Thursday 31 October 2013

ALERGIK MAMAT ROMANTIK [1]

BAB 1
Keybord berdetum berlaga bunyi sesama sendiri. Cepat sahaja jari jemari melalukan idea yang dari datang dari perasaan yang menggila. Dahinya berkerut-kerut tika mengulang bacaan setiap ayatnya. Kejap-kejap ditukar dan diganti dengan frasa yang lebih sesuai.
Setelah berpuas hati, butang ‘Enter’ mula ditekan selamba. Kemudian tangannya gatal pula menarikan tetikus ke ke arah skrin dan mula klik kiri untuk menyimpan data dokumen.
Selesai pun tiga puluh muka surat!
Kaisara melepaskan rasa semput! Ada juga idea dia hendak menulis meraban-raban malam ini. Kalau tak, memanjang melayan drama korea yang sah-sah dapat menarik mood menulisnya.
Al-maklumlah, hero Korea sikit punya handsome lagi. Cair habis! Itu baru muka. Belum lagi dia mengeluarkan mukadimah yang membuatkan hati perempuan ini meleleh!
Kalau ikutkan hatinya, mood malas masih lagi berterbangan ke sana ke mari. Namun apabila mengenangkan beberapa orang pembaca yang merengek (ayat tak menahan..) meminta entry baru, digagahkan juga mood yang tumbang bin langgang ini.
 Adoi… rosak… rosak… Menulis mana boleh paksa-paksa. Ia datang dari sanubari yang bergocak dengan perasaan. Ceit! Apa punya statement daaa... Mengada betul!
Kaisara pejam mata.
Inilah sebahagian dari kehidupannya. Menjadi penulis separuh masa bukanlah satu kerja yang mudah! Tapi disebabkan minat yang menggila, digagahkan juga menentang segala arus cobaan yang berkunjung.
Konon-konon mak enonlah gagah, kalau cerita kurang mendapat sambutan, bantal jugak yang jadi mangsa untuk menadah air matanya!
Penat menulis tak ada orang baca... cuba cakap siapa yang tak sedih?
Tapi itu dululah... Masa baru bertatih merangkap dan meniarap. Sebelum dia kuat mengharungi semua ini. Sekarang apa pun tak ada hal!
‘KAU NAK BACA tapi TAK NAK KOMEN KE... NAK KOMEN tapi TAK NAK BACA KE... LANTAK KAULAH SENAH!! ASALKAN AKU GEMBIRA DENGAN APA YANG AKU BUAT!’
Okeh...ini memang prinsip baru yang dia tulis dekat depan laptop. Biarlah orang tak gembira dengan hasil tulisannya, yang penting dia akan tetap terus menulis!
Tapi itu tak bermakna dia tolak tepi segala komen-komen pembaca. Semua itu penting untuk memastikan tahap penulisannya sekarang! Sentuhkan kasih ataupun sentuhan kecundang!
Cuma ialah...kita memang tak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Lantaran nak puaskan hati sendiri pun sikit punya payah! Jadi hadap dan hadamlah selagi mampu. Telan selagi tak tercekik.
Tapi Alhamdulilah... setakat ini feedback yang diterima berada di luar batasan pemikirannya. Siapa sangka, hampir dua tahun dia menulis dan kini dia sudah berjaya menulis tiga buah novel. Dari kisah drama air mata beransur kepada kisah tawa dan sekarang ke grene yang dramatik iaitu penulisan yang berusurkan islamik. Islamik yang orang boleh hadam. Kalau berat sangat takut penulis dia sendiri tak mampu nak tulis.
Bukan senang nak menjadi penulis. Tapi itu tak bermakna semua itu susah. Menulis ni macam menunggang basikal. Mula-mula kita akan rasa goyah dan takut untuk terjatuh. Namun kita tetap kena kayuh sehingga kayuhan kita menjadi seimbang. Tak lama lepas tu, kita dah boleh ajak orang berlumba! Kengkononlah...
Tapi itulah spesifikasi bidang penulisan yang menjadi pegangannya. Jatuh itu perkara biasa, tapi kita kena pastikan yang kita tak jatuh di tempat yang sama untuk kedua kali. Itu bodoh namanya. Bodoh kerana tak belajar dari kesilapan.
