Sunday, 17 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [4]


Encik Irsyad mula melemparkan pandang ke arah pekerjanya itu. Dia ikut turut terkejut mendengar kata-kata lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Encik Syamsul itu tadi. Meminang Amna di pejabat? Tak pernah dibuat orang. Pecah rekod dunia!
Amna garu pipi!
‘Meminang aku? Dah lah meminang kat pejabat. Bukan kat rumah. Mak bapak aku pun tak ada. Weh, ni cerita drama mana yang sedang ditayang nih?’ Amna sudah mula diserang kalut. Mahu tak menggelabah! Apa nak buat nih?
            “Sebenarnya saya memang tak boleh nak buat keputusan sebab Amna ni hanya sekadar pekerja saya. Bukannya adik saya. Lagipun, ini semua terpulang kepada tuan punya badan sendiri.” Encik Irsyad memandang ke arah Amna. Laju sahaja Amna melarikan pandangan. Tapi pandangannya terhala pula ke arah Ahfan yang nampak tergamam itu.
‘Ah, sakit-sakit!’
            Mata Ahfan bagai hendak menelan Amna. Hatinya berdegup hebat tika menantikan jawapan milik Amna. Ibarat sedang menunggu keputusan untuk ke tali gantung! ‘Amna... Tolonglah jangan bagi jawapan yang boleh memutuskan nyawa saya!’ Doa Ahfan di dalam hati. Besar harapannya agar Amna menolak.
            “Saya rasa, elok juga kalau encik-encik semua ni meminang Amna di rumahnya sendiri. Pejabat ni macam tak kena pula.”
Encik Irsyad terpanggil untuk bersuara apabila melihat keadaan yang agak tegang sedikit. Lagipula, dia tahu yang Amna berada di dalam keadaan tertekan sekarang. Tengok muka gadis itu yang haru biru pun, dia dah boleh agak  yang gadis itu langsung tidak menjangkakan semua ini berlaku.
            “Begitulah yang kami beritahu pada Redza tapi kata Redza, dia tak tahu tempat tinggal Amna. Jadi sebab itu dia menyuruh kami datang ke pejabat Amna.”
Mendulla oblongata Amna sudah mula beroperasi tika mendengar nama Redza disebut.
            ‘Redza? Redza mana ni? Setahu aku, aku tak ada kawan atau kekasih nama Redza kecuali... Jangan cakap  yang Redza Khusyairi.... Encik Squidward! Oh damn! Sungguh bagi free pun aku tak mahu!’
Memang mintak nyawa betul. Apa mereng benar Redza nih. Dah gian nak masuk kubur ke tiba-tiba masuk meminang?
            ‘Releks Amna... tarik nafas pelan-pelan. Kau tak perlu nak rushing sangat... Semua ni still under control lagi..’ Amna tarik nafas. Bertenang walaupun stereng hatinya sudah mula hilang kawalan . Berpusing-pusing dan hampir sahaja terbabas.
            “Encik-encik semua, maaf kalau saya menyampuk...” Amna mencuri oksigen. Mujur tak ada sakit jantung.
“Saya tak kenal pun dengan lelaki yang bernama Redza ni. Jadi saya memang tak mahu nak berkenalan dengan dia. Sampaikan pesan saya pada dia yang saya tak dapat nak terima lamaran dia ni. Maaf sangat-sangat..” Tak ada sebab untuk dia menerima Redza tika ini. Jumpa pun baru sekali, tup-tup lelaki tu masuk meminang.
Apa Redza fikir yang dia akan menerima lamaran ini? Oh... tolonglah jangan fikir singkat sangat!
Tanpa Amna sendiri sedari, Ahfan mula menyembunyikan senyum. Hatinya benar-benar lega! ‘Nasib baik Amna tolak! Kalau tak, memang aku frust tergolek kat sini jugak!’
            Mereka semua berpandangan sesama-sendiri. Rasanya dah tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan. Encik Syamsul mula meminta untuk pulang. Akhirnya, kesemua tetamu yang tidak diundang itu mula beredar meninggalkan bilik Encik Irsyad.
            Dan ketiga-tiga daripada mereka mula menarik nafas lega. Lebih-lebih lagi Ahfan. Muka macam orang baru dapat nyawa extra!
            “Erk.. kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Ujar Amna sambil menunduk sedikit. Bibirnya digigit sepenuh hati. Malu yang teramat sangat!  Tak sanggup rasanya nak mengadap muka Ahfan dan Encik Irsyad sekarang.
