Fisha memerhatikan
pasangan yang sedang bercengkerama di bawah pokok itu dengan hati yang panas.
Terbukti kata-kata temannya selama ini bahawa Afiq bermain kayu tiga dengannya.
Dia masih terkaku di situ. Air matanya hampir menitis namun dia masih boleh
bertahan. Najmah yang berada disebelahnya melopong bagai terserempak dengan
hantu.
Jika sebelum ini, dia mampu
untuk memekakkan telinganya apabila orang bercerita tentang kecurangan Afiq,
tapi tidak pada kali ini kerana dia sudah tidak mampu untuk membutakan
pandangan matanya.
“Fisha, kau okey?” Soal Najmah
apabila dia melihat Fisha hanya diam membisu. “Aku okey Naj, kau jangan risau.”
Jawab Fisha. Tangannya digengam erat. Mahu sahaja ditumbuk Afiq sekarang juga
namun tahap kesabarannya masih menggunung. Dia tidak akan sesekali menjatuhkan
maruah dirinya sendiri hanya kerana seorang lelaki.
“Jom kita balik.” Najmah
mengajak Fisha untuk pulang sahaja. Buat apa masih berdiri di sini menyaksikan keruntuhan
cinta sendiri. Bukankah itu amat memeritkan jiwa sang pencinta. “Kalau kau nak
balik, kau balik lah dulu. Aku nak pergi jumpa Afiq.” Ujar Fisha sambil mula
melangkah setapak.
“Fisha, kau nak buat apa ni? Kita
balik je lah. Tak guna kalau kau serang si Afiq tu.” Najmah menarik Fisha dari
terus melangkah. Dalam situasi seperti ini, pasti Fisha tidak dapat berfikir
dengan baik.
“Kau jangan risaulah. Aku masih
waras. Dia hanya teman lelaki aku, bukan laki aku.” Jawab Fisha sambil
tersenyum hambar. Langkahnya diteruskan menghampiri sepasang kekasih yang sedang
berpelukan. Mereka masih tidak menyedari kehadirannya kerana kedudukan mereka
yang membelakanginya.
Diseru nama Afiq di dalam
hatinya. Sesungguhnya dia mencari kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan.
‘Afiq, kalau inilah pengakhiran hubungan kita, aku redha melepaskan kau pergi.’
Kakinya melangkah perlahan
mendapatkan Afiq yang nyata terperanjat melihat kehadirannya. Dengan pantas
Afiq menarik tangannya yang melingkari pinggang Sofia
sementara Sofia
pula berlagak membetulkan bajunya. Tiada langsung riak malu atau takut.
“Fisha.. dengar dulu penjelasan
Fiq, sayang!” Terketar-ketar suaranya memandang Fisha sambil cuba mengapai tangan kekasih
hatinya. “Jangan pegang aku! Ei, jijik aku dengan kau ni. Setelah kau pegang
perempuan lain, ada hati lagi nak sentuh tangan aku.” Fisha mengosok-gosokkan
tangannya yang hampir dipegang oleh Afiq.
Hilang terus panggilan manja
yang menghiasi perhubungan mereka. Rasanya itulah ayat yang selayaknya diterima
oleh Afiq. Fisha terkejut apabila secara tiba-tiba Afiq melutut dihadapannya.
Filzah mencebik. ‘Tak payahlah cuba
nak buat drama pulak. Lakonan kau memang berjaya. Berjaya mengoyakkan hati
aku.’
“Fisha, Fiq minta maaf!” Pohon
Afiq.
“Huh, maaf! Pergi matilah
dengan maaf kau tu. Korang jangan risau, aku bukan nak kacau korang
berasmaradana cuma aku datang untuk menunjukkan bukti bahawa aku nampak dengan
mata kepala aku sendiri kecurangan kekasih sendiri. Fiq, mulai sekarang, kita
putus hubungan. Anggaplah kita tak pernah kenal antara satu sama lain.” Ujar Fisha
tanpa ada sekelumit pun rasa kesal.
