Tuesday, 9 December 2014

SURVEY CALON JODOH [20]




-         TAMAT           -


P/S: Okay dah.... Habis dahhh.. hope x ada readers yang terkena kencing manis k. =P SCJ memang khas untuk korang2 yang nak released tension n minor conflict.. 

Sorry pada yang tak sempat baca... saya dah deleted SCJ dari bab 12-20. Nanti boleh dapatkan versi cetak okehh.. 

Btw tq pada yang sokong SCJ... InsyaAllah versi cetak akan dijual awal tahun depan. Akan dijual secara on9. Nanti apa2 saya akan update kat fb,page, group k. 

Bye Naqi n Nadrah. Will miss both of you. =)
Salam kasih penuh cinta yang segar,
Ezza Mysara

Sunday, 16 November 2014

SURVEY CALON JODOH [11]

Darah seakan-akan turun dari wajahnya saat terpandangkan seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu pagarnya.
            “Eh bang.. buat apa datang rumah?” Sungguh Naufal tak mampu mengawal rasa gugup yang berselang dengan rasa teruja. Pemain idaman malaya nih! Gila tak terkejut tiba-tiba datang rumah walaupun ini bukanlah kali pertama mereka berjumpa.
            “Oh... nak teman akak pergi kenduri. Dia dah siap ke?”
            Mendengarkan penjelasan Naqi, bertambah nak pitam Naufal dibuatnya. Akak nak keluar dengan Naqi? Sungguh? Dia memang sedia maklum yang akaknya sedang bersiap untuk ke kenduri temannya. Bila ditanya pergi dengan siapa, hanya sesiapa jelah jawapan yang keluar. Kalau dia tahu dengan Naqi, memang dia offer diri untuk ikut.
            “On the way.. Erk.. sementara nak tunggu akak siap tuh, boleh tak saya nak mintak sign?”
            “Boleh.”
            “Kalau gitu masuklah dulu. Lagipun kat luar ni panas..” Berdesup dia berlari ke biliknya. Sebiji bola dicapai. Marker pen pun ditarik sama. Nak dapatkan sign yang eklusif.
            Naqi layankan sahaja kehendak adik Nadrah itu. Lagipun dia pun pernah jadi peminat bola. Jadi di tahu bila berhadapan dengan pemain yang kita suka, mestilah aura ‘over’ tu automatik keluar. Lagipun bakal adik ipar nih, kena ambik hati kaw-kaw. Ciss.. kalau Nadrah dengar ni dia kerat badan aku lapan belas.
            “Bang.. apa kes kalah dengan terengganu baru ni.” Walaupun tahu yang pemain dah berusaha sebaik mungkin, tapi mungkin ada silap yang pemain sendiri sedari.
            “Oh... tu sebab gaduh dengan akak awaklah ni.” Dalam diam dia tahu, Nadrah sedang mengintai mereka berdua secara senyap-senyap.
            “Oh... kes sindrom patah hati ke apa ni?” Jawapan memang unexpected betullah.
            Naqi ketawa. “Tak adalah.. Terengganu memang power. Pemain dah cuba tapi mungkin rezeki tak berpihak pada kita.” Ah, wartawan dan penyokong boleh kata ini jawapan klise. Tapi dah kalau bukan rezeki, nak kata apa lagi. Lagipun mana ada team yang menang semendang tak kalah langsung?
            “Tak apalah.. liga lama lagi. Lepas ni banyak lagi game kan? Anyway good luck lah bang..”
            “Thanks.. nanti kalau ada tiket free abang pass ke akak. Kalau dia boleh join sekali lagi syok. Confirm tak kalah.”
            “Yalah tuuh...” Tak sanggup dah nak menyorok bagai. Cepat je Nadrah keluar. Naqi belagak tenang. Hanya Naufal yang beriak terkejut.
            “Eh kak, tolong tangkapkan gambar Fal dengan Abang Naqi. Kejap lagi nak belagak dekat mak.” Ini kalau mak ada ni, mahu dia sengih tak sudah. Tapi hari ni mak keluar pulak dengan abah menghadiri mesyuarat persatuan.
            Ketawa Naqi mendengar alasan Naufal. Nak tunjuk dekat mak?
            “Mak minat bola ke?”
