Thursday, 14 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [3]


            Mata Amna ralit di skrin komputer. Menyiapkan report untuk dihantar ke bahagian teknikal. Nanti lambat siap, marah pulak Dato Hamdi itu.
Sedang elok waktu pejabat telah berakhir, muncul seorang lelaki yang telah ditugaskan untuk menyerahkan kereta kelisa milik Amna. Amna mula menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kereta kesayangannya sudah pulih dari sebarang penyakit. Tak payahlah dia susah-susah fikir dia nak balik dengan siapa hari ini.
            “Terima kasih. Err, berapa yang nak kena bayar ni?” Amna berdoa di dalam hati. Janganlah mahal sangat! Sungguh terlupa nak keluarkan cash. Lagipun, manalah dia tahu yang keretanya siap secepat ini!
            “Bos saya cakap tak payah bayar kak...” Ujar lelaki itu sambil kunci kereta mula bertukar tangan. Muka Amna sudah diselaputi kedutan.
            “Tak payah bayar? Habis tu, siapa yang bayar?”
            “Ada orang dah bayarkan. Berapa ringgit dan siapa, itu saya tak tahu. Saya hanya diarahkan untuk menghantar kereta ni sahaja.” Terang lelaki itu sebelum berlalu pergi. Amna mula terfikir sendiri.
            “Encik Squidward tu ke yang bayarkan? Eee, tak naklah aku terhutang budi pada dia!” Amna mula susah hati, tak suka bila sekali lagi terpaksa berhutang budi pada Redza. Mamat sinis yang menyakitkan hati.
            Lantas Amna mula mencapai telefon bimbitnya. Berulang kali Amna berkira-kira sama ada ingin menelefon Redza ataupun tidak. Namun dengan berat hati, Amna mendail nombor Encik Squirdward berdasarkan business kad yang dikepilkan kepadanya tadi.
‘Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah tolong, kita jangalah sombong...’ Antara prinsip hidupnya.
            “Hello.” Satu suara kasar menyapa gegendang telinganya. Amna mula tarik nafas. Cuba bertenang apabila dadanya mula diserang debaran.
Dah sudah... Kenapa nak berdebar pulak?
            “Assalamualaikum...” Ucap Amna. Bukan sengaja memerli tapi bukankah memberi salam adalah lebih baik dari membanggakan perkataan barat itu.
            “Waalaikumussalam.” Redza yang tadinya sedang menyandar, terus menegakkan badannya. Sudah boleh mengagak pemilik suara itu. Redza tersenyum senget. Sedari tadi, memang dia menantikan panggilan daripada gadis ini.
            “Encik Redza, saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya pagi tadi.” Amna baru teringat yang dia belum mengucapkan terima kasih kerana membantunya pagi tadi.
            “Ada apa-apa lagi?”
            Sengaja Redza ingin mengenakan Amna. Secara teorinya Amna  nampak lemah lembut. Tapi secara fizikalnya, dia tahu Amna tak berpuas hati dengannya? Entah-entah Amna nak mengamuk ke, teringin nak pasang bom pada keretanya nanti ke, teringin nak cincang lumat dengan parang ke atau nak lumatkan dengan lesung batu? Manalah tahu kan...
Rahang Amna mula jatuh ke bawah. ‘Ya Allah, ada jugak tercipta makhluk macam ni kat dunia ini? Gila sombong mamat ni? Aku nak ucap terima kasih je kot... Bukan suruh dia belanja pun. Tak pun dia sengaja nak bayarkan... sebab dia dapat ketawa dan perlekehkan aku! Apa dia ingat aku tak mampu ke nak bayar kerosakan kereta tuh?’ Rasa marah sudah mula menggelegak dalam hati. Bukan rasa marah dah ni, nak meletup pun ada nih!
            “Maaf kalau menganggu. Saya cuma nak tanya harga bayaran kereta saya ni? Err, macam mana cara untuk saya bayar balik pada Encik Redza?”
