Pandangan
mata mula terasa berbalam-balam apabila matanya mula menangkap sinaran cahaya
yang menyilaukan anak matanya. Cepat-cepat ditutup kelopak matanya. Bagaikan
sudah lama mata itu menghadap kegelapan. Namun tetap digagahkan juga anak mata
untuk menyambut kelibat cahaya terang itu.
Tangannya mula dibawa ke kepala yang
terasa berdenyut. Erna sudah terlupa apa yang sebenarnya terjadi kepadanya.
Fikirannya masih kosong. Namun yang pasti, kepalanya terasa sungguh berat.
Dengan
perlahan-lahan, Erna mula menggagahkan diri untuk bangun. Tidak betah rasanya
jika terus terbaring kelesuan sebegini rupa lantaran dia memang jarang memanjakan dirinya dengan melepak di atas
katil sehingga waktu tengah hari. Biasanya sebelum matahari memunculkan diri,
dia sudah siap sedia bangun untuk mandi.
Kepala
yang berdenyut, mula dipicit berulang kali. Kakinya mula dijatuhkan ke bawah.
Erna benar-benar ingin mandi untuk menghilangkan kelesuannya. Matanya mula
melebar ke kawasan biliknya. Tapi dia mula tersedar akan sesuatu. Dia tidak
berada di biliknya. Dia berada di satu persekitaran yang tidak pernah dilihat
dek mata kasar.
Nafasnya
mula turun naik melihat persekitaran yang pelik ini.
‘Ya Allah.. aku ada dekat mana nih?’ Erna
mula rasa cuak!
Cepat sahaja Erna turun dari katil.
Tangannya mula menggagau tombol pintu. Berharap sangat yang pintu itu tidak
berkunc. Dan usai pintu mula terkuak, matanya mula menangkap kelibat seorang
lelaki yang teramat dia cintai. Fareeq!
Bibir pucatnya mula menguntumkan senyum.
Gembira melihat kelibat Fareeq! Terasa jiwanya mula selamat. Terus hilang
segala gundah gulana. Kalau ada Fareeq, Erna tahu yang dia akan selamat!
Baru sahaja Erna ingin menghampiri Fareeq,
tiba-tiba langkah kakinya mati apabila melihat seorang perempuan yang tinggi
lampai, memakai blaus berwarna kuning dan bertudung rona sama, menghampiri dan
menyentuh tangan Fareeq. Tanpa segan
silu, dia mengengam erat jari jemari Fareeq!
Apa yang membuatkan Erna lagi terkejut
ialah Fareeq hanya membiarkan setiap usapan dan usikan dari perempuan tersebut.
Muka Fareeq sedikit masam. Namun kehadiran perempuan itu telah menyimpulkan
sebuah senyuman di wajah Fareeq. Walaupun senyuman itu tidak bersungguh, namun
Fareeq tetap tersenyum mesra.
‘Siapa perempuan ni? Kenapa dia sesuka
hati pegang-pegang Fareeq? Aku pun tak pernah sekalipun sentuh Fareeq sedangkan
aku ni tunang dia!’
Tidak pernah Erna menyangka yang Fareeq
akan berlaku curang dengannya sedangkan selama ini Erna telah menyerahkan rasa
hatinya hanya untuk Fareeq seorang sahaja.
“Abang... Apa yang berlaku, bukan salah
abang...” Pujuk wanita yang memakai tudung kuning itu.
“Tapi abang tetap rasa bersalah Sury..”
Keluh Fareeq perlahan. Berulang kali dia meraup wajahnya.
“Jangan salahkan diri abang.. Abang cuma
tersepit dengan keadaan.. Apa pun yang berlaku, Sury ada disamping abang...
Abang tak boleh lemah macam nih...”
“Terima kasih Sury. Sebab faham keadaan
abang. Kalau Sury tak ada, tak tahulah macam mana abang nak hadap benda ni
sorang-sorang.”
Bait-bait kata yang singgah di telinga
Erna mula membuatkan air matanya mengalir di birai pipi. Abang? Siapa Fareeq
pada seorang wanita bernama Sury ini? Setahunya, Fareeq tak punya adik
perempuan. Jadi siapa pula Sury pada Fareeq? Mereka berdua nampak mesra
walaupun suasana agak muram dan suram.
Nafas Erna sudah mula turun naik. Sesiapa
pun yang berada ditempatnya, pasti akan berasa marah! Matanya tidak betah lagi
sekadar bertindak untuk memerhati. Perempuan tak malu itu memang nak kena ajar!
Tanpa menunggu lama, kakinya mula melangkah laju. Berjalan sambil ditemani
dengan rasa amarah yang menggunung!
“Hei, kenapa kau sentuh tunang aku?” Pekik
Erna lantang. Apa nak jadi, jadilah!
Namun pelik kerana tidak mendapat sebarang
respon daripada Fareeq ataupun perempuan bertudung kuning itu. Untuk memuaskan
rasa hati sendiri, sekali lagi Erna menjerit lantang. Malah telah menggunakan
seluruh kudratnya. Namun yang pelik, kedua-duanya masih tidak menyedari
kehadirannya.
Tangan Erna mula menggigil. ‘Ya Allah...
adakah aku sudah bisu?’ Rasa takut mula menjalar di lorong hati.
Apa yang lebih membingungkan ialah, kenapa
Fareeq dan Sury seolah-olah tidak dapat mengesan kehadirannya walaupun dia
berdiri tidak sampai satu meter pun dari tempat duduk mereka.
Seluruh tubuh Erna sudah mula menggigil
hebat! Bibirnya diketap kuat. Perlahan-lahan Erna memberanikan tangannya untuk
menyentuh tubuh Fareeq. Baru sahaja dia ingin menyentuh Fareeq, terdengar satu
suara dari arah belakangnya. Serentak mereka bertiga berpaling.
“Tak perlulah awak ada dekat sini
Fareeq...” Kata-kata yang keluar dari mulut Dato Emran itu membuatkan Erna
tercengang!
‘Apa maksud papa?’ Matanya bersilih ganti
melihat wajah kelat Fareeq dan wajah muram papanya.
“Tapi....”
“Sudahlah Fareeq... Awak dah tak payah
susah-susah fikirkan anak saya. Awak pergilah teruskan hidup awak dengan
Sury...” Ujar Dato Emran lemah.
“Abang... Jom balik..” Ajak Sury sambil
menarik tangan Fareeq. Dengan teragak-agak, Fareeq mula meninggalkan tempat
ini.
Erna menggelengkan kepalanya berulang
kali. Tidak faham dengan sketsa yang berlangsung di hadapannya ini. Kenapa papa
mengarahkan Fareeq pergi?
“Papa...” Seru Erna sekali.
“Papa... pandanglah Erna papa...” Rayu
Erna dengan linangan air mata.
“Erna....” Panggilan Dato Emran
mendatangkan senyuman di wajah Erna. Akhirnya papa dapat melihat dirinya.
“Maafkan papa nak...” Ujar Dato Emran
dengan linangan air mata. Lama dia memandang ke arah pintu bilik di sebelah
kanannya sehingga dia kembali terduduk di atas kerusi yang sudah tersedia.
Erna mula menangkap rasa pelik ini. Papa
tidak memandang ke arah dirinya. Tapi papa melihat pintu yang berada di
belakang badannya ini. Erna memberanikan tangannya memegang tangan papa tapi
apa yang membuatkan dia terlopong ialah, dia dapat menembusi tangan papanya.
Tangan kanan sudah mula dibawa ke mulut.
Menutup rahangnya yang sudah terjatuh. ‘Ya Allah... apa sebenarnya yang
berlaku?’ Erna mula menoleh ke arah belakang, kakinya mula dibawa ke muka pintu
yang sedikit terbuka. Perlahan-lahan dia menjenggukkan kepalanya ke arah katil
yang tersedia.
Bibirnya berketar hebat saat melihat
sekujur tubuh yang terlantar di atas katil itu. ‘Ya Allah... itu kan aku?’ Bandannya
terasa menggigil.
Erna Farzana sudah mula terjelupuk di atas
lantai. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Kenapa dia boleh terlantar di atas
katil hospital dengan wayar yang berselirat di seluruh tubuh itu? Otaknya
langsung tak boleh mencerna apa-apa tika ini. Kusut dan serabai!
“Erna.....” Panggilan sayup itu membuatkan
Erna berpaling. Perlahan-lahan dia berpaling.
Rifqi!
“Jangan menangis Erna...” Pujuk Rifqi
perlahan.
“Aku tak faham... Apa sebenarnya yang
terjadi?”
“Kau tak ingat... Dah enam bulan kau
terlantar sakit setelah terlibat dengan kemalangan...” Terang Rifqi lembut.
“Jadi aku ni halimunan ke?” Soalan itu lebih
ditujukan kepada diri sendiri. Erna menggelengkan kepalanya berulang kali.
Tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang! Tapi, tiba-tiba dia
musykil satu perkara.
“Kalau aku ni halimunan... macam mana
pulak kau boleh nampak aku?”
Rifqi sedikit tersentak mendengar soalan
Erna. Lalu lambat-lambat Rifqi tersenyum. “Aku kan kawan baik kau... Of
courselah aku boleh nampak kau menggunakan mata hati aku....” Jawapan Rifqi itu
membuatkan Erna terdiam.
‘Kenapa Rifqi yang nampak? Kenapa bukan
Fareeq?’ Persoalan ini mula berlegar di benaknya. Namun matanya mula dihala ke
arah jasad yang terkujur di atas katil hospital itu.
‘Apa yang aku berlaku selepas ini? Adakah
aku akan mati?’
***
“Weyhh
perempuan! Kau kalau bawak kereta, tak boleh lagi slow ke? Ni bawak kereta,
melayang-layang nyawa aku!” Marah Rifqi geram. Kalau ikutkan hatinya, ada jugak
diketuk kepala Erna yang biul itu. Ikut sedap rasa hati je nak buat jalan macam
jalan raya sendiri. Memandu macam orang mabuk!
“Relekslah
weyh... Kau ni bising macam tok neneklah... Kadang-kadang aku ni confuse, kau
ni lelaki ke perempuan.” Bertekak sebegini sudah menjadi amalan mereka berdua.
“Tak
sayang mulut betullah perempuan nih... Kau nak aku tunjuk ke? Aku boleh bukak
zip sekarang!” Rifqi sudah mula berura-ura untuk menyentuh zip seluarnya.
Sengaja nak menguji ketahanan mental Erna.
“Wohoho...
agak-agaklah bro!” Erna sudah mula buat muka cuak. Bukan boleh kira sangat biul
kepala otak Rifqi nih. Makin dicabar, makin giat dia nak buat. Muka tak tahu
malu langsung!
“Dah
tu... Kau cabar aku sangat!” Bebel Rifqi lagi. Rasa menyesal pula kerana
membenarkan Erna memandu keretanya sedangkan Dato Emran dah sound siang-siang
lagi, jangan bagi Erna bawak kereta! Nanti kereta tu akan bertukar jadi rooler
coster! Dan sekarang, memang kata-kata Dato Emran dah jadi kenyataan!
“Erna...
Slow sikitlah... Selekoh tu kat depan!” Tegur Rifqi lagi. Tak boleh nak agak
macam mana otak si Erna ni berfungsi. Ikut dan dia jeh...
“Aku
tahulah selekoh...” Erna mendengus. Tak puas hati ditegur itu ini dari Rifqi.
“Aku
tegur sebab aku tak nak mati lagi... Kalau aku nak mati pun, aku nak pastikan
aku kahwin dulu...” Kata-kata dari Rifqi itu membuatkan Erna tergelak besar.
“Perempuan
bangang manalah yang nak kahwin dengan lelaki mulut celupar macam kau nih!!”
Kutuk Erna. Tak dapat menahan rasa geli hati.
Adam
Rifqi! Lelaki ini sejenis lelaki yang terlalu berterus terang. Komennya akan
sentiasa jujur dan luhur tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Mulutnya pula
berapi macam naga! Umur sahaja tua, tapi fikiran banyak ke laut! Tapi lelaki
inilah yang membuatkan kehidupan Erna lebih meriah dan riuh. Mereka sudah kenal
sejak kecil lagi. Sejak keluarga Erna berpindah bersebelahan dengan rumah
keluarga Rifqi dua puluh tahun yang lalu.
Mula-mula
kenal dengan Rifqi, memang rasa nak bunuh je mamat nih! Mulut sudahlah puaka,
malah suka membuli pulak tuh. Tapi siapa sangka, dalam mereka bercakaran,
disitulah mereka saling mengenal dan saling berkongsi bermacam juadah cerita.
Sekolah sama, kampus sama dan sekarang, kerja pun di tempat yang sama! Macam
tak boleh berenggang langsung!
“Kau
jangan nak kutuk sangatlah... Entah-entah kaulah perempuan bangang yang bakal
bergolek di singgahsana hati aku nih..” Ucap Rifqi sambil menepuk dada
bidangnya.
“Eleh...”
Erna mencebik.
“Eleh
apa?”
“Eleh
ke eleh eleh...” Ajuk Erna sambil ketawa. Susah dan payah kalau nak marahkan
Rifqi. Makin kita rasa nak marah, makin dia pujuk dengan ayat cair tak ingat
tuh. Ambil masa bertahun kalau nak bekukan balik perasaan yang cair itu. Tapi
itu tidak bermakna Erna jatuh hati pada Rifqi.
Bagi dia, seorang kawan baik belum tentu
dapat menjadi kekasih yang baik. Yang tu memang prinsip hidup Erna Farzana!
Tak
sampai sepuluh minit, pemanduan Erna sudah sampai ke destinasi yang dituju.
Cepat sahaja Rifqi keluar dari kereta. Bimbang jika Dato Emran melihat kelibat Erna
yang keluar dari bahagian pemandu. Boleh tersumbat telinga bila dengan Dato
Emran membebel!
“Aku
sound kau awal-awal ya... Jangan kau berani bawak kereta selaju ni kalau tak
ada aku kat sebelah!” Jari terlunjuk Rifqi terhala ke hidung Erna. Tanda dia
serius memberikan arahan.
“Jadi
kiranya setiap waktu balik, aku boleh drive kereta kaulah!” Erna sudah menjerit
kesukaan.