“Fisha, jangan hukum Fiq macam
ni? Fiq masih sayangkan Fisha!” Ujar Afiq. Dia masih lagi melutut. Dia memang
sangat mencintai gadis ini. Namun Fisha seakan-akan beku apabila berjumpa.
Banyak sangat peraturan. Kerana itulah dia menjalinkan hubungan dengan Sofia yang sangat
mengetarkan jiwanya sebagai seorang lelaki.
“Fiq, apa yang you buat ni. You
menjatuhkan maruah sendiri demi perempuan tak guna macam dia ni! Kalau dia tak
nak dekat you, I seribu kali sudi bersama you.” Marah Sofiah kepada Afiq. Fisha
rasa tercabar mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Sofia .
‘Kurang ajar betul si Sofiah
ni. Sedap-sedap mulut kau je cakap aku perempuan tak guna yerk! Kau tak kenal
lagi siapa aku? Hei, ini Farafisha lah!’ Marahnya di dalam hati.
“Ya, memang aku perempuan tak
berguna pada Fiq. Tapi kau perempuan yang berguna pada Fiq untuk dia memuaskan
nafsu. Hei, aku bagi free lah kat kau si Afiqiudin ni. Aku tak kebulur
langsung.” Semua tergamam mendengar ayat yang lahir dari mulut Fisha. ‘Ambik
kau, rasakan betapa pedasnya ayat aku.’
Fisha berpaling dan menarik
tangan Najmah yang hanya membisu semenjak tadi. Dia tidak betah lagi memandang Sofia dan Afiq.
Silap-silap, ada yang kena tempah kain kapan nanti. Najmah tidak menyangka Fisha
sekuat itu. Dia begitu bangga memiliki sahabat seperti Fisha. Tidak langsung
mengalirkan air mata malah masih mampu berhadapan dengan situasi ini dengan
tenang.
Sejak teman-temannya megetahui kisah
percintaanya dengan Afiq, semua orang seperti menunjukkan muka simpati. Fisha
muak melihatnya. Dia bukan mati laki, dia hanya cuma kehilangan seorang kekasih
yang tidak layak dipanggil kekasih. Dia tidak perlukan simpati orang lain. Lagipun,
dia tidak pernah mencintai lelaki itu. Cuma hanya timbul rasa kecewa kerana
dipermainkan.
“Hoi,
kenapa buat muka seposen ni?” Soal Haikal apabila dia melihat muka Fisha yang
masam mencuka. “Kalau muka aku muka seposen, muka dua posen macam mana pulak?”
Sempat lagi dia bertanya kepada Haikal. Riak mukanya kembali ceria. Kalau dia
bersama dengan Haikal, jarang sekali dia akan bersedih hati. Selalunya hanya gelak
ketawa sahaja yang akan berkunjung.
“Kejap
aku fikir.” Dia menarik-narik janggut sejemput miliknya. Konon-kononya seperti
seperti berfikir. Dia nampak sangat kacak dengan aksinya yang bersahaja. “Aku
tau macam sape. Macam kau!” Pintas Fisha sambil menundingkan jari terlunjuknya
ke arah Haikal.
“Macam
aku ke? Tak perasan pulak muka aku berharga dua posen. Tapi kiranya muka aku ni
lagi mahal lah dari muka kau.” Usik Haikal. Fisha hanya tersenyum mendengar
omongan Haikal. Haikal memang begitu. Dia memang seorang sahabat yang baik.
Mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi. Maklumlah, jiran sebelah rumahlah
katakan.
Hubungan
mereka sangat akrab. Pergi dan balik kolej juga bersama Haikal. Perlakuan dan
tingkah laku Haikal cukup menyenangkannya. Hubungan antara kedua-dua keluarga
juga sangat baik. Rumah Haikal sudah menjadi seperti rumahnya sendiri.
Begitulah sebalikknya.
Pernah
juga teman-teman mengosipkan mereka berdua. Mereka hanya memberikan seyuman
tanda menjawab. Walaupun mereka sangat rapat, mereka masih lagi menjaga
batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Fisha masih akan bertudung
jika Haikal berkunjung ke rumahnya. Haikal pula tidak pernah mengambil
kesempatan menyentuhnya. Masing-masing masih tahu menjaga diri.