 Amna bagai hilang rentak untuk berbicara. Mungkin mengenangkan betapa sombongnya makhluk Allah ini. Rasa macam hendak ditendang muka Redza. Biar senget! Biar tidak ada orang yang sudi memandangnya lagi. Pergghh... sejak bila jadi kejam nih? Arghh.. yang penting tak perlu nak kompromi dengan Encik Squidward ini.
            “Setakat bayar besi buruk awak tu, tak akan luak pun duit saya. Hmm, awak nak cakap apa lagi untuk terus membazirkan masa saya?” Sakat Redza sambil menyembunyikan senyum. Senyum lagi... dan senyuman makin melebar...
Dan hanya setakat itu. Kesabaran Amna sudah tidak boleh ditagih lagi. Terus dia menekan punat off. Otaknya dah mendidih! Tahap kesabaran dan jatuh meyembah tanah. Sebelum dia mengamuk, baik dia letak telefon!
            Tergamam! Terpana! Terkedu!
            “Dasar mamat Squidward yang sinis! Kau tu yang langsung tak layak nak bercakap dengan aku!” Geramnya hanya Allah yang tahu. Kemarahannya bagai tidak mahu hilang dengan sendiri.
            “Huh!!! Tanpa sengaja, dia telah menepuk kuat mejanya sendiri. Geram teramat! Hilang kesopanannya yang selama ini dijaga rapi!
            “Amna, awak tak apa-apa?” Dari dalam biliknya lagi, Ahfan sudah menangkap kelibat Amna yang sedang bercakap sendiri itu. Apa yang tak kena? Tak pernah-pernah dia tengok Amna macam ni. Bukan ke Amna terkenal dengan sikapnya yang bersabar?
            Amna menyapu dada. Terkejut dengan kemunculan Ahfan di balik partition biru ini. Sudahlah mejanya memang betul-betul dihadapan bilik Ahfan!
            “Err, saya okay je Ahfan.” Ucap Amna tersengih-sengih. Malu ditangkap sebegitu rupa. ‘Macam mana boleh terover ni?’ Kutuk Amna sendiri.
            “Meeting dengan Dato Hamdi tadi macam mana?”
            “Okay... Dato setuju cuma macam biasalah.. Dia tu kan double cerewet...” Perlahan sahaja hujung suaranya. Tak mahu jika Ahfan berfikir yang dia mengada ingin mengadu domba pulak.
            “Dia memang cerewet. Kalau susah sangat, saya suruh Awsam handle seorang! Dia kalau dengan perempuan, memang makin mengada-ngada.” Dengus Ahfan bengang. Sebenarnya sengaja dia mengarahkan agar Awsam ikut turun padang bersama Amna. Kalau ikutkan, projek sebegini, boleh dihandle sendiri oleh Amna.
            “Eh tak apa Encik Ahfan. Still under control lagi.” Dia tidak mahu jika Ahfan berfikir yang dia mengada-ngada dan tak pandai berdikari. Oh, dia memang selalu nak nampak sempurna di mata Ahfan!
            “Ish... kan dah banyak kali saya cakap. Jangan panggil saya Encik.. Bukan saya yang bos.” Ada nada rajuk di situ.
            “Tapi syarikat ni kan...”
            “Ini company abang saya... Saya pun kuli dekat sini.” Ucap Ahfan mesra. Satu sikap yang sangat menyenangkan Amna. Heh, kalau dah suka tu, bau kentut pun dah macam perfum kan... kemain lagi perumpamaan!
            Mereka mula diserang kebisuan.
            “Dah pukul berapa ni. Awak tak balik lagi ke?” Tanya Ahfan lagi. Melahirkan sikap prihatin pada rakan sejawat.
            “Kejap lagi baliklah.. Nak siapkan report ni sikit lagi. Awak?” Amna mengetap bibir. Kalau bercakap dengan Ahfan, dadanya berdetup melebihi had kelajuan. Bagai hendak terkeluar dari tubuhnya.
Dear heart, please be nice to me...’ Pelik betul hati ini. Makin ingin diteroka.. Makin kita buta! Ilmu apa yang Ahfan pakai agaknya? Setiap kali mereka berpandangan, kala itu juga hati Amna cair. Mata Ahfan yang menggoda, hidung separa mancung yang terletak cantik. Suara yang membelah jiwa. Aroma dan aura yang mendidih! Perfect!
