BAB 26
Dari
pintu bilik pejabatnya, Ezrakil hanya memandang pada Farafeesha yang sedang
asyik mengelamun di mejanya itu. Entah kenapa gadis itu tidak lagi ceria
seperti dahalu. Dia sudah mula pandai mendiamkan diri. Sudah tidak mahu
mengusiknya lagi? Bermasalahkah gadis itu?
“Awak
tak balik lagi?” Teguran Ezrakil yang tidak diundang itu membuatkan Farafeesa
terkejut sendiri. Hingga berdiri dari duduknya.
“Ada
kerja sikit lagi.” Memang menipu sangatlah. Kerja mengelamun aje adalah.
Mujurlah mejanya agak berselerak. Jadi tidaklah terkantoi penipuannya ini.
“Saya
pun ada kerja sikit lagi. Er, kejap lagi kita balik sama jelah.”
Ezrakil cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu kelihatan
seperti terhengeh-hengeh sangat. Walaupun dia terlalu menyintai Farafeesa namun
air mukanya tetap perlu dijaga. Nanti bimbang diketahuan pula oleh Farafeesa.
“Eh tak
apalah bos.. Saya boleh balik sendiri.”
Dia tidak mahu bersama-sama dengan Ezrakil. Dia hanya
butuhkan masa untuk menyendiri. Memikirkan akan perkara yang perlu dia lakukan
di saat-saat akhir hidupnya ini. Menyenaraikan beberapa tuntutan yang masih
memerlukan tanggungjawabnya.
Dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak terus
bersedih lagi. Dia ingin kuat menempuh semua ini. Biarpun keseorang, Allah ada
untuk bersama dengannya.
“Bila
satu perkataan itu keluar dari mulut saya, itu bukan satu permohonan tapi
adalah satu arahan.” Farafeesa merengus geram. Dia tidak suka jika Ezrakil
menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang bos.
‘Aku ni perkerja
kau, bukan hamba abdi kau! Sesedap rasa dan sesuka jiwa kau je mengarah.’
Kenapa
Ezrakil tak faham sangat yang dia perlukan masa untuk menyediri. Dia tidak
punya mood untuk melayan karenah bos yang berbagai itu. ‘Aku sepak jugak bos ni
karang. Aku dah lah tengah sakit kepala ni. Dia pulak suka nak menambahkan lagi
perisa sakit kepala aku ni.’
“Siapkan
kerja awak. Kejap lagi kita balik sama.”
Ezrakil perasan riak wajah tidak berpuas hati milik
Farafeesa itu. Namun memang dia tidak peduli langsung. Jika dia tidak berkeras,
kebarangkalian dia untuk menambat hati Farafeesa, makin menjauh pergi. Apatah
lagi gadis itu sudah makin liat untuk ketawa dan semakin sukar untuk tersenyum.
Bagai ada sesuatu yang sedang membelit gadis itu.
Baru sahaja Ezrakil berlalu, terus dia mencebik.
Menyampah dengan Ezrakil!!!
Farafeesa
tidak tunggu lama. Sejurus sahaja selepas Ezrakil masuk semula ke dalam bilik
pejabatnya, terus Farafeesa mengemaskan mejanya yang sedikit berselerak. Dia
perlu cepat. Dia ingin pulang sendiri.
Oh
bukan, dia tidak ingin pulang lagi. Dia ingin mencari tempat untuk menenangkan
perasaan miliknya sendiri. Jika dia pulang terus ke rumah, hanya akan
menambahkan beban kesedihan yang sudah mula mengunung. Lagipula, dia ingin
mencari keja part time. Dia ingin mengumpul duit untuk bekalan ahli keluarganya
nanti.
Duduk di
rumah lama-lama di rumah hanya akan membuatkan hatinya tercarik-carik. Sakitnya
hanya Allah yang tahu.
Air
matanya seakan ingin menitis apabila terpandangkan adik-adiknya. Mukanya akan
berubah warna jika terpandangkan susuk tubuh abah yang sedang solat itu.
