Bab 11
“Kenapa
telefon?” Bisik Faraneesha perlahan. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling.
Bimbang jika ada orang cuba untuk memasang telinga mendengar perbualannya
dengan Luqman.
“Dekat
kampung tu ada mamat hensem ke sampai awak tak nak jawab telefon saya ni?”
Berkerut dahi Faraneesha cuba memahami maksud tersirat kata-kata Luqman.
“Tak
fahamlah. Bila masa pulak saya tak nak jawab call awak?” Luqman tersenyum
mendengar suara Faraneesha yang polos itu.
“Yalah. Awak boleh tanya kenapa saya
call? Mestilah saya rindu kat awak.” Kembang kempis dadanya mendengar kata-kata Luqman yang kedengaran sangat
romantik itu.
“Kalau
ada pun mamat hensem kat kampung ni, saya pasti yang dia tak sehensem buah hati
pengarang jantung saya ni.” Balas Faraneesha kembali.
Dunia
ini terasa indah sungguh tika hati dibuai cinta. Memang
cinta itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Yang dicari oleh
semua hamba ciptaannya namun hanya yang mencintai pencipta akan mengenal erti
cinta yang sebenar.
“Ganggu ke?”
“Awak dah biasa jadi penganggu hidup
saya kan.”
Seloroh Faraneesha sambil tergelak kecil.
“Nanti bila saya dah tak ada nanti,
baru awak sedar yang awak memang nak diganggu oleh saya je tau.” Mati terus
senyumannya. Dia tidak suka jika ayat ‘tak ada’ itu digunakan.
“Boleh tak jangan merepek.” Suaranya
sudah mula serius. Dia mahu Luqman sedar yang dia sedikit pun tidak main-main
dalam hal ini.
“Mana ada merepek. Tengah makan
kerepek je.” Gurau Luqman namun tidak mendapat sebarang sambutan daripada
Faraneesha.
“Neesha, saya bergurau jelah tadi.”
“Tapi gurauan awak tak bertempat.”
“Kalau macam tu, boleh awak beritahu
saya tempat gurauan tu? Saya tak tahulah.” Terus terukir senyuman di wajah
Faraneesha.
“Luqman, saya tak suka awak cakap macam tadi.
Saya tahu, awak mesti akan cakap yang perkara tu akan terjadi juga satu hari
nanti tapi tolonglah jangan cakap pasal hal tu.” Perlahan nada suaranya namun dia pasti yang Luqman
mendengar dengan sangat teliti.
“Jangan
kerana takut untuk kehilangan saya membuatkan awak lupa tentang qada’ dan qadar
yang telah pun ditetapkan. Mati tu kan sesuatu yang pasti. Dan menjadi sunat
untuk mengingati mati sebab bila kita mengingati mati, kita akan dekat dengan
Allah. Dan kita perlulah saling mengingatkan diantara kita yang adakalanya leka
dengan nikmat dunia sedangkan nikmat akhirat itu lebih hebat ganjarannya.”
Airmata
Faraneesha mengalir perlahan. Dia senang dengan bicara Luqman yang sentiasa
memberikan kata-kata yang bermakna untuk disemat kemas didalam hati yang
adakalanya lara dalam menurut kata hawa nafsu.
‘Ya
Allah, bersama dengannya membuatkan hambaMu ini sering merasa bahawa amalanku
padaMu terasa sungguh kecil sekali. Dia sering mengingatkan kepadaku tentang
kealpaanku dalam menjaga hubunganku denganMu Ya Allah. Kerdil sungguh diriku
jika hendak dibandingkan dengan Luqman yang terlalu menyintaiMu lebih dari
kumencintaiMu. Dan jika aku ditakdirkan menjadi miliknya, mampukah aku
bergandingan dengannya di Syurga kelak?’
“Maaf
sebab terlalu mengikut perasaaan.”
Dari
kejauhan, Luqman hanya tersenyum sedikit. Bukanlah salah tentang apa yang
Faraneesha tuturkan sebentar tadi. Cuma dia tidak suka jika Faraneesha lebih
mengantungkan diri pada manusia melebihi Yang Maha Kuasa.
Hidup
ini terlalu singkat untuk dicetekkan dengan fikiran yang salah. Kasih sayang
yang mengikat manusia itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk menjaga
hubungan dengan ALLAH. Seharusnya kasih
dan cinta itu disandarkan pada ALLAH agar dapat dititipkan pada seorang hamba
yang turut menyintai ALLAH.
“Awak
tak salah… Jangan menangis Neesha.” Pujuk Luqman lembut. Faraneesha tidak terus
menyeka air matanya itu. Dibiarkan sepi tanpa sebarang sapaan.
“Saya akan sentiasa berdoa agar kasih
sayang yang mengikat kita terus bertahan hingga ke Syurga nanti.” Ucap
Faraneesha perlahan. ‘Ya ALLAH, aku bersyukur dengan pemberianMu ini.’
“Insya Allah. Sesungguhnya, hanya
doa yang mampu dipohon. Jangan malu untuk meminta denganNya, kerana dia tidak
akan pernah lokek untuk memberi sayang.”
Kata-kata Luqman itu Faraneesha setuju seratus peratus.
Kadang-kadang Faraneesha sentiasa merasa bahawa dirinya langsung tidak layak
untuk bersama dengan Luqman. Jejaka itu sentiasa penuh dengan ilmu di dada.
‘Layak
atau tidak seseorang itu, bukan manusia yang tentukan. Walau ditilik dari celah
mana sekalipun oleh manusia, manusia tidak semestinya akan berjaya menemui yang
terbaik. Ketetapan telah pun ditetapkan iaitu seorang lelaki yang baik adalah
untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya. Semua itu tidak boleh
disangkal oleh manusia kerana itu adalah janji Allah buat setiap hambanya.’
