Sunday, 24 March 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [12]

Hilang sakit hati pada Ahfan, hilang bayangan senyuman nakal Redza, yang bermain di fikiran Amna tika ini adalah tanda soal, tanda tanya, tanda seru! Apa hubungan Awsam dengan Najmah?
            Kalau ikutkan hati, ringan je mulut ni nak bertanya pada Awsam. Tak pun pura-pura tak faham dengan apa yang berlaku. Bertindak sebagai pemerhati sahaja. Tapi berjaya ke? Sudahlah dirinya punya kesabaran yang menipis!
            Akhirnya Amna dah tak mampu menahan diri lagi. Lalu dia bangun dan berdiri di sebelah meja Awsam. Jelas yang lelaki itu nampak sedikit terkejut dengan tindakan spontannya.
            “Kau ada rahsiakan apa-apa dari aku?” Soalan langsung tak bertapis. Terus pada isi tersirat!
            “Rahsia? Aku kena rahsiakan apa-apa dari kau ke?”
            “Wahai Encik Mohamad Awsam, kau keluar dengan siapa tadi?”
            Bulat mata Awsam menyambut soalan Amna itu. Alamak, minah ni dah tahu ke? Punggung yang terasa panas itu mula diangkat.
            “Erk... aku... aku keluar dengan awek akulah.”
            Mendengar tawa kecil dari Amna itu, Awsam mula rasa lain macam. ‘Aku terbagi jawapan yang salah ke? Mampuslah....’
            “Awek kau tu nama Najmah ke?” Soal Amna lagi.
            “Mana kau tahu ni?”
            “Jadi betullah kau couple dengan Najmah? Sampai hati korang berdua kan.. Aku kawan kau... Najmah pulak kawan baik aku. Kenapa aku langsung tak tahu?” Suara Amna dah mula berubah rentak. Oh kenapa hari ni asyik dapat berita buruk je?
            “Sabar Na... Aku boleh explain.”
            Then explain please?”
            “Aku sukakan Najmah tapi....”
            “Tapi apa?” Ah, sangkut-sangkut pulak suara Awsam ini. Bikin saspen je.
            “Tapi Najmah... dia macam tarik tali dengan aku. Sekejap aku rasa dia sayangkan aku, tapi kadang-kadang aku rasa dia langsung tak pedulikan aku.” Luah Awsam sambil melepaskan nafas.
            “Aku memang nak share benda ni dengan kau. Tapi Najmah tak bagi..” Awsam dah mula buat muka kesian. Oh, ingat laku ke buat muka macam tuh?
            “Yang kau ikut cakap Najmah tu pasal apa?”
            “Mestilah aku ikut... Aku sayang dia kot..”
            Amna ketawa melihat wajah Awsam itu. “Amboih... belum apa-apa dah takut bini?”
            “Bukan takut... tapi hormat.. Dia tu perempuan yang berprinsip dan tegas. Jauh sangatlah kau dengan dia.” Rajin sahaja Awsam buat kesimpulan sendiri. Kadang-kadang dia pun pelik macam mana Amna dengan Najmah boleh berkawan baik. Amna dengan perangai tak sabarnya tapi Najmah penuh dengan kematangan. Setiap percakapannya ada isi.
            “Najmah tu.. masa dia, jiwa dia.. semua untuk keluarga. Ayah dia dah meninggal. So sebab tu dia sangat serius dan memikirkan keluarga dia.” Dia kenal Najmah dari kecil. Jadi semua tentang Najmah memang sudah berada dalam poketnya.
            “Tulah... anak sulung biasanya lebih berguna dari anak bongsu yang gedik mengada-ngada.” Ujar Awsam sengaja menyakitkan hati Amna. Amna kan anak bongsu!
            “Mulut kau ni.. Memang mintak kena tampar dengan tapak kasut kan...” Terus Amna membaling pen yang berada di tangannya. Tapi dalam masa yang sama, dia suka bila mengetahui yang Awsam menyukai Najmah. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Najmah akan mendapat seorang lelaki yang akan mampu menjaga dirinya dengan baik.
            “Ehem... Seronok nampak.” Teguran itu mula membuatkan kedua-keduanya berkalih.
            Ahfan! Terus Amna tarik muka serius. Dia memang nak angkat sepanduk merajuk dengan Ahfan.  Okay, silent treatment harus dijalankan.
            “Eh Ahfan... Baru balik lunch ke?” Tanya Awsam buat-buat ramah. Mata sempat menjeling ke arah Amna yang mula menapak ke kereta.
            “Yup...  Eh Awsam, aku nak report untuk restoren dekat Kubang Buaya tu. Nanti letak atas meja aku ya..” Arah Ahfan sambil menjeling sedikit ke arah Amna yang tiba-tiba senyap dan fokus membuat kerja itu.
