Sunday, 6 January 2013

Sayang, KITA HARUS PUTUS



            Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Tapi seharusnya tetapkan matlamat ke depan. Hanya mereka yang menetapkan pandangan merekah ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
            Ya…. Itulah prinsip hidup Haniya. Dia tidak mahu berpaling ke belakang. Apatah lagi memandang ke arah sejarah hidup yang begitu perit. Ditindas hingga naik rimas. Diseksa dan dipaksa oleh masyarakat sekeliling. Dikeji kerana dilabel jijik. Tidak langsung diberi ruang dan peluang untuk dia perbaiki apa yang pernah salah.
            Sejak kecil dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi membela nasib keluarganya. Dan Alhamdulilah... Pada usia dua puluh enam tahun, dia sudah boleh membantu keluarganya. Sudah mampu membeli kereta sendiri walaupun hanya sekadar Proton Saga. Sudah mampu mempunyai kediaman yang lebih baik walapun hanya sekadar menyewa. Ya, sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada tinggal di rumah setinggan itu.
            Bukan dia menghina rumah setinggan itu. Apatah lagi hendak lupa diri. Dia hanya mahu menghilangkan memori yang menyakitkan itu. Dia tidak sanggup dicampak semula ke dalam kenangan yang mampu membunuh.
            “Pagi-pagi lagi dah duduk termenung depan rezeki… Tak baik Yaya..” Tegur Puan Kalsum sambil mengambil tempat di sisi anaknya itu.
            “Mana ada termenung. Berfikirlah mak…” Tak sedar yang kenangannya sudah membawa dia jauh ke belakang.
            “Fikir apa? Fikir nak bawa menantu untuk mak ke?”
            Aduh! Pagi-pagi dah jumpa soalan membakar!
            “Mak... Yaya belum cukup umur lagi nak kahwin.” Jawapan tak lulus periksa itu jugaklah yang Haniya bagi.
            “Uishh... apa tak cukup umurnya? Kalau kahwin tu dah boleh bagi mak cucu...” Terus Haniya tersedak tatkala menyambut kata-kata si ibu. Cepat-cepat diteguk minuman. Betul-betul mintak nyawa!
            “Mak... Yaya tak sedia lagi nak kahwin. Tak pernah terfikir lagi. Buat masa ni, target Yaya hanyalah untuk bahagiakan mak dan adik. Itu je...”
Ada nada sayu dalam bicaranya. Mengenangkan peristiwa lepas membuatkan dia takut untuk melangkah ke depan. Puan Kalsum yang mendengar mula naik sebak. Anaknya sudah terlalu banyak berkorban. Malah berjuang berhabis-habisan untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka tika ini.
“Mak dah cukup bahagia Yaya... Sekarang, mak cuma nak tengok Yaya kahwin dan hidup bahagia.”
“Mak... Sekarang pun Yaya dah cukup bahagia.”
Dapat dikesan nada suara si ibu yang sudah mula bertukar serius. Mungkin mak bimbang dengan keadaan dirinya yang masih liat nak mencari pasangan. Bukan liat sebenarnya, dia cuma tidak mahu terlalu gelojoh mengejar jodoh.
“Maksud mak... Mak nak Yaya kahwin.. Ada suami.. ada anak-anak.”
“Perkahwinan bukan satu jaminan kebahagian mak..” Tanpa sedar, ayat itu terlepas dari mulutnya.
Terdengar satu keluhan dari Puan Kalsum. Haniya terus diam tak berkutik.
“Yaya... ada banyak contoh yang baik. Jangan duk tengok dari satu sisi sahaja. Perhatikan hidup orang lain. Mereka bahagia bila berkahwin. Jangan ratapi apa yang mak hadapi. Hidup dan nasib seseorang tu tak sama. Perit dan sakit itu lumrah... Sebagai manusia, kita kena ambil iktibar. Kita tak boleh jadikan semua tu sebagai kegagalan nak menempuh masa depan.”
Puan Kalsum faham akan penderitaan anaknya. Dia pasti tak mudah untuk Haniya terima. Tapi dia kenal benar anaknya itu. Kental dan kuat! Itu memang perangai Haniya. Anaknya itu bukan jenis manusia yang cepat mengalah. Tapi sebagai manusia biasa, Haniya juga pasti boleh tergelincir jika tak kena tempatnya. Terjatuh itu perkara biasa, tapi dia takut kalau Haniya takut untuk bangun semula.
Dia sedar kegagalan dalam rumahtangganya membuatkan Haniya cuak. Dua kali membina mahligai. Dua kali terhumban dalam nasib yang sama. Suami pertama kaki mabuk dan kuat berjudi. Suami kedua pula memang baik orangnya, tapi keadaan memaksa mereka untuk berpisah.
“Yaya trauma?” Tanya Puan Kalsum apabila Haniya terus mendiamkan diri.
“Yaya bukan trauma... Cuma...”
“Cuma apa?”
“Yaya tak jumpa lagi prince charming Yaya.. Jadi soal jodoh tu kita hold dululah ya mak..” Sambung Haniya separa bercanda. Dia tak mahu merisaukan hati emaknya. Biarlah si emak tenang-tenang sahaja berehat di rumah. Nanti kalau darah tinggi mak naik, jenuh pulak nak kasi turun.
Old? Nak tunggu tua baru nak kahwin ke?” Serkap Puan Kalsum tidak mengerti akan istilah bahasa yang digunakan oleh si anak.
Haniya ketawa besar.
“Bukan old tapi hold... maksudnya kita tangguh dulu.” Jelas Haniya berserta seulas senyuman di bibir. Macam-macam hal si emak ini.
“Oh... manalah mak tahu bahasa orang asing.”
“Ish mak nih... Kotnya tengok sangat Oh My English tuh! Tapi bila Yaya speaking sikit pun fikiran mak dah kelaut!”
“Mak tengok sebab ada mamat handsome tu. Apa ya nama dia?” Terlupa pulak nama cikgu yang mengajar subjek English itu.
“Apalah yang handsome sangat pada Zain Saidin tu. Nama pun dah macam Sardin.” Tahu benar Haniya akan kesukaan emaknya itu. Tengok Oh My English semata-mata kerana nak menjamu mata. Ini semua Hannan punya pasal. Dia yang duk hasut emak untuk menjadi penonton tegar!
“Ish... Sekurang-kurangnya Zain tu handsomelah macam mamat orang putih kalau nak dibandingkan dengan Remy Ishak kamu tuh.” Bidas si emak pulak. Haniya kalau dapat tengok iklan Remy Ishak, mata dia langsung tak berkelip! Rupa bangla pun boleh hadap jugak.
“Oh.. Remy ku yang macho!”
“Haih, risau betul mak dengan kamu nih!”
“Erk.. kenapa pulak?”
“Yalah... mak takut kamu terkenan nak milih lelaki yang iras-iras Remy Ishak tu..”
Haniya mula menggaru kepala. Tidak dapat menangkap maksud emaknya.
“Siapa pulak yang muka macam Remy Ishak?”
“Ish... mamat bangla dekat Shell tulah...”
Haniya ketawa. “Hampeh!”
***
            Jam di pergelangan tangan ditilik. Sempat lagi kalau singgah di bank sebelum masuk ofis. Hasrat dihati untuk memasukkan duit ke dalam akaun adiknya. Terus pemanduan Haniya terhala ke petak parking. Keadaan sekeliling masih lengang kerana jam baru sahaja menunjukkan  pukul tujuh setengah pagi.
            Selesai memasukkan duit ke dalam mesin ATM, Haniya mula mencari telefon bimbit di dalam beg tangan. Setelah didail nombor Hannan, terus Haniya menghalakan telefon ke cuping telinga.
            “Hello kak... Apa kes pagi-pagi dah telefon?” Tanpa sebarang salam, terus si adik menerjah dengan suara yang ceria.
            “Amboih... orang Islam ni tak pandai bagi salam ke?” Perli si kakak sambil menarik pintu untuk keluar dari perut bank.
            “Heehe... Assalamualaikum kak...”
            “Waalaikumusalam... Akak just nak cakap yang akak dah masukkan duit dalam akaun Hannan..”
            “Ish... Duit bulan lepas pun ada lagilah.”
            “Takpe... Yang lebih tu simpan. Buat belanja... Shopping or nak melancong ke kan..” Dia faham kehendak remaja. Dahulu dia tak mampu nak buat semua itu. Tapi tak bermakna dia mahu Hannan rasa apa yang dia rasa. Biarlah dia berkongsi rezeki yang tak seberapa ini dengan mak dan adiknya. Biar yang sedikit ini jadi lebih berkat.
            “Akak ni... Baik sangat...” Hannan sebenarnya tak sampai hati nak terima. Duit pinjaman PTPTN pun masih ada. Dia memang berjimat dalam berbelanja. Tak mahu menyusahkan si kakak lagi. Tapi kebaikan kakaknya itu membuatkan semangat Hannan makin berkobar untuk belajar bersungguh-sungguh. Dia mahu membalas jasa baik kakaknya nanti.
            “Akak memang baik.. cantik.. bijak...” Tambah Haniya sendiri.
            Serentak dengan itu ketawa mereka bersatu. Namun tidak lama apabila badan Haniya terdorong ke hadapan apabila seseorang cuba  merentap beg tangannya.
            “Tolong!!!” Spontan mulutnya menjerit.
            Telefon bimbit sudah berderai di lantai. Haniya terus berkeras tidak mengalah apabila peragut cuba menarik dengan kuat. Namun banyak manalah kudrat seorang perempuan bila si peragut terus bertindak menolak badan Haniya dan merentap beg tangannya.
            Sakit badan dibuatnya apabila ditolak sebegitu rupa oleh si peragut. Dia ingin bangun namun dapat dirasa kaki kanannya yang terseliuh. ‘Ya Allah.... beg tangan aku..’ Haniya pejam mata. Mengumpul kekuatan bila ditimpa kejadian mengejut seperti ini.
            Duit tunai tak lebih seratus ringgit. Cuma banyak dokumen di dalam beg tangannya. Kad pengenalan, kad bank, kad kredit, lesen dan bermacam khazanah lagi. Itu belum termasuk resit-resit pembelian yang dia simpan. Dalam beg pun ada kunci kereta, kunci rumah, kunci ofis. Haniya dah mula pening kepala. Macam mana nak balik lepas ni?
            “Cik... Cik tak apa-apa?” Sapaan suara itu membuatkan Haniya membukakan matanya.
            “Erk.. saya okay...” Perlahan-lahan Haniya cuba untuk bangun. Dia cuba menampung badan menggunakan kaki kirinya sahaja sambil dibantu oleh perempuan yang menegurnya sebentar tadi.
            “Hah, tu pun abang....” Teguran itu membuatkan mata mereka menjamah pada batang tubuh seorang lelaki yang agak tegap dan berjalan ke arah mereka sambil memegang beg tangan berwarna kuning.
            ‘Eh, tu kan beg tangan aku?’
            “Ini beg tangan cik ke?”
“Aah.... Macam mana...”
“Kebetulan kami berselisih masa dia lari tadi...” Jelas Hadziq sambil menyerahkan beg tangan itu kepada gadis comel dihadapannya.  Mujur dia terdengar jeritan tadi, jadi cepat-cepat dia belari mengejar si peragut. Dia memang alah dan marah bila sesuatu yang melibatkan kes ragut.
“Peragut tadi tak dapat tangkap ke bang?” Tanya Alisha geram. Waktu pagi-pagi macam ni pun rajin nak buat kerja haram. Macam dah tak ada kerja lain nak buat?
“Abang cuba tapi dia terlepas. Abang hanya sempat capai beg tangan ni je.. Abang takut jugak kalau dia bawak geng dan pusing hala ke arah kamu berdua pulak. Jadi sebab tu abang tak jadi nak kejar...”
Haniya hanya terdiam mendengar perbincangan dua orang di hadapannya ini. Mungkin adik beradik?
“Awak tak apa-apa?” Hadziq kembali fokus pada si gadis. Matanya yang berkaca mampu membuatkan seorang lelaki boleh terpaku.
“Saya okay...”
Okay apa ni kak... Kaki akak terseliuh tu.” Pangkah Alisha tak berpuas hati. Sekali pandang pun dah tahu memang sakit!
“Jom.. saya bawak awak pergi klinik...” Ajak Hadziq prihatin.
“Eh, tak apa.... Saya okay.” Dalih Haniya sambil tersenyum manis. Nak pergi klinik? Memang tak lah kan sebab memang sejak azali tergolong dalam spesis yang  takut doktor. Doktor handsome macam Remy Ishak pun, dia tak sanggup nak pergi!
Sekali lagi Hadziq terpana. Senyuman dia.... fuh, bikin hati cair bak ais di kutub!
“Tak ada... tak ada.... kena pergi klinik jugak. Sekarang awak di bawah tanggungjawab saya.” Nada suara Hadziq dah mula bertukar tegas. Alisha yang melihat pun dah naik hairan.
‘Macam ada yang tak kena je dengan abang aku nih?’ Matanya sempat bertukar pandang di wajah abang dan gadis yang masih belum diketahui namanya itu.
“Sejak bila pulak saya di bawah tanggungjawab awak? Saya okaylah... Kaki saya cuma terseliuh. Bukan patah pun... Lagipun ofis saya dekat seberang jalan tu je..” Jelas Haniya sambil menundingkan jari ke arah bangunan yang bertentangan dengan bank CIMB ini.
‘Aduh mamat ni.. Tolonglah jangan macam-macam!’
“Sakit-sakit macam ni pun nak pergi kerja jugak ke... Tak kira, kita pergi jumpa doktor dan....” Nada suara Hadziq sedikit berjeda. Senyuman dah bermaharajalela di ruang wajah.
“Dan..?” Tanya Haniya tak sabar.
“Saya hantar awak balik rumah!” Putus Hadziq muktamad.
“Hah!”
Haniya terpempam.
Hadziq tersenyum.
Dan Alisha tepuk dahi. Dah sudah....
***
            Lama Hadziq merenung skrin komputer dihadapannya. Namun satu kerja pun masih tak berjalan. Otaknya tepu bila hatinya tiba-tiba membeku. Jiwanya kelu bila hati tiba-tiba terasa ngilu.
            Gadis tadi.... benar-benar meragut ketenangannya. Teringat pula scene ketika tiba di kawasan perumahan Haniya.
            “Buat susah-susah je hantar saya sampai ke rumah.” Ucap Haniya sewaktu dia keluar dari perut kereta.
Hadziq tersenyum nakal. Haniya.... Oh, nama yang sungguh merdu di peluput telinganya. Sudahlah suara halus bak buluh perindu. Manalah jiwa lelakinya tidak bergocak  hebat?
            “Saya rela disusahkan oleh awak...” Tanpa sedar, ayat jiwa itu terjual dek lidahnya. Sejak bila pulak dia kaki mengayat ni?
            “Ehem..” Alisha berdehem perlahan. Naik kematu pulak telinga mendengar ayat spesis buaya darat itu. Sejak bila pulak abangnnya ini ada perangai buaya tembaga ni? Ke baru nak berjinak-jinak?. Kot ya pun nak jual minyak, tak perlulah sampai kena jadi orang minyak! Geli tujuh keturunan betullah!
            Merah muka Haniya apabila dibaham oleh kedua beradik ini.
            “Kereta awak jangan risau... Nanti saya hantar ke rumah awak ya.. Bagi sahaja kunci kereta pada saya.” Ujar Hadziq sungguh-sungguh.
            “Eh tak apa... Kereta tu nanti saya ambil sendiri.” Kata-kata Haniya itu bagai memberi tanda bahawa dia tidak yakin dengan janji Hadziq.
            “Awak tak percayakan saya ke?” Nada suara Hadziq sedikit berjauh hati.
            “Erk... saya bukan tak percaya tapi saya kenalah ambil langkah berjaga-jaga.. Kita baru kenal dua jam Encik Hadziq. Jadi wajarlah kalau saya bimbangkan satu-satunya harta yang saya ada tuh. Walaupun Saga tu hanya kereta biasa, tapi tetap memberi jasa luar biasa pada saya.”
            Hadziq tersenyum senang dengan sikap berprasangka Haniya itu. Tak mudah untuk percayakan orang. Lantas dia mengeluarkan beg duitnya. Dihulurkan kepada Haniya sekeping IC dan juga kad kreditnya.
            “Apa ni Encik Hadziq?” Tanya Haniya blur.
            “Cagaran...”
            “Cagaran?”
            “Ia... Kalau saya tak pulangkan kereta awak, awak boleh buat report polis. Kan dah ada IC dengan kad kredit saya.”
            Dahi Haniya mengerut. Sampai macam ni sekali? Kepala otak mamat ni waras ke tidak?
            “Erk....” Haniya masih serba salah.
            “Ambil jelah kak.. Saya guarantee yang abang akan pulangkan kereta akak....” Tutur Alisha yakin. Dan sempat pulak dia menyambung kata “Sebab masa tu dia nak tuntut hati dia balik...” Ayat yang terakhir tu antara dengar tak dengar sahaja.
Hadziq dah menjeling tajam. Mulut adiknya yang seorang ini tak boleh dikawal langsung! Pot pet pot pet manjang.
            “Yang last tadi Alisha cakap apa?”
            “Dia cakap nanti saya akan pulangkan...” Sambung Hadziq cepat-cepat.
            “Yaya.... Kenapa ni?” Muncul seorang perempuan separuh abad yang baru keluar dari rumah.
            “Erk... mak.. Kenalkan ni Encik Hadziq dan adik dia Alisha. Encik Hadziq, ini mak saya.”
            “Apa khabar mak cik?.” Hadziq menundukkan kepalanya sedikit manakala Alisha terus bersalaman dengan Puan Kalsum.
            “Baik, Alhamdulilah.... Erk.. kenapa Yaya balik waktu kerja ni? Kereta mana?” Tanya Puan Kalsum aneh sambil menilaukan pandangan. Melihat beg plastik putih dari klinik itu membuatkan hati Puan Kalsum mula diserang bimbang.
            “Tadi Yaya kena ragut mak cik..” Belum sempat Haniya hendak menipu, Hadziq sudah membocorkan rahsianya.
            “Hah, betul ke Yaya? Habis tu Yaya okay tak ni?” Riak wajah yang tenang tadi mula bertukar bimbang. Cepat sahaja dia menilik badan anaknya. Cuba mencari luka-luka di badan milik si anak.
            “Yaya okaylah mak...” Anak mata mula menjeling ke arah Hadziq. Gatal betul mulut lelaki ini berterus terang. Kalau boleh, dia memang tidak mahu merisaukan emaknya.
            “Kaki dia terseliuh mak cik. Tapi tadi doktor dah suntik dan bagi ubat. Pastikan Yaya makan ubat ikut arahan..” Terang Hadziq pula. Selamba menggelar Haniya dengan panggilan yang digunakan emaknya.
‘Yaya... Hmm, sound so sweet!’
            “Encik Hadziq yang tolong hantarkan ke klinik. Beg tangan ni pun dia yang selamatkan.” Jelas Haniya apabila melihat wajah Puan Kalsum yang seakan terpinga-pinga.
            “Terima kasihlah Encik Hadziq. Sebab tolong anak saya. Yaya ni memang liat nak dibawa jumpa doktor. Kalau mak cik paksa dia, dari pagi sampai petang pun belum tentu berjaya lagi.”
            Haniya mengerutkan dahi. Tak suka bila emaknya cuba membocorkan rahsia kerajaan yang satu itu!
            “Mak.....”
            “Oh... padanlah tadi dia berkeras tak mahu pergi klinik. Takut doktor rupanya.” Usik Hadziq sambil tersenyum nakal.
            “Encik Hadziq, jemputlah ke dalam dulu... Tak manis berbual depan pintu pagar ni.” Ajak Puan Kalsum ramah. Berkenan pula melihat gerangan si teruna yang nampak sopan santun itu. Apatah lagi wajah lelaki itu sangat kacak seperti.... seperti Zain Saidin! Penangan Oh My English betullah!
            “Ish... Panggil saya Ad je mak cik. Tak payahlah berencik-encik sangat. Kan Yaya?”
            Haniya menjeling tajam. Berani betul lelaki ini menggunakan nama timangannya. Pandai pulak buat muka tak bersalah!
            “Abang, kita dah lambat ni. Pukul sebelas Sha ada kelas. Abang pun ada meeting kejap lagi kan?” Nak tak nak, terpaksa juga Alisha mencelah. Abangnya ini dah serupa ulat bulu dapat daun. Nak menjalar merenyam memanjang! Kena report dekat mama nanti!
            “Hah, dah lambat kan... Baik pergi kerja dulu.” Haniya bukan hendak menghalau, tapi dia dah tak selesa dengan pandangan dan renungan Hadziq yang boleh menembus anak matanya.
            “Your keys please...” Tangan tangan mula ditadahkan.
            Hendak tak hendak, terpaksalah dia memberikan kunci keretanya kepada Hadziq. Kalau tak bagi nanti, macam-macam hal pulak yang boleh terjadi.
            “Okay... Petang nanti saya hantarkan kereta awak ya. Kalau saya tak pulangkan, awak boleh cari saya dekat alamat dalam IC tuh. Bye, take care and one more thing... jangan lupakan saya dan jangan lupa makan ubat!”
            Selamba betul pesanan ringkas dari Hadziq itu. Puan Kalsum dah tersengih-sengih manakala wajah Haniya dah bertukar jadi udang bakar!
            “Ad... Ad.....” Panggil Datin Azlin berulang kali. Pelik dengan reaksi anaknya yang tersengih seorang diri di hadapan skrin komputer. Bila ditelek, skrin komputer hanya memaparkan ruang destop yang dihiasi dengan gambar keluarga!
            “Ad!” Sergah Datin Azlin lagi.
            “Ya.... Oh.. mama... Bila mama masuk?” Hilang terus lamunannya pasal Haniya a.k.a Yaya si pencuri hati.
            “Ad ni okay ke tak?” Pertanyaan mula dibalas dengan pertanyaan.
            “Okay.... Okay.. apa yang tak okaynya?”
            “Yang duk tersengih-sengih sorang-sorang tadi kenapa?”
            “Oh...Ad... Ad rasa dah tiba masanya kita tambahkan bilangan ahli keluarga kita mama.”
            Melopong mulut Datin Azlin mendengar pernyataan dari anak saudaranya itu.
            “Ad ni waras ke tidak? Mama dah cukup tua untuk mengandung lagi!”
            Serentak dengan itu Hadziq ketawa. Aduh, ke situ pulak fikiran emak saudaranya yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya. Semenjak pemergian ibu dan ayahnya, hanya pada Datin Azlin dan Dato’ Mirza dia menumpang kasih. Malah, kasih yang diberikan langsung tak berkurang. Membuatkan dia bersyukur kerana dikurniakan mama dan papa yang baik seperti mereka.
            “Apalah mama ni.... Maksud Ad, dah tiba masanya untuk mama terima menantu.” Wajah Hadziq langsung tak berkurang dengan senyuman.
            Rahang Datin Azlin mula terjatuh. “Really? Tak cerita kat mama pun yang Ad ada makwe. Tup-tup nak kahwin. Biar betul Ad?” Tanya si mama penuh sangsi.
            “Sebab Ad pun baru kenal dia. Tapi Ad rasa Ad sukakan dia?”
            “Rasa? Rasa tu tak semestinya akan mendorong ke arah kepastian. Mungkin juga dorongan perasaan je.. Hmm, bila Ad kenal dia?”
            “Pagi tadi.”
            “What? Pagi tadi? Ad ni biar betul?” Sekali lagi soalan yang membawa maksud yang sama seperti tadi diutarakan kepada Hadziq.
            “Betullah... This feel is called Angau. Do you ever feel it mom?”
            Datin Azlin senyap namun tersenyum. Dia pernah rasa sewaktu pertama kali bertemu pandang dengan suaminya. Kerana senyuman Mirza, dia jatuh hati tanpa mengambil kira tempoh perkenalan yang lama. Jadi dia tak pelik kalau penyakit tanpa keturunan dan tiada ubat itu menyerang Hadziq pula.
            “So, bila mama boleh masuk meminang dia?” Tanya Datin Azlin teruja. Baginya, tak perlu melengahkan sesuatu yang membawa ke arah kebahagiaan. Siapa pun pilihan Hadziq, dia tak akan melarang. Kerana dia sendiri tahu akibat dari percintaan yang dihalang keluarga.
***
            Dato’ Mirza mengerutkan dahinya apabila mendengar cadangan dari si isteri. Nak tukar Auditor dan Tax agent company? Bukan ke auditor dan tax agent yang dilantik sekarang sudah cukup bagus? Apa lagi yang tak kena?
            “Why suddenly?”
            “Tanya anak abang sendiri.”
            “Kenapa ni? Hadziq bergaduh dengan Auditor ke?”
            Tergelak Datin Azlin apabila mendengar telahan dari si suami. “Apalah abang ni. Kesitu pulak fikirnya. Pernah ke abang tengok Ad marah atau bergaduh dengan sesiapa? Dia kan jenis lelaki yang cool...”
            “Iya tak iya jugak. Dia kan...Hypersabar. Perangai dia sama macam Haraz kan?” Seringkali diucap oleh si isteri yang perangai sabar Hadziq sebijik macam Haraz. Walaupun dia tak pernah kenal baik dengan Haraz, tapi dia tahu yang Haraz memang tenang dan baik orangnya. Perangai itu yang turun pada anaknya.
            Kisah mereka dahulu, terlalu complicated untuk diceritakan. Ayah Hadziq adalah abang kepada Azlin. Ibu Hadziq pula adalah seorang perempuan yang dia cinta. Dia masih ingat lagi saat-saat akhir dia bersama Afrina yang terlantar di hospital kerana kes ragut. Satu saat yang telah merubah takdir hidupnya.
Mereka berdua saling terdiam saat Mirza melangkah masuk ke dalam wad Afrina. Kali ini Mirza kalah. Tak berdaya melihat keadaan Afrina tika ini. ‘Sebab ku sayang dia.. Sebab ku kasihi dia.. Sebab ku tak rela..Tak selalu bersama.. Ku rapuh tanpa dia.. Seperti  kehilangan harap…’
            “Mirz… simpan air mata tu untuk kebahagian masa depan…”
            “Hati Mirz tak kuat Afrin..”
            “Mirz kena kuat. Demi orang di sekeliling Mirz..” Pujuk Afrina lembut. Inilah kali pertama dia melihat lelaki itu menangis. Arggh, sakit ini terasa lebih mengilukan.
            “Afrin.. Kita kahwin!” Ajak Mirza tak semena. Seperti dahulu, setiap kali Mirza mengajak Afrina kahwin, pasti wanita itu akan tersenyum.
            “Maaf Mirz… Afrin nak meninggal sebagai isteri Haraz.  Maafkan Afrin. Afrin memang cintakan Mirz tapi Haraz suami Afrin. Dialah yang selayaknya untuk memiliki cinta Afrin... Di dunia dan di akhirat, biarlah selamanya Afrin milik dia...”
            Mirza berpaling ke arah lain. Sudah mengagak yang jawapan itu akan keluar dari mulut Afrina.
            Afrina sedaya upaya cuba menahan sakit yang mencengkam di kepala. Dia ingin kembali menyambung kata. “Sebelum Afrin tutup mata... Boleh tak Mirz sempurnakan satu lagi hajat Afrin...”
            “Apa dia sayang?” Tanya Mirza lembut.
            Afrina tersenyum menyambut ungkapan sayang itu.
            “Kahwin dengan Lin ya... Bahagiakan dia sebagaimana Mirz bahagiakan Afrin..”
            Mirza memejamkan matanya. Menumpahkan air mata yang tak henti. Tewaskah seorang lelaki apabila menangis kerana cinta? Tidak.... seorang lelaki juga punya hati dan perasaan. Tatkala airmata jatuh, itu hanya kerana dia terlalu menyayangi wanita itu.
            Dia mula mendekatkan sedikit badannya. Supaya Afrina boleh mendengar dengan jelas kata-katanya. Tapi susuk tubuh Afrina itu langsung tidak disentuh. Tak tergamak menyentuh seseorang yang bukan muhrimnya.
            “Mirz terlalu menyintai Afrin... Kerana sepi seakan-akan menjauh saat Afrin mendekat.. Di sampingmu membuatkan Mirz telah terjaga dari lena. Berada di sisimu membuatkan Mirz rasa bahagia. Dan bila keadaan di sekeliling Mirz berputar, tergelak, bernyanyi, ketawa, menangis, Mirz hanya berdiri dan terpaku melihat senyuman dari Afrin. Jadi, sudi tak Afrin tersenyum lagi untuk Mirz...”
            Afrina tersenyum sedikit. Kali ini tiada air mata di wajahnya.
            “Sebab Afrin senyum.. Jadi Mirz akan kahwin dengan Lin. Mirz buat bukan untuk kebahagian Afrin sahaja. Tapi untuk kebahagian Mirz dan Lin juga. Terima kasih... Terima kasih kerana menjadi penyatuan hati kami. Mirz akan angkat darjat Lin sebagai seorang isteri. Mirz akan jaga Ad... Dan buat Afrin.....” Kata-katanya terhenti seketika. Menahan sebak yang menggila.
            “...Mirz doakan Afrin selamat... dan Mirz tak akan mencemburui Haraz....”
Air mata Mirza bergenang saat mengenangkan perpisahan yang begitu memeritkan itu. Kerana Afrinalah dia berkahwin dengan Azlin. Sejak dari itu, mereka berdua membesarkan Hadziq bersama-sama. Dan mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Alisha. Setelah berpuluh tahun hidup bersama isterinya, dia sedar yang cintanya sudah pun teralih pada Azlin. Nama Afrina hanya tinggal sebagai kenangan.
Biarlah arwah Afrina bahagia di alam sana. Sebagai manusia yang perlu menerima qada’ dan qadar, dia harus menerima ketentuan yang satu ini dan membiarkan diri ini bahagia bersama dengan Azlin.
            “Kenapa abang pandang Lin macam tu?” Tanya Datin Azlin pelik.
            “Sini kejap Lin..” Arah Dato’ Mirza sambil menepukkan tilam di sebelahnya. Siang mereka berdua sibuk dengan kerja. Dato’ Mirza dengan consultantnya. Manakala Datin Azlin dengan syarikat constructionnya. Waktu sengkang seperti ini sahaja teman  untuk mereka bermanja.
            “Abang ni kenapa?”
            Usai mendapatkan tempat di sisi suaminya. Pipinya tiba-tiba dipegang lembut oleh si suami. Sehingga kini, sentuhan Dato’ Mirza memang mampu membuatkan badannya seperti terkena arus renjatan elektrik.
            “Tak tahulah apa yang berubah... Mata ini ataupun hati ini. Abang makin sayangkan Lin. Abang bersyukur sebab Lin yang jadi isteri abang.” Walaupun sudah melewati usia lima puluhan, namun kata-kata jiwa seperti ini tidak pernah terhapus dari mulut Dato’ Mirza.
Sebagai salah seorang pakar motivasi, perlu bagi dirinya menasihati diri sendiri sebelum memberi nasihat kepada orang lain. Kasih sayang itu walaupun telah berabad lamanya, ianya tetap perlu diungkap supaya dapat difahami oleh setiap pasangan. Cinta jika tak dijaga pun, pasti akan menemui tarikh luput.
            “Sejak hari pertama kita kahwin lagi, Lin dah tahu yang bukan Lin yang pertama di hati abang. Tapi itu bukan alasan untuk Lin tak menjadi yang terbaik untuk abang... Lin yang paling beruntung sebab dapat jadi isteri abang.”
            Ucap Datin Azlin sambil memeluk erat si suami. Mungkin betul kata orang, pelukan sepuluh saat sepasang suami isteri akan memanjangkan jodoh sepasang suami isteri.
            Satu perkara yang paling membuatkan Dato’ Mirza bangga dengan isterinya ialah, Datin Azlin tak pernah cemburukan Afrina. Dan sekalipun Datin Azlin tak pernah merungut apa-apa tentang Afrina. Betapa cekal dan tabahnya hati seorang isteri itu. Jadi dia sebagai seorang suami terpanggil untuk merasa bangga kerana dikurniakan isteri seperti Datin Azlin. Kalau orang lain yang ditempatkan di tempat Datin Azlin, dah lama agaknya Dato’ Mirza kena halau keluar dari rumah.
