Bab 1
Hujung
minggu ini, Farafeesa menghabiskan masanya bersama-sama dengan Farhan.
Seringkali ditolak keinginan Farhan dengan alasan sibuk di tempat kerja namun
kali ini, dia tidak dapat megelak lagi. Lagipun, memang agak lama mereka tidak
bertemu.
“Woi, ni
yang aku nak marah ni. Dah jumpa dengan pakwe pun kau sibuk berangan lagi eh?”
Marah Farhan sambil membulatkan matanya.
“Aku dah
ada pakwe? Asal aku sendiri pun tak tahu ni.” Mereka sudah biasa begini. Kutuk
mengutuk sudah sebati dalam hubungan mereka.
“Kenapa
kau tak tahu? Eee, kau ni tak alert langsunglah.” Selamba sahaja diketuk kepala
Farafeesa membuatkan gadis itu mula kebengangan.
“Weh,
ini dah lebih ni. Kang aku bagi ni kang…” Ditujukan
penumbuknya di depan muka Farhan. Lelaki
langsung tidak beriak takut malah masih mampu ketawa mengekeh.
“Setakat
penumbuk kau ni. Memang tak kemanalah gayanya.” Ejek
Farhan selamba sambil mula meninggalkan Farafeesa ke belakang.
“Kau ni, tak pernah takutkan aku an… Kalau lelaki lain
dah takut tau.” Masih mahu belagak lagi.
“Tak ada
maknanya aku nak takut dekat perempuan macam kau ni weh. Sekali aku ngap, terus
tinggal tulang.” Sehabis ayatnya itu, sebuah cubitan hinggap di bahunya. Kali
ini, Farhan mengadu kesakitan sambil mengerang kecil.
“Okay-okay…
Aku surrender.” Biarlah dia mengalah. Tiada gunanya bertikam lidah dengan gadis
seperti Farafeesa ini.
“Kau ni
kan, cubalah jadi lemah lembut sikit. Ini tidak, ganas mengalahkan tentera.
Tentera pun tahu berlembut lagi tau.” Tanganya mengosok-gosok bahu kanannya
yang perit.
“Perkataan
lemah lembut tu memang tak ada dalam kamus hidup aku eh.” Bagi Farafeesa,
setiap kelembutan itu ada had-had yang perlu dibatasi oleh setiap kaum hawa.
“Cuba
kau lembut macam kakak kau tu. Hah, barulah sejuk sikit hati aku ni.” Ujar
Farhan sambil tersenyum sumbing,
Siapa
lagi yang selalu dibandingkan dengannya kalau bukan dengan kakaknya merangkap
kembarnya iaitu Faraneesa. Memang tidak dinafikan yang kakaknya itu memang
seorang perempuan yang berlemah lembut dalam setiap perlakuannya. Malah menjadi
kesayangan semua ahli keluarganya.
Bezanya
mereka umpama langit dan bumi. Seorang ke utara dan seorang lagi ke selatan.
Mereka sering berbeza arah dan tujuan dalam hidup mereka. Namun hubungan mereka
amat rapat. Rahsia mereka, hanya mereka berdua sahaja yang menyimpannya.
“Feesa,
kau marahkan aku ke?” Farhan sudah mula diserang rasa tidak enak apabila sedari
tadi Farafeesa hanya kaku mendiamkan diri.
Dia
tahu, dia salah jika hendak membandingkan diantara dua orang gadis ini.
Pastilah masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurang yang tersendiri. Ya,
mungkin Farafeesa ganas orangnya namun dia memang seorang yang baik hati. Itu
memang dia tidak dapat nafikan.
Dan mungkin juga Faraneesha seorang
perempuan yang lemah lembut namun dia agak pemalu orangnya jadi pastilah dia
tidak dapat bergurau seperti mana dia sentiasa bergurau dengan Farafeesa. Dan
lebih tepat lagi, Faraneesa tidak akan pernah dapat mengantikan Farafeesa di
dalam hatinya.
“Feesa, aku cakap dengan kaulah.” Farhan sudah mula
geram. Gadis ini memang gemar mempermainkannya.
“Hah, ya
ke? Aku ingat kau cakap dengan Neesa tadi.” Sedaya
upaya Farafeesa mula menyembunyikan senyuman.
“Feesa, aku mintak maaflah kalau kau terasa.” Pujuk
Farhan sambil menayangkan wajah sedihnya.
“ Tak
payahlah kau tunjuk muka tak laku kau tu kat aku weh.” Farhan mula senang
apabila melihat senyuman yang terbit di wajah Farafeesa. Hilang terus rasa
bersalahnya.
“Eh,
muka aku ni boleh tahan juga laku tau. Jangan kau ingat muka kau sorang je yang
market.” Farafeesa hanya mencebik apabila mendengar bebelan Farhan. Farhan ni,
kalau membebel, mengalahkan mak nenek kot.
