Bab 16
Faraneesha
menjeling dari arah cermin. Matanya menangkap susuk tubuh kembarnya yang masih
lagi melingkar diatas katil.
“Feesa,
siaplah cepat. Kang ibu bisinglah.” Bebel Faraneesha sambil menyematkan
kerongsang di selendangnya.
“Aku
malas pergilah.” Mudah sahaja jawapannya namun mata Faraneesha sudah terbeliak
besar.
“Kau ni
sengaja cari pasal kan. Pergi kenduri je. Bukan suruh kau jadi pengantin pun.
Apalah yang liat sangat nak pergi kenduri ni.” Ini bukan kali pertama Farafeesa
berkelakuan sebegini.
Kembarnya
itu memang terlalu liat untuk ke kenduri kahwin jiran tetangga. Kalau saudara
mara yang terdekat, barulah dia menunjukkan muka. Kalau tak, jangan haraplah. Faraneesha
sendiri masih mengesan punca penyakit adiknya yang satu ini.
“Malaslah.
Nak rehat.” Balik-balik, ayat nak rehat itulah yang digunakan.
“Macamlah
kau penat kalau pergi kenduri tu. Bukan suruh kau masak pun. Pergi makan je
kot. Eh, cepatlah siap.” Dikerahnya juga Farafeesa. Dia bukan apa, dia tidak
mahu jika ibunya bising apabila Farafeesa buat sifat keras kepalanya itu.
“Kak,
aku tak suka cakap banyak kali. Aku tak nak pergi. Aku tak nak pergi. Aku tak
nak pergi. Ayat tu cukup tak untuk memahamkan kau.” Faraneesha mula mendiamkan
diri apabila angin kus-kus Farafeesa sudah tiba.
Akhirnya
dia sendiri malas untuk terus bersuara. Bimbang nanti, mereka berdua pula yang
bergaduh.
“Eh,
yang ni apasal tak siap lagi.” Bebel Puan Azah apabila melihat anaknya itu
masih bersenang lenang diatas katil.
“Ibu
pergi jelah dengan Neesha. Hmm, kirim salam dekat Mak Pah eh.” Muka Puan Azah
sudah berubah. Dia tidak berkenan sungguh dengan perangai Farafeesa ini.
“Moleklah
buat perangai macam ni. Nanti kenduri kau nanti, tak ada orang datang.” Celupar
kata-katanya. Motifnya adalah untuk menyedarkan anaknya itu. Bahawa setiap
perlakuan kita ini pasti akan ada baik buruknya.
Lagipun,
amatlah penting untuk kita menjaga hubungan dengan masyarakat yang lain. Kalau
bukan kita yang menyemainya, siapa lagi?
“Alah
bu, kalau kita buat kat hotel, mesti ramai yang nak pergi.” Selamba sahaja dia
menjawab. Faraneesha sudah memberi signal supaya
mulutnya itu tidak gatal-gatal untuk bersuara. Nanti tak pasal-pasal mood
ibunya itu berubah tiga ratus enam puluh darjah.
“Itulah. Bila aku cakap, kau suka
nak menjawab. Kau tengoklah
kenduri kau nanti. Jangan bising kalau tak ada orang datang nak menolong.”
Farafeesa
hanya tersenyum. Dia bukan sengaja untuk tidak turut serta. Namun badannya
benar-benar rasa tidak larat. Sejak akhir-akhir ini, dia mudah benar merasa
penat dan sakit kepala.
“Entah-entah
tak kahwin terus kot.” Selamba badak sahaja dia menuturkannya sedangkan Puan
Azah sudah mula bercekak pinggang.
“Kau tau
tak yang setiap percakapan tu satu doa. Nak sangat membujang sampai ke tua?”
Faraneesha mengigit bibir. Geram dengan sikap adiknya yang kuat menjawab itu.
Ini tidak, tidak pasal-pasal ibunya itu marah-marah.
“Okay
jugak tu bu, bolehlah Feesa jaga ibu.” Tengok tu, menjawab lagi.
“Hah,
yalah tu. Entah-entah nanti aku pulak yang nak kena jaga kau.” Sebenarnya
perangai mereka ni sama je. Sama-sama tak nak mengalah.
“Dahlah
bu, jom kita pergi. Tak payah layan sangat si Feesa ni.
Bukan boleh kenyang pun layan dia.” Ditarik tangan ibunya
itu. Kalau tidak, makin panjanglah ceramahnya pada Farafeesa. Lagipula, dari
riak wajah Farafeesa, dia tahu yang adiknya itu kurang sihat. Namun culas benar
nak makan ubat.
Tangan
kanannya memicit kepalanya sendiri. Manalah adik-adiknya yang ramai itu. Jika
tidak, mereka pasti akan dijadikan mangsa untuk memicitnya dikala ini. Sejak
akhir-akhir ini, dia juga kerap benar sesak nafas. Entah apalah masalahnya
sekarang.
“Angah
tak pergi makan ke?” Hah, panjang umur. Baru saje disebut-sebut kini tuan punya
sudah ada untuk dijadikan mangsa.
“Adik,
boleh tak picitkan angah? Nanti angah upah coklat.” Budak-budak sekarang kalau
tak disebut pasal upah, memang tak ada maknanya dia nak membantu. Ada
yang tidak mengemari budaya seperti ini. Nanti dianggap membuat kerja dengan
tidak ikhlas. Namun bagi Farafeesa, upah ini ada baiknya juga. Kerana sedikit
sebanyak, kita dapat berkongsi rezeki yang diperolehi dengan orang lain.
“Alah, adik malaslah. Eh angah, kenapa muka angah pucat
sangat.” Apabila mendengar bicara Iman itu, terus Farafeesa mengadapkan mukanya
dihadapan cermin.
‘Aahlah.
Asal muka aku ni pucat sangat. Tapi mungkin sebab tak
make up kot tapi sejak bila pulak kau pernah make up?’ Gumannya didalam hati.
Iman yang sedari tadi hilang entah
kemana kini muncul dengan satu beg kecil yang Farafeesa tahu benar isi
kandunganya.
“Biar adik make up kan angah sikit eh?” Dikeluarkan alat solek
ibunya itu. ‘Hai, mengamuk pulaklah orang tua tu nanti.’
“Tak naklah adik. Adik tu lelaki,
mana boleh main solek-solek.” Dalam hatinya berdoa agar adiknya itu tidak
tersasar arah cita-citanya. Bukanlah salah jika seorang lelaki itu menjadi mak
andam. Cuma agak kurang bersesuaian sedikit.
“Alah, kita main-main jelah. Cepat,
pejam mata angah.” Arah Iman keras. Hendak tak hendak, terpaksalah Farafeesa
mengikut rentak adik bongsunya itu. Kalau tidak diberi yang dikehendaki, tak
pasal-pasal pula dia mengamuk.
Setelah agak lama juga terlelap,
akhirnya Iman mengejutkan dia dari terus lena. Terus si kecil itu menyuruh
Farafeesa memandang cermin.
