Bergetar
hebat jantungnya tika terpandangkan seraut wajah Luqman yang sedang tenang
berbaring di katil hospital. Air matanya mengalir lagi. Untuk kesian kalinya.
Namun ini adalah air mata kebahagiaan. Betapa dia mensyukuri nikmat Allah ini.
Syukur kerana Allah mendengar keluhan hatinya. Allah mendengar segala doanya.
“Neesha....
anak umi dah sedar...” Umi mengalirkan air mata. Sudah pasti air mata
kegembiraan. Kaki Faraneesha mula merapat. Umi mula memberi peluang kepada
Faraneesha agar dapat memberi ruang kepada bakal menantunya untuk duduk bersama
dengan Luqman.
“Ja...ngan... na..ngis...” Tersekat-sekat ayat itu keluar
dari mulut Luqman. Air mata Faraneesha meleleh lagi. Kepalanya digelengkan
beberapa kali. Cuba melarang Luqman dari terus menyusun ayat. Lelaki itu masih
lemah. Masih belum berdaya setelah beberapa hari tidak sedarkan diri.
Segera disapa pergi air mata itu. Dia tidak mahu Luqman
melihat keadaan dirinya yang tidak sempurna dari segi rohani dan jasmani itu.
Dia tidak mahu Luqman terus menerus susah hati tentang dirinya. Lantaran
tunangnya itu sudah menyedarkan diri, itu semua sudah cukup memadai buat
Faraneesha.
“Syhhh..... Luqman rehat ya...” Faraneesha menghadiahkan
senyuman yang paling manis.
“Ja...ngan.. hi..langkan... senyu...man... ma..nis... a..wak...”
Kepala Faraneesha diangguk beberapa kali. Kelihatannya, terlalu payah untuk Luqman mengatur ayat. Luqman perlu
berehat. Dia tidak boleh terlalu menggunakan tenaganya.
“Luqman, awak rehat ya... Neesha akan jaga senyuman ni...
Luqman jangan risau ya.” Dipujuk hati tunangnya itu. Dia tidak mahu jika Luqman
tertekan. Kerana tekanan mampu membunuh semangat untuk terus sihat.
Usai menemani Luqman kembali lena, Faraneesha melangkah
menuju ke surau hospital. Dia ingin melakukan sujud syukur. Dia ingin
melampiaskan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Pencipta. Betapa
dia terlalu menghargai anugerah Allah ini. Terasa ada tiupan semangat baru buat bekalan
menghadapi hari esok.
“Alhamdulillah Robbil ‘alamin…
aku terlalu melafazkan rasa syukur yang tulus dari seorang umat muhammad kerana
mendapat perhatian penuh sepanjang hidupku ini. Kau menciptakan manusia dengan perangkat lengkap
yang memungkinkannya aku untuk melaksanakan perintah-perintah-Mu dan
melaksanakan berbagai aktiviti sepanjang hari, menghirup udara tanpa beban,
menggerakkan anggota tubuh dengan mudah dan lain sebagainya. Kau buka
pintu-pintu rezeki untuk seluruh makhluk-Nya tanpa meminta aku untuk membayar
atau memberikan sesuatu apapun kepada-Mu
dan Kau juga mengajak manusia untuk meniti jalan menuju kenikmatan tanpa
batas di SyurgaMu nanti...
Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau
mengurniakan aku ketabahan yang tebal tika hatiku seakan-akan ingin tergelincir
di dalam lautan ujianMu. Ya Allah, tidak ada kenikmatan yang
Engkau berikan kepada kami atau kepada orang lain dari hamba-hamba-MU dan
makhluk lainnya, kecuali semuanya berasal dari-MU semata, tidak ada sekutu
bagi-Mu, maka segala puji hanya milik-MU dan Syukur hanya untuk-MU. Terima kasih
Ya Allah… Aku bersyukur dengan limpah dan kurniaan dariMu. Kau rahmatilah
perjalananku, Kau redhakanlah diriku dan hatiku dalam menerima segala takdir
suratanMu.. Sesungguhnya aku langsung tidak berdaya tanpa bantuan dan perhatian
dari DiriMu…”
Lama Faraneesha
meraut wajahnya. Tangisan yang masih bersisa itu diseka pergi. Hatinya
sedikit tenang setelah melihat Luqman telah sedar dari mimpi yang koma.