“Kau
ingat aku ni jenis minah yang cepat terasa ke? Hei,
ni Farafeesalah. Touching-touching ni tak mainlah.” Belagak sungguh dia menuturkannya.
“Memang secara luarannya kau memang
nampak tak terasa Feesa. Tapi jauh di sudut hati kau tu, aku tau sedikit
sebanyak kau terusik jugak kan.”
Farafeesa menunduk sedikit. Entahlah, dia memang tidak pakar dalam
menyembunyikan rahsia hatinya dari pengetahuan Farhan.
“Paan, dia tu kakak aku. Kembar aku pulak tu. Perlu ke
aku cemburukan dia sedangkan memang aku tahu yang dia lebih bagus dari aku.
Satu hakikat yang memang tak boleh kita sangkal.” Ujar Farafeesa perlahan.
“Aku
tahu, kau selalu rasa tersisih walaupun kau berada dalam keluarga kau sendiri.
Tapi aku nak kau tau yang kalau kau perlukan apa-apa pertolongan, aku ada untuk
tolong kau Feesa.” Farafeesa tersenyum tanda terharu dengan kata-kata sahabat
baiknya itu.
“Kau
memang kawan aku dunia akhirat.” Puji Farafeesa ikhlas.
‘Kalau
boleh aku tak nak jadi kawan je, aku nak lebih dari kawan.’ Namun ayat itu
hanya tersangkut di hujung bibir. Tidak terkeluar langsung suaranya. ‘Ish, kelu
lagi.’
Matanya
melirik sedikit ke arah Farafeesa. Ya, memang gadis itu agak nakal dan ganas
sikit. Namun dia masih dididikan agama masih dipegangnya. Itu kita boleh lihat
dengan perwatakannya yang manis bertudung itu.
“Nanti
Luqman nak merisik Neesa tau.” Tiba-tiba dia bersuara. Dia sebenarnya tidak senang dengan lirikan mata Farhan
yang menusuk kalbu itu.
“Wah.
Maju Neesa eh. Hmm, kakaknya sudah, adiknya bila lagi?” Soalan
inilah yang paling tidak disukai olehnya. Bosan apabila membicarakan soal
perkahwinan.
“Hahaha… aku lambat lagi kot. Calon
pun belum disenarai pendekkan lagi.” Sengaja dia melawak.
“Banyak sangat ke calonnya tuh.”
Panjang senyuman Farhan. Faham
benar dengan karenah Farafeesa yang berbagai ragamnya itu.
“Eh,
banyak… Sampai tak terpilih tau.” Hanya tawa menghiasi perbualan mereka.
“Entah-entah
nanti, kau yang kahwin dulu sebelum Neesa kan?” Memang sudah menjadi sebuah
hakikat yang rancangan manusia ini sudah pastilah tidak dapat melawan suratan
takdir. Manalah tahu kalau-kalau Farafeesa yang melangsungkan perkahwinan
dahulu.
“Hahaha,
tak ada maknanya. Kalau aku yang kahwin dulu, alamatnya kena tangkap basahlah
jawabnya.” Sesungguhnya, mulut Farafeesa itu memang sangat celupar.
“Weh,
kau ni tak sayang mulut betullah kan.” Marah Farhan. Dia benar-benar tidak suka
jika Farafeesa merepek yang bukan-bukan. Bukankah
setiap percakapan itu ialah satu doa.
“Lah, aku main-main jelah. Janganlah marah sangat cik abang oit.” Bibirnya merekah
dengan senyuman. Sesungguhnya, tiada sesiapa yang dapat mentafsirkan
perhubungan mereka ini. Sekali pandang macam kawan, bila pandang banyak kali
macam pasangan kekasih tapi bila ditilik dan diteliti dengan sepenuh hati,
macam lawan pun ada juga.
“Tapi ok
juga kalau kena tangkap basah dengan kau. Dapat kahwin percuma. Hehehe.” Terus
ditumbuk bahu kawannya itu.
“Kurang
asam kau eh. Ada hati nak jadi laki aku rupanya.” Sempat lagi dia mengenakan
sahabatnya itu. Muka Farhan merona kemerahan. ‘Kalah orang perempuan.’
“Kalau
aku nak kena tangkap basah pun, aku akan pastikan yang lelaki tu hensem, kaya,
ada rumah besar, kiranya perfectlah. Hah, macam tu barulah berbaloi.” Sempat
lagi dia menyambung katanya yang tergendala sebentar tadi.
“Ish,
tak baik cakap macam tu. Setiap
kata tu kan satu doa.” Peringatan Farhan itu Farafeesa kutip dengan senyuman.
Sesungguhnya, dia sendiri tidak mahukan perkara seperti itu berlaku dalam
perjalanan hidupnya.
“Mana
ada aku doa. Aku cakap jelah. Kau gila pe nak kena tangkap basah. Aku ni ada
otak lagi tau.”
“Memanglah
kau ada otak, tapi otak kau tu bukan boleh pakai sangat. Ting tong je lebih.”
