringan sahaja bertanya. “Abang pernah bertunang dulu kan...?”
            Berubah air muka Mirza tatkala soalan ini menampar peluput telingannya. Bagaimana kalau Azlin tahu siapa bekas tunangnya? Adakah Azlin mampu untuk terima? Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja diterangkan letak duduk cerita sebenar. Tapi dia sudah terlanjur berjanji dengan Hajah Khadijah untuk tidak menceritakan semua ini pada Azlin apabila dia memutuskan untuk memilih Azlin tempoh hari.
            “Kisah lama Lin...” Luah Mirza perlahan.
            Azlin gigit bibir. Dari reaksi Mirza, dia tahu yang lelaki itu sedang memberi hint kepadanya. Melarang dia dari bertanyakan perihal yang lepas-lepas. ‘Ish... aku pun satu! Buat spoiled mood abang Iyyad je. Ceritalah tentang hubungan korang... Bukannya pasal benda yang dah berlalu!’ Kutuk Azlin pada dirinya sendiri.
            “Opss.. sorry... Bukan Lin nak bussy body... tapi...” Belum sempat Azlin menghabiskan ayat, Mirza sudah pun menyampuk.
            “Lin... bukan abang tak mahu Lin tahu pasal kehidupan abang yang lepas, tapi buat apa kita ulang tayang pada benda yang dah berlalu... Baik kita fokuskan pada kehidupan yang ada depan mata. Lagipun, abang tak mahu burukkan sesiapa.” Jelas Mirza dengan senyuman kacaknya.
            Azlin ikut turut tersenyum. Mahu tak cair! Bahasa yang indah! Sopan! Santun! Perangai yang langsung memikat hati. Perempuan bodoh mana yang sanggup tinggalkan Mirza dahulu?
 ‘Uish... memang bodoh tahap gegaban. Tak apalah, aku kena bersyukur sebab sekarang Mirza dah jadi rezeki aku...’ Okay...nampak sangat dah gatal nih. Tergolong dalam kategori wajib kahwin dah nih!
            Seketika, mereka kembali terdiam apabila melayan mula menghantar menu yang dipesan. Berbalam-balam Azlin memandang nasi goreng ikan masin yang berada di depannya. Serius kembang tekak!
             Usai membaca doa, Mirza terus makan nasi goreng pilihan Azlin itu. Tapi berbeza pula dengan Azlin. Lambat sahaja dia ingin menyuakan nasi goreng itu ke mulut. Bila nasi itu menjengah ke mulut, terus matanya membulat! Serius tak boleh telan....
            “Lin..” Mirza yang perasan pada perubahan Azlin terus menarik pinggan makan Azlin. Air teh o ais mula dihulurkan kepada Azlin dan Azlin menyedut tanpa banyak cakap.
            “Jangan paksa diri kalau tak mampu.” Nasihat Mirza lembut. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam menerokai hidupnya. Dia nampak kesungguhan Azlin dalam meneruskan hubungan ini. Dan dia langsung tak sampai hati nak kecewakan Azlin dan ibunya.
            ‘Kalau kita bahagiakan hidup orang lain, InsyaAllah... Dia akan campakkan rasa bahagia itu dalam diri kita jugak...’ Kata-kata itulah ramuan yang paling penting dalam memujuk hatinya sendiri.
            “Abang... Lin...” Suara gadis itu mula teragak-agak. ‘Konon sanggup telan apa sahaja.... Telan ikan masin pun tak boleh! Macam mana ni Lin?’ Serius rasa nak nangis! Pasti Mirza berfikir yang dirinya tidak bersungguh!
            “Lin.. Dalam hubungan tu, mana ada orang yang sama seratus percent! Kalau Lin tak suka, Lin kena cakap. Abang tak marahlah...” Lembut sahaja suara Mirza memujuk. Soft spoken sungguh! Mejadikan hati Azlin layu mendayu-dayu...
            “Abang...Mungkin hubungan ini diatur oleh keluarga kita. Tapi Lin dah sedia nak terima abang... Tapi Lin tak pasti sama ada abang terima Lin sebab terpaksa ataupun secara rela...” Ini memang pengakuan berani mati! Rasanya kena catat dalam diari nih!
            “Lin...” Panggil Mirza sambil mula mencuri nafas. Dia sudah ada keputusan. Segalanya adalah muktamad!

p/s:: thanks pada semua yang sudi baca n sudi komen.. lebiu korang.. 

Wednesday 26 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [19]


           Resah hati Afrina kian terubat apabila kakinya melangkah ke kubur Haraz ini. Terasa baru semalam rasanya pemergian suaminya ini. Terasa tak tertanggung rasa rindu yang masih belum bersedia untuk berhenti berkunjung.
            Pertama kali hatinya selapang ini. Tak pernah rasanya dia rasa setenang ini selepas pemergian Haraz. Bacaan yasinnya diriingi dengan tangisan rawan. Air mata masih setia membasahi wajah.
            Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini? Masih terngiang  di telingannya. Ungkapan ustazah yang dia jumpa semalam. Afrina langsung tidak menjangka yang Amalina ingin membawanya berjumpa dengan seorang ustazah.
            “Anak ni dah kena guna-guna. Ada orang ikat hati anak supaya benci pada lelaki yang bernama Mirza...”
            Afrina melopong besar. Tak percaya dengan apa yang dia dengar tika ini. Manakala Amalina kekal tenang. Dia sudah dapat mengagak. Kerana Afrina terlalu membenci Mirza. Malah, bila mendengar nama Mirza sekalipun, Afrina sudah mula hendak marah. Bukankah ini satu petanda? Bukan Amalina hendak percaya sangat pada benda syirik. Tapi tidak dapat tidak, perkara seperti ini kita tak boleh nak tolak. Siapa boleh sangka? Siapa boleh menduga yang benda ini akan terjadi dalam kehidupan kita.
            “Tapi siapa yang buat macam tuh?” Tanya Afrina tak percaya? Benarkah?
            “Maafkan mak cik. Mak cik tak boleh beritahu siapa. Sebab semua ini bakal menimbulkan dendam anak pada orang yang menghantar.” Terlepas sebuah keluhan dari mulut Afrina tika menyambut kata-kata dari ustazah itu.
            “Tapi saya perlu tahu.... Saya nak tahu orang yang nak hancurkan hidup saya tuh!” Desak Afrina tanpa sedar. Amalina mengusap lembut bahu Afrina. Menyarankan agar Afrina terus bersabar. Air mata Afrina menitis. Siapa pula yang terlalu mendengkikan kehidupannya sampai sanggup mengenakan ilmu halus terhadap dirinya.
            “Saya tak percayalah...” Afrina kembali menidakkan apa yang dia dengar. Kepalanya digeleng berulang kali.
            “Terpulang kepada anak sama ada nak percaya atau tak.. Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan saya sendiri...” Ini bukanlah kali pertama Ustazah Ramlah menerima fed back seperti ini. Dia faham apa yang terbenam di lubuk hati jiwa wanita di hadpaannya ini.
            “Saya bekalkan tiga biji limau nipis nih. Nanti masa mandi nanti, sental pada sekeliling badan. Buat selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah anak akan sembuh. Masa sental nanti, selawat dalam hati banyak-banyak. Niat untuk buang kotoran di badan anak... Dah terlalu lama benda tu menumpang dalam badan anak.. Dah tiba masa untuk anak buang benda alah tuh...” Afrina mendengar tanpa perasaan.
Malah sedikit pun Afrina tidak menyambut huluran plastik yang mengandungi limau nipis itu. Lantas Amalina mengambil tanpa banyak cakap. Malas untuk memaksa-maksa adiknya.
            Amalina tahu, bukan niat adiknya hendak menyombong. Mungkin masih terkesan dek rasa terkejut yang menggunung.