‘Hmm, boleh tahan jugak si Iman ni
make up. Natural gitu. Tak adalah comot sangat. Wah, ada bakat terpendam ni.
Tapi jangan cari pasal dik, kang tak pasal-pasal pulak mengamuk madam besar
kita tu.’
“Weh, asal dengan muka kau tu?” Tanya Faraneesha setelah
pulang dari majlis perkahwinan.
“Iman
nak main solek-solek. Aku layan jelah.” Jawab Farafeesa sambil tersenyum-senyum
dihadapan cermin.
“Wah, cantiknya Iman make up. Nanti
waktu Kak Long kahwin nanti, bolehlah Iman tolong make up kan eh.” Dia mengosok sedikit kepala adik
lelaki bongsunya itu. Kecil-kecil lagi sudah pandai menyolek. Jangan sampai
besarlah suka menyolek. Alamatnya jadi pak andamlah kamu eh.
“Eh, apasal make up ibu berterabur
ni?” Suara nyaring itu sudah mula untuk mengaum. Farafeesa dan Faraneesha
perpandangan sesama sendiri.
“Yang muka kamu bertepek dengan make
up kenapa pulak? Nak pergi kenduri ke?” Farafeesa sendiri tidak pasti yang itu
memang soalan ataupun perli yang menusuk jiwa.
“Feesa yang nak jadi pengantin bu.”
Faraneesha tergelak kecil. Farafeesa pula tarik muka. Entah apalah yang kelakar
sangat.
“Muka yang molek tu tak payahlan nak
tepek dengan benda-benda alah ni. Nanti tak pasal-pasal je rosak muka kamu tu.”
Bebel Puan Azah lagi. Farafeesa terus baring. Kepalanya yang pening menuntut
kepala otaknya untuk berehat.
Bebelan ibunya yang singgah selepas
itu bagai telah dibawa angin yang menderu. Akhirnya, dia hilang dan menerpa ke
dalam alam mimpi yang sememangnya lebih enak berbanding alam realiti yang
adakalanya meletihkan.
Bab 17
Farafeesa
mengemaskan mejanya yang berselerak dengan timbunan fail dan segala macam jenis
barang lagi. Sudahlah kepalanya asyik pening sahaja sejak akhir-akhir ini,
bertambah pening kepalanya bila perlu mengadap mejanya yang bersepah ini.
Matanya
mula melirik ke arah jam dinding yang melekat di dinding. Nama pun jam dinding,
mestilah kat dinding. Kalau kat tangan, itu namanya jam tangan.
Jarum
pendek sudahpun mencapai angka 6. Dia menyandarkan kepala ke kerusi sambil mula
memejamkan matanya yang keletihan akibat mengadap skrin komputer selama hampir lapan jam lamanya.
Sudahlah
hari ini dia terpaksa pulang sendiri memandangkan Faraneesha terpaksa
outstation keluar daerah. Menyesal pula rasanya bila tidak membeli kereta
awal-awal.
Ezrakil
yang baru sahaja keluar dari biliknya naik hairan apabila melihat Farafeesa
tidur di kerusinya. ‘Penat sangat gamaknya?’
“Feesa,
kalau ya pun nak tidur. Tidur kat rumahlah.” Tegur Ezrakil namun Farafeesa
sedikit pun tidak berkutik dari tempatnya. ‘Lena betul dia tidur. Penat sangat
ke?’
“Feesa,..”
Panggil Ezrakil lagi. Ialah, tak kan nak biarkan Farafeesa terus lena dengan
mimpinya.
“Hmm,,,
kejap lagi Feesa bangunlah.” Tersenyum Ezrakil mendengar suara Farafeesa yang
manja itu. Nampaknya, gadis itu benar-benar terlena. Entah-entah, gadis itu
terlupa yang dia sedang tidur di kerusi pejabat.
Ezrakil
berfikir-fikir sendiri. Hendak tinggalkan Farafeesa sendirian, dia tidak sampai
hati. Hendak mengejutkan gadis itu pun dia terasa bersalah. Kerana Farafeesa
kelihatan sungguh lena sekali. Dan wajahnya memang kelihatan sangat comel.
Dengan
senyuman nakal, Ezrakil mengeluarkan telefon bimbitnya dan ditangkap gambar
pujaan hatinya itu. Sekurang-kurangnya, gambar gadis itu akan menjadi peneman
malam-malamnya yang sepi.
Akhirnya,
Ezrakil memutuskan untuk duduk di sofa yang telah disediakan di ruang menunggu.
Tangannya mula mencapai surat khabar yang tersedia. Mungkin kerana suasana yang
sedikit nyaman dek kehadiran penghawa dingin, akhirnya dia ikut turut terlena
di sofa.
Farafeesa merasakan yang lehernya
terasa begitu tegang sekali. Hendak menoleh ke arah lain pun tidak boleh.
Dengan malas matanya membukakan ruang. Seketika, dia terlupa yang dia sedang
enak tidur di kerusi pejabatnya.
“Astarfirullahalazim.
Pukul berapa dah ni?” Kaget dia seketika lantas terus dapat menyegarkan anak
matanya.
“Pukul
7.30! Gilalah. Macam manalah aku boleh tertidur ni.” Gumannya sendiri.
Tangannya dengan cepat mengutip barangan dan dimasukkan ke dalam beg. Cepat
sahaja pergerakannya dan dengan pantas menutup pc komputer.
Namun
tiba-tiba matanya terpandang pada susuk tubuh yang sedang lena berbaring diatas
sofa. ‘Asal mamat ni tidur kat sini pulak?’
Dia
terfikir-fikir sendiri sama ada ingin mengejutkan Ezrakil ataupun tidak.
Akhirnya dia menggerakkan sedikit badan bosnya itu. Ezrakil perlu dikejutkan
kerana waktu maghrib sendiri sudah mula sampai ke penghujungnya.
“Bos,
bangun... Kenapa tidur kat sini?” Kejut Farafeesa perlahan. Tekejut Ezrakil
dibuatnya walaupun suara Farafeesa itu mendatar sahaja.
“Eh,
macam mana awak boleh ada kat rumah saya?” Berkerut dahi Farafeesa mendengar
soalan Ezrakil itu. ‘Hmm, mamai lagi mamat ni?’
“Bos,
sekarang kita kat officelah. Mana kedatang rumah bosnya.” Perli Farafeesa dengan
senyuman senang. ‘Kelakar jugak bila Ezrakil mamai ni.’
Digenyeh-genyeh
matanya berulang kali. Barangkali cuba mengembalikan ingatannya ke alam
realiti.
“Kenapa
saya boleh tidur kat sini?” Serius dia terlupa.
“Sepatutnya
saya yang tanya bos soalan tu?” Makin pelik Farafeesa dibuatnya. Enak sangatkah
mimpi tadi sehingga menyebabkan ingatan Ezrakil itu menjadi tergendala
sebentar.