“Hoi,
termenung pulak dia ni.” Teguran Haikal memadamkan lamunannya sebentar tadi.
Dia terseyum simpul. Malu pula ditegur begitu. “Kau ni, aku yang ada depan mata
pun kau tak nampak. Asyik ingatkan lelaki lain. Apa, tak cukup hensem ke Zareen
Haikal ni?” Gurauan Haikal telah disalah ertikan oleh Fisha. Fisha menyangka
Haikal memerlinya kerana menerima Afiq.
“Kau pun nak cakap aku bodoh sebab terima
Afiq dulu?” Soalnya tiba-tiba kepada Haikal. Haikal terpinga-pinga mendengar
soalan yang terbit dari mulut Fisha. ‘Hujan tak ada, rebut tak ada, tiba-tiba
datang puting berliung! Fisha, Fisha. Kau memang unik. Sebab itu aku sayang dan
cinta pada kau.’ Namun rasa cinta itu masih terpendam di dalam hati Haikal. Dia
tidak mahu merosakkan persahabatan mereka dengan rasa cinta yang tumbuh dalam
hatinya.
Hanya
Tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya dia bila Fisha mengambil keputusan
untuk menyambut huluran cinta Afiq. Terasa dunia ini gelap gelita. Namun
cepat-cepat dia sedar dari mimpi. Hanya pada ALLAH tempat dia meluahkan rasa
hati yang terpendam. Namun bila dia tahu hubungan mereka sudah terputus di
tengah jalan, pada ALLAH juga dipanjatkan kesyukuran yang mengunung.
“Kau
ni, aku tak pernah cakap kau bodoh sebab terima Afiq dulu.Yang kau tiba-tiba
nak angin satu badan ni kenapa? Kau masih tak boleh terima hakikat yang kau dan
Afiq dah berpisah?” Nada suara Haikal masih lagi lembut di cuping telinga Fisha.
Sayu
hatinya mendengar nada suara Haikal. Menyesal pula kerana menuduh Haikal yang
bukan-bukan. ‘Kenapalah aku tak boleh jadi setenang Haikal? Cepat betul angin
taufan merasuk dalam diri!’ Fisha mengeluh kecil. ‘Masakan aku nak kecewa
Haikal, sedangkan rasa cinta dan sayang dalam diri aku ni hanya ada pada kau!
Afiq hanya sekadar menjadi sandaran sahaja.’
Haikal
menjadi gusar melihat kebisuan Fisha. Dia menarik nafas panjang. “Sha, aku nak
kau tau, selagi nafas ini milik aku, aku tak akan benarkan kau bersedih seorang
diri. Itu janji aku.” Fisha seperti hendak menangis mendengar pengakuan Haikal.
“Aku
boleh terima semuanya Haikal. Nama Afiq tu aku dah buang dalam kamus hidup aku.
Dia tu aku anggap tak ubah macam makan peria yang pahit je.” Jawapan Fisha
membuat Haikal ketawa. Dia senang kalau Fisha berjaya mengusir bayangan Afiq
dan dialah yang paling gembira jika Fisha tidak lagi bersedih hati.
“Amboi,
masa bercinta bukan main lagi. Panggil sayanglah tapi bila dah clash, siap
keluar sayur peria lagi.” Usik Haikal lagi. Fisha tergelak kecil. “Nama pun
masa sayang, kalau masa sayang panggil peria, nampak sangatlah macam tak
sayang.” Balas Fisha tidak mahu kalah. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.
Afiq
yang sedari tadi memerhatikan kedua-duanya ketawa senang mengepal kedua-dua
penumbuknya. ‘Patutlah tak kisah langsung clash dengan aku, rupa-rupanya ada
balak lain yang tunggu.’ Hatinya menyumpah seranah Fisha dan Haikal. Hatinya
dihambat cemburu yang menggila.
Lantas
Afiq melangkah dan melepaskan satu penumbuk ke arah Haikal yang nyata terkejut
dengan kedatangannya. “Apa ni Fiq?” Soal Fisha marah sambil membantu Haikal
untuk bangun. Haikal mengelap bibirnya yang berdarah akibat daripada penangan
penumbuk Afiq.
