Hujung minggu itu, Amna membuat keputusan untuk balik ke kampung yang terletak di Muadzam. Sekarang musim buah! Jadi memang syoklah jika dapat menghabiskan masa di kampung disamping dapat mengerjakan buah-buah yang berada di dusun. Ada buah durian, rambutan, langsat, duku, manggis dan bermacam jenis lagi.
Diangkut sekali kakak dan anak-anak saudaranya. Malah Najmah juga dipaksa balik sekali. Duduk di rumah bukan buat apa pun. Jadi lebih baik mereka pulang sama-sama ke kampung.
Lagipun Amna nak tenangkan fikiran dari terus diganggu oleh Dayang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan Dayang dan Redza. Kalau Dayang dah tergilakan Redza sangat, pandai-pandai dialah nak pikat Redza. Dan dirinya pula... Dia percaya yang dia mampu lari dari Redza. Bumi Allah ni luas, apalah yang nak ditakutkan dengan Encik Squidward tuh.
Sesudah menghantar Najmah ke rumahnya, Amna mengubah haluan menuju ke rumahnya pula. Tak sabar nak makan masakan mak! Tak sabar nak bermanja dengan bapak! Agaknya penyakit ni memang dialami oleh semua anak bongsu.
Namun apabila pemanduan sudah menghampiri kawasan rumahnya, matanya mula terbeliak apabila terpandangkan sebuah kereta Audi yang sangat dia kenali.
“Siapa pulak yang datang rumah bapak?” Soalan itu keluar dari mulut Aminah yang mula perasan.
“Itu macam kereta....” Amna jadi tak sampai hati nak habiskan ayat. Stereng kereta mula digengam kemas.
“Kereta siapa?” Dahi Aminah mengerut. Tak pernah pulak dia nampak kereta tu!
“Itu kereta Redza kak.. Jangan cakap yang.. Oh tidak...” Denyutan jantung dan mula berada di paras berbahaya. Mahu tak menggelegak apabila menerima kejutan sebegini rupa.
“Ish... tak kanlah.. Kereta orang lain kot..” Aminah cuba untuk menyedapkan hati adiknya. Kalau betul kereta Redza, dia sendiri tak boleh bayang macam mana keadaan mereka bila duduk di bawah satu bumbung sekejap lagi.
Usai memberhentikan kereta, anak-anak saudaranya sudah mula turun dari perut kereta dan berlari menuju ke dalam rumah. Aminah mula ke boot kereta. Mengeluarkan luggage mereka. Manakala Amna mula takut-takut untuk masuk ke dalam rumah. Kalaulah betul ada Redza? Apa yang dia perlu buat?
“Tunggu apa lagi dik... Naiklah...”
Perlahan-lahan Amna mula naik ke atas rumah. Mata tak payah cakaplah. Dari tadi tak duduk diam sibuk menilau ke kiri dan kanan.
“Awak cari siapa?” Teguran itu membuatkan Amna terperanjat. Seorang lelaki baru sahaja keluar dari biliknya. Nampaknya mimpi ngeri dia dah muncul!
“Awak buat apa kat sini?” Suara Amna memang tahap melenting. Lebih kepada terkejut sebenarnya.
“Melawat kampung tunang saya..”
Oh jawapan dia, memang termasuk dalam skop nak mampus! Buat hati Amna berapi sahaja.
“Awak jangan macam-macam?” Gertak Amna geram. Sakit hati dengan muka tak tahu malu macam Redza. Mana pulak Redza tahu rumah emak dan bapaknya ini? Encik Squidward ni memang misteri betullah!
“Saya macam ni je... Awak tu yang pelik semacam. Awak jangan ingat yang awak dapat lari dari saya Amna... Saya akan cari awak walaupun awak menyorok dalam lubang cacing sekalipun. Tapi kalau badan sebesar awak ni, memang tak dapatlah nak menyorok dalam lubang cacing kan...”
Sempat lagi Redza menyakitkan hati. Sebenarnya dia memang rindu gila nak mengusik Amna. Namun kerja-kerja di pejabat pembataskan pergerakannya. Kebetulan dia baru balik dari Penang untuk projek usahasama dengan syarikat di sana. Balik-balik sahaja, Syakira memberitahu yang Amna pulang ke kampung. Jadi kesempatan yang ada, jangan ditolak ke tepi.
“Awak memang...” Kemarahan Amna terhenti apabila mendengar panggilan dari emaknya.
“Amboih anak mak.. Sampai-sampai tak salam mak pun.” Tegur Puan Hayati lembut.
“Erk... nak salamlah ni...” Kaki mula dibawa ke arah Puan Hayati. Terus dipeluk dan dicium pipi emaknya itu. Rindu betul!
“Adik tak cakap pun yang nak bawak kawan.” Sempat lagi Puan Hayati berbisik lembut.
“Kawan?”
Terus Puan Hayati memuncungkan mulut ke arah Redza. Jadi sekarang Amna faham. Redza bertandang ke rumahnya ini atas tiket sebagai kawannya. Oh, lelaki ini memang bijak. Nanti Amna nak teroka, dari mana Redza tahu alamat rumah di kampung ini.
“Bapak dah tahu belum?”
“Dah... Siap berborak-borak lagi.. Bapak ingat dia nak dapat menantu. Kamu dengan budak tu ada apa-apa ke? Handsome.. kaya pulak tuh!” Rasa loya sepuluh kilo mendengar pujian Puan Hayati untuk Redza itu.
“Ish... tak adalah... Tak rancang pun nak datang.. Dia tu tiba-tiba nak buat surprise..” Kelentong Amna. Asal tiba-tiba dia back up Redza pulak? Sepatutnya dia bocorkan rahsia Redza. Kacau betullah!
“Dah, kamu pergi mandi... solat.. Mak nak pergi siapkan makan malam. Eh, kamu guna bilik angah. Bilik kamu mak bagi Redza guna..” Pandangan mata Puan Hayati mula bertukar ke arah Redza.
“Redza... jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri ya..” Tutur Puan Hayati ramah lalu berlalu ke dapur.
Redza tersenyum sahaja.
“Macam mana awak tahu rumah ni?” Serang Amna terus. Memang silap besar back up Redza tadi. Patutnya dia cakap je yang Redza ni pencuri dan perogol! Aduh, itu dah jatuh fitnah... Berdosa besar Amna weh...
“Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Apalah yang susah sangat nak cari rumah Amna Safiya ni.. GPS kan ada...” Dia tahu Amna berang dengan dirinya. Tapi dia memang suka cari sakit dan penyakit.
“GPS tu tak akan boleh berfungsi kalau awak tak letak alamat rumah saya... Baik cakap, siapa yang bagi alamat rumah saya pada awak?” Rasa sabar sudah hilang entah kemana. Berhadapan dengan Redza yang tak punya perasaan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Boleh tempat wad Dahlia kalau hari-hari macam nih!
“Memanglah... saya bukan guna GPS telefon. Saya guna GPS dalam hati saya. Guna instinct! Awak pernah dengar tak, kedua pasangan tu jika memang ada jodoh... memang akan mempunyai telepati yang baik. Memang sah lagi berchop sirim yang saya jodoh awak Amna... Silalah bersabar menanti hari bahagia kita nanti..”
Jatuh rahang Amna mendengar tutur kata Redza yang sangat meloyakan. Dia tahu, dia paksa macam mana sekalipun, Redza pasti tak akan memberitahu siapa dalangnya.
Amna mendengus tak puas hati. ‘Dekat rumah sendiri pun tak menang lagi ke Amna? Gunakan kuasa veto kau sekarang!’
“Saya nak awak balik sekarang jugak! Rumah ni langsung tak mengalukan kedatangan orang macam awak!”
Mata Redza terbeliak.
“Euww... takutnya Amna... Okaylah. Saya ikut arahan awak.. Saya balik...” Redza mula mengeluarkan ayat pasrah.
Amna mencebik. Redza ingat Amna akan bersimpati bila mendengar suara tak cukup makan tu? Jangan harap!
“Silakan berambus....”
“Eh, memang saya cakap saya akan balik.. Tapi bukan malam nih. Saya akan balik ahad nanti. Lagipun, pak cik dan mak cik dah benarkan saya tidur dekat sini... Saya ni patuh pada arahan orang tua cik Amna oit.. Lagipun, ini rumah bapak awak, bukan rumah awak!”
Amna gigit bibir. Kenapa lelaki ni kuat menjawab sangat? Rasa macam nak tampar guna tapak kasut jeh!
Mulut Amna terasa ringan sahaja hendak membalas kata. Tapi baru sahaja dia nak bukak mulut, matanya mula ternampak kelibat si bapak yang baru sahaja masuk melalui pintu rumah.
“Amna... baru sampai...” Tegur Encik Awang sambil tersenyum. Rindu betul pada anak bongsunya yang seorang ini.
“Aah... Bapak dari mana ni?” Tanpa menghiraukan Redza, Amna terus mendapatkan bapaknya. Disalam dan dicium kedua belah pipi bapak. Pedulilah Redza nak cakap apa pun, dia memang manja dengan bapak!
“Bapak dari belakang kejap, jenguk anak-anak angkat bapak.”
“Anak angkat? Sejak bila pandai ambil anak angkat nih? Macam tak cukup anak sendiri jeh...” Luah Amna sedikit geram. Cemburu sebenarnya! Tak suka kalau perhatian bapak akan teralih pada anak angkat pula.
“Dah.. kamu susah sangat nak balik kampung. Bapak ambillah anak angkat.” Seloroh Encik Awang sambil tergelak melihat muncung anak bongsunya itu.
“Bapak nih... bukan nak tanya pendapat adik.. Main ambik jeh!”
“Erk... janganlah marah. Bapak kesian sangat tengok penjual tuh. Jadi bapak belilah....”
Kali ini rahang Amna makin menjatuh. Bapak beli? Ya Allah, sanggup bapak pisahkan anak-anak itu dari keluarga kandungnya.
“Bapak... sanggup bapak pisahkan mereka sekeluarga?”
“Erk... bapak tak pisahkan. Bapak beli bapak dengan anak-anak dia sekali!”
Amna mula terkeliru dengan kata-kata bapaknya. Apatah lagi telinga mula mendengar tawa dari mamat disaster yang berada di belakangnya. Sekilas Amna berpaling dan menjeling. Dengan teragak-agak, dia kembali menghulurkan pertanyaan pada si bapa.
“Errk.. Siapa anak angkat bapak sebenarnya?”
“Ayam! Bela ayam adalah hobi terbaru bapak...”
Amna mendengus geram! Rasa sakit hati makin bertambah apabila mendengar tawa Redza yang kuat itu. ‘Berani betul dia gelakkan aku! Bapak pun satu hal, kuat melawak betul!’
“Hampeh betul bapak nih! Mati-mati adik ingat bapak memang ada anak angkat.”
Encik Awang hanya tersengih. Matanya mula menyorot mata kawan Amna yang tiba lebih awal daripada anaknya itu. Setelah berbual mesra petang tadi, dia jatuh berkenan pula dengan budi bahasa Redza. Ramah dan luas pandangan. Bercerita pasal ayam pun sudah jauh ke bahagian import export. Susah kalau otak business!
“Eh Redza, jangan segan-segan duduk rumah pak cik. Buat macam rumah sendiri ya.” Tegur Encik Awang ramah.
Amna mencebik. Tak suka bila Redza mendapat perhatian ahli keluarganya. “Eh bapak, Redza kena balik malam ni. Dia ada kerja urgent yang nak kena settle esok!” Kelentong Amna sambil menjeling ke arah Redza.
“Lah... jauh-jauh datang nak balik pulak. Tak ada, pak cik tak mahu terima sebarang alasan. Kamu kena tidur rumah pak cik jugak. Kerja tu, kita kerjakan sampai habis kudrat pun, tak akan pernah habis..”
Redza berdehem beberapa kali. Tadi, dia takut jugak kalau Encik Awang menghalaunya keluar. Tapi dari cerita Syakira, dia tahu yang bapak mereka ini sporting orangnya.
“Kalau pak cik dah cakap macam tu, saya terpaksalah menurut perintah.” Nada suara Redza sengaja ditekankan. Sengaja nak belagak dengan Amna.
Amna mula ketap bibir. Benci! Benci! Benci!
‘Argghh.. tension betul! Boleh pulak dia orang ni jadi geng!’ Terus Amna angkat kaki. Dia akan fikirkan idea untuk menghalau Redza sekejap lagi. Namun tak sampai separuh, langkahnya mula terhenti.
“Erk... bapak... Bapak tak pergi masjid ke?”
“Hmm.. nak pergilah ni. Kenapa?”
Senyuman pendek bersulamkan sinis mula menerjah ruang wajah Amna. “Kalau nak pergi masjid, bawaklah Redza sekali... Bawak dia menjelajah pergi masjid kampung..” Ada nada perli di situ. Sengaja nak buat Redza terasa!
“Entah-entah tak pernah pergi masjid pun..” Sambung Amna perlahan sambil mengancing gigi sendiri. Tidaklah sebegitu kejam hendak menjatuhkan maruah Redza dihadapan bapak.
“Aah.. Redza. Molek sangat tuh. Jom kita pergi sekali. Siap-siaplah cepat.” Arah Encik Awang sambil mula masuk ke dalam biliknya. Maghrib dah nak masuk!
Berubah air muka Redza dibuatnya. Dia dengar sangat ayat terakhir Amna itu. ‘Entah-entah tak pernah pergi masjid pun...’ Ya, dia memang bukan kaki masjid! Dia memang bukan baik sangat. Tapi itu tak bermakna dia tak mencuba ke arah kebaikan.... tak mencuba mencari jalan yang lebih baik. Nampak sangat Amna berfikiran serong tentang dirinya.
“Selamat mengerjakan solat di masjid!” Ucap Amna sambil tersengih kemenangan. Dia akan buat Redza bosan dan fed up ketika berada di rumahnya ini.
“Terima kasih Amna... Awak memberi saya jalan untuk saya buktikan yang saya akan mampu menjadi Imam awak!” Sempat lagi Redza kenyit mata lalu bergerak ke dalam bilik. Orang cakap, nak jadi baik itu membutuhkan jalan yang berliku. Dahulu dia pernah salah, tapi tak bermakna dia akan terus kalah!
“Imam aku? Heh, macamlah aku sudi nak jadi makmum kau...” Jawab Amna dengan hati yang penuh bongkak! Terlupa yang Allah boleh menterbalikkan hatinya sekelip mata.
***
Usai menunaikan solat maghrib, laju sahaja tangannya mendial nombor pari-pari jiwanya. Siapa lagi kalau bukan Nurul Najmah Afifah! Ingat nak duduk kampung boleh tenteram, makin geram adalah!
“Biar betul? Redza ada kat rumah kau? Mana dia tahu rumah kau?” Bertubi-tubi arus soalan menerjah peluput telinga Amna setelah selesai mendengar cerita dari Amna.
“Aku tak ada masa nak menipu ni wehh... Aku pun masih keliru plus pening! Macam mana dia tahu rumah aku? Macam mana dia boleh tahu banyak tentang aku? Mamat tu memang misterilah..”
Najmah yang berada di hujung talian juga ikut turut terdiam. “Aku rasa...” Suara Najmah mula berjeda.
“Rasa apa? Menyampah kan?”
“Bukanlah... aku rasa dia serius nak kan kau Amna..”
Arghh Najmah, ke situ pulak fikirnya! “Naj, kau tolonglah... tolonglah jangan bagi ayat geli! Dan tolonglah jangan berfikiran songsang sangat....”
Terdengar keluhan dari corong telefon.
“Setiap kali aku serius, mesti kau cakap aku berfikiran songsang! Tapi hakikatnya, kau tak rasa kesungguhan dia? Kau tak nampak ke dia bersungguh nak dapatkan kau! Fikir dalam-dalam sebelum jawab Na...” Ayat yang terakhir itu ditekan sedikit. Dia kenal Amna dengan baik. Dia positif.. Tapi adakalanya dia pesimis dan sinis!
“Okay... aku fikir dalam-dalam. Sejujurnya aku tak dapat rasa kesungguhan dia. Aku just rasa yang dia terhegeh-hegeh dekat aku. Kau tak rasa ke yang lelaki macam ni memang annoying? Kau kena tahu, perempuan tak suka lelaki yang terhegeh..” Dah sudah... tak pasal-pasal mereka pulak yang bertegang urat! Ini semua Redza punya pasal.
“Ya... tapi aku rasa Redza termasuk dalam skop lelaki yang bersungguh! Bukan terhegeh-hegeh!”
Amna mula rasa tak berpuas hati apabila Najmah bertindak untuk membela Encik Squirdward. “Apa yang dia dah rasuah kau ni...?” Bidas Amna dengan suara yang meleret.
Najmah ketawa besar! Kesitu pula fikiran Amna melayang. “Aku tak kenal pun dia yunk oit...”
“Yeah... that’s the point yang aku nak highlight sangat. Kau tak kenal dia pun, tapi cara kau komen... Kau macam dah kenal dia lama..”
“Amna.. kadang-kadang orang yang baru kita kenal tu lagi mudah kita nak baca bahasa tubuhnya. Fikiran dan perasaan dia... “ Dia dah mula dah...
“Okay... Esok kau datang rumah. Kau judge dia... Baca hati dan perasaan dia pada aku!”
“Amna... cara kau cakap kan, macamlah aku boleh scan tubuh badan manusia. Sengal amat kau nih! Tapi cun jugak tuh.. Aku pun teringin benar nak tengok muka si Redza tuh, handsome macam Remy Ishak kau tak?” Sempat lagi Najmah selitkan pujaan hati si Amna. Apalah yang handsome sangat pada Remy Ishak tu?
“Mestilah tak... Remy aku lagi handsome okay...”
Najmah rasa nak pitam! Macam manalah dia boleh berkawan baik dengan minah sengal plus hati kayu macam Amna Safiya nih?
***
Tangan kanan mula menggenyeh perlahan kedua belah matanya. Sinaran matahari mula mencuri masuk melalui celahan kain langsir yang terjurai di tingkap. Dengan penuh malas, Amna menjeling ke arah jam yang berada di meja sisi.
Pukul sembilan pagi!
Mulut yang menguap mula ditutup. Mata masih mahu menyambung tidur. Namun bunyi Dania dan Darwish bertekak di ruang tamu membantutkan niat Amna. Setiap kali cuti, memang mereka dua beradik akan berebut remote tv. Itulah jam loceng yang mampu membuatkan Amna bangun awal di hujung minggu.
Tangan mula mencapai tuala dan diletakkan ke atas kepala. Kakinya mula melangkah ke dapur. Antara sebab yang paling seronok bila pulang ke kampung ialah, angkat je tudung saji, makanan enak sudah tersedia.
“Hah, anak dara baru bangun!” Sergah Aminah sambil menggelengkan kepala. Sudahlah tak mandi, ada hati nak sarapan dulu.
“Hujung minggu yang berharga, jangan di sia-siakan..”
“Kot ya pun nak makan, basuhlah muka dulu.... Gosok gigi dulu. Pakai tuala tu elok-elok sikit, jangan lupa yang Redza dekat rumah kita sekarang!”
Amna mula tepuk dahi. Dia langsung terlupa pasal Redza. Alangkah indahnya jika semua ini hanyalah mimpi ngeri. Tapi Encik Squirdward tu memang betul-betul ada! Masa makan malam semalam, bukan main lagi mendapat layanan daripada ahli keluarga yang lain. Kak longnya pun ikut turut sama melayan.
“Adik, handsome sangat si Redza tu! Betul ke adik tak mahu?”
“Akak, bagi free pun... Adik tak mahulah!”
“Jangan cakap besar dik. Nanti Allah terbalikkan kata-kata tu, baru adik tahu!” Kalau dah nama pun Amna Safiya, memang tak akan pernah kenal erti kalah. Nak menang dua puluh empat jam!
Amna mencebik. Sudah bosan mendengar kata-kata yang sudah basi itu. Dania dan Darwish pun bukan main suka lagi pada Redza. “Uncle ni siapa?” Tanya Dania pelik bila melihat orang asing di rumah atuk dan neneknya.
“Uncle ni...bakal suami mak adik.” Rasa kelakar pula hendak menggelarkan Amna ‘mak adik’. Macamlah tak boleh panggil mak usu ke...
“Jangan nak kotorkan pemikiran anak-anak buah saya ya!” Sound Amna sedas! Sebarang rahsia memang tak selamat jika berada di dalam poket Dania dan Darwish. Ada jugak mereka bocorkan pada atuk dan nenek mereka.
“Lah... Saya terang benda betullah Amna...” Ujar Redza dengan senyuman yang Amna tak mampu untuk tafsirkan.
“Eh, cakap pasal Redza, mana mamat tu?” Tanya Amna sambil menilaukan pandangan. Malas nak berfikir pasal sejarah semalam.
“Saya ada dekat belakang awak ni... Kalau rindu, bolehlah pandang! Jangan risau, saya tak akan kenakan sebarang charge!”
Tersembur karipap yang sedang dikunyah oleh Amna. Aminah ketawa sambil mula angkat kaki. Masih ada beberapa kerja yang perlu dilakukan di dapur. Lagipun kalau dengar budak berdua ni bertekak, dia pulak yang naik pekak!
Amna membetulkan kedudukan tualanya. Takut juga kalau Redza melihat rambutnya. Sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh bukan muhrim akan menyebabkan wanita berada di dalam neraka selama tujuh puluh tahun. Tujuh puluh tahun tu adalah pengiraan di akhirat. Mengikut Al-Quran, sehari di sana bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Itu baru sehelai, bayangkan rambut kita ada berpuluh-puluh ribu. Kira dan darablah sendiri!
“Uish... muka ada air liur basi lagi tuh!” Tegur Redza sambil menunjukkan jari terlunjuk ke arah pipi Amna. Perangai menyakat ni hanya diperuntukkan pada Amna seorang sahaja. Adik dan kakak dia pun dia tak pernah sakat!
“Hah, mana? Ada lagi tak..” Cepat sahaja tangan si Amna menyapu pipinya. Ya ke ada air liur basi? Sejak bila dia tidur keluar air basi pulak?
Redza ketawa! Aduh minah ni polos dan suci sahaja otaknya.
“Tak kelakar okay!” Bentak Amna berang! Setelah menarik nafas berulang kali, dia mula menukar posisi soalan. Tidak mahu jika Redza memanjangkan lagi scene yang langsung tak kelakar ini.
“Redza... Bila awak nak balik? Awak cari apa dekat sini? Awak tak akan jumpa apa-apalah...” Luah Amna geram. Berapa kali dia kena bertekak dengan Redza nih?
Tanpa menjawab, Redza langsung tersenyum. Kan dahulu dia pernah jawab, buat apa dia nak jawab lagi soalan Amna. Jawapannya tetap sama! Dia cintakan Amna! Susah betul otak Amna nak terima kenyataan yang satu itu.
Melihat Redza yang terdiam, Amna kembali mengasah mindanya untuk menunjukkan penghujung jalan di dalam hubungan mereka ini.
“Okay... I want to ask you something. Hmm... If a bird falls in love with a fish, where would they live? Who gets the fins and who loses the wings?”
“Bird and fish? What the poetic love.. Mereka dari dunia yang berbeza... Mana boleh hidup bersama.” Komen Redza tanpa berfikir panjang. Dia ingat Amna sengaja nak tanya soalan budak sekolah. Tanpa dia sedar, dia terberi jawapan yang Amna harap-harapkan.
“Yeah... That’s the point! Awak dengan saya umpama burung dan ikan. Ironinya, sekuat mana pun kita mencuba, kita memang tak akan dapat hidup bersama Redza... Satu dekat langit, satu lagi dekat lautan.... Mereka tak diciptakan bersama. Macam tu jugak dengan awak.. saya... haluan dan matlamat kita berbeza!”
Puas! Itulah satu perkataan yang menggambarkan rasa hatinya. Penat nak berdolak dalih! Berterus terang adalah lebih baik. Tak tahulah kalau Redza masih lagi dengan skop ‘tak faham bahasa!’
Kepala lelaki itu mula dianggukkan beberapa kali. Bukan bersetuju sangat. Selebihnya dia kagum dengan kegigihan gadis itu mencari alasan. Sebagai lelaki yang sukakan cabaran, tak kan dia nak tinggal diam sambil berpeluk tubuh. Haruslah cari ayat yang gempak-gempak, cari ayat kiasan yang mampu menusuk tulang rusuk Amna!
Fikir Redza, Fikir!
“Hmm... siapa kata mereka tak boleh hidup bersama.. Boleh je!”
Kata-kata Redza itu membuatkan dahi Amna mengerut. Dah sudah! Rasanya dia dah guna idea yang super power dah! Tak kanlah Redza begitu bijak sangat nak membidas!
“Dia orang nak tinggal dekat mana?”
“Dalam kuali....”
“Dalam kuali?”
Redza tersenyum panjang. “Yup.... Ikan kalau nak goreng kita masukkan dalam kuali kan... Masa tulah dia berjumpa dengan burung...”
Amna menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati. “Bila masa pulak orang goreng burung? Agak-agaklah sikit kalau nak gebang pun!”
“Hah, itulah yang awak tak tahu... Ikan tu bercinta dengan burung puyuh. Jadi dalam kualilah tempat mereka berdating dan hidup bahagia sebelum dimakan manusia..!”
Tangan Amna mula menepuk dahi. Macam tu pun ada ke? ‘Ya Allah, apalah yang Redza makan waktu kecik-kecik dulu sampai otak dia bijak sangat?’ Dia sendiri yang mencipta helah tapi penyudahnya dia sendiri yang kalah.
Oh... sungguh rasa nak hantuk kepala ke dinding!
p/s: korang dah memasuki kawasan bahaya... Redza dengan tekadnya... Amna dengan degilnya.. moga korang enjoyy... perang mereka telah bermula..
hahaha... BEST SGT !!
ReplyDeletenk lg plz...
good ... cerita yg menarik dan tidak membosankan...yg pasti mampu wat sy tersenyum mcmbacanya....tahniah cik penulis...riss
ReplyDeletebestnya......semakin menarik cite nie.....nk lg n3 seterusnya.....
ReplyDeleteikan dan burung berdating dlm kuali!.. keh.. keh..
ReplyDeletesara... terbayekkkk... aduhh, tak boleh bersabar dah sara baca BASS ni.. bila nak ke versi cetak? saya rasa, redza mesti akan buli amna kaw2 kat kampung
ReplyDeleteakak, kenapa rasa macam pendek?? x puas lah
ReplyDeletemcam2 la dorang nie..
ReplyDeleteikan n puyuh bdating dan bahagia dalam kuali.... owhh so sweet redza ni...
ReplyDeleteIkan dengan burung? Haha not bad! Pandai Redza cari idea :) Btw, sukaaaa redza!!! Hahaha
ReplyDeleteseriously I x expect jawapan dari Redza 2.. baru ingat amna ya menang.. jauh betul kalu nk dibandingkan dengan ahfan..
ReplyDeletechaiyok redza.. love u.. and I know.. one find day, amna sure akan surender.. walawehh..
heeheehee...sokong u redza..luv redza ngan amna...mmg leh mental otak amna nk melayan loyar hebat redza...
ReplyDeleteMakin menarik,semakin xsbr nk mbca nyalh,kan best klau update hr2..hihi ^_^
ReplyDelete# Schariedah Schalus
like.. banyak33...
ReplyDeletehohohoho i like :* sngt sweet burng dan ikn bcnta dlm kuali ohsemm lorh kak sara
ReplyDeletesaya still cm tk caye name watak nye amna n lakinye redza..
ReplyDeletekak sara.... really enjoy!
ReplyDeleteai like. hahahaha.
ReplyDeleteI really really really don't like this!! Akak rasa Amna ni mcm akak la, kalau tak suka, buat lah mcm mana pun, tetap tak suka jgak!! Sesak dada akak baca bab ni! Susahnya jadi peminat Ahfan...
ReplyDeleteGo Redza!!! Go!!!
ReplyDeletehahaha,.jawapan maut betul redza tu,.
ReplyDeletehaha..lol..lawak sengal la redza ni
ReplyDelete