Sejurus itu, terus sahaja dia berlari meninggalkan Farafeesa sendiri.
“Kurang
asam kau eh. Jaga kau!” Tanpa berlengah lagi, dia ikut turut mengejar Farhan
yang sudah menjauh itu. Tidar sedar yang mereka sudah berwatakan seperti anak
kecil. Adakalanya, kita tidak sedar yang perangai keanakan itulah yang akan
lebih menceriakan kita.
Bab 2
Farafeesa
bangun agak lewat hari ini. Entah kenapa kepalanya terasa sakit sungguh.
Mungkin kerana berjaga hingga lewat malam. Bangun-bangun, semua kerja rumah
sudah diselesaikan oleh Faraneesa.
“Matahari
dah terang benderang pun, tak reti-reti lagi nak bangun.” Bebel Puan Azah
sambil ligat menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
“Alah
ibu, bukan selalu. Seminggu penat bekerja, mestilah nak rest sikit.” Bela
Faraneesa teragak-agak. Al-maklumlah, dia bukan jenis perempuan yang berani
sangat.
“Orang
lain pun kerja jugak. Bukan dia sorang je kerja.” Tambah Puan Azah lagi.
Faraneesa mengarukan kepalanya. Terlebih jawab nanti, dikatakan kurang ajar.
Jadi, lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Namun berdiam diri tidaklah
bermakna dia bersetuju dengan ibunya itu.
Faraneesa
sendiri pelik, kenapa ibunya mudah benar naik angin dengan kembarnya itu.
Adakalanya dia kasihan dengan Farafeesa. Namun kadang kala geram juga dengan
sikap adiknya yang kuat menjawab itu.
Tidak
ada menangnya jika berbalah dengan ibu sendiri. Walau sesalah mana pun seorang
ibu itu, pastilah dia pun punya ego yang tersendiri agar tidak tercalar di
pandangan mata seorang anak.
Tanpa
mereka sedari, ada telinga yang mendengar. Ada
perasaan yang terguris. Ada
jiwa yang terluka. Kelopak
matanya tergenang seketika. Namun segera dikawal dari terlihat dek orang lain.
Dia tidak betah dikatakan lemah oleh sesiapa pun.
Farafeesa
menghalakan pandangan di satu sudut rumahnya. Di sudut itulah dia menangis
teresak-esak apabila dipaksa pulang ke kampung nenek.
“Ibu,
Feesa tak nak tinggal kat rumah nenek. Feesa nak tinggal dengan ibu.” Rengek
Farafeesa sambil menarik juntaian lengan baju ibunya.
“Ibu dah penat Feesa. Kamu ni
kenapalah nakal sangat. Anak
jantan pun tak nakal macam kamu. Sampai pecah pasu bunga mak cik Sal kau buat.
Mana nak cari duit nak ganti. Kita bukannya orang senang.” Bengang sungguh dia
dengan Farafeesa.
“Bukan
Feesa yang buat. Anak dia yang buat.” Suara Farafeesa lantang kedengaran.
Membangkitkan lagi kemarahan milik Puan Azah.
“Jangan
nak menipu Feesa. Ibu paling benci kalau orang suka menipu ni.” Mencerlang
matanya memandang Farafeesa. Faraneesa yang berada di hujung sofa hanya diam
tidak berkutik.
“Feesa
tak tipu. Dah memang betul bukan Feesa yang buat. Tak kan Feesa nak mengaku kesalahan yang bukan
Feesa buat.” Jawab Farafeesa lagi. Faraneesa mengigit bibir. Sudah diberi hint
agar tidak terus bersuara namun seperti biasa, Farafeesa tetap tidak mahu
kalah.
“Diam! Aku tampar karang.” Tahap
kesabaran Puan Azah tidak bersisa lagi. Tangannya sudah pun diangkat ke atas.
Tunggu masa sahaja. Barulah Farafeesa diam ketakutan.
“Zah, cuba bawa bersabar sikit.” Teguran
itu ditujukan buat isterinya. Farafeesa masih kecil untuk dihukum sedemikian
rupa.
“Bersabar macam mana lagi bang. Budak
ni betul-betul dah melampau. Tak
dengar langsung cakap orang. Cakap dia je yang betul.” Bangkang Puan Azah.
Pening kepalanya dibuat Farafeesa. Kenapalah anak keduanya itu tidak seperti
kakaknya yang patuh saja dengan segala arahannya.
“Neesa,
pergi tolong adik kamu kemas barang. Kejap lagi abah nak hantar dia balik kampung.” Arah Encik Najib kepada
puteri sulungnya itu.
“Abah,
Feesa tak nak pergi rumah nenek. Feesa nak tinggal kat sini dengan Neesa.”
Pujuk Farafeesa perlahan. Bimbang didengari ibunya pula.