“Awak
pulak, kenapa tak balik lag?” Ezrakil sudah mula mengingati sebab utama dia
telah tertidur di sofa ruang menunggu ini. Untuk menutup rasa malunya, dia
menyoal Farafeesa pula.
“Saya
pun tertidur jugak tadi.” Ujar Farafeesa selamba. Dia tahu yang Ezrakil tahu
yang dia tertidur tadi. Masa lelaki itu tidak nampak kerana ruang menunggu ini
berdekatan dengan meja kerjanya.
“Saya
nak sembahyang dululah.” Ujar Ezrakil apabila matanya terarah pada jam
tangannya. Mungkin menyedari yang waktu solat sudah hampir berakhir.
“Hmm,
awak tak solat dulu?” Pertanyaan Ezrakil itu sudah dapat diagak oleh Farafeesa.
Gadis itu mengigit bibirnya. Otaknya cuba mencari jawapan yang sesuai untuk
diberikan kepada bosnya itu.
“Awak
balik naik apa ni?” Dari reaksi Farafeesa itu, dia sudah dapat mengenal pasti
masalah gadis itu. ‘Kenapalah perempuan malu sangat nak mengaku yang dia datang
bulan. Beritahu jelah. Bukan lelaki nak fikir bukan-bukan pun.’
“Naik
teksi.” Ujar Farafeesa sambil tersenyum sedikit. Sekurang-kurangnya dia
terlepas dari menjawab soalan cepu emas bosnya tadi.
“Kalau
macam tu tunggu saya sembahyang kejap. Kejap lagi saya hantar awak balik
rumah.” Baru sahaja Ezrakil ingin berlalu namun ada suara yang membantah.
“Eh,
tak pelah bos. Saya boleh balik sendiri.” Balik dengan Ezrakil? Oh, dia fikir
sejuta kali. Nanti ibunya fikir yang dia punya skandal dengann bos pulak.
“Ini
bukan permintaan Feesa. Ini arahan.” Ujar Ezrakil dengan suara yang sengaja
dikeraskan. Usai berpaling, dia tersenyum senang kerana dapat membuatkan
Farafeesa berang. ‘Ingat aku nak lepas kalau balik malam-malam sorang diri.
Sory Feesa, buatlah alasan macam mana pun, aku tak akan terima.’
Farafeesa
mendengus geram. ‘Kenapalah mamat ni tak jadi pengarah filem je. Sebab boleh
serlahkan bakat mengarah orang yang terpendam tu. Tapi dia kan dah jadi
pengarah, sebab tu kerja dia duk mengarah orang tu.’
“Ingat
Feesa, kalau awak lari malam ni, tahulah macam mana saya nak buat.” Sempat lagi
diugut pekerjanya itu. Nampaknya malam ini dia boleh tidr lena kerana dapat
bersama dengan Farafeesa diluar waktu kerja.
“Macam
tahu-tahu je yang aku nak lari. Eh, bos boleh baca fikiran aku eh.. Hebat.”
Perlahan sahaja suaranya merungut. Tapi tak sangka pula yang Ezrakil boleh
menangkapnya.
“Awak
cakap apa Feesa?” Ya Allah, ada lagi mamat ni? Bilalah dia nak sembahyangnya?
“Bos,
dah pukul berapa ni? Bos nak solat maghrib ke solat insyak.” Perli Farafeesa
geram.
“Saya
nak sembahyanglah ni. Tahulah awak tu tak sembahyang.” Ambik kau! Tak
pasal-pasal muka Farafeesa merah menahan malu dan geram. ‘Jaga kau Ezrakil!
Minum air dalam gelas, ada time aku balas!
Bab 18
Jam di
dashboard sudah pun menjangkau pukul lapan lima belas minit malam. Dia mengerling sedikit ke arah Ezrakil yang memandu di
sebelahnya itu. Bagaimana ya ingin menyatakan kepada Ezrakil yang dia
sebenarnya ingin singgah di pasar malam.
“Awak
ada nak singgah kat mana-mana ke Feesa?” Sembilan puluh darjah, Farafeesa berkalih memandang Ezrakil. ‘Mamat ni
betullah boleh baca fikiran aku.’ Ngomel hatinya.
“Kenapa
bos tanya?” Soal Farafeesa hingga tersenget-senget kepala dibuatnya.
“Hahaha.
Saya ni boleh baca fikiran orang. Apatah lagi awak
ni Feesa.” Ujar Ezrakil sambil mengulumkan senyuman.
“Kenapa? Fikiran saya ni memang
senang ke nak baca?” Tanya Farafeesa polos.
‘Senang sebab hati awak tu saya dah
curi. Jadi apa-apa yang ada dalam fikiran awak, saya boleh baca melalui hati
yang berada dalam gengaman saya.’ Namun jawapan itu hanya sekadar didalam hati.
‘Nak mampus kena belasah dengan Farafeesa kalau cakap betul-betul.’
“Bos ni kenapa? Asyik senyum je.” Pelik betul dengan
Ezrakil ini. Kalau dahulu, muka nilah yang paling ketat sekali. Dan dialah
orang yang paling garang sekali. Dan Farafeesalah orang
yang paling kuat melawan apabila dimarahi. Macam dia pulak yang bos.
Namun sekarang, Ezrakil mudah benar untuk tersenyum. Ada
sahaja perkara yang dapat membangkitkan senyuman pemuda itu. Hal ini bukan
sahaja disedari olehnya malah disedari oleh seluruh pekerja EZ Management
Service dan Mohd Efendi & Co.
“Lah,
senyum pun salah. Kang kalau saya mengamuk kang, awak jugak yang susah hati.”
Farafeesa hanya mencebik. ‘Bukan susah hati tapi menyusahkan orang je nanti.
Mengamuk macam orang meroyan.’
“Bos,
berhenti kat tepi ni jelah. Sebab saya nak pergi pasar malam kat depan tu.”
Akhirnya, terkeluar juga ayat itu dari mulutnya.
“Hah,
kan bagus kalau awak cakap dari tadi. Lagipun, boleh jugak saya pergi pasar
malam.” Tanpa Disedari oleh Ezrakil,
Farafeesa buat muka. ‘Asal dia nak ikut
pulak? Adoyai.. Malas betullah.’
“Jom turun.” Nak tak nak,
terpaksalah Farafeesa memaniskan muka untuk turut serta. Yalah, Ezrakil itu adalah
bosnya. Takut juga
kalau-kalau hal seperti ini bakal merosakkan moodnya esok hari.
“Bos nak
pergi pakai macam ni ke?” Tanya Farafeesa sambil
memandang pelik ke arah Ezrakil. Ezrakil mula memandang bajunya bila Farafeesa
tidak berkelip memandangnya.
“Kenapa? Salah ke saya pakai macam
ni?” Kali ini, giliran Ezrakil pula yang bertanya. Pelikkah jika memakai kot
untuk ke pasar malam.
