Senyuman tidak lepas dari memandang keadaan rumah yang masih dalam proses pengubahsuaian itu. Redza bersyukur apabila segala kerja berjalan seperti yang dijadualkan. Rekaan dalaman yang berteraskan konsep moden memang menjadi idamannya. Dia mahukan rumah yang simple tetapi boleh releks. Tidak terlalu semak ataupun mewah.
Ingatan Redza mula teringat pada nasihat papanya apabila dia membuat keputusan untuk membeli kediaman sendiri.
“Confirm ke nak beli rumah tu?”
“Confirm papa...”
“Tak nak cari rumah yang lebih besar?” Redza ketawa apabila mendengar pertanyaan papanya itu? Penting ke rumah besar kalau isi dalam rumah itu kosong? Pengisiannya zero?
“Rasanya rumah yang nak dibeli tu cukup untuk menampung diri sendiri, bakal isteri dan bakal anak-anak.” Jawapan taraf SPM mula diberikan. Bukan main skema lagi.
Tapi kalau dengan papa, Redza memang tak berani cakap lebih-lebih. Apatah lagi sejak ketiadaan Radzi, Redza tahu yang papa menerima tamparan yang besar bila kehilangan anak kesayangannya itu.
“Hmm.. kalau itu keputusan kamu. Papa tak ada halangan. Luas sebuah rumah itu tak penting. Yang penting pengisian dalam rumah tu. Rumah adalah tempat untuk manusia beristirehat dari penatnya menghadapi karenah dunia. Jadi rumah yang dipilih mesti bertepatan dengan piawaian hati. Kalau kita sendiri tak suka rumah tu, rasa nak balik pun akan hilang.”
Redza mengangguk-nganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan kata-kata papa. Perangai Radzi dulu memang sebijik macam papa. Cakapnya berhalus dan bermakna. Berfalsafah. Ada prinsip hidup. Jauh benar kalau nak dibandingkan dengan Redza yang kuat berfal‘sampah’ dan hidup penuh terumbang ambing itu.
Dalam banyak perkara, Redza memang senang menjadikan si papa sebagai contoh terdekat. Sesibuk mana pun papa, dia tetap akan balik ke rumah. Mengadap karenah kami empat beradik. Walaupun seharian sibuk di pejabat, dia akan cuba ambil masa supaya dapat makan malam bersama-sama. Waktu di meja makanlah mereka berkumpul sambil bertukar-tukar cerita.
Sambil menilik dinding bangunan, Redza teringat kisah yang pernah dikongsi oleh pensyarah dahulu. Dulu dia mengambil course Civil Engineering. Jadi pensyarah pernah berkongsi satu cerita ketika di dalam bilik kuliah. Dan kisah itu dia ingat sampai sekarang.
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya pada setiap pengunjung adakah ada cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya jika terdapat kesan cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Mereka terus ditahan dan dihadapkan kepada Raja.
“Apa lagi cacat dan cela kota ini?” Tanya Raja.
“Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Jawab orang itu dengan beraninya.
Raja tak berpuas hati lalu bertanya lagi. “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?”
“Ada … Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Jawab mereka.
“Segera katakan apakah itu?” Desak raja.
“Syurga tempatnya dan Allah adalah pemiliknya,” Jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Inilah salah satu sebab yang membuatkan Redza memilih kediaman yang biasa. Jauh dari kemewahan yang sememangnya mampu untuk dimiliki. Apalah yang ada pada perhiasan mewah dan kediaman yang terhias indah andai semua itu mampu mendatangkan rasa ujub, riak dan takbur. Sifat itu akan menjauhkan diri kita dari yang Maha Pencipta.
Kita mungkin boleh memiliki dunia. Tapi dunia ini akan hancur. Bila hendak melakukan sesuatu, titipkanlah saham untuk ke akhirat juga. Imbangilah diri dari terjerumus dari kesoronokan dunia semata-mata.
“Fuh... okay tak Interior Designer yang aku rekomen tu? Tengok rumah kau ni macam cun jeh!” Komen Ezrakil setelah menghilang entah ke mana tadi. Menggeledah isi rumah barangkali.
“Yeah... terima kasihlah banyak-banyak. Aku memang terhutang body dengan kau...”
“Wo... sabar... tak apa. Simpan je body kau tu. Tak perlu nak gadaikan pada aku.” Balas Ezrakil sambil ketawa.