“Feesa
pergi bukan lama. Kejap je. Neesa kena tinggal sini
sebab Neesa nak tolong ibu nanti. Kalau dekat kampung nanti, Feesa boleh main
puas-puas. Rumah kita ni kan
sempit.” Lembut suarnya memujuk Farafeesa.
“Ibu dengan abah memang tak pernah
sayang Feesa kan?
Sebab tu nak buang Feesa.” Sejurus itu, dia terus berlalu dengan deraian
airmata.
“Zah, awak betul-betul nak hantar
dia rumah mak ke? Tak kan
nak pisahkan budak berdua tu.” Sedikit sebanyak dia tidak bersetuju dengan
keputusan isterinya itu. Nakal budak-budak bukanlah susah sangat hendak kawal. Cuba ianya
perlukan masa dan kesabaran.
“Saya tak larat bang… Tak larat
sangat. Feesa tu suka mengajar yang bukan-bukan pada Aiman dan Fatin. Nanti
budak berdua tu pun nakal macam si Feesa tu. Biarlah dia duduk dengan mak, mak
pandai sikit nak kawal si Feesa tu. Lagipun bukan jauh sangat rumah mak dengan
rumah kita.” Ujar Puan Azah.
“Dia baru enam tahun Zah. Memang wajar kalau dia nakal.
Biasanya budak nakal ni bijak. Tak payahlah hantar
rumah mak. Menyusahkan dia pulak nanti.” Bangkang Encik Najib lembut. Kalau
boleh, susah senang keluarganya itu, biarlah bersama-sama.
“Mak dah setuju untuk jaga Feesa bang.
Sudahlah, saya dah buat keputusan untuk hantar dia.” Puan Azah bangun
meninggalkan suaminya terkulat-kulat sendiri.
Faraneesa menghampiri kembarnya yang sedang menangis di
atas katil itu. Teresak-esak gadis itu menangis menerima keputusan ibunya itu.
“Feesa,
janganlah nangis.” Pujuk Faraneesa yang sudah mula
mengalirkan airmatanya. Dia pantang sungguh melihat Farafeesa menangis.
Lagipula, dia sensitif orangnya jika hendak dibandingkan dengan Farafeesa.
“Bukan aku yang buat pecah pasu
bunga tu. Mat yang buat.” Adu
Farafeesa tersedu-sedu menahan tangis.
“Ya
akak tahu.” Ya. Dia kenal kembarnya itu. Farafeesa bukan sejenis orang yang
suka bercakap bohong. Kalau dia salah sekalipun, dia pasti akan mengakui
kesalahannya. Lantas mereka berpeluk bertemankan airmata.
Bagai terasa lagi pelukan milik Faraneesa itu. Hanya dia
yang paling mengerti erti kesedihan yang bermaharajalela di sanubarinya.
Setelah
lima tahun tinggal di rumah nenek, dia kembali semula ke rumah ini memandangkan
neneknya sudah kembali ke rahmatullah. Namun kepulangannya tidak memberi erti
apa-apa kepada ibunya. Hanya mula menambahkan beban ibu agaknya?
Tiba-tiba
Farafeesa tersedar yang ada tangan yang jatuh ke bahu miliknya. Sekilas dia
menoleh. Mata redup kakaknya itu memanah perlahan matanya. Dia tersenyum
sedikit lantas berlalu ke bilik air untuk mandi.
Faraneesa
mengeluh sendiri. Dia pasti yang adiknya sudah mendengar bebelan ibunya itu.
Pening dia dibuatnya. Seorang ibu dan seorang lagi adalah adik.
“Aku
bukan anak kesayangan.” Balik-balik ungkapan itulah yang keluar dari mulut
Farafeesa. Dia tidak suka mendengarnya namun makin
galak disebut oleh Farafeesa. Entah
apalah menyudahan kisah dua beranak ini?
Bab 3
Farafeesa
menghempaskan gangang telefon. Bengang sungguh dia dengan pelanggan yang tidak
faham bahasa melayu ini.
“Kenapa
Feesa?” Tanya Atiq sambil diangkat keningnya. Farafeesa jarang bersikap
sebegini. Setahunya, gadis itu sentiasa ceria dan payah untuk marah-marah
sebegini.
“Mr Kumarlah. Tak habis-habis menyusahkan aku.” Bebel
Farafeesa sambil mula mencari fail di kabinet almari.
“Kali ini dia nak apa pulak?”
Kasihan juga melihat Farafeesa yang terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang
bermacam ragamnya. Namun hendak kata apa lagi, sudah menjadi tanggungjawab
setiausaha syarikat untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
“Mula-mula dia nak transfer share
tapi aku cakaplah yang dia tak boleh transfer share selagi dia belum siap
audit. Tapi memang jenis manusia yang tak faham bahasa. Banyak kali cakap baru
faham.
Bila audit dengan annual return dah
hantar SSM, aku pun siapkanlah dokumen nak transfer share tapi sekarang dia
cakap tak jadi pulak and nak tukar director. Dahlah dah hantar ke LHDN, kalau
tak melibatkan duit, aku tak heran sangat tau tapi ni dah jadi banyak kerja
dah.