Morning Ara....” Sapa satu suara dari arah belakang. Cepat sahaja Kaisara berpaling. Memandang ke arah housemate yang sedang membetulkan urat-uratnya yang  lemau!
What do you mean about morning?” Tanya Kaisara sambil menjeling jam di skrin laptop. Ialah... keadaan sekeliling masih gelap gelita. Morning kejadahnya?
Tapi... tak sampai tiga saat matanya mula terbuntang!
Oh my dadddd....!! Dah pukul enam setengah pagi?”
Punggung Kaisara terasa panas. Terus dia bangun dari duduknya. Patutlah pinggang terasa kejung semacam. Lama sangat amat melantak skrin laptop.
“Kenapa kau terkejut sangat? Memang dah pagi pun...” Hasnah menyanggulkan rambutnya yang kusut masai.
“Gila tak terkejut... Aku tak tidur lagilah....” Kaisara tepuk dahi. Dapat menulis, jam pun terlupa nak tengok!
“Dah tu pergilah tidur....tapi... eh kau tak kerja ke hari ni?” Tanya Hasnah pelik.
Hairan jugak dia tengok Kaisara dah mengadap laptop pagi-pagi. Biasanya nak kejut bangun pun sikit punya susah. Jadi dah sah-sahlah minah tu tak tidur satu malam!
Ish.. kehidupan penulis ni memang tak stabil ke? Ke kawannya seorang ini sahaja yang otak tak berapa nak setting! Hidup macam orang tak ada peraturan! Ikut dan dia nak langgar fitrah alam.
“Aku kerjalah..!” Macam mana Kaisara boleh terlupa yang hari ini hari Jumaat! Bukan hari sabtu weh.
Mampus!
“Apa susah.. mintak jelah cuti.”
“Tak boleh...Pagi ini ada meeting.... Datin dah warning tak boleh ada orang ponteng! Oh.. apa aku nak buat ni...”
Kejap berjalan ke kanan... kejap ke kiri. Berpinar otak Hasnah dibuatnya.
“Pergilah mandi.. Solat subuh! Jangan cakap kau terlupa nak solat insyaklah semalam...” Hasnah sudah mula bercekak pinggang. Sakit otak bila dapat housemate macan gini.
“Erk... aku rasa kan.... Aku....” Kaisara terfikir-fikir sendiri. Dia dah solat insyak ke belum ya? Arghh.. sadis betul bila perangai pelupa datang menjengguk!
“Woit... Kau kan cuti!” 
Hasnah tepuk dahi. Baru teringat yang sahabat baiknya itu memang sudah beberapa hari tak solat. Benda macam ni pun lupa ke? Ya Allah... sabar jelah..
“Okeh.. Aku nak pergi mandi!”
Terus Kaisara menghilang ke dalam bilik. Telinganya bingit mendengarkan bebelan dari Hasnah. Apa yang pasti, dia mula terasa mengantuk gila!
***
            Pagi ini Kaisara benar-benar rasa yang otaknya tak stabil. Berjalan pun dengan mata terpejam. Buat kerja pun tersengguk-sengguk. Sampai Kak Habsah selaku ketua admin pun perasan dengan tindak tanduknya.
            “Kau buat apa jelah malam semalam sampai tak tidur Ara...? Kalau dah kahwin tu akak fahamlah jugak!” Sindir Kak Habsah sambil tersengih.
Kaisara dapat kesan ayat double meaning di situ. Tapi sebab matanya layu, otak pun jadi kayu untuk merangka ayat!
            Kaisara tersengih cuma. Tak kan nak jawab dia menulis pulak? Tak ada seorang pun rakan sejawatnya yang tahu tentang kariernya yang satu! Mana boleh heboh-heboh. Malulah kalau kantoi yang dia tulis cerita jiwang. Kerana hakikatnya, dia cukup dikenali sebagai orang yang tak ada perasaan. Kengkononlah...
            “Saya layan movie korea kak....” Jawab Kaisara lemah. Pipinya sudah dijatuhkan di bahagia meja. Mata tu berat je untuk dibuka!