            “Banyakkan istigfar...Solat jangan tinggal. Baca Al-quran pun jangan lupa. Mungkin sebab benda halus ni yang banyak buat anak keras hati. Buat anak benci pada orang yang anak sayang...Tapi insyaAllah, semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala.”
            Menitis air mata Afrina. Benarkah dia telah diguna-gunakan untuk membenci Mirza? Tapi siapa orangnnya? Apa motifnya?
            “Terima kasih ustazah... Saya tak tahu nak balas jasa ustazah macam mana lagi.” Akhirnya terluah jua ungkapan keramat itu. Mungkin dia kena terima qadaq dan qadar yang telah ditentukan kepadanya. Jadi rupanya sebab ini dia tidak dapat menerima Mirza dalam kehidupannya. Mirza yang teruk menanggung akibat dari semua ini. Jadi agaknya kerana itu dia mula terpaut pada Haraz. Jika semua ini tidak berlaku, pasti dia sedang berbahagia bersama Mirza!
‘Ya Allah.... Dugaan apa yang Kau hulurkan kepadaku ini?’
“Kita hanya berikhtiar.. Dia yang mencampakkan rasa sakit, tapi Dia juga yang menyembuhkan segala penyakit. Jangan bersedih nak.. Semua ini datang dari Allah... Yang baik atau buruk.. semuanya dariNya. Tapi percayalah, setiap yang diatur Allah itu indah. Mungkin kelabu pada pandangan manusia, tapi penuh warna dan warni yang terselindung di bawah rahmatnya. Jangan berdendam dengan manusia... Berlapang dadalah menerima semua ini.” Tambah Ustazah Rahmah lagi.
“Minum air ni nak... Buat penerang hati tu.. Selawat dulu tiga kali.” Cawan yang berisi air minuman itu mula diteguk perlahan selepas beritigfar dan berselawat. Air mata yang berjuraian, dia sapu dengan belakang tangan.
Balik sahaja ke rumah, kakaknya terus mengerah dia untuk mandi. Untuk membersihkan segala kekotoran. Ketika hendak tidur, dia mula rasa tak sedap badan. Serba tak kena dibuatnya! Baring salah! Duduk salah! Berdiri apatah lagi. Seluruh badannya sakit-sakit.
Amalina dah mula risau, tak pernah dia tengok keadaan adiknya sebegitu rupa. Dia sudah berkira untuk membawa Afrina ke klinik. Namun tiba-tiba Afrina muntah. Tak lah terus sangat muntah Afrina itu. Tapi dia tetap rasa kasihan!
Usai muntah, Afrina kembali berbaring. Sungguh rasa tak larat! Namun yang peliknya, dia rasa teramat lega! Tuhunya terasa ringan! Hatinya terasa lapang. Jiwanya terasa lega! Mungkin benda halus itu keluar melalui muntahnya tadi. Air matanya menitis lagi. Memanjatkan rasa syukur pada Ilahi walaupun otaknya masih berbolak balik sendiri. Masih belum percaya yang semua ini terjadi dalam hidupnya.
“Afrin....” Panggilan itu mengejutkan lamunan milik Afrin. Lantas Afrina berpaling melihat Amalina.
“Jangan dikenang apa yang berlaku tuh...”
“Sampai hati orang tu buat Afrin macam ni?” Entahlah pada siapa hendak dicampakkan kesalahan ini kerana otaknya sendiri beku dari menuduh sesiapa. Malah dia tidak mahu terus-menerus melakukan kesalahan jika tersalah tuduh nanti! Tapi dia manusia biasa yang punya rasa marah. Dia bukannya malaikat!
“Afrin... cuba fikir! Kalau orang tu tak buat macam ni, Afrin tentu tak kahwin dengan Haraz kan? Afrin sendiri bahagia bersuamikan Haraz kan? Tengok, sebelum Allah bagi cobaan, dia dah terlebih dahulu memberikan Afrin kasih sayang. Jadi, apa yang Afrin nak pertikaikan sekarang? Jangan merungut dengan apa yang berlaku atas kita... Berbahagialah kerana menjadi insan yang diuji sayang..” Pujukan Amalina penuh nada ketegasan.
Dia tidak tahulah apa yang Afrina makan hingga membuatkan Afrina lemah dihimpit keadaan. Mungkin sedari dahulu, Afrina sering dimanjakan. Kerana itu daya imum badannya tidak terlalu kuat. Salah keluarga mereka juga dahulu. Terlalu memanjakan Afrina lantaran Afrina ialah anak bongsu!
Afrina mula tersedar dan beristigfar berulang kali. Dia tak boleh terus lemah. Sekarang waktu yang paling sesuai untuk dia pulihkan kembali semangatnya yang pincang.
Mungkin benar ada hikmah disebalik percaturan Allah ini. Berkenalan dengan Mirza, malah sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Mirza. Tiba-tiba dia jadi tawar hati pada Mirza dan mula terpaut pada Haraz. Sanggup pula meredah kemarahan si emak dan kebencian Puan Maizura. Malah bila disatukan bersama Haraz, dia juga bukan dikategorikan sebagai menantu pilihan namun dia tetap bahagia bersama Haraz sehinggalah Allah mengambil Haraz semula dari pangkuan dirinya. Dan waktu mempertemukan dirinya semula bersama Mirza. Sesuatu yang berlaku itu walaupun memedihkan adalah dari izinNya. Dari izin Allah!
“Sudahlah... mari balik dik. Nanti-nanti kita datang lagi.” Perlahan-lahan meraka bangun dan menuju ke kereta. Usai beberapa langkah meninggalkan kawasan perkuburan, Afrina berpaling seketika ke belakang. Memandang kubur Haraz!
‘Sampai bila-bila pun... Ain tetap sayang abang...’ Desis hati Afrina.
“Afrin banyak buat salah pada Mirz...” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Afrina usai mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Afrina melemparkan padangan ke hadapan. Terlalu banyak kesalahannya pada Mirza!
“Bukan salah Afrin.. Semua ni berada di luar kawalan Afrin.” Pujuk Amalina.
“Mampu ke Mirz maafkan Afrin?” Tanya Afrina sebak! Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri.
“Mirz tak pernah benci Afrin.. Dia sentiasa ada pada Afrin... Percayalah, dia akan terima Afrin semula.”
Afrina diam. Dia tidak harap untuk diterima. Cukuplah jika diberikan ruang kemaaffan di atas segala keterlanjuran kata-katanya. Mirza dah cukup banyak terluka dengan kata-katanya.
***
            Mirza menjeling jam yang melekat di pergelangan tangannya. Jarum  pendek sudah menunjukkan jam satu tengah hari. Terkejut apabila mendapat panggila telefon dari Hajah Khadijah sebentar tadi. Kata mahu berjumpa!
            Argghh... Semuanya kelihatan serabut dan kusut! Cerita ini makin jadi berbelit.  Siap sangka, ibu Azlin itu adalah ibu mertua Afrina. Kecil betul dunia ni. Baru nak mengelak dari dunia Afrina, termasuk pulak dalam gawang yang berkaitan dengan Afrina.
            Dia ingat lagi bertapa tergamamnya Hajah Khadijah sewaktu melihat wajahnya. Mahu tak terkejut! Sebab muka nilah yang tak tahu malu mengaku cintakan Afrina. Malah muka inilah yang berani mati mengajak Afrina kahwin. Jadi sekarang, pasti Hajah Khadijah pelik jika tiba-tiba melihat dia sebagai calon suami anak perempuannya!
            Mujur sahaja semalam Hajah Khadijah buat bodoh sahaja. Buat-buat dia bocorkan rahsia besar Mirza itu, tak ke naya! Confirm mati dikejakan dek ibunya nanti. Orang tua tu dah lah pantang dengar nama Afrina! Alergik habis.