“Jantan
macam ni memang kena ajar sikit!” Bentak Afiq kasar. “Kalau ada masalah, lebih
baik kita bawa berbincang. Pergaduhan tak akan membawa apa-apa faedah.” Seperti
biasa, Haikal masih lagi boleh berdiplomasi walaupun Afiq masih berhutang
penumbuk dengannya.
Namun
kemarahan yang menguasai akal fikiran Afiq telah menghalang Afiq dari berfikir
panjang. Sekali lagi dia menghadiahkan penumbuk ke muka Haikal.
Terhuyung-hayang Haikal mengimbangi badan dari tumbang ke tanah. “Kau dah
melampaulah Afiq!” Tahap kesabaran Fisha telah mula hilang apabila melihat dua
kali muka Haikal menjadi sasaran penumbuk Afiq.
“Siapa
yang melampau sebenarnya. Patutlah tak kisah clash dengan aku. Rupa-rupanya ada
skandal lain. Dasar perempuan murah!” Jerkah Afiq kepada Fisha. Berdesing
rasanya mendengar tengkingan Afiq. Fisha mengetap bibir menahan marah. Belum
sempat Fisha mahu menghadiahkan kelima-lima jarinya ke pipi Afiq, Haikal telah
bertindak terlebih dahulu menghadiahkan penumbuk ke muka Afiq.
“Aku
boleh terima kalau kau pukul aku, tapi aku tak boleh pekakkan telinga aku dari
mendengar kau kutuk perempuan yang aku sayang!” Ucap Haikal bersungguh-sungguh.
Afiq telah pun tersungkur di atas tanah akibat dibelasah oleh Haikal.
Melopong
Fisha mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Haikal. ‘Haikal sayang
kat aku!’ Fisha menelan air liur yang seperti tersekat di kerongkongnya. Bumi
seakan-akan berhenti berputar. Pandangan mereka bertaut. Jelas, ada sinar cinta
di mata lelaki ini. Kenapa dia tidak pernah perasan melalui pandangan redup
Haikal.
Ingatanya
kembali mengenangkan sikap Haikal yang sangat risau apabila dia diserang demam
panas satu ketika dahulu. Sikap Haikal yang sentiasa mengambil berat akan
dirinya. Haikal juga akan sentiasa berada disisinya ketika dia berada dalam kesedihan
dan dia baru teringat betapa murungnya Haikal apabila mengetahui dia
menjalinkan hubungan dengan Afiq.
Fisha tidak tahu apa yang harus
dilakukkan. Dengan pantas dia mengambil beg sandangnya dan berlari pergi dari
situ. Sungguh, ayat itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Haikal tidak hanya
melihat Fisha pergi tapi dia turut berlari mendapatkan gadis itu.
“Fisha,
aku memang sayangkan kau. Aku tak bohong.” Haikal menahan Fisha dari terus
pergi sambil matanya tidak lepas dari memandang Fisha. “Kau cakap macam ni
bukan sebab kau cintakan aku tapi sebab kau kasihan pada aku kerana
dipermainkan oleh Afiq! Betul kan ?”
Soal Fisha. Dia sekadar ingin menguji lelaki dihadapnnya.
Saat ini, mereka sudah berada
di bahu jalan. Kebisingan bunyi kereta yang lalu lalang tidak mengahalang dunia
ciptaan mereka. Air mata yang ditahan sedari tadi sudah tidak mampu lagi
ditanggung lantas mengalir perlahan membasahi pipinya. Namun tidak lama ia
bertapak kerana ianya segera diseka oleh Haikal.
“Salah.
Aku memang sayangkan kau dari dulu lagi. Tak ada kena mengena langsung dengan
Afiq. Cuma aku tak berani nak luahkan sebab aku ingat kau sayangkan Afiq. Walaupun
kau pilih Afiq, aku tetap akan rasa gembira kalau kau gembira walaupun bukan
aku yang mengembirakan kau.” Fisha terpaku mendengar luahan rasa Haikal.
