Saturday, 13 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [23]


Hari pertama masuk kerja setelah berbulan-bulan bercuti memang membuatkan jiwa Afrina terkena renjatan. Otaknya seakan-akan sudah berkarat untuk mengenalpasti masalah akaun yang sudah berterabur itu. Memanglah semua dokumen disusun dengan teratur namun memang banyak akaun yang tersalah key in, double ke in, tak key in dalam sistem UBS. Pening jugak Afrina menyemaknya.
            Dari pagi sampai tengah hari dia terkurung di dalam bilik Haraz ini. Ya, kata Melati, Azlin mengarahkan dia untuk duduk di bilik ini sahaja daripada dibiarkan ia terus kosong. Masalah yang membelenggu hidupnya segera ditolak ke tepi. Lebih senang untuk memberi fokus pada kerja yang menambun.
            “Amboi... Rajinnya pekerja baru nih...” Tegur Azlin yang sedang berdiri di pintu bilik.
            “Kerja makan gaji.. Kenalah rajin. Nanti kena pecat susahlah akak.” Tidak sedar langsung akan kehadiran adik iparnya itu. Afrina menyambut kedatangan Azlin dengan senyuman manis.
            “Apa yang nak kena pecatnya... Memang company ni milik akak kan...” Tanpa disuruh, Azlin melangkah merapati meja Afrina. Ditarik kerusi lantas melabuhkan punggungnya. Nafas berat mula dilepaskan. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan klien. Banyak pulak ragamnya!
            “Dari mana nih?”
            “Baru balik jumpa client... Masuk tender baru. Tapi susahlah kak.. Terpaksa bersaing dengan company yang besar-besar. Ialah, saya pun stay baru kan. Perempuan pulak tuh! Orang pun macam tak berapa nak percaya jeh...”
            Kadang-kadang dia penat menguruskan dan memikirkan hal kerja. Mujur sahaja Zainal banyak membantu. Zainal merupakan rakan baik Haraz. Semenjak abangnya itu pergi, Zainal yang banyak menyuluh dan membantu menyelesaikan masalah dalam company ini. Malah, banyak jugak tender yang dibawa masuk oleh Zainal.
            “Lin patut berbangga tau... Bukan semua orang mampu nak buat apa yang Lin buat sekarang. Akak pun kagum sangat dengan Lin...” Puji Afrina ikhlas. Kerja-kerjanya mula dihentikan apabila mata dan telinga mula fokus mendengar luahan hati Azlin. Dah nama pun perempuan, kadang-kadang perlu untuk mereka meluahkan apa yang membuku dalam jiwa itu. Beban yang tergalas pun mungkin akan berkurangan.
            “Tapi sekarang dah ada akak... Rasanya semua akan jadi lebih mudah! Oh, I’m so happy for this feeling. Rasa macam ada hidup yang lengkap jeh. Mama dan akak dah berbaik... Tak lama lagi nak kahwin dengan Mirza.. Tak payah susah-susah dengar mama membebel sebab Lin pentingkan kerja jeh.. Moga-moga semuanya dipermudahkan Allah.” Luah Azlin dengan mata yang berkaca-kaca. Tak terucap rasa syukurnya. Kebiasaannya, benda yang baik memang akan dipermudahkan oleh Allah.
            Afrina terdiam. Tapi tetap menyelitkan doa agar Allah turut mempermudahkan urusan pernikahan Mirza dan Azlin nanti. Dia sudah tidak menaruh apa-apa harapan lagi. Melihat Azlin dan Mirza gembira, itu sudah memadai bagi dirinya.
            “Eh kak... Lin nak tanya sikit. Akak kenal ke Mirza? Sebab Lin perasan Ad panggil Mirza papa Iyyad? Dia orang nampak rapat sangat!”
            Ah sudah... Terhenti pergerakan Afrina yang sedang memegang telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia menjatuhkan pandang di wajah Azlin. Rasanya tidak perlu untuk dia berselindung.
            “Kenal....” Jawab Afrina jujur. Penipuan tak akan membawa apa-apa makna.
            Air muka Azlin sedikit berubah. Sedikit tidak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut kakak iparnya itu. Tiba-tiba rasa ingin tahu membuak dalam diri. Bagaimana konsep kenal yang dimaksudkan oleh Afrina?
            “Kenal rapat ke?”
            “Tak lah... Biasa-biasa jeh.” Rasanya, Azlin tidak perlu tahu bahawa Mirza adalah bekas tunangnya. Dia tidak mahu Azlin merasa tidak selesa dengan dirinya. Lagipun ini kisah lama....tak ada orang yang tahu selain daripada keluarga Mirza dan Hajah Khadijah.
            “Macam mana akak kenal?” Tanya Azlin lagi. Entah sejak bila dia berubah menjadi perempuan yang banyak tanya! Melihat akan reaksi dari Afrina yang kelihatan kurang senang dengan pertanyaanya, dia kembali membetulkan tanggapan Afrina. Tak mahu kakak iparnya berfikir yang dia terlalu cemburu.
            “Bukan... Maksud Lin... Macam pelik pulak bila korang berdua kenal...”
            Afrina tersenyum. Tak salah langsung jika Azlin mempunyai perasaan ingin tahu. “Ingat tak yang akak pernah buat rawatan berjumpa dengan psikitari bila mama terus-menerus menuduh akak gila?”
            Azlin menganggukkan kepalanya. Dia tahu akan kes itu! Mama menuduh Afrina gila dan hendak menuntuk hak penjagaan terhadap Hadziq.
            “Masa tulah akak kenal Mirza... Dialah doktor yang merawat akak tuh.. Lepas akak disahkan sembuh, akak pun belanjalah dia makan. Masa tu akak bawa Hadziq. Dari situlah Hadziq panggil Mirza papa...” Isi kandungan cerita yang sebenar pastilah berbeza. Namun matlamatnya pastilah sama iaitu hendak memahamkan Azlin yang Mirza adalah doktor psikitari yang merawatnya dahulu.
            “Oh... untunglah akak dapat doktor handsome...” Giat Azlin sambil ketawa.
            Afrina ketawa melihat gelagat adik iparnya. Nampak rasa cinta itu berlagu di dalam anak mata Azlin. Wajah itu ceria dan riang. “Lin lagi untung... Dapat suami handsome macam Mirza.” Usik Afrina pula.
            “Akak... waktu dia rawat akak kan, dia tak pernah ngorat akak ke?” Tanya Azlin berani. Bukan apa, kakak iparnya ini walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, dia masih lagi kelihatan cantik. Walaupun mukanya pucat tanpa solekan, dia masih kekal menarik. Pandai jaga badan dan pandai membawa diri. Keperibadian dia juga teserlah dengan perwatakannya yang gemalai. Tidakkah Mirza boleh jatuh cinta dengan semua kriteria yang terbentang?
            Afrina terdiam. “Pernah!”
            “Hah!” Azlin yang mendengar terus menegakkan badan. Hatinya mula diserang angin cemburu. Sesiapa yang terpaksa bertanding bersama Afrina masih akan merasa yang dirinya kalah serba serbi. Afrina terlalu sempurna sebagai seorang perempuan jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang kerdil ini. Sudahla tak berapa nak cantik, badan pulak kerempeng yang langsung tak solid!
            “Ha...Habis tu kenapa....” Tiba-tiba Azlin kelu ayat untuk menyambung kata. Itulah, tanya soalan seperti meragut nyawa sendiri.
            “Sebab keluarga dia memilih Lin dan bukannya akak.” Sekali lagi Azlin tergamam mendengar jawapan kakak iparnya itu. Kepalanya digeleng perlahan. Apa yang berlaku ini salah... Sangat salah!
            Namun apabila melihat Afrina mula menghamburkan ketawa, Azlin mula dapat mengesan penipuan kakak iparnya itu. ‘Ish... jantung ni dah macam kena bom! Boleh pulak Kak Afrina main-main!’
            “Sayang sangat kat Mirza ya....” Seloroh Afrina sambil tersenyum.
            Azlin mengawal riak wajahnya. Malu bila diusik begitu. Memang diakui yang Mirza bukanlah jejaka pertama yang meragut jiwanya. Tapi hanya dengan Mirza dia rasa yang dia sudah bersedia untuk melangkah ke frasa seterusnya. Mirza membuatkan dia yakin untuk mendirikan rumahtangga. Sesuatu yang tak ada pada lelaki lain. Mungkin faktor kematangan Mirza membantu dia rasa begini.
            “Apalah akak nih... Main-main pulak!”
            “Mirza tu merawat jiwa akak... bukan merawat hati akak! Mungkin betul dia handsome dan baik. Tapi dia belum mampu untuk menandingi suami akak! Lin kena ingat, akak dah terlalu bahagia dengan abang Haraz dulu... Dialah lelaki yang menyempurnakan hidup akak!” Tutur Afrina sambil merenung gambar yang terletak cantik di tepi monitor komputer.
            Mirza dan Haraz memiliki karakter yang berbeza! Dia sangat menyintai Haraz. Dia juga amat menyintai Mirza. Kedua-dua lelaki ini mendapat tempat yang berbeza di sudut kamar hatinya. Kerana manusia, dia mula membenci Mirza dan berpaling kepada Haraz. Itulah kesilapan di dalam percintaannya bersama Mirza.
            “Oh... Lin lupa yang abang adalah lelaki yang terbaik. Korang berdua memang beruntung kerana saling memiliki antara satu sama lain. Tapi kan kak... Akak masih muda.. Baru umur dua puluh lapan... Akak tak mahu kahwin lagi ke?” Selongkar Azlin lagi.
Tidakkah kakak iparnya itu merasa sunyi tanpa kehadiran lelaki yang bernama suami? Dan tidakkah kakak iparnya itu hendak mencari seorang lelaki yang mampu menjadi ayah kepada Hadziq? Ada cinta baru... Tak semestinya melupakan cinta lama. Hidup ini sememangnya wajar untuk diteruskan.
