Balik
dari surau hospital, Farafeesa menangkap susuk tubuh Faraneesha yang baru
keluar dari bilik Luqman. Kelihatannya gadis itu sudah terlalu sarat menanggung
rasa sedih. Hatinya jatuh kasihan. Lantas dirapatkan jarak. Ingin cuba memujuk
diri Faraneesha walaupun hatinya yang perit tadi masih belum terubat
sepenuhnya.
“Neesha...
kau dah makan belum nasi ayam tadi?” Walau sesedih mana sekalipun kembarnya
itu, dia berharap agar Faraneesha masih tetap menjaga dirinya sendiri. Tidak
sampai tiga hari Luqman terlantar di hospital, namun badan Faraneesha sudah
susut benar.
“Aku tak
ada seleralah...”
“Ish,
buat penat je aku beli kalau kau tak makan.” Marah Farafeesa. Marah-marah
sayang.
“Kau
makan sikit eh... aku pergi ambik makanan tu.” Tanpa persetujuan daripada
kakaknya sendiri, Farafeesa mengatur gerak ke dalam bilik yang menempatkan
Luqman. Sudah tidak ramai pelawat yang datang berkunjung. Matanya menilau
mencari polestrin makanan itu. Mujur sahaja berada di tepi katil Luqman.
Mujur
sahaja Puan Azah sudah tiada tidak berada di bilik Luqman. Jika tidak, susah
juga hatinya nanti. Berat mentafsirkan pandangan ibunya terhadap dirinya.
“Kita
makan dekat taman hospitallah...Jom..” Ditarik tangan milik Faraneesha. Agak
pelik melihat sikap Faraneesha ini. Bukankah dia kelihatan okay sahaja tadi.
Kenapa tiba-tiba berubah sedih segini rupa?
“Tunggu
apa lagi? Makanlah.... ke nak aku suap?” Faraneesha masih berdiam sejak mereka
tiba di kerusi yang berada di tepi taman permainan ini. Mujur sahaja cuaca agak
redup. Jika tidak, mahu terbakar kulitnya yang agak alah dengan matahari ini.
“Kalau
nak aku suap, mengaku jelah... tapi aku suap pakai kakilah.. Boleh macam tu?”
Usik Farafeesa lagi. Dia tersenyum sedikit. Namun jelas benar sumbing!
Faraneesha
merenung sedikit wajah adik kembarnya itu. Kenapa? Kenapa gadis ini terlalu
kuat perasaannya? Kenapa dia tidak boleh jadi seperti adiknya? Makin kuat ujian
terhadap dirinya, makin kuat dia menepis segala cubaan?
‘Adakah
masih kurang amalanku ini Ya Allah... sehinggakan aku merasakan sakit apabila
melihat penderitaannya sedangkan dia masih mampu tersenyum manis. Buat-buat tak
tahu pada perkara yang dia sedia tahu. Aku ini adalah kakaknya, sepatutnya aku
menjadi kekuatan dirinya. Penguat semangat untuknya... tapi kelihatannya, dia
yang menjadi kakak ku. Membimbing rasa hatiku yang sering kali lemah apabila
diterpa badai.’
“Kak,
kau tak boleh macam ni? Kau kena makan sikit... Nanti kalau kau sakit, aku yang
susah tau. Kita ni kembar... sakit kau, aku pun rasa.. So, tolonglah jangan
sakit sebab aku pun tak mahu berjangkit sakit kau nanti.. Cepat makan...”
Mungkin agak kasar. Namun mereka sudah terbiasa begini. Sambil dia nasihat,
sambil dia mengutuk. Perlu ada taktik tersendiri tika berhadapan dengan
kakaknya ini.
Sensitifnya
tidak terkira. Perasaan senipis kulit bawang.. Pantang terguris, terus tercabut
dari temat asal. Faraneesha menekur pandangan ke bawah. Mengawal rasa yang
bermaharajalela di ruangan hati.