Ahfan menghantar pemergian Amna dengan pandangan yang tidak dapat dimengertikan. Siapa lelaki yang berani meminang Amna itu? Berani betul dia buat onar! Mana kewarasan dia hingga sampai berani meminang di ofis?
            “Hebat jugak penangan Amna tu kan Ahfan?” Ujar Encik Irsyad tersenyum sambil berulang kali menggelengkan kepalanya. Sengaja mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak!
            “Mengarutlah semua ni bang. Tak pernah dibuat orang.” Komen Ahfan ringkas. Tapi dia mula terfikir-fikir. Kenapa Amna menolak ya?
‘Adakah itu petanda bahawa aku dan Amna mendendangkan irama yang sama?’ Beberapa kali dikuakkan rambut kebelakang. Rimas dengan persoalan yang tidak sudah-sudah menghimpit perasaan.
            “Haaa... Itu maknanya lelaki tu terlalu sayangkan Amna. Dia tak mahu Amna dingap oleh orang lain. Hmm, bijak pemikiran lelaki tu. Bukan macam sesetengah lelaki tu. Ada depan mata pun tak diendahkan. Kalau dah suka tu, cakap jelah.. Bukan mati pun kalau kena tolak!” Perli Encik Irsyad satu das!
            Dalam diam, dia tahu yang Ahfan menaruh harapan terhadap Pegawai Pemasaran di syarikatnya ini. ‘Apalah yang nak ditakutkan sangat. Kalau cinta, katakanlah.. Lelaki gentleman seharusnya tak takut pada perkara-perkara remeh ini.’
            “Kau perli aku ke bang?” Ahfan tak terlalu bodoh untuk tidak mengecam ayat sadis abangnya itu.
            “Kalau kau terasa tu, nampaknya betullah. Hei, jadilah anak jantan sikit! Setakat nak curahkan rasa tu, apalah yang nak dihairankan. Sebelum keadaan jadi lebih teruk atau dengan lebih tepat lagi, sebelum kamu melepas, lebih baik kamu confess perasaan kamu dengan dia.”
            “Alah, perlu ke bang? Tak boleh ke kalau dia faham-faham sendiri perasaan aku?”
 Encik Irsyad mendengus keras. Adik siapalah yang bengap sangat nih! “Susah Ahfan. Akan berlaku salah faham kalau baca bahasa body je. Kau buat lain, dia faham lain. Kang lainlah jadinya. Kau nak ke macam tu?”
Kata-kata abangnya itu memang banyak benarnya. Tapi dia takut. Takut kalau kena reject dengan Amna. Kalau kena reject, mana dia nak sorok mukanya? Lebih rentung kalau-kalau Amna terus berhenti kerja. Itu lagi naya!
            “Kau tak akan faham bang...” Dia pernah kena reject jadi dia tahulah macam mana rasa perasaan itu. Bertahun-tahun dia melarikan diri dari perempuan yang dia puja. Jadi dia tidak mahu peristiwa semalam berulang kembali.
            Siapa yang kena reject akan faham perasaan ini! Rasa macam nak menyorok dalam kelambu. Rasa macam ada chop di dahi yang tertulis ‘saya telah direject!
            “Aku yang tak faham ke atau kau tu yang tak faham.. Amna dah bagi hint dah.. Siap dah tolak pinangan orang yang masuk meminang dia ni. Kamu nak tunggu apa lagi. Tak kan kau nak lepaskan sesuatu yang dah berada dalam gengaman kau Fan..” Sengaja Encik Irsyad menggunakan bahasa kiasan.
            “Sesuatu yang berada di dalam gengaman aku?” Muka Ahfan jelas terpinga-pinga.
Encik Irsyad mengeluh sendiri. ‘Macam manalah aku boleh ada adik yang bengap macam ni?’ Kenapa dekat sekolah tak ada subjek cinta? Kalau tidak, tak lah adiknya ini blur semacam bila selak bab hati dan perasaan.
“Pernah tak dengar kisah cinta Repunzel?” Tanya Irsyad tiba-tiba.
“Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya pasal Repunzel. Cinderella, Snow White dan seangkatan dengannya, kau tak mahu tanya pulak?”
“Itu bukan jawapan… Aku tanya ni, kau pernah dengar tak cerita dogeng pasal Repunzel tu?” Suara Irsyad sudah naik satu oktaf. Bengang dengan sikap adiknya itu. Orang nak ajar subjek perasaan nih!
“Pernah kot… Tapi tak berapa ingat sangatlah. Pasal perempuan yang rambut panjang yang tinggal dengan menara tinggi kan…” Terang Ahfan separa tak berminat. Dia bukannya budak-budak yang teringin nak tahu perihal kisah dongeng nih.
“Yup… Tahu tak, the story of Rapunzel teaches one thing about love..”