            Afrina terdiam. Memang dia sudah memasang angan untuk bersama dengan Mirza. Sudah memasang impian untuk menjadi suri dalam hidup lelaki itu. Tapi percaturan Allah tidak mengikut rencananya. Lantas telah dipejamkan mata hati dari menyintai lelaki lain. Cukuplah hanya ada Haraz dan Mirza yang pernah singgah di hatinya.
            “Akak tak fikir pun nak kahwin lagi Lin... Lagipun, siapalah nak kan janda macam akak nih! Lagipun tak semua orang mampu nak terima Hadziq. Takutlah akak kalau Ad ada bapak tiri. Takut nanti Ad kena dera!” Biarlah apa yang dia rasa dia pendam sahaja. Bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang!
            Azlin ketawa besar mendengar alasan Afrina. “Yang selalu dera tu mak tiri... Bukan ayah tiri... Tak apa, nanti Lin kenalkan akak dengan client-client kita. Ramai je yang masih buang terlajak. Kalau dapat abang dud pun okay jugak kan?” Seloroh Azlin nakal.
            “Sudah-sudah... Pergi sambung kerja kamu balik! Kang akak potong gaji kamu.” Gertak Afrina sambil bercekak pinggang.
            “Amboih... Dah pandai lawan taukeyh nampak?” Balas Azlin sambil mula berjalan menuju ke pintu bilik Afrina. Cadangnya memang hendak keluar pun. Kejap lagi ada appointement lagi. Namun cepat-cepat dia teringatkan sesuatu lantas berpaling ke arah kakak iparnya.
            “Eh kak, nanti temankan Lin pergi butik pengantin di tingkat dua dekat Kompleks Teruntum... Nak survey!” Kebetulan tadi Azlin ada temujanji dengan pihak PKNP di Kompleks Teruntum. Kakinya gatal sahaja meronda-ronda di tingkat dua yang menempatkan bahagian butik-butik pengantin yang sememangnya menayangkan rekaan-rekaan terbaru.
            Rasa tak sabar pulak nak kahwin! Lagipun majlis akan berlangsung dua bulan sahaja lagi. Memang dia perlu memulakan persiapan dari sekarang! Dan Azlin sangat memerlukan bantuan dari Afrina. Orang yang dah kahwin pasti lebih arif dengan apa yang perlu dilakukan.
            “Beres! Kita pergi waktu lunch okay.” Putus Afrina bersetuju tanpa berfikir panjang.
***
            Azlin jadi kelabu mata melihat rekaan terbaru  yang dibentangkan dihadapannya kini. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya! Semuanya cantik dan kelihatan ekslusif.
            “Lin dah fikir ke Lin nak pilih konsep macam mana?” Afrina ikut turut membelek album gambar itu. Macam-maca gaya ada. Dari konsep dewan hingga ke konsep taman. Semuanya disediakan oleh pihak butik. Dari pakej simple, sederhana dan mewah, semuanya ada.
            “Entahlah... Lin tak tahulah Mirz tu suka gaya macam mana?” Keluh Azlin sedikit hampa. Inilah masalahnya kalau hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang kita tidak kenali. Warna kesukaan dia, perkara kesukaan dia, semua pun tak ada dalam kepala otak Azlin.
            “Hmm... Biasanya lelaki kan tak kisah. Dia ikut je pilihan orang rumah dia.” Afrina cuba untuk menyejukkan perasaan Azlin yang nampak gundah itu. Setahunya, Mirza bukan tergolong dalam ketegori lelaki yang cerewet. Dia lelaki yang mudah diterokai jiwanya. Tak complicated!
            “Memanglah kak... Tapi kahwin kan benda yang kita nak lalui bersama... Kalau boleh Lin nak buat something yang dia suka. Yang dia boleh kenang hingga ke tua. Agak-agak dia suka warna apa ya? Patent macam mana ya?” Azlin mula meminta pendapat Afrina.
Sebenarnya Azlin teringin benar untuk menelefon Mirza. Mengajak lelaki ini ke butik. Tapi dia malu... Dia takut untuk menerima penolakan dari Mirza. Lagipula, dia takut menganggu waktu kerja lelaki itu. Ialah, doktor kan memang sinonim dengan perkataan ‘sibuk’.
            Afrina sedikit terdiam mendengar kata-kata Azlin itu. Kisah lama mula menerjah di ruang minda.
            “Afrin... Kalau Afrin kan, Afrin nak konsep yang macam mana?” Soal Mirza ketika mereka sama-sama sedang berjalan di hadapan sebuah butik pengantin. Terhenti langkah Afrina. Mata mereka sama-sama merenung patung yang sedang memperagakan baju pengantin berwarna merah.
            “Afrin teringin nak pakai baju yang meriah macam dalam cerita hindustan tu. Boleh menari kejar-kejar, boleh pakai gelang yang bergemerincing, boleh feel jadi heroin sikit. Okay kan kalau kita buat majlis macam tuh?” Duga Afrina sengaja. Memanglah dia kaki hindustan tapi tak bermakna dia nak buat majlis macam tuh. Hilang terus budaya dan adat orang melayu. Macam orang tak ada kerja pulak nak buat macam tuh! Kalau buat, mahu kena bangkang dengan emaknya.
            “Boleh sayang....” Terkejut jugak Afrina tatkala Mirza bersetuju. Membulat Mata Afrina. Sungguh?
            “Hah, boleh ke?” Tanya Afrina memohon kepastian.
            “Boleh... Tapi Afrin kahwin dengan orang Indialah... Bukan dengan Mirz.” Seloroh Mirza berani.
            “Ceh! Kata sayang... Kata sanggup buat apa sahaja. Sanggup merenangi lautan merahlah... Sanggup mendaki gunung yang tinggilah... Sanggup terjun bangunanlah... You jump, I jump! Tapi bila kena pakai baju hindustan pun Mirz tak nak...” Provok Afrina. Sengaja merajuk untuk dipujuk!
            Kadang-kadang dia suka merajuk dengan Mirza. Sebab Mirza pandai bermain kata. Bakal Psikitari kan? Mestilah pandai bermain dengan memujuk untuk mencairkan hati Afrina. Tapi buat naya je bila semua pesakit Mirza yabg gila itu tergila-gilakan doktor handsome ini!
            Mirza ketawa besar. Afrina memang sengaja menduga kasih sayangnya. “You jump, I run lah... Lagipun buat apa daki gunung, buat badan berdaki jeh...” Tempelak Mirza pula. Muka Afrina mencebik! Bukan itu jawapan yang dia mahu dengar.
            “Tak nak pakai... Bukan tanda tak sayang... Afrin sendiri tahu kan, yang Mirz tak akan berhenti menemani dan menyayangi hingga matahari tak terbit lagi...” Sambung Mirza sedikit berbisik.
            Adeihh... Lemah semangat Afrina dibuatnya. Bukan sekadar jantung je yang gugur, buah pinggang, limpa, usus perut semuanya gugur sekali. Cepat-cepat dia menukar topik. Tak mahu mood romantik ini menjadi lebih romantik. Mirza bukan boleh kira sangat, kalau datang demam romantik dia, haru biru Afrina dibuatnya!
            “Ya...Ya... Afrin tahu. Tadi tu Afrin acah jeh. Habis tu, Mirz nak konsep macam mana? Warna apa?” Tanya Afrina sambil merenung wajah Mirza yang tak lepas-lepas dari memandangnya. Cuba menyedarkan Mirza agar mengalihkan pandangan dari terus menatap wajahnya. ‘Tak baik renung dan tenung anak dara orang!’ Tapi dia pulak buat perangai berani mati renung anak teruna orang!
            “Warna apa, konsep apa, dekat mana, itu semua Mirz tak peduli... Mirz tak kisah... Asalkan pengantin perempuan dia Afrin. Itu yang penting!”
Afrina mendengus. Argghh...!! Mirza memang pandai membolak-balikkan hati Afrina. Malu dia dibuatnya!
            “Alah... Tak kanlah Mirz tak ada impian langsung?” Tanpa sedar, Afrina sudah bereaksi manja dihadapan Mirza. Terbuat perangai lepas laku!
            Mirza terfikir sendiri. Dia bukan tak ada pilihan atau citarasa sendiri. Tapi baginya, cukuplah jika dapat lihat Afrina bahagia! Dia tak pernah nak mintak lebih-lebih.
            “Ada... Impian Mirz... Cita-cita Mirz... Cinta Mirz... hanyalah untuk berkahwin dengan Afrin. Bolehkan Afrin jadi isteri Mirz?” Mirza kembali berbisik di telinga Afrin. Membuatkan kedua-duanya terpana dihadapan butik pengantin ini.
            “Boleh... Tapi...” Afrina sengaja berjeda sambil melirik ke arah Mirza.
            “Tapi apa?” Tanya Mirza cuak! Bagai ada rasa tidak yakin dengan kata-kata Afrina.
            “Tapi... dah cukup ke dua puluh ribu?”
            “Amboih... mahal betul! Diskaun sikitlah...”
            “Lah, nak diskaun ke? Boleh... Malam pertama Mirz tidur atas sofa!” Amboih anak dara ini. Berani betul bercakap pasal ‘malam pertama’ dengan anak teruna!
            “Eleh... yalah tuh.. Suruh orang tidur atas sofa tapi nanti Mirz jugak yang Afrin cari nanti. Tengoklah... Afrin akan datang menyerah sendiri.” Terus Afrina terdiam apabila mendengar suara Mirza yang berbau usikan itu.
            Padan muka! Berani sangat jual ayat dengan anak teruna! Kan dah terbelit jiwa. Muka Afrina merah membahang. Mirza memang nakal!
            “Akak! Jauhnya mengelamun... Dari tadi Lin panggil.” Sergahan dan sentuhan di bahunya membuatkan Afrina tersedar. Rupanya dia sudah terlangkau jauh dari kenangan itu. Kenangan yang dicipta sebelum kemunculan Haraz!