Kerja nak cepat tapi time bayar
payment je hilang. Tak guna
betul.” Atiq hanya tersenyum mendengar bebelan Farafeesa itu. Sememangnya,
gadis itu berhak untuk marah.
“Sabar
ya Feesa. Nanti tak cantik bila marah-marah ni.” Dia cuba untuk menaburkan
gurauan dalam setiap katanya. Mungkin dengan cara ini, barulah Farafeesa akan
kembali ceria seperti sedia kala.
“Aku
marah ke atau aku tak marah ke, aku tetap cantik tau.” Hah kan betul katanya
tadi. Cepat betul anginnya berubah.
“Yalah,
kau memang cantik. Sebab tu bos sayang.” Farafeesa mengigit bibir mendengar
ayat yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
“Weh,
bos-bos tu slow sikit eh. Kau
ni, selalu bagi yang kedekut kat aku. Bagilah yang bagus sikit.” Selamba sahaja
dia mengutuk bosnya sendiri. Tapi sudah menjadi hakikat yang memang tidak boleh
disangkal.
“Kenapa,
tak cukup bagus ke saya ni?” Melopong mulut Farafeesa mendengar satu suara yang
memang tidak asing dari cuping telingannya.
Serta merta dia berpaling. Mula
mengaru kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya melebar dengan senyuman. Untuk apa
lagi kalau bukan untuk menghilangkan rasa takut yang mula menjalar.
“Eh, bila Encik Akil sampai.” Dalam hatinya menyumpah
seranah kerana melaser tanpa memandang kiri kanan. Sekarang, tak pasal-pasal kena
berhadapan dengan bosnya itu.
“Saya
sampai pun awak tak sedar Feesa. Hmm, nampaknya topik story awak hari ni memang
menarik kan sampai awak dah tak tertarik dengan saya dah.” Perli Ezrakil sambil
tersenyum sedikit.
Farafeesa
menjeling sedikit ke arah Atiq yang bagaikan sedang tekun memandang skrin
komputer itu. ‘Ceh, konon-konon macam focus padahal nak cover line. Hampeh
betul kau eh.’
“Bos,
saya betul-betul tak sengaja. Saya bukan serius nak cakap bos kedekut.” Selamba
badak sahaja perilakunya ini. Ezrakil yang baru sahaja hendak marah pun sudah
mula ingin tersenyum.
Entah
kenapa, pekerjanya yang satu ini bagai tidak pernah takut dengan sesiapa pun.
Karakternya yang sentiasa ceria bagai diserap masuk ke dalam tubuhnya. Bibirnya
yang dahulu amat sukar untuk mengukir senyuman kini bagai sudah berjangkit
dengan Farafeesa.
“Masuk
bilik saya sekarang.” Arah Ezrakil keras. Dia memang suka membuli Farafeesa.
Gadis itu memang memiliki keunikan yang tiada pada gadis lain. ‘Hmm, lain macam
saje bunyinya tu?’ Jatuh cintakah dia?
“Kalau
saya masuk kejap lagi boleh tak, saya nak settlekan dokumen client dulu.”
Sempat lagi tu main tawar menawar dengan Ezrakil.
“Masuk
sekarang.” Dikeraskan nada suaranya.
“Eee,
satu masalah tak selesai lagi tambah lagi satu masalah.” Dia rasa macam hendak
pengsan sahaja melayan karenah bos yang melebihi pelanggan-pelanggannya yang
lain. Rasa nak berhenti pun ada jugak.
“Dahlah.
Kau pergi jumpa dengan bos. Biar aku tolong sediakan dokumen tu.” Atiq
menawarkan diri. Kasihan juga dia dengan Farafeesa. ‘Siapa bilang enak menjadi
wanita cantik?’
“Doakan
aku tau.” Atiq ketawa sedikit mendengar omelan Farafeesa itu.
“Kau ni
ada-ada je kan Feesa. Bos tak akan buat apa-apalah dekat kau. Paling koman pun
dia kahwin dengan kau je.” Farafeesa membulatkan matanya. Tanda tidak bersetuju
dengan kata-kata temannya itu.
“Tak
sanggup aku nak kahwin dengan orang yang kedekut weh. Tak
pasal-pasal kena catu makanan nanti.” Atiq mengeleng-gelengkan kepalanya.
Farafeesa ni memang banyak cakap. Kalau dapat bercakap, macam tak kenal erti
full stop.
“Feesa, lambat lagi ke nak sampai. Jauh sangat ke bilik saya.” Terjenggul wajah Ezrakil di
muka pintu. Farafeesa mula memecutkan langkah.
“Dah
sampai bos.” Farafeesa menayangkan sebaris giginya. Ezrakil hendak ketawa
sebenarnya namun segera dikawal.