Rifqi
mengeluh sedikit. Tak bagi kang kesian. Bagi karang naya diri sendiri. Apatah
lagi Erna pandai buat muka kesian dan sadis.. Lagilah dia cepat terpedaya!
“Mana boleh woo... Aku sayang si kamelia aku nih...” Tangan Rifqi sudah mula
mengusap Toyota Caldina miliknya.
‘Huh,
kereta pun nak bagi nama...’
“Tapi
kau sayang aku lagi kan....” Erna mengerdipkan matanya berulang kali. Kepalanya
ditelengkan ke arah kanan. Konon-konon buat aksi menggoda versi halal. Erkk,
ada ke menggoda versi halal? Taram jelah labu...
Rifqi
mula menyandarkan badan ke keretanya. Laju sahaja tangannya menanggalkan tali
leher yang menjerut di leher. Dihulurkan sedikit senyuman sinis buat Erna yang
berada di sebelahnya tika ini.
“Aku
boleh je bagi kau drive kereta ni setiap petang...”
Erna
sudah mula buat muka teruja riang ria ribena.
“Bukan setakat petang.. Pagi pun boleh.
Hujung minggu atau bila-bila masa kau nak guna pun aku akan bagi. Silap hari
bulan, aku terus bagi dekat kau!” Sambung Rifqi lagi.
Senyuman
sudah mula pudar di wajah Erna. Macam ada yang tak kena je dengan ayat Rifqi
tuh! Erna membatu. Malas nak tanya apa-apa. Dia pasti sangat yang Rifqi akan
mengenakan syarat-syarat tambahan.
“Tapi
dengan syarat... Kau kena jadi bini akulah.. Hah, nanti boleh buat macam kereta
sendiri! Masa tu, kalau bapak kau membebel dekat kau pun, aku sanggup back up!”
Berubah air muka Erna setelah mendengar bait kata dari Rifqi.
“Buat
lawak.. buat lawak!” Erna mendengus. Geram!
“Kau
ingat aku biawak ke nak buat lawak! Ini serius... Apa, ada berani jadi isteri
aku?” Rifqi angkat kening. Mukanya sengaja diseriuskan. Rasa nak ketawa
berguling-guling apabila melihat wajah Erna yang kemerahan tika ini.
“Kau
tengah propose aku ke nih?” Muka Erna cuak. ‘Tak kanlah Rifqi betul-betul
double serius kot?’
“Kau
pandang muka aku betul-betul Erna...”
Erna
mula kecut perut. Sumpah! Rifqi tak pernah menakutkan seperti ini. Mereka
saling perbandangan sesama sendiri.
“Pandang
aku Erna....” Arah Rifqi sekali lagi. Kali ini dengan penuh ketegasan.
Dengan
muka cuak, Erna mula memberanikan diri untuk memandang Rifqi. Seumur hidupnya,
dia tidak pernah menyangka yang Rifqi mempunyai perasaan cinta terhadap
dirinya. Setahunya, Rifqi hanya menganggap dirinya sebagai teman pendamping.
Tapi hari ni, Rifqi ternyata memang aneh!
“Kau
tengok muka aku nih...” Mula-mula wajah itu serius. Tapi kemudia Rifqi ketawa
besar. Membuatkan Erna tercengan sendiri.
“Apalah kau ni Erna... Aku belum cukup
bangang lagi nak jadikan kau isteri aku. Mata aku ni belum cukup buta lagi
weh... dan kau bukanlah perempuan yang berjaya memenuhi piawaian sebagai gadis
idaman aku..”
Rahang
Erna terjatuh!
“Kurang
ajar! Kau kutuk aku kaw-kaw ya? Dasar mulut puaka! Kau memang mintak kena bunuh
kan...” Cepat sahaja tangan kanan Erna menumbuk kasar tubuh Rifqi. Bengang
kerana dipermainkan oleh Rifqi dan mamat tu boleh gelak selamba.
“Amacam?
Ada berdegup kencang tak dada kau?”
“Mahu
tak kencang! Taufan katrina pun kalah nih...” Erna mengurut sedikit dadanya
yang baru terlepas dari mengalami kejutan.
“Hah..
macam tulah yang aku rasa masa kau bawa laju-laju tadi. Sama tapi tak serupa!”
“Weh,
kalau nak bagi perumpamaan sekali pun.. Tak payahlah masuk bab hati dan
perasaan. Itu isu sensitif tahu!” Keras amaran yang dikeluarkan oleh Erna.
“Asal?
Kau memang ada perasaan pada aku ke?”
“Kalau
aku ada perasaan pada kau, tak kan lah aku terima lamaran Encik sayang aku...
Si Fareeq tuh!” Erna mula membulatkan matanya. Tak pernah-pernah cakap soal
hati dan perasaan, tiba-tiba petang ini mereka boleh terjebak dalam topik
cintan cintun ini.
“Oh..
lupa pulak pada si Fareeq dungu tuh.” Rifqi mula menepuk dahi. Berpura-pura
lupa yang Erna sememangnya sudah bertunang.
“Weh...
memang kurang ajar sangatlah panggil tunang aku dungu...” Muncung tirus mula
dikeluarkan. Tak puas hati dengan mamat mulut puaka ini.
“Ialah..
hanya mamat dungu je yang boleh hidup dengan orang macam kau nih. Hidup pakat
main redah, tak ada peraturan, cengeng, mengada dan banyak lagilah yang
seangkatan dengannya!” Kutuk Rifqi lagi.
“Setiap
kata-kata kau, kalau tak memetir... memang tak sah kan? Kalau tak puaka, bukan
kau kan? Lantaklah kalau dungu pun... Asalkan kami saling menyintai antara satu
sama lain.”
“Jiwang!”
“Of
courselah kena jiwang. Tak kan nak hidup macam orang tak ada perasaan macam kau
tuh!” Balas Erna sambil mula mengeluarkan briefcasenya dari kereta Rifqi.
Memang lambat sikitlah kalau nak terasa dengan kata-kata Rifqi. Sedari kecil
dia memang hidup dan dibiasakan dengan kata-kata puaka Rifqi itu. Jadi,
perasaan sensitif dan rasa marah, kena tolak ke tepi!
“Eh
eh eh... mana kau tahu aku tak ada perasaan hah?”
“Ialah...
sampai sekarang kau sibuk bercinta dengan kamelia a.k.a kereta Toyota Caldina
kau nih.. Kau tak reti nak cari calon isteri? Yang ada nyawa? Yang boleh
lengkapkan hidup kau yang tunggang langgang nih?” Mulut Erna pun boleh tahan
juga berapinya. Nak-nak kalau bab mengutuk Rifqi.
Telefon
Erna yang berdering mematahkan suara Rifqi untuk membalas kata. Tersenyum
panjang Erna dibuatnya apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon
Samsung S III miliknya. Fareeq!
“Helo
abang...” Sapa Erna ramah.
“Helo
sayang... Dah sampai rumah?”
“Baru
je sampai....” Kaki Erna sudah mula melangkah keluar. Menuju ke rumahnya yang
terletak di sebelah kanan rumah Rifqi. Berpamit keluar dari kawasan rumah Rifqi
tanpa meninggalkan sebarang pesanan pada Rifqi.
Rifqi
hanya menghantar pemergian Erna dengan muka yang tidak beriak. Seketika, dia
terlupa yang Erna sememangnya sudah bertunang. Malas untuk berfikir panjang,
dia terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.
***
Erna
menyudahkan cheesecake yang berada di pingganya. Langsung tak pandang kiri
kanan. Fareeq yang berada di sebelah pun terasa hilang saat lidahnya merasai
hidangan dari Secret Recipe ini.
“Sedapnya
dia makan... Tak pandang sebelah langsung!” Perli Fareeq tersenyum-senyum.
Fareeq hanya selesa memilih Shepher’s pie. Itu sahaja menu kegemaraanya bila
menemani Erna yang gemar menghabiskan waktu lapang di restoren Secret Recipe
ini. Namun tekaknya memang tak berapa nak terima segala macam jenis cheese yang
menjadi kegilaan Erna. Sekadar tolong teman makan bolehlah.
“Oh..
sorry bang.. Terlalu sedap!” Pinggan yang sudah kosong itu mula ditolak tepi.
Dia mula meneguk secawan kopi yang merupakan kegilaannya.
“Nak
tambah lagi ke?” Duga Fareeq. Dah faham sangat dengan karenah Erna itu.
“Nak...
Kali ni nak Oreo Cheesecake pulak!” Tangan Erna laju sahaja melambai pada
pelayan yang kebetulan melalui meja mereka.
“Tak
muak ke? Tak takut gemuk?”
“Kenapa
perlu takut gemuk? Gemuk bukannya bermaksud orang tu dah tak cantik kan...”
Fareeq tersenyum. Ada satu kelebihan Erna ialah, dia tak peduli pandangan orang
sekelilingnya. Dia buat sesuatu berdasarkan apa yang dia suka dan apa yang dia
rasa boleh. Asalkan tak bertentangan dengan syariat sudah.
Biasanya
perempuan lain, dia takut nak makan sesuatu yang boleh mengemukkan mereka. Tapi
Erna mana peduli semua itu.
“Yalah...
kut nanti Erna dah gemuk, tak takut abang lari cari yang lain?” Giat Fareeq
ingin mengusik.
“Kalau
abang cari lain... Erna pun pandailah cari calon lain jugak. Buat apa nak
menempel pada yang tak sudi.” Jawapan memang menyengat habis. Tapi kalau Fareeq
betul-betul tinggalkan dirinya, mahu menangsi sebulan tanpa henti. Bukan senang
nak jumpa seorang lelaki yang mampu memahami kehendak dan kegilaannya!
“Jawapan
yang menarik. We wait and see...” Fareeq angkat bahu. Malas nak panjangkan
cerita tapi teringin juga hendak menduga.
“Tapi
abang tak kan buat macam tu kan....” Tanya Erna. Entah kenapa hatinya mula rasa
cuak. Manalah tahu kalau-kalau Fareeq memang akan meninggalkan dirinya jika dia
sudah gemuk nanti. Memanglah dia tidak kisah pandangan orang tentang dirinya,
tapi apa yang menyenangkan hati Fareeq pun perlu diambil kira juga.
Bercinta ni mana boleh ikut sedap kepala
sendiri jeh! Perihal pasangan tidak boleh dipandang enteng. Belum sempat Fareeq
menjawab, pelayan sudah menghantar pesanan darinya tadi. Lama Erna memandang
Oreo Cheesecake yang terhidang di depan mata. Tiba-tiba seleranya mati!
“Tak akan kenyang kalau tenung je kek tuh.
Kenapa tak makan? Takut gemuk?” Tegur Fareeq dengan senyuman. Alahai Erna, ada
sahaja perlakuannya yang mencuit hati.
Erna senyap! Mood terus hilang.
“Cantik itu relative dan sangat subjektif.
Beauty is in the eye of the beholder kan? Cinta rasa manusia tentang kecantikan
tu tak sama. Malah ia jugak berubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi
yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya. Abang sayang Erna sebab diri
Erna. Bukan pada apa yang Erna pakai… atau pada rupa paras apatah lagi pada bentuk
badan. Bukan macam tu untuk mengukur cinta abang pada Erna.”
Erna menunduk. Serius cair habis! Rasa nak
meloncat-loncat sekarang jugak!
“Terima kasih abang…..” Ucap Erna ikhlas.
Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.
“Aik.. terima kasih je? Kiss-kiss tak ada
ke?” Usik Fareeq sengaja.
“Penampar adalah.. Nak ke?” Marah Erna
garang. Tidak langsung membiarkan maruahnya dipegang-pegang oleh lelaki yang
belum tentu akan menjadi suaminya. Jangan membuatkan cinta itu menjadi tiket
utama untuk melakukan maksiat kerana sesungguhnya cinta itu adalah rasa yang
suci lagi murni. Anugerah Ilahi!
“Alahai... makin garang makin cantiklah
sayang abang nih!”
Terus Erna melarikan wajah tatkala
mendengar pujian dari Fareeq. Haih... lemah semangat! Boleh pitam jadinya.
***
Fareeq merenung sekujur tubuh Erna yang
terbaring kelesuan itu. Sayu hatinya melihat tubuh badan Erna yang berselirat
dengan wayar. Wajah yang selama ini tersenyum manis, mula kelihatan pucat lesi.
Hilang terus serinya.
Matanya dipejam rapat. Mula mengimbau
kembali kenangan mereka yang pernah bersulam indah.
“Bila ayang tersenyum... senyum itu dah
membuatkan abang gembira. Bila ayang sedih, percayalah abang terlebih dahulu
akan menangis.” Tutur Fareeq lembut.
“Eeee.. jiwang enam belas karat!” Erna
ketawa besar. Sebenarnya tawa itu adalah untuk menyembunyikan gundah gulana
yang bersarang di lubuk hati. Mahu tak berdebar bila dengar ayat bunga-bunga
yang mengembangkan seladang taman di hatinya.
“Kalau tak jiwang, nanti perasaan tu
bersarang! So, kena jiwang-jiwang selalu.”
“Erna nak kita ketawa bersama... Erna nak
kita menangis bersama. Dan Erna harap, kita pun akan mati bersama... Walaupun
Erna tahu semua ni tak mudah, tapi Erna harap sangat yang jika Erna mati,
biarlah ketika itu Erna mencintai abang...”
Masih terngiang kata-kata itu di peluput
telingannya. ‘Erna... Jangan pergi... Maafkan abang...’ Air mata mula bergenang
di kelopak mata. Rasa sedih mula mengalir di penjuru hati. Sungguh, dia
sayangkan Erna. Tapi dia tak punya kudrat untuk mengubah apa yang sememangnya
telah berlaku. Dia sudah terjebak dalam menyayangi Sury. Tapi percayalah, rasa
kasih ini tidak berhenti untuk Erna. Kejamkah dirinya kerana menyintai dua
orang gadis dalam waktu yang sama?
“Abang....” Sedari tadi Sury hanya
bertindak menjadi pemerhati. Bimbang jika terlebih menganggu Fareeq.
“Maafkan abang Sury...” Fareeq sedar yang
dia tidak patut berada di sini. Menemani diri Erna yang jasadnya seperti sudah
tidak bernyawa lagi. Sudah enam bulan berlalu namun Erna masih belum
menampakkan tanda untuk sembuh.