            Baru hari ini dia merasa yang jawatan sebagai Pakar Psikitari benar-benar menggugat jiwanya. Ialah, sekarang mula rasa gabra habis! Celaru ikan cencaru betul!
            “Assalamualaikum...” Sapa satu suara. Mirza angkat muka. Dah tahu sangat gerangannya.
            “Waalaikumusalam. Duduklah mak cik!”
            “Mak cik nak makan apa?” Tanya Mirza ramah. Menu makanan mula diserahkan kepadanya.
            “Mak cik tak lapar.” Dia bukan saja-saja nak ajak Mirza keluar waktu ini. Bukan main terkejut lagi semalam bila melihat wajah Mirza yang sering diceritakan oleh sahabatnya. Kecik betul dunia. Tak sangka yang Mirza anak Maizura.
            “Minum?” Tanya Mirza tak putus harap. Dia harap Hajah Khadijah ada minuman. Ialah, kot-kot angin dengan jawapannya nanti, boleh juga meredakan kemarahan melalui minuman yang terhidang.
            “Jus oren!”
            Mirza mula mengorder minuman melalui pelayan restoren. Walaupun Mirza lapar habis, tapi dia tak terasa nak order makanan apabila melihat jelingan Hajah Khadijah ini. Mahu mati tercekik kejap lagi kalau makan depan Hajah Khadijah! Seketika mereka saling terdiam.
            “Apa motif kamu sebenarnya?”
            “Motif apa mak cik?” Tanya Mirza tak faham.
            “Apa motif kamu untuk terima Azlin? Dan apa motif kamu untuk permainkan Afrina?” Sengaja Hajah Khadijah mengeraskan suaranya. Dia boleh nampak betapa bersungguhnya Mirza menyatakan perasaannya tempoh hari. Ini tup-tup bersetuju dengan pilihan orang tuanya pula. Pasti ada yang tak kena! Ialah, Mirza ini tergolong dalam kategori lelaki yang kacak. Ada kerjaya pulak tu. Mana tahu kalau Mirza hendak mempermainkan anak dan menantunya itu!
            “Afrin tak terima saya mak cik...” Luah Mirza jujur. Matanya mula menerawang ke luar. Melemparkan rasa kecewanya jauh-jauh. Kebetulan memang dia sengaja memilih tempat di luar. Berangin sedikit! Tapi angin ini tak mampu menyejukkan hatinya yang rawan.
            Bila ditolak dahulu, dia sedar yang dia kalah dengan Haraz. Tapi kini dia masih belum mampu bersaing walaupun hanya dengan bayang Haraz! Bayangkan, perasaan seorang lelaki yang ditolak oleh orang yang sama di waktu yang berbeza? Kalau dahulu dia kecewa, sekarang dia rasa double kecewa!
            Wajah Hajah Khadijah mengerut. ‘Afrina tak terima Mirza? Kenapa pulak? Tak cukup handsome ke atau tak cukup kaya?’ Fikir Hajah Khadijah penuh prejudis! Tak tahulah kenapa dari dahulu dia memang kurang berkenan dengan pilihan Haraz itu. Tapi sebab Haraz satu-satunya anak lelakinya, maka diturutkan juga kata pilihan Haraz.
            “Sebab saya tak mampu nak gantikan tempat Haraz mak cik...”
            Jawapan Mirza itu membuatkan Hajah Khadijah terdiam. ‘Tak kan sampai macam tu sayang Afrina pada Haraz?’ Sejak Haraz meningal, dia memang kurang ambik tahu pasal Afrina. Itu pun hanya sekali sekali menjenguk lantaran hubungan mereka tak berapa ngam! Apabila dia mendapat tahu cerita yang mengatakan Afrina mempunyai sakit mental, dia bertekad untuk mengambil Hadziq dari Afrina. Tapi Afrina lebih bijak, dia pergi ke pusat rawatan mental. Langsung membuat pemeriksaan kesihatan!
            “Tak kanlah...” Protes Hajah Khadijah.
            Mirza mengeluh. Mungkin ada hikmah semua ini. Siapa tahu yang dia boleh menjernihkan hubungan yang sedia retak ini.
            “Mak cik... Sedari dulu lagi... Afrin tak pernah berpaling dari Haraz. Dia sanggup tentang keluarga dia untuk bersama dengan Haraz! Kenapa mak cik benci dia sangat?” Tanya Mirza tak faham.
            “Mak cik tak cakap mak cik benci dia!”
            “Kalau bukan benci apa mak cik?” Tekan Mirza lagi. Kenapa dia dikelilingi dengan wanita yang sukar difahami. Ibu dengan kebenciannya pada Afrin. Afrina dengan kedegilannya dan kini berhadapan pula dengan mak cik Khadijah yang bermacam ragam! Berdepan dengan orang gila pun tak sepening ini! Mirza dah mula rasa sakit otak!
            Hajah Khadijah terdiam. Dia tak pernah pun benci Afrina! Dia pun sayangkan menantu dan cucunya itu. Tapi dia sakit hati! Haraz yang dahulunya sentiasa bersamanya, mula melupakan dirinya. Asyik-asyik Afrina yang menjadi keutamaan Haraz. Memanglah Haraz tak pernah langsung abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, tapi hati tuanya terasa. Mungkin dia tak biasa bila Haraz ada perempuan lain. Dah nama pun perempuan, kalau dengan menantu pun, tetap rasa nak cemburu!
            “Mak cik.. apa pun sebabnya, saya harap agar semuanya berhenti di sini. Sampai bila mak cik nak benci menantu mak cik sendiri. Mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk pulihkan keadaan. Jernihkan semua yang keruh. Afrina tak ada siapa-siapa mak cik... Dia harap untuk menumpang teduh dan menumpang manja bersama mak cik. Mak cik tak kesiankan dia ke? Dia pun sama-sama kehilangan Haraz mak cik. Tak boleh ke mak cik lupakan semuanya... Mengalah bukan tanda kalah mak cik. Itu pun bukan tanda Afrina menang. Tapi sekurang-kurangnnya dapat buat arwah tenang kat sana. Tenang bila dua orang wanita kesayangannya bersatu.”
            Kata-kata Mirza terhenti apabila pelayan mula menghantar pesanan. Hajah Khadijah terdiam. Memang banyak benarnya dalam kata-kata Mirza itu.
            “Kamu betul-betul sayangkan Afrin?” Soalan Hajah Khadijah itu membuatkan Mirza sedikit melopong. Jawapan yang sebagaimana yang perlu di bentangkan? Berlaku jujur mungkin akan menyebabkan keadaan makin buruk. Apatah lagi dia sudah berjanji dengan ibu untuk menerima Azlin. Namun untuk menipu, ia tak akan membawa apa-apa kebaikan.
            “Mak cik... saya dah memutuskan untuk memilih Azlin sebagai isteri.” Mirza dah tekad! Tak akan ada perkara yang mampu membuatkan dia berpaling lagi.
            “Tapi kamu tak cintakan anak mak cik?” Duga Hajah Khadijah.
            “Cinta boleh dipupuk...” Ya... ayat itu selebihnya untuk memujuk hati sendiri. Nanti pandai-pandailah hati berubah bila dah disulamkan dengan tanggungjawab. Lagipun, dah tak berdaya lagi untuk dipertahankan cinta ini bila Afrina terus-menerus menolak.
            “Kalau kamu tak berjaya, kamu pasti akan patahkan hati anak mak cik.” Duga Hajah Khadijah lagi. Dia nampak kesungguhan Mirza. Namun mampukah Mirza pejam mata sahaja apabila berhadapan dengan Afrina. Lagi-lagi mereka akan menjadi satu keluarga. Pergi mana, tang tu jugak jumpanya!
            “Mak cik kena yakin dengan saya...” Suara dan pandangannya serius. Dia betul-betul dah bertekad nak jadikan Azlin isterinya. Orang di sekelilingnya juga harus mempercayainya. Dia tak mahu orang prejudis dengan dirinya.