Dari
kejauhan, Atiq hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua yang mula hilang
masuk ke dalam bilik. Seorang dengan karekter seriusnya dan seorang lagi dengan
perwatakan yang tak pernah serius. Menjadikah hubungan seperti ini?
Dia
sebenarnya sudah mula perasan yang bosnya itu senang memberikan perhatian
kepada Farafeesa. Sepanjang dia kerja di sini, inilah kali pertama dia melihat
Ezrakil terkesan dengan kehadiran seorang gadis.
Kalaulah
mereka memang ditakdirkan bersama, memang secocok sangatlah. Seorang kacak
bergaya dan seorang lagi cantik umpama bidadari.
Akhirnya,
bosnya yang kedekut itu bertemu jodoh akhirnya setelah ditinggalkan oleh
perempuan yang tidak tahan dengan perangai kedekutnya itu.
Telefon
yang berdering mematikan lamunan jauhnya. Segera diangkat dan mula menjalankan
tugasnya sebagai assistant company secretary setelah puas memikirkan nasib yang
akan menimpa pasangan yang belum bergelar kekasih itu.
Bab
4
“Saya nak awak ikut saya ke mesyuarat
Syarikat Abu Bakar Construction nanti.” Baru sahaja punggungnya melabuhkan
duduk, Ezrakil sudah pun memberikan arahannya.
“Alah bos… Kalau bos pergi sorang boleh tak?” Boleh
pulak dia main tawar menawar dengan Ezrakil. Berani betul!
“Ada apa-apa masalah dengan arahan saya tadi
tu Feesa?” Diangkat sedikit
keningnya ketika mengeluarkan pertanyaan.
‘Angkat-angkat
kening pulak? Macamlah hensem sangat tapi hensemlah jugak. Hehehe..’ Bisiknya
nakal.
“Feesa,
awak cakap apa tadi?” Tiba-tiba tangan Ezrakil menghentikan penulisannya dan
mencari seraut wajah milik Farafeesa.
‘Eh, tak
silap aku, aku cakap dalam hati je, macam mana dia boleh dengar ni? Tak kan dia
boleh dengar pulak? Ish, pelik-pelik.” Omel hatinya lagi sambil mengerutkan
dahinya sedikit.
“Naila
Farafeesa, saya bercakap dengan awak ni? Mana fokus awak hah? Suka sangat berangan.” Tempelak Ezrakil garang.
Mengejutkan Farafeesa yang sedang berangan. Bukan berangan sebenarnya tetapi
berfikir secara mendalam. Hehehe
“Maaf bos. Tiba-tiba saya teringat
kat kucing saya.” Tipu Farafeesa. Takut jugak dia mendengar kemarahan Ezrakil
itu.
“Kenapa pulak dengan kucing awak
tu?” Walau dalam marah pun, teringin juga dia hendak tahu.
“Saya rasa minggu ni kot dia nak
beranak. Sebab rasanya dah lama dia bunting, tiba masa nak meletup je.”
Melopong mulut Ezrakil mendengarnya. Satu keluhan berat dilepaskan.
“Feesa, awak sempat lagi fikir semua
tu masa jumpa dengan saya? Macam ni ke awak dengan client?” Suara Ezrakil
kedengaran sungguh serius. Farafeesa mengigit bibir. Terasa menyesal kerana
terlebih main sehingga menimbulkan kemarahan Ezrakil.
Farafeesa hanya menunduk. Tidak
berani hendak mengangkat muka apatah lagi ingin membalas kata. Dalam hatinya
menyumpah seranah diri sendiri.
Ezrakil sengaja memarahi gadis itu.
Kalau tidak, mesti tidak akan pernah serius. Ada sahaja ayat yang ingin dibalas.
Sebenarnya dia tahu yang Farafeesa sangat cekap dengan kerjanya. Sudah banyak
kali dia mendengar pujian tentang ketekunan Farafeesa dalam mengurusakan hal
client.
“Awak boleh keluar Feesa.” Arah
Ezrakil lembut.
Farafeesa mula rasa tidak sedap
hati. Dia masih lagi tidak bergerak.
Diam tidak berkutik kerana sedang menyusun bicara untuk dituturkan.
“Bos…”
Panggil Farafeesa lembut. Ezrakil tersenyum di dalam hati.
“Ada apa
lagi?” Tidak terlalu lembut atau terlalu kasar. Sedang-sedang aje.
“Bos
marah pada saya ke?” Tanya Farafeesa spontan. Tidak sedap rasanya kalau
membiarkan rasa marah itu bercambah didalam hati bosnya itu.
“Saya
tak marah pun. Kalau awak tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar Feesa.”
Farafeesa sudah mula merasakan kelainan dalam nada suara bosnya itu. Dia
serba salah sendiri.
“Bos nak suruh saya attend meeting
Syarikat Abu Bakar Construction tu tak?” Dia memberanikan diri untuk bertanya.
