Mungkinkah kasih mereka
ternokhtah di sini….
Kekuatan yang mula hilang dilayangkan angin
itu mula ditagih melalui bisikan zikir yang sedari tadi masih belum jemu dari
membasahi bibir. Air mata masih lagi membeku di bening mata. Menanti masa untuk
menerjah ruang wajah. Bukan dia ingin berlakon kuat! Tapi kerana dia sendiri
tidak mampu untuk menangis andai inilah takdir yang telah dipersiapkan oleh Dia
terhadap dirinya sendiri. Mungkin jua ini semua adalah balasan dari khilaf
semalam.
“Aku tak pernah sangka yang semua ini akan
terjadi dalam hidup aku…” Daim menguak rambutnya kasar. Hilang terus wajah
tenangnya yang selama ini terpancar di ruang wajah. Tenggelam terus senyuman
manisnya yang sering menyapa mesra. Dan yang paling mengguris hati, terkubur
terus panggilan manis yang sentiasa meniti di bibir itu. Yang ada hanyalah
sebuah kebencian yang seakan-akan tidak menemui penghujungnya.
“Abang….” Sekali lagi Jazmeen memberanikan
diri untuk bersuara. Dia ingin membetulkan keadaan yang sudah mula pincang.
Tapi untuk apa? Mampukah dia mencantumkan kembali deraian kaca yang sudah
pecah?
“Jangan kau berani panggil aku abang….. Aku
jijik! Aku jijik!!!” Panas peluput telinga Jazmeen tika menyambut tengkingan
suaminya walaupun ini bukanlah kali yang pertama.
“Meen boleh terangkan keadaan yang sebenar
bang… Boleh tak dengar dulu penjelasan Meen?” Tidak salah rasanya jika dia
ingin terus mencuba walau dia sudah dapat mengagak akan nasib yang bakal
menimpanya nanti. Adakah suaminya itu akan menceraikan dirinya?
‘Ya Allah, adakah seberat ini ujian kepada
diriku?’ Seketika dia tergamam dimamah rasa. Namun cepat-cepat dibetulkan letak
duduk akal fikirannya. Mula mengimbangi rasa hati yang mula terumbang ambing.
Bukankah dia sudah bersedia untuk menerima apa jua cubaan? Kenapa dia perlu
takut? Jika dia kehilangan seorang suami, bukankah dia punya Allah…
Namun
mampukah jiwanya ini terus melangkah dengan bahagia tanpa pemilik tulang rusuk
kirinya itu? Mungkin inilah cobaan dan dugaan untuk menguji percintaan mereka.
Untuk menguji kasih sayang antara suami dan isteri. Mungkin Iman suaminya belum
cukup kental untuk mengatasinya. Jadi dia sebagai seroang isteri harus lebih
teguh dan kukuh.. Untuk menangkis godaan syaitan yang pasti akan melaksanakan
tugasnya yang kejam.
Perlahan-lahan kaki Jazmeen melangkah
mendekat ke arah suaminya yang sedang sibuk mengemaskan segala pakaiannya. Air
mata yang mula menitiskan embunya, terus diseka pergi. Tidak mahu air mata itu
terus membasuh kekuatannya yang mula menciput.
“Abang…” Tangan Jazmeen mula mencapai lengan
Daim namun kasar sahaja ditepis oleh si suami.
“Aku cakap jangan sentuh, jangan sentuhlah!
Kau tak faham ke yang aku jijik dengan kau!” Tengking Daim sepenuh hati. Dia
tidak faham bagaimana wanita ini masih begitu tebal mukanya. Walaupun
tembelangnya sudah pecah, namun Jazmeen masih lagi ingin cuba menegakkan benang
yang basah! Perempuan seperti ini memang selayaknya dicampak ke dalam blander
agar terus dikisar halus.
Selama ini dia berbangga beristerikan
Jazmeen… Jazmeen yang mampu mengoda imannnya, Jazmeen yang mampu membimbingnya
ke jalan yang diredhai Allah, Jazmeen yang mampu membetulkan kesalahannya,
Jazmeen yang disayangi oleh semua orang.. Tapi saat kebenaran sudah tersingkap,
hatinya terus tidak mampu menerima isterinya ini.
Perlahan-lahan pungggungnya dilabuhkan di
birai katil. Muka yang keruh itu diraup berulang kali. Nafas yang mendesah itu
makin menyalurkan kelukaan hati yang mendalam. Saat ini, dia seakan-akan tidak
mampu berfikir lagi. Jiwanya berteraburan mencari tempat berteduh. Terus lupa
pada segala ilmu agama yang pernah dipelajarinya dahulu. Padanlah isterinya itu
sanggup menerima lelaki tidak sempurna seperti dirinya, rupa-rupanya, Jazmeen
pun dua kali lima sama jugak! Kotor, jijik, dan hina! Tapi isterinya itu nyata seorang
perempuan yang hipokrit! Dia benci pada orang yang pandai bermuka-muka.
“Berilah peluang untuk Meen berterus terang
bang… Tak kan tak ada ruang untuk Meen perbetulkan salah Meen?” Pohon Jazmeen
sambil terduduk di atas lantai. Tanganya mencari lutut milik si suami. Biarlah
direndahkan dirinya, direndahkan jiwanya dalam menampung kekhilafan semalam.
Daim berhak untuk membencinya? Namun tak kan rasa cinta semalam terus tertimbus
dek rasa benci yang baru bercambah?
“Okay… sebelum kau nak cerita apa-apa dekat
aku, aku nak tanya dengan kau dulu… Betul ke apa yang aku dengar dari mulut Jo
tadi? Betul atau tak?” Keras sahaja pertanyaan Daim. Membuatkan Jazmeen terpaku
sendiri.
Perlahan-lahan ditundukkan kepalanya.
Bibirnya diketap perlahan. Tidak tahu jawapan yang bagaimana yang harus
dipersembahkan buat suaminya. Tangan kanan dan kiri mula bermain sesame
sendiri. Melagukan rasa gundah yang bersarang di pelusuk hati.
“Aku bukan tunggul Jazmeen! Jawablah soalan
aku tadi?” Seakan-akan bergegar rumah banglo setingkat ini tika menyambut
tengkingan dari Daim. Sebelum ini, lelaki ini tidak pernah berpelakuan sebegini
rupa. Adakah ini belang yang disembunyikan oleh suaminya dalam tempoh enam
bulan ini?
Dia ingin bersuara namun suaranya seakan-akan
tersekat di kerongkong. Langsung melahirkan kebisuan yang menemani mereka.
Dengan berat hati, kepalanya dianggukkan perlahan. Terus terdengar keluhan dari
mulut Daim. Jazmeen tahu yang suaminya kecewa. Ya... dia pun terlalu kecewa
dengan dirinya sendiri.
Daim dapat merasa yang kepalanya dihempap
dengan batu tatkala matanya menyambut anggukan perlahan dari si isteri. Tangan
yang kasar itu mula digenggam kuat. Giginya dikancing ketat. Hatinya hanya
Allah sahaja yang tahu. Dia sentiasa berharap yang dia memperolehi seorang isteri
yang tidak pernah ditebuk tupai namun kini dia memiliki seorang isteri yang
tercela maruahnya. Jadi, apa lagi yang tinggal untuk dirinya sebagai seorang
suami?
“Aku rasa, aku tak perlu lagi untuk simpan
perempuan macam kau….” Perlahan-lahan ayat itu terluncur keluar dari mulutnya.
Tangan kanan Jazmeen sudah mula mendarat di
mulutnya. Air matanya sudah jatuh membasahi pipi. Tidak peduli lagi akan segala
tafsiran milik si suami yang mungkin sedang mengetawakan dirinya yang selama
ini sentiasa dianggap kuat jiwa dan rohaninya.
“Aku…”
“Jangan!” Halang Jazmeen sambil terus
berdiri. Lima jarinya terhala ke hadapan. Menahan ayat itu keluar secara rasmi
dari bibir Daim. Biarlah itu semua hanya sekadar terpamir di ruang hati.
Janganlah diungkapkan untuk menjadi tatapan halwa telinga yang sudah pasti akan
membuatkan hati ini bernanah menyambutnya.
“Buat apa lagi aku nak simpan perempuan macam
kau?” Tanya Daim sambil ikut turut berdiri. Sebenarnya dia juga agak terkejut
apabila mendengar bantahan dari si isteri tadi. Saat ini, dia benar-benar
keliru. Antara tutuan hati dan kehendak fikiran… Dia terperangkap lagi bila
iman di hati tidak disusun dengan sempurna. Mudah goyah terhuyung-hayang lantas
membusuk apabila dugaan dan badai datang menjentik.
Jazmeen sudah mula teresak-esak. Dalam diam,
dia terkilan kerana suaminya langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Malah
terus menjatuhkan kesalahan ke atas dirinya. Lalu, apa lagi yang hak yang
tinggal sedangkan dia sedikit pun tidak punya hak untuk bersuara? Dia tahu yang
Daim masih berada dalam keadaan terkejut, namun mahal benarkah harga sebuah
ruang dan peluang untuk wanita sepertinya membela diri?
“Kenapa kau halang aku? Aku tak nak simpan
perempuan yang ternoda macam kau!” Perlahan sahaja suara Daim. Namun kata-kata si
suami itu seperti belati yang menghunus tangkai hati milik seorang isteri.
Terus mati tanpa mampu untuk bernafas lagi.
“Abang…. Jangan lepaskan saya…” Mungkin ayat
ini sahaja yang mampu menghalang Daim dari meneruskan niatnya. Dia percaya
bahawa keadaan ini boleh diperbetulkan. Keretakan kasih ini masih boleh
diselamatkan andai dugaan ini bersulamkan rasa sabar sambil bertawakal kepada
Allah. Dia sedar yang suaminya masih belum kuat untuk diuji sebegini rupa. Jadi
dia harus terus bertabah… kerana Jazmeen percaya bahawa rasa sakit ini pasti
akan kebah.
“Habis tu, kau sanggup digantung tak
bertali?” Duga Daim sedikit tidak percaya. Apa yang nyata, dia tidak dapat
membenarkan yang mana satu kebenaran, yang mana satu kejahilan. Jika dia tidak
dengar dengan telingannya sendiri, pasti dia langsung tidak akan mampu mempercayainya.
Malah, pengakuan Jazmeen melalui anggukan tadi pun sudah membuktikan lagi
kebenarannya. Rupanya, Islam yang menyelubungi diri Jazmeen adalah bersikaf
sementara sahaja. Malah mungkin merupakan sebuah pembohongan. Tapi
persoalannya, untuk apa dia dibohongi sebegini rupa?
“Saya tahu abang sendiri masih keliru… Biar
kita sama-sama ambil masa untuk berfikir. Jangan diturutkan hati bang… Lagipun
soal cerai, tak boleh dibawa main. Bagaimana abang mengambil saya sebagai
isteri diringi dengan dua orang saksi, saya berharap agar abang dapat melakukan
perkara yang sama andai perpisahan ini yang abang pinta. Tapi kalau abang
menentukan bahawa hukuman gantung tak bertali itu sesuai untuk menghukum saya,
itu semua terpulang kepada abang. Saya tak mampu nak menghalang….” Bait-bait
kata Jazmeen yang lembut itu menjerut hati Daim yang kian terjerut.
Kusut, serabut, terluka, semuanya bagai
digaul dengan sebati. Kebaikan Jazmeen seolah-lah membunuh langkah Daim untuk
meneruskan niatnya. ‘Jadi, apa yang perlu aku buat sekarang?’
Jazmeen cuba untuk tersenyum walaupun
senyumannya nyata pahit dan kelat. Namun demi segugus rasa cintanya yang tidak
berhenti untuk menyintai seorang suami, digagahkan jua sekeping hatinya yang
kembali bernanah. Bukan salah suaminya jika suaminya itu membenci. Semua yang
berlaku adalah kerana dosa yang masih bersisa. Waktu gelap yang ditinggalkan
rupanya akan sentiasa menghantui pinggir hidupnya. Dia telah lama belajar untuk
redha. Kerana redha itu adalah keikhlasan hati untuk menerima ujian Ilahi.
“Maafkan aku Meen…”
Mereka saling bertatapan dalam kebisuan.
Namun tidak lama kerana Daim cepat sahaja melarikan wajahnya. Dia bimbang jika
mata isterinya yang penuh rasa cinta itu akan menghalang perjalanannya. Lalu,
langkah diatur kemas ke muka pintu meninggalkan si isteri yang menanggung
bebanan semalam.
Saat menghantar pemergian Daim melalui ekor
mata, Jazmeen sudah terjelupuk di lantai rumah. Melayang terus ucapan indah
yang selama ini menampar mesra hari-harinya. Terbenam sudah asmara yang menjadi
saksi siang dan malam. Hilang sudah tiupan angin Syurga yang membelit jiwa
Jazmeen.
‘Ya
Allah... aku menghimpun kekuata.. Merebut makna kata darimu.. Aku sedar bahawa
ujian adalah kota bahagia yang bakal berdiri megah jika aku tahan diuji..
Biarlah masa berbisik sesama mereka tatkala memperlihatkan kebodohan diriku
apabila berhadapan dengan seorang suami.. kerana yang nyata, sisa cinta ini
hanya miliknya...’
Jazmeen
sedar bahawa hidup ini punya waktu.. Kasih yang dipersia itu bukanlah
kemahuannya. Namun kehendak takdir sudah tersurat sebegini rupa. Andai kata
Daim terus membisu hingga ke akhirnya, perpisahan ini pasti akan terjadi...
Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bias menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini
Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu
Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkinku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat sayang…
***
Kisah mereka bermula di sini…
Aina Jazmeen... Dia gadis biasa yang tak banyak bicara.
Dia punya cerita tersendiri yang hanya menjadi milik sendiri. Tidak lansung
diketahui oleh siapapun. Kadang-kadang nampak begitu pendiam. Namun terselit
ketegasan dalam tutur katanya. Terpamer senyuman cantik di wajah yang mempunyai
lesung pipit itu. Hobinya hanya membaca atau mendengar ceramah daripada ustaz
Azhar ataupun ustaz kacak bergaya iaitu ustaz Don Danial.
Tanpa
disedari Jazmeen, si ibu begitu ralit memerhati dirinya yang sedang ditemani
dengan kitab tafsir Al-quran itu. Sungguh, Puan Maimom begitu bangga
memperolehi anak seperti Jazmeen yang langsung tidak banyak karenah. Dari kecil
lagi, Jazmeen begitu senang berdikari tanpa menyusahkan sesiapa pun. Sopannya
sikap Jazmeen sering meniti di bibir teman-temannya. Namun dia sedikit bimbang
kerana Jazmeen masih sendiri walaupun usianya sudah mencecah dua puluh lapan
tahun. Sudah tiba masanya si anak itu mempunyai keluarga sendiri.
Namun
bagaimana Jazmeen ingin berkahwin jika hidupnya bermula pada waktu pagi untuk
ke tempat kerja. Kemudian petangnnya terus balik melepak di rumah sambil
ditemani buku-buku agama ataupun sesekali anaknya itu membaca novel untuk
mengisi masa lapang. Pada malamnya pula, anaknya itu setia menemaninya di
dapur. Berbual serba ringkas ataupun saling bertukar resepi. Langsung tidak
wujud kehidupan sosial di dunia luar.
Bukanlah
si ibu ini hendak mengajar anaknya agar bersosial di kelab malam, tapi mungkin
cukup jika sekadar ingin berjimba-jimba di pusat membeli belah bersama
rakan-rakan. Namun jika ditanya kenapa asyik terperuk di rumah, anak daranya
itu hanya akan tersenyum simpul sahaja. Meneruskan pembacaan yang terganggu.
Jazmeen hanya akan ketawa besar tika melayan karenah anak saudaranya sesekali
berkunjung di hujung minggu. Lantas, semua ini membimbangkan hati tuanya.
Kadang-kadang dia rasa Jazmeen seolah-olah hidup tanpa emosi yang stabil.
Bagaikan bukan manusia yang normal.
“Apa
yang awak keluhkan tu...” Tegur si suami yang baru selesai membaca surat
khabar. Pagi-pagi di hujung minggu ini, apa lagilah yang boleh dibuat.
Kebetulan pula cucu tidak datang bertandang.. Lagilah terkulat-kulat dia
dibuatnya.
“Fikirkan
pasal Jazmeen tulah...”
“Fikir
pasal Meen? Apa yang awak nak risaukan sangat? Dia duduk depan mata awak...
Bukanlah berpelesan di kelab malam ataupun disko. Daripada awak risaukan dia,
baik risaukan anak bujang bongsu awak yang duk asyik keluar malam tu jeh...”
Encik Hasan melayangkan rasa peliknya. Kadang-kadang dia tidak faham dengan
perempuan. Budak yang baik pun nak dirisaukan lagi! Budak yang duk sibuk-sibuk
keluar, tidak pula dirisau?
“Ish
abang nih... ke situ pulak. Saya risau.. Dia tu dah umur dua puluh lapan...
Tapi tak kahwin-kahwin lagi... Hidupnya hanya ada kita je. Nak bercakap pun
susah, inikan pula nak mencari calon suami. Saya tak mahulah Meen jadi anak
dara tua!” Perlahan sedikit suaranya. Bimbang pula jika ditangkap oleh si anak
yang sedang tekun menelaah di gazebo yang berada di taman langskap itu.
“Entah-entah
dia dah ada pakwe kot... Kita je yang tak tahu. Ialah, anak awak tu kan
perahsia orangnya.” Tambah Encik Hasan membuat kesimpulan sendiri. Entahlah,
sukar untuk ditebak perangai Jazmeen ini. Senyapnya itu tanda berfikir ke, atau
tanpa mengenangkan kisah lampau? Dulu hidup anak gadisnya itu hanya untuk
belajar. Tapi bila tiba saat bekerja, hidup anaknya itu hanya untuk bekerja.
Tidakkah Jazmeen pernah terfikir untuk berkeluarga?
Puan
Maimon mengeluh perlahan. Bingung memikirkan kesudahan cerita Jazmeen ini.
Encik Hasan yang melihat terus membetulkan duduknya. Mulutnya didekatkan
sedikit ke telinga isteri. “Apa kata kalau kita carikan calon untuk Meen?”
Cadangan Encik Hasan itu membuatkan Puan Maimon melopong.
“Ish...
merepeklah.. Abang ingat ni zaman dulu-dulu ke yang mak bapak jodohkan... Tak
mahulah saya.... Lagipun buat-buatnya anak kita tu menderita, tak ke naya?”
Tiba-tiba fikiran pesimis pula yang membelenggu fikiran si ibu.
“Awak
ni... cubalah fikir positif sikit.. Kita yang nak cari calon, kita carilah
calon yang betul-betul sesuai untuk Meen..”
“Meen
setuju ke nanti?” Protes Puan Maimon lagi.
“Lah...
itulah guna mulut... Awak pergilah tanya...” Arah Encik Hasan beria-ria.
“Eh...
saya pulak! Kenapa bukan abang?” Bantah Puan Maimon lagi. Balik-balik tugas
berat ini telah diserahkan kepada si ibu. Macamlah si ayah tak boleh tanya.
“Ialah...
awak kan perempuan. Senang kalau nak bercakap dengan perempuan. Saya ni lelaki.
Kalau Jazmeen tu lelaki, memang dah lama saya cakap...” Usul Encik Hasan
mengelat.
“Tak ada
kena mengena langsung... Tapi hmm.. mana kita nak cekau calon suaminya?” Tanya
Puan Maimon terfikir-fikir. Bersungguh-sungguh nak bercakap dengan Jazmeen,
macamlah dah ada calon untuk dibuat menantu.
“Hmm..
awak surveylah anak kawan-kawan kelab menjahit awak tuh? Nanti saya survey
anak-anak kenalan saya jugak. Tengoklah mana-mana yang sesuai untuk dibuat
menantu.” Bersungguh-sungguh pula
rasanya hati ini untuk mencari calon suami untuk Jazmeen. Dia tidak
mengharapkan yang kaya atau rupa yang handsome, cukuplah kalau menantunya nanti
dapat menerima Jazmeen seadanya. Menjaga anaknya dengan baik.
“Survey?
Abang ingat ni nak cari daging dekat supermarket ke?” Pening melayan karenah si
suami yang seorang ini. Kalau bercakap tu, main fikir sipi-sipi sahaja.
“Alah...
lebih kurang samalah tuh.. tapi tak serupa jeh..” Jawab Encik Hasan melawak.
“Hmm.. agak-agaknya nak cari yang lagu mana ya?” Puan
Maimon mula tertanya-tanya sendiri. Membayangkan ciri-ciri seorang lelaki yang
sesuai untuk Jazmeen.
“Alah... cari yang handsome ala-ala Remy Ishak pun
jadilah...” Terjenggil mata Puan Maimon menyambut kata-kata suaminya. ‘Ada ke
patut si mamat bangla pam shell tu dikatakan handsome! Tak ada citarasa
langsung!’ Encik Hasan boleh ketawa besar. Naik menyampah Puan Maimon dibuatnya
apabila dipermainkan oleh suaminya. Makin tua, makin menjadi-jadi pulak
lawaknya. Malas untuk melayan, Puan Maimon terus ke intipati cerita. Jadi
misinya sekarang ialah, mencari calon jodoh untuk Aina Jazmeen.
***
Daim
mula tidak senang duduk apabila menyambut arahan daripada mamanya tadi. Kahwin
ikut pilihan keluarga? Oh... zaman tok kaduk manalah yang mak bapaknya hidup
tika ini. Hidupnya hanya untuk enjoy enjoy dan enjoy.. Tidak terlintas langsung
di fikirannya untuk serius dalam rumahtangga.
“Ma...
tolonglah.. Daim muda lagi kot...” Ialah, dia baru sahaja berumur dua puluh
enam tahun! Awal gila nak kahwin. Dengan pilihan keluarga pulak tu? Memang tak
lah kan... Janganlah mama mengugut dirinya dengan harta sudahlah.. Eh, apa
ingat ni hidup macam dalam novel ke? Novel fantasi kegilaan rakan-rakan
perempuan seperjuangan di kampus dulu.Cinta kontraklah.. kahwin kontraklah....
Namun apa yang pasti, perkahwinan ini akan dia tentang habis-habisan.
“Daim...
dua puluh enam tu tak cukup besar ke? Lagipun sampai bila nak macam ni.. Keluar
lewat malam.. Balik pagi-pagi buta... Sampai bila nak hidup tak terurus macam
ni? Mama rasa, kahwin je jalan untuk Daim serius dalam kehidupan ni.. Hidup ni
kena ada tanggungjawab. Bukan main langgar sesuka hati je.” Bebel Puan Zakiah.
Bibirnya sudah penat melontarkan kata-kata nasihat buat anak sulungnya itu.
Hidup langsung tidak terurus. Belajar sahaja tinggi-tinggi tapi bab kehidupan,
anaknya itu memang totally lost.
“Apa ma
nih... semua yang Daim buat tak kena dekat depan mama. Boleh tak bagi ruang
untuk Daim pilih jalan hidup Daim sendiri? Kalaupun Daim nak kahwin, Daim nak
kahwin dengan pilihan Daim sendiri!” Punggungnya mula diangkat. Terasa seperti
duduk di atas bara api apabila berhadapan dengan bebelan mamanya yang tidak
pernah berkesudahan.
“Calon
Daim? Daim nak kahwin dengan perempuan seksi-seksi yang selalu Daim berkepit
tuh.. Oh.. tolonglah pilih perempuan yang bertamadun sikit untuk jadi menantu
mama.. Mama tak minta banyak, mama nak kamu tengok dulu calon mama tuh.. Kalau
kamu tak berkenan, mama tak paksa. Kamu hanya perlu tengok je dia.
Sekurang-kurangnya jaga air muka mama yang dah berjanji dengan kawan mama
tuh...” Ujar Puan Zakiah sedikit merayu. Susah betul hendak menjinakkan singa
kelaparan ini. Semuanya kena ikut kepala dia! Mahu sahaja Puan Zakiah sembelih
buat masak singgang!
Memang
sudah dari awal lagi dia terlalu pasti yang Daim akan menolak. Tapi apabila
mengenangkan Aina Jazmeen yang sopan santun itu, suaranya laju sahaja
menyatakan persetujuan untuk memberi peluang kepada Daim berkenalan dengan
Jazmeen. Anaknya ini terlalu sukar untuk dikawal, mungkin dengan berkahwin
nanti, semuanya akan berubah? Siapa tahu ketentuan Allah...
“Yang
mama pandai-pandai berjanji tu kenapa?” Daim mendengus kasar. Dia tahu yang
Puan Zakiah sengaja hendak meletakkan dia dalam keadaan tersepit. Dalam
banyak-banyak perkara, perkara seperti inilah yang tidak pernah dia jangka akan
berlaku dalam hidupnya. Diatur perkahwinan melalu ibu bapa.. Oh, tolonglah....
“Mama
ingat kamu setuju.. Alah... bolehlah... bolehkan? Daim kan sayang mama...”
Pujuk Puan Zakiah sungguh-sungguh. Nak harapkan suaminya memujuk, memang
suaminya itu awal-awal lagi dah cuci tangan. Tak mahu terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung. Sebab Encik Azmil kenal benar dengan perangai
tak semenggah anaknya itu.
“Yalah-yalah...
Kali ni je tau! Lepas ni, mama jangan ada niat nak jodoh-jodohkan Daim dengan
mana-mana perempuan pun!” Keras nada amaran suara Daim. Muka dan suaranya
serius sahaja. Memaknakan tiap butir bicaranya.
“Lah...
memanglah ni kali pertama dan terakhir... Sebab mama confirm yang Daim akan
terpaut pada Jazmeen...” Sakat Puan Zakiah sengaja. Tapi dia benar-benar
berharap yang doanya akan dimakbulkan Allah. Sudah tiba masanya Daim
menghentikan segala tabiat buruknya dahulu. Memang Daim tidaklah sejahat mana,
mungkin hanya tergolong dalam kategori nakal-nakal sahaja. Namun yang nakal
itulah yang akan membuahkan rasa hati untuk mencuba perkara yang lebih
terkutuk. Syaitan ada di mana-mana. Dan dia sudah bertekad untuk menyesatkan
manusia. Jadi Puan Zakiah tidak mahu jika Daim tergolong sama walaupun sedar
yang tahap keimanan Daim memang longgar di sana-sini.
“Okay..
tak ada masalah pun nak kahwin...” Daim ikut turut menyambung jenaka milik
mamanya tadi. Selebihnya dia hanya ingin menduga si ibu sahaja.