            “Aah.. minat bola dan pemain bola. Katanya kalau dapat bermenantukan abang kan baguuuuss...” meleret hujung ayatnya. Sempat melibas pandang pada si kakak. Mana tahu kena kareta mengejut?
            “Naufal...” Nadrah dah merengus. Ini yang malas nih!
            “Apa? Fal ada seorang lagi akak ya. Bukan akak sorang yang tak kahwin lagi.”
            Dikerling sedikit wajah Nadrah yang sudah disimbah blusher itu. Naqi pun turut simpan senyum. Nadrah ni comel sangat bila buat muka garang macam tu.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Naqi tak mampu menyudahkan senyumnya.
“Dah awak ni kenapa?” Sudahlah kena bahan dengan Naufal, ini Naqi pun nak bahan dia jugak ke apa?
“You know something?”
What?” Nadrah tayang muka garang. Berdepan dengan budak baya Naqi, macam berdepan dengan adik-adiknya.
“Muka garang awak tuh....” Dengan jeda, Naqi halakan jari terlunjuk ke muka Nadrah.
Terus tangan Nadrah merayap di wajah sendiri. Kenapa dengan wajah dia? Comot? Serabai? Make up tak betul?
“...memang mintak kena sayang. Kena-sayang.” Tekan Naqi sungguh-sungguh. “Tahu?”
Hati macam mengembang bila dengar ayat Naqi itu. Bukan cakap hati, pipi, hidung, pun kembang sekali. Sigh! Nadrah terus tarik muka. Berani budak bawah umur ni  bergurau yang bukan-bukan.
            Dengan muka selamba, Naqi start enjin kereta. Nadarah ni bukan mintak kena sayang tapi rasanya memang kena sayang betul-betul! Sayang yang tak kenal sebarang nokhtah.
            Dia mungkin muda dari segi umur, tapi dia akan ajar Nadrah bercinta cara orang dewasa. Lepas tu... jangan harap Nadrah akan panggil dia budak lagi!
***
            Hadiah yang sudah siap berbalut itu diletakkan di bahagian belakang kereta. Kad kecil yang dibeli tadi dibuka. Dia mula mencari pen di dalam kereta. Eh, mana pulak pergi pen dia ni? Inilah masalahnya kalau buat kerja last minit! Tadi selepas keluar dari rumah dia ada bertanya pada Nadrah, tentang hadiah.
Wajah Nadrah yang tercengang itu jelas menunjukkan yang dia tidak menyediakan sebarang hadiah. Jadi mereka masuk ke bandar dahulu untuk membeli hadiah. Tak sopan betul nak datang kenduri berlegang!
            “Cari apa?”
            “Pen. Awak ada pen?” Setahu Naqi PA biasanya memang akan bawak pen kemana-mana.
            Nadrah meraba beg tangannya. Laju dihulurkan sebuah pen kepada Naqi sementalah mata masih ralit membalas mesej daripada Naufal. Ada sahaja ayat budak ni nak menyakat dia lebih-lebih lagi bila Naufal tahu dia ke kenduri bersama Naqi.
            “Nad... pen ni tak ada dakwat lah? Ada pen lain tak?” Puas sudah dia menconteng. Memang dakwat dah tahap kering nih!
            Terhenti bacaannya. Bila terpandangkan pen yang berada di tangan Naqi, baru dia perasan. “Eh.. Pen tu memang dah tak ada dakwat pun. Nah, guna pen ni..” Kali ini dikeluarkan pen yang baru dari beg tangannya. Pen yang berada di tangan Naqi itu diambil semula dah dimasukkan ke dalam beg tangannya.
            Dahi Naqi berkerut.
            “Hmm.. I’m so wonder.”
            “Pardon?”
            “Kenapa awak masih simpan pen yang tak ada dakwat tu? Kenapa tak buang? Simpan pun buat semak beg jeh.”
            “Oh.. sayang nak buang. Walaupun dah habis dakwat pun, simpanlah buat kenangan.” Dia memang begitu orangnya. Kalau dah sayang sesuatu, dia akan simpan walau dah tak bagi apa-apa fungsi. Macam telefon bimbit pertama yang dia guna, walau dah rosak, dia masih simpan. Dan banyak lagi barang-barang yang dah dilabel sebagai barang antik dalam hidupnya. Bagi Nadrah, setiap barang-barangnya pasti akan ada sentimental value yang tersendiri.
