Sunday, 5 January 2014

BIAR AKU MENCINTAIMU [10]


Mata mereka saling beradu sebelum dialihkan pada tetamu yang hadir. “Eh... tak tahu pulak Ril ada tetamu?” Syarifah yang baru muncul itu melebarkan senyum. Mangkuk bubur kacang di tangan dihulur pada Amril.
“Mak saya baru je datang...” Lega. Itulah satu perkataan yang tepat menghempap bahunya. Sangkanya Nairalah tadi.
Mangkuk bubur kacang itu diletakkan di atas meja. Kemudian laju dia menghantar mesej pada Naira. Melarang gadis itu dari datang ke rumahnya.

Jgn datang, mak aku ad kat rumah! – Amril.

Abis tu dewi mcm mana? – Naira

Balasan dari Naira itu menyedarkan Amril yang dia masih berhutang jawapan dengan ibunya.
Melihatkan Kak Syarifah yang sedang bersalaman dengan emaknya, terus datang idea gila! Oh, harap sangat menjadi.
 “Kak... terima kasih bubur kacang tu. Akak datang nak ambik baby sekali ke?” Mata dikenyit berulang kali. Tolonglah delivered sikit arahan lakonannya ini.
Syarifah tayang muka terpinga. “Baby?”
“Yalah.. anak akak ni...” Terus diangkat tubuh Dewi dan disua ke arah Syarifah.
“Oh....” Syarifah mula rasa ada yang tidak kena dengan jirannya itu. Dah ni anak siapa pulak sampai Amril serah kepadanya.
“Tadi Kak Ifah memasak, tu yang Ril pinjam tu mak..” jelas Amril bila Puan Norita tayang muka tak puas hati.
“Sejak bila anak mak suka budak-budak? Biasanya anak saudara sendiri tak terlayan pun.” Rasa perjudis mula melingkari diri. Ke Amril ada skandal dengan jirannya ini? Tapi tak kanlah...
“Ril tolong je mak.. Lagipun anak Kak Ifah ni senang nak dijaga.” Dia tahu macam mana tak berkatnya hidup bila menipu. Tapi untuk membongkarkan kebenaran, dia langsung tak sanggup berhadapan dengan kemarahan emaknya.
Syarifah rasa tak selesa. Apa yang perlu dia buat sekarang? Balik atau terus duduk di sini. Tapi melihatkan layanan emak Amril yang kurang mesra, dia mula rasa canggung.
“Erk... akak balik dulu ya.”      
“Oh sure... Kak, ini tilam baby.” Berharap sangat yang mulutnya tidak terlepas nama Dewi. Nanti makin tinggi syak wasangka emak pada dirinya. Tapi sedikit sebanyak, dia lega sebab Kak Syarifah sudi bagi kerjasama.
“Hai, baik betul Ril dengan dia tu? Janda ke?”
“Ish... kesitu pulak mak ni. Kak Ifah tu ada suami lagilah.”
“Yalah.. mak tengok kamu ni mesra sangat je dengan dia. Siap dia tolong masakkan bubur kacang. Lepas tu kamu jaga anak dia pulak. Mak bimbang kamu ada apa-apa dengan dia pulak.” Lepas ni dia kena hati-hati. Dia tak mahu anaknya tersilap jatuh hati lagi. Cukuplah hanya ada Dewi di masa silam Amril.
Amril ketawa. Lega lagi. At least mak tak teka yang itu anak Dewi Aleeya.
“Mak ni ke situ pulak. Kan Ril cakap yang dia dah ada suami.” Amril mula mendapatkan duduk di sebelah ayah. Disalam mesra si ayah yang memang tak banyak cakap itu.
“Ada apa mak dengan ayah datang sini?” Walaupun mulut beramah mesra dan memandang ke arah Puan Norita dan Encik Amran, tapi fikiran memang terfikirkan Dewi. Dah jadi satu hal pulak bila melibatkan kak Syarifah.
“Hai, nak jenguk anak sendiri pun tak boleh?” Puan Norita duduk. Wajahnya serius.
“Kenapa tak call je. Boleh Ril balik.”
            “Kalau mak tak telefon, kamu pun tak ada usaha nak telefon mak. Kalau mak tak datang, kamu pun tak ada usaha nak balik.” Suara Puan Norita penuh rasa jauh hati.
Sudahlah dahulu diketepikan kerana Dewi. Sekarang si anak makin menjauh. Pulang jarang sekali. Telefon pun payah nak berangkat. Hati tuanya jadi risau.
“Maaflah mak... Assignment berlambak..”
“Tapi tak kanlah sampai lupa mak bapak sendiri?” Kena lagi. Amril diamkan sahaja. Menyedari yang dia sering gagal menjadi anak yang baik untuk kedua ibu bapanya.
“Ita...datang jauh-jauh ke sini tak kan nak bebelkan anak je.” Si bapa bila sesekali bersuara, dengar jugak tegasnya. Puan Norita tarik muncung. Sebenarnya dia dah buat keputusan drastik. Keputusan itu yang membawa di datang jauh ke mari.
“Sebenarnya mak ada benda nak bincang dengan kamu.”
“Benda apa mak?”
“Mak dengan ayah dah buat keputusan nak pindah ke sini.”
Bukk! Muka macam rasa kena tumbuk. Dia tak salah dengar kan? “Erk... apa maksud mak?”
“Mak dah jual tanah kita di kampung lepas tu beli rumah dekat KL. Lagipun ayah kamu dah pencen mengajar. Duduk di JB pun jauh dari anak-anak. Jadi baiklah mak duduk di sini. Bolehlah kamu duduk dengan mak je nanti. Tak payah nak menyewa dah.”
Kalau ikutkan, sayang memanglah sayang. Tapi bila difikirkan anak bongsunya yang seorang ini, terus dia tekadkan keputusan. Lagipun, kalau Amril pulang ke JB, perginya hanya ke kubur Dewi. Pagi petang siang malam kalau boleh nak ke kubur. Dah macam duda mati bini! Jadi sebelum menjadi umpatan orang kampung, baiklah dia buat keputusan drastik ini.