“Hah,
betul nih?” Muka Puan Zakiah sudah mempamerkan reaksi teruja. Mulut dan matanya
terus dibulatkan.
“Ya...
kahwin jelah kan.. Kalau tak serasi, cerai... Apa susah kan??” Usai melemparkan
kata yang sudah pasti membuatkan mamanya terkejut, Daim terus mencapai kunci
kereta yang berada di meja kopi. Dia ingin keluar dari kesesakan otak berada di
rumah. Apa yang mamanya hendak dia buat, dia akan buat... Tapi itu tidak
bermakna dia akan bersetuju untuk berkahwin dengan jodoh pilihan mamanya itu.
Kata-kata
Daim tadi membuatkan jiwa Puan Zakiah terhenyak sendiri. Perlahan-lahan
punggungnya melabuhkan duduk di sofa merah itu. Entah kenapa dia rasa tidak
sedap hati apabila mendengar kata-kata anaknya. Adakah benar perancangannya
ini? Dia hendak mencari kebaikan buat si Daim.. Moga Daim mencari hidayah yang
terlangkau jauh dek gapaian tangan. Tapi adakah Aina Jazmeen akan bahagia
bersama Daim? Mampukah dia menyatukan dua insan yang terlalu beza latar
belakangnya? Entah kenapa.... dia terasa seperti mahu menarik kembali
lamarannya itu.
***
Cawan
dan piring yang berada di dalam kabinet mula dikeluarkan. Perlahan-lahan
cawan-cawan tersebut dilap sedikit. Bimbang berhabuk walaupun memang acap kali
diguna pakai. Entah kenapa, hatinya
sedikit tidak keruan untuk menyambut tetamu sebentar lagi. Mungkin berdebar
tatkala menanti kunjungan bakal suami yang akan mengemudi hidupnya nanti.
“Meen....
Meen okay?” Dilurut perlahan bahu anak gadisnya itu. Hati tuanya risau melihat
keadaan Jazmeen yang terus membisu setelah hajat untuk menjodohkan Jazmeen
dengan anak kenalan kelab menjahitnya itu disampaikan.
“Meen
okay... Mak jangan risau..” Segaris senyuman paling manis Jazmeen hadiahkan
buat si ibu yang sedang dilanda kegawatan perasaan.
“Ini
hanya perkenalan je... Meen berhak untuk menolak. Mak tak akan marah.” Ujar
Puan Maimon sungguh-sungguh. Bimbang jika dituduh sebagai ibu bapa yang memaksa
anak-anak. Dia sedar yang dia mempunyai anak yang baik, tapi itu tidak bermakna
yang dia akan mengetepikan soal hati dan perasaan Jazmeen.
“Mak...Meen
sedar yang soal jodoh tu bukan berada di tangan manusia. Tapi jodoh yang baik
adalah daripada tangan yang baik. Meen percaya pada calon yang mak pilih. Sebab
tangan nilah yang membesarkan Meen.
Lagipun, mak dan ayah tak akan memperjudikan nasib anak sendiri kan...
Meen redha...”
Mendengar
pada bait patah kata-kata anaknya, Puan Maimon mula diserang rasa bersalah.
Sepatutnya dia tidak perlu mencampur urusan pemilihan Jazmeen. Dari dahulu
Jazmeen tidak pernah menolak, jadi mana mungkin yang Jazmeen akan menolak
permintaannya yang satu ini.
“Meen
memang anak yang baik. Mak beruntung dianugerahkan anak seperti Meen..” Ditarik
anaknya ke dalam pelukan erat. Jazmeen ikut turut membalas sambil tersenyum
hambar. Jazmeen sendiri sebenarnya masih samar-samar dalam mengenalpasti
kebaikan keputusannya ini. Usai diberitahu tentang pemilihan jodoh itu, terus dia
menjatuhkan rasa hina di atas hamparan sejadah. Memohon dan mengharapkan
bantuan dariNya. Ketenangan hati ini sedikit sebanyak membantu dia untuk
menerima calon jodoh buatnya itu. Lagipula, lebih baik begini. Biarlah mereka
saling belajar mengenali selepas berkahwin nanti.
“Mak pun
baik.. Jadi Meen tak mampu untuk lukakan hati dan permintaan mak. Percayalah,
apa yang membuatkan mak dan ayah bahagia, itulah yang akan membahagiakan Meen..”
Kelopak mata Jazmeen panas menghantuk rasa sedih. Memecahkan dinding-dinding ketenangan
yang selama ini disimpan kemas.
“Tetamu
dah datang tuh... Bolehlah sambung drama dekat depan pulak.” Encik Hasan yang
memerhati sedari tadi, mula menyampuk. Sungguh, dia bangga mempunyai anak
seperti Jazmeen. Sejuk hatinya melihat Jazmeen membesar dengan didikan yang
tidak kurang sedikit pun.
“Apalah
abang nih... Tak habis-habis nak buat lawak...” Air mata yang merebes tadi,
Puan Maimon seka dengan jemarinya. “Jom Meen.. Kita ke depan... Angkat dulang
minuman tu sekali.” Arah Puan Maimon cepat-cepat. Berharap agar Allah
mempermudahkan segalanya.
Jazmeen
menarik nafas sedikit. Dengan ucapan bismillah, dulang cawan itu diangkat.
Membawa langkah ke ruang tamu bersama detak-detik hati yang bergendang hebat.
***
“Jaga
diri.. Jaga kelakuan... Jaga maruah mama dan papa.. Kalau Daim tak suka
sekalipun, jangan sesekali menjatuhkan maruah orang!” Pesan mamanya tadi
berlegar hangat di benak Daim. Dia tidak begitu bodoh lagi untuk menjatuhkan
maruah milik keluarganya. Cuma apa yang membingungkan dirinya, mama ada
memberitahu yang gadis yang bakal menjadi isterinya tua dua tahun dari dirinya.
‘Dah lah jodoh kena paksa, bagi yang tua merenyot pulak tuh..’ Bisik hati Daim.
Otaknya masih lagi terkejut dengan tindakan drastik mama dan papanya ini.
Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Melihat
kedua ibu bapanya berbual mesra sambil bertukar salam, Daim mula termanggu
sendiri. Bingung untuk menyampuk kata. Terlebih sampuk karang, ada jugak yang
kena hempuk. Namun matanya mula terpanggil untuk memandang seorang wanita
berjubah hitam yang s edang melangkah ke arah mereka.
Spontan Daim mencebik di dalam hati. Langsung out of
service! Fesyen kuno bukan main lagi. Pakai jubah tuh? Entah orang Arab mana
yang sesat kat Malaysia nih.. Kalau pakai dress labuh tu boleh terima dek otak
lagi.
Namun saat matanya terpandangan raut wajah wanita yang bakal
bergelar isterinya itu, terus bibirnya melopong. Memang tak cantik macam ratu
cantik. Tapi sekali mata ini memandang, raut wajah itu terus memakukan matanya.
Melarang dari beralih untuk sedikit pun. Wajahnya bagai mempunyai aura yang
tersembunyi. Bagaikan telah mengalihkan dunia indahnya tadi.
Puan Maimon dan Puan Zakiah tersenyum sesama sendiri
apabila menyambut reaksi Daim yang nyata terkejut itu. Mereka benar-benar
berharap agar Jodoh ini akan bersulamkan cinta lantas mengimarahkan alam
perkahwinan yang terlalu besar maknanya.
“Oit... ada tengok anak dara orang macam tuh!” Puan
Zakiah mencuit sedikit peha anaknya itu. Bukan main melopong lagi... Hari tu
sampai tegang-tegang urat bertekat tak mahu terima pilihan keluarga.
Tiba-tiba
Daim bangun dari duduknya. Matanya memang tidak langsung beralih dari memandang
gadis itu. Entah kenapa hatinya berdegup di luar kebiasaanya. Bukan tak pernah
tengok perempuan cantik, tapi hatinya bagai mengelupur keperitan. Semua yang
berada di situ mula menumpukan perhatian terhadap Daim. Termasuklah Jazmeen
yang sedikit terpinga-pinga.
Puan
ZakiaH dan Encik Bakri sudah berpandangan sesama sendiri. Bimbang jika Daim
bertukar menjadi Shrek yang menggila. Anak lelaki mereka itu bukan boleh kira
sangat. Tidak putus-putus Puan Zakiah memanjatkan doa. Berharap agar Daim masih
waras untuk menjaga maruah keluarga mereka.
“Mak
cik... Pak cik... Kalau tak keberatan, saya nak bercakap dengan Jazmeen
sekejap!” Pinta Daim perlahan sambil menunduk hormat. Encik Hasan dan Puan
Maimon mula bertukar senyum. Nampak agak seperti tidak penyabar. Namun anak
muda sekarang apalah yang nak dihairankan sangat. Dekat dalam rumah mereka ni
pun ada contoh terdekat.. Semuannya nak cepat! Tak menyempat sungguh!
“Boleh...
apa salahnya... Kan Meen?” Sempat juga Puan Maimon mengerling sambil memohon
keizinan daripada Jazmeen. Perasaan Jazmeen adalah perkara yang paling
diutamakan. Langsung tidak mahu memaksa sehingga membuatkan Jazmeen rasa terpaksa.
Lagipula, memang perlu untuk mereka saling berbual. Bukan untuk menggalakkan
maksiat. Namun sekadar untuk bertukar bicara. Merelakan erti sebuah langkah
yang ingin ke depan.
Jazmeen
hanya sekadar mengangguk dan tersenyum sedikit. Namun tidak langsung
menghalakan pandangan ke arah lelaki itu. Tiba-tiba hatinya rasa lain macam.
Mungkin lelaki itu sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan yang diatur
ini.
“Pergilah
berbual dekat gazebo depan tuh..” Arah Encik Hasan sambil tersenyum mesra.
Sekali pandang, anak rakan isterinya itu memang boleh menarik perhatian
dirinya. Dengan rupa yang handsome, bicara yang sedikit menyenangkan, mungkin
lelaki itu mampu beriringan bersama Jazmeen untuk mengelola sebuah kehidupan
baru.
Daim
hanya tersenyum sedikit lantas terus ke gazebo yang dia nampak ketika hendak
masuk ke dalam rumah ini tadi. Ditinggalkan wanita itu kebelakang. Kepala yang
tidak gatal itu digaru perlahan. Kenapa sekarang Daim rasa yang hatinya
berbolak balik? Kenapa dia rasa seperti tidak mahu melepaskan seraut wajah itu?
Bukankah kelmarin dia begitu menidakkan perkahwinan yang diatur ini? Kenapa dia
rasa terkeliru kali ini?
“Assalamualaikum...”
Salam yang dihulur membuatkan Daim berpaling ke belakang. Cukup lunak.. cukup
sederhana dan cukup menggamit rasa.
“Waalaikumusalam...”
Jawab Daim perlahan. Sesaat... dua saat... tiga saat... mereka diserang
kesunyian. Apabila menyedari yang gadis itu tidak akan memulakan perbualan,
Daim mula terpanggil untuk bersuara.
“Kenapa
awak terima?” Dikerling ke arah gadis yang bernama Aina Jazmeen itu. Ya...
gadis ini kelihatan sempurna untuk dijadikan seorang isteri. Namun dia pula adalah
seorang lelaki yang bukan datang dari kategori yang ‘baik-baik’. Ilmu agamanya
masih pincang dan retak. Mampukah mereka disatukan dalam erti kata sebuah
perkahwinan?
“Sebab
awak adalah pilihan mak dan ayah saya...” Jawab Jazmeen menunduk. Wajahnya
tenang sahaja namun hanya Allah yang tahu getaran yang melanda rasa hatinya.
“Awak
cakap macam orang yang tak ada pendirian...” Tegur Daim sinis. Kebiasaannya,
dia dikelilingi dengan wanita yang penuh berkarisma. Wanita moden yang suka
memprotes dan mempertahankan hak mereka. Bukan wanita yang mengangguk dalam
semua perkara seperi gadis yang duduk di gazebo ini. Yang menurut walaupun hati
mungkin tidak merelakan.
“Setiap
pendirian manusia itu perlu ada batasnya.. Setiap pendirian itu harus diiringi
dengan iman dan taqwa. Kita tak boleh nak pertahankan apa yang dilarang oleh
Allah.. Kalau sudah terang lagi bersuluh yang pendirian itu dilarang agama,
kita langsung tak punya hak untuk mempertahankannya.. Mengikut pilihan
keluarga, tak bermakna saya tak punya pendirian. Cuma saya mengambil kira soal
kebahagian orang tua saya. Membahagiakan kedua ibu bapa adalah tanggungjawab
seorang anak dan insyaAllah akan ada bahagia untuk saya pula.” Jazmeen
menerangkan secara mudah dalam konsep pendirian hidupnya.
“Tapi
adakah hati awak rela?” Duga Daim lagi.
“Allah pasti akan gerakkan hati kita bila perkara itu berlalu
ke arah kebaikkan. Malah Dia akan memudahkan segala kesukaran yang bertandang
di hati. Bila saya tanyakan kebimbangan saya pada Dia, Dia menghadiahkan
ketenangan dalam hati saya. Jadi, apa perlunya saya menidakkan perkara yang
mendatangkan kebaikan kepada diri saya? Lagipun... Saya percaya bahawa mak dan
ayah saya tak akan memilih seseorang yang tak bertanggungjawab untuk menjadi
suami saya.”
Ketenangan
Jazmeen tika menjawab soalan seakan-akan
memukul benteng keimanan milik Daim. Dia terkedu sendiri. Bait kata yang penuh
rasa cinta pada agamanya. Penuh pengharapan pada Yang Maha Esa. Dia pula
kosong! Langsung tidak punya apa-apa yang boleh membuktikan dia orang yang
mampu untuk membimbing seorang isteri.
“Errk...
awak tanya pada Dia? Dia tu siapa?” Tanya Daim tidak faham.
“Pada
Allah...” Jawapan Jazmeen membuatkan Daim kembali melopong.
“Macam
mana Allah boleh jawab soalan awak?” Persoalan Daim yang agak kelam kabut itu
membuatkan Aina Jazmeen tersenyum. Lelaki itu begitu jujur dalam melahirkan
ketidakpastiannya. Menyerlahkan keimanannya yang senipis kulit bawang.
“Saya
bertanya melalui solat istiharah....” Jazmeen mula kenal akan keperibadian
bakal suaminya.Ternyata lelaki ini memang lemah perihal agama. Namun Jazmeen
kekal melarang otaknya dari memikirkan perkara yang tidak-tidak tentang Daim.
Semua orang layak untuk meninggalkan masa silam dan mula belajar untuk
memperbetulkan masa hadapan. Daim juga tidak terkecuali.
Berkerut
dahi Daim menyambut kata-kata Jazmeen itu. Bibirnya digigit perlahan. Otaknya
mula menjana perkataan istiharah itu. Rasa macam selalu dengar? Mungkin dari
mulut rakan-rakan yang syok alim waktu di kampus dahulu. Rasanya macam solat
untuk orang yang keliru untuk memilih jodoh... Mungkin lebih kurang begitulah
maknanya. Untuk bertanya pada Jazmeen, terasa malu pula. Sudahlah tadi memang
dah menempah malu kerana tertanya soalan yang langsung memperlihatkan kebodohan
diri sendiri.
Seketika
Daim terfikir sendiri. Mahukah perempuan seperti Jazmeen menerima lelaki yang
peluh khilaf dan daif seperti dirinya ini? Tidakkah wanita seperti Jazmeen
mengharapkan seseorang yang lebih baik dan lebih sempurna?
“Apa
yang membuat awak keliru Daim? Apa yang membuatkan awak ragu?” Tanya Jazmeen
tidak tertahan apabila melihat Daim agak gelisah. Mungkin lelaki ini tidak
mampu untuk menerima pilihan keluarga ini. Dan jika itu yang berlaku, Jazmeen
langsung tidak mampu untuk memaksa.
“Saya
lelaki yang daif ilmu agama Jazmeen. Saya tak layak untuk memiliki isteri
sebaik awak. Saya akui yang saya bukan orang baik. Saya adalah pemusnah agama
saya sendiri. Mampu ke orang macam awak terima saya? Mampu ke keluarga awak
terima saya? Saya datang sini hari ni pun sebab nak jaga air muka mama... Mama
kata saya berhak menolak kalau saya tak mahu... Tapi bila berdepan dengan awak,
kenapa saya keliru?” Daripada berdiri, dia sudah mula terduduk di sebelah
Jazmeen. Namun masih menjaga jarak demi menghormati Jazmeen. Mukanya diraut
beberapa kali. Hatinya mula mendesah dan kembali meribut. Kenapa dengan dirinya
ini.
Apabila
tidak mendapat sebarang respon daripada Jazmeen, dia mula menoleh ke arah gadis
itu. Namun Jazmeen hanya tersenyum. Mungkin tersenyum untuk menyambut kedaifan
ilmu agamanya.
“Kenapa
awak senyum?” Tanya Daim tanpa ditahan. Terasa diri sedang diperlekehkan.
“Saya
senyum sebab saya rasa awak adalah manusia yang paling jujur yang pernah saya
kenal. Kenapa awak mengaku awak jahat sedangkan saya nampak kebaikkan awak
sebagai seorang anak. Awak masih lagi berusaha untuk menjaga maruah keluarga
awak. Ini membuktikan yang awak belum jadi orang yang terlalu jahat...”
Daim
melopong. Tidak tahu sama ada itu memang satu pujian ataupun perlian daripada
gadis itu. “ Saya memang teruk.... Saya memang jahat... Lagipun bukan ke lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.. Tapi saya ni jahat.. Saya tak sesuai
untuk perempuan baik macam awak nih...” Keluh Daim lagi.
“Orang
yang jahat boleh jadi baik Daim.. Hendak menjadi baik adalah satu sifat yang
baik walaupun belum tentu akan menjadi yang terbaik. Keinginan menjadi baik itu
adalah terbitan dari rasa kesedaran diri akibat bisikan keimanan di hati. Untuk
merealisasikannya, ialah dengan menyulusuri jalan-jalan terbaik yang pernah
ditempuhi oleh orang-orang yang baik. Berusaha menjadi baik itu sudah mendapat
ganjaran yang baik dari Allah apatah lagi andai dapat menghindari diri dari
melakukan keburukan. Sesungguhnya yang berada di sisi Allah hanyalah yang
terbaik…” Tenang sahaja ayat-ayat itu menampar peluput telinga Daim. Entah
kenapa, hatinya bagai tergolek sendiri kepada Jazmeen. Tanpa dipinta ataupun
dirayu. Dia sendiri yang menyerahkan diri.
Bagi
Jazmeen… semua orang layak diberikan peluang. Dia juga pernah tersasar satu
ketika dahulu. Mujur sahaja dia sudah terbangun dari kealpaan. Mengingatkan
dosa kelmarin, itu makin berkobar hatinya untuk memberi peluang kepada Daim.
“Adakah
saya akan diterima jika nak berubah?” Tanya Daim sambil cuba merenung ke
hadapan. Rasa tidak berani untuk menoleh ke belakang. Menyaksikan noda-noda
yang belum mampu terpadam.
“Keampunan
Allah itu mengatasi segalanya Daim…” Jazmeen kembali memberikan peringatan
terhadap Daim.
“Saya
bodoh walaupun dulu saya pernah belajar… Saya jahil ilmu agama sebab tak
mengamalkannya… tapi saya nak berubah.. Boleh tak awak pimpin saya Jazmeen..??”
Ini memang betul-betul terbalik. Tak pernah-pernah seorang lelaki meminta
seorang perempuan membimbing seorang lelaki. Rasa macam orang yang paling tak
berguna pun ada. Daim sendiri tidak pasti apa yang tidak kena dengan dirinya
ini? Adakah dia telah dipukau dengan kecantikan Jazmeen lantas mengalih hatinya
untuk berubah ataupun ini hidayah daripada Allah.
Jazmeen
hanya sekadar tersenyum. Tidak mampu menabur sebarang janji. Lantaran dia bukanlah
hamba yang terbaik. Dia juga masih belajar memperbaiki dirnya. “Daim… kita
sama-sama berusaha mencuba yang terbaik ya.. untuk mencari redha Allah..”
Akhirnya ayat itu keluar dari mulut Jazmeen. Wajahnya dikalih ke arah lain.
Tidak membenarnya menjadi tatapan Daim lagi. Daim tersenyum cuma. Tapi separuh
hatinya lega dengan keputusan tidak diduga ini.
Ketika diri mencari
sinar
Secebis cahaya
menerangi laluan
Adakalanya
langkahku tersasar
Tersungkur di
lembah kegelapan
Bagaikan terdengar
bisikan rindu
Mengalun kalimah
menyapa keinsafan
Kehadiranmu
menyentuh kalbu
Menyalakan obor
pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikan bicara
keinsafan
Kau beri kekuatan
tika aku
Diuji dengan dugaan
Kau nyalakan
harapan
Saat ku meragukan
keampunan Tuhan
Kau katakana rahmatNya
mengatasi segala
***
Dua
minggu lagi perkahwinan mereka akan dilangsungkan. Namun ada banyak perkara
yang belum selesai lagi. Tengah hari tadi, hampir-hampir dia hendak bergaduh
dengan Jazmeen gara-gara sikap terlalu menjaga-menjaga gadis itu. Pemilihan
baju, tak mahu yang ketat-ketat. Ya.. itu Daim boleh terima sangat. Sedar akan
diri Jazmeen yang terlalu menjaga auratnya. Malah Jazmeen siap sound lagi mak
andam itu.. Walaupun nada suaranya kekal perlahan dan lembut, namun Daim rasa
tidak berkenan.
“Kak,
untuk tukang make up, saya nak peremupuan ya..” Mohon Jazmeen perlahan. Kali
ini Daim hanya mengerling dari tepi. Memilih untuk menjadi pemerhati.
“Dik..boleh
memanglah boleh.. Tapi akak prefer lelaki.. sebab depa punya sentuhan lagi
cantik dan lagi kebabo tau…” Terang mak andam itu semangat.
“Tak
apalah… lagipun saya nak make up yang sederhana je. Cukup kalau nampak menarik.
Tak perlu nak lebih-lebih. Bulu mata pun saya tak mahu pakai…” Bagi Jazmeen,
adalah perlu untuk dia menerangkan segalanya di awal waktu. Bimbang nanti akan
berlakunya salah faham dikemudian hari.
“Sayanglah
dik…. Kahwin ni sekali seumur hidup je tau.. Biarlah meriah sikit.” Pujuk mak
andam itu lagi.
Jazmeen
hanya sekadar tersenyum sahaja. Tidak guna untuk terus bertikam lidah.
Seharusnya mak andam ini menghormati permintaan dari pelanggannya. Mereka
datang kali ni pun untuk membetulkan fitting baju yang agak ketat sedikit
dengan badannya.
“Apa
salahnya kalau awak nampak cantik untuk satu hari tu Meen…” Tegur Daim apabila
mak andam berlalu ke belakang. Daim mula mengambil tempat di sebelah bakal
isterinya. Kadang-kadang dia rasa yang Jazmeen seorang yang tak ada citarasa.
Semuanya nak nampak simple. Cincin nak simple, perkahwinan yang simple, baju
yang simple, semuanya pun nak sederhana. Entah apalah yang istetimewanya
tentang sederhana.
“Saya
nak cari perkahwinan yang baraqah.. bukan perkahwinan yang mengejar glamour..”
Jawab Jazmeen perlahan. Dia bukan memilih untuk menjadi cerewet. Cuma dia
memilih untuk setia menjaga batasan yang telah digariskan. Tak perlu untuk
menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal.
“Saya
tak cakap pun nak wedding yang glamour, tapi saya harap awak boleh terima kalau
mak andam nak make up.. lagipun, saya boleh tunjuk pada kawan-kawan kecantikan
isteri saya. Beritahu mereka bertapa bertuahnya saya untuk memperisterikan
awak..” Pujuk Daim lagi.
“Daim...
kecantikan seorang isteri hanyalah milik seorang suami. Bukan untuk dipamirkan
pada lelaki lain.” Jawapan ringkas Jazmeen itu benar-benar membuatkan Daim
terdiam dan terhenyak sendiri. Tak pasal-pasal dia membentangkan kejahilan
milik sendiri. Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Puan Maimon dan
Puan Zakiah yang berada di satu sudut di dalam butik mula dikerling perlahan.
Mujur sahaja tidak didengari oleh bakal mertuanya. Kalau tak sah-sah tempah
malu sahaja. Inilah akibatnya kalau manusia suka berfikir lepas bercakap.
“Hmm...
satu lagi, saya nak photographer perempuan..” Permintaan Jazmeen itu membuatkan
Daim melopong. Kenapalah aneh sangat perempuan ini? Betul ke mereka ingin
berkongsi bahtera perkahwinan bersama-sama? Mampukah dia mengikut segalanya
dengan sempurna?
“Saya
ada kawan photographer... Tapi dia lelaki. Kita guna dia jelah... Lagipun apa
bezanya?” Sekali lagi Daim mempersoalkan perbezaannya. Adakah Jazmeen yang
terlebih fikir ataupun dirinya yang langsung tidak berfikir?
“Macam
yang saya cakap tadi... Kecantikan seorang isteri hanya milik seorang suami.
Adalah perlu untuk saya menjaga maruah seorang suami..” Tenang sahaja Jazmeen
menjawab.
“Saya
betul-betul tak faham dengan awak nih... Terlalu banyak perkara yang tak boleh.
Bukan ke Islam itu mudah dan menyenangkan...” Bentak Daim sambil mengelengkan
kepalanya. Keraguan mula datang mengaru hati. Membuatkan duduknya tak senang
sahaja. Memanglah kalau lepas ni tak serasi boleh cerai, tapi mamanya awal-awal
lagi dah sound baik punya. ’Kalau ada hati nak cerai, langkah mayat mama dulu!’
Ugut Puan Zakiah serius. Tapi kini, Daim mula rasa hendak naik gila melayannya.
‘Mampu ke aku untuk berubah?’
“Saya
bukan nak demand macam-macam. Tapi sesungguhnya hak seorang isteri itu hanyalah
milik suami...Saya harapkan perkahwinan yang diberkati, yang bahagia, yang
boleh kekal hingga ke akhir hayat saya. Bukan sebuah perkahwinan yang gilang
gemilang tetapi nanti akan hilang redha dan rahmat dari Allah. Mungkin kita
tengok perkara ni macam remeh tapi cuba bayangkan... macam mana kita nak
dapatkan sebuah perkahwinan yang diredhai Allah andai kita melakukan perkara
yang dilarang di majlis perkahwinan kita sendiri. Kita cemarkan dengan perkara
yang Allah tak suka....” Pujuk Jazmeen perlahan. Dia sedar yang bukan mudah
untuk memahamkan Daim tika ini. Lagipula, Daim memang seorang yang berfikiran
moden yang sangat ke depan. Mungkin dia langung tidak terfikirkan semua ini.