Telingannya akan luluh apabila mendengar bebelan ibunya yang sedang memasak di
ruangan dapur. Dan yang paling dia tidak mampu ialah apabila berhadapan dengan
kembarnya. Seakan-akan semua kekuatan diterbangkan
oleh angin yang dingin membeku.
Farafeesa
tidak mahu ada seorang pun ahli keluarganya yang tahu. Rahsia ini akan disimpan
sampai dia mati. Itu janji terhadap diri sendiri.
“Awak
cuba lari ya?”
Ezrakil menegur sambil tersenyum sinis. Farafeesa mula
mengetap bibir. Memarahi diri sendiri kerana berjaya mengelamun lagi. ‘Kalaulah
aku cepat sikit tadi. Aish!’
“Mana
ada... kan saya tengah mengemas ni.” Farafeesa sedaya upaya sedang mengawal
kegugupannya.
“Sejak
akhir-akhir ni, awak macam dah berubah sangat Feesa.”
Entah kenapa, nada suara Ezrakil kali ini lain macam
benar. Terus Farafeesa mencari seraut wajah milik Ezrakil. Mula mentafsirkan
persoalan milik Ezrakil. ‘Besar sangatkah perubahan aku sehingga terkesan dek
mata Ezrakil?’
“Perubahan
dari segi apa?” Ingin tahu juga rasanya. Perubahan seperti apa yang menjadi
persoalan di benak Ezrakil.
“Dah tak
cantik macam dulu...” Tembak Farafeesa sengaja. Konon-konon seperti ingin
bercanda. Mungkin juga Ezrakil perasan yang riak wajahnya sedikit kemerahan.
Seperti ditumbuhi ruam. Namun ini sebenarnya kesan penyakit yang dihidapinya.
“Kenapa,
awak rasa kecantikkan awak dah berkurang ke?” Erkk... Farafeesa tidak tahu
hendak memberi respon yang bagaimana. Tiba-tiba hilang idea hendak menjawab
seperti kebiasaan.
“Saya
ni, mana pernah tak cantik bos...” Entah kenapa, gurauan ini membuatkan meraka
berdua jadi canggung. ‘Macam mana aku boleh tersekat dengan mamat ni pulak?
Adoyai...’
‘Awak
memang sentiasa cantik Feesa... Di mata saya.. Di hati saya... Di jiwa saya...’
Namun bukan itu yang menjadi persoalannya.
Apabila melihat Farafeesa seperti buat bodoh, dia kembali menyempurnakan
ayat yang agak tergendala.
“Awak
macam nak larikan diri daripada semua orang....” Kata-kata Ezrakil itu bagai
sedang menjerut tangkai leher milik Farafeesa. Terhenti perbuatannya. Mula
mencari seraut wajah milik Ezrakil.
‘Larikan diri? Aku tak pernah ingin melarikan diri dari
sesiapa pun. Tapi takdir yang telah melarikan aku ke sini. Ke dalam lembah
penderitaan hati dan jiwa.’
Tapi
percayalah, dia tiada sebarang rungutan tetang kehidupan ini. Apa yang telah
ditakdirkan untukknya, dia telah terima dengan hati seikhlas mungkin. Walaupun
mungkin hatinya perit dengan ujian ini. Mungkin jiwannya lelah dengan dugaan
ini. Namun akan tetap diharunginya dengan iringan doa yang telah dititipkan
pada Yang Maha Esa.
Kalau
dia mula rasa lemah, segeralah doa diperutuskan pada Allah. Agar Allah terus
dapat menyalurkan kekuatan baru untuknya. Moga Allah sentiasa berada di setiap
langkah perjalanannya. Siapa yang tahu tentang hari esok? Semuanya adalah milik
Allah.
“Saya
bukan artis yang perlu lari dari hakikat pentas dunia. Saya hanya manusia biasa
je bos..” Diambil masa yang agak lama untuk membalas kata.