            “Kamu pulak, yakin ke dengan diri kamu? Kalau Afrina datang sendiri pada kamu, kamu sanggup nak tolak dia? Buat-buat dia ubah keputusan dia dan nak bersama kamu, kamu sanggup teruskan hubungan kamu dengan Azlin atau kamu nak memilih Afrina?”
            Mirza terdiam. Ada kemungkinan ke Afrina yang keras kepala itu akan berpaling pada dia? Tak mungkinlah kan... Jadi jawapannya....

p/s: tak sabar nak habiskan.. wohohoh.. rasanya mungkin sampai 30 bab kot.. sila sayang saya banyak2.. saya dah rajin tulis nih.. kih kih kih

Monday 24 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [18]


             Amalina memerhatikan adiknya yang sedang memakaikan baju pada Hadziq. Jelas wajah itu sedikit mendung dan kelabu. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri Afrina.
            “Kak long tak kerja ke hari nih?” Terjah Afrina laju. Dia tahu apa yang berada di benak kakaknya itu. Pasti isu Mirza juga yang ingin dibangkitkan. Tika ini, untuk mendengar nama sahaja, Afrina sudah naik jemu! Langsung tak boleh hadam nama Mirza.
            Mungkin desakan bersulamkan pujukan itu yang membuatkan dia muak. Dia tidak suka dikejar-kejar. Kalau dahulu Mirza boleh menerima keputusannya denganr rela hati, kenapa sekarang lelaki itu perlu terus-menerus memujuknya untuk kahwin?
            “Kak long kerja sendiri... Suka hati nak pergi ke tak.” Amalina mula melabuhkan punggung di sebelah Afrina.
            “Ishh.. janganlah macam tu sekali. Nanti tak pasal-pasal business bankrup pulak. Business sendirilah yang nak kena bagi perhatian lebih...” Macam bagus je nak nasihatkan kakaknya. Sedangkan hidup sendiri pun tunggang langgang!
            “Alah... jangan risaulah. Petang-petang sikit akak pergilah ke kedai.” Amalina membuka kedai kek. Dia ada lebih dari lima orang pekerja. Rasanya semua itu tak ada masalah. Semua pekerjanya telah mahir menguruskan hal kedai. Dia lebih merisaukan keadaan Afrina sekarang. Makin lama, tingkah adiknya ini makin pelik bila melibatkan Mirza.
            “Abang long tak marah ke akak selalu datang sini?” Bedak Baby Jonhson mula dituang sedikit ke tapak tangan. Kemudian menyapu sedikit di pipi Hadziq. Biar wangi!
            “Abang long outstation...”
            Afrina diam. Tak tahu lagi topik apa yang perlu dibangkitkan. Kadang-kadang dia rasa kehidupan kak longnya terlalu sempurna. Ada suami yang sangat menyayanginya. Anak-anak juga sudah besar dan membesar di asrama. Kata kak long, dia mahu anak-anaknya belajar berdikari.
            Tapi hidup dia pula asyik terumbang ambing dipukul ombak. Sejak kehilangan Haraz, semuanya mula jadi kacau bilau. Haraz memang ada Syarikat sendiri. Jadi walaupun tanpa bekerja, setiap bulan elaun tetap akan masuk ke dalam akaunnya. Syarikat Haraz itu telah diuruskan oleh adiknya. Adik Haraz memang ada mengajak dia agar sama-sama mengusahakan perniagaan Haraz. Hanya dia yang masih berfikir. Bukan apa, dia tidak mahu jika terpaksa berdepan dengan mama Haraz berulang kali walaupun mama Haraz tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat milik Haraz.
            “Afrin....” Amalina sudah mula membetulkan posisi duduknya.. Rasanya otak Afrina perlu dibasuh lagi.
            “Kak... Afrin tak nak cakap pasal hal semalam.” Putus Afrina muktamad. Dia tidak mahu berkeras lagi dengan Amalina. Bimbang nanti kakaknya merajuk dan membawa diri lagi. Perasaan kakaknya juga perlu diambil kira.
            “Sampai bila? Sampai bila nak lari dari masalah?”
            “Masalah ni dah selesai bila Afrin tolak Mirza kak... Mirz patutnya hormat keputusan Afrin. Bukan terus-menerus memaksa Afrin.” Dia bukannya hendak berkeras! Tapi tak boleh ke kalau orang sekelilingnya terima dan redha dengan keputusannya? Ini, semua nak masuk parti pembangkang!
            “Kamu muda lagi... berkahwin semula tak bermaksud kamu melupakan Haraz. Rasanya Mirzalah orang yang benar-benar layak untuk menggantikan Haraz. Tak kiralah sebagai seorang suami ataupun sebagai seorang ayah...”
            “Kak long... kalau saya nak kahwin semula pun, saya akan pastikan yang lelaki itu bukan Mirza!” Makin Mirza dipuji, makin  meluat dia dibuatnya!
            “Kenapa? Dia tu lebih baik dari Haraz Afrin... Lebih baik!” Tekan Amalina kuat.
            “Tak kiralah... yang pasti, dia tak boleh nak gantikan tempat abang. Mirza bukanlah orang yang layak untuk menggantikan Haraz.” Putus Afrina muktamad.
            “Afrin sedar tak... Sebelum Haraz berada di dalam carta hati kamu, Mirza terlebih dahulu duduk dalam tahta tuh. Mirza terlebih dahulu yang kamu cintai dik... Jadi Mirza bukan terbaik selepas Haraz, tapi dia sebenarnya lebih istimewa dari Haraz. Afrina nampak tak apa yang kak long terangkan sekarang?”
            “Dah lah kak long.. Saya malas nak bertekak dengan akak!”
            Amalina menggeleng penat! Lagi lama dia kenal Afrina, lagi dia tak tahu apa yang sebenarnya berada di dalam otak Afrina. Keras kepala, degil, tak mahu dengar cakap! Semuanya diadun dengan sebati dan menjadikan Afrina seorang yang langsung tak ada jiwa. Adakah Afrina tak mahu menerima Mirza kerana rasa serba salah pada kejadian lepas? Ke Afrina tak mahu terus menerus melukakan Mirza? Yalah... tak mahulah jika Mirza berfikir yang Afrina memilih Mirza sebagai pilihan kedua. Hmm, yang mana satu jawapannya? Ataupun sebab....
            “Kak long rasa ada yang tak kena dengan kamu nih...” Hati Amalina rasa lain macam. Rasa tak sedap!
            “Apa yang tak kenanya kak? Saya okay jeh...”
            “Kenapa kamu benci sangat pada Mirza?”
            “Bila masa saya cakap saya benci dia?” Protes Afrina sedikit bengang. Dia bukan benci. Tapi dia dah terima yang mereka berdua tak ada jodoh! Jodoh, mana boleh dipaksa-paksa. Kalau dah tak ada, nak buat macam mana!
            “Sejak dari kamu kenal Haraz... Kamu benci sangat pada Mirza. Itu kak long perasan sangat....” Amalina pasti, ada yang tak kena dengan Afrina!
            “Kak long.. tu kan cerita lama... Tak payahlah nak ungkit-ungkit. Bab perasaan ni, bukan kawalan manusia. Berulang kali kalau saya pertahankan pun, benda dah nak jadi jugak.” Haraz dah lama pergi. Dia tidak mahu jika kisah silam mereka diungkit-ungkit.
            Afrina mula ralit melayan Hadziq bermain. Mujur sahaja Amalina terus senyap. Hati Afrina mula lega sendiri. Baginya, isu ni dah habis di sini. Tak perlu dibangkit atau diterokai lagi
            “Afrin ada plan nak pergi mana-mana ke hari ni?” Tanya Amalina tiba-tiba.