‘Bertahanlah
Daim... Keraguan pasti akan bertandang tika hatimu ingin jatuh sujud menyembah
Allah. Tapi andai kau tahu manisnya dugaan ini, pasti kau akan sentiasa
berharap agar Allah menguji keimananmu. Diuji dengan dugaan dan cubaan yang
sememangnya berada di dalam kesanggupan manusia untuk mengharunginya. Percayalah
Daim, Allah menguji kerana DIA percaya kepada dirimu lebih dari dirimu
mempercayai kewibawaanmu sendiri.’
Jazmeen
berharap agar Daim dapat memperkukuhkan rasa hatinya. Bukan mudah hendak
berubah. Semua ini memerlukan istiqamah yang kuat. Mungkin mudah untuk seorang
suami membimbing seorang isteri yang jahil. Namun tidak mudah bagi seorang
isteri memperbetulkan perjalanan seorang suami. Kerana seorang isteri itu
tersangkut pada rasa hormat dan keegoan seorang suami yang bergelar lelaki.
Telefon
yang berlagu di telefon bimbit Daim membangunkan lamunannya. Lantas dibuka
mesej yang masuk
Saya
tahu semua ini tidak mudah.... namun awak harus mencuba tanpa beralah... saya
percaya awak mampu.. =)
Mesej
daripada Jazmeen itu Daim tenung lama. Telefonnya kembali dicampakkan ke atas
tilam. Tidak berniat untuk membalasnya. Mukanya diraut beberapa kali.
Rupa-rupanya, bukan mudah untuk berubah. Diuji dengan perkara sekecil ini pun,
imannya mula rasa goyah. Mampukah dirinya berubah menjadi baik?
Tangannya
terus gatal mencapai buku-buku agama pemberian Jazmeen. Diselak helaian demi
helaian. Mencari topik yang mampu membuka mindanya yang sempit dikala ini.
Tiba-tiba matanya terpaku dengan suatu ayat. Perlahan-lahan, dia mula membaca
bait-bait kata dari buku tersebut.
Mengikut
hadis sahih, “Tidak akan berlaku kiamat sebelum tidak turun 30 dajjal.” Apabila
mendengarkan kata-kata nabi itu, Saidatina Aisyah terus menangis seperti orang
yang diserang histeria. Terlalu takut ketika datangnya fitnah dajjal.
Namun
Nabi terus menenangkan isterinya itu dengan berkata “Kalau dajjal itu muncul,
aku akan berdepan dengannya. Aku akan menjadi pelindungmu ketika datangnya
fitnah dajjal.” Kesimpulan dari cerita di atas ialah, mampukan seorang lelaki
itu melindungi si isteri dari fitnah dajjal nanti?Dan mampukah seorang isteri
mencari pelindungnya?
Terus
terjatuh buku yang sedang dipegang oleh Daim tadi. Lututnya terus menjadi
terketar-ketar. Hatinya diserang debar yang mengila. Lantas dia cuba
beristigfar untuk menenangkan hati yang mula gerun mengenangkan dosa-dosa yang
masih belum mampu dibasuh. Untuk membimbing diri sendiri pun, dia masih dikejar
lelah. Inikan pula hendak memimpin seorang isteri.
Dicapai
satu lagi buku yang mengetengahkan
cara-cara untuk solat dengan lebih ‘takmaninah..’ Dibaca satu demi satu bacaan
dengan suara yang tergagap. Ya Allah... mampukah dia berubah ke arah kebaikan?
Mulut akan terus mempersoalkan kemampuan seorang manusia. Namun jiwa perlu kuat
agar tidak goyah. Dia perlu mencuba untuk mempersiapkan diri menjadi suami yang
terbaik buat Jazmeen.
Terima
kasih kerana percayakan kemampuan saya... InsyaAllah, saya tak akan sesekali
mengalah.. =)
Usai
menaip mesej itu di skrin telefon, butang send mula ditekan. Orang yang tak
pandai tak bermakna mereka bodoh. Kerana orang yang bodoh ialah orang yang
tidak mahu mengubah masa depannya untuk beralih ke arah lebih baik. Dan Daim
tidak mahu tergolong dalam kategori lelaki yang bodoh. Hidup ini harus
diperjuangkan...
***
Hampir
terbeliak mata Hamdan apabila melihat Daim
yang baru keluar dari surau pejabat. Rasa dunia seperti benar-benar
terbalik.
“Kau
biar betul Daim.... Kau tak salah masuk tempat kan?” Daim berpaling apabila
menerima teguran daripada rakan sepejabatnya itu. Seulas senyuman nipis mula
dihulurkan.
“Kenapa?
Surau ni tempat yang salah ke?” Duga Daim sambil cuba beriak tenang walaupun
dalam hati turut merasa malu. Sepanjang tiga tahun bekerja, inilah kali pertama
dia bersolat zuhur di pejabat sendiri. Sebelum ini, semua waktu dilanggar
dengan penuh kebanggaan. Langsung terlupa pada dosa yang makin menggunung
tinggi. Tapi alhamdulilah.. waktu jahiliahnya telah berakhir. Dan Daim berdoa
agar Allah sentiasa membekalkan rasa istiqamah untuk bertahan untuk di hamparan
ini.
“Erkk..
kau tidur dalam surau ya?” Tebak Hamdan lagi tidak berpuas hati. Memang dia
perasan akan perubahan Daim sejak dua tiga menjak ini. Tidak lagi mahu keluar
malam. Tidak mahu lagi melepak-lepak bersama-sama gadis-gadis cantik seperti
kebiasaan. Memang dia ada dengar cerita yang Daim hendak berkahwin, tapi Hamdan
fikir berkahwin bukanlah satu halangan untuk Daim terus meliarkan diri? Tapi
adakah benar gosip-gosip panas rakan sepejabat yang mengatakan Daim telah
berubah?
“Aku
solat zuhur...” Satu keluhan mula dilepaskan. Bukan tanda malu pada Hamdan
tetapi malu kepada Allah. Sudah terlalu lama cinta yang hakiki itu dilupakan. Masih
adakah tempat dia di sisiNya?
Hamdan
mula ketawa lepas. “Errk... kau ingat lagi cara-cara solat Daim?” Perli Hamdan
sengaja. Boleh ke orang seperti Daim nak berubah? Ke ini hanyalah lakonan
sementara sahaja?
“Alhamdulilah...
Mungkin makin lupa tapi aku tak mahu terus lupa. Kau pulak, kau ingat tak kau
tu agama apa? Mana tahu kot-kot dah lupa...” Duga Daim pula sambil
menjongketkan sedikit keningnya. Panas hatinya kerana diperli-perli oleh
Hamdan. ‘Kot ya pun tak join sekaki, supportlah sikit orang nak berubah.
Bilalah mentaliti orang melayu ni nak beralih arah sikit... Semua jenis fikir
ke belakang...’ Dengus hati Daim. Sakit hatinya.
“Wohoooo....
aku tahulah kau nak berubah. Tak payahlah nak perli-perli.” Hamdan mula
meluahkan rasa hatinya. Mahu sahaja dia tercekik mendengar soalan Daim tadi.
“Aku tak
perli... Kau tu yang perli-perli aku dulu. Aku nak berubah... Kalau kau tak nak
jadi malaikat yang membantu aku, sekurang-kurangnya kau janganlah jadi syaitan
yang nak menghasut aku. Aku akui, aku ni tak kuat iman... Tapi aku tengah cuba
nak mantapkan keimanan aku.” Kali ini, sekali lagi Hamdan melopong. Terkejut
mak jemah!
“Jangan
salah faham bro.. Aku bukan perli... Aku cuma nak test mentaliti kau kejap..
Jangan risau bro, aku support kau nak berubah. Nanti bila aku nak kahwin nanti,
bolehlah aku mintak ilmu dari kau pulak. Tak gitu.” Daim tersenyum sahaja
mendengar kata-kata Hamdan. Dia memang tidak layak untuk menasihati Hamdan
secara berlebihan. Dia sedar yang paksaaan tak akan membawa apa-apa perubahan.
Apa yang pasti, Daim hanya mampu berdoa agar Hamdan akan turut merasai perasaan
sepertinya sekarang. Moga-moga ada hidayah untuk sahabatnya itu.
“Jangan
tunggu kahwin baru nak berubah... Sebab takut kau mati sebelum kahwin.” Gurau
Daim sengaja. Manalah tahu kalau-kalau organ dalaman Hamdan terkejut dan terus
ingin berubah sepertinya juga. Tapi Hamdan tersengih sahaja. Takut hendak
membalas kata. Takut terkena batang hidung sendiri.
***
Hajar
menjeling ke arah Jazmeen yang sedang khusyuk membelek majalah solusi di
hadapannya. Wajah itu masih tenang tanpa riak. Tapi hatinya pula yang gerun
memikirkan penerimaan Jazmeen dengan jodoh pilihan keluarganya itu.
“Meen...
kau dah fikir masak-masak ke?” Tanya Hajar untuk yang kesekian kalinya.
“Masak
apa? Gulai, kari, asam pedas...” Belum pun Jazmeen menyudahkan ayat, bahunya
telah ditumbuk perlahan oleh Hajar. Sahabat baiknya ketika di Kolej dahulu.
“Main-mainlah
kau nih...” Marah Hajar bengang. Boleh pulak Jazmeen buat lawak bangla di saat
dia sedang serius menghuraikan hujah.
“Aku dah
fikir masak-masak Hajar.. Dah tahap rentung pun... Kau tu, silalah terima
keputusan hidup aku nih... Dan supportlah sikit...” Pujuk Jazmeen sambil
menolak ke tepi majalah SOLUSI yang sedari tadi menjadi habuan pembacaannya.
Dia tahu Hajar mengiginkan yang terbaik buat dirinya... Tapi dia malas
mendambakan sesuatu yang baik jika dia sendiri pun bukan dari kalangan
orang-orang yang baik.
“Aku
bukan tak nak support... Tapi aku tak puas hati.. Mamat tu teruk gila Meen...
Aku kenal dia.. Dia tu dah lah kaki disko, kaki perempuan... entah kaki
jembalang apa lagi yang kita tak tahu. Kau deserved lelaki yang lebih baik
Meen...tapi bukan mamat tuh..” Hajar teramat beremosi tika membentangkan
hujahnya. Nafasnya turun naik. Kawalan di minda juga berkurangan tatkala
menyambut sapaan perasaan yang menggila.
“Hajar...
kau lupa? Aku pun bukan perempuan yang baik...” Perlahan sahaja intonasi suara
Jazmeen. Hajar melepaskan keluhan perlahan.
“Tapi
itu dulu....” Bentak Hajar. Kalaupun Jazmeen pernah tersilap, itu dahulu.
Sekarang Jazmeen sudah kembali ke jalan yang benar. Bukan jalan yang
menyongsangkan ketika melewati zaman gelap dahulu. Biasalah remaja... sering
bersikap ingin mencuba walaupun sedar yang cobaan yang membabi buta pasti akan
meninggalkan kesan yang mendalam.
“Ya...
dulu aku begitu. Sama jugak dengan Daim kan... Dulu dia teruk tapi sekarang dia
nak berubah. Semua orang perlu diberi kesempatan untuk berubah Hajar..”
“Aku
harapkan seorang lelaki yang mampu membimbing kau Meen... Bukan seorang lelaki
yang kau perlu bimbing...” Hajar kembali membentangkan kerisauannya. Buat-buat
Jazmeen pula yang tergoda dengan sikap buruk Daim, tak ke naya! Perempuan ini
hanya punya satu akal.... Jahanam yang satu tu, hancurlah segalanya.
“Kau
takut aku berubah macam dulu Hajar?” Duga Jazmeen sambil tidak lepas memandang
sahabat baiknya itu.
Lambat-lambat
Hajar mengangguk. Tidak mampu untuk menidakkan kerisauannya.
“Terima
kasih Hajar... Sebab selalu risaukan aku... Selalu tegur aku... Selalu
mengharapkan dan mendoakan yang terbaik buat aku..” Air mata sedikit bergenang
saat mengucapkan ungkapan terima kasih itu. Dia bersyukur, kerana tanpa Hajar,
pasti dunianya dahulu masih terumbang ambing. Mujur sahabatnya itu setia
menasihati dirinya yang penuh khilaf itu.
“Kau
kawan aku Meen... Aku sentiasa harap kau dapat yang terbaik. Tapi aku tak faham
kenapa kau sanggup terima dia... Aku tak mahu kau tersilap langkah..” Keluh
Hajar lagi.
“Aku belajar satu perkara Hajar... Janganlah
bermimpi mencipta kebahagian bila hati tidak mampu memupuk sabar melalui kekecewaan…
Jangan terlalu mengharap akan kesempurnaan bila diri tidak mahu berusaha
memperbaiki diri melalui kesalahan.. Jangan mendamba dan meminta secara
berlebihan bila tidak tahu untuk bersyukur dan berterima kasih di atas
pemberianNya. Kerana itu aku bersyukur
dikurniakan seorang lelaki yang penuh
cacat celanya tapi dia punya kemahuan untuk belajar memperbaiki salahnya..
cintaku padanya makin menjatuh tatkala dahinya jatuh sujud menyembah yang
Esa…Itu doa aku saban waktu dan sekarang, aku rasa ini tanda dari Dia Meen...
Dia yang Maha mengetahui segalanya...” Luah Jazmeen panjang.
“Kau rasa tenang bila menerimanya?” Tanya Hajar
lagi. Mendengar pada luahan hati sahabatnya sebentar tadi, kebimbangannya
beransur hilang.
Perlahan-lahan Jazmeen mengangguk. Adalah perlu
untuk dia selesaikan segalanya bersama Hajar. Hajar ada di zaman gelapnya.
Bersama menempuh zaman terangnya. Dan di saat waktu bahagia terhidang, dia mahu
Hajar ikut turut bergembira. Menerima keputusannya dengan rela hati.
“Baiklah... aku redha melepaskan kau bersama
Daim... Aku harap dia berubah ke arah lebih baik. Mungkin hikmah perkahwinan
akan mengajar Daim erti kehidupan yang sebenar.”
“Tapi.... Perlu ke aku menerangkan kisah silam aku
pada Dia?” Tanya Jazmeen penuh kekusutan. Sesungguhnya, masa silam yang gelap
itu membelit jiwanya dikala ini.
“Tak perlu Meen... sebagaimana kau terima dia
seadanya, dia pun patut melakukan perkara yang sama kan...” Putus Hajar sambil
tersenyum. Cuba menghilangkan kegelisahan milik sahabatnya. Jazmen ikut turut
tersenyum. Harap-harap begitulah....
***
Dengan
sekali lafaz sahaja, Aina Jazmeen sah menjadi isteri kepada Daim Naufal. Mengalir
air mata membasahi wajah Jazmeen. Tidak percaya yang dia telah menamatkan zaman
bujangnya dengan menerima lelaki dari pilihan keluarganya. Walau dia tahu akan
cacat cela yang dimiliki oleh Daim, itu tidak menghalang rasa hati untuk
menerima lelaki tersebut. Perlahan sahaja Daim mula menapak ke arah isteri yang
sedang memeluk Puan Maimon sambil mengelap permata jernih itu.
Bahunya terasa berat! Terasa bebenan tanggungjawab yang
bakal dipikulnya nanti. Kalau ikutkan rasa hatinya, dia memang masih belum
bersedia. Namun Daim pasti yang Jazmeen akan membantu meringankan bebanannya.
Membantu beriringan dengannya dalam mencari Syurga dalam sebuah perkahwinan.
“Abang... kita solat sujud syukur dulu ya..” Ajak Jazmeen
usai Daim berdiri di hadapannya. Spontan Jazmeen melihat wajah mulut Daim
sedikit melopong. Daim yang kaget terus mengaru dahinya yang sudah mula merenik
dengan peluh. Tercetus senyuman di bibir Jazmeen. Memahami perasaan si suami
tika ini.
‘Abang jangan takut... Meen ada di belakang abang. Meen
sentiasa ada disamping abang.’ Jazmeen menghantar pesanan melalui bahasa
matanya. Berharap yang suaminya akan tenang-tenang sahaja.
“Abang ingat tak apa yang Meen ajar semalam?” Tanya
Jazmeen sambil merenung anak mata suaminya sedikit. Daim menganggukkan
kepalanya perlahan. Dia ingat akan cara-cara membuat sujud syukur yang diterang
melalui email oleh isterinya semalam. Dimulakan dengan niat, disusuli dengan
takbiratul ihram.. Kemudian terus sujud dan diakhiri dengan salam. Nampak mudah
tapi dia benar-benar gerun untuk mengerjakannya.
Apabila
ditanya tentang motifnya sujud syukur, mudah sahaja jawapan yang diberikan oleh
Jazmeen. Apabila datangnya satu urusan yang menyenangkan atau yang
menggembirakan, teruslah kita memanjangkan ucapan terima kasih kita pada Allah.
“Biarlah kita memulakan perkahwinan ini dengan sujud syukur kepadaNya.. Tanda
kerelaan hati kita menerima takdir yang telah dititipkan ini...” Ujar Jazmeen
yakin.
‘Aku
sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang
membuka pendengarannya dan penglihatannya.. Maha Suci Allah sebaik-baik
Pencipta.’
Diraup wajahnya
usai melakukan sujud syukur. Hatinya terasa damai. Hilang rasa keliru yang
selama ini menggamit rasa. Rasa tenang mula menjalar di pelusuk hati. Lantas
dia berpaling ke belakang.. Apabila terpandangkan seraut wajah Jazmeen yang
tersenyum manis itu, terus hilang bebanan di bahu. Terasa hidupnya bakal terisi
dengan sesuatu yang lebih berharga.
Ahli
keluarga mula mengerumun mereka berdua tatkala menanti saat membatalkan air
sembahyang. Sebentuk cincin emas mula dihulurkan oleh Puan Zakiah. Air matanya
menitis saat melihat anaknya melakukan sujud syukur sebentar tadi. Hatinya lega
sekiranya anaknya ini benar-benar menerima perkahwinan ini. Doanya, moga
Jazmeen dan Daim akan bahagia buat selamanya.
Jazmeen
tersenyum saat melihat jari manisnya yang sudah terhias cantik. Tipu jika dia
tidak berdebar saat tangan kasar milik si suami menyentuh kulitnya.
Sesungguhnya inilah kali pertama dia bersentuhan dengan seorang lelaki. Terasa
debar hingga ke tulang. Inilah kenikmatan yang Allah janjikan buat sepasang
suami isteri yang telah dihalalkan segalanya.
Ahli
keluarga sudah mula mengusik apabila Daim ingin melabuhkan sebuah ciuman di
dahi Jazmeen. Daim yang memang dikenali dengan perangai nakal terus mengalihkan
tumpuan orang ramai itu. Lantas bibirnya dilabuhkan di telinga kanan milik
Jazmeen yang berlapik tudung.
“Terima
kasih kerana sudi terima abang...” Itulah bisikan yang menampar peluput telinga
Jazmeen sebelum ciuman dilabuhkan. Mata Jazmeen mula silau tatkala menyambut
lancer kamera yang merakamkan detik indah ini.
“Weh...
cium dahilah..” Usik salah seorang daripada saudara mara mereka.
“Ehem...
itu private. Tak boleh tunjuk pada orang luar.” Sempat lagi Daim menyambut
huluran jenaka itu. Akhirnya semua pun tergelak. Pengantin baru itu mula
diarahkan untuk memberikan pose-pose menarik untuk dirakamkan di dalam kamera.
Namun mereka hanyalah bergambar seperti biasa untuk menjaga adab ketika berada
di dalam masjid. Lagipula, keintiman sepasang suami isteri itu tidak perlu
ditunjuk kepada dunia luar. Jadi Daim hanya merelakan kata-kata isterinya yang
terkandung berjuta kebenaran.
Tangan Daim langsung tidak lepas dari mengengam tangan
milik si isteri. Dia berbangga apabila memperkenalkan Jazmeen kepada seluruh
kerabat keluarganya. Ramai yang memuji kecantikan milik Jazmeen. Sesungguhnya
Daim mengakui, tanpa make up yang tebal pun, Jazmeen sudah sedia cantik.
Senyumannya sahaja sudah mampu memikau ramai orang.
Usai akad nikah di masjid, mereka hanya mengadakan
kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan di rumah Jazmeen. Namun mereka berdua
tetap memastikan semua kenalan telah dijemput. Tidak mahu jika ada yang
terkecuali untuk sama-sama meraikan perkahwinan mereka ini. Majlis ini penuh
sederhana tanpa persalinan mewah ataupun singgahsana pelamin yang megah.
Cukuplah ada pelamin kecil untuk merakamkan kenangan bersama ahli keluarga dan
teman taulan. Tapi Daim mengakui yang hatinya teramat gembira. Rasa gembira
yang tidak pernah dia bayangkan. Betul kata Jazmeen, bersederhana itu lebih
baik dan indah.
“Abang...
apa yang membuatkan abang nak menerima saya sebagai seorang isteri?” Tanya
Jazmeen perlahan tika ahli keluarga mereka sibuk mengambil gambar mereka.
“Sebab
abang tahu... Meen boleh jadikan abang lelaki yang lebih baik...” Jawab Daim
langsung merangkul pinggang isterinya. Wajahnya dihalakan ke kamera. Rasa malu
pula hendak memandang wajah isteri tercinta. Rupanya, perasaan terasa lebih
indah saat memeluk seorang wanita yang dihalalkan untuknya. Moga dia masih
punya waktu untuk memperbaiki masa depan.
***
Petangnya,
mereka satu keluarga sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
Hinggar-binggar rasanya dengan kekecohan saudara-mara Jazmeen yang memang
peramah orangnya. Langung membuatkan diri Daim selesa sendiri.
“Keluarga
Meen meriah... Baik pulak tu...” Padan sahaja isterinya ini baik. Dia terdidik
dari keluarga yang baik juga. Malah penuh dengan kasih-sayang. Keluarganya pula
memang tak ramai sangat. Jadi rasa meriah itu agak terhad. Tidak seperti yang
dia rasa sekarang.
“Keluarga
abang pun baik jugak.” Mereka mula saling bertukar senyum. Selesai akad nikah
tadi, telah dia angkat martabat seorang suami dengan meletakkan gelaran abang.
Dan dia bersyukur kerana Daim menyambut baik panggilannya itu. Malah lelaki itu
kelihatan senang membahasakan dirinya abang walaupun Daim muda dua tahun daripadanya.
“Abang
pun nak bina keluarga yang meriah macam ni... Terdidik sempurna seperti ni...
Tapi abang takut...” Kata-katanya mula terhenti tika meluahkan apa yang terbuku
di hati. Daim mula mengeluh perlahan.
“Apa
yang abang takut?” Lembut sahaja pandangan mata Jazmeen melawan kerlingan
suaminya itu.
“Abang
bukan insan sempurna.. Abang takut abang tak mampu nak bimbing Meen yang memang
lebih pandai dari abang. Abang takut tak mampu nak kelola sebuah keluarga....
Abang ni jahil tentang agama... Mampu ke abang untuk membina sebuah keluarga
yang sempurna berdasarkan latar belakang abang yang hina? Kalaulah abang mampu
nak ubah hari semalam....” Luah Daim sambil mengeluh lagi. Betapa kerdilnya
dirinya tika bergandingan dengan Jazmeen.
Jazmeen
tersenyum sahaja. Sesungguhnya senyuman itu benar-benar menenangkan diri Daim
yang keresahan.
“Abang...
bagi orang yang tak beriman, segala apa yang berlaku pasti ada kekurangannya
dan ketidak puasan hatinya kerana di hatinya hanya bertuhankan nafsu. Andai
Allah takdirkan hujan setiap hari dan panas setiap hari pun, pasti akan ada
rungutan. Andai hujan berselang hari juga akan ada ketidak puasan hatinya.
Namun bagi orang beriman, segala yang berlaku di terima dengan penuh syukur
samada hujan atau pun panas kerana baginya, kedua-duanya dari Allah dan sudah
pasti Allah mendatangkan yang terbaik dalam ketentuannya.” Berkerut dahi Daim
menyambut kata-kata dari isterinya.
“Maksudnya….
Apa yang telah berlaku pada abang dahulu adalah ketentuan dariNya. Abang tak
berhak menyesali ataupun berfikir untuk mengubahnya. Kesilapan semalam adalah
untuk diperbaiki pada hari ini. Jangan difikirkan perkara yang sudah lepas.
Tapi jangan jugak dikhuatirkan apa yang akan berlaku keesokan harinya.
Bertandanglah padaNya ketika kita senang atau susah. Di saat waktu terang atau
gelap. Sesungguhnya dia berada di samping manusia walau apa jua keadaan
sekalipun.. Berharaplah pada Dia... nescaya dia tak akan berpaling dari
memberikan perhatian dari kita.” Hurai Jazmeen lagi.
“Terima
kasih.... Sebab terima insan kerdil macam abang nih...” Tanpa rasa malu,
dicapai tangan isterinya itu. Digengam seerat mungkin.
“Percayalah...
Meen berbesar hati menerima abang dalam hidup Meen. Abang tahu, bila kita tahu
kita banyak buat salah, hati kita akan lebih rasa rendah diri denganNya. Itu
lebih baik dari orang yang tak pernah buat salah, dan sentiasa merasa dirinya
sentiasa terbaik dimata Dia. Sehingga hilang rasa rendah diri tika
menghadapNya.” Jazmeen masih belum jemu memujuk Daim agar tidak terlalu merasa
kerdil lantas terus merasa terpencil. Sesungguhnya, hamba itu memang hina di
sisiNya. Tapi rasa hina akan membuatkan manusia lebih berharap pada
keredhaanNya.
“Hah,
dah nak maghrib sangat nih.... Cepat-cepatlah kemas. Nanti boleh berjemaah
sama.“ Encik Hamdan sudah mula mengeluarkan arahannya kepada sanak saudara yang
masih sibuk bergotong-royong itu. Tika dia berjalan untuk masuk ke dalam rumah,
dia mula melarikan langkah menuju ke tempat anak dan menantunya berdiri.
“Daim...
maghrib nanti kamu jadi Imam ya?” Terbeliak mata Daim menyambut arahan bapak
mertuanya itu. Memang perkara seperti inilah yang paling ditakutinya. Sepanjang
dia hidup, tak pernah hayat dia jadi Imam Semua benda mula berlegar di ruangan
minda. Bacaan solat, cara-cara solat yang lebih bertakmaninah.... Doa pun tak
hafal dalam bahasa arab? Kalau dia menolak saat ini, pasti Jazmeen akan
mendapat malu besar.