“Segenap hati abang seakan-akan mendoakan
pemergian Erna.. Abang harap dia tak akan hidup supaya dia tak akan tahu apa
yang abang dah lakukan pada cinta dia. Tapi segenap hati abang keras
melarang... rasa kasih itu masih belum surut. Abang memang kejam kan? Kejam
pada Erna.. Pada Sury...” Akhirnya, air mata sudah mula menjamah raut wajah
Fareeq. Tidak betah lagi dtahan gelodak perasaannya dikala ini.
“Abang... tak baik cakap macam tuh. Abang
tak kejam... Takdir dah tersurat sebegini bang... Sury terima semuanya. Dan
Sury pun nak abang terima. Doakanlah agar Erna cepat sembuh. Bila Erna sedar
nanti... Sury sedia untuk memulangkan dia pada abang. Sury sedia bang....”
Penuh sebak ayat itu keluar dari mulut Sury. Kalau dahulu dia boleh mengalah,
apatah lagi saat melihat Erna terlantar sebegini. Kerana dia tahu, apabila Erna
membuka matanya nanti, pastilah Fareeq orang pertama yang dia ingin temui.
“Sury....” Sungguh, Fareeq langsung tidak
berdaya untuk melukakan hati Sury. Lantas dia bangun dari duduknya. Dia menarik
Sury ke tubuhnya.
“Abang sayang Sury... Abang sayang isteri
abang... Abang pasti ada cara untuk selesaikan masalah ini. Tapi percayalah,
abang tak rela kehilangan Sury...” Diusap berulang kali belakang badan
isterinya. Cuba menghalau segala kegelisahan yang bergelimpangan di ruang hati.
Tanpa mereka sedari... ada mata yang
memandang perlakuan mereka. Ada telinga yang mendengar pengakuan mereka. Dan
ada air mata yang mengalir di wajah Erna. Menangisi nasib milik sendiri apabila
mengetahui yang tunangannya sudah mula menjadi suami orang.
***
Erna
memegang kepalanya yang terasa kusut. Dia sudah nampak segala-galanya. Disaat
wanita itu membelai dan memujuk Fareeq, lelaki itu langsung mengiakan.
Rupa-rupanya perempuan itu adalah isteri Fareeq! Jadi kalau perempuan itu isteri
Fareeq, siapa pula dia di dalam hati Fareeq?
Beberapa
purnama dahulu, cinta mereka mekar bertahta. Kenangan dibina dengan penuh
keindahan. Tapi siapa menyangka, siapa boleh menduga. Takdir membawa dirinya ke
lembah ini. Takdir membuatkan dia terperuk dan dikurung di sangkar yang tidak
bernama ini.
Semudah
itu hati Fareeq beralih arah? Sesenang itu Fareeq meninggalkan dirinya? Mana
janji-janji lelaki itu untuk terus setia bersama walau dugaan dan cabaran
datang menerpa. Mana??? Hati Erna menangis hiba. Menangisi sesuatu yang sudah
terlepas dari gengamannya…
“Jangan
menangis Erna....” Teguran itu membuatkan Erna berpaling.
“Kenapa?
Kenapa hanya kau yang boleh tengok aku? Kenapa bukan Fareeq?” Tanya Erna penuh
tangis. Kalau Fareeq boleh melihat kondisinya sekarang, pasti lelaki itu akan
terus setia menyintainya. Bukan menyintai Sury!
Rifqi
merenung lembut wajah Erna.
“Sebab
dari dulu aku pandang kau dengan mata hati... Bukan dengan mata kasar... Dari
kecik kita berkawan... Mana kau pergi, aku pasti dapat cari kau kan..? Macam tu
jugaklah sekarang... Aku tetap dapat jumpa kau Erna..”
Ya...
Erna masih ingat lagi, dahulu jika dia merajuk dengan papa, dia akan mencari
tempat persembunyian untuk merajuk. Berharap agar rajuknya akan dipujuk oleh
papa. Tapi setiap kali dia merajuk, hanya Rifqi yang datang mencari. Hanya
Rifqi yang pandai memujuk rajuknya. Bukan papa... Bukan juga Fareeq!
Rifqi
seorang sahabat yang setia mendengar… Rifqi sentiasa hadir di saat waktu senang
atau susah. Dia sentiasa ingat setiap hari lahir, setiap tarikh istimewa.. Erna
sedar yang Rifqi terlalu istimewa tapi ternyata, Fareeq lebih sempurna di
matanya.
Fareeq
lagi?
“Kenapa
Allah tak tarik je nyawa aku? Kenapa Allah simpulkan satu perasaan yang tak
mampu aku nak leraikan? Kenapa?” Erna sudah terjelepuk dengan tangisan.
Langsung dia tidak menyangka ataupun menjangka yang semua ini akan terjadi
dalam hidupnya. Meraung melepaskan kesedihan yang membelit.
“Jangan
suka pertikaikan takdir Erna...”
“Kau
cakap senanglah... Semua ni tak terjadi pada kau!” Tengking Erna marah.
“Sebelum
kau terluka dengan seseorang yang kau sayang, aku dulu yang rasa perasaan sakit
tu Erna. Jadi jangan pertikaikan yang aku tak tahu atau tak faham dengan apa
yang kau rasa!” Marah Rifqi dengan suara yang sedikti meninggi.
Muka
Erna jelas tercengang. Tidak dapat mengutip bait-bait kata milik Rifqi.
“Maksud
kau?”
“Aku
sayangkan kau Erna... Aku dahulu yang sayangkan kau sebelum Fareeq sayangkan
kau. Aku dahulu yang sakit bila kau pergi pada dia sebelum Fareeq pergi pada
Sury.”
Erna
tercengang dan tergamam.
“Kau....
sa..yang...kan...a...ku...?” Tanya Erna terketar-ketar.
Perlahan-lahan
Rifqi mula merapat. Lututnya direbahkan ke lantai. Berhadapan dengan tubuh
genit milik Erna. Ya... hakikatnya, dia terlalu menyintai Erna. Sedari dahulu
lagi.. Sedari kecik lagi... Sejak pertama mereka bertemu lagi. Jadi, bayangkan
betapa lamanya dia memendam perasaannya! Memendam rasa cinta yang tak pernah
menemui nokhtahnya.
“Ya...
Aku terlalu sayangkan kau Erna... Allah dengar doa aku. Allah tunaikan
permintaan aku untuk jumpa dengan kau walau apa caranya sekalipun. Aku tetap
dibawa untuk bertemu dengan kau walaupun mungkin orang lain tak nampak kau
Erna... Aku cintakan kau sayang...”
Erna
menggelengkan kepalanya berulang kali. Sungguh, otaknya tidak dapat menghadam
apa yang diterima oleh peluput telinganya. Namun ayat ayat sayang itu kembali
bergema di peluput telinga. Lantas segera ditutup kedua cuping telinga dengan
menggunakan kedua belah tangannya.
“Kau
tak boleh sayangkan aku Rifqi... Tak boleh...!!” Raung Erna kuat.
“Kenapa?
Kenapa aku tak boleh sayangkan kau?” Desak Rifqi geram.
“Sebab
kau pernah cakap kan.... Dari dulu sampai bila-bila pun, aku akan kekal sebagai
kawan kau... Aku tak boleh lebih dari garisan yang sewajarnya. Kau yang
tetapkan semua ini Rifqi... Kau yang tetapkan! Jadi macam mana kau boleh
langgar apa yang kau sendiri ungkapkan? Lepas apa yang dah berlaku, kenapa baru
sekarang kau nak ucapkan rasa sayang kau tuh?”
Nafas
Erna turun naik ketika melemparkan kemarahannya. Kenapa Rifqi seperti ini?
Kenapa Rifqi boleh berubah sedangkan dahulu dia yang menetapkan peraturan bodoh
ini!
“Aku
tetapkan sebab... Sebab aku terlalu menyintai kau Erna. Aku bimbang kalau aku
akan melukakan kau...” Keluh Rifqi penuh kesalan. Ya, dia salah kerana memandai
menetapkan peraturan tentang cinta kerana semenangnya, tak pernah wujud
peraturan apabila melibatkan soal perasaan.
“Habis
tu, kau ingat aku tak terluka ke sekarang?” Tanya Erna lirih. Dia duduk memeluk
lutut. Otaknya tak mampu dijana lagi. Dia langsung tidak mampu merenung masa
depan. Semuanya kelihatan hambar dan suram.
“Aku
tahu kau terluka... Tapi percayalah... Aku lebih terluka Erna... Aku lebih
terluka....” Air mata Rifqi menitis perlahan. Membasahi pipi seperti mana
hatinya basah apabila terperangkap dalamg relung kasih yang melingkar dengan
keperitan.
***
Datin
Zabedah tidak sudah-sudah membaca yasin di sisi sekujur badan anaknya yang
masih terbaring lesu. Bacaannya diselang selikan dengan esak tangis yang tidak
henti-henti. Makin diseka, makin laju ia membasahi ruang wajah. Tapi dia tetap
mengagahkan hatinya untuk membaca yasin. Sesungguhnya, hanya ini sahaja
kekuatan yang mampu dititipkan untuk menguatkan lagi fizikal dan rohani Erna
untuk kembali sembuh. Dia percaya pada ketentuan Allah dan hanya pada Dia hati
tua ini mengharap.
Perlahan-lahan
Dato Amran mula melangkah untuk mendapatkan isteri tercinta yang masih belum jemu
berlumuran dengan air mata. Hati suami mana yang tidak sedih apabila melihat si
isteri yang menangis tanpa henti. Hati ayah mana pula yang mampu menanggung
gelora melihat anaknya terlantar sakit hampir enam bulan lamanya. Tapi dia
sedar yang dia hanya seorang hamba. Hamba yang harus merelakan ketentuan Ilahi
dengan penuh rasa redha.
“Abang...
abang dah makan?” Tanya Datin Zabedah prihatin. Walaupun apa pun keadaannya,
kebajikan dan keperluan suaminya tetap menjadi keutamaan. Dia cuba untuk tidak
ralit dengan air mata. Namun sebagai manusia biasa, jiwanya lelah diambung
gelora yang melanda.
“Abang
tak lapar...”
“Abang...
jangan macam ni.. Nanti kalau abang sakit macam mana? Susahlah Edah... kena
jaga dua-dua sekali.” Datin Zabedah sedaya upaya untuk menyemarakkan lagi
hubungan mereka dengan senda gurau. Berharap agar si suami menerima pujukannya..
Namun hampa kerana Dato Amran hanya menunduk lalu memanggung kepalanya
menggunakan kedua tangannya.
“Abang..
kenapa nih?” Datin Zabedah mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Kebiasaannya,
suaminya tidaklah seperti ini.
“Doktor
panggil abang tadi...”
“Jadi?”
“Dia
kata.. Kemungkinan besar dia terpaksa menghentikan saluran oksigen yang
membantu Erna untuk hidup. Mungkin Erna tepaksa dilepaskan pergi...”
“Tak
boleh! Saya tak setuju... Saya tak boleh terima kalau... kalau.. kita sendiri
memilih untuk membunuh Erna.” Terkejut yang bukan kepalang apabila mendegar
bait kata suaminya. Kepalanya digeleng berulang kali. Tidak percaya yang dia
akan menghadapi situasi seperti ini. Memilih untuk menjadi pembunuh!
“Dah
enam bulan Erna koma Edah... Doktor cakap kondisi badannya sudah terlalu lemah.
Erna dah tak kuat seperti dahulu. Seolah-olah seperti dia beralah dengan rasa
sakit ini... Seperti dia sudah bersedia untuk pergi!”
“Tak
mungkin! Erna tak pernah selemah itu. Erna tak akan beralah dengan mudah bang..
Saya kenal anak saya!” Bidas Datin Zabedah lagi. Apapun yang terjadi, dia tidak
akan sesekali membenarkan semua ini berlaku.
Rifqi
yang mencuri dengar perbualan kedua ibu bapa Erna itu mula mengeluh. Cepat
sahaja dia ingin mencari kelibat Erna. Kenapa semudah itu Erna hendak mengalah?
“Kau
kena bertahan Erna... Kau tak boleh menyerah mcam ni je!” Itulah ayat pertama
yang keluar dari mulut Rifqi saat menangkap kelibat milik Erna. Erna
merenungnya lemah.
“Dah
tak ada gunanya aku hidup Rifqi.. Fareeq dah tak sayangkan aku...”
“Sebab
Fareeq dah tinggalkan kau, kau sanggup nak tinggalkan keluarga kau sendiri?
Nampaknya kau lebih sayangkan Fareeq melebihi daripada mummy dan papa kau
sendiri. Sejak bila kau meletakkan cinta Fareeq melebihi keluarga sendiri hah?”
Marah Rifqi berang.
“Kenapa
kau nak kecoh? Suka hati akulah... Sepatutnya dari dulu lagi aku pergi Rifqi.
Kenapa aku perlu dibangunkan hanya untuk melihat kepedihan ni?”
Tanpa
banyak cakap, terus sahaja Rifqi menghampiri Erna. Terus direntap tangan halus
itu agar mengekori langkah kakinya.
“Apa
ni Rifqi?” Erna cuba untuk melepaskan pautan tangan itu namun pegangan Rifqi
sungguh kemas.
“Cuba
kau tengok tu? Cuba kau tengok mummy dan papa kau Erna...”
Dari
cermin kaca di luar, Erna melihat wajah pucat mummy dan papanya. Air mata mula
menitis perlahan. Kelihatannya, keadaan mummy dan papa sedikit tegang. Setahu
Erna, meraka berdua jarang bertekak. Perkara apa yang menganggu ketenangan
hidup mereka.
“Mereka
bergaduh sebab kau Erna..” Jelas Rifqi tanpa dipinta.
Erna
mula berpaling ke arah kanan. Memandang wajah Rifqi yang asyik merenung ke
depan. Wajah lelaki itu serius sahaja.
“Sebab
aku?”
“Ya..
Keputusan pemeriksaan kau mendukacitakan. Doktor nak hentikan saluran oksigen
yang selama ini membantu kau untuk terus hidup. Sebab tahap kesihatan kau makin
merosot...”
Erna
membawa tangan kanannya ke mulut.