Kata-kata
itu masih terngiang lagi di cuping telinga Faraneesha tika Luqman menuturkan
apabila dirinya mempertikaikan tentang kebimbangannya untuk meneruskan
hubungannya dengan Luqman.
“Awak
terlalu baik untuk saya Luqman. Adakalanya saya rasa diri saya tak cukup
sempurna untuk awak.”
“Setiap manusia ada kekurangan dan
kelebihan yang adakalanya tidak disedari oleh tuan punya badan sendiri.”
Seketika, dia tersenyum walau dia tahu yang Faraneesha tidak melihat huluran
senyumannya.
“Itulah fungsi setiap pasangan.
Mereka perlu saling melengkapi dan dilengkapi. Kerana hakikatnya, tak ada
manusia yang sempurna sayang. Kisah cinta yang sempurna hanya ada dalam novel
yang awak selalu baca tu je.”
Tergelak kecil Faraneesha dibuatnya.
Sempat lagi Luqman mengenakannya. “Kenakan saya eh.” Hilang juntaian air
matanya. Yang ada cuma sebuah senyuman yang sangat manis untuk dilihat.
“Eh, awak terasa ke?” Lagi mahu
buat-buat tanya.
“Okaylah Luqman. Saya ada kerja lagi
nak kena settle ni.” Terasa belum puas untuk berbual dengan pemilik hatinya
itu. Namun dia perlu akur dengan
kerja-kerja yang menuntut kudratnya.
“Okay
sayang. Kirim salam pada semua ya. Suruh dia orang bersiap sedia untuk kenduri
yang akan datang pulak. Dah tak lama dah tau.”
Faraneesha hanya tergelak kecil.
Senang dengan gurauan Luqman yang mendamaikan rasa hatinya itu. Sesungguhnya, dia turut mendendangkan irama yang sama.
Irama kebahagiaan.
Bab 12
Farafeesa
mengemas apa-apa yang patut di ruang tamu. Dia perlu memastikan ruang tamu itu
bersih dari sebarang kecacatan yang bakal mencacatkan majlis perkahwinan
sepupunya esok.
“Angah,
adik dahagalah.” Entah dari mana munculnya. Farafeesa sendiri tidak dapat
mengagaknya. Adik bongsunya ini memang lasak dan buas.
“Pergilah
ambik dekat dapur.” Terlalu asyik dia mengemas. Sedikit pun tidak memperdulikan
adiknya itu.
“Alah,
nak ambik kat mana.” Renget Iman lagi. Farafeesa mula memghentikan kerjanya.
Terus dihalakan pandangan ke arah Iman yang kelihatan sangat comot itu.
“Eee,
adik ni mengacau betullah. Cubalah berdikari sikit.” Farafeesa berpura-pura
ingin marah. Namun yang kelihatan cumalah dua batang gigi milik Iman. Tidak
langsung menunjukkan riak ketakutan.
“Alah,
bila besar nanti adik berdikarilah.” Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut
si kecil.
“Bila
orang cakap tu ada je nak menjawab eh.”
“Angah,
nak air..” Rengek Iman lagi. Farafeesa terasa malas sungguh untuk menapak ke
dapur. Baru sahaja kakinya menjengah di tangga dapur, matanya tertacap pada
segelas cawan yang berisi air masak. Lantas dicapai dan disuakan kepada adik
bongsunya itu.
“Nah,
minum air ni je. Angah malas nak turun ke dapur.” Iman mencapai gelas dengan
muka yang masam. Mungkin tidak berpuas hati kerana hanya diberikan air masak
sahaja.
“Angah,
air ni rasa lain macamlah.” Rungut Iman sambil menghalakan gelas tersebut ke
arah Farafeesa.
“Kamu
ni, asal minum air masak je terus rasa lain eh. Kalau minum air oren tu tak
pulak kamu komplen rasa macam air sirap eh?” Bebel Farafeesa dalam keadaan
bercekak pinggang.
“Betul.
Adik tak tipu. Cuba angah rasa.” Kali ini, gelas sudahpun bertukar tangan.
Dengan lafas bismillahirahmanirahim, Farafeesa terus meneguk air masak itu
sedikit.
Namun
wajahnya terus bertukar kelat. ‘Mak oit, air apa ni?
Payau betul.’ Iman tergelak melihat perubahan wajah yang ditunjukkan oleh
kakanya itu.
“Feesa, kau buat apa tu?” Tegur Mak Lang lantas
mengangkat kaki menghampiri mereka dua beradik.
“Ni hah,
tadi Iman kata nak minum air. So, Feesa bagilah adik minum air yang kebetulan
ada kat atas rak ni. Tapi dia cakap tak sedap jadi dia suruhlah Feesa rasa. Hmm,
memang tak sedap pun” Cerita Feesa ringkas sambil menunjukkan gelas tersebut
kepada mak saudaranya itu.
“Kamu ambik gelas ni atas rak tu ke?” Tanya Mak lang
sambil jarinya menunjukkan ke arah satu rak.
“Aah.”
Jawab Farafeesa sepatah. Tangan mak lang mengaru-garu lehernya. Mungkin cuba
mengembalikan ingatannya tentang air didalam gelas terbabit.
“Ya
Allah Feesa, kau minum air…” Belum habis ayatnya, mak lang ketawa kuat. Hingga
mengundang rasa hairan ahli keluarga yang lain. Hingga semuanya berkumpul
dihadapan mak lang untuk mendengar cerita sensasi yang bakal meletup itu.
“Itu air
rendam gigi Opah Akmalah.” Tercengang Farafeesa mendengarnya.
“Air
rendam gigi.” Tiba-tiba dia merasa tekaknya kembang dan bakal ditemani oleh
rasa loya yang menghimpit. Ahli keluarga yang lain bukan main lagi ketawa
sakan.