            “Sorry... apa dia Lin?”
Afrina kembali memperbetulkan emosi dan ingatannya. Biar dia hidup di dunia realiti. Segala kenangan manis itu perlu dicampak sejauhnya. Sudah berlalu semua kenangan. Rasa sepi mula berlagu membelai perasaan. Tanpa Afrina sedari, Mirza telah menghilang bersama bayangan. Hanya air mata yang menjadi saksi kerinduan.
            “Kejap lagi Mirza datang... Kebetulan dia off hari ini.” Hanya Allah yang tahu betapa terujanya hati Azlin saat dia memberanikan diri untuk menelefon Mirza. Sangat tak sangka yang Mirza sedang bercuti. Malah Mirza sendiri yang menawarkan diri untuk datang tanpa dipinta.
            Mungkin ini petanda bahawa Mirza memang mampu menerima dirinya seadanya. Argghh... Mirza kan seorang psikitari, pasti perkara-perkara remeh seperti ini sudah berada di poketnya.
            Gulp! Penerangan dari Azlin itu membuatkan Afrina tekesima. Ah sudah, jadi apa perlu dirinya di sini jika Mirza boleh menemani Azlin!
            “Kalau macam tu akak balik dululah...” Beg tangan sudah mula dicapai. Sudah berura-ura untuk bangun namun cepat sahaja lengannya ditangkap oleh si adik.
            “Ish... tak kan nak tinggalkan Lin sorang-sorang. Seganlah nak jumpa Mirz...”
Azlin tak mahu Afrina pulang. Dia memang gabra untuk berhadapan dengan Mirza secara berdua. Panahan anak mata lelaki itu cukup memukau jiwanya. Takut nanti dia mula tersalah laku jika tidak dibendung dan dipantau. Karang merundum pula sahamnya di mata Mirza.
Jika ada Afrina, sekurang-kurangnya dia tak adalah canggung sangat! Lagipun Afrina dan Mirza kan saling mengenali. Jadi tak ada masalah untuk mereka berdua bersua muka.
“Erkk.. tapi akak ada banyak kerja dekat ofis!” Okay, sesungguhnya alasan itu memang tak boleh diguna pakai. Kerja apa benda bila hari ini hari pertama dia masuk kerja. For sure kerja memang banyak dan tak akan mampu untuk diselesaikan terus hari ini. Lagipun tempoh perakaunan belum tamat lagi. Akaun siap pun, bukan boleh buat audit terus.
“Alah kak.. Kerja tu tak akan pernah habis. Dalam tempoh dua bulan ni, akak kena jadi wedding planner saya. Akak mesti lagi arif bab-bab ni kan? Lagipun saya memang tak tahu sangat macam mana nak handle wedding. Akak boleh tolong kan?” Azlin sudah buat muka comel. Sangat mengharapkan pertolongan dari si kakak.
“Akak pun sebenarnya...”
“Akak tak boleh tolak tau!” Pintas Azlin cepat-cepat. Sudahlah dia memang tinggal seorang. Kakak dah memang sedia tak ada. Abang pulak dah meninggal. Kalau boleh dia tak mahulan menyusahkan mamanya. Tingga harapannya agar Afrina sudi membantu. Tapi kalau Afrina tak sudi, mungkin dia kena ajak orang lain ataupun higher seorang pekerja. Tapi perlu ke sampai macam tu sekali?
“Akak belum habis cakap lagilah.... Akak pun tak mahu ketinggalan untuk menyempurnakan perkahwinan impian Lin. Sekarang akak bukan lagi kakak ipar Lin tapi akak dah jadi kakak kandung Lin. Jadi, tak kan seorang kakak tak mahu nak tolong si adik kan...”
Afrina rasa, dia sudah cukup kuat untuk menghadapi semua ini. Mungkin dia patut berseronok dalam menyempurnakan kisah cinta Azlin. Selama mana dia boleh melarikan diri? Sungguh dia dah penat. Untuk apa dia menyorok? Sebab menyorok tak akan membantu menyelesaikan apa-apa. Jadi, hadap jelah!
“Sebab tu Lin sayang akak sangat-sangat!” Dipaut bahu kakak iparnya dan melentokkan kepala di bahu Afrina. Sayang teramat sangat!
“Kamu ni kan Lin... Peluk akak sama macam arwah peluk tau!” Usik Afrina. Ya, jenis pelukan di bahu dan kepala yang dilentokkan di bahu. Sama seperti Haraz!
“Ya ke? Jadi biar Lin peluk lagi.. Biar hilang rindu akak pada arwah!” Afrina ketawa sahaja menyambut telatah adik iparnya itu.
Tanpa sedar, perlakuan mereka diperhatikan oleh Mirza. Luluh hatinya saat mendegar ayat Afrina tadi. ‘Pelukan yang sama seperti arwah...’ Mirza mula mengeluh. Nampaknya sampai bila-bila pun bayang Haraz masih menghantui Afrina. Untuk apa lagi dipertahankan hubungan ini andai dia sendiri tak mampu menggantikan Haraz dalam hidup Afrina. Mungkin kebahagian dirinya memang tika bersama Azlin.
Lama matanya singgah untuk menatap bening mata itu. Sungguh, rindu itu tidak pernah surut malah rasa itu tidak pernah terpadam. Tanpa sedar, mata mereka mula beradu pandang. Mencantumkan rindu dan menggetarkan perasaan yang tak pernah mati.
“Eh, abang dah sampai...” Teguran itu mematikan renungan mata meraka. Perlahan-lahan Mirza tersenyum sedikit.
Afrina mula rasa tidak selesa. Mata Mirza sarat dengan kerinduan! ‘Ya Allah, tabahkan hati kami...’ Dari seraut wajah yang mencerminkan sebuah kesetian...
“Ini kakak ipar Lin... Abang dah kenalkan...”
Ayat kenal itu membuatkan Mirza tersentak! Adakah Afrina sudah menceritakan segalanya? Konsep cerita yang bagaimana yang telah disampaikan kepada Azlin? Mirza mula tertanya-tanya sendiri.
“Kak Afrin dah beritahu yang abanglah doktor yang merawat sakit akak dulu.. Thanks bang, sebab pulihkan kakak Lin.” Ucap Azlin tulus. Dengan malu-malu dia memandang Mirza lalu tersenyum manis. Dadanya kencang dengan kasih yang mula menggebu!
“Kalau dia bukan kakak Lin pun... Abang pasti akan sembuhkan dia..” Balas Mirza mesra. Kemesraan yang perlu dicipta dari sekarang. Tak kan dah kahwin baru nak mesra? Nanti lebih kekok jadinya. Matanya mula menjeling sedikit ke arah Afrina yang sedang mencari barang di dalam beg tangannya.
‘Argghh... Afrin! Dia tak pernah berjaya menjadi pelakon yang baik! Nampak sangat canggung!’ Desis hati Mirza. Pasti Afrina mengelak dari bertembung mata dengannya.
Menggeletar tangan Afrina saat mendengar panggilan ‘abang’ yang keluar dari mulut Mirza. Terasa terusik di dasar hati. ‘Oh hati.... tolonglah bertabah!’ Di saat hatinya sudah mula menerima, keadaan pula yang memaksa untuk dia beralah. Sesungguhnya hidup ini bukan dicipta untuk adil!
Tanpa sedar, ralit Mirza mencuri pandang ke arah wajah Afrina saat Azlin membelek album di tangan. Mungkin untuk yang terakhir kalinya....

Dari seraut wajah yang mencerminkan sebuah kesetian....    
Dari seukir senyuman yang mencerminkan kejujuran...
Dari sekeping hati yang mencerminkan keikhlasan...
Dan dari sebuah angan-angan yang tak mampu direalisasikan untuk menjadi impian..

            Dalam keadaan yang sudah tersepit, mereka kembali terhimpit!

p.s: hope enjoy reading n do komen k... lebiu korang much much... pada yg sudi mencemar duli meninggalkan komen, ai lope u double.... muaahhhxxx...

Wednesday, 10 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [22]



            Malam yang sepi dan sunyi itu diselangi dengan esakan milik Afrina. Sesungguhnya dia tidak berdaya untuk terus berpeluk tubuh. Hanya pada Allah dia luahkan segalanya. Keperitan dan kesakitan yang menghentak kalbu.
            “Ya Allah yang Maha Pemurah.. Terima kasih kerana telah menciptakan dia dan mempertemukanku dengannya kembali… Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama... Terima kasih untuk setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama.. Aku bersujud kepadaMu Ya Allah… Sucikanlah hatiku sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana yang telah Engkau tetapkan..”
            “Ya Allah, andai benar dia bukan pemilik rusuk kiriku, jangan biarkan aku merindui kehadirannya… Jangan biarkan aku melabuhkan rindu ini kepadanya. Kikislah pesona dari peluput mataku ini dan jauhkan dia dari relung hatiku…”
            “Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dariMu.. Kasih yang lebih tulus dan murni... Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini.. Lepaskanlah daku dari keraguan yang menghuni rasa hati.”
            Afrina mula mencuri nafas yang semput. Air mata yang mengalir langsung tidak diseka. Dia terlalu berharap agar hatinya menjadi kebal. Biar tidak terbias dengan lemparan ujian ini.
            “Allah yang Maha Kekal, aku mengerti bahawa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat semua hambaMu.. Luka dan kesakitan ini pasti akan ada hikmahnya… Perperangan kasih ini mengajar aku untuk hidup di bawah naugan redhaMu. Perjuangan ini mengajarkan aku untuk hidup semata-mata untuk mendekatiMu.. Biarlah aku peka terhadap suaraMu yang membimbing aku menuju terangMu., Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendakku untuk Kau nyalakan kehidupanku.. Sesungguhnya, hanya padaMu aku memohon pertolongan.”