            “Oh I see..” Kepala dianggukkan berulang kali. Kali ini pena itu menari di dada kad kecil itu. Menulis ucapan.
            “Kenapa? Jadi masalah besar ke kalau saya simpan.” Dah kenapa Naqi nak pelik sangat.
            “Pen tu tak ada masalah... tapi awak mungkin ‘ada’ masalah.”
            “Okay. Tak faham.” Idealogi mana pulak yang Naqi nak reka cipta nih? Dia ni boleh jadi penulis novel. Suka sangat bermadah. Penat cik hati menanggung padah.
            Naqi betulkan duduknya. Sudah hendak memulakan pemanduan. Naqi mengenakan sunglases.
            “Hati awak tu bukan tong sampah Nad. Bukan semua benda awak boleh campak ke situ.”
            “Kejap..” Tangan Nadrah kedepan sedikit. “Hei, apa kaitan hati dengan tong sampah? Apa pulak kena mengena dengan saya simpan pen yang dah tak ada dakwat tadi?”
            “Perlakuan awak menunjukkan apa yang awak fikir Nad. Awak simpan pen yang dah tak ada dakwat sebab sayang nak buang. Sama jugak awak simpan kenangan yang pahit tu hanya kerana bertiketkan sebuah ingatan. Awak sayang nak buang apa yang pernah awak ingat. Walaupun apa yang awak ingat tu menyakitkan hati awak sendiri. Jadi sebab tu saya cakap, hati awak tu bukan tong sampah yang awak boleh campak semua benda. Bila awak campak semua benda, macam nilah hasilnya... awak hidup dengan rasa yang penuh celaru! Tong sampah pun kalau dah penuh dengan sampah sarap, dia tak akan mampu tampung apa-apa lagi. Macam tu jugak dengan hati awak... Sebab tu awak dah jadi orang yang tak ada perasaan.”
            Terkesima Nadrah mendengar satu persatu ayat Naqi itu.
             “Saya....” Macam mana nak menidakkan apa yang Naqi cakap tu. Sebab benda betul! Dia buat hati dia macam tong sampah. Dia campak semuanya ke situ sampai hati dia dah tak mampu nak tampung satu apa pun.
            “... Malaslah saya nak bertekak dengan awak!”
            “Siapa ajak awak bertekak? Saya suruh awak lepaskan. Lepaskan apa yang terbeban dalam hati awak tu. Buang sampah sarap yang tak berguna.”
            Diam.
            Dikerling gadis di sebelahnya yang ralit melempar pandang ke luar tingkap. Oh, mungkin kali ini dia dah berlebihan smash hati Nadrah.
            Nafas paling panjang ditarik. Elok-elok mood Nadrah happy nak pergi kenduri kahwin, dia pergi jahanamkan pulak! Mungkin dia terlalu obses hendak mengetahui apa yang membelenggu hidup gadis itu dahulu.
            Sifat tak sabar itu hanya akan buat kita rasa tercabar! Releks Naqi. Jangan gelojoh sangat.
            Lupa ke Naqi? Kan Azmin dah spesifikasikan Nadrah ni macam tempat parking yang sempit. Tak boleh main tekan pedal je. Silap hari bulan boleh terlanggar kereta lain. Jadi kena bertindak secara perlahan-lahan. Kalau kena dengan kecekapan pemandu, parking yang sempit tu pun boleh parking kereta MPV.
            “I’m sorry... Saya dah melampau tadi.”
            Diam.
            Oh Shit! Silent treatment ni yang boleh membunuh jiwa raga nih!
            “Nad.. sorrylah..”
            “It’s not your fault. Jangan rasa bersalah. But please... I’m not ready yet to share about it. Please.”
            Sementalah Naqi sudi untuk menemaninya ke kenduri, itu pun dah cukup baik. Nak harap orang lain, dia bukannya ada kawan lain.
            Laju Naqi mengangguk. Mujurlah hati Nadrah tak makin rabak! Kalau tak dengan dia-dia koyak.
            Untuk menghilangkan sepi, tangan Naqi memetik punat radio. Nadrah disebelah pejamkan mata. Mengharapkan destinasi mereka lebih jauh. Supaya dia dapat merehatkan emosi yang bergelimpangan ini.
Oh hati, kasihan kau! Adakah sebegitu teruk aku memperlakukan kau?