Dahi Ahfan mengerut. Tak faham! Bukan ke semua kisah dogeng cerita pasal cinta ke? ‘Mimpi apalah abang aku semalam… Tiba-tiba pagi ni cakap pasal topik cinta Repunzel. Mungkin semalam ada bacakan buku cerita ni pada anak dia kot...’
“Climbing the highest tower is less difficult when someone at the end gives you something to hold on….”
“Okay surrender. Aku memang tak faham bahasa kiasan kau nih!”
Perlahan-lahan Irsyad melepaskan keluhan. “Maksudnya, sesuatu tu tak sukar kalau ada seorang yang sudi mempertahankan kebahagiannya dengan bertahan dalam apa juga rintangan… Macam Repunzel yang bertahan untuk sakit bila putera raja tu guna rambut dia untuk naik ke menara...” Cerita Irsyad sungguh-sungguh.
“So?”
Encik Irsyad mula menepuk dahi. ‘Memang sah adik aku ni memang dungu dan bengap tahap kritkal!’
“Kau ni kan Fan, kalau abang kata kau bodoh. Dah terang-terang kau ni bijak. Tapi nak puji pandai, memang lambatlah.. Every human being will get happy only after facing the difficultes in their life... So do not be afraid to face your diffiluties. They will push you forward. Just tell your feeling Fan.. Enough! Habis cerita...”
            “Ceritanya belum habis bang... Kalau Amna reject macam mana?” Balik-balik, perkara itulah yang berada di fikirannya.
            “Apa susah! Kau carilah perempuan lain. Mungkin bukan jodoh kau dengan dia.”
            ‘Nak terima hakikat yang satu tulah yang susah!’ Jawab Ahfan di dalam hati. Tiga perkataan yang boleh mencabut nyawa manusia. ‘Aku cinta padamu’ mungkin digantikan dengan ‘Tolong cabut nyawaku!’
            “Kalau dia terima macam mana?” Tebak Encik Irsyad tiba-tiba.
            “Aku buat majlis tiga hari tiga malam!” Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa. Senang dapat abang sporting. Semuanya boleh share bersama-sama. Irsyad hanya tua tujuh tahun dengannya. Tapi jiwa dan persamaan mereka hampir sama. Sebab itu Ahfan senang bila Irsyad mengajak dia untuk kerja bersama.
            “Aku risau nanti kau buat tahlil tiga hari tiga malam je..”
            “Diamlah kau!”
Sound Ahfan selamba. Hati dah lah kacau bilau, datang si abang tolong gaul bagi sebati pulak! Matanya mula menghantar pemergian Irsyad yang sedang berjalan keluar dari bilik sambil ketawa. Cinta ni memang berjaya menyesakkan kepalanya. Handle projek berjuta-juta pun, tak sesak macam ni rasanya. Ahfan mengeluh sendiri. Tangan mula diletakkan atas kepala.
            ‘Betul ke aku kena luahkan perasaan pada Amna..?’
***
            Selepas kes peminangan tadi, Amna sikit pun tak mampu untuk fokus mengadap kerja. Akhirnya dia minta perlepasan pulang dari Encik Irsyad. Mujurlah ada abang ipar memahami! Errk...
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sempat lagi dia berbual di telefon bersama emaknya. Mencurahkan perasaan tentang lelaki bernama Redza itu. Boleh pulak mak suruh datang meminang kat rumah? Idea tak memberangsang langsung!
Sesampainya di rumah, Amna terus solat asar dan akhirnya terbongkang atas katil. Kalau ada masalah, ubatnya hanya tidur. Tak boleh nak fikir lebih-lebih. Nanti boleh kena migrain. Hasrat di hati tadi nak cari Najmah bila mak dan bapak macam tak membantu menyelesaikan masalah tapi minah tu elok pulak pergi outstation ke Cameron Highlands. Anak-anak saudaranya pun masih di sekolah. Jadi dapatlah dia mendamaikan perasaan sendiri.
“Dik... bangun... hari dah pukul tujuh”
Kejut Sakinah sambil menggoncangkan badan adiknya. Pelik melihat kereta Kelisa Amna tersadai di depan rumah seawal lima petang tadi Apabila melihat si adik nyenyak tidur, Sakinah malas hendak mengganggu. Tapi bila tidur Amna sudah menjejak ke maghrib, Sakinah mula mengejutkan. Amna bukan boleh kira. Dapat tidur je, lupa diri.
“Kak... adik ada masalah nih...” Adu Amna tika Sakinah sedang menyediakan bahan masakan untuk memasak makan malam.