“Taklah salah. Tapi macam over
pulak.” Tanpa berfikir, ayat itu terkeluar dari mulutnya tanpa tuan punya badan
sendiri menyedarinya. Farafeesa menutup mulutnya kerana menyedari akan
keterlanjuran kata-katanya.
“Bukan macam tu maksud saya bos..” Terhenti seketika. Memikirkan ayat yang lebih sesuai
untuk meneruskan kata.
“Habis
tu awak nak saya pakai macam mana cik adik manis.” Sedikit pun dia tidak
mengambil hati kata-kata Farafeesa itu. Kerana memang itulah hakikatnya.
Lagipun sebenarnya, inilah pertama kali dia menjejakkan diri ke pasar malam.
Dasyat tak?
“Cabut
kot ni sekarang.” Arah Farafeesa selamba. Ezrakil yang mendengar hanya menurut.
Jari telunjuk Farafeesa menari-nari di dagunya sendiri. Lagaknya tidak ubah
seperti pereka fesyen yang sedang berhadapan dengan peragawan.
Tanpa
kata, dia terus mencabut tali leher yang menjerut Ezrakil. Dan terus
menyengsengkan lengan kemeja Ezrakil. Ezrakil hanya menurut tanpa sedikit pun
membantah. Keadaan mereka ini tidak ubah seperti sepansang suami isteri sahaja.
Ezrakil sudah mula memasang angan.
“Hah,
macam ni baru nampak simple.” Tidak berkelip Ezrakil menjatuhkan pandangan ke
seraut wajah yang sangat menyenangkan hatinya itu.
“Bos!
Bos okay tak ni?” Teguran Farafeesa itu mematikan lamunannya. Dia tersenyum
sedikit untuk mengawal rasa malunya.
“Boleh kita pergi sekarang.” Tanya
Ezrakil setelah meletakkan kot dan tali lehernya ke dalam perut kereta.
Dari satu kedai ke satu kedai mereka
jelajah. Tangan Farafeesa sudah penuh dengan makanan tapi Ezrakil tidak membeli
satu apa pun lagi.
“Bos, bos tak nak beli apa-apa ke?” Pelik juga dia dengan Ezrakil ni. Tak terliur ke tengok makanan
yang berlambak didepan matanya itu?
“Hmm,
saya tak tahu nak beli apa.” Ujarnya jujur. Ya,
memang itulah hakikatnya. Yalah, orang tak pernah pergi pasar malamlah katakan.
Manalah tahu mana yang sedap dan mana yang tidak.
“Kalau bos pergi pasar malam, biasanya bos suka makan
apa?” Ezrakil mengaru-garu tengkuknya yang tiba-tiba terasa gatal. Pasti gadis
ini akan menggelakkannya apabila mengetahui yang bosnya ini tidak pernah
menjejakkan kaki ke pasar malam.
“Saya
tak pernah pergi pasar malam.” Agak susah juga untuk meluahkan hakikat
tersebut. Namun, itulah realitinya.
“Hah,
tak pernah? Ruginya…” Yalah, sudah bertahun-tahun lelaki itu hidup di muka bumi
Allah ini. Namun tidak pernah sampai ke pasar malam. Namun setelah
difikir-fikir semula, memang agak logik juga. Ezrakil lahir dalam keluarga yang
kaya raya. Mana mungkin mereka mahu menjejakkan kaki ke tempat sebegini.
“Kalau
macam tu, biar saya yang jadi pemandu pelancong bos untuk ke pasar malam ni.
Bos cakap je nak makan apa? Semua ada tau.” Ceria suara Farafeesa sambil mula
memperkenalkan beberapa buah gerai yang selalu dikunjungi olehnya.
Dia
pernah melancong ke serata benua namun malam ini, dia melancong ke pasar malam?
Pelikkan? Namun inilah hakikatnya. Dan semua ini lebih bererti kerana dia dapat
menghabiskan masa bersama dengan Farafeesa.
Setelah
membeli beberapa jenis makanan untuk disantap, mereka berdua melepak di satu
kawasan. Farafeesa dengan tanpa sabar terus mencapai jagung bakarnya. Itu
memang kesukaannya dari dulu lagi.
“Sedapnya..”
Ujarnya seperti anak kecil.
“Bos, makanlah sekali.” Sungguh,
tidak pernah-pernah dia duduk makan seperti ini. Akhirnya, Ezrakil mencapai
jagung bakar miliknya dan dimasukkan ke dalam mulut.
“Hmm, sedap..” Farafeesa tergelak
didalam hati melihat reaksi Ezrakil yang pertama kali dapat berjumpa dengan
jagung bakar. Gelaknya makin terjadi apabila mendapati ada sisa jagung bakar di
gigi bosnya itu.
“Kenapa?” Tanya Ezrakil pelik.
Farafeesa
hanya mengeleng. Malas ingin membantutkan semangat Ezrakil yang senang enak
mengunyah itu. Usai makan, Farafeesa mula bangun. Hari sudah hampir lewat
malam. Ibunya pasti risau nanti.
“Feesa…
duduk sekarang.” Arah Ezrakil tidak semena-mena sedangkan muka Farafeesa sudah
terpinga-pinga.
“Kenapa?”
Mulutnya itu memang ringan benar untuk melahirkan pertanyaan.
“Duduk
jelah. Awak duduk sini kejap. Jangan bangun lagi tau. Tunggu sampai saya
datang.” Arah Ezrakil dan terus berlari ke arah kereta yang berada tidak jauh
dari mereka.
Lelaki
itu datang kembali dengan kot yang ditinggalkan didalam keretanya tadi. Muka
Farafeesa mewah dengan kedutan. Tak faham dengan situasi yang menghantui mereka
sekarang. Bertambah pelik apabila Ezrakil menyarungkan kot ke badannya.
“Kenapa
pakaikan saya kot?” Tanya Farafeesa namun lagi pelik apabila Ezrakil
mengarahkan agar mengikutnya ke satu tempat. Tandas?
“Bos,
saya tak faham?” Entah apalah yang merasuk Ezrakil ini. Farafeesa rasa hendak
ketuk sahaja kepala lelaki itu yang mengarukan kepalanya beberapa kali.
“Masuk
dalam dan tunggu saya call awak.” Ezrakil sudah mula melangkah.
“Bos nak pergi mana pulak tu?”
Ezrakil tidak terus menjawab kerana sudah jauh berlari meninggalkannya sendiri.
Akhirnya dia masuk ke dalam tandas awam itu.
Namun dia mula terfikir-fikir
sendiri. Kenapa bosnya itu menyarungkan kot ke badannya?’ Melopong mulutnya
sekejap apabila dia sudah mula menangkap maksud perbuatan bosnya itu.
Terus dia memusingkan badannya untuk
melihat punggungnya. Ada
kesan darah disitu. ‘Patutlah dia bagi aku kot. Aku bocor rupanya. Ya Allah,
malunya..’ Rasa hendak menyorok mukannya ke dalam tong sampah aje.