“Kau
tengok baik-baik muka mummy kau... Muka dia basah dengan air mata. Enam bulan
dia tunggu kau untuk bangun Erna. Enam bulan! Kau tak mahu ke bangun untuk
peluk dia? Kau tak mahu ke berikan dia hadiah pada penderitaan dia selama enam
bulan itu?” Sambung Rifqi lagi lantas memandang ke arah Erna.
Erna
terus menangis!
“Cuba
kau tengok pulak muka papa kau Erna... Betapa dia susah payah menghabiskan duit
dia untuk membiayai perubatan kau Erna. Kau tak mahu ke balas pengorbanan dia
dengan berlawan dengan semua ini? Kau tak mahu hadiahkan sebuah ciuman di pipi
dia? Sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghabiskan segala harta untuk
mengejut kau dari mimpi panjang nih...”
Kata-kata
Rifqi itu benar-benar menghentak jiwanya. Mungkin dia terlalu mementingkan diri
sendiri. Hanya kerana dia tahu bahawa Fareeq sudah berkahwin lain, dia ingin
menokhtahkan semuanya di sini. Erna terlupa yang dia punya mama dan papa yang
terlalu memerlukan kehadirannya.
“Macam
mana aku nak lawan Rifqi... Aku tak ada kuasa nak menahan atau melawan takdir.”
“Aku
tak suruh kau lawan takdir. Apatah lagi nak menahan takdir. Aku nak kau
pertaruhkan semuanya untuk tetap kembali terjaga dan mencium kedua mummy dan
papa kau. Biar hilang segala perit
ketika menanti kehadiran kau. Emosi yang kau rasa sekarang akan memperngaruhi
jasad kau. Jadi kau kena kuat! Cinta itu memang carta pertama dalam hati kita.
Tapi bukan pada kekasih Erna.. Tapi selayaknya diletakkan pada orang tua yang
dah terlalu banyak berjasa pada kita!”
Erna
menyesal kerana bermain dengan perasaannya. Mujur ada Rifqi untuk menegur
kesalahannya. Jika tidak, pasti dia akan terbuai dengan rasa sedih yang tiada
pujuknya. Matanya ralit merenung mummy dan papanya. Perlahan dia membawa
langkah mendekati kedua orang tuanya itu. Sesungguhnya, mereka adalah ibu bapa
yang terbaik di dunia. Penuh dengan kasih sayang dan penghargaan.
“Abang....
Erna menangis..” Datin Zabedah menghampiri tubuh anaknya. Air mata yang jatuh
segera diseka. Luluh jiwanya menangkap permata jernih itu. Hancur terus hati
tuanya.
Tiba-tiba
Erna memegang pipinya. Bagai terasa usapan lembut dari si ibu itu. Erna terus
menerus menangis.
“Sayang
papa... Jangan risau.. Papa akan tetap setia menanti kehadiran Erna. Papa tak
akan buat sesuatu yang bakal melepaskan anak papa... Bertahanlah sayang.. Papa
akan lakukan apa sahaja untuk membuatkan sayang sedar semula. Papa dan mummy
sayang Erna sangat-sangat.”
Dato
Amran mula berbual-bual dengan tubuh anaknya yang membisu itu. Langsung tidak
menyedari bahawa si anak sedang mendengar dengan tangisan di pipi.. Sungguh
Erna hampir terlupa pada papa dan mummy yang masih setia menanti dengan
sabar. Dia sibuk mengfokuskan diri pada
cinta kekasih dari cinta pada kedua ibu bapa. Kalau Rifqi tidak menyedarkannya,
pasti hatinya disarung dengan rasa ralat. Erna menoleh ke belakang. Ingin
berterima kasih kepada Rifqi kerana lelaki itulah yang telah menyedarkan
dirinya dari kealpaan namun bayangan Rifqi sudah menghilang. Entah kemana pula
lelaki itu pergi.
‘Mummy...
papa... Erna akan cuba bertahan... Erna tak akan sesekali mengalah..’ Itulah
tekadnya kini. Apa pun yang terjadi, dia tak akan mengalah lagi.
***
“Rif…
You free tak lunch nanti?” Tanya Mona sewaktu menyerahkan beberapa fail yang
dipinta oleh Rifqi sebentar tadi.
“Tak freelah Mona… I ada kerja urgent nak
kena settled. Nak pergi melawat site dengan Erna kejap lagi.”
Jawapan yang keluar dari mulut Rifqi itu
membuatkan Erna mengerutkan dahinya. Sebenarnya sedari tadi dia mengendap Rifqi
dan Mona. Mona dengan senyuman manis yang tidak jemu-jemu pada Rifqi. Manakala
lelaki itu pula tetap dengan sikap tak ada perasaannya. Kalau tak, kenapa Rifqi
tolak permintaan Mona itu. Sememangnya tak ada rancangan langsung tak pergi
site. Rifqi gebang lebih!
“Oh.. Kalau I ikut boleh?” Tanya Mona tak
mengalah.
Rifqi yang sedang menyemak kertas kerja
itu mula mengangkat wajahnya. Dahinya
dikerutkan berulang kali. “You nak ikut I? You kan bahagian marketing… Buat apa
nak pergi site?”
Muka Mona terkebil-kebil. Manakala Erna tepuk dahi. ‘Apa ke biul sangat Rifqi
nih. Minah tu nak mengoratlah bodoh….’
“Oh.. tak apalah kalau macam tuh.. I lunch
sorang-sorang jelah.” Sekali lagi Mona cuba menggoda Rifqi melalui ayat
pasrahnya. Namun langsung tidak memberi kesan terhadap Rifqi yang terus tekun
membelek dokumen.
Akhirnya Mona angkat kaki. Frust!
“Sudah-sudahlah buat dosa kering skodeng
orang siang-siang…” Perli Rifqi sambil matanya mula mendapatkan batang tubuh
Erna.
“Weh… Mana kau tahu aku tengah skodeng?
Kau ni kalau bab aku.. Cepat je pick up.. Kalau dengan orang lain, terus kena
penyakit disleksia!”
“Disleksia? Apa benda tu? Adik beradik
amnesia ke?”
“Kepala hotak kau amnesia? Amnesia tu penyakit
hilang ingatan… Disleksia ni bukanlah satu penyakit. Tapi merupakan salah satu
gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya,
masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan
kemahiran mengira. Disleksia tu merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah
untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.”
Terang Erna bangga. Dulu ada jugak cita-cita nak jadi doktor. Entah macam mana
boleh masuk bidang kejuruteraan pulak! Ini semua hasutan Rifqi!
“So? Apa kena mengena dengan aku? Oh.. Ini
penyakit kau waktu kecik-kecik dulu ya? Patutlah sampai besar kau tak
semenggah!”
Menyedari yang dirinya sedang dipermainkan
oleh Rifqi, cepat sahaja tangannya mencapai pelan dan terus diketuk kepada
Rifqi yang biul itu.
“Kepala otak kau penyakit aku… Aku cakap,
kau tu yang ada disleksia!”
“Tapi aku tak pernah gagal membaca dan
menulis dulu?” Tanya Rifqi polos.
“Aku tak maksudkan waktu kecik-kecik dulu.
Aku maksudkan, kau ni tergolong dalam kategori manusia yang diserang disleksia
dalam cinta. Kau susah nak baca, nak faham bahasa tubuh perempuan tentang
cinta. Kau langsung tak sedar yang kau sedang digoda oleh Mona tadi..”
“Erk.. digoda? Mona? Pakai sopan-sopan
macam tu, goda apa kebendanya? Langsung tak tergoda weh…” Rifqi masih belum
faham sepenuhnya.
“Ish… Goda tu tak semestinya dari tubuh
badan? Tak seharusnya dari pakaian. Dari ayat pun kita dah boleh cam apa!
Tengok macam Mona tadi, punyalah bersungguh nak suruh kau ajak dia pergi site!
Dan kau pulak boleh buat muka blur… Minah tu syok kat kau lah tuh…”
“Aku gabra kalau jumpa perempuan cantik ni
weh…” Tengkuk yang kesejukan mula digosok perlahan. Selebihnya, dia ingin
mengenal pasti riak wajah Erna.
“Gabra? Habis tu dengan aku kau tak gabra
pulak?”
“Erk.. maknanya kau tak cantiklah tuh…”
Ujar Rifqi spontan.
“Rifqi!!!!” Jerit Erna geram. Kenapalah
dia boleh kenal dengan mamat mulut puaka ini?? Betul-betul mintak nyawa extra!
Erna
tersenyum ketika mengingati perisitwa silam itu. Rifqi memang banyak idea untuk
mengenakan dirinya. Fareeq pula lelaki yang tiba-tiba hadir menghulur segugus
cinta. Dan Erna menyambutnya tanpa banyak soal. Namun siapa tahu yang ianya
berkesudahan sebegini rupa.
Kerana
cinta itu rela. Kerana kasih itu indah. Kerana sayang itu perlu dibelai.
‘Kehilangamu aku hilang cahaya. Dihatimu kini bukan lagi aku.. Cinta itu tiada
lagi..’ Erna pasrah dalam menyerah!
Rifqi
memerhati Erna yang ralit termenung itu. Pergerakannya jadi kaku tatkala
matanya terpandang seraut wajah Erna. Masih manis dalam pucat. Ingin sahaja dia
mengungkapkan segala kata cinta dan rindunya. Sudah lama dia menanti saat ini
tiba.
Hanya
Erna yang meliputi hatinya. Meruntuhkan dinding yang menjalar dengan rasa sepi.
Erna adalah bunga tidurnya. Hiasan di ruang jiwa. Adakalanya membuatkannya
terganggu tapi dia tetap ingin menunggu.
“Erna…”
Panggilan itu membuatkan Erna berpaling. Erna tersenyum kelat sedikit.
“Sakit
lagi?” Tanya Rifqi.
“Apa
yang sakit?”
“Hati
tu sakit lagi ke?”
Erna
tersenyum. Entah kenapa, rasa sakit itu kian kebah. Tak tahulah sebab dari rasa
tabah atapun kerana Rifqi berada di sampingnya tika ini. Adakah ini hanya dunia
khayalan atapun sekadar mimpi di dalam mimpi.
“Tak…
Kalau kau ada.. Sakit aku mesti cepat sembuh!” Jawab Erna jujur. Ya.. sedari
dahulu lagi. Jika dia diserang demam, Rifqi yang akan menjaganya. Kalau Rifqi
suap sahaja bubur dan ubat, petang itu Erna sudah boleh berlari. Adakah ini
yang dinamakan jodoh? Entahlah.. terlalu sukar untuk menduga dan menyangka.
“Erna…
tahap kesihatan kau makin baik. Mungkin tak lama nanti kau akan sedar…”
Kata-kata
Rifqi membuatkan Erna tersenyum.
“Ya
ke? Kau skodeng mummy dan papa ke?”
Anggukan
dari Rifqi membuatkan Erna melonjat kesukaan. ‘Betul ke aku akan sedar? Arghh…
tak sabar nak bertemu mummy dan papa!’
“Kalau
aku akan sedar.. kenapa muka kau muram je? Kau tak gembira aku nak bangun
nanti…?” Tanya Erna pelik. Baru dia perasan. Wajah Rifqi masam mencuka. Kelat
seperti peria.
“Bila
kau sedar nanti.. Ada kemungkinan yang kau tak akan ingat apa yang dah
berlaku…”
Erna
terdiam. Entah, dia tak tahu apa-apa!
“Kalau
macam tu aku tak mahu bangun… Aku tak nak hilang apa yang aku rasa sekarang!”
Putus Erna muktamad. Mukanya mula dibelenggu kegelisahan.
“Mana
boleh macam tu Erna.. Mummy dan papa perlukan kau…”
“Tapi
aku pun perlukan kau jugak!” Tanpa sedar, ayat itu keluar dari mulut Erna.
Terpempam Rifqi dibuatnya.
“Aku
tak faham…” Duga Rifqi sengaja.
“Aku
tak nak hilang apa yang aku rasa pada kau Rifqi… Aku tak nak hilang… Aku sayangkan
kau… Kalau betul aku tak ingat, macam mana aku nak tahu tentang kecurangan
Fareeq! Macam mana aku nak tahu yang kau cintakan aku… Aku takut aku berdegil
dan tolak kau pergi jauh-jauh..” Air mata yang bertakung, mula menjatuhkan diri
di pipi mulus milik Erna.
“Erna…
aku tak mahu berandai yang kau akan menjadi milik aku. Aku tak pernah berjanji
akulah lelaki yang akan menemani kau sampai mati. Tapi aku akan buktikan yang
aku mampu untuk bersungguh-sungguh mencintai kau...”
Erna
terharu sambil menangis lagi.
“Tapi
macam mana aku nak sedar yang kau menyintai aku kalau akan akan lupakan semua
moment indah nih?” Tanya Erna kusut.
“Kau
boleh baca diari aku ni Erna… Dia akan menceritakan segalanya…” Diari yang
dipegang oleh Rifqi itu mula ditarik. Dibaca perlahan bait-bait yang terlukis
dari mata pena.
Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung
impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana…
Ya Allah.. Terima kasih di atas segala
perhatian dan kasih sayangMu ini..
***
Perlahan-lahan
Erna membuka matanya. Matanya terlalu pedih apabila menangkap sinaran cahaya
terang. Terlalu sukar untuk dibuka kelopak matanya ini. Tekaknya terasa begitu
perit sekali.
“Ya Allah... Erna dah sedar! Abang, cepat
panggil doktor!” Suara itu mula menampan telinganya. Perlahan-lahan pandangan
mata yang kelam itu dia alih ke arah kanan. Samar-samar melihat kelibat mummy yang
sedang mengelap air matanya. Matanya kepedihan.
Tangan mummy yang panas mula mendarat di
pergelangan tangan anaknya yang sejuk.
“Erna
sayang... Ini mummy....”
Dengan
payah, Erna mula tersenyum sedikit. Hambar sahaja. Sungguh dia langsung tidak
ingat apa yang sudah berlaku pada dirinya. Tangannya cuba mengeyeh mata yang
pedih. Dia cuba ingin bangun tapi dilarang keras oleh Datin Zabedah.
“Jangan
bangun sayang.. Sayang masih lemah.” Kedengaran lafaz syukur keluar berulang
kali dari mulut Datin Zabedah. Menggambarkan rasa syukur yang tidak terhingga
terhadap Ilahi kerana segala doanya telah diperkenankan oleh Allah. Sungguh,
enam bulan tanpa Erna berlalu dengan begitu perit.