Farafeesa
terus berlari ke bilik air. Sungguh dia pernah membayangkan yang dia telah
minum air rendaman gigi palsu opah Akma.
Sudahlah
dihimpit rasa malu kerana ditertawakan oleh sanak saudara yang lain, terpaksa
pula dia berhadapan dengan rasa loya.
“Kau
okay tak ni? Mana tahu kau nak pengsan lepas minum air gigi palsu opah.” Sakat
Amirul. Sepupu lelaki yang paling dia menyampah.
“Jangan
sampai aku sumbat air tu kat dalam mulut kau pulak.” Marah Farafeesa. ‘Tak
habis nak cari pasal.’ Dengus Farafeesa kasar.
“Alah,
cubalah sumbat kalau dapat.” Terus dia berlari keluar dari rumah. Hilang tanpa
dipinta.
“Cakap
je macam berani. Tapi pecut keluar. Bongok.” Bebel Farafeesa sendiri. Sudahlah
bengang kerana terminum air gigi palsu opah Akma, terpaksa pula berhadapan dengan
sepupu yang menyakitkan hati. Farafeesa mendengus kasar.
“Feesa,
buat air untuk abah.” Entah dari mana Puan Azah datang. Terkejut juga Farafeesa
dibuatnya. ‘Ingatkan si Mirul tu yang datang balik?’
Tanpa
berlengah, dia terus membancuh air kegemaran abahnya itu. Kebiasaanya, abahnya
itu memang gemar minum air Nescafe sebelum berangkat ke peraduan.
“Tak
ada nescafe ke?” Tiba-tiba ada terpancul soalan itu dari mulut abahnya.
Berkerut dahi Farafeesa memikirkan soalan bapanya itu.
“Tu, yang angah buat tu apa?” Ditunjuk gelas yang berada di tangan abahnya.
“Ni air
milo. Hai, milo dengan nescafe pun tak kenal ke? Parah betul kamu ni.” Melopong
mulut Farafeesa mendengar penjelasan dari bapanya.
“Tapi
angah rasa, angah bancuh nescafe tadi.” Ya, dia sangat pasti yang dia
meletakkan nescafe didalam cawan minuman bapanya. ‘Eh, ke aku letak milo?’
Keraguan mula bertandang didalam hati.
“Tak
apalah, angah bancuh yang lain untuk abah ya?” Baru sahaja dia ingin berlalu
namun suara abahnya itu mematikan langkah panjangnya.
“Tak
apalah. Dah lama jugak tak minum milo.” Terus diteguk minuman dari air tangan
anaknya itu. Farafeesa berlalu dengan kebingungan yang mula menapak di dalam
benaknya.
Farafeesa meraba telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terjaga
dari lena. Entah kenapa, dia merasakan tidurnya tidak selena semalam atau
hari-hari sebelumnya. Mungkin kerana dia terlalu risau dengan kenduri yang akan
berlangsung siang nanti.
‘Risau
sangat, macamlah aku ni pengantin pulak.’ Sempat lagi dia mengomel sendiri.
Matanya yang kuyu sebentar tadi terus terbeliak apabila melihat jam di skrin
telefon telah mencapai angka enam setengah pagi.
‘Ya
Allah, asal tak ada seorang makhluk Allah pun yang bangun. Ish, dah lewat ni.’ Tangannya terus bergerak dan jatuh di
atas badan Faraneesha. Tidak pernah-pernah dia bangun lebih awal dari
Faraneesha. Hari ini memang telah mencatat sejarah. Boleh
catat dalam book of record kot.
“Apahal?” Dia bangun dari
pembaringan tanpa membuka biji matanya. Tangannya mengarukan kepala yang berserabai itu.
“Kau
tahu ni pukul berapa? Pukul enam setengah
tahu tak? Dah lewat. Cepat bangun.” Dia sudahpun mula berdiri. Membetulkan urat
sarafnya.
“Enam setengah? Biar betul? Aku rasa
aku baru je tidur?” Faraneesha yang tidak berpuas hati terus melihat jam di telefon
bimbitnya.
“Weh, baru pukul tigalah. Pukul enam
kejadah kau!” Ujar Faraneesha terus berbaring semula.
Farafeesa yang terpinga-pinga terus
mengapai telefon bimbitnya dan telefon bimbit milik kembarnya itu. “Aahlah,
baru pukul tiga pagi. Tapi tadi aku memang tengok jam aku dah pukul enam
setengahlah. Serius tak tipu.”
“Tidurlah
Feesa. Kau ni kan,
lepas minum air jampi tu, otak kau macam dah tercabut skru pulak.” Walau dengan mata yang terpejam, sempat lagi dia mengusik
adiknya itu.
Farafeesa
mula berbaring semula dengan rasa tidak puas hati yang masih menebal. Mula-mula
tersalah buat air nescafe untuk bapanya. Kemudian sebelum tidur tadi, dia
sembahyang isyak dengan arah kiblat yang terbalik. Dan sekarang, dia tersalah
tengok jam pulak?
Memang kelam kabut hidupnya setelah
dia minum air gigi opahnya itu. Sudahlah terpaksa mendengar tawa dari saudara
mara yang lain, terpaksa pula berhadapan dengan situasi pelik seperti ini.
‘Jangan-jangan kepala otak aku ni dah jadi mereng kot? Ya
Allah, jauhilah aku dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Banyak
benda dalam kepala otak aku ni. Limited edision kot.’ Diputuskan doa didalam
hati dan matanya mula kuyu semula mencari mimpi yang hilang sebentar tadi.
Bab
13
Hujung minggu kali ini, Farafeesa
dan Faraneesha menghabiskan hujung minggunya bersama-sama dengan rakan yang
sama-sama menuntut di UITM dulu.
Sudah agak lama mereka tidak
menghabiskan masa bersama kerana kengkangan kerja dan waktu belajar yang tidak
sama.