            “Apalah yang korang duk kalut tengok cerita korea tuh! Muka hero semua jambu. Tak ada langsung yang gagah-gagah macam Remy Ishak tu! Kalau macam Remy, selera jugak akak dah hadap!” Mulut Kak Habsah macam bertih jagung. Pot pet..pot pet memanjang.
            “Akak... Remy tu muka macam banglalah...” Tolak Kaisara perlahan.
Apalah yang Kak Habsah duk kecoh sangat minat ke Remy tu? Tak ada piawaian jejaka pujaan langsung!
            “Lantaklah muka macam bangla pun.. Janji romantik! Eh, cepatlah pergi basuh muka! Tak kan nak masuk meeting dengan muka tak siap nih?”
            “Kak... Untuk apa saya masuk meeting. Saya ni kerani je pun.... Bukannya bahagian pentadbiran ke, staf atasan ke, setiausaha ke.... Saya nak pontenglah. Tidur dalam bilik air!”
            Kak Habsah sudah mula bercekak pinggang. Dah bersedia nak berperang mulut.
“Amboih budak nih... Dah sedar diri tu kerani, boleh pulak banyak songeh. Bos suruh attend meeting tu, join jelah walaupun terpaksa jadi patung cendana sekalipun.”
            Kaisara angkat tangan! Bagi isyarat lampu merah supaya Kak Habsah menghabiskan bebelanya.
Serius surrender! Telinganya tak boleh terima sangat orang duk membebel nih. Lantas dibawa langkah kaki yang lemau ke arah bilik meeting yang berada di sebelah partition mejanya.
            Baru sahaja dia berjalan keluar, tiba-tiba dia dirempuh dengan seorang lelaki hingga menyebabkan badannya hilang kawalan lalu terhantuk di buju meja. Yang pastinya, pandangannya mula...gelap gelita.
            “Ya Allah Ara....” Jerit Kak Habsah panik.
Makin panik setelah melihat gerangan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memangku Kaisara.
            “Saya langgar sikit je... Tak kan sampai pengsan kak?” Tanya Arjuna pelik.
            Kak Habsah tersenyum kelat. Kaisara nampak syok benar tidur berbantalkan lengan sasa lelaki itu. ‘Amboih budak nih.... Ambik kesempatan nak tidurlah tuh!’ Kak Habsah menggeleng kepala. Tak jadi nak risau. Hmm... bagi jelah si Kaisara ni tidur!
            ‘Mujur aku baik dik... kalau aku jahat, dah lama aku simbah muka kau dengan air!’ Bisik hati Kak Habsah sambil melempar senyum pada lelaki yang tidak dikenali itu.
***
            Lama Arjuna merenung wajah gadis yang sedang lena itu. Ini pengsan ke tidur sampai berkeruh-keruh?
            Ditelek lagi wajah comel itu... Kecik je orangnya. Itu yang terempuh sikit pun sampai boleh terhantuk ke bucu meja. Hidungnya kecik. Bibirnya halus. Bulu mata sedikit lentik. Tapi nampak sempurna di matanya.
            Melihatkan badan gadis itu sedikit bergerak membuatkan Arjuna cepat-cepat mendapatkan duduknya.
            Kepala yang berdenyut, mula dipicit perlahan. Anak mata yang baru terbuka itu dikelip beberapa kali untuk menghilangkan silau. Dibangunkan badan yang sedang terbaring itu.
‘Ya Allah... Aku ada kat mana nih?’ Tangannya mula mengesan kesan benjol di kepalanya. Padanlah pening sangat.... Bengkak rupanya. Kaisara main agak sendiri.
            “Awak okay?” Suara itu membuatkan Kaisara berpaling. Memandang seorang lelaki yang tak pernah menjamah anak matanya.
            “Awak ni siapa? Doktor ke?”
            Soalan itu mengundang tawa Arjuna.
            “Muka saya ada gaya doktor ke?” Suka pula rasa nak mengusik.
            Dahi Kaisara mengerut. Kalau bukan doktor apa? Cleaner?
            “Saya nurse lah...” Muka Arjuna sengaja diseriuskan.
            “Nurse?” Soalan itu dibangkitkan.
Melihatkan gaya pemakaian lelaki itu, tak ada gaya macam nurse pun? Diperhatikan pula keadaan sekeliling... Eh... ini bukan ke bilik Encik Fuad ke? Peguam yang dah bersara dua minggu lepas.
            “Mestilah bukan... Saya Lawyer baru kat sini.”
            “Oh.... I really really lost... Tak ingat apa yang jadi. Oh..kejap... Meeting? Saya nak kena masuk meeting.”
Kaisara menggagahkan dirinya untuk bangun. Namun badannya hampir sahaja tumbang. Oh.. rasa macam dunia sedang berputar dengan kelajuan 160km perjam.
            “Eh... awak okay tak nih?”
Tangan Arjuna menahan badan Kaisara dari terjatuh. Sehingga membuatkan Kaisara tergamam sendiri. Tak senang dengan sikap terbuka lelaki itu. Memanglah niat nak membantu tapi orang yang membantu pun boleh naik hantu bila jumpa perempuan cantik! Eh....
            “Maaf... Saya cuma nak tolong.” Arjuna mula sedar akan ketidakselesaan gadis itu. Dia melangkah setapak ke belakang.
            “By the way... meeting dah habis lama dah. Sekarang pun dah pukul lima lebih. Awak pengsan dari tadi. Saya nak bawa awak ke klinik tapi kak Habsah suruh awak rehat dekat bilik saya je...” Terang Arjuna tanpa dipinta.
            Muka blur Kaisara dah beransur hilang. Otak Kaisara dah mula memproses.             
            Mungkin ini agaknya peguam yang hendak diperkenalkan oleh Datin Norain itu. Nak kenalkan peguam pun sampai nak buat meeting segala!
            “Saya rehat kat sini?” Oh... habislah. Kairasa raba muka sendiri. Kot-kot ada serpihan air liur basi ke. Dia kalau dapat tidur, bukan reti nak control!
            “Ya... dengar jugaklah muzik rock kapak tuh.” Arjuna mengusik.
            Siot.. Kaisara tahan malu. Ya. Malu. Muka bangun tidur sepatutnya hanya milik seorang suami je tau.  
            “Erk.. saya balik dululah...” Rasa janggal pula duduk berdua di pejabat lelaki ini walaupun bilik mereka dikelilingi oleh cermin kaca yang hanya di pisahkan dengan vertical blind sahaja.
            “Nak saya hantarkan?” Tawar Arjuna serius.
            “Tak apa... Saya boleh balik sendiri!” Okay... Memang statement berlagak sangat! Berjalan pun terhuyung hayang. Ada hati nak drive sendiri.
            “Jangan degil.. Biar saya hantar awak balik...” Kali ini Arjuna sengaja mengeraskan nada suaranya.
            ‘Kenapa aku nak susah-susahkan diri pulak?’ Tiba-tiba Arjuna terfikir sendiri. Tapi gentleman perlu menyusahkan diri untuk menyenangkan orang lain.
            “Encik.. Saya boleh balik sendirilah...”
Hah, inilah yang Kaisara paling pantang dengan lelaki. Dia anti betul dengan mamat yang terlebih over take care ini. Rimas! Dia suka berdikari tanpa mengharapkan pertolongan yang berlebihan dari orang lain.
            “Awak berjalan pun tak betul... Ini kan pulak nak balik sendiri?” Cemuh Arjuna sedikit kasar. Gadis dihadapannya ini memang double degil! Pasti akan mendatangkan triple masalah.
            “Awak ingat saya mabuk ke sampai jalan tak betul?”
Mungkin Kaisara nampak seperti tak mabuk. Tapi dia sebenarnya memang tahap mamai habis.
            “Sekarang awak decide sendiri.. Saya hantar balik ataupun saya dukung awak dan hantar balik!”
            Gadis ini memang silap besar sebab... Arjuna memang lelaki yang suka melayan degil seorang perempuan.

            Kaisara melopong! Siapa lelaki ini yang sesuka hati perencah maggie mengarah itu ini dalam hidupnya? Argghh... tension!

p/s: saya tahu korang dah baca versi cerpen.. but ni versi novel plus edited version.. enjoyz ya =)