            Terus diraup wajahnya dengan doa-doa yang telah ditadah. Dia tidak minta untuk gembira dan bahagia bersama Mirza. Dia berharap agar Allah permudahkan segalanya. Andai benar ada jodoh antara Azlin dan Mirza, dia pasti akan mendoakan dari jauh. Melakukan Sesuatu yang pernah Mirza lakukan dahulu.
Dalam lembutnya sebuah kemesraan. Terjalinnya sebuah ikatan. Dalam kuatnya perasaan, terbinanya sebuah temboh perpisahan. Bayangan Mirza sayu sedang melambai ke arahnya dengan senyuman kecil. Kasihmu dulu tak kan pernah lagi untuk dimiliki bila dikau mula menjauh pergi.
Tidak dapat dia tutup rasa gundah tatkala melihat wajah Mirza dah ahli keluarganya. Mahu tak kenal! Dahulu dia memang rajin bermalam di rumah Puan Maizura. Ibu Mirza itu memang rajin melayan karenahnya. Tapi siapa sangka, mereka akan bertemu dalam keadaan yang sungguh berbeza.
Langsung dia tidak mengjangka yang lelaki yang merisik Azlin itu ialah Mirza. Jadi benarlah cinta lelaki itu sudah beralih arah? Jadi benarlah yang peluang untuk mereka bersama sudah lupus.
Mirza yang melihat kelibat Hadziq, terus bertindak untuk mendukung anak kecil itu. Mirza sedar yang ibunya memandang pelik ke arahnya. Pasti banyak perkara yang bermain di benak ibu. Dia sebenarnya tidak menyangka yang Afrina akan turut serta dalam majlis kecil ini. Kerana sangkanya hubungan Hajah Khadijah dan Afrika masih suam-suam kuku.
Bagai hendak lunyai hati Puan Maizura melihat kelibat Afrina! Siapa sebenarnya Afrina dalam kehidupan bakal besannya? Puan Maizura mula rasa tidak sedap hati.
“Eh… Kenapa tercegat lagi.. Marilah masuk..” Hajah Khadijah yang mula sedar akan perubahan sikap semua orang, mula memainkan peranannya sebagai tuan rumah. Dia tahu, pasti semua ini merupakan kejutan buat menantunya.
Dengan teragak-agak, Afrina menghulurkan tangan ke arah Puan Maizura yang baru melewati pintu masuk. Jantungnya bagai hendak terkeluar! Tak pasti apa respon dari Puan Maizura setelah apa yang berlaku antaranya dan Mirza dahulu. Semenjak mereka putus, Puan Maizura langsung tidak mahu bertandang lagi ke rumah mereka. Malah keras melarang Mirza dari berhubungan dengan Afrina walau hanya sekadar sahabat.
Melihatkan Afrina yang menghulurkan salam, Puan Maizura pun ikut turut menyambut sapaan salam itu. Dia bukan budak kecil yang perlu tunjuk perangai keras kepala walaupun benaknya penuh dengan soalan-soalan yang menarik untuk ditanya kepada Mirza nanti.
Hatinya tercuit melihat anak kecil yang berada di dukungan Mirza. Comel dan sangat petah berkata-kata. Hati tuanya mula tertanya-tanya, dimanakah gerangan suami Afrina? Hendak jugak dia kenal! Lelaki mana yang berjaya menggantikan anaknya itu? Hebat sangatkah? Handsome sangatkah? Arghh… angin gila mula menyerbu fikiran.
            “Ad… Mari ikut mama pergi dapur ya…” Pujuk Afrina lembut. Sungguh dia tidak selesa bila semua mata mula memandang ke arahnya. Bagaikan dialah pesalah yang harus dipersalahkan.
            “Ad nak duduk dengan papa…” Ujar Hadziq manja sambil melentokkan kepala di dada Mirza. Membuatkan yang lain-lain tertanya-tanya sendiri.
            “Tak apalah Afrin… Biar Ad duduk dengan Mirza…” Hajah Khadijah mula rasa tidak sedap hati. Apatah lagi melihat pandangan mata Mirza yang begitu mendalam buat Afrina. Dia pernah muda, dia tidak  terlalu bodoh untuk merungkaikan erti pandangan itu.
            “Eh bang long… boleh mula dah…” Masing-masing sebenarnya mula mencari jawapan kepada persoalan yang berlegar di benak.
            Afrina segera mengalihkan langkah ke dapur. Tangannya mula berpaut pada dinding. Tak mampu nak berdiri teguh sendiri. Mata yang kabur itu segera dikerdipkan berulang kali. Dia tidak mahu ada sesiapa melihatnya menangis.
            Kerana kesilapan yang tak disengajakan, ia telah menjadi punca kepada perpisahan ini. Perpisahan untuk kali yang kedua. Hilang terus angan yang disulam cantik. Kini giliran dia pula yang berduka. Menyaksikan Mirza bahagia di samping orang lain seperti mana Mirza pernah melihat dia bahagia di samping Haraz.
            Adakah ini hukum karma?
            “Kak Afrin… Dah tengok ke bakal suami Lin tuh? Handsome kan?” Terjah Azlin sambil berbisik lembut.
            Afrina cepat-cepat pengawal perasaanya. Ya… Sememangnya Mirza memiliki seraut wajah yang mampu membuatkan gadis tidak keruan dan tidak dapat tidur malam. Kerana dia juga pernah mengalami situasi seperti itu.
            “Handsome… Sesuai dengan Lin.”
            Azlin dapat mengesan air muka Afrina yang sedikit suram itu. Ada apa-apa yang tak kenakah? Adakah mama cuba mencari pasal dengan kakak iparnya itu?
            “Akak… Kenapa nih? Lin rasa macam akak ada sorokkan sesuatu jeh..” Tebak Azlin.
            “Mana ada… Cuma akak teringatkan situasi masa akak dirisik itu. Masa tu akak bukan menantu pilihan.. Tapi hari ini Allah nak makbulkan doa akak untuk berbaik dengan mertua sendiri. Sayangnya abang tak dapat tengok semua ini… Sebab tu akak sedih sikit.. Itu jeh…” Tipu Afrina cepat-cepat.
Dia tidak mahu merosakkan emosi milik Azlin. Dia tak berhak memusnahkan harapan Azlin yang sudah mula menerima Mirza itu. Lagipula hubungannya bersama Hajah Khadijah baru sahaja pulih. Dia mampu untuk berfikir secara cerdik lagi untuk tidak memusnahkan semua ini sekelip mata. Dan memujuk Mirza untuk kembali bersamanya bukanlah langkah yang mudah. Dia dapat rasa aura negative daripada Puan Maizura.
“Lin pasti yang abang mesti gembira bila dia tahu yang mama dan Kak Afrin dah berbaik… Kita sama-sama doakan kesejahteraan abang ya…” Saat ini, Azlin ikut turut merasai tempias kesedihan kakak iparnya. Dia tiada ayah untuk mewalikan dirinya. Dia juga sudah tidak punya abang untuk menjadi wali. Yang ada hanya pak saudara iaitu abang kepada mamanya sendiri. Walaupun dia tetap boleh kahwin, tapi keadaan pastilah berbeza.
Afrina cuba untuk berlakon secara biasa walaupun kudratnya lemah lebih dari biasa. Apabila perbincangan selesai, mereka memutuskan untuk berkahwin dua bulan dari sekarang. Tiada majlis pertunangan. Ini semua permintaan dari pihak Mirza sendiri. Afrina cuba tersenyum walaupun payah. Dia tak patut melarutkan kisah dukanya di hari bahagia adik iparnya sendiri.
Dia dapat kecam pandangan Mirza itu. Tak tahulah pandangan kasih ataupun kasihan. Entah-entah Mirza sedang ketawa berguling di dalam hati. Ketawa kerana berjaya membalas dendam lama. Tapi dia tahu, Mirza bukan tergolong dalam golongan lelaki itu.
Sebelum pulang tadi, Hajah Khadijah sempat memanggil dirinya.
“Yang ini gelang pusaka… Dulu mak mertua mama yang bagi. Dia kata nanti bagi pada menantu perempuan.. Dulu mama tak ada kesempatan nak bagi, jadi mama nak bagi harta ni pada Afrin…” Air mata Hajah Khadijah sedikit bergenang tatkala menyerahkan seutas gelang di tapak tangan Afrina.
“Mama… Apa nih… Afrin tak berhak. Lagipun Afrin bukan menantu mama lagi..” Luah Afrina perlahan. Tergamam Hajah Khadijahd dibuatnya.
“Sebab Afrin dah jadi anak mama… Anak perempuan mama.. Jadi mama simpanlah gelang nih. Bagi pada Azlin atau pada cucu menantu mama nanti…” Seloroh Afrina sambil ketawa. Namun nyata plastik!
Sebuah ciuman singgah di dahi Afrina. Tumpah kasih seorang ibu buat anak perempuannya.
“Afrin.. Mama nak minta maaf. Mama tak sempat nak ceritakan perihal Mirza… Tapi ada sesuatu yang mama nak tanya. Betul ke yang Afrin memang tak ada perasaan pada Mirza? Betul ke Mirza cakap yang Afrin hanya sayangkan Haraz?” Hajah Khadijah ingin dengar dari mulut menantunya sendiri. Dia tidak mahu keadaan menjadi keruh. Dia juga tidak mahu dituduh kejam kerana memandai mengaturkan semuanya sesuka hati sendiri.
Afrina tersenyum sahaja. Ya.. Sayang dan cintanya pada Haraz masih ada. Tapi rindu dan kasihnya pada Mirza baru sahaja bercambah. Ringan sahaja mulutnya untuk mengaku bahawa dia teramat menyintai Iyyad Mirza. Tapi ada kebarangkalian ke yang mereka akan bersama? Banyak pihak yang bakal terluka.. Tak serikkah dirinya dalam melukakan perasaan orang lain? Sanggupnya dia mengulangi semula kelukaan itu? Tegarkah dia?