“Bila kau nak sambung deegre weh?” Soal
Baizura sambil menyisipkan minuman ke mulut.
“Tak ada rezeki lagilah. Lagipun aku tengah sibuk sangat
sekarang ni.” Mata Farafeesa dan Faraneesha saling beradu.
Bukan
mereka tidak ingin menyambung kembali pelajaran tetapi ada banyak benda yang
perlu difikirkan dahulu. Mereka bukan anak orang
senang seperti Baizura atau yang lain-lain. Mereka punya keluarga yang
membutuhkan keringat mereka berdua.
“Alah, kalau korang tak sambung pun,
gaji korang dah sedap dah. Kalau
aku baik kerja je. Aku pun dah penat dah asyik mengadap paper je.” Suzie pulak
menyampuk. Dia mengerti keadaan yang menghimpit sikembar.
“Hmm,
bolehlah gaji tu. Tak adalah tinggi sangat.
Cukup-cukup makan jugak. Tapi gaji Feesa memang tinggi tau. Tapi perangai
kedekut dia tetap tak berubah. Tengoklah sekarang, mana beli kereta lagi. Sibuk
nak menumpang kereta buruk aku tu.”
Ketawa mereka bertiga hampir
mengegarkan restoren makan itu. Mujurlah masing-masing sempat mengawal diri. Mereka faham benar dengan perangai kedekut Farafeesa itu.
“Tak
berubah-rubah jugak kau Feesa. Ish ish ish…”
“Kurang
asam kau Neesha. Kau kutuk aku eh. Aku malas je nak beli kereta lagi. Tengah
kumpul duit ni.” Dia perlukan alasan untuk membidas kembali Faraneesha dan
rakan-rakannya yang lain.
“Kumpul
duit nak buat apa? Hai, tak kan
buat kahwin kot.” Ketawa mereka lepas lagi. Farafeesa buat muka. Faham benar
dengan perangai sahabatnya yang kuat mengusik itu.
“Kau dah
ada calon ke? Kalau belum, aku boleh tolong carikan.”
Usul Baizura pula. Perangai Farafeesa ini berbeza sungguh dengan Faraneesha.
Faraneesha penuh dengan lembutnya
namun sifat nakalnya itu masih lagi teserlah. Namun Farafeesa pula ganas dan
kasar. Si kakak agak sensitif sedikit perasaannya tapi si adik, macam tak
berperasaan langsung. Namun kedua-duanya punya sikap cepat mesra dengan sesiapa
sahaja. Perangai inilah
yang Baizura tabik sangat.
“Dah ada
dah. Korang jangan risau ya.” Dia tersenyum sedikit. Rasa kelakar apabila
melihat mereka semua melopong luas.
“Weh,
tak cerita kat kita orang pun kan.” Tumbuk Suzie lembut di bahu Farafeesa.
“Kau
percaya sangatlah kat Feesa tu.” Akhirnya, kakaknya sendiri yang memecahkan
rahsianya. Baizura dan Suzie merungut sendiri. Bengang kerana ditipu oleh Si
Feesa.
“Tapi
si Neesha mesti tak lama lagi kan..
Jadi bini oranglah nanti eh.” Usikan itu melahirkan senyuman Faraneesha. Sesungguhnya, dia memang sedang menghitung hari. Menunggu
saat berbahagia bersama Luqman.
“Eh kau
ni Bai, mestilah bini orang. Tak kan bini kambing pulak.” Selamba sahaja ayat
Farafeesa mengenakan Baizura. Akhirnya mereka tergelak lagi. Hingga mengalir
air mata Faraneesha kerana terlalu banyak ketawa.
“Aku nak kencing rasanya layan kau
ni Feesa. Eh, ada tandas tak
dekat sini eh?” Matanya menilau arah belakang restoren.
“Ada kat
belakang tu. Pergilah, bukan kena bayar pun.”
“Kalau
kena bayar pun, aku bayar jelah. Aku bukan kedekut macam kau.” Ambik kau, tak
pasal-pasal kena dengan Suzie. Farafeesa mendengus keras. Berpura-pura marah
sedangkan dia tidak pernah hairan dengan usikan teman-temannya.
Tika
Suzie balik dari tandas, mukanya seperti orang kerisauan. “Kenapa Zie? Asal
muka kau pucat semacam je ni?” Nada suara Faraneesha berbaur kerisauan.
“Tadi
masa balik dari tandas, ada lelaki cuba raba aku. Nasib baik aku sempat mengelak.”
Terang Suzie sambil mula mengambil tempatnya semula.
“Kurang
ajar. Dia ada lagi kat sini?” Tanya Baizura perlahan. Takut juga jika lelaki
itu duduk berdekatan dengan mereka.
Suzie
tidak mengeluarkan sebarang suara namun mulutnya memuncung ke arah satu tempat.
Tanpa berlengah lagi, Farafeesa bangun dari duduknya. Lelaki yang kurang
didikan itu memang perlu diajar.
Dari
kejauhan lagi, Farafeesa dapat mendengar suara lelaki yang sedang galak ketawa
bersama teman-temannya. Mungkin sedang menceritakan tetang perlakuan yang tidak
senonohnya sebentar tadi.
Lelaki
itu kelihatan terpinga-pinga apabila ada seorang gadis yang tidak dikenalinya
menghampirinya. Farafeesa tersenyum sedikit lantas mengambil gelas lelaki yang
masih berisi air itu dan terus disimbah ke muka lelaki yang kononnya sedang
memandangnya tanpa kelip itu.
“Apa
masalah awak ni?” Terus dia bangun dari duduknya. Sungguh dia tidak faham
dengan perangai perempuan yang sedang tersenyum sinis dihadapannya ini.
Rata-rata mengunjung restoren memandang drama sebabak tanpa pengarah itu.