            “Oh.. okay bro! Noted!”
            Selepas itu terus Ahfan angkat kaki. Dia jadi cemburu dengan Awsam. Lelaki tu sentiasa mendapat perhatian yang secukupnya dari Amna. Disebabkan rasa cemburu jugaklah yang membuatkan dia sengaja beramah mesra dengan Ayyu tadi. Padahal dia langsung tak berniat untuk melayan karenah Ayyu yang memang tahap gedik itu.
            “Perlu ke aku tukarkan meja kerja Awsam? Ke aku kena tukarkan dia ke cawangan lain terus? Tapi tak ke kejam sangat aku nih...” Ahfan dah mula keliru. Antara kehendak hati yang ingin melawan arus cemburu, Ahfan tidak boleh menidakkan yang khidmat Awsam masih diperlukan di sini.
            Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.  Bukankah sepatutnya dia keluar bersarapan dengan Amna pagi tadi? Oh... adakah sebab ini Amna tiba-tiba bersikap dingin lantas bertindak untuk memboikot dirinya?
            “Oh Fan... Kenapa kau dungu sangat hah?”  Nampaknya dia kena lakukan sesuatu untuk memujuk Amna. Sendiri cari pasal, sendiri pandailah untuk memujuk.
***
            Akibat dari rasa sakit hati yang tak reda-reda, Amna memutuskan untuk pulang awal ke rumah. Duduk di ofis pun buat hati sebu je. Baik balik, boleh jugak melayan DVD cerita tamil yang baru dia beli.
            Minatnya yang satu ini memang selalu kena perli dengan kakak-kakaknya dan jugak Najmah. Mereka memang menentang kuat hobinya ini.
            “Weh, daripada minat cerita tamil ni.. Baiklah tengok cerita korea ke... Sejuk jugak mata aku ni nak menontonnya. Ini hero tamil tak handsome okay.... Mood nak tengok pun dah masuk kubur..” Komen Syakira setiap kali kalau mereka berebut remote astro di kampung.
            “Angah mana boleh paksa minat adik... Lagipun buat apa minat K-pop semua. Dia orang tu muka je boleh pakai tapi tak gaya hero pun. Kena tumbuk sikit pun dah terpelanting... Cuba tengok filem tamil, kena tetak seribu kali pun tak mati-mati lagi.”
            “Tulah.. nampak sangat pembohong tegar... Pemusnah fikiran anak bangsa.” Pangkah Syakira lagi dengan gaya penuh berpidato.
            “Dah tu... Angah tengok cerita korea tu, Angah ingat lelaki melayu romantik macam tu ke? Macam ayam katik adalah... Cerita korea tu lagilah mengajar manusia berfantasi.” Amna sebenarnya memang sengaja asah bakat berbalah dengan Syakira. Sebabnya Syakira memang suka membalas balik hujahnya.     
            Bagi Amna, antara rahsia kehebatan filem tamil ialah, bab lawan antara yang paling best. Tak kira la berapa ramai pun orang jahat, hero mesti steady menewaskan musuh-musuhnya. Kedua, filem tamil sentiasa memaparkan keadaan sebenar negara sendiri seperti mengutuk dan menentang korupsi kerajaannya seperti gejala rasuah, gengster dan macam-macam lagi. Ketiga, pastilah sebab tarian dia. Tapi yang ni Amna tak berapa minat sangatlah.
            Dan antara sebab dia bencikan drama korea ialah sebab drama yang sangat tipikal. Dulu-dulu zaman sekolah rendah, drama korea memang tahap best. Layan Winter Sonata dan Autum In My Heart. Tapi jalan cerita sekarang dah jadi trendsetter pada style drama pasal lelaki kaya, seorang lelaki yang tak berapa nak kaya, perempuan comel yang malang, perempuan hot yang jahat dan jalang yang suka menggoda lelaki kaya. Oh, sangat klise okay! Celah mana yang bestnya kalau semua jalan cerita dah lebih kurang sama.
            Amna mula menyusun mood semula. Tak mahu terbawa-bawa dek perasaan yang menggila. Baru sahaja dia keluar dari bahagian lift, tiba-tiba lenganya ditarik kuat oleh seorang perempuan.
            “Apa ni cik?” Tanya Amna terkejut. Mahu luruh jantung diperlakukan sedemikian rupa. Dia ingat peragut mana tadi.
            “Kau ni Amna Safiya?” Tanya gadis itu. Suaranya sinis dan menjelikkan. Wajahnya seakan-akan pernah dilihat. Tapi dimana ya?
            “Ya... Saya Amna Safiya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu cik?”
            Mendengarkan jawapan Amna, terus Dayang mengangkat tangannya dan menampar kuat pipi Amna.
            “Apa ni?” Oh, perit gila!
            “Hadiah....”
            “Kepala hotak kau hadiah!” Marah Amna geram sambil menahan pedih di pipi. Jangan harap dia nak tinggal diam bila tiba-tiba kena lempang macam ni. Dia bukan macam heroin drama korea yang lemah gemalai!
            “Inilah bayaran sebab kau berani dekati Redza..” Ugut Dayang berang!
            Dahi Amna mula mengerut apabila telinganya menyambut nama Redza. Jadi Encik Squidward tulah punca kepada hadiah tamparan ini? Ini pastilah bekas tunang Redza! Dayang....
            Amna cuba bertenang dan mengawal perasaanya.
            Looks.. Saya dengan Redza tak ada apa-apa.”
            “Tak ada apa-apa awak cakap... Habis tu ini apa?” Terus Dayang membaling beberapa keping gambar yang telah diberikan kepadanya oleh jurugambar yang telah diupah olehnya untuk mengikuti Redza. Dan hasilnya, dia dapat tahu yang Redza mempunyai hubungan dengan minah di hadapannya ini.
            Mata Amna mencerlung saat terpandangkan gambar-gambarnya bersama Redza. Bila masa pulak ada orang tangkap gambar kami? Kebetulan pulak gambar Redza sedang memegang lengannya di East Coast Mall tadi.
            “Gambar boleh menipu Dayang...”
            “Oh... jadi kau kenal aku?” Nampaknya Amna memang mempunyai hubungan yang istimewa dengan Redza. Entah jenis cerita macam mana yang Redza dah sebarkan pada Amna!
            Amna tarik nafas. Mencari ayat yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Dayang. Dia pun bukanlah tahu sangat... Tahu pun sebab hari tu pernah tengok drama sebabak antara Redza dan Dayang di tepi pantai.
            “Lebih baik kita jangan panjangkan cerita. Aku dengan Redza memang tak ada apa-apa hubungan!” Amna cuba berlembut. Sekali imbas, dia dapat rasa yang Dayang pun bukannya kejam sangat. Mungkin terikat dengan emosi semata-mata. Oh, kaum perempuan kan memang ada empat musim!
            “Tapi Redza cakap dia dah bertunang dengan kau!” Ya... Baru-baru ini memang dia ada mencari Redza. Mula-mula dia ingat Redza menipu dirinya. Sebab itu dia pengupah pegawai penyiasatan persendirian. Dan inilah hasilnya....
            “Redza cakap macam tu?” Oh.. rasa macam nak tanam Redza hidup-hidup sahaja. Mulut cabul betullah.
            “Ya.. Kau ingat aku ni rajin nak menipu kau!”
            “Okay Dayang.. Kita sama-sama perempuan. Tak perlulah sampai nak jatuhkan maruah sendiri dengan bergaduh macam ni hanya disebabkan seorang lelaki macam Redza tu. Jom kita minum dan selesaikan masalah ni.” Amna mula berlembut.
Kalau Dayang nak sangat Redza tu, dia sanggup turun padang untuk membantu. Ini lebih baik dari dia sendiri yang terikat dengan Encik Squidward itu.
            “Apa maksud kau dengan selesaikan masalah ni? Masalahnya sekarang ialah Redza tak mahu terima aku sebab dia dah bertunang dengan kau!”
            Amna gigit bibir. Tak faham bahasa betullah minah ni. Orang ajak berbincang, dia sibuk nak ajak bertekak.
            “Aku pakai kasut tinggi ni Cik Dayang.. Tak larat nak berdiri lama-lama. Sebab tu aku nak ajak kau pergi minum dan kita berbincang pasal hal ni. Kalau betul kau nak dapatkan Redza tak guna tu, aku sanggup untuk membantu.” Oh, kelas betul ayat kau Amna....
            Dayang tercengang. Dia tak salah dengar kan? Betul ke Minah ni nak tolong?
***
            Dari berbaring, Amna mula bangun. Matanya memang tahap liat untuk dilelapkan malam ini. Pertemuannya dengan Dayang tadi telah membunuh ketenteramannya. Betul ke apa yang dia nak buat ni? Hati masih menimbang-nimbang baik buruk cadangan Dayang tadi.
            “Betul ke kau tak ada apa-apa hubungan dengan Redza.” Soalan pertama yang keluar dari mulut Dayang apabila punggung mula dilabuhkan di atas kerusi.
            “Ya... Aku memang tak ada apa-apa dengan dia!” Amna memang tak suka ulang jawapannya berulang kali. Tapi memandangkan perempuan dihadapannya ini payah sangat nak faham, diulang jugak jawapan itu. Kalau tanya sekali lagi, memang dapat penampar!
            Dayang melepaskan keluhan. Tak sangka begini pengakhirannya bersama dengan Redza. Dia memang betul-betul sayangkan Redza. Ya, dulu dia tersilap... Tapi bukan kerana dia curang pada Redza, dia  hanya cuba mengalih perhatian Redza sahaja.
            “Macam mana korang boleh bertunang?”
            “Macam mana nak cerita ya... Benda ni complicated sangat. Tapi apa yang pasti, aku memang bukan tunang dia.” Amna cepat-cepat menyembunyikan cincin yang berada di jarinya. Mampus kalau Dayang terpandang. Nanti apa pulak Dayang fikir.
            “Tapi gaya dia cerita, aku tahu yang dia sayangkan kau...”
            “Tapi aku tak sayangkan dia! Sikit pun tak ada sayang aku pada dia.” Jawab Amna yakin.
            “Kau tak akan mudah lari dari dia Amna... Dia pasti akan buat sesuatu untuk dapatkan kau. Aku kenal sangat Redza tu.”
            Kata-kata Dayang itu sedikit sebanyak memang berjaya membuatkan Amna gerun sendiri. Tak kan Redza tekad sampai macam tu sekali kot?
            “Aku akan lari dari dia... Aku akan upah seseorang untuk jadi boyfriend aku. Jadi lepas tu Redza mesti tak kacau aku lagi. Betul tak?”
Okay, memang dengar macam dalam drama. Tapi hati Amna teruja pula hendak menlantik mana-mana lelaki kacak untuk membantunya. Calon pertama yang berada di tangga teratas pastilah Amirul Ahfan.
            Dayang tersenyum sinis. “You are totally wrong! Redza sukakan cabaran.. Makin kau lari dari dia, makin dia akan kejar kau. Kalau kau upah seorang lelaki untuk jadi boyfriend kau, silap hari bulan mati boyfriend kau Redza kerjakan.”
            Terbuntang mata Amna. Tak kan sampai macam tu sekali?
            “Habis tu nak buat macam mana?” Tanya Amna buntu. Dia manalah kenal sangat perangai Redza. Tapi dia memang tahu yang Redza memang spesis yang tekad orangnya. Dia tak akan mudah mengalah dengan semudah itu.
            “Redza... dia ada satu habit buruk. Dia pantang dan benci kalau perempuan buat perangai macam tu.” Dayang sendiri tak pasti sama ada cadangan ini akan berjaya atau tak. Tapi apa yang pasti, rancangan ini lebih baik dari berpeluk tubuh.
            “Kalau macam tu... Kita pun kena rancang sesuatu. Apa yang Redza tak suka? Sesuatu yang membuatkan dia benci?” Ujar Amna separa memberi cadangan. Mungkin mereka kena rancang sesuatu untuk membuatkan Redza membenci dirinya.
            “Kau serius nak buat?” Tanya Dayang tak berapa nak yakin. Biar betul Amna ni? Masa Amna hendak melepaskan jejaka sekacak Redza begitu sahaja?
            “Aku serius ni... Kita buat something yang Redza tak suka. Supaya Redza bencikan aku... Sekarang kau kena beritahu aku. Perkara apa yang Redza paling tak suka?” Oh, macam bagus je cadangan otaknya ini.
            Dayang terfikir. Cuba menganalisa perangai Redza yang sudah berada di dalam poketnya itu. Redza bukan jenis lelaki yang cerewet. Dia agak garang dan  marahnya tercabar bila...bila... seorang perempuan itu tak bersopan santun!
            “Redza.... dia paling benci kalau orang tu tak sopan. Tak senonoh!”
            Berkerut dahi Amna menyambut kata-kata Dayang itu. Tak sopan? Skop tak sopan macam mana yang dimaksudkan oleh Dayang? Macam pelik dan aneh betul bunyinya...
            “Okay contoh... perangai yang tak sopan, dia benci kalau perempuan meludah merata. Dia benci kalau perempuan tu pengotor. Apa-apa perangai yang nampak tak senonoh, memang dia anti sangat! Dia benci perempuan yang tak tahu malu...”
            Mulut Amna mula berbentuk O....  Begitu rupanya...
            “Sanggup ke kau menjatuhkan maruah kau depan Redza?” Soalan Dayang ini kembali berlegar-legar di benak Amna. Daripada tadi soalan ini masih tergantung tanpa jawapan. Sebelah hati macam nak menyokong tapi sebelah lagi bagai melarang.
            Kepala yang tidak gatal mula digaru berulang kali. Pertemuan siang tadi memang berjaya meragut ketenangannya!
            Sanggup ke nak berlakon jadi perempuan tak senonoh? Perempuan tak tahu malu. Sedangkan Amna sendiri sedar yang malu itu separuh daripada Iman. Malu untuk meninggalkan maksiat dan malu untuk taat pada perintah Allah.
            Jika malu itu lima puluh peratus daripada Iman, separuh lagi ialah milik takwa. Malu dan takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai seratus peratus keimanan. Takwa bermaksud bukan sahaja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu. ‘Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah.’
            “Tapi aku bukannya buat muka tak malu sampai kena berbogel depan Redza tu. Just buat perangai tak sopan dan tak senonoh je... Berlakon...” Amna masih lagi dengan timbang taranya yang masih belum selesai.
            Amna kembali berbaring. Matanya dipejam. Jawapannya, esok nak jumpa Najmah! Hanya Najmah yang boleh membantunya nanti.
***
            Hampir tersembur minuman yang baru disisipkan ke dalam mulut itu. Biar betul Amna ni? Dari tadi dia mendengar cerita daripada mulut Amna. Boleh pulak ada watak baru yang bernama Dayang! Dah macam spesis cerita novel je sampai diserang segala..
            “Perlu ke sampai buat macam tu? Macamlah tak ada solution lain...”
            “Ini je caranya.... Aku tak nampak cara lain dah.” Alasan orang malas berfikir memang macam ginilah jawapanya.
            “Ada je cara lain...” Ayam KFC yang berada di dalam pinggan itu mula dicubit oleh Najmah. Amna bila melibatkan soal perasaan, selalu tak fikir panjang! Cara nak pendek tanpa memikirkan penghujung perjalanannya nanti.
            “Apa dia?”
            “Kau kahwin... Habis cerita. Sure Redza tak akan cari kau lagi.”
            “Kahwin? Nak kahwin dengan siapa? Kahwin kontrak.. kahwin separa tak rela.. Weh, kau ingat ni bicara hati ke? Yang last-last akan ada happy ending... Ini hidup manusia normallah.”
            Ketawa Najmah lepas apabila menangkap ayat ‘kahwin kontrak’ itu. Aduhai, memang banyak baca novel dengan tengok drama tamillah Amna ini. Tapi drama tamil ada ke cinta-cinta kontrak nih? Gaduh-gaduh mintak nyawa adalah...
            “Kahwin dengan Ahfanlah... Kau kan sayangkan dia. Cuba kau ambik selangkah pergi melamar dia. Mana tahu ada jodoh...”
            Amna gigit bibir. Idea Najmah ini langsung tak awesome! “Naj.... aku serius ni....”
            “Dah kau ingat aku main-main ke? Lagipun aku tak nampak tang mana yang relevan dalam idea ni. Nak berlakon tak sopan semata-mata sebab nak direject? Habis tu kalau Redza tak reject macam mana? Kalau dia dah berubah dan cuba terima diri kau seadanya macam mana? Nanti dengan kau-kau terikat dengan berkahwin dengan dia. Hilang kahwin kontrak, jadi kahwin tanpa rela... Nak ke macam tu?”
            Nasihat dari Najmah itu memang ada benarnya. Tapi otaknya payah nak fikir relevan atau tak. Yang pasti dia tak nampak cara lain lagi.
            Telefon bimbitnya mula berbunyi. Menandakan mesej masuk. Laju sahaja ditekan Samsung SIII nya itu.
Aku harap kau dah ada jawapan kepada soalan semalam...
            Sesudah membaca, dia mula menghulurkan telefonnya kepada Najmah. “Macam mana ni Naj?”
            “Kau paksa aku pulak bagi jawapan.. Ini jalan hidup kau. Kau yang kena buat keputusan. Tapi kena ingat, setiap keputusan itu ada risiko.... Kau rasa kau akan selamat ke kalau kau tolong Dayang tu? Aku takut kau dijadikan mangsa permainan dia je.”
            Sebagai kawan, Najmah hanya mampu menasihati. Apa juga keputusan Amna, dia akan sokong. Cuma perlunya dia menasihati dan cuba memberi gambaran pada baik buruk sesebuah keputusan yang Amna akan ambil.
            Amna gigit bibir. Soalan Dayang itu sememangnya lebih susah lagi daripada soalan SPM dulu. Apa nak jawab ni? Sejak kenal Redza, Amna dapat rasa yang hidupnya dah diserang bencana! Dasar mamat disaster betullah!
p/s: hey dude... hope enjoyz... tunggu bab akan datang... bencana akan tiba dalam idup Amna... what outttt... kih kih.. hmm...teringin plak nak buat mcm LS dlm istanbul aku datang bila LS update blog...

xoxo... sara...=p

20 comments:

  1. Hahaha nice :))) Tapi tu lah Amna, takkan tak terbuka hati kat Redza sikit kot? Bagi lah dia peluang. Peduli lah si Dayang tu. Hahaha

    ReplyDelete
  2. aiyakk.... mesti amna terima tawaran dayang tu kan... apalah strategi amna nanti.. so wonder...

    ReplyDelete
  3. best... nak lagi...pleazzzzz

    ReplyDelete
  4. best santai je. :)

    ReplyDelete
  5. hieyer!... amna tak dpt rasa ke yg dirinya tu dipergunakan oleh dayang?... jgn jatuhkan maruah sendiri utk org lain!... think amna!.. think!...

    ReplyDelete
  6. aik pe la amna nie nk buat nti..klo ikt cdangan dayang nti tkut mmalukan diri sndri je..

    ReplyDelete
  7. I like this... Penceritaannya tersusun dan mudah nak faham.. Good job

    ReplyDelete
  8. contoh perangai x sopan y amna nak buat tu apa dik? cer cite sikit..

    kak zila

    ReplyDelete
  9. adoiiii... rancangan makan diri nie amna....hahahahahha... makan ke redza 22.. jgn ko yang kena makan dah lerr... hahahahah

    ReplyDelete
  10. mesti amna terima kan kan kan.. oh amna... jangan malukan diri sendiri...

    ReplyDelete
  11. mmg hot sngt nih dek,cepat2 up yer...best sngt,n tkmo lh amna ikut idea gile minah gedik sidayang tu yer dek...

    ReplyDelete
  12. wahhh~
    macam menarek saja...takmau nah...JANGAN la amna tu ikut sidayang~
    cenggini (y)

    ReplyDelete
  13. Takkan amna nak buat perangai tak sopan macam yg dayang cakap tu kot??? kalau amna wat jugak, harap2 redza makin suke kat dia... biar dayang tu bengang coz rancangan dorang gagal...

    ReplyDelete
  14. Lampi btul Ahfan tu kan? Nasib baik cpt sedar yg dia terlupa janji. Baik ko cpt amik tindakan Ahfan, tak lama lg tunggang langgang la si Amna tuh kalau dia setuju ikut ckp Dayang. Kesian Amna nnt. So Ahfan, cpt2 jd Superman Amna k!

    ReplyDelete
  15. haha saya bace cerita ni macam tak percaya je name watak amna ngan redza..

    ReplyDelete
  16. ish amna ni..nk cari pasal tul la

    ReplyDelete
  17. setuju sgt pendpat akk tntg k-drama. Sya prefer drama tamil drpd k-drama. Nyampah kdg-2 tgk K-drama. lelaki pun kdg-2 sya xdpt beza, dia perempuan ka lelaki. huhu!

    Anyway, comel sgt cerita.

    ReplyDelete