“Afrin hanya anggap Mirz sebagai kawan dan bekas tunang Afrin. Itu je mama… Afrin doakan yang terbaik buat Mirz dan Lin. Lin beruntung sebab bakal menjadi isteri Mirz. Afrin boleh jamin yang Lin akan bahagia.” Ucapnya ikhlas. Ini bukan statement untuk meraih undi simpati. Perasaannya pada Mirza perlu dilupakan. Dengan frasa kata yang lebih baik, perlu diBUNUH!
Hadziq yang sedang tidur itu mula dicium perlahan. Tangannya mengusap kepala Hadziq. Wajah Hadziq persis dirinya. Tapi perangai sama seperti Haraz. Jangan menyenangkan hati yang sedang kegelisahan. Lena sungguh anak itu tidur. Mungkin terlalu penat bermain siang tadi.
Perlahan-lahan dicapai Al-quran. Hati yang kering ini perlu dibasahkan dengan alunan suci kalam Allah. Dia juga berniat agar bacaanya sampai pada arwah suaminya. Biarlah Mirza berbahagia bersama Azlin kerana dia juga pernah berbahagia bersama Haraz.
***
            Puan Maizura memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Hatinya walang! Fikirannya rungsing! Apa sebenarnya yang telah berlaku?
            “Apa semua ni Iyyad? Ibu betul-betul tak faham…” Itulah soalan pertama  saat mereka sampai di rumah. Kalau ikutkan hatinya, dalam kereta lagi dia dah bertanya itu ini. Tapi dia tidak mahu konsentrasi pemanduan anaknya terjejas. Jadi terus disabarkan hati. Tapi kini, segala persoalan mula membuak-buak. Membutuhkan jawapan.
            Langsung Puan Maizura tidak menyangka yang Afrina adalah menantu bakal besannya itu. Kalau dia tahu awal-awal, dia pun tak ingin hendak bermenantukan Azlin. Dia memang tak mahu ada kena mengena dengan Afrina. Rasa sakit yang lepas masih belum sembuh sepenuhnya.
            Sekarang dia ingat yang Hajah Khadijah sering bercerita tentang menantu yang tidak mendapat tempat di hatinya. Jadi wanita itu adalah Afrina! Bekas tunang Mirza yang sekarang ini telah memegang title janda!
            “Apa sebenarnya yang Iyyad fikir? Cuba bagitahu ibu?”
            Iyyad Mirza terdiam. Sudah menganggak akan penerimaan dari ibunya ini. Dia sendiri sudah beku idea untuk memulakan cerita ini dari mana.
            “Kenapa Iyyad terima Azlin kalau Iyyad tahu yang Afrina kakak ipar Azlin? Iyyad sengaja nak balas dendam pada Afrin? Sengaja nak sakitkan hati dia? Ataupun Iyyad nak balas dendam pada keluarga bekas suami Afrina? Yang mana satu yang betul?” Serang Puan Maizura apabila anaknya bertindak untuk terus berdiam diri.
            “Ibu… Ibu kenal anak ibu kan… Iyyad bukan macam tuh…” Perkataan dendam tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apatah lagi bila berkaitan dengan Afrina!
Mirza menghalakan pandang pada si ayah yang hanya bertindak sebagai pemerhati. Akhirnya ayahnya ikut turut mengangkat bahu lantas angkat kaki. Gamaknya malas nak menyampuk perbalahan antara isteri dan anaknya. Adik-adiknya yang lain terus tak sanggup nak balik rumah. Takut nak dengar bebelan ibu apabila melihat bakal kakak ipar mereka ada kena mengena dengan bekas tunang abangnya.
            “Habis tu? Apa motif kamu untuk terima Azlin?”
            “Bukan ke ini kemahuan ibu? Bukan ke ibu nak Iyyad kahwin dan berbahagia? Sekarang Iyyad sedang tunaikan permintaan ibu…” Lembut suara Mirza membalas.
            “Jadi sekarang kamu nak kata yang semua ini salah ibu? Macam tuh?” Iyyad lepaskan nafas saat menyambut kata-kata dari ibunya. Nampak sangat yang Puan Maizura sudah tersalah faham.
            “Bukan macam tu maksud Iyyad…” Ditarik ibunya yang sedang berdiri itu. Kalau orang yang berdiri tengah marah, eloklah diajak duduk. Biar reda dan hilang kemarahannya. Tak banyakpun, sekurang-kurangnya marah itu akan berkurang.
            “Iyyad nak ibu bahagia… Sebab tu Iyyad nak tunaikan permintaan ibu. Dah terlalu lama ibu… Dah terlalu lama Iyyad ikut kehendak sendiri tanpa mempedulikan air mata ibu. Tanpa menghiraukan pesanan-pesanan ibu. Jadi Iyyad dah fikir masak-masak. Sebab tu Iyyad terima permintann ibu untuk memperisterikan Azlin. Tapi masa tu Iyyad tak tahu lagi yang Afrina tu kakak ipar Azlin. Sungguh Iyyad tak tahu… Kalau Iyyad tahu, kisahnya mungkin tak jadi macam ni.”
            Puan Maizura sudah mula tenang apabila diterangkan dan dijelaskan dengan lembut oleh anak sulungnya itu. Berat mata memandang, pasti berat bahu yang memikul. Pasti sukar untuk Iyyad menghadapi saat-saat seperti ini. Berdepan dengan bekas tunang yang menjadi kakak ipar kepada Azlin.
            “Dah lama kamu jumpa Afrin semula?” Perlahan sahaja nada suara Puan Maiuzra. Menanti jawapan anaknya dengan sabar.
            Kepala Mirza dianggukkan beberapa kali. “Dah hampir tiga bulan…”
            “Kenapa tak beritahu ibu?”
            “Macam mana Mirz nak berithu Ibu… Dengar nama dia pun ibu dah meluat, inikan pula nak bercerita pasal dia. Kami bertemu pun secara kebetulan…” Cerita tentang Afrina yang pernah menjadi pesakitnya itu sengaja dirahsiakan. Bukan hendak berniat untuk menipu. Tapi rasanya tidak ada kepentingan dari cerita itu. Apatah lagi sudah terbukti yang Afrina sudah sembuh seratus peratus.
            “Mirz masih sayangkan Afrin?” Soalan lagi.
            Mirza mengambil masa yang agak lama untuk menjawab. Dia mungkin boleh tipu perasaannya, tapi macam mana dia hendak menipu seorang wanita yang telah melahirkannya. Sekilas ikan di air pun ibu sudah dapat mengecam jantan atau betina. Apatah lagi dalam soal perasaan yang melibatkan anaknya sendiri.
            “Iyyad hanya pandai cintakan dia ibu…. Iyyad tak pernah sayang orang lain macam mana Iyyad sayang pada Afrin.. Secara jujurnya, Iyyad dah lamar dia bila Iyyad tahu yang dia dah menjanda.. Tapi…” Cerita Mirza mula terhenti.  
            “Dia tolak kamu lagi?” Tebak Puan Maizura laju. Anggukan dari anaknya itu membuatkan Puan Maizura menyandarkan badan di sofa. Apa yang kurang sangat pada anaknya sampai berulang kali Afrina menolak Iyyad Mirza? Dah janda pun buat perangai jual mahal lagi. Arghh,, sungguh Puan Maizura tak faham! Mungkin ada hikmah Afrina tidak menjadi menantunya.
            “Tapi semalam…. Afrin luah yang dia sayangkan Iyyad.” Cerita Mirza tanpa sedikit pun selindung. Manalah tahu kalau-kalau ibunya memahami dan sanggup menyatukan cinta mereka semula. Walaupun harapan itu tipis, tapi Mirza tetap tidak berhenti berharap.
Kalaupun dia hendak bersatu bersama Afrina, biarlah kerana restu ibunya. Jika tidak, dia pun tak akan sesekali melukai ibunya kerana Syurga seorang lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu. Berkahwin tanpa restu pasti akan membuatkan dia jauh dari rahmat Allah.
            “Apa yang ada dalam kepala otak perempuan tu ya? Dia nak dia ambik… Dia tak nak, dia campak macam tuh jeh! Iyyad… Orang macam tu tak layak nak dijadikan bini. Orang macam tu bukan orang yang layak untuk dibahagiakan Iyyad… Kalau Iyyad nak pilih dia, Iyyad akan kehilangan ibu!” Putus Puan Maizura keras. Dia tidak mahu berlembut lagi dengan anak sulungnya itu. Dia langsung tak mampu untuk menerima Afrina dalam keluarganya.
            “Ibu….” Sungguh tak sangka yang ayat sebegitu akan keluar dari mulu ibunya. Jadi apa lagi kudrat yang seorang anak ada!
            “Ibu bagi Iyyad pilihan… Pilihan di tangan Iyyad…. Ibu tahu anak ibu pandai fikir baik buruknya. Kalau betul kamu pilih Afrin, jangan panggil ibu, ibu lagi….” Lantas Puan Maizura bangun dan meninggalkan anaknya itu tercengang sendiri. Terkapai-kapai dalam situasi yang melemaskan.
            Mirza menyandarkan badannya di hujung kerusi. Tak mampu memilih bila seorang ibu mula dipertaruhkan. Sangkanya dengan menceritakan semuanya, ibu akan berlembut hati. Tapi rupanya tidak….
‘Arghh…. Cinta itu masih bukan milik kita sayang… dan selamanya, ia kekal bukan milik kita…’ Mirza menyerah penuh pasrah.
***
            Menitis air mata Afrina sewaktu menceritakan segalanya pada kakaknya. Dia memang tidak mahu membebankan kakaknya dengan cerita-cerita sedihnya. Tapi pada siapa lagi dia hendak meluahkan segalanya. Jika disimpan, bimbang ia bakal memusnahkan semua organ dalaman miliknya.
