Thursday, 7 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [1]


Hujung minggu ini, Amna membawa anak saudaranya yang seramai dua orang itu bermain pantai di Pantai Batu Hitam. Sesekali melayan anak saudaranya yang banyak ragam itu, dapat melepaskan lelah dalam memikirkan soal kerja yang menimbun di pejabat.
            “Dania, Darwish, jangan main jauh sangat tau. Nanti mak adik balik, tinggal korang berdua kat pantai ni.”
            “Ya, kita orang tak main jauh-jauhlah mak adik. Mak adik duduk rehat kat sini tau.” Petah si kecil membalas kata. Budak-budak sekarang ni makan apa entah? Semua bijak bercakap dan menjawab!
            Amna duduk di kerusi rehat yang tersedia sambil mengambil angin redup yang bertiup. Mata yang sedari tadi segar bugar kini mula minta ditutup walau untuk seketika cuma. ‘Syok jugak kalau dapat tidur sekarang.’ Amna mula menguap sendiri sambil mengeliat. Mengantuk amat!
            “You jangan nak mengada-ngada Redza. You tak boleh buat macam ni?” Bentak satu suara perempuan. Memecah tembok kebisuan.
‘Ish, siapa pulak yang mengamuk tengah aku rehat-rehat ni?’ Guman Amna tidak berpuas hati. Kepalanya yang beralas selendang itu digaru perlahan. Terasa berapi sahaja bila rehatnya diganggu.
            “Buat hal? Siapa yang buat hal? You atau I?”  Kali ini suara lelaki pula yang menampar gegendang telinga Amna. Kedengaran seperti sepasang kekasih yang sedang bertelagah.
Mahal sangat gamaknya harga untuk berehat. Nak rehat kat rumah, anak saudara kacau! Nak berehat di sini, ada pula suara sumbang yang bersembang. Bukan bersembang sebenarnya, lebih kepada bertekak!
            “You tak boleh nak salahkan I macam tu je. Kalau you jaga I elok-elok, tak adanya I lari tinggalkan you dulu.” Giliran suara si gadis pula membalas kata. Kedengaran sedikit merintih dan merayu.
Rasa mengantuk yang membelenggu mata sebentar tadi, mula hilang lesunya. Punggungnya diangkat. Mula ingin menyelongkar kisah cinta yang tak menjadi itu. Dia mula menyembunyikan diri disebalik pokok besar itu. Sedangkan pasangan itu bergaduh di bahagian pokok yang satu lagi.
             Apa sangatlah masalah orang bercinta sekarang? Kalau tak sebab curang, sebab pasangan tak setia! Tak pun sebab tak bersedia kahwin lagi.  Amna mula mencuri dengar. Perasaan ingin tahu tiba-tiba menebal dalam diri.
            “You dah besar. Kenapa nak I jaga you pulak. You tak reti nak jaga diri you sendiri ke?” Bidas Redza serius. Perasaan bengang mula bersawang di hati Dayang! Lelaki ini memang ambil mudah akan semua perkara.
            “Sebab sifat inilah yang membuatkan I pergi dulu Redza. You langsung tak caring dengan perasaan I. You sibuk dengan ego you tu. You memang melampau! You langsung tak ada hati perut dengan tunang you sendiri... You buat I macam sampah! I sentiasa ditolak ke tepi.. I merajuk pergi luar negara dulu sebab I minta dipujuk! Tapi you langsung tak faham perasaan I..”
Sepenuh hati Dayang meluahkan rasa. Menjerit melemparkan rasa yang selama ini membeku di jiwa. Rasa sebu hatinya saat melihat Redza masih dengan perangainya yang sama. Ingatkan pergi jauh-jauh, Redza akan memujuknya. Akan merinduinya... Ini tidak, memang dalam mimpi pun jangan harap akan terjadi. Redza masih dengan keegoannya yang mengunung! Tetap kekal dikenali tanpa hati dan perasaan.
            “Kalau you sendiri tahu yang I tak caring, I sibuk dengan ego I, I tak ada perasaan, kenapa you tetap nak teruskan perkahwinan kita? You sendiri dah pasti yang you tak akan bahagia dengan I kan...” Sinis Redza menuturkan ayat. Tangannya dilingkarkan ke tubuh.
            Redza paling tidak suka perempuan merajuk yang gatal-gatal minta dipujuk! Sudahlah merajuk tanpa sebab munasab yang kukuh. ‘Jangan harap aku nak pergi jauh-jauh sampai ke Melbourne hanya semata-mata nak pujuk tunang yang belum tentu akan jadi bini aku! Buat habis duit dan tenaga sahaja!’
Amna melopong. Dari tadi dia sibuk memerhati pasangan ini. ‘Boleh tahan dasyat jugak lelaki ni.’
            “Sebab I sayangkan you Redza. I sayangkan you!” Dayang cuba menarik lengan Redza tapi cepat sahaja lelaki itu menepis!