Tadi sempat juga dia menjelajah keluasan banglo milik Redza. Keluasan yang tak jauh beza dari rumahnya. Cuma patent rumah agak moden dan nampak lebih santai. Kalau ikutkan duit Redza, dia lebih dari mampu untuk mencari kediaman mewah yang lain. Tapi lelaki itu memilih untuk bersederhana.
“So... rumah dah ada.. Bila nak isi dengan surirumah pulak?”
“Hmm... aku memang tengah try seorang minah nih. Tapi liat semacam...”
“Baguslah tuh... Dia tak terpedaya pada kekacakan kau dan harta benda kau! Perempuan macam tu yang kau boleh buat bini.” Bagi Ezrakil, bukan senang nak cari perempuan yang bukan materialistik di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini.
Kalau ada pun, satu dalam sejuta! Dan dia bersyukur apabila dia memperolehi seorang isteri seperti Farafeesa yang sememangnya langsung tidak terpedaya dengan harta benda jauh sekali paras rupa.
“Sebenarnya.... dia adik Syakira.”
“Syakira? Syakira kawan arwah Radzi ke?” Dahi Ezrakil sedikit berkerut. Cuba mengingati wajah Syakira itu.
“Yup!”
“Macam mana kau boleh kenal dia? Maksud aku perempuan tu... Syakira yang kenalkan?” Tebak Ezrakil. Masih belum mampu menebak isi cerita yang sebenar.
“Aku tak tahu kenapa Syakira beria sangat nak kenalkan adik dia pada aku... Mula-mula memang aku tolak. Bagi aku, jodoh aku tak perlu direkomenkan oleh sesiapa pun. Aku boleh cari sendiri... Tapi... tapi aku mengalah bila takdir yang membawa aku bertemu dengan Amna sendiri.”
“Amna? Perempuan tu nama Amna?”
“Yup... Amna Safiya. Lepas aku jumpa dia... aku rasa dia memang ada daya tarikan yang tersendiri. Tanpa sedar, adakalanya aku rasa aku hilang diri sendiri bila berhadapan dengan dia. Ego yang selama ini jadi kawan baik aku tiba-tiba hilang sekelip mata.” Susah nak buat orang faham situasinya sekarang.
“Redza... kadang-kadang kita kena jatuhkan ego sendiri bila ego tu mula menghalang kebahagiaan kita. Bukan kita berubah bila bersama dengan dia, tapi keadaan yang menjadikan kita macam tu. Orang cakap, kalau sukakan seseorang, jangan ubah dia menjadi orang lain. Tapi sebenarnya falsafah mereka tu salah. Apa salahnya berubah andai perubahan itu ke arah kebaikan... Mesti ada sesuatu yang menjadi pendorong ke arah satu perubahan.” Panjang pula nasihat suami orang ini.
Kedua belah kening Redza sedikit bercantum.
“Akil... Macam mana kau tahu yang Feesa adalah gadis yang diciptakan untuk kau? Macam mana kau begitu pasti yang dia jodoh kau?” Soalan Redza mula cenderung ke arah jodoh. Dua tiga hari ini memang dia asyik terfikirkan perkara ini. Dia sudah bosan bercinta. Bercinta bertahun-tahun pun tak kahwin-kahwin jugak. Jadi ada baiknya dia terus melangkah ke gerbang perkahwinan.
“Salah satunya melalui istiharahlah. Solat yang di khaskan apabila manusia mula keliru untuk membuatkan keputusan dalam kehidupan. Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah supaya Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.” Penerangan Ezrakil mula berteraskan konsep agama.
Melihat Redza yang terdiam, Ezrakil kembali mengeluarkan kata.
“Letakkan pergantungan kau pada Dia.. Insya-Allah akan ada jalannya..”
“Aku tahu pasal istiharah tu...Yang aku keliru ialah tentang alamat yang Allah kasi untuk kita. Orang cakap kita akan bermimpi... Habis tu kalau tak bermimpi macam mana?” Tanya Redza tanpa malu. Untuk ilmu, seharusnya tak perlu ada rasa malu. Malu bertanya sesat jalan. Tapi orang sekarang dah buat peribahasa baru.. Malu bertanya, terus jalan!
Ezrakil tersenyum. Dia faham apa yang membaluti jiwa Redza sekarang. Dahulu pun dia nyaris terkeliru juga.