Sesungguhnya segala rasa perit yang kita lalui, ubatnya ialah doa. Bukankah doa itu adalah
sejata orang mukmin? Gunakanlah sebaiknya…
Faraneesha sudah
mula boleh tersenyum senang. Namun tiba-tiba dia mula terperasankan seorang
wanita yang berusia seperti Umi Luqman sedang menangis di pelusuk surau
hospital. Dia menangis teresak-esak.
Hatinya memang
mudah tersentuh melihat orang menangis. Apatah lagi jika wanita itu lebih
kurang sebaya dengan uminya. Terhenjut-henjut bahu itu menahan tangis sambil
tangannya ditadahkan menghadap Yang Maha Esa. Mengharapkan belas ehsan dari
Pemilik Alam ini
Tanpa sempat
dicabut telekung yang tersarung di badannya, terus Faraneesha bangun
mendapatkan wanita itu. Dengan rela hati dia memaut bahu wanita itu. Diusap
perlahan penuh kasih. Cuba
meringankan derita yang ditanggung oleh wanita itu walaupun dia juga sebenarnya
tidaklah terlalu kuat. Namun tidak salah jika hendak berkongsi erti sebuah
rasa.
Mujur sahaja hanya mereka berdua yang berada di surau ini.
Al-maklumlah, ini bukannya waktu solat lagi. Dia kesini kerana menunaikan sujud
syukur kerana di atas rahmat dan perhatian dari Allah, akhirnya Luqman sedar
dari koma. Jadi, tidak salah rasanya jika dia memujuk sedikit hati wanita itu. Biar tidak lelah dihimpit
rasa sendirian.
‘Agaknya mak cik
ni baru lepas buat solat hajat kot..’
“Mak cik tak
apa-apa?” Setelah agak lega tangisan milik wanita itu, Faraneesha mula membuka
mulut.
“Anak mak
cik…..” Mulut Faraneesha ternganga sedikit. Jadi wanita ini menangis kerana
anaknya. Inilah bukti kasih seorang ibu. Airmatanya terlalu murah untuk
diberikan kepada seorang anak.
“Kenapa dengan anak
mak cik?” Digosok lembut bahu wanita itu. Hatinya belas melihat seorang wanita
yang merayu-rayu memohon bantuan dan pertunjuk dari Yang Maha Pencipta. Dia
ingin mak cik itu berkongsi rasa sedih kepadanya. Mungkin dia tidak mampu
membantu apa-apa tapi insyaAllah dia masih mampu untuk mendengar luahan rasa
hati seorang ibu itu.
Puan Zainab agak
terharu menerima pujukan lembut daripada seorang gadis yang langsung tidak dia
kenali itu. Terserlah sungguh keperibadiannya sebagai seorang gadis yang
penyayang.
“Anak mak cik
ada penyakit hati… Doktor cakap, masa dia dah tak banyak dah…” Faraneesha jatuh
kasihan melihat ibu tua itu menangis lagi. Hatinya
tersentuh. Besar sungguh rasa sayang dari seorang ibu buat anaknya. Umi juga
terlalu menyayangi Luqman. Jadi sedikit sebanyak, dia terlalu mengerti perasaan
mak cik ini.
“Sabarlah mak cik…. Doktor hanya mampu meramal… Tapi kuasa Allah itu tiada
tandingnya. Dia Maha mengetahui segala hikmah yang tersembunyi.” Dalam usaha cuba memujuk
hati mak cik tersebut, dia ikut turut memujuk hatinya sendiri. Usah takut
untuk berkongsi kekuatan walaupun kekuatan kita tidak setebal mana. Kerana
makin kita kongsi kekuatan dengan orang lain, makin kuat simpulan kasih di
antara manusia itu dengan Allah.