Ezrakil masih tekun dengan lambakan fail di atas mejanya itu.
“Tak payahlah. Awak buat je apa yang
awak suka kat office ni?” Ambik kau. Kali ini dia betul-betul sudah dapat
mengagak yang bosnya itu memang marah terhadapnya. Mungkin juga terlalu marah.
“Saya keluar dulu bos.” Dalam
hatinya berharap benar yang bosnya itu akan memanggil namanya. Perlahan sahaja
rentak langkahnya. ‘Panggillah, panggillah….’ Serunya didalam hati.
“Feesa.” Panggillan Ezrakil
membuatkan Farafeesa tersenyum sebelum berpaling mengadap bosnya itu.
“Ada apa bos?” Semangat nada suaranya. Mukanya
manis dengan senyuman lebar.
“Kalau ada sesiapa cari saya, cakap
saya tak ada. Saya tak mahu diganggu.” Tidak sedikit pun Ezrakil memandangnya.
“Baik bos.” Jawabnya sambil tidak
berlengah lagi. Terus dia keluar.
Satu keluhan dilepaskan. Tangannya mengetuk kepalanya sendiri. ‘Lain kali, guna
otak sikit eh.’ Marahnya terhadap dirinya sendiri.
Dia
perlu merangka sesuatu untuk memujuk bos kesayangannya itu. Ya, itu sudah
pasti. Walaupun bosnya itu terkenal dengan sifat kedekutnya, namun dia senang
dengan setiap cara bosnya itu yang sentiasa lebih tenang tika mengharungi
masalah tentang client.
“Kenapa
muka kau cam taik unta je?” Tegur Atiq pelik dengan muka Farafeesa yang lemah
tidak bermaya.
“Kau pernah tengok taik unta ke?” Ketawa besar
Atiq dibuatnya. Tidak terfikir pula dia tentang kata-katanya yang terbit dari
mulutnya sendiri.
“Gaduh
dengan bos ke?” Biasalah kalau mereka berdua ini tidak sefahaman. Kerana dia
tau benar yang Farafeesa ini juga tidak kurang degilnya. Adakalanya degil macam
dia pulak yang jadi bos.
“Bos
marah dengan akulah. Adoyai…” Disandarikan tubuh ke kerusi. Matanya dipejam
rapat. Ingin menenangkan kepala otaknya sendiri.
“Lah,
asal pulak? Kau tolak lamaran dia ke? Hahaha…” Farafeesa rasa hendak luku
sahaja kepala rakannya itu.
“Mulut
kau tak ada insurans langsung kan?” Marah Farafeesa. Marah-marah sayang gitu.
“
Memanglah. Mana ada orang jual insurans mulut yang oit. Insurans nyawa adalah.”
Entah sejak bila dia sudah mula pandai menjawab. Tok gurunya sudah pastilah
Farafeesa. Kih kih kih.
“Sekali lagi kau cakap macam tu, aku
bunuh kau nanti. Biar duda laki kau
tu.” Terbeliak muka Atiq mendengarnya.
“Weh
jangan.” Hah, tahu takut. Farafeesa tersenyum didalam hati. Atiq sudah mula
fokus dengan kerjanya sementara Farafeesa masih setia melayan perasaan.
Kenapa
dia tidak merasa tenang setelah dia tahu yang Ezrakil marah dengannya. Ini
bukanlah kali pertama dia membuatkan rasa marah menjengah didalam hati Ezrakil.
Sudah acap kali namun baru kali ini terkesan rasa bersalah kerana berperangai
diluar kotak kebiasaan.
Farafeesa
sudah berfikir semasaknya. Dia perlu melakukan sesuatu untuk memujuk kembali
bosnya itu. Tidak enak juga kalau dibiarkan kemarahan itu bermaharajalela didalam
hati. Bimbang rasa marah itu akan mengundang rasa tidak selesa diantara mereka
nanti.
Farafeesa
memerhatikan kembarnya yang sedang menyiapkan diri untuk keluar makan bersama
Luqman. Kekasih jiwa raganya itu. Sudah agak lama juga mereka berdua berkawan,
keluarganya juga senang dengan perilaku Luqman yang senang bergaul dengan ahli
keluarganya yang lain itu.
“Tak
payah lawa-lawalah. Macam tu jugak muka kau tu.” Mulutnya ringan sahaja mengutuk Faraneesha. Faraneesha
tidak sedikit pun mempedulikan Farafeesa yang memang mewah dengan usikan.
“Jelouslah
tu. Kalau nak, carilah pakwe sorang.” Berbelit selendang yang dipakai oleh
Faraneesha. Farafeesa pula yang merasa rimas.
“Tak ada
pasal weh. Banyak lagi kerja aku.” Seringkali memang itulah alasanya bila orang
membangkitkan isu kekasih. Liat benar dia hendak mencari pasangan.