“Senang
cerita, awak macam nak terus menyediri. Awak ada masalah ke Feesa? Kalau ada,
ceritalah pada saya. Saya boleh jadi pendengar yang baik.”
Kali ini, Ezrakil mengunakan pendekatan yang agak
berkhemah. Tidak memaksa seperti dahulu lagi. Walaupun mungkin dia tak pakar
dalam bab memujuk, dia akan terus pujuk hati Farafeesa. Dia akan belajar jadi
pemujuk yang hebat! Apa sahaja demi Farafeesa.
“Kalau
betul bos pendengar yang baik, lebih baik bos dengar radio daripada mendengar
masalah saya.” Farafeesa ketawa sedikit. Namun nampak sangat dibuat-buat.
“Jadi
betullah awak ada masalah?”
Glup.. Macam mana boleh terkantoi ni. Sejak bila pulak Ezrakil
pandai menembak ayat ni. ‘Aish, musykil-musykil.’
“Mana
ada masalah. Ada nampak masalah dekat saya ke? Saya tak nampak apa-apa masalah
pun.” Farafeesa mengalihkan pandangan ke kiri dan kanannya. Konon-konon seperti
mencari sesuatu.
‘Ish, ni memang
betul-betul cari masalah ni.’
“Feesa,
kalau awak tak bersedia nak beritahu sekarang, awak boleh beritahu saya masa awak
dah bersedia. Saya tungu waktu tu.”
Muka, suara, dan tutur
kata Ezrakil memang sungguh serius. Terpana Farafeesa melihatnya.
‘Kenapa mamat ni pelik sangat hari ni? Lain macam
bebenor....’
Untuk
mengaburi kata-kata Ezrakil, Farafeesa tersenyum manis. Semanis gula di kedai.
Manis sampai semut datang dan boleh menggigit wajahnya.
“Tak ada
apalah bos. Bos tu risau tak bertempat.” Dia mula berjalan dahulu. Sengaja
meninggalkan Ezrakil di belakang.
“Risau
saya akan menggunung apabila orang tu sudah mendapat tempat di hati saya.”
Segera Farafeesa
berpaling apabila mendengar suara Ezrakil yang sedikit perlahan itu. Dia tidak
sempat menangkap butiran kata-kata Encik Bosnya itu.
“Bos
cakap apa tadi?” Tanya Farafeesa sambil mengerutkan dahinya.
Ezrakil
menarik nafasnya dalam-dalam. Kakinya dimajukan beberapa langkah. Mula mendekat
bersama Farafeesa. Seakan-akannya dia sudah bersedia untuk berterus terang
dengan Farafeesa. Dia sudah tidak peduli pada keadaan di pejabat yang mungkin
tidak mengizinkan dia meluahkan perasaan. Yang dia tahu sekarang ialah, rasa
beraninya sudah mula berada di puncak. Mungkin ini adalah saat yang ditakdirkan
Allah untuknya.
‘Apa nak
jadi, jadilah.... Aku dah bertekad... Aku tidak mahu beralah dengan situasi
lagi..’
“Feesa
sebenarnya...” Kata-kata Ezrakil terhenti apabila deringan telefon milik
Farafeesa mula berdering kuat.
‘Ada
sahaja yang mengacau...’
Tanpa
sedar, mereka bersama-sama mengeluh perlahan. Ezrakil mula berpaling ke arah
lain. Dia menguakkan rambutnya. Mengawal rasa gundah yang mula bertapak.
Farafeesa mula mengangkat panggilan telefon yang tertera nama Faraneesha di
skrin telefon.
“Eh, kan
aku cakap aku balik sendiri hari ni.” Tanpa salam dan kata, terus Farafeesa
menerjah laju.
“Kak,
kenapa ni?”
Ezrakil memandang Farafeesa yang sudah mengeluarkan nada
suara yang serius.
“Kak,
kenapa kau nangis?”
Masih tiada sebarang suara yang keluar dari mulut
Faraneesa selain daripada tangisan. Entah kenapa, Farafeesa mula rasa tidak
senang hati.
“Luqman....”