“Ayah...”
Jazmeen terpanggil untuk mengalih perhatian ayahnya.
“Ada apa
Meen?” Kali ini, pandangan Encik Hasan sudah mula jatuh pada anak perempuannya.
“Boleh
tak kalau kami nak maghrib berdua je. Bukan apa, inilah adalah solat jemaah
pertama kami. Meen harap dapat mulakan semuanya berdua dengan abang dulu. Boleh
kan?” Pinta Jazmeen tersenyum. Dia sudah mengagak yang ayahnya akan mengarahkan
Daim untuk menjadi Imam solat mereka. Kerana dahulu abang iparnya juga
dikenakan arahan yang sama.
“Apa salahnya
kalau solat sama-sama.” Duga Encik Hasan pula.
“Kami
baru je dalam proses perkenalan... Meen nak kenal abang dalam solatnya yang
pertama. Lagipun inikan pilihan mak dan ayah, jadi biar Meen test dulu sama ada
suami pilihan mak dan ayah ni lulus atau tak jadi Imam.” Dia tahu yang Daim
masih belum bersedia sepenuhnya. Bukan dia mempertikaikan kemampuan Daim, tapi
dia bimbang jika ketakutan yang berlebihan akan membuatkan Daim lebih
terjerumus melakukan kesilapan.
Adalah
perlu untuk dia jaga maruah seorang suami. Sesungguhnya di situlah tempat yang
selayaknya cela suami tersembunyi. Iaitu di tangan milik seorang isteri. Dia
takut mak dan ayahnya menyesal kerana bermenantukan Daim sedangkan dia sudah
menerima semuanya seadanya.
Encik
Hasan tersenyum. Memahami dan menghormati permintaan si anak. “Baiklah... Daim,
jangan rosakkan nama baik ayah ya?” Ujar Encik Hasan sedikit berjenaka.
Manakala
Daim pula mula tersenyum sumbing. Sungguh, rasa hendak menitis air matanya saat
melihat si isteri teguh mempertahankan maruah dan cela seorang suami. Redahlah
satu pelusuk dunia sekalipun, hanya ada seorang wanita yang bernama Aina
Jazmeen sahaja yang akan melakukan seperti ini.
“Meen...
terima kasih.. Abang tak tahu nak cakap apa...” Ujar Daim sedikit
tergagap-gagap.
“Abang
cakaplah Alhamdulilah... Bukan sebab abang tak akan jadi Imam. Tapi sebab Allah
bagi peluang untuk abang perbaiki lagi mana yang kurang. Abang mungkin
terselamat malam ini. Tapi abang harus persiapkan diri untuk menghadapi hari
esok.. Meen percayakan kemampuan abang. Percayalah bang, Allah pasti akan
kirimkan dugaan dan cabaran tika cahaya keimanan mula bersuluh. Tapi tu semua adalah
medan pertempuran yang Allah beri untuk memantapkan lagi tahap keimanan kita, mempertingkatkan
lagi tahap keredhaan kita pada Dia.”
Nasihat Jazmeen Daim terima dengan anggukan beberapa
kali. Bersungguh memaknakan kata-kata dari si isteri. Dia senang dengan segala
teguran Jazmeen, dia senang dengan segala pertuturan Jazmeen dan dia senang
dengan penerimaan Jazmeen tika menggeledah jiwanya. Rasa selamat dan tenang
berada di sisi Jazmeen. ‘Ya Allah.... betapa aku bersyukur dengan kurniaanMu
ini.. Moga kau permudahkan segala yang sukar. Kau ringankanlah diriku tika
menyempurnakan keimananku untuk menghadapMu nanti. Sesungguhnya hanya pada aku
mohon pertolongan.’
***
Direnung
wajah suaminya yang baru muncul dari balik pintu. Perlahan sahaja langkah Daim
apabila tangannya menatang dulang yang berisi semangkuk bubur yang dimasak khas
untuk Jazmeen. Melihatkan kesungguhan Daim, Jazmeen mula mengagahkan diri untuk
bangun walaupun kepalanya kepalanya terasa amat berat.
“Meen
okay tak ni? Betul tak mahu pergi klinik?” Tanya Daim prihatin sambil
meletakkan dulang makanan di meja sisi. Risau pula melihat sakit isterinya yang
makin menjadi-jadi.
Jazmeen hanya tersenyum sedikit lalu mengeleng. Dia masih
bisa bertahan lagi walaupun sakit giginya mencengkam kuat. Terasa mahu pitam
apabila gusi yang membengkak mula naik ke kepala. Betullah kata orang, sakit
gigi jatuh penyakit kedua paling sakit setelah sakit orang bersalin melahirkan
anak.
“Dah
besar-besar pun takut jumpa doktor gigi jugak ke?” Usik Daim sambil mengusap
sedikit pipi Jazmeen yang jelas membengkak. Sudah tiga bulan hidup bersama, dia sudah mula
dapat mengenal pasti perangai Jazmeen. Wanita yang penuh ketegasan, namun masih
terselit manja buat si suami yang dicintai. Wanita yang penuh dengan renungan yang
mampu menggugat jiwa lelakinya. Wanita yang tutur katanya boleh meluruhkan hati
Daim.
“Mana
ada takut... Meen cuma tak suka jumpa doktor..” Jawab Jazmeen lembut. Tangannya
melingkar di lengan milik Daim. Kepalanya dilentokkan ke bahu Daim. Terasa damainya
hati setelah menjadi seorang isteri. Ya... mungkin Daim punya kelemahan yang
ketara dalam bidang agama namun manusia harus tahu bahawa setiap kelemahan itu
boleh ditampal dengan pelajaran yang berguna. Belajar memperbaiki kesilapan
adalah lebih baik dari berbangga dengan kebaikan yang ada.
Daim
cepat belajar dan senang ditegur. Apabila ditegur, dia belajar untuk tidak
mengulangi kesilapannya. Mulutnya lurus bertanya akan perkara yang tidak
diketahuinya. Tidaklah berpura-pura tahu akan perkara yang dia tidak ketahui.
Langsung memperlihatkan kesungguhan untuk menjadi seorang yang lebih baik dari
hari semalam.
Tiba-tiba
Jazmeen mengerang kesakitan sambil melekatkan tangannya di pipi kanannya.
Hatinya berulang kali beristigfar. Jazmeen sedar yang sakit itu adalah
penyembuh dosa. Dosa-dosa kelmarin yang
masih diketahui oleh Daim. Walaupun mungkin dulu Daim daif hal ehwal agama, dia
tetap takut untuk menceritakan hal sebenarnya. Bimbang diketepikan oleh si
suami yang sudah mendapat tempat di hatinya. Dalam diam dia memuji Daim... Daim
begitu melahirkan sikapnya dengan telus. Bukan seperti dirinya yang berlakon
baik di dalam terang tetapi melakukan amalan yang dimurkai Allah di dalam
gelap. Setitis air mata mula merintik di lengan Daim. Kesakitan ini adalah kerana
dia merahsiakan rahsia besar dari pengetahuan seorang suami. Jadi inilah bahana
yang akan dia tempuhi...
“Ya
Allah Meen... Sakit sangat ke?” Tidak sanggup rasanya melihat Jazmeen merengkok
kesakitan seperti ini. Hendak bertegas menghantar ke klinik gigi, dia bimbang
akan menguris hati Jazmeen lantaran Jazmeen sentiasa menjadi isteri terhebat
buat dirnya. Namun untuk membiarkan isterinya dalam keadaan ini, hatinya
langsung tidak merelakan walaupun dia tahu yang sakit itu datang dari Allah.
“Makan
sikit... lepas ni makan ubat.” Arah Daim sambil menghulurkan suapan namun
ditolak lembut oleh Jazmeen.
“Tak
boleh bang... Sakit sangat..” Adu Jazmeen lagi sambil tangannya melekap di
pipi.
“Kalau
macam tu makan ubat tahan sakit nih...” Laju sahaja tangan Daim menyuakan
seulas ubat yang memang sudah tersedia di atas piring. Namun sekali lagi
ditolak oleh Jazmeen.
Daim
sudah mula mati kutu. Geram juga dengan kedegilan Jazmeen. Suruh pergi klinik
tak mahu, suruh makan ubat culas sangat. Dah tu cara apa lagi yang perlu dia
lakukan untuk membantu isterinya yang kesakitan itu.
“Cuba
nganga... Abang tengok gusi Meen..” Arah Daim sambil memegang kedua belah pipi
isterinya. Laju sahaja Jazmeen mengeleng. Malu rasanya jika Daim hendak
menyelongkar khazanah di dalam mulutnya. Dia sendiri pun tidak pernah skodeng
mulutnya. Kot-kot ada gigi yang berlubang atapun gigi yang tak bersih ke...
Lagipun, manalah tahu kalau-kalau nafasnya berbau, tak ke malu!
“Lah...
nganga jelah...” Arah Daim lagi. Pertama kali melihat sikap degil Jazmeen.
Namun tetap dilayan tanpa rungutan. Dia sedar yang waktu sakit-sakit seperti
inilah yang boleh merapatkan lagi ukhuwah mereka. Mengenal kesabaran dalam
melayan karenah pasangan.
“Malulah....”
Jazmeen berpaling dari renungan tulus seorang suami. Betapa dekatnya tubuh
mereka tika ini. Langsung mendatangkan rasa tidak keruan di pelusuk hati
Jazmeen. Setiap sentuhan Daim memang mampu membuatkan nadinya bertaburan.
“Alah...
nak malu buat apa? Lebih dari ni pun abang pernah tengok kan...” Sempat lagi
Daim mengusik. Laju sahaja Jazmeen mencubit lengan suaminya. Dia senang dengan
gurauan suaminya itu, tapi rasa malu tetap menghadirkan diri.
“Wahai
isteri kesayangan abang... menyejuk hati abang... makan ubat ya... Biar sakit
tu reda sikit. Memang sakit ini datang dari Allah. Rasa sakit ini memang tak
akan sembuh tanpa izinNya. Tapi manusia perlu berusaha kan... Bukan berpeluk
tubuh sambil bergolek-golek atas katil je kan... Jadi, wahai isteri abang yang
mithali, sila makan ubat ya..” Pujuk Daim lembut.
Jazmeen
merenung ubat yang berada di dalam piring kecil itu. Air liurnya ditelan
perlahan. Sedari kecil lagi, dia memang liat bin culas untuk makan ubat. Bila
suruh makan ubat, deman yang sikit makin menjadi-jadi pula.
Melihatkan
isterinya seakan-akan masih mahu berdegil, Daim mula bangun dari duduknya.
Tidak betah ingin memaksa. Jadi segera dibawa langkah menuju ke bilik air.
Langsung tidak menghiraukan panggilan Jazmeen yang menyeru-nyeru namanya.
Sebuah
keluhan mula dilepaskan. Terasa bersalah pula kerana mengabaikan arahan dari
suaminya hingga membuatkan Daim merajuk hati. Akhirnya lambat-lambat tangan
kanan mula mencapai seulas ubat berwarna putih itu. Biarlah dia mati telan ubat
ini... Tapi dia tidak mahu mati tanpa redha suaminya. Dia sanggup melakukan apa
sahaja demi suami yang tercinta walaupun terpaksa melakukan perkara yang paling
sukar dalam hidupnya. Baru sahaja ubat itu hendak masuk ke dalam mulut, ubat
itu telah dirampas lembut. Tergamam Jazmeen dengan tindakan drastik Daim.
“Abang...”
“Jangan
paksa diri kalau tak mampu...” Ujar Daim sambil tersenyum nipis.
Jazmeen
melopong. Tidak berapa faham dengan tingkah suaminya tika ini. Bukankah Daim
yang beria memujuknya supaya mengambil ubat? “Abang doakan isteri abang cepat
sembuh....” Sebuah ciuman mula dilabukan di pipi Jazmeen yang sudah membengkak.
Lantas tangannya laju menampalkan koyok yang diambil di dalam kotak peti
kecemasan yang sudah tersedia di dalam bilik air.
“Koyok
ni berangin.. Mungkin akan melegakan sakit Meen...” Ujar Daim tersenyum.
Digosok berulang kali pipi Jazmeen. Melahirkan rasa kasih yang tak sudah-sudah.
Dia terlalu sayangkan Jazmeen. Untuk merajuk dengan Jazmeen pun, dia fikir
sejuta kali.
Mata
Jazmeen sudah mula berkaca-kaca. Hatinya ditimbus rasa terharu. Terus dia
memeluk erat tubuh Daim. Kebiasaanya, dia pasti akan malu-malu tika suaminya
itu menarik tubuhnya mendekat. Namun kini, dia yang merelakan diri. Merelakan
tatkala hatinya dibasahi dengan kasih dan sayang yang tidak terhitung dari
seorang suami.
“Peluk
abang ni... Nak apa-apa ke?” Usik Daim sengaja. Ingin sahaja dia gantikan rasa
sakit yang dialami oleh si isteri. Biar dia yang tanggung. Tapi takdir tidak
memihak sebegitu rupa. Tapi sebenarnya sekadar menampal koyok ini, ia hanya
memberikan kesan sementara sahaja. Jadi sebentar nanti sebelum tidur, dia akan
menumbuk ubat tersebut dan dicampurkan ke dalam minuman Jazmeen.
Sekurang-kurangnya dapat juga ubat tersebut memberi kesan terhadap kesakitan
isterinya itu.
“Abang
ni... Orang peluk je...” Muka Jazmeen mula memerah. Seakan-akan tidak percaya
dengan tindakan drastiknya sebentar tadi. Malunya hanya Allah yang tahu.
“Lah...
abang tak cakap apa-apa pun.. Peluklah lagi.. abang suka sangat...” Daim terus
mengacah Jazmeen dengan berpura-pura mengarahkan Jazmeen menariknya ke dalam
pelukan. Akhirnya, Jazmeen terus menyembunyikan wajahnya di dada Daim. Dalam
kesakitan, Allah tetap merenjiskan kebahagian buat dirinya. ‘Ya Allah.... tidak
terbalas melodi rasa kasihku terhadap diriMu..’
***
Hati hiba
mengenangkan
Dosa-dosa yang ku
lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba
berdosa
Ku akui kelemahan
diri
Ku insafi
kekurangan ini
Ku kesali kejahilan
ini
Terimalah...
terimalah...
Terimalah taubatku
ini...
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan
perasaan
Kerna hilang dari
jalan
Menuju redhamu Ya
Tuhan
Di hamparan ini ku
meminta
Moga taubatku diterima
Disepertiga
malam itu, Jazmeen kembali melabuhkan rasa khilafnya di atas hamparan sejadah
ini. ‘TanpaMu, sesungguhnya aku tidak berdaya... Hilang punca dan arah... Aku
hanyut alpa tika nafsu bergelora... daku
derita dan lemah dalan kesengsaraan... Jiwa dan tubuhku kepedihan menanggung
kifarah dariMu ini ya Allah...’ Tersedu-sedu Jazmeen mengadu kepada Yang Maha
Esa.
Dikerling
sekujur tubuh Daim yang sedang lena di peraduan. Dia terasa hina di samping
Daim. Apatah lagi bila mengenangkan malam pertama mereka dahulu... Usai Daim
mengimamkan solat mereka, Daim terus membawa Jazmeen duduk di birai katil.
“Isteriku
Jazmeen.... abang adalah suami yang terlalu bertuah kerana memilikimu.. Abang
adalah lelaki yang penuh dengan khilaf... Abang tak mampu nak jadi sempurna
seperti lelaki lain. Tapi ada sesuatu yang abang nak Meen tahu.. sejahat-jahat
abang... Abang tak pernah menyentuh sesuatu yang bukan merupakan hak abang. Abang
masih lagi meletakkan maruah seorang wanita itu tinggi nilainya walaupun
mungkin dia seorang GRO di kelab malam.. Mungkin tangan ini lalai tika
menyentuh setiap inci tubuh mereka.. tapi hati ini masih kekal melarang jika
abang hendak memperhambakan mereka dengan nafsu...” Seketika, Daim mula mencuri
nafas. Hanya Allah yang tahu bekalan kekuatan yang dikumpul untuk menerangkan
dengan lebih lanjut kepada isterinya tentang hal ini. Namun adalah perlu untuk
Jazmeen tahu di mana letaknya sejarah silamnya terdahulu.
Jazmeen
yang mendengar hanya menunduk. Terasa panas wajahnya apabila mendengar luahan
seorang suami. Dalam pada masa yang sama, dia rasa hina kerana Daim masih
memandang tinggi darjat seorang wanita. Tapi dia pula dengan sewenangnya
menyerahkan diri ke dalam kancah yang diharamkan Allah. Jadi sekarang ini,
dialah yang lebih hina dari suaminya.
“Abang
tak janji untuk tak buat Meen menangis.. abang tak janji untuk mengalungkan
kepada Meen dengan perhiasan intan belian. Tapi janji abang, abang tak akan
buat Meen menyesal kerana bersuamikan
abang. Abang mungkin punya kehidupan silam yang gelap... Tapi insyaAllah, akan
ada cahaya yang akan menyuluh kehidupan abang yang mendatang. Iaitu cahaya dari
Dia... Dialah yang telah mengirimkan Meen untuk abang... Dan abang adalah
lelaki yang paling bertuah.” Perlahan-lahan Daim mula melabuhkan sebuah ciuman
di dahi Jazmeen. Mengharapkan agar tautan kasih ini akan bersemi buat
selamanya.
“Meen...”
Suara itu mengejutkan Jazmeen dari lamunan. Terkejut kerana suaminya sudah
berada di sisinya. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Sebuah senyuman paling
manis cuba dihadiahkan kepada Daim.
Daim
terjaga saat mendengarkan tangisan mendayu-dayu milik Jazmeen. Sangkanya
Jazmeen menangis kerana sakit gigi yang dialaminya. Tapi rupa-rupanya Jazmeen
menangis tika mengadu kepadaNya. Betapa kerdilnya dia di sisi Jazmeen. Ketika
dijengah rasa sakit sekali pun, Jazmeen masih setia mengadapNya. Bukan
sepertinya yang adakalanya masih alpa dengan godaan dunia.
“Kenapa
tak kejut abang?” Tanya Daim perlahan sambil mengambil tempat di sebelah
Jazmeen. Jazmeen mula merenung mata suaminya yang agak kuyu itu. Kasihan kerana
pasti suaminya itu penat menjaganya semalam.
“Abang
kan penat jaga Meen semalam... Jadi Meen bagi rehat dekat abang..” Terang
Jazmeen perlahan. Cuba menghalau rasa sangsi Daim terhadap dirinya.
“Meen
memang tak sayangkan abang ya?” Berkerut dahi Jazmeen menyambut kata-kata
suaminya itu.
“Ish..
kenapa abang cakap macam tuh?”
“Ialah...
Meen nak tinggalkan abang ke belakang. Meen tak nak ke masuk Syurga dengan
abang...” Ujar Daim sambil menunduk. Terasa benar-benar rendah diri. Siapalah
dia jika hendak berdampingan dengan wanita sesempurna Aina Jazmeen. Mampukah
mereka beriringan nanti?
“Ish...
kenapa abang cakap macam tuh... Meen harap yang kasih kita hingga ke Syurga.
Tak terlintas di fikiran Meen untuk tinggalkan abang ke belakang. Meen cuma tak
mahu ganggu lena abang. Percayalah bang... dari pintu mana sekalipun, Meen
harap abang yang akan pimpin Meen ke Syurga... Itu doa Meen tiap-tiap hari.”
Pujuk Jazmeen sambil mencapai tangan milik suaminya.
Perlahan-lahan Jazmeen melabuhkan bibirnya di tangan
kasar itu. Tangan yang sering menepis permata di ruangan wajahnya. Tangan kasar
yang lembut ketika membelainya dan InsyaAllah.... tangan inilah yang akan
memimpin dirinya ke Syurga nanti. Ingin dia salurkan rasa kasih yang tidak pernah
berhenti mengalir di ruangan hati. Sesungguhnya rasa cinta ini hanya milik
seorang suami yang sudah dihalalkan Allah.
“Abang
pun doa macam tu Meen.... Walaupun abang takut doa abang tak dimakbulkan, abang
tetap akan mohon dengan Allah.. Abang tak akan kenal erti jemu walau sedikit
pun.. Biarlah abang menangih dari Dia sebab abang tahu, dialah yang maha
menguasai segalanya..” Tersenyum Jazmeen mendengar luahan Daim. Terasa tulus
sahaja.
“Hmm...
sakit gigi Meen macam mana? Dah okay?” Tanya Daim sambil mengusap sedikit pipi
Jazmeen. Seakan-akan telah surut bengkaknya. Doanya semoga Jazmeen tidak akan
berperang dengan rasa sakit lagi.
“Alhamdulilah...
berkat abang jaga Meen semalam.”
“Berkat ciuman abanglah tuh..” Sambut Daim spontan. Muka
Jazmeen terus kemerahan.
“Oh ya
ke?” Berkerut dahi Jazmeen. Cuba mengusik suaminya walaupun sedar yang
hakikatnya jiwa seorang wanita itu sangat-sangat tercuit dengan setiap tingkah
Daim.
“Yalah...Cuba abang cium lagi... Tengok apa pulak
jadi...” Gurauan Daim itu membuatkan Jazmeen ketawa kecil. Sesungguhnya, Daim
adalah seorang suami yang mampu mengubat jiwanya.
“Meen...
Hmm... sempat lagi kan kalau Meen teman abang?” Pinta Daim tanpa teragak-agak.
“Abang
nak Meen teman pergi mana?”
“Ke
jalan Syurga...” Daim sudah tersengih-sengih nakal.
“Errk...kan
dah nak subuh nih...” Tolak Jazmeen sambil menunduk. Sedikit sebanyak, dia
faham dengan apa yang bermain di gelodak suaminya.
“Sebab
nak subuhlah kita kena buat cepat-cepat...” Ajak Daim sungguh-sungguh. Jazmeen
mengigit bibirnya sedikit. Tidak betah lagi menolak keinginan seorang suami.
“Hmm...
lepas subuh pun boleh kan?” Pujuk Jazmeen perlahan.
“Eh...
boleh ke? Bukan tak boleh ke?” Muka Daim jelas terkejut.
“Lah...
kenapa pulak tak bolehnya...” Kali ini muka Jazmeen pula yang berkedut-kedut
menyambut persoalan suaminya itu.
“Boleh
ke solat tahajud lepas subuh?” Ringan sahaja mulutnya memohon Daim menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Memang ilmunya masih belum mencukupi tapi setahunya, memang tak boleh.
“Lah....
abang ajak Meen tahajud ke?” Tanya Jazmeen sambil mula beristigfar di dalam
hati. Bagaimanalah fikirannya boleh melencong ke arah planet pluto ini? Rasa
macam nak menyorok bawah katil sahaja.
“Ialah...
kenapa? Meen fikir apa?” Sedikit sebanyak, Daim sudah mula tersenyum nakal.
Terasa lucu pula mengenangkan penolakan Jazmeen sebentar tadi. Rupanya apa yang
isterinya fikir, tak sama langsung dengan perkara yang berada di benaknya.
‘Boleh tahan tercalar jugak otak isteri aku nih...’
Kepalanya sudah tergeleng-geleng. Hatinya sudah terguling-guling.
“Erk.....”
Jazmeen mula tergagap mencari jawapan. Anak matanya menilau di sekeliling ruang
mata. Tidak mampu lagi membalas pandangan redup milik si suami.
“Meen...
Meen... Abang ni belum tahap kemaruk lagilah...” Usai dia menghabiskan ayat,
terus terburai ketawa kecil dari si suami. Tak mampu ditahan lagi.
Tawa Daim membuatkan wajah Jazmeen membahang kepanasan.
Jazmeen ikut turut tersenyum apabila menyedari kekhilafan diri. Malunya, hanya
Allah yang tahu. Mujur sahaja dia sudah terbiasa dengan usikan-usikan Daim.
Akhirnya
Daim membawa Jazmeen ke dalam pelukannya. Dikucup ubun-ubun isterinya yang masih
berlapik dengan telekung itu. Hatinya disapa bahagia. “Bila muka Meen merah,
semua ni membuatkan abang makin sayangkan Meen...” Tapak tangan Daim sudah
melekat di belakang badan Jazmenn. Akhirnya Jazmeen ikut turut memeluk kejap
badan Daim. Menghilangkan keresahan yang menjalar. Melahirkan rasa syukur yang
melimpah-limpah. Menghargai kasih sayang anugerah Ilahi.
***
Pada
mulanya, memang tidak mudah bagi Jazmeen untuk menjadi suri rumah separuh masa
bila separuh daripada kudratnya sudah hilang apabila dituntut melakukan
kerja-kerja di pejabat. Kalau dahulu, balik sahaja dari tempat kerja, emaknya
sudah menunggu di gazebo sambil ditemani dengan secawan teh o panas sambil
disertakan sekali dengan hidangan kecil yang dimasak untuk menyambut kepulangan
mereka dari tempat kerja.
Tapi
kini semuanya itu harus dilakukan sendiri lantaran mereka sudahpun berpindah ke
kediaman milik sendiri. Rasanya perlu untuk mereka belajar berdikari di awal
waktu. Lagipula, Daim memang sudah membeli rumah ini ketika mereka belum
berkahwin lagi.
Dari
awal lagi Jazmeen telah mendidik diri untuk pulang dahulu sebelum Daim pulang
dari tempat kerja. Dia tidak mahu jika Daim ternanti-nantikan kepulangannya.
Sibuk macam mana sekalipun, Jazmeen tetap akan pulang awal. Kerja-kerja di pejabat
juga tidak akan sesekali dibawa pulang. Memang Daim tidak pernah berbunyi atau
melarang. Namun Jazmeen sendiri tidak selesa jika Daim rasa terpinggir ataupun
merasa tidak senang dengan pekerjaannya.
Sesampainya
di rumah, Jazmeen terus ke dapur untuk menyediakan minuman petang buat suami
tersayang. Goreng pisang yang dibeli terus dihidangkan di dalam pinggan. Bunyi
loceng rumah membuatkan Jazmeen cepat-cepat berlari ke ruang depan.
Sebuah
senyuman manis mula diberikan saat terpandangkan wajah suami yang baru tiba di
muka pintu. Dia mahu suaminya yang keletihan itu senang tika melihat
senyumannya. Dia mahu Daim berehat setelah seharian penat berhempas pulas
mencari rezeki buat mereka sekeluarga. Jazmeen mahu mengutip point-point kecil
ini untuk menempah ganjaran di Syurga kelak.
