Ainul Mardhiah menghempaskan pintu pejabatnya sekuat hati. Bengang
pastinya dengan lelaki itu. Suka
mencari pasal.
“Kau
ingat kau bagus sangat ke hah?” Jeritnya bengang. Habis segala dokumen yang berada di atas meja ditepis.
Hingga berkecai segalanya. Mejanya tidak ubah seperti kapal pecah yang
diterbalikkan dek tsunami.
“Cik
Dhia...” Batrisya yang mendengar kekecohan dari luar terus menerpa masuk tanpa
kebenaran. Tidak betah membiarkan Ainul Mardhiah terus mengamuk.
“Bawa
istighfar Cik Dhia...” Pujuk Batrisya lembut.
“Senyaplah!
Kau pun sama dengan mamat tu kan? Bersekongkol dan kenakan aku!” Bila hati
diamuk marah, senang benar mulut menghambur bicara. Pertimbangan sudah hilang dimamah nafsu
amarah.
“Cik
Dhia, saya rasa Encik Qaireen tak memaknakan kata-kata dia.” Pujuk Batrisya
lagi. Satu ketika dahulu, dia merasa lega bila mengetahui yang dia akan menjadi
setiausaha untuk seorang bos perempuan.
Namun
kelegaan itu hilang apabila setiap hari diherdik dan sering dihambur oleh Ainul
Mardhiah. Sikap dan perwatakannya tidak seiring dengan nama yang dipikul. Jauh
umpama planet marikh dan pluto. Aish...
“Ah,
tak ada maknanya!” Tempik bos Batrisya itu lagi. Ainul Mardiah masih lagi
disengat rasa marah.
Dia
mengeluh kasar. Nafasnya kuat menahan sabar. Hatinya sudah lama dipalit dendam.
Tunggu mencari masa untuk dihamburkan sahaja kepada tuan empunya badan.
‘Kau
tunggulah.. kau akan dapat malu.. sama macam yang kau buat pada aku..’ Itulah
matlamat hatinya kini. Dia tidak akan beralah. Dia akan plan habis-habis untuk
mengenakan Qaireen.
“Cik
Dhia tengah marah sekarang.. Lebih baik Cik Dhia duduk.. Bila kita duduk,
kemarahan tu akan beransur surut.” Nasihat Batrisya tidak jemu.
Dia
memang sering dikenali dengan perangai sifat sabarnya. Jika diherdik dan
ditengking seteruk mana sekalipun oleh Ainul Mardhiah, dia masih lagi boleh
menghadiahkan sebuah senyuman.
Bukan senyuman hambar, tapi
senyuman yang sangat manis. Air gula pun mungkin boleh kalah.
Pekara ini memang ditabik oleh
semua staf Mega Holdings. Ramai orang yang berhenti kerja kerana melayan sikap
dan karenah Ainul Mardhiah yang berbagai itu. Namun Batrisya masih setia tidak
berganjak.
“Stop! Kau boleh keluar. Aku
tak perlukan nasihat dari orang macam kau. Aku akui aku bukan manusia yang
baik, tapi seteruk-teruk aku, aku tak pernah jatuhkan maruah orang lain.”
Kata-kata ini pastilah dituju kepada Qaireen.
Namun Ainul Mardhiah mungkin
terlupa. Qaireen tidak berada di samping mereka sekarang. Yang ada hanyalah Batrisya.
Tiba-tiba ingatannya tergarit
kembali. Mengingati peristiwa yang menaikkan darahnya. Huh, pagi-pagi dah cari
pasal.
“Sampai bila kau nak suruh aku
tanggung dosa hah? Kau tak reti nak berubah ke Dhia?” Ainul Mardhiah yang baru
mencapai gelas di pantri, terus berpaling ke arah suara sumbang itu.
“Apa masalah kau lagi ni?
Kalau kau tak cari pasal tak boleh ke hah?” Balas Ainul Mardhiah tidak berpuas
hati. Batrisya yang baru masuk itu mula terpinga-pinga sambil silih berganti
memandang keduanya.
“Masalahnya sekarang ialah
kau! Kau tahu tak, bila aku tengok aurat milik kau, aku pun akan menangung dosa
sekali. Elok-elok aku boleh masuk Syurga, tak pasal-pasal kau pulak heret aku
sama ke neraka. Kalau nak masuk neraka, masuk sorang-sorang sudahlah!”
Batrisya mula mengaru kepala
yang tiba-tiba terasa gatal. Kalau dua makhluk ini sudah ketemu. Pasti puting
beliung akan berlaku. Pantang jumpa. Pantang berselisih. Pantang salah. Pantang
bersalin je bukan.... Aish...
“Eh, aurat aku, suka hati
akulah nak tunjuk ke atau nak tutup.. Aku tak suruh pun kau tengok, kalau aku
ada, kau tutup jelah mata kau tu. Tapi lainlah kalau kau memang nak tengok
kan..” Sinis kata-kata Ainul Mardhiah.
Qaireen sudah mula menghentak
meja. Terpecik minuman yang keluar dari cawannya. Batrisya mengurut dada. Mujur
sahaja tidak pecah.
“Eh, aku lebih rela dibutakan
oleh Allah.. Itu lebih baik dari pandang orang macam kau.” Jari telunjuknya
dihalakan pada Ainul Mardhiah.
Batrisya sudah kelu sendiri.
Bagaimana hendak melunturkan kemarahan keduanya yang sedang membara itu.
Baginya, cara Qaireen agak keras jika hendak menegur bosnya yang sudah sedia
keras.
Dia bukan ingin memenangkan
cara Ainul Mardhiah berpakaian. Itu bukan bermakna dia bersetuju dengan cara
pemakaian Ainul Mardhiah yang seksi itu. Tapi jika hendak menegur pun, ada
adab-adab tertentu juga. Tak bolehlah main taram je.
Sedangkan nabi pun menggunakan
kaedah lemah lembut apabila berhadapan dengan kaum yahudi. Jadilah semua itu
sebagai tauladan dan perkara yang baik itu perlulah kita ikuti.
“Err..” Dia ingin menyampuk,
tapi tiba-tiba Ainul Mardhiah menyerang.
“Eh, kau ingat kau bagus
sangat ke hah?” Ditolak bahu Qaireen kasar. Qaireen memandang dengan mata yang
mencerlung.
Walaupun mungkin beralas, dia
tetap tidak suka. Malah naik menyampah dengan karenah Ainul Mardhiah. Semudah
rasa menyetuh bahunya.
“Jangan kau berani sentuh aku.
Kau bukan muhrim aku. Dan sampai bila-bila pun, kau bukan muhrim aku! Jijik aku
dengan kau ni.” Keras amaran dari Qaireen.
Ainul Mardhiah sudah tersengih
sumbing. Dia terlalu teringin menguji keimanan milik Qaireen. Hebat sangatkah?
Tebal sangatkah?
“Kalau aku nak sentuh jugak,
kau nak buat apa?” Terus ditarik tangan Qaireen. Dia pun tidak teringin
memegangnya, namun kerana melayan dek rasa hati, dia melakukan sesuatu yang memang
dilarang oleh Islam. Pantas Qaireen menepis.
“Kurang ajar!” Tanpa berfikir
panjang, terus dilempang wajah Ainul Mardhiah.
“Jangan kau berani sentuh
tangan aku. Perempuan macam kau tak akan layak untuk menyentuh aku. Dasar
SUNDAL!!!” Qaireen menjerit. Ainul Mardhiah terkaku. Manakala Batrisya terpana.
Ruang pantri mereka ini sudah
pun dipenuhi dengan staf-staf Mega Holdings. Semuanya sudah mula memuntahkan
gosip. Seminggu pun gosip ni tak habis lagi.
“Seumur hidup aku, tak pernah
ada orang pun yang berani lempang aku atau hina aku macam ni sekali!” Jangan
harap dia akan mendiamkan diri.
“Sebab tak ada orang ajarlah,
kau jadi kurang ajar macam ni. Orang macam kau ni....” Qaireen terpaku seketika
apabila melihat Haji Azlan sedang ralit memandangnya tajam.
Batrisya pun ikut turut
menghalakan pandangan ke arah pandangan Qaireen. ‘Mak, bila pulak Haji Azlan
dah berdiri sebelah aku ni?’ Entah kenapa, Batrisya pula yang gelabah.
Tanpa menunggu lama, terus
Ainul Mardhiah angkat kaki. Nanti tak pasal-pasal dileteri oleh papanya pula.
‘Malang sungguh nasib. Ada bapak pun, sibuk duk bela orang luar.’
Itulah perkara yang paling dia
menyampah sekali dengan papanya. Sudah acap kali dia menyuruh papanya
memberhentikan Qaireen dari terus bekerja di situ. Namun sikit pun papanya
tidak peduli.
“Dia tu arkitek terbaik... Tak
kan papa nak lepaskan seseorang yang boleh menguntungkan papa..” Kata-kata itu
masih terngiang di pendengarannya.
“Kau tengoklah.. bila aku dah
jadi peganti papa nanti, kau orang pertama yang aku halau dari syarikat ni..”
Kata-kata itu penuh bernada dendam.
“Cik Dhia cakap apa tadi?”
Sapaan Batrisya itu menyedarkan Ainul Mardhiah dari angan yang panjang. Baru
dia tersedar yang dia sudah berada di dalam pejabatnya sendiri. Pejabat yang
bagai diserang garuda.
“Kan aku suruh kau keluar?”
Dia bertambah menyampah melihat Batrisya. Entahlah kenapa? Mungkin kerana gadis
itu terlalu tenang.
“Kejap je lagi... Saya nak
kemas bilik Cik Dhia dulu.. Err.. Cik Dhia, meeting petang ni tetap proceed
macam biasa kan?” Dulu dia memang takut. Jika Ainul Mardhiah mengamuk sahaja.
Perutnya yang mula terasa ngilu. Rasa macam tak cukup tanah nak lari.
Namun kini, dia sudah faham
dengan perangai Ainul Mardhiah. Keras di luarannya. Namun sifat sensitifnya
masih ada. Masih ada kebaikan gadis itu kepadanya. Kita haruslah berfikir
secara positif. Kalau fikir negatif, negatiflah jadinya.
“Kalau budak BERDEBAH tu ada,
saya tak nak masuk.” Ayat berdebah itu ditekan dengan kuat. Tanda betul-betul
tidak ingin.
“Oh, Encik Qaireen tak ada. Dia
pergi melawat site.” Mujur sahaja memang kebetulan Qaireen perlu melawat tapak
projek. Jika tidak, pejabat ini dilanda puting beliung lagilah.
Kalau genap setahun dia
bekerja nanti, tak pelik kalau dirinya mula diserang penyakit jantung.
***
Qaireen
duduk menekur lantai. Tidak berani menentang wajah Haji Azlan itu. Usai
pergaduhan mereka tadi, Haji Azlan mengarahkannya masuk ke dalam bilik.
Ainul
Mardhiah! Nama je anak haji, tapi perangai... tak macam anak haji langsung.
Dengan pakaian yang terededah sana-sini. Dengan sikap baran dan kurang ajarnya lagi. Budak macam ni memang
layak dapat pelempang darinya.
‘Kalau
aku kena buang pun, aku redha. Lagipun, rezeki aku bukan tersurat di sini
sahaja. Allah lebih tahu yang terbaik buat hambanya.’
“Bila
kamu kata yang Ainul kurang ajar, kata-kata tu seperti dapat menuduh yang saya
tak pandai jaga anak.” Tutur kata Haji Azlan senada sahaja. Tiada riak marah.
Mungkin kedengaran seperti orang kecewa.
“Tuan
Haji, jangan salah faham. Saya...” Ah, dia diserang rasa kelu. Entah dari mana
perlu mencedok kata. Sebenarnya, memang tak tahu nak cakap apa-apa.
‘Tak
akan nak cakap, aku puas kerana dapat melempang anak Tuan Haji. Kalau boleh nak
lempang lagi.’ Itu namanya nak mampus!
“Saya
faham.. saya tak salahkan awak.. saya pun dah puas tegur cara dia berpakaian...
cara pergaulan dia.. Tapi dia tetap dengan keras kepalanya. Mungkin kerana saya
selalu ambil remeh tentang dia.” Ujar Haji Azlan perlahan.
Membenarkan
Ainul Mardhiah melanjutkan pelajar di luar negara dahulu, dirasakan seperti
keputusan yang paling dia kesali. Bagaimana dia boleh melepaskan Ainul
Mardhiah. Sedangkan anak gadisnya itu berkeras tidak mahu pergi.
Masa
itu, dia hanya fikir yang Ainul Mardhiah akan berlajar berdikari. Berdikari
tanpa menyusahkan sesiapa. Memang diakui yang Ainul Mardhiah dahulu keras
kepala. Namun masih ada batasnya.
Kini,
yang dia dapat lihat adalah keras kepala Ainul Mardhiah. Tidak akan pernah
beralah dengan sesiapa sahaja. Kejayaan Ainul Mardhiah dalam pelajaran tidak
dapat diimbangi dengan akhlak yang terpuji.
Pergi
Australia dengan tudung. Balik pula tanpa tudung. Dulu memang anak perempuannya
itu liat untuk memakai baju kurung, namun sopannya tetap masih ada. Kini, kalau
boleh, semua nak terdedah. Semua nak seksi.
Inilah
semua salahnya. Kalaulah dia tidak berkeras dahulu. Pasti Ainul Mardhiah tidak
akan berubah sedrastik ini. Gara-gara kerana terlalu sibuk mengerja harta
duniawi, dia tegar melepaskan anaknya ke luar negara.
‘Nama
sahaja anak Haji, tapi perangai MasyaAllah...’ Itulah kata-kata yang sering
hadir di gegendang telinganya. Namun, menyesal sekarang, sudah tiada ertinya.
Berkecil hati dengan dugaan Allah ini, akan membuatkan manusia itu tidak redha
dengan ketentuan Ilahi.
Allah
pasti lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya.
“Haji...
mungkin Haji perlu kahwin kan dia dengan sesiapa yang boleh Haji percaya. Untuk
bimbing akhlak dia.” Usul Qaireen. ‘Memang nasib kaulah Dhia.. padan muka kau
sebab dipaksa kahwin dengan orang yang kau tak suka.’
“Betul
jugak idea awak tu.. Tapi dengan siapa? Dengan Haiqal... budak yang dia rapat
tu. Itu pun saya tak berkenan. Perangai dua kali lima sahaja. Kalau dia orang
bersatu, memang selamatlah gayanya...”
Haji
Azlan mula mengeluh perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi. Matanya
dipejamkan seketika. Tapi, ada satu wajah yang menjelma...
“Apa
kata kalau awak kahwin dengan Dhia? Saya rasa, awak je orang yang paling layak
membimbingnya.” Gulp! Air liur Qaireen tersekat di celah kerongkong.
Lain
yang ingin dirancang. Lain pula yang menjadi. ‘Masalah ni, kau sendiri yang
bawak Qai. BODOH!’
“Maaf
Haji... saya dah orang yang saya sayang.” Tanpa ragu-ragu, dia melahirkan
perasaan. Dia tidak boleh main angguk sahaja. Itu tempah MAUT namanya. Tinggal
sepejabat pun diserang garuda, kalau tinggal sebilik... aishh.. tak boleh nak
bayang.. Dasyat!
“Saya
terkam je tadi.. Saya tahu yang awak tak akan terima Dhia..” Haji Azlan
mengeluh sedikit. Sudah hilang punca. Tapi rancangan Qaireen itu akan disimpan
kemas dalam pelusuk fikirannya. Ada benarnya juga. Mungkin sudah sampai masanya
Ainul Mardhiah berkahwin.