            “Kita kena beritahu Mirza pasal hal sebenar Afrin… Mirza perlu tahu!” Sungguh dia tidak menyangka yang Mirza akan bertindak untuk menikahi adik ipar Afrina sendiri. Keadaan yang sedia kusut ini sudah mula dilanda ribut!
            “Untuk apa? Untuk dia rasa bersalah? Macam tuh… Afrin tak mahu kak… Afrin tak mahu Mirza berbelah bahagi untuk terima Lin.. Lin baik kak.. Dia tak patut dikecewakan.. Afrin tahu yang Mirz boleh bahagiakan Lin..”
            “Dah start dah… Dah start dah perangai pelik kamu ni Afrin…” Amalina sudah ke kiri dan ke kanan. Naik migraine melayan cerita hidup Afrina ini. Manalah adiknya itu tak diserang penyakit gila! Semuanya datang berdentum-dentum! Apa hebat sangatkan jiwa adiknya ini hingga diuji sebegini rupa!
            Seketika Amalina mula lalai dimamah rasa sedih dan terkilan. Namun cepat-cepat dibetulkan kepada hatinya. Seorang hamba tidak layak untuk mempertikaikan percaturan Allah. Pelangi cantik tak akan muncul jika langit tidak memuntahkan hujan. Semua yang berlaku pasti ada hikmah.
            “Perangai pelik apa pulak kak?” Daripada menangis, Afirna sudah mula ketawa. Geli hati melihat reaksi kakaknya itu.
            “Ialah… Sibuk dengan kebahagian Lin.. Habis tu kebahagiaan kamu pulak macam mana?”
            Afrina bangun lalu memeluk lengan kakaknya itu. Senyuman yang paling ikhlas dia lakarkan.
            “Kalau kita benarkan orang yang kita sayang bahagia… InsyaAllah Allah akan hantarkan kebahagian buat kita pulak….” Ucap Afrina dengan senyuman. Dia sudah redha. Bukan malas berusaha. Tapi dia sedar bahawa tangannya tidak mampu untuk menahan takdir yang sudah tertulis.
            “Tapi adalah lebih membahagiakan kalau kitalah orang yang mampu membuatkan dia tersenyum… Kitalah yang ada disebalik senyuman dia..” Sambung Amalina pula. Sengaja bermain dengan kata.
            “Dah tak ada jodoh….”
            “Jangan cepat mengalah dik…”
            “Mengalah bukan tanda kalah.. Tapi tanda yang kita redha dan menerima segala-galanya.. Lagipun, saya bukan untuk Mirza dan Mirza terlalu baik untuk orang macam saya.” Hatinya sudah kuat untuk menerima semua ini. Dia akan mendoakan kebahagian Azlin dan Mirza. Tak akan ada apa yang berubah.
            Amalina terdiam. Tak mampu untuk menyambung bicara lagi. Kali ini, dia nampak jiwa Afrina sudah kembali pulih. Tidak terkesan riak kegelisahan seperti biasa. Mungkin keadaan memaksa dia bersikap sebegitu. Tak pun sebab jiwanya dah kebal untuk mengadap semua ini. Mungkinkah dia perlu merangka sesuatu untuk menyatukan Mirza dan Afrina?
            Afrina merenung ke luar. Membolosi slinding door itu. Hatinya terasa kosong. Kosong dan kosong. ‘Biarpun hatiku ini kosong.. Jiwaku ini punah dan harapanku musnah. Tapi izinkan selamanya namamu dihati…’ Bisik Afrina lemah.

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan tanam impian

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namau dihati
Biarkan selamanya kubegini

p/s:: terima kasih buat darling-darling yang tak jemu-jemu menyokong DSKH... hope enjoy reading n do komen k.. lebiu korang alwayzzz... muaahhh with xoxo...

Sunday, 7 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [21]


           Berulang kali Afrina menukar posisi tidurnya. Namun semuanya rasa tidak kena! Bagai ada sesuatu yang menanggu lenanya. Sebab apa lagi? Pastilah sebab memikirkan Mirza. Setelah dia menghalau Mirza keluar dari rumah, tidak sekalipun lelaki itu datang menemuinya. Malah panggilan telefon yang dibuat juga tidak berangkat.
Adakah lelaki merajuk? Ataupun lelaki itu sengaja hendak membalas dendam? Ataupun lelaki itu benar-benar bertekad hendak menjauhkan diri dari hidupnya! Argghh... fikiran buruk sudah mula membakar hatinya.
“Relekslah Afrin... Kau baru telefon dia sekali kan? Mungkin dia terlupa nak balas call kau.. Tak pun kau cuba call lah dia sekali lagi...” Afrina mula bercakap sendiri. Dikerling jam di dinding. Baru menunjukkan jam sepuluh malam. Kebiasaannya, Mirza pasti belum tidur.
Dicapai iPhone 4 miliknya lalu terus mendekati Hadziq yang seronok menonton kartun itu. Afrina ingin mengumpan Mirza untuk bercakap dengan Hadziq. Tidaklah canggung sangat bila berbual dengan Mirza nanti.
Debaran yang dirasa, hanya Allah yang mengetahuinya. Apabila talian menanti untuk disambungkan, dia dapat merasa yang nyawanya sedang berada di hujung tanduk. Takut benar jika tidak disambut malah lebih teruk jika direject!
“Hello...” Menitis air mata Mirza tatkala telinganya menampan suara gemersik Mirza. Sepatah kata yang biasa namun bagaikan berlagu menjentik peluput telingannya. Kenapa baru sekarang dia perasan atau sedar? Sudah terlalu lama dia abaikan Mirza...
“Hello Mirz...” Sambut Afrin cepat-cepat sambil mengesat permatanya. Ini bukan masa yang sesuai untuk menangis.
“Ada hal kecemasan ke?” Tanya Mirza risau. Termasuk kali ini, sudah dua kali dia menerima panggilan daripada Afrina. Sewaktu melihat nama Afrina di skrin telefon tadi, dia jadi berat hati untuk menjawab. Tapi kerana bimbang jika ada hal kecemasan, dia gagahkan tangan untuk menekan punat hijau.
“Tak lah...” Afrina sudah mula rasa tak sedap hati. Kenapa dia dapat kecam riak tidak senang milik Mirza. Adakah lelaki itu memang benar-benar marahkan dirinya?
“Habis tu kenapa call?” Tiada nada mesra seperti biasa. Tiada keterujaan seperti kebiasaan. Kan dah cakap... Afrina melepaskan keluhan. Keadaan yang runcing ini perlu diperbetulkan. Mirza perlu diberitahu tentang hakikat yang sebenar.
“Errkk... Hadziq nak cakap dengan Mirz...” Cepat sahaja Afrina meletakkan telefon di telinga Hadziq. Terkebil-kebil anak itu dibuatnya.
“Helo anak papa....” Sungguh, Mirza terlalu rindukan Hadziq. Terlanjur menjauhkan diri dari Afrina membuatkan jarak antaranya dan Hadziq turut jauh. Rindu untuk melayan karenah si kecil yang sudah petah berbicara itu.
“Papa....Ila nak a..tang...umpa Ad...” Pelat si kecil berbahasa. Menguntumkan senyum di bibir Afrina yang gundah. Gembira melihat senyuman di pipi Hadziq. Kasihan Hadziq yang terkena tempias pergaduhannya dengan Mirza.
“Papa rindu Ad...nanti papa datang, kita pergi makan aiskrim ya..” Tanpa sedar, Mirza sudah terlanjur berjanji dengan si kecil. Dalam diam, dia menyalahkan diri sendiri yang terlalu teruja kerana dapat berbual dengan Hadziq. Tidak dapat tidak, dia tidak mampu menolak rasa hati yang rindukan si kecil yang petah bercakap itu.
“Yeah...yeah... ibu, papa nak bawak Ad makan Ayen....” Terlepas terus telefon dari telinga Hadziq bila si kecil itu meloncat kegembiraan. Tersenyum Afrina dibuatnya. Ialah, jika Mirza datang ingin berjumpa dengan Hadziq, pasti Mirza akan berjumpa dengan dirinya pula. Lambat-lambat telefon mula dibawa ke telingannya pula.
“Mirz...”
“Afrin...”
Hampir serentak mereka berdua bersuara. Afrina ketawa. Baginya, situasi seperti ini membawa erti bahawa mereka mempunyai telepati yang sama. Manakala Mirza terus terdiam. Kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan Afrina. Seolah-olah Afrina menunjukkan sikap yang positif dalam hubungan mereka.
“Afrin nak cakap apa?” Tanya Mirza perlahan. Jari jemari sudah bermain di kepala. Dia langsung tak faham dengan perangai pelik Afrina ini? Suaranya... layanannya kedengaran mesra.
‘Ya Allah... dugaan apa yang ingin kau tunjukkan ini? Tetapkan hatiku...’ Keluh Mirza berulang kali. Bila keputusan telah diputuskan, kenapa keraguan seringkali bertandang?
“Mirz... Afrin nak mintak maaf..” Dikerah segala kekuatannya untuk disalurkan pada rasa hati yang menggelupur ketakutan. Dia bimbangkan penerimaan Mirza tentang dirinya. Dah tiba untuk dia jernihkan segala yang keruh.
“Dah lah Afrin... Tak ada apa yang perlu dikesalkan sekarang... Mirz dah redha... Mungkin ada hikmah disebalik semua kekalutan ni. Jangan risau, Mirz tak akan ganggu kehidupan Afrin lagi. Apa-apa pun... Mirz doakan Afrin bahagia.” Senafas, suara Mirza yang tenang itu mencucuk tangkai hati milik Afrina.
Rahang Afrina terjatuh! Sungguh tak menyangka yang Mirza seolah-olah benar berkecil hati dengan dirinya.