“Pertunjuk tu tak semestinya dalam mimpi. Kadang-kadang dia datang dari naluri. Jiwa kau... perasaaan kau... hati kau.. Bila kau fikirkan dia, kau rasa tenang, mungkin itu pertunjuk Allah. Adakalanya Allah tak bagi jawapan terus.. Dia nak duga dan nak uji kau. Jadi kau kena terus melakukan istiharah setiap malam sampai kau menemui jawapannya...”
Redza terdiam lagi.
Jauh Redza merenung kekurangan diri. Jenuh nak menampal compang camping yang banyak terlopong pada hati, Iman dan nurani. Mungkin dia tak jahat sangat sampai ke tahap berzina, minum arak ataupun tergolong dalam golongan yang melakukan dosa-dosa besar. Dia cuma seorang manusia yang kadang-kadang khilaf dan suka melakukan sesuatu ikut kepala sendiri. Ikut mood... Ikut hati yang mampu membinasakan manusia.
Contoh yang paling mudah ialah solat. Semua orang muslim tahu yang solat itu wajib. Solat itu tiang agama. Kalau sendiri tak dirikan tiang, janganlah bermimpi nak ada dinding perisai untuk sebuah rumah.
Tapi sekarang dia mula kesal kerana melakukan kesalahan yang kononnya dianggap remeh itu. Orang selalu cakap, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu jugaklah sebaliknya. Tapi jika dia seorang lelaki yang berusaha berubah untuk jadi baik, dia ada peluang tak untuk memperolehi isteri yang baik?
Dalam dia terkejar-kejar memburu cinta Amna, dia terlebih dahulu memburu cinta yang Maha Esa Dia pun tak mahu jika disogok sebagai seorang lelaki yang berubah hanya kerana seorang wanita. Tapi manusia lupa, hidayah Allah itu datang dalam pelbagai keadaan. Jika manusia berubah untuk jadi baik, pastilah ada seseorang yang akan dijadikan pendorong untuk mendorong terus taat pada Allah.
“Apa yang kau fikirkan?” Tanya Ezrakil yang sedari tadi bijak memerhati gerak geri Redza. Bagai ada sesuatu yang melingkar di benar Redza? Tapi tidak pula Ezrakil mampu untuk menebaknya.
“Entah... Aku terkenangkan kehilangan yang aku rasai...” Suara Redza separuh menyerah.
Ingatan tergarit pada arwah Radzi. Kerana sebuah kehilangan, dia mula berubah. Bersetuju bahawa dunia hanyalah pinjaman. Kehilangan Radzi membuatkan dia mencari identitinya yang hilang. Sudah terhantuk, baru nak terngadah! Perangai manusia yang tak mampu disangkal.
“Redza... Tak ada benda yang kekal dalam dunia ni. Kehidupan adalah guru yang paling berjasa dalam hidup ini. Hari berganti hari akan mengajar kita percaya bahawa setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri. Kita pasti pernah rasa orang di sekeliling kita berubah tapi ia sebenarnya mahu kita belajar cara untuk melepaskan seseorang itu pergi.” Ezrakil tahu masa silam Redza. Tapi kalau nak di ikutkan, Redza bukannya teruk mana. Setakat nakal seorang lelaki.
“Aku rasa macam dah kehilangan semuanya tentang masa silam... Aku hilang diri.. Aku rasa macam dah banyak sia-siakan masa silam aku.” Keluh Redza lemah.
“Itu lebih baik dari kau kehilangan masa depan kau!”
Bila perkara yang tak sepatutnya terjadi, terjadi, ia mengajar kita untuk lebih menghargai bila semuanya kembali normal kembali. Bila ditipu dan tersilap percaya, ia mengajar kita untuk lebih percaya pada diri sendiri. Bila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang indah pergi, kita belajar percaya agar sesuatu yang lebih indah akan hadir suatu hari nanti. Bila kehilangan masa silam, itu semua akan membuatkan kita menghargai masa depan.
“Setelah difikirkan semula... Aku rasa aku tak layak untuk dia.” Sekali pandang dah tahu yang Amna jenis orang baik-baik. Tak ada sejarah yang silam macam dirinya. Dengan Dayang dulu bersentuhan tu perkara biasa baginya. Hilang hormat pada maruah seorang wanita. Tapi sedaif-daif dia, tak adalah sampai bawak perempuan masuk bilik. Walupun imannya mungin cetek, tapi dia masih tahu batasnya.