“Terima
kasih atas cadangan awak tu. Awak boleh sambung kerja balik.” Haji Azlan sudah
mula terfikir sendiri.
Qaireen
hanya tersenyum kelegaan. Lega kerana akhirnya dia tidak kehilangan pekerjaan
yang dia sangat sukai ini. Yang mencacatkan rasa suka itu adalah dengan
kedatangan Ainul Mardhiah. Sejak anak Haji itu bekerja di syarikat ini,
semuanya lingkup serta merta.
Namun
ada juga hikmahnya. Disebabkan Ainul Mardhiahlah, Haji Azlan mengambil Batrisya
sebagai setiausaha anaknya itu. Bagi
Qaireen, Batrisya umpama bidadari yang diutuskan untuk berada di dalam sangkar
maut. Sangkar kemarahan Ainul Mardhiah.
Namun
kerana sifat sabar yang masih menebal, Batrisya masih bertahan sehingga kini.
Kesabaran gadis itulah yang mencuit tangkai jiwanya. Membasuh segala kelukaan
yang dia pernah alami dahulu. Dalam diam, dia mula menyanyangi gadis hitam
manis itu. Mungkin dia tidak secantik Ainul Mardhiah. Namun Batrisya tetap
nampak cantik di matanya. Kekal terbaik dihatinya.
Kalau
Ainul Mardhiah dikenali sebagai bidadari di Syurga. Batrisya pula adalah
bidadari di dalam hatinya. Semua itu sudah cukup buatnya.
“Err..
Qai...” Panggilan Haji Azlan mematahkan langkah Qairen.
“Ada
apa-apa lagi ke Haji?” Dia mula merapati meja Haji Azlan.
“Kalau
awak berubah fikiran, awak beritahu saya ya?” Errkk... Mata Qaireen mula
membuntang. Terkejut tahap king kong!
“Saya
bergurau jelah... Hmm, awak ada kenalan yang baik? Maksud saya, mungkin awak ada kawan-kawan yang
mungkin boleh membimbing Dhia tu.”
‘Boleh
pulak Haji bergurau hal seserius ini. Hati aku dah macam lintang pukang dah.’
Qaireen mula mengarukan kepalanya.
“Hmm,
saya tak berapa pastilah. Kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin. Tapi saya
cubalah bantu mana yang termampu.” Sengaja Qaireen menyedapkan hati Haji Azlan
sendiri.
Dia
sebenarnya takut juga jika Haji benar-benar berkenan untuk menjadikan dia
menantunya. Dia tak payah fikir pun, dia sudah terlalu tahu yang dia bukanlah
lelaki yang mampu untuk membimbing keras kepala milik Ainul Mardhiah. Semua itu
diluar dayanya.
“Kalau
dah jumpa, jangan lupa bagi tahu ya?” Nampak bersungguh benar. Qaireen mula
dilanda rasa serba salah kerana menabur janji yang tidak-tidak. Tapi dia akan
cuba sedaya upaya untuk membantu.
***
“You
kenapa datang lambat?” Belum sempat punggungnya melabuh di atas kerusi, Ainul
Mardhiah sudah hadir dengan suara yang penuh kemarahan.
“Biasalah
kalau petang.. Jalan Jammed sayang...” Pujuk Haiqal lembut. Entah macam manalah
dia boleh lekat dengan Ainul Mardhiah. Dia sendiri bingung! Padahal gadis ini
penuh dengan kemarahan. Nak bermanja, memang haram sekali!
“Habis
tu tak reti nak keluar awal?” Tempelak Ainul Mardhiah lagi.
“Dhia...
Kenapa ni? You gaduh dengan officemate You lagi ke?” Serkap Haiqal. Dia sudah
kenal lama dengan Ainul Mardhiah. Pasti ada seseorang yang menganggu-gugat
perasaannya tika ini.
“Excuse
me, bukan officemate but kuli I ok. I ni bakal pemilik Mega Holdings!” Bongkak
sungguh tutur katanya.
“Sorry-sorry...
So, apa salah dia kali ini?” Tanya Haiqal beralah.
“Dia
kutuk I. Dia kata jijik tengok I. Memang kurang ajar sungguh! Kalau suka I
pakai seksi, cakap jelah suka.. Macamlah I tak faham sangat perangai lelaki
ni.” Ainul Mardhiah mendengus keras. Bengang!
“Releks
baby... kalau dia tengok You marah-marah macam ni, dia lagilah bertambah suka
nak kenakan You.”
Haiqal
main cakap sahaja sebenarnya. Dia sendiri pun kadang-kadang malas hendak
mendengar bebelan Ainul Mardhiah. Semua perkara pun tak kena! Semua benda pun
salah! Hmm, memang bermasalah!
“I
tetap tak berpuas hati dengan dia. Dia memang nak kena dengan I.” Ainul
Mardhiah mula mengigit bibir.
“You
nak buat apa?” Keningnya diangkat sedikit. Tertanya-tanya juga dia dibuatnya.
Setahunya, Ainul Mardhiah memang seorang manusia yang sanggup melakukan apa
sahaja untuk memenuhi kehendak hatinya.
“Sekarang
I tak fikir lagi. Yang penting, I akan ajar dia cukup-cukup!” Itu matlamatnya
sekarang. Musnahkah Qaireen adalah matlamat utamanya kini.
***
Sedang
Batrisya mengemas meja pejabatnya, tiba-tiba Qaireen datang menghampiri.
Senyuman manis mengiringi wajahnya tika menyambut ketibaan lelaki itu.
“Awak
dah nak balik?”
Qaireen sebenarnya kelu seribu
bahasa. Tidak tahu konsep soalan yang bagaimana yang mahu ditanya terhadap
Batrisya. Dia terlalu sedar yang Batrisya sentiasa menjaga tata tertibnya.
Bimbang jika keterlaluan, akan mengundang rasa tidak selesa dalam diri
Batrisya.
“Hmm, belum lagi. Kejap lagi
baliklah.” Lembut sahaja nada suara itu. Menampan gegendang Qaireen. Hingga
boleh mengilukan hati lelakinya.
“Err.. awak balik dengan
siapa?” Sebelum ini, mereka hanya sekadar bertukar senyum sahaja. Jarang hendak
bersikap ramah. Namun Qaireen sudah bersedia untuk lebih serius bersama
Batrisya.
Gadis yang baik, pasti akan cepat disambar
orang. Jadi sebelum mula mengigit jari, sepatutnya dia mula mengambil langkah
pertama. Itu tekadnya kini. Lagipula, emaknya sudah mula bising-bising melihat
keadaan dirinya yang masih belum berumah tangga.
“Biasanya tumpang officemate.
Tapi kebetulan pulak dia outstation. Jadi, balik nak bas atau teksilah kot.”
Batrisya tetap menjawab walau dalam keadaan segan yang teramat.
Berdepan dengan Qaireen ini,
mampu membuatkan jantungnya berdetik melebihi hadnya. Bimbang jika terus berlama-lama,
ada pihak ketiga pula yang menerajui hatinya. Godaan syaitan datang tidak kira
masa.
“Kalau awak tak keberatan,
awak boleh tumpang saya.” Ajak Qaireen takut-takut sahaja. Bukan senang hendak
berinteraksi dengan wanita ini. Sopan santunya tinggi seperti seorang muslimah.
“Eh, tak apalah.. Saya tak nak
menyusahkan awak.” Tolak Batrisya lembut.
“Dah nak maghrib ni.. Lebih
baik saya tumpangkan awak.. Lagipun, banyak risiko naik mengangkutan awam time
macam ni.” Bersungguh Qaireen hendak meyakinkan Batrisya.
“Jangan risau Sya, saya tak
akan apa-apakan awak.” Qaireen tersenyum kacak. Cuba melenturkan kerisauan
milik sang gadis.
“Saya tak fikir macam tu
pun...” Batrisya sudah mula tersenyum-senyum.
“Saya tahu awak fikir pasal
saya...” Tiba-tiba Qaireen rasa macam hendak mengusik gadis ini. Terasa janggal
jika mereka perlu serius memanjang. Usik mengusik itu perlu untuk mewarnai
sebuah perhubungan.
“Errkk....” Muka Batrisya
disapa kemerahan. ‘Macam tahu pulak si Qaireen ni? Kenapa dia banyak cakap
sangat hari ni? Ya Allah, letakkanlah hatiku di depan duduk yang sebenar...’
“Saya bergurau je.. Hmm, boleh
kita gerak sekarang?” Muka Qaireen bersinar dengan harapan.
Ainul Mardhiah yang sedang
menyorok di sebalik partition itu mula tersenyum-senyum. ‘Konon macam alim..
Padahal nak menunjuk dengan Batrisya. Sekarang aku dah tahu cara yang terbaik
untuk kenakan kau Qai! Walaupun tempias akan terkena pada Sya, aku tak hairan.
Yang penting aku boleh tengok kau tewas!’
***
Batrisya
menampalkan sesuatu di papan tanda pejabat. Ainul Mardhiah yang kebetulan lalu
itu mula menjeling.
“Tak
ada benda lain ke yang awak boleh tampal dekat partition ni?” Perli Ainul
Mardiah selamba. Batrisya sedikit teragak-agak.
“Err...
saya letak iklan untuk kelas agama cik Dhia.. Manalah tahu kalau-kalau ada staf
nak join. Lagipun, kelas agama ni percuma.” Agak-agak berani sahaja dia
menjawab. Ainul Mardhiah mula mencebik. Meluat dengan gadis yang konon-konon
berlagak alim itu!!!
“Aik,
sampai ke tua pergi kelas agama? Masa kecil-kecil dulu tak mahu belajar
sungguh-sungguh.” Berubah sedikit riak wajah Batrisya apabila menyambut
kata-kata anak majikannya yang seperti belati tajam membelah jiwa. Namun
seketika, dia kembali bertenang.
“Ilmu
ni, tak akan pernah habis Cik Dhia.. Jika ingin ditulis melalui mata pena,
dakwat yang seluas lautan pun tidak mampu untuk menceritakan tentang ilmu.
Boleh kering kontang laut jadinya. Lagipun, jika kita tak mendengar tazkirah
lebih daripada tiga hari, satu bintik hitam akan tumbuh di hati kita. Bayangkan
jika kita memang tak pernah mendengar tazkirah langsung... Nauzubillah....”
Kali
ini, air muka Ainul Mardhiah pula yang berubah. Merah menahan rasa marah yang
mengunung. ‘Suka hati kau cakap aku macam-macam.. kau tunggu jelah.. kau akan
terima nasib kau.. sama dengan jantan tak berguna tuh!’
“Sudahlah...
Saya tak ada masa dengan semua ni..” Ainul Mardhiah mula membuka langkah. Namun
suara Batrisya mematikan langkah panjang Ainul.
“Jika
kita memperuntukkan masa kita untuk bersama-sama dengan Allah, InsyaAllah, Dia
sentiasa akan melebihkan masaNya dan perhatianNya untuk bersama-sama dengan
kita. Bukan itu sahaja, malah kita akan rasa kelapangan hati menempuh hari-hari
yang Dia tentukan buat kita.”
Ainul
Mardhiah mengetap bibir. Terasa terpukul dengan kata-kata Batrisya.
Lambat-lambat dia berpaling. Mencari seraut wajah itu. Rasa hendak dilempang
sahaja mulut yang melontarkan kata-kata manis tadi.
“Kalau
bercita-cita nak jadi ustazah, bukan di sini tempatnya. Saya tak suka awak buat
ceramah free ataupun ceramah berbayar di sini. Kalau awak rasa awak dah tak nak
jadi secretary......” Sengaja Ainul Mardhiah berjeda seketika. Kakinya dibawa
melangkah dekat ke arah Batrisya.
“...
awak boleh berambus!” Tajam panahan anak mata Ainul Mardhiah tika mata mereka
saling beradu. Muka Batrisya ternyata kelat. Ainul Mardhiah tersenyum sinis
sambil memeluk tubuh.
“Maaf
kalau kata-kata saya tak menyenangkan Cik Dhia... Saya Cuma menyampaikan
sepotong ayat.. Saya bukan nak mencari salah sesiapa. Saya pun bukannya nak menegur
dosa sesiapa. Saya hanya ingin sekadar berkongsi sesuatu dengan Cik Dhia.
Sekali lagi saya minta maaf...” Batrisya berdiri sambil menekur ke bawah. Ainul
Mardhiah tersenyum puas.
“Bagus
kalau awak sedar yang awak buat salah... Tapi saya.... memang... tak suka..
orang yang buat salah.....berulang kali.....” Lambat-lambat dia membalas kata
sambil tersenyum sinis. Nadanya ditekankan. Dia mahu Batrisya menyemat di dalam
kotak ingatan. Batrisya bukanlah sesiapa di dalam office ini. Jangan nak
memandai nak perbetulkan salah orang!
“Maaf
itu bukan milik awak Dhia... Sebab sepatutnya awak yang patut meminta maaf pada
Sya..” Entah dari mana muncul, datang-datang terus menyakitkan hati Ainul
Mardiah.
“Wow,
sekarang dah ada tukang back up!” Mencerlung mata Ainul Mardiah yang sedang
memandang Batrisya.
Batrisya
mula serba salah sendiri. Bagaimana Qaireen boleh muncul di antara meraka. ‘Aduh, makin parah
jadinya... Lain yang dirancang, lain jadinya... Apa yang terjadi,, makin
menjadi-jadi pula.’
“Cik
Dhia jangan salah faham...” Baru sahaja Batrisya ingin buka mulut, Qaireen
sudah kembali menyampuk.
“Dia
memang salah Sya.. Sebab dia tak faham...” Nafas Ainul Mardhiah sudah mula
turun naik. Aras kemarahannya sudah sampai ke kemuncak apabila mendengar
kata-kata Qaireen.
“Apa
yang saya tak faham hah?” Tengking Ainul Mardiah kuat. Berdesing rasanya
telinga ini. Rata-rata pekerja sudah mula menyemak. Ingin ikut campur
bertempuran hebat ini.
“Awak
tak faham sebab Islam yang awak rasa, tak bergerak seiringan dengan Iman.
Menjadikan awak manusia yang kontang dengan pahala dan basah dengan dosa!”
Bukan sahaja Ainul Mardhiah yang melopong, yang lain-lain pun ikut turut
terkejut dengan penyataan berani Qaireen itu.
Staf
Mega Holdings mula bercakap sesama sendiri. Ainul Mardhiah sudah terasa malu
yang teramat. Jika benar Qaireen ingin membetulkan langkahnya untuk mencari
jalan pulang, beginikah caranya?
‘Ya
Allah, kenapa boleh jadi macam ni... Aku yang mulakan.. Aku yang harus
perbetulkan semua ini.. Bantu aku Ya Allah...’ Mohon Batrisya berkali-kali di
dalam hati. Tidak tegar rasanya melihat mereka bergaduh lagi.
“Cik
Dhia, Cik ada meeting dengan Tan Sri Rashdan di Hotel Sunway berkenaan dengan
tender baru tu.” Hanya ini sahaja yang terlintas di fikirannya.
Tidak lepas Ainul Mardhiah
memandang Qaireen. Bibirnya bergetar menahan rasa marah yang membuak-buak.
Menunggu masa sahaja untuk mengalirkan larvanya.
‘Kau tunggu... kau tunggu
jelah serangan balas dari aku!’ Kali ini dia mengalah. Tapi ada satu waktu
nanti, dia pasti akan menjatuhkan air muka Qaireen itu. ‘Dia ingat dia bagus
sangat! Kau dengan rasa bagus kau tu, boleh pergi mampus!’
Matanya
beralih pula pada pekerja-pekerja yang berhimpun itu. Masing-masing mula
berpandangan sesama sendiri.