            Sikap sabar seorang isteri memang mampu melenturkan keegoan milik seorang suami. SABAR adalah tiket pada toleransi sebuah perkahwinan yang harmoni.
            “Peluk abang ni ada apa-apa ke? Nak tambah anak lagi ke?”
            “Ish abang ni... Kesitu pulak fikirnya. Sama je macam Ad.”
            “Ialah... Abang teringatkan telefilem Bila Mak Mengandung Lagi tu. Walaupun penuh kelakar, tapi full of message. Made me realised that someone can love you forever. Tapi memang betul pun... Ada seseorang yang boleh sayangkan abang walaupun rambut abang dah beruban...” Sempat lagi Dato’ Mirza berseloroh.
            Datin Azlin tersenyum cuma. Ya, dia sangat sayangkan Dato’ Mirza! Sesuatu yang tak mampu dirungkaikan dengan kata-kata.
“Tapi okay jugak kalau kita ada anak kecik. Bolehlah kita bersara dan jaga anak.” Tambah si suami lagi.
            “Ish... sekarang ni waktu jaga cuculah. Bukan jaga anak!” Tak dapat nak dibayangkan kalau betul-betul mengandung di usia lima puluhan ini. Mesti terfikir apa orang kata. Mesti rasa malu nak mengaku sedang mengandung. Tapi anak kan rezeki...
            ‘Jauh betul aku berfikir...’ Datin Azlin mula menggelengkan kepalanya.
            “Apa salahnya kalau two in one kan?” Ujar Dato’ Mirza lantas berbaring di peha si isteri.
            Laju sahaja mata Datin Azlin menjeling ke arah suami apabila mendengar ayat nakal itu. Oh suami, walaupun ada sepuluh orang anak pun, seorang suami tetap anak sulung di mata seorang isteri. Layanan perlu lebih dan manjanya memang mengada-ngada mengalahkan yang bongsu!
            Tiba-tiba dia teringatkan topik perbualan mereka yang tergendala tadi. “Eh bang, boleh ke tak nak tukar auditor ni? Bukan apa.... Ad tu dah kemaruk dengan seorang perempuan yang kerja dekat firma auditor tu.” Terang Datin Azlin biar jelas. Dia tahu sangat perangai si suami yang sangat memahami itu.
            “Oh... itulah sebabnya. Kalau sebab cinta, tak boleh nak kata apa dah. Ikutlah mana yang patut... Abang okay je. Jangan sampai company kita kena compound sudahlah.”
***
            Tumpuan diberikan sepenuhnya tika mengendalikan sesuatu kerja. Haniya tak suka mengambil remeh hal kerja. Apatah kerja yang melibatkan audit. Audit ditakrifkan sebagai satu proses bersistem yang dilakukan untuk mencari dan menilai secara objektif bukti-bukti tentang kendalian yang telah dilaksanakan atau hasil yang telah diperoleh.
            Besar tanggungjawab juruaudit untuk menentukan sama ada terdapat asas yang cukup untuk berpuas hati dengan sesuatu penyata kewangan sesebuah syarikat. Semasa menjalankan pemeriksaan audit, juruauditlah yang akan menentukan sama ada butiran kewangan di dalam penyata kewangan benar-benar wujud, sahih, boleh dikutip, bebas daripada cagaran, dan sebagainya. Juruaudit juga akan menunjukkan penerimaan mereka terhadap penyata kewangan dengan memperakukan kebenaran dan kesaksamaan penyata itu.
            Nampak mudah tapi sebenarnya ia agak mencabar kredibiliti seseorang. Harus berfikir di luar kotak dan sesekali memerlukan ‘critical thinking.’ Namun bahagian audit tidaklah boleh dispesifikasikan sebagai kerja yang susah. Haniya tetap rasa enjoy sewaktu melakukan kerja-kerja pengauditan.
            “Yaya...” Panggilan itu membuatkan Haniya angkat muka.
            “Ya Encik Syamil!” Terus dia bangun apabila melihat gerangan si pemanggil. ‘Apa hal pulak Encik Manager tiba-tiba muncul depan aku ni?’
            “Sibuk?”
            “Erk... bolehlah...”
            “Ada satu client baru masuk. Saya bagi awak handle ya... Lagipun awak dah biasa handled company construction kan?”
            “Boleh je Encik Syamil. Tak ada masalah. Bila client tu nak datang?”
            “Kejap lagi... Lunch hour nanti kita keluar together.” Arah Encik Syamil sambil menilik ke arah jam di pergelangan tangannya.
            ‘Fuh, lagi lima minit nak lunch! Baik aku kemas siap-siap.’ Sebenarnya Haniya paling benci jika orang ganggu waktu lunchnya. Apa client tu tak ada otak ke nak fikir sendiri? Waktu lunch time makan. Bukan waktu bekerja. Tapi bila dah datang arahan dari pihak atasan sendiri, memang tak mampu untuk dia elak lagi.
            Buku nota berwarna hijau dan pen comel mula dimasukkan ke dalam tas tangannya. Senang untuk mencatat perkara penting nanti.
            “Yaya, jom!”
            Baru sahaja mereka berpamitan keluar dari pintu ofis, mata Haniya mula terpandang pada seorang lelaki yang dia kenali sedang naik ke tangga Firma tempatnya bekerja ini.
‘Apa mamat tu buat kat sini?’
            “Yaya... kenalkan ini client baru kita. Encik Hadziq, inilah Yaya. Dia yang akan melakukan kerja audit syarikat You.” Terbuntang mata Haniya saat mendengat menjelasan dari bosnya itu.
Double what? Hadziq client aku?’
“Hai Yaya... Nice to meet you again...” Senyuman nakal dah tersungging di ruang wajah. ‘Dear heart, please be nice..’
Again? Means... You all dah pernah jumpa ke?” Tanya Syamil buat-buat tak tahu. Padahal Hadziq sudah menjelaskan perkara ini awal-awal lagi. Sanggup tukar auditor sebab nak mengurat Haniya? Fuh, kira hebat jugaklah penangan si Yaya nih!
“Tak!”
“Ya!”
Jawapan berasingan mula keluar dari mulut Hadziq dan Haniya.
“Mana satu sebenarnya?” Provok Syamil sambil ketawa. Naik teruja pulak hendak mengenali perangai Yaya dari sisi yang berbeza. Setahunya, Haniya seorang perempuan yang lemah lembut tapi penuh ketegasan. Dia gemar menyendiri namun senang diajak berbual.
Sebagai seorang lelaki yang hanya tua tiga tahun dari Haniya, pernah jugaklah dia bercita-cita nak mengurat si Haniya. Tapi patah hati sendiri bila pelawaannya sering ditolak oleh Haniya. Sebagai seorang lelaki yang faham bahasa, dia terus batalkan niatnya.
“Kenal macam tu je.. Tak lah rapat pun.” Jawab Haniya nak tak nak. Sekadar menjawab untuk mengisi kekosongan jawapan.
Hadziq tersenyum cuma. Malas hendak menidakkan kata-kata Haniya. Bimbang panjang pula sengketa mereka nanti.
Shall we..” Ajak Hadziq sambil memberikan ruang pada Haniya untuk melangkah mendahuluinya.
Deringan telefon bimbit Syamil tiba-tiba berbunyi. “Excuse me..”
“Macam mana awak boleh ada di sini?” Tanya Haniya apabila Syamil hilang masuk ke dalam ofis untuk menjawab panggilan telefon.
“Guna kakilah kan... Ke awak nampak saya terbang melayang-layang tadi?”
“Tak kelakarlah!” Haniya buat muka serius.
“Kalau saya kelakar, dah lama saya masuk Maharaja Lawak Mega tu Yaya...” Gurau Hadziq perlahan.
Sorry guys... I tak boleh join you all lunch. Got to go. Urgent case. Yaya, please handle okay.”
It’s okay Syam... I can discuss with Yaya. Drive carefully.” Hadziq mengangkatkan tangannya sedikit. Tanda hormat pada Syamil yang mula melangkah pergi.
Haniya dah tarik muka. Apa hal pulak ni? Macam ada kontroversi di dalam konspirasi je? Dia orang ni berpakat ke apa?
“Encik Hadziq.... boleh tak kalau kita jumpa after lunch hour je?” Pinta Haniya sungguh-sungguh.
“Kenapa dengan lunch hour?”
“Saya tak suka jumpa client time lunch hour. That’s my principle.”
“Lah... siapa kata saya client awak?” Hadziq dah mula tergelak.
“Erk, bukan ke?”
“Definitely I’m not your client! Because I’m your love. Come and have lunch with me.. You will get the awesome journey.”
“What do you mean?”
“Let’s not make things complicated. We do have chemistry, we have our own story and I’m going to tailor to change the ending to a very happy ending. You complete me. And you know what, being with you my heart becomes numb!”
Numb? Memang merepeklah sangat kan!’ Dengus hati Haniya geram.
“Again Ad! It’s not funny!” Suara Haniya dah naik satu oktaf!
Mamat ni nak lantik Auditor ke nak bagi ayat kotor? Ape kena dengan Hadziq ni? Baru jumpa dua kali perangai dah tak serupa bikin. Ayat nak manis bak gula melaka. Jiwa nak dingin macam Cameron Highlands. Fikiran dah melayang bila dicampak ke tempat yang serabut macam Pasar Payang!
Hadziq tersenyum lagi dan lagi. Bagai hendak terputus urat di pipinya. Menggambarkan kegembiraan si jantung hati.
“Awak nak apa sebenarnya Ad?”
Hadziq tarik nafas perlahan dan mula menghembusnya. Pandangan mata mula terhala ke wajah Haniya yang sudah bertukar marah.
“Everbody is looking for that something. One thing that makes it all completes. Okay... empat patah perkataan. Will you marry me?”
“Hah!”
Dilamar di tepi tangga di bahagian Firma ni? Sungguhlah tak awesome! Mamat ni sah mintak nak kena bunuh!
***
            Kata-kata Hadziq tengah hari tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinga Haniya. Walau ditekup tangan ke telinga, kata-kata itu masih berdengung kuat! Kenapa dengan mamat tu? Kenapa dia muncul dan membuat onar dalam kehidupannya?
            “Yaya.... Yaya okay tak ni?” Sedari tadi lagi Puan Kalsum perasan yang mata anaknya itu terhala ke televisyen namun jiwa anaknya bagai bergelimpangan mencari arah yang tak pasti.
            “Okay je mak...”
            “Yaya... Siang tadi, Ad ada datang rumah. Dia mintak izin nak kawan dengan Yaya.” Puan Kalsum mula menceritakan apa yang berlaku siang tadi. Kedatangan Hadziq yang tiba-tiba itu memang mengejutkan dirinya. Namun hatinya terbuai rasa syahdu apabila melihat kesungguhan Hadziq yang ingin mempunyai hubungan yang serius dengan Haniya.
            “Mak cik, saya sungguh-sungguh nak... jadikan Yaya isteri saya!”
            Ibu mana yang tak terkejut. Kenal pun baru beberapa hari. Setakat kenal nama sahaja. Budi pekerti dan sejarah silam hidup Hadziq langsung tidak diketahui. Tapi kata Ustaz Azhar Idris, bila seorang lelaki yang datang kepada orang tua dan hendak meminang, maknanya lelaki itu sudah siap sedia untuk menanggung dan menjawab sekaligus mengemudi bahtera yang digelar perkahwinan.
            “Ad baru jumpa Yaya sekali kan? Ad tak kenal pun lagi siapa dia. Masa silam dia macam mana.. Keturunan dia... Agama dia. Ad tak rasa ke Ad macam memperjudikan hidup Ad?”
            Puan Kalsum kagum dengan keberanian dan kesungguhan Hadziq. Tapi kerisauan tetap bermaharajalela di ruang hati. Manalah tahu kalau Hadziq ni bapak ayam ke? Cakap nak kahwin dengan Yaya tapi nanti dijual anaknya itu di Siam.
            Namun cepat-cepat Puan Kalsum beristighfar di dalam hati. Sesungguhnya, Allah telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam kalangan masyarakat. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan manusia, ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.
            Bagi mengelak kita dari berprasangka buruk, teliti dan selidiki dahulu perkara yang kita dengar dan jangan terus membuat andaian yang bukan-bukan. Mata Puan Kalsum mula singgah di wajah anak muda itu. Ada sinar keikhlasan terpancar di raut wajah. Mungkin benar yang Hadziq benar-benar sudah jatuh suka pada Haniya.
            “Mak cik.... Memang tak dapat dinafikan yang semua orang ingin mencari yang sempurna. Cari sesuatu yang dapat menyempurnakan hidup sendiri. Tapi bagi saya, saya nak cari seseorang yang mampu untuk saya sempurnakan. Pertama kali tengok Yaya, saya rasa sesuatu yang tak pernah saya rasa untuk seumur hidup saya. Saya tak nak ajak Yaya bercinta, saya nak ajak Yaya kahwin. Saya serius mahukan Yaya. Kalau mak cik setuju, saya akan suruh keluarga saya masuk meminang.”
            Kali ini Puan Kalsum hanya mampu menggarukan kepalanya. Dia kenal Haniya. Dia bukannya suka diatur itu ini. Kalau dia memandai-mandai nanti, bimbang bertegang urat pula dengan si Haniya. Memanglah Haniya anak yang baik, tapi soal jodoh tak boleh dipaksa.
            “Mak cik kena tanya Yaya dulu Ad...” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Puan Kalsum.
            Kalau siang tadi dia berhadapan dengan Hadziq, kali ini dia berhadapan dengan anaknya pula. Melihat Haniya yang mendiamkan diri, lidahnya mula kelu membangkitkan bicara.
            “Mak.. kenapa tiba-tiba dia muncul dalam hidup Yaya?” Perlahan sahaja nada suara Haniya. Dia seperti terhentak menahan perasaan.
            “Yaya... Tak ada konsep tiba-tiba dalam kehidupan. Pertemuan, perpisahan, ajal, jodoh, rezeki semuanya ketentuan Allah. Tak ada yang kebetulan. Semuanya ketentuan Allah. Jangan berprasangka buruk pada Allah... Mungkin dia sedang merencanakan sesuatu untuk Yaya.”
            “Yaya bukan berprasangka buruk pada Allah.. tapi... Yaya takut... Ad tak tahu sejarah hidup kita macam mana mak... Kalau dia tahu kebenarannya, mak rasa dia boleh terima ke?”
            “Yaya ada hati dengan Ad ke?” Spontan soalan itu keluar dari mulut Puan Kalsum. Anaknya itu nampak bersungguh dan serius ketika berfikir. Adakah Yaya sedang menimbang baik buruk dalam lamaran Hadziq?
            “Apa mak ni... Yaya cuma terfikirkan kemungkinan yang boleh berlaku. Andai kata Yaya serius, Ad boleh ke terima keluarga kita seadanya?”
Bila memikirkan sejarah yang menakutkan itu, semua itu memang mampu membuatkan Haniya kerdil dari dunia luar. Dari dahulu dia memang tak banyak kawan. Semua orang bertindak untuk menjauhkan diri darinya. Jadi bila seorang lelaki muncul dan membawa harapan, dia bimbang dia akan tersungkur... Bila dia rebah, dia takut dia tak mampu untuk bangun semula.
            “Yaya, mak cadangkan agar Yaya ceritakan semuanya pada Ad. Mak nak dia dengar dari mulut Yaya sendiri. Bukan dari orang luar. Mak dah tak sanggup difitnah lagi. Dan mak lagi tak sanggup nak tengok anak mak dicaci atau dikeji macam dulu... Cukuplah mak seorang je yang merasainya.. Mak tak mampu nak tengok anak-anak mak menderita.”
            Haniya terdiam. Akalnya tak mampu berfikir. Hatinya sedih mendengar kata-kata Puan Kalsum.
            Puan Kalsum bangun dan menghampiri anaknya. Dipeluk erat bahu Haniya. Dia tahu, sedikit sebanyak hati Haniya memang ingin menapak. Tapi dia takut jika sejarah lama berulang kembali. ‘Oh anakku... teruslah bertahan. Redahlah kehidupan yang memang tidak pernah kenal erti mudah.’
            “Kamal berubah....hanya setelah tahu yang Yaya ni...”
            “Syhh.... Jangan duk kenang cerita lama Yaya. Ad tak semestinya sama dengan Kamal.”
‘Oh Tuhan, tolonglah kuatkan anakku...’ Puan Kalsum tak mampu menanggung kolam air mata yang sudah panas di kelopak mata. Lantas ia tumpah membanjiri wajah.
Haniya jadi serba salah apabila melihat air mata si ibu. Mungkin dia mampu menduga. Tapi mana bisa dia mampu merasa perasaan mak yang sebenar. Sudah begitu banyak pengorbanan yang mak lakukan untuk membesarkan mereka dua beradik. Maklah tulang belakang di atas kejayaanya ini. Sebagai mana Puan Kalsum tak pernah rebah dan mengalah walaupun hidup diamuk duri, seharusnya dia pun perlu begitu.
“Mak... Yaya okay. Mak jangan risau ya...” Pujuk Haniya sambil mengelap permata ibunya. Ya, pengalaman silam itu memang menakutkan. Jadi biarlah disimpan sebagai lonjatan untuk dia terus kuat.
‘Ya Allah, kekuatan apakah yang menggerakkanku dalam badai.. Mengapa aku menjadi lebih baik dan lebih kuat serta lebih yakin pada kehidupan saat badai menerjang jiwa. Aku tak mengerti dan sekarang aku menjadi lebih mencintai diriMu dari apapun yang ada di alam ini. Terima kasih Allah kerana menguniakan wanita seperti mak.. Dan terima kasih di atas pengalaman lalu yang mematangkan kehidupanku...’
***
            Terbuntang mata Haniya saat mendengar kata-kata emaknya. Ad ada dekat ruang tamu? Buat apa mamat tu datang hujung minggu seperti ini? Ish... spoil mood betulah! Orang nak berehat pun payah!
            Terus disarung tudung ke kepala. Sebelum keluar dari bilik, sempat lagi dia mengerling ke arah jam dinding yang baru menunjukkan pukul sembilan pagi. Hadziq ni memang jenis lelaki yang tak ada otak!
            “Awak buat apa Ad...” Tanpa salam dan teguran lembut, terus Haniya menerkam dengan suara garang yang agak serak. Suara orang bangun tidur, mestilah hilang tahap kemerduannya!
            “Erk.. saya baru nak makan.” Jawab Hadziq yang sudah duduk di meja makan. Terkejut juga bila disergah tanpa salam.
            “Yaya.. tak baik cakap macam tu dengan tetamu.” Tegur Puan Kalsum lembut. Dia tahu Haniya marah, tapi adab melayan tetamu tetap tak boleh ditolak ke tepi. Manusia yang tak ada adab ialah manusia yang biadap!
            “Entah.. ish.. tak baik tau layan tetamu teruk-teruk.” Selamba sahaja tutur kata Hadziq sambil memasukkan meehun goreng ke dalam mulutnya.
            “Hmm.. sedap mak cik masak. Yaya pun pandai masak macam ni ke?” Soalan itu ditujukan pada si emak. Haniya yang masih berbaju tidur dan jelas tak mandi lagi itu sengaja dia buat tak nampak. Ada tujuan dia datang awal pagi ini. Dia mahu membawa Haniya ke satu tempat.
            “Yaya masak lagi sedap.” Puji Puan Kalsum ikhlas. Memang anak sulungnya itu pandai memasak!
            “Nanti bolehlah dia masak untuk saya ya...”
            Haniya mula bengang apabila emaknya melayan Hadziq dengan baik. Malah mereka berdua berbual mesra tanpa menghiraukan dirinya langsung!
            “Ehem!”
            Serentak Puan Kalsum dan Hadziq berpaling pada Haniya yang sedang bercekak pinggang itu. Muka memang nampak sangat tak berpuas hati.
            “Yaya... bawak-bawaklah pergi mandi. Tukar baju tidur tu dulu. Lepas tu kita makan sama-sama ya..”
            Teguran Hadziq itu baru menyedarkan Haniya yang dia masih lagi mengenakan baju tidur. Tapi baju tidur yang berlengan panjang itu masih dikategorikan sebagai menutup aurat dan tidak jarang.
            “Awak ni tak malu betul kan.. Datang tak dijemput. Lepas tu buat macam rumah sendiri... Ada hati pulak tu nak suruh orang buat itu ini. Ini rumah saya, peraturan saya... Awak tak payah susahkan diri untuk arah saya itu ini.”
            Kebiasaannya, dia bukanlah jenis manusia yang cepat menjawab. Tahap kesabarannya tak adalah senipis ini. Namun berdepan dengan kedegilan Hadziq, dia jadi geram. Apatah lagi lelaki itu ada sahaja ayat yang hendak mengenakan dirinnya.
            Tanpa rasa malu, Haniya segera mendekat ke meja makan. Malah dengan sedirinya mencedok meehun goreng ke dalam pinggannya. Jelingan Hadziq itu langsung tak diendahkan.
            “Mak cik... Lepas ni saya nak pinjam Yaya kejap ya.” Permintaan itu dituju pada Puan Kalsum yang tak henti-henti menyaksikan tingkah mereka berdua.
            “Boleh... Mak cik bagi pinjam tanpa faedah.”
            Hadziq ketawa. Senang hati dengan gurauan emak Yaya. Tapi nak berhadapan dengan Haniya bukanlah satu tugas yang mudah. Garangnya semacam!
            “Mak...” Haniya makin tak puas hati. Nak pinjam orang lain, tapi mintak dari orang lain? Peraturan negara mana yang Hadziq guna ni?
            Hadziq berdehem beberapa kali sebelum memulakan kata. “Yaya... saya nak bawak awak pergi satu tempat. Saya harap awak tak tolak.” Kali ini, nada suara Hadziq serius. Malah air mukanya juga kelihatan ikhlas.
            “Nak pergi mana?”
            “Adalah... Satu tempat yang istimewa.”
            “Kalau saya tak nak pergi?” Duga Haniya.
            “Saya akan tolak duit hantaran awak.”
            Hadziq tersenyum. Puan Kalsum ketawa manakala Haniya mendengus.
            “Ceit! Bila masa pulak saya setuju nak kahwin dengan awak?”
            “One day you will agree...” Jawab Hadziq penuh keyakinan.
***
            Suasa sepi mula menghuni perut kereta saat kedua-duanya hilang dalam penceritaan lagu-lagu yang berlagu di corong radio. Hadziq yang banyak cakap pun sudah bertukar diam.
            Selepas dia makan tadi, Hadziq sempat berpesan pada dia supaya mengenakan pakaian yang sopan. Terfikir-fikir Haniya dibuatnya. Nak bawak pergi masjid ke? Ke nak bawak pergi jumpa mak mertua! Kalau jawapan yang kedua tu, dia memang tak bersedia. Kenal pun tak, tiba-tiba nak bawak jumpa mak mertua!
            Pada mulanya dia ingin mengenakan baju kurung. Namun setelah memikirkan yang tak perlu untuk dia terlebih berdandan hanya untuk mendapatkan perhatian mak mertuanya, jadi dia hanya mengenakan blause berbunga kecil. Seledang pula dibelit ke kepala. Walaupun biasa, namun tetap manis dan comel.
            “Awak nak bawak saya pergi mana ni?” Haniya cuba meneka apabila dia melewati jalan-jalan di sekitarnya. Namun hampa apabila satu demi satu tempat yang popular di Bandar Kuantan mula terlepas.
            “Ad.... awak jangan macam-macam?”
            Haniya mula naik gerun. Apatah lagi tengok muka tak bereaksi Hadziq. Kekalutan Haniya akhirnya membuatkan Hadziq tersenyum geli hati.
            “Yaya... Saya minta izin baik-baik dari mak awak. Tak kanlah saya nak buat perangai tak senonoh pulak kan... Cuba awak fikir positif sikit pasal saya.”
            “Awak nak bawak saya pergi mana ni Ad?”
            “Adalah... surprise... Sabarlah sikit sayang.. Dah nak sampai dah pun.” Pujuk Hadziq sambil menjeling ke sisi tepi.
            “Yaya.. awak pernah bercinta?” Tanya Hadziq apabila suasa sepi mula menghuni lagi. Sedikit sebanyak, dia ingin teroka kehidupan Haniya.
            “Tak ada jawapan untuk soalan itu.”
            “Awak pernah terluka?” Tanya Hadziq lagi.
            “Tak ada jawapan untuk soalan itu.”
            “Hmm... Dulu masa belajar awak dapat berapa pointer?”
            Soalan Hadziq itu mula membuatkan dahi Haniya berkerut. Daripada soal hati, soal perasaan, tiba-tiba soalan Hadziq bertukar posisi?
            “Kenapa awak tanya pasal pointer saya? Awak tak percaya yang saya boleh audit akaun syarikat awak ke?” Tanya Haniya sedikit prejudis.
            Hadziq ketawa senang. “Ialah.. dari tadi awak cakap tak ada jawapan untuk soalan itu. Jadi saya wonderlah. Berapa pointer yang awak dapat waktu belajar dulu? Sebab semua soalan tak ada jawapan.. Masa exam kalau jawab macam tu, memang lulus dengan cemerlanglah kan.”
            Haniya ketawa perlahan. Itu rupanya motif Hadziq. Tiba-tiba dia rasa yang Hadziq cukup menyenangkan. Oh, betul ke statement ni keluar dari mulut dia?
            “Yaya, pernah tak orang cakap yang ketawa awak sangat menyenangkan.” Puji Hadziq ikhlas. Pertama kali tengok Haniya tersenyum dan ketawa. Ia bagai mampu menerbangkan jiwa gulananya.
            “Tak payahlah beli jiwa.”
            “Dapat apa kalau beli jiwa? Baik beli hantaran kan... Boleh kahwin.” 
            Terus Haniya senyap. Bibirnya makin membeku pabila pemanduan Hadziq sudah memasuki satu selekoh. Satu tempat yang membuatkan Haniya terpana dan tercengang. Langsung tak terfikir yang Hadziq akan membawanya ke sini.
            “Awak boleh sembahyangkan?” Tanya Hadziq saat mereka sama-sama keluar dari perut kereta. Hanya anggukan yang Haniya berikan sebagai tanda jawapan. Perlahan-lahan dia mengekori langkah Hadziq yang menuju masuk ke kawasan tanah perkuburan.
            Sepatah perkataan pun Haniya tak tanya. Dia hanya mengikut bacaan yasin Hadziq yang nampak tersusun dan lancar. Malah bacaannya juga mengikut tajwid yang betul. Hati Haniya makin dihurung sebak tatkala mengaminkan bacaan doa yasin yang dibaca oleh Hadziq. Runtun qalbunya. Dia nampak air mata Hadziq yang bergenang.
            Sedari tadi dia sudah terbaca nama yang ditulis di batu nisan itu. Ainur Afrina. Meninggal lebih dua puluh lima tahun yang lepas. Adakah ini kubur emak Hadziq?
            Tangan Haniya mula menyambut jag air yang dihulurkan oleh Hadziq. Perlahan-lahan air itu dijiruskan  ke tanah perkuburan.
            “Ini kubur mak awak?” Tanya Haniya setelah melihat tiada tanda-tanda yang Hadziq akan bercerita. Mungkin Hadziq sedang mengumpul kekuatan untuk membicara tentang seorang perempuan yang paling dia sayang.
            “Jom... Kita pergi satu tempat lagi.” Tanpa menghiraukan pertanyaan Haniya, Hadziq terus bangun dan menggulung tikar yang menjadi alas duduk mereka tadi. Kakinya dihalakan ke satu kubur yang berada tidak jauh dari situ. Perlahan-lahan dijiruskan air ke tanah perkuburan tersebut.
            Haniya mula naik pelik. Apatah lagi melihat kebisuan Hadziq. Dia ada tersalah cakap ke tadi. Matanya mula membaca nama yang tertera di batu nisan tersebut. Haraz bin Hasyim.
            “Ini kubur ayah saya... Yang tadi tu kubur ibu saya.” Terang Hadziq tanpa dipinta.
            Jatuh rahang Haniya saat mendengar penjelasan Hadziq. Tak disangka yang lelaki ceria dan kuat mengusik seperti Hadziq telah melalui kehilangan yang begitu besar. Pasti bukan mudah untuk Hadziq hidup tanpa kedua orang tuanya.
            “Sebab apa dia orang meninggal?” Bukan niat Haniya untuk membangkitkan kenangan pahit itu, dia bertanya sekadar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Lagipun, Haniya tak mahulah jika Hadziq menuduh dirinya tidak ‘alert’ dengan perasaannya tika ini.
            “Ayah saya meninggal dalam solat... Selang setahun pada tarikh yang sama, ibu saya meninggal sebab mengalami komplikasi pendarahan akibat diragut.”
            Haniya tutup mulut. Ragut! Perkataan itu benar-benar mampu meragut ketenangan jiwanya. Dia pernah berada di dalam suasana seperti itu. Jadi dia tahu betapa traumanya saat beg tangan ditarik secara tiba-tiba.
            “Sebab tu saya benci sangat peragut Yaya.... Saya benci sangat! Peragut ni bukan sahaja meragut duit, tapi dia orang boleh meragut nyawa. Bagi saya peragut macam dia orang ni elok dijatuhkan hukuman gantung. Setakat penjara seumur hidup, semua itu tak akan membawa ketenangan dan kepuasan pada ahli keluarga mangsa ragut!”
            Kata-kata Hadziq bagaikan halilintar yang membunuh diri Haniya. Dia terpaku dan terkaku sendiri. Dapat dia rasa kebencian Hadziq pada seorang yang bergelar ‘peragut!’
            “Saya ni anak yatim Yaya... Saya tak punya ibu dan ayah lagi. Sejak mereka pergi, saya dibesarkan oleh mak saudara dan ayah saudara yang saya dah anggap macam mak dan ayah saya sendiri. Sekali pun dia orang tak pernah anggap saya seperti orang luar. Malah kadang-kadang saya rasa dia orang layan lebih dari dia layan anak sendiri. Alisha tu adik sepupu saya. Bukannya adik beradik kandung.”
            Haniya hanya terdiam dan membenarkan Hadziq bercerita tentang kisah hidupnya.
            “Kalaulah ibu dan ayah saya masih ada, mesti dia bangga tengok bakal menantu dia.” Gurau Hadziq separa tersenyum. Tak mahu meletakkan Haniya dalam rasa jemu mendengar kisah hidupnya yang langsung tak menarik itu.
            Haniya jadi tak sampai hati untuk menidakkan. Dia tak sanggup untuk memusnahkan senyuman itu sementelah Hadziq masih belum keluar sepenuhnya dari kepompong kesedihan.
            “Awak anak yang baik Ad... Saya pasti mereka pasti berbangga mempunyai anak macam awak.” Pujian itu memang ikhlas dari lubuk hatinya. Melihat ketabahan seorang anak yang tak pernah berhenti dari menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh memang mampu membuatkan Haniya berasa kagum.
            “Dari kecik lagi.... Cita-cita saya ialah, saya nak jadi anak yang soleh. Saya tak mahu dijadikan beban hingga membuatkan arwah kedua ibu bapa saya terseksa di alam sana. Saya akui saya memang tak sempurna. Saya pun taklah baik mana. Tapi saya sentiasa cuba jadi anak yang baik bagi mereka..”