Rasa macam tercabut nyawa bila mendengar satu persatu penjelasan dari si emak. Kalau dia tinggal sekali di KL, macam mana dia nak jumpa dengan Dewi? Macam mana dia nak tolong Naira jaga Dewi?
“Mak...”
“Mak dah buat keputusan Ril. Mak tak mahu dengar sebarang bantahan.”
“Ril nak duduk sendiri. Tapi Ril janji akan selalu balik ke rumah mak nanti.”
Dia lelaki, dia seharusnya ada keputusan hidup sendiri. Dia tahu syurga di bawah tapak kaki ibu. Sungguh, waima sekalipun tidak pernah dia nafikan hakikat itu. Tapi, tak salah kan kalau dia ada keputusan hidup sendiri?
“Mak tak fahamlah dengan kamu ni Ril. Kerja kamu hanya nak membantah je kan? Tak boleh ke kamu dengar permintaan mak ni?”
“Mak...” Dia cuba memujuk.
“Apa yang best sangat duduk menyewa? Kalau duduk dengan mak, makan pakai semua tak payah fikir. Mak boleh uruskan. Tak payah susah-susah macam sekarang ni... Tapi kamu ni, hanya tahu susahkan hati mak je.”
“Ita... benda boleh bawak berbincang kan?” Si ayah mula mencelah.
Surat khabar yang dibaca tadi diletakkan di atas meja kopi. Isterinya kalau melibatkan anak bongsu mereka, memang cepat sangat diamuk perasaan.
“Malas dah saya berbincang dengan anak awak ni bang... Dah lah, jom balik.” Punggung diangkat.
“Mak...” Bukan niatnya nak jadi anak derhaka. Sungguh bukan.
Tapi Puan Norita tetap berdegil. Dibawa langkah menuju ke kereta. Dia rasa dia dah macam mengemis kasih dari anak sendiri. Hati tuanya memang berkecil hati.
            Amril melepaskan keluhan. Dalam diam menyalahkan diri sendiri.
            Tangan si ayah singgah di bahunya. Muka memberi isyarat yang semuanya akan baik-baik sahaja. “Jangan risau. Macam tak biasa dengan perangai mak kau tuh. Ayah balik dulu.”
            Tangan si ayah dicium.
            Walaupun ayahnya tak cakap apa-apa. Tapi rasa bersalah tetap menyelinap masuk penjuru hati.
“Kenapalah dengan aku ni.. Hati mak seorang pun tak boleh nak jaga ke? Kalau Dewi masih hidup, entah-entah dengan hati dia aku siatkan...”
Rokok dicapai. Benda alah ni jugak yang dia rembat untuk hilangkan resah.
***
            Diam Amril buat Naira tak sedap hati. Diam Amril tu tanda lelaki itu pasti sedang ligat berfikir. Diperhatikan Amril yang sedang membetulkan car seat Dewi.
            Walaupun Amril tak cakap, tapi dia tahu Amril tengah runsing.
            “Ril...”
            “Terima kasih sebab pinjamkan Dewi.”
            Naira senyum tawar. “Apa pulak pinjam. Dewi hak kita bersama kan?”
            Pintu kereta ditutup. Rokok disua lagi ke mulut. Makin kerap pulak benda alah ni mempengaruhi hidupnya.
            “Ril... rokok tak baik untuk kesihatanlah.” Ditarik rokok yang berada di celah bibir Amril itu.
            “Naira please...”
            “Kau kena sihat Ril. Kau kena jaga Dewi jugak. Aku tak mahu kau mati awal.” Pujuk Naira perlahan.
            “Kalau aku mati awal, bolehlah aku jumpa arwah Dewi kan?” Soalan tak munasabah dah keluar. Oh, kusutnya! Kan bagus kalau ada sikat yang boleh rungkaikan kekusutan hidup manusia.
            Air mata Naira bergenang. Cakap pasal Dewi, pasti akan ada rindu yang menggamit. Dan dia tahu, Amril pasti berpuluh kali ganda lebih merindui arwah Dewi.
            “Ril...” Dia sendiri tak tahu bagaimana cara untuk memujuk Amril.
            “Mak kau sihat?” Topik cuba dialih.
            Amril angguk.
            “Dia tak tahu pasal Dewi kecik kan?”
            Hanya gelengan sebagai jawapan.
            “Sampai bila kau nak sorok Dewi kecik? Nanti penyudahnya kau dengan mak kau bergaduh pulak.”
            “Kalau dia tahu pasal Dewi kecik...” Anak mata beralih mengintai si kecil yang sedang tidur itu. “...Dia tak akan benarkan aku jumpa Dewi lagi. Dan dia pun akan benci kau Naira. Trust me, I know my mom very well..”
            Naira ikut mengerling ke arah Dewi kecik. “Apa nak pelik, dia memang bencikan aku kan? Tapi orang tua Ril... lama-lama marah dia terbasuh jugak kan?”
            Posisi anak mata beralih pada Naira pulak. “Kau pulak, bila nak bawak balik Dewi jumpa parents kau? Sementara cuti ni, pergilah. Kenalkan Dewi. Biar Dewi rasai kasih sayang atuk dan nenek. Aku tak rasa family kau akan tolak Dewi.”
            Liur ditelan. Kesat. Senang nak nasihatkan Amril pasal keluarga dia padahal keluarga sendiri pun tunggang langgang.
            “Siapa tahu, Dewi kecik boleh mengikat pertalian korang sekeluarga.” Amril muncul dengan baja-baja positif.