Rupa-rupanya telah lama mereka berkongsi rasa yang sama.
“Cuma
aku nak tanya kau satu soalan? Hmm, kau rasa tak apa yang aku rasa sekarang
ni?” Fisha hanya menunduk mendengar soalan Haikal. Dia merasa malu untuk
mengangkat muka. Belum sempat untuk Fisha menjawab soalan Haikal, tiba-tiba Haikal
telah ditolak oleh Afiq. Haikal tidak sempat mengelak kereta yang tiba-tiba
muncul dari satu arah dan akhirnya,
DUMM!!!!!
Fisha terpana apabila melihat sekujur
tubuh milik Haikal yang melambung tinggi sebelum terkulai layu di atas jalan
raya. Afiq yang nyata terkejut melarikan diri apabila melihat orang ramai yang
mula berkumpul. Fisha pula pengsan di tepi jalan setelah menyaksikan kemalangan
yang meragut nyawa Haikal.
***
Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri
Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu
Begitu dalam
Sungguhku tak sanggup
Ini terjadi
Kerana ku sangat cinta
Inilah saat terakhirku
Melihat kamu
Jatuh air mataku
Menangis pilu
Hanya mampu ku ucapkan
Selamat jalan kasih
Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu, kamu, kamu
Di hatiku
namun bagiku
melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup ku
di hatiku…
Untuk
sekian kalinya, dia menjejakkan kaki ke tanah perkuburan ini. Air matanya
kembali membasahi pipi. ‘Wahai air mata, aku tidak mahu menangis lagi. Izinkan
aku bahagia walau tanpa dia di sisi.’ Namun kata hatinya seperti tidak dapat
mendengar keluhannya. “Haikal, aku datang lagi. Aku bukan datang untuk menuntut
janji tapi aku datang untuk melepaskan kau pergi. Aku redha dengan ketentuan-Nya.
Aku doakan kau bahagia di sana .
Tetapi izinkan aku simpan kenangan kita kerana hanya itu yang mampu aku
lakukan.” Tersedu-sedu Fisha menuturkan kata.
Najmah mengosok-gosok bahu
sahabatnya persis meminjamkan kekuatan dirinya kepada Fisha. Tidak tertanggung
rasanya melihat kesedihan Fisha. Afiq telah pun mendapat balasannya namun semua
itu tidak dapat memulangkan Haikal pada Fisha. Kalau memang cinta itu
mendatangkan kebahagian, derita pasti akan bertandang apabila ia hilang.
***
TAMAT ***
“Jangan
dibuang kenangan itu, kerana ia pengubat rindu….
Jangan
dicampak memori itu, kerana ia pemaut kasih….
Kerana
antara kita yang terpisah, yang bercantum hanyalah kenangan…”
alah! sad ending... sian haikal..
ReplyDeletehukhuk sad ending *lap air mata* .. apa2 pun best lah . Tapi kalau buat happy ending kan best ; )
ReplyDeletethanks alfa syamimi..
ReplyDeletekak ina,,, ni cerpen pertama sy..
sengaja tinggalkan kesan y mendalam sikit.. hehe
jgn sedih2 lg ya...
eh , sarah umur brp ? sy tny ni sebb sarah pnggl sy ' kak ' . huhu
ReplyDeleteerk... umur 21... ina??
ReplyDelete14 . huhu
ReplyDeletelah muda lagi.. hehe..
ReplyDeleteemm..nape ending nya sedih..tp tula..cinta x semestinya bersatu...
ReplyDeleteoh 1st cerpen patut la pendek,selalu dok baca panjang berjela,.
ReplyDeleteBtak puas la,nk pnjg lg.he
ReplyDeletebest jgk cerita niee.....mmg terbaikkkk
ReplyDeletewaaaaa......kper ending nyer gini
ReplyDeletesaya baru disini. cerita ni bernar2 buat saya sedih kerana saya pernah merasai setiuasi begini...
ReplyDeleteIndapurinnge punye afiq.. cian fisha.. huks.. huks..
ReplyDelete..