“Apa
masalah aku kau tanya? Kau tu yang bermasalah. Pencabul!” Berdesing telinga
Nazreen mendengar suara perempuan itu yang pastinya sudah dapat didengari oleh
seluruh manusia yang berada di dalam restoren.
Baizura
tersenyum bangga dengan tindakan temannya. Faraneesha pula diam tidak berkutik.
Dia tidak senang dengan perangai adiknya yang terlalu berani itu. Bagaimana
jika lelaki itu mengapa-apakan adiknya. Manakala Suzie menepuk kepalanya.
“Memang
padan muka dia.” Terdengar ayat itu keluar dari mulut Baizura.
“Alamak….”
Rungut Suzie sambil memandang yang lain dengan pandangan yang mereka sendiri
tidak dapat mentafsirnya.
“Kau tak
payah kesian dengan orang macam tu Zie. Memang patut pun dia kena. Memang dasar
pencabul.” Tambah Baizura lagi.
“Masalahnya,
Feesa dah salah orang.” Serta merta Baizura dan Faraneesha menghalakan
pandangan ke arah Suzie.
“Memang
masalah tu..” Terus mereka bertiga bangun dan melangkah ke arah Farafeesa yang
sedang bertekak dengan sekelompok lelaki itu.
“Apa
main tuduh-tuduh ni Cik. Ayien
dari tadi duduk dengan kita orang.” Seorang temannya terpanggil untuk membela
lelaki pencabul itu.
“Alah,
korang memanglah bela kawan korang an. Sebab korang pun sejenis je.” Dihambur
rasa marah ke arah semua lelaki yang seramai empat orang itu.
“Ini dah
melampau.” Kalau ikutkan rasa hatinya, ingin sahaja ditampar mulut perempuan
yang sesedap rasa menuduh sahabatnya itu. Namun dia hairan apabila melihat
Ayien hanya memandang perempuan itu tanpa sepatah kata itu. Mukanya kelihatan
tergaman.
Dia
sendiri tidak pasti yang Ayien terpaku kerana terlampau terkejut dek simbahan
air di mukanya ataupun kerana kecantikan gadis itu. ‘Cantik
tapi tak ada kesopanan, tak guna jugak.’
“Feesa…” Panggil Neesha sekaligus menarik
lembut lengan adiknya itu. ‘Kau berani tak kena tempatlah.’
Kini, mata Ayien beralih pula dengan
gadis yang menarik lengan perempuan yang dipanggil Feesa itu. ‘Kenapa muka dia
orang sama?’
“Neesha, kau tak payah bela
jantan-jantan tak guna ni. Orang macam nilah yang merosakkan anak bangsa yang
lain.” Amboi, bukan main
lagi kata-katanya. Masyarakat berkhemahlah katakan.
“Kau dah
salah orang.” Ujar Faraneesha perlahan. Muka lelaki-lelaki di situ sudah mula
berubah. Mungkin marah dengan sikap Farafeesa barangkali. Mereka berhak untuk
marah kerana mereka sudahpun menjadi tontonan pelanggan yang lain.
Berubah
terus muka Farafeesa. ‘Ya Allah, betul ke? Alapak, nak menyorok kat mana ni?
Adoyai.’
“Maaflah.
Kami betul-betul tersalah orang.” Pohon Faraneesha apabila dia melihat
Farafeesa tidak mengambil sebarang tindakan.
“Tulah,
lain kali check dulu. Ini tidak, main hentam je bantai orang. Kesian kat kawan
saya ni kena simbah dengan air. Kalau air masak tak adalah kita orang hairan
sangat. Ni teh tarik tau.” Bebel Bob. Dia bertambah hairan apabila Ayien hanya
senyap sahaja.
“Maaflah.
Saya excited sangat nak menyerang tadi.” Akhirnya, Farafeesa memberanikan diri untuk bersuara. Sekilas sahaja dia
memandang lelaki yang disimbah tadi. ‘Kesiannya.’
“Nasib baiklah
kita orang ni baik hati. Kalau lelaki lain, mahu
dia cili mulut awak tu.” Serentak dengan itu, mereka tergelak. Farafeesa ikut
turut tergelak. Sedangkan dalam hatinya menyumpah seranah lelaki yang tidak
dikenalinya itu.
“Tak apalah, kita orang balik dulu eh. Pasal bil korang,
biar kami settlekan tanda mintak maaf ya.” Baizura mengambil inisiatif sendiri
untuk membelanja geng lelaki itu.
“Eh,
buat susah-susah je tapi kalau nak tolong bayarkan, kami hanya boleh
mempersilakan jelah.” Gurau salah seorang daripada mereka.
Baru
sahaja Faraneesha berpaling, namun tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. ‘Bukan ke
itu lelaki yang aku tolong hari tu?’ Baru dia teringat. Patutlah mata lelaki
itu asyik benar melihatnya. Agaknya dia sedang memikirkan, siapa yang membantunya
hari itu?
Dia
terus melangkah. Membiarkan lelaki itu
tertanya-tanya sendiri. Dia melafazkan rasa syukur didalam hatinya kerana Allah
mengurniakan nikmat kesihatan kepada lelaki tersebut.
“Kau asal senyap je Ayien?” Tanya
Bob setelah gadis-gadis tersebut menjauh.
“Perempuan tulah yang tolong aku
hari tu.” Terang Ayien perlahan. Dia teringin sekali utnuk mengucapkan terima
kasih kerana menyelamatkannya tempoh hari. Namun dia bingung apabila melihat ada dua orang perempuan
yang seiras dihadapannya.
“Ada ramai. Yang mana?
Yang kembar tu ke?” Dia sendiri masih mencari jawapan kepada persoalan
sahabatnya itu.