            Okay... Nampak sangat anak dara ni gatal benor! Rajin skodeng anak teruna orang! Dia mula beristigfar sendiri. Tak baik lara dengan dugaan dunia!
            “Nak baliklah ni. Awak ada transport tak nak balik, ke nak saya hantarkan?” Ajak  Ahfan berani. Padahal dalam hati, Allah sahaja yang tahu gemuruh jiwanya. Setiap kali dia berhadapan dengan Amna, dia jadi kelu.
            Terpana Amna mendengar perlawaan umpama bulan jatuh ke riba itu. Namun apakan daya, keretanya telah pun siap.
            “Terima kasih jelah Ahfan. Tapi tak payahlah. Kereta saya dah siap dah pun.” Ujar Amna separa hampa.  
Matanya jatuh lagi pada wajah Encik Ahfan. Argghh, payah betul untuk dialihkan pandangan mata ini.
            “Oh okay... Tapi kalau kereta awak rosak lagi, jangan segan-segan mintak tolong dengan saya tau.” Ada nada hampa di situ. Dia suka jika Amna Safiya mengharapkan bantuannya. Terasa seperti dia terlalu diperlukan.
Amna hanya tersengih. Pucuk dicita ulam mendatang... ‘Confirm saya call punyalah!’ Hmm, kan best kalau kereta rosak lagi... Untung-untung boleh melepak dengan Ahfan kan.. Ceh! Niat pun tak betul, jangan harap Allah nak makbulkan.
             ‘Tapi kan... kenapalah aku tak terfikir nak mintak tolong dengan Ahfan tadi? Kalau tak, mesti aku tak akan kenal dengan Encik Squidward itu’ Dalam diam, dia marahkan medulla oblongatanya yang tidak bertindak dengan drastik! Tak pasal-pasal dia telah menemui seorang mamat squirdward yang membuatkan otaknya sebu dan hatinya tepu!
***
Redza hanya tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa yang berlaku di antaranya dan Amna Safiya siang tadi. Dan baru seketika tadi mereka baru berhubung melalui telefon. Hatinya mula digaru-garu rasa yang sukar ditebak!
            Amna Safiya... Hmm, keningnya terletak cantik. Mata bundarnya kelihatan berkaca sedikit. Hidungnya pula halus dan kecil sahaja. Menyempurnakan lagi kecantikannya. Yang paling penting, pipinya yang merah ketika marah itu menaikan lagi seri miliknya. Apatah lagi Amna mempunyai karakter yang mencuit hatinya dengan telatahnya yang cuai dan kalut itu.
            Pertama kali berjumpa, gadis itu ternyata telah meragut ketenangannya. Pantas Redza mengukirkan senyuman lagi. Untuk yang keberapa kali, dia pun tak tahu.
            Dulu, bukan main keras lagi menolak Amna. Tapi setelah mengenali gadis itu, dia mula terpaut. Menyesal pulak tak bertindak dari awal. Kalau tak, pasti sekarang mereka sudah merancang untuk berkahwin! Amboihh...
            Bila hati sedang dikerah rasa bahagia, izinkan senyuman itu singgah di raut wajah. Kerana apabila wajah sudah mula terpalit dek air mata, senyuman yang terukir pasti akan kelihatan sumbing.
            Telefon bimbitnya berdering lagi. Apabila melihat nama pada skrin telefon, bertambah panjang senyuman miliknya.
            “Hello kakak iparku.” Panggil Redza penuh mresra.
 Dia jarang bersikap sebegini ceria dengan sesiapa pun. Namun apabila bersama dengan Syakira, dia perlu lakukan semua ini. Sifat inilah yang dirindui oleh Amirah Syakira. Dan dia cuba untuk memulangkan sesuatu yang hilang itu. Walaupun bukan sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dia mencuba untuk menggembirakan Syakira.
            “Hahaaha.. kakak ipar? Laki aku dah matilah...” Syakira Berbalas dengan gurauan juga. Namun dia tidak menyedari yang senyuman Redza mula mati dihimpit kata.
            “Maaf kalau aku....” Redza mula serba salah.  Cepat pula Syakira memintas.