"Aku ingat lagi kata-kata Ustaz Pahrol… Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik dan begitu jugak sebaliknya. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
“Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu semua ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha….” Panjang nasihat daripada Ezrakil. Tak sia-sia baca majalah solusi tempoh hari.
Wajah Redza mula tenang bila dibajai dengan nasihat-nasihat Ezrakil itu. Memang dia banyak cela. Tak sempurna sifatnya. Tapi dia berjanji akan sentiasa mencuba menjadi lebih baik.
“Weh, dah masuk lunch hour ni... Kau nak lunch dengan aku ke?” Tanya Ezrakil sambil mata mengerling ke arah jam tangan.
“Aku tahu kau nak balik jumpa buah hati kau kan... Silakan. Aku pun nak pergi cari buah hati aku nih.”
“Kau memang dah janji dengan dia ke?”
“Mana ada istilah janji dengan Amna... Yang ada istilah serbulah. Surprise....” Redza mula buat gaya muka terkejut. Sudah dapat dibayangkan reaksi Amna sebentar lagi.
“Oh... tak habis-habis lagi perangai diktaktor kau tu ya?” Perangai yang satu tu tak mahu pulak ditinggalkan? Redza... Redza... Ezrakil mula menggelengkan kepala.
“Perangai ni bila dengan Amna je.... Singa lawannya dinosourlah...”
Rumah banglo kecil ini mula bergema dengan tawa mereka berdua.
***
Dari malam semalam sampai ke pagi Amna tak menjamah apa-apa makanan pun. Kononnya nak bersarapan bersama Ahfan tadi. Tapi hatinya mula sebu bila melihat Ahfan yang langsung tak teringatkan janji temu mereka. Malah sejak masuk ke pejabat, lelaki itu masih belum keluar.
Kalau ikut hati, mestilah tak mahu makan. Tapi perut dan bergendang-dengut. Kalau tak diisi karang ada pulak yang mengamuk.
“Awsam... Kau keluar lunch tak?”
“Keluar...”
“Nak join...” Suara Amna dah tahap merayu.
“Erk....” Awsam mula serba salah. Dia tahu yang Amna tak makan dari pagi. Malah Durian Crepe buatan sendiri pun tidak dijamah langsung.
“Kau nak keluar dating ya?”
“Erk...” Sekali lagi Awsam buat muka tercekit. Kalau ajak si Amna ni karang, pecah pulak tembelang.
“Tak apalah.. Aku nak ajak Najmah!”
Laju tangan kanan mencapai telefon bimbit. Hendak mendail nombor Najmah. Awsam dah buat muka gelabah. Sebenarnya dia yang ajak Najmah keluar. Kalau Najmah tahu Amna tak makan, mesti dia nak batalkan pertemuan mereka. Aduh, apa nak buat ni?
Pergerakan Amna mula terhenti apabila melihat seorang perempuan yang melalui kawasan mejanya. Tanpa teguran, terus dia masuk ke dalam bilik Ahfan. Membuatkan Amna terpinga dan sedikit cemburu. Mahu tak cemburu! Perempuan itu cantik dan seksi.
Apa dia buat dalam bilik Ahfan?
“Kau kenal ke Minah tu?”
“Kau ingat aku ni tok nujum ke yang tahu semua benda?” Tak pasal-pasal suara Amna naik satu oktaf. Melepaskan kemarahan pada Awsam yang gatal mulut tanya soalan macam budak tak lulus SPM.
Benci Amna dengan Ahfan. Sudahlah dia lupa date untuk sarapan bersama? Lepas tu boleh pulak ada date dengan perempuan lain. Oh, berani sungguh!
Badan Amna kejung sendiri apabila mendengar tawa dari pintu bilik Ahfan yang mula dibuka dari dalam. Mereka berdua mula keluar tanpa langsung mempedulikan Amna. Amna berdiri. Diikuti dengan Awsam yang agak kecut melihat tindak tanduk Amna yang langsung tak dapat dibaca.
“Amna... Kau nak pergi mana ni?” Janganlah Amna tiba-tiba buat biul dan serang Ahfan dan perempuan tadi. Harap kegilaan Amna tak seteruk itu.
“Kau ingat aku boleh duduk di pejabat ni sambil mengadap dinding dan menahan perut yang mencecah tahap kebulur ni?Dah pukul satu... Nak keluarlah...”
Awsam terus membontoi langkah Amna.