“Macam
mana hari Meen?” Tanya Daim setelah sebuah ciuman ditinggalkan di pipi Jazmeen.
Sungguh, jika dahulu pulang lewat adalah kebiasaannya. Daim tidak pernah merasa
yang rumah adalah satu tempat yang paling membahagiakan. Kalau boleh tak mahu
langsung melekat di rumah. Namun sejak beristerikan Jazmeen, selangkah pun dia
tidak mahu keluar dari rumah ini. Hendak ke tempat kerja pun kadang-kadang
terasa berat hati. Betullah kata orang, rumah jika dilengkapi dengan segalanya,
pasti akan dapat mencipta Syurga dunia. Apatah lagi menerima layanan yang
terlalu istimewa daripada Jazmeen.
“Okay...
abang?” Beginilah kebiasaannya. Saling berkongsi cerita sambil menghabiskan
waktu petang yang sememangnya senggang dan amat mencemburui mereka.
“Asal
ada Meen... Hari abang pasti okay...” Ditarik isterinya yang sedang menuangkan
minuman ke dalam cawannya. Dibawa tubuh Jazmeen di atas ribanya.
“Abang...”
Jazmeen ingin bangun. Dia malu dengan sikap-sikap romantik Daim. Lelaki ini
memang mewah dengan kasih sayang. Kadang-kadang dia terfikir, adakah Daim
melayan sebegini rupa dengan perempuan-perempuan yang pernah menjadi teman
wanitanya. Namun cepat-cepat dibetulkan rasa hati yang seakan-akan ingin
terpesong. Jika pernah ada, dia tidak berhak untuk mempertikaikannya. Semua itu
adalah masa silam Daim. Cukuplah dia tahu bahawa Daim sudah benar-benar
berubah. Walaupun dia akui yang dia teramat mencemburuinya.
“Stay
with me sayang...” Daim senang melepaskan lelahnya hanya dengan memandang wajah
tenang Jazmeen. Dia senang dengan semua layanan Jazmeen terhadap dirinya. Dia
kagum dengan kesempurnaan diri Jazmeen dalam menjadikan rumahtangga mereka
lebih baraqah.
“For now
and forever....” Sambung Daim sambil berbisik. Ungkapan yang penuh dengan
harapan yang menggunung. Jari jemari Jazmeen dicapai dan dikucup satu demi
satu.
“I will
abang...” Sambut Jazmeen lembut. Dia tidak mahu jika suaminya menganggap yang
dia mengabaikan ungkapan sayang itu. Bukan dia ego untuk menuturkan semua itu.
Tapi mulutnya masih membeku. Cukuplah dia membalas mesra dengan setiap sentuhan
Daim. Action speak more than words...
“Jom
mandi... lepas ni kita jemaah maghrib sama-sama.” Putus Daim spontan sambil terus
bangun sambil mencempung tubuh milik isterinya.
“Errk...
abang tak rasa awal lagi ke nak mandi...?” Hampir terpelanting jantungnya
apabila dicempung tiba-tiba oleh Daim. Mujur sahaja dia sempat merangkul leher
milik Daim.
“Memanglah
awal... Sebab abang nak habiskan masa lama sikit dengan sayang abang nih...”
Senyuman Daim sudah mula kelihatan lain macam. Jazmeen hanya tersenyum sahaja.
Menyambut hamparan kasih sayang seorang suami.
***
Hujung
minggu itu, Daim menemani Jazmeen untuk membeli keperluan dapur yang sudah
kehabisan. Daim mula menyebut beberapa nama barang yang sudah ditulis di dalam
nota kecil yang disediakan oleh Jazmeen manakala si isteri mula mencapai
barang-barang keperluan dan dimasukkan ke dalam troli.
“Ada
apa-apa lagi?” Tanya Daim pohon kepastian.
“Rasanya
tak ada dah....” Mata Jazmeen tidak lepas dari memandang nota kecil di
tangannya. Bimbang juga jika ada beberapa barang yang tertinggal.
“Eh...
kita tak ambil aiskrim lagi... Meen tunggu kejap, abang pergi ambil..” Tanpa
meminta persetujuan Jazmeen, terus dia meninggalkan isterinya. Jazmeen hanya
tersenyum sahaja. Terharu dengan sikap prihatin Daim yang mengetahui minatnya
yang satu itu.
Matanya
mula menilau di sekitar Pasaraya. Manalah tahu kalau-kalau terpandangkan barang
keperluan yang terlupa untuk diambil. Namun matanya terpandangkan seraut wajah
yang sudah lama hilang dari bayangannya. Sudah lama wajah itu sepi dari
ingatannya. Apabila mata mereka bersatu, cepat-cepat Jazmeen berpaling ke arah
lain. Tangannya dikepal sedikit. Menahan getaran yang mula membahang.
Baru
sahaja dia hendak menolak troli menjauh, suara tersebut mula menampar peluput
telingannya. Suaranya seakan-akan mampu membuatkan telinga Jazmeen bernanah.
“Jazmeen....”
Panggil suara itu lagi. Namun Jazmeen masih kekal tidak berganjak. Bibirnya
digigit. Kenapa perlu ada pertemuan di antara mereka lagi? Soalnya sinis.
Terlupa bahawa semua ini adalah percaturan dariNya.
“Kau tak
boleh lari lagi dari aku Meen...” Si dia mula menarik lengan milik Jazmeen.
Namun terus ditepis kasar.
“Aku tak
kenal kau...” Bentak Jazmeen sedikit kasar.
Hati
Jazmeen makin berdarah apabila melihat si dia tersenyum sinis. Senyuman itu
benar-benar menghiris tangkai hati Jazmeen. Senyuman sinis itu seperti mampu
membunuh jiwanya.
“Tempat
terjatuh lagi kan dikenang... Inikan pula tempat bermanja...” Jo sudah mula
merapat. Melangkah mendekati wanita yang pernah dipuja dahulu. Wajahnya masih
cantik... Malah kelihatan lebih menggoda jiwanya berbanding dahulu.
“Kau
jangan nak merepeklah Jo...”
“Aku
pernah dapat kau... Setiap inci tubuh kau ni, berada di hujung lidah akulah
Meen..” Ujar Jo sinis.
Hampir
menitis air mata Jazmeen mendengar tutur kata Jo yang jijik itu. ‘Ya Allah....
berikan aku kekuatan... Berikan aku ketabahan....’ Hampir sahaja jiwanya rebah
dikala ini. Mengenangkan dosa yang tak akan pernah terpadam. Mengenangkan
kejahilan dirinya dalam menempuh dunia remaja. Dia pun pernah tertewas....
Tewas dengan hasutan nafsu.
“Kau
masih tak berubah Jo....”
“Aku
masih sayangkan kau... Aku masih Jo yang menyintaimu Meen...”
“Jangan
kau berani tuturkan ayat tu lagi Jo... Aku jijik.. Aku geli...” Tepis Jazmeen
apabila tangan Jo hendak menyentuh kulitnya. Telah dia haramkan sentuhan itu ke
atas kulitnya. Tidak peduli pada mata-mata yang mungkin mencuri pandang ke arah
mereka. Apa yang pasti, hatinya makin membenci Jo. Masa rupa-rupanya tidak
pernah berjaya mengubah pendiriannya.
“Meen...”
Panggilan suara itu membuatkan Jazmeen berpaling. Daim pelik melihat sikap
isterinya yang agak kaget itu.
“Jom
abang... Kita pergi bayar..” Ditarik lengan Daim agar menjauh. Telah dia usaha
untuk merahsiakan kejahilannya di masa silam. Namun sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Bukankah pepatah ini amat kena dengan
situasinya sekarang?
“Meen..
Kau tak nak kenalkan aku dengan suami kau ni?” Teguran Jo itu membuatkan
langkah kaki Daim terbantut. Lantas Daim memandang ke arah Jazmeen. Dia tidak
pasti punca sebenar isterinya hendak melarikan diri dari sahabatnya itu.
“Meen...
tak nak kenalkan abang dengan kawan Meen ni?” Kali ini suara Daim pula yang
mengejutkan Jazmeen yang sedikit kegelisahan. Daim menjeling sedikit ke arah
kawan Jazmeen itu. Dengan T-shirt polo berwarna putih berpadanan dengan jeans
separa lutut itu, dia nampak segak. Tapi tiba-tiba Daim mula keliru sendiri.
Ini lelaki ke perempuan?
“Dia
bukan kawan Meen... Jom bang...” Dia sudah malas untuk ambil pusing pandangan
Jo. Yang penting, dia harus keluarkan suaminya ini dari tempat ini. Rasa sesak,
kusut, serabut semuanya bermaharajalela di ruangan minda. Hatinya tidak lagi
tenang setelah kemunculan Jo.
“Meen
okay?” Tanya Daim apabila melihat wajah pucat milik isterinya. Apa sebenarnya
yang telah terjadi? Enjin kereta mula dihidupkan. Namun dia masih belum
memulakan pemanduan. Hatinya pula rasa tidak enak apabila melihat keadaan isterinya
di saat ini.
Perlahan-lahan
tangan kirinya mencari tangan mulus milik Jazmeen. Terjatuh rahangnya sangat
memegang tangan Jazmeen yang sejuk mengalahkan ais. Perkara apa yang mampu
membuatkan isterinya sebegini rupa?
“Meen...
Meen okay tak nih?” Tanya Daim sambil menarik bahu Jazmeen supaya mengadap
wajahnya.
“Kalau
ada abang.. Meen pasti okay..” Jazmeen memulangkan kembali jawapan yang pernah
diberikan oleh Daim. Tangannya mula membalas gengaman erat milik suaminya.
Terasa selamat bila dilindungi seperti ini. Namun tatkala rahsia tidak lagi
bergelar rahsia, mampukah suaminya akan terus melindunginya?
“I’ll be
with you… I’ll stay by your side.. I’ll be loving you till the end of my
time..” Bisik Daim lembut sambil memeluk kejap tubuh Jazmeen. Tidak tahu
perkara apa yang menganggu ketenangan isterinya. Tapi apa yang pasti, dia ingin
merungkaikan segala kekusutan. Biar isterinya tenang di dalam pelukannya.
***
Mata
Daim tidak lepas dari memandang isterinya yang ralit termenung. Sejak pertemuan
bersama sahabatnya itu, sikap Jazmeen sedikit berubah.. Seakan-akan hilang
senyuman yang selama ini menyapa mesra. Isterinya itu lebih gemar termenung.
Bila ditanya, hanya gelengan yang menjadi bahan jawapannya.
“Abang
nak pergi jogging.. Meen nak ikut tak?” Kebiasaannya, memang isterinya itu
tidak akan mengikutinya. Hanya dia yang menghabiskan waktu petang sebegini
dengan berjogging di taman yang berdekatan. Namun sengaja dipancing minat
Jazmeen. Siapa tahu kalau-kalau Jazmeen ingin mengubah mood.
“Abang
pergilah…. Meen siapkan stoking abang ya..” Ujar Jazmeen sambil kakinya mula
mendekat ke arah almari. Namun lengannya ditarik lembut oleh si suami.
Daim
mula meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu Jazmeen. Ditelus perlahan
bahu itu. Agak lama juga mereka dalam keadaan seperti ini.
“Abang
nak pergi jogging kejap jeh… Bila abang balik, abang harap kalau mood yang
rosak ni akan memulangkan Meen abang… Abang rindukan senyuman Meen abang…
Tolong pulangkan pada abang boleh?” Pinta Daim perlahan. Sudah dua hari dia
melihat keadaan Jazmeen yang tidak bermaya ini. Cukuplah setakat ini. Dia tidak
mahu hilang Jazmeennya terlalu lama.
“Abang…”
Jazmeen mula rasa bersalah. Mungkin dia agak berlebihan dalam menyeka keresahan
yang tiba hingga membuatkan suaminya berkecil hati. Kalau menasihatkan Daim,
bukan main lagi… Bila kena batang hidung sendiri, kaki pun tak mampu nak jejak
ke tanah. Ini ke contoh yang terbaik untuk dipertontonkan kepada Daim?
“Tak
apa… Nanti pulangkan Jazmeen abang ya?” Daim sudah tersenyum. Dia pasti yang
psycho ini akan mampu mengubah rasa hati Jazmenn. Layanan Jazmeen memang masih
tidak berkurang. Cuma dia rindukan senyuman manis Jazmeen yang hilang secara
mendadak.
“Balik
cepat ya….” Pinta Jazmeen. Dia sudah bertekad untuk tidak lagi melayan
perasaan. Terlebih layan nanti, bimbang jiwanya pula yang disampuk angin
menggila. Perasaan ini halus. Jadi tak boleh bermains secara kasar. Kerana jika
terkoyak, tak ada jarun dan benang yang mampu menjahitnya.
***
Sedang
Daim melepaskan lelah akibat kepenatan berlari di sekeliling taman, tiba-tiba
dia didatangi oleh seseorang yang agak dikenali. ‘Eh.. ni bukan ke kawan Meen?’
Hatinya mula tertanya sendiri.
“Baru
habis jogging bro?” Tanya Jo ramah. Sambil-sambil itu, dia mengeliat sedikit.
Seolah-olah sedang membetulkan letak duduk pinggangnya sendiri.
“Aah…
datang dari mana?” Tanya Daim pula. Sekadar ingin berbasa-basi.
“Aku
datang ni memang nak cari kau pun…” Jo sudah malas hendak banyak soal. Apa yang
pasti, dia ingin merebut kembali sesuatu yang pernah menjadi miliknya. Tak akan
mungkin dia ingin melepaskan Jazmeen dari genggamannya. Sudah lama dia mencari
Jazmeen setelah Jazmeen habis matrikulasi dahulu. Siapa sangka, aka nada lagi
pertemuan antara mereka.
“Nak
cari aku? Buat apa?” Daim sudah mula rasa tidak senang dengan pertuturan dan
percakapan yang agak sinis itu.
“Jazmeen
hak aku…” Tegas Jo sambil bercekak pinggang dihadapan Daim.
Pada
mulanya Daim sedikit terpinga-pinga. Namun kemudia dia mula ketawa besar. Tangannya
didaratkan di pinggang. Menahan tawa yang mencengkam dada.
“Kau ni
betul ke tak? Kau ni perempuan kan….” Wajah Daim sudah mula berkerut seribu.
Kalau dua hari lepas, mungkin dia agak keliru. Namun kini, dia teramat pasti
manusia ini adalah seorang perempuan. Matanya ini memang dah boleh cam sangat
mana bentuk tubuh yang ori, mana yang cetak rompak kerana matanya dahulu sudah
terlalu mengkaji semua ini. Masakan tidak, lewat masanya dahulu memang banyak
dihabiskan di kelab-kelab malam. Lenggok tubuh lelaki atau perempuan, sudah berada
di hujung jarinya. Cuma mungkin skill agak kurang apabila dia sudah tidak lagi
mengamalkan aktiviti bebasnya itu.
“Ya…
akulah perempuan yang bini kau tergila-gilakan dulu.” Kali ini, terus mati
senyuman yang menghiasai wajah Daim seketika tadi. Rahannya mula menjatuh.
Matanya tidak berkelip dari memandang Jo.
“Kau
jangan main-main?” Kali ini, Daim terasa dicabar. Adakah ini penyebabnya
Jazmeen keresahan? Isterinya bimbang jika rahsia yang selama ini tersimpan
sudah mula terbongkar? Oh Shit! Kakinya mula menyepak bangku kerusi yang
sememangnya berdekatan dengan tempatnya berdiri. Kedua tapak tangannya sudah melekat di dahi.
Sungguh, dia tak mampu berfikir lagi.
“Aku tak
main-main bro… Isteri kau memang lesbian…” Tutur Jo penuh jahat. Kalau Jazmeen
tidak mahu pulang ke pangkuannya, sekurang-kurangnya dia tidak akan membenarkan
Jazmeen bahagia. Tidak sia-sia rasanya dia mengekori pasangan suami isteri yang
kononya serasi ini.
“Kau
jangan main-main…” Tanpa teragak-agak, terus Daim mencengkam kuat leher baju
Jo. Nafasnya turun naik. Tidak suka jika ada seseorang yang mempermainkan
maruah isterinya. Apatah lagi dengan seorang manusia yang masih belum mengenal
pasti jantina milik sendiri. Dia memang tak akan mudah terpedaya!
“Kalau
kau tak percaya, kau boleh tanya bini kau sendiri... Setiap inci tubuh dia, aku
dah ratahlah bro...” Belum sempat Jo menyudahkan ayatnya, terus penumbuk Daim
singgah di bibirnya. Jo tersengih jahat. Senang hati melihat suami Jazmeen yang
sudah terpedaya.
“Baik
kau berambus! Berambus...!” Jerit Daim kuat. Tangannya dikepal kuat. Dia tidak
betah lagi menahan sabar. Ada jugak yang kena bunuh nanti. Namun benarkah
kata-kata Jo ini? Benarkah Jazmeen lesbian? ‘Ya Allah... Dugaan apa yang kau
berikan kepadaku ini?’ Bagaimana dia hendak menerima hakikat ini?
“Kau tak
percaya?” Jo seakan-akan cuba untuk mengugat kesabaran Daim. Terlupa bahawa dia
sedang berhadapan dengan seorang anak lelaki jantan yang sebenar.
“Aku tak
akan percaya dengan lahanat macam kau nih....” Sebagaimana Jazmeen sering
mempercayainya, dia juga harus memperlakukan
perkara yang sama terhadap isterinya. Mungkin Jo sengaja hendak
membolak-balikkan kehidupan mereka. Jadi sebagai seorang suami, dia harus
memperjuangkan maruah isterinya. Cerita-cerita dongeng seperti ini tidak akan
diambil kira.
Jo
ketawa besar. Tawa itu sememangnya berjaya menyakitkan hati Daim. “Okay biar
aku buktikan... Hmm... bini kau ada parut dekat peha sebelah kanan kan? Parut
tu warna merah... sebesar duit syiling dua posen kan.....”
Daim
mula terduduk apabila mendengarkan kata-kata Jo itu. Air mata sudah mula
bertakung di tubir mata. ‘Ya Allah... jadi semua ini bukanlah satu fitnah? Jadi
semua ini memang kejahilan yang cuba Jazmeen sembunyikan dariku...’
“Sekarang
kau dah percaya kan? Aku tak hairanlah kalau laki macam kau tergoda dengan
Jazmeen.. Dia memang perempuan yang sempurna bagi aku. Tapi sayang sebab kau
hanya mendapat sisa-sisa aku sahaja... Kesiannya kau...” Sinis sahaja tutur
kata Jo. Ibarat seperti menuangkan lagi minyak ke dalam api yang marak menyala.
“Okay...
biar aku bagi peluang dekat kau untuk fikir tenang-tenang... Tapi nasihat aku,
baiklah kau ceraikan Jazmeen tuh.. Untuk apa lagi kau simpan perempuan macam tu
bro? Bayangkan kalau cerita ni diketahui oleh keluarga kau... sanak-saudara
kau... Mana kau nak letak maruah kau sebagai seorang suami. Apa kau tak malu ke
beristerikan seorang lesbian? Aku berani jamin lah... Jazmeen tak kan kekal
lama dengan kau. Dia tu dahagakan kasih sayang dari orang macam aku nih...
Bukan dari orang macam kau...” Hasut Jo jahat. Dia harap benar yang Daim akan
menceraikan Jazmeen. Jadi dia akan berpeluang untuk memiliki Jazmeen semula.
Tapak
tangannya, Daim bawa ke muka. Biar ditekup agar tidak kelihatan dek mana-mana
orang. Kata-kata Jo ibarat belati tajam yang menusuk tangkai jantungnya. Jiwanya
mula kusut untuk memikirkan kesudahan semua ini. Tidak pernah menjangka yang
semua ini akan terjadi dalam kehidupannya. Benarkah Jazmeen lesbian? Hanya
Mampukah
kasih mereka diselamatkan...
Jazmeen
teresak-esak di bahu Hajar. Hanya Hajar tempatnya berkongsi tangis lantaran
pemergian Daim dari rumah mereka ini. Hendak berkongsi kesedihan dengan
emaknya, dia bimbang akan membuatkan emaknya sakit jantung apabila mendapat
tahu punca disebalik perpisahan mereka ini. Mampukah ahli keluarganya menerima
hakikat yang sebenar?
Masih
terbayang lagi wajah kusut Daim yang baru pulang dari jogging itu. Masih
terkesan riak kegusaran yang berpeleseran di ruangan wajah. Tanpa menduga
penyebabnya, terus Jazmeen mendapatkan Daim yang sedang terduduk di atas sofa
itu. Wajah itu tidak nampak penat seperti biasa. Tapi nampak serabut sahaja...
“Abang..
Kenapa ni? Nampak kusut je?” Tanya Jazmeen ramah. Kedua belah tangan Jazmeen
mula dijatuhkan di lengan Daim. Dipicit lembut. Hanya untuk membantu
menghilangkan kegelisahan milik seorang suami.
Daim
mula menarik kasar lengannya. Tiba-tiba dia merasa sangat jijik untuk
bersentuhan dengan Jazmeen. Terus dia angkat punggung. Berdiri sambil berjalan
ke kiri dan kanan. Membuatkan Jazmeen kembali tertanya-tanya.
“Abang..
kenapa ni? Cuba cerita dekat Meen?” Pujuk Jazmeen untuk kesekian kalinya.
Matanya tidak lepas dari memandang ke arah suami yang sedang membelakanginya.
“Siapa
Jo yang sebenarnya?” Daim berpaling mengadap Jazmeen. Dia perlu tahu
jawapannya. Dia tidak mahu membuat kesimpulan sendiri. Dia belum cukup dayus
untuk menerima cerita Jo bulat-bulat.
Terbuntang
mata Jazmeen saat peluput telinganya menyambut satu nama yang terlalu lama
ingin dilupakannya. Hatinya mula berdebar-debar. Kenapa suaminya tiba-tiba
bertanyakan perihal Jo? Adakah Jo sudah memporak-perandakan pemikiran Daim.
“Kenapa
abang tiba-tiba tanya?” Persoalan mula berbalas dengan soalan.
“Jawab
soalan abang tadi Meen....” Kelihatannya, Daim sedaya upaya cuba menahan sabar
walaupun dia sedar yang kesabarannya senipis kulit bawang. Pantang tersiat,
pasti hancur keseluruhannya.
“Dia
kawan Meen waktu dekat matrikulasi dulu...” Jawab Jazmeen seraya menunduk. Jarinya
sudah bermain sesama sendiri. Menandakan rasa hati yang gundah gulana. Adakah
suaminya sudah mengetahui kebenaran yang sememangnya pahit itu?
‘Jo... kenapa kau tak pernah mengizinkan aku untuk
bahagia... Kenapa perlu kau rosakkan kebahagian aku lagi...’
“Kawan sebilik?” Tanya Daim lagi.
Hanya anggukan yang mampu Jazmeen berikan.
“Ke kawan sekatil?” Duga Daim lagi. Dia teringin benar
untuk mendengar perkataan tidak daripada Jazmeen. Cakaplah yang semua ini
hanyalah kisah dongeng semata-mata... Cakaplah yang semua ini adalah dusta yang
dirangka oleh Jo sahaja...
“Abang...” Mendengarkan panggilan halus itu, Daim sudah
mula mengagak jawapannya. Jadi memang betullah yang Jazmeen adalah teman
sekatil Jo? ‘Ya Allah... kenapa aku yang perlu melalui semua ini? Kenapa aku
yang diduga seperti ini?’
“Jadi betullah kau lesbian?” Terus Jazmeen terbangun saat
mendengar tutur kata suaminya itu. Kasar dan terlalu pedih untuk menyambutnya. Akhirnya,
kejahilan yang selama ini disingkap kemas, mula menyalurkan kebenaranya. Betul
kata orang, kesalahan semalam akan terus mengekori sehingga manusia itu takut
untuk merangka masa depan milik sendiri.
“Meen... sabarlah... Pasti ada kemudahan disebalik
kesulitan ni...” Suara pujukan Hajar mula melupuskan kenangan pagi tadi. Ya..
mungkin hati ini boleh diajar untuk bertabah, namun Jazmeen harus mengakui yang
jiwanya tidak kuat untuk menghadapinya. Perkara yang paling dia takuti akhirnya
terjadi lagi.
“Aku takut.....” Luah Jazmeen perlahan sambil cuba
mengelap permata jernihnya.
“Jangan takut... Allah ada dengan kau.. Aku ada dengan
kau Meen...” Hajar masih tidak putus-putus meminjamkan kata-kata semangat. Hati
itu walau sekebal mana sekalipun, tetap akan bergolek saat angin kencang
melambung badai.
“Bodoh betul Johariah nih.... Sanggup dia rosakkan
kebahagian kau...” Kali ini giliran Hajar pula yang melepaskan kegeraman. Mengingatkan
Jo, hatinya pula yang terasa disiat-siat. Dari dahulu lagi, Jo hanya pandai
menjahanamkan hidup orang sahaja.
“Aku yang bodoh sebenarnya Hajar... Aku yang bodoh sebab
tak mampu nak handle diri sendiri hingga aku terjerumus dalam hubungan sejenis.
Akulah orang yang bodoh dan hina tuh... Memang padan dengan muka aku bila Daim
tinggalkan aku...” Hilang terus sikap positifnya selama ini. Yang ada hanyalah
kekesalan yang tidak akan menemui penghujungnya.
“Meen... bawak istighfar... Jangan salahkan takdir..
Jangan jugak salahkan diri sendiri. Jangan macam ni Meen... Kerapuhan hati akan
membuatkan syaitan bertepuk tangan... Bertabahlah... bersabarlah...” Hampir
sahaja menitis air mata Hajar saat melihat keadaan temannya di kala ini. Dia
pernah lihat Jazmeen yang sebegini rupa. Jazmeen yang menangis teresak-esak
apabila sedar akan kesilapanya dahulu. Dia yang mengeluarkan Jazmeen dari zaman
gelap itu. Dan ketika awan kelabu datang menghurung seperti hari ini, dia tetap
tidak akan berganjak dari terus membela Jazmeen.
“Tapi sedikit sebanyak aku kesal Meen...” Luah Hajar
perlahan.
“Kau kesal dengan sikap aku dulu?” Tanya Jazmeen memohon
pengertian.