“Apa
yang dah terjadi mummy?” Kepalanya masih rasa berpusing-pusing. Kepalanya masih
berbalut rupanya. Mungkin ada terhentak hingga terluka. Terhentak? Erna cuba
untuk mengembalikan ingatanya yang hilang. Namun sukar kerana dia langsung
tidak boleh ingat apa-apa.
“Erna
accident... Erna tak ingat ke?”
“Erna
tak ingat apa-apa mummy...”
“Dah..
jangan paksa diri.. Erna kena banyak rehat. Jangan paksa otak fikir di luar
batasan ya..” Pujuk Datin Zabedah lembut. Dia tidak mahu jika Erna kembali
sakit apabila memaksa diri melakukan sesuatu yang berada di luar batasannya.
“Sayang...
Syukurlah sayang dah sedar. Papa risau sangat jika papa terpaksa kehilangan
Erna..” Dato Amran terus menghampiri anaknya itu sejurus selepas memanggil
doktor yang selama ini gigih merawat Erna.
“Papa...”
Sebuah kucupan hinggap di dahinya. Jelas di riak wajah Dato Amran yang
menunjukkan papanya itu sedaya upaya cuba mengawal permatanya. Mungkin bimbang
jika anak mata Erna rajin meneroka harta kebal milik seorang lelaki itu.
“Tak
herolah kalau menangis papa...” Sempat lagi dia mengusik papanya itu.
“Mana
ada papa nangis? Papa selesemalah...” Tipu Dato Amran. ‘Ya Allah.. terima kasih
kerana mengembalikan anakku.. Terima kasih ya Allah...’
Matanya liar memehatikan sekeliling. Cuba
mencari bayang seorang yang teramat dirinduinya. ‘Bila awak sedar nanti... rasa
hati akan memberikan awak petanda Erna.. Sama ada saya yang bertahta di hati
awak ataupun dia... Siapa yang awak akan cari dahulu bila awak buka mata
nanti.’ Suara itu berulang kali bermain di peluput telinganya.
‘Apa
maksud suara tersebut? Siapa yang aku cari? Siapa yang aku cinta? Pastilah aku
menyintai Fareeq. Fareeq kan tunang aku?’ Berkerut dahinya cuba memahami
gelodak perasaan milik sendiri.
“Erna..
Erna okey ke tak nih? Ish... mana doktor nih?” Rungut Dato’ Amran gabra.
Gelisah apabila melihat Erna yang seperti sedang memikirkan sesuatu. Bimbang
jika Erna jatuh sakit lagi. Dia tidak mahu jika Erna terlebih fikir.
“Papa..
mana Rifqi?” Tanpa diduga, soalan itu yang terbit dari mulut Erna. Erna sendiri
terkejut. Sepatutnya dia bertanyakan tentang perihal Fareeq! Bukannya Rifqi.
Dato
Amran dan Datin Zabedah mula berpandangan sesama sendiri. Mungkin pelik dengan
soalan dari anak mereka ini. Ialah, patutnya Erna bertanya tentang Fareeq!
Tunang dia sendiri. Bukan tanya tentang anak jiran mereka itu.
Baru
sahaja Dato Amran hendak menjawab, doktor sudah tiba bersama jururawat untuk
memeriksa tahap kesihatan Erna. Sementara Erna diperiksa oleh doktor, sepasang
suami isteri itu mula kegelisahan sendiri.
“Macam
mana ni bang? Erna dah sedar... Apa kita nak cerita kat dia? Saya risau tahap
kesihatan dia terjejas bila dia tahu hal sebenar nanti.” Datin Zabedah sudah
mula melahirkan kegelisahannya. Selesai satu masalah tapi satu masalah sedang
menunggu untuk menjerut lehernya lagi.
“Kita
suruh Fareeq berlakon!”
“Tapi
sampai bila? Fareeq dah kahwin!”
“Untuk
sementara waktu je... Kita kena pastikan
yang tahap kesihatan Erna betul-betul sembuh. Kalau beritahu hal sebenar,
elok-elok dia nak sihat, terus sakit. Abang tak nak macam tuh...” Dato Amran
mula melahirkan kebimbangannya. Macam-macam hal boleh berlaku sekarang. Jujur
akan membuatkan dia serba salah tapi menipu itu lagilah salah!
“Perkara
ni tak boleh buat main bang... Nanti kalau Erna tahu dari orang lain, lagilah
naya! Kusut betul rasanya...”
“Kita
kena pakat dengan orang lain supaya rahsia ni tak bocor. Abang tak mahu
kesihatan Erna terganggu. Telefon Fareeq... Erna mesti nak jumpa dengan dia
nanti.” Arah Dato Amran keras. Biarlah jika terpaksa berlakon sekali pun, yang
pasti ini bukan masa yang sesuai untuk membocorkan kebenaran.
“Habis
tu Rifqi?” Tanya Datin Zabedah kelu.
“Tu
nanti saya fikirkan...” Sebenarnya sudah tidak ada benda yang mampu dicerna di
dalam otaknya. Mungkin dia bakal melakukan perkara yang salah. Tapi siapa mampu
membentangkan kebenaran andai kebenaran ini begitu menyakitkan Erna nanti.
***
“Lega
bila abang dapat tengok Erna tersenyum lagi....” Ucap Fareeq sambil tersenyum.
Kata Dato’ Amran, Erna masih belum tahu cerita sepenuhnya. Jadi dia perlu
berlakon untuk menjadi tunang Erna. Fareeq sanggup melakukan apa sahaja. Dia
pun bimbangkan tahap kesihatan Erna. Dia mahu Erna cepat sembuh!
“Erna
pun rasa lega sebab dapat jumpa abang lagi. Abang macam mana? Sihat? Enam bulan
kita terpisah kan? Macam tak sangka yang Amna dapat hidup semula...”
“Enam
bulan tanpa Erna... Sungguh abang rindu sangat...” Luahan itu bukanlah satu
paksaan. Sesungguhnya dia teramat menyanyangi Erna. Dalam pada masa yang sama,
dia bertanggungjawab pada Sury. Sury adalah isteri yang dinikahi ketika mereka
melanjutkan perlajaran di luar negara dahulu. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan
keluarga. Fareeq akui yang dia berkahwin dengan Sury tanpa berfikir panjang.
Ketika itu, Sury berada di semestar pertama sedangkan Fareeq sudah berada di
semestar terakhir. Cadangnya, dia ingin pulang dahulu ke Malaysia untuk
menyediakan segalanya buat si isteri. Tapi dia mula terpikat pada Erna. Anak
majikan yang sangat mencuri perhatiannya.
“Erna
kagum dengan abang... Abang masih tak cari pengganti Erna walaupun abang tahu
yang kebarangkalian Erna untuk hidup semula adalah nipis. Terima kasih abang.
Erna terharu sangat!”
Mata
Fareeq berkaca tika mendengar luahan hati Erna. Bagaimana agaknya keadaan Erna
apabila mengetahui yang dia sebenarnya sudah berkahwin! Dapatkah Erna
menerimanya dirinya kembali? Bagaimana pula dengan Sury? Sury juga tidak
bersalah dalam hal ini. Enam bulan bersama Sury memang membangkitkan rasa cinta
yang telah pudar. Malah Sury setia memaafkan dirinya. Apa lagi yang dia
harapkan sekarang?
“Kenapa
muka abang nampak risau? Mesti abang tak cukup rehat sebab jaga Erna kan...”
Kata-kata
Erna membuatkan Fareeq tersentak. Jaga? Tak pernah sekalipun dia menjaga Erna..
Bukan kerana dia tidak mahu, tetapi kerana hasrat hatinya dihalang keras oleh
Rifqi dan Dato’ Amran. Semua ini berlaku apabila temberangnya pecah dengan
Rifqi. Hampir-hampir sahaja sebuah tumbukan hinggap di wajahnya. Tapi tak boleh
salahkan Rifqi, semua ini memang khilafnya.
“Abang
pergilah rehat... Erna boleh je sorang-sorang...” Beberapa kali dia cuba
yakinkan Fareeq. Fareeq dah cukup penat ketika menjaga dirinya. Dia tidak mahu
menambahkan beban Fareeq.
“Abang....”
Fareeq mula tergagap.
“Balik
jeh.. Erna tak kisah... Lagipun memang Erna nak tidur pun!”
“Abang
balik dulu Erna... Erna pun kena banyakkan rehat. Kalau tak rehat, lagi lama
Erna kena duduk dalam hospital nih.” Lembut Fareeq menasihat sambil membetulkan
selimut milik Erna.
“Okay
abang.. Jumpa esok!”
Usai
Fareeq keluar, Erna cuba memejamkan matanya. Dia rasa kosong! Rasa kehilangan.
Entah apa yang hilang, Erna sendiri tidak pasti.
“Oit...
dah enam bulan kau tidur! Tak cukup-cukup lagi ke?” suara kasar itu mula menampan
cuping telinganya.
Ceh!!
Patutlah rasa kurang sesuatu. Mamat puaka ni baru muncul rupanya. Malam-malam
masa orang nak tidurlah dia datang menyemak. Terus Erna bukak mata luas-luas.
“Baru
muncul? Kau pergi mana hah?” Marah Erna bengang. Rifqi orang pertama yang dia
ingat setelah sedar dari lena yang panjang tapi mamat tu yang terakhir sekali
muncul.
“Hero
mana boleh muncul cepat-cepat.. Nanti klimaks awal. Tak syoklah cerita tuh..”
Selamba Rifqi mengusik.
“Jangan
nak jadi tupai yang memandai-mandai. Kau ni makan apalah eh waktu kecik-kecik
dulu sampai kuat menjawab macam nih!” Erna sudah bangun dari pembaringan. Tak
selesa nak bertekak jika berbaring. Bateri macam nak ting tong jeh!
“Kalaulah
aku dapat makan kau waktu kecik-kecik
dulu kan best... Ini tak, sampai sekarang aku kena mengadap muka toya kau nih!”
Kutuk Rifqi tak beragak.
“Haih...
ada orang nak kena tanam dalam kerak bumi nih... Tahun baru cina dapat angpau,
kau memang melampau!”
“Kau
nih...betul ke koma enam bulan. Tak macam pun! Apa dalam masa enam bulan tu kau
kumpul tenaga ya nak bertekak dengan aku?” Rifqi mula menggelengkan kepalanya. Akhirnya
mereka sama-sama ketawa hinggalah keduanya kembali senyap tanpa suara. Terlalu
rindu suasa gurauan seperti ini!
“Erk....
Kau tak ingat apa-apa ke?” Soal Rifqi perlahan-lahan. Cuba meneroka apa yang
berada di dalam ingatan Erna.
“Ingat
apa? Kena ingat apa-apa ke?” Soal Erna polos.
“Yalah...
ingat apa-apa?” Sedaya upaya Rifqi cuba untuk memahamkan Erna.
“Oh...
kejadian accident tu ke? Entahlah... yang aku tahu kereta aku kena rempuh
dengan lori sebab aku tak sempat nak kawal kereta waktu turun bukit...Lepas
tuh... kebabom! Aku rasa badan aku melayang-layang....” Sempat lagi Erna
berlakon seolah-olah tubuhnya sedang melayang.
“Tak
payahlah nak berteater sangat! Kau tu bawak kereta je.. Bukan bawak kapal
terbang sampai nak melayang bagai!” Mungkin nada Rifqi seperti main-main. Tapi
dia teramat serius untuk memaknakan kata-katanya.
“Mungkin
lepas ni boleh ambil lesen kapal terbang pulak kan...” Jari terlunjuk Erna
bermain di hujung dagu.
“Dahlah..
sudah melawak! Pergi tidur.. Dah malam sangat dah nih..”
Tanpa
banyak cakap, Erna hanya menurut. Kebetulan memang matanya sudah diserang
kantuk.
“Erna...”
Panggil Rifqi lembut.
“Hmm...”
Tanpa membuka mata Erna menyahut.
“Janji
dengan aku....”
“Janji
apa?”
“Jangan
bawak kereta laju-laju dah....”
“Okay...
lepas ni kalau aku nak pergi mana-mana, aku suruh kau je jadi driver aku
ya...Aku tak akan bawak laju-laju dah. Aku akan ingat orang yang tersayang...”
Rifqi
tersenyum. Seperti jangkaannya, Erna langsung tidak teringat dengan perkara
yang telah terjadi. Dia belum cukup kukuh untuk berada di pelusuk hati Erna. ‘Aku
redha walau tidak ku damba… Walaupun hampa, semuanya memang sudah dijangka.’
Hati Rifqi menangis.
***
Rifqi
sibuk membelek gitar kapaknya. Erna pula rajin menghidangkan cucur ikan bilis.
Saja tak ada kerja petang-petang. Sekurang-kurangnya ada jugak kundapan sambil
melepak di gazebo ini. Sekali pandang, mereka berdua ni tak ubah macam suami
isteri. Padahal jiran sebelah menyebelah je.
“Kau rasa betul ke keputusan aku untuk
terima Fareeq!” Erna mula nak memecahkan tembok kebisuan. Hatinya masih
menimbang-nimbang kebaikan menerima lamaran Fareeq. Dia sudah punya jawapan
tapi sengaja nak mintak pendapat si mulut puaka itu.
“Keputusan
hidup kau, mana boleh tanya pendapat orang lain. Ada otak kan... Fikirlah
sendiri!” Smash Rifqi satu das!
“Aku
mintak pendapatlah... Tu pun kedekut!” Erna mendengus kasar! Bengang pastinya.
“Yalah...
bila masuk bab hati dan perasaan... Mana boleh mintak pendapat orang! Kau yang
nak bercinta, kenapa tanya orang lain. Tepuk dada, tanya hati, seru iman,
panggil tok kadi! Apa susah!”
Erna
ketawa. Pantun ke syair tuh!
“Jomlah
panggil tok kadi.” Galak Erna.
“Kalau
panggil sekarang, kena kahwin dengan akulah!”
“Aku
ada akal lagi weh kalau nak kahwin dengan kau!” Bidas Erna selamba. Tak ada
sambutan dari pihak Rifqi. Mungkin lelaki itu sudah penat bertikam lidah
dengannya. Tak pun kering modal nak menjawab balik!