“Masalah? Kak long tengok tadi adik tidur macam orang tak ada masalah pun.”
Amna mencebik. Kak longnya itu memang suka mengenakannya! Tangan mula menarik kerusi meja makan. Perlahan-lahan dia mula menceritakan segala macam perkara yang berlaku di pejabatnya siang tadi. Penuh khusyuk Kak Long mendengar. Hingga terlopong dibuatnya.
“Hah, biar betul dik?”
            “Betullah. Tak kan adik main-main pulak.” Ni yang malas nak cerita ni, bukannya nak percaya.
            “Kak long masih tak percaya nih! Dalam berjuta-juta rakyat perempuan kat Malaysia ni, apa yang membuatkan dia salah menilai untuk pilih kamu?”
            “Kak long!” Suara Amna dah meninggi.
            “Kau ni, pakwe pun tak pernah ada. Tup-tup terus ada orang masuk meminang. Yang kau pergi tolak tu kenapa? Untung dah kat situ. Tak payah sibuk-sibuk nak cari calon suami..” Giat Kak long sambil ketawa kecil.
            Amna membaling sayur sawi yang sudah dipotong itu ke arah kak longnya. Suka benar mengusik! Dia belum pernah terfikir untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Apatah lagi dengan lelaki yang dia tidak pernah cintai dan kenali!
            Dalam hati Amna, hanya ada nama Ahfan. Sejak pertama kali berjumpa dengan Ahfan, dia sudah bertekad untuk tidak jatuh cinta pada orang lain. Nampak tak yang Amna sangat obses pada Ahfan!
            “Eh, kak long ingat adik ni tak laku sangat ke nak main terima je pinangan orang? Lagipun sah-sah dah lelaki tu mereng. Baru jumpa sekali dah ajak kahwin. Sawan gamaknya!”
            “Ya..tahulah adik-adik kak long memang meletup dan cantik....”
Perbualan mereka terhenti pabila telefon bimbit Amna berbunyi nyaring. Berlari Amna mendapatkan telefon bimbitnya di dalam bilik itu.
 Sakinah teringat pula adik yang sorang lagi. Hati Syakira lagi kebal bila cakap topik kahwin? Sebut je pasal kahwin, terus angkat punggung! Pernah kecewa gamaknya. Payah nak teroka bila Syakira mempunyai sejenis perangai yang suka memendam rasa. Kita tak boleh nak jangka dan rangka perangai dia.
            “Apa kes angah telefon malam-malam ni?” Soal Amna tak pasti sambil mula menjawab telefon.
            “Weh dik, angah dengar ada orang masuk minang adik kat ofis? Betul ke?” Tanpa salam dan sapaan, terus Amna diserbu dengan soalan hangat.
            “Weh, cepatnya cerita tersebar? Ni mesti mak yang cerita kan?” Ish mak ni, tak boleh simpan rahsia langsung. Mesti ke beritahu kat angah. Minah ni dahlah kepochi terlebih.  
            “Yalah, angah kan pencawang astro, kalau adik tak beritahu pun, mestilah angah tahu jugak.”
            Mereka ini cuma ada tiga beradik perempuan je. Kak longnya bernama Aminah Sakinah, angah pula bernama Amirah Syakira. Dirinya pula bernama Amna Safiya. Unik kan nama mereka. Semua pun ada perangai dan ragam masing-masing.
            Amna Safiya rapat dengan kedua-dua kakaknya. Bab meluahkan perasaan, dia akan mencari kak long. Bab mencari gaduh dikala kebosanan menjengah diri, dia akan mencari angahnya. Tapi kadang-kadang, dia rasa Amna Syakira ni dah boleh jadi abang! Sifat melindunginya tinggi.
            “Dah tu, apahal telefon malam-malam ni. Buat memekak je.” Kalau mak tengok ni, pasti dia piat telinga sebab tak buat kelakuan macam orang dewasa!
            “Eh, handsome tak mamat yang minang kau tuh?” Hendak tahu juga pandangan Amna tentang Redza.
            “Handsome? Tolonglah angah... Buntut kuali yang hitam legam tu pun lagi handsome dari mamat tu tau! Dah lah bila cakap tu memanjang sinis! Taik telinga pun boleh cair... mata ni boleh berasap kalu duk asyik pandang dia jeh..” Kutukan itu keluar tanpa perlu dirangka.
Apa yang tak terkeluar ialah, muka Redza itu memang jelas kacak. Cuma budi pekertinya, mak oit... FAILED! Calon macam ni nak bawa pergi jumpa mak dengan bapak? Huh, jangan harap boleh lepas. Mak tersangatlah cerewet dalam bab-bab mencari menantu ni. Hantu yang sorang ni tak akan terlepas!
            “Amboi... sesedap rasa kau mengutuk dia eh? Mulut cakap tak handsomelah.. Tahi telinga cairlah.. Tapi dalam hati ada gunung kinabalu kan..” Syakira menanamkan harapan yang tinggi agar hubungan Redza dan Amna menjadi. Dia sayangkan Redza... Hanya gadis seperti Amna yang mampu menyempurnakan hidup Redza.
Gaya Syakira bercakap, macamlah pernah jumpa lelaki itu. Macamlah kenal benar dengan Redza itu. Kontroversi nak lebih!
            “Gunung Kinabalu tarak.. Gunung berapi adalah...!” Spontan, ayat itu keluar dari mulutnya. Ketawa besar Syakira mendengar jawapan adiknya itu.
            ‘Hmm, nampaknya adik aku ni memang tak tangkap cintan dengan Redza! Kena suruh Redza pasang strategi baru nih.’ Fikir Syakira. Mungkin strategi Redza yang mahu menyakitkan hati Amna tu tak berapa nak menjadi. Dia kena bantu Redza!
            “Ada apa lagi ni? Adik nak makan ni?” Mengelak lebih bagus dari menjerumuskan diri dari soalan yang berbagai lagi. ‘Mengalahkan wartawan melodi menebak soalan. Kecoh pasal jodoh orang, padahal jodoh sendiri pun lintang pukang lagi.’
            “Aku telefon ni, aku nak mintak hadiah cincin tau nanti. Yalah, kau kan nak langkah bendul.”
            “Tak ada maknanya. Aku dah reject pun. Cerita yang tu, kau tak tahu pulak eh?” Tempelak Amna.
            Lagipula, tak mahulah langkah bendul segala. Dia ingin Amirah Syakira menamatkan zaman bujangnya dahulu. Dan barulah dia menyusul kemudian. Lagipun, dia bukannya terdesak benar nak berlaki.
            Dari kejauhan, Syakira tersenyum sendiri. Bila mengingatkan Redza, ingatannya lantas menjerumus kepada Arwah Radzi. Hendak kata mereka ada persamaan  perangai, tidak juga. Namun, segaris senyuman itu memang mampu membuatkan Amirah Syakira tergarit pada ingatan yang lalu.
            “Mungkin adik dah reject. Tapi angah tak rasa yang lelaki itu akan berputus asa semudah itu.... Mungkin dia sedang merancang step untuk mendekati adik.” Ujar Syakira penuh yakin. Ya... yakin sangat yang Redza tak akan mengalah semudah ini.
            “Eh angah nampak berminat je nak kenal si Redza tu? Apa kata adik pass dekat angah.” Cadang Amna sengaja.
            Syakira ketawa. Pass? Kalaulah jodoh tu boleh main pass-pass... Jodoh tu dah tertulis di Luh Mahfuz ketika kita berumur empat bulan di dalam kandungan ibu.
Tanpa terus membalas, Syakira mula memutuskan talian. Kelopak air matanya mula berasa panas dengan sendiri. Kenangankah yang mengamit rasa atau hati yang dipagut rindu yang makin mencengkam?
 Amna tergamam sendiri. Ini memang kesukaan angahnya. Cakap tak habis lagi, sibuk nak letak. Memang dasar kedekut betul. Telefon adik sendiri pun nak berkira.
            “Angah cakap apa?” Tanya kak long setelah dari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati.
            “Dah mati kot....” Amna ketawa kecil. Senang mengusik kak longnya itu.
            “Hah!?” Budak berdua ni, memang suka main-main. Soal mati pun boleh buat main.
            “Yalah, telefon mati. Habis bateri kot....”
Terus kak longnya itu mencubit Amna. Nasib baik hanya Amna yang tinggal dengannya, kalau angah ikut turut join, habislah gamat rumahnya ini. Ditambah pula dengan keriuhan anak-anaknya. Hmm,, mengamuklah jiran-jiran nanti. Mengadu yang rumahnya bising!
            “Eh, abang Ahfan kamu tu cakap apa je?” Sengaja dicuit pergelangan adiknya itu. Mata dan kening dikerdipkan beberapa kali.
            Pertanyaan inilah yang paling tidak suka Amna sambut. Huargghhhh....  Tangan Amna singgah di perut. “Aduh... laparnya... “ Alasannya apa lagi selain dari ingin mengelak dari menjawab pertanyaan kak longnya itu.
            “Hah, nak mengelat lah tu? Eh, taktik tu dah lapuk lah... Tak berkesan dah pada akak.. cuba cari taktik lain pulak.”