“Korang
tengok apa hah? Dah tak ada kerja ke? Kalau tak ada kerja, boleh hantar surat
resign sekarang!” Tengking Ainul Mardhiah kuat. Tersentak Batrisya dibuatnya.
Terkocoh-kocoh staf Mega Holding berlari. Bergelimpangan pejabat ini dibuatnya.
Mujur sahaja Haji Azlan tidak turut masuk campur. Kalau tidak, cerita ini akan
menjadi lebih panjang.
Tanpa menunggu lagi, terus
Ainul Mardhiah angkat kaki. Kini hanya tinggal Batrisya dan Qaireen sahaja.
“Awak tak patut cakap macam
tu.” Ingin ditahan ayat itu. Namun entah kenapa, bibirnya mudah menyambung
kata.
“Dia yang tak patut cakap
macam tu pada awak.” Balas Qaireen lagi.
“Sepatutnya...” Batrisya ingin
memulakan ayat namun segera dipintas oleh Qaireen.
“Tak patut.... tak patut...”
Di saat serius seperti ini pun, Qaireen masih mampu bergurau. Aishh..
“Okay.. okay.. awak boleh
teruskan.” Qaireen angkat kedua belah tangannya. Mula beralah bila Batrisya
buat muka tak puas hati.
“Kalau dia api.. Awak kena
jadi air.. Awak tak boleh jadi angin.. Kalau tak, api dia makin merebaklah...”
Qaireen sambut kata-kata Batrisya dengan senyuman.
“Hmm, habis tu awak dalam
kategori mana pulak?” Tanya Qaireen sambil terus tersenyum-senyum. Menyerlahkan
ketampanan wajahnya.
“Mungkin air kot...” Batrisya
mengangak sendiri.
“Kalau saya angin, awak air...
hmm, menjadi sangatlah tuh...Perhubungan yang sejuk je..kan..” Usik Qaireen
selamba sedangkan wajah Batrisya pucat lesi dimamah rasa malu.
“Erk....” Serius mengelabah
kot.
“Mungkin awak boleh fikirkan
dulu...” Serentak dengan itu Qaireen meninggalkan Batrisya yang sedikit terpana
itu. Dia berlalu dengan senyuman. Sedangkan Ainul Mardhiah yang sekali lagi
dapat mencuri perbualan mereka itu mula tersenyum. Dia sudah punya agenda untuk
mengenakan kedua-duanya.
***
Ainul Mardhiah mula memerhati pada
susuk tubuh Batrisya yang sedang menyusun beberapa fail di kabinet di dalm
biliknya. ‘Aku kena start sekarang. Makin lewat aku melangkah, makin lambat aku
jumpa hasilnya.’
“Err...
Sya...” Seru Ainul Mardhiah. Batrisya yang baru sahaja hendak keluar itu mula
berpaling. Mencari wajah milik majikannya.
“Ada
apa Cik Dhia?” Dalam hati berdoa agar
Ainul Mardhiah tidak mengungkit tentang hal semalam. ‘Semalaman aku tak boleh
tidur memikirkan hal ini.’
“Duduk
dulu.” Tanpa banyak cakap, Batrisya menurut arahan Ainul Mardhiah yang agak
serius itu.
“Firstly,
saya minta maaf... Saya memang agak melampau semalam. Saya tahu, apa yang saya
cakap tu, memang salah...” Riak wajah Batrisya berubah dikala mendengar luahan
maaf Ainul Mardhiah itu.
“Alhamdulilah...
syukurlah kalau Cik Dhia dah sedar... Tak ada apa yang perlu dimaafkan.. Semua
orang pun pernah buat salah kan?” Ainul Mardhiah menyumpah seranah dalam hati.
Meluat dengan sikap baik Batrisya itu.
“Err...
saya banyak buat salah pada awak dan Qaireen.. Saya nak perbetulkan hubungan
kita.. Saya ni hamba yang hina Sya...” Ainul Mardhiah sudah mula memulakan
lakonan mantapnya. Ini sahaja cara untuk membalas dendam terhadap Qaireen. Dan
nasib Batrisya pun terheret sama. Sebabnya ialah Qaireen menyintai Batrisya.
“Ish...
tak baik cakap macam tu Cik Dhia... Allah tu maha pengampun.. Setiap yang
berlaku di muka bumi ini walau sebesar zarah sekalipun, pasti ada hikmahnya...”
Nasihat itu keluar perlahan dari mulutnya.
“Err...
awak boleh tolong saya? Saya dah jauh terpesong dari agama.. Boleh awak ajar
saya pasal agama?” Inilah taktiknya. Dia ingin berbuat baik dengan Batrisya dan
Qaireen. Selepas itu, dia akan merubah nasib dua orang manusia ini. Bukankah
orang selalu cakap, jika hendak menjatuhkan musuh, berbaik-baiklah dengan
mereka. Lantaran itu, kita akan berjumpa dengan kelemahannya.
“Saya
sendiri merasakan ketempangan diri ketika berjalan Cik Dhia. Tapi itu tak
bermakna saya menolak permintaan Cik Dhia tu.. Sebagai khalifah di muka bumi
ni, bukankah kita wajib membantu sesama kita. Saya akan tolong semampu yang
terdaya Cik Dhia.. Tapi kan, saya ada joint kelas agama setiap hujung minggu.
Kalau Cik Dhia tak keberatan, kita boleh pergi sama-sama.” Betapa bersyukurnya
dia rasa bila mendengar kata-kata Ainul Mardhiah tadi. Syukur kerana Allah
masih mengilhamkan jalan pulang terhadap Ainul Mardhiah.
‘Tak
kan sampai kena pergi kelas agama ko? Ni yang aku malas ni...’ Ainul Mardhiah
sudah mula ingin membantutkan niatnya.
‘Ni
lah peluang kau nak kenal dia... kata nak balas dendam? Kenalah bertekad untuk
lakukan apa sahaja?’ Bisik hatinya yang satu. Betul jugak tu.
“Hmm,
boleh jugak.. Dekat mana?” Ainul Mardhiah melahirkan rasa teruja. Teruja untuk
membalas dendam sebenarnya.
“Dekat
masjid berdekatan dengan rumah saya.. Jadi, Cik Dhia nak join ke?” Tanya
Batrisya dengan pandangan yang bercahaya.
“Awak
ingat saya main-main ke? Okay.. nanti awak bagi alamat rumah awak ya.. Kita
pergi sama-sama.” Ainul Mardhiah tersenyum penuh makna. Dendamnya pasti akan
terlerai nanti.
***
Hujung
minggu ini, Ainul Mardhiah menjalankan misinya untuk mengenakan Batrisya dan
Qaireen. Tapi sebelum dia berbuat khianat, pastilah dia akan berbuat baik
dahulu dengan musuhnya. Tidaklah terlalu nampak yang dia terlalu teruk.
Keretanya
diberhentikan betul-betul dihadapan rumah sewa Batrisya. Matanya menilau ke
arah rumah sewa satu tingkat itu. Rumah tak ada standard langsung. ‘Sesuai
sangatlah dengan si Batrisya tuh!’
Deringan
telefon bimbinya membuatkan wajahnya merekah dengan senyuman apabila
terpandangakn pemanggil di talian. Terus dihalakan telefon ke cuping telinga.
“Sayang,
jom keluar...” Tanpa salam dan pembuka kata, terus suara manja Haikal menusuk
ke pendengarannya.
“Tak
bolehlah sayang... kan I nak pergi kelas agama hari ni...” Ujar Ainul Mardhiah
sambil tergelak-gelak. Dari cermin kereta, dia dapat melihat dirinya yang
kelihatan sungguh anggun mengenakan sepasang baju kurung riau dan kepalanya
ditutupi dengan tudung ala-ala Siti Nurhaliza. Serius cantik menawan kalbu
kot...
“Really...
You betul-betul serius ke dengan plan you tu?” Terkejut Haikal mendengarnya.
Memanglah dia tahu Ainul Mardhiah merancang sesuatu tapi tak tahulah pula yang
kekasihnya itu bertekad sampai sanggup ke kelas agama. Pergghh.. dasyat!
“Mestilah
I serius... I tak akan biarkan makhluk-makhluk tu ganggu hidup I lagi. I nak
kenakan dia orang sampai dia orang malu nak angkat muka!” Besar cita-citanya
untuk menjatuhkan Qaireen dan Batrisya.
“Wow...!!!
I memang salute You sangat-sangat... Tapi kalau dah dapat ilmu tu, jangan pulak
You gatal-gatal nak kongsi dengan I...” Usik Haikal nakal. Ainul Mardhiah hanya
ketawa mendengar kata-kata Haikal itu. Langsung tidak berbekas di hatinya.
“Hello,,,
You ingat I ni ustazah ke nak bagi ceramah dekat orang?” Akhirnya mereka
sama-sama ketawa. Ketawa yang mampu membunuh rasa hati. Ketawa yang terlalu
mendambakan dunia dan lupa pada mati.
“Okay...
I got to go... Makhluk tu dah datang dah...” Terus ditutup talian telefonya
apabila terpandangkan susuk tubuh Batrisya yang sedang mengunci pintu pagar
itu. Terus dia keluar dari kereta.
Mata
Batrisya tidak berkelip memandang ke arah anak majikannya itu. Serius, Cantik
sungguh! Teramat sesuai dengan nama yang disandang. Bukankah nama Ainul
Mardhiah itu adalah nama bidadari di Syurga.
“Cik
Dhia nampak cantik sangat bila bertudung.” Tidak tertahan rasa hatinya dari ingin
memuji Ainul Mardhiah. Pujian itu memang ikhlas dari hatinya. Walaupun Ainul
Mardhiah hanya mengenakan tudung ala-ala Siti Nurhaliza itu, namun keperibadiannya
nyata terselah apatah lagi bila mengenakan baju kurung riau kain cotton itu.
“Aish...
janganlah puji saya sampai macam tu sekali.. Malu saya dibuatnya. Tunggu apa
lagi, jomlah kita pergi.” Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, namun
suara Batrisya mematikan perbuatanya.
“Eh
tak payah naik kereta Cik Dhia... kita jalan kaki je..” Ainul buat pura-pura
tersenyum sedangkan dalam hatinya menyumpah seranah Batrisya. Sudahlah panas
terik, ingin berjalan kaki pula. Sudahlah dia memakai baju kurung. Sungguh,
rasa ingin dicabut saat ini juga.
“Banyak
pahalanya jika kita berjalan kaki ni.. bayangkan setiap langkah kita untuk
berjalan ke majlis ilmu akan dikira sebagai pahala.” Batrisya berpaling sekilas
ke belakang. Seperti mengira langkah kaki mereka.
“Terlalu
senang untuk mengumpul pahala sebenarnya... Tapi kita sering kali lebih suka
mencari dosa..” Ainul Mardhiah mengigit bibir. Sangat-sangat terasa dengan ayat
Batrisya.
“Eh,
saya bukan maksudkan Cik Dhia tau.. Saya hanya memberi satu perumpamaan
sahaja.” Tutur Batrisya tiba-tiba. Ainul Mardhiah memaksakan diri untuk
tersenyum sedangkan hatinya terkandung sejuta kemarahan yang tidak berbelah
bahagi. Rasa hendak disepak Batrisya sekarang jugak!
“Saya
tak terasa pun.. sebab saya sedar yang saya berada di jalan yang benar.. Err
Sya, saya harap awak tak payah panggil saya Cik Dhia lagi.. Awak boleh panggil
saya Dhia sahaja.. Kita kan dah jadi kawan sekarang. Saya tak mahu pangkat saya
sebagai seorang bos memusnahkan benteng persahabatan kita.” Ini taktik awal. Dia
mahu Batirisya senang dengan dirinya. Barulah senang dia ingin menjalankan
sebarang plan.
“Err....”
Batrisya terkedu seketika. Seakan-akan tidak percaya langsung yang Ainul
Mardhiah yang sedang berkata-kata ini. Sejak kelmarin, Ainul Mardhiah ternyata
berubah seratus-peratus.
“Terima
kasih Dhia... Saya bersyukur kerana awak tak terlewat untuk menghadirkan diri
di rumah Allah ini. Percayalah, jika kita sentiasa punya masa untuk Dia, Dia
pun akan sentiasa letakkan kita di bawah perhatiannya.” Nasihat Batrisya
tiba-tiba. Ainul Mardhiah tersenyum kelat sahaja. Malas hendak memanjangkan
bicara. Makin panjang dia cakap, makin panjang pula tazkirah Batrisya nanti.
Namun
apabila kaki kanannya melangkah ke dalam rumah Allah ini, dia mula terasakan
kekosongan diri. Pandangannya menilau di sana sini. Kemarahannya tiba-tiba
terasa hilang. Hatinya yang rawan terasa dibasuh dengan ketenangan yang pertama
kali diperolehinya ini. Memang sudah terlalu lama dia meninggalkan tikar
sejadah. Terlalu lama memuji keagungan Ilahi ini.
“Jom
kita duduk kat situ.” Bicara Batrisya mematikan gelojak hatinya sendiri.
Kakinya melangkah sambil matanya ditebarkan di seluruh masjid. Tidaklah terlalu
ramai pelajar di kelas agama ini. Ada yang sudah terlalu berumur. Ada yang
sebaya dan ada juga anak-anak kecil.
Tangannya mendarat di dada lantaran
jantungnya terasa berdegup di luar kebiasaannya. Entah kenapa bulu romanya
meremang. Badannya terasa seram sejuk. Dia terasa diperhatikan di sana sini.
Ainul Mardhiah mula terasa ketakutan. Takut yang dia tidak pernah rasa untuk
seumur hidupnya. Takut pada apa, dia sendiri tidak mengetahuinya.
***
“Ramai
orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak
menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati.
Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu
berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah
daripada segala kisah yang daripada Al Quran.
Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’
walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak
terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur
kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.”
Kata-kata ustaz tempoh hari bermain-main di cuping
telinganya. Ainul Mardhiah mula rasa gelisah sendiri. Bibirnya
bergetar menahan rasa.
“Hei..
kenapa ni? You look so scared?” Teguran Haikal itu langsung
tidak mendatangkan sebarang ketenangan dalam diri Ainul Mardhiah. Wajah Ainul
Mardhiah pucat lesi. Ainul Mardhiah menggeleng sahaja. Tidak pasti hendak
memberi respon yang bagaimana lagi.
“So, macam mana dengan plan you tu? I akan buat
part I… Bila you bagi arahan je, kita lancarkan plan tu..” Entah kenapa, dia tidak jadi
hendak seronok mendengar kata-kata Haikal. Sedangkan
satu ketika dahulu, saat inilah yang dia paling tunggu.
Sudah hampir dua bulan dia mengikuti kelas agama
daripada Ustaz Umar. Setiap kata-kata dan tazkirah daripada ustaz itu mendapat
tempat di hatinya.
“I
nak baliklah.. I rasa macam nak demam…” Haikal hanya memandang Ainul Marhdiah
tidak berkelip. Sebenarnya dia sudah dapat mengesan sikap Ainul Mardhiah yang
terlalu banyak mengelak dari berjumpa dengannya. Bagai ada sesuatu yang tidak
kena sahaja.
“You
pasti you boleh drive?” Tanya Haikal prihatin. Dia sangat prihatin jika perkara
itu melibatkan Ainul Mardhiah kerana dia memang sayangkan gadis itu
seikhlasnya.
“Sure…
Sorry sebab tak dapat temankan you petang ni..” Dia tidak mahu Haikal mengesan
perkara yang tidak-tidak. Memang dia juga ikut turut menyayangi lelaki itu. Dia
sayangkan Haikal dengan segenap rasa hatinya.
“It’s
okay dear… You tu kena rehat sikit.. Jangan
banyak sangat buat kerja. Kalau tak you akan jadi cepat stress..” Ainul
Mardhiah hanya tersenyum mendengar nasihat daripada Haikal itu. Lelaki ini
memang tersangat prihatin.
Baru sahaja kaki Ainul Mardhiah menapak beberapa
langkah, matanya terpandangkan pada beberapa aneka tudung yang tergantung di
sebuah kedai tidak jauh dari kedai makan yang dia masuki tadi.
“Nak
beli tudung cik?” Tanya si penjual ramah. Ainul Mardhiah hanya tersenyum
sedikit. Tangannya merasa pada kain tudung yang bergantungan di sana sini. Kemudian tapak
tangannya jatuh pula di atas kepalanya yang tidak ditutupi oleh seurat benang
sekalipun. Kenapa hatinya merasa tidak tenteram? Seolah-olah seluruh semesta
Alam sedang menyalahkan dirinya?
“Balasan bagi
orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya
balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung
dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan
selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya
kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya
diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang
terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.”
Wajah Ainul Mardhiah basah dengan peluh. Kedua belah tangannya di bawa ke tapak
cuping telinga. Kata-kata Ustaz tempoh hari bermain di telingnya. Hatinya
menanggung debar yang tidak terhingga rasanya. Lantas terus dia berlari keluar dari kedai itu. Tidak mempedulikan
pertanyaan dari penjual itu. Terkocoh-kocoh dia masuk ke dalam perut kereta.
Tangannya dibawa memegang kepalanya. Kenapa dia terasa
begitu takut dan gerun sekali apabila
lelaki yang bukan muhrim memandang dirinya. Seolah-olah mereka sedang
meratah rambutnya dengan penuh lahap.
Ainul Mardhiah menangis teresak-esak. Adakah ini petunjuk
Allah atau rasa perasaan yang singgah seketika Cuma?
‘Ya Allah… tidak terhitung dosaku kepadaMu.. Tegarkah Kau
menerima diriku yang penuh hina ini?’
***
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Taubatku ini.....
“Aku lelah dalam meniti rona
kehidupanmu ini.. Keraa jiwa aku kering kontang tanpa bekalan menuju
destinasiMu yang lebih pasti nanti. Telah aku merasakan derita jiwa dan
perasaan kerana diri ini hilang dari jalan menuju redhaMu ya Allah...Di
hamparan ini aku meminta agar taubatku diterima... Aku mohon Ya Allah...”
Disepertiga
malam ini, Ainul Mardhiah menangis bersunguh-sungguh. Cuba meleraikan tali
penyesalan yang tidak sudah-sudah. Hatinya terlalu hiba apabila mengenangkan
dosa-dosa yang telah dia lakukan. Dia bertaubat bersunguh-sungguh. Mengharapkan
keredhaan Allah dalam menerima dirinya kembali.
***
Satu pejabat bagai hendak runtuh
dihimpit gossip baru. Semua orang terbeliak mata apabila melihat Ainul Mardhiah
masuk ke pejabat dengan mengenakan baju kurung. Lebih mengejutkan ialah sehelai
tudung yang tersarung di kepalanya. Ada
yang bersyukur, namun tidak kurang juga yang mencaci.
Dia ingat lagi bagaimana
tercengangnya Haji Azlan yang sedang bersarapan itu apabila melihat
penampilannya. Terjatuh sudu dari pegangannya.
“Dhia minta maaf… Dhia banyak dosa
dengan papa.” Dicapai tangan Haji Azlan dan dikucup dengan linangan air mata.
Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan. Hatinya tenang.. Seperti terlepas
segala seksaan jiwanya. Betapa selama ini
dirinya terlalu keras hati untuk menerima teguran.
“Kalau
ada pun kesalahan Dhia, dah lama papa maafkan.. Melihat Dhia sudah kembali
membuatkan papa bersyukur dengan kurniaan dariNya ini. Alhamdulilah ya Allah..
Kau telah mengembalikan permataku yang hilang.” Akhirnya mereka sama-sama
berpelukan. Kembali menyemai rasa kasih yang hampir pudar ditelan masa.
Ainul Mardhiah tersenyum mengenangkan
peristiwa pagi tadi. Entah kenapa, inilah hari yang paling sempurna sepanjang
dia hidup. Dia mula memandang cermin yang terletak di sebelah pantry. Memang
dulu dia pernah bertudung, tapi sekarang, dia kembali bertudung bukan kerana
paksaaan dari sesiapa. Adakah ini dipanggil anugerah Allah?
“Saya tak percaya yang dia
betul-betul dah berubah seratus peratus..” Terhenti langkah kaki Ainul Mardhiah
yang ingin menuju ke pantry.
“Qai, awak kena hilangkan sikap
prejudis awak tu pada dia.. Dia betul-betul dah
berubah.” Susah hendak bercakap dengan Qaireen ini. Dia hanya memikirkan
perkara yang negatif sahaja tentang Ainul Mardhiah.
“Pokoknya saya tetap tak percaya.. Mana ada orang
boleh berubah seratus peratus macam tu?” Batrisya tidak tahu hendak mencedok
kata dari mana lagi. Sudah penat ingin memahamkan Qaireen. ‘Jika dia
ditakdirkan menjadi pemimpin dalam kehidupanku nanti, mampukah aku meladani rasa
egonya itu?’ Batrisya mula terfikir sendiri. Sifat syak dan wasangka Qaireen
adakalanya mengelisahkan dirinya.
“Itulah dinamakan hidayah Allah Qai…
Dia memberikan taufik dan hidayah hanya pada hamba yang dia kehendaki.” Moga kata-katanya ini mampu membasuh rasa
hati Qaireen dari tidak terus berfikir yang bukan-bukan tentang Ainul Mardhiah.
“Ya ke hidayah Allah? Entah-entah
hidayah buatan sendiri!” Ainul Mardhiah sedikit
tersentak mendengar kata-kata Qaireen yang memang terkandung kebenarannya.
Memang pada asalnya dia merancang semua ini untuk menjahanamkan hidup Qaireen
dan Batrisya. Namun lama-lama, dendam yang ingin terbalas terus musnah apabila
hampir dua bulan ini dia dibasuhkan dengan kata-kata nasihat yang mendamaikan
jiwa.
Dia benar-benar ingin
berubah. Penhijrahan ini datang dari rasa hatinya sendiri. Tidak dipaksa-paksa
oleh sesiapa pun.Tiba-tiba ingatanya tergarit pada ceramah ustaz tempoh hari.
“Sesuatu perkara yang
menghala ke arah kebaikan memang akan ada ujian dan dugaannya. Ini semua untuk
mencekalkan hati kita sendiri agar tidak berpaling setia dari yang satu. Makin kuat pegangan Iman kita, makin kuat
cubaan yang Allah turunkan untuk kita. Ujian bukan bala dari Allah tapi salah
satu jalan untuk membuka ruang agar kita mengingatiNya lebih dari segala
sesuatu di dunia ini.”
Ainul Mardhiah mula tersenyum
sendiri. Dia sudah mengambil keputusan untuk berubah. Jadi sebarang dugaan akan
ditepis sehabis dayanya. Dia akan tetap berdiri di jalan ini. Sesunguhnya
inilah jalan yang diredhai oleh Allah.
***
“You create a very successful acting.” Puji Haikal
apabila melihat Ainul Mardhiah yang bertudung itu.Tidak berkelip matanya
memandang kekasihnya itu. Kerana inilah kali pertama dia melihat Ainul Mardhiah
sesopan ini.
Ainul Mardhiah hanya mendiamkan diri. Sedikit
sebanyak dia terkejut dengan kehadiran Haikal ke pejabatnya ini walaupun memang
acap kali lelaki ini bertandang ke pejabatnya ini.
“This
is not a game.. This is a reality… I memang dah pakai tudung sekarang.” Dia
terlalu menyintai Haikal. Dan dia juga ingin Haikal berada di jalan yang dia
jalani sekarang. Inilah
erti hidup yang sebenar.
“Are
you serious?” Haikal agak tergamam seketika.
“Really
serious….”
“Macam
mana boleh jadi macam ni? Sepatutnya you yang permainkan dia orang.. Bukan
macam ni…” Muka Haikal sedikit berkeruh. Dia pelik… tersangat pelik… Bukankah Ainul Mardhiah sentiasa
dikenali dengan perangai keras kepalanya. Mana pergi semua itu?
“Ini
adalah jalan yang Allah titipkan kepada I.. I bahagia Haikal.. Dan I lebih
bahagia sekiranya you pun beriringan bersama-sama dengan I.” Pujuk Ainul
Mardhiah perlahan. Dia tahu Haikal memiliki spesis hati yang sangat lembut.
Pantang dipujuk, pasti akan cepat cair.
“Sorry Dhia… I tak boleh terima
semua ni.. Kan I pernah warning dengan you… jangan pernah bagi ceramah dekat I
pulak. I lebih tahu mana yang terbaik untuk diri I. I tak bersedia nak jadi
baik macam You.. Belum bersedia untuk menghadapi perubahan… I masih belum puas
nak enjoy dalam hidup ni. Kalau You sayangkan I, You just tinggalkan semua ni
dan kembali seperti sedia kala.”
Ainul Mardhiah mengeluh di dalam hati. Bukan kerana perasaaanya telah
berbelah bahagi.. Tapi
kerana dia tidak berjaya membimbing orang yang dia saying kembali ke pangkal
jalan. Dia tidak sanggup membiarkan Haikal terus sesat.
“Kalau macam tu.. kita berpisah
jelah.. Sebab I tak akan sesekali membelakangkan agama I.” Haikal mendegus
kasar mendengar jawapan Ainul Mardhiah.
“Kepala you memang dah kena basuh
habis-habis ke sampai you macam tak boleh berfikir langsung. Berapa lama you
kenal I? Berapa lama you belajar agama ni? Tak kan you tak boleh nak pilih I?”
Tanya Haikal tidak berpuas hati. Dia tidak pernah menyangka yang dia akan
bersaing dengan agama. Kalau lelaki yang lebih hensem dan kaya, boleh juga
diterima dek akal. Ini tidak. Ainul Mardhiah ingin meninggalkan dirinya
disebankan agama. Tak masuk akal sungguh?
“I dah lama kenal agama ni.. Tapi
sayang sebab I terlewat untuk menyintainya.. I pun harap you pun tak terlewat
Haikal.. Kita sama-sama ada peluang dan ruang untuk baiki keadaan.” Pujuk Ainul
Mardhiah lembut.
“Mengarutlah semua ni!” Sejurus itu,
terus Haikal bangun dan keluar dari pejabatnya. Ainul Mardhiah hanya menghantar melalui pandangan mata.
‘Mungkin aku kehilangan kekasih di
muka bumi ini.. tapi aku tidak sanggup untuk kehilangan jejak kasih abadi
dariNya. Sesungguhnya, hanya padaNya tempat aku berpaut dan bersandar.’
***
“Dhia… kenapa ni?” Tegur Batrisya
apabila melihat Ainul Mardiah seakan-akan temenung di meja kerjanya. Sejak dari
tadi, gadis itu seperti hilang focus sahaja.
“Hmm, saya agak tertanya-tanya….”
Batrisya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan ayat Ainul Mardhiah yang
seakan-akan tergantung itu.
“Setiap pertanyaan akan ada
jawapannya. Kalau pertanyaan itu hanya sekadar tersimpan di kotak minta, maka
soalan itu akan kekal sebagai soalan.” Ainul Mardhiah mula tersenyum-senyum. Faham
dengan bahasa kiasan sahabatnya itu.
“Sebenarnya apa yang ada pada
ikhlas? Kadang-kadang orang sering mempersoalan keikhlasan manusia. Adakah
semua orang tahu pengertian ikhlas yang sebenar?”
Batrisya berfikir sejenak. Mencari
sepotong ayat yang ringkas untuk memahamkan Ainul Mardhiah yang sedikit
terkeliru ini. Akhirnya dia tersenyum sedikit.
“Tanda ikhlas itu ialah apabila pujian
tidak menyebabkan kita menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kita
mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah kita tetap sama.”
Ainul Mardhiah tersenyum mendengar jawapan dari Batrisya. Sesungguhnya, dia
terlalu beruntung kerana dipertemukan dengan gadis sepandai dan sebaik Batrisya.
“Terima
kasih Sya... Sebab ada disamping saya.. Tika saya memerlukan satu tangan untuk
berpaut, awak ada menghulurkan kekuatan.” Ucapan itu lahir ikhlas dari hatinya.
Dia mula mengutuk diri sendiri apabila pernah bersangka buruk terhadap
Batrisya.
“Sesiapa
pun yang berada di tempat saya akan melakukan perkara yang sama Dhia.. Tapi
kenapa awak tanya?” Pertanyaan Batrisya mengheret ingatan Ainul Mardhiah
tentang peristiwa tengah hari tadi.
“Aku
tahu kau ada plan something? Aku dapat rasa Dhia....” Bangunan pejabat ini
rasanya sudah terlalu besar. Tapi entah kenapa langkah kaki mereka sering
bertembung di tempat yang sama.
“Aku
tak ada plan apa-apa Qai... Aku betul-betul ikhlas untuk berubah.. Bukan dari
paksaan sesiapa pun.” Ainul Mardhiah melepaskan keluhan sedikit. Benar kata
orang, bukan senang hendak berubah. Andai tidak kuat Iman, pasti terjerumus
kembali ke lembah penghinaan. Sepatutnya orang baik sentiasa berprasangka baik
terhadap orang lain. Bukan prejudis tak tentu hala.
“Jangan
bercakap soal ikhlas Dhia.. Kalau kau sendiri tak mengerti apa itu makna
ikhlas? Tapi apa-apa pun, lakonan kau memang kelas....!!!” Berdesing cuping
telinganya menangkap setiap butiran Qaireen itu.
“Dhia!”
Tepukan lembut di bahu mematikan lamunannya. Ainul Mardhiah tersenyum sahaja.
Malu pula bila ditangkap sedang mengelamun.
“Saja
tanya...” Benar maksud kata-kata Batrisya tadi tentang pengertian ikhlas.
Kejian Qaireen tidak akan mampu untuk mengurangkan amalannya dalam meniti
keredhaan Allah ini dan pujian Batrisya tetang perubahannya tidak akan
membuatkan dia alpa dan terleka. Dia akan lalui hidup ini seada dirinya.
***
Panggilan
telefon daripada Haikal itu menganggu-gugat jiwanya. Ainul Mardhiah resah
sendiri. Bagaimana semua ini boleh terjadi?
“I
dah buat apa yang sepatutnya....” Kata-kata Haikal itu membuatkan perasaan
Ainul Mardhiah berteraburan.
“You
buat apa? Kan I dah batalkan semua rancangan tu?” Suara Ainul Mardhiah agak
meninggi sedikit. Entah kenapa, dia terlalu sukar untuk mengawal rasa marahnya
terhadap Haikal.
“You
yang batalkan.. tapi I masih teruskan.. Sekarang dia orang berdua memang tengah
terkunci dalam pejabat... I pun dah telefon pejabat agama, kejap lagi mesti dia
orang datang untuk menangkap Qaireen dan Batrisya...” Hatinya terlalu sakit apabila
mengenangkan yang Ainul Mardhiah meninggalkan dirinya hanya semata-mata kerana
agama. Dia sedikit pun tidak boleh menerima hakikat ini!
Ainul
Mardhiah berlari ke arah pintu pejabatnya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu
pejabat, baru dia perasan yang pintu pejabat tidak berkunci. Hatinya diserang
debar. Janganlah ada apa-apa yang berlaku?
‘Ya Allah, selamatkan mereka.’ Tidak
putus-putus Ainul Mardhiah berdoa. Mengharapkan secebis ehsan daripada pemilik
alam ini.
Sepantas kilat dia berlari naik menggunakan
tangga. Dia perlu cepat sebelum ada perkara buruk yang berlaku. Sesampainya di
tingkat tiga, terus matanya mencari kelibat Qaireen dan Batrisya! Kakinya terus
menghala ke arah pejabat Qaireen yang masih lagi menyala lampunya.
“Qaireen!” Ditolak pintu bilik lelaki
itu. Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Kenapa dengan kau ni? Macam kena
kejar hantu je?” Tangannya mendarat di dadanya. Terkejut kerana disergah
sebegini rupa. Dia menapak ke arah Ainul Mardhiah yang sedang tercungap-cungap
itu. Kerja yang terbengkalai di biarkan di atas meja.
Ainul
Mardhiah melebarkan pandangan ke arah sekelilingnya. Mencari kelibat Batrisya.
Mana Batrisya?
“Sya
mana?” Tanya Ainul Mardhiah kaget.
“Sya?”
Qaireen terpinga-pinga sendiri. Setahunya, Batrisya telah pulang dari petang
tadi.
“Sya
kan dah balik....” Melopong Ainul Mardhiah mendengarnya. Hatinya mula rasa
tidak enak. ‘Jadi kalau Sya dah balik, bererti hanya kami berdua di dalam
pejabat ini? Adakah aku yang masuk perangkap sekarang?’ Wajah Ainul Mardhiah
pucat tanpa darah.
“Apa
kena dengan kau ni? Kenapa dengan Sya?” Tanya Qaireen panik. Dia tidak rela
jika ada perkara buruk yang menimpa wanita kesayangannya.
“Assalamualaikum....”
Belum sempat untuk Ainul Mardhiah memberi penjelasan lanjut, mereka telah
diserbu dengan beberapa orang lelaki yang berkopiah. Qaireen dan Ainul Mardhiah
pula berpandangan sesama sendiri. Ya Allah!!!
***
“Aku
tahu ni semua plan kau kan?” Pekik Qaireen kuat. Sengaja dia menjerit seperti
ini. Dia mahu semua orang di pejabat kadi ini tahu yang dirinya tidak bersalah.
Dia diperangkap oleh Ainul Mardhiah ini.
“Tak...
jangan salah faham Qai...” Sungguh, air matanya sudah menemani di wajahnya.
Bagaimana ingin memahamkan orang di sekelilingnya sekarang bahawa bukan dia
yang menrancang semua ini.
Memang
dia mengaku yang satu ketika dahulu, dia merancang agar Batrisya dan Qaireen
ditangkap basah. Namun setelah dia berubah, telah dihapuskan niat tersebut
sehinggalah mendapat panggilan daripada Haikal. Dia pergi ke pejabat itu untuk
menyelamatkan keadaan tapi tidak pernah disangka yang semua ini hanyalah
perangkap!
Ainul
Mardhiah kembali merenung wajah papanya. Mengharapkan secebis belas kasihan.
Namun Haji Azlan hanya menekur ke bawah. Tidak langsung memandang anak
gadisnya.
“Papa...
papa percayakan Dhia kan?” Haji Azlan sedikit pun tidak memandang anak gadisnya
itu. Betapa dia terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pejabat
agama. Bagaimana dia hendak menerima semua ini? Dirinya sendiri serba salah
sama ada ingin menyebelahi anaknya ataupun ingin menyebelahi Qaireen. Mungkin
boleh jadi yang semua ini hanya salah faham. Namun siapa yang akan percaya?
Paling
menyedihkan Ainul Mardhiah ialah apabila melihat Batrisya yang sedang menangis
itu. Sungguh, tidak sedikit pun dia sanggup untuk melihat air mata
bermaharajalela di ruangan wajah Batrisya.
“Sya...
kami tak bersalah.. Semua ni hanyalah satu perangkap....” Ainul Mardhiah bagai
hendak gila apabila ingin memahamkan orang di sekelilingnya. Bahunya terasa
bebanan yang amat berat. Menangung kesalahan yang bukan salahnya.
“Perangkap
yang kau cipta kan?” Berdesing telingannya mendengar suara Qaireen yang lantang
itu. Tergeleng-geleng kepala Ainul Mardhiah dibuatnya.
“Entah-entah
kau dah mengandung kan? Sebab tu kau perangkap aku untuk jadi pak sanggup?”
Terbeliak semua mata yang mendengar.
“Sumpah,
aku tak perangkap kau Qai. Untuk apa aku perangkap kau?” Tanya Ainul Mardhiah
dengan deraian air mata yang menyelaputi ruang wajah.
“Sebab
memang dari dulu lagi kau berdendam dengan aku!....” Mata Qaireen penuh dengan
kemarahan. Dia berpaling ke arah Batrisya. Mula menyambung kata yang
terhenti... “Dari dulu lagi saya dah kata Sya... yang perempuan ni buat baik
sebab ada makna. Dia nak tengok kita hancur Sya....”Tidak tegar melihat
Batrisya menangis tanpa berkata apa-apa.
“Sekarang....
semuanya pun dah berlaku... Awak kena bertanggungjawab Qaireen...” Setelah dari
tadi berdiam diri, Batrisya mula mengatur bicara.
“Kenapa
saya pulak yang kena tanggung kesalahan orang lain?” Jerkah Qaireen. Tidak
langsung dapat menahan rasa marah yang sudah mula menjalar di ruangan minda.
Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dibunuh manusia yang bernama Ainul Mardhiah
ini.
“Ini
sahaja cara untuk menyelamatkan maruah korang berdua... Sebelum hal ini
diketahui orang lain, lebih baik korang berdua berkahwin.” Batrisya mula
beristighfar di dalam hati. Susah untuk dia tafsirkan perasaannya tika ini.
Namun dia percaya yang setiap yang Allah rencanakan buat setiap hamba, akan ada
hikmahnya.
“Aku
tak akan kahwin dengan perempuan ni! Tak akan!” Qaireen menjerit seperti orang
yang hilang kewarasan.
“Qaireen!”
Suara Haji Azlan mematikan perbalahan mereka.
“Saya
nak awak bertanggungjawab ke atas Ainul Mardhiah! Ini sahaja cara yang paling
senang untuk menutup kes dengan pihak Jabatan Agama Islam. Kalau tidak, semua
pihak akan menanggung malu.” Semua yang mendengar kembali melopong. Qaireen
dengan dengusan tidak berpuas hati. Batrisya dengan tangisannya dan Ainul
Mardhiah terjelepuk menahan rasa serba salah yang menggunung.
***
Qaireen
jadi sakit hati melihat perempuan yang berada di hadapannya ini. Sekarang
mereka telah sah menjadi suami isteri. Kalau ikutkan rasa marahnya, ingin
sahaja dia belasah Ainul Mardiah itu. Kerana perempuan tak guna itu, dia
terpaksa melupakan cintanya terhadap Batrisya. Jika Batrisya tidak memujuknya,
pasti dia tidak akan sesekali menikahi Ainul Mardhiah.
“Saya
tak boleh teruskan semua ini?” Beberapa kali diraup wajahnya. Sungguh, dia
terlalu sayangkan Batrisya. Dia sudah memberitahu niatnya ini kepada emak di
kampung. Namun sekarang, apa sudah jadi?
“Awak
boleh Qai...” Halu sahaja suara Batrisya. Kelihatannya, gadis kesayangannya itu
sudah mula tenang sendiri. Hanya dirinya yang masih dilambung gelodak rasa
angin taufan.
“Saya
cintakan awak Sya...” Pujuk Qaireen lagi.
“Saya
pun... tapi saya lebih cintakan Allah.” Ucapan itu kedengaran sungguh tulus di
pendengaran milik Qaireen.
“Jalan
dah terdampar luas Qai... awak hanya perlu berjalan di atasnya..” Batriysa
menggunakan bahasa kiasan untuk memahamkan Qaireen yang suratan telah tertulis
sebegini rupa. Tidak ada seorang pun yang boleh menidakkan takdirnya.
“Walaupun
tanpa rela?” Sinis Qaireen membalas.
“Kerelaan
akan muncul kemudian hari Qai.. Awak memang seorang manusia yang paling layak
untuk membimbing Dhia..” Pujuk Batrisya lagi. Dia akan sedaya upaya cuba
memujuk. Dia terima bahawa takdir tidak menyebelahi mereka untuk bersama.
Usai
Batrisya memujuknya, datang pula Haji Azlan. Haji Azlan menawarkan dia saham di
syarikat Mega Holdings dan akan menyerahkan 50 peratus harta miliknya di atas
nama Qaireen. Semua ini akan jatuh ke dalam tangan Qaireen jika dia mengahwini
anaknya.
“Haji
macam jual anak sendiri!” Tidak segan-segan dia melahirkan kata. Terlupa bahawa
Haji Azlan adalah majikannya. Qaireen perasaan pada perubahan wajah Haji Azlan
itu.
“Saya
sanggup menjual anak saya untuk lelaki seperti kamu Qai.. Bimbinglah dia selagi
terdaya.. Asuhlah dia kerana saya gagal untuk mengasuhnya dengan baik...” Sebak
nada suara Haji Azlan tika menyampaikan kata. Dia juga sudah menggelar dirinya
sebagai papa.
Kerana
simpati pada Haji Azlan yang baik hati itu, dia mula menganggukkan kepalanya.
Bersetuju untuk berkahwin. Kerana cintanya pada Batrisya, dia setuju untuk
beralah untuk menerima Ainul Mardhiah sebagai isteri yang sah di sisi agama.
Namun hatinya penuh dengan dendam. Ainul Mardhiah harus membayar kebahagian
yang dia pertaruhkan ini!
Perkahwinan
ini juga tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun! Itu syarat yang dikenakan oleh
Qaireen sendiri. Keluarganya pun tidak mengetahui perihal ini.
“Kau
tak payah menangislah bodoh!” Tengking
Qaireen kasar. Sengaja dia membawa Ainul Mardhiah untuk tinggal di
rumahnya ini. Dia tidak mahu jika Ainul Mardhiah terus dapat bermanja di rumah
sendiri setelah apa yang perempuan itu lakukan terhadap cintanya.
“Kenapa
awak nak hukum saya Qai? Bukan ke saya nak minta maaf... Semua ini bukan
angkara saya. Memang saya mengaku yang saya pernah berniat jahat tapi itu
dulu... sebelum saya kenal Sya dengan lebih baik.. Sebelum saya kenal Islam
dengan lebih mendalam.” Luah Ainul Mardhiah dengan linangan air mata. Kenapa
susah sangat untuk Qaireen faham dan mengerti yang dia tidak bersalah dalam hal
ini!
“Hah,
akhirnya kau mengaku jugak yang kau pernah berniat buruk pada kami!” Tengking
Qaireen kembali. Entah kenapa, bila hal itu melibatkan Ainul Mardhiah, dia akan
cepat marah dan melenting. Kesabarannya tidak pernah wujud untuk Ainul
Mardhiah.
“Itu
dulu... keadaan dah berubah sekarang.. Tak boleh ke awak maafkan saya? Besar sangat
ke salah saya?” Apalah dayanya jika Qaireen terus menerus menolak dirinya.
Qaireen harus sedar, dalam dunia ini semua manusia pernah melakukan kesalahan!
“Maaf....”
Muka Qaireen sinis. Kakinya melangkah merapati Ainul Mardhiah. Entah kenapa,
dia rasa lain macam bila berhadapan dengan Ainul Mardhiah tika ini. Ditarik
tudung Ainul Mardhiah yang tersarung kemas itu hingga menguraikan rambut ikal
mayangnya.
Qaireen
sedikit tergamam. Walaupun dia pernah melihat rambut Ainul Mardhiah sebelum
ini, namun malam ini dia terasa lain macam. Wajah Ainul Mardhiah kelihatan
cantik sangat di pandangan matanya. Qaireen mula rasa sesuatu.
“Qai..
awak nak buat apa ni?” Ainul Mardhiah sudah mula cuak melihat reaksi pelik
Qaireen.
“Bukan
ke ini yang kau nak? Bukan ke ini benda yang kau harap sangat bila dapat kahwin
dengan aku! Jadi aku akan kotakan permintaan kau tu!” Ainul Mardhiah mula
menangis tika Qaireen sudah mendekati.
‘Berdosakah
aku jika aku menolak? Namun relakah aku untuk menyerah?’ Akhirnya, malam itu
bertandang tanpa kerelaan Ainul Mardhiah sendiri. Adakah ini harga bayaran di
atas dosa silamnya?
***
Qaireen
meraut wajahnya beberapa kali. ‘Kenapa? Kenapa aku sentuh dia? Bukan ke aku tak
cintakan dia?’ Qaireen mula mengelabah sendiri. Pagi tadi setelah sedar, terus
dia meninggalkan ruangan kamar itu. Ainul Mardhiah juga sudah hilang entah
kemana. Qaireen malas hendak mengambil tahu.
Sekarang
dia mula serba salah sendiri. Bukan merasa bersalah terhadap Ainul Mardhiah kerana
menodainya tanpa rela tetapi merasa serba salah kerana tidak berjaya
menyelamatkan cintanya terhadap Batrisya!
Pagi itu, dia masuk pejabat seperti
biasa. Dia lihat meja Batrisya masih kosong. Bilik Ainul Mardhiah pun masih
tidak berpenghuni. Kusut kepalanya. Tapi dia malas hendak terus berfikir.
Kerja-kerjanya yang bertambun membuatkan otaknya leka dari memikirkan kedua
wanita itu.
Namun apabila matanya mula terasa
kuyu apabila mengadap kertas kerja yang berselerakan, Qaireen mula melangkah ke
arah pantri. Hendak membancuh nescafee untuk melegakan saraf mata.
Belum sempat sampai ke pantry,
telingannya menangkap perbualan dua orang wanita yang amat dia kenali. Rasanya
pejabatnya ini sudah cukup besar namun mudah benar dia hendak mendengar
perbualan rahsia!
“Kenapa nak berhenti Sya?” Tergamam
Qaireen mendengarnya. Batrisya hendak berhenti?
“Saya nak ubah angin..” Tipu
Batrisya. Masa dia mampu untuk melihat Qaireen dan Ainul Mardhiah dihadapannya.
Sedangkan keduanya itu sudah sah menjadi suami isteri.
“Sya.. jangan tipu saya.. Saya tahu
awak marah pada saya..” Pujuk Ainul Mardhiah lagi. Qaireen buat muka. Muak
menatap lakonan mantap milik Ainul Mardhiah!
“Saya tak marah Cik Dhia... Saya dah
terima hakikat yang antara saya dan Qaireen, kami tak ada jodoh. Saya hanya ada
kenangan sedangkan kalian punya masa depan untuk dirangka.”
“Sya...” Ainul Mardhiah jadi kelu
seribu bahasa apabila dia dapat menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang tekun
mendengar perbualan mereka itu. Pandangan mata Batrisya juga ikut turut memanah
susuk tubuh milik Qaireen.
“Awak tak boleh lari dari masalah
Sya...” Ayat itu ditujukan kepada Batrisya namun matanya menjeling ke arah
isterinya. Isteri tangkap muatnya semalam! Walaupun hanya tangkap muat, namun
hubungan ini sudah terlangkau jauh sebenarnya. Dia tidak bermaksud untuk
berlebihan semalam namun apa yang berlaku di luar jangkaannya!
Semua ini kesilapan dirinya sendiri.
Bodoh kerana menyentuh Ainul Mardhiah! Namun setelah difikir-fikir semula,
itulah harga bayaran yang perlu Ainul Mardhiah bayar di atas kesilapannya
sehingga menyebabkan Batrisya mengorbankan cinta mereka! Biar Ainul Mardhiah
terseksa secara rohani dan jasmani.
“Lagipun, walaupun saya dah berkahwin, tapi itu tak bermakna saya tak boleh
berkahwin dengan awak Sya!” Kali ini, giliran kedua wanita itu melahirkan rasa
terkejut.
‘Sesenang ini Qaireen mengungkapkan kata setelah puas dia menyentuh setiap
inci tubuhku semalam!’ Sudah diagak. Qaireen menyentuhnya bukan dengan kasih
sayang. Tapi untuk mengikat dirinya. Untuk memenjarakan emosinya di dalam ruang
yang langsung tidak punya ruang untuk bernafas.
“Apa awak cakap ni Qai?”
“Saya dah bertekad, awak tetap akan jadi isteri saya!” Itulah tekadnya. Dia
pasti yang tidak akan ada bantahan daripada Ainul Mardhiah. Gadis itu pasti
akan melakukan apa sahaja untuk menebus rasa bersalahnya.
Terus Batrisya memandang ke arah Ainul Mardhiah yang senyap tidak berbunyi
itu. Walaupun perkahwinan ini berlaku tanpa rasa cinta, tapi itu tidak bermakna
kedua-dua orang manusia ini boleh mempermainkan erti sebuah perkahwinan.
“Awak baru kahwin semalam Qai dan hari ni awak boleh ajak saya kahwin? Awak
ni waras ke tak?” Tekan Batrisa sedikit. Makin lama, Batrisya sedar yang dia
bukanlah seorang wanita yang mampu mentafsir apa yang berada di dalam kepala
otak Qaireen. Mungkin ini pertanda bahawa Qaireen bukanlah jodoh dari Allah
yang ditetapkan olehNya.
“Saya masih waras Sya... Awak yang tak waras sebab paksa saya kahwin dengan
perempuan ni!” Jarinya ditunding ke arah Ainul Mardhiah. Kemudian lelaki itu
tersenyum sinis. “Tappi awak jangan risau Dhia... Walaupun saya dah berkahwin
dengan Sya nanti, awak akan kekal sebagai isteri saya. Isteri gelap sampai
bila-bila!” Batrisya mengelengkan kepalanya. Tidak percaya yang Qaireen akan
menjadi sekejam ini. Mana sifat perikemanusiaannya?
Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melangkah pergi dari situ.
Kenapa hatinya menjadi terlalu sakit? Sebenarnya, apabila mendengar lafaz nikah
semalam, dia sudah bertekad untuk menerima Qaireen seadanya. Sudah berjanji
dengan diri sendiri untuk menjadi isteri yang sempurna untuk lelaki itu. Namun
sekarang, apa sudah terjadi?
‘Mungkin semua ini adalah kifarah di atas segala kesilapan laluku... Allah
ingin menguji diriku...’ Biarlah.. dia sudah pasrah untuk menyerahkan lembaran
masa depannya bersama Qaireen. Terpulanglah kepada suaminya itu untuk
mencoraknya. Andai ditakdirkan dia perlu hidup bermadu. Dia rela... Rela
menyerah dalam terpaksa. Rupa-rupanya terlalu sukar untuk mencari cinta kelas
pertama. Cinta yang bukan bersandarkan nafsu! Tetapi berdasarkan keredhaan
Ilahi.
“Cik Dhia... tunggu...” Panggilan daripada Batrisya itu membuatkan langkah
Ainul Mardhiah terhenti. Lambat-lambat dia berpaling.
“Semua tu tak akan berlaku...” Gadis itu agak tercungap sedikit. Mungkin
diserang lelah kerana ingin mendapatkannya.
“Saya redha Sya...”
“Jangan bermain dengan perkataan redha Cik Dhia?” Mata mereka saling
beradu. Mencari kasih di dalam hujan yang penuh mehna.
“Sebagaimana awak pernah redha melepaskan dia pada saya, seperti itulah
saya redha melepaskan dia pada awak Sya! Walaupun hati saya tak mungkin
sejernih hati awak Sya.. Kalau perkahwinan boleh menyelamatkan persahabatan
kita, saya redha menyerahkan dia pada seseorang yang lebih baik dari saya.
Kerana sedari dahulu, dia hanya milik awak. Seharusnya perkahwinan ini tak
boleh berlaku. Saya patut lebih berkeras untuk menentang semalam... Tapi saya
terasa lemah di sana sini.. Kerana sedikit sebanyak, sayalah penyebab peristiwa
semalam berlaku. Saya yang terlalu mengikut emosi dan dendam dulu.. dan akhirnya
dendam itu memakan diri saya sendiri. Tapi sekurang-kurangnya saya lega.. Lega
kerana awak dan keluarga awak tak perlu menanggung malu yang menggunung. Jika
perkara seperti itu yang berlaku, saya pasti tak akan boleh memaafkan diri saya
sendiri!”
Batrisya dihurung rasa sebak! Dia percaya yang Ainul Mardhiah telah berubah
seratus peratus. Ini semua bukanlah persembahan lakonan.
“Saya percaya pada takdir ketentuan Allah ini... Jodoh saya dan Qaireen
tidak pernah ada... Sekarang Qaireen milik awak Dhia... dia hanya milik awak
seorang..” Digengam tangan milik Ainul Mardhiah itu. Erat! Bagai tidak ingin
dilepas langsung. Sungguh, Batrisya langsung tidak rasa ralat melepaskan
Qaireen dalam hidupnya. Sedari dahulu lagi, Ainul Mardhiah dan Qaireen
sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain!
“Dia bencikan saya Sya...” Luah Ainul Mardhiah bersama keluhan.
“Pujuklah hati dia... dia memang mudah marah.. tapi dia cepat sejuk..”
Mereka sama-sama bertukar senyuman. Cuba menguraikan simpulan kasih ini. Ainul
Mardhiah sudah bertekad. Dia akan mencuba sehabis daya untuk memujuk Qaireen
agar dapat menerimanya dan menempatkan dirinya sebagai seorang isteri yang
selayaknya.
***
Hampir dua bulan mereka menjadi
suami isteri yang sah. Sungguh, bermacam perkara yang Ainul Mardhiah lakukan
untuk mencuri perhatian dari suaminya itu. Namun herdikan sahaja yang menyambut
huluran kasihnya.
“Weh, kau ni reti gosok baju ke
tak?” Bagai hendak luruh jantung Ainul Mardhiah mendengar tengkingan daripada
suaminya itu.
“Eer... dah bang...” Dia bukan takut
dengan suaminya itu. Tapi dia memilih untuk menghormati suami. Andai
ditakdirkan nafasnya terhenti, biarlah dia pergi dalam keadaan redha si suami
walaupun dia sedar yang Qaireen langsung tidak boleh menerima dirinya. Malah
Qaireen masih lagi mengejar Batrisya walaupun sudah berjuta kali Batrisya
menolak kasih Qaireen.
“Eh, dah berapa kali aku cakap,
jangan panggil aku abang! Jijik aku dengar!” Entah kenapa, dia sedar yang
semakin lama, isterinya itu makin menunjukkan rasa sabar dalam melayan
karenahnya. Serius hatinya terusik! Namun dia tidak boleh terus menerus melayan
perasaan.
‘Perempuan ni pandai berlakon! Mesti
dia ada agenda nak kenakan aku lagi. Entah-entah dia buat baik dengan aku sebab
dia nak rampas balik saham yang bapak dia bagi kat aku!’ Qaireen mula
berfikiran buruk lagi.
“Abang suami Dhia... panggilan itu
adalah salah satu cara untuk Dhia naikkan martabat abang sebagai seorang suami.
Walaupun Dhia tak pernah ada tempat di hati abang, tapi abang tetap suami
Dhia!” Entah kenapa, kali ini dia terpanggil untuk bertegas. Jika terus
berlembut, Qaireen tetap tidak makan kata juga!
“Oh... kau ingat kau bagus lah kalau
cakap macam tu?” Marah Qaireen lagi.
“Saya tak pernah rasa bagus bang...
Sebab saya sedar yang saya tak sebagus Sya untuk mengantikan dia dalam hati
abang!” Walaupun dia menjawab, namun nada suarana masih kekal perlahan dan
lembut. Tidak langsung menunjukkan riak kemarahan.
“Kau memang tak akan mampu untuk
mengalahkan Sya! Kau perempuan jijik yang tak ada maruah!” Berdesing telinga
Ainul Mardhiah mendengarnya. Air matanya bertakung. Menunggu masa untuk
terlerai di ruang wajah.
Ainul Mardhiah berpaling. Tidak mahu
suaminya itu mengesan riak sedih yang bermaharajalela di birai wajah. Baru
sahaja dia ingin melangkah ke dalam biliknya namun jeritan Qaireen membantutkan
pergerakannya.
“Weh orang kaya! Kau ni masak kari
ke atau kari air... Tak sedap langsung!” Tipu jika Ainul Mardhiah tidak terasa
dengan kata-kata suaminya itu. Dia dibesarkan dalam keluarga yang serba
sempurna. Bangun awal pagi sahaja, orang gaji telah menyempurnakan segalanya.
Tapi semenjak menjadi isteri
Qaireen, dia telah berlajar semuanya untuk memikat hati Qaireen. Semuanya
dilakukan sendiri kerana dia sudah
bertekad untuk melakukan semuanya sendiri. Tidak pernah sekalipun dia
mengeluh atau merungut apabila melakukan kerja-kerja rumah.
Dahulu, tidak pernah sekalipun dia
pernah membasuh baju menggunakan tangan. Namun dia sanggup berpenat lelah untuk
membasuh kemeja kerja milik Qaireen. Dia ingin suaminya itu merasai kasih
sayangnya setiap kali suaminya itu memakai baju ke tempat kerja. Setiap
keperluan suaminya itu cuba dipenuhi sebaik mungkin. Namun Ainul Mardhiah
mengaku yang masih banyak cacat celanya. Ialah, dia masih belajar menguruskan rumah
tangga ini. Jika benar dia salah, tidak bolehkan menegur secara lembut?
Namun setelah difikir-fikir semula,
semua ini pasti balasan daripada Allah untuknya. Dahulu, orang gaji dirumahnya
melakukan kesalahan, tanpa berfikir panjang, terus dihambur orang gajinya itu.
Jika dia terlalu sakit hati, pasti orang gaji itu dipecat serta merta. Staf di
Mega Holdings juga ramai yang terkena dengan perangainya. Jadi wajarlah jika
sekarang dia mengalaminya. Bukankah hidup ini ada hukum karma! Setiap perlakuan
kita pasti akan dibalas kembali.
Jadi Ainul Mardhiah sedaya upaya
menyabarkan rasa hatinya sendiri. Menerima hukuman Allah ini dengan seadanya.
Tanpa rungutan! Tanpa banyak songeh!
Hatinya meraung saat melihat suaminya itu mencurahkan ayam masak kari itu
ke dalam singki! Penat lelahnya ketika memasak belum hilang lagi. Sekarang terpaksa
lelah dihurung rasa sedih melihat perbuatan suaminya itu.
‘Ya Allah... aku terima seadanya semua ujianMu ini..’ Dibajai hatinya
dengan lafaz istighfar yang tak sudah-sudah. Moga bekalan kesabarannya bakal
bertambah!
***
Qaireen bagaikan terkaku apabila
melihat Ainul Mardhiah yang sedang memuntahkan isi perut ke dalam singki. Tanpa
berlengah, terus dia mendapatkan isterinya itu. Direntap kasar tangan Ainul
Mardhiah supaya mengadapnya.
“Kau mengandung eh?” Soalan Qaireen
membuatkan Ainul Mardhiah tercengang. Pantas laju digeleng kepalanya. Muka
Ainul Mardhiah pucat tanpa darah!
“Geleng tu tanda apa? Tanda tak
mengandung ke atau tanda kau tak tahu?” Gesa Qaireen lagi. Ainul Mardhiah seakan-akan
tercengang! Tidak menyangka yang suaminya akan bertanya yang tidak-tidak!
“Saya tak mengandung....”
Entahlah... Ainul Mardhiah mula rasa tidak pasti. Baru dia perasan yang sudah
lebih dua bulan dia tidak kedatangan haid. ‘Ya Allah, aku mengandung ke?’
“Bila kali terakhir kau datang
period?” Merah muka Ainul Mardhiah menyambut persoalan suaminya itu.
Al-maklumlah, mereka bukan seperti pasangan suami isteri yang lain. Agak
janggal membincangkan isu datang bulan ini.
“Tak ingat...” Ainul Mardhiah memilih
jawapan selamat.
“Tak kan tu pun tak ingat? Apa guna
Allah bagi otak kat kau ni?” Ditunjal sedikit kepala Ainul Mardhiah. Soalan
semudah itu pun sukar untuk memberikan jawapan yang pasti.
‘Tak boleh jadi nih.... Entah-entah
minah ni memang dah mengandung?’ Qaireen mula resah sendiri. Ainul Mardhiah
tidak boleh mengandung! Nanti apa kata budak di pejabat! Keluarganya juga belum
tahu tentang hal perkahwinannya ini. Ah sudah....
‘Kalau kau tak sentuh dia, tentu
semua ni tak akan berlaku!’ Bisik suara hatinya.
‘Dia isteri aku yang sah! Aku berhak
untuk sentuh dia!’ Bisik suara yang satu lagi.
‘Bila bercakap soal nafsu, kau
mengaku yang dia adalah isteri kau! Tapi apabila kau perlu bertanggungjawab
dengan perbuatan kau, kau menidakkan tanggungjawab yang perlu kau tanggung!’
Ah... serabut sungguh. Hati dan akal fikirannya bertelagah sesama sendiri.
“Kau tak boleh mengandung! Perempuan
macam kau tak layak untuk mengandungkan zuriat aku!” Ainul Mardhiah terkesima.
Sungguh, air matanya berat membanjiri tubir mata. Menunggu masa untuk
menumpahkan diri sahaja.
“Aku rela tak ada zuriat!!! Itu
lebih baik dari membenarkan anak aku menumpang di rahim kau!” Kali ini, air
mata itu tidak dapat diseka lagi. Akhirna tumpah membanjiri ruang wajah.
‘Ya Allah... adakah aku ini begitu
hina di pandangan matanya?’ Tidak pernah dia rasa sekecewa ini dengan Qaireen.
Suaminya itu seperti meletakkan maruahnya di kaki. Malah maruah dah harga
dirinya sebagai seorang wanita dipijat lumat oleh Qaireen.
“Kenapa kau menangis? Air mata kau
ni langsung tak ada nilai! Kau sakit hati kan? Macam tulah aku sakit hati bila
kau perangkap aku ke dalam perangkap ni! Akhirnya aku terkurung bersama-sama
dengan perempuan tak guna macam kau ni!” Entah kenapa, api kemarahannya
membuak-buak. Lantas dihambur kepada isterinya yang sedang menangis itu.
‘Perempuan ni memang pandai
berlakon!’ Qaireen masih berfikir yang Ainul Mardhiah berlakon untuk meraih
simpatinya. Huh, jangan harap yang dia akan terpedaya. Dia bukan seperti
Batrisya yang mudah jatuh kasihan pada orang. Apatah lagi orang itu adalah
Ainul Mardhiah!
“Jom pergi klinik...” Ditarik tangan
milik isterinya. Dia perlukan jawapan!
“Err.... saya tak mengandung... saya
pasti bang...” Sebenarnya dia dapat merasai keanehan sejak dua menjak ini. Dia
mula rasa sesuatu namun dipendam rasa hatinya. Tidak mahu berkongsi rasa ini
dengan Qaireen. Lagipun dia bimbang jika Qaireen memaksa dirinya untuk
mengugurkan kandungannya nanti. Jika ditakdirkan Qaireen tidak boleh menerima
dirinya, dia tetap akan melahirkan anak ini. Dia tetap akan membesarkan anaknya
walaupun tanpa kehadiran Qaireen.
“Kau jangan nak sorok dari akulah!”
Direntap tangan isterinya itu dengan kuat sehingga menyebabkan Ainul Mardhiah
tidak dapat mengimbangi badannya lalu menyebabkan perut Ainul Mardhiah
terhentak di buju meja makan.
“Arrgghhh....” Tangannya ditekap ke
perut. Menahan rasa sakit yang menggunung. Qaireen
pula tercengang! Bukan melihat isterinya yang merengkok kesakitan itu tapi
terpana melihat darah yang menitis dari celah kain batik yang dipakai oleh
isterinya.
“Allah...” Tangan Ainul Mardhiah
terketar-ketar apabila menyelak kainnya yang mula dibanjiri dengan darah!
Qaireen mula rasa terkaku sendiri!
***
Qaireen menyapu wajahnya beberapa
kali. ‘Ya Allah, bagaimana semua ini boleh berlaku?’ Qaireen mula sedar yang
semua ini berpunca dari kesalahannya. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor
sebentar tadi.
“Maaf... kami tak dapat
menyelamatkan kandungan Puan Ainul...” Qaireen terpempam. Terkedu sendiri. Raut
wajah Haji Azlan nyata tersangat kecewa mendengar berita dari tuan doktor itu.
Tapi jika Haji Azlan mengetahui kisah yang sebenar, pasti bapa Ainul Mardiah
itu akan bertambah kecewa.
“Sabarlah Qai... Tak ada rezeki.”
Ditepuk bahu menantunya itu beberapa kali.
“Err.... anak perempuan saya okay je
kan?” Apabila melihat Qaireen kelu seribu bahasa, Haji Azlan mengambil
inisiatif untuk bertanya tentang kondisi satu-satunya anak perempuannya itu.
“Puan Ainul tak ada apa-apa...
cuma...” Doktor itu berjeda sedikit.
“Cuma apa?” Qaireen tidak mampu
menahan dirinya dari bersabar. Entah kenapa, hatinya diserang kerisauan.
“Rahim Puan Ainul rosak teruk...
Jadi kemungkinan besar, kami terpaksa membuang rahim milik isteri encik!” Haji
Azlan beristigfar panjang manakala Qaireen terus terduduk di kerusi yang berada
berhampiran dengan mereka.
‘Ya Allah, apa yang dah aku buat?’
Kesal sekarang pun sudah tidak berguna. Segala percaturan Allah telah pun
ditetapkan. Tapi mampukah manusia
menerimanya dengan berlapang dada?
***
Qaireen
menapak perlahan ke arah isterinya yang sedang membelakanginya itu. Dia tahu
yang Ainul Mardhiah sedang menangis. Demi Allah, sungguh dia terasa bebanannya.
Terbeban dengan rasa bersalah yang bukan sedikit.
“Dhia...” Ainul Mardhiah memejamkan
matanya rapat-rapat. Pertama kali dalam hidupnya Qaireen memanggilnya dengan
nada yang terlalu syahdu.
“Allah dah makbulkan doa abang....”
Bukan niatnya untuk memerli suaminya. Tapi itulah hakikatnya. ‘Bukankah abang
pernah menyatakan yang abang tidak mahu zuriat abang ditumpangkan di dalam
rahim milik Dhia.! Sekarang, Allah dah makbulkan doa abang.... Malah, rahim ini
juga telah dirampas olehNya..’
“Dhia...” Sungguh, Qaireen
kehilangan kata-kata. Namun tangannya ringan menarik bahu isterinya. Dalam
diam, dia mengarahkan agar isterinya itu berkalih memandangnya. Dan apabila
melihat mata sembab milik Ainul Mardhiah, dia sudah mengakui kesalahannya!
‘Akulah yang bersalah dalam hal ini!
Layakkah aku dimaafkan?’
“Maafkan abang....” Tangan kasarnya
jatuh ke pipi milik isterinya. Memang dia berjaya menepis air mata yang tumpah.
Namun mampukah dirinya membasuh kelukaan milik Ainul Mardhiah!
Ainul Mardhiah memejamkan matanya
rapat-rapat. Hatinya tersentuh mendengar kata ganti nama yang digunakan oleh
suaminya itu. Tiada lagi bahasa kasar. Tiada lagi tengkingan lantang. Suara
pujukan Qaireen ini dapat membasuh segala kesakitannya. Terasa mudah benar kan?
Kerana dia terlalu menyintai Qaireen.. Terlalu....cinta ini hadir selepas lafaz
nikah mengikat hubungan mereka. Mungkin inilah cinta kelas pertama yang sering
perlu dicari oleh manusia. Cinta sepasang kekasih yang halal di sisi Allah.
“Dhia dah tak ada gunanya pada abang
lagi...” Suara Ainul Mardhiah tersekat-sekat. Sebak menahan rasa.
“Ish.... Dhia... Jangan cakap macam
tu.. abang yang bersalah dalam hal ini.. ” Qaireen agak kebingungan. Tidak tahu
cara macam mana untuk memujuk isterinya itu.
Ainul Mardhiah menangis. Dia sudah
tidak punya apa-apa yang mampu dibanggakan oleh seorang wanita. Apalah gunanya
dirnya di sisi suaminya ini. Dia tidak mahu Qaireen menerima dirinya hanya
semata-mata kerana bebanan rasa bersalahnya. Ini semua adalah kifarah atas dosa
yang pernah dia lakukan pada semua orang! Ainul Mardhiah redha!
“Abang.... tolong Dhia...” Pintanya
dengan tersedu-sedu.
“Tolong apa Dhia?”
“Tolong lepaskan Dhia....” Sekali
lagi Qaireen terpana! Tidak pasti hendak memberi reaksi bagaimana lagi.
Bukankah ini yang dia mahukan selama ini? Menyeksa hati milik Ainul Mardhiah.
Namun kenapa hatinya yang lebih terseksa?
***
“Sya... terimalah Qai... dia masih
cintakan awak!” Pujuk Ainul Mardhiah untuk kesekian kalinnya.
“Antara saya dan Qai, kisah kami dah
menemui noktahnya.. Lagipun, saya pasti yang dia sayangkan awak Dhia.. Kalau
tak, tak kan dia jaga awak macam nak gila waktu awak berpantang!” Batrisya
sedar yang Qaireen sudah mula memberikan perhatian terhadap isterinya. Memang
itulah harapannya. Dia berharap yang Allah membahagia rumah tangga Ainul
Mardhiah dan Qaireen.
Ainul Mardhiah tersenyum hambar.
Sebenarnya ada perjanjian antara mereka. Qaireen sudah berjanji akan melepaskan
dirinya selepas sahaja habis tempoh berpantang. Kerana itu dia ingin memujuk
Batrisya agar kembali semula kepada Qaireen. Sekurang-kurangnya dia ingin
memastikan yang Qaireen mendapat ganti yang lebih baik daripadanya.
“Lagipun kalau dia tak sayang awak,
tak adalah sampai awak mengandung kan...” Usikkan Batrisya itu mematahkan
senyuman milik Ainul Mardhiah. ‘Kalaulah Sya tahu cara macam mana abang
mendekati aku, pasti gadis itu akan bersikap perjudis terhadap abang... tak
boleh! Sya tak boleh tahu hakikat yang sebenar.. Biarlah rahsia ini menjadi
rahsia kami berdua sahaja! Lagipun, bukankah seorang isteri wajib menjaga
maruah seorang suami!’
“Kami dah ambil keputusan untuk
berpisah....”
“Hah!” Kuat Batrisya menjerit.
“Kenapa boleh jadi sampai macam ni?
Hanya semata-mata awak tak boleh mengandung, terus dia buang awak macam tu je?
Lelaki jenis apa tu? Tak bertanggungjawab langsung!” Marah Batrisya lagi.
Sebenarnya Qaireen langsung tidak mengetahui yang dia sedaya upaya memujuk hati
Batrisya untuk menerima suaminya itu.
“Saya dah tak boleh mengandung..
Buat apa dia simpan saya lagi.. Lagipun, saya yang minta perpisahan ni...”
Betapa sedihnya apabila mengingati kelemahan diri. ‘Bagaimana nasibku di
akhirat kelak? Tiada anak-anak yang akan mendoakan kesejahteraan hidupku
nanti?’
Ingatannya terjatuh jauh kepada
arwah ibunya. Jarang sekali dia membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada
arwah yang telah pergi. Mungkin ini balasan untuk dirinya pula? Sesungguhnya,
kelukaan yang dirasai hari ini adalah seperti hendak membasuh dosa semalam. Apa
yang mampu dia lakukan ialah menerima segala ketentuan Allah ini dengan hati
yang terbuka.
“Sya... tolong terima Qai... tolong
jaga dia....” Batrisya mengeluh mendengar rayuan Ainul Mardhiah itu. Bagaimana
semua ini boleh berlaku? Ainul Mardhiah merenung anak mata milik Batrisya.
Mengharapkan sinar kebahagiaan untuk hari esok!
“Jauh termenung....” Teguran itu
membuatkan Ainul Mardhiah berpaling. Qaireen sedang berdiri di pintu biliknya.
Hati Qaireen rasa sebak melihat kain
milik Ainul Mardhiah yang berada di atas katil itu. Hari ini hari terakhir
mereka bergelar suami isteri. Esok, meraka akan melalui prosiding mahkamah
berkenaan kes perceraian.
“Banyak lagi nak kemas?” Tanya
Qaireen ramah. Ainul Mardhiah sedar yang sejak suaminya itu menjaga dirinya
ketika pantang, perangai Qaireen telah berubah seratus peratus. Mungkin inilah
orang yang dicintai oleh Batrisya. Walaupun agak terlewat, tapi itu lebih baik
dari tidak memilikinya langsung!
“Sikit je lagi..” Baru sahaja Ainul
Mardhiah ingin bangun, tiba-tiba tangannya ditarik ke belakang sedikit.
Badannya ditarik agar memeluk suaminya itu.
“Maafkan abang....” Kerana dia sudah
terlalu banyak menyakiti Ainul Mardhiah, dia mengambil keputusan untuk
melepaskan isterinya itu. Kerana dia tidak sanggup untuk melukai isterinya
untuk hari yang mendatang. Dia silap dalam mentafsir sikap Ainul Mardhiah.
“Dah banyak kali abang minta maaf...
Dhia dah maafkan.. Dhia pun banyak salah dengan abang.. Dhia tahu, dulu Dhia
selalu cabar kesabaran abang!” Mula-mula dia sedikit teragak-agak untuk
membalas pelukan suaminya itu. Mungkin inilah kali terakhir mereka akan berada
dalam keadaan ini. Sedihnya seperti tidak terkira!
‘Ya Allah... kuatkah aku untuk
menghadapi perpisahan ini lantaran kasih dan jiwaku telah dirantai oleh
cintanya?’
“Dhia... abang....” Qaireen agak
ragu-ragu untuk meluahkan rasa cintanya terhadap Ainul Mardhiah! Sebenarnya,
dia pernah sukakan Ainul Mardhiah satu ketika dahulu. Sebelum menyintai
Batrisya, hatinya terlebih dahulu dijatuhkan pada Ainul Mardhiah. Namun apibila
membayangkan penolakan Ainul Mardhiah nanti, terus dia mengajar diri untuk
membenci isterinya itu.
“Abang harap kita masih boleh jadi
kawan....” Lain yang dirancang, lain pula yang terkeluar dari mulutnya. Hatinya
mula mengeluh sendiri.
“Kita akan berkawan sampai
bila-bila...” Tutur Ainul Mardhiah pula.
“Sebelum apa-apa yang terjadi pada
hari esok, boleh tak abang buat permintaan yang terakhir?”
“Apa dia?” Terasa syahdu apabila
mengenangkan perkataan terakhir itu. Ya.. untuk kali yang terakhir...
“Abang nak dodoikan Dhia tidur
boleh?” Ainul Mardhiah tergelak mendengar permintaan dari suaminya itu.
Sebenarnya Qaireen ada helah yang tersendiri. Apabila Ainul Mardhiah sudah
tidur nanti, bolehlah dia menatap wajah isterinya itu sepuas mungkin. Untuk bekalan
mengubati rindunya nanti.
“Dhia pun ada satu permintaan
jugak...”
“Apa dia?”
“Dhia nak tidur atas riba abang
malam ni...” Ya Allah... hanya Allah yang tahu keperitan yang menjalar di
kepingan hati. Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melabuhkan
kepalanya di peha milik Qaireen. Matanya dipejamkan rapat. Cuba untuk
menghalang air mata dari terus mengalir. Namun Qaireen perasaan pada kelopak
mata isterinya yang berair itu.
“Lagu ni khas untuk isteri
abang....” Qaireen mula mengawal sebak! Tangannya menepuk lembut bahu Ainul
Mardhiah. Mengalirkan rasa cinta yang tidak terhitung banyaknya. Sungguh, dia
sudah terlalu banyak melukakan hati Ainul Mardhiah
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
‘Sungguh, aku tidak akan mampu untuk
mencari isteri sepertinya lagi! Jika Ainul Mardhiah itu digelar bidadari di
Syurga, tetapi isterinya ini adalah bidadari yang menemani hatinya. Tidak akan
bisa diganti walau diredah segenap pelusuk dunia sekalipun.
“Ainul Mardhiah adalah bidadari hati
abang!”
Tanpa sedar, air mata Qaireen jatuh membasahi
pipi Ainul Mardhiah! Ainul Mardhiah hanya membenarkan ia hadir tanpa diseka.
Sungguh, dia teramat bahagia.. Cukuplah... Dia tidak mahu minta lebih lagi.
***
3
tahun berlalu.....
“Jaga diri....” Itulah ayat keramat
yang terakhir yang Qaireen titipkan kepadanya selepas mereka keluar dari bilik
perbicaraan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Sudah tiga tahun berlalu. Namun
secebis ingatannya masih tidak pernah jemu merindui bekas suaminya. Sejak
daripada hari itu, dia memohon keizinan dari Haji Azlan untuk memulakan hidup
di tempat lain. Jauh dari masa silam yang perit untuk dikenang. Seluruh
sahamnya juga sudah dijual.. Dia tidak lagi menyandang jawatan pengarah
syarikat. Sesiapa yang mengantikan dirinya pun, dia sudah tidak ambik peduli.
Hampir tiga tahun juga dia terpisah hubungan dengan Batrisya! Telah
diberitahu pada papanya agar merahsiakan tempat tinggalnya. Dia telah pun
melepaskan kebahagiaannya di sana semata-mata untuk kebahagian orang di
sekelilingnya. Jika mereka masih berhubung, dia bimbang jika Qaireen mula
berpatah arang dari menikahi Batrisya!
Lagipula sekarang dia punya kerja baru! Dia menemui kebahagian yang hakiki
di tempat ini.
“Umi...” Panggil satu suara.
“Iya sayang..”
“Jomlah makan sama-sama...” Ajak si
kecil. Ainul Mardhiah tersenyum lalu beriringan dengan si kecil menuju ke ruang
makan. Dengan bantuan dana daripada Haji Azlan, Ainul Mardhiah mula
mengusahakan sebuah pusat jagaan anak yatim. Di rumah kebajikan inilah dia
menumpang kasih anak-anak yang sudah kematian ibu bapa. Mereka berkongsi
segalanya di rumah ini.
Bila berada di sini, dia tidak lagi
merasakan ketempangan diri. Tidak merasa kekurangan kerana tidak dapat memilik
zuriat sendiri. Di sini, dia punya lebih ramai anak! Semuanya telah dianggap
sebagai anak sendiri. Semuanya diberi perhatian sama rata. Inilah hikmah yang
Allah sembunyikan daripadanya.