            “Kalau kau tak ingatkan pun... Aku tetap ingat pada dia.. Semalam, hari ini atau esok sekalipun, tak akan ada yang akan berubah.” Tak akan ada sesiapa pun yang dapat meragut ingatannya dari terus mengingati Radzi.
            “Kau patut cari pengganti dia.. Barulah kau boleh lupakan dia.”
Sampai bila Amirah Syakira harus menderita dan menyendiri sebegini. Dia juga perlukan ruang untuk berbahagia. Dia juga perlukan seseorang untuk dicintai. Semua orang berhak diberikan peluang. Lagipun Syakira masih muda untuk terus meratapi pemergian Radzi. Allah memang tak akan memulangkan Radzi tetapi Allah pasti akan mengantikan kebahagian yang hilang itu.
            “Kalau kau suruh cari seseorang untuk aku cintai, untuk menemani hari-hari aku yang mendatang, mungkin aku akan pertimbangkan. Tapi bila kau suruh aku cari seseorang untuk aku lupakan arwah, perkara tu memang membantutkan niat aku untuk mencari pengganti. Aku tak nak lupakan dia. Walau untuk sesaat. Kasih aku hanya untuk dia. Kalau pun ada seseorang di masa akan datang, dia tak akan berjaya merampas kasih aku pada dia yang telah pergi.” Perlahan-lahan Syakira melepaskan kata.
            Hati Syakira lelah bila Radzi pergi meninggalkan dirinya. Tapi dia bersyukur kerana dia kekal bertahan tanpa perlu rebah. Kalau dahulu dia kuat untuk menghadapi kehilangan ini, jadi sekarang tak ada perkara yang boleh meragut kekuatannya.
            Hati Redza sedikit tersentuh. Mengenangkan betapa cintanya Amirah Syakira kepada Radzi. Betullah kata orang, jika benar cinta, pasti tidak akan ada gantinya.
            Adakah seorang wanita yang seperti Syakira nanti untuk dirinya? Yang akan setia menyintai dirinya dikala dijengah rasa suka mahupun dihimpit penderitaan. Adakah? Dan mampukah dirinya sendiri menyintai wanita itu seadanya. Menghargai anugerah Allah yang penuh cacat celanya itu? Menyempurnakan kisah hidup mereka dengan CINTA!
            Dahulu, dia selalu mengangap cinta sebagai satu benda ringan. Mudah diambil dan mudah ditolak. Sesuka hati memainkan perasaan milik orang. Tidak mempedulikan tangisan yang terbit.
            Namun kini, cinta Amirah Syakira menggoyahkan segalanya. Meragut keegoan miliknya yang dulu dijadikan kebanggaannya. Dan kisah cinta yang penuh tragis itu membuatkan dia melutut. Menghargai makna sebuah erti sebuah percintaan. Sejak itu dia insaf!
            Kata-kata Syakira dahulu masih lekat di dalam kotak ingatannya.
            “Aku tak menyesal jika sakit kerana cinta. Aku tak akan mengeluh jika perlu merana kerana cinta. Aku tak akan pernah puas menghadapi karenah cinta. Kerana walaupun untuk sesaat, aku tak mampu untuk kehilangan cinta. Andai kau telah menemui seseorang yang kau cintai, kau akan berjuang walaupun perlu mempertaruhkan nyawa kau sekalipun.”
            Kerana kata itu, dia berubah. Mencari arah yang lebih baik untuknya. Walaupun hari esok adalah rahsia milik Allah, dia tidak akan pernah berhenti merancang yang terbaik dalam kehidupannya.
            “I don’t know why when sometimes we hang on to something we know we’re better off letting go… its like we’re scared to lose what we don’t really have.”
            Secara hakikatnya, dia tak pernah memilik Radzi. Jadi dia tidak layak untuk berlebih-lebih dalam bersedih. Tapi hati ini tidak kuat untuk melupakan Radzi semudah itu.
            “Eh, kita ni mood sedih pulak. Hah, apa cerita tadi? Kau dah jumpa dengan dia? Macam mana? Bukan ke kau cakap nak follow dia je dulu? So kau suka dia tak?” Amirah Syakira  mula menukar rentak perbualan.