I know
One day eventually
Yeah, I know
One day I'll have to let it all go
But I keep it just in case
Yeah, I keep it just in case

            Lagu yang bermain di corong radio itu lebih berjaya membuatkan hati Nadrah haru biru. Ada ke situasi ‘Incase’ dalam hidupnya nanti?
***
            Sampai di kenduri Sue, Nadrah dah terserempak dengan beberapa orang kawan lamanya. Rasa tak selesa mula menyusup dalam diri. Dia tahu ada beberapa orang mungkin hendak menegurnya. Jadi dia cuma tayang senyum pendek. Boleh tak kalau lepas jumpa Suhaila, dia terus nak balik?
            “Bibir awak tu hanya bergerak dua sentimeter je Nad... Kalau macam gitu, baik tak payah tayang senyum ketat tuh.”
            Macam biasa, orang sebelah ni laju menebak ayat. Terus Nadrah hantar jelingan tajam. Mulut tu kasi diam sikit boleh tak?
            “Hei.. awak tak payah perasan sangat orang kenal awak. Derang tu tengah pandang saya... saya ni kan pemain bola yang terkenal seantero dunia?”
            Ceit! Muntah telan balik pun Nadrah tak hingin nak mengaku ayat tuh.
            “Kita makan dulu eh.. saya laparlah.” Naqi dah menggosok perut sendiri.
            “Kita jumpa pengantin dululah... Lepas tu makan dan balik.”
            Berkedut dahi Naqi. “Awak tahu.. selama ni kalau saya teman perempuan pergi kenduri, tak ada makna dia orang nak balik terus. Mesti nak lepak dengan kawan-kawan dulu. Nak bergambar atas pelamin ramai-ramai...”
            “Itu orang lain. Bukan saya. Saya tak sama dengan perempuan yang awak angkut tuh.” Sinis Nadrah membalas.
            “Buat pengetahuan awak.... perempuan yang saya angkut tu, mak, kakak dan adik perempuan saya.”
            Terus terdiam Nadrah menyambut ayat Naqi itu. Selepas itu, Naqi terus angkat kaki menuju ke tempat bufet. Tak boleh nak tahan dah tahap kelaparan dia. Dan dia percaya... Nadrah mesti sedang menurutinya. Hah, boleh pun dengar cakap?
            Usai mengambil makanan, dia mendapatkan tempat di bawah khemah. Ramai jugak orang yang datang. Ada beberapa orang sedang memandangnya sambil tersenyum. Bibirnya pun ikut turut ramah membalasnya.
            Nadrah mengambil tempat di sisi Naqi. Sikit sahaja makanan yang diambil. Serius dia sebenarnya langsung tak ada selera. Macam mana nak berselera andai rasaksa sedang bermaharajalela di jendela hati.
            Sambil-sambil itu, sempat Naqi mengupdate laman sesawangnya. Attend Kenduri Kahwin Lagi.
            “Nad, awak ada FB?” Untuk menghilangkan kekok, Naqi meneruskan sikap ramah tamahnya.
            “Tak ada.”
            “Hmm twiter?”
            “Pun tak ada.”
            “Instagram?”
            “Apa tuh?”
            Hampir-hampir Naqi tersedak. Nadrah ni hidup zaman purba mana ni Instagram pun tak tahu? Serius ke perempuan ni langsung tak berdunia?
            “Laman sengsawanglah... Habis kalau FB, twiter, instagram tu awak tak ada, apa yang awak ada?
            Nadrah angkat bahu. “Saya memang tak ada apa-apa.”