             Kak longnya itu kalau bab mengorek rahsia, memang tip top! Dia bukannya hendak berahsia dengan kakaknya. Tapi malulah nak selak cerita dalam hati!
            “Apa ni kak long, adik betul-betul sakit perutlah. Bila kak long nak siap masak nih... Laparlah..”
            “Ceritalah pasal Encik Ahfan tu...” Pujuk Kak long lagi sambil berlalu ke singki untuk membasuh ikan.
            Amna melepaskan karbon dioksida. Berfikir sama ada perlu berkongsi atau tidak. Tapi, pendam perasaan sorang-sorang boleh jadi gila tau! Gila kerana mengilai orang yang tak gilakan kita.
            “Entahlah.. Dia tu macam tak ada apa-apa perasaan pun..” Akhirnya Amna mengalah. Boleh jugak melegakan perasaan sendiri.
            “Agak-agak adiklah kan, dia suka tak kat adik?”
            “Kak long, kalau adik tahu, tak adalah adik susah hati macam ni..”
            “Oh.. Susah hati.. Manalah kak long tahu. Tapi kak long tengok gaya adik ni bukan gaya orang susah hati, tapi gaya orang yang dah nak mati dah...  Cuba cerita kat kak long, kak long bukan suruh share abang Ahfan kamu tu, tapi kak long nak kamu kongsi perasaan kamu dengan kak long.”
            “Tak kanlah nak cerita. Malulah.”
            “Alah, tak ada salahnya kalau jatuh cinta adik... Apatah lagi adik suka pada orang yang tak salah. Hmm, akak pun suka jugak dengan Ahfan tu.. Tapi entah kenapa, hati akak teringin pulak nak kenal dengan Redza tu. Macam kena je perangai dia yang tak semenggah ni dengan perangai adik yang tak lurus nih!”
            Amna tergamam. Dalam tengah-tengah syok cerita pasal Ahfan, kenapa perlu terselit nama Redza tu. “Tak payah nak kenal-kenal dengan Redza tu. Encik Squidward tu menyakitkan hati ajeh...”
            “Eh, harus ada benci sebelum rindu berkunjung...”
Bibir bawah mula digigit perlahan. Teruk betul kesimpulan Kak Long kali ini. Asal kak long nampak seperti menyebelahi Redza. Angahnya juga sama. Ada yang tak kena nih!
            “Tak ada... tak ada... Ingat hati ni boleh buat open house ke sampai nak berkunjung bagai. Hati ni bukan tempat persinggahan tau. Dalam hati adik, hanya ada Ahfan sorang je.. Kami ini umpama sebuah kereta. Kalau dia kereta, adik adalah tayarnya... Kalau dia pedal minyak, adik adalah breknya... Nampak tak kat sini yang kami saling memerlukan each other!”
            Perumpamaan bawak maut betul!
            “Sudah-sudah... Karang semua orang yang makan masakan akak ni tergilakan Ahfan....” Tak boleh layan sangat orang yang sedang angau diserang langau ini.
            “Dah... Mari tolong akak goreng ikan ni.” Ikan yang sudah digaul kunyit itu mula diserahkan kepada Amna. Mulut Amna mula mencebik.
            “Hari ni kan turn kak long masak...” Memang mereka telah menyediakan jadual. Kalau tak buat macam ni, semua orang nak mengelat!
            “Eh...bila kamu dah kahwin nanti, tiap-tiap hari pun kena masak. Tak ada by turn lagi. Jadi, sila jangan malas. Practis dari sekarang kalau nak Ahfan sayang kamu lebih.”
            Sebut sahaja nama Ahfan, laju sahaja Amna angkat punggung. Kuat betul penangan Ahfan dalam hidup adiknya. Gamaknya kalau Ahfan kahwin dengan orang lain, mahu frust menonggeng ni.
            “Eh, lepas goreng ikan, tolong gorengkan sayur tu. Asam pedas semalam tolong hangat.”
            Terhenti perbuatan Amna. Lengannya disilangkan ke badan sambil mejeling pada si kakak yang sedang elok hendak melangkah        keluar dari pintu dapur. “Kalau macam ni, umpamanya adiklah yang masak!”
            Sakinah hanya mampu ketawa berdekah-dekah. Senang dapat mengenakan adiknya itu. Walaupun sudah besar panjang, yang bongsu pasti akan kekal bongsu. Manja terlebih!
***
            Berulang kali Redza membaca mesej daripada Syakira. Hatinya tersenyum berbunga mekar.