            “Tak ada... kenapa?”
            “Kak long nak bawak Afrin pergi jumpa seseorang.” Amalina sudah mula bangund dari duduknya. Dia ingin ke dapur. Memasak barang satu dua lauk untuk makan tengah hari sebelum keluar nanti.
            “Kak long... Afrin tak mahu jumpa Mirz...” Rasanya dia dah guna bahasa melayu dah! Tapi kenapa susah sangat untuk kak longnya faham bahasa mudah itu?
            “Kak long bukan nak bawak kamu jumpa Mirz.... Kak long nak bawak kamu jumpa kawan kak long... Mungkin dia boleh tolong!” Luah Amalina jujur lantas keluar dari bilik Afrina.
            “Tolong apa?” Dahi Afrina mengerut. Tak faham dengan tingkah pelik kak longnya itu.
***
Usai solat insyak, Mirza meneruskan dengan solat istiharah. Tamgannya diangkat tinggi untuk memohon kepastian dan menyerahkan untung nasib dirinya kepada Yang Maha Kuasa.
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu curahan rahmad dari sisiMu yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpn segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek! Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencara rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.”
“Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan untukku bombing, maka Kau bukanlah pintu hatiknya untuk menerimaku. Tenangkanlah hatiku andai keputusan ini benar dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun andai bukan dia yang sepatutnya aku damping, maka jauhka aku dari dirinya… Kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu kerana aku yakin Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini.. Amin…”
Disapu raut wajahnya. Sesungguhnya sudah berulang kali dia melakukan solat istiharah. Namun apa yang dicari masih belum ditemui. Mirza sedar bahawa jika dia hamba yang baik sekalipun, Allah tidak akan mengikut terlunjuk dan permintaannya.

Aku akan menunggu dalam diam
Menghafal namanya dalam tiap doa
Agar Allah menyampaikannya di dalam mimpi
Agar angin menghempaskan kalbu rinduku
Hingga suatu hari kami akan bertemud dan bersatu
Untuk bertasbih dalam rindu dan cinta…

            Mirza mula turun ke bawah. Malam ini ibu telah menjemput keluarga Azlin untuk makan malam bersama. Pasti terasa kekok untuk berkenalan dengan seorang gadis yang kita tidak kenali asal usulnya tapi telah dicalonkan untuk menjadi pelengkah hidup kita. Aneh bukan?
            Argghh… Kadang-kadang Mirza rasa dia tidak adil dengan dirinya sendiri. Kenapa tidak dia setia menunggu Afrina? Bukankah setiap cinta itu memerlukan kesabaran dan perngorbanan?
            Namun setelah difikir-fikirkan semula, sampai bila dia harus mengorbankan hidupnya ini? Berkorban untuk seorang wanita yang bukan muhrim lantas mengorbankan perasaan ibu sendiri. Sudahlah… Dia tidak menyesal menyintai Afrina. Tapi mungkin cukuplah jika semuanya ternoktah di sini.
            ‘Afrin… saya bukan memilih untuk berhenti menyintai awak.. Tapi saya memilih untuk membiarkan awak bahagia sendiri tanap saya. Mungkin dah termaktub bahawa, bukan saya yang membahagiakan awak…’ Namun jauh di sudut hatinya, cinta itu memang langsung tidak mampu ditolak ke tepi. Masih setia menghuni rasa hati!
            “Iyyad… Okay tak nih?” Tegur Puan Maizura. Dia lihat Mirza sedikit tidak bermaya. Dia dapat rasa yang Iyyad terpaksa melakukan semua ini untuk menjaga hati tuanya. Adakah dia ibu yang terlalu kejam?
            Masih dia ingat lagi perbualan pagi tadi. Permintaan Iyyad tidaklah sesukar mana? Namun permintaan itu membuatkan Puan Maizura risau.
            “Iyyad nak apa?” Puan Maizura mengulang semula soalannya apabila melihat tiada respon daripada Mirza.
            “Iyyad nak ibu jangan benci Afrin lagi. Apa yang berlaku, bukan salah Afrin…”
            Perlahan-lahan Puan Maizura menarik tangannya. Afrina lagi? Nak buat apa-apa semuanya fikirkan Afrina. Sejak akhir-akhir ini, memang dia dapat kesan perubahan Mirza. Adakah Mirza sudah berjumpa kembali dengan Afrina? Kerana itu anak sulungnya ini gundah gulana diamuk perasaan.
            “Kalau ibu tanya, Iyyad kena jujur dengan ibu…”
            Mirza diam. Dari nada suara pun, dia dah boleh agak bentuk soalan ibunya itu Pasti ada kena mengena dengan Afrina! Pasti!
            “Iyyad ada jumpa dengan Afrina kan?” Tepat jangkaan Mirza! Satu markah diberikan kerana berjaya meneka dengan tepat!
            Mirza tidak menjawab tapi hanya sekadar mengangguk. Terdengar dengusan kasar dari Puan Maizura.
            “Kenapa tak sayang diri sendiri? Kenapa suka sakitkan hati sendiri? Afrina bukan milik Iyyad.. Apa tak boleh ke Iyyad terima hakikat tuh?” Hatinya tuanya kembali kecewa dengan perangai Iyyad Mirza. Kenapa masih berkeras mengejar isteri orang.
            Mirza terdiam. Apa reaksi ibu jika mengetahui yang Afrina sudah menjanda? Adakah ibu akan menyuruhnya menerima Afrina atau ibu bakal menjauhkan dirinya dari Afrina!
            “Ibu… sekarang Iyyad dah bersedia nak melangkah ke frasa baru! Jadi Iyyad nak kita jernihkan segala yang keruh! Iyyad tak mahu ibu terus menerus menyalahkan Afrin dengan segala yang terjadi. Dah memang kami tak ada jodoh ibu…. Maafkanlah Afrina. Dia tak bersalah.” Pujuk Mirza serius. Besar harapannya agar ibu membersihkan nama Afrina.
            “Dia yang bersalah Iyyad… Dah ada tunang pun masih nak menggatal dengan lelaki lain!” Dengus ibu geram.
            “Ibu….” Mirza tidak suka jika isu curang dibangkitkan. Bagi dia, Afrina tidak curang. Namun mungkin Afrina tidak dapat mengawal perasaan millik sendiri. Ketika itu, mungkin Afrina masih belum matang sepenuhnya. Mungkin juga salah dirinya yang gagal memberikan seluruh perhatian pada Afrina. Segalanya mungkin…
            “Yalah-yalah…. Lepas ini, pastikan yang tak ada lagi Afrina dalam hidup Iyyad. Kalau Iyyad sendiri anggap yang korang berdua tak ada jodoh, jadi sila pastikan yang Iyyad tak terus berharap pada dia. Dia dah kahwin pun… Biarlah dia bahagia.” Hati Puan Maizura sedikit sebanyak sudah terpujuk. Mungkin sebab dia selalu mendoakan agar Afrina tak bahagia. Sebab itu Allah menterbalikkan doa itu dan terkena pada Iyyad pulak. Ialah, sampai sekarang susah benar anaknya itu hendak berbahagia.
            “Iyyad okay jelah.. Tak sabar nak jumpa calon isteri nih…” Mirza sudah mula buat muka teruja. Tak mahu lagi menyusahkan hati tua ibunya itu. Teguran anaknya mematikan lamunan pagi tadi.
            “Iyyad… betul ke keputusan Iyyad nih?” Ah sudah.. Kali ini giliran si ibu yang dihurung rasa was-was. Iyyad Mirza mula ketawa kuat.
            “Ibu… ibu… kenapa projek manager pulak yang tak yakin nih?” Dipaut bahu ibunya. Wajahnya meriah dengan senyuman.