“Weh...
dari tadi aku tengok kau petik-petik gitar! Nyanyilah satu lagu. Bosan nih...”
Arah Erna keras. Cucur ikan bilis itu disumbat ke dalam mulut.
“Hah,
sedap je nak mengorder! Kau nyanyi sendirilah.”
Erna
mati kutu. Mamat ni apasal? Kena serang bendera jepun ke? Nak mengamuk je
kerjanya.
“Amboih...
tang aku je kena smash... Kau order jemput ikan bilis ni aku buat jeh.
Merajuklah macam gini.” Erna sudah mula hendak mengangkat sepanduk merajuk. Dia
tahu yang Rifqi pasti akan memujuknya. Alah Rifqi tu luar je nampak macam batu,
dekat dalam hati tu ais. Mudah cair! Spesis air batu!
“Yalah...
tak payah nak merajuk. Duduk! Aku nyanyi sampai hujan!” Rifqi mula menggelabah.
Jenuh nak pujuk rajuk Erna nanti. Minah tu bukan boleh kira. Biul memanjang!
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Erna
ketawa sengaja! Suara Rifqi tu memanglah tak boleh dipertikaikan. Tapi rasa nak
berguling pulak bila dengar Rifqi nyanyi lagu-lagu jiwang. Dah lah nyanyi
dengan penuh perasaan! Kena sawan apa petang-petang nih?
“Kau
nak mampus ke Erna? Gelak macam kera cacat jeh..” Kalau ikutkan rasa hatinya,
hendak sahaja dia hempuk kepala Erna itu. Orang penat-penat nyanyi. Dia boleh
ketawa! Memang nak kenalah kan...
“Tak
ada stok lagu lagi jiwang ke bro! Kejadah nyanyi lagu untuk kekasihnya....”
Pangkah Erna sambil belum terhenti ketawa.
“Eh...
aku ada apa kekasih!”
Erna
senyap. Terkejut!
“Kekasih?”
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya.. Kekasih gelapku...
Nyanyian
spontan Rifqi versi akustik itu berjaya membuatkan Erna terdiam. Sejujurnya,
ini bukanlah kali pertama dia mendengar lagu ini. Tapi inilah kali pertama dia
teramat terkesan dengan bait lagu ini. Adakah Rifqi menujukan lagu ini kepada
dirinya? Segenap hati cuba mengiakan tapi sebelah jiwa mula diserang was-was.
“Aku memang tak ada kekasih untuk waktu ini..
Jadi sebab itu aku berdoa agar Allah tolong jagakan kekasih gelapku itu untukku
nanti. Segala cela dia, akan aku simpan. Segala kelebihan dia akan aku hargai.
Segala-galanya tentang dia, akan aku terima dengan redha...”
Perghh...
meleleh peluh Erna dibuatnya! Rifqi mana pernah bercakap soal jodoh. Lari dari
jodoh banyaklah!
“Kau
memang betul-betul pelik petang nih...” Tanpa sedar, ayat itu meluncur laju
dari mulut Erna.
“Kau
ingat kau sorang je ke nak bercinta? Aku pun nak jugak... Walaupun aku ni hati
kayu, jiwa batu, tapi sekali aku
mengayat, memang layu dan sekali aku berjiwa, terus kau membatu!”
“Eleh
ke eleh eleh...” Sekali lagi Erna ketawa.
Rifqi
hanya tersenyum. Terus memetik gitar cabuknya itu.
Erna
tersenyum apabila teringatkan kenangan manis itu. Entah kenapa, sejak dia
sedar, kenangan bersama Rifqi kuat bermain di kotak ingatannya. Tapi sekejap
lagi dia mengajuk, merajuk kerana Rifqi tidak menjemputnya dari hospital. Dia
nak balik dengan Rifqi!
“Jom
masuk sayang...” Ajak Dato’ Amran. Sedari sampai tadi Erna tidak lepas dari
melepak di gazebo ini. Memang gazebo ini dibuat khas untuk Erna dan Rifqi
melepak. Kalau masuk rumah nanti, bimbang tak manis dipandangan mata
jiran-jiran.
“Papa...
Erna nak pergi rumah Rifqi kejap ya.” Pinta Erna. Dia nak jumpa Rifqi. Dia
terlalu rindukan Rifqi. Kenapa ya? Rindu ini seakan-akan tidak mahu surut! Kenapa
dia langsung tak teringatkan Fareeq?
Oh
hati... apakah yang sudah terjadi? Diserang angin kus-kus gamaknya!
“Err...
Nak buat apa pergi rumah Rifqi?”
“Nak
pergi jumpa mama Rifqi kejap... Dah rindu sangat. Boleh kan? Kejap jeh...”
Sengaja Erna beralasan. Kalau cakap rindu dekat Rifqi kang, papa pengsan pulak!
“O..kay...
Jangan lama tau. Papa nak Erna berehat!”
Erna
menayangkan tabik hormat. Tanda akan akur dengan arahan papanya. Kakinya cepat
sahaja melangkah ke rumah sebelah. Nak jumpa kekasih gelap yang dirindui.
***
Setelah
berpeluk sakan dengan mama Rifqi, Puan Suraya mula memohon diri ke dapur.
Katanya hendak membancuh air walaupun ditegah oleh Erna. Dia bukannya dahaga
pun. Matanya menilau mencari kelibat Rifqi! Mana pulak mamat ni?
Sebuah
senyuman nakal mula terukir di bibir. Dah lama tak buat kerja-kerja luar alam
nih. Cun jugak kalau skodeng bilik Rifqi.
“Mama...
Erna naik atas kejap ya!” Laung Erna dari tangga. Bukan bersungguh pun nak
beritahu tapi karang tercari-cari pulak orang tua tuh!
Pintu
bilik yang tidak berkunci itu mula ditolak perlahan. Erna menjenggulkan
wajahnya ke dalam bilik itu. Bimbang jika terserempak dengan Rifqi. Entah
kenapa bibirnya mula menguntumkan senyuman apabila terpandangkan contengan di
tepi dinding itu.
“Erna,
kenapa kau conteng dinding bilik aku!” Marah Rifqi seraya merampas pensil warna
yang berada di tangan Erna. Habis dinding biliknya diconteng oleh Erna yang
baru berusia sepuluh tahun itu.
“Bilik
kau tak ada bunga... kosong... tak cantik!” Bidas Erna sambil mencapai pensil
warna yang bersepah di atas lantai. Mula melukis lagi.
“Ini
bilik orang lelaki... mana ada bunga... Kau nak aku jadi pondan ke?” Sekali
lagi Rifqi merampas pensil warna kuning itu. Habis comot dinding rumahnya!
“Pondan
tu apa?”
“Argghh..
tensionnya aku cakap dengan budak tak cukup umur nih!” Rifqi mendengus. Memang
Erna muda dua tahun dari dirinya. Memang kecil pun lagi. Entah macam mana budak
comot ini boleh terlepas ke dalam biliknya. Selamba tak malu betul masuk bilik
anak teruna orang!
“Aku
dah besarlah! Aku tak kira... Aku nak lukis bunga jugak kat dinding ni..”
Akhirnya mereka sama-sama bergelut. Erna dengan pensel warna dan crayonnya.
Rifqi pula dengan tuala lembab di tangan. Bila Erna mula menconteng, cepat
sahaja Rifqi memadamkannya. Tapi lukisan itu mula jadi comot! Dinding itu bertukar
menjadi kotor.
“Dah
kotor...” Keluh Erna.
“Kaulah
punya pasal!” Marah Rifqi tak puas hati. Susah bila kawasan perumahan ini tak
ada kanak-kanak lelaki. Terpaksalah berkawan dengan si Erna anak jiran sebelah
rumah yang asyik pot pet pot pet memanjang! Umpamanya berkawan dengan orang
sawan!
Kenangan
itu membuatkan wajah Erna tersenyum simpul. Rupanya Rifqi masih belum memadam
atau mengecat kembali dinding comot itu. Tangannya mengusik lembut dinding itu.
Rasa bahagia menyelinap dalam pelusuk hati.
Erna mula memajukan langkah untuk keluar.
Tidak betah rasanya buat perangai tak malu selongkar bilik anak teruna. Kalau
kantoi nanti mulalah haru biru! Tapi matanya terpandangkan buku-buku yang tersusun
cantik di atas rak. Memang Erna akui, Rifqi memang suka membaca. Semua jenis
bahan bacaan pun dia belasah!
‘Hmm... okay jugak kalau aku pinjam buku
nak mentelaah!’
Sedang
dia tekun memilih, matanya mula tertacap pada sebuah diari yang terselit dalam
celahan buku. Seolah-olah buku tersebut
pernah dilihat dek mata kasarnya. Sambil memandang ke arah pintu, cepat sahaja
dicapai buku tersebut.
“Sejak
bila pulak mamat ni tulis diari? Heh.. jom kita selongkar apa yang dia tulis!”
Kerusi yang berada di sebelah mula ditarik. Bersedia menerokai alam pena milik
Rifqi. Siapa tahu ada rahsia besar terkandung di dalamnya?
Sudah
lama aku memendamkan rahsia ini… Mungkin sudah tiba masanya untuk aku
menghuraikan segalanya.. tapi pada siapa? Bak kata Erna, aku ni ada penyakit
disleksia kalau berkaitan dengan hati dan perasaan.. sebab tu aku nak tulis
diari.. Wokeyh.. let’s start.. si dia yang kugelar kamelia... kenapa kamelia?
Sebab sama dengan nama kereta kesayangan aku.. oh.. dia sungguhlah cun melecun!
Kalau tengok panahan mata dia, boleh melecur mata nih seyh...
Rahang
Erna terjatuh! “Rifqi sukakan seseorang?” Hati mula dipagut cemburu. Kenapa
cemburu? Erna pun tak boleh nak double confirm. Tanpa buang masa, dia kembali
menyambung pembacaan.
Malang
sungguh derrrr... si kamelia ni dah berpunya! Haih.. sadis sungguh kisah cinta
aku kan... baru je penyakit disleksia nak sembuh, terobek pulak hati aku...
berdarah berlagu pilu.. tapi sebagai manusia yang bertamadun, aku terima
hakikat nih.. Dapat tengok dia senyum dari jauh pun... dah cukup hilangkan
sawan angau bangau aku nih... Dasyat gila!!
Bibir
Erna mula tersenyum. Lega kerana si Kamelia itu sudah berpunya. Dia terus
menutup diari tersebut. Mula rasa tak selesa kerana mencabuli hak asasi milik
Rifqi. Matanya diarah ke muka pintu sambil tangannya cepat ingin menyorokkan
kembali diari berwarna hijau itu. Namun kerana kegelojohannya, diari itu
terjatuh ke atas lantai. Erna mula tersentak!
Tergamam
kerena beberapa keping gambar miliknya bergelimpangan di atas lantai. Mungkin
gambar-gambar tersebut telah diselelitkan di dalam diari. Dengan tangan yang
terketar-ketar, dia membaca contengan di belakang gambar miliknya itu.
Sejak dua menjak ini… makin kerap ku
diganggu visi..
Bila celik, juga bila mimpi… aku nampak
kau…
Tapi bukan aku yang di sisi.. (Kamelia..)
‘Jadi
kamelia tu adalah aku? Rifqi sukakan aku....??’ Erna sudah mula gabra. Hatinya
bersulam dengan gundah gulana. Dia kembali membelek diari milik Rifqi itu. Dia
hendak menyelongkar segala yang tersembunyi. Apa lagi yang dia tak tahu?
Setiap
perkara ada gantinya.. Setiap perlakuan ada ganjarannya.. Setiap kejadian ada
hikmah di sebalik kejadiannya…sekarang aku dah faham… kenapa Allah nak jarakkan
rasa hati aku pada Kamelia.. rupanya sebab Allah nak pendekkan umur aku!! Macam
mana aku nak describe perasaan aku ya bila kau tahu yang aku menghidap penyakit
Tuberculosis ataupun singkatannya dipanggil TBC...?Rasa nak marah... nak
marahkan siapa? Tuhan? Amboihh.. besau betul kepala sampai nak marah tuhan?! Nak
menangis...? sorry.. aku lelaki gentleman okeyyhh.. nangis2 pi cari cite
hindustantlah... aku hanya mampu redha... Sebab tu aku hanya pandang kamelia
aku dari jauh... dia dekat jeyh.. ada sebelah aku ni hah... tapi tangan aku tak
sampai untuk menggapainya.. dapat tengok dia senyum pun jadilah... =)
Tanpa
sedar, air mata bercucuran di ruang wajah. “Ya Allah.. kenapa Rifqi tak pernah
bagi tahu aku apa-apa pun!” Sekarang baru dia faham! Kenapa Rifqi selalu demam
berpanjangan dahulu. Jadi inilah sebabnya. Rifqi menghidap penyakit TBC. Penyakit TBC menular melalui udara yang
tercemar dengan bakteria mikobakterium tuberkulosa. Bakteria ini sering masuk
dan terkumpul di dalam paru-paru dan akan membiak menjadi banyak. TBC dapat
menginfeksi hampir seluruh organ tubuh seperti paru-paru, otak, ginjal, saluran
pencernaan, tulang namun organ tubuh yang paling sering terkena ialah
paru-paru. Erna tahu kerana dia pernah membaca dalam sebuah novel yang
menceritakan tentang penyakit ini.
Tanpa berlengah, terus digagahkan lagi
hatinya untuk terus membaca walaupun sungguh jiwanya bagai telah dicincang
lumat.
Setan
betul!!!!! Aku memang rasa nak bunuh orang hari nih... Memang rasa nak membunuh
kalau tak ingat dosa pahala. Berani dia tipu Kamelia aku! Berani dia permainkan
perasaan Kamelia aku!! Manalah aku tak mengamuk... Fareeq tunang si Kamelia tu
dah kahwin... aku ulang semula.. ‘DAH KAHWIN’!! Bini dia study kat luar negara,
dia boleh pi bercinta dengan Kamelia aku... Aku tak dapat bayangkan perasaan
Kemelia jika dia tahu hakikat sebenar.... Marah ke? Nangis ke? Gila ke? Tapi
aku pasti dia kuat walaupun dia tu manja ya Rabbi... Aku harap aku masih
dipinjamkan nyawa untuk berada di samping dia nanti untuk memujuk rajuk dia....