Akhirnya, nama keramat itu keluar dari mulut Faraneesha.
“Kenapa
dengan Luqman?” Farafeesa cuba bersabar sehabis mungkin.
“Dia
kemalangan.” Sehabis ayat itu, Farafeesa melopong besar. Ezrakil pula berkerut
seribu melihat rahang Farafeesa yang mula menjatuh itu.
“Kenapa?”
Tanya Ezrakil setelah Farafeesa menghabiskan perbualannya.
“Kita
kena pergi hospital sekarang!”
Ya Allah, Kau selamatkanlah Luqman dari sebarang bahaya
yang menghimpit. Dan yang paling penting ialah kau titipkanlah semangat buat
Faraneesha agar dia kuat menghadapi dugaanMu ini. Ujian adalah semata-mata
ingin menguji ketaqwaan seorang insan. Bukan untuk mengoyahkan keimanan
seseorang.
BAB 27
Keluar
sahaja dari perut kereta, terus Farafeesa berlari ke ruang kecemasan. Matanya
menilau mencari susuk tubuh milik kakaknya.
‘Ya
Allah... Mana dia ni?’
Sekejap memandang
ke kiri. Sekejap mula memandang ke arah kanan. Hampir dijelajah semua ruang
kecewasan di Hospital itu. Namun susuk tubuh kakaknya langsung tidak kelihatan.
“Dah
jumpa?”
Tekejut Farafeesa
menyambut suara Ezrakil itu. Mahu luruh jantung dibuatnya. Tapi bukankah
Ezrakil terus pulang ke rumah? Kenapa dia masih ada di hospital.
“Eh, bos
tak balik lagi ke?”
“Belum...”
Nadanya sengaja dileret. ‘Macam mana nak balik jika saya tahu yang awak
perlukan saya sekarang.’
“Awak
cari siapa ni?” Ezrail ikut turut menebarkan pandangan seperti Farafeesa.
Mencari dan menterokai sesuatu yang dia sendiri tidak tahu bayangnya.
“Neesha..”
Nama itu terluncur dari mulutnya tika matanya mendarat pada
sekujur badan yang sedang duduk di hujung dinding hospital. Perlahan kakinya
melangkah. Betapa sayunya perasaan seorang adik melihat kakaknya yang sedang
duduk keseorangan sambil bersandar di dinding hospital.
“Kak....”
Apabila Faraneesha mendengar suara adik kembarnya itu,
terus dipeluk erat badan Farafeesa. Memohon agar Allah menitipkan kekuatan luar
biasa bagi dirinya. Dia perlu kuat namun kekuatan langsung tidak mampir walau
ditagih sejuta kali sekalipun.
Faraneesha menangis teresak-esak di bahu Farafeesa.
Bagaikan anak kecil yang baru terjumpa ibunya yang hilang. Begitulah keadaan
Faraneesha kini. Perlahan digosok lembut belakang badan Faraneesha. Cuba
membantu apa yang terdaya.
“Luqman
macam mana?”
Berat untuk bibirnya bertanya. Namun tetap digagahkan
juga demi mendapatkan sebuah jawapan.
Ezrakil
dan Farafeesa saling berpandangan apabila Faraneesha masih setia menangis tanpa
mengeluarkan sebarang suara. Faraneesha sudah tidak peduli dengan kehadiran bos
Farafeesa. Yang penting sekarang, dia hanya mampu menangis. Hatinya tidak dapat
melawan arus yang ditetapkan Allah ini.
“Luqman
tak apa-apa kan?” Tanya Farafeesa hati-hati. Bimbang jika kata-katanya akan
lebih melukakan perasaan milik Faraneesha.
Hatinya
dilimpahi rasa kasihan apabila melihat Faraneesha mengongoi menangis sebegini
rupa. Dia akui yang Faraneesha agak sensitif orangnya. Dia cepat melahirkan
tangis jika hatinya tersentuh.