‘Aish, Kira ni bercakap macam perluru! Tak henti menembak soalan!’ Banyak sangat soalan. Sampai Redza tak tahu nak jawab yang mana satu.
            “Sebenarnya aku memang berjumpa dengan dia secara kebetulan! Takdir sendiri yang membawa dia dekat pada aku!  Semuanya berjalan dengan lancar... Nama aku pasti akan terpahat dalam kepala otak dia sampai bila-bila.” Mengingatkan perbuatannya pada Amna, dia tahu yang gadis itu pasti mula bengang.
            “Apa yang kau buli dekat dia hah? Weh, kau jangan buli dia teruk-teruk sangat... Nanti dia bencikan kau, kau juga yang gigit jari kaki.” Usik Amirah Syakira. Dia tahu sangat perangai Amna. Adiknya itu mana tahan jika terus menerus dibuli! Mahu Redza masuk list utama yang hendak dibunuh!
            “Aku usik sikit jeh.. Kalau tak usik, nanti dia tak ingat pula siapa Redza Khusyairi nih..”
            “Jadi, dalam hati dah ada musim bungalah ya...”
            “Musim ini akan berubah mengikut peredaran masa...” Ketawa mereka pecah bersama-sama.
“Amboi... kemain bahagianya aku dengar. So lepas ni macam mana pulak? Apa strategi kau untuk curi perhatian dia?”
“Strateginya adalah...” Suara Redza sedikit berjeda. Dia sudah merangka beberapa momentum penting untuk mengikat Amna agar tidak jauh dari dirinya.
Dan kisah ini sebenarnya baru sahaja bermula. GAME START!!!
***
            Kemunculan beberapa orang wanita dan lelaki pada waktu pagi ini membuatkan Amna tertanya-tanya sedikit. Siapa meraka ni? Rasa aneh itu makin bertambah apabila  melihat kesemua tetamu itu membawa dulang hantaran sekali.
Kebetulan hari ini receptionist di bahagian depan mc. Jadi dia terpanggil untuk kedepan. Kebetulan memang mejanya tidak berapa jauh dari meja hadapan. Mungkin ada membuat temu janji dengan Encik Irsyad.
            ‘Siap bawak tepak sirih lagi. Ini macam rombongan merisik! Nak merisik siapa pulak? Tapi tak kan di pejabat kot? Hilang akal ke dia orang ni semua?’ Namun cepat-cepat Amna tolak tepi andaianya. Lantas dia menghampiri seorang lelaki yang berdiri paling dekat dengannya. Tak baik buat tetamu tertunggu.
            “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Ramah Amna bertanya. Kerjanya yang sering berhadapan dengan pelanggan membuatkan dia senang berhadapan dengan orang yang dia tidak kenali..
            “Saya Encik Syamsul. Saya nak jumpa dengan pemilik syarikat ni.” Ujar seorang lelaki sambil menunduk hormat sedikit.
            “Maksud Encik, Encik Irsyad ke?” Amna memohon kepastian.
            “Saya sendiri tidak pasti tapi kami memang ingin berjumpa dengan pemilik syarikat ini.” Amna tersenyum sedikit.  Menyerlahkan lesung pipit di pipi kanannya.
            “Ada buat appointment tak?” Tanya Amna lagi.
            “Tak ada.”
            “Sebentar ya... Saya interkom bos dahulu.” Namun belum sempat tangan mencapai gangang telefon, Ahfan sudah keluar dari biliknya. Muka Ahfan juga nampak pelik seperti dirinya.
            “Kenapa Amna?” Amna menarik lafaz lega mendengar suara teguran Ahfan.
            “Mereka semua datang nak berjumpa dengan Encik Irsyad...”
Ahfan memandang tetamu yang tidak pernah dilihat itu. Matanya sedikit mengecil apabila terpandangkan dulang hantaran yang sedang dijulang oleh para tetamu. ‘Nak pinang siapa pulak ni?”
            “Silakan... Pejabat Encik Irsyad di hujung sana.” Ramah Ahfan melayan tetamu itu walaupun dia turut diundang rasa tidak senang. Tiba-tiba hatinya tidak sedap. Bagai ada yang tidak kena sahaja. Kenapa ya?