            “Habis tu awak contact dengan kawan-kawan awak macam mana? Oh.. awak we chat ya? Tak pun Whats app. Ataupun line dan segala aneka nenek lagi yang saya pun tak tahu.”
            Lama Nadrah terdiam.
            “Hmm.. semua pun tak ada.”
            “Apa maksud  ‘semua pun tak ada’ tu? We chat dan whats app ke atau kawan?”
            “Semua. Saya tak ada apa-apa yang awak sebut tuh.” Mesti Naqi ingat dia ni pelik dan aneh. Tapi memang ya dia tak ada semua tuh.
            Kawan? Tak. Ada.
            Applikasi-aplikasi tu semua? Pun. Tak. Ada.
            Melopong Naqi dibuatnya. Padanlah dia tak pernah tengok Nadrah beramah mesra dengan sesiapa. Kalau tak ada BF tu memang relevanlah. Couple tu kan haram. Tapi tak kan lah kawan pun tak ada? Tapi dia perasan.. Nadrah memang gemar bersendiri. Dia suka makan sorang-sorang. Berjalan keseorangan. Dengan dia ni pun sebab kena paksa. Kalau tak memang tak lah dapat keluar.
            “It’s okay kalau awak tak ada semua tuh.”
            Ditoleh ke arah Naqi yang tersenyum memandang telefon bimbitnya. Naqi tak fikir ke dia ni aneh dan pelik?
            “Apa maksud awak?”
            Naqi angkat wajah. Tersenyum pendek. “Tak apalah awak tak ada semua tu. Yang penting.. Awak-ada-saya!” Ditekankan ayat yang terakhir. Okay jugak kalau dapat isteri anti sosial ni. Sedikit sebanyak, dia tak cepat terpengaruh dengan segala tok nenek negativity dari internet.
            Awak. Ada. Saya.
            Fuh! Tak boleh nak telan rasanya ayat Naqi tuh. Nasi yang sedia ada pun tak mampu dikunyah. Semuanya terasa kenyal.
            “Patutlah awak ni kecik Nad... Makan pun sikit.” Komen Naqi apabila gadis di sebelahnya bertindak untuk berdiam diri.
            “Tambah sikit lagi ya?” Pujuk Naqi.
            Terus Nadrah menggeleng. Yang ni pun dia paksa masuk ke dalam mulutnya. Kalau paksa lagi, mahu terkeluar segala macam benda tu.
            “Jomlah...”
            Sedang elok mereka beriringan ke dalam rumah, tiba-tiba lengan Nadrah ditarik dari tepi.
            “Nad...” Gadis itu terus memeluknya erat. Bagai hendak lemas dia dibuatnya. “Aku rindu kau gila!”
            Nadrah kaku. Tak tahu hendak memberi respon yang bagaimana. Perlu ke dia membalas pelukan Tipah sekarang? “Mana kau hilang hah?” Tipah mengesat air matanya sendiri.
            Diam. Kekoknya Nadrah rasa.
            “Nad...”
            Seketika Tipah dan dia saling berpandangan.
            Suara itu. Suara itu membuatkan jantung Nadrah luruh dan semua semangatnya lebur sama. Kali ini dia rasa, memang silap besar dia datang kenduri ini.
            “Nad... kau tak nak peluk aku ke? Tak nak jumpa aku?” Suara itu merayu lagi. Perlahan Nadrah membawa langkah ke belakang. Dia tak nak hadapi semua ni. Sungguh dia tak nak.

Tanpa berfikir panjang, terus Nadrah berlari meninggalkan mereka tercengang sendiri termasuklah Naqi.

to be continue... (acah2 macam episod seterusnya?)

P/S: masih lagi meninggalkan engkorang dalam keraguan? kekekeke...  enjoys =)