Panggilan telefon dari Ezrakil itu
membuatkan Farafeesa merasa hendak mencampak telefon bimbitnya ke dalam tong
sampah yang tidak jauh darinya. Namun
dijawab juga panggilan telefon bosnya itu.
“Saya
ada kat luar ni. Keluar kejap.” Susah untuk Farafeesa tafsirkan suara Ezrakil
kali ini. Dia mundar-mandir didalam tandas. Rasa macam tak nak keluar terus pun
ada. Akhirnya dengan langkah yang teragak-agak, dia menapak keluar.
Dia
hanya menunduk apabila terpandang muka Ezrakil. Mukanya bertambah merah apabila
mencapai huluran Ezrakil itu. Apa lagi kalau bukan tuala wanita.
“Saya
tunggu kat sini ya.” Suara itu antara dengar atau tidak sahaja kerana cepat
benar Farafeesa melarikan diri ke dalam tandas.
Sudah
beberapa kali diketuk kepalanya. Hendak salahkan siapa lagi kalau bukan kepala
otaknya. Kenapalah dia terlupa yang dia sedang period dikala ini. Tak
pasal-pasal dia menempah malu. Dengan Ezrakil pulak tu?
Hampir
lima belas minit, namun Farafeesa masih belum menampakan muka. Ezrakil
sudah seperti cacing kepanasan duduk di luar tandas awam ini. Kalau ikutkan
hatinya, hendak sahaja dia masuk mencari Farafeesa. Namun ada penjaga tandas
disitu. Kalau nak tempah maut bolehlah.
Akhirnya, Farafeesa keluar juga. Dia
hanya menunduk. Tidak berani
langsung untuk mengangkat muka. Sungguh, dia tidak pernah semalu ini untuk
berhadapan dengan seorang lelaki.
“Tak
payahlah awak nak malu dengan saya Feesa. Apa yang berlaku pada awak tu lumrah.
Semua wanita pun merasainya dan saya sebagai lelaki kena memahaminya.” Tutur
Ezrakil perlahan sambil memulakan pemanduan.
Sedari tadi, Farafeesa hanya
memandang kea rah luar cermin. Suaranya
lagilah susah untuk kedengaran.
“Terima
kasih bos.” Perlahan sahaja suaranya. Ezrakil tersenyum sendiri. Rupanya, ada
perkara juga yang mampu membuatkan gadis itu sepi tanpa suara. Kalau tidak,
mulut itulah yang paling kecoh mengeluarkan bicara.
“Alah,
ini bukan kali pertama saya beli tuala wanita tu. Saya pernah beli untuk akak
dan adik saya juga. Jadi tak perlulah awak rasa terhutang budi sangat.” Secara
tidak langsung, perkara seperti ini dapat merapatkan hubungan mereka.
Farafeesa
tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana lagi. Rasa malu yang menerpa usahlah dicerita. Kalau cerita juga, alamatnnya sampai besok malam
pun tak habis. Tapi sedikit sebanyak, dia agak berbangga juga dengan Ezrakil.
Kelihatannya lelaki itu teramat memahami jiwa wanita.
‘Kalau tahu cerita ni sampai dek budak office,
sepuluh tahun pun tak cukup depa nak gelakkan aku gamaknya.’ Dikerlingnya
sedikit Ezrakil yang sedang memandu. Lelaki itu kelihatan tenang-tenang sahaja.
Sedangkan dirinya diserang rasa celaru yang tidak terkira banyaknya.
Bab
19
“Terukknya muka kau Feesa.” Suara kakaknya itu halus
menampar gegendangnya. Kalau tidak dicakap pun, dia sudah boleh nampak dari
cermin meja solek ini.
“Kenapa ya?” Dia sendiri dilanda rasa hairan.
Tiba-tiba sahaja mukanya diserang kemerahan yang amat jelas kelihatan.
Bagaimana dia hendak bekerja jika sebegini rupa? Pasti akan mengundang
pertanyaan dari staf-staf yang lain.
‘Kalau staff lain aku tak heran sangat. Tapi risau mamat
Ezrakil tu yang perasan. Dia tu dahlah kuat menyibuk sikit. Pantang ada yang
tak kena pada aku ni? Pasti nak korek cerita sampai dapat.’
“Mungkin sebab kau pakai make up hari tu kot. Kulit kau
sensitiflah tu.” Kata-kata Faraneesha itu mungkin ada benarnya juga. Kerana
sedari dulu, kulitnya itu memang agak alah sedikit dengan alat make up.
Sesampainya Farafeesa di pejabat, sesiapa yang berselisih
dengannya pasti akan menyoal tentang kulit mukanya yang kemerahan itu.
“Kenapa dengan muka kau tu Feesa?” Termasuk Atiq,
genaplah sepuluh orang yang bertanyakan soalan yang sama. Dah macam kaunter
receptionist pun ada.
“Terlebih pakai blusher.” Dan jawapan itu jugaklah yang
diberi kepada kesepuluh orang rakan pejabat yang bertanyakan soalan kepadanya.
Hendak sahaja dirakam. Senang sikit. Tak payah ulang banyak kali.
“Hai, sejak bila pandai pakai blusher ni?” Tanpa
memikirkan perasaan Farafeesa, dengan selamba Atiq meluahkan tawa. Rasa kelakar
bila sahabatnya itu menggunakan blusher sedangkan selama ini, muka gadis itu
sudah sedia cantik dengan rupa aslinya.
“Eh, sejak bila pulak aku tak pandai. Kau jangan pandang rendah pada aku walaupun aku ni memang
sedia rendah tau.” Hah, ada sahaja kata-kata yang ingin dibidas kembali.
“Feesa, tengok muka kau pun aku tahu yang kau bukan pakai
blusher. Kau jangan nak kencinglah kat aku ni.” Atiq ini memang terkenal dengan
mulut lepasnya. Namun sedikit pun Farafeesa tidak kisah, kerana dia sentiasa
senang dengan tutur kata ibu seorang anak itu.
“Eh, aku bukan jenis manusia yang tak senonoh nak
kencing-kencing kat orang ni. Apa guna Arkitek cipta
tandas cantik-cantik kalau nak kencing depan kau.” Memang kena sangatlah mereka
berdua ini. Sama-sama tidak kenal erti kesopanan. Ish..
Baru sahaja Atiq ingin membalas kata namun muncul
Ezrakil secara tiba-tiba dan berlalu dihadapan dua orang perkerja itu. “Feesa,
masuk bilik saya.” Namun sempat lagi disisipkan arahan buat pekerjanya yang
seorang itu.
“Feesa, masuk bilik saya..” Atiq tergelak apabila
melihat gaya
Farafeesa mengajuk gaya
Ezrakil memberikan arahan.
“Dia memang suka mengarah.” Komplen Farafeesa sambil
mula memandang ke cermin. Dia mahu memastikan sama ada kemerahan itu masih
jelas kelihatan ataupun sudah beransur hilang.
“Dah memang dia tu pengarah syarikat pun. Kau tu bini
pengarah je.” Usik Atiq dengan
gelak tawa yang menjadi-jadi pula rasanya.
‘Budak bangang ni, memang selalu buat aku bengang!’
“Amboi mak buyung ni, sesuka rasa mengata aku eh?” Malas
hendah terus melayan Atiq. Dia mula mencapai powdernya. Dihalakan wajah ke
cermin kecil itu. ‘Aish, masih belum hilang lagi?’
“Amboi, bukan main kau an, nak masuk bilik bos pun sempat
lagi nak touch up kan.” Sakat Atiq. Namun usahanya hanya sia-sia kerana
Farafeesa asyik sungguh menatap wajah di cermin.
“Tak hilang lagilah.” Risau dia dibuatkan. Tidak
pernah-pernah kulitnya sesentif seperti kali ini. Rasa risau sudah mula
menjalar di segenap rasa milik Farafeesa.
“Tuan Puteri dah cukup cantik dah. Silalah mengadap
Sultan ya sebab karang tak pasal-pasal mood dia merundum sebab layan perangai
puteri yang sorang ni.” Farafeesa buat muka bosan.
“Kau kena ingat, mood bos bergantung kepada layanan kau pada
dia?” Segera Farafeesa berpaling.
“Wei, kau ingat aku ni gundik dia ke?” Ya Allah, jika
tidak mengenangkan yang Atiq sedang mengandung, ingin sahaja ditampar hingga
bekecai setiap biji gigi Atiq. ‘Terima kasih pada baby kau je Tiq! Kalau tak,
memang naya badan sendiri je.’
“Hahaha... dah lah... lama dah Encik Ezrakil tunggu tu.
Dia dah kerinduan tu. Cepat pergi.” Arah Atiq cepat-cepat. Bukan boleh kira
sangat Ezrakil tu, kang tak pasal-pasal bunyi lagi interkom tu.
Malas terus
melayan perangai gila Atiq yang tak pernah suruh walaupun sedang mengandung
itu. Namun masih masih sempat dihadiakan jelingan tajam. Ketajamannya mampu
menghiris hati. Aduh!
“Kenapa bos?” Tanya
Farafeesa sambil menunduk sedikit.
“Saya nak
confirmkan meeting minggu depan.” Farafeesa buat muka. ‘Pasal benda ni je ke? Apasal lah dia tak interkom je. Sibuk
nak suruh aku masuk buat apa? Adoyai.’
“Meeting macam
biasa bos. Tak tunda pun.” Rasanya, dia tidak ubah seperti setiausaha bosnya
sahaja.
“Feesa,
kan selalu saya pesan, bila bercakap kena pandang muka saya. Bila awak tunduk
macam tu, awak macam tengah cakap dengan kerusi. Ke awak memang boleh faham
bahasa kerusi tu? Kelebihan awak yang baru ke?”
Ezrakil kalau bab memerli, tak pernah sipi-sipi. Terus
menusuk ke dalam kalbu. Aish.. Lantas diangkat mukanya perlahan-lahan.
“Apasal dengan muka
kamu tu.” Memang dah agak. Mesti Ezrakil tegur punyalah. Pemuda ni memang busy
body sikit orangnnya. Ini yang dia malas sebenarnya. Pokoknya, jika melibatkan
Ezrakil, dia memang MALAS. Malas melayan karenah BOS!
“Sensitif pakai
make up.” Jawab Farafeesa jujur.
“Pakai make up? Eh,
sejak bila pulak awak pakai make up?” Setahunya tidak pernah sekalipun dia
melihat muka Farafeesa dihiasi dengan alat make up. Kerana tanpa bermake up
pun, gadis itu sudah kelihatan cantik.
“Alah, saya pergi
dinner hari tu.” Kelentong Farafeesa. Senang dapat mengenakan bosnya itu. Dalam
hatinya mengeletek ketawa sakan.
“Dengan siapa?”
Hah, dah agak dah. Mesti dia tanya punyalah.
“Dengan husband
sayalah.” Sejurus kemudian, Farafeesa keluar dengan senyuman yang tidak lekang
dari wajahnya. Ezrakil tercengang!
“Kalau tak ada
apa-apa lagi, saya keluar dulu ya. Banyak kerja kat luar tu. Karang kalau tak
settle, bos marah pulak.” Memang manusia yang sangat berani.
‘Wah, pandai mengugut
aku sekarang. Ini siapa yang bos ni? Aku pulak yang confuse.’ Tergeleng-geleng
kepala Ezrakil apabila mengenangkan gelagat Farafeesa itu.
“Kau apahal
tersenyum sorang-sorang ni?” Senang hatinya melihat Farafeesa gembira keluar
dari bilik bos. Kalau tidak pasti Ezrakil mampu merosakkan mood ceria
Farafeesa.
‘Memang dia orang
ni ada chemistry. Mood Ezrakil mudah terganggu jika melibatkan Farafeesa. Mood
Farafeesa pula mudah terkehel jika melibatkan Ezrakil. Macam bercinta dalam
diam pun ada jugak? Ke memang betul-betul bercinta?’ Hmm, sesak kepala otaknya
memikirkan karenah Ezrakil dan Farafeesa.
“Bos melamar aku.”
Sakat Farafeesa sengaja.
“Hah! Serius. Kau
terima tak?” Terus Farafeesa gelak sakan. Ditekan perutnya untuk menahan tawa.
Atiq pula sudah mula mengetap bibir apabila dapat mengesan penipuan temannya
itu. Mati-matilah dia percaya yang Ezrakil melamar Farafeesa.
“Kurang ajar kau
eh. Kau kenakan aku eh.” Marah Atiq. Marah-marah sayang je. ‘Kus semangat, mahu
terberanak aku rasanya.’
“Kau pergi percaya
kenapa. Kalau pun bos nak melamar aku, tak kan lah dia bedal sangat nak melamar
kat office. Apa kelas..” Kata-kata Farafeesa itu memang terselit kebenarannya.
“Alah, bos kan
kedekut. Nak save budgetlah katakan.” Ujar Atiq untuk menutup rasa malunya.
Tapi kalau betullah penipuan Farafeesa itu tadi, dialah wanita yang paling
berbahagia kerana akhirnya temannya itu akan menghabiskan tirai zaman solonya.
Keduanya sama
padan. Bagai pinang dibelah-belah. Hehehe..
Gurauannya tidak
mendapat sambutan apabila melihat Farafeesa sedang menahan badan di dinding dan
sebelah tangannya lagi memegang kepalanya. Tiba-tiba Farafeesa merasakan yang
kepalanya seakan-akan berpusing sahaja.
“Eh Feesa, kau okay
ke tak ni?” Tanya Atiq cemas. Tidak pernah-pernah dia melihat Farafeesa
sebegini rupa.