“Mirz.... ada sesuatu yang Afrin nak beritahu Mirz...” Biarlah jika Mirza fikir dia hendak merayu sekalipun. Yang penting Mirza perlu untuk tahu perkara yang terjadi pada dirinya. Dia tak bersalah! Bukan kehendaknya untuk membenci diri Mirza.
“Dah lah Afrin... Tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi....”
“Mirz.... Afrin sayangkan Mirz.... Afrin masih sayangkan Mirz....” Tanpa berfikir panjang, ayat keramat itu keluar dari bibir Afrina. Sebaris ayat yang harum nyata berbisa. Boleh membuatkan si pendengar tertawan dan sawan!
Mirza mengggenggam erat telefon bimbitnya. Tergamam, tercengang dan terumpan dengan pengakuan Afrina itu tadi. Luruh hatinya. Dipejamkan matanya rapat-rapat. Terserlah raut wajah ibunya yang kecewa. Terpandangkan wajah Azlin yang mencuka. Terselit juga wajah Hajah Khadijah yang marah. Mirza lena melayan perasaan yang bergelodak!
‘Ya Allah... apa sebenarnya yang ingin Kau tunjukkan?’ Dugaan mula mencelah lautan kehidupan ini.
“Afrin....”
“Afrin masih sayangkan Mirz... Memang Afrin banyak buat silap dengan Mirz. Boleh tak Mirz maafkan Afrin?” Soal Afrina dalam sedu. Tak mampu lagi ditahan gelodak rasa.
Mirza gigit bibir. Sedari dahulu dia memang lemah mendengar tangisan Afrina. Rasa ingin dipeluk dan dipujuk tangisan Afrina itu. Namun segera janjinya dengan ibu menderu di kelopak telinga.
“Mirz dah pilih Lin... Mirz harap kuantiti kebencian ibu pada Afrin akan menghilang...” Kalau dia memilih Afrina tika ini, pasti jiwa ibu kecewa lagi. Pasti ibu bertambah benci pada Afrina.
“Kalau Afrina datang sendiri pada kamu, kamu sanggup nak tolak dia? Buat-buat dia ubah keputusan dia dan nak bersama kamu, kamu sanggup teruskan hubungan kamu dengan Azlin atau kamu nak memilih Afrina?” Soalan Hajah Khadijah pula bergema di gegendang telinga Mirza.
“Saya tetap pilih Lin mak cik... Sebab dia adalah kebahagian yang Allah kirim untuk saya. Dia adalah pilihan ibu... dan sudah pasti ibu hanya memilih yang terbaik untuk seorang anak.” Jawapan yang diberikan penuh confident. Menguntumkan senyuman di bibir Hajah Khadijah.
“Abang...Mungkin hubungan ini diatur oleh keluarga kita. Tapi Lin dah sedia nak terima abang... Tapi Lin tak pasti sama ada abang terima Lin sebab terpaksa ataupun secara rela...” Inilah soalan keramat Azlin siang tadi.
Dan jawapannya...
“Mungkin jodoh ini pilihan keluarga. Mungkin Lin rasa abang terpaksa untuk terima semua ini. Mungkin antara kita tak ada cinta atau kasih. Tapi abang sedang mengajar diri abang untuk menyayangi seorang perempuan yang baik macam Lin. Abang bukan lelaki yang baik... Abang harap Lin dapat terima abang seadanya.” Ini pula jawapan yang telah diberikan kepada Azlin.
Habis tu, bentuk jawapan yang bagaimana yang perlu diberikan kepada Afrina tika ini?
“Maaf Afrin.... Mirz dah ada seseorang yang sudi menerima kekurangan Mirz seadanya...” Mirza tahu yang pengakuan ini akan melukakan Afrina. Tapi sebelum Afrina terluka, dia terlebih dahulu yang terluka.
“Mirz.... Mirz pernah janji untuk tunggu Afrin kan? Mirz janji untuk peruntukkan seluruh kehidupan Mirz untuk menunggu Afrin. Mana janji Mirz tuh?” Tanpa sedar, Afrina melepaskan kemarahannya. Bukan marah sebenarnya... Lebih kepada rasa kecewa yang tak mampu untuk dirungkaikan.
“Mirz boleh berjanji... Tapi takdir bukan ditangan Mirz... Mirz perlu pentingkan perasaan orang yang berada di sekeliling Mirz. Mirz dah selalu melukan hati ibu Mirz... Afrin pulak kenapa tiba-tiba macam baru bangun dari mimpi? Kenapa baru sekarang Afrin sedar yang Afrin perlukan Mirz? Kenapa ambil masa terlalu lama untuk sedar yang Afrin sayangkan Mirz?” Kali ini giliran Mirza pula yang menghamburkan kemarahan.
Afrina menangis! Dia tak mampu untuk menceritakan segalanya dengan suara yang teresak seperti ini.
Baru sahaja dia ingin bersuara, telefon telah pun diputuskan. Tercengang Afrina dibuatnya. ‘Sampai hati Mirz tak mahu dengar penjelasan Afrin... Ya Allah.. jika memang harus aku alami duka, kuatkan hati ini untuk menerimanya...’
Seketika, Afrina diamuk perasaan sedih. Namun tiba-tiba dia tersedar. ‘Aku tak boleh  mengalah.... Aku kena pujuk hati dia supaya sayangkan aku! Aku kena harung apa sahaja dugaan untuk bersama dengan dia. Aku tak boleh sewenangnya mengalah begitu sahaja...’ Tekad hati Afrina.
Dia yang mulakan semua ini. Hanya dia yang mampu untuk perbetulkan salah ini. ‘Mirz... Afrin tak akan sesekali mengalah!’
***
            Mirza merenung telefon bimbitnya yang gelap! ‘Arghhh... masa nilah kau nak habis bateri!’ Blackbery miliknya mula dicampak ke atas tilam. Kepala yang tidak gatal itu digaru berulang kali. Kusut masai rambut dibuatnya.
            “Afrin... kenapa perlu jadi macam ni?”
            “Iyyad...” Panggilan itu membuatkan Mirza berpaling. Muncul wajah ibunya dari balik pintu. Dia sendiri tak pasti sama ada ibunya mencuri dengar perbualannya bersama Afrina tadi. Yang pasti, dia dah terlalu serabut!
            “Kenapa ni? Macam ada masalah je?” Sebagai ibu, dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Mirza. Sejak siang tadi anaknya itu kelihatan tidak keruan. Adakah cinta lama kembali mengganggu-gugat jiwa anaknya?
            “Ibu... Tolong pinangkan Azlin untuk Iyyad. Kalau boleh minggu ni jugak! Iyyad tak mahu tangguhkan lagi.” Tanpa berfikir panjang, ayat itu keluar dari mulutnya. Dia tidak boleh jamin apa-apa lagi selain dari mempertaruhkan kehidupannya untuk bersama Azlin. Lagipun Azlin pasti mampu untuk menyempurnakan hidupnya.
            “Iyyad... Kenapa tergesa-gesa nih?” Memang dia gembira untuk menyambut menantu baru. Menantu perempuan tunggal. Tapi kenapa segenap hatinya rasa tidak keruan. Apatah lagi bila melihat Mirza seolah-olah membuat keputusan dengan tergesa-gesa.
            “Iyyad takut Iyyad ubah fikiran...” Luah Mirza jujur.
            “Iyyad dah fikir masak-masak ke nih? Nikah kahwin ni bukan perkara main. Memang... Memang ibu yang kenalkan Lin dengan Iyyad. Tapi ibu tak mahu Iyyad tergesa-gesa. Ibu tak mahu kamu lukakan Azlin. Kalau benar kamu tak mampu nak sayang dia, jangan paksa diri!” Pertama kali Puan Maizura bersikap toleransi. Mungkin menyedari akan kekusutan yang melanda anaknya.
            “Keputusan Iyyad muktamad ibu... Iyyad dah putuskan untuk jadikan Azlin sebagai isteri Iyyad yang sah!” Ujar Mirza tekad. Puan Maizura memandang anak mata anaknya. Dapat dia tangkap riak kegelisahan di situ.
            ‘Afrin... Tolong jangan dekat... tolong jangan datang lagi.. Kerana aku makin tersiksa kerana tidak memilikimu... Izinkan aku mencuba untuk menjalani kehidupan ini tanpa dirimu.. Aku akui, memang aku sudah menemui pengganti dirimu tapi hati ini masih berpihak padamu. Tapi takdir tak semestinya akan memihak pada kita.’
            Maafkan diri ini kerana tidak pernah bisa untuk menjauhkan Afrin dari jiwa ini. Tidak mampu untuk menepis bayangan supaya kami dapat hidup bersama satu hari nanti. Tapi apalah daya ini... Terlalu banyak hati yang akan terluka... Cinta sepatutnya tidak dicipta untuk melukai orang di sekelilingnya. Kerana itu dia memutuskan untuk bersama dengan Azlin. Pilihan yang direstu oleh ibu.
***
            Amalina yang sedang membancuh minuman itu mengerling sedikit ke arah Afrina. Entah kenapa adiknya itu kelihatan kusut. Jelas riak celaru yang menjalar di sekeliling wajah. Bukankah sejak akhir-akhir ini adiknya itu sudah kembali tenang?
            “Afrin... Kenapa nih?” Amalina mula mengambil tempat di sebelah Afrina. Minuman yang sedia ada di tangan mula dituang di dalam cawan. Lantas dihulurkan kepada Afrina.
            “Mama Haraz telefon tadi.... Dia ajak datang rumah tengah hari ini.”
            “Ajak datang rumah? Kenapa tiba-tiba?” Tanya Amalina hairan. Faham benar dengan krisis yang melanda menantu dan mertua ini. Langsung tidak sebulu!
            “Dia kata ada rombongan nak merisik Lin.. Jadi dia ajaklah saya sekali sebagai wakil belah perempuan..”
            Amalina menganggukkan kepalanya berulang kali. Namun masih ada yang dia tidak mengerti. Apa perlunya Afrina berada di situ? Sejak bila pulak Hajah Khadijah ramah tamah dengan menantunya yang seorang ini?
            “Tiba-tiba kak long wonder. Kenapa dia baik sangat?” Amalina tahu yang dia tak patut berprasangka pada mertua adiknya. Namun langkah-langkah berjaga tetap perlu diambil. Mana tahu yang dia pasang perangkap untuk ambil Hadziq dari jagaan Afrina ke? Siapa tahu hati manusia kan?
            “Mungkin Lin yang paksa kan... yalah, Afrin kan baik dengan Lin.” Kopi yang masih panas itu diteguk perlahan.
            “Mungkinlah... Dah tu, apa yang Afrin nak kusut sangat? Takut nak mengadap Hajah Khadijah ke?” Tebak Amalina tak pasti. Sememangnya, dia memang tak pandai nak menebak perasaan adiknya yang seorang ini. Guna skill macam mana pun, tetap tak menjadi.
            “Pasal Mirz....” Bukan niat Afrina untuk mengadu domba pada kakaknya. Tapi dia memang sudah putus harap! Tak tahu lagi pada siapa dia hendak luahkan perasaaannya yang menggila.
            Sungguh dia terkilan bila Mirza bertindak untuk memutuskan talian. Hatinya rasa tak sedap. Apatah lagi bila Mirza membuat pengakuan yang dia sudah punya pengganti dirinya. Adakah ini tanda-tanda yang dia bakal kehilangan Mirza? Ataupun ini hanya taktik Mirza untuk membuatkan dia cemburu dan hendak membalas dendam dengan segala perbuatan kasarnya pada Mirza? Tapi setahunya... Mirza bukan seorang lelaki yang pandai berdendam. Apatah lelaki itu adalah seorang pakar psikitari! Pasti ada yang tak kena!
            “Kenapa dengan Mirz?” Dah sudah.. Lepas satu-satu benda nak jadi. Janganlah Mirza pulak yang buat pasal.
            “Dia dah ada orang lain...”
            “Mana Afrin tahu?”
            “Dia mengaku sendiri waktu Afrin telefon dia semalam. Dia cakap dia dah ada orang lain kak...” Tangan Afrina sudah mendarat di dahi. Pening memikirkan perkara yang satu ini. Masa inilah dia terasa amat sakit hati dengan malaun yang telah mempergunakan dirinya. Jika tidak, pasti dia dan Mirza tak akan terpisah sebegini rupa.
            “Ish... tak kanlah. Mesti dia sengaja nak uji Afrin tuh. Kalau fikir secara logik kan.. Tak kan lah dalam masa lima hari ni dia berjaya cari pengganti Afrin? Kalau dia nak cari perempuan lain, dia tak akan tunggu sampai lima tahunlah Afrin.. Lima tahun dah berlalu tapi dia masih setia! Patutnya Afrin percaya pada dia... Jangan fikir yang bukan-bukan lagi.”
            Kalau difikirkan, memang ada betulnya nasihat dari kakaknya itu. Tapi tidak dapat tidak, Afrina tidak dapat menolak getaran yang melanda jiwa. Suara Mirza, layanan Mirza, emosi Mirza, jiwa Mirza bagaikan sudah berubah arah.
            Cepat-cepat Afrina beristigfar di dalam hati. Dia tidak patut membiarkan akal fikirannya dicelarukan oleh perasaan yang masih berkecamuk. Sebab mengikut perasaannlah semuanya menjadi haru biru seperti ini.
            “Kak long....”
            “Hmm....”
            “Saya sayangkan Mirza... Sayang sangat.. Saya rasa macam ada hati yang baru! Yang langsung tak berdebu....” Luah Afrina tanpa malu. Untuk apa berasa malu bila meluahkan rasa sayang yang kita rasa? Kerana sememangnya kasih sayang itu adalah kurniaan Ilahi.
            “Oh... kiranya suci dalam debulah nih..” Usik Amalina sambil ketawa besar. Lega bila segala-galanya bakal pulih.
            “Kak Long... Thanks a lot.. sebab sentiasa bersabar dengan karenah saya! Sudi bawak saya pergi jumpa ustazah tuh... Kalau kak long tak ada.. Mungkin selama-lamanya saya tersesat mencari arah...” Luah Afrina sebak. Lengan kakaknya dicapai lantas digenggam erat!
            “Ish... Semua yang berlaku dalam dunia ni walau sebesar zarah pun, pasti ada kebaikan yang terselindung... Mungkin ada hikmah dengan apa yang terjadi. Akak doakan Afrin bahagia dengan Mirza... Doa kak long sentiasa ada dengan Afrin.”
            Sebagai seorang kakak, dia cuma mengharapkan kegembiran dari adiknya lantaran Afrina satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada.
            “Eh... kita ni ralit berbual, pergi tengok Ad.. Entah-entah dia dah bangun. Pergilah awal sikit rumah mama... Tolong apa-apa yang patut. Beli balik jiwa mertua awak tuh. Mungkin Afrin pun ada salah.. Salah sebab tak perbetulkan apa yang salah. Memanglah Haraz dah tak ada, tapi sayanglah dan kasihlah pada seorang wanita yang amat Haraz sayangi... Kita yang muda ni memang kena banyak beralah. Lagipun, tak akan ada menangnnya kalau berbalah dengan orang tua ni.” Nasihat Amalina lagi.
            Afrina tersenyum sahaja. Besar harapannya agar dia dapat membaikpulihkan kekerohan yang melanda. Kali ini, dia tidak mahu jadi menantu yang baik! Dia ingin menjadi anak perempuan buat Hajah Khadijah.
***
            Sedaya upaya ditahan air matanya yang menyelaputi kelopak mata. Terharu apabila dia dipeluk erat oleh Hajah Khadijah. Sedih sebab Haraz tidak dapat melihat semua ini berlaku. Dahulu mereka sering menjarakkan diri... Mengelak dari berselisih. Mungkin benar cakap kakaknya, dia pun banyak buat salah dulu. Meletakkan ego pada tempat yang tidak sepatutnya.
            Hajah Khadijah jugak ikut turut berendam air mata. Rindunya pada Haraz seakan-akan hilang saat badan mereka bersatu dalam pelukan. Mungkin benar cakap orang, dendam tu hanya akan membunuh kasih sayang. Seharusnya dia dan Afrina saling melengkapi satu sama lain saat pemergian Haraz dahulu.
            “Maafkan mama...”
            Afina menggelengkan kepalanya berulang kali. “Bukan salah mama... Semua ni salah Afrin. Patutnya Afrin yang betullah keadaan kita dulu. Ini tak.... Terlalu lama kita bersengketa sedangkan kita menyayangi lelaki yang sama.” Afrina turut meluahkan kekesalannya.
            Mungkin benar cakap Mirza. Dia kena maafkan Afrina. Dia yang bersalah kerana tidak dapat menerima bila terpaksa berkongsi anak sendiri dengan perempuan lain. Cemburu yang langsung tidak bertempat!
            “Wahhh... peluk tak ajak orang...” Terus Azlin menyerbu keduanya dan memeluk erat tubuh mama dan kakak iparnya. Group hug!
            Azlin lega. Lega bila dua orang yang disayanginya sudah berbaik. Kalau tidak, bukan main jenuh lagi. Mama bukan main bising lagi bila dia berulang kali menjenguk dan berjumpa dengan Afrina. Sekarang, semua masalah dah selesai. Lagipun lepas ini mereka akan kerja sebumbung. Lagi mudahlah kerjanya.
            “Woit anak dara... Buat perangai senonoh sikit. Kejap lagi awak tu ada orang nak merisik.” Bebel Hajah Khadijah sambil mula bercekak pinggang. Afrina dan Azlin ketawa.
            “Alah... mama jelouslah kan.. Sebab tak ada orang merisik mama...” Seloroh Azlin. Afrina ketawa lagi. Bahagia menjentik rasa hati! Tidak pernah dia merasa sebahagia ini bila berada di banglo keluarga Haraz ini. Sebelum ini, baru je sampai seminit, terus rasa nak balik!
            “Eh budak nih... Kesitu pulak!” Hajah Khadijah sudah mula bercekak pinggang.
            “Tak apa... Nanti kita cari calon untuk mama ya...Apa Lin ingat mama tak laku lagi ke?” Afrina mula membeli jiwa mertuanya itu.
            “Hah... jangan nak memandai-mandai ya... Dah...dah... Azlin kau pergi tengok apa yang tak selesai lagi dekat dapur tuh!” Sebenarnya Hajah Khadijah baru teringat pasal Mirza. Adakah Afrina sudah mengetahui bahawa Mirzalah lelaki yang bakal merisik Azlin.
            “Jom Kak Afrin...” Ajak Azlin sambil mula menarik tangan kakak iparnya itu.
            “Eh... Kau pergi seorang. Mama ada benda nak cakap dengan Afrin..” Muka Hajah Khadijah sudah mula serius. Tapi rasanya ini bukan satu masalah. Bukankah Mirza ada menyatakan yang Afrina hanya menyintai Haraz dan bukan Mirza. Jadi pasti menantunya itu mampu menerima perkara sebenar.
            “Ada apa mama?”
            “Sebenarnya...” Baru sahaja Hajah Khadijah buka mulut. Terdengar salam dari luar rumah.
            “Tak apa... biar Afrin pergi tengok.” Terus kaki Afrina dibawa ke ruang depan. Mungkin rombongan pihak lelaki sudah sampai. Rahangnya mula terjatuh saat terpandangkan raut wajah-wajah tetamu yang hadir. Seketika mereka saling tergamam dan terpana!
            “Papa Iyyad!” Suara Hadziq yang memecah kebisuan. Entah sejak bila Hadziq yang sedang bermain tadi sudah mula berada di antara mereka.
            Ya Allah

p/s: sila redha dan pasrah dalam menyerah.. hehehe.. agak2 korang kan, apa jadi lepas nih.. =p