“Eleh,
padahal dah ada tapi tak nak mengaku kan?” Serkap Faraneesha dengan senyuman
sinis. Farafeesa buat muka blur. Malas hendak memanjangkan perbualan berkisar
hal teman lelaki ini.
“Weh, aku cakap dengan kau ni.” Bengang betul
dia dengan sikap Farafeesa ini. Entah bilalah hendak fokus dengan apa yang
orang cakap.
“Topik
ni tak bestlah. Cari topik lainlah.” Mengelat lagi.
“Sampai
bila? Sampai uban dah ada atas kepala baru nak cari. Masa tu kau memang tak
laku dah weh.” Farafeesa sedikit pun tidak terasa dengan ayat yang keluar dari
mulut kembarnya itu. Kalau ada jodoh tak kemana tapi kalau dah memang tak ada
jodoh, nak buat macam mana?
“Sejak
bila kau berjangkit dengan ibu ni? Biarlah ibu seorang je yang kuat membebel,
kau janganlah nak ambik title dia pulak.” Rasa hendak sekeh sahaja kepala
adiknya itu. Lain yang dicakap, lain pula yang dibalas.
“Dengar
dek ibu karang, mulalah perang…” Dia faham benar dengan sikap kedua-dua insan
kesayangannya ini.
“Dah
memang ibu tak sayangkan aku jadi setiap apa yang aku buat memanglah tak kena
dimata ibu tu. Kau tahu, kadang-kadang aku rasa macam anak angkat pun ada. Tapi
dah sah-sahlah aku ni anak dia sebab muka kau tu sebiji macam aku.
Tak pun
kita berdua ni memang anak angkat tapi ibu sayang kau sebab kau ni tak banyak
songeh sangat macam aku kot.” Farafeesa membuat kesimpulan sendiri.
Faraneesha
diam tidak berkutik. Bukan kali pertama dia mendengar kata-kata ini dari
Farafeesa. Malah sudah lali dek cuping telingannya dengan ayat seperti ini.
Dia
sendiri pelik. Kenapa ibunya senang benar untuk memarahi Farafeesa. Nak kata
dia punya kelebihan lebih dari adiknya itu, itu memang salah seratus peratus.
Antara
dia dan Farafeesa, Farafeesa antara orang yang sering mendapat keputusan yang
cemerlang didalam peperiksaan. Malah sering mendapat anugerah dekan ketika di
Universiti.
Namun
tidak dinafikan yang Farafeesa ini nakal sedikit orangnya. Mulutnya mudah benar
untuk menjawab kembali. Adiknya itu memang akan membela sesiapa sahaja yang
memang nyata tidak bersalah.
Dan
memang diakui yang Farafeesa malas sedikit menolong di dapur. Hal ini bukan
kerana dia malas namun kerana dia naik bosan bila setiap perkara yang dilakukan
akan ditilik dengan amat teliti sekali.
Jika
sedang menyediakan bahan untuk memasak, pasti dia akan dikomen kerana tidak
memenuhi citarasa ibunya itu. Setiap yang dilakukan akan mendapat respon yang
agak negative. Mungkin kerana itu Farafeesa memang liat untuk menolong di
dapur.
Namun
kalau bab melipat kain, tidak pernah sekali pun ibunya itu akan komen. Kerana
lipatan kainya itu amat memenuhi criteria yang diperlukan. Lihatlah almari
rumah mereka, pasti akan sentiasa kemas dan terletak cantik.
Farafeesa
akan mengamuk teruk jika kain baju yang disusun telah dirosakkan oleh
adik-adiknya. Dan adik-adiknya yang lain itu memang takut sedikit dengan
Farafeesa berbanding dengan dirinya yang jarang sekali untuk marah.
“Dah
sampai kemana dah weh? Luqman dah sampai pun kau tak sedar ke? Hmm, memang
malang betul Luqman tu dapat kau. Kau nak keluar dating dengan dia tapi kau
boleh pulak ingat kat jantan lain.” Kata-kata Farafeesa itu memang amat
celupar.
“Kau ni
kan, kalau dia dengar, boleh jadi salah faham tau.” Segera dimasukkan apa-apa
yang patut kedalam beg tangannya. Dirapikan solekannya agar kelihatan lebih
kemas.
“Lebih
baik tak faham dari salah faham.” Entah apa tujuan dikeluarkan ayat itu. Dia
sendiri tidak pasti.
Dari
tingkap bilik, matanya mengekor Faraneesha yang masuk ke dalam kereta Luqman.
Gadis itu memang sangat bertuah kerana dipertemukan dengan jejaka sebaik
Luqman.
suka cerita nie :)
ReplyDeletesy baru nk start bace cite ni.. tp name farafeesa tu panjang sgt la.. smpai 4 suku kata nk kene sebut.. heheh.. peace..!!
ReplyDeleteDah bab 43, Tapi baru nak marathon dari bab 1.. Heheh sory lambat!
ReplyDeleteversi edit eh...? patutle pendek jer... thumbs up dik sara ...
ReplyDelete