            “Bila you pergi dari hidup I dulu, I dah terima hakikat yang antara kita, tak wujud sebarang pertalian lagi. Jadi, sila faham yang I tak akan ambik you sebagai isteri I. Perempuan yang sayangkan I, tak akan tinggalkan I macam tu sahaja... You tak bertahan untuk berada di sisi I ketika I sibuk, jadi you fikir you boleh berada di sisi I untuk seumur hidup I?”
            Tanpa jawapan dari Dayang pun, Redza terlalu mengerti yang Dayang tak akan mampu bertahan di sisinya. Gadis itu penuh dengan aktiviti sosial untuk diri sendiri. Redza sudah terlalu sibuk di pejabat. Dia tak perlukan seorang perempuan yang menyibukkan diri di luar rumah. Cukuplah seorang perempuan yang mampu sibukkan diri di rumah sahaja. Jadi, bila Dayang berkeras pergi dari hidupnya, dia sudah mula memutuskan bahawa Dayang bukanlah perempuan yang layak menjadi isterinya.
            Dia pun dah fed up nak layan kepala otak dayang! Rasanya dia tak mampu nak luruskan sikap Dayang yang bengkok itu. Dia ni bukanlah baik mana.... Jadi, dia tak mahu cari perempuan yang lebih kurang sama teruk dengannya. Sekurang-kurangnya, dia nak cari perempuan yang tak terlalu sukar untuk dilentur. At least pakailah tudung. Tak macam Dayang masih setia menghidangkan sesuatu yang sepatutnya menjadi milik si suami. Umur dah meningkat tiga puluh tahun. Dah tiba masa untuk berubah. Ini bukan waktu nak cari teman wanita dah...seeloknya kena cari isteri. Redza bertekad nak bina keluarga bahagia! Tapi dia tak nampak yang Dayang akan menjadi pelengkap hidupnya...
Amna cuba menilik sedikit muka pasangan kekasih itu. Namun risau juga dia kalau tertangkap. Akhirnya dia duduk mencangkung. Kali ini, muka wanita itu jelas kelihatan. Anggun mengenakan sehelai dress berwarna kuning cair. Agak terdedah sedikit di bahagian dada. Rambutnya keperangan sedikit. Bertambah cantik apabila beralun mengikut sapaan angin. Tapi muka lelaki sinis itu pula tersorok dek juntaian dahan yang dipenuhi daun.
 ‘Alah, kacaulah pulak daun ni. Time macam nilah dia nak menyemak! Awat tukang kebun tak buat kerja ni... ’ Bebel Amna di dalam hati. Nak tengok jugak tahap ke‘handsome’man lelaki itu. Kot-kot ada ala-ala Remy Ishak ke kan...
            “Walau apa pun yang you nak cakap, you masih tunang I!” Dayang sudah semakin  hilang sabar dengan perangai Redza yang keras kepala itu. Dia sayang Redza! Dia tak boleh kehilangan Redza. Memang dia menyesal tinggalkan Redza tiga tahun yang lepas.
            Amna masih setia menonton..
            “Apa bukti yang mengatakan I adalah tunang you?” Tanya lelaki itu. Penuh sinis dan angkuh!
            “Ni buktinya. Ini bukti yang mengatakan I masih tunang you?”
Wanita itu menunjukkan tangan kanannya yang berhias cincin di jari manisnya. Uish, silau anak mata Amna dibuatnya. Habib Jewel lah tu..!
Redza mendengus! Hanya disebabkan cincin bodoh itu yang menyebabkan dia terus terikat dengan Dayang? ‘Arghh... Dayang... kau tak boleh ke cari idea yang cerdik sikit!’ Tanpa berfikir panjang, Redza terus menarik cincin yang berada di jari manis Dayang itu.
            Seketika, mereka bergelut sesama sendiri. Namun kudrat lelaki, perempuan mana yang mampu untuk melawan. Sekelip mata sahaja Redza dapat merampasnya.
Amna pula yang naik kalut dan kecut perut melihat adengan tarik menarik yang akhirnya menyebelahi lelaki itu.
            “Ini cincin tunang yang you cakap tu? Ini ke bukti yang kita dah bertunang?” Redza menunjukkan cincin yang  bertahtakan berlian di depan mata Dayang. Apalah yang ada pada cincin yang berharga tak sampai sepuluh ribu ini?
            “You nak buat apa?” Keras suara Dayang bertanya. Dia mula rasa lain macam. Pasti Redza hendak melakukan sesuatu dengan cincin tunang tersebut.
Amna yang sedang mengintip dari satu arah itu hanya memberi fokus. Tertanya-tanya juga apa yang akan berlaku selepas ini?
            Lelaki itu kemudiannya ketawa sinis dan terus mencampakkan cincin tersebut melambung ke udara dan akhirnya jatuh  ke atas pasir pantai. Namun angin yang bertiup kencang cepat benar menimbus cincin tersebut. Hingga hilang dek pandangan mata.
            Redza ketawa sinis sambil menepuk-nepuk tangannya. Amna pula melopong manakala telinganya dapat mendengar jeritan kekasih lelaki itu.