“Aku okaylah. Cuma
pening sikit.” Suaranya kedengaran tidak bermaya langsung. Matanya hanya mampu
dikatup rapat. Atiq membantu sahabatnya ke kerusi miliknya.
“Aku pergi ambik
ubat eh?” Terus Atiq hilang entah ke pantri office.
“Kalau tak larat
tak payahlah kerja.” Nasihat Atiq sambil membantu Farafeesa menelan ubat.
“Alah, dah biasa
dah sakit macam ni. Kejap lagi hilanglah tu.” Farafeesa tersenyum sedikit. Cuba
menghilangkan rasa gelisah milik sahabatnya.
“Dah biasa. Ish,
kau ni jangan main-main. Pergilah check. Entah-entah sakit teruk ke. Kita mana
tahu.” Bebel Atiq lagi.
Rasanya ingin
sahaja dia meneruskan bebelannya. Namun apabila matanya jatuh pada seraut wajah
yang nampak lesu itu, terus dimatikan niatnya. Farafeesa perlukan ketenangan.
Lantas dibiarkan Farafeesa berehat sendiri.
Kata-kata Atiq
sebentar tadi bagai terngiang-ngiang di telingannya. ‘Entah-entah sakit teruk.’
Ayat itu mampu menteraburkan bulu romanya. Adakah kebarangkalian dia untuk
sakit teruk? Adakah ajal sudah menghampiri dirinya?
Terus dibukakan
matanya. Dia tidak boleh terus menerus berfikir yang tidak-tidak. Untuk terus
menghalang kepala otaknya dari berfikir yang bukan-bukan, terus dia mencapai
fail yang bertambun dan kembali fokus dengan kerjanya.
Atiq yang melihat
teman sepejabatnya itu terus mengelengkan kepalanya. Degil! Itulah satu
perkataan yang paling sesuai buat temannya itu.
Bab 20
Rumahnya
dikala ini penuh dengan sanak saudara yang datang berkunjung. Al-maklumlah,
hari ini adalah hari pertunangan Faraneesha. Gamak suasana dengan adengan usik
mengusik.
“Iman,
panggil Angah kamu! Suruh dia tolong ibu kat dapur ni. Asyik nak membuta je.”
Bebel Puan Azah nyaring.
Farafeesa
yang terbaring itu terus bangun apabila mendengar jeritan ibunya itu. Dia bukan
sengaja tidak mahu membantu tapi kepalanya terasa amat sakit. Hendak berdiri
dengan betul pun dia rasa tidak mampu.
“Angah,
ibu suruh tolong dia. Angah ni asyik tidur je.” Bebel Iman. Adik bongsunya yang
memang terkenal dengan sifat banyak mulut.
Farafeesa
terasa tidak berdaya untuk membalas kata-kata adiknya itu. Lantas dia berjalan
menuju ke dapur. Menghampiri ibunya yang sibuk mengaul sesuatu di dalam periuk
besar.
“Kalau
macam nilah perangai kamu Feesa, ibu tak pelik kalau tak ada orang yang hendakkan
kamu. Malas sangat.” Farafeesa diam tidak berkutik. Sudahlah ibunya membebel
dihadapan sanak saudarannya. Rasa hendak lenyap sahaja dari permukaan bumi ini.
“Feesa
sakit kepalalah.” Dia tahu, tiada gunanya jika hendak membela diri. Ibunya
pasti akan membalas kata dengan lebih dasyat.
“Kenapa
tak cabut je kepala kamu tu? Senang cerita. Lepas tu guna taktik lain pulak.
Cakap sakit perut pulak.” Hah, kata-kata seperti ini sudah boleh diagak
olehnya. Akhirnya dai mengambil keputusan untuk senyap sahaja. Cakap banyak pun
tak guna jugak.
Setelah
selesai membantu ibunya di dapur, akkinya melangkah ke dalam bilik yang
menempatkan Faraneesha yang sedang bersolek. Dari jauh lagi sudah teserlah
kecantikkannya.
“Lah,
kenapa tak siap lagi?” Tanya Faraneesha yang melihat saudara kembatnya itu
masih dengan seluar track suitnya.
“Lah,
bukan aku yang nak bertunang. Kang kalau aku pakai cantik-cantik kang, kalah
pulak orang yang nak bertuanang.” Dikumpul kudrat untuk berhadapan dengan
kakaknya ini. Kerana Faraneesha dengan mudahnya dapat mengenal pasti kesakitan
yang ditanggungnya.
“Alah,
tak kisah pun kalau nak kalahkan aku.”
“Betul
tak kisah kalau aku over dari kau. Nanti bakal mak mertua kau tu tersalah orang
pulak.” Sakat Farafeesa.
“Weh, tu
dah over tu. Nak lebih cantik aku tak kisah tapi kalau nak take over Luqman,
Wooo, aku tak payah fikir weh. Memang aku tak bagi.” Ujar Faraneesha ikhlas.
Farafeesha hanya tergelak kecil.
“Sayang
sangat kat Luqman tu.”
“Mestilah.
Bakal tunang aku kot.”
Yang
lain-lain hanya mendengar perdebatan diantara sepasang kembar itu. Hendak
menyampuk kang, lagi panjang pula ceritanya. Budak berdua ni bukan boleh bagi
topik sangat. Ada je nak menambah untuk memanjangkan lagi cerita.
“Apa
bising-bisng ni sampai kat luar dengar? Terus terdiam keduanya apabila ditegur
oleh Puan Azah.
“Feesa,
kamu tak reti nak tukar baju ke? Jangan nak pakai macam tu eh.” Farafeesa
menelan amaran ibunya dengan kelat. Terus dia menukar baju yang lebih sesuai
dengan acara majlis.
“Feesa,
meh aku make up sikit.” Terus Farafeesa mengeleng tanda menolak ajakan temannya
itu.
“Alah,
jomlah.” Tanpa persetujuan Farafeesa, Syima terus menyolek wajah temannya itu.
Dan akhirnya, Farafeesa hanya menyerahkan wajahnya. Namun sempat diberi amaran
agak tidak menyoleknya dengan solekkan yang tebal.
“Wah,
cantiknya Feesa. Kalah orang yang nak bertunang.” Sengaja Syima menyakat.
Padahal secara sejujurnya, kedua-duanya kelihatan sangat cantik. Inilah pertama
kali dia melihat pasangan kembar itu bermake up. Kalau tak, jangan haraplah.
“Syhhh...
orang tengah berbincang tu.” Baizura memberik amaran apabila suara Syima yang
bagai tertelan microfon tika bersuara.
Akhirnya
kami beramai-ramai cuba mendiamkan diri sedangkan banyak gila topik yang
terpaksa ditangguhkan. Apabila Syima kembali ingin bersuara, cepat-cepat yang
lain-lain meletakkan jari terlunjuk di mulut. Menyarankan agar Syima terus
mendiamkan diri.