‘Ya
Allah... aku bersyukur dikurniakan seorang adik kembar sepertinya. Dia ini
telah ku anggap sebagai satu anugerah. Anugerah yang tidak semua manusia dapat
memilikinya. Moga aku sentiasa berada di sampingnya. Tika senang atau susah.
Tika ketawa ataupun sedang menangis. Kerana dia sentiasa ada di saat waktu aku
teramat memerlukan dirinya. Jangan Kau rampas dia dari diriku Ya Allah...
Dengan izin dan rahmatMu, biarlah aku pergi dahulu sebelumnya. Kerana aku
bimbang tidak punya kekuatan untuk menghadapi pemergiannya nanti.’ Hati
Faraneesha seakan-akan terusik dengan sikap adiknya itu.
Tiba-tiba
jatuh sebutir permata di pipi Faraneesha. Mula-mula satu, kemudian tidak
terkira pula banyaknya. Tidak dapat tertahan lagi.
Farafeesa mula mengaru kepala. Pening kepala hendak
memujuk. Tak tahu hendak menggunakan taktik apa lagi.
“Weh,
aku suruh kau makan.... bukan suruh kau menangis.. Kalau menangis boleh
kenyang, aku pun nak nangis jugak.. tak payah nak keluarkan duit nak beli
makanan? Selamat sikit duit aku ni..” Gurau Farafeesa lagi.
Akhirnya
Faraneesha tergelak kecil. Kemudian kakaknya itu tersenyum sedikit. Kali ini
lebih ikhlas dari tadi.
“Dah..
dah.. dah... cepat makan... Hah, lepas ni jangan lupa bayar duit nasi ayam ni.
Lima ringgit tau. Air tu aku cilok dari bilik Luqman je tadi. Air siapa aku tak
tahulah. Songlap ajeh!” Suka-suka hatinya sahaja hendak mengenakan bayaran. Sedangkan
harga makanan itu telah pun dibayar oleh Ezrakil.
Faraneesha sudah
membuka bekas polistrin tersebut. Dia menyuap nasi sambil menangis. Farafeesa
memandang ke arah lain. Tidak betah lagi melihat tangisan milik Faraneesha.
Dalam banyak-banyak hobi, kenapalah kakaknya itu memilih
untuk menangis? Tangisan itu memang perlu dalam kehidupan. Namun sedari kecil
lagi, Farafeesa sentiasa mengajar dirinya agar tidak terlalu memanjakan dirinya
sendiri. Lagi pun, bagi diri Farafeesa, kesedihan itu tidak perlu dimaknakan
melalui air mata. Makin menangis nanti, makin penat dengan hidup. Menjadikan
kita manusia yang kerap mengeluh!
‘Titipkan dia kekuatan Ya Allah... Kekuatan yang sama
dengan diriku.. Agar kami tidak rebah jatuh tersungkur. Bimbinglah perjalanan
kami Ya Allah... Kerana hanya Kau yang berhak menentukan kebenaran dalam
perjalan kami..’ Jangan penat untuk berdoa. Sesungguhnya, itulah penghubung di
antara seorang manusia dengan Yang Maha Pencipta.
“Aku minta maaf Feesa...” Lambat-lambat Farafeesa
berpaling. Dahinya berkerut. Tidak mengerti maksud kata-kata kakaknya itu.
“Kau guna taktik minta maaf ni sebab kau tak nak bayar
duit makanan ni kan....” Faraneesha sedikit tergelak mendengar kata-kata
adiknya itu. ‘Kedekut tak habis-habis lagi.’
“Aku betul-betul minta maaf nih..” Ditekankan sedikit nada
suaranya. Kadang-kadang Faraneesha sangat geram dengan perangai Farafeesa yang
payah benar hendak serius.
“Minta maaf sebab apa? Sebab menangis... Alah, aku
maafkan.. tapi aku tak mahu tengok kau menangis lagi. Hodoh sangat!” Selamba
dia mengutuk.