“Erk... Kau nak keluar dengan mamat tu ke?” Tanya Awsam kurang pasti.
“Mamat mana lagi? Kau tak nampak ke Ahfan keluar dengan perempuan tadi tu? Hei, kau ni saja nak menghakis kesabaran aku yang menipis ni.” Ada jugak yang kena ketuk dengan senduk ni. Dari tadi tanya soalan tak berasas.
“Aku bukan cakap pasal Ahfan...”
“Habis tu?”
Awsam tidak menjawab tetapi menjuihkan mulut ke arah seorang lelaki yang baru sahaja melangkah keluar dari perut lif. Macam kenal pulak mamat tu? Client ke?
Kepala Amna ditoleh ke belakang. Mengadap seorang lagi lelaki yang bakal meningkatkan darjah kemarahannya! Apasal pulak mamat disaster ni datang sini?
***
Disebabkan rasa sakit hati pada Ahfan, akhirnya Amna dengan sukarelanya membiarkan Redza mengikuti langkahnya. Walaupun dia lapar tahap tak ingat, tapi seleranya terus mati. Macam mana nak makan dengan tenang kalau fikirannya terfikirkan Ahfan yang keluar dengan perempuan tak semenggah tu? Siap ketawa santai lagi. Fuh, siapa yang tak cemburu.
“Tak lapar ke?”
Kaki Redza masih mengikut langkah Amna yang masuk dari satu kedai ke satu kedai. Entah apa yang dicari Redza sendiri tak tahu. Dia sebenarnya nak ajak Amna makan tengah hari tapi dia dapat rasa yang mood Amna agak suwei hari ini.
“Kalau awak nak makan... Awak pergi makan. Saya tak lapar..”
Dicapat kasut Vinci yang berada di dalam Padini ini. Matanya cuba menilik kalau-kalau ada pilihan yang menarik hatinya. Dia sebenarnya bukan dalam kategori shoppinghorlic. Dia hanya akan membeli bila perlu sahaja. Kalau saja-saja jalan nak shopping tu memang tak lah...
Sedang dia memebelek sepatu yang berwarna biru itu, tiba-tiba perutnya berbunyi. Oh, nampaknya perut ni memang tahap kebulur! Bertambah rasa sakit hati bila mendengar tawa Redza. Tak kanlah dia pun dengar jugak?
“Pandai perut awak bergendang!”
“Tak kelakarlah!” Marah Amna. Macam mana telinga Redza boleh sepeka ini? Perut ni pun satu hal. Siap bagi signal lagi.
“Memanglah... Muzik tak akan membuat kita ketawa. Muzik akan membuatkan kita rasa lapar...” Bertambah-tambah cemberut muka Amna apabila diusik oleh Redza.
“Awak nak boikot apa sebenarnya ni? Boikot tunang awak sendiri ke?”
“Don’t you dare use that word!” Perkataan tunang itu memang betul-betul mintak nyawa!
“Releks... Kut ya pun marah, janganlah menghukum perut. Jom kita pergi makan.” Pujuk Redza lagi. Melihat Amna yang masih tak berganjak, terus ditarik lengan gadis itu. Degil semacam!
“Jangan sentuh sayalah! Saya boleh jalan sendiri!” Dikancing sedikit giginya untuk menahan marah. Mamat Squirdward ni sah belajar agama takat sekolah rendah sahaja. Hukum penting macam ni pun dibuat main.
“Dah awak degil sangat... Lagipun saya pegang berlapik. Bukan bersentuh pun..” Redza mula sedar kekhilafan diri. Dia tak sepatutnya terlalu mengikut kata hati. Tapi untuk mengalah dengan Amna, memang kirim salam ler jawabnya.
“Awak tahu… Ditikam dikepala dengan jarum dari besi itu lebih baik dari menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. Berlapik pun, salah di sisi agama! Mesti awak tak tahu kan?” Amna tayang muka yang menjengkelkan. Lelaki macam ni layak ke nak dibuat suami? Diri sendiri pun tak terurus.
Redza tersengih. Langsung tak ambil hati dengan kata-kata Amna tadi. Teguran seperti itulah yang diperlukan untuk memantapkan lagi keperibadian diri.
“And one more thing… Lelaki yang baik tidak akan menyentuh perempuan yang bukan muhrimnya.. Get the point?”
“Yeah… dan perempuan yang baik tak akan membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki yang bukan muhrimnya.. You get the point?” Balas Redza pula.