“Bukan... Aku kesal dengan sikap Daim. Sudah jelas
terbukti Meen... Ketika kau mampu menyintainya dan menerima kisah silamnya, dia
pula terus membuang kau ketika mengetahui sejarah silam kau. Dia tak boleh rasa
dia manusia yang terlalu baik sehingga dia diberi tiket untuk menghina kau. Kau
dan dia sama-sama punya masa silam... Jadi kenapa tak dia teguh menyintai kau
dan melupakan masa silam kau? Tak boleh ke dia terima kau macam mana kau terima
dia? Betul ke cinta kalau hanya mendambakan kesempurnaan?” Perkara inilah yang
bermain di benak Hajar sedari tadi. Daim memang tidak adil dengan Jazmeen.
Malah dia dapat merasakan yang sikap Daim terlalu kejam terhadap Jazmeen.
“Jangan salahkan dia Hajar.. Aku yang bersalah kerana tak
berterus terang dari awal lagi... Sebab dari awal perkahwinan kami dulu, dia
telah menceritakan sejarah silam milik dia. Bukan macam aku yang merahsiakan
semuanya... Aku yang kejam dengan dia Hajar...”
“Kau masih nak bela dia Meen?” Tanya Hajar pelik. Dia
merenung anak mata Jazmeen. Mata bundar yang penuh dengan kekesalan semalam.
Mata yang penuh dengan kasih sayang. Mata yang penuh dengan pengharapan.
Mungkin berharap yang Daim akan pulang ke sisinya.
“Dia tu suami aku... Pemimpin aku di Syurga nanti..
Sepanjang perkahwinan kami, tak pernah pun dia bersikap buruk dengan aku
Meen... Malah aku kagum dengan sikap dia yang senantiasa hendak memperbaiki
kejahilannya.” Terang Jazmeen perlahan. Siapa lagi yang akan membela si suami
kalau bukan seorang isteri. Dalam hal ini, bukan Daim yang bersalah. Jadi dia
tidak akan sesekali menyalahkan Daim.
“Maafkan aku Meen... Aku bukan bermaksud nak kutuk Daim..
Mungkin aku terlalu kecewa dengan sikap dia yang bersikap membabi buta macam
ni.. Ialah, dia tinggalkan kau kerana masa silam kau. Patutnya dia sedar yang
kaulah kebahagian dia yang sebenar... Percayalah Meen, kemana pun dia melarikan
diri, pasti hanya kau dalam ingatan dia...” Pujuk Hajar sambil menepuk lembut
bahu Jazmeen.
Jazmeen hanya mampu tersenyum hambar. Sisa-sisa air mata
mula ditepis pergi. Dia mula menarik nafas dalam-dalam.
“Apa-apa pun, aku doakan kebahagian kau Meen... Kau pun,
banyak-banyaklah berdoa. Mungkin kadang-kadang kita terlalu menjadi hamba yang
meminta hingga terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jadi, mungkin
dah masanya kita betullah keimanan diri.... Berharap dan bersyukur dengan ujian
dan cubaan ini. Dia menguji sebab Dia tahu yang kau mampu menghadapi semua
ini... Dia percaya pada kemampuan kau lebih dari kau mempercayainya..”
Kata-kata nasihat dari Hajar itu umpama bayu yang membasahi hati Jazmeen.
Menenangkan rasa hati yang berombak kencang.
“Terima kasih Hajar...” Dipeluk sahabatnya itu seerat
mungkin. Di saat dia kehilangan tempat untuk mengadu, Allah masih mengurniakan
seorang sahabat yang terbaik buat dirinya.
“Pokok pangkalnya hati Meen... Sekeping hati terkandung
berjuta anugerah dari Ilahi.. Hati tu umpama akar, kalau akar rapuh, pokok yang
besar pun boleh tumbang.” Sambung Hajar lagi sambil tersenyum sedikit. Jazmeen
pun ikut turut tersenyum. Menyambut mesra nasihat dari Hajar itu.
“Dah lah... pergilah solat.. Pergi hilangkan kegelisahan
kau...” Arah Hajar lagi. Bimbang nanti dia pula yang akan berendam dengan air
mata apabila melihat keadaan haru biru yang melanda sahabatnya ini.
Terus Jazmeen bangun dan menghalakan kaki ke bilik air.
Betul kata Hajar, hati ini dibebani dengan pelbagai ujian dan dugaan. Dalam
hati ada kesedihan yang tidak akan mampu disekat kecuali oleh kebahagian yang
timbul dalam mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Dalam hati
juga ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan keredhaan akan
perintah larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan
kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya. Dalam hati juga ada tuntutan
kekuatan yang tidak akan berhenti sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan
dalam hidupnya. Segalanya kembali kepada Allah. Jadi, hati ini perlu diserahkan
kepadaNya. Hati ini perlu diajar untuk bertabah kerana rasa sakit itu pasti
akan kebah.
***
Lengan
kanan mula diletakkan di atas dahi. Matanya merenung syiling. Segalanya
kelihatan kosong. Jiwanya... Hatinya...pemikirannya... Sungguh, tidak
pernah-pernah dia berasa begini. Tidak pernah dia merasa sekecewa ini.
Mungkinkah ini dugaan ataupun bala dari Allah? Daim kebingungan sendiri.
“Bro...
sudah-sudahlah temenung tuh... Jom keluar... Rest kan pemikiran kau yang sempit
tuh.. adatlah kalau bergaduh laki bini..” Ajak Hamdan sambil menarik Daim
bangun dari pembaringan. Dia mahu Daim bersuka ria menerjah alam yang sudah
lama ditinggalkan oleh Daim itu. Setakat pergi disko... lepak-lepak sambil menjamu
mata.. Biar minda terbuka sedikit. Bukannya nak suruh Daim minum sampai mabuk
pun dan kalau setakat pergi disko, bukanlah bermakna mereka orang jahat.. Fikir
Hamdan sempit. Dia terlupa yang apabila kaki sudah diletakkan ke tempat yang
haram, pelbagai dosa yang akan menghimpit mereka. Tidak kira kecil atau besar,
semuanya menjerumus ke arah kejahatan.
“Malaslah....”
Daim menyandarkan belakang badannya ke sofa di rumah Hamdan ini. Dia memang
betul-betul tak punya mood untuk bersuka ria. Lagipun disko bukanlah satu
tempat yang mampu menyelesaikan masalannya tika ini. Kalau ikutkan hati, dia sendiri tidak mahu menumpang di
rumah Hamdan. Ingin sahaja dia pulang ke rumah mama dan papanya. Tapi nanti apa
pula kata fikir. Pasti mama dan papanya akan menyalahkan dirinya. Ialah, yang
buruk semuanya milik dia. Padahal mereka tak tahu yang menantu mereka lebih
hina dari dirinya ini.
“Alah...
jomlah... lepak-lepak je. Sebelum pukul dua belas kita baliklah...” Pujuk
Hamdan lagi. Tak seronok pula jika hendak meninggalkan tetamu di rumahnya ini
walaupun Daim ini bukanlah orang lain. Rakan sepejabatnya jugak. Kalau boleh,
dia tak mahu Daim terlalu memikirkan tentang masalah rumah tangganya. Sesekali
keluar enjoy bersama kawan-kawan, apa salahnya.
“Aku tak
ada mood lah Am..” Tolak Daim lagi. Susah betul untuk membuat Hamdan faham. Dia
sudah berazam untuk tidak menjejakkan kaki ke disko lagi. Tapi bila
dipujuk-pujuk seperti ini, mampukah hatinya untuk bertahan?
“Aku tak
kira... Aku nak kau join jugak. Semenjak kau kahwin ni, langsung tak keluar
melepak dengan kita orang... Aku bukan suruh kau minum pun.. Aku pun bukan
suruh kau layan cikaro dekat sana.. Just release tension sudah... Dengar lagu
sambil angguk-angguk kepala..” Ajar Hamdan sambil ikut turut menganggukkan
kepalanya.
Daim
memejamkan matanya. Yang terlihat hanyalah wajah Jazmeen. Senyuman manis
Jazmeen. Lenggok jalan Jazmeen. Ah sudah! Kenapa semuanya berkaitan dengan
Jazmeen? Kenapa perempuna tu juga yang berada di benaknya tika ini. Jadi
mungkin perlu untuk dia keluar menyegarkan otaknya yang sumbat tika ini.
Jazmeen perlu keluar dari kotak ingatannya sekarang!
***
Alunan
muzik yang membingit berlegar di sekitar ruang fikiran. Entah kenapa, tempat
seperti ini terasa begitu asing sekali sedangkan ini bukanlah kali pertama dia
menjejakkan kaki ke sini.
“Bro...
tak kan minum coke je?” Hamdan sudah mula membuat perangai menghasutnya itu.
Gelas kecil itu mula dihulurkan kepada Daim. Sengaja ingin mengongcangkan
keimanan Daim yang tidak setebal mana itu. Namun perlahan-lahan ditolak oleh
Daim. Sungguh, Daim mula rasa dia sudah tersalah langkah kerana mengikut kata
hati untuk mengikuti kata-kata Hamdan.
“Alah...
sikit je bro.. Balik nanti kau taubatlah balik.” Semudah ini Hamdan
memperkatakan tentang agama sedangkan dia sendiri sudah lupa dalam mengenal
halal haram.
Tangan
Daim mula meramas sesama sendiri. Sesungguhnya muzik yang berdentum kuat ini
tidak mampu menghadirkan ketenangan dalam fikirannya. Malah wajah Jazmeen, tawa
Jazmeen, gelagat Jazmeen makin mekar mewangi di sekitar hati dan fikiran.
Fikirannya mula melayang mengingati kisah mereka.
“Abang
banyak dosa... Abang takut abang tak terdaya nak melawan nafsu Meen..” Luah
Daim satu ketika dahulu. Ketika itu mereka baru sahaja memulakan alam rumah
tangga. Masih belajar mengenal sikap masing-masing.
“Abang
nak dengar satu cerita tak?” Jazmeen sengaja membawa suaminya agar keluar dari
kepompong emosi yang menggila. Dia tahu perasaan Daim tika ini. Dia pernah
berada di tempat Daim. Bagaimana akal fikiran selalu memikirkan yang taubat
mereka tidak akan diterima.
“Cerita?”
“Hmm..
tentang seorang lelaki yang memiliki segala kejahatan di dunia. Dialah perogol,
dialah pembunuh, dialah kaki gaduh, pokoknya semua benda tu memang dah menjadi
amalan dia.” Jazmeen sudah memulakan intro. Daim mula membetulkan duduknya.
Terasa berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita dari isterinya ini.
“Namun
pada satu hari, Allah gerakkan hati dia untuk bertaubat. Tapi dia malu... Dia
takut kalau-kalau orang tak percaya yang dia dah berubah. Dia takut kalau-kalau
ejekan masyarakat akan membuatkan dia patah hati untuk berubah. Jadi dia pun
memutuskan untuk berhijrah. Berhijrah di tempat baru yang tak ada seorang pun
yang mengenalinya....”
Melihat
suaminya itu makin fokus, Jazmeen mula menyambung cerita.
“Dia pun
mula bermusafir dari satu tempat ke satu tempat. Gaya pemakaiannya berubah
menjadi seperti orang yang alim. Dengan berjubah dan berserban, semua orang
percaya yang dia seorang yang baik sehingga seorang lelaki percaya dan ingin
menjodohkan anak perempuannya dengan pemuda tersebut.” Cerita Jazmeen terhenti
seketika. Dia mula mengambil nafas sedikit.
“Lepas
tu apa jadi?” Tanya Daim tak sabar.
“Lepas
tu pemuda dan perempuan tu pun berkahwin... Tapi semuanya terbongkar pada malam
pertama perkahwinan mereka. Bila si isteri yang baik itu mengarahkan suaminya
untuk menjadi Imam, terus pemuda tersebut menangis teresak-esak. Dia mengaku
dihadapan isterinya yang dia sebenarnya terlalu jahil dalam bidang agama. Dia
langsung tidak tahu apa-apa walaupun hanya untuk membaca Al-Fatihah. Tapi dia
tak mampu nak tolak untuk tidak berkahwin dengan perempuan itu. Sebab perempuan
itu sangat cantik disamping dia adalah wanita yang solehah.”
“Jadi
isteri dia mintak cerai ke?” Duga Daim tanpa dipinta. Jazmeen menggeleng.
Menidakkan kata-kata Daim.
“Tak...
Isterinya itu senyum sahaja. Malah dia dengan berhalusnya mengajar si suami itu
ajaran agama. Maka si isteri pun mula mengajar pemuda tersebut dengan bacaan Al-Fatihah...
Bukankah Al-Fatihah itu bermakna permulaan...” Mulut Daim sedikit melopong
mendengar penjelasan isterinya. Tapi dia tak pelik... Memang ada perempuan yang
baik seperti itu. Buktinya, wanita itu memang sedang duduk dihadapannya tika
ini.
“Lepas
tu apa jadi?”
“Baru
sahaja si isteri mengajar si suami tu Al-Fatihah hingga ayat malikiyaumiddin.... Tiba-tiba terdengar
laungan azan dari masjid. Jadi si suami pun bersiap-siaplah untuk berjemaah di
masjid... Setibanya di masjid, semua orang kagum melihat gaya pemakaian pemuda tersebut.
Jadi Imam masjid tu tawarkan pemuda tersebut untuk menjadi Imam..”
“Habis
tu pemuda tu terima tak? Macam mana nak jadi Imam kalau Al-Fatihah pun dia tak
hafal habis lagi?” Entah kenapa, Daim pula yang rasa cuak. Bagaikan dia pula
yang merasai bahang debarannya.
“Kerana
terpaksa.... pemuda tersebut terpaksa terima walaupun dia dah puas menolak...
Jadi dia pun mula menjalankan tugasnya sebagai Imam... Tapi macam yang Meen
cerita tadi, pemuda tu hanya hafal sampai ayat Malikiyaumiddin sahaja... Selepas itu, dia mula senyap...” Cerita
Jazmeen terhenti sekejap. Sengaja hendak menantikan respon si suami.
“Ya
Allah... lepas tu apa jadi Meen? Janganlah cerita sikit-sikit...” Marah Daim
sedikit geram. Hanya sekadar marah-marah sayang sahaja.
Jazmeen
tergelak kecil. Kemudian mula menyambung kata. “Pemuda tadi mula nampak sebuah
tingkap yang berada dihadapanya. Tanpa berfikir panjang, terus pemuda tersebut
terjun dari tingkap itu. Kononnya hendak melarikan diri dari mendapat malu.
Tapi para makmum yang melihat itu pun ikut turut mengikut jejak pemuda tersebut..
Habis semua orang keluar ikut tingkap...” Tika ini mulut Daim memang melopong
habis.
“Dasyatnya...
Lepas tu?” Gesa Daim lagi.
“Atas
rahmat Allah, tiba-tiba sahaja masjid yang mereka sedang bersolat tadi roboh
dengan sendirinya. Semua orang turut melopong termasuklah pemuda tersebut. Dan para
makmum mula mengucapkan terima kasih kepada pemuda tersebut kerana
menyelamatkan mereka dari kecelekaan...”
Kepala
Daim sedikit terangguk-angguk mendengar kesudahan dari isterinya itu. Namun
fikirannya berbelit sendiri. Dahinya berkerut-kerut sendiri. “Jadi abang rasa,
apa kesimpulan dari cerita ni?” Tanya Jazmeen sengaja menguji. Kalau tengok
respon, bukan main fokus lagi. Tapi nak tahu juga, jalan cerita itu sampai atau
tidak ke benak suaminya itu.
“Errk..
Kesimpulannya, kita jangan judge orang dari luaran.. Kena kaji selidik dulu..
Baru boleh buat penilaian. Hmm... Betul ke jawapan abang?” Jawab Daim tidak
pasti. Rasa macam betul... tapi tiba-tiba rasa macam tak berapa nak betul
pulak..
“Betul
jugak jawapan abang tuh... Tapi bukan benda tu yang Meen nak tekankan.
Kesimpulan dalam cerita ni ialah tentang kesungguhan seorang manusia untuk
bertaubat.” Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Memandang si suami
dengan padangan yang meredupkan rasa hati.
“Maksud
Meen?” Daim mula meminta Jazmeen menghuraikan dengan lebih jelas.
“Itu
tandanya Allah pasti akan membantu jika manusia itu ingin berubah ke arah
kebaikan. Lihatlah betapa besarnya kurniaan Allah pada pemuda tersebut. Allah
menjaga aibnya kerana dia bersungguh-sungguh untuk keluar dari dunia kejahatan.
Sebenarnya, di dunia ini mudah untuk berbuat kebaikan dari kejahatan tetapi
manusia lebih condong berbuat kejahatan dari kebaikan kerana nafsu itu lebih tua
dari akal dan iblis pula lebih tua umurnya dari manusia. Kita tidak perlu
membenci iblis dan syaitan kerana tugas mereka sememangnya mengajak manusia ke
arah kesesatan tetapi fahamilah bagaimana untuk menghadapinya dan bagaimana
untuk mengatasi hasutannya. Sebab itu kita dididik untuk berbuat kebaikan
kerana di setiap kebaikan pada setiap keadaan pasti terdapat rahmat dari
Allah.” Terang Jazmeen panjang lebar.
Daim
hanya terdiam. Mungkin sedang memaknakan kata-kata seorang isteri yang
terkandung berjuta kebenaran.
“Sejauh
mana cinta kita pada Allah dinilai pada sejauh mana kesanggupan kita untuk
menunaikan segala perintah dan mengamalkan suruhanNya. Sejauh mana cinta kita
kepada Allah dihitung dari sejauh mana kita sanggup meninggalkan segala
laranganNya dan tegahanNya. Bila hadirnya cinta Allah di jiwa, tiada lagi yang
dapat menandingi cinta kepadaNya walaupun kita dihidangkan dengan seribu cinta
manusia yang sanggup mengantikanNya. Cinta kepada Allah adalah kemuncak segala
cinta manakala cinta pada manusia adalah wasilah untuk menuju rahmat dan kasih
sayangNya.” Sambung Jazmeen serius.
“Meen…
Terima kasih kerana membawa abang pulang ke pangkal jalan.” Digengam erat
tangan milik si isteri. Tidak dapat digambarkan rasa syukurnya kerana
memperisterikan Jazmeen. Dia tahu tentang agama... tapi dia tidak mengamalkan.
Umpama makan nasi tanpa hadam. Bukankah akan menempah sakit?
“Mungkin
Meen yang membawa abang kepada Dia... tapi ada seperkara yang nak Meen
ingatkan… Andai kata satu hari nanti abang dah berhenti menyintai Meen, Meen
berharap agar abang jangan sesekali menggugurkan cinta abang pada Dia. Kekallah
menyintai Dia walaupun saat itu abang dah berhenti meyintai Meen..” Tutur
Jazmeen sedikit sebak.
“Ish…
Jangan cakap macam tu Meen… Cinta abang hanya milik Meen seorang sahaja. Hanya
Allah yang akan merampasnya dari abang… iaitu saat nyawa abang diambil dariNya.
Saat itu mungkin jasad abang yang tidak bernyawa, tapi cinta Meen abang akan
bawa hingga ke Syurga…” Terus Daim mencium pipi mulus milik Jazmeen. Dia juga
ikut turut rasa sebak. Dirangkul isterinya seerat mungkin. Bagai tidak mau
terpisah langsung.
“Oit....
jauh betul berangan. Ambil air ni.” Teguran Hamdan yang mengejut itu seperti
mengejutkan hati Daim yang tertidur. Lantas dia terus bangun secara tiba-tiba.
Memandang Hamdan dengan dahi yang
berkerut.
“Daim,
kau okay tak nih?” Tanya Hamdan kepelikan.
“Aku tak
akan sentuh air kencing syaitan ni lagi... Patutnya aku memang tak boleh datang
ke sini...” Daim mengelengkan kepalanya berulang kali. Sungguh dia menyesal.
Dia teramat malu dengan diri sendiri. Mana janji-janjinya untuk berubah dahulu?
Tak kan semudah ini Imannya goyang?
“Relekslah
bro... balik nanti kau taubatlah...” Daim terasa seperti hendak sepak sahaja
mulut cabul Hamdan itu. Cakap ikut nafsu dunia. Langsung mengetepikan perihal
agama yang sepatutnya disanjung tinggi.
“Habis
tu, kalau kau tak sempat sampai rumah... Kalau kau kemalangan on the way kau
nak balik nanti, kau ingat kau boleh bertaubat ke?” Perli Daim sinis. Tersedak
Hamdan dibuatnya.
“Aku nak
balik... Kalau kau tak nak balik lagi, kau tumpanglah budak-budak lain.. Aku
tak boleh duduk sini lagi.” Apa pun yang terjadi antara dirinya dengan Jazmeen,
semua ini tidak harus melibatkan cintaNya yang satu. Tidak seharusnya dia mencari
bala dengan meletakkan diri ke dalam zaman jahiliah yang lepas. Dia harus lebih
peka sebenarnya. Bukan menonong mengikut kata hati yang akan menjerut akidah.
Hitam
putih hidup ini, Daim akan cuba jalani seadanya. Daim sedar yang tiada satu
yang tersembunyi, tiada satu yang terlupa bahawa segala yang berlaku ini Dia
akan menjadi saksinya. Di hujung solatnya, hati Daim mula menunduk pasrah. ‘Ya
Allah, padaMu aku serah segala-galanya… Aku sedar bahawa yang dicinta kan
pergi… Yang didamba pasti akan menghilang.. Moga Kau terus bersamaku walaupun
saki baki kehidupanku ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Ya Allah… berikanlah
kekuatan untukku menghadapi rintangan ini. Tiadalah dayaku melainkan padaMu aku
bergantung harapan.” Pipinya basah diselaputi air mata. Sebasah hatinya yang
ikut turut merindui Jazmeen.
***
Yakinlah bahawasanya semua yang berlaku telah di tetapkan
Allah…
‘Firman Allah.. Jika Allah menimpakan suatu kemudharatan
kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah
mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia
memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara
hamba-hambaNya. Dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ Surah
Yunus ayat 10.
Air mata
Jazmeen merintik hiba tatkala membaca tafsir Al-Quran itu. Sesungguhnya hati
ini perlu diberikan ubat untuk terus bersabar. Kerana dia sedar yang rahmat
Allah pasti akan melebar. Dia sudah diberikan kesempatan untuk berbahagia satu
ketika dahulu... Jadi sekarang adalah waktu untuk dia diuji. Dan seharusnya dia
menerima tanpa sebarang rungutan.
Usai
membaca tafsir, Jazmeen mula melarikan langkah ke dapur. Duduk seorang diri
nyata memang membosankan lantaran dia sudah terbiasa melayan sikap dan karenah
milik Daim. Tangannya mula memegang pinggan yang berada di atas rak pinggan.
Kenangan lalu menghentak rasa lagi...
“Abang...
tinggal je dekat singki tu... Nanti Meen basuhlah.” Ujar Jazmeen sambil
tangannya ligat mengelap meja setelah selesai makan malam tadi. Tapi dia akui,
Daim memang seorang lelaki yang ringan tangan. Bila dia ke dapur, pasti Daim
akan turut serta. Kalau tak tolong buat kerja, dia akan tolong kacau. Dan
adakalanya Jazmeen terpaksa tolong sambung nakal milik si suami.
“Opss..kejap..
Meen jangan basuh pinggan.. Tunggu abang kejap.” Arah Daim sambil hilang di
sebalik pintu. Tidak sampai lima minit, Daim muncul kembali dengan kertas dan
saletip.
“Abang
nak buat apa tu?” Soal Jazmeen aneh. Matanya meliar melihat Daim yang sedang
menampal sesuatu di dinding yang berdekatan dengan singki.
“Abang
buat memo.”
“Memo
apa?”
“Bacalah
sendiri...” Arah Daim sambil merangkul pinggang si isteri. Jazmeen yang
mendengar hanya menurut. Matanya mula meragut beberapa patah perkataan yang
ditulis cantik itu.
Perhatian!!
Aina Jazmeen tidak dibenarkan sama sekali untuk membasuh pinggan! Arahan
mandatori...
“Abang...
kalau macam ni kuranglah pahala Meen...” Adu Jazmeen manja. Sengaja hendak
mengada-ngada dengan suaminya ini. Lagipula, Daim memang senang memanjakan dirinya.
“Tak
apa... kita tambah pahala kat bilik tidur lebih sikit..” Usai itu Daim gelak
besar. Jazmeen tidak fikir panjang, terus dicubit pinggang suaminya itu. Merah
muka dibuatnya. Sabar jelah melayan suami yang seorang ini.
“Bukan
apa.... Tangan sayang kan sensitif sabun basuh pinggan. Nanti habis
gatal-gatal. Jadi tak payahlah basuh.. Biar abang je basuh. Lagipun setakat
basuh pinggan tu apalah sangat. Celah gigi abang jeh...” Gurau Daim sambil
ketawa.
“Alah...
kan boleh pakai glove...” Cadang Jazmeen. Dia tak mahulah jika Daim terlalu
memanjakan dirinya. Bimbang nanti jika dia hilang Daim, dia langsung hilang
tempat untuk berteduh harap. Bagi Jazmeen, Daim adalah seorang suami yang cukup
sempurna.
“Jawapannya
tetap tidak... Kalau abang nampak sayang basuh pinggan, abang akan kenakan
denda dekat sayang!” Daim sudah mula memberikan amaran.
“Denda
apa?” Tanya Jazmeen semangat. Apa sahajalah denda yang dikenakan oleh suaminya
itu.
“Dendanya...
satu pinggan untuk seratus ciuman..”
Terus Diam peluk Jazmeen dari arah belakang. Dagunya dilabuhkan di bahu
milik Jazmeen.
“Amboihh...
tamaknya abang ni...” Mujur sahaja tika ini dia tidak berhadapan dengan Daim.
Jika tidak, pasti naya wajahnya disapa kemerahan. Daim pun satu.. Agak-agaklah kalau nak bagi denda
pun...
“Nak
buat macam mana... Isteri abang menggoda sangat..” Lantas dibenamkan ciuman di
leher milik Jazmeen.Mengertikan rasa kasih yang berbuih-buih.
Jazmeen
mula menahan bandannya di birai singki dari terus rebah ke lantai. Sememangnya
kenangan ini memang membunuh jiwanya. Terus dia berpaling ke arah lain. Terlalu
banyak kenangan mereka di rumah ini. Terlalu banyak kasih yang menjalar di
ruang hati ini dan terlalu banyak kepedihan lantaran perpisahan ini.
Bunyi
loceng rumah yang bergema membuatkan Jazmeen cepat-cepat melarikan langkah ke
muka pintu. Berharap benar yang Daim yang akan pulang. Pulang dengan senyuman
manis seperti selalu. Pulang dengan pelukan hangatnya... Pulang seribu
kemaafan...