            “Ibu takut Iyyad tak bahagia…”
            “Ibu… ibu….” Kali ini Mirza menggelengkan kepalanya berulang kali. Ish ish ish…
            “Bahagia itu berada di tangan Allah. Dia yang berhak mencampakkan rasa bahagia pada hambanya. Tapi doa itu berada di setiap hamba… Walaupun Allah tahu apa yang berada di lubuk hati kita, kita tetap diwajibkan untuk berdoa. Secara fitrahnya, memang tugas seorang hamba itu meminta dan menyerahkan untung nasibnya pada Allah. Jadi, kalau pun Iyyad tak bahagia bila kahwin dengan Azlin nanti, itu bukan tiket untuk Iyyad marahkan atau salahkan ibu… Mungkin dah tertulis tak ada bahagia untuka nak ibu.. sob sob sob…” Mirza buat muka sedih! Saje nak menyakat ibunya.
            “Ish… Janganlah cakap macam tuh!”
            Mirza ketawa.
            “Apalah ibu nih… Janganlah risau sangat. Berpada-padalah melayan perasaan takut tuh… Pasrah dan redha itu yang lebih penting.”
            “Susah kalau bercakap dengan pakar psikitari nih…” Ujar Puan Maizura mencebik.
            “Kalau susah bercakap… ibu boleh mengeja.”
            “Amboihh… dah pandai main-mainkan ibu pulak!”
            “Ambil mood nak bermanja dengan ibu.. Nanti nak bermanja dengan isteri pulak. Nanti ibu jangan cemburu-cemburu ya!”
            Kali ini Puan Maizura pula yang ketawa. Kena sound macam tu jeh!
            “Belum apa-apa dah fikir nak bermanja ya..”
            Belum sempat Mirza hendak membalas, terdengar laungan salam dari pintu depan. Puan Maizura sudah tersengih sampai ke telinga. Cepat sahaja dia melalukan langkah ke depan.
            Mirza masih belum berganjak sepenuhnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berharap benar agar Allah menetapkan hatinya dari tidak bergolek-golek tanpa arah. Dengan ungkapan bismillah, dia mula maju ke depan.
            Matanya mula menangkap kelibat seorang wanita yang ralit bermain dengan telefon bimbitnya. Tekun menyentuh skrin telefon. Tak tahulah sama ada sedang membalas SMS, melayari Facebook ataupun sedang bermain game!
            “Khusyuk nampak?” Mirza buat ramah. Tuang rumah kan.. Tak kan nak buat muka toya sombong. Lagipun, pertemuan ini untuk merapatkan hubungan kedua belah keluarga. Gadis itu kelihatan cantik dengan menggenakan sehelai jubah hitam yang bersulam cantik. Kepalanya pula ditutupi dengan sehelai selendang berona kuning berbunga kecil. Sungguh comel!
            Azlin mengangkat wajah. Tergamam melihat lelaki di hadapannya. Lelaki ini yang lewat ini menemani mimpi lenanya. ‘Perghh.. pakai kain pelekat pun, tetap nampak handsome dan smart. Nak-nak bila kepalanya disarung dengan kopiah putih… Serius, calon suami pilihan nih…Cair habis… Cair habis..’ Azlin mula beristigfar di dalam hati. Betul-betul mintak nyawa!
            “Balas mesej kawan…” Serius, otaknya beku dari sebarang idea untuk berbual dengan Mirza.
            “Ya ke kawan? Entah-entah boyfriend…” Usik Mirza sengaja. Tak mahu ada jurang terlalu jauh antara mereka.
            “Pandai-pandai jeh… Orang mana ada boyfriend.” Azlin mengetap bibir. ‘Kat depan nilah calon suami orang…’ Sempat lagi hatinya menggatal.
            “Manalah tahu kan… Eh, mana ibu dengan mak Lin?” Mirza baru tersedar. Hanya mereka berdua yang berada di ruang tamu ini.
            “Oh… kat luar. Biasalah, mak-mak bercakap pasal pokok bunga! Hah, tu dah masuk tuh..” Dua pasang mata mula terhala ke pintu rumah.
            “Mai, nanti jangan lupa ingatkan aku nak ambik anak pokok orkid tuh.. Berkenan betul aku tengok…” Puan Maizura menganggukkan kepala. Tanda faham.
            “Hah, inilah anak lelaki aku…” Perkenal Puan Maizura.
            Mata Mirza terbuntang melihat emak Azlin itu. Terus mati senyumannya.

p.s: jeng jeng jeng... sila menanti episodnya dengan sabar... huhuhu
           

Friday 21 September 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [17]



“Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi..” Jerit Afrina sambil menolak tubuh Mirza hingga membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.
            “Afrin.. Kenapa ni? Mirz tak faham?” Muka Mirza jelas terpinga-pinga.
            “Memang kau yang rancang semua ini kan... Kau upah seorang pencuri untuk masuk ke rumah aku, lepas tu kau datang selamatkan aku seperti seorang hero! Semua drama ni supaya kau dapat melobi untuk pujuk aku kahwin dengan kau kan? Kau ingat aku bodoh untuk percaya semua ni?” Nafas Afrina sudah mula turun naik. Sakit hatinya apabila diperlakuka sebegini rupa. Mirza seolah-olah mempermainkan maruahnya.
            “Ya Allah Afrin... Jangankan nak merancang, sesaat pun Mirz tak pernah fikir sampai macam tu sekali... Apa Afrin ingat Mirz terdesak sangat ke?” Kali ini Mirza mula hendak marah.
            Kalau ikutkan jiwa lelakinya, mahu sahaja dia mengetuk kepala Afrina yang biul itu. Sedari dahulu lagi, Afrina kurang berfikir panjang ketika hendak menuturkan sesuatu. Semuanya ikut kepala sendiri.
Kenapa Afrina terlalu prejudis dengan dirinya? Mungkin dia tidak sebaik atau sehebat Haraz, tapi itu tidak bermakna dirinya jahat sangat! Kenapa hanya keburukan yang Afirna nampak dalam dirinya? Sekali pun dia tidak pernah terdetik untuk membuat perkara terkutuk ini. Macam tak ada kerja lain nak buat rancangan bodoh ini!
            “Kalau bukan kau yang rancang semua ni, kenapa kau boleh ada dekat rumah aku sekarang?” Sebenarnya persoalan ini yang menghantui pemikiran Afrina sekarang. Kalau benar bukan Mirza yang menjadi dalang dalam kes ini, kenapa lelaki ini boleh berada di rumahnya pada jam dua belas tengah malam ini?
            “Hati saya tak sedap... Hati saya risaukan awak Afrin.” Ya... Memang itulah perkara yang sejujurnya. Dia terlalu risaukan Afrina. Sedari balik dari kerja lagi, hatinya berdebar memikirkan Afrina. Malah kerisauan  itu makin memuncak apabila waktu menjenggah malam.
            Mungkin... Mungkin kedengaran seperti tidak logik! Tapi kerana cinta, cinta tak memiliki sebarang kewarasan atau logik akal. Fitrah manusia memang sentiasa risaukan orang yang tersayang.
            “Assalamualaikum…..”
 Suara salam dari arah luar terus menyentakkan Mirza dan Afrina yang sedang bertekak. Mirza dan Afrina saling bertukar pandang. Lambat-lambat Mirza menghalakan kaki ke arah pintu rumah. Hatinya mula berdegup di luar kebiasaan.
            Afrina segera menyarungkan tudung di kepala. Baru perasan pada keadaan diri yang tidak sempurna. Siapa yang datang ke rumah tengah-tengah malam ini? Adakah semua ini perangkap? Perangkap untuk mereka ditangkap khalwat?
            ‘Ya Allah.. aku mohon padaMu.. Perliharalah maruahku.. Perliharalah diriku...’
            Dengan penuh debaran, pintu rumah Afrina itu mula ditarik lembut. Terjenggul wajah seorang wanita. Mirza tarik nafas lega!