Dalam bahasa kiasannya, Amna memerli Redza dan menuduh Redza tergolong dalam kategori lelaki yang ‘tak baik’ manakala Redza pula memuji Amna kerana tindakan Amna mempertahankan maruahnya sendiri.
“Jomlah… Bertekak tak akan membuatkan kita kenyang.” Redza dah mula beralah.
“Perut saya dah sebu.. Otak saya tepu.. Jadi saya tak ada mood nak jamah makanan berat.”
“Okay.. Jom cari something untuk alas perut... Yang simple dan tak berat.” Mata Redza dah menilau di sekitar shopping complex. Walaupun dia dah tahap lapar gila, tapi dia tak mahu paksa Amna. Amna bagi dia ikut pun dah cukup baik.
“Big apple okay?” Cadang Redza bila terpandang signboard Big Apple. Rasanya donut yang bersalut coklat itu mungkin boleh mengembalikan selera Amna. Dengan berat hati Amna mengekor.
Redza mengarahkan agar Amna mengambil tempat di bahagian luar sementara dia membeli Donut.
Jam tangan yang melilit pergelangan tangan mula dikerling. Sudah menghampiri jam satu tiga puluh tengah hari. Amna mengeluh. Nampaknya sekejap lagi dia pasti akan pulang lewat ke pejabat. Rasa malas dah tahap sepuluh kilo. Hari ini memang tak ada mood nak buat kerja.
“Tara.... jemput makan. Twister or mineral water?” Tanya Redza sambil menghulurkan keduanya.
“Mineral water should be okay with me. Tapi... kenapa beli banyak sangat? Sampai dua belas. Siapa nak makan banyak-banyak nih.” Macam-macam flavour yang ada dalam kotak. Haih Redza ni, membeli belah ikut nafsu betul!
“Saya makan tiga... Awak makan sembilan.”
“Sembilan? Awak gila?” Mujur sahaja tak tersembur donut yang berada di mulutnya. Redza hanya ketawa.
“Getting better?”
“What?”
“Your mood?”
Kunyahannya mula terhenti bila mendengar soalan Redza itu. Nampaknya Redza memang sedar yang mood dia agar songsang dan tidak disusun dengan baik. Tapi lelaki itu sabar pulak melayan karenahnya hari ini. Mana hilang suara dan senyuman sinis itu?
“Redza.. apa yang awak expect dari saya sebenarnya? Saya tak ada apa-apa untuk diberikan pada awak!” Tanya Amna perlahan. Tak penat ke kaki Redza mengejarnya? Tahan pulak telinga Redza asyik kena marah je?
“Siapa kata tak ada? Awak ada sesuatu untuk beri pada saya.” Seperti biasa, wajah selamba itu tetap akan menemui satu jawapan.
“Oh please... Tolong jadi manusia yang faham bahasa sikit! Hati saya untuk orang lain. Cinta saya bukan untuk awak.” Amna dah bosan bertekak dengan Redza. Bosan bila kekalahan sering berpihak kepadanya.
“Nope... Bukan itu yang saya expect dari awak. If I were to take anything from you without getting noticed, I take all the loneliness in your heart....” Kata-kata itu sedikit berjeda.
Tanpa sempat berbalas pandang, Amna terus menoleh ke arah bertentangan. Tak sudi dan tak teringin langsung untuk memandang wajah Redza namun kata-kata Redza yang masih tergantung itu tetap mendatangkan tanda tanya di dalam hati.
Loneliness in your heart?
“..... Sebab saya tak mahu gadis seperti awak terluka bila awak layak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup.”
Amna terdiam. Tahu-tahu pulak Redza yang dia sedang diambang kekecewaan?
“Walaupun yang terbaik itu bukan awak?” Duga Amna.
“Time have a answer.” Redza tersenyum lagi
“Sejak kita jumpa, kita asyik bergaduh je. Macam ni ke cara nak hidup semati? Saya tak nampak jalan untuk masa depan hubungan kita.” Amna mencuba lagi. Cuba untuk menggagalkan misi Redza.
“Amna, I can’t promise to have a perfect relationship with you... Kita pasti akan bergaduh. Kita pasti akan bercakaran disebabkan benda-benda remeh. Mesti ada antara kita yang akan rasa tak puas hati.. But... I’m promise you, as long as you’re trying, I’m staying.”