Akhirnya
muncul Puan Azah di muka pintu dan mengarahkan agar anak sulungnya itu agar
keluar. Upacara menyarungkan cincin bakal dilakukan. Farafeesa ikut turut
mengiringi saudara kembarnya itu.
“Yang
mana satu bakal menantu mak cik?” Seloroh Umi Kalsum. Bakal ibu mertua
Faraneesha.
“Ish,
buat-buat tak kenal pulak.” Balas Farafeesa pula. Sedangkan tetamu yang hadir sudah
mula tergelak kecil.
Muka
Faraneesha kemerahan tika Puan Umi Kalsum menyarungkan cincin di jari manisnya.
Farafeesa terus merakamkan detik bersejarah itu di dalam kamera.
“Kamu
bila pulak?” Usik sanak saudaranya tika yang lain-lain sudah mula menjamu
selera.
“Hahaha...
Belum bukak borang lagi.” Gurau Farafeesa.
“Kalau
kamu belum ada calon, boleh mak cik kenalkan kat saudara mak cik. Kamu nak.”
Melopong Farafeesa mendengarnya. ‘Mak cik-mak cik sekarang memang boleh bukak
agensi cari jodohlah. Nampaknya memang tak ada oranglah yang akan jadi bujang
terlajak nanti.’
“Tak
payahlah Timah. Feesa tu memasak pun tak lulus lagi. Mengemas pun tak betul
lagi.” Puan Azah bersuara.
“Alah,
nanti-nanti pandailah kan.” Farafeesa hanya tersenyum tika Mak cik Timah
memebelanya. Dia mula melarikan langkah ke arah lain. Ibunya sendiri lebih
senang memburukkannya dihadapan sesiapa pun. Berbeza pula layanannya terhadap
Faraneesha. Ada sahaja pujian untuk gadis itu. Lama-kelamaan dia dapat
merasakan yang dia makin terpinggir dalam keluarga ini.
“Kenapa
muka awak masam je Feesa.” Tegur satu suara.
“Eh,
bos! Bos baru datang ke?” Terkejut dia dibuatnya dengan sapaan Ezrakil yang
tiba-tiba itu.
“Dah nak
balik dah pun. Nak tunggu awak keluar payah sangat.” Seloroh Ezrakil sambil
tersenyum-senyum. Betapa dia terpegun melihat Farafeesa tika ini. Nampak lain benar
bila gadis itu bermake up.
Namun
tiba-tiba ada cemburu yang menghimpit. Pasti ada ramai lelaki di luar rumah
yang bakal terpikat melihat kejelitaan Farafeesa itu. Dan peluangnya akan makin
menipis untuk memiliki Naila Farafeesa.
“Saje je
malas keluar. Nanti ramai pulak yang terpikat tengok saya pakai macam ni.”
Gurauan Farafeesa itu Ezrakil sambut dengan tawa kecil. Ya, sesiapa pun akan
terpikat melihat Farafeesa yang anggun mengenakan sepasang kebaya labuh
berwarna merah. Penampilannya bertambah menarik apabila wajah yang selama ini
dibiarkan natural mula berubah bentuk. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
betapa cantiknya bidadari hatinya dikala ini.
“Perasan
betul awak ni kan. Anyway, thanks sebab jemput saya.” Kelu rasanya ingin
berhadapan dengan Farafeesa ini. Kenapa ya? Ada sesiapa boleh jawab?
“Mestilah
kena jemput. Kalau tak jemput nanti bos potong duit gaji saya pulak.” Ada
sahaja ayat untuk dibalas. Entah bilalah gadis ini akan kekeringan idea?
“Cantik
kembar awak.” Dia tahu Farafeesa akan mengerti maksud kata-katanya.
“Macam
kembar dia jugaklah.” Hah, kan dah cakap. Confirm faham punyalah. Nama pun
Farafeesa. Kalah tak perasan tu, memang dah tak ada perasaan gamaknya.
“Pergi
kerja jangan pakai macam ni tau.” Sempat lagi dia memberikan amaran sebelum
melangkah ke luar rumah.
“Kenapa
pulak?”
“Tak
cantik.” Bohongnya. Sedangkan dia sebenarnya akan merasa cemburu yang teramat
sangat jika Farafeesa dipandang oleh pelanggan-pelanggannya nanti. Sudahlah
kebanyakkan clientnya datang dari kaum spesisnya. Nanti habis dikebas assistant
company secretary merangkap bidadari hatinya itu.
Tanpa
make up pun Farafeesa sudah berjaya menarik perhatian ramai, inikan pula
setelah berhias cantik sebegini. ‘Jangan Feesa, jangan cabar diri saya. Nanti
saya kidnap awak untuk kahwin lari.’
“Saya
tahulah yang saya tak secantik teman wanita bos.” Adu Farafeesa. Suaranya
sengaja disedihkan sedikit untuk menarik perhatian bosnya itu.
“Hah,
tahu tak apa. Okaylah, saya balik dulu Feesa. Ingat tau, jangan berani pakai
macam ni pergi office.” Terus dia berlalu pergi sambil tersengih-sengih kerana
berjaya membuatkan bidadari hatinya itu bengang sendiri.
“Kurang
ajar. Nanti kau Ezrakil.” Bisik Farafeesa bengang. Sakit hati sungguh jika
melayan Ezrakil ini. Boleh jadi gila pun ada. Eh, jangan gila sungguh sudahlah.
Gila-gila je tak apa.
“Siapa
tu? Kata tak bukak borang lagi tapi calon dah ada eh.” Usik mak cik Timah.
Entah sejak bilalah dia menonton babak percintaannya dengan Ezrakil tadi.
Nampaknya rumah ni dah ada gosip baru nieh?
“Itu bos
lah. Dah kahwin da pun.” Tipu Farafeesa. Jika tidak menipu, pasti rumahnya
nanti akan kecoh pulak. Jadi dengan penipuan ini, dapatlah menutup mulut mak
cik timah kesayangannya itu.
“Awatlah
orang hensem selalu kahwin awal hah?” Keluh dia sendirian. Farafeesa tersenyum
melihat gelagat mak ciknya itu.
“Kenapa
mak cik, teringin nak berlaki orang muda ke?” Terus dicubit pipi Farafeesa
sehingga kemerahan jadinya. Seronok benar gadis itu bila dapat mengenakannya.
Dari kecik sampai besar, nakalnya tak pernah berubah walau sedikit pun.
Farafeesa
ingin terus melangkah ke arah dapur. Namun entah kenapa pandangannya terasa
seperti berpusing-pusing. Dia mula mendaratkan tangan di kepalanya. ‘Ah sudah..
pening ni datang lagi? Tak boleh jadi ni? Aku kena pergi check doktor jugak.’
1. tido kat opis kuar air liur basi tak?
ReplyDelete2. sayapun tak penah g pasar malam
3. period? ishhhhh
4. rama2 dah terbang di laman hati
hehehhe... gud job sara