            “Mirza, buat apa kat sini?” Terkejut melihat kehadiran Mirza di rumah adiknya ini. Adakah Mirza dan Afrina melakukan maksiat? Astarfirullahalazim... benarkah sebegini rupa? Namun segera ditolak pergi fikiran negatif. Dia kenal mereka berdua. Mirza dan Afrina bukan seperti itu.
            “Kak Long....” Melihat kelibat kakaknya itu, cepat sahaja Afrina berlari dan memeluk Amalina. Di bahu kakaknya itulah dia menumpang menangis lagi.
            “Apa yang dah jadi nih?” Amalina diserang kebuntuan. Kenapa Afrina menangis? Padanlah hatinya merasa tidak enak sahaja. Rupanya memang ada yang tak kena!
            “Tadi ada pencuri masuk...” Terang Mirza perlahan.
Sedikit lega melihat kedatangan Amalina. Sangkanya tadi, pegawai JAIP yang mencemar duli. Memanglah dia ada harapan untuk kahwin free. Tapi bukan dengan cara begini. Mirza sedikit pun tidak ingin berkahwin dengan Afrina dengan cara terkutuk ini. Semua ini hanya akan merosakkan maruah Afrina malah akan menambahkan kebecian Afrina pada dirinya!
            “Ya Allah.. macam mana pencuri boleh masuk? Afrin tak kunci pintu ke? Kan along dah pesan... Sebelum tidur, pastikan semua pintu berkunci.” Bebel Amalina geram tapi tanganya masih mengusap lembut belakang badan Afrina. Cuba meredakan ketakutan milik si adik.
            “Afrin dah kunci... Tapi tak tahulah dia masuk macam mana...”
            Mirza merenung wajah Afrina. Hatinya dipagut rasa risau. Lelaki tadi bukan sahaja ingin mencuri malah lelaki itu juga hampir-hampir ingin meragut kesucian Afrina. Bagaimana kalau lelaki itu datang lagi? Siapa pula yang akan menyelamatkan Afrina?
            Argghh... kusut!
            “Kalau datang nak mencuri je tak apa... Ini dia hampir-hampir nak....” Kata-kata Mirza terhenti. Dia mendengus kasar! Sakit hati! Kalaulah dia dapat kejar pencuri itu tadi, memang mati pencuri itu dia kerjakan.
            “Dia buat apa lagi dik? Ya Allah... Baru seminggu kak long tak datang jumpa kamu. Macam-macam hal dah jadi!” Keluh Amalina berat.
            Hilang rasa nak merajuk dengan adiknya. Malam ini dia terpanggil untuk datang. Cadangnya memang dia ingin tidur di sini. Tapi tak tahu pulak yang Afrina memang benar-benar memerlukan dirinya. Dia sudah bertolak awal, tapi lama tersekat dalam jammed akibat kemalangan jalan raya. Kalaulah apa-apa yang terjadi pada Afrina, dia memang tak dapat memaafkan dirinya. Itulah, ikutkan sangat rasa hati!
            “Dia tak sempat buat apa-apa...” Bantu Mirza apabila tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan Afrina akan bersuara.
            “Habis tu, macam mana Mirza boleh ada dekat sini pulak?” Soalan ini dihulur kepada Mirza yang kekal tenang itu. Hatinya tertanya-tanya juga. Kenapa Mirza ada di rumah adiknya ini tengah-tengah malam ini?
            Perlahan-lahan Afrina melepaskan pelukan. Jiwanya sudah tenteram sedikit. Sekarang, kedua pasang mata itu mula terhala pada Iyyad Mirza.
            “Sebab....”
            “Sebab dia yang rancang semua nih!” Tekan Afrina keras.
            “Hah!” Amalina tidak dapat lari dari perasaan terkejut. Benarkah sebegitu rupa?
            “Afrin... berapa kali Mirz nak ulang? Bukan Mirz yang rancang semua ni? Apa faedah yang Mirz dapat kalau Mirz rancang kecurian nih?” Entah berapa kali perlu diulang ayat ini. Mirza sendiri sudah naik jemu. Tapi Afrina masih berkeras menuduhnya.
            “Sebab kau kononnya nak jadi hero bila dapat selamatkan aku kan!” Tepik Afrina lantang. Hilang terus bahasa ‘Afrin’ dan ‘Mirz’. Yang ada hanyalah ‘aku’ dan ‘kau’. Kata ganti diri yang menjauhkan lagi jarak antara  mereka.
            “Apa faedah kalau Mirza jadi hero? Cuba cakap dengan Mirz?”
            “Dengan jadi hero, bolehlah kau tawan hati aku balik kan! Macam tu lah rancangan kau kan!” Nada Afrina seperti perluru berpandu yang menghunus jantung! Berdesup laju menikam rasa.
            Mirza tercengang. “Tuduhan Afrin memang tak berasas langsung!” Kepalanya digeleng berulang kali. Menggambarkan rasa kecewa yang tidak pernah berkesudahan dengan sikap Afrina yang gemar membabi buta menuduhnya. Dia belum tergolong dalam golongan lelaki terdesak!
            “Kalau tak... tak kanlah kau ada kat rumah aku sekarang.... Kau tak ada motif langsung untuk datang rumah aku malam-malam buta nih!” Afrina kembali menegakkan kata-katanya.
            Amalina sedari tadi diam. Bertindak sebagai pemerhati. Dia pun agak sangsi dengan jawapan Mirza tadi.
            Mirza memejamkan matanya rapat-rapat. Berapa kali dia perlu ulang ayat yang sama?
            “Motifnya ialah... saya risaukan awak. Hati saya tak sedap! Macam ada yang tak kena. Sebab tu saya datang terus ke sini tanpa berfikir panjang. Itu jeh!” Kenapalah susah sangat nak bercaya? Kerisauannya inilah yang membawa dia datang ke sini!
            “Bohong!”
            “Untuk apa kebohongan ni Afrin? Untuk apa? Semua yang Mirz cakap, semuanya Afrin kata satu penipuan. Mirz memang datang sini sebab Mirza risaukan Afrin. Sebab tu Mirz nak jaga Afrin... Mirz nak kita kahwin. !”
            Amalina tercengang!
            Manakala Afrina mula dirasuk bengang!
            “Balik-balik kahwin... Kau tak faham ke Mirza? Aku tak nak kahwin dengan kau! Aku tak cintakan kau!”
            Mirza dan Afrina saling beradu pandang! Afrina dengan kemarahannya manakala Mirza dengan kekecewaannya.
            “Sudah-sudah... Hari dah larut malam ni. Tak manis kalau korang terus bertekak. Mirz... Mirz baliklah dulu... Nanti esok-esok boleh bincang semula.” Amalina ambil pendekatan untuk menyelesaikan pergelutan perasaan antara Afrina dan Mirza. Nampaknya, kedua-duanya tak mahu kalah.
            “Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi Mirz... Jangan muncul lagi depan mata aku! Jangan peduli lagi pasal aku. Hidup mati aku, jangan ambil peduli lagi!” Keras amaran Afrina.
            Mirza tersentak. Sampai macam tu sekali Afrina bencikan dirinya?
            “Afrin...” Amalina cuba memujuk. Dia kenal adiknya, Afrina bukanlah seorang yang pandai berfikir secara matang. Apatah lagi apabila perasaan menjerut jiwa. Lagilah terhuyung-hayang langkahnya.
            “Dah lah kak.... Afrin penat nak cakap banyak kali. Dah tak ada apa-apa untuk Mirza... Dah tak ada apa-apa.”