Amna tersenyum renyih. “Looks like, you never ever give up!” Susah nak komen tapi Amna boleh rasa yang Redza memang tak akan mengalah dengan mudah!
“I have a reason to stay Amna..”
“Reason? What reason?”
“You!”
Amna diam bila panahan jawapan yang sepatah itu menusuk tulang rusuk. “Me?”
“Yeah... You.. You’re the reason why I dream at night. And you’re the reason why I don’t give up without a fight.”
Mampus!
‘Kalau tiap-tiap hari kena hadap ayat macam gini, memang cairlah hati aku nih.’ Laju sahaja Amna menyisipkan minuman ke mulut. Kenapa hati tiba-tiba sejuk nih? Oh, tolonglah jangan terpedaya dengan ayat drama itu.
Anak mata diliarkan di kawasan sekeliling. Tidak mahu jika terhala pada wajah Redza itu. Namun matanya mula terbuntang apabila melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berjalan seiringan. Mereka berdua nampak sangat mesra.
Awsan dan.... Najmah? Apa dia orang buat bersama?
Puas hati ade redza kt bab kali ni... hati amna d mula cair kt redza ke ni?
ReplyDeletesuka cara redza tangani mood spoil amna.. ada tolak tarik di situ..
ReplyDeleteSara...nak lagi.. Redza memang best lah.. nampaknya amna dah mula cair..
ReplyDeleteRedza sgt memahami mood Amna. Tak payah nak berharap pada Ahfan lagi dah.
ReplyDeletehihi...bru best baca bika Redza ada... hihi.. thanx ye..awal pulak update hrni.. klau hr2 mcm ni kan best... nak lagiiiiii...
ReplyDelete* Schariedah Schalus *
Sarraaa!! Akak dh cair ngan Redza ni?!! Huh, kalau dpt Ahfan tuh, mmg akak luku 1000 kali kepala dia. Tp akak masih vote Ahfan for Amna and Redza dgn Syakira...
ReplyDeletesukanya .
ReplyDeletewah...semakin menarik cite ni.....jeng jeng jeng....awsan & najmah dh terkantoi......nk lg n3 seterusnya.....
ReplyDeletewah...semakin menarik cite ni.....jeng jeng jeng....awsan & najmah dh terkantoi......nk lg n3 seterusnya.....
ReplyDeletesweet nyer bile redza kuar ayat2 menusuk kalbu camtu...amna yg kena ayat,tp nape akk pulak yg tumpang tersuker kat redza nih dekkkkk...buat lh ayat2 beracun lak redza,biar hati amna yg cam batu konkrit tu berderai n berkecai than ade ruang ciput pn jadik lh wat redza bolos diruang yg sempit or ciput tuh...nape tk redza jer disisi amna dekkkkkkkkk....hehehe emo gak, amna nih duk jual mahal sngt kat redza..
ReplyDeleteMuahaha... saya suke.. singa bertemu dinasor.. :)
ReplyDeleteari ni ada redza. suka. :) kan best kalau ari2 update..muahaha
ReplyDeleteSuka sangat........sayang akak sangat!!! Hehe
ReplyDeleteAmna, jangan nak jual mahal sangatlah....lembutkan sikit hati tu untuk Redza. Si Ahfan tu mesti guna perempuan tu untuk cemburukan Amna? Hehe saya agak je lah. Ye lah sbb dia sendiri tak berani nak bagitau perasaan dia dekat Amna. Heh...kalau Amna terlepas kat Redza..hahaha padan muka Ahfan. Hehehe Tq :-)
best best best and best... saya suka sebab entry awak panjang.. puas hati ler baca...
ReplyDeletehehehe. Amna tolong la terima si redza tu ye :) Thanks akak.
ReplyDeletewah2..best! Yeay! Banyak kata2 motivasi pasal jodoh..alhamdulillah..
ReplyDeleteBESTT..berjodohla..
ReplyDeletewhy redza so sweet ? tak macam ahfan tu, kaku memanjang. hikhik cepat2 lah writter habiskan. amna+redza= amza. ewahhh. hihi anyway, suka entry kali ni. keep it up ! :)
ReplyDeletesara!!!!
ReplyDeleteowh tolonglah kasi lembut sikit hati amna tuu...redza nie mmg ckup package daaaa~
haha..awsam n najmah kantai.. ohh redza..mmg melting habis lah..sape nk tolong kutip nih..
ReplyDelete