“Kalau aku hodoh bila menangis, kau pun samalah... Kita
ni kembar seiras... Cantik aku, cantiklah kau.. Buruk aku, buruklah kau...”
Mood cerianya sudah kembali. Dilarang rasa sedih hinggap di hati. Namun dia
hanya manusia biasa. Adakalanya tidak tertanggung dek rasa hati. Lantas
dilahirkan rasa sedih melalui air mata.
“Tapi aku tak suka menangis weh...” Sentiasa tidak mahu
kalah.
“Sebab kau sedar yang kau akan nampak lebih hodoh dari
aku..” Giliran Faraneesha pula yang menjawab.
“Hampeh!!! Dah lah... makan banyak sikit, kalau kau makan
sikit pun, kau tetap kena bayar penuh tau!” Ya Allah... tersekat rasanya nasi
di celah kerongkong Faraneesha. ‘Kenapalah adiknya ini kedekut bebenor? Tak
habis-habis lagi isu bayaran.’
“Kau ni dari dulu sampai sekarang, suka sangat berkira!”
Pangkah Faraneesha laju.
“Eh, tapi kasih sayang aku pada kau tak terkira tau!”
Faraneesha tersenyum menyambut kata-kata dari kembarnya
itu. Ya, segala kasih sayang dan perhatian dari Farafeesa, amat dia hargai.
Tidak pernah terkira dek nombor. Terlalu banyak kasihnya. Namun sayang kerana
ada sesetengah manusia yang masih tidak terkesan dek kasih milik Farafeesa.
“Kau janganlah sedih-sedih sangat Neesha... Makin kau
menangis, makin kau akan rasa penat. Nanti Luqman sihat, kau pulak yang
meroyan.” Sambil dia menasihati, sambil itu dia tergelak sendiri.
“Aku menangis bukan sebab Luqman....” Terus Farafeesa
berpaling. ‘Bukan sebab Luqman?’
“Habis tu pasal apa?”
“Sebab... kau.. Feesa...” Lambat-lambat ayat itu keluar
dari mulutnya.
“Sebab aku?”
“Kenapa sebab aku pulak?” Tanya Farafeesa lagi. Cuak
sungguh!
Hati Farafeesa bergetar hebat? Adakah kakaknya itu sudah
tahu mengenai penyakitnya ini? Tahu dari mana? Siapa yang beritahu? Macam mana
boleh tahu? Muka Farafeesa kali ini pucat seperti tidak disapa darah. Bibirnya
juga bergetar hebat menahan rasa.
“Aku dah dengar semuanya tadi?”
Farafeesa berfikir sendiri. Setahunya, dia tidak pernah
membicarakan topik penyakitnya ini dengan sesiapa pun. Baik secara berdepan
atau melalui panggilan telefon. Setahunya, ada seorang sahaja yang mengetahui
penyakitnya. Itu pun kerana Doktor Hidayah adalah doktor yang merawat
penyakitnya.
‘Bila masa pulak Neesha kenal dengan Doktor Hidayah?
Macam mana dia orang boleh kenal?’ Kusut sungguh!
Akhirnya, perkara yang paling dia takuti terjadi juga.
Farafeesa sentiasa berharap agar kembarnya itu adalah orang yang terakhir yang
akan tahu. Tapi kenapa boleh jadi macam ni?
“Aku mintak maaf sebab aku sentiasa tak ada masa waktu
kau perlukan aku...” Faraneesha sudah mula menangis. Manakala Farafeesa hanya
mampu tergamam dipanah rasa.
“Aku akui, kadang-kadang aku tak boleh terima semua ni...”
Ayat Faraneesha yang berjeda itu membuatkan saraf oksigen Farafeesa tersekat.
“Aku tak tahu macam mana kau boleh kuat untuk harungi
semua ni Feesa... Aku sentiasa dapat rasa yang aku ni kakak yang tak berguna.