“Kak Umi, esok Rita ada nak beli
barang sikit dekat mall... boleh kak Umi teman Rita?” Tanya Rita. Penjaga di
rumah anak yatim ini. Rita sudah lama berkhidmat di sini. Membantu meringankan
tanggungjawab Ainul Mardhiah. Di rumah kebajikan yang dipanggil Teratak Umi
ini, semua orang memanggil Ainul Mardhiah dengan panggilan Umi... Jadi,
tidaklah Ainul Mardhiah terkilan untuk menjadi seorang ibu.
“Boleh... budak-budak suruh Mak cik
Besah tengokkan.” Ujar Ainul Mardhiah sambil menyuapkan makanan terhadap anak
kecil yang ingin menumpang bermanja. Rita tersenyum melihat tingkah Ainul
Mardhiah yang sentiasa optimis dalam melayan karenah budak-budak! Sesungguhnya,
hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa Kak Umi.
***
Batrisya asyik masyuk melihat susuk
tubuh seorang wanita yang berjubah hitam serta memakai purdah itu. Entah
kenapa, dia membayangkan yang wanita itu teramat cantik. Ketika hendak
mengambil wuduk, wanita itu mula menanggalkan purdahnya. Dan apabila purdahnya
dibuka, dia mula tercengang sendiri!
“Dhia....” Panggilan satu suara itu
membuatkan Ainul Mardhiah sedikit terkaku. Takut-takut rasanya hendak
berpaling.
“Dhia kan...” Batrisya mula
melangkah merapat. Dibawa tangannya di pipi milik Ainul Mardhiah. Terus diheret
Ainul ke dalam pelukan erat! Akhirnya, kedua-duanya bertukar tangis. Rita yang
melihat, hanya tercengang sendiri.
“Kita solat dulu ya...” Ujar Ainul
Mardhiah. Sungguh, dia teramat merindui Batrisya. Batrisya pula kagum dengan
perubahan Ainul Mardhiah! Wanita itu telah melindungi kecantikkannya daripada
lelaki lain! Ya Allah... hebat sungguh wanita yang bernama Ainul Mardhiah ini.
Patutlah sukar dicari jejaknya, rupa-rupanya wanita itu telah berpurdah!
Ainul Mardhiah bukan sahaja
menunaikan solat zohor malah dia ikut turut menunaikan sujud syukur. Bersyukur
kerana Allah mendekatkan jodoh pertemuan mereka. Mereka bertemu di rumah Allah!
Besar sungguh keagungan Allah..
Baru sahaja dia ingin mendekati
Batrisya namun dia mula menghentikan langkah apabila melihat Batrisya sedang
bercakap menggunakan telefon bimbit. Entah kenapa, dia terkenangkan Qaireen.
Pasti lelaki itu yang ditelefon oleh Batrisya. Bukankah mereka sudah menjadi
pasangan suami isteri?
Lantas dia mula menapak pergi. “Kak
Umi... tak mahu jumpa kawan akak dulu ke?” Tanya Rita meminta kepastian apabila
Ainul Mardhiah terus mengajak mereka ke kereta.
‘Bukankah Kak Umi terlalu gembira apabila berjumpa dengan sahabatnya
tadi? Kenapa sekarang, kak Umiseperti hendak melarikan diri pula?’
“Tak apalah.... kita nak cepat ni..”
Tergesa-gesa Ainul Mardhiah keluar dari masjid. Dia tidak bersedia untuk
berjumpa dengan Qaireen. Dia tidak mahu cemburu melihat kemesraan mereka nanti
kerana hakikatnya, cintanya pada Qaireen masih bersisa. Malah tidak terluak
sedikit pun.
Namun apabila dia keluar sahaja dari
pintu masjid untuk mendapatkan keretanya, kakinya terkaku apabila melihat
Qaireen yang sedang berjalan menghampirinya. Lelaki itu melangkah penuh
karisma. Ya... bekas suaminya itu masih kacak seperti dahulu. Tak ada apa yang
berubah sekalipun. ‘Pasti Sya menjaganya lebih baik daripada aku menjaganya!’
Kemudian matanya terpandangkan pada
si kecil yang sedang dipimpin oleh Qaireen. Kanak-kanak lelaki itu sungguh
comel. Wajahnya persis Batrisya! Sekurang-kurangnya dia tahu Batrisya mampu
memberikan kebahagian kepada Qaireen. Batrisya mampu untuk memberikan zurita
kepada Qaireen.
Apabil langkah kaki Qaireen mula
mendekat menghampiri mereka, terus Ainul Mardhiah memalingkan wajah. Mana
mungkin Qaireen dapat mengenalinya kerana dia sudah menutup wajahnya dengan
menggunakan purdah! Semenjak mereka berpisah, Ainul Mardhiah mengajar diri
untuk menyimpan segala pinjaman Allah ini!
Biarlah wajahnya ini disimpan daripada pandangan lelaki-lelaki di luar
sana. Tidak kiralah kecantikan mahupun sifat tercelanya, biarlah hanya pernah menjadi
milik Qaireen sahaja. Dia tidak pernah terfikir hendak berkahwin lagi.
“Cik...” Panggilan Qaireen itu
membuatkan darah Ainul Mardhiah berderu-deru. Rita mula berpaling apabila
melihat Kak Umi hanya terkaku sendiri.
“Ya bang... kenapa?”
“Errr.... ada barang tercicir ni..”
Rita menyambut huluran beg plastik itu. Tanpa terus menunggu, terus Ainul
Mardhiah berjalan menghampiri kereta. Tidak betah lagi berlama-lama. Aura
Qaireen cukup kuat untuk merantai hatinya.
***
“Rita... barang Rita tercicir kat
akak ni...” Ainul Mardhiah menyerahkan bungkusan itu kepada Rita.
“Eh, tu bukan Rita punyalah!”
“Habis tu kalau bukan Rita punya,
siapa punya barang ni?” Ainul Mardhiah mula terpinga sendiri.
“Abang tadi bagi... dia kata barang
kita tercicir.. Rita ingatkan akak punya. Jadi Rita ambillah.. Bukan akak punya
ke?” Kata-kata Rita membuatkan otaknya sesak. Lelaki yang memberi barang ini
bukan Qaireen ke?
“Bukan...”
“Alamak.. kiranya dan tersalah ambil
ke? Hmm, cuba akak tengok apa yang ada dalam sampul tu.. Untung-untung kalau
boleh pulang pada tuan punya badan semula ke?” Sejurus kemudian, Rita hilang
menuju ke ruang dapur. Meninggalkan dia termanggu sendiri di ruang tamu ini.
Perlahan-lahan dia mengeluarkan
barang yang menghuni beg plastik itu. Apabila dibuka kotak tersebut, matanya
terbuntang apabila melihat sebentuk cincin yang pernah tersarung di jari
manisnya dahulu. Cincin tersebut telah
dipulangkan balik kepada Qaireen di hari perceraian mereka dahulu.
Ada air yang bertakung di birai mata!
‘Apa yang berlaku sebenarnya?’ Deringan telefon bimbitnya membuatkan Ainul
Mardhiah sedikit tersentak. Dia memandang nombor yang tidak dikenalinya itu.
Perlahan-lahan, disuakan telefon
bimbit itu di cuping telinganya.
“Assalamualaikum.....” Tersentak
Ainul Mardhiah mendengar suara yang terlalu dia rindu itu. ‘Ya Allah.. aku
tidak sanggup merampas suami orang!’
“Waalaikummusalam....” Lambat-lambat
dijawab salam yang menyapa.
“Abang ni....” Ainul Mardhiah
memejamkan matanya. Cuba memadamkan rasa rindu yang mampir.
“Dhia dah tengok cincin tu?” Tanya
Qaireen apabila Ainul Mardhiah tidak memberi sebarang respon.
“Untuk apa semua ni bang... Antara kita, semuanya dah berakhir..” Dia
tidak suka jika Qaireen terus memujuk hati dan perasaannya. Cinta itu masih ada
tapi jodoh bukan milik mereka. Hatinya bimbang jika rasa hati ini akan terhasut
dek ikutan nafsu semata-mata.
“Antara kita tak pernah berakhir
Dhia... Cuma waktu yang menghentikannya seketika..”
“Sya perlukan abang... anak abang
perlukan abang...” Tegas Ainul Mardhiah melontarkan suara.
“Saya tak perlukan dia....” Pelik
kerana suara Qaireen terasa begitu dekat di corong telingannya namun terasa
jauh dari telefon bimbintnya. Bulu romanya terasa semacam. Lantas dia menoleh.
Terkejut melihat Qaireen yang sedang tekun memandangnya.
“Dhia... jadi isteri abang balik...
teman abang sampai bila-bila...” Pohon Qaireen perlahan.
“Dhia wanita yang tak sempurna
bang... Lagipun abang dah ada Sya.. Abang tak sayangkan dia ke?”
“Ehem-ehem.. Qai memang sayangkan
saya.. tapi suami saya lebih sayangkan saya..?” Kali ini bukan suara Qaireen
tetapi suara Batrisya. Ainul Mardhiah
mula rasa pening! Bagaimana semua orang boleh berada di rumah kebajikan ini?
“Kalau awak tak kahwin dengan abang?
Awak kahwin dengan siapa?” Terpinga-pinga Ainul Mardhiah dibuatnya.
“Sya kahwin dengan I....” Kali ini,
Ainul Mardhiah bertambah-tambah terkejut apabila melihat Haiqal memaut mesra
bahu Batrisya. Apa yang sudah berlaku ini?
“Macam mana korang boleh....” Muka
Ainul Mardhiah jelas terpinga-pinga!
“Panjang ceritanya.. kalau cerita
sekarang, memang tak akan habsi. Abang akan terangkan nanti.. tapi dengan
syarat, kena kahwin dengan abang dulu!” Yang lain-lain sudah tergelak-gelak
menyambut kata-kata Qaireen! Anak di rumah kebajikan ini pun sedang mengintai
di pelbagai sudut!
“Tapi Dhia....”
“Abang tak nak terima sebarang
alasan dah... Abang dah bagi tempoh tiga tahun untuk Dhia cari penganti abang
tapi Dhia tetap single lagi. Jadi Dhia wajib kahwin dengan abang! No more
excuse..!” Rasa hendak tergelak ada, rasa terharu ada... rasa nak menangis pun
ada! Tapi rasa nak melompat tu paling banyak. Kalau betul-betul dia melompat,
pasti anak di rumah kebajikan ini akan pengsan melihat Umi mereka yang
berpurdah sakan melompat! Kesyukuran yang tidak berbelah bagi diucapkan ke
hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan kebahagian ini kepada dirinya yang penuh
dengan cacat celanya ini.
***
Dari balik cermin, Qaireen ralit
melihat Ainul Mardhiah yang sedang menyikat rambut panjangnya! Hatinya terlalu
bangga apabila Ainul Mardhiah menyimpan kecantikkan untuk dirinya seorang
sahaja!
“Kenapa pandang Dhia macam tu?”
Walaupun mereka pernah menjadi suami isteri, namun keadaan sekarang sangat
berbeza berbanding dahulu. Renungan mata Qaireen penuh dengan rasa cinta yang
bagai tidak ketemu kesudahan.
“Tiga tahun tau tak pandang Dhia...
mestilah abang nak melepaskan rindu!” Qaireen mula mendekat. Membuatkan Ainul
Mardhiah diserang rasa gemuruh!
Rupa-rupanya selama ini, suaminya
itu tahu tentang tempat tinggalnya. Semua perkara yang berlaku di rumah
kebajikan itu berada di dalam pengetahuan Qaireen. Kerana menyimpan rasa
bersalah, Qaireen sudah bertekad untuk membiarkan isterinya itu sendiri selama
tiga tahun. Jika ditakdirkan jodoh ini masih kuat, dia akan terus melamar Ainul
Mardhiah semula. Dalam masa tiga tahun itu juga, Qaireen mahu isterinya itu
lupa pada segala perkara buruk yang pernah menimpa rumah tangga mereka dahulu.
Mereka pernah sama-sama pernah tersilap jadi Qaireen tidak mahu tersilap
langkah lagi.
Tentang hubungannya dengan Batrisya,
awal-awal lagi Qaireen sudah memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.
Batrisya juga tidak boleh menerima Qaireen. Wanita itu sudah menerima
hakikatnya yang jodoh mereka, hanya sebagai sahabat. Bukan sebagai suami
isteri.
Kemunculan Haiqal yang membawa
berbakul rasa serba salah di atas
perancangan tangkap khalwat itu membuatkan Haiqal mula rapat dengan
Batrisya. Sejak daripada itu, Haiqal sering meminta pandangan tentang Islam
melalui Qaireen dan Batrisya. Dan akhirnya, rasa cinta ketika mendalami agama
Islam membuatkan Haiqal terpaut pada Batrisya. Akhirnya mereka berkahwin dan
dikurniakan seorang anak lelaki. Anak kecil itulah yang dipimpin oleh Qaireen
ketika di masjid itu.
Dan pertemuan di masjid itu telah
dirancang bersama-sama dengan Rita! Semuanya telah dirancang kemas oleh
Qaireen. Namun rancangan manusia ini tidak akan berjalan dengan lancar jika
tidak mendapat keizinan daripadaNya. ‘Ya Allah, hebat sungguh perancanganMu!’
“Abang.. kenapa abang masih mahukan
Dhia walaupun abang tahu yang Dhia tak boleh mengandungkan zuriat untuk abang?”
Dia malu apabila mengenangkan kelemahannya ini. Namun hatinya terlalu
tertanya-tanya. Kenapa tidak Qaireen mencari wanita lain sahaja. Wanita yang
lebih sempurna.
“Perkahwinan bukan tentang zuriat
sahaja Dhia.. perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cinta
kelas pertama! Cinta pada Allah yang disandarkan pada manusia.. Kalau kita tak
mengecapi cinta yang utama, bagaimana kita hendak mula berharap pada manusia
sedangkan pengharapan itu adalah milik Dia.. Lagipun, buat apa nak anak lagi...
kita dah cukup ramai anak di rumah Teratak Umi kan... Allah dah sediakan yang
terbaik untuk kita... Jangan persoalkannya lagi.. Hanya perlu melalui di atas
titian itu!” Ainul Mardhiah terharu. Terasa sangat bahagia.
Ainul Mardhiah menjadi lebih malu
apabila Qaireen tidak lepas-lepas dari memandangnya. “Eer.... malam ni boleh
tak dodoikan Dhia?” Berkerut dahi Qaireen mendengar permintaan isterinya itu.
“Hmm,, malam ni tak bolehlah...
sebab malam ni abang nak buat overtime!” Ainul Mardhiah ketawa untuk menahan
rasa gundah! Mukanya kebas dibahan rasa malu. Ya Allah, terima kasih dengan
rahmat ini.
Cinta kelas pertama adalah apabila kita
meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya!
Cinta pada Allah kemudian disandarkan pada seorang manusia yang digelar
kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan! Bukan memiliki tapi
tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di
mata manusia!
Syurga menagih ujian manakala neraka
dipagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tapi takutlah
jika cintamu itu mampu melenyapkan cinta Yang Maha Esa dalam jiwamu. Sesuatu yang
kau suka, tidak semestinya akan memberikan kebaikkan kepada dirimu namun
sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikan.
p/s:
orang baik boleh jadi jahat... orang jahat boleh jadi baik... jadi jangan mudah
berprasangka buruk terhadap orang jahat dan jangan pula terus berprasangka baik
pada orang baik... Sesungguhnya kita perlu mengambil sifat berwaspada... agar sentiasa
berhati-hati dalam menjalani karenah dunia yang perlbagai ragam ini.
hope terhibur n jgan lupe komen....