Namun firasatnya kuat menyatakan
yang membantunya itu adalah si gadis yang bernama Neesha. Ya, nama itu sempat
disisipkan didalam kotak ingatannya tika sahabatnya memanggil nama gadis itu.
“Ya
Allah, malunya aku.” Ditekup tangannya ke muka. Yang lain-lain hanya tergelak.
Kelakar ada, malu ada, semuanya bagai digaul dengan sebati. Mujurlah lelaki itu
tidak mengambil sebarang tindakan. Segalanya
mujur…
“Aku pun
tak sangka yang kau akan serang lelaki tu. Lepas kau serang lelaki tu, pencabul
tu terus angkat kaki.” Ujar Suzie. ‘Macam-macam hal jadi hari ni.’
Faraneesha
hanya memilih untuk menjadi pemerhati kepada perbualan mereka. Ingatannya tergarit
pada lelaki yang pernah ditolongnya itu. Walau disimbah dengan teh tarik
sekalipun, ianya tidak mampu mengugat kekacakan pemuda tersebut.
Tapi
ketampanannya tetap tidak dapat melawan Luqman yang telah lama mendapat tempat
dihatinya. ‘Hmm, agaknya Luqman buat apa sekarang eh?’ Terus dicapai telefon
bimbitnya. Tiba-tiba terbit
rindu dikala disebut nama Luqman didalam hati.
Bab 14
Mata Farafeesa yang sedari tadi menghadap jalan raya
terus beralih apabila melihat susuk tubuh yang mula menapak di koridor dibawah
pejabatnya.
“Apa kejadahnya pulak mamat ni datang.” Omelan
Farafeesa itu walaupun perlahan namun dapat ditangkap oleh Atiq. Atiq tersenyum
apabila melihat gerangan pemuda yang menghampiri.
“Eh, Encik Danial? Encik Danial buat
apa kat sini?” Kalau tidak mengenangkan yang Danial ini adalah pelanggannya,
mahu sahaja dihalau pergi.
“Saya datang ni nak jemput awak
baliklah?” Atiq sudah tersenyum-senyum mendengar ayat kasanova milik Danial.
Manakala Farafeesa buat muka pelik.
“Hah, sejak bila pulak Encik Danial
jadi driver saya?” Dahinya sudah
pun berkerut seribu.
“Kalau
awak tak mintak pun, saya seribu kali sudi untuk jadi driver awak Feesa. Awak
tak bayar gaji pun tak apa. Sekurang-kurangnya dapat jugak saya tengok muka
awak untuk melepas rindu.” Kembang tekak Farafeesa mendengarnya.
Farafeesa
menjeling sedikit ke arah Atiq. Pohon disalurkan sedikit bantuan untuk dia
menghadapi perangai kaki perempuan seperti Danial.
“Maaflah
Encik Danial, kejap lagi suami saya akan jemput saya.” Tiba-tiba datang idea
untuk mengenakan Danial. Mujurlah Ezrakil pernah memberitahu pada lelaki ini
yang dia sudah berkahwin.
“Oh, ya
ke. Kalau macam tu saya nak tunggulah. Saya
teringin jugak nak jumpa suami awak tu.” Mampus! Itulah perkataan yang paling
tepat untuknya.
Atiq hanya memandang tanpa sedikit
pun bersuara. Dia sebenarnya tidak faham dengan apa yang telah Danial dan
Farafeesa tuturkan. ‘Pasti ada rahsia yang aku tak tahu ni.’
Gulp! ‘Ya Allah, siapa yang sanggup
jadi suami aku ni? Bos dahlah tak ada nak tolong aku hari ni. Eh, tapi ini
semua pasal bos. Kalau bos tak
bohong, mesti aku tak payah berhadapan dengan situasi macam ni.’ Guman
hatinya.
Tiba-tiba mata Farafeesa tertacap
pada susuk tubuh yang sedang berjalan menghampirinya. ‘Bukan ke tu lelaki yang
aku simbah dengan air ke? Hah, apa lagi weh, mangsa dah ada tu, tangkap jelah.’
“Abang, baru sampai.” Terus dia
berjalan ke arah lelaki yang sudah tentu tidak dikenalinya itu. Dia mengenyit
matanya sedikit. Moga-moga lelaki itu mengerti yang dia membutuhkan lakonan
lelaki itu sekarang.
Dipaut lengan lelaki itu. Mujurlah
beralas. Walaupun beralas itu bukan satu tiket untuk berpegangan
tapi dia dalam keadaan darurat sekarang. ‘Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini.’
Tersenyum dan berpura-pura kelihatan mesra. Mujurlah
lelaki itu memakai cermin mata hitam. Jika tidak, pasti terkesan riak pelik di
mata lelaki itu.
“Kenalkan,
ini Encik Danial. Dia ni client Feesa.” Tangan kedua lelaki itu bersatu.
Sedikit sebanyak, Farafeesa lega yang lelaki ini sudi membantu menjayakan
lakonannya. ‘Nasib baik dia tak berdendam pasal hal semalam.’
“Nazreen.” Oh, jadi nama lelaki ini
Nazreen rupanya. Mata Atiq terbeliak
memandang lakonan yang sedang berlangsung dihadapannya.
“Nazreen,
Awak sungguh beruntung sebab dapat isteri secantik Feesa.” Puji Danial sambil
tersenyum sedikit. ‘Jadi Farafeesa memang sudah berkahwin.’ Sungguh, rasa hampa
mula menerpa.
Ayien
tersenyum sedikit. Rasa hendak ketawa pun ada. ‘Beruntung? Rentung adalah kot.’
Bisiknya didalam hati.
“Ya.
Sangat beruntung…” Suaranya dileretkan sedikit. Dikerling sedikit isteri
samarannya itu. Farafeesa mengigit bibir. Geram Farafeesa mendengarnya.