            “Biar saya je handle Amna. Awak tolong siapkan minuman.” Pesan Ahfan kemudian ikut turut berlalu ke bilik abangnya. Amna hanya angkat bahu dan menuruti arahan dari Ahfan.
            “Amna, siapa depa semua tu? Siap bawak hantaran kot.” Belum sempat lagi tetamu menapakkan kaki ke bilik Encik Irsyad, si Imah sudah kepoh bertanya itu ini.
            “Mana aku tahu Cik Imah oit. Aku ni bukan mak nujum belalang yang pandai meneka-neka. Dahlah, pi sambung kerja. Aku nak bancuh air ni. Karang mati kehausan pulak tetamu kita tu..”
            “Kau ni kan Amna, kalau aku tuang air, kau suka menambahkan gula kan. Suka bagi perisa tambahan.” Imah mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Baru cukup ramuan sayang... Baru ada umphh! Eh, alang-alang kau ada ni.. Aku nak suruh kau buat claim aku. Kalau boleh kasi settle bulan ni ya.” Amna tersengih-sengih sambil tanganya ligat menyediakan minuman.
“Arghh kau.. Asal jumpa aku je buat claim. Bosan betul.” Bebel Imah sambil berlalu pergi.
Sedang elok dia berjalan ke bilik Encik Irsyad, tiba-tiba dia disergah kasar.
 “Pergi hantar air cepat-cepat. Tetamu dah tunggu tu.” Imah muncul balik secara mengejut. Mujur tak terlepas dulang yang sedang ditatang oleh Amna. Perangai mengalahkan supervisor pulak. Tak sempat-sempat nak mengarah. Padahal kerja sendiri pun banyak pending yang tak jumpa ending!
“Amboihh... seronok betul mengarah kan? Dah yang kau tercegat lagi kat pintu ni kenapa? Pergi buat claim aku tuh! Aku dah pokai dah bulan ni...” Namun sedikit pun Imah tidak terkesan. Siap boleh sengih renyih lagi.  Ini pasti senyum ada makna nih...
“Kau apahal?” Umur mereka yang hampir sebaya membuatkan mereka sedang menggunakan bahasa yang agak kasar. Tak perlulah nak formal sangat dengan rakan sekerja.
“Nanti jangan lupa share gosip tau.”
Amna mejenggilkan matanya. Dah boleh agak sangat!
Tanpa membuang masa lagi, terus Amna menapak sambil menatang dulang yang penuh dengan minuman. Apabila dia membukakan pintu pejabat Encik Irsyad, semua mata-mata mula memandangnya ke arahnya.
            “Jemput minum.” Ujar Amna sambil tersenyum sedikit.
            “Macam yang kami cakap tadi, tujuan kami datang ni bersebab. Kami datang ni hendak menyampaikan hajat. Mungkin macam tak sesuai nak bincang kat ofis, tapi kami hanya ikut arahan tuan punya badan. Harapnya permintaan kami ni boleh ditunaikan.”
Ujar lelaki yang bernama Encik Syamsul itu. Amna curi-curi dengar perbualan ketika tangannya sedang mengatur minuman buat tetamu yang sedang duduk di sofa. Pergerakannya sengaja dilambatkan. Nampak sangat busybody kan!
            Mata Amna dan Ahfan saling beradu tika Amna menghulurkan cawan yang berisi minuman. Ahfan tersenyum. Terus luruh jantung Amna dibuatnya. Kenapa banyak sangat aura lelaki ini? Boleh kena penyakit jantung kalau macam nih!
            “Apa permintaannya tu?” Suara Encik Irsyad memecah kesunyian. Abang Ahfan itu  sudah mula tersenyum-senyum. Sudah hampir memahami isi kata-kata tetamu itu. Tapi untuk siapa dan dari siapa, semua itu masih menjadi persoalannya.
            “Saya wakil yang datang ke mari untuk meminang Cik Amna Safiya binti Awang untuk menjadi isteri kepada Redza Khusyairi.” Dengan satu lafaz, ayat itu menerjah keluar dari mulutnya.
            Tersembur air yang sedang diminum oleh Ahfan tika ini. Amna apatah lagi. Rahangnya terjatuh. Kalau dia tidak duduk sekarang, mungkin dia sudah jatuh menyembah bumi. Tubuhnya mula rasa menggeletar.
            Adakah bala malapetaka tersilap masuk kawasan hingga membuatkan ianya sesat ke sini? Sungguhh Amna rasa hendak pitam!