Aku sentiasa tak ada saat kau perlukan aku.” Kali ini, air mata Farafeesa pula
yang tergantung di tubir mata.
‘Dalam banyak-banyak perkara, aku paling tak bersedia
untuk hadapi saat ini. Dia tak patut tahu.. sebab dia masih belum kuat
sepenuhnya... Dengan keadaan Luqman, aku bimbang hatinya rapuh untuk menerima
takdir Ilahi ini.’
“Kak.. jangan cakap macam tu.... Aku terima semua ni
dengan hati terbuka. Dah memang nasib aku...” Ujar Farafeesa perlahan.
“Tapi aku terfikir... Kenapa? Kenapa perlu jadi macam
ni...” Belakang tangannya menyapa pergi air mata. Namun makin diseka, makin
lebat ia mengalir. ‘Kenapalah banyak sangat stok air mata ni?’
“Kak, kita tak layak persoalkan takdir. Apa yang berlaku,
dah tersurat sejak azali.. kau dan aku kena terima dengan hati terbuka. Kalau
aku mampu, kau pun mesti kuat dan mampu kak..”
“Kadang-kadang, aku berharap agar aku diletakkan di
tempat kau....”
“Jangan kak....” Tahan Farafeesa cepat-cepat.
“Aku rela menanggung sakit ini sendirian kak... Kita
boleh berkongsi apa sahaja... tapi aku tak mahu kongsi rasa sakit ini.. Biar
aku tanggung sendiri.. Allah duga aku sebab dia tahu aku mampu...” Sedaya upaya
cuba dikawal emosinya. Menahan tangis yang menanti di tubir mata.
“Aku tak akan benarkan kau sakit lagi Feesa.... Tak
akan..” Sekali lagi dahi Farafeesa berkerut. Apa maksud disebalik kata-kata
ini?
“Errr... Kau nak buat macam mana?” Setahunya, penyakit
ini terlalu bergantung pada ubat. Bagaimana cara hendak memulihkannya? Macam
mana pulak kakaknya ini boleh tahu?
“Aku akan cuba slow talk dengan ibu... Aku pun tak faham
kenapa ibu mudah benar marah dekat kau. Nasib baik aku dengar apa yang ibu
cakap tadi, nak harap kau bercerita, lambat lagilah gayanya...”
Farafeesa melepaskan kelegaan yang tidak terkira. Macam
mana boleh tersalah faham ni? Mujur sahaja dia tidak terlepas kata lagi.
Nyaris-nyaris kantoi sendiri tadi. Dalam diam, dia kembali mengutuk diri
sendiri. Macam manalah boleh menyimpang dari simpang nih?
Farafeesa
tersenyum sedikit. Rupa-rupanya perkara ini yang menyedihkan kakaknya. Alah
bisa tegal biasa meyh.. Semua itu sudah tidak menjadi kudis padanya. Sudah
terlalu lali. Malah rasanya jika ditikam dengan belati sekalipun, darah dan
airmatanya telah kering ditelan waktu.
“Alah, rilek-rilek sudah kak... Aku okay lah..” Farafeesa
menghadiahkan senyuman yang paling manis. Air gula pun boleh kalah nih. Tadi
rasa macam nak terputus nyawa. Tapi sekarang boleh tersenyum bagaikan nak
terputus urat. Bagaikan baru mendapat nyawa baru.
Dalam diam, dia memanjatkan rasa syukur kerana Allah
masih menyelamatkan rahsia hatinya. Dia tidak tegar untuk membenarkan sesiapa
pun tahu tentang perkara ini. Biarlah dia simpan selagi terdaya.
“So sekarang kau dengan Ezrakil lah?” Tiba-tiba pulak
soalan ini muncul. Faraneesha sudah mula menghabiskan makananya.
“Aku dengan Ezrakil? Huh, tak ada pasal weh... Jauh ke
laut pemikiran kau nih!” Kenapa nama Ezrakil pula yang muncul nih? Nak start
bergosiplah tuh. Tapi setelah difikir-fikir sendiri, mungkin ada baiknya juga.