            Masalahnya, boleh berhasil ke?
            Just... drop the subject!
            “Eh, kereta kau ni aku pulang esok ya. Qiu cakap kereta aku dah boleh keluar esok.”
            Berlapis dahi Amril menangkap nama seorang lelaki itu. “Qiu? Qiuzi?” Mamat yang dia jumpa dekat kampung Mariam hati tu ke?
            Lambat-lambat Naira mengangguk.
            “Aku tak faham...”
            Melihat muka blur Amril tuh, Naira mula bukak cerita ringkas. “Kau ingat tak, apek yang ambik kereta aku malam tu. Qiu kerja dengan dialah.”
            Muka Amril nampak impress gila.
            “Keciknya dunia.”
            Kan? Sebesar-besar KL ni, boleh pulak terhantar dekat bengkel tempat Qiuzi berkerja. Kekaguman Naira pada kekuasaan yang Maha Esa belum hilang lagi sebenarnya. Sampai sekarang dia terfikir-fikir.
            “Ada jodohlah tu.” Komen itu keluar dari mulut Amril secara ikhlas. Tak dipaksa langsung.
            Sebab tak reti nak tarik muka segan, Naira tayang muka toya.
            “Dah... aku balik dulu. Esok aku ambik kau lepas tu kau hantar aku ke bengkel ya?” Baru je kaki nak melangkah ke tempat pemandu, suara Amril mematahkan niatnya.
            “Kenapa nak ambik aku dulu? Nak sambung drama kelmarin ke macam mana?”
            Oh lupa. Ada satu hal lagi yang Amril belum tahu. “Hmm.. Qiu dah tahu yang aku bukan isteri orang.”
            Kali ini Amril cuba sembunyikan senyumannya. Dan Naira belum cukup bodoh nak menilai senyuman senget Amril tuh.
“Nah.. ambik balik rokok kau. Rokok dah lah mahal sekarang.” Nak cover malu, Naira pulangkan semula rokok Amril.
“Oh I see... Bagi aku rokok ni nak suruh aku mati awal ke macam mana? Kalau macam gini aku kena berhenti merokoklah... sebab takut tak sempat pulak nak makan nasi minyak kau!”
Ciss! Tak pasal kena perli berdas-das.
***
            Bonet kereta Swift itu ditutup. Matanya ralit mengerling ke arah pasangan yang sedang berbual di hujung ruang bengkel itu. Nak kata cemburu macam tak patut. Tapi ada jugaklah sikit.
Amril dengan Naira nampak mesra. Mesra yang bukan dibuat-buat. Ke derang memang ada apa-apa?
            Qiuzi mendekati keduanya. “Kereta dah siap.”
            “Saya pergi settle payment sekejap.” Naira sebenarnya nak melarikan diri dari Qiuzi jugak.
            Qiuzi hulur tangan untuk bersalam dan disambut baik oleh Amril. Tiba-tiba suasana jadi kekok.
            “So, kau bukan husband Naira?” Sedas perluru dilepaskan pada Amril.
            “Kau dah tahu lepas tu kau tanya lagi?” Soalan dibalas dengan soalan.
            Qiuzi tak tinggal diam. “Kau ada apa-apa perasaan pada Naira?” Mereka saling menembak soalan.
            Wohoo.... jangan gelojoh sangat bro!
            “Perlu ke kau tahu?” Testing sikit tahap kesabaran Qiuzi nih.
            “Aku cuma tak mahu seludup hak orang. Sebab tu aku mintak baik-baik. Kalau korang tengah ada affair, aku tak nak kacau.” Senang bercakap dari lelaki ke lelaki. Tak payah nak kona-kona sangat.
            Amril sengih.
            “Kenapa kau tetiba sukakan dia?” Soalan versi maut dah muncul.
            “Kau rasa ada ke skop tiba-tiba dalam hidup kita. Semua dah tersurat kan?”
            Amril angguk kepala. Pandai main pyscho jugak mamat ni. “Kau tahu tak Naira tu anak siapa?”
            “Sebelum aku putuskan untuk jatuh suka pada seseorang. Aku tak pernah nak kaji selidik siapa dia atau family dia.”
            “Dia tu anak Tan Sri! Anak orang kaya. Nampak je macam biasa-biasa tu. Kau rasa, kau boleh jaga dia?” Okay, tengok gaya macam cool je. Tapi tak tahulah kalau dah digoncang, mula rasa goyah.
            “Kau tengah bagi hint untuk patahkan semangat aku ke apa ni?” Qiuzi tak mampu nak tebak apa yang bersarang di benak Amril. Amril jelous ke dia suka kat Naira? Ke Amril cuba nak halang hubungan derang.
            “Aku baru bagi intro.. Tak kan kau dah goyang kot..”
            “Aku tak goyang.. aku cuma tak faham. Kau ada perasaan pada Naira ke?”
            “None of your business.”
            Qiuzi geleng kepala. “Tak faham aku dengan kau ni. Perasaan aku, kau nak tebak. Perasaan kau, kau nak sembunyi dari aku. Sebenarnya apa yang kau nak?”
            Amril keluarkan rokok. Disepit di celah bibir kemudian menyalakan lighter di hujung puntung rokok.
            Kepulan asap kecil keluar dari mulut dan rongga hidungnya. Kotak rokok disua pada Qiuzi tapi ditolak lembut.
            “Aku tak merokok.”
            “Bagus! Naira tak suka lelaki merokok. Lagipun rokok ni boleh membunuh.”


                     
            Berkerut dahi Qiuzi untuk memaknakan ayat Amril itu. Adakah lelaki ini merokok untuk membuatkan Naira benci padanya? “Hmm.. soalan aku tadi kau tak jawab lagi. Sebenarnya... apa yang kau nak?”
            “Aku cuma tak nak dia kecewa.” Sungguh, walau dia mungkin tak cintakan Naira. Tapi dia tak mahu Naira kecewa.
            “Tak nak dia kecewa sebagaimana kau kecewakan dia dulu?” Tebak Qiuzi tangkas.
            Amril langsung tak pelik kalau Qiuzi tahu. Dia kan sepupu Mariam. Mesti dah kering semua isi cerita Mariam perah pada Qiuzi.
            “Tuhan hantar aku untuk kecewakan Naira sebab......” Jeda seketika untuk menjamah wajah Qiuzi. “...dia nak kirimkan kau untuk ubati hati Naira. Setiap sakit yang Tuhan bagi, mestilah dia kirimkan penawar sekali.”
            Sungguh Qiuzi speechless!
            Hujung rokok disedut lagi.
            “Satu pesan aku... nak rebut hati Naira, mungkin tak semudah seperti yang kau sangkakan. Dia tu umpama gula yang berada di dalam takungan air yang penuh ais. Jadi gula dalam air tu ambik masa nak larut. Kau faham tak apa yang aku cuba nak cakap?”
            Gamam Qiuzi mendengar sepatah demi sepatah yang keluar dari mulut Amril. Manusia macam gini pun ada ke? Peliknya. Ini langsung tak sama dengan apa yang dia jangkakan.
            “Jadi... kau tak kisah kalau aku nak mengurat Naira?” Qiuzi cuba buang rasa pelik. Janganlah si Amril ni ada agenda sembunyi.
            “Aku ni bukannya bapak dia yang kau nak kena mintak izin. Cuba satu pesan aku...” Rokok dicampak ke lantai sebelum ditenyeh dengan tapak kasut.
            “Ada satu benda yang kau tak boleh rampas dari aku iaitu... Dewi. Naira tu mummy Dewi dan aku pulak daddy Dewi. Satu perkara ni.... kau tak boleh nak ambik alih. Makna kata, sampai bila-bila aku memang akan ada ikatan dengan Naira.”
            Betullah kata Mariam. Amril ni unexpected orangnya. Sekarang, semua ni berada di luar kewarasan Qiuzi sendiri.
            “Aku rasa... kau dah rodger apa yang aku cakap kan? Cakap dekat Naira, aku balik dulu...”
            “Ril... terima kasih.”
            “Aku tak pasti ucapan terima kasih tu untuk apa. Tapi macam yang aku cakap tadi, aku tak nak Naira terluka lagi.” Kalau dia boleh bahagia dengan sisa-sisa kenangan arwah Dewi, dia pun harap Naira ada seorang lelaki yang boleh teman dan terima dia seadanya.
            “Kalau nak limpahkan dia dengan duit.. aku sedar aku memang tak mampu. Tapi kalau dia mintak dipimpin di dunia ni.. insyaAllah aku cuba jadi imam yang baik untuk dia.” Ucap Qiuzi yakin.
            “Anyway, good luck!” Ditepuk bahu Qiuzi sebelum pergi meninggalkan bengkel.
            Sekembalinya Naira dari urusan pembayaran, dia tengok kelibat Amril dah hilang.
            “Dia dah balik.” Jelas Qiuzi tanpa dipinta.
            Naira telan liur. Sekarang yang ada hanya dia dan Qiuzi.
            “Oh... terima kasih sebab tolong baiki kereta saya dan terima kasih jugak sebab tolong mintakkan diskaun dekat taukey awak.” Kata apek tadi, dia bagi murah sebab dia ni kawan Qiuzi.
            “Hmm... sebagai jalan untuk membalas jasa, awak tak nak ke belanja saya makan tengah hari?”
            Naira buat-buat betulkan tudung yang sudah sedia terbentuk.
            “Sekarang boleh ke?” Orang dah berbudi, tak kan tak reti nak faham bahasa!
            “Untuk awak apa pun boleh sayang.”
            “Perkataan ‘sayang’ tu mahal tau. Mana boleh sebut sewenangnya.”
            Qiuzi tarik sengih. “Perkataan mahal tu untuk orang yang mahal dan untuk jiwa yang tak terbeli harganya...”
            Naira menggeleng. Such a sweet talker!
            Mereka makan di warung tidak jauh dari bengkel. Dia pun tak mahu ambik masa Qiuzi lama-lama.
            “Naira.... saya tak mahu awak rasa tak selesa dengan saya. Dan maaf kalau saya melampaui batasan. Saya cuma nak kenal dengan awak. Berkawan...”
            Naira menguis Kuew Teaw Tomyam di hadapannya. Berpusing otak dibuatnya bila hati runsing.
            “Saya... saya tak nak lukakan awak Qiu.”
            “Hmm... kalau tak nak lukakan saya, kahwinlah dengan saya terus!” Qiuzi sengih-sengih. Versi nakal-nakal dah muncul balik.
            “Qiu.. saya pernah kena reject, jadi saya tahu betapa pedihnya perasaan direject tu.”
            “Jadi, pastikan awak tak akan reject saya!” Sampuk Qiuzi lagi sambil menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut.
            Haih, geram pulak bercakap dengan Qiuzi ni. Ayam yang berada di dalam mangkuk cuba dipotong dengan sudu tapi alih-alih mangkuk tu terlingkup dan kuah tomyam terus membasahi tudung dan bajunya.
            Oh tuhan!
            “Hei, macam mana boleh terlingkup ni?” Cepat Qiuzi capai tisu dah hulurkan pada Naira. Kalau dia tolong lap kang, naya pulak!
            Erk... okay malu. Malu sebab hampir semua orang kat warung ni pandang dia. Apa ke tak senonoh sangat perempuan nih.
            “Awak gabra ke dating dengan saya ni...” Si dia kat sebelah boleh tersengih-sengih lagi. Tangan dia membantu mengelap telefon  yang turut dibanjiri kuah tomyam.
            Muka Naira merah. Menahan malu. Menahan gelabah. Tak berani nak pandang sekeliling.
            “Releks... pedulikan kata-kata orang. Jangan risau..perkara ni tak akan kurangkan kasih sayang saya pada awak.” Bisik Qiuzi lembut. Dia cool je. Tak marah atau tak membebel macam Amril.
            Oh, tak boleh jadi nih. Serius cakap, perangai cool dia ni, boleh buat aku jadi tak waras!

 p/s: taraaaa... terjawab sudah sape yang datang tuh.. okay... kepada Wan Ruzana, nanti boleh claim hadiah dari sy yaa.. sebab dia jawab jiran sebelah rumah.. kira relevanlah jawapan tuh.. =p

berita baiknya ialah... sy akan update sampai bab 12... heh.. so ada baki 2 bab lagi.. omooo.. kenapa sy baik hati sangat nih? kehkeh..

nway tq pada gojes2 yang sudi menyokong baik di belog, group or fanpage... I labayu muchoo tauuu.. n jgn lupa pd cik anon, sila tulis nama kalau mengomen.. let me know who u r... =)

xoxo Ezza Mysara =)



Wednesday, 1 January 2014

BIAR AKU MENCINTAIMU [9]


            Senyuman lelaki dihadapannya itu tak mampu membasuh gelisah hati Naira. Betullah cakap orang, tak aman hidup orang yang suka ‘menipu’ nih!
            “Awak nak cepat ke? Kalau tak... saya nak belanja awak minum.”
            “Erk...” Naira mula berkira-kira darab bahagi tolak campur di kepala.
            “Sorry tapi saya nak cepat.”
            Qiuzi tarik sengih.
            “Nak cepat larikan diri dari saya ke?” Selamba je Qiuzi menembak ayat.
            “Erk..” Argghh.. blur betul!
            “Kenapa? Nak mintak kebenaran Amril? Telefonlah dia? Tak baik belakangkan suami...” Mulutnya ringan nak buat Naira makin hilang arah.
            Tuhan je tahu. Macam mana tak berkelipnya anak mata saat terpandangkan nombor flat kereta Suzuki Swift milik Naira ini. Terjatuh beg galasnya. Gamam tak sudah.
            Someone said..The positive thinker sees the invisible, feels the intangible and archieves the imposible..”
            Jadi tak mustahillah kan? Antara dia dan Naira bersatu?
            Dia pun nak tengok kesungguhan Naira. Betul ke masih nak tegakkan yang dia tu isteri orang? Kalau betul Naira ajak berdrama, dia sungguh-sungguh akan layan drama tak bertauliah Naira tuh.
            Naira garu kepala. Nak terus menipu, rasa tak sanggup! Nak terus terang, rasa tak sampai hati. Remuk rasa hati yang berbelah bahagi nih.
            “...Ke awak nak saya tolong telefonkan?” Sampuk Qiuzi lagi.
            Naira mendengus! Pyscho betullah mamat nih!
            “Awak dah tahu kan? Habis tu kenapa nak smash saya lagi...” Suara yang tertahan-tahan tadi keluar jugak. Tak ada faedah kalau terus berdrama pun.
            Qiuzi senyum. Pendek. Mengaku pun.
Hei, dia senyum pulak. Tahu tak senyuman tu boleh buat perempuan kat luar kena potong kaki dan hati. Manis overdos!
            “Mana ada saya smash awak? Lagipun awak bukannya bulu tangkis untuk di smash. Tadi tu reserved psychology lah...”
            Mulut Naira berbentuk O.. Memang dah macam pesakit mental dah aku nih!
            “Oh... jadi awak nak kata saya gila?”
            “Saya tak cakap. Itu awak  yang cakap.”
            Sejak bila Qiuzi suka pyscho orang ni. Cukuplah dia kenal seorang je mamat pyscho macam Amril tuh. Boleh gila kalau kenal ramai sangat hantu pyscho nih!
            “Jari yang melecur dah okay?”
            Naira belek jari jemari sendiri. Okay memanglah okay. Tapi hati yang tak okay. Tak duduk diam bila berhadapan dengan Qiuzi nih. “Okay.”
            Qiuzi senyum lagi. “Mestilah okay kan sebab saya yang bawak awak pergi klinik.” Sekali sekala membangga diri, seronok jugak ya?
            Naira mencebik. Konon macam superherolah ya?
            “Kan bagus kalau terus terang dari awal....” Belakang badan disandar ke kereta. Lengan disilangkan ke badan. Anak mata cuba mencari mata bundar itu.
            Ini pun watak yang Naira tak suka. Watak-watak cool macam nilah yang buat jiwa dia makin berdarah!
            “Kalau awak tahu dari awal kenapa?”
            “Lah.. senanglah saya suruh Ibu saya meminang awak terus kat kampung.”
            Aduh! Ilmu nak berhadapan dengan makhluk-makhluk ‘sweet’ ni tak habis belajar lagi. Jadi sure hati jadi gugup dan mulut jadi gagap!
            ‘Saya tak sesuai untuk awak.’
            ‘Saya masih muda..’
            ‘Saya tak sedia untuk apa-apa status relationship..’
            Yang mana satu dia kena guna ni?
            “Looks...” Tibat-tiba otak stuck! Ayat yang dirangka tadi macam tak mahu keluar pulak. Time ni ke dia kena jadi minah blur?
            “Naira... saya memang tak kenal awak dengan baik.” Qiuzi ambil alih perbualan.
            “Awak pun... mungkin rasa terkejut dengan tingkah laku saya yang tiba-tiba ni..” Sambung Qiuzi lagi. Dia pun terkejut dengan organ-organ dalaman diri sendiri. Sejak bila dia jenis cepat bertindak?
            “Tapi awak percaya kan? Sesuatu yang berlaku dalam hidup kita semua bersebab. Tentu ada alasan yang Tuhan nak tunjuk. Tentu ada jalan yang Tuhan nak bagi untuk pertemuan-pertemuan kita nih.”
            Tenang suara itu menghunus hujah.
            “Tapi Qiu... saya tak baik mana. Banyak cela. Jadi saya rasa...”
            “Jadi awak rasa awak nak tolak saya?” Pintas Qiuzi cepat. Dia sudah berdiri betul-betul dihadapan Naira.
            Naira angkat wajah. Menjamah wajah tenang Qiuzi itu. Cool sangat dia ni. Serius cool.
            “Bila awak tolak saya, awak yang akan rasa lebih sakit sebab... awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa tuh! Sakit kan? Dan saya pasti  yang... awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.”
            Rahang Naira menjatuh. Oh damn! Dia tahu jugak ke pasal crush aku dengan Amril?
            Mariam! Sungguhlah, dia rasa nak bunuh kawannya yang seorang tuh.
***
            Kau kat mana? Aku ad dpan rumah kau. –Amril.

            Mesej dari Amril itu Naira baca tanpa perasaan. Kebetulan dia pun baru turun dari teksi nih. Tak payahlah susah payah nak balas mesej sebab dia dah nampak kelibat Amril.
            “Kau okay tak ni?”
Apasal dia tengok muka Naira serabai semacam ni. Mungkin kepanasan atau serabut naik pengangkutan awam. Orang tak pernah hidup susah memang macam gitu gamaknya.
            “Okay. Kau nak ambik Dewi ke?”
            Amril angguk. “Sementara aku cuti dua hari ni. Bolehlah aku jaga dia. Lagipun kau cakap kau banyak assignment nak kena settle kan?”
            Dahi Naira berlapis lagi. “Cuti dua hari? Kan ke cuti sampai ahad ni. Ada lima hari lagi.”
            Amril gamam. Terlepas cakap lagi! Apa ke derhaka sangat mulut ni. Ringan je tangan nak bagi penampar.
            “Aku cuti studylah... Aku pun ada jadual hidup sendiri. Tak payah nak pelik sebab aku memang berdisplin orangnya.”
            Naira mencebik. Menyampah bertingkat-tingkat.
            “Kejap... aku ambil Dewi kat rumah pengasuh.” Terfikir jadinya. Macam mana nak harungi malam ni tanpa Dewi kecik? Tapi tak baik pentingkan diri sendiri. Amril pun berhak jaga Dewi.
            Sementara tu, boleh jugak dia susun mood-mood yang bergelimpangan ni. Apatah lagi dengan kemunculan Qiuzi tadi. Sebesar-besar KL ni, bengkel tempat Qiuzi kerja jugak yang jadi port pertemuan.
            Hidup ni pun kadang-kadang macam drama hindustan sangat!
Langkah kaki yang Naira susun nampak mamai di mata Amril. Sebatang rokok dikeluarkan dan disua ke mulut. Habit yang baru menular dalam diri.
“Amril....” Naira terkesima. Oh tuhan, macam tak percaya dengan apa yang dia tengok sekarang.
Cepat-cepat dicampak puntung rokok dan ditenyeh dengan tapak kasut.
“Tak payahlah sorok. Aku dah nampak.” Simpton manusia yang suka sorok cela sendiri.
“Siapa sorok? Aku tak hairan pun kau nak tahu. Aku cuma tak mahu Dewi sedut asap rokok. Itu je.”
            “Sejak bila kau merokok?”
            “Baru je berjinak-jinak.”
            Naira hela nafas dengar ayat selamba Amril itu. “Sebab?”
            “Stress.”
            Naira lepas nafas pula. “Banyak lagi cara nak hilangkan stress kan?” Kalau rokok penyelesaian stress, Naira pun nak tumpang sekaki jugak.
            “Look, aku tahulah kau dah ada simptom mak-mak. Tapi kau mak Dewi. Bukan mak aku. So please behave yourself! Aku tak perlu izin kau nak buat apa yang aku nak dan apa yang aku tak nak.”
            Mula dah. Perang dah tekan button on!
            “Ikut suka hati kaulah. Yang penting, jangan hisap rokok depan Dewi!” penatlah gaduh. Diam lebih baik.
            “Barang-barang Dewi semua ada dalam beg. Susu tu jangan lupa masukkan dalam peti ais. Aku ada buat jadual.. pukul berapa dia kena mandi, pukul berapa dia biasa menyusu, semua ada dalam beg.”
            Kepala si daddy mengangguk. Haihlah, betullah Naira ni macam mak-mak sangat!
            Amril seluk poket. Kunci kereta dikeluarkan dan dihulur pada Naira. Tubuh kecil Dewi diambil dari dukungan Naira.
            “Kenapa?”
            “Hantar aku balik rumah. Kau gunalah kereta tu sebelum kereta kau siap. Senang nak gerak mana-mana.”
            Lama Naira pandang kunci kereta di tapak tangannya. “Tak payahlah. Pengangkutan awam bersepah kat KL nih.” Kunci dihulur semula.
            “Jangan degil boleh tak? Kalau aku suruh guna tu guna jelah.” Angin taufan dah keluar.
            Naira mendengus. Amril ni betullah dasar lelaki defense mechanism. Untuk mengelakkan rasa risau dan resah diri sendiri, dia akan bertindak dengan marah-marah. Cakap elok-elok macam tak boleh. Macamlah jatuh sangat maruah tuh!
            “Kereta kau manual, mana aku reti!” Bentak Naira.
            “Yalah, kereta aku kan murah kalau nak dibandingkan dengan kereta kau!”
            Naira curi nafas. Dapat sedut aura tak best. Bukan macam tu maksud dia.
            “Kau janganlah salah sangka. Aku serius tak reti bawak manual. Lagipun nanti  pandai-pandailah aku sewa kereta.” Naira kembali menyambung ayat.
            Lama Amril pandang Naira. Kadar sikap melawan Naira sejak dua menjak ni makin agresif! Tak boleh jadi. Tak boleh telan je apa yang Naira cakap mentah-mentah.
            “Sebab tu aku nak ajar ni..” Dikendurkan sedikit suara.
            Bila Amril dah rendahkan volume suara, baru hati yang bengkak tadi surut dari sakit. “Tak beranilah.” Dia hargai usaha Amril untuk pinjamkan dia kereta ni. Tapi serius dia dah lupa nak bawak kereta manual.
            “Kata brutal. Setakat bawak manual tak lepas, belum kira brutal lagi tuh.”
            Naira ketap bibir. Bab dicabar dibakar ni yang boleh gemalai segala sendi nih!
            “Try me!”
            Amril simpan senyum. Eleh, setakat perangai Naira tu, dah ada dalam kocek lah!          
***
Amril dah mati kutu. Semua jadi tak kena. Apa yang tak kena dengan Dewi kecik ni? Dari tadi tak henti-henti menangis. Daus pun dah panas punggung dengar Dewi menangis.
Sumbat susu. Dewi menolak.
Tengok pampers. Kering.
Suhu badan Dewi diperiksa. Normal.
“Boleh tak kau buat sesuatu Ril? Nanti jiran-jiran kita fikir kita culik anak orang tau!”  Daus dah bengang. Amril pun satu hal, nak buat sesuatu tu bukan nak berbincang dulu. Ini main redah je semua. Ingat senang ke nak jaga budak apatah lagi bayi baya Dewi Ilyani ni.
Tubuh si kecil diangkat dan ditepuk perlahan belakang badan si kecil yang tidak henti-henti menangis itu.
Please bro, do something!” Gesa Daus lagi bila Amril masih terpana sendiri.
“Mari... biar aku dukung dia pulak. Kau pergilah tidur.” Amril cuba mendapatkan Dewi tapi dihalang oleh Daus.
Daus mendengus. Bukan itu yang dia mahukan. “Setakat kau nak tepuk dia, aku pun boleh. Call Naira.. Dia mesti tahu kenapa Dewi meragam macam gini.”
Amril masih berkira-kira sendiri. Dia ambil Dewi tadi sebab dia tak mahu menganggu study Naira.
“Cepat Ril sebelum aku hilang sabar. Karang ada jugak aku baling si Dewi ni.” Terpaksa layang ugutan kasar bila tengok Amril sikit pun tak berganjak. Apa ke susah sangat setakat nak call Naira tu?
Don’t you ever dare Daus!” Hei, ingat dia hadap sangat pertolongan Daus tu? Nak meragam macam budak kecik sangat ni kenapa?
“Ini bukan masa untuk kita bertekak. Kau faham tak bahasa aku tadi. Call Naira! Kalau kau tak nak, biar aku je yang call dia...”
Lagak derang tak ubah macam laki bini baru dapat anak. Kalut!
“Okay aku call...” Halang Amril. Karang apa pulak yang Naira fikir kalau Daus yang call.
Nak tak nak, terpaksa jugak capai telefon. Dail nombor Naira.
Walau dah janji dengan diri sendiri tak mahu kacau Naira tapi emergency case macam ni, harap Naira tak kisah. Harap tak kacau study minah tuh.
“Hello...” Suara di corong telefon sedikit garau. Tidur ke apa?
“Hello.. aku ni..” Kepala digaru mencerna ayat.
“Kenapa Ril? Dewi okay? Kenapa dia menangis tu?” Kepala yang tersadai di atas meja terus diangkat bila menampan tangisan Dewi yang nyaring. Rasa risau terus berkumandang dalam hati. Kenapa kuat sangat tangisan Dewi?
“Erk... Aku tak tahu. Dari tadi dia menangis tak henti.” Amril pun tak tahu nak cedok hujung pangkal cerita dari mana. Yang dia tahu, dari tadi Dewi tak henti menangis tanpa sebab.
Rindukan Naira ke? Tak kan baby sekecil ni dah kenal erti rindu kot?
“Aku datang sekarang.”
No!” Tak ke kerja gila perempuan ni nak redah pekat malam sengsorang diri.
“Hmm.. Just... let me know apa yang membuatkan dia menangis macam gini? Aku dah check pampers... Ingatkan dia lapar tapi bagi susu dia tak mahu. Nak kata demam pun bukan sebab suhu badan dia normal.”
Apa yang cuba Dewi kecil cuba sampaikan? Kan senang kalau dia faham ‘bahasa’ tangisan bayi nih.
Sekarang baru dia sedar. Rupanya tak mudah menjaga si kecil. Bukan jenis nangis je boleh sumbat susu. Nangis je boleh dukung. Silap hari bulan, ‘peluh’ si tukang jaga boleh buat bandar banjir!
“Dewi nak tidur atas buai ke apa?” Kot-kot sebab tak selesa tidur atas tilam.
“Tak.. Dewi tak reti tidur atas bual. Okay... Letakkan Dewi atas katil lepas tu buat video call... Aku nak tengok dia..” Arah Dewi serius dan terus memutuskan talian.
Tiga bulan menjaga Dewi, sedikit sebanyak dia sudah boleh mengenalpasti puncanya. Tudung disarung ke kepala. Menanti video call daripada Amril.
Tangkas  Amril bergerak. Dibaringkan Dewi yang sedang menangis di atas katilnya. Video call dibuat dan dihala ke arah Dewi. Sebelum itu sempat ditukar pada loudspeaker.
Perlahan-lahan Daus menapak ke belakang. Sekadar memerhati dari jauh.
“Hei Dewi sayang... Mummy ada kat sini...” Rindunya dia pada si kecil sedangkan Amril baru menjaganya semalaman. Melihatkan tangan si kecil yang digengam erat dan kaki sudah naik sedikit ke perut, Naira sudah mula mengesan puncanya.
“Any’s idea Naira?” Amril nampak kepala Dewi mencari pemilik suara itu. Mungkin betul si kecil rindu pada ‘mummy’nya itu.
“Maybe Dewi kembung perut.” Naira menyatakan kebarangkalianya.
“Macam mana boleh kena kembung perut? Aku tak bagi makan ikan kembung pun tadi.”
Naira ketawa kecil. “Jangan nak melawak malam-malam ni Ril oitt..”
“Saje.. Aku tak mahu kau tegang sangat. So how?” Sebenarnya nak redakan ketegangan diri sendiri.
“Okay, ambil minyak telon dalam beg Dewi. Aku ada letak dekat tepi beg dia...”
Telefon diletak secara mengiring supaya Naira dapat melihat wajah Dewi dari tepi. Minyak telon di dalam beg diambil.
“Then?”
“Sapu pada perut Dewi dan pada tapak kaki.”
Ligat Amril melakukan arahan dari Naira. Naira yang melihat mula tarik senyum. Lembut je urutan Amril di perut si kecil. Air matanya bergenang. Kagum dengan kasih sayang Amril pada Dewi Ilyani.
“Lepas tu selimutkan dia bagi dia selesa dan dodoi dia dengan zikir..” Tambah Naira lagi.
Amril hanya menurut. Ditepuk dan didodoi dengan alunan zikir munajat.
“Hasbi Rabbi Jallallah. Mafi Qalbi Ghairullah. Nur Muhammad Sallallah... Lailahhaillallah...”
Perlahan-lahan tangisan Dewi yang bergema mulai surut. Tak sampai lima minit, terus anak kecil itu kembali tertidur.
Raut wajah kembang dengan senyuman pabila melihat Dewi sudah diam dan memejamkan matanya. Rasa berjaya menjadi seorang bapa yang memahami kehendak si kecil.
‘Kembong perut rupanya...’
Terus diangkat telefon dan memandang  wajah Naira. Ingin mengucapkan terima kasih namun Naira juga sudah tertidur berbantalkan lengan di atas meja dengan tangan kanan masih menggenggam erat telefon bimbitnya.
“Thanks Naira. Selamat malam.”
Namun video itu tidak terus dimatikan. Lama matanya menatap wajah Naira yang terkandung berjuta rasa letih itu.
“Dari mata nanti turun ke hati.” Teguran itu membuatkan Amril memutuskan talian.
“Okay, sekarang dah aman kan? Pergi tidur sebelum Dewi kecik terjaga semula.” Telefon bimbit diletak ke tepi.
Daus duduk di birai katil. Mata merenung wajah mulus Dewi sebelum singgah pada daddynya itu.
 “Kau tak rasa ke semua ni complicated?” Tanya Daus perlahan. Bimbang mengejutkan Dewi pula.
“Habis tu, kau nak aku hantar Dewi ke rumah anak yatim? No way!” Kalau tak mengenangkan Dewi yang sedang tidur, mahu sahaja penumbuknya singgah di mulut puaka Daus itu.
Dewi akan dibesarkan dengan kudatnya. Melalui titisan kasih sayangnya. Keputusannya adalah muktamad!
Daus mendengus. Bilalah baran Amril nak reda sikit? Padanlah Naira gelar dia taufan. Memang mood macam taufan pun.
“Bukan macam tu maksud aku.” Jeda seketika untuk mencari letak duduk ayat sebenar.
 “Kenapa kau dengan Naira tak kahwin je? Kan senang korang boleh jaga Dewi kecik sama-sama. Duduk serumah. Kalau kau sibuk, Naira boleh jaga. Kalau Naira sibuk, kau jaga pulak. Tak adalah benda ni jadi macam ni..”
Air muka Amril berubah. “Aku tak mahu dengar lagi benda bodoh ni keluar dari mulut kau Daus.” Bibirnya diketap menahan rasa sabar yang tak banyak mana ni.
“Ril...”
 “Hala tuju hidup aku, aku tak perlu mintak pendapat kau!”
Akhirnya Daus mengalah. Dia sedar yang kepala batu macam Amril memang tak akan dengar cakap orang lain. Pendapat dia je yang betul! Bagus jugak kalau tak kahwin dengan Naira, kalau tak terseksa je minah tuh hadap kepala batu Amril ini.
Sebelum keluar, sempat dia melepas pandang ke arah Amril yang berbaring di sisi Dewi. Apalah penyudah kisah mereka ni? Dia yang tak ada kena mengena pun terasa tempias peningnya.
***
Galak sungguh Dewi ketawa. Seronok sangat bila diagah berulang kali oleh Amril. “Kan bagus kalau gelak macam ni. Tak lah daddy susah hati sayang...” Pipi montel Dewi yang mula menggemu dicubit geram.
Lama Amril pandang alis pipi Dewi yang persis benar milik ibunya. Setiap kali memandang wajah Dewi kecil, ingatannya pada Dewi Aleeya makin meruntum. Kasih itu makin mekar berbunga.
“Dewi, Ril janji akan jaga anak Dewi. Ril akan limpahkan dia kasih sayang yang tak terhitung pada dia. Ril akan pastikan dia tak ketandusan kasih sayang seorang ayah.”
Amril kembali mengagah si kecil. Petang nanti dia bakal memulangkan Dewi pada Naira. Terasa tak sampai hati pula. “Dewi tinggal dengan daddy jelah ya?”
Dewi Ilyani ketawa. Makin rabak hati Amril.
“Haihlah sayang, kenapalah comel sangat ni?”
Ketukan di pintu membuatkan Amril berhenti bermain dengan Dewi. Siapa pulak yang datang. Naira ke? Kenapa awal sangat. Janji pukul enam. Ini baru pukul lima petang.
Pintu rumah dibuka dari dalam. Namun bukan wajah Naira yang muncul sebaliknya wajah....ibunya.
“Erk.. mak?”
Berdentum hati jatuh ke tanah. Berdegup seakan-akan tidak mampu berhenti.
“Yalah mak... kenapa muka Ril nampak terkejut sangat?”
“Surprise... bila mak datang sini?” Dia masih terkaku di muka pintu rumah. Apa nak buat ni? Kalau masuk, mesti mak nampak Dewi kecik yang dibaringkan di tengah ruang tamu rumah itu.
 “Ni baru sampai dari JB lah ni. Ril tak nak ajak mak dengan ayah masuk ke?”
Tak sempat dihalang, laju je Puan Norita melangkah. Tadi dia terdengar suara tawa anak kecil. Sangkaannya tepat pabila melihat bayi yang berada di tengah rumah.
 “Ni anak siapa ni Ril?”
Akhirnya soalan yang paling dia tidak mahu dengar, terkeluar juga. Habis tu apa nak jawab ni. Kalau jawab anak Dewi, mungkin dibalingnya Dewi kecik tu nanti.
Fikir Ril, fikir!
Salam dari luar rumah membuatkan perhatian mereka teralih. Laju kaki Amril kedepan. Tolonglah jangan Naira. Tolonglah!
Kalau Naira, semua ini akan habis berderai. Tembelang mereka akan pecah. Boleh jadi, inilah kali terakhir dia berjumpa dengan Dewi.
“Ril...” Suara perempuan dari luar itu terus membuatkan jantung Amril berhenti berdegup!



p/s: sebagai hadiah tahun baru katanya... I know... typing error here and there.. heh...but sedaya upaya dah kurangkan typing error nih.. smpai doc opis pun dah berjangkit typo.. T_T.. hope x spoil kan mood korang nak membaca.. #mybad

nway I try my best untuk buat BAM ni jadi unpredictable... hope so jadi...(x nak dah orang komen plot cliche..) so agak2 siapa yang datang... teka betul saya bagi BAM free satu! =p


 pesanan diraja untuk cik adik n cik abg anon: plez let me know who u r... korang berhak dpt kredit atas komen2 bernas tuh.. =)