            Tahap kagum Haniya pada Hadziq makin memuncak. Nampak raut wajah itu tenang dengan hujahnya. Jelas terpancar kasih sayangnya yang tak bertepi buat si ayah dan ibu yang sudah mengadap Ilahi.
            “Itu kisah hidup saya Yaya... Awak pulak macam mana? Tak nak share dengan saya?”
            Soalan Hadziq itu membuatkan Haniya diam tidak berkutik. Perlukan diceritakan segalanya pada Hadziq? Apa pula penerimaan Hadziq nanti? Mampukan Hadziq menerima segala ketidaksempurnaan kisah lalunya?
***
            Tanpa mempedulikan soalan Hadziq, Haniya terus meminta kunci kereta milik Hadziq. Tindakan spontan yang berada di luar kotak pemikiran itu membuatkan Haniya tak fikir banyak kali. Padahal dia bukan berani nak bawak kereta mahal Hadziq itu. Volkswagen Golf GTI tuh!
            “Nak buat apa?”
            “Nak bawak awak ke satu tempat. Itu pun kalau awak tak kisah saya memandu awek cantik awak tuh!” Sempat jugak Haniya berseloroh.
            Hadziq ketawa. “Antara kereta dan awak, sure awak lebih berharga. Sesuatu yang tak ada nilainya kalau nak dibandingkan dengan kereta tuh.”
            Alahai... Kalau dah kaya tuh, beli kereta pun macam dah beli gula-gula gamaknya. Fikir Haniya sendiri.
            Hadziq tersenyum-senyum. Dia sudah dapat mengesan reaksi positif dari Haniya. ‘Ya Allah, moga Kau permudahkan urusan jodohku ini. Aku ingin mengangkat tinggi martabatnya sebagai seorang isteri.’
            Sepanjang pemanduan, mereka mula bertukar-tukar cerita tentang bermacam perkara. Dari sekecil-kecil perkara tentang hobi, bertukar pula pada isu semasa yang hangat diperkatakan. Topik perbincangan makin serius apabila masuk soal politik hingga ke masalah dunia. Sekurang-kurannya dia tahu yang Haniya bukan wanita yang otak kosong dalam hal-hal semasa. Setengah kaum perempuan mengambil remeh hal sebegini. Sibuk pasal hal shopping jeh!
            “Eh, saya dah lama nak tanya... Tapi tak tertanya. Kat rumah tu hanya ada mak awak je. Adik awak dekat Universiti kan.. Habis tu ayah awak dekat mana?”
            Tersentak Haniya tatkala menyambut soalan yang dia tahu.. akan terpancul keluar juga dari mulut Hadziq.
            “Sebenarnya, saya nak bawa awak pergi jumpa ayah sayalah ni...” Digengam erat stereng kereta. Hanya pada Allah dia mohon perlindungan dan kekuatan dalam menempuh perjuangan ini.
            “Oh ya ke... Tak sabarnyalah nak jumpa pak mertua saya. Hope so dia sporting macam mak awak jugak. Tapi dia memang tinggal asing dengan mak awak ke?”
            Lama Haniya terdiam sebelum memberikan jawapan pendek. “Aah...”
            “Erk... maaf kalau saya tanya. Dia orang bercerai ke?” Tiba-tiba rasa macam terlebih dos tanya soalan pulak. Dia takut jugak kalau nak tanya soalan sensitif. Tapi meninggalkan satu persoalan tanpa jawapan yang penuh bukanlah satu tindakan yang bijak. Silap hari bulan, boleh terjerut semula dengan soalan sendiri.
            “Tak lah... Mak dengan ayah tak bercerai pun. Tapi mereka terpaksa duduk asing-asing.” Jelas Haniya sedikit. Selebihnya nanti, Hadziq akan tahu juga sebentar lagi.
            “Oh...” Hanya itu reaksi yang diberikan oleh Hadziq. Sebenarnya dia agak terkesan dengan perkataan ‘terpaksa’ itu. Nampaknya ada sesuatu yang merumitkan fikiran Haniya.
            Setelah hampir setengah jam perjalanan, akhirnya pemanduan Haniya sampai ke sebuah tempat yang membuatkan mulut Hadziq mula terlopong. Apa motif Haniya membawanya ke sini?
            Ketika di bahagian pintu masuk, Haniya keluar sebentar untuk menulis nama di buku pelawat. Kemudian keretanya mula diparking di satu kawasan yang agak lengang.
            “Jom...” Dia tahu wajah Hadziq sudah penuh dengan tanda tanya. Tapi dia sengaja tidak mahu bercerita lebih. Dia mahu Hadziq tengok dengan mata kepalanya sendiri.
            Ketika di bahagian kaunter masuk, sekali lagi mereka perlu menulis nama di bahagian buku pelawat. Malah kad pengenalan pelawat juga akan disimpan di bahagian kaunter. Ini memang peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penjara sendiri. Sistem peraturan seperti ini adalah utuk mengelakkan berlakunya persepakatan untuk melarikan banduan dari penjara.
            Mereka sedang berada di Penjara Penor, Kuantan!
            Hadziq hanya bertindak sebagai pemerhati. Dia mula naik aneh melihat tindak tanduk Haniya yang bagaikan sudah familiar dengan kawasan ini. Adakah ayah Haniya yang telah ditempatkan di Penjara Penor ini? Ataupun ayah Haniya bertugas sebagai pegawai penjara?
            Mereka berdua duduk menunggu di bahagian depan pintu jerigil ini. Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki dari balik cermin. Air mata Haniya mula bergenang tatkala melihat wajah lelaki  yang dirindui itu.
            Ganggang telefon mula dicapai. “Ayah...”
            Bagai hendak luruh jiwa Hadziq saat mendengar panggilan itu. Ayah Yaya? Apa maksud semua ini?
            “Yaya... Datang sorang je ke?” Tegur Encik Aizam penuh teruja. Teruja melihat si anak yang tak henti memberi sokongan kepadanya. Kelopak matanya mula terasa panas. Hatinya sejuk mengenangkan si anak yang tak pernah melupakannya walaupun kehidupan mereka dipisahkan dengan pintu besi ini.
            “Yaya datang dengan kawan... tak rancang pun nak datang. Kebetulan... Ayah sihat?” Air mata yang melurut di pipi cepat-cepat diseka. Tak mahu membiarkan ia singgah lama.
            “Ayah sihat... Yaya sihat? Mak dengan adik macam mana?”
            Akhirnya mereka saling bertukar-tukar cerita. Sempat juga Haniya memperkenalkan Hadziq sebagai rakannya. Hadziq juga tak banyak cakap. Dia banyak bertindak sebagai memerhati. Memerhati dua beranak yang sedang berbual mesra. Melampiaskan rindu yang tak sudah-sudah.
            Berat hati Haniya untuk meninggalkan ayahnya. Namun tidak dapat tidak, dia harus terima bahawa waktu lawatan juga punya had tertentu. Tapi dia berjanji akan datang melawat ayahnya lagi. Kesenangan hidup sekarang tak akan mampu membuatkan dia lupa pada si ayah yang sedang sengsara di dalam penjara ini.
            Mereka berdua terus senyap sewaktu perjalanan pulang. Sewaktu menghantar Haniya di hadapan pintu rumah, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Hadziq. Jadi Haniya hanya mampu mengucapkan terima kasih. Dia sengaja tidak langsung bercerita. Dia ingin melihat respon Hadziq sendiri. Pabila lelaki itu bertindak untuk diam, dia pun malas untuk bercerita lebih-lebih.
            Masuk sahaja ke dalam rumahnya, terus dia mencari kelibat si emak. Dipeluk badan Puan Kalsum. Tanpa sedar tangisan lembut mula menampar gegendang telinga si emak.
            “Hei, kenapa ni? Ad ada buat perkara tak senonoh ke?” Hanya perkara itu yang terlintas di fikiran Puan Kalsum. Hatinya digaru bimbang apabila melihat Haniya yang teresak sebegini.
            Hanya gelengan yang hadir sebagai jawapan.
            “Habis tu kenapa menangis? Cuba cerita dekat mak... Jangan buat mak susah hati macam ni...”
            Perlahan-lahan Haniya melepaskan pelukan. Ditarik nafas dalam-dalam.
            “Hmm... Yaya dah bawak dia jumpa ayah.”
            Rahang Puan Kalsum terjatuh. Tak sangka secepat ini tindakan anaknya. “Bawak... pergi penjara... ke?” Nada suara Puan Kalsum dah bertukar rentak menjadi resah. Adakah ini cara Haniya untuk mengelak dari gangguan Hadziq?
            Perlahan-lahan Haniya mengangguk.
            “Jadi apa kata Ad?”
            “Ad diam je.... Nampaknya Ad sama je macam Kamal mak...” Dipeluk erat tubuh Puan Kalsum lagi. Dia tak tahu kenapa dia jadi sensitif seperti ini. Dia belum punya apa-apa perasaan pada Hadziq, tapi kenapa separuh dari hatinya tidak merelakan pemergian Hadziq jauh dari hidupnya?
            ‘Oh Tuhan, tunjukkanlah aku jalan yang benar... Jalur kebenaran yang berada di bawah paksiMu.’
***
            Malam yang nyaman dan dingin itu membuatkan jiwa Hadziq bercakaran sesama sendiri. Mengenangkan peristiwa siang tadi, hatinya digaru gundah. Bukan cuba menolak tapi hatinya bagai terkena renjatan elektrik. Terhenyak hingga tak mampu bersuara walau untuk bertanya dengan lebih lanjut.
            “Apa yang Ad duk menungkan tu?” Tegur satu suara. Pantas sahaja Hadziq berkalih. Memandang papanya yang mengenakan baju melayu dan berkain pelekat.
            “Tak ada apa... Saja tengok bintang..”
            “Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu... lalalala....” Sempat pula Dato’ Mirza menyanyikan lagu Yuna itu. Penangan AJL tak habis lagi agaknya!
            “Tak ada maknanya papa...”
            “Ad tahu tak, dari dulu lagi Ad memang tak pandai menipu papa...” Kata-kata yang keluar dari mulut Dato’ Mirza membuatkan Hadziq mengeluh. Kagum dengan kehebatan pakar konsultan yang begitu hebat menebak jiwa mudanya.
            “Ada masalah dengan... siapa nama budak tu?” Tebak Dato’ Mirza lagi. Dapat dirasa perasaan si anak yang bagai tidak dicerna dengan sempurna. Adakah cinta yang baru hendak mengusai diri itu sukar dihadam? Ataupun penolakan yang membuatkan muka Hadziq seperti biawak digilis trelar?
            “Yaya...”
            “How sweet name.. Papa percaya yang gerangan empunya diri pun mesti comel kan?”
            Hadziq tersenyum hambar. Perlahan-lahan dia mencuri nafas. Terfikir-fikir sendiri. Apa guna ayah pakar motivasi kalau dia tak mampu nak terkam perasaan anak sendiri kan? Dan apa guna seorang anak kalau tak mampu nak ambil kesempatan yang Allah dah bagi. Mungkin perlu untuk dia berkongsi masalah dengan papanya tika ini.
            Nafas dalam-dalam mula ditarik.
            “Papa.. Ad nak tanya sikit boleh?” Setelah berkira-kira, rasanya wajar jika dia berkongsi perasaannya sekarang. Mana tahu kalau nasihat papa boleh membantu.
“Tanya jelah.. Papa tak akan kenakan fees  pada anak papa sendiri.”
Hadziq tersenyum. Mula selesa untuk menolak ego ke tepi. Ialah, lelaki ini memang terkenal dengan sikap yang payah untuk berkongsi. Apatah lagi hendak berkongsi dengan si bapa.
 “Papa... penting ke masa silam seseorang?”
            Dato’ Mirza tersenyum. Rupanya memang ada sesuatu yang bersawang di benak anaknya.
“Terpulang kepada individu tu sendiri. Bagi papa... Kita tak boleh menghukum seeorang berdasarkan masa silamnya. Kalau macam tuh, orang yang tak baik pasti tak akan berubah untuk jadi baik bila mengenangkan kejahatan masa lalu. Allah tak benarkan seseorang menjahanamkan diri sendiri hanya kerana masa lalunya yang gelap. Man Saaro Alaa Darbi Washola.. Siapa yang berjalan di jalurNya akan sampai. Allah pandang penghujung jalannya, bukan permulaan yang tempang.. sebab bila permulaannya bermula dengan baik, tak semestinya penghujungnya akan baik juga. Sebab perjalanan hidup ini memang bersimpang siur. Mampu menggoncang keimanan kalau Iman dan Amal sekadar senipis kulit bawang.”
            Lama Hadziq terdiam sebelum mengemukakan soalan yang lain. “Macam mana pulak kalau background keluarga dia yang teruk?”
            Sekali lagi Dato’ Mirza tersenyum. Nampaknya memang ada benda serius yang membelenggu fikiran anaknya.
            “Ad, bila kita sudah kenali seseorang yang kita sayangi dan sanjungi, kita akan cintakan mereka untuk kecantikan dalaman dan keluhuran peribadinya. Papa tak nafikan, bila kita sudah bertemu dengan seseorang, secara sedar atau tak sedar, kita seboleh-bolehnya mahukan semua perkara berjalan mengikut kehendak kita tanpa melihat dan mempersoalkan setiap yang terbentang di depan mata. Apa yang boleh papa cakap ialah, kita jangan pernah pisahkan seseorang daripada keluarganya, latar belakangnya, pendidikannya dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan dirinya. Bila kita sukakan seseorang, kita harus mengambil semua sisi kehidupannya. Bukan nak ambil apa yang suka dan buang apa yang tak menyenangkan kita. Kita kena jadi orang yang fleksibel dan berfikiran terbuka. Jadi, Ad boleh buat kesimpulan sendiri dari nasihat papa tadi…”
            Kata-kata papanya membuatkan Hadziq berfikir panjang dan mula beristighfar. Sememangnya dia hampir sahaja tersasar. Cuba mencari yang sempurna sedangkan sebelum ini dia sudah tekad untuk mencari seorang perempuan yang mampu dia sempurnakan hidupnya. Ke mana perginya prinsipnya itu? Mungkin terbawa dek perasaan yang menggila!
            Muka yang dingin itu mula diraup. Sungguh dia menyesal meninggalkan Haniya tanpa sepatah kata. Pasti Haniya juga sedang meneliti kisah lampaunya yang pincang. Menangisi nasibnya yang tak tersusun sempurna.
            “Thanks papa... Tadi Ad keliru. Nasib baik ada pakar motivasi dalam rumah ni.” Seloroh Hadziq sambil menumbuk mesra bahu papannya. Sesungguhnya dia bertuah kerana mempunyai papa seperti Dato’ Mirza. Mungkin ada hikmah pemergian kedua orang tuanya dahulu. Perancangan Allah tu memang dah cantik sangat.
            Dato’ Mirza ikut turut tersenyum bila melihat si anak sudah mula senang hati. Namun dia tetap menyambung bicaranya.
            “Ada satu perkara yang papa nak tekankan kat sini... Sangatlah penting untuk kita sedar bahawa tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab di atas kebahagian diri kita. Jangan berfikir yang pasangan kita akan membahagiakan kita. Tapi kitalah yang seharusnya berfikir untuk mencari jalan bahagia kita sendiri. Perkahwinan itu bukan sekadar untuk memberi dan menerima tapi perkahwinan adalah sebuah perjuangan. Berjuang dengan mental, fizikal, emosi, rohani dan banyak lagi.”
            Pertama kali seumur hidupnya, memberi nasihat pada si anak tentang hal perkahwinan. Kebiasaannya mereka hannya berkongsi pandangan tentang kejayaan dalam kerjaya dan hidup. Rasanya Hadziq yang berusia dua puluh lapan tahun itu sudah cukup dewasa untuk memegang title seorang suami.
            “Thank pa... I owe you a lot..”
            “Tak apa... Papa akan halalkan hutang-hutang tu bila Ad bagi papa cucu nanti.”
            Serta merta ketawa mereka bersatu. “Okaylah Ad... Papa nak masuk tidur. Ad pun jangan tidur lambat sangat. Bagi badan dan fikiran tu rehat yang cukup... Lama lagi nak guna tu.”
            Hadziq mengangguk-nganggukkan kepalanya. Namun tiba-tiba akalnya terpanggil untuk bertanyakan satu soalan lagi. “Kejap pa... One more question.” Tahan Hadziq sambil tersengih-sengih. Malu bertanya sesat jalan. Kalau tak tanya nanti, bimbang tersesat mencari jodoh! Kalau boleh, dia tidak mahu gelojoh hingga diserang bodoh!
            “Banyak sangat soalan ni.. Memang kena charge ni..”
            Ketawa mereka bersatu lagi. Hilang terus kerunsingan yang berkepuk di benak Hadziq tadi.
            “Alah papa ni... Dengan anak sendiri pun nak berkira. Heh... Hmm, Ad nak tanya.. Kalau dalam Islam, kita diunjurkan untuk melakukan istikharah. Yang tu memang Ad tahu yang bila nak buat sesuatu memang kena buat istikharah. Tapi ada tak tips dari segi psychology?. Erk... papa faham tak soalan Ad ni?” Tanya Hadziq sambil menggaru kepalannya yang tiba-tiba terasa gatal.
            Dato’ Mirza tersenyum. “Papa faham...”
            “So the answer is....” Teruja betul si teruna untuk tahu.
“Hmm.. Jodoh adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi manusia dikurniakan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Gunakan sebaiknya untuk mengungkapkan rahsia cinta yang telah ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.”
            Hadziq garu kepala setiap kali kalau si bapa mula bermadah. “Erk... maksud papa? Ad kurang memahami bahasa kiasan ni...”
            “Nanti papa email something pada Ad.... Senang Ad nak fikirkan jawapan tu..”
            Wajah Hadziq sudah merekah dengan senyuman. Kekusutan yang melanda jiwanya tadi bagai telah disikat hanya melalui kata-kata si papa. Kenapalah bakat psychology Dato’ Mirza tidak turun padanya. Kalau tidak, pasti senang dia menelaah mencari jawapan jiwa yang bergolak.
***
            Seawal sembilan pagi lagi Hadziq sudah muncul di firma Auditor tempat kerja Haniya. Rasa serba salah pada Haniya segera ditolak ke tepi. Dia datang awal pagi hanya untuk memastikan Haniya baik-baik sahaja. Disamping menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan urusan audit.
            “Encik duduk dulu ya.. Cik Yaya tengah solat.”
            “Solat?” Berkerut dahi Hadziq menyambut penerangan dari penyambut tetamu yang berada di kaunter depan.
            “Solat Dhuha... Memang Cik Yaya tak pernah tinggal.” Terang Siti lembut pada pelanggan yang kacak itu.
            Hati Hadziq sejuk mendengar penerangan dari penyambut tetamu itu. Terasa yang pilihannya tidak salah lagi. Lantas Hadziq mengambil surat khabar yang sedia ada dan membuka ruang sukan. Salah satu bahagian yang wajib baca dan tak mampu untuk ditinggalkan.
            “Maaf Encik Ad.. Lama tunggu.” Haniya memberanikan diri untuk menegur Hadziq. Setelah peristiwa semalam, dia dah bersedia dengan segala kemungkinan. Tak menyangka juga yang Hadziq akan tiba seawal ini.
            “Tak lama... Ini saya ada bawakan full set account company saya. Tapi saya tak bawa lagi dokumen sampingan macam cek bad, invoice, meeting minutes, agreement atau apa-apa resolution yang melibatkan syarikat.” Muka Hadziq sengaja diseriuskan. Sengaja mahu membelek respon dari Haniya.
            Seperti biasa, Haniya memang dengan muka ‘selamba deknya!’
            “Tak apa… Tapi saya nak tahu siapa company secretary Encik Hadziq. Sebab nanti kami nak kena buat statutory audit. Kalau boleh bagi nombor telefon sekali.”
            “Okay… Nanti saya bagi. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.” Hadziq sudah mula bangun dari duduk.
            “Baiklah.. Nanti kalau ada apa-apa yang tak cukup, saya akan call Encik Hadziq.” Tak tahu kenapa, Haniya mula rasa hampa menerima layanan Hadziq yang serius. Tiada usikan seperti biasa. Tiada senyuman manis seperti biasa. Namun sekurang-kurangnya dia sudah bertindak sebelum terluka untuk kesekian kalinya.
            “Erk… Kejap Yaya…” Tahan Hadziq apabila Haniya bertindak memajukan langkah meninggalkan dirinya.
            “Ya..” Hati Haniya terasa hendak pecah! Adakah Hadziq hendak bertanyakan isu semalam? Tentang apa yang berlaku di penjara itu?
            “Awak solat Dhuha waktu kerja? Majikan awak tak marah ke?” Sengaja Hadziq menguji mental Haniya dengan soalan membakar seperti itu. Dia mahu melihat jawapan dan reaksi Haniya.
            “Kenapa perlu bos marah bila seorang perkerja melakukan kebaikan?” Nada suara Haniya sudah berubah sinis. Lelaki dihadapannya ini seperti cetek pemikiran. Mungkin Allah nak tunjuk jalan bahawa lelaki ini bukanlah yang terbaik untuknya.
            “Ialah… awak solat dalam waktu kerja. Tak rasa macam awak pekerja yang tak berdisiplin ke?” Psycho Hadziq lagi.
            Haniya tarik nafas. Sebenarya tak perlu nak layan soalan yang datang dari pemikiran yang cetek! Tapi perlu untuk dibasuh agar yang cetek itu akan tidak terus mengering. Maknanya kena ubah dari fikiran yang bingung dari terus jadi bangang!
            “Kalau nak ambil serius lapan jam waktu bekerja itu.. maknanya setiap pekerja itu langsung tak boleh berbual, makan, main game, main facebook atau seangkatan dengannya. Tapi semua yang saya mentioned tadi berlaku di sepanjang lapan jam jangka waktu seharian bekerja. Kalau semua tu boleh dilakukan, kenapa tidak solat sunat yang dituntut agama. Rasullullah pernah bersabda, bahawa solat sunat Dhuha itu dapat menarik rezeki dan menolak kepapaan… Jadi, Encik Hadziq fikirlah sendiri.”
            Sejak dari zaman belajar lagi dia memang mengajar diri untuk istiqomah dalam mengerjakan solat sunat Dhuha. Dan dia sedar yang rezekinya makin melimpah ruah. Rezeki itu bukan sekadar focus pada duit, tapi pengetahuan yang tinggi dan kejayaan dalam pelajaran juga merupakan jenis rezeki yang tak boleh dipertikaikan.
            Hadziq senyum dalam hati. Dia suka dengan jawapan Haniya! Walaupun Haniya menjawab dengan penuh ketenangan, tapi dia tahu, jiwa Haniya pasti sedang berapi menyambut kata-katanya yang sinis!
***
            Sewaktu Haniya hendak masuk ke dalam perut kereta, tiba-tiba matanya hinggap pada tayar kereta yang pancit.
            “Bila masa pulak tayar ni pancit? Bukan ke pagi tadi elok je?” Haniya menyoal dirinya sendiri. Nampak gayanya kena tukar tayar. Tapi manalah dia pandai sangat. Waktu ambil lesen dulu pun belajar gitu-gitu je. Nak harap rakan sekerja tolong lakukan, jam sudah menunjukkan pukul tujuh petang. Semua staf pun dah balik. Cuma dia yang masih melakukan kerja lebih masa.
            Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Terus Haniya berpaling apabila mendengar suara itu. Hadziq!
            “Apa awak buat kat sini?”
            “Saya nak jadi Superman yang membantu seseorang yang dilanda kesusahan.”
            Dahi Haniya mula mengerut. “Mana awak tahu saya dalam kesusahan?” Provok Haniya sambil bercekak pinggang. Entah-entah Hadziq orang yang bertanggungjawab pancitkan tayar keretanya. Sebab setahu Haniya, pagi tadi tayar keretanya masih dalam keadaan baik.
            ‘Jangan macam-macam Ad, nanti tak pasal-pasal kepala otak awak pulak yang bocor!’ Rungut Haniya dalam hati.
            “Erkk… saya dengar awak cakap sorang-sorang tadi.” Tipu Hadziq. Sebenarnya dia yang pancitkan kereta Haniya. Ini sahaja cara untuk menarik perhatian Haniya agar wanita itu menghabiskan masa denganya sebentar. Dari pukul lima dia duduk tercongok memerhatikan kereta Haniya. Memasang strategi untuk membawa Haniya keluar. Lelaki dekat luar sana memang tak boleh tiru gaya seperti dia mengurat!
            “Oh….”
            “Tayar spare ada?”
            “Ada….”
            “Biar saya tolong tukarkan.” Lengan baju kemejanya mula disingsing ke siku. Butang baju kemeja dibuka hingga menampakkan singlet putih yang dipakai. Tali leher memang sudah lama hilang entah ke mana.
            “Ish.. menyusahkan awak je nanti.” Sedikit sebanyak, Haniya mula rasa menyesal pula kerana mudah berprasangka buruk tentang Hadziq tadi.
            “Memang menyusahkan pun...” Berubah air muka Haniya apabila menyambut kata-kata Hadziq yang sinis dan pedih itu. Mati-mati dia ingat yang Hadziq ikhlas hendak membantu dirinya.
            “Betullah.... keadaan awak ni menyusahkan hati saya. Tak kan saya nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini pulak. Susah hati saya nanti!” Sambung Hadziq penuh nakal. Dia tahu, pasti fikiran Haniya sudah menyerong dan melencong jauh tadi.
            Haniya dah mula keliru. Siang tadi Hadziq bukan main serius lagi. Tapi kini cepat sahaja mood lelaki ini berubah. Berapa banyak sikap yang dia ada? Berapa banyak posisi yang harus dia kenal tentang diri Hadziq.
            Tanpa mempedulikan pandangan pelik Haniya, Hadziq terus menuju ke arah belakang kereta. Setelah mengeluarkan tayar kereta, dia memeriksa tool box. Bekas yang dilengkapi dengan semua alat-alat untuk membuka nut dan seangkatan dengannya. Setelah membuka ‘wheel cover’ tayar dengan menggunakan screw driver, Hadziq terus membuka nut-nut tayar yang bocor dan digantikan dengan tayar spare.
Terbuntang mata Haniya sewaktu melihat Hadziq meng‘jack’ untuk menaikkan kenderaan. Terfikir-fikir jadinya, macam manalah dia nak guna kudrat perempuannya yang tak seberapa ini kalau Hadziq tak ada! Nak angkat tayar lagi, nak ‘jack’ lagi... Oh Tuhan, waktu inilah pentingnya kaum Adam dalam hidup si Hawa!
            Namun Haniya tetap melihat dengan penuh fokus. Manalah tahu kalau selepas ini tayar bocor atau mengalami kecemasan seperti ini, sekurang-kurangnya dia sudah punya pengalaman. Sesudah Hadziq memasukkan tayar ganti, lelaki itu terus mengetatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.
            Proses seterusnya ialah proses menurunkan kenderaaan. Setelah menurunkan kenderaan, Hadziq kembali mengetatkan nut-nut tayar untuk menghalang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar. Hadziq kembali meletakkan jack, peralatan ganti tayar dan tayar yang bocor ke tempat asalnya.
            Memperlihatkan tangan Hadziq yang kotor, Haniya terus menuangkan air mineral untuk Hadziq membasuh tangannya. Tanpa Haniya sedar, hati Hadziq jadi layu... Terharu dengan keprihatinan Haniya.
“Terima kasih Ad... Kalau awak tak ada, tak tahulah macam mana..” Ucap Haniya ikhlas. Segala fikiran buruknya tentang Hadziq segera ditolak ke tepi.
            “Esok pagi-pagi awak kena pergi workshop. Tampal balik tayar yang bocor tu.. Lepas tu suruh orang tu betulkan balik alignment.” Arahan Hadziq itu Haniya terima dengan anggukan yang laju.
            Hadziq mula mengerling jam di tangan. “Kalau balik ni tak sempat nak maghrib.. Saya nak singgah solat dekat masjid.. Lepas tu, boleh tak saya nak ajak awak pergi makan?”
            Tercengang Haniya menyambut permintaan Hadziq itu. Kalau ditolak, nanti dituduh tak kenang budi pula sedangkan Hadziq sudah berusah payah menukar tayar keretanya tadi.
            “Hmm.. Saya okay je.”
            “Jangan rasa terpaksa Yaya.. Awak boleh bagi apa sahaja jawapan yang awak suka. Tak kisahlah kalau jawapannya adalah sebuah penolakan..”
            Haniya melebarkan senyum. Macam tahu-tahu sahaja. “Tak apalah... Saya ikhlas.. Saya pun lapar.”
            “Kerja-kerja jugak.. Tapi janganlah sampai tak makan.” Tegur Hadziq prihatin.
            “Sebenarnya, saya puasa hari ni...”
            “Puasa? Eh, awak tak buka puasa lagi kan... Dah masuk waktu berbuka ni.”
            Haniya hanya sekadar tersenyum pendek. Dia pun nyaris terlupa untuk berbuka puasa. Leka betul melihat Hadziq menukar tayar keretanya.
            “Kejap ya...” Hadziq terus berlari ke arah keretanya. Kemudian dia datang dengan sekotak kismis dan jugak air twister. Membuatkan Haniya terkejut sendiri.
            “Bukalah puasa dulu...”
            Disambut huluran minuman Hadziq itu. Lelaki ini memang prihatin.
            “Saya memang suka makan kismis. Jadi memang ada banyak simpanan kotak kismis. Air tu saya beli tadi. Tapi tak sempat minum lagi. Awak minumlah.” Memang kebetulan air itu dibeli sekadar untuk melewati waktu bosan sewaktu memerhatikan Haniya tadi. Tapi terlalu ralit memerhati sampai terlupa hendak meneguk minuman.
            “Kita nak makan kat mana?” Melihat penerimaan Haniya yang positif, Hadziq sudah tersenyum lebar.
            “Kita solat dulu ya... Lepas tu baru kita fikir..” Ucap Hadziq dengan senyuman yang tak pernah padam dari ruang wajah.
***
            Akhirnya mereka memutuskan untuk makan di Medan Selera Jungle Food Court yang terletak di Indera Mahkota. Di sini senang sedikit memilih juadah makanan. Dengan persetujuan Haniya, Hadziq memutuskan untuk makan masakan panas. Tomyam Putih, Kailan Goreng Ikan Masin, Telur Bumstik, Daging Masak Merah menjadi pilihan mereka malam ini.
            “Banyaknya order... Habis ke?”
            “Awaklah yang kena habiskan... Awak kan puasa..” Balas Hadziq mesra. Ingatannya tiba-tiba teringat pada email si papa yang dibaca lewat pagi tadi. Tersenyum-senyum dia di hadapan komputer.
To                   : hadziqharaz@yahoo.com
From               : iyyad_mirza@gmail.com
Cc                   :
Subject           : SOALAN yang JAWAPANNYA adalah YA!

Salam anak papa yang sedang keliru memburu jodoh… jangan risau.. seperti maut, jodoh juga perlu ditunggu gilirannya. Jadi jangan gelojoh kejar jodoh… Dalam kaedah Psychology, kita pun boleh tanya soalan pada diri sendiri.. Siapa calon jodoh yang boleh menemani hidup kita. Tak perlu gopoh menjawab.. Soalan ni memang makan masa untuk selami, dalami dan menyelami.. sebab ini soal teman yang tak ada gantinya. Kekasih seumur hidup. Letak tangan di dada, biar dekat dekat hati.. Mata di skrin computer.. Senang nak baca.. hehe… Are you ready? Lets begin…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…. Ad perlu menjawab YA untuk empat soalan di bawah…

  1. Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia?  Apakah sebenarnya yang saya hormati dan kagumi tentang dia?

  1. Adakah saya mempercayai si dia? Bolehkah saya bergantung kepadanya? Adakah saya percayakan keputusannya? Adakah saya percaya kata-katanya? Bolehkah saya mempercayai apa-apa yang dia katakan?

  1. Adakah saya berasa selamat? Apakah secara emosinya saya berasa selamat dengannya? Bolehkah saya berterus terang? Bolehkah saya menjadi diri saya? Bolehkan saya mengekspresikan diri saya?

  1. Adakah saya berasa tenang dan damai apabila bersama dengan si dia? Apakah saya akan rasa tenang ketika bersama dengannya ketika diamuk perasaan dan tika dilandai badai kehidupan? Bolehkan saya tenang menghadapi apa juga perkara bersama dengannya?

Jika jawapan Ad adalah "Saya tak tahu, Saya tak pasti dan seangkatan dengannya" teruskan menilai sehingga Ad betul-betul pasti dan sepenuhnya memahami apa yang Ad rasa. Jika Ad rasa tidak selamat sekarang, Ad takkan rasa selamat apabila Ad sudah berkahwin nanti. Jika Ad tidak mula percaya sekarang, ia takkan berubah selepas Ad berkahwin…. Renung-renungkan dan selamat mencari jawapan hati… =)

Sekian dari papa yang handsome kesayangan mama…=P
Iyyad Mirza…

            Lama Hadziq merenung skrin PC. Sesungguhnya papa adalah seorang lelaki yang cukup awesome! Mampukah dia menjadi lelaki yang memahami seperti papanya? Yang mampu menerokai gelodak jiwa manusia yang lain?
Hadziq tarik nafas panjang. Sedaya upaya dia cuba menjawab soalan yang nampak mudah tapi penuh liku-liku keserabutan. Setiap soalan mendatangkan senyum yang tak sudah-sudah. Malah jiwanya, fikirannya, hatinya hanya terhala kepada Haniya seorang sahaja. Mungkin juga ini pertunjuk pada solat Istikharah yang dia lakukan.
            “Apa yang membuatkan awak senyum tak henti ni Ad?” Tegur Haniya sambil ikut berjangkit untuk tersenyum.
            “Awak... Awaklah punca senyuman saya.”
            Terus mati senyuman Haniya.
            “Tapi saya.... Tak mampu membuatkan awak tersenyum kan?” Sambung  Hadziq pula. Seolah-olah cuba untuk menduga.
            Kata-kata Hadziq itu mendatangkan kerutan di dahi Haniya. Apa motif Hadziq yang sebenarnya?
            “Saya tahu.... Saya tak patut tinggalkan awak tanpa sebarang penjelasan tempoh hari. Malah macam buat-buat tak tahu je pagi tadi kan..” Ada tawa di hujung kata-katanya. Hadziq cuma tak mahu suasana ini berubah tegang. Apatah lagi apabila melihat wajah Haniya yang terus menunduk apabila isu ini mula dibangkitkan.
            “Awak berhak... Kalau saya di tempat awak pun, saya mungkin melakukan perkara yang sama.”
            “Yaya.... I’m so sorry... Saya lupa nak meletakkan diri saya di tempat awak. Macam mana perasaan saya kalau saya yang perlu berhadapan dengan situasi seperti itu. Perit, pedih, sakit, patah hati... mungkin semua tu akan menggambarkan perasaan saya. Tapi saya kejam, tanpa menyelidik, saya cuba untuk menghukum. Tak adilkan saya ni?”
            Sungguh Hadziq menyesal. Bukan main lagi bercakap dengan Puan Kalsum. Konon hanya mahukan seorang gadis untuk dia sempurnakan. Namun pabila mengetahui satu sisi yang tak sempurna pada Haniya, terus dia terhenyak. Terlupa untuk bertahan dan memandang ke arah prinsipnya itu.  Nyata, manusia memang terlalu mendambakan kesempurnaan.
            ‘Oh Tuhan, ampunkan kekhilafanku...’
            “Dunia memang diciptakan untuk tidak berlaku adil Ad... Sebab itu dunia dijadikan medan untuk menguji manusia.” Haniya cuba memujuk kegelisahan Hadziq yang mula bercelaru.
            “Apa sebenarnya yang berlaku? Err.. itu pun kalau awak tak keberatan untuk berkongsi dengan saya....” Pinta Hadziq perlahan-lahan. Dia nak dengar semuanya dari mulut Haniya. Dia nak selami jiwa Haniya yang tercalar itu.
            Haniya berpaling ke arah kanan. Tiba-tiba hati terasa damai bila ada orang sudi untuk berkongsi keperitan dan kepedihan ini bersama-sama. Dulu, dia tak punya ramai kawan. Semua orang takut dan memandang keji bila mengetahui yang dia adalah anak seorang banduan! Sebab itu dia takut untuk berkawan baik dengan sesiapa. Kerana itu dia gemar menyendiri.
 “Masa tu saya kecil lagi. Baru sahaja berusia setahun... Saya tahu semua ini dari mak. Mak yang cerita hal yang sebenar pada saya. Kata mak, apa yang berlaku memang salah ayah... Apa yang ayah buat memang tak patut... Mungkin saya tak diletakkan dalam situasi ayah... tapi saya tahu, ayah terdesak waktu tu... Ayah terdesak untuk selamatkan nenek. Nenek perlukan duit untuk operation penyakit jantung....”
            Mata Haniya memang tak mampu untuk menampung air mata. Dia teringat waktu mula-mula dia mengetahui cerita sebenar. Dia yang mendesak emaknya agar bercerita. Telinganya tidak mampu lagi ditadah untuk menanggung segala ejekan dari kawan-kawan sepermainan.
            Hadziq mendiamkan diri. Menghulurkan tisu yang sudah sedia ada di atas meja. Membiarkan Haniya tanpa pujukan.
            “Atas desakan kawan, ayah buat sesuatu yang terus merubah nasib kami sekeluarga.. Dia terikut dengan hasutan kawan dia... Ayah sanggup meragut untuk mendapatkan duit untuk sembuhkan nenek.”
            Perlahan-lahan Hadziq menyandarkan tubuh ke belakang kerusi. Meragut? Hadziq geleng kepala. Kenapa dari kecil hingga ke dewasa, kenapa dia sering berhadapan dengan perkataan ini?
Dia sendiri sudah nampak betapa besarnya bahana dari kejadian Ragut! Tak kiralah dari sisi peragut dan mangsa ragut. Bukan sahaja tuan punya badan, ahli keluarga mereka juga bakal terkena tempiasnya.
            Haniya dengan kelukaannya yang kehilangan seorang ayah yang dimasukkan ke dalam penjara. Manakala Hadziq dengan kelukaannya akibat kehilangan seorang ibu kerana kes ragut!
            “Nenek awak selamat?” Tanya Hadziq prihatin.
            Perlahan-lahan Haniya menggeleng. “Nenek meninggal pada waktu yang sama ayah ditangkap. Mungkin nenek sendiri tak mahu menerima sesuatu yang haram hanya semata-mata untuk dia terus hidup.”
            Seketika, mereka saling terdiam dan menghela nafas.
            “Sejak hari tu, kami memikul gelaran sebagai anak peragut. Orang di sekeliling kami tak ubah seperti menuduh kami jika berlaku sesuatu kecurian atau apa-apa yang melibatkan kehilangan harta benda. Mak dah tak berdaya, apatah lagi masa tu kami masih kecil. Lepas ayah dipenjara, mak disahkan mengandung. Tapi orang luar tuduh mak mengandungkan anak haram....”
Haniya sudah tidak mampu meneruskan kata. Dia bimbang jika empangan di matanya akan pecah dan mula mengalir tanpa henti.
Hadziq mula menyesal kerana membangkitkan perkara ini. Haniya sekeluarga begitu menderita. Langsung berbeza dengan cara dia dibesarkan dengan kasih yang tak berbelah bahagi dari papa dan mama.
            “Yaya... Saya minta maaf. Saya tak berniat nak bangkitkan kesedihan awak.. Kalau awak rasa nak nangis, awak nangis je. Jangan simpan sorang-sorang. Nanti kat sini...” Tangan Hadziq mula diletakkan ke dada. “....akan lebih sakit..” Sambung Hadziq lagi sambil melemparkan pandangan yang redup.
            “Hati ni kadang-kadang macam dah mati Ad...”
            “Jangan cakap macam tu Yaya. Sejarah silam yang memeritkan tu mengajar kita untuk kekal bertahan. Kalau kita tak tersungkur, kita tak tahu yang kita kuat untuk bangun.” Pintas Hadziq cepat-cepat.
            Sekali lagi mereka terdiam apabila pelayan mula menghantar makanan yang telah dipesan. “Makanlah.... Nanti perut masuk angin pulak.” Segala perbincangan tadi mula ditolak ke tepi. Bimbang kalau Haniya jadi tak berselera pula hendak menjamah makanan.
            Melihat Haniya yang membatu, Hadziq mula meletakkan satu demi satu makanan di dalam pinggan Haniya. “Makan banyak-banyak. Biar besar sikit... Ini badan macam budak darjah satu.” Komplen Hadziq selamba.
            “Kira okaylah tu. Awet muda.”
            “Awak bukan awet mudalah...” Bidas Hadziq tak puas hati. Sesuap nasi mula disua ke dalam mulut.
            “Habis tu apa?”
            “Awak awek saya.” Ucap Hadziq tanpa rasa bersalah hingga membuatkan Haniya terpempam. Hatinya bagai telah dipam dan terus terbang melayang ke udara.
***
            Sesudah makan, Hadziq mula menghantar Haniya ke keretanya. Dia sudah mula pasti perasaan milik sendiri. Salah satu cara untuk tambahkan kesyukuran ialah, melihat dan memahami kondisi manusia yang lain. Masa tu kita akan sedar bahawa kehidupan kita lebih baik dari orang lain. Mendengar cerita Haniya membuatkan Hadziq bertambah bersyukur kerana walaupun dia sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil, tapi dia tetap bahagia dibesarkan oleh papa dan mama.
            “Yaya.... Pernah tak awak rasa gagal disebabkan masa lalu keluarga awak?”
            Haniya terdiam seketika. Mencari jawapan yang sesuai.
            “Pernah... Sebab saya rasa saya gagal untuk perbetulkan tanggapan orang tentang kisah silam keluarga saya. Apa pun yang saya lakukan, ianya tetap akan nampak salah.”
            Hadziq terangguk-angguk menerima jawapan Haniya. Memang terlalu sukar untuk mengubah tafsiran orang tentang diri kita ini kerana manusia sering bertindak untuk menghakimi tanpa cuba memahami dan menyelami maksud hidup yang tersirat.
            “Awak tahu kenapa Allah cipta kegagalan?”
            “Supaya manusia belajar melalui kesilapan...” Jawab Haniya tanpa berfikir panjang.
            “Yup! Manusia kena salah untuk tahu apa yang sebetulnya. Macam ayah awak, dia ditangkap sebab Allah nak bagi peluang untuk dia betulkan salah dia. Dia gagal selamatkan nenek awak sebab Allah terlebih dahulu menyelamatkan nenek awak dari menerima sesuatu yang haram dari menjadi darah dagingnya. Sebab inilah Allah ciptakan kegagalan. Selain dari nak ajar manusia untuk belajar dari kesilapan, dia juga mahu manusia menghormati pengalaman dan yang lebih penting, Dia mahu manusia menghargai masa depan.”
            Haniya tersenyum. Hatinya sejuk dan terubat mendengar kata-kata Hadziq yang penuh makna. Setiap ayat disusun dengan sempurna dan menjadikan Hadziq seorang yang sangat menyenangkan. Perspektifnya terhadap Hadziq malam ini berubah seratus peratus.
            “Ad, awak seorang yang sangat positif.” Puji Haniya ikhlas.
            Hadziq tersenyum. Senyuman yang mampu buat jiwa Haniya melayang!
            “Papa saya ajar, dalam hubungan tak kiralah ibu bapa, kawan-kawan, ataupun dalam cinta... kita kena elakkan sikap prejudis, pesimis, sinis dan sama waktu dengannya. Kena sentiasa bersangka baik tak kira pada Allah ataupun sesama makhluk. Kena percaya bahawa setiap yang berlaku ada sebab munasabab yang tersendiri.”
            “Awak beruntung sebab ada papa...” Kalaula ayah dia bukan di penjara besi itu, pasti hidupnya juga akan sempurna seperti Hadziq. Namun selepas itu dia mula beristighfar. Perkataan ‘Kalau’ itu memang mampu menterbalikkan jiwa manusia hingga terlupa bersyukur dan mempersoalkan takdir.
            “Tak apa... Nanti kita share papa sama-sama ya. Bukan saja papa, nanti mama saya, nenek saya... adik saya dan semua tentang saya, kita boleh share sama-sama.”
            Merah muka Haniya menyambut kata-kata Hadziq yang penuh dengan makna itu. Bikin jiwanya kacau bilau dihempas ombak!
            “Okaylah... dah lewat. Saya balik dulu ya...” Tak mampu lagi Haniya menepis kata-kata bergula Hadziq itu. Lebih baik dia cepat-cepat angkat kaki. Naya je kalau kena kencing manis nanti! Tangannya baru sahaja berkira-kira untuk membuka pintu keretanya. Namun tiba-tiba dihalang oleh tangan Hadziq.
            “Kenapa?”
            “You know something? Don’t wait for the perfect moment... but take the moment and make it perfect!” Termanggu-manggu Haniya apabila mendengar bait kata Hadziq itu.
            “Maknanya?”
            “Awak pernah dengar tak... Single makes simple. Couple makes trouble but married makes perfect!”
            “Oh...Oo...” Hanya itu sahaja respon yang mampu diberikan oleh Haniya. Faham dengan makna yang jelas sebenarnya. Tapi tak tahu nak cedok jawapan dari mana. Hanya respon seperti orang bodoh yang mampu dia berikan.
            Hadziq tersenyum kacak. Dia tak tahu yang senyuman itu pasti akan membuatkan tidur Haniya tidak lena malam ini.
“Erkk... Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak balik dulu..” Mulut Haniya sudah berbentuk O sedangkan mukanya merah menahan malu. Segan dengan sikap terbuka Hadziq yang sangat berterus terang. Pastilah Hadziq tidak mahu dia terus membuang masa dan perlu bertindak memilihnya sebagai seorang suami.
            “Drive carefully... Ingatlah orang tersayang.” Sempat lagi Hadziq berpesan sambil mengenyitkan matanya. Nampak saangat muka budak nakal disitu!
            “Awak pun... hati-hati.” Pesan Haniya sambil tersenyum.
            “Jangan risau... Saya ingat orang yang tersayang..”
            Tanpa berlengah lagi, terus Haniya masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya tak kering dari senyuman. Hadziq memang pandai mengundah-gulanakan hatinya. Membuatkan jiwa yang selama ini kering, terus disimbahi dengan rasa dingin yang mendamaikan kalbu.
            Sedang elok dia keluar dari simpang, tiba-tiba terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Tanda pesanan ringkas telah diterima. Terus dicapai dan dibaca perlahan.
Dengar radio Era... Dedicated lagu ni untuk awak.. wehuu.. enjoy the song.. =)
            Haniya menggelengkan kepala. Ada-ada sahaja Hadziq ini. Namun tangan kiri tetap dibawa ke punat radio. Terus dia mendapatkan siaran Era FM. Tertanya-tanya juga lagu apa yang ditujukan kepadanya itu.
Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

            Air mata yang bergenang sedari tadi memang sudah tidak mampu ditanggung lagi. Lantas ia mengalir membasahi pipi. Lagu yang selama ini kedengaran biasa, mula menjadi lebih dari biasa bila ditujukan kepada gadis biasa seperti dirinya ini. Dada ini seperti terburai saat hati tak mampu menghurai apa yang tersirat di sanubari.
            Telefon bimbit Haniya berbunyi lagi. Menandakan pesanan ringkas telah diterima. Dengan tangan yang terketar-ketar, Haniya mula membaca SMS itu.
Jawapan tu tak semestinya akan menggembirakan saya, cukuplah kalau jawapan tu menggembirakan hati awak.. Tak ada paksaan untuk menerima saya sebagaimana saya tak pernah paksa hati saya untuk menyayangi awak.. =)
            Haniya melepaskan pandang ke arah jalan raya yang terbentang luas di depan mata. Jalan di hadapannya tidak terlalu sibuk seperti simpang-siur yang berlegar di benaknya. Langsung tidak mampu dikawal stereng perasaan ini. Bagaimana seharusnya dia menghadapi gelojak perasaan yang bising dengan akal yang tidak pernah senyap!
***
            Haniya membelek dokumen yang berada di depannya. Namun matanya sempat menilau di persekitaran pejabat Hadziq ini. Sudah dua hari mereka tidak berhubung. Hadziq sendiri tidak menelefon atau men ghantar pesanan SMS kepadanya. Mungkin cuba memberi masa kepadanya.
            “Kak, dokumen apa lagi yang nak kena photostat ni?” Tanya Sufi. Budak yang sedang menjalani latihan industry di firmanya. Sengaja diangkut sekali. Mudah untuk membantu kerjanya nanti.
            “Awak photostat semua bank statement ni.. Cimb dengan Maybank, dua-dua saya nak. Pastikan setiap bulan ada...”
            “Okay kak..”
            Tangan Haniya mula laju mencatat apa-apa yang berkenaan untuk memudahkan lagi proses Audit. Namun tiba-tiba bahu Haniya disapa lembut dari belakang. Spontan dia berkalih.
            “Yaya ya?”
            Melihat kepala yang dianggukkan itu, Datin Azlin mula tersenyum panjang. Jadi inilah gadis yang sering diceritakan oleh Hadziq. Selera besar betul! Yang cantik jugak dia pilih. Tapi Datin Azlin tahu, pasti ada kriteria yang berjaya menambat hati anak terunanya yang payah untuk bercinta itu.
            Pernah jugak Datin Azlin menyelongkar rasa hati Hadziq. “Ad tak mahu bercinta ke? Bukan mama galakkan Ad bercinta... tapi mama pelik kenapa Ad suka nak single.” Rasanya tak salah jika di usia seperti Hadziq untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan.
            Hadziq tersenyum cuma. “Kan mama selalu cerita pasal kisah cinta ibu dan ayah.. Kalau boleh, Ad pun nak kisah cinta yang macam tu. Bukan sahaja mereka bercinta di dunia, tapi cinta mereka itu adalah bekalan ke akhirat sana. Ad tak nak cinta Ad nampak murah... Ad nak tunggu someone  yang mampu untuk Ad sayang hingga ke hujung nyawa Ad.”
            Terharu Datin Azlin mendengarnya. Dari dulu, dia sering bercerita tentang kisah cinta arwah ibu bapanya. Walaupun terduga, cinta mereka abadi hingga ke sana.
            “Puan ni siapa ya?” Tanya Haniya tidak pasti. Pelik kerana wanita ini tiba-tiba menegurnya.
            “Saya mama Ad...”
            “Oh, Datin Azlin..” Terus Haniya bangun dari duduk dan bersalam dengan Datin Azlin. Mukanya mula merah tatkala Datin Azlin menarik kedua belah pipinya untuk dicium.
            “Janganlah panggil Datin...Panggil mama je.”
            Muka Haniya sudah mula kebas! Malu kerana Datin Azlin mengetahui ceritanya bersama Hadziq. Entah skop cerita yang bagaimana yang telah disampaikan oleh Hadziq itu.
            “Datin... Saya tak biasa... Lagipun, saya tak ada apa-apa pun dengan Ad.”
            Datin Azlin ketawa mendengar jawapan Haniya yang kedengaran begitu naif. “Sekarang tak ada... Nanti akan datang siapa tahu kan?”
            Haniya gigit bibir. Sekarang dia dah tahu dari mana datangnya sikap terbuka yang dimiliki oleh Hadziq. Pastilah daripada si mamanya yang kelihatan sangat ‘open minded’ dalam bab hati dan perasaan ini. Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!
            “Yaya... Mama cuma harap yang Ad akan dapat seorang perempuan yang mampu temani dia.. Seorang perempuan yang mampu jaga dia lebih dari yang mama lakukan. Ad tu dari kecik lagi dah hilang ibu bapa. Sebab tu apa pun kemahuan dia, mama akan cuba untuk tunaikan. Mama tak mahu dia rasa kekurangan... Mama bukan nak paksa Yaya. Yaya pun berhak sepenuhnya atas kehidupan Yaya. Tapi percayalah nak... Ad pasti boleh bahagiakan kamu dan mama pun yakin yang kamu boleh bahagiakan Ad.”
            Rasa macam nak pengsan apabila mendengar kata-kata Datin Azlin itu. Otak Haniya mula beku untuk membalas bicara.
            “Oh, kat sini mama rupanya. Penat Ad cari!” Kemunculan Hadziq dari balik pintu itu mampu membuatkan oksigen Haniya kembali berjalan dengan lancar. Tak cukup nafas bila duduk berdua dengan Datin Azlin ini.
            “Mama tengah nak berkenalan dengan bakal menantu mama..”
            Terbuntang mata Hadziq mendengarnya. Aduh, susah betul dapat mak yang sangat sporting ini. “Dah lah mama... Tak payah nak cuba bagi rasuah ya. Tak berkat! Jom... Kita ada meeting ni.”
            Laju sahaja ditarik lengan Datin Azlin. Bukan dia tak perasan air muka Haniya yang dah bertukar  kemerahan itu.
            “Ish Ad ni.. Tak boleh langsung tengok mama bersenang lenang kan. Okaylah Yaya, mama pergi dulu. Lepas habis meeting ni mama suruh Ad ajak pergi dating ya..”
            Hadziq tepuk dahi. “Mama... sudahlah...” Sekarang Hadziq pula yang naik segan untuk memandang wajah Haniya.
            Usai bersalaman dengan Datin Azlin, Haniya kembali terduduk di atas kerusi. Tangan kanan mula mengurut dada yang bergelombang dengan macam-macam rasa. Kenapa gegendang hati ni bunyi semacam? Mengalunkan irama yang makin rancak! Oh tidak....
            Seulas bibirnya mula tersenyum. Macam-macam rasa yang menjalar di pelusuk hati. Namun rasa yang paling dia mengerti ialah, dia rasa diterima. Rasa diterima dalam hidup Hadziq dan keluarganya.
***
            Rasa panik mula menerpa diri apabila mendengar tangisan Haniya di hujung corong telefon. Hati yang tadinya teruja ketika menjawab panggilan terus beku bila tangisan Haniya masih belum berhenti walaupun talian sudah menjangkau lima minit.
            Hadziq senyap. Bukan tidak mahu memujuk. Tapi mahu membiarkan Haniya menangis sendiri. Tangisan akan membuatkan manusia lega sendiri. Air mata yang disimpan dan ditahan hanya akan membuatkan hati manusia pedih dan bernanah.
            “Ad... Sorry...” Luah Haniya apabila perasaannya mula reda.
            “It’s okay... I’m here.. I don’t care if you need to stay up crying all night long. I will stay with you. Dah lega?”
            “Much better...” Haniya mula menyapu pergi sisa air mata yang berkunjung. Dia sendiri tak pasti kenapa dia jadi cengeng sampai macam ni sekali. Entah macam mana tangan ni boleh gatal dial nombor Hadziq. Siap menangis teresak-esak pulak tuh! Tragis betul!
            "Nak share?” Tanya Hadziq mencuba.
            “Ayah saya...”
            “Kenapa dengan ayah awak?” Tanya Hadziq cepat-cepat. Hati mula diseru rasa bimbang.
            “Dia akan keluar hujung bulan nih...” Bila bercerita tentang si ayah, air mata Haniya menjadi murah. Mungkin sedari dahulu hatinya cukup sensitif menangani isu yang satu ini.
            “Oh ya ke? Itu kan berita baik... Kenapa awak menangis? Lama pulak tuh!” Ada tawa di hujung kata-kata Hadziq. Sengaja menceriakan suasana. Aduh, ingat perkara apalah tadi.
            “Tak payahlah perli... Saya menangis sebab gembira.”
            “Perangai perempuan yang ni memang saya tak faham. Kalau sedih menangis tu perkara normal. Tapi kalau gembira pun nangis, tengok cerita korea menangis, tengok hindustan pun nangis... Jiwa lelaki ni memang tak berapa nak faham.” Sempat pula Hadziq merungut.
            “Amboih... macam banyak je stok list perempuan awak kan...”
            Hadziq ketawa. Tak sangka pula respon Haniya ada bau-bau cemburu. Tapi ya ke cemburu? “Bahagian tengok cerita korea tu adik saya... yang cerita hindustan tu mama saya... Siap kali kalau tengok, mesti paksa papa tengok sekali. Saya pulak tengah teman awek saya yang menangis sebab dapat berita baik.” Ujar Hadziq sambil tersengih-sengih.
            “Jangan nak perasan!” Bidas Haniya cepat-cepat. Asyik kena buli je dengan Hadziq.
            “So lepas ni awak akan ada complete family. Saya tumpang seronok...”
            Haniya tarik nafas. Sebenarnya dia dah punya jawapan pada soalan Hadziq yang lepas. Jawapan kepada permintaan hati. “Awak nak tumpang seronok je ke? Tak nak tumpang jadi ahli keluarga sekali ke?”
            Terdiam Hadziq mendengarnya. Posisi telefon yang berada di sebelah kanan mula beralih ke kiri. Punggungnya mula diangkat. Nafasnya mula tidak teratur menyusun semangat.
            “Yaya.... awak tak salah cakap kan?”
            “Ad... awak tak salah dengarlah!” Haniya ketawa kecil. Lucu mengenangkan reaksi Hadziq yang gabra! Hari tu nampak cool sangat!
            “Yaya, tolong buktikan yang saya bukan dalam mimpi...” Suruh Hadziq sambil meloncat kegirangan seperti anak kecil.
            “Ad... kalau kita dekat, sure saya dah lempang muka awak!”
            “Amboih... belum apa-apa dah beli tiket ke neraka! Tak baik menderhaka dengan suami ya.”
            “Bakal suami okay.. Jangan nak perasan sangat.”
            “Bakal suami? Sound so sweet... Oh... Yaya, boleh tak saya nak hantar rombongan meminang hujung bulan ni?”
            “Kalau saya cakap tak boleh?”
            “Saya akan suruh family saya datang esok!”
            Haniya melopong. Sampai macam tu sekali. Macam dah desperate sangat si Hadziq ni. Gelojoh!
            “Ad, awak tak rasa cepat sangat ke? Kita baru je kenal kan..” Memanglah dia sudah boleh menerima Hadziq. Tapi dia tak menolak yang semua ini masih hijau buat dirinya. Tak kan terus nak kahwin bulan depan? Tak kan tak ada masa untuk mereka kenal-kenal dahulu.
            “Nope... siapa pun watak kita sebelum kahwin, itu biasanya sebuah lakonan. Biar kita kenal selepas kahwin. Itu baru cabaran sebab dah tak ada jalan untuk kita berundur. Masa tu kita hanya mampu berjuang untuk perhubungan kita. Lagipun kawan saya cakap, kita tak akan kenal pasangan kita sampailah kita tidur sebantal dengan dia. Jadi buat apa perkenalan yang lama sebelum nikah tu...”
            Haniya diam.
            “Ad... Family awak...”
            “Don’t worry dear... Dia orang dah tahu and they are okay with your family background.” Pujuk Hadziq. Memang dari awal lagi dia sudah menceritakan segalanya pada mama dan papanya. Dia tidak mahu mempunyai masalah berbangkit di masa hadapan.
            Bila Haniya masih bersikap mendiamkan diri, Hadziq kembali menyambung kata. “Yaya... You don’t have to be perfect in my heart. You don’t have to have all the answers or always know the right thing to say. Just be yourself.”
            “Ad... saya tak tahu nak cakap apa...” Rasa sebak muka menghurung perasaan lagi. 
            “Dear... saya ada satu permintaan. And please tolong tunaikan..”
            “Apa dia?”
            “Kalau awak nak menangis sepanjang malam sekalipun, saya akan temankan. Tapi nanti tolong... tolonglah jangan menangis di hari bahagia kita ya?”
            “Errk... kalau terrr...nangis macam mana?” Duga Haniya teruja. Belum apa-apa nak cerita pasal kahwin. Gatal betul si Hadziq nih!
            “Hmm... saya denda awak time tu jugak!”
            “Denda? Denda apa?”
            “Rain kissing! Satu inci muka awak pun tak akan terlepas!” Jawapan spontan berbau nakal itu tiba-tiba keluar dari mulut Hadziq. Macam seronok je bunyi denda tu.
            “Ish Ad... Gatalnya awak nihh...” Kalaulah Hadziq berada di hadapannya ini. Pasti lelaki itu akan menjamah wajahnya yang sudah merona kemerahan. Ya Allah, dia bersyukur dengan rasa bahagia ini. Hujung bulan nanti si ayah akan keluar dari penjara besi itu. Dan tidak lama lagi, dia akan mengahwini seorang lelaki yang sangat menyayanginya.
***
            Hannan merenung wajah kakaknya yang sudah cantik dihias itu. Wajah itu tak putus-putus dengan senyuman. Tangan Hannan kembali melalukan berus ke pipi kakaknya. Hendak menambahkan blusher.
            “Ish... Dah lah Hannan... Banyak-banyak nanti, muka akak boleh jadi opera cina.” Marah Haniya geram. Sedari tadi sudah puas dia menegah! Majlis merisik je pun. Nak kenal-kenal antara keluarga sahaja. Tak payahlah nak lebih-lebih sangat.
            “Cantik apa opera cina tu..”
            “Banyaklah kamu punya cantik! Dah... Akak nak pergi tengok mak dekat dapur.” Tangan kanan sudah mencapai tombol pintu. Macam tak percaya je yang hari ni kedua belah keluarga akan bertemu dan berkenalan. Apa yang membuatkan hari in lebih bermakna ialah, ayahnya sudah keluar dari penjara.
            “Okay... Hannan nak rehat kejap!”
            “Amboih... tak payah nak mengada sangat. Jom tolong sekali. Asyik kan goyang kaki je...” Bebel si kakak sambil menarik keras lengan si adik.
            “Cantiknya anak ayah...” Puji Encik Aizam apabila melihat kelibat anaknya yang sudah manis berbaju kurung moden itu. Walaupun hanya mengenakan solekan yang nipis, seri wajah itu memang nyata teserlah.
            “Anak ayah yang nombor dua ni lagi cantik.” Sampuk Hannan tak malu.
            “Dua-dua anak ayah pun cantik...” Ujar Encik Aizam sambil memeluk bahu Hannan dan Haniya. Rasa tidak percaya kerana dia masih diberi kesempatan untuk berada di samping anak-anaknya. Dia telah disabitkan hukuman selama tiga puluh tahun. Namun kerana berkelakuan baik, hukumannya telahpun dipendekkan. Mungkin berkat doa si isteri dan juga anak-anaknya.
            “Ish.... sempat pulak nak bermanja ya. Tetamu dah nak sampai tu.” Muncul si emak dari dapur lalu terus bercekak pinggang. Namun sedikit sebanyak dia bahagia. Terlalu bahagia. Akhirnya keluarga mereka dapat berkumpul semula. Sesuatu yang dia rasa seperti mimpi.
            “Alah mak... relakslah.”
            “Banyaklah kau punya releks Hannan.. Dah... pergi lap cawan air dekat dapur.” Kalau dengan anak keduanya ini, Puan Kalsum perlu berkeras sedikit. Sebab anaknya itu memang gemar menjawab!
            Salam yang terdengar dari luar rumah mula membuatkan Haniya gabra. Terus langkah kakinya dibawa ke dapur. Dada rasa seperti hendak pecah! Kenapa rasa berdebar sangat ni? Rasa tak sedap hati pulak!
            Dato’ Mirza dan Datin Azlin mengenakan pakaian sedondon. Teruja betul mereka nak bermenantu. Puan Maizura yang merupakan nenek Hadziq juga tidak sabar untuk melihat calon cucu menantunya. Harapnya, dapatlah dia melihat Hadziq berkahwin sebelum dia menutup mata. Hadziq tak payah ceritalah, sedari tadi asyik tersenyum.
            Baru sahaja Datin Azlin melangkah ke dalam rumah, matanya terus terpandangkan seraut wajah yang pernah dia lihat. Raut wajah yang telah mengubah segalanya. Malah raut wajah itu pernah membuatkan dia mimpi ngeri.
            Sekejap dicapai lengan suaminya lalu dikejap erat.
            “Lin... awak tak apa-apa?” Tegur Dato’ Mirza apabila melihat dahi si isteri yang mengerut itu. Sakit kepala ke? Tapi tadi okay je..
            Encik Aizam mula rasa tidak selesa. Dia seperti mengenali wajah wanita yang berada di hadapannya. Walaupun mungkin sudah dua puluh lima tahun berlalu, namun masa dia lupa raut wajah itu. Wajah yang selama ini dicari. Dicari untuk sebuah permohonan maaf.
            “Kau ni siapa?” Dengan tangan terketar-ketar, Datin Azlin mula menundingkan jari terlunjuk ke arah Encik Aizam. Dia tak silap orang! Dia betul-betul tak silap orang!
            Hadziq dah mula pelik sendiri. Pelik dengan sikap si mama yang tiba-tiba berubah. “Ini ayah Yaya mama... Kenapa? Mama kenal ke?”
            Datin Azlin menggelengkan kepalanya. Semua ni tak boleh berlaku. Apa yang sedang berlaku ini memang salah! Hadziq tak boleh berkahwin dengan Haniya!
            “Tak boleh.... tak boleh.... Perkahwinan ni tak boleh diteruskan.” Ujar Datin Azlin sambil mengalirkan air mata.  Tangan kanan sudah mendarat di dahi. Macam mana boleh jadi macam ni?
            Hadziq terkejut! Dato’ Mirza terpempam! Puan Kalsum dan Encik Aizam sudah berpandangan sesama sendiri. Rata-rata memperlihatkan muka terkejut dengan kata-kata mama Hadziq itu.
            “Mama... kenapa ni? Ad tak faham? Kenapa tiba-tiba?” Hadziq mula menggoncang lembut bahu Datin Azlin.
            “Ad tak boleh kahwin dengan Yaya.... Tolong jangan...” Air mata sudah merebes di pipi.
“Tapi kenapa?” Tanya Hadziq tidak mengerti.
Mata Datin Azlin mula terpandangkan susuk tubuh Haniya yang sedang berada di pintu dapur. Sungguh, dia memang sayangkan Haniya. Pertama kali melihat gadis itu, dia sudah jatuh suka. Tapi itu dulu... segalanya sudah berubah saat ini.
“...Sebab... sebab bapak Yaya nilah pembunuh ibu kamu Ad... Dialah peragut yang meragut nyawa ibu kamu.”
            Kata-kata Datin Azlin umpama kaca yang berderai lalu ditaburkan di atas hati Hadziq. Hati yang ditaburi kaca itu mula digilis dengan trelar!
***
            Usai habis mengaji, Datin Azlin duduk di birai katil. Sedikit sebanyak, hatinya mula menjadi tenang. Namun fikiran yang berat ini mula merewang mengingati peristiwa yang telah berlaku dua puluh lima tahun yang lepas.
            Baru sahaja Azlin menolak pintu bank, tiba-tiba beg tangan yang dikepit kemas itu mula diragut oleh seorang lelaki. Namun tidak semudah itu kerana Azlin cepat menarik kembali beg tangannya itu.
            “Tolong!!!” Pekiknya kuat.
            “Kurang ajar!” Pipi Azlin terus ditampar oleh si pencuri hingga membuatkan Azlin terjatuh ke atas lantai.
            Afrina cepat-cepat berlari mendapatkan adik iparnya. Tangannya laju sahaja melepaskan spray pemedih mata ke mata peragut itu.
            “Argghhh...”
Baru sahaja Afrina ingin membantu Azlin bangun namun tiba-tiba seorang lelaki menarik tubuhnya ke belakang. Lelaki itu terus menikam perut Afrina dengan sebilah pisau kerana bengang dengan sikap berani mati Afirna itu dan menolak kuat tubuh Afrina hingga mendorong badan Afrina terjatuh dan kepalanya terus terhantuk pada pasu bunga yang berada di tepi tiang itu.
            “Kak Afrin!” Jerit Datin Azlin kuat. Terlupa yang dia telah keluar dari sejarah itu. Terlupa yang dia sedang berada di rumahnya sendiri.
            “Lin...” Seru Dato’ Mirza lalu mendapatkan isterinya. Dia faham perasaan trauma yang dialami oleh isterinya. Lantas dipeluk kejap tubuh itu.
            “Lin tak boleh terima bang.... Lelaki tu... Lelaki tu yang bunuh kak Afrin.” Cerita Datin Azlin tersedu-sedu.
            “Afrin meninggal bukan sebab tikaman tu.. Afrin meninggal sebab darah beku akibat hentakan di kepala tu sayang.”
            “Sama je bang... Dia jugak yang tolak kak Afrin!” Datin Azlin mula kurang berpuas hati apabila si suami bertindak untuk membela peragut tersebut.
            “Ad macam mana?”
            “Berkurung dalam bilik... Dari tadi tak keluar-keluar.” Pening kepala Dato’ Mirza. Isteri macam ni. Anak macam tu. Tersepit dalam keadaan yang menghimpit.
            “Lin nak pergi tengok dia.” Datin Azlin sudah mula menanggalkan telekungnya. Namun bila dia mula mengorak langkah ke arah pintu, Dato’ Mirza mula menarik lembut tangannya.
            “Ad perlukan masa untuk sendiri..”
            “Tapi...”
            “Dengar cakap abang. Dia terkejut tuh. Bagi masa untuk dia fikir dan bertenang. Kalau kita push dia, abang bimbang dia buat sesuatu di luar kesedaran dia..”
 Datin Azlin mula akur.. Mungkin ada betulnya dia membiarkan Hadziq memperbetulkan kedudukan emosinya dahulu. Sewaktu dalam perjalanan pulang tadi pun, sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Hadziq. Adakah anaknya itu akan membencinya?
Ya Allah... tunjunkanlah kami jalan yang benar...
***
            Encik Aizam memicit lembut kepala yang terasa berdenyut. Hari ini baru dia terasa hendak bernyawa dengan sempurna. Terasa hidup sudah begitu sempurna apabila dapat berkumpul bersama isteri dan anak-anak. Namun siapa tahu yang semua akan menjadi kucar-kacir seperti ini.
            Encik Aizam ingat lagi wajah bakal besannya itu. Dan dia masih ingat pada wajah wanita yang ditikamnya itu. Sebenarnya semua itu hanyalah satu kemalangan. Dia terkejut apabila seorang perempuan mula melepaskan spray pemedih mata pada Ramsul. Akibat panik, dia mengacah untuk menghunuskan pisau namun lain pula yang terjadi apabila badan wanita itu tiba-tiba terdorong ke depan dan tertikam perutnya.
            “Kenapa kau tikam dia?” Tanya Ramsul apabila mereka telah jauh dari tempat kejadian.
            “Aku tak sengaja...Ya Allah, apa yang aku buat? Kita tak sepatutnya meragut Ramsul... Semua ni kerja gila!” Macam mana dia boleh termakan hasutan Ramsul. Bukan ini caranya untuk mencari duit menyelamatkan emaknya yang sakit tenat.
            “Arghh.... kau jangan nak persoalkan apa yang kita buat. Kau dah pun tikam perempuan tu...”
            “Aku.... aku nak menyerah diri... Aku tak sengaja!”
            “Kau jangan macam-macam Zam....”
            Perbalahan mereka terhenti apabila Encik Aizam mendapat panggilan telefon daripada isterinya yang memberitahu bahawa emaknya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Tak guna semua duit  yang diperolehi hasil daripada kegiatan ragut. Sumpah dia menyesal kerana sikapnya yang tak fikir panjang, keluarga dia terpaksa menangung susah dan malu.
            “Ayah.... ayah panggil Yaya?” Muncul Haniya yang sudah mengenakan sepasang baju tidur.
            “Yaya... Ayah mintak maaf. Ayah memang ayah yang tak berguna kan?” Sudahlah dia terlepas dari membesarkan anak-anaknya, malah sekarang dialah punca kepada kehancuran kebahagian si anak. Betapa kejamnya dia sebagai serorang ayah! Kenapalah dia tidak mati sahaja di penjara dulu?
            “Ayah... jangan cakap macam tu.”
Sebenarnya Haniya pun tak pasti apa yang dia rasa tika ini. Kecewa! Oh, orang bodoh je yang tak kecewa. Tapi tidaklah sampai dia menyalahkan ayah sendiri. Dan tidak pula dia cuba menyalahkan Datin Azlin. Semua orang terhimpit dengan sejarah yang mengandungi khazanah yang terlalu berat untuk dirungkaikan.
            “Ad macam mana?”
            Haniya hanya mampu angkat bahu. Sudah berpuluh kali dia cuba mendial nombor Hadziq. Namun sekali pun tidak menemui kesudahan yang baik.
            “Maafkan ayah Yaya.... Ayah.... Ayah yang salah dalam hal ni. Yaya, kita kena beritahu pada mereka yang ayah bukanlah ayah kandung Yaya. Ayah cuma ayah tiri Yaya je... Kalau dia orang tak bagi ayah berhubung dengan Yaya lagi, ayah sanggup nak! Asalkan Yaya kahwin dengan Ad.”
            Perlahan-lahan Haniya mula mencapai tangan si ayah. Sebuah senyuman yang paling manis mula dilemparkan kepada Encik Aizam. “Cukuplah... cukuplah kalau ada ayah. Kalau Yaya terpaksa memilih antara Ad dan ayah, Yaya pilih ayah!”
            Ya.. memang Encik Aizam bukan ayah kandungnya. Encik Aizam adalah suami kedua emaknya. Tapi Encik Aizam dah terlalu banyak berbakti pada Puan Kalsum. Puan Kalsum telah dijual oleh suami pertama mak iaitu ayah kandung Haniya sendiri. Tapi Encik Aizamlah yang menyelamatkan emaknya. Melalui kisah-kisah emak, Haniya tahu yang Encik Aizam memang baik. Cuma keadaan yang mendesak membuatkan manusia sanggup melakukan perkara yang salah.
            “Yaya... maafkan ayah... Maafkan ayah sebab gagal menjadi ayah yang baik buat kamu!” Luah Encik Aizam sambil menangis. ‘Ya Allah, apa yang harus aku lakukan untuk membahagiakan anak yang baik ini?’
***
            Kebisuan Hadziq memaksa Haniya untuk bertandang ke pejabat ini. Bukan dia hendak memaksa Hadziq menerima dirinya. Dia cuma perlukan kata putus. Kalau hitam, dia terima. Putih pun dia terima. Walaupun keputusan itu bakal menyakitkan dan melukakan dirinya, itu lebih baik dari perhubungan yang tergantung tanpa sebarang tanda koma, nokhtah mahupun tanda soal.
            “Encik Ad ada?” Tanya Haniya pada setiausaha Hadziq.
            “Erk... Encik Ad tak ada.” Tipu Juwita. Sebenarnya awal-awal lagi Hadziq sudah memberitahunya yang dia tidak mahu berjumpa dengan Haniya. Apa kes pulak bos lari dari Auditor ni? Tak bayar ke apa?
            “Oh... tak apalah. Kalau dia masuk, cakap saya cari dia ya.”
            Baru sahaja Haniya hendak berpaling ke belakang namun tombol pintu kayu itu mula terkuak dari dalam. Muncul wajah Hadziq di balik pintu itu. Kedua-duanya diserang terkejut.
            Juwita ketap bibir. Asallah bos gatal-gatal keluar waktu ni? Kan dah kantoi! Terus ditundukkan pandangan. Tak berani nak memandang wajah Haniya.
            “Ad... we need to talk.” Haniya boleh nampak yang air muka Hadziq jelas terkejut dengan kedatangannya. Matanya sempat menjeling ke arah setiausaha Hadziq yang pandai berkomplot dalam hal ni.
            “Sorry Cik Haniya. I’m so busy.”
            Busy? Memang tak lah kan. Sudah tiga hari sebarang kerja pun tak jalan. Dalam fikiran hanya ada nama Haniya dan mamanya! Dia tak sangka yang Haniya akan memunculkan diri di pejabat ini. Dia masih belum cukup bersedia untuk berhadapan dengan Haniya. Langsung tak bersedia!
            “Tolonglah Ad... Kalau saya perlu bayar untuk waktu yang saya gunakan tu, saya akan bayar! Itu lebih baik dari saya membuang masa menunggu awak untuk seumur hidup saya!” Haniya dah bagi ayat pedas. Dia tahu bukan mudah untuk Hadziq menerima semua ini. Namun lari dari masalah bukan penyelesaiannya.
            Hadziq mengeluh perlahan. Terasa disindir dengan ayat Haniya itu. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya. Mempersilakan Haniya masuk.
            “I don’t know why we hang on for something that we know it’s better to let it go... It’s like we’re scared to lose what we don’t really have.”
            Perlahan-lahan Hadziq memberanikan diri untuk menghunuskan mukadimah yang terlebih dahulu menikam jiwanya.
            “What do you mean?”
            “Maybe some people just aren’t meant to be in our life forever but maybe are just passing through....Hmm... You get it?” Hadziq mencuba lagi.
            Tidak mudah! Ya bukan mudah untuk melupakan seseorang insan yang amat kita sayang. Percayalah, Hadziq menggunakan seluruh kudratnya untuk memutuskan hubungan dengan Haniya.
            Haniya mengangguk-nganggukan kepalanya. Dia faham bahasa kiasan itu. Ayat Hadziq yang tersusun itu tidak pun membuatkan dia terluka. Dia sedar yang semua ini tidak mudah buat lelaki itu.
            “I get the point. Thanks Ad...” Haniya tersenyum. Apa perasaannya tika ini ialah.... entahlah... Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
            “Yaya... I’m so sorry... Saya tak kuat nak pertahankan hubungan kita. Saya...”
            “It’s okay Ad....” Celah Haniya cepat-cepat. Ini bukan salah Hadziq.
You’re there but not really. You’re mine but not really. I never really had you so... I never really lost you.” Oh okay. Ayat itu sememangnya nak sedapkan perasaan milik sendiri. Konon nak tunjukkan pada Hadziq yang dia pun bukan suka mana pada Hadziq. Hakikatnya hanya Allah yang tahu, perasaan yang baru ada itu tak akan mudah dipadamkan begitu sahaja.
            Accept it and move on! Tu prinsip baru Haniya saat ini. Apa lagi yang perlu dilakukan. Tak kan nak bunuh diri pulak!
            “Yaya....” Panggil Hadziq. Hatinya mula rasa tak puas hati dengan penerimaan Haniya. Tidakkah wanita itu perlu menangis atau sekurang-kurangnya merayu padanya. Kenapa Haniya begini? Adakah kerana cinta Haniya tak setebal perasaannya pada Haniya.
            Hadziq mula buntu. Dia yang putuskan hubungan. Tapi dia pulak yang diserang kecelaruan perasaan.
            “Ya...”
            “As simple as that? Don’t  you want to fight for me? Tell me that you need me? You gave up on me that easily?” Suara Hadziq penuh rasa tidak berpuas hati.
            Erk...pulak! Haniya terus garu kepala saat mendengar kata-kata Hadziq. Dia yang ajak putus, tapi dia pulak yang tercabar dan terbakar?
            “Habis tu awak nak saya merayu pada awak? Tak pun pada mama awak? Macam tu ke? Untuk apa kalau ianya tak mendatangkan apa-apa hasil. Dah terbukti yang saya ni anak pembunuh! Pembunuh ibu awak Ad... Saya pasti  yang family awak tak boleh terima saya.”
            “Awak tak cuba, awak tak tahu!” Pangkah Hadziq mula berpeluk tubuh.
            Haniya tersenyum sinis sambil kepalanya digelengkan beberapa kali. “Saya mungkin mencuba kalau saya tak berjuang seorang diri Ad....”
            Dahi Hadziq mula mengerut. Kurang menangkap isi tersirat milik Haniya. “Maksud awak?”
            “Awak Ad... Awak jawapannya. Saya akan berjuang jika awak bersama dengan saya. Bukan setakat mama, dunia pun saya sanggup lawan Ad....But since you’re not with me, apa alasan untuk saya teruskan perjuangan ni?”
            Hadziq terdiam. Terpukau dek kata-kata Haniya.
           
            “Ya... saya mengaku yang saya tak pernah luahkan perasaan saya pada awak. Apa yang terluah dan terdetik di hati, tak pernah sekali saya ungkapkan. Sebab apa, sebab kata-kata tu terlalu bererti untuk orang yang penting dalam hidup saya. My love is more than words Ad. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Alangkah bodohnya kita, berputar-putar mencari jutaan kata yang indah dan sedap-sedap… Kemudian bersusah payah menyusunnya sedemikian halus dan puitis malah sanggup memakan waktu yang bukan sedikit. Padahal hanya sekadar untuk menyatakan tiga patah kata.. Saya cintakan awak!”
            Kali ini mata Hadziq terbuntang. Ya, selama mereka berkawan, memang tak pernah Haniya melebihi batasan. Kata-katanya sering terjaga.
            “It’s hard to hold on to something that you know would never be yours in any way you think of. You just have to learn to let go and face the fact that while good things never last, some don’t even start.”
            Terus Haniya berpaling. Tak betah memandang mata redup itu! Hatinya terasa ngilu... Terlalu...
Lama Hadziq memandang batang tubuh Haniya yang berdiri di hadapan pintu itu. Dia tahu berat untuk Haniya pikul sesuatu yang datang secara tiba-tiba ini. Semua in juga bukan mudah baginya. Namun, dia tak nampak jalan lain selain dari berpisah.
             Haniya berdiri di hadapan pintu bilik Hadziq. Kata hati merayu untuk dia pergi meninggalkan Hadziq tapi jiwanya langsung tak berdaya. Ya berat! Tapi dia perlu melakukannya. Dia bimbang jika terus berlama-lama, pipinya akan basah di hadapan Hadziq. Keep moving forward Yaya..! You can do it!
Sebelumnya kau pergi... renunglah ku di sini
Kerana mungkin terjadi kita tak akan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini.. mungkin yang terakhir
Dan tak usah kita kesali atas apa yang terjadi
           
             Dia terlalu berharap yang Haniya akan berpaling dan memandang dirinya semula. Merenung buat kali terakhir. Namun Haniya terus melangkah tanpa sedikit pun berpaling ke arahnya.
Punggung Hadziq terus melurut ke atas sofa yang sudah tersedia. Tali leher yang tergantung di leher mula dirungkai kasar. Rambut yang sudah kemas itu mula dikuat kuat. Nafas dalam-dalam mula ditarik. Namun rasa tenang masih belum mampir sepenuhnya.
            ‘Maafkan aku Yaya, aku harus tinggalkanmu.. Relakanlah perpisahan ini.. tutuplah air matamu. Semua ini aku lakukan untuk kebaikan kita... Kebaikan keluarga kita... Sayang, kita harus putus...’ Takdir telah menentukan bahawa mereka akan berpisah.
            Dia sedang berperang dengan keadaan sendiri. Sebelah dari hati memihak kepada Haniya. Sebelah lagi melarang keras untuk dia menerima Haniya. Hadziq sedar, terlalu banyak pengorbanan yang harus dilakukan jika dia memihak untuk memilih Haniya.  Hatinya pedih! Jiwanya terluka bagai dihiris belati.
            Jiwa meronta hiba. Tak bisa putuskan kemahuan hati yang menyiksa diri. ‘Ya Allah... andai aku harus melupakannya, aku lebih memilih untuk mengenalinya... Ya Tuhan, hanya Engkau penawarku... Penawar resah atas kesakitan ini..’ Wajahnya diraup. Punggung mula diangkat. Kaki mula melangkah ke surau. Hati yang kecewa ini perlukan ubatnya.
***
Do not give up! The beginning is always the hardest!
            Haniya membaca semula kata-kata yang ditulis di atas diarinya itu. Sebenarnya dia bukanlah aktif menulis diari. Dia hanya menulis kata-kata semangat dan  membacanya berulang kali. Terapi untuk membaikpulihkan hati yang patah! Boleh percaya ke? Entah... dia cuma mencuba. Kalau gagal, dia cuba cara lain pula. Mungkin kuak lentang... hmm...
            “Akak, are you okay?”
            Haniya ketawa. “Boleh tak sekali sekala tanya soalan mencabar sikit Hannan...” Terus ditutup bukunya. Bimbang dibaca oleh si adik yang memang kuat menyelongkar barang peribadinya.
            “Kang kalau Hannan tanya soalan periksa Hannan kang, tak terjawab pulak!” Sudah hampir sebulan berlaku. Memang kakaknya itu memang tak ada gaya orang kecewa, tapi dalam hati tu siapa yang tahu. Apatah lagi Haniya seorang yang suka memendam perasaan.
            “Akak nak buat air. Hannan nak tak?”
            “Biar Hannan tolong ya...”
            Haniya angkat bahu dan membiarkan Hannan mengikuti langkahnya ke dapur. Dicapai sebuah mug kemudian dia mula meletakkan susu, nescafe dan air panas ke dalam cawan. Sedang elok dia mengacau minuman, tiba-tiba dia teringatkan ayat yang pernah keluar dari mulut Hadziq.
            “Sama ada air di dalam cawan ni penuh atau separuh.... Saya tetap bersyukur yang saya ada cawan.” Ujar Hadziq tiba-tiba apabila mereka singgah minum kopi di Old Town selepas habis waktu kerja.
            Dahi Haniya mengerut. Apa yang Hadziq cuba untuk sampaikan?
            “Maksud saya....cawan ni macam awak! Air di dalam ni pulak umpama kasih sayang awak pada saya. Tak kiralah awak sayang saya sikit atau banyak, saya tetap rasa bersyukur sebab awak tetap sayang saya tak kiralah berapa banyak pun kuantiti kasih sayang awak tu.”
            Haniya tersenyum. “Awak memang pandai bermain dengan kata-kata Ad!”
            “Akak... susu tadi dah larut dah. Gaul banyak kali boleh pening masa minum nanti..” Tegur Hannan tersengih-sengih. Padahal nak tegur si kakak yang sedang mengelamun itu.
            “Akak.. we need to talk. Nak simpan sorang-sorang buat apa? Buat ikan pekasam? Kalau buat ikan pekasam boleh jugak makan.... Tapi kalau bernanah, nanti busuk... sakit... Baik share dengan Hannan.” Pandai-pandai je si adik bagi ayat sakarstik. Nak memujuk sebenarnya.
            “Jangan nak poyo sangatlah dik... Akak nak tidur.” Terus Haniya berlalu. Entahlah, sedari dahulu dia tak biasa berkongsi. Dia dah terbiasa simpan sendiri. Jadi biarlah dia sorang je rasa apa yang patut dia rasa.
            Hannan garu kepala! Kakak siapa yang degil tahap dewa ni? Ggrrrr....
***
            Mata tidak dapat dilelapkan walaupun jam di dinding sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Teringat pula kata-kata si adik sebelum tidur tadi. “Akak, hati tu kalau tak dijaga dengan rapi, boleh busuk! Bila hati dah rosak, payah nak sembuhkan semula tau!”
            Dari berbaring, Haniya bertukar posisi secara mengiring. Matanya dipejam erat. Cuba memujuk untuk melelapkan diri. Namun penyudahnya tetap menghampakan. Akhirnya Haniya mengambil keputusan untuk berwuduk. Moga lega segala kegelisahannya.
            Namun rasa tidak sempurna andai berwuduk tanpa solat. Sejadah mula dibentangkan ke arah kiblat. Lama mata merenung ke arah sejadah. Terdapat gambar Kaabah di situ. Setiap kali terpandangkan Kaabah, ingatnya terjatuh pada sahabat baiknya yang telah pergi.
            “Tak payah nak berlagak alim sangatlah! Kau sembahyang ni, kau bukan sembah Allah pun.. Korang sembah Kaabah je...”
            Nadial... Orangnya cetek dengan ilmu Islam. Mereka dipertemukan untuk menjadi rakan sebilik. Dia seorang gadis yang menjengkelkan dan selalu membangkitkan soalan yang tidak relevan kerana jiwanya sudah terpesong jauh. Semuanya kerana sedari kecil dia tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna.
            “Orang Islam bukan sembah Kaabah... Kaabah itu adalah arah kiblat. Menghadap semata-mata ke arah sesuatu tidak bermaksud kita menyembahnya. Kalau kita sembahyang dan di hadapan kita terdapat sebuah kerusi, adakah kita dikatakan menyembah kerusi?” Soal Haniya. Sengaja menguji.
            Nadial terdiam.
            “Jawapannya adalah tidak... Melainkan sekiranya kita memang berikhtikad pada kerusi tersebut... Menyembah dan memuja kerusi tersebut. Kalau ditanya pada budak kecik pun, mereka dah tahu perbezaan antara tuhan dan kiblat. Tuhan adalah Allah atau kuasa yang disembah manakala kiblat pula adalah arah... Kaabah itu kiblat dan menentukan arah dan bukannya tuhan yang disembah. Jadi orang Islam tak pernah membuat patung Kaabah untuk disimpan di rumah atapun masjid. Patung Kaabah juga tidak diletakkan di hadapan mereka ketika solat. Kenapa? Ini kerana apa yang dsembah adalah Allah... bukannya Kaabah.”
            Melalui penerangan Haniya itu, Nadial berubah. Menjadi yang lebih baik dari sehari ke sehari. Malah dia mula bersahabat baik dengan Nadial. Namun sayang umur Nadial tak panjang. Dia meninggal kerana kanser usus. Namun Alhamdulilah, Allah memberikan pertunjuk hidayah kepadanya sebelum dia pergi.
            Satu demi satu orang yang dia sayang meninggalkan dirinya. Kesedihan membuatkan ingatannya mampir mengingatkan sejarah lama. Tanpa menunggu lagi, terus Haniya mengangkat takbir.
            Dia malu dengan Allah.... Jiwanya lelah hanya apabila dia ditimpa badai cinta. Sedangkan Nadial dahulu berjuang menegakkan agama apabila si bapa yang mualaf itu mula keluar dari agama Islam apabila tidak mendapat dorongan yang sempurna. Hingga ke hujung nyawanya, Nadial bersungguh membawa ayahnya pulang ke pangkal jalan.
            Namun akhirnya nyawa Nadial tak panjang....
            “Hilangkan resah gundahku... Hilangkan resah dukaku.. Hilangkanlah segalanya ku tak ingin sakit lagi. Hilangkan kekosonganku... Hilangkanlah segalanya... Aku tak ingin lara lagi Ya Allah... Jauhkan diriku dari lara dengan cinta dunia yang sia-sia ini..” Tangisan Haniya mula berbunyi.
            Haniya rebah di atas sejadah. Mungkin cinta ini telah melalaikannya. Terkadang kerana cinta, dia terlupa kepada Yang maha Esa. Tegar menyeksa hidup sendiri. Haniya bersujud untuk memohon dan meminta kembali hati yang lebih merunduk jatuh menyembahNya.
            Terputus hubungan dengan manusia membuatkan dia rebah sebegini! Sungguh dia malu kerana dia adalah khalifah di muka bumi ini. Hidup bukan kerana cinta manusia? Tapi kerana kasih sayang Allah....
            Meski jatuh dan terbangun... dia tekad untuk bertahan!
            Hannan yang mendengar rintihan doa kakaknya turut mengalirkan air mata. ‘Ya Allah, hebatnya kakak... Dia menyembunyikan tangisan dari sebalik senyumannya. Hanya semata-mata kerana tidak mahu membuatkan kami susah hati. Berikanlah kebahagian untuk jiwanya.... Hadirkanlah kasih sayang buat hatinya...’
***
            Datin Azlin sudah mula naik risau apabila melihat keadaan diri Hadziq yang makin tak terurus. Masanya dihabiskan dengan kerja sahaja. Malah, nak ajak duduk makan sama pun susah! Makin pendiam pulak jadinya sedangkan Hadziq bukan begitu orangnya. 
            “Abang, apa yang kita nak buat dengan Ad ni? Risau saya macam nih!” Rungut Datin Azlin pada suami yang sedang membaca itu.
            “Abang rasa patut tak kalau saya carikan calon isteri untuk Ad? Yalah.. mana tahu kalau dia mampu lupakan si Yaya tu?” Cadang Datin Azlin tiba-tiba.
            “Ish awak ni... Peraturan dalam cinta, kita tak boleh mengaturkan orang lain untuk lupakan orang lain. Itu salah.... Benda tu hanya akan lebih merumitkan keadaan. Nanti awak buat Ad tersepit...”
            Dato’ Mirza bercakap dari pengalaman. Dia sendiri pernah dipaksa mengenali Azlin semata-mata untuk melupakan Afrina. Dan hasilnya, dia sendiri tidak tergamak untuk melukakan Azlin walupun hatinya terlalu menyintai Afrina. Dia tak mahu Hadziq rasa apa yang dia rasa sebelum ini.
            “Tapi saya risaukan Ad....” Keluh Datin Azlin lagi.
            “Saya lagi risau dengan awak Lin...” Kata-kata Dato’ Mirza membuatkan dahi Datin Azlin mengerut. Apa kena dengan dirinya pulak?
            “Apa pulak? Yang ada masalah tu Ad... Bukan saya!”
            “Ad memang ada masalah.... Tapi awak adalah pengaruh kepada masalah jiwa dia.” Dato’ Mirza tidak boleh tinggal diam. Makin lama, masalah akan menjadi makin rumit. Mana boleh dia tak perasan pada perangai Hadziq yang jauh berubah menjadi pendiam. Kaedah pyschology jelas menunjukkan yang Hadziq memendam rasa. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.
            “Saya pengaruh kepada masalah dia? Abang... masalah dia ialah, dia terlalu cintakan Yaya!”
            “Dan awak halang percintaan dia dengan Yaya..” Bidas Dato’ Mirza cepat-cepat.
            “Ya.. memang saya halang! Sebab Yaya tu anak pembunuh. Pembunuh kak Afrin bang... Tak kan kita nak biarkan darah keturunan pembunuh mengalir dalam badan cucu cicit kita? Saya tak mahu....” Datin Azlin mula bercakap di luar sedar. Mula membangkitkan soal keturunan sedangkan mereka keturunan Nabi Adam a.s. Tak ada bezanya darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka.
            “Lin... salah! Apa yang awak fikir tu adalah salah. Kesalahan seorang manusia itu, penghapus dosanya adalah taubat. Kalau Allah terima taubat seorang hamba, kenapa tidak kita Lin. Kita pun berdosa... Kalau kita percaya yang taubat kita akan diterima, taubat dia pun bakal diampunkan Lin... Dosa dan taubat kita pun ditentukan dan dinilai oleh Allah. Bukannya manusia. Jangan sesekali bertindak untuk mengadili manusia Lin... Kita tak layak!”
            Lembut sahaja suara si suami memujuk. Dia faham apa yang berlegar di lubuk hati Datin Azlin. Tapi isu seperti ini seharusnya tidak dipanjangkan. Dia lihat Azlin sekarang tak ubah macam Puan Maizura dahulu.
            “Tapi Kak Afrin meninggal sebab....”
            “Afrina meninggal sebab dah memang ajal dia Lin... Dah memang ajal dia. Bila Lin buat macam ni, semua ni buat Ad terbeban. Buat Ad tak bahagia... Cuma Lin tengok keadaan sekeliling kita, siapa yang bahagia bila Lin halang hubungan mereka? Cinta mereka suci... Tak ada kena mengena dengan anak pembunuh atau anak yang telah dibunuh... Kalau kita halang cinta Ad pun, Afrina tak akan hidup balik... Jadi jangan terus-menerus membunuh cinta dan perasaan Ad.. Lagipun kita dah janji dengan Afrin untuk bahagiakan Ad.... Kebahagian Ad yang lebih penting sayang...”
            Datin Azlin terdiam. Teringat perbualannya dengan Hadziq dahulu.
            “Tolong Ad... Tolong jangan teruskan hubungan Ad dengan Yaya... Mama tak boleh terima.” Rayu Datin Azlin beserta air mata. Dia tahu yang Hadziq lemah melihat air matanya.
            “Tapi mama... Yaya kan tak bersalah. Perlu ke kita menghukum dia?” Entahkan kerana cinta, ataupun kerana sikap kemanusiaan yang membawa Hadziq membela Haniya.
            “Yaya anak pembunuh Ad! Pembunuh ibu Ad sendiri.... Sanggup ke Ad nak kahwin dengan anak pembunuh?”
            Hadziq panggung kepala. Berat permintaannya ini. Mana mungkin dia mampu meninggalkan Haniya. Namun kata-kata mamanya itu memang ternyata benar. Masakan dia hendak berkahwin dengan anak pembunuh ibunya.
            “Ma... Kalau Ad ni langit, Yaya adalah bulannya. Dan cuba mama bayangkan? Macam mana langit nak tinggalkan bulan?”
            “Dahlah Ad! Mama tak nak dengar falsafah tu semua... Yang mama tahu, mama tak boleh terima dia. Kalau Ad pilih Yaya, Ad akan hilang mama!” Putus Datin Azlin keras. Tanpa sedar, bicara itu umpama tali yang menggantung Hadziq. Membunuh dalam diam.
            Astaghfirullahaladzim.... Datin Azlin mula beristighfar berulang kali. Memburu ketenangan dan moga terlepas dari keadaan risau dan resah. Tanpa sedar, dia sudah bersikap ujub dan takbur dengan apa yang dia miliki saat ini. Dan tanpa belas kasihannya, dia telah menghukum manusia.
            Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."
            “Betul apa yang Mirz cakap tu Lin... Manusia tak layak untuk menghukum. Ibu ingat lagi yang ibu berkeras menolak Afrina dari berkahwin dengan Mirz. Bila ibu dah hilang Afrin, baru ibu sedar dan menyesal. Ibu tak mahu kamu rasa apa yang ibu rasa Lin... Ibu tak mahu kalau kamu kehilangan Yaya apatah lagi Ad. Cinta yang suci tu jangan dihalang...”
            Puan Maizura selaku nenek Hadziq jadi terpanggil untuk menyampuk perbincangan si suami isteri itu. Dia faham perasaan Datin Azlin namun bukan tugas manusia untuk menghukum manusia. Kesilapan semalam jangan dijadikan beban lalu menghukum masa depan.
            “Ad mana?” Tanya Datin Azlin dengan air mata yang merebes. Ya Allah, dia baru sahaja menghancurkan hidup anaknya sendiri akibat dari terlalu mengikut perasaan.
            “Biar saya bercakap dengan Ad dulu...” Ujar Dato Mirza sambil angkat punggung. Hatinya mula reda bila si isteri mampu menerima apa yang dia ingin sampaikan. Sekarang tiba giliran si anak pulak.
***
            Pandangan mata mula dihala ke arah langit yang terbentang luas. Rasa seperti ingin digapai bintang yang bergemerlapan itu. Agar bintang itu mampu menerangkan jiwa yang kegelapan. Biar dihapus segala rasa yang mencengkam hati ini.
            ‘Ya Allah... hanya padaMu aku meminta... Aku pasrah...’ Sesungguhnya Hadziq tahu bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibubapanya. Ya mungkin... Mungkin dia bukan anak kandung Datin Azlin dan Dato’ Mirza. Tapi telah diangkat martabat mereka berdua begitu tinggi di dalam hati Hadziq. Mana bisa dia melupakan dua orang yang berjasa dalam membesarkan dirinya.
            Ubat kepada segala kesakitan ini adalah Redha! Dia sayangkan Haniya…. Tapi Allah lebih tahu yang terbaik. Adakalanya manusia harus sedar… Some people can be forever in your heart but not in your life!
Melihat Dato’ Mirza yang menghampiri dirinya, terus dia angkat punggung. Tak betah ataupun bersedia untuk mendengar sebarang jenis ceramah motivasi. Dia sudah ikhlas untuk redha. Dia bimbang nasihat papanya akan membuatkan jiwanya kembali bergolak!
            “Duduk Ad... Papa nak cakap sikit.”
            “Ad penat! Ad nak tidur...”
            “Tidur? Macamlah tidur Ad lena sangat.. Mari sini. Jangan degil!” Suara Dato’ Mirza terus ditegaskan. Adakalanya dilihat perasaan si anak agak manja juga bila melibatkan soal hati dan perasaan. Alah, macamlah diri sendiri tak manja dulu!
            Nak tak nak, terpaksalah Hadziq duduk di sebelah papanya dan membuka selebar-lebarnya pintu telinga untuk menerima hujah yang menghunus perasaan.
            “Ad... papa nak tanya sikit. Kalau serbuk kopi dimasukkan dalam segelas cawan. Agak-agaknya macam mana rasa dia?”
            “Soalan apa ni pa....?”
            “Jawab jelah... Rajinkan otak tu berfikir sikit.”
            “Hmm... rasa pahitlah!” Kopi, tak kan manis pulak... Sah dah pahit! Sure ada benda yang si papa nak kongsi bersamanya. Dari dahulu, setiap kali jika dia buat salah, ada sahaja perumpamaan baru yang papa nak ajar. Itulah cara teguran Dato’ Mirza. Kedengaran aneh tapi amat mengagumkan sebenarnya. Itulah untungnya kalau bapa seorang pakar motivasi.
            “Okay... agak-agaknya kalau kopi yang pahit tu kita masukkan dalam telaga yang dipenuhi air, apa pulak rasanya?” Duga Dato’ Mirza lagi.
            “Hmm... tawar kot... tak ada effect. Tak ada apa-apa rasa!”
            “Yup! Betul. Tak ada rasa.... itulah jawapannya.”
            “Motif?”
            Dato’ Mirza tersenyum sambil membetulkan duduknya. “Bila kita campur di dalam cawan air yang kecil, serbuk kopi tadi akan menjadi pahit. Tapi bila dicampurkan di dalam telaga yang dipenuhi air, serbuk kopi tersebut akan menjadi tawar. Tak ada rasa. Maka itulah kehidupan... Biji kopi itu ibarat masalah, segelas air itu adalah bekas dan apakah bekas itu? Bekas itu adalah jiwa kamu.... Nampak tak dua contoh bekas yang mewakili dua contoh jiwa. Jiwa yang besar dan jiwa yang kecik?”
            Hadziq mengangguk.
            “Setiap masalah itu adalah sama... Yang membezakan ialah cara jiwa manusia untuk mengatasi semua masalah tu. Macam Ad, papa perasan yang Ad cuba nak lari dari masalah... Kenapa? Kan dari kecik papa ajar... Kita tak boleh lari dari masalah.”
            Hadziq angkat bahu. “Tiba-tiba Ad rasa yang dunia tak adil untuk Ad... Ad dah hilang ibu dan ayah waktu Ad kecik lagi... Tapi sekarang Ad terpaksa hilang Yaya. Seorang perempuan yang paling Ad sayang.”
            “Ad... Dunia ni memang tak adil. Sebab memang begitu ia diciptakan. Keadilan hanya dihakimi dengan adil di akhirat sana.. Di mana tak akan ada seorang manusia pun akan terlepas.”
“Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya...”
            Diam....
            “Masalah dalam hidup ni macam Add Math. Sesusah mana pun sebuah soalan tu, pasti akan ada penyelesaiannya....” Sambung Dato’ Mirza lagi.
            “Tapi masalah Ad bukan macam  Add Math! Kalau Add Math, tekan kalkulator nanti jumpalah jawapannya. Ini soal perasaan papa.... perasaan yang orang tak faham!” Tiba-tiba jiwanya hendak memberontak!
            “Kalau tak pandai cara, tekan kalkulator macam mana pun, tetap salah jugak jawapan tuh... Tapi kejap... Ad bercakap pasal perasaan? Oh ada perasaan.. Tapi papa tak nampak pun Ad berjuang untuk perasaan Ad tu?” Sinis Dato’ Mirza separa memerli.
            “Ad mampu nak lawan satu dunia... tapi bukan mama pa.... Mama yang Ad sanjung dan kagum.”
            “Papa tak suruh kamu jadi anak derhaka... Papa suruh kamu fight for Yaya... Tapi kamu pun duduk diam je...”           
            Diam lagi...
“Manusia hanya menggunakan lima belas peratus daripada akalnya dan lapan puluh lima peratus daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan. Cuma, bagaimana akal dan hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti....Keadaan diri kita kadang-kadang memberi pengaruh kepada keputusan kita. Jadi tak pelik kalau manusia melakukan kesilapan ketika membuat keputusan...”
            Hadziq panggung kepala. Berbelit-belit otaknya mengakui kebenaran kata-kata si bapa.
A woman with real beauty.. Smiles through her troubles, becomes braver with disillusionment, develops courage with failure and gathers strength through pain.. Semua ni ada pada Yaya...” Puji Dato’ Mirza sengaja membakar!
            “Papa ada jumpa Yaya? How is she?” Tanya Hadziq teruja.
            “Much better than you.... Dia ketawa, dia tersenyum...”
            Hadziq merengus. “Dia memang tak pernah sayangkan Ad pun...”
            “Belum apa-apa dah mengaku kalah! Look, Yaya membesar dengan penuh kelukaan... Jadi bila dia terluka dengan kamu, dia pandai nak ubati kekecewaan dia. Itu yang membuatkan papa kagum dengan dia. And you know something, Encik Aizam tu bukanlah ayah kandung Yaya.... Dia ayah tiri.. Tapi kata Yaya, dia tetap anggap Encik Aizam tu macam bapak dia. ”
            “Macam mana papa tahu?” Sungguh dia terkejut dengan cerita papanya ini.
            “Encik Aizam sendiri jumpa papa... Dia yang terangkan keadaan sebenar.”
            “Kenapa Ad tak tahu pun?” Protes Hadziq geram!
            “Dah Ad tak mahu jumpa dia.. Macam mana dia nak beritahu. Lagipun Yaya nak Ad terima dia sebab apa adanya diri dia. Kekurangan dia... kecacatan dia... Bukan ambil semua sisi yang Ad suka dan campak pergi semua yang Ad benci! Itu bukan cinta namanya... Itu kehendak membuta tuli!”
            Hadziq tarik nafas. Kata-kata si papa langsung tak boleh disangkal.
            “Macam mana ni sekarang papa? Ad nak Yaya... Tapi mama....” Ya, seluruh hatinya terlalu menyayangi Haniya. Soal masa silam sebenarnya telah berjaya ditolak ke tepi. Dia cuma tak mampu nak menolak Datin Azlin sahaja.
            “Mama pun nak Yaya jadi menantu mama...” Sampuk Datin Azlin yang sedari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati. Jiwanya luruh melihat si anak yang terseksa jiwanya. Dia sepatutnya membahagiakan Ad... bukan membebankan anak muda itu. Jika Hadziq tidak bahagia nanti, dia jugak yang menjawab dengan Afrina di akhirat kelak.
            “Mama... Erk.. Mama tak kisah?” Tanya Hadziq tidak percaya? Apa yang papa dah rasuah mama sampai mama berubah perspektif tentang Haniya?
            Datin Azlin memandang redup pandangan Dato’ Mirza. Benar kata suaminya. Manusia tidak seharusnya menghukum. Itu semua di luar skop pekerjaan manusia. Redha dan pasrah adalah yang sebaiknya. Demi kebahagian semua pihak.
            “Mama lagi kisah kalau Ad tak gunakan peluang yang mama bagi ni...”
            Terus Hadziq meluru mendapatkan mamanya. Dipeluk kejap tubuh itu. “Thanks ma... I love you so much!.”
            “Tak kan mama je?” Perli Dato’ Mirza sengaja. Syukur jika segalanya sudah pulih seperti biasa.
            “Kalau tak ada papa... Tak tahulah macam mana.” Rasa macam kelakar pula bila berpeluk dengan si ayah.
            “Ad nak pergi jumpa Yaya! Ad nak ajak dia kahwin sekarang jugak!” Ujar Hadziq penuh keterujaan.
            “Amboih... Gelojoh betul! Dah malam ni nak oit.. Tunggu siang esok. Mama akan jumpa keluarga Haniya. Kita buat ikut adat... barulah beradab..”
             Tiba-tiba rasa teruja Hadziq mati bila memikirkan penerimaan Haniya.
            “Jangan risau Ad.. Jika dah tertulis di Luh Mahfuz yang Haniya jodoh Ad, tak akan lari kemananya jodoh tuh...” Pujuk Datin Azlin sambil menggosok lembut bahu anaknya. Moga Allah permudahkan segalanya esok!
***
If God brings you to it, He will bring you through it...
            Matanya merenung kembali kata-kata yang diconteng di dalam diari. Inilah salah satu terapi untuk memantapkan kerohanian selain dari Solat. Bila kita menulis.. meluahkan isi hati kemudian membacanya berulang kali, umpama seperti kita berjaya memujuk dan menenangkan perasaan milik sendiri.
            Apa motif ayat yang ditulis? Adakah dia berharap yang Allah mengembalikan lelaki yang dicintai itu? Pantas Haniya menggeleng.
            ‘I don’t care how hard this feeling... I don’t care how disappointed I am... I’m not going to let this get the best of me. I’m moving on with my life.’ Ujar Haniya di dalam hati.
            Hati yang degil.... Hati yang payah nak dengar cakap... Hati yang mengandungi berjuta rasa ini bagai bergendang mencari tempat duduknya yang tersendiri. Mengenangkan Hadziq yang makin jauh, Haniya jadi makin rindu. Namun tidak dibiarkan rindu untuk melingkar di ruang hati. Laju sahaja dia memujuk hati sendiri. Jangan sampai lalai dengan nikmat dunia!
            Perlahan-lahan Haniya mengemaskan barang-barangnya. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Rasa malas hendak menyibukkan diri. Otak yang penat ini perlukan rehat.
            Anak mata Haniya makin mengecil apabila dapat mengesan sesuatu yang mencurigakan. Hadziq? Apa dia buat dekat kereta? Oh tidak.... Hadziq sedang membuang angin tayar kereta miliknya.
            “Dah lama dah berjinak dalam bidang ni?” Tegur Haniya tidak teragak-agak. Entah-entah dahulu, Hadziq yang sengaja memancitkan keretanya. Sah sangat, dulu pun mesti kerja Hadziq jugak!
            Tersentak Hadziq menerima kunjungan yang tidak diharap itu. Perlahan-lahan dia mula berdiri dan berpaling ke belakang. Memandang ke arah Haniya yang mukanya... mak aih... serius gila!
            “I can explain...” Hadziq membuat  gaya sedang menahan sesuatu. Menahan Haniya dari terus marah.
            ‘Matilah... macam mana boleh kantoi nihhh..?’ Kepala yang tidak gatal itu segera digaru.
            “Oh... silakan.. Cuba explain macam mana saya nak balik sekarang?” Kedua belah tangan mula dibawa ke tubuh. Macam-macam benda yang berlegar di benak Haniya saat ini. Kenapa Hadziq berada di sini? Kenapa Hadziq nak pancitkan tayar keretanya? Banyak lagi skop dalam bahagian kenapa.. kenapa dan kenapa??
            “Oh... yang tu... biar saya hantar awak balik ya” Ini bukanlah idea spontan. Sememangnya Hadziq memang nak hantar Haniya balik pun. Sebab tu dia pancitkan kereta Haniya. Tapi si Haniya keluar terlalu awal. Habis kantoi ideanya!
            “Habis tu kereta saya macam mana?”
Sebenarnya Haniya nak memberontak. Tapi hati menahan dari bersikap terlebih mengada-ngada. Motif? Sebab dia terlalu merindui Hadziq. Saat bertentang mata ini baru dia sedar yang nama Hadziq, wajah Hadziq, senyuman Hadziq.... tak pernah jauh dari hatinya. Tak pernah mampu dipadam!
“Erk... kereta awak ni.. Nanti saya call mekanik tolong settlekan.”
“Oh.. kenapa nak call mekanik? Awak tak nak jadi hero ke? Tolong tukarkan tayar... Then sebagai balasannya, bolehlah awak ajak saya pergi makan malam..” Perli Haniya sengaja! Kot ya pun nak ajak dating, carilah taktik lain. Ini tayar kereta jugak yang jadi mangsa!
“Yaya... Saya tak bermaksud..”
“Ya... semua yang awak lakukan tak bermaksud. Datang dalam hidup saya kemudian haru birukan hati dan perasaan saya dan kemudian tinggalkan saya sendiri tanpa arah.... Saya faham maksud awak tu sebenarnya..”
Hadziq gigit bibir. Tak pasal-pasal je kena perli sedas! Itulah, orang cakap kalau dahulu kita terlepas, kali kedua tak akan selamat. Tangan nilah, gatal-gatal buat kerja jahat! Kan Allah bayar cash kat dunia. Matlamat tak menghalalkan cara.
“Yaya... we need to talk...” Hadziq memulakan intro. Namun kata-katanya terhenti apabila mendengar tawa Haniya yang sinis.
“Habis tu sekarang kita berperang ke? Kita tengah bercakap kan...” Ujar Haniya separa menduga. Dia nak tengok apa reaksi Hadziq selepas ini.
Hadziq berlalu ke keretanya. Pintu kereta di bahagian penumpang mula dibuka. Kemudian dia berpaling ke arah Haniya. “Awak nak ikut saya tak?”
Berhalus dan sopan sahaja ajakan Hadziq. Tak ada gaya paksaan. Itu yang membuatkan jiwa Haniya meronta untuk mengangguk. Namun dek desakan ego yang menggelegak, Haniya cuba jual-jual mahal.
“Kalau saya tak nak ikut?”
Hadziq tersenyum. “As Always....the choice is yours...” Perangai paksa-paksa dan guna kuasa veto seorang lelaki, itu bukan perangainya.
Akhirnya Haniya beralah. Mana tahu sesuatu bakal mengubah hidupnya. Orang cakap, bahagia jangan ditolak. Derita jangan diundang. Mungkin Hadziq nak selesaikan sesuatu yang tak mampu untuk diselesaikan dahulu.
Bagi peluang... barulah ruang akan tercipta!
Dalam perjalanan, hanya kebisuan yang mencengkam sukma. Haniya dengan telefon bimbitnya manakala Hadziq masih mencari ayat-ayat yang seuai untuk diberikan kepada Haniya.
“Saya turn on radio boleh?” Pinta Haniya, tak mahu memandai-mandai.
“Erk... okay...”
Mendengarkan intro lagu tersebut Haniya mula tersenyum. Pandangan mula dikalih ke arah bahagian pemandu. “Saya dedicated lagu ni khas untuk awak...” Bahagia Sementara daripada Jamal Abdillah merungkap rasa hati Haniya pada Hadziq.
Tak pernah aku meraguimu kau menawanku
Hadirmu merawat sepi di ruang hati ini
Kau meyakinkan duka berakhir menjelma bahagia
Tapi mengapa kau pula pergi ketika kasih mekar

Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?

Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara

Kerana ini permintaanmu ku akur sahaja
Melupakanmu tak semudah itu
Kerna kau terlalu istimewa
Tanpa menunggu lagu itu habis, Hadziq terus menghentikan kenderaan ke tepi. Lampu kecemasan segera dipasang. Mujur sahaja mereka sedang berada di lebuhraya.
“Yaya... did I hurt you so much?”
“Boleh tanya soalan cerdik sikit tak? Kenapa, awak tak terluka ke? Awak bahagia ke dengan perpisahan ni?”
“Allah je yang tahu apa yang saya rasa Yaya...”
Same goes with me.... Saya tak pernah mintak banyak Ad.. Just for once... I just want someone who will be afraid of losing me...Love me.. Trust me... Need me...”
Hadziq mula membenci diri sendiri. Dialah orang yang telah melukakan Haniya. Bodohnya dia! Terlalu terikut dengan perasaan.
“Dalam saya menjanjikan kebahagian... Sayalah orang yang telah membunuh kebahagian awak... Saya minta maaf..”
Haniya memandang ke luar tingkap.
“Perlu ke? Perlu ke manusia dihukum atas kesilapan yang dahulu.... Saya ingat awak berbeza dari Kamal... Kamal... Dia lelaki yang sempurna... Bila dia tahu pasal family background saya, terus saya ditinggalkan... Mungkin memang tak ada jalan bahagia untuk orang macam saya di dunia ni...” Haniya menahan sebak. Ketika bersama Kamal, dia sudah menjangkakan semua ini. Namun bersama Hadziq, dia sudah menganyam mimpi yang bersulam indah. Namun akhirnya semua terburai di jalanan.
“Jangan cakap macam tu Yaya.... Mungkin tak ada jalan bahagia awak bersama Kamal.. Sebab jalan bahagia awak bersama saya Yaya...”
“Tapi saya anak pembunuh....”
“Siapa pun masa lalu awak, latar belakang awak, saya terima...” Ucap Hadziq ikhlas. Cinta itu tentang penerimaan dari semua sisi. Manusia tidak seharusnya tamak. Sudah diminta kebahagian, lepas itu mendambakan pasangan yang sempurna.
“Tak boleh Ad.... Family awak....?”
Family saya boleh terima awak Yaya... Kesilapan semalam bukan syarat untuk kita melakukan kesilapan untuk waktu akan datang. Awak kena faham Yaya... Sejak saya bertekad untuk sayangkan awak, saya dah yakin untuk memperjudikan seluruh kehidupan saya dengan awak.”
Family awak terima saya sebab dia orang dah tahu yang saya bukan anak kandung ayah kan? Jadi sebab tu dia orang boleh terima kan?” Serkap Haniya dengan emosi yang tidak sempurna.
“Ad... Kalau family awak suruh pilih antara awak dan ayah saya, maaf Ad... Saya tak boleh pilih awak. Ya... mungkin dia bukan ayah kandung saya. Tapi dialah lelaki yang dah selamatkan mak saya dulu dari dijual ke pusat pelacuran. Besar jasa dia pada kami sekeluarga Ad.... Ayah kandung saya hilang entah kemana.. Hanya pada dia kami adik beradik menumpang kasih walaupun dia seorang banduan.”
 “Yaya.... saya terima awak seadanya. Siapa pun awak... kami sekeluarga terima. Cerita yang dah lepas tu adalah sejarah yang tak mampu dipadamkan. Saya tak pernah kata atau suruh awak pilih antara saya atau ayah awak. Mereka family awak... Family awak akan jadi family saya... Macam mana awak berjuang untuk ayah awak, macam tu jugak saya berjuang untuk mama saya. Walaupun mereka bukan keluarga kandung kita, tapi mereka punya peranan yang besar untuk membesarkan kita.”
“Betul ke keluarga awak boleh terima saya? Entah-entah awak ada rasuah apa-apa supaya mereka terima saya. Saya tak mahulah mereka rasa terpaksa untuk terima saya...” Hanya fikiran negatif yang berlegar di benak Haniya.
Hadziq ketawa besar sambil memulakan pemanduan. “Yaya, awak ni banyak tengok sinetronlah... Mama bukan macam tu. Kalau dia cakap dia terima, insyaAllah dia boleh terima..”
Haniya diam. Berdebar pulak rasanya untuk sebuah penerimaan yang belum tentu kepastiannya.
“Senyap je? Fikir apa? Ke tengah fikir tarikh yang sesuai?” Usik Hadziq nakal.
“Tarikh? Saya tak terfikir pun sejauh tu... Just wonder... Apa yang membuatkan awak tiba-tiba cari saya dan semua ini tiba-tiba kelihatan sempurna?” Bukan Haniya hendak mempertikaikan takdir. Dia cuma kagum dengan keajaiban Tuhan.
Each morning when I open my eyes, I say to myself. Saya tak ada kuasa untuk membuatkan diri saya bahagia atau tidak but I can choose which it shall be. Yesterday  is dead, tomorrow hasn’t arrived yet. But I have just one day.... Today and I’m going to be happy in it. Jadi makna bahagia tu mestilah berteman... Lagipun awak kena percaya pada kuasa Allah.
            Haniya pejam mata. Melakarkan rasa syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Esa. Sekejap lagi dia akan berterus terang tentang sejarah keluarganya kepada Hadziq. Moga tiada lagi kekeliruan dan kekaburan.
            “Yaya..”
            “Hmm...”
            “Nanti saya letakkan sebuah tayar sebagai hantaran ya... sebagai ganti tayar yang tadi..” Seloroh Hadziq tidak sabar.
            “Hampeh!”
***
            Setelah lima bulan berumahtangga, Haniya dapat merasakan yang kehidupannya makin terisi. Lebih tenang, lebih tenteram, lebih bermakna. Menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Hadziq, itu adalah perkara yang paling sempurna yang terjadi dalam hidupnya.
            Mata Haniya fokus memandang ke arah drama Sehangat Asmara yang sedang ditayangkan di Astro Mustika. Namun fokusnya hilang. Tak mampu nak concentrate memandang si kacak Adi Putra dan Rita Rudaini. Sebabnya, dia sedang membayangkan diri jika menjadi heroin dalam novel yang telah diadaptasi ke drama ini.
            “Senyum-senyum ni kenapa?” Tanya Hadziq sambil meraih pinggang isterinya.
            “Lah, senyum pun salah ke?”
            “Salahlah... dah macam orang gila dah abang tengok. Ingat kat siapa ni? Kalau senyum tengok Adi Putra tak apa... Kalau ingatkan Remy yang tak handsome pun tak apa. Jangan ingatkan Kamal sudahlah..” Usik Hadziq sambil merenggangkan pelukan. Sengaja nak bikin drama!
            “Ish abang nih... Kamal pulak.... Dia tu sejarah yang sudah terpadam...”
            “Hmm.. kalau Kamal sejarah yang sudah terpadam, abang ni apa pulak?” Sampai terangkat kening Hadziq bertanyakan soalan pada si isteri.
            “Hmm.. abang rindu yang penuh dendam...” Sejurus kemudian, Haniya juga ikut turut ketawa.
            “Kenapa senyum?” Tanya Haniya apabila Hadziq tak habis-habis tersenyum.
            “If someone would ask me what a beautiful life means.... I would lean my head on your shoulder... Hold you close to me.... and answer with kiss like this...” Sejurus kemudian, terus bibir Hadziq mendarat di leher Haniya.
            “Abang.... Terima kasih sebab bahagiakan Yaya...I love you muchooo..” Tak terungkap rasanya ucapan Alhamdulilah di atas kasih sayang Allah pada mereka. Jika hubungan mereka diuji, moga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan untuk mengharunginya.
            “You know what? Eveytime I say I love you... I’m really trying to say so much. More than those three little words. I’m trying to say you mean more to me than anyone else in the world. Thanks for being my wife...”
            “Oh... abang buat hati saya luruh berulang kali...” Tutur Haniya sambil memeluk tubuh sasa Hadziq.
            Hadziq tersenyum sambil membalas pelukan erat milik si isteri. Satu ketika dahulu, dia pernah mengajar hati untuk membenci Haniya. Tapi dia sedar... Setitis kebencian di dalam hati pasti akan membuahkan penderitaan. Tapi setitis cinta di dalam relung hati akan membuahkan kebahagian sejati.
            Jika menyintai seseorang, berusahalah untuk tampil apa adanya kerana cinta sering kali dapat menerima kelebihan dan kekurangan. Cinta itu sememangnya tak akan membuatkan dunia ini berputar, tapi cinta akan membuatkan perjalanan hidup kita berharga.

TAMAT SUDAH

p/s:: firstly, double thanks buat dua orang proof reader saya.. tak terbalas rasanya jasa kalian... untuk korang, seperti biasa... TERIMA KASIH sebab sudi baca kisah panjang ini.. tak boleh gelar cerpen sebab 124 page.. fuh.. lap peluh.. kalaulah boleh transfer ke manuskrip.. kan besttt.. hehehe.. okay, sebarang ketidak’best’han.... (jahanam bahasa.. heh) didahului dengan ucapan maaf..  hope enjoy reading okeyhh... n lebiu much much more...

pesanan diraja: kepada cik anon dan puan anon.. sila tinggalkan nama walaupun sepatah huruf..let me know who u are okeyhh..

108 comments:

  1. mestilah suke..x penah x suke...huhuhu ad nmpk ensem hhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoo... nampak?? mana mana?? hehehe

      Delete
    2. nmpk lah kak..tuh owh my english....khkihk

      Delete
  2. Raiter saje je nak buat readers sume tertanya-tanya. Haha,,anyway, tak sabar nak tahu kesinambungan kisah ini. Apa rahsia Haniya sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng.. hehe.. konon je mcm saspen kann... nak tahu kena tunggu ending k..tq kak

      Delete
  3. ohhh. best laaahh. x saba nk tnggu. jangan risau. cik writer disahkan tidak merapu meraban. hehe.

    ReplyDelete
  4. Aduh duh.. kenapa masa kerja tempat lama dulu tak pernah jumpa client mcm Hadziq ni? :P

    Manade merapu merabannya Sara. Still on the right track. :) Apalah agaknya sejarah si Haniya ni kan? Buat org tertanya2 je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... sy jumpa je client mcm ad nih.. tp x encemlah.. kih kih kih.. apakah sejarah yaya?? nnti kita terkam k...

      Delete
  5. Ada apa ek dgn kisah silan haniya? Teruja nak tau kisah ad dgn yaya nie.. Thumbs up kak! Hee..tk prnh jemu tgu entry baru dn akak tk prlu risau sbab cite akak nie tak mraban masuk reban

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ain.. sentiasa bersabar menanti.. mood malas2 selalu bermaharajalela..heheh

      Delete
  6. Ya Allah Sara, akak punya la rindu kt ko n citer ko, tetiba ada sambungan plak!! Biasa Sara akan ltk word intro kan, so boleh set mind like. "Owh intro, ada sambungan". Nway, tq update blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. supposedly sy y say thanks sebab x jemu2 rindukan karya cabuk nihh.. hehehe.. sila nantikan kesudahannya k..

      Delete
  7. Story yg best. nak lagi dear.... Ad seorg yg cekal.... Suka diorg bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak amy.. sila bersabar nantikan kesudahannya.heheh

      Delete
  8. kak sara..! sy dah nangis bila bc part ad cita pasal ainur n haraz meninggal.. ad dah besar... hensem *macam nampak je* .. hmm,..sgt sgt best ok??,,x dak yg meraban masuk reban.. hmmm,, apa lg ek?? ha! *tink,,! dpt idea* nk sambungannya ya ! jgn la lma2 sgt.. ekeke.. nnt sy rindu ad,, ! haha.. ;D *lepas geram nk komen,, lma sgt akak x update* .. ok..last skali,, intro yg best! BEST!

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoopss,, ainur tu afrin k! hehe ;)

      Delete
    2. tq athirah... amboihh.. leps geram ya..hehehe.. baru sebulan x update kann.. hehhe.. sila jangan nangis lagi.. ni baru sikit.. hehe.. (mcm bg amaran nk tulis sedih je kannnn.. kih kih)

      Delete
    3. akak .niee tulis cerpan ...karangan mesti A+ kan,,,hahahaha

      Delete
  9. kak sara congrats!!! sbb dpt buat intro yg superb wlaupon da lme diam mnyepi..... best... so skarg cter psal Ad.... mcm best plak sbb cter afrin, haraz, mirza n azlin yg bce dlm DSKH tu dah berlalu 25 thun yg lepas...(cpat sngat mse berlalu :D )... hehehhehe pdahal bru bpe bln je abes..hehhehe best best..... :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jay... sobss.. tq coz alwayz menyokong... lebiu lahh.. mcm cepat je 25 tahun berlalu kann.. Ad pun dah besar n ncem.. choihhh.. beranngan x sudah kan.. hope enjoy k...

      Delete
  10. dah seronok2 baca tetiba tergantung..hukhuk..btw good job writer.. price charming tu macam mana??heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa... typo itu kemahiranku.. kih kih... sila bersbar menantikan kunjungan ending yang pending..

      Delete
  11. akak.. bila nk smbng ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya... masih berjuang depan lappy nihh..hehe

      Delete
  12. best sangat...bila akak nk sambung???
    x sabar nk tggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya dik... lain kali sila tinggalkan jejak..

      Delete
  13. Salam Sara,

    Saya suka cerita cerita Sara.. banyak yg menyentuh jiwa dgn garapan yg menarik.

    Saya nak sentuh satu sahaja..
    Masa Ad cakap nak kahwin ngan Yaya tu dia ada kata "one fine day you will be agreed" tu maybe Sara can make it simple..
    "One day you will agree" or
    "One fine day.. you'll say yes"

    You will be agreed tu kekok & silap nahunya..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik anon... lain kali tulislah nama walaupun sepatah perkataan k.. hehe.. btw thanks a lot sebab tegur.. insyaAllah akan diperbaiki ya... lebiulah..

      Delete
  14. Ad n yaya sayang.. jgn ada putus, okey!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x leh nak janjilah zuraein... tunggu n lihat jelahh..

      Delete
  15. pedihnyer jiwa bila baca cite nie dkt last2 td..mana xpedih,dok tahan nangis huhuhu sedih plak baca..tertanya2 dlm hati,solehakah ke aku sebagai seorang anak?cepat2 sambung ek..xsabar nie..i love olls ur karya..love it much..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear siti.. tq coz like it... kann... kadang2 tertanya-tanya.. berjaya ke kita galas tanggungjawab sebagai anak??? hmm.. bila menulis.. dia adalah satu terapi untuk memperingatkan diri sendiri.. hope so readers pun dapat sesuatu bila baca karya saya.. =)

      Delete
  16. Izzati:

    yeahh,dpat jugak baca cerpen nie walaupun busy dgn study...inilah gaya penulisan kak sara..tiada merapu merabannye...sebab tu saya suka baca..owh,ade smbungan untuk kisah Hadziq pulak..sedih plak bile part akhir..adekah kenangan silam Yaya bakal memutuskan hubungan yg baru nak bermula dgn AD?...berdebar plak nak tau..jgn lupa tag full entry ye akak sayang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni izati yang mana eh?? sebab ada beberapa orang nama izzati dalam SB.. hehe..

      Delete
  17. alahai sara.. ingatkan full entry.. orang ngah sedap2 speeding 180 km sejam.. tup2 kena pull over.. isk isk.. tak patut betul la dak tecit nehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. mujur 180km per jam jehh... kalau 300.. sure pitam.. kih kih..

      Delete
  18. Replies
    1. tq tq tq darling.. cepat gila baca... sempat ke nak feeling feeling.. kih kih

      Delete
  19. Waaa...best cite ni... Membawa makna2 yg tersendiri... Terbaik lah kak.. Panjang citr pun ok.. Puas hati membaca nya lah
    ~ schariedah.salus ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bg kebenaran untuk tulis lebih panjang.. sbb tkut nnti memang jadi makin panjang.. heh..

      Delete
  20. Izzati:

    akhirnya dpat gak baca yg full version..nyaris2 ingat Ad putus dgn Yaya tadi..tpi bila dah baca smpai habis..haruslah happy ending...best sngat...bnyak ayat2 indah dlm cerita nie,kata2 semangat pun ada...paling penting,setiap cerpen akak mesti ade "isi" yg bermanfaat...tq so much...lepas nie nak baca cerpen bulan 2 lak...chaiyok3 kak sara..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear izati.. tq coz alwayz support.. try my best untuk bg input sebanyak mungkin..hehe.. cerpen bulan 2?? oh... masih dalam pertimbangan.. nk fokus manuskrip lah dear... =p

      Delete
  21. kak sara,,, suka3,, ad hensem la.. *mcm nampak ja*.. nsb happy ending,,, sy bca part datin azlin jd 'gila' tu,, sy pon gila sama,, nangis sorg2 depan laptop.. :'( ada sambungan lg x? rahsia apa lg yg yaya ni simpan.... best! syg akk muchie2.. >< ;D

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyooo.. mana AD... mana... kh kih.. datin azlin gila? x menahan... uish.. rasanya x sedih pun..hehe.. udahlah.. smpai di sini sahaja kisah mereka okeyhh

      Delete
  22. the best lah kak ezza. suka :)

    ReplyDelete
  23. Ezza...cerpen yg penuh berisi...tahniah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bella.. try my best untuk bg sebanyak input y senang readers nk kutip.. =)

      Delete
  24. rasa macam baca buku motivasi pula.. nway, it just a awesome story sara.. keep it up untuk karya akan datang.. =)

    kak zila

    ReplyDelete
  25. Akhirnya! Hehehe best cerita ni kak....sedih ada, sweet ada, kelakar pun ado. Boleh gak releasekan tension dengan homework yang banyak ni. Kehkekeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope so dapat mereleasekan tension awak aida.. tq for reading n jangan serik untuk menyokong okeyhh

      Delete
  26. X sah klu x bhujan air mata bc cerpen awk sara.dgn gaya bhs yg mmmg dr dulu akak ckp suka,cukup rempah ratusnya.tabik springggggg. Like jutan2 cerpen ni. Tgh2 mlm org tdo akak 'cuci' mata huhu.tahniah n teruskn bkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. tang mana yang sedih tu wahai akak ku sayanggg.. hehe.. rasanya mmg x sedih.. tq kak.. coz alwayz support saya.. lebiu muchoo..

      Delete
  27. Memang best lah! Kak Sara tak akan membuatkan readers kecewa! Best sangat!

    ReplyDelete
  28. kali ni 3 jam akak amek mase habiskan cerpan ni dari mula sampai nding coz masa sara post intro akak xbace pon... nk tunggu yg full gak... hahaha...

    kesian yaya... xsangka kamal tinggalkan dia lps tau latar belakang fmily dia... nmpk sangat kamal tu xikhlas kat yaya... yang paling saspen masa fmily ad nk merisik yaya tu... xsangka ayah tiri yaya nilah peragut yang pernah nak ragut datin azlin... yang paling akak suka dato' mirza... dia pnye kata-kata banyak buat ad sedar... emel yg dia pernah hantar kt ad pon best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 jam.. fuhh.. lama jugak tuhh... hehe.. tq kak wc.. x pernah berhenti menyokong.. hope so readers dapat input dari cerita nih.. =)

      Delete
  29. Wah...sambungan kisah hadziq dlm di sudut kamar hatiku...mmg best,bnyak pengajaran yg bleh ambil dlm cerpen nie.....suka dgn gaya penceritaan sis yg bnyak unsur2 pengajaran.....sokong sis bnyk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish... nama mana??? btw thanks coz sudi mencemar duli mengomen..

      Delete
  30. huhuhu...best sangat... ni bukan cerpen tp dah jadi cerpan... papepun suka sangat citer ni and semua citer sara yg sblum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq tq... hope x jemu menyokong okeyhh.. masih belajar nk bg y terbaik.. =)

      Delete
  31. Fuhhh...penat nak habiskan. Apapun karya sara tak menghampakan...byk pengajaran. Best !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama mana yunk.. let me know who u are lerrr.. btw tq lalink

      Delete
  32. walaupun agk busy nak siapkan akaun sbb nak close akaun jan kan,,,,ttp curik2 bc,,,bkk dr pkl 9,,,smpi ni br habes,,,,sedeyh,,,,,(sempat gak la meleleh air mata),,,,sgt menusuk jln cite,,,meresap ke jiwa,,,,,tp happy ending yg wat akk ketawa,,,terbaek la sara,,,,5 star dr akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akak... kalau sad ending jeh, tkut orang boikot cerita saya.. haha

      Delete
  33. peargh...pnjg giler cerpen ko kali ni, 2 kali bca bru habis. ish ish ish. suka giler ada watak Mirza n kisah cintanya, bhgia nmpk kawen ngan Azlin. suka suka. thniah ek

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... panjang gilaaa... tq k.. lebiu alwayz

      Delete
  34. suka kata2 cerpen ni

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum..mantop akak!!hari tu baca yg awal, then tengok lum habis lagi.hari ni pulun sampai habis walaupun panjang.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq darling... panjang kan.. ishh.. sapelah y tulis panjang2 nihh

      Delete
  36. wahhhhh!!! seriesly ni mmg thumbs up la! love quotes there,, boleh hasilkan more n more...~hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq tq.. hope readers boleh ambil mana2 input n smpan sbgai pengajaran..hehe

      Delete
  37. baca dah 2 hari lepas..baru nk komeng ngeee~

    haha..rasa nk tergelak sbb mula2 tu igt cerpen kali ni sad ending tapi baca jugak, akhirnya happy ending.. cter kak ezzah mmg x mengecewakan..kalau mengecewakan cheq bako je.haha..banyak pengajaran yang boleh membuatkan tikah m'persoalkan balik pd diri sendiri ni..wah ayat skema gtu.. best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. tq tikahhh.. hope so u like it.. hamboihh.. keje nyer nak membako je kannn.. ggrrr

      Delete
  38. perghh sara... it's just a other amazing story from u.. how come awak dapat idea yang superb macam ni ya? serius.... superb awesome.. btw so happy dapat tahu kesudahan yang baik antara mirza n azlin..

    glad to know u sara.. sebab karya awak selalu ajar readers untuk positif.. plus saya suka email y papa iyyad bagi pada ad... soalan tu mmg betul2 membantu.. terfikir, sebab ms nk pilih hubby ai dulu, ai pun confuse jugak.. tercari jalan selain dari istiharah... so anak dara kat luar boleh ambik input dari cerita u y bukan mengajar tentang cinta n fantasi semata-mata... keep it up keyh..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yattt.. oh dah kahwin ke? jom share tips.. wakakaka.. kann.. email tu ai jumpa kat mana entah.. lupa.. tp sngat suka email tuhh.. hope dpt bg input kat pembaca lain jugak

      Delete
  39. sangat bagus!! saya bangga jadi orang kuantan jugak ni :p lol takde kaitan. -_-''
    lilactulips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama mana yunk?? ggrr.. orang kuantan jugak keh.. kih kih.. x ada kaitan pun, bngga jelah

      Delete
  40. best gilerrrrr...meleleh air mata..sob sob sob..i wish i can hv someone as good as Ad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anon.. sila tinggalkan nama anda..hehe.. btw doakan agar setiap urusan jodoh itu dipermudahkan ALLAH..

      Delete
  41. izzah
    best, god job, awak mmng slalu bnykk idea, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. idea itu adalah rezek yang terlalu besar nilanya.. =)

      Delete
  42. salam..gile babas..best2..bnyk input yg dapat..fuh nice story laa..
    cik writer sila tulis bnyk lg yer..hehe..best sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. smpai babas..hehehe.. insyaALLAH.. doakan agar semuanya dipermudahkan ALLAH okeyh..

      Delete
  43. salam..
    Saya belum baca lagi kelanjutan cerita ini,
    Tapi rasa nak komen saja.. :D
    Hai cik, saya suka.. sangat suka.. dan terlalu suka dengan cerita2 yang cik tulis..
    Salam kenal yaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal tantri... tq coz sudi sokong n like my story.. sila habiskan okeyhh

      Delete
  44. hoyey!!!!! bru bce hehhe sory kak sara delay baca.... hahha hadziq comel... serious best... sbb ad flash back DSKH hahaha....... anyway... kak sara u're the best... ahaks >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jay... hik hik.. xpe.. lambat pun x kisah.. asalkan baca n hope so u like like like lerr.. thanks again sbb x serik sokong penlis nihh

      Delete
  45. Suka sangat jalan ceritanya... Terima keseluruhan dirinya bukan memilih sisi yang baik sahaja... Thanks... teruskan usaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul darling.. bukan je pasangan, tp kluarga pasangan or what so ever yang berkaitan.. kena ambil semua.. =)

      Delete
  46. assalamualaikum sara :)

    setiap kata-kata dalam jalan cerita ini sebenarnya melapangkan.. banyak yang boleh kita ambil sebagai teladan.. boleh nak tau x.. mana sara dapat ideal utk ayat2 yg sangat dramatik tuu..sekali baca terus membeli jiwa..sekaligus bookmarks terus page nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh... sila berkunjung lagi ke sini.. hiks... idea? ckp pasal idea.. idea boleh datng time mndi.. dlm mimpi.. dlm kesibukan keje y mnimbun.. dlm trafic jammed.. haha.. bg sy idea tu rezeki...doa bnyak2.. moga Allah ilhamkan rezeki y boleh bg kebaikan pd orang.. heh.. mcm bg ceramah pulak.. =p

      Delete
  47. Best <3 ada pengisian dan pengajaran. Sekurang2 nya baca bukan utk seronok aje. Thanks kak! Love u lah. Wat lah cerpan byak2 lagi! Best! >_<

    ~waida~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lalink... manusia mmg gemar brseronok.. tu mmg x dinafikan.. jd y not kita guna cara nk seronok tu dgn something y boleh bg input kan..hehe.. lebiu awak jugak

      Delete
  48. oooosem...terbaek dr ladand...
    teruskan karya2 seperti nie..

    ReplyDelete
  49. saya anon yang bernama myzu ....:)
    salam
    byk part yang menarik
    suka part 'Mirz' sebagai 'motivator' that really smoothen (adaka istilah ni ) story ni

    suka elemen 'keterbukaan ' ' redha' dan elemen'hikmah' yang digarap dengan bersahaja dan berkesan.
    (at least pada saya)

    boleh jadi cerpen rujukan - dan berbaloi-baloi diulang baca.

    Tahniah.




    ReplyDelete
  50. sangat best..penuh dengan kata2 positif dan membina..really open our mind...keep up the goog work =)

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. jalan cerita y bagus.. bnyk y blh dpelajari dr cerita nie.. thumbs up.. good job writer.. :-) -nur-

    ReplyDelete