“Mak cik berdoa
agar ada seseorang yang mampu mendermakan hatinya untuk anak mak cik. Setakat
ini, anak mak cik belum jumpa penderma yang sesuai. Moga Allah ringankan
penderitaan dia.. Mak cik tak sanggup nak tengok dia terlantar sakit macam tu..
Ibu mana yang tahan nak…”
Sedikit sebanyak
dia mengerti perasaan mak cik itu. Mulut mudah mengungkap sabar tapi hatilah
yang jenuh menangkis rasa sakit. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Adakalanya terasa seperti tidak terpikul sahaja.
“Sabar ya mak cik…” Dia bimbang ingin bercakap
yang bukan-bukan. Bimbang jika kata-katanya bakal menguriskan lagi hati milik
si ibu.
“Terima kasih ya
nak.. tak pasal-pasal kamu dengar masalah mak cik pulak.. Err… kamu pulak
melawat siapa kat sini?” Tiba-tiba terasa ringan mulutnya untuk bertanya.
Sesungguhnya dia tersangat terharu dengan keprihatinan gadis ini dalam memujuk
hatinya. Walaupun luka ini tidak akan pernah terpujuk, tapi sikap gadis ini
menyentuh hati tuanya. Bakal menantunya sendiri tidak mampu menenangkan dirinya
sebagaimana yang dilakukan oleh gadis ini.
“Saya melawat
tunang saya… dia kemalangan..” Mulut Puan Zainab agak melopong sedikit. ‘Tunang
kemalangan tetapi air wajahnya kelihatan bersih tanpa dinodai oleh rungutan.
Kuat benarkah jiwa anak muda ini?’
“Teruk ke?”
“Teruk jugak… tapi alhamdulilah… dia baru sedar dari koma..” Terang
Faraneesha sedikit.
“Mak cik doakan agar tunang anak cepat sembuh… bertuah dia memiliki
bakal isteri macam kamu.” Puan Zainab puji seikhlasnya. Bukan sengaja hendak
mengambil hati atau sebagainya. Ini kerana dia boleh merasai keikhlasan hati
gadis ini.
“Terima kasih… saya pun harap agar anak mak cik akan bertahan sehingga
boleh berjumpa dengan penderma yang sesuai.. Moga dipermudahkan oleh Allah.”
Dicapai tangan mak cik tersebut dan dicium kedua pipi wanita itu. Dia sudah
terbiasa melakukannya dengan sesiapa sahaja yang seusia dengan ibunya itu.
Hati Puan Zainab tersangat-sangat tersentuh. Dia mula membandingkan diri
gadis ini dengan tunang anaknya itu. Jauh panggang dari api. Setiap
perlakuannya terpancar rasa kasih. Bukan dibuat-buat atau sedang berlakon.
“Pergi dulu mak
cik….” Pohon Faraneesha lembut.
Sedang Puan
Zainab melipat kain telekungnya, baru dia tersedar yang dia terlupa untuk
bertanyakan nama anak gadis yang baik hati itu. Dia mengeluh
sedikit. Ada rezeki, pasti boleh berjumpa lagi.
p/s: nantikan sambungannya.... =)
alaa...hadiah tahun baru nie pendek je
ReplyDeletenanti takut orang penat kalau baca panjang2... hehe...
ReplyDeletesaspen je... ok la ad jgk akak post novel nya...... best sambung lagi nanti..
ReplyDeletethanks Dira... sudi jenguk n baca n komen.. hehe
ReplyDeleteterbaek ar sara
ReplyDeletemle2 aku tgk je tjuk k0 ni
pas2 aku jdi t'mnt lak nk bce..hehe
kimslm kat eza eh
from kecik (dbm) kptm kuantan yg c0mel
hehe
truskn ngn karya k0 ye:)
hmmm... ada plot baru nampak?
ReplyDelete