Melihat
kucing yang mati dilanggar pun dia boleh tersentuh, inikan pula apabila
melibatkan seseorang yang dia sayang. Pasti perasaannya tidak kuat sekarang.
‘Ya Allah, bekalkan kepada kakakku kekuatan yang kebal. Agar hatinya tidak
rapuh dengan ujian dariMu..’
“Dia
kritikal...”
Faraneesha kembali teresak-esak. Tiba-tiba mata Farafeesa
pula yang kabur dek air mata. ‘Aku tak boleh nangis. Aku tak boleh.. Ya Allah,
kuatkan aku... kuatkan hati aku... tetapkan perasaan aku... Aku ingin teguh
berdiri dengan senyuman. Bantu aku Ya Allah...’
Perlahan-lahan
tangan Farafeesa mengelap permata jernih milik
kembarnya itu. Faraneesha memang mudah mengalirkan air mata. Dari kecil
lagi, kakaknya itu lebih sensitif hatinya. Pantang terguris. Pantang terasa.
Pasti akan mengalirkan air mata.
“Kalau
Luqman tengok kau macam ni, mesti dia tak suka. Kau kena kuat Neesha.. Demi
Luqman.. Demi keluarga dia.. Kau kena kuat.” Ditekankan perkataan kuat itu.
Berharap benar yang Faraneesha akan mendengar kata-katanya walaupun tangisan
Faraneesha masih belum berhenti.
Faraneesha
cuba sedaya upaya untuk tidak menangis. Tapi entah kenapa, bila terfikirkan
Luqman, kekuatannya mula rebah.
“Tapi
aku tak mampu.....”
Menangis lagi sambil tersedu-sedu. Farafeesa memalingkan
wajahnya. Entah kenapa, tubir matanya terasa panas. ‘Adakah begini keadaan
Faraneesha tika kehilanganku nanti? Adakah dia akan lemah seperti ini? Ataupun
dia akan senang dengan kehilangan aku nanti?’
Balik-balik, persoalan itu yang bermain di benaknya.
Cepat-cepat ditepis pergi dari mengusutkan kepala otaknya. Sekarang bukanlah
waktu untuk berfikiran yang bukan-bukan.
“Baiklah...
menangislah puas-puas.. Keluarkan semua air mata kau tu...” Farafeesa memujuk
sambil tersenyum.
‘Menangislah
sampai air mata kau kering kak... supaya nanti bila saat aku pergi nanti, kau
tak akan menangis lagi...’ Farafeesa menyambung bicara di dalam hati.
Ezrakil
tercuit dengan gelagat si kembar ini. Farafeesa penuh dengan pujukan. Memujuk
agar kembarnya mengumpul kekuatan agar tidak menangis lagi. Entah kenapa, dia
terasa ingin mengatakan perasaaannya sekarang juga. Takut jika Farafeesa akan
terlepas dari menjadi miliknya.
Ingin
menyatakan rasa hatinya. Betapa dia terlalu menyintai Farafeesa. Setulus
hatinya. Sepenuh jiwanya. Seluruh raganya. Kerana Farafeesalah yang mengajar
dia erti sebuah perasaan.
Namun
Ezrakil sedar yang keadaan tidak mengizinkan dia untuk melahirkan cintanya. Di
saat genting seperti ini, Faraneesha amat membutuhkan Farafeesa. Masa dia ingin
merampas kasih si kembar itu. Orang yang baik tak akan merampas kasih orang
lain bahkan sanggup untuk berkongsi rasa kasih itu. ‘Ish, bermadah pulak aku
ni.’
“Macam
mana kalau...”
Tiba-tiba Faraneesha melahirkan kata. Namun tersekat di
hujung nafas. Seketika dia mula tersedar sendiri. Mulutnya bergetar. Mungkin
masih berfikir sama ada ingin meneruskan kata atau menyimpan ayat tersebut di
dasar hati.
“Ish,
ini bukan masa untuk berfikir yang bukan-bukan kak. Jangan sesakkan fikiran kau
dengan sesuatu yang tak menuntut kudrat kau. Serahkan semