Mata Redza dapat mengesan air wajah Amna yang kering tanpa darah itu. Apa kena dengan Amna? Kenapa nampak terkejut sangat? Ini lain tak bukan mesti baru habis mengumpat dirinya. Hmm, siapa pulak perempuan yang disebelah Amna ini?
“Apa awak buat kat sini?” Mujur sahaja tak Amna tak tertelan biji rambutan tadi. Mahu tak terkejut, tiba-tiba je Redza berdiri di hadapan mereka.
“Lah... salah ke kalau nak datang ke dusun ayah awak ni? Saya pun nak makan buah-buahan jugak!”
“Kesalahan awak bukan sebab awak datang ke dusun tapi sejak awak datang ke rumah saya... kampung saya...”
Najmah mula meredakan kemarahan Amna yang mula hendak meledak itu. Mata Najmah mula melirik ke arah lelaki di hadapannya. Jadi inilah Redza Khusyairi! Hmm, apa yang kurang sampai beria Amna nak menolak. Mamat ni memang dah terlebih handsome kot!
“Amna, kalau awak marah-marah macam ni... Tak lama lagi, awak akan dapat penyakit darah tinggi!” Komen Redza selamba. Sebenarnya dia masih lagi berada di dalam zone sakit perut. Tapi tak sedap rasanya kalau sekadar duduk di dalam bilik sambil baring. Jadi sebab itu dia ke dusun.
“Dan awaklah penyebab kepada kesakitan saya tu...” Gigih Amna membidas.
“Dalam pada masa yang sama, saya akan menjadi ubatnya... Tapi kena kahwin dengan saya dululah..”
Mencerlung anak mata Amna. Beraninya Redza bercakap pasal topik kahwin!
“Boleh tak jangan bagi ayat geli sangat?”
Najmah teruja melihat perbalahan yang sedang berlangsung di depan matanya. Kenapa dia dapat rasa yang Amna dan Redza punya hubungan yang sangat serasi.
“Siapa ni?” Soal Redza sambil melirik ke arah Najmah.
“My bestty... Najmah Afifah!”
“Oh.. Hai.. saya Redza Khusyairi. Saya tunang Amna.” Redza memperkenalkan diri sendiri apabila melihat tiada tanda-tanda yang Amna akan memperkenalkan dirinya.
“Jangan awak berani gelar saya tunang awak Redza!” Keras Amaran Amna. Nasib baik Najmah sudah sedia tahu. Kalau tidak, memang nahas kena bahan. Janganlah Redza pandai-pandai bocorkan rahsia pada mak dan bapak pulak.
“Why not? Kita memang dah bertunang kan... Buktinya, sampai sekarang awak masih pakai cincin tunang kita.” Sebenarnya dari semalam dia perasan, Amna tak cabut pulak cincin yang tersarung cantik di jari manis itu.
Amna baru perasan pada cincin yang berada di jarinya. Bukan dia tak cuba nak cabut, tapi ketatnya bukan main lagi. Entah-entah Redza dah baca manderam! Sebab tu cincin ni tak boleh nak cabut.
Tapi tak kan nak mengaku kalah pulak kan. Jadi, kepala otak mula ditagih untuk mencari idea. “Hmm, mestilah saya tak cabut. Cincin ni kan mahal... Nanti bolehlah saya gadai...” Ujar Amna sambil menayangkan cincin yang mempunyai satu permata itu.
“Gadailah... saya akan beli cincin yang lebih mahal!”
Amna mendengus!
“ Jomlah Naj, penat cakap dengan orang tak faham bahasa ni. Tadi kau cakap nak makan buah manggis kan.. Jom aku ambilkan untuk kau.” Terus ditarik tangan sahabat baiknya itu. Berlama-lama dihadapan Redza nanti hanya akan membuatkan darahnya menggelegak sahaja.
“Weh... handsome gila Redza tu. Kalau aku, aku terus setuju jadi bini dia!” Puji Najmah apabila mereka sudah agak jauh dari kawasan pondok.
“Bagi aku... Awsam lagi handsome!” Sibuk memikirkan pasal Redza, dia langsung terlupa nak menggeledah perasaan Najmah pada Awsam. Minah ni lagi kritikal! Dalam diam-diam boleh bercinta dengan officematenya.
“Erk.... asal tiba-tiba ada nama dia?”
“Sebab nama tu ada dalam hati kau kan...” Langkah kaki mereka berhenti di sebuah pokok manggis.
“Ish... awal lagilah nak declare. Kami masih dalam proses saling mengenali. Hope orang luar tak buat spekulasi sendiri.”
Tergelak besar Amna mendengar kata-kata Najmah. “Weh, kau boleh tak jangan bagi jawapan artis sangat! Geli tau...”
“Okay... berbalik pada topik perbincangan kita. Apa yang kurang pada Redza tu sampai kau langsung tak boleh on langsung dengan dia? Aku nampak dia bersungguh sayangkan kau.”
Amna terdiam menyambut soalan rakannya itu.
“Dia tak memenuhi citarasa aku!” Selamba ayat itu keluar dari benaknya.
“Citarasa hanya satu iklan apabila jodoh sudah ditentukan.” Pangkah Najmah tersengih.
“Okay... Dia dah terlewat.... Hati aku dah terpaut pada orang lain.”
“Kau salah Amna... Dia tak terlewat. Tapi boleh jadi kau yang terlambat.”
Dahi Amna mengerut. Pulak!
“Bahasa kiasan apa yang kau guna ni? Tak fahamlah!”
Najmah mula melepaskan keluhan. Apa ke blur sangatlah kawannya yang sorang nih. “Amna, you know something... The easy part of life is finding someone to love but the hard part of life is finding someone to love you back!”
Amna terdiam. Tidak mengakui jauh sekali hendak menidakkan kata-kata Najmah. Dari tadi asyik kena smash! Otaknya dah naik beku untuk membalas hujah.
“Macam sekarang... Kau beria nak lari dari Redza tuh. Kau taksub sangat dengan cinta dalam diam pada Ahfan tu. Tapi apa kejadahnya? Kalau betul Ahfan pun sayangkan kau, dia pun dah lama pikat kau habis-habiskan Amna. Tapi apa yang dia buat? Dia tinggalkan kau dalam tanda tanya macam ni. Entah-entah dia memang tak ada perasaan pada kau. Last but not least, kahwin dengan orang yang sayangkan kita Amna... Bukan kerana kita terhegeh-hegeh pada dia.”
Tanpa mempedulikan nasihat Najmah, terus Amna panjat pokok manggis. Boleh lari dari Najmah sekejap. Ialah, perempuan lemah lembut macam Najmah memang tak akanlah nak panjat pokok manggis nih!
***
Kata-kata Najmah tadi berlegar-legar di benak Amna. Duduk di atas pokok manggis ni bolehlah merehatkan minda sekejap. Buah manggis mula dicapai dan dibaling ke bawah. Bayang Najmah juga hilang entah ke mana.
“Hoi anak dara, turunlah... Tak manis panjat pokok!” Laung Redza dari bawah. Padanlah dari tadi jenuh anak mata mencari wajah Amna. Rupa-rupanya duk sibuk panjat pokok! Haru je kalau jatuh.
“Eh, suka hatilah sayalah... Nak panjat pokok ke, nak panjat menara KLCC ke, or what so ever....Awak sibuk kenapa?” Baru je nak tenang-tenang, dalam pulak mamat disaster nih!
“Awak tu tunang saya, wajiblah saya sibuk.”
Amna buat bodoh. Memang tak manis pun perempuan panjat pokok. Tapi dia dah biasa. Dari kecik dia je yang berani panjat pokok manggis ni. Ialah, dia tak ada adik beradik lelaki. Jadi dialah yang akan panjat pokok manggis ni memandangkan dia je yang rajin teman bapak ke dusun.
“Turun sekarang!” Arah Redza lagi. Kali ini dengan suara yang sengaja dikuatkan.
Tapi sedikit pun Amna tak berganjak. ‘Hmm, kan aku nak buat perangai tak sopan... Jadi sesuailah bila panjat pokok ni kan..’
Strategi kedua: On the way..
Tak guna sebenarnya bertekak dengan budak degil macam Amna ni. Marah macam mana pun, bukan nak dengar cakap. Tanpa berfikir panjang, Redza mula memanjat satu demi satu dahan pokok manggis ini.
“Eh, awak nak buat apa tu?”
“Nak dating dengan awaklah...” Walaupun dengan teragak-agak, Redza memberanikan diri juga untuk naik ke atas. Sungguh, sepanjang hayatnya, tak pernah sekali pun dia panjat pokok. Hari ni memang betul-betul cipta sejarah!
“Ishh... nanti bapak cakap apa pulak awak naik pokok ni. Punyalah banyak pokok lain, pokok ni jugak yang awak pilih?” Tanya Amna geram. Sungguh, dia langsung tak boleh tebak apa yang ada dalam kepala otak Redza.
“Sebab pokok lain tak ada bunga... Hmm, syok jugak dating kat atas pokok kan...” Teruja si teruna bila dapat panjat pokok. Tangan Redza mula mencapai sebiji buah manggis. Isi dalamnya mula dikeluarkan dan disumbat ke dalam mulut. Manis!
Amna cepat-cepat menghabiskan kerjanya. Mencapai sebanyak mana buah manggis. Dia nak bawak lebih untuk budak-budak pejabat yang lain. Matanya cepat menilau ke bawah. Mencari kelibat Najmah yang hilang entah ke mana.
Namun telinga Amna mula menangkap rungutan dari Redza. “Banyaknya nyamuk kat atas nih...” Lengan yang gatal itu mula digaru laju. Terasa menyesal pula kerana gatal-gatal nak panjat pokok.
“Kena gigit nyamuk pun kecoh!” Perli Amna selamba. Kedudukan mereka agak jauh. Seorang di kanan, seorang di kiri.
“Bukan merungut... Nak bermanja jeh! Tapi banyak betul nyamuk dekat atas nih.” Kena gigit dengan nyamuk ni memanglah gatal. Tapi dia nak tengok tindakan reflection Amna.
“Awak merungut tentang tentera Allah?” Duga Amna dengan riak wajah penuh rasa jengkel.
“Tentera Allah? Tak faham. Explain..”
“Tak pernah dengar cerita ya yang nyamuk ini pernah menjadi tentera Allah?” Tanya Amna lagi. Sengaja tayang muka menjenggkelkan tentang tahap kecemerlangan Redza dalam hal agama.
Lama Redza terdiam. Cuba mengerah otak. Rasanya memang tak pernah dengar. Ke pernah tapi dia yang terlupa?
“Tak payahlah susah-susah nak ingat sesuatu yang awak tak tahu Redza. Biar saya cerita. Pada zaman Nabi Ibrahim dulu, ada seorang lelaki yang bernama Raja Namrud yang terlalu sombong untuk menerima dakwah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan dia rasa tidak patut menuruti dakwah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Dengan megahnya, Raja Namrud yang mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap telah mencabar Nabi Ibrahim untuk berperang dengan malaikat. Lalu Nabi Ibrahim pun berdoa agar Allah menurunkan selemah-lemah makhluk iaitu nyamuk untuk berperang dengan tentera Raja Namrud.”
Amna berhenti seketika lalu mencuri nafas. Cuba merangka ayat agar mudah difahami oleh Redza.
“Lalu Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit kemudian terus menyerang tentera Namrud.”
“Lepas tu?” Redza terpanggil untuk memberi respon. Sungguh, dia tak pernah tahu kisah ini. Sekali dengar, mungkin agak kelakar apabila nyamuk serang tentera yang lengkap bersenjata. Tapi atas kuasa Allah, tak ada sesuatu pun yang mampu menidakkannya.
“Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah tentera Namrud. Tapi Allah menunda penyiksaan ke atas Namrud supaya dia dapat melihat kemusnahan tenteranya.”
Terangguk-angguk kepala Redza. Tangannya sudah berhenti menggaru. “Apa jadi dengan Namrud tu?”
“Allah telah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namrud. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama tiga hari dan setelah itu dia pun masuk ke dalam kepala Namrud melalui hidungnya lalu memakan otak Namrud selama empat puluh hari. Dan akhirnya Namrud pun mati kerana seekor nyamuk. Hebat kan kuasa Allah!”
Terdiam Redza dibuatnya. Dia merungut kerana seekor nyamuk sedangkan mahkluk inilah yang menjadi tentera Allah untuk menghukum Namrud. Terasa kerdil betul dirinya jika hendak dibandingkan dengan Amna yang nampak tahu macam-macam itu.
“Erk... kenapa nyamuk tu berpusing selama tiga hari dekat pokok tu?” Tanya Redza sedikit musykil.
“Sebab Allah tu Maha Pengasih. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah s.w.t. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah.”
“Thanks for sharing Amna... Really appriciate that!”
“Jangan kita memandang rendah pada serangga yang kecil termasuk nyamuk dan lalat. Dah banyak kematian umat manusia kerana serangga ni. Pelbagai penyakit moden timbul ekoran pembawaan virus. Nak menghukum manusia-manusia yang berdosa. Sakit itu adalah teguran dari Allah...”
Redza terdiam lagi. Mengakui kebenaran kata-kata Amna.
“Jadi apa yang berlaku, Allah mempunya sebab untuk menjadikan nyamuk, lalat dan serangga yang lain. Serangga kecil yang kita rasa kewujudannya tidak berguna sebenarnya mempercepatkan proses pembentukan baja dan baja in berguna kepada pokok yang menyumbangkan buah dan haruman untuk manusia. Hebat kan ciptaan Allah?”
Sesungguhnya sifat pengganggu melekat pada serangga. Dalam bahasa lain, binantang-binatang pengganggu itu disebut fawasiq. Sebagai salah seorang pekerja pest control, dia sedar yang serangga adakalanya mendatangkan bahaya pada manusia.
Hadis nabi riwayat Ibnu Majah pernah menyatakan. “Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan.” Ahli Ulama telah membuat kesimpulan bahawa serangga yang memudaratkan itu boleh dihapuskan tetapi tidak dengan cara membakar. Jadi sebab itu, bahagian pest control menyediakan racun untuk membasti kegiatan serangga.
Walaupun diketahui yang racun boleh membawa kerosakan, kemudharatan dan bencana namun ia juga membawa kebakan yang unik dan tersendiri. Semenjak zaman dahulu lagi, penggunaan racun merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengawal spesis perosak.
“Ehem-ehem.. Syok betul dating dekat atas tu?” Jeritan Najmah dari bawah menyedarkan mereka berdua.
“Nak turunlah ni...” Balas Amna kuat. Tak mahu kalau Najmah berfikiran yang bukan-bukan.
“Hati-hati..”
“Awak silap oranglah Redza. Pokok ni geng saya dari kecik kot..” Ujar Amna dengan lagaknya. Tanpa disangka, dia telah terpijak dahan yang agak rapuh. Lalu laju sahaja dia terjatuh ke tanah.
“Amna!” Jerit Najmah dan Redza serentak!
“Aduh...” Kakinya mula terasa sakit dan perit. Ini tak lain tak bukan, pasti terseliuh. Itulah, bagi lagi ayat berlagak dengan Redza. Kan Tuhan dah marah!
“Kau okay tak nih?”
“Amna, are you okay?”
Pertanyaan Najmah dan Redza itu membuatkan Amna mengetap bibir. Malu pulak nak mengadu lebih-lebih bila menangkap kelibat Redza yang terus mendapatkan dirinya. Air wajah lelaki itu kelihatan serius.
“Okay... korang jangalah gabra sangat! Macamlah tak biasa jatuh pokok kan!” Oh, ada hati lagi bagi statement belagak tuh.
“It’s not funny Amna. Jatuh dari pokok bukan perkara biasa. Lagipun awak jatuh dari tempat tinggi. Naj, awak tolong papah dia... Saya pergi ambil kereta. Kita pergi klinik.” Arah Redza dengan air muka yang serius.
“Tak payahlah... awak jangan nak beria sangat boleh tak?” Sudahlah kaki sakit, bertekak pulak dengan si Redza ni. Makin menjadi-jadi pulak sakitnya.
“Listen hear to me Amna.. Kalau awak terus berdegil, saya tak teragak-agak untuk kendong awak. Jadi baik awak senyap dan ikut arahan saya! Get it?”
Rahang Amna terjatuh. Tak pasal-pasal kena sound macam tu je dengan Redza. Najmah pulak boleh ketawa. Rasa macam jiwa kena gilis dengan trelar!
“Aku tak rasa yang Redza main-main. Mari kita ke klinik. Tengok kaki kau pun macam serius je nih...” Arah Najmah sambil membantu Amna bangun. Degil lawannya degil jugak. Dia mula rasa macam nak bagi tabik spring dengan Redza sebab berjaya mengawal kedegilan Amna yang memang tahap dewa ini.
“Kau tengok kaki aku serius kan... tapi percayalah, kerosakan hati aku lebih serius!” Aduan Amna itu langsung tidak mengundang simpati Najmah. Rasa nak ketawa adalah!
***
Terjerit-jerit Amna apabila Puan Hayati mengurut lembut kaki anaknya yang terseliuh. Itulah, sudah dilarang banyak kali. Inilah akibatnya kalau tak dengar cakap orang tua.
“Sakitlah mak... Buatlah slow-slow sikit..” Dia dah tak peduli pada Redza yang tersengih-sengih di hujung pintu rumah itu. Yang pasti, kakinya memang sakit diurut oleh emaknya. Ini macam nak balas dendam jeh!
“Hah, tahu pun... Lain kali panjatlah pokok lagi. Kenapa tak panjat pokok kelapa je tadi? Kalu jatuh, boleh terus masuk kubur...”
“Ish awak ni Yati... Tak baik cakap macam tuh.” Encik Awang terpanggil nak membela anak bongsunya itu. Amna bukannya degil dan tak mahu dengar cakap, tapi Amna susah nak tinggalkan sesuatu yang memang dah biasa dia buat dari kecil lagi.
“Hah, itulah abang.. Bela sangat budak degil nih! Sebab tu manja dia makin melampau..” Ditekan sedikit kaki anaknya itu. Dia bukan sengaja nak urut kuat-kuat. Dah memang nak betullkan urat, haruslah buat kuat-kuat!
“Mak... slowlah sikit. Mak tak kesian dekat anak mak ni ke?” Amna dah tayang muka kesian. Malu jugak bila dibebel dihadapan Redza. Yang Redza pun satu hal. Asal tak pergi mandi ke... tak pergi masuk bilik ke? Hmm, ni mesti sebab seronok nak tengok tayangan dia kena marah.
“Adik tak kesian pada mak, mak pun malas nak kesiankan kamu! Lepas ni kalau kamu panjat pokok lagi, mak potong kaki kamu ni terus. Biar padan muka.”
Encik Awang mula angkat punggung. Matanya mula beralih pada Redza pula. “Redza, terima kasihlah sebab bawak Amna pergi klinik. Sudah... tak payah dilayan dua beranak tu bertekak, siap-siaplah... Kita pergi masjid. Nak maghrib dah ni.”
Redza hanya menurut perintah sahaja. Tapi sungguh hatinya tercuit melihat gelagat dua beranak itu tadi. Walaupun gaduh-gaduh manja, terselit jutaan rasa sayang.
Mata Amna mula rajin menilik pemergian Redza yang berlalu masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba teringatkan perbualan dengan Najmah ketika di klinik. “Untuk pertemuan pertama ni, aku bagi sepuluh bintang dekat Redza.” Tika ini, Redza sedang mengambil ubat di kaunter.
“Dah kenapa pulak?” Pelik Amna dibuatnya. Redza tak buat apa-apa pun dapat markah tip top jugak?
“Waktu kau jatuh tadi.. sikit pun dia tak sentuh kau walaupun dia boleh guna alasan tu untuk angkat kau Amna.... Itu membuktikan dia lelaki yang baik dan mampu membela maruah kau!”
“Alah.. sebab dia dah pernah kena ceramah dengan aku pasal hukum berpegang tangan ni.” Sebab hal tu pun dapat pujian jugak? Amna betul-betul tak faham.
“Yeah... itulah tandanya dia faham dengan apa yang kau cakap. Dia boleh menerima teguran dan mengambil kira teguran tu.” Amna buat pekak. Dia anggap je macam tak dengar kata-kata Najmah itu. Tensionnya rasa bila dengar orang puji Redza... ggrrr...
“Anak dara tak baik merenung anak teruna..” Smash Puan Hayati sambil menutup botol minyak.
“Ish mak ni.. Kesitu pulak.” Aduh, macam mana boleh kantoi dengan mak ni? ‘Ketara sangat ke aku skodeng Redza?’
“Sakit kaki ni, bukan sebab balasan panjat pokok je. Tapi sebab kamu dera si Redza tu!”
Berkerut dahi Amna dibuatnya. Bila masa pulak dia dera Redza? Redza dera dia adalah. “Apa mak cakap ni?”
“Adik ingat mak tak tahu ke yang adik masak pedas-pedas dekat dia? Naya kat Redza tu... Tak baiklah layan tetamu macam tu!” Tak tahulah nak cakap macam mana lagi dengan Amna Safiya ni. Buntu Puan Hayati dibuatnya.
“Ishh.. itu pun nak mengadu!” Protes Amna geram.
“Eh, tak ada makna Redza nak mengadu. Mak yang perasan kuah asing yang kamu simpan untuk Redza tu. Berapa kilo kamu letak lada? Dan yang mak tak faham.. kenapa kamu macam tak suka dengan Redza tu? Dia kan kawan kamu...”
“Dia bukan kawan adiklah mak...” Nampaknya, mungkin ada baiknya dia berterus terang dengan si emak. Tapi nak mula dari mana? Dari tang dia kutip cincin ke, dari kes meminang di pejabat ataupun dari kes yang dia ni tunang tak rasmi Redza Khusyairi?
p/s: hope u like it... 5 bab lagi yoooo... lepas itu sila menanti dengan sabar... manuskrip sudah hampir siap.. hip hip hooreyyy
Best... lagi best baca sambil makan laksa. Ngee.. Panjat pokok. Wah, akak dah lama x panjat pokok asam depan umah dekat kampung. Ngee... Best apa. Si Redza ni memang betul-betul hero pujaan. apasallah si Amna ni hati tu buta lagi. sian Redza tau. Hai, kena solat hajat le gamaknya kamu Redza oii...
ReplyDeleteredza kena mandi air asam gelugur.. syarat, buah asam kena petik sendiri.. mandi tengah2 laman sebelum subuh!... Akai gaya amna ni!...
Deletezuraein... ngee. asam geluguq ka? rebus dululah, campuq daum mambu pucuk paku pakis sikit. rempah herba segala. baru kut si amna tu terbuka hati dekat dia.ngeh
Deletemesti lah rebus asam tu dulu baru air rasa masam.. untung2 kerak2, daki2 & idea karat redza pun boleh tertanggal sama... hahaha... baru terbuka hati amna menerima...
DeleteBest. . .
ReplyDeletesaraaaaaa... nak lagiiii.. walaupun amna tu degil... tpi saya suka sebab dia pertahankan perasaan dia pd ahfan.. tp sorry.. sebab cinta amna mesti milik redza.. really sure bout this...thanks 4 da great entry
ReplyDeleteHaaaa.... kan da dapat balasan... tu la amna bg redza mkn pedas2, tgk2 amna pulak terjatuh pokok...
ReplyDeleteAmna kena mula cerita dari kutip cincin.. dan2 tu yg jadik tunang tak rasmi kan.. mak kan!...
ReplyDeletehahaha,,bab panjat pokok tu yang best,.tak penah di buat orang dating atas pokok,.;)
ReplyDeleteLike like
ReplyDeletebest best best best best.... nak lagi.. nak lagi..nak lagi.. nak lagi kak saraaa... tang pnjat pokok tu kan, sy terbayangkan akak ler.. so cute..
ReplyDeleteDear cik writer yang kusayangi, jangkanya bila buku keluar ya? -gegeltims
ReplyDeletesukeeee angattt
ReplyDeletebest :D
ReplyDelete-athirah-
best nak lg.
ReplyDeleteSelepas bc,confirm nk lgi..best lah kak..bab yg menarik,tertarik n kebabooOmm!!
ReplyDeletePrihatin nya Redza, waaa,terjatuh syg pulak kat Redza ni..Sy jatuh cinta la.. Tolonggg..tolongg..kekeke ^_<
Dan bab kali ni membuatkan sy mgenali kisah2 kewujudan tentera Allah..thanx share ilmu
kak..hehe ^_^
# Schariedah Schalus
Ayoooooo suka banget sama si redza. Amna dh ok dh redza tu, lupakn jer si ahfan yg x baper hensem tu kih kih.....
ReplyDeleteBtw sara suka citer tentera nyamuk tu, sama mcm redza ni pestime akak dgr citer tu. Tq sudi bkongsi... sharing is caring kan
riak lagi kan da jtuh pkok..ble plak nk jtuh hati nie aman
ReplyDeletebila nk abis part kt kg nih? dh rindu kt Ahfan nih. huhuhu...sblm ni kan Ahfan ada tersedar yg dia lupa janji nk breakfast ngan Amna. mesti Ahfan dh atur strategi nk ajak Amna makan. camaner la dgn kalut2 Ahfan n bendul2 dia tuh. p/s: terus berubah persepsi akak kpd serangga. thanks for sharing kisah nyamuk td, subhanallah!!
ReplyDeletemmg best andai amna leh terima redza seada nyer...fall in inluv kat redza...hahaha
ReplyDeleteadoi bla la amna ni nk tangkap cinta ngan redza. karang redza merajuk kang ha..baru ada akai..
ReplyDelete