Sekurang-kurangnya dapat membuatkan Faraneesha tidak terlalu memikirkan tentang
keadaan Luqman.
Tidak salah jika hendak memikir. Cuma jangan terlalu
memikirkan sesuatu. Nanti akan memberatkan kepala otak sendiri. Berfikirlah
selagi terdaya. Kerana hanya itu yang semampunya kita lakukan. Kerana sebanyak
mana pun kita berfikir, Allah sudah tetapkan takdir buat setiap hambanya. Yang
tiada seorang pun yang mampu untuk menepis takdir suratannya.
“Dia okay apa... dia tu macam minat kat kau je. Siap
datang teman makan lagi tuh?” Faraneesha mula membasuh tangannya dengan
menggunakan air mineral yang sudah tersedia. Wajahnya bersinar dengan senyuman.
Mungkin suka mengenakan Farafeesa yang terlalu liat hendak menjalinkan hubungan
dengan seorang lelaki.
‘Nak kata perempuan pemalu, memang tidaklah... nak kata
banyak songeh pun tidak jugak kerana Farafeesa dikenali sebagai seorang yang
sangat sempoi... Entah apalah yang ditunggu?’
“Aish.. kau ingat aku ni artis ke nak kena ada peminat
segala bagai? Dia tu kaya.. kita ni apa yang ada.. tak ngam lah!! Lagipun, dia
tu terlalu cerewet untuk orang sempoi macam aku ni.” Faraneesha mencebik.
Menyampah!
“Memangla kaya.. Kaya budi pekerti.. Kita pun kaya apa... kaya dengan kasih sayang...” Ada
pulak idea nak menjawab balik.
“Ish.. tak mahulah.” Farafeesa buat gaya seperti orang
kegelian. Konon-kononlah tuh!
“Habis tu nak lelaki macam mana lagi?”
“Putera kayangan dari planet pluto!” Ambik kau! Pecah
ketawa antara mereka. Akhirnya, keluar juga tawa dari Faraneesha. Lega sedikit
hati Farafeesa melihat.
Baru sahaja Faraneesha hendak membalas kata, mereka dikejutkan
dengan kedatangan adik bongsu mereka. Semput Iman berlari mendapatkan
kakak-kakaknya. Hampir satu hospital dia jelajah. Rupa-rupanya dekat taman...
“Kenapa Iman?” Faraneesha sudah mula berdiri. Mukanya
serius. Si kembar mula memandanga adik mereka yang termengah-mengah itu.
“Abang Luqman...” Nafas Iman sedikit turun naik.
“Kenapa dengan abang Luqman?” Terus digoncang bahu budak
tu. Aish, cuak sungguh Farafeesa melihatnya. Terus ditenangkan kakaknya itu.
“Abang dah sedar....”
Faraneesha menutup mulutnya sedikit. Terkejut dengan
pengkhabaran dari adiknya itu. Tanpa menunggu lagi, terus dia berlari. Berlari
mencarai bidadara hatinya. Penguat jiwa dan pengikat rasa hatinya.
haha....igtkan ape la td....wat suspen je
ReplyDeletehuih, saspen btol...
ReplyDeletenk tau sgt la apa reaksi neesha bla dpt tau yg twin dia tu sakit..
best!!!
update selalu ea... :)
wah mmg berdebar mmbaca nya....... hope feesa kuat terima dugaan n neesa jgn la sdih2.....
ReplyDeletesambung seterus nya kak......... menunggu setia.... hehe
thanks sume... jangan risau... sy pasti akan update selalu..
ReplyDeletedah sedar betul ke tu? ke sihat sejap pastu x sihat sampai bila2..? ishhh suspen betui dah nehhh.. ko ni sara.. awatlah kreatif sangat dak kecit neh? ishhhh
ReplyDeletemana sambungannya?
ReplyDelete