Argghh... Tuhan, TOLONG MAKBULKAN DOA AKU!!!
Fareeq
dah kahwin?? Sekali lagi Erna terhentak sendiri. Matanya sudah bengkak dan
tidak mampu lagi meneruskan pembacaan. Entah-entah selepas ini rahsia apa lagi
yang bakal tersingkap??
‘Ya
Allah... macam mana boleh jadi macam nih...?’ Soal Erna sendiri. Dia mula
mengumpul nafas. Mengumpul kekuatan yang sudah mula tumpul. Kebenaran ini perlu
disingkap!
Hanya
Allah yang tahu perasaan aku bila tengok badan dia terkujur terbaring di atas
katil hospital dengan wayar yang berselirat!! Kenapa bukan aku yang berada di
tempat dia? Kamelia.... kenapa kau suka bawak laju-laju. Kan aku cakap, kau
hanya boleh bawak laju bila aku ada kat sebelahhhh... kenapa kau tak faham
bahasa melayu!! KENAPA?? Pertama kali air mata aku jatuh... Jatuh sebagaimana
aku telah jatuh ke dalam cinta ini.... Tak pernah sekali aku berdoa untuk kau
pergi dahulu... apa pun terjadi, doaku... biarlah aku yang pergi dahulu
sayang.....
Erna
terus-terusan menangis. Pertama kali membaca isi hati Rifqi. Pertama kali
merasakan bahawa cinta Rifqi terlalu kuat dan sempurna. Dia sudah tidak
terkejut tentang Fareeq. Dia hanya ingin mengetahui tentang Rifqi. Matanya
sudah terlalu kabur dek air mata. Permata itu terus ditepis. Dia mahu
meneruskan pembacaan. Bimbang nanti Rifqi masuk dan menerkam dirinya sedangkan
dia belum menghabiskan pembacaan. Wahai hati, bertabahlah....
Tubuh
ini makin susut... mungkin sedang menanti tarikh luput.. Aku dah tak kuat
lagi... Komplikasi di rusuk kiri… Makin sukar nak bernafas… nak bergerak… nak
berdiri…doktor kata kuman-kuman tu dah merebak di sekitar jantung aku... Aku
dah tak punya masa lagi.. sedangkan Kamelia masih terbaring tak sedarkan diri.
Aku sentiasa berdoa... supaya ingin menemui dirinya dahulu sebelum ajalku
dijemput Ilahi. Kalau pun tidak di dunia nyata, aku berharap yang kita akan
bertemu di dalam mimpi... Supaya aku berpeluang untuk menyatakan luahan hati
dan perasaanku.... yang aku terlalu menyintaimu wahai Erna Farzana....
terlalu....
Terdapat
tompokan kecil di sekitar diari. Menandakan bahawa Rifqi menangis ketika
meluahkan rasa hatinya ini. ‘Rifqi... kenapa? Kenapa kau memilih untuk
merahsiakan semua ni? Kau tahu tak... Kau tahu tak yang aku pun sayangkan kau
jugak. Aku memilih Fareeq sebab aku mahu melupakan kau... Kenapa kau bodoh
sangat???’
Ya...
selama ini dia memang terlalu menyintai Rifqi. Bagaimana dia harus menepis rasa
ini sedangkan Rifqi berada di sisinya dua puluh empat jam! Jadi apabila Fareeq
meluahkan perasaan, terus dia mengangguk setuju. Bukan kerana cinta... Bukan
kerana sayang.. Tapi kerana ingin melupakan rasa cinta yang bersarang di lubuk
hati. Dia ingin belajar melupakan Rifqi. Ya.. memang dia berjaya menerima
Fareeq! Tapi dia tidak mampu memberikan seluruh hatinya. Jadi mungkin kerana
itu Fareeq juga tidak berlaku jujur dengan dirinya.
Aku
tak mampu bertahan lagi.... Aku kan pergi.. bertemu Kekasih yang lebih abadi..
nak kata aku bersedia, aku tak pernah bersedia menghadapi MAUT! Aku takut
dengan segala macam azab untuk segala kesalahanku di dunia ini.. tapi aku akan
terus menangih keredhaan Allah.. Aku tak risaukan kamelia... sebab aku tahu,
Allah akan jaga Kamelia lebih baik dari yang aku jaga... aku serahkan
segala-gala padaNya.. Pada Kamelia, aku tinggalkan dia sesuatu yang dia
perlukan untuk dia meneruskan kehidupan... Kamelia, kalau rindu aku... pandang
cermin... kau akan nampak yang aku turut merindui kau.... =)
Dia bukan sekadar khayalan… Dia di hujung
impian… Dan akan segera aku nyatakan… Aku terlalu menyintaimu Erna Farzana…
Erna
terpana membaca bait-bait akhir itu. Fikirannya tidak mampu mencerna ayat Rifqi
itu. Dia cuba membelek halaman belakang. Namun halaman itu kosong! Itu bermakna
Rifqi tidak lagi mencoretkan isi hatinya di dalam diari ini.
‘Apa
maksud Rifqi?’
Erna
menghampiri cermin meja solek yang sudah sedia ada di bilik Rifqi ini. Lama dia
tenung cermin di hadapannya. Menilik setiap inci wajahnya. Namun otaknya beku
tanpa sebarang idea! Kenapa kena pandang cermin? Nak kena tanya Rifqi nih!
Baru
sahaja Erna berpusing. Namun tiba-tiba dia tersedarkan sesuatu. Perlahan-lahan dia kembali berpaling dan
mengadap cermin.
“Masa
accident tuh... mata Erna masuk cermin kaca. Jadi doktor dah melakukan
pemindahan mata... Jadi ada seseorang hamba Allah tu dah dermakan mata pada
Erna.!”
Erna
rasa hendak pitam. Cepat sahaja tangannya mendarat pada meja solek itu untuk
menampung badannya yang sudah hilang daya. Dengan linangan air mata, cepat
sahaja dia keluar dari bilik Rifqi. Mulutnya menjerit nama Rifqi.
“Erna...”
Panggilan itu dari Puan Suraya. Mama Rifqi!
“Mana
Rifqi mama?” Sudah tidak peduli jika dia terpaksa meninggikan suaranya.
“Erkk....Erna
kena tanya papa Erna!” Ujar Puan Suraya tergagap-gagap.
“Kenapa
nak tanya papa? Mama tak boleh jawab je soalan senang Erna tuh?” Hatinya sudah
mula perit dan pedih. Kenapa orang di sekelilingnya suka merahsiakan kebenaran?
“Papa
Erna tahu Rifqi dekat mana...” Jawab Puan Suraya takut-takut. Apa
sebenarnya yang terjadi pada Erna.
Selama seminggu ini, tidak pula anak gadis itu bertanya perihal anaknya.
“Okay..
Erna akan tanya papa... tapi Erna nak tanya macam mana ya mama? Mana Rifqi
atau... mana... kubur... Rifqi...” Pertanyaan Erna membuatkan Puan Suraya
tersentak!
“Erna....”
Puan Suraya terus menarik Erna ke dalam pelukan. Sudah dianggap Erna seperti
anak sendiri. Dia juga tidak mudah untuk menerima pemergian anaknya sendiri.
“Mama....
Kenapa tak beritahu Erna? Kenapa?” Erna sudah mengongoi di bahu Puan Suraya. Apa
yang dia mampu lakukan ialah... menangis.... Menangisi pemergian Rifqi.
***
Sekarang
baru Erna faham. Kenapa hanya dia yang boleh melihat Rifqi tempoh hari. Rupanya
kerana dia memiliki sepasang mata milik Rifqi. Rifqi telah mendermakan matanya
kepada Erna apabila dia menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap penyakit
TBC. Semua ini atas permintaan Rifqi sendiri.
Air matanya menangis sambil bersulamkan
sedu tika membacakan surah yasin di pinggir kubur ini. Terlalu banyak
pengorbanan yang dilakukan oleh Rifqi!
“Maafkan
papa sebab menipu... Papa cuma tak mahu Erna tertekan. Tapi papa tak sangka
yang semuanya tertulis dalam diari Rifqi. Maafkan papa Erna...” Dato Amran
memeluk lembut bahu milik anaknya.
“Tak
ada apa yang perlu dimaafkan pa... Erna tahu.. papa buat semua ni untuk
kebaikan Erna.. Erna tak marah. Sikit pun tak!” Tak perlu didendam segala
amarah ini. Setiap ibu bapa memang inginkan kebaikan buat setiap anaknya.
Balik
dari kubur itu, Erna didatangi oleh seorang perempuan. Wajah perempuan itu
seolah-olah pernah singgah di kelopak matanya. Namun dia sudah dapat mengagak.
Pasti perempuan ini isteri Fareeq!
“Saya
rela berkongsi kasih Erna…” Kata-kata yang keluar dari mulut Sury itu
membuatkan Erna tersentak! Adakah semudah ini? Semurah ini kasih sayang Sury
pada Fareeq? Ataupun Sury tergolong dalam golongan perempuan yang sanggup
melakukan apa sahaja buat seorang lelaki yang bergelar suami walaupun terpaksa
menikam hati miliknya berulang kali?
Maaf….
Erna Farzana bukan seperti itu!
“Untuk
apa saya berkongsi kasih? Kasih ini sememangnya bukan milik saya?” Dia tidak
tahu apa motif pertemuan ini. Adakah untuk membolak-baliknya semua perkara yang
sudah terbalik?
“Erna…”
“Jangan
paksa saya Sury! Jangan paksa saya melakukan sesuatu yang saya tak sanggup.
Menerima Fareeq umpama seperti membunuh awak? Lagipun apa jaminan yang saya
akan bahagia kalau kita berkongsi suami? Kebahagian saya belum tentu tapi
kepedihan awak itu sudah terjamin!” Marah Erna fed up!
“Kalau
awak tak mahu berkongsi… Saya sanggup untuk dilepaskan..” Sungguh, ayat itu
tidak rela keluar dari mulutnya. Tapi kerana terlalu kasihkan dan utamakan
kebahagia Fareeq, dia sanggup menelan apa sahaja. Apa sahaja untuk suaminya.
Erna
mendengus. Perempuan ini yang terover bodoh ke atau keadaan sedang
memperdodohkan mereka?
“Bukan
macam tu maksud saya Sury… Sama ada berkongi atau dia melepaskan awak, saya
tetap tak akan kembali pada dia. Fareeq milik awak Sury. Pertahankanlah apa
yang awak ada. Tak kan awak nak pas-pas suami awak pada orang lain? Awak tak
perlu jadi semulia itu? Dan tolonglah hidup dengan perasaan Sury? Tolonglah…
Tolonglah tanam sedikit rasa cemburu. Sebab cemburu itu memang dah ditempatkan
dalam hati seorang isteri. Tak perlulah awak nak menepisnya berulang kali.”
“Tapi…”
Hati Sury tersentuh! Erna terlalu baik. Kerana itu dia sanggup bermadu dengan
Erna.
“Tak
ada tapi-tapi lagi Sury… Mungkin dulu Fareeq memang cintakan saya. Tapi
sekarang yang tinggal hanyalah rasa kasihan. Mungkin kasihan melihat nasib saya
yang begini sedih…. Lagipun, dah tak ada jaminan kebahagian buat saya kalau
saya terima Fareeq.” Bebel Erna lagi.
Akhirnya
kedua-duanya menyepi. Sehinggalah Fareeq menghampiri mereka berdua. Sury dan
Fareeq saling berpandangan. Dengan penuh memahami, Sury mula meninggalkan
suaminya bersama Erna di taman mini papa ini. Membiarkan mereka berbual sendiri
tanpa ganguan.
Erna
senyap! Tak ada modal untuk dibicarakan.
Sekali pun Erna tidak menyesal dengan
perkara yang telah terjadi di dalam hidupnya. Tiada guna lagi jika Fareeq
hendak membentangkan segulung alasan sekalipun. Dia akan cuba berundur dari
daerah dunia Fareeq. Apa yang berlaku dahulu bukanlah satu kesilapan. Semua itu
sememangnya takdir yang tidak mampu ditahan oleh tangan manusia.
“Sayang….”
Seru Fareeq serba salah.
“Jangan
panggil saya Sayang bang… Sebab sayang itu bukan milik saya.”
“Maafkan
abang…” Fareeq menunduk. Menyesali kesalahan sendiri. Sememangnnya kesalahan
itu memang dipikul oleh bahunya. Sudah beristeri, pandai-pandai cara bala!
Sekarang tanggunglah sendiri. Tapi yang sadisnya, ada dua orang wanita yang
ikut turut menanggung keperitan ini. Dua orang wanita yang langsung tidak
bersalah.
“Tapi
percayalah Erna… Abang memang betul-betul sayangkan Erna. Cinta abang bukan
satu kepuraan. Abang ikhlas… Abang tak mampu nak halang rasa hati ini dari
menyintai Erna. Sememangnya Erna memang sentiasa ada di hati abang…”
Kepala
Erna digelengkan berulang kali. Tak
perlu untuk Fareeq merayu seperti ini. Tak perlu untuk ditangisi nasib ini.
“Takdir dan menentukan agar kita berpisah bang.. Terimalah hakikat cinta kita
ini. Abang bukan untuk Erna…”
Malas
memanjangkan perbualan, terus Erna angkat punggung.
Rasa
pedih itu sememangnya masih ada. Malah ada ketikanya, Jiwa Erna meronta hiba
apabila tidak dapat memutuskan kemahuan hati. Apa yang ada hanyalah rasa
terseksa yang menghiris bagaikan sembilu. Tapi masih ada lagi sisa-sisa
kekuatan yang masih tersimpan. Kekuatan itulah yang dikerah dan diperah untuk
menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa Rifqi.
Malam
sudah tidak berbintang lagi. Siang sudah hilang sinar mataharinya. Gemersik
suaramu tidak terdengar lagi. Diari milik Rifqi mula dipeluk kejap! Bagaikan
sedang memeluk si empunya diari.
Manakan ku cari?
Manakan ku temui?
Manakan ku rasai?
‘Sebelah jiwaku pergi..’
Pelangi cantik kian pergi membawa rasa
hati yang kelam. Ternyata bukan mudah untuk mengawal resah. Melawan perasaan
dan menghalau rasa cinta sejati yang terlalu lambat untuk dia terokai. Alangkah
bagusnya jika ini semua hanya sepotong mimpi yang sepi.