            “Redza!” Mata Dayang mencerun tanda tidak percaya! Kenapa Redza sekejam ini?
            “Sekarang apa bukti yang kita dah bertunang?”
Sekali lagi rahang Amna terjatuh kebawah menyambut soalan lelaki itu. Amna terkejut sehingga menyebabkan dia pula yang terjelupuk. Cepat-cepat dia bangun. ‘Fuh... nasib baik tak kantoi.’
Ya Allah, kejamnya lelaki ini. Amna teringin untuk melihat wajah lelaki itu. Sekadar tubuh badan sahaja tidak mencukupi buatnya. ‘Sanggup dia buang cincin tu? Asallah tak sedekah kat aku je.’ Dapat jugak bekalan pahala nanti..
‘Amboi, sedekah kat kau je, dapat pahala. Duduk mengendap macam ni, tak dapat dosa pulak eh?’ Hatinya mula bermonolog sendiri.
Amna kembali fokus dengan drama yang tidak ditayangkan di mana-mana siaran sekalipun. Terasa seronok pula mengendap sebegini rupa. Beginikah hubungan setiap pasangan yang bercinta? Bercinta sakan macam nak tembus mata, bergaduh beria sampai berdrama bagai! Macamlah tak boleh duduk berbincang. Guna cara diplomat sedikit!
            “You memang kejam!”
Entah untuk yang keberapa kali wanita itu kembali kdengaran. Tidak sedar agaknya yang lelaki itu tidak langsung menghiraukan jeritan lantangnya itu.
            “I memang kejam. I kejam pada orang yang kejam. Jangan pernah nak munculkan diri depan I lagi. Hubungan kita dah berakhir bila you tinggalkan I tiga tahun yang lepas. Macam mana I tak pernah cari you masa you tinggalkan I, macam tu jugak I tak mahu you cari I lepas apa yang terjadi. ”
Pantas lelaki itu terus berlalu. Dan wanita itu mengejar langkah kaki lelaki itu.
            “Tak insaf-insaf lagi perempuan ni. Orang dah tak hendak tu, tak payahlah duk sibuk mengejar. Buat jatuh standard kaum wanita je. Dah kau tinggalkan dia dulu, memang patutlah kalau kau kena tinggal. Ini namanya hukum karma babe..” Komen Amna geram sambil keluar dari tempat persembunyiannya.
            Amna mula membetulkan tulang belakangnya yang tiba-tiba terasa herot. Lenguh mula terasa kerana mencangkung dengan agak lama. Tiba-tiba ingatannya teringatkan sesuatu!
            “Eh, perempuan tu tak kutip balik cincin dia. Oh tidak.. Oh tidak....” Terus Amna berlari ke arah pasir pantai. Matanya menilau ke arah sekeliling. Mencari, meneroka dan mengenal pasti cincin yang bertahtakan berlian itu.
            “Kenapalah kau campak kat pantai ni? Susah tau aku nak cari.” Bebel Amna. Dalam dirinya menyalahkan lelaki itu yang mencampakkan cincin di atas pasir pantai yang terbentang luas.
            “Dahlah angin kuat. Mesti cincin tu dah tertimbus.” Bebel Amna sendiri sambil meneruskan pencarian. Terbongkok-bongkok dia mentelaah pasir-pasir pantai. Tak pernah hayat dia buat kerja bodoh seperti ini.
            “Mak adik cari apa tu?” Amna terus mengurut dadanya apabila mendengar pertanyaan dari Darwish. Hampir terlupa dibuatnya yang dia telah membawa anak saudaranya bersama.
‘Uish, mujur tak hilang anak saudara aku ni. Kalau tak, mati dikerjakan oleh kakak aku tu!’
            “Hah, mak adik nak cari barang. Dania dengan Darwish boleh tak tolong mak adik?”  Usul Amna sambil tersenyum-senyum. Lagi senang kalau cari ramai-ramai. Tak lah sakit otak sangat!
            “Mak adik nak cari apa?” Tanya Darwish.
            “Cincin.”
            “Cincin? Cincin apa?”
            “Cincin mak adiklah. Tadi terjatuh.” Wah, belum apa-apa lagi dah mengaku cincin sendiri. Memang terlebih rasa malu nih!
            “Boleh. Nanti mak adik kena belanja tau. Darwish nak aiskrim mahal.” Amna bercekak pinggang! Amboi budak ni, belum apa-apa lagi sudah menempah segala macam. Tapi bukanlah besar sangat pun permintaan dari anak saudaranya itu.
            “Boleh sayang... Bukan je aiskrim mahal je, berkotak-kotak pun mak adik boleh belikan tau.” Bukan main semangat lagi Amna menabur gula! Apa sahaja demi cincin itu kononnya.
            “Jom abang, kita tolong mak adik.” Bersunguh-sunguh kedua beradik itu membantunya mencari cincin milik perempuan tadi. Akhirnya mereka bertiga memulakan pencarian. Macam-macam gaya ada.
            “Mak adik, yang ni ke?” Suara Dania yang tiba-tiba mencelah rasa sunyi itu sungguh mengujakan jiwa Amna. Cepat sahaja dia mendapatkan Dania.
            “Hah, yang nilah. Wah, cantiknya. Thanks sayang.” Terus dikucup pipi anak saudara perempuannya itu. Sayang amat sangat!
            “Yea-yea....mak adik belanja aiskrim mahal. Nak banyak-banyak tau.” Kedua beradik itu melonjak sakan. Suka jika dibelanja aiskrim mahal. ‘Alah, setakat aiskrim walls tu, tak luak pun gaji aku tu.’
            “Wahai cincin, nampaknya kita memang ada jodoh. Hehehe.” Terus disarungkan cincin ke jari manisnya. Wah, muat-muat. Memang terletak cantik di jarinya itu. Tiba-tiba Amna rasa pelik sendiri. Dia bukan jenis wanita yang sukakan perhiasan. Namun kenapa dia terlalu teruja untuk mendapatkan cincin ini? Lama matanya menjamah sebentuk cincin yang mempunyai sebiji permata itu.
            ‘Ah, gasaklah! Janji cincin ni dah jadi milik aku. Bukan aku yang curi tapi kau yang buang ya...’ Desis hatinya sambil tersenyum-senyum.
***
Pandangan mata dihalakan pada jam yang menghiasi pergelangan tangannya. Sudahlah lewat ke tempat kerja, kereta buruk kesayangan dia pulak buat hal. Apalah nasib hidup dia hari ini. Pagi-pagi lagi dah suwei..
            Sudahlah rosak di tengah-tengah traffic light. Malu tak usah cakaplah. Mujur sahaja ada beberapa orang lelaki yang sudi membantu menolak keretanya ke tepi. Kalau tak ditolak, bimbang nanti bandar Kuantan diserang jammed pulak. Fenomena Kelisa comel yang rosak!
            “Wahai kereta kesayanganku, kenapalah kau suka buat perangai?” Bebel Amna bengang. Kepalanya digaru berulang kali. Mencari idea untuk menyelesaikan masalah ini. Bulan ni dah dua kali keretanya ini buat perangai! Kalau macam ni tiap-tiap bulan, bukan dah tahap pokai, tapi lebih baik tak payah pakai!
            ‘Hah, sekarang apa yang aku nak buat? Nak call mekanik? Memang tak terciptalah nombor telefon mekanik dalam handphone aku ni? Nak call pakwe mintak tolong? Haram jadahlah jawabnya. Ialah, mana kedatangnya pakwe kalau memanjang hidup single. Nak panggil abang, abang pun tak pernah hidup. Aku mana ada abang. Nak panggil bapak, bapak pulak jauh di kampung. Apa aku nak buat ni? Ya Allah, yang Maha mendengar rintihan hatiku ini, Kau titipkanlah seorang hero untuk membantu masalahku ni? Sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang lemah yang mengharapkan bantuan dariMu...’ Doa Amna sungguh-sungguh. Peluh mula merenik di ruangan wajah. Walaupun jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi, tetapi bahang kehangatan matahari tetap terasa.
            “Cik, ada apa-apa masalah ke?” Mendengarkan suara seseorang, terus Amna melafazkan rasa syukur.
            Amna memejam mata. Bersyukur bila ada yang sudi menghulurkan bantuan! Siapa bilang rakyat Malaysia sombong tak suka membantu?
            “Cik…” Panggilan lelaki itu mematikan lamunan Amna.
            Redza memandang gadis itu dari atas ke bawah. Rasa kasihan melihat kereta ini tersandai di tepi jalan membuatkan dia terpanggil untuk berhenti. Apatah lagi yang pemandunya adalah seorang perempuan! Namun apabila wanita itu berpaling, rahangnya terus jatuh ke bawah. Tergamam melihat seraut wajah yang sangat dikenali itu.
            ‘Dia ni kan....’ Hati Redza sedikit berjeda.
            “Oh, kereta saya ni entah apalah masalahnya Encik. Tiba-tiba je buat hal. Nak telefon mekanik, nombor mekanik pulak tak ada.” Berulang kali Amna menggarukan pipinya yang tidak gatal. Mempamirkan kekusutannya terhadap lelaki yang tidak dikenali itu.
            Perlahan-lahan lelaki itu menapak ke enjin kereta. Lengan baju kemejanya disenseng ke lengan. Dia mula membelek-belek enjin kereta. Entah apa yang diperhatikan pun Amna tak tahulah. Ialah, komponen dalam kereta tu pun bukan Amna tahu sangat. Kalau tahu, dah lama dia senseng lengan baju nak baiki kerosakan sendiri
            Matanya memerhati hero titipan Allah itu. ‘Hmm, macam pernah tengok pulak muka mamat ni? Nak kata perlakon, memang sah bukan. Rupa memang tak ada gaya Remy Ishak pun... Nak kata permain bola sepak harimau Malaya kesayanganku pun bukan?’ Amna terpinga-pinga dalam berfikir.
            Gigih betul otaknya ingin menjana sebarang maklumat. Namun hampa apabila menemui penyudah dengan tanda soal. Siapa mamat ini ya?

p/s:: hope enjoyz okayhh... kalau perlu ditegur, hope tegur... sangat mengharapkan idea2 bernas lalink2 semua.. lebiu muchoooo..

28 comments:

  1. aiyakkk.. misteri pulak.. haha.. eh redza tak perasan ke cincin tu? huhuhuk~

    ReplyDelete
  2. kak ezzah, cter baru eyh? ni x best ni kalau pakai bab..jenuh la nunggu..kalu cerpen kan best abis lalu..haha.selamber badok..ngendap org baloh n pkai cincin org pulok tu..best2..cepat ckit smbung tu...bako kan..kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. ni selamba gajah ni dik.. betapa tak malunya... dear sayang... ai try fokus at least 2 bab seminggu okeyhh..hehehe..

      Delete
  3. rasa macam pernah baca dulu,dah nak kuar versi cetak ker.best la kalau nak kuar dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tajuk dia SOPAN BUKAN SIKAPKU... now keluar dalam versi y telah dikemas kini.. hmm... tang nak keluar tuh, x ada jawapan lagi.hehe

      Delete
  4. best wwwwoooooo suke sgt entri ni... bnyk222 lgi ye kak ezzah

    jemput ke blog afie jugakk.. http://annawafie.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH dear.. ada masa t akk jenguk okeyhh

      Delete
  5. Best...tp nk tgu bab demi bab ni lah yg xsuka ni...Uwaaa..xsbr nk mbca nyalah.. Akak,jgn lama2nk update bab bru ya... Herm..klau cerpen kat best,dpt bca full trs.. :-)
    ~ Schariedah Salus ~

    ReplyDelete
  6. Waaaa memang muat2 je cincin tu kt jari amna... memang berjodoh kot amna ngn redza ni... redza kenal muka amna mst dia patah balik kot kat pantai tu... mane la tau redza nak ambik balek cincin tu ke... n ternampak amna ngn anak2 buah cia sibuk mncari barang ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tiba2 je ngam ngan jari amna...mcm x berapa nk betul je spekulasi akak tuh..hehe..

      Delete
  7. wahh... pertemuan pertama yang mengujakan..

    ReplyDelete
  8. Hahaha..sungguh merujakan.....sambung please....

    ReplyDelete
  9. jgn amek cincin tuh amna...sat g terjebak lh plak ngan redza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih... tulah pasal kan.. Amna nak pi gadai tu

      Delete
  10. dah pernah baca rasanya,,, tp,, ttp best..!! :D

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu.. tajuk dia SOPAN BUKAN SIKAPKU.. now tukar tajuk cite plus dengan versi y dah dikemas kini..hehe

      Delete
  11. Memang best lah kak ;))))) Copat2 la sambung yeee. Hehehehe

    ReplyDelete
  12. memang peminat remy ishak tahap overdos la ni,..hihi

    ReplyDelete
  13. baru bace bab pertama da rasa teruja..sgt best....

    ReplyDelete