Apabila
pintu dikuak, rahangnya mula terjatuh apabila melihat kelibat Daim yang sedang
berdiri di hadapannya. Ingin sahaja dipeluk tubuh milik si suami. Tapi hatinya
mula dipagut bimbang apabila melihat wajah kelat Daim.
“Pergi
kemas barang cepat...” Arah Daim serius. Kunci keretanya dia letak di atas almari
yang berhampiran dengan pintu rumah. Kakinya mula diatur ke bilik. Sememangnya
dia hampir-hampir sahaja meruntuhkan keegoan untuk memeluk Jazmeen. Rindunya
terlalu menggunung buat si isteri. Tapi dipagar rasa hati agar tidak tertewas
lagi.
“Kita
nak pergi mana?” Tanya Jazmeen sedikit teragak-agak.
“Balik
rumah aku.... Mama aku tak sihat..” Daim ikut turut mengemaskan pakaiannya.
Matanya langsung tidak dihalakan ke arah isterinya yang masih tegak berdiri.
“Mama
sakit apa bang? Teruk?” Tanya Jazmeen risau.
“Kau
jangan nak banyak cekadak sangatlah... Cepat siap!” Marah Daim tanpa dia
sedari. Entahlah, perasaannya berbalam-balam apabila melihat wajah Jazmeen.
Sekejap dia rasa loya dan geli. Namun perasaan itu mudah benar diganti dengan
rasa kasih yang memang sudah terlimpah untuk Jazmeen seorang sahaja.
Jazmeen
cepat-cepat mengawal perasaannya apabila mendengar herdikan daripada Daim itu.
Terasa hatinya telah ditumbuk lumat dek lesung batu. Daim memang sudah jauh
berubah.. mungkin hatinya juga sudah ikut turut berubah...
“Mama
dan papa masih tak tahu pasal kita. Lepas mama sihat, baru aku akan berbincang
untuk proses penceraian...” Penerangan Daim itu terus membuahkan air mata di
pipi Jazmeen. Tidak menyangka yang Daim seserius ini untuk melepaskan dirinya.
“Aku
tunggu dalam kereta. Jangan lambat sangat! Aku ni bukan driver kau!” Ujar Daim
tidak berperasaan. Kakinya lantas dilalukan ke muka pintu. Namun tidak sedikit
pun dia memandang wajah Jazmeen yang sudah berubah warna.
‘Ya Allah… berikanlah kami nikmat Iman agar kami dapat
lebih mengenalMu.. Agar kami dapat melabuhkan cinta hanya untukMu.. untuk
RasulMu.. cinta pada kitabMu… Ya Allah, berikanlah kami nikmat kefahaman yang
sebenar-benarnya, faham agar kami tidak akan tersasar di atas landasan syariatMu…
Moga kami memahami apa yang Engkau turunkan untuk umatMu..’ Jazmeen tidak
putus-putus berdoa agar Allah melembutkan hati Daim untuk kembali menerimanya.
Biarlah, dia tidak akan puas untuk terus meminta dari Yang Maha Esa.
Sesungguhnya hanya pada Allah dia menaruh harapan.
***
Perlahan
sahaja Jazmeen mengambil tempat di sisi ibu mertuanya yang terlantar kesakitan
di atas katil. Tangan kanannya mula menggaul bubur yang masih panas itu. Di
kesempatan yang ada, dia ingin mencurahkan segala perhatian dan kasih sayangnya
kepada mama Daim itu. Sebanyak mana dia menyintai Daim, sebanyak itulah dia
ingin berbakti kepadaibu bapa Daim. Apatah lagi mengenangkan yang mungkin dia
tidak akan selama-lamanya menjadi menantu kepada Puan Zakiah.
“Mama…
makan sikit ya. Meen ada buat bubur dengan sup..” Perlahan dia mengejutkan ibu
mertuanya itu.
“Mama
tak larat Meen... Sakit sangat kepala ni..” Jazmeen mula menukar posisi
tubuhnya dan mula bersandar di kepala katil. Kepala ibu mertuanya mula dipicit
lembut. Kasihan mama... Sudah dua hari demam panasnya masih belum kebah. Sambil
dia memicit kepala Puan Zakiah, bibirnya tidak kering dari berzikir. Sempat
juga diselitkan beberapa suci ayat Al-Quran. Terapi supaya dapat menyembuhkan
sakit ibu mertuanya itu.
“Meen...”
Seru Puan Zakiah perlahan.
“Ya
ma...”
“Meen
ada masalah ke dengan Daim?” Tanya Puan Zakiah terus. Selama dua hari anak
menantunya tinggal di sini, dia mula rasa keanehan mereka. Hubungan mereka
tidak seperti hari yang sebelumnya. Tiada gurauan mesra. Tiada senyuman yang
menjadi sapaan. Yang kelihatan hanyalah kedinginan. Adakah perangai anaknya
yang lama itu muncul kembali?
“Kenapa
mama tanya macam tuh... Sepanjang perkahwinan kami, tak pernah pun kami ada
masalah ma.... Abang seorang suami yang sempurna untuk Meen...” Secara
hakikatnya, memang Jazmeen teramat memaknakan kata-katanya ini. Daim memang
seorang suami yang baik. Cuma apabila kebenaran sudah terbongkar sahaja, Daim
terus berubah laku. Seakan-akan tidak dapat menerima peristiwa silamnya yang
lalu.
Puan
Zakiah sudah mula menarik tangan Jazmeen yang bermain di kepalanya.
Perlahan-lahan dia mengagahkan diri untuk bangun. Dia ingin mencuri pandang
wajah Jazmeen. Mungkin mulut menantunya itu boleh menipu... Tapi air mukanya
jelas kelihatan kegelisahan. Hatinya mula dipagut risau mengenangkan
perkahwinan anak dan menantunya itu.
“Jangan
tipu mama Meen...” Rintih Puan Zakiah. Hati tuanya sudah boleh meneka cuma dia
tidak boleh mengenalpasti punca pergaduhannya. Apakah puncanya? Pasti bermula
dari Daim..
“Daim
ada pukul Meen ke?” Tanya Puan Zakiah lagi apabila Jazmeen membeku sendiri. Soalan
itu nyata membuatkan Jazmeen terkejut.
“Ma...
sekali pun abang tak pernah angkat tangan pada Meen..” Terang Jazmeen
sungguh-sungguh.
“Habis
tu, dia ada perempuan lain ke?”
“Abang
setia ma... Dia hanya sayangkan Meen.” Akui Jazmeen jujur. Ya, sememangnya
setelah mereka berkahwin, Daim tidak pernah keluar berpoya-poya di luar. Malah
jika Daim hendak keluar sekalipun, pasti Jazmeen akan diajak untuk menemaninya.
“Habis
tu apa masalahnya Meen? Cuba cerita kat mama.. Hati mama tak tenang tengok
korang berdua macam nih!” Gesa Puan Zakiah lagi. Jazmeen sudah mula mengigit
bibir. Terkesan sangatkah hubungan mereka yang keretakkan?
“Mama...
kami masih bahagia. Tak ada apa-apa yang perlu mama bimbangkan. Percayalah,
Meen bangga bersuamikan abang. Dan sebagai ibu, mama juga harus berbangga
mempunyai anak seperti abang.” Jazmeen ingat lagi amaran dari suaminya itu.
Daim keras mengarahkan agar dia kekal mendiamkan diri. Jangan hendak
memandai-mandai menokok tambahkan lagi cerita. Lagipun ini kisah rumahtangga.
Tak perlulah dikongsi dengan dunia luar. Biarlah disimpan sendiri sahaja.
“Meen...
mama kenal kamu.. Mama tahu yang kamu pasti akan bela Daim. Mama kenal dengan
perangai perahsia kamu tu.. Kalaulah betul andaian mama yang kamu betul-betul
tak bahagia, mama pasti akan rasa menyesal kerana mengahwinkan kamu dengan
Daim...”
“Ma...
jangan cakap macam tuh..” Terus dipeluk ibu mertuanya itu. Menghalang seorang
ibu dari terus mengutuk anak kandungnya sendiri sedangkan dalam hal ini, Daim
langsung tidak bersalah. Semua kesalahan ini adalah berpunca dari dirinya
sendiri.
Perlahan-lahan
Jazmeen melepaskan pautan. “Sebenarnya....” Jazmeen mula menarik nafas. Tidak
sanggup rasanya membiarkan si ibu memikirkan yang bukan-bukan terhadap anak
sendiri. Biarlah dia berterus terang. Kesalahan ini sebenarnya berada di dalam
tanggungannya.
“Meen...”
Suara yang tiba-tiba mencelah itu membuatkan keduanya berpaling. Memandang ke
arah Daim yang entah bila sudah berada di ambang pintu.
Perlahan-lahan
kakinya mula mendekat. Menghampiri kedua orang wanita itu. Seorang, mama yang
paling dia sayangi. Yang sentiasa bersabar dengan karenahnya. Seorang lagi pula
adalah wanita yang pernah dia cintai.... Bukan pernah tapi seorang wanita yang
masih dia cintai. Tapi entah kenapa, segenap dari hatinya masih belum mampu
untuk memaafkan kesilapan Jazmeen. Namun dia tidak mahu mengeruhkan lagi
keadaan dengan memberitahu cerita sebetulnya kepada mama. Bimbang nanti wanita
tua bimbang dan penuh kerisauan.
Daim
mula mengambil tempat di tengah-tengah dua orang wanita itu. Wajahnya mula
berpaling ke arah mamanya. Jazmeen sudah
mula memejamkan matanya. Hatinya diserang sebak yang menggila. Mungkinkah Daim
akan menerangkan letak duduk cerita yang sebenar? Adakah ini penghujung
hubungan kami? Berpusu-pusu soalan menerjah ruang fikiran. Hingga nafas ikut
turut berasa sesak.
“Mama...
janganlah fikir yang bukan-bukan. Saya dengan Meen okay je. Mama tu yang
terlebih risau.” Dipaut bahu milik si ibu. Memujuk hati tua itu dari terus
memikirkan tentang hubungannya dengan bersama Jazmeen. Sememangnya mama memang
bijak menghidu. Sekilas ikan di laut, dia sudah dapat mengesan jantinanya.
Seperti mana mama dapat mengesan
perubahan hubungan mereka. Salahnya juga kerana terlalu mengikut perasaan.
Seharusnya dia memberikan sedikit lakonan agar tidak terus menyusahkan hati tua
itu.
“Daim...
mama tahu korang ada sembunyikan sesuatu? Cuba jelaskan pada mama...” Paksa
Puan Zakiah lagi.
“Mama...
tak ada apa-apa yang perlu dirahsiakan. Saya dengan Meen tak apa-apa. Kan
sayang?” Daim mula menoleh ke arah Jazmeen yang berada disebelah kanannya itu.
Mengharap agar si isteri dapat berbohong sedikit. Sekurang-kurangnya tolonglah
berjasa sedikit untuk membantu menyembuhkan demam mamanya ini.
“Dari
tadi Meen cakap macam tu bang... Tapi mama yang tak nak percaya.” Jazmeen
sedaya upaya menceriakan wajahnya walaupun payah. Apabila terpandangkan
jelingan Daim, dia sudah mula rasa tidak enak. Pasti Daim marah dengan sikapnya
yang cuba membuka pekung di dada.
“Syukurlah
kalau betul macam tuh. Mama nak kalian berdua bahagia. Hidup jadi suami isteri
ni tak mudah. Tapi kalau ada sikap toleransi, sikap memahami, sikap
tanggungjawab, pasti semuanya boleh berjalan dengan lancar. Kasih sayang tak
boleh berlandaskan keegoan.. Kasih sayang bukan pada perkara lampau yang pernah
terjadi, kasih sayang itu adalah apabila kita menerima pasangan kita seadanya..
Menerima kekurangan dia sebagaimana dia menerima kekurangan kita...” Perlahan
sahaja nasihat Puan Zakiah itu menampar peluput telinga Daim dan Jazmeen.
Seketika, mereka berdua terdiam sebelum Puan Zakiah memohon untuk berehat.
Daim
mula berjalan perlahan meninggalkan kamar peraduan mamanya ini. Kata-kata Puan
Zakiah itu tadi seperti menghentak keegoannya. Perlahan dia berpaling ke
belakang. Matanya menyambut mesra perlakuan si isteri yang sedang menyelimutkan
mamanya itu. Ya.. harus diakui yang Jazmeen memang seorang menantu yang baik.
Dan dia juga seorang isteri yang sempurna. Cuma dia mempunyai kenangan silam
yang tak mampu Daim terima.
Ya
Allah, apa yang perlu aku buat sekarang? Fikiran Daim mula bercelaru. Memang
hakikatnya, dia ingin menceraikan Jazmeen. Namun kenapa seluruh kurdratnya
tidak merelakan perpisahan ini?
***
Kehadiran
Hajar di pejabat memang mengejutkan Daim yang baru sahaja selesai menghadiri
mesyuarat. Tetap di ajak rakan isterinya itu masuk ke dalam pejabatnya. Tidak
dapat tidak, dia sudah mula dapat mengagak punca kehadiran Hajar di pejabatnya
ini. Pasti berkaitan dengan Jazmeen!
“Ada apa
kau cari aku? Cepat sikit... Aku ada banyak kerja nak kena settlekan..” Ungkap
Daim. Mungkin kedengaran sedikit sombong. Tapi sebenarnya dia takut jika dia
termakan umpan kata-kata Hajar. Dia mungkin tak kenal Hajar dengan baik... Tapi
dari cerita-cerita Jazmeen, dia tahu yang Hajar bukan calang-calang wanita.
“Aku nak
tanya kau... Betul ke kau sayangkan Jazmeen?” Tanya Hajar terus kepada isi.
Rasanya tidak perlu menggunakan mukadimah apabila berhadapan dengan lelaki
seperti Daim ini. Fius-fius otak Daim perlu diperbetulkan. Apa dia ingat dia
baik sangat agaknya!
“Siapa
yang suruh kau tanya soalan bodoh nih? Jazmeen ke?” Tangannya mula disilangkan
ke tubuh. Matanya sinis memandang Hajar yang anggun mengenakan jubah hitam
bercorak cantik itu. ‘Entah-entah minah ni pun kaki lesbian macam Jazmeen
jugak!’ Fikiran kotor mula merasuk menggila di minda.
“Jazmeen
tak ada kena mengena dengan apa yang aku tanya. Dia tak tahu pun yang aku
datang jumpa kau! Lagipun kau ingat Jazmeen jenis macam tu ke? Merayu pada aku
supaya membantu selesaikan masalah dia? Kalaulah kau kenal isteri kau dengan
baik Daim.... Semua ni tak akan jadi macam ni... Kau hanya ada cinta.. Tapi kau
tak ada rasa untuk menerima kekurangan dia? Jadi boleh ke semua tu digelar
cinta?” Bentak Hajar geram.
Kadang-kadang
dia sakit hati sendiri. Bagaimana Jazmeen boleh jatuh pada lelaki seperti Daim.
Sinisnya memanjang... Malah Daim bukanlah seorang lelaki yang punya latar
belakang yang baik. Jadi kenapa dia harus mempertikaikan kisah silam Jazmeen?
Lelaki seperti ini memang tak pernah tengok cermin agaknya...
“Aku rasa
aku tak pernah cintakan dia... Itu semua kehendak nafsu.. Nafsu untuk memiliki
yang terbaik.. Bukan dari rasa hati yang menjalar dari sebuah kasih yang
bersulamkan cinta. Jadi tak pelik kalau tiba-tiba rasa sayang itu bertukar jadi
benci.. Tak gitu?” Daim terpanggil untuk menyakitkan hati Hajar. Dia tidak suka
apabila seseorang memandai melibatkan diri dalam alam rumahtangganya. Jika ada
masalah, tak perlu ada orang luar nak masuk campur. Dia ada otak.. Dia boleh
gunakan otak sendiri untuk selesaikan masalah ini.
“Kau
memang kejam Daim!” Hajar sudah mula mengepal penumbuk. Rasa seperti hendak
tumbuk dengan lesung batu sahaja pada lesung pipit yang terserlah di pipi kanan
Daim. Kalau dulu kelihatan menghangatkan, kini lesung pipit itu kelihatan
menghangitkan!
“Kau
jangan nak tuduh sebarangan Hajar... Kawan baik kau tu lagi kejam! Dia yang
permainkan cinta dan kasih sayang aku... Bukannya aku!” Rasa marah sudah tidak
dapat dikawal. Dia benci dengan tuduhan melulu Hajar itu.
“Ketika
kau tak punya apa-apa, Meen sanggup terima kau apa adanya. Tapi di saat kau
tahu ketidaksempurnaan dia, kau tinggalkan dia macam tu jeh... Itulah yang
dinamakan kejam! Kenapa kau tak boleh nak terima dia macam mana dia terima kau
dulu?” Sebak rasanya hati ini apabila mengenangkan Jazmeen. Namun Hajar terus
menguatkan semangat.
“Inilah
yang aku maksudkan dengan kekejaman dia... Ketika aku mengakui
ketidaksempurnaan aku, kenapa dia sendiri tak buka mulut untuk cerita kisah
silam dia. Aku jujur mengaku yang aku ni hamba yang hina dulu.. Kenapa dia tak
mengaku sekali? Biar kami sama-sama tahu tentang letak duduk cerita sebenar.
Kenapa aku perlu tahu semua ni dari mulut orang lain?” Marah Daim dengan mata
mencerlung.
“Sebab
dia tak mampu? Dia tak mampu nak jadi sejujur kau Daim... Itu kekurangan dia...”
Luah Jazmeen perlahan.
“Aku
sakit hati bila aku kena dengar dari mulut orang lain... Aku sakit hati sebab
aku tak rahsiakan apa-apa pun dengan dia... Tapi dia pulak berahsia dengan
aku.. Dia tak percaya pada aku Hajar.. Dia tak percaya pada aku sebagaimana aku
percayakan dia sedangkan aku ni suami dia. Kalau aku tahu awal-awal, aku tak
akan terkejut macam ni... Aku terlalu kecewa dengan dia Hajar.. Terlalu....” Daim
sudah mula terduduk di kerusi miliknya. Ya.. Dia terlalu kecewa dengan Jazmeen.
Sekarang dia sendiri mengerti.. Bukan isu hina dan jelik yang menjadi
persoalannya. Tapi isu kepercayaan pada pasangan. Daim sendiri baru sedar.
Perkara ini yang membuatkan dia lebih marah terhadap Jazmeen.
“Dia cuma
terlalu takut untuk kehilangan kau Daim... Sebab tu dia pilih untuk
merahsiakan.. Dia bukan nak menipu... Cuma dia memilih untuk berahsia.” Jelas Hajar
lagi. Cuba memujuk Daim agar menerima Jazmeen kembali.
“Sepatutnya
antara aku dengan dia, tak ada rahsia lagi.. Rahsia ini hanya akan membina
sempadan antara kami...”
“Apa
yang kau rasa sekarang ialah keegoan Daim. Jangan biarkan keegoan membasuh rasa
cinta dan kasih tu. Jangan biar diri dihasut hawa nafsu dan syaitan Daim. Cinta
itu adalah komitmen jiwa.. Tanpa jiwa, cinta itu akan kosong... Jangan sampai
kau rasa kehidupan kau kosong jika kau bertegas untuk melepaskan Jazmeen hanya
kerana ingin menangkan keegoan. Jangan biar diri rasa menyesal Daim... Sebab
sesal itu adalah kesudahan yang paling menyakitkan...” Nasihat Hajar perlahan.
Perlahan-lahan, dia mula angkat punggung. Sekilas dia berpaling ke arah Daim
yang sedang terdiam itu. Barangkali sedang memikirkan penyudah dalam
rumahtangganya.
“Hidup
ini punya waktu.. Hidup ini punya garisan untuk menjaga batasan manusia. Hidup
ini tentang pilihan.. kerana Syurga dan neraka juga memilih penduduknya
sendiri. Jadi terpulang kepada manusia sama ada hendak memilih ke arah kebaikan
atau keburukan… Menanti dipilih Syurga atau neraka. Macam tu jugak dengan
bahagia.. Kadang-kadang bahagia tu dah berada di tangan kita.. Cuma kita yang
bertindak untuk melepaskan bahagia itu pergi. Jadi kalau lepas tu tak merasa
bahagia, jangan pernah cuba untuk menyalahkan takdir sebab kita sendiri pernah
diberi pilihan….” Mendalam kata-kata Hajar itu. Membuatkan Daim berfikir jauh. Matanya
mula merenung kosong pemergian sahabat isterinya itu. Hatinya gundah lagi….
***
Dari hujung jalan, dia melihat
kelibat isterinya yang cantik mengenakan busana muslimah. Bentuk tudungnya itu
sedikit terbuai apabila angin menampar lembut. Daim melihat Jazmeen melambaikan
tangan ke arahnya. Namun sedikit pun tidak
disambut. Malah wajahnya sengaja dikelatkan.
“Abang…” Laung Jazmeen kuat. Tanpa
menghiraukan panggilan tersebut, Daim mula memulakan langkah ke depan. Langsung
tidak mempedulikan suara itu.
“Abang….” Panggil Jazmeen lagi.
“Abang…..!” Suara itu nyaring
berkumandang sambil disertakan dengan bunyi geseran kereta yang kuat. Apabila
Daim berpaling, dia melihat sekujur tubuh isterinya sudah terlantar di tengah
jalan. Seketika dia terpana dan terpaku!
“Jazmeen!!!” Jerit Daim kuat. Terus
dia mendapatkan tubuh isterinya yang sudah terkulai layu itu. Darah sudah mula
mengalir di kepala Jazmeen. Air mata Daim mula menitis apabila melihat keadaan
Jazmeen tika ini.
“A…bang… maaf…kan…..Meen…” Tutur
kata Jazmeen sudah mula tersekat. Seakan-akan member tanda bahawa nyawanya
sudah mula sampai ke kerongkong.
“Meen… jangan tinggalkan abang..”
Saat ini, dia mula menyesal kerana membiarkan Jazmeen sendiri. Dialah yang
bersalah kerana terlalu mengikut rasa hati yang bertuankan keegoan.
Mata Jazmeen sudah mula kuyu. Badannya
sudah mula layu. Semua ini membuatkan Diam bertambah berdebar. “Meen… jangan
buat abang takut.. Jangan tinggalkan abang Meen..” Daim sudah mula menggongcangkan
tubuh badan Jazmeen. Ingin mengejutkan Jazmeen dari tidur yang panjang.
“Encik.. isteri encik ni dah tak ada…”
Terang seorang lelaki yang agak tua di sebelahnya.
“Meeennn!!!” Jerit Daim sekuat hati.
Terus dipeluk erat tubuh Jazmeen. “Ya Allah.. tolong pulangkan dia di sisiku…
Tolong pulangkan dia kepangkuanku…” Nyata, tika ini Imannya memang rapuh untuk
menyambut ujian Ilahi.
‘Kan abang pernah cakap… Hanya Allah
yang akan merampas cinta kita.. Izinkan Meen pergi bang..’ Terdengar bisikan
halus di peluput telingannya.
“TIDAK!!” Jerit Daim kuat. Nafasnya
tercungap-cungap. Namun dia sedar… Dia tidak berada di atas jalan raya.. Dia
sedang duduk di atas katil di biliknya. Rupanya dia baru terbangun dari mimpi
yang mengerikan. Diraup wajahnya berulang kali. Menghalau kegelisahan yang berkampung
di jiwanya. Matanya mula terpandangkan bahagian sisi katil yang kosong.
‘Mana Jazmeen?’ Hampir terlupa yang
sudah beberapa hari mereka terpisah bilik tidur. Dia yang mahukan sebegini… Si
isteri hanya mengikut kemahuannya. Lantas dia turun dari katil. Fokusnya adalah
untuk mencari Jazmeen yang berada di bilik utama. Hatinya jadi sayu apabila
matanya menangkap susuk tubuh Jazmeen yang sedang bersolat itu sedangkan jam
sudah menunjukkan pukul empat pagi. Pasti Jazmeen bangun untuk menunaikan solat
tahajud. Memang itu kebiasaanan yang dilakukan oleh Jazmeen.
‘Sekarang siapa yang tak layak untuk
siapa?’ Daim mula tertanya-tanya sendiri.
“Ya Allah… Berikanlah kami nikmat
Iman. Agar kami dapat lebih mengenalMu.. Agar kami dapat melabuhkan cinta hanya
untukMu.. untuk RasulMu.. cinta pada KitabMu.. Ya Allah, berikanlah kami nikmat
kefahaman yang sebenar-benarnya… Fahamkan kami agar kami tidak tersasar di atas
landasan syariatMu.. Fahamkan apa yang Engkau turunkan untuk umatMu ini..
Sesungguhnya aku sedar bahawa ujian dan cobaan ini adalah nikmat supaya aku
akan terus mengingatiMu melebihi segala sesuatu di dunia ini.. Sesungguhnya,
hanya padaMu aku bermohon dan meminta pertolongan…”
Usai berdoa, terus Jazmeen meraut
wajahnya. Hatinya sudah mula beransur tenang. Mula berpaling untuk setia pada
yang satu. Apabila seseorang itu jiwanya tidak tergugat oleh harta, tidak
tergugat oleh derita, tidak tergugat oleh orang kata.. dia termasuk dalam
kategori manusia luar biasa. Kerana jiwanya dengan Tuhan sahaja. Harta indah di
pandangan mata, megah pada nafsu yang membara tetapi menyesal bila di hitung di
akhirat sana. Derita hiba di jiwa, merana linangan air mata tetapi bahagia bila
menghadapi dengan penuh kesabaran dan penuh redha. Beruntung sungguh manusia
yang sebegitu. Jadi. telah dia serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.
Sesungguhnya, Dialah sebaik-sebaik yang menyusun segala percaturan.
Daim sudah tekad! Dia sudah menemui
jawapan kepada persoalannya.
***
Jazmeen mengerling jam dipergelangan
tangan. Hampir menunjukkan angka enam petang. Kebiasaanya, dia sudah berada di
rumah kala ini. Menanti kelibat Daim yang sekarang sudah mula pulang lewat.
Apabila ditanya, hanya herdikan yang dia terima. Namun tetap disabarkan hati.
Daim kembali tinggal di rumah itu pun dah cukup baik. Itu lebih baik dari
mereka terus berjauhan.
Hampir sebulan hidup begini, dia
mula rasakan kekosongannya. Namun dia terima semuanya dengan hati terbuka.