You must do something Redza.. It’s not working!

            Redza sedar yang Syakira risau jika dia tidak berjaya menambat hati Amna. Dia memang sengaja menguji Amna dengan meminang gadis itu di pejabat. Dia mahu Amna tahu yang dia akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan tekadnya untuk memiliki Amna.

            First step gagal.... akan ada banyak step iringan lagi. Hmm, esok nak buat kacau apa lagi ya? Lantas tangan Redza gigih menekan touch pad. Menghantar mesej pada Syakira.

Apa yang Amna tak suka?!


p/s: do enjoyzzz okeyhh... tolonglah jangan tensen2 bc cite nih.. hiks

43 comments:

  1. apa amna tak suka ye? amna tak suka pena penulis yg suka libang libukan hati pembaca..wahaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... amna x suka ke or RM yg x suka? hikss.

      Delete
    2. tepat sgt tu rehan...
      suka citer ni

      Delete
    3. tq kak na.. sila suka lagi okeyh.. =)

      Delete
  2. waaa new way apa yg tak suka:) cepat continue tak sabar dah ni

    ReplyDelete
  3. apa pulak dah rancangan redza tu? curious ni.. sara cepatlah smbung.. plezzz.. terfikir fikir tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar kak.. slow2.. hehehe.. nnti kalu cepat sngat cpt habs..hehe

      Delete
  4. tk tension pn dek...tp mmg lawak lh redza sesedap rase jer pinang ank org kat opis....tk pernah g di buat kat org...tu lh ahfan,org kalu nk beribu idea nyer...so tk kn nk nengok jer...sat g bunga dalam gengaman terlepas..so u amek bau pn tk dapat bro..haaahaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norihan, kalau dr jauh mn nk nk dpt hidu bau bunga. I suka berani Redza. Br gentleman! Kan kan kan?

      Delete
    2. kak rihan... redza dia ikut suka hati dia jeh.. hehe... atenya the best man win.. hik hik..

      kak ayu... sabar kak sabar... ni mmg memperluaskan promosi redza nih.. haha

      Delete
  5. kak sara nak lagi.. Amna tu garang mcm sara dalam alergik mamat romantik.. redza tu pulak mcm arjuna.. kuat mengusik tp dalam hati ada taman

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ya ke sama? mungkin tang kuat bergaduh tu kot..