Lama Erna memandang wajahnya di cermin.
Matanya seakan-akan ingin menembusi mata di cermin itu. Air matanya memang
tidak dapat dibendung. Mengalir laju di pipi. Sengaja tidak diseka.
“Jangan menangis.... kau bukan perempuan
yang cantik ketika menangis Erna! Tolong biarkan mata aku melihat lesung pipit
comel di pipi kanan kau tuh!” Pujukan ini pernah menyentuh peluput telinga
Erna.
“Aku tak akan menangis dah..” Mulut dan
mata memang tidak berada di landasan yang sama.
“Jika mencintaimu hanyalah sebuah mimpi
bagiku… Maka biarkan aku tertidur untuk selamanya…” Perlahan-lahan Erna mula
berbaring secara mengiring. Diari itu masih belum lepas dari pelukannya.
Biarlah dia mengubat rindu pada Rifqi dengan kisah-kisah coretan milik Rifqi.
Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya...
Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku dengan dingin malam
Tiada hujung....
Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan
Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya.....
‘Aku
sedar bahawa RINDU BUKAN TEMAN kerana rindu itu adalah raja untuk segala
kesakitan dan keperitan. Tidak akan ku temui TEMAN PENGGANTI seperti dirinya.
Aku berdoa agar TUHAN JAGAKAN DIA bagi pihak aku.......’
p/s:: jika kita menyintai seseorang.. jangan
simpan kata2 keramat itu.. kerana bimbang jika kita sudah bersedia untuk
mengungkapnya, si dia telah pergi jauh dari gapaian kita... sob sob sob.. lebiu
korang alwayzz.. x semua kisah cinta bersatu... (ckp mcm ada pengalaman kan..
kan... kan... pendek je cerpen nih.. just 57 page ajehh.. maaf kalau cerita ai
ni tak memenuhi piawaian lalink-lalink semua.. masih belajar n terus belajar
untuk memberi yang terbaik pada lalink semua.. ambillah yang baik sebagai
tauladan.. yang buruk itu jadikan sempadan... lebiu korang setiap saat!! enjoy reading and do komen k..
intro ja dh panjang cmnie, kalo yg full tah panjang mna plak kan..hehhe
ReplyDeletetahniah la, intro menarik.. :)
[naimah]
intro ni 20 page je yunk.. insyaAllah yang full x panjang sngat.. kih kih
Deletebest2. (y). nati tagged yea kat fb. hahaha
ReplyDeleteberes.. no hal darling..
Deletealamak spoil tgh syok bc ttiba to be continue huhuhu. mesti Rifqi dah meninggal xpuyn dia kokma gak hihihi. kan sbb tu dia nampak n bole ckp nagn erna.
ReplyDeletejeng jeng jenggggg.. ada orang boleh tgk through mata hati kan... hehehe
Deleteharap leh rifqi x mti....memang jahanam pnya fareeq.... isyyy geram...curangg...
ReplyDeleteuish.. sabor dear..
Deletehuhuhu.... sangat teman pengganti.. lurve the song & lurve the story!!! Credit to Malique for such lovely lyrics... tp hope sgt ending citer nie jgnla wat cedey... let Suzy be wif Fareeq & Rifqi wif Erna... puhleassseeeeeeeeeee....
ReplyDeleteden buat2 tak nampak permintaan hang.. hahaha.. inilah penangan teman pengganti.. sadis betull
Deleteteman pengganti
ReplyDeletedasyat amattt!!
DeleteErna ni accident masa dgn sape ye sbnarnye?
ReplyDeletemcm dngan Rifqi je.
Rifqi dh meninggal x ni?
NNt Erna sedar dr koma, baru tau Rifqi dh xde... hu3... sedih betul klu mcm tu...
semua persoalan akan terjawab nanti.. jeng jeng jenggg..
DeleteDengan sabarnya akak menanti smbungan n_n
ReplyDeletesabar itu indah.. hehe
Deletetak pasal-pasal menangis je mlm ni. nanti sambung, nangis lagi .....
ReplyDeleteyuhuu.. belum smpai part sedih lagi yunk.. sila simpan air mata tu..
Deletemacam cerita 49 days pulak.. huuhuu.... waiting 4 da ending ;)
ReplyDeletehah? cita apa tuh? x pernah tahu pulak.. xpe.. tggu ending nnti eh.. baru boleh simpulkan sama atau x..
Deletemenarik sangat2 . saya dah bace semua novel and cerpen kak ezza . best gler . yang nihh pun best jgk . tak sabar nak taw ending nihh ;)
ReplyDeletethanks darling.. sila sabarkan diri menanti ending tiba k.. =)
DeleteIzzati:bestlah cerpen nie...x sabar nak tunggu sambungannya...teruskan kak sarah..:)
ReplyDeletetq darling.. =)
DeleteI have a really bad feeling yg Rifqi dah tak da...agak2nya diaorg xcident sekali...huhu harap2 tak betul la tekaan ni...anyways sgt best :D
ReplyDeleteyooo... kalau nak tahu lebih2.. silalah baca ending.. hehehe..
Deletebestt ! Tacing sikek baca T.T Sedihh . Ihikss
ReplyDeletesedih sikit je kan..hehe... thanks dear..
Deletenak mintak sambung bleh ke? takpun mini novel lah. ape pun best. tbaik.
ReplyDeleteerkkk pitam.. x leh janji pape yunk..hehehe
Deleteweh...ni awat sedih ni???nak teriak kuat2...huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehuargghhhh... teriak kuat2 nohh... sob sob sob
Deletehuhu! dah habes baca! superbb! best sangat cerpen ni! tapi, too bad bila rifqi memang dah tak ada. no wonderlah dia boleh pegang dan cakap dengan erna waktu dia koma. thums up kak sara for this cerpen! terima kasih! =)
ReplyDeletecinta tak semestinya memiliki. dan saat dia harus pergi, tiada apa yang dapat meolak takdir ini.
kan... lebih baik begini dari bersama tapi tak dihargai.. hope enjoy reading k.. n thanks darling..
Deletecerpa...bukan cerpen... macam 3 - 4 bab novel
ReplyDeleteboleh jadi mcm tu jugaklah.. yalah... ni pun 57 page... kalau ikutkan.. ni pun versi pendek..hehe.. sebelum ni smpai 100 lebih lebih kot..
DeleteKenapakah mesti sedey bila bc cerpn awk ni wahai si kecik sob sob sob...dh agak rifqi mninggal sbb tu la dia bole nmpk erna... Cian kat erna nk buat mcm mn cinta x semestinya bsatu kan huhu. Btw ada slh sebut amna ptt erna ekeke.sempt lg tu hihihi. pepun best citer awk si kecik
ReplyDeleteuish.. ada eh? hmmm.. tengah deman BASS kot.. tu y tertulis amna..hehe.. thank kak ton.. lebiu u setiap saat lahhh..
Deletealahai sedihnyaaaa... :(
ReplyDeletenext tyme cerpen komedi pleasee.. penat nanges.. wuwuwuwuuwuwuww
mizz acu.. kebiasaannya, memang selang seli.. wokeyhh.. bulan depan kita buat lawak2 pulak k.. huhuhu
Deleteadohai..leleh dimalam hari..
ReplyDeletesob sob sob.. nah tisu.. =)
Deletewaaa..sdeyh2...
ReplyDeletetacing pulak bace citer ni.. sobsss.. T___T
sob sob sob... saya pun touching jugak.. ngeee...
Deletesob . sob . sob . sedeh lahh ending dia . terharu ponss ade . but still best glerr . hehe . thnks kak ezza ;)
ReplyDeletewelcome darling.. sekali sekala cite sedih kan.. sob sob sob
Deletewawawa....
ReplyDeletekih kih kih
Deleteni bkn cerpen ni haha...pape pn memg melelehhh seyhh bace...wuaaaa
ReplyDeleteni cerpan... cerita panjang..hehe..
Deleteuwaaaa sedihnyer... tp ttp the best ...hehehehe ;)
ReplyDeletetq darling... sedih pun ok kan... =)
Deletesedih sgt.....meleleh bila baca....sob...sob....sob....
ReplyDeletesabar noh... dugaan baca karya Ezza Mysara mmg gini.. kih kih kih
Deletetak suka.....u buat i nangis teresak2 di pagi hari. dah la jap lagi ada miting. :-(
ReplyDeletemmg terbaik la....huhuhuhuhu......
yoo... habis tu boleh fokus tak dalam meeting.. ishh.. lain kali bc lepas meeting k..
DeleteThis story is a bit confusing. However, it still makes me cry. Congrats writer! Thanks :)
ReplyDeletetang mana yang confuse? meyh nak story back..
Deletealaaa, kenapa sad ending? tapi tak apa. still, cerpen kak sara best :D
ReplyDeletesekali sekala sad ending.. asyik happy ending jeh.. tukar variasi lah pulak.. hehe.. tq darling
Deleteteman pengganti..malique n black...this song make me cry
ReplyDelete>>k<<
kan kan kan.. sob sob sob.. !_!
Deletespeechless... hmm... so pity to Erna.. hilang Rifqi macam tuh.. satu lagi kelainan dari cerpen awak sara... dalam cerita y sedih, terselit ayat yang santai.. so x lah berat sangat.. tp mmg sedih n nangis.. nak2 semua lagu kena dengan masanya.. moga terus success sara.. T_T
ReplyDeleteboleh tak kalau sambung?? pleasee... sian Erna..
sambung... tak janji... tak terfikir lagi.. tgk mood n idea k.. kalau ada, adalah... hehe
Deletewaaaa! kak sara suka bt cite sedih! sebak smpai nk bernfs pun xleh! huhu terbaiklah!
ReplyDeletefuh... jangan smapai tak bernafas yunk.. bukan tahap suka nih.. dah jadi hobi wat cerita sedih... kih kih
Deletekak ezzah sadis sgt cter ni..x jd nak bako..haha..(suka smbil lap mata)..rifqi cheq mati. gud job kak ezzah..berbaloi2 cheq tggu habes. walaupun lambat asal selamat kan..banyak betul halangan nak habeskan cter ni..yg tu duk pggil, yg ni duk panggil..hish..kacau..
ReplyDelete#opss terover pulak komennya..thanks kak ezzah. :')
wohoho.. jangan nak membako sangtlahh.. haha.. welcome yunk.. lebiu awak jugakk
Deletehukhuk....sedih la kak,,suke taw wat sy nanges...
ReplyDeletetp bes sgt cite ni...
sob sob sob.. dah hobi dah wat owg ngis.. kih kih
DeleteSedih..... :(
ReplyDeletekenapa2 rifqi? kenapa?
teringat cerita korea tu...49 days...nangis tgk citer tu...hu2....
neway, like your stories...semua best2....
cuma, bab2 certain ejaan tu dlm sstgh cerpen... rasa kena check balik kut... contoh :mcm restoren & perkataan english yg lain.. :)
p/s ::: good job writer! :D
yoo... typo memang kelemahan ai.. erkk..dah terbiasa guna bahasa selamba.. tu y terguna tuh... thanks coz tegur k.. hmm.. x pernah tgk 49 days tuh.. so mmg x tahu cite dia mcm mana.. hehehe
DeleteSedih~~~ :( kenapa kak sara? kenapa? *gaya2 mcm tengah laung kat ombak*
ReplyDeletehahaha.. smpat lagi buat drama.. sebab sedih itu terapi..cehh.. konon... =p
ReplyDeleteFuh sedih betul cerita ni, 1st time my mood swing lepas baca cerpen you , hehehe betul2 sedih!!
ReplyDeletePity Erna , tolong cerita ni ye, bagi Erna a good and capable hero ok ;)
BTW ur writing are polished to much2 more better then ur other cerpen yg i baca kat penulisan 2u before this ;)
mgkin makin bnyak menulis.. makin improve... kononlah... nak sambung? x leh jnji..hehe.. tgk pd keadaan idea... btw sorry sebab swing kan mood u..
Deletehaha dont be sorry ezza coz u have done your best! Ur story and imagination have given great impact to the readers, i found out that u have publish novel too, im gonna get it! ;) All the best for your future undertaking ezza. :)
Delete*sambung
ReplyDeletesdih sgt2..meleleh je airmata nie
ReplyDeletesedih sikit je kan..hehehe
Deletewaaaa...sedihnye. cite ni sedih tapi best sgt. Tahniah. kalau boleh sambungla ye, sian Erna..
ReplyDeletetakut nanti kalau sambung... jd lebih sedihlah darling...
Deletealahai sedihnyaaa.. nak meraung2 ni.. huwaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesob sob sob.. jgn sedih2 dear..
DeleteOkey da abes bace yang full... sedeynye cite ni sara.... sobsobsob... xsangka rifqi dermakan mata [ada erna...
ReplyDeleteitu je yang mampu rifqi lakukan.. hehe
Deleteandai mataku ini dari mata cinta hatiku, akan ku genangi ia dgn butir permata kasih...
ReplyDelete..lafaz kata cinta pd pasangan berhati kayu, buat makan hati je sara.. best sgt2 cerita you ni.. leleh lah jugak..
sedap kata2 tuh... leleh sikit je kan.. xpe.. menangis itu terapi jiwa.. hehh
Deleteterbaik lah kecik.. aku bace macam2 rase ade.. jup nk nges, pas2 gelak2.. GUD JOB yunk... hahaha... teruskan ! AND GUD LUCK !
ReplyDeletetq annn... lebiu u alwayzzzz
Deleteserius..tgn tgh taip, mata basah ni...
ReplyDeletekerna menyintai, aku ungkapkan kata..
tapi akhirnya aku yang merana
owhh thanx sara...naik blk semangat yg dh jatuh...bez sgt
ala... x mau nangis2 sedih2 kak.. hope enjoy reading k.. =)
Deletenisa: kak sara...sedih nye...
ReplyDeletemcm mne bley jadi cam tu..huhu...kalau la rifqi tue still ade...........
Sedih...Tahniah kak Ezza,cerita ni serba sedikit ada kena mengena dengan diri saya...sob sob
ReplyDeleteCrita ni bkn ada kesinambungan ke? Da bca crpen kesinambungan crita ni,tp yg ni bru je "tserempak"td. Sdihnya.
ReplyDelete