p/s:: plezzz... do enjoyzz okeyhh.... =)

46 comments:

  1. memang patut jatuh rahangmu duhai amna...;)
    erm... but still tertanya2. siapakah heronya? redza ke?

    ReplyDelete
  2. Sy vote redza...giler lawak game die..knp smpi k office

    ReplyDelete
  3. cisss,giler!!...mmg giler sgguh2,xpenah d buat org mminang kat opis!..ke mmg ade,aku jer yg xtau?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. setakat y saya tahu.. redza seorang je y pernah buat..

      Delete
  4. mmg sengal unta lh redza nih!ade ker minang ank dara org kat pejabat....heeheeeeeee...lawak sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. redza nak kena piat telinga lah tuh kan.. ishh.. mula2 lagi nk tunjuk kuasa veto

      Delete
  5. haaaaaaaaaaa jatuh pula rahang saya

    ReplyDelete
  6. hahahha..x pernah dibuat org..kelakar la si redza nie..best2..

    ReplyDelete
  7. Pergh!!! xpnh dibuat org p merisik kat pejabat.... tp en... akak rase mcm nak redza je yg jd hero... coz blm nmpk lagi pwatakan ahfan tu mcmne...
    xsangka rupe2nye kakak amna nk jodohkan amna ngn redza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mana tahu lagi.. hero kan besenya lambat panas.. hik hik

      Delete
  8. best..best...apa pun nk redza jd hero walaupun nmpk glojoh n brutal p minang orng kat pjbat..

    ReplyDelete
  9. ooo emm gee..alaa...xmo redza ;( cerewet..haha

    ReplyDelete
  10. Redza.. kau betul2 cari pasal dengan Amna.. best best

    ReplyDelete
  11. senyummmmmm tak perlu kata apa2... hehehhehe

    ReplyDelete
  12. alahaii redza nii,, sampai ke ofis.. dasyat sungguh.. mmg amna akan igt dia sampai bila2 .. haha.. ahfan lambat bertindak,, kan dah kena potong line.. :p

    -athirah-

    ReplyDelete
  13. kak sara, nak lagiiiiii..

    ReplyDelete
  14. Redza ni kenapa kelakar sangat....wkwkwkwk ada ke patut gi meminang kat pejabat? Hahaha! Tp okay lah...sweet jugak. Lain dari yang lain..

    Ahfan mmg ada hati dengan Amna erk? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. ahfan ada hati ngan amna.. tp mamat tu slow motion ler.. LOL..

      Delete
  15. Ni bukan novel sopan bukan sikapku ke dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak.. saya tukar tajuk plus versi y telah dikemaskni.. =)

      Delete
  16. bior redza jadi hero baru best..kelakar si ahfan lembab sgt

    ReplyDelete
  17. Erm..Ahfan pun suka Amna...Tp slow la Ahfan ni..
    Ahfan takkan berdiam diri kan...apa lah agaknya otak geliga Ahfan nk hadap rombongan tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zaharah... lelaki mcm ahfan ni mmg ramai kak.. bkn semua mampu nk take ection kan.. hik hik

      Delete
  18. biar betik redza... asl bwk rombongan meminang dkt opis plak.... :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  19. semakin menarik ceta ni dari bab ke satu bab,..

    ReplyDelete
  20. kesengetan melampau btol laa redza nie..ad patot g meminang kt opis..ape pown ta boley..naseb laa bawu jumpe cite nie..best gilee kot..kalo wt novel sure 100 kali cetak..terbaek~~

    ReplyDelete
  21. Suspenz.. hehehehe.. tetiba dtg mlamar.. tak ke naya. Tpi lg best klau amna dgn ahfan.. hehehe

    ReplyDelete