      Delete
  6. bile dengar cite ahfan yg pernah kena reject ni rasa kesian plk kat dia... tapi.... hehehe de tapi jugak ni.... Tapi akak tetap nak pilih Redza =)
    ape la yg amna xsuka ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wild cherry, sy pun suka Redza. Cara memikat yg pelik tp kreatif. :)

      Delete
    2. wah wah wah... kak aomori sedang memperluakan kuasanya untuk menjajah memilih redza.. sabor2.. besenya kan hero lmbat panas... hik hiks

      Delete
  7. Funny!!! Redza ni mmg berbeza dgn hero2 novel zaman skrg. Otak dia creative nk pikat Amna with his own unique ways. Go Redza Go!!! I mmg penyokong Redza, ahfan tu mcm x de ball je... Haha

    Amna, nanti dh jatuh hati dgn Redza terus x boleh nk deny Dah yg Redza lg hebat drp Si Ahfan. Wow ni mmg betul2 statement hardcore Fan Redza!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakkkk.... sy try buat redza ni jadi berbeza.. hik hik.. amboih2.. baru bab 4 tp dah predict jauh sangat tuh... hahha.. mmg betul fans redza nih

      Delete
    2. Sara, statement tu sbb Amna kata buntut kuali lg hensem drp Redza. Tu yg akak kata bila hati dh terpaut nanti x nmpk dh Ahfan. Skrg ni mmg la sbb dok gila byg dgn Si Ahfan tu...

      Delete
    3. manusia mmg macam tu kak.. hiks.. tkut terkomen pasal diri sndiri pulak..hahaha..

      Delete
  8. Nasib kau lah Ahfan kalau Redza yang dapat Amna dulu. Hahaha lambat sangat nak bertindak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bukan mudah tau nak luahkan isi hati... trauma kena reject x abis lg tuh

      Delete
  9. kompem kak saye pilih redza....ahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh.. ramai angkat tngn sepanduk sokong redza nih

      Delete
  10. Biler la Ahfan ni nk abis warming up..redza dh start lari dh tuh, dh smpi ke tengah padang dh..Ahfan, cpt lari, lari laju2, cpt2 potong si redza tuh, sempat lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. bukan ramai penyokong ahfan nih.. sila bertabah kak.. bukan mudah nk hakis rasa trauma tauuu

      Delete
  11. I dah jadi pengikut Redza lah. hahaha... Go Redza Go! best sangat cerita ni. Jangan benci nanti sayang... hahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tq afifah... tu mmg slogan kata orang tua2 dulu kan.. hiks

      Delete
  12. tak terkata..x tau nak pilih yg mna..kita tggu sja entry selanjutnya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal lagi nak predict yunk.. releks dulu yoo.. hiks

      Delete
  13. disebabkan semua memilih redza... i dengan besar hatinya nak vote utk ahnaf! muehehe... mesej utk ahnaf, jangan tunggu lama-lama, nanti amna dikebas redza! Kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi, plus point utk Redza, dia gigih berusaha. Ahfan pulak, Amna suka dia. Masing2 Ada kelebihan sendiri. Kita tgu siapa dpt Amna nanti.

      Delete
    2. first kak umi.. bkn afnan ler.. ahfan.. LOL... hiks.. tulah.. jangan tunggu lama2.. nnti kena kebas kan..

      kak ayu... redza memang gigih kan.. ish.. hero kesukaan sapelah tuh.. haha

      Delete
    3. hehehe... teruja nak vote, nama hero pun silap eja. ahaks~ yg penting, smpai mesej... ^^

      Delete
  14. ayoyoyo.. awat mcm sengal je si redza tu... x macho langsung2.. senang2 je kena potong ngan ahfan.. tp sutera suka redza ngn amna... say no to ahfan.. (tak tau nape)... bajet gentleman kut,, x besh langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha.. sabar kak sabar... hero kena lah slow motion kan

      Delete
  15. konfiuzing.. napa bukan redza hero??.. ahfan, oh! jangan!.. tak bajet sasa langsung..

    ReplyDelete
  16. hahahah.... bleh plak redza tnya ap yg amna x suka.. lol
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  17. lahhh!!! sepatutnya tanya apa yg amna suka,memang senget tahap tak ingatlah redza ni,,

    ReplyDelete
  18. dah gian nak masok kubur ke datang meminang nie..haha..ayat taley blaa langsung..tana laa amna ngan redza..annoying lebey..buat sesak urat perot jee..

    ReplyDelete