Jazmeen sedar bahawa waktu inilah masa yang sesuai untuk dia pertajamkan
keimanannya terhadap Allah. Allah menguji manusia.. Dan manusia itu haruslah
tahan ujian. Sesungguhnya dunia ini bukan dicipta untuk menikmati kebahagian
semata-mata.
Tiba-tiba badannya terdorong ke
belakang apabila lengannya direntap kasar dari arah belakang. Matanya membulat
apabila memandang kelibat Jo yang sedang berdiri di hadapannya ini.
“Jo.. Apa yang kau buat ni?” Terus
ditolak tubuh Johariah. Apa lagi yang manusia ini mahukan? Tak puas-puas
lagikah Jo merosakkan rumahtangganya?
“Aku rindukan kau Meen…” Rayu Jo
sambil mengecilkan matanya. Dia cuba untuk melupakan Jazmeen. Tapi dia memang
tidak dapat menolak keinginannya untuk memilik Jazmeen. Mungkin ini adalah masa
yang sesuai untuk menggugat keimanan Jazmeen setelah rumah tangganya bergoyang
hebat.
“Kau tak kenal erti taubat ke Jo?
Kau tak takut Tuhan?” Tanya Jazmeen pelik? Sampai bila Jo hendak mempertahankan
ilmu songsang ini?
“Peduli apa dengan semua tu.. Meen..
aku tahu kau pun rindukan aku.. Aku tahu Daim dah tinggalkan kau.. Mari aku
sajikan keinginan kau yang ditinggal sepi tu…” Pujuk Jo lagi. Sumpah, Jazmeen
rasa loya mendengarnya. Kalau tak mengenangkan yang dia sedang mengenakan baju
kurung tika ini, mahu sahaja disepak mulut Jo yang bercakap tak fikir langsung
itu.
“Kau jangan sampai aku main kasar
Meen… Kau nak ikut cara baik ke atau kau nak aku gunakan kekerasan?” Jo sudah
mula mengugut. Dia tidak boleh bersabar lagi melayan kedegilan Jazmeen.
“Aku sanggup mati daripada terhumban
dalam kancah maksiat kaum sejenis! Dulu aku pernah tertewas…. Tapi bukan
sekarang Jo… Dan bukan untuk masa akan datang jugak. Aku tak akan buat lagi
kerja terkutuk tuh!” Jazmeen tersangat pasti dengan jawapannya. Namun Jo nyata
berang lantas terus menarik lengan Jazmeen supaya mengikutinya.
“Lepaslah…” Jerit Jazmeen kuat.
Namun siapa yang boleh mendengar jeritanya ini? Mereka sedang berada di kawasan
parking di tingkat bawah. Tidak nampak pun kelibat manusia yang lain.
Secara hakikatnya, mungkin Jo adalah
seorang wanita. Namun kudratnya memang hampir menyerupai seorang lelaki. Sambil
mengucapkan bismillahirahmanirahim, Jazmeen terus merentap kasar tangannya. Dan
nyata usianya langsung tidak sia-sia. Baru sahaja dia ingin berlari pergi,
tudungnya telah ditarik kasar oleh Jo.
“Kurang ajar…” Jo yang bengang terus
ingin menumbuk wajah Jazmeen namun tanpa disangka, telah dihalang oleh
seseorang.
“Sekalipun aku tak pernah mengasari
dia… Jadi jangan harap aku akan benarkan kau pukul dia. Malah kalau seinci pun
kau cuba mendekat, aku akan kerjakan kau cukup-cukup betina!” Jerkah Daim
kasar.
Terus dibawa tubuh isterinya agar
berlindung di belakangnya. Mujurlah Allah mengerakkan hatinya untuk datang ke
sini. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada isterinya.
Jazmeen memejamkan matanya
rapat-rapat. Bersyukur dengan kehadiran Daim tika ini.
“Kau jangan jadi dayuslah Daim… Kau
sanggup ke nak terima perempuan hina macam Meen ni?” Jo sengaja mahu
mengucar-kacirkan pemikiran Daim. Bengang dengan keharian Daim yang tiba-tiba
itu. Namun dia silap, cinta Daim sudah tidak serapuh itu.
“Kalau aku dayus pun,
sekurang-kurangnya aku jantan.. kau tu nak bergelar dayus pun tak boleh..
Apatah lagi nak pegang title jantan! Eh, kau tu tak malu ke? Kau tu betina…
Buat cara betina… Kalau dah gian sangat, pergi cari orang lain. Bukan bini aku!
Aku dah cukup bagi dia nafkah zahir batin… kau tak perlu nak jadi watak
tambahan..Ini amaran aku yang terakhir ya… Sekali lagi kalau kau berani muncul
depan isteri aku, aku cincang kau sampai lumat!” Keras amaran Daim. Dan dia
memang memaknakan kata-katanya.
Mengalir air mata Jazmeen apabila
melihat si suami yang bertungkus lumus mempertahankan seorang isteri. ‘Ya
Allah, selamatkanlah rumahtanggaku…’
“Meen pasti akan cari aku balik…
Masa tu kau akan kecewa…” Belum habis ayat itu, sebuah tumbukan mula mendarat
di bibir Johariah.
“Sekali lagi kau cakap macam tuh,
aku bunuh kau!” Kali ini Daim sudah tidak betah untuk bersabar. Kalau sekali
lagi mulut itu berani bersuara, dia tak akan segan-segan untuk angkat kaki
pula.
“Meen tak apa-apa?” Tanya Daim
apabila Jo bertindak untuk terus melarikan diri. Daim dapat merasakan bahang
ketakutan milik Jazmeen. Apabila tangan mulus digengam, nyata tangan itu
menggeletar hebat.
Air matanya melurut jatuh. Seakan-akan
tidak percaya bahawa suaminya sudah kembali. Kembali seperti sedia kala. “Jangan
takut.. Abang ada… Abang akan lindungi Meen..” Terus dipeluk tubuh badan
isterinya itu. Diusap perlahan belakang badan Jazmeen. Menghalau ketakutan yang
menjelma.
“Ish… jangan nangis lebih-lebih… Kat
sini abang tak boleh pujuk guna skil lapan belas sx.. Nak nangis lebih-lebih
dekat rumah ya..” Usik Daim sambil mengelap permata jernih itu. Memang
ternyata, dia teramat rindukan semuanya tentang Jazmeen. Syukur kerana Allah
masih member kesempatan kepadanya untuk memilih jalan ini.
“Apalah abang nih…” Malu Jazmeen
dibuatnya. Tapi dia mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi
kerana telah memulangkan suaminya semula.
“Jom balik…”
“Meen drive kan…” Jazmeen mula
mengingatkan suaminya apabila Daim menarik tangannya agar mengikutnya ke kereta
Honda Harriernya.
“Tak apa.. Kereta tu tinggal je kat
sini. Esok ambil cuti… Abang nak bayar hutang-hutang yang tertunggak…” Gurau
Daim selamba.
“Abang nih kan…”
“Hah, abang suka tengok muka
malu-malu Meen nih… Sangat menggoda…” Daim terlalu rindukan senda gurau seperti
ini. Harapnya, selepas ini dia akan lebih matang ketika menerima cubaan dari
Allah.
“Jangan nak mengadalah…” Jazmeen berpura-pura
marah. Daim terus membukakan pintu kereta di bahagian penumpang.
“Sekarang mengada.. Malam karang
bermanja..” Dicubit pipi kanan Jazmeen. Hingga merah jadinya. Akhirnya mereka
sama-sama tersenyum. Senyuman yang penuh makna. Seakan-akan terlupa segala masalah
yang membelenggu hubungan mereka dahulu.
***
“Ya
Allah.. bila dia jauh dariku.. dekatkanlah dia kepadaMu.. Kukuhkanlah ikatan
hati kami dalam melewati redhaMu.. Pautkanlah hatiku dengan hatinya yang
sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju SyurgaMu..”
“Ya
Allah, Yang Maha Pencinta, wahai pemilik cinta sejati, jikalau cintaku kau
ciptakan untuk dia.. maka tabahkanlah hatinya.. Teguhkanlah Imannya.. Tegarkan
penantiannya.. Ya Allah, jikalau hatikuu Engkau ciptakan untuk dia, penuhilah
hatinya dengan kasihMu.. Terangilah langkahnya dengan cahayaMu.. Limpahkanlah
kelapangan dikalbunya dengan kesabaran dan temani dia dalam kesepian…”
“Ya
Allah… tiada tempat ku bersandar selain padaMu.. Kutitipkan cintaku padaMu
untuknya.. Kutitipkan sayangku padaMu untuknya.. Kutitipkan rinduku padaMu
untuknya.. Mekarkanlah cintaku bersama cintanya. Satukanlah hidupku dan
hidupnya dalam cintaMu..”
“Ya
Allah… kirimkan dia yang membawa kebaikan, baikbagi duniaku, akhiratku dan
agamaku. Agar kami sama-sama berjamaan untuk tetap menujuMu.. Bimbinglah kami…
Kuatkan hati kami.. Sesungguhnya hanya padaMu kami bermohon dan berlindung.”
Menitis
air mata Jazmeen tika mengaminkan doa-doa suaminya. Betapa suaminya sentiasa
bersedia menyempurnakan imannya dari sehari ke sehari. Syukur kehadrat Ilahi
kerana Dia mempermudahkan urusan hamba-hambanya.
“Maafkan
abang… kerana abaikan Meen.. kerana layan Meen dengan kasar.. Tapi abang beruntung
sebab Meen masih setia menunggu abang. Abang bertuah kerana Allah masih
memberikan abang kesempatan untuk memperbaiki kesilapan abang. Maafkan abang
Meen.. Saat Meen mampu menerima kekurangan abang, abang tak mampu nak lakukan
perkara yang sama untuk Meen…” Dipeluk kejap tubuh badan Jazmeen. Erat bagai
tidak ingin dilepaskan langsung. Ubun-ubun si isteri mula dikucup lembut.
Melahirkan rasa kasih yang tak jemu menjengah.
“Meen
yang salah… Meen kotor…”
“Syuhh….
Jangan cakap macam tu Meen.. Abang dah tak mahu dengar pasal kisah silam lagi.
Kita berdua masing-masing ada masa silam yang kelam. Jadi biarkan semalam itu
berlalu begitu sahaja… Apa yang kita ada adalah waktu sekarang dan masa depan
bersama. Abang tak mahu dengar cerita-cerita yang lepas. Bagaimana, kenapa Meen
terlibat dalam perkara tu, abang langsung tak nak ambik tahu. Apa yang abang
tahu, abang ada Meen… Meen akan kekal sebagai isteri abang.. Di dunia wahal di
akhirat nanti.” Tutur Daim sungguh-sungguh.
“Terima
kasih bang…” Tanpa teragak-agak, Jazmeen mencium pipi suaminya.
“Aik..
tak kan dapat kiss je?” Senyuman Daim sudah mula kelihatan nakal. Matanya tidak
habis-habis melirik ke arah si isteri. Dia tahu yang Jazmeen mengerti akan
renungannya ini.
“Cukuplah
untuk hari nih…” Jazmeen cuba buat lawak. Dia sentiasa gabra ketika berhadapan
dengan emosi sebegini. Lantas dia bangun dan menanggalkan telekung.
“Nope…
Kan abang cakap tadi, abang nak bayar hutang-hutang abang yang tertunggak..
Wahai isteriku, sudikah kau bersamaku hingga ke Syurga?” Daim sudah melutut di
hadapan Jazmeen yang sedang menyangkut telekung di penyidai yang sedia ada.
“Sudi
abang… melodi kasih Meen hanya diperuntukkan untuk abang seorang sahaja..”
Jazmeen menyambut huluran suaminya itu. Hatinya tidak sudah-sudah melafaskan
rasa syukur. Allah masih memberikan perhatian di dalam rahmat kasih sayangNya.
Kebahagiaan
ada untuk mereka yang menangis… Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah
disakiti…Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba… Kerana
merekalah yang bisa menghargai, betapa pentingnya orang yang telah menyentuh
kehidupan mereka…
Pesanan Penaja,,,
‘rasa macam tak percaya… cerpen ini
ternoktah di page 103…. Sempena ramadhan ini, harap2 cerita ini dapat memberi
manfaat kepada pembaca semua… insyaAllah, saya nak novelkan cerpen ini… nak
combine dengan cerpen Cinta Kelas Pertama.. jadi buat masa ini, bacalah sampai
lebam sebelum saya private kan.. Ngee.. anggaplah ini satu hadiah buat
penyokong2 yang sudi menjenguk di blog yang bersawang nih… kalau buat novel,
korang stay nak beli kan?? Hahaha… selamat menjalani ibadah puasa n moga
selamat meninggkatkan amal ibadat di bulan penuh barakah ini.. lebiu u allzzz
much-much..’
memang panjang,tp xpuas nak baca..cepat2la sambung yer...hehe
ReplyDeletewah.. dah 25 page pun x cukup panjang lagi eh.. hehe.. ok2.. sila nantikan kesudahannya nnti ya.. =)
DeleteByk juga persoalan x terjwb lg ni. Hehe. Takpe sara, take your time. :)
ReplyDeletebanyak persoalan yang berada di minda.. banyak tanda tanya dan juga kata kerja.. hehe... cayang akak.. sbb bg ms kat kita.. muahh...
DeleteWoweee, 103 pgs? Phew. Hehe.
DeleteTahniah sara. Byk input dlm cerpen ni. Memang susah nak berubah, tp nk kekal berubah tu lagi susah sebenarnya.
Thanks sara. Nk tunggu cerpen bulan 8 lak. ;)
thanks kak hajar.. sudi menyokong penulis tak bertauliah ini.. kih kih kih.. mana y baik tu, leh kutip jadikan pengajaran... sayang akak.. yup.. tunggu cerpen bulan 8 pulak eh..
Deletebest. x sabar nak baca full en3 pl :)
ReplyDeletenantikan full story ya.. =)
Deleteoh hrap smua slah fham....x nak rogol2 segala.....aduhlah....
ReplyDeleteehem... memamng bukan rogol2 nih.. jgan risau ya sayang.. =)
Deletememang syg ezza mysara...terbaekkklah...hahahh
Deletex puas baca..
ReplyDeletenak puas..kena tunggu full story ya.. =)
DeleteBest...#^_^
ReplyDeletetunggu smpai full story yunk..
Deletebaguslah intro cerpen ni. banyak pengajaran. terus menulis ya.
ReplyDeletecuba selitkan ilmu agar pembaca dpt sikit manfaat untuk dijadikan pengajaran.. thanks for support..
DeleteBet.bayk pengajran cite ni. Goodjob
ReplyDeleteerk.. cite blum habis lagi.. tggu smbungan dia ya.. thanks you..
Deletebest...
ReplyDeleteintro nyew dah bg org suspen...
x sabar nk bce full
hehe.. intro tu menarik rasa.. kena kasi saspen2 sikit.. baru owg teruja nk tggu full story.. sila sabarkan diri ya...
Deleteas-salam Sara,
ReplyDeletehmmmm .... uhuuks..uhukkk ... eh is this for real? naaa ....
Jazmeen? .... LOL ...
but not as expected of her past life b4 turning to someone Daim thought of a better muslimah!
An arranged but NOT a forced marriage between Daim & Aina Jazmeen - tats better coz dh fening & loya ngan citer kawen paksa/kontak/wasiat bla bla ....
really ... dah di tebuk tupai .... Ya ALLAH ... seramnyer ... rase nk pengsan kot when i read this statement! but never mind Sara .... x jadi pengsan coz she is Aina Jazmeen heheeee ....
my curiousity ... what really happened to Aina Jazmeen*kena type full name - sbb x mau terasa Jazmeen tuh!
want to know further of her past ... & wondering why she was so 'reserved' to herself? ... and who is tat guy named Jo????
and back to Daim ... if Aina dh kena tebuk ... what is the difference with Daim??? teruna ke masih???
so ... Daim is gonna leaving Aina??? hmm too many questions need to b clarified ... but hv to b patient waiting for nex n3 ...
anyway .... thanks Sara ... :)
w'salam kak..
Deletehaha.. jgn risau.. ni bukan cerita kahwin kontrak2 bagai... ni adalah perkahwinan yang diaturkan.. tp dapat kerelaan kedua belah pihak.. sy pun dah naik koma baca cite versi mcm tuh..hehe
erkk.. tang tebuk tupai tu, kena tunggu full story.. siapa jo tu pun kena versi y full.. x smpai pengsannya baca nnti..hahaha..
apa yang berlaku dalam kehidupan jazmen y lepas ialah satu kesilapan.. satu kealpaan.. dia mmg sedia baik.. cuma dia terleka kejap jeh... sebab dia pnh buat salah, jd dia terima daim y bnyak buat salah tuh.. hehe..
tggu jelah kesudahannya nnti sis.. hehe.. love u lah sis.. komen u selalu wat ai sengih sampai terputus urat.. =)
jgn ada kes tebuk menebuk segala yer????hehe.nti ksian si hero.
Deleteku akan setia menunggu......
ReplyDeletebertabahlah menunggu dne... =p
DeleteCpt laa.. X saba nk tau ape yg berlaku kt jazmen yg sbnrnye..hihuhihu
ReplyDeleterasanya sedang elok nak masuk ramadhan cerita nih... so tnggu puasalah kan... hehe
Deleteeh eh.. banyak sgt soklan dlm kepalaaa ni .. sila la sambung segera ya :)
ReplyDelete~mizz acu~
mizz acu.. sabar eh.. sikit je lagi nak siap.. hehe..
Deletealong mnjdi x sbar nk melangut dpn lappy ni baca cerpen sis..dh lama tggu cerpen baru
ReplyDeletesabar ya along... ada sikit lagi nak siap.. hehe
DeleteWahhh.. cite best sgt.. sedih plak bace subuh2 sepie ni.. bergenang-genang je air mata.. huhuhu..
ReplyDeletethanks Faizah... nasib baik bergenang.. kalau banjir, naya jeh.. =)
Deletebest...thanks akak..
ReplyDeletewelcome Onion.. thanks jugak coz sudi baca..
Deletebbeesstt :)tahniahhh cte ni best.tak rugi tunggu-hidayah idres
ReplyDeletethanks.. hope penantian anda berbaloi.. hehe..
Deletebest best...terkesan dengan watak jazmeen...:)
ReplyDeletekan... sama2 kita try jadi baik cam jazmeen.. hehe..
Deletebest sgt citer ni...
ReplyDeletethanks Nadzasy...
Deletewow, 103 page tu.patutlh cerpen ni pnjng sepnjng jmbtn p.ping. hihihi ap2 pun tahniah kak berjaya bt cerpen sebegini bagus. best 1000x sngt2 ;D
ReplyDeletehaha.. insyaAllah akan dinovelkan.. sebab ada beberapa perkara y msih menjadi tnda tnya..hehe.. thanks jugak pada kamu y sudi bc cerpen panjang nih.. mujur x pitam kan..
Deletetahniah.. mmg best la.. jika seseorg 2 boleh menerima kekurang kita ..kenapa kita xbisa menerima kekurangan mereka...
ReplyDeletepuas membace ye
yup... sebenarnya itu y nk sy tekankan dlm cite nih.. kalu owg boleh terima kekurangan kita, why not kita buat bnda y sm jugak.. thansk akak..
DeleteBest.... wow kak 103 pages tu...
ReplyDeletepening saya baca panjang sgt tapi tetap best!!!!
tulah... risau jugak owg pitam kan.. sebab panjang berjela-jela..hehe thanks lalinkkk
DeleteMoon rasa mcm dah komen pagi tadi. adeh2! cerpen ni sedih tpi best. sobs..sobs.. mula2 rasa nak lempang je Daim tu tapi alhamdulillah akhirnya dia sedar. :') dan-dan moon jeles sbb akak boleh tulis cerpen sampai 103 pages! -.- moon nak dapat 20 pun termengah2. :P hehehe!
ReplyDeletehahaha... akak kalau cerpen bolehlah.. kalau novel rasa semput jeh.. kih kih kih.. thanks lalinnk.. hope terhibur..
Deleteterhibur sgt... tu lah dah lame x buka internet skali buka wah byknye n3 n cerpen baru...
Deletehahaha... kalau akak, ada stu cite ni jeh.. penulis lain banyaklah..
DeleteBestttt sara....congrattttt ea :-)
ReplyDelete#kak nana#
thanks kak nana... =)
Deletesalam....hehehe....akhirnya pagi nie dapat jugak menjenguk laman hijau nie....hehehe...sungguh lama sangat rasanya tak menyinggah kat cnie...
ReplyDeletePape pun, k.as suka jalan cerita nie...^_^ best...
thanks kak as... takpe..pentingkan apa y penting dulu k... nnti2 pun boleh jenguk ke sini..
DeleteinsyaALLAH sara....pasti...windu nk baca semua citer semula...blog kak an pun xsmpat nk menyibuk kat sana...hehe
Deletesara!! best gila.. setiap karya awk mampu buat sy tergamam..
ReplyDeletekot ya tergamam, tutup mulut sikit.. haha.. alhamdulilah... berkat perhatian n kasih sayang Allah tu.. doakan agar Dia masih memberikan ilham untuk diri ini k.. =)
DeleteBest.lagi best kalu diri ini mampu menjadi setabah n sekuat jazmeen..masyaAllah
ReplyDeleteinsyaAllah semua orang mampu... adatlah kalau sesekali tergelincir.. ketidaksempuraan itu memang milik seorang hamba macam kita..
Deletebest sgt cter ni,tapi yg lagi menarik masa kemalangan tu..
ReplyDeletex sabar nk baca full story..
erkk.. ni dah full story dahh.. hehehe... y novel tu projek tahun depan kot.. lambat lagi..hehe
Deletebez cita ni..tahniah..thanz sara
ReplyDeletethanks Along.. semua ini datang dari DIA... =)
DeleteSpechless....
ReplyDeleteOK! dah tak spechless.... *mata terkebil-kebil...
Ermm... one word. Awesome, best giler! eh, dah two words pulak... :P
Yang penting nak cakap, cerita ni memang menarik memang menyentuh kalbu menyentuh hati menyentuh kulit menyentuh segala2nya la.. hehe.
Memang bertepuk tangan masa Daim sound Jo...
"Kalau aku dayus pun sekeurang-kurangnya aku jantan... kau tu nak bergelar dayus pun tak boleh. apatahlagi nak pegang title jantan!" perghhh... memang terbaiklah ayat Daim. sepatutnya les2 kat luar sana memang kena pakai ayat macam ni baru nak sedar agaknya.
Thanks sara for the awesome ending. Tadi masa baca blurb dekat fb dah panik dah... janganlah jazmeen mati... hahaha...
Two thumbs up for you! >.<
thanks anis... terkedu kejap baca komen awak nih..haha.. insyaAllah cerita ni akan dinovelkan.. combine dengan cerpen Cinta kelas Pertama..doakan n teruskan menyokong tauuu.. lebiu u sangat2 lah...
Deletesy pun speechless bc komen awk..haha
best... bestt... best sangat....
ReplyDeletetau tau lah cam mana cara ungkapkan betapa menariknya semua karya2 akak ne....
teruskan berkarya kak..
ryn akan selalu setia jd pengikut karya akak...
from: oryn gvg
thanks oryn.. rasa happy sngat bila owg boleh terima karya akak tauu.. Alhamdulilah.. ini semua rezeki dari DIA.. akan cuba mengilhamkan idea pinjaman DIA jeh.. =)
Deleteaduhaii.. *lap2 air mata*
ReplyDeleteawat sedih ni.. nasib baik hepi ending.. hehehe..
terbaek dear!
alah.. nah tisu.. rasa macam tak lah sedih sangat.. thanks mizz acu..
DeleteTahniah Sara...
ReplyDeletetersentuh hati baca cerita ni...
thanks cahaya... =)
DeleteNak di novelkan ? Bestnya ... Abeh yg CKP pun nk novelkan jugak ? Kirakan 2 separate novels lah ni ? ;D
ReplyDeletekira macam combine dgn CKP.. jadikan satu novel.. ad 2 hero n heroin lah.. hehe
DeleteFuhhh akhirnya berjaya jugak akak habiskan... mula2 akak ingat Meen punya kisah silam ni dia terlanjur dgn pakwe dia. rupe-rupenye pernah terjebak dalam hubungan sejenis.
ReplyDeletetahniah sara... cerpen ni memang terbaek dan banyak info... nampak matang je semua karya sara...
kan.. semua orang pun ingat macam tuh.. ehehe.. thanks kak WC.. sudi bc karya panjang berjela-jela nih..hehe
Deletemmg best.,thumbs up untk ezza mysara:D
ReplyDeletebtw,nk tnye cerpen cinte klas pertama still ade ke kt blog ni,x jmpe la.,huhu
adalah... ni link dia yunk.. hope enjoy reading k..
Deletehttp://xsarasassygurlz.blogspot.com/2011/12/cinta-kelas-pertama.html
panjang tak hengat, hehe, khas Ezza Mysara la ni, but as always, u'r story very deep inside, so meaningfull. tapi bab panjang tu, eee, kuranglah sikit next time, hihihi. good job cik Sara, ^_^.
ReplyDeleteok2.. nnti taubat dah.. x tulis panjang2 eh.. hehe.. thanks akak.. lebiu lah...
Deletenisa: best sesgt...banyak pengajaran yg dpt kte ambil..hrp kak sara dpt terus salurkan pengetahuan tntg islam melalui penulisan mcm nie..:)
ReplyDeletesetiap penulis mengharapkan agar setiap cerita yang terkandung memberi pengajaran kepada pembaca.. tak banyak, sikit pun jadilah.. hehe.. thanks coz alwayz support cite akak.. lebiu much much
Deleteaku bce blog ko dah 2hari dah keje aku xjalan kat ofis nie.. xleh nk bhenti weh.. haha.. ape2 pun gud job n gud luck !
ReplyDeletewohoho... smpai x buat keje?? jgn gituu.. marah bos ko kannggg... btw thanks alot darling
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBest :D Suka gila baca cerpen cerpen akak :3
ReplyDeletesuke3....tq kak for the entry
ReplyDeleteBestnyer...sedih ....
ReplyDeleteI'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with 13 cities overseas, very tender with much fantasies in emergency cases in my wonderful job. I've just read your long story. Lesbian relations are an established part in the worldwide society since the early 1900. We've some cells in our brains in a young age, wich so called normal girls don't have. These cells become active during the early puberty, mostly with 10-12 years old. They can never be erased & it's important to keep them active with masturbating our clitoris. Which are your desires & experiences? I'll spend my next vacations again in Malaysia.
ReplyDeleteRegards
Sonja sonjamcdonell@yahoo.com