            Hati Mirza bagai disiat-siat kasar apabila mendengar bait kata dari Afrina ini. Kali ini, dia mula merasakan kebodohan diri sendiri kerana terus menerus mengejar hidup Afrina. Dah terang tang-tang orang tak mahu, kenapa hatinya masih berdegil untuk mengejar? Sanggup pula tu hendak melukakan perasaan ibu sendiri! Sekarang, dia sudah dapat melihat bahana dari kedegilannya.
            “Mirza...” Amalina mula serba salah. Pasti Mirza terluka lagi.
            Mata Mirza menyoroti tubuh Afrina yang berlalu naik ke tingkat atas. Pandangan terasa kosong. Sekosong hatinya ini.
            “Tak apa kak.... Saya tak akan ganggu Afrin lagi.”
            Perlahan-lahan Mirza berpaling keluar dari rumah Afrina. Hatinya telah sebu. Otaknya telah pun membeku. Jiwanya terlalu tepu untuk memikirkan kesudahan ini. Mungkin benar, sememangnya jodoh tak pernah ada buat mereka berdua. Mirza menyerah lagi pasrah!
***
            Pagi itu, Mirza bangun dengan penuh kekusutan. Sungguh, rasa tak berdaya nak melangkah ke tempat kerja. Semalaman dia tak dapat tidur. Memikirkan semuanya yang semakin kusut dan membelit.
            Tapi dia tak boleh lemah terbaring. Malulah.. kerja pandai sangat duk menasihatkan orang! Kena batang hidung sendiri, tak kan nak lari masuk selimut. Hilang terus wajah hero tu.
            Mungkin ada hikmah dan kebaikan kat mana-mana yang mungkin tak terlihat dek mata kasar! Sabar jelah.... Dikembangkan hati yang layu, dibesarkan mata yang kuyu!
            “Hai... muka pakar psikitari pun dan macam pesakit tak siuman dan ibu tengok!” Gurau Puan Maizura sambil menghidangkan minuman buat anak sulungnya itu. Sepatutnya, kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh isteri Mirza. Dia dah patut pencen dah dari melayan anak sulungnya ini.
            Tanpa banyak cakap, Mirza mengambil tempat. Walaupun tak ada selera, dia tetap duduk untuk minum dan menjamu kuih yang tersedia. Bimbang nanti ibu angkat sepanduk merajuk sebab tak makan masakan dia.
            “Hah, kata nak bawak calon isteri untuk ibu. Mananya?”
            Kunyahan Mirza terhenti apabila menangkap pertanyaan dari ibunya itu. Mungkin dia patut melepaskan Afrina dan menerima calon jodoh dari ibunya pulak. Siapa tahu nanti dia boleh bahagia!
            “Ibu...” Panggil Mirza berjeda sedikit. Kuih apam yang baru dimakan separuh itu mula diletakkan kembali di atas piring. Langung tak ada selera!
            “Yalah-yalah... Ibu tak cakap dah isu jodoh kahwin nih.” Puan Maizura ikut turut menyerah. Kasihan pula melihat selera anaknya patah disebabkan permintaan hatinya.
            Mirza tergelak sedikit. Nampaknya ibu dah salah faham dengan kelakuannya.
            “Ibu... tak jadilah nak bawak balik calon.”
            “Pulak!”
            “Ibu... carilah seorang calon yang agak-agak sesuai dengan Iyyad. Kali ni, Iyyad terima je semua pilihan ibu.” Mirza tekad. Biarlah dia jadi anak yang baik pula. Berterus-teruskan memilih Afrina, dia tetap tak bahagia juga.
            “Hah?” Mimpi apa anaknya ini semalam? Tiba-tiba suruh cari calon. Puan Maizura menyapu dadanya sedikit. Tekejut yang amat!
            “Iyyad tak main-main. Iyyad serius.”
            “Betul nih? Tak ada go stand balik ya...” Duga Puan Maizura sambil tersengih. Rasa macam bulan jatuh ke riba pulak!
            “Ya... Go stand ke, go back ke, go to the track ke... Iyyad memang serius nih. Tapi pastikan calon ibu tu lawa, cantik, memikat, pandai masak, sopan santun, dan perfect!” Sakat Mirza sengaja. Boleh ke jumpa perempuan yang sempurna?
            “Amboihh.. demand betul!”
            “Yalah... dah kata nak bagi calon. Kenalah bagi calon-calon yang tip top. Setakah yang selekeh selenga, dekat wad psikitari pun banyak.” Sempat lagi Mirza melawak. Hatinya mula lega bila dia cuba melepaskan sesuatu yang bukan miliknya. Seakan-akan hilang semua beban.
            “Hmm... Kalau Azlin okay tak?” Dia memang dah lama benar berkenan nak buat Azlin sebagai menantu. Sudahlah cantik, lemah lembut pulak tu lagilah pandai memasak. Kiranya sesuai sangat kalau nak digandingkan dengan Mirza.
            “Hmm...” Mirza berjeda sedikit. Mampukah dirinya menerima Azlin dan meninggalkan bayang Afrina? Mampukah Azlin bahagia disamping dirinya?
            “Alah... tak payah fikir-fikir. Kira jadilah ya?”
            Mirza jadi seronok melihat ibunya gembira seperti ini. Sudah agak lama dia terus menerus membangkitkan rasa marah orang tua itu. Mungkin inilah jalannya... Jalan yang terbaik untuk dirinya.
            “Tapi sure ke Azlin tu single lagi bu? Entah-entah dah ada yang punya.”
            “Itu jangan risau.. Ibu dah buat sport check. Dia memang single but not available jeh.. not available sebab, ibu memang dah chop dia untuk Iyyad.” Ujar Puan Maizura semangat.
            “Amboihhh... sampai macam tu sekali!” Dah lama sangat Mirza tak tengok ibunya sebegini semangat. Dan rasanya memang dah lama mereka tak berbual sebegini meriah. Biasanya pasti akan disudahi perbalahan bergenaan topik jodoh, kahwin dan Afrina.
            “Tak sabarnya ibu nak bermenantu....” Hatinya girang bukan kepalang lagi.
            Mirza tersenyum dalam keterpaksaan. Mungkin dia terpaksa melakukan semua ini. Tapi sekurang-kurangnya dia dapat tengok ibu tersenyum dan hubungannya bersama ibu akan kembali pulih tanpa berbalah lagi.
            “Apalah ibu nih... Ibu kan dah ada dua orang menantu.” Adik perempuannya seramai dua orang itu sudah pun berkahwin. Nak menantu apa lagi?
            “Itu menantu lelaki... Mana sama dengan menantu perempuan. Eh, ibu nak telefon mak Azlin lah... Ibu nak ajak dia makan malam sama!” Ibu sudah berura-ura hendak bangun namun tiba-tiba tangannya dihalang oleh Mirza.
            “Kenapa nih?” Puan Maizura sudah mula rasa tak sedap hati. Jangan-jangan Mirza nak batalkan semuanya? Apatah lagi melihat air muka Mirza yang sedikit tegang.
            “Ibu... Iyyad dah ikut kata ibu. Iyyad nak terima Azlin dalam hidup Iyyad. Tapi boleh tak kalau Iyyad mintak satu sesuatu dengan ibu?”
            Berkerut-kerut dahi Puan Maizura dibuatnya. “Iyyad nak mintak apa?”
            Mirza mengenggam erat tangan ibunya. Matanya mula membayangkan seraut wajah. Perempuan yang paling dia cintai. Tapi dia bakal melepaskan wanita itu pergi. Merelakan pemergian Afrina......
            “Iyyad nak.....” Mirza benar-benar berharap yang ibu akan mengotakan permintaannya ini.
p/s:: lama kan tak update..compem orang dah lupa.. hoyehhh.. jadi, sila skodeng entry lama.. DSKH ni dah 200 page. tp tak tahu nak kasi ending lagu mana.. haru biru jadinya..hahaha.. maaf atas kelemahan.. hope enjoy reading n do komen k.. lebiu korang setiap hari!!