“Tak
apalah Feesa. Saya balik dulu ya. Sampaikan salam
saya pada Ezrakil.” Apabila Danial sudah menjauh, barulah dilepaskan
pegangannya di lengan lelaki itu.
“Terima kasih.” Ucap Farafeesa
perlahan. Dia sebenarnya malu untuk menatap wajah lelaki yang bernama Nazreen
itu.
Nazreen mencabut cermin mata yang
sedari tadi menghiasi wajahnya. “Saya tak faham. Apa yang dia pandang kat awak
ni eh?” Tawanya kedengaran sedikit.
“Apa masalahnya awak sekarang? Apa
yang awak tak puas hati sangat dengan saya?” Kalau tidak mengenangkan yang
lelaki ini telah membantunya tadi, mahu sahaja disekeh kepala lelaki itu.
“Bila masa pulak saya tak puas hati
dengan awaknya?” Atiq hanya
memerhatikan dua insan yang sedang bertekak itu.
“Habis
tu, apa motif awak cakap macam tu tadi. Itu cari pasallah namanya.” Farafeesa
memang pantang kalau ada yang cuba
mencari gaduh dengannya.
“Awak ni kenapa nak marah-marah. Datang bulan eh.”
Berubah terus wajah Farafeesa mendengar kata keramat itu. ‘Selambanya dia ni.’
“Eh,
suka hati sayalah nak datang bulan ke, datang kerja ke, datang lewat ke? Apa
kaitannya dengan awak.” Hah, gunung berapi dah meletus dah.
“Apa
masalah korang sebenarnya ni?” Akhirnya, dia terpanggil untuk bersuara.
Telinganya sudah sakit mendengar perbalahan diantara mereka. Sampai dah masuk
bab datang bulan, isu sensitif kaum hawa tu.
“Kau
tanya lelaki ni Atiq.” Jari
terlunjuknya menghala ke arah Nazreen.
“Eh,
asal saya pulak yang kena? Awak tu kena pandai bersyukur sikit. Dah tolong pun kira nasib baik eh.” Nazreen mula hilang
sabar dengan karenah Farafeesa itu.
“Abang,
Feesa, apasal dengan korang ni? Sejak bila korang kenal?” Berkerut dahi
Farafeesa mendengar panggilan yang keluar dari mulut Atiq.
“Abang?
Dia ni abang kau ke?” Matanya kini menghala ke arah teman sepejabatnya.
“Dia ni
abang ipar aku. Eh, apa abang buat kat sini?” Dari tadi lagi dia ingin bertanya
namun asyik tergendala kerana perbalahan mereka berdua.
“Hmm,
Hafiz telefon abang tadi. Dia cakap tayar dia
pancit so dia suruh abang ambil Atiq. Tapi tak sangka pulak, kes lain pulak
yang timbul.” Terang Nazreen sambil menjeling sedikit ke arah Farafeesa yang
sedang enak memeluk tubuh itu.
“Asal dia tak telefon Atiq sendiri?”
Ditujukan soalan kepada abang iparnya itu. Namun segera dia membuka handbagnya
dan mencari telefon.
“Patutlah. Terlupa tadi buat
silence.” Ujar Atiq sambil kembali menyimpan telefon bimbitnya.
“Aku balik dulu Atiq.” Mohon
Farafeesa sambil mula menapak ke arah sebuah kereta Viva berwarna putih.
“Dia balik dengan siapa tu?” Rajin juga mulut abang
iparnya untuk bertanya. ‘Hmm, tak kan terpikat kot. Ingat sikit bang, abang tu
dah berpunya.’ Namun ayat itu hanya sekadar didalam hati.
“Dengan
kembar dia.” Dijawab juga soalan Nazreen itu. Nazreen tergaman seketika. Mula
mencari kelibat kereta Viva itu kembali. Namun hampa kereta kereta itu sudah
meluncur jauh dari pandangan mata.
Dia
teringin benar untuk mengucapkan terima kasih buat kembar Farafeesa itu. Ada
kemungkinan ke yang perangai mereka berdua itu sama? Namun dari gaya Neesha
semalam, kelihatannya dia lebih lemah lembut berbanding si kembar yang ganas
itu.
Faraneesha
hanya tergelak apabila mendengar cerita yang keluar dari mulut kembarnya itu
tentang lelaki yang disimbah dengan air semalam. ‘Cina beng betul. Kau gelakkan
aku eh.’
“Kau tak
terpikat ke kat dia? Hensem kot.” Dijeling sedikit Faraneesha. Sudah lupakah
kakaknya itu bahawa dia bukan seorang perempuan yang jenis memandang paras
rupa.
“Cinta
bukan pada paras rupa.” Ujar Farafeesa perlahan.
“Yup aku sokong. Tapi kau lupa
agaknya yang benda pertama yang selalu orang tengok ialah paras rupa. Kalau
muka macam orang pecah rumah, tak ada maknanya orang nak dekat kan.
Paras rupalah yang memulakan langkah dalam proses
perkenalan. Kemudian barulah diikuti oleh perkara lain. Benda macam ni, memang
kau tak boleh nak sangkal.” Bidas Faraneesha.
“Oh,
jadi kau tengok Luqman sebab paras rupa dialah eh?” Soalan maut dihadiahkan
kepada saudara kembarnya itu.
“Situasi
aku dan Luqman berbeza ya. Aku awal-awal lagi melarikan diri bila aku sedar
yang aku sukakan dia. Sebab aku sedar yang aku ni tak setaraf langsung dengan
dia. Kau tengok sekaranglah, dia penuh dengan ketenangan sedangkan aku ni penuh
dengan kekalutan.
Perangai
kami beza macam langit dengan bumi. Tapi makin aku menjauh, makin aku sedar
yang aku memang sayangkan dia. Ketenangannya menganggu gugat ketenangan aku.
Aku paling takut nak hadapi kenyataan yang kemungkinan aku hanya bertepuk
sebelah tangan.
Tapi
bila dia datang dengan lamaran, banyak kali aku berfikir. Aku ni layak ke untuk
membahagiakan dia? Aku tanya diri aku sendiri. Layak ke aku pikul tanggungjawab
sebagai isteri dia nanti?”
Farafeesa
hanya mendengar luahan hati Faraneesha itu. Dia
tahu yang Faraneesha terlalu menyintai Luqman.
“Kau pun akan fikir macam aku bila kau dah sukakan
seseorang nanti Feesa. Bila kita menyintai seseorang, kita akan lebih
mengutamakan tanggungjawab daripada perasaan sendiri. Kerana perkahwinan nanti
menuntut tanggungjawab yang besar. Bukan seperti pasangan couple yang banyak
mengukir janji manis yang belum tentu lagi akan tertunai.”
Farafeesa
tersenyum sedikit. Kelakar rasanya bila membicarakan soal cinta ini. Kerana
jawapannya tidak akan pernah habis. Akan sentiasa lahir kata-kata untuk
menyambungnya nanti. Sememangnya, bukan mudah untuk mendaki tangga-tangga ke
pintu bahagia. Ianya menuntut kesabaran dan ketabahan yang bukan sedikit.
Persefahaman
dan kesetiaan amat penting untuk digendong bersama dengan perasan cinta
itu. Kerana dalam perjalanan menuju
bahagia itu, kekeliruan dan kesakitan sering bermaharajalela dalam diri anak
cucu Adam ini.
‘Ya,
mungkin aku tidak pernah menyintai seorang manusia dari kaum Adam namun kau
jangan lupa Neesha, cinta manusia ini bukan hanya pada pasangan kekasih, namun
ianya perlu disandarkan pada ibu bapa, keluarga, sahabat handal dan setiap
manusia yang memerlukan.
Kerana
sayang dan cinta aku pada keluarga, aku tangguhkan dulu soal hati aku. Aku
bekerja berhempas pulas untuk mencari sesuap rezeki buat keluarga kita. Mungkin
kau selalu mengelar aku kedekut, namun aku sentiasa mengutama mereka Neesha.
Mereka sentiasa menjadi keutamaanku.’ Luah Farafeesa didalam hati.
“Layan
jiwang ke?” Sakat Faraneesha apabila tidak mendapat
sebarang respon dari Farafeesa.
“Aku pening kepalalah. Rasa letih
sangat.” Ya, memang dia kepenatan yang amat sangat. Nak kata kerja di office
bertambun, tidak juga. Dia cuma menguruskan hal-hal seperti biasa namun
Farafeesa dapat merasakan yang bateri badannya tidak sehebat dulu.
“Muka kau pun nampak pucat je. Kau tu kerja sangat.
Berpada-padalah sikit. Kita ni manusia, bukan robot. Robot pun kalau guna dua
puluh empat jam pun boleh rosak tau.” Memang sah perangai mak! Ada bakat nak
jadi big bebel nanti.
“Weh,
nak magrihb dah ni, tak payah layan sangat rasa penat kau tu. Pergi mandi dan
solat. Kalau penat, mintalah bateri dari Allah. Diakan pemberi dan pencetus
kekuatan pada setiap manusia. Kalau tak mintak, macam mana dia nak beri.”
Ditepuk paha Farafeesa beberapa kali. Agak kuat juga tepukan di peha kembarnya
itu. Sengaja dia lakukan untuk menyegarkan Farafeesa sedikit.
“Kau ni
memang tak suka tengok aku senang-lenang kan?” Masih kekal memejamkan matanya.
“Bangunlah.”
Dikerah juga adiknya itu. Sebenarnya dia agak pelik juga dengan Farafeesa.
Kebiasaannya, adiknya itu mewah dengan kekuatan. Jika bekerja seharian pun, dia
masih mempunyai tenaga untuk melakukan kerja rumah sebelum masuk tidur.
Namun
sejak akhir-akhir ini, kekuatannya bagai telah disentap pergi. Dia mudah benar
kelihatan letih walhal melakukan kerja yang tidak mengunakan kudrat yang
banyak. Entah apalah masalahnya, dia bingung untuk terus memikirkannya.
“Boleh
tak kau urutkan badan aku sikit.” Rayu Farafeesa sambil melahirkan muka
simpati.
“Malas.”
Jawab Faraneesha sepatah.
“Please….”
Dikerdipkan matanya berkali-kali. Konon macam
comellah padahal tak ubah macam muka berharga seposen.
“Mandi dan solat dulu, lepas tu baru
aku boleh tolong picitkan.” Terus bersinar wajah Farafeesa. Segera dicapai tuala yang bersangkut dan melangkah ke
bilik air.
Telinga
Faraneesha segera menangkap suara seorang wanita yang sedang menyanyi riang
dari arah bilik air.
“Oit,
konsert keberapa dah weh? Kau nak lawan suara bilal kat masjid ke?” Tanpa
berfikir panjang, dia memerli kembarnya itu dari arah luar bilik air.
“Opps,
lupa.” Sempat lagi Farafeesa menjerit lantang. Faraneesha mengelengkan kepalanya mengenangkan perangai
adik kembarnya itu. Itu baru sorang, tak termasuk lagi dengan adiknya yang
seramai enam orang lagi.
“Oit,
sudah tengok tv. Pergi mandi nuh.” Dia sudah mula mengunakan kuasa vetonya
semasa ketiadaa ibu dan abahnya yang ke masjid tadi. Adik-adiknya ini bukan boleh kira, sekali ketuk, sekali
gerak. Kalau tak ketuk, memang tak bergeraklah jawabnya.
1. minum air rendaman gigi
ReplyDelete2. simbah air kat ayien
3. paksa ayien nyamar jadi somi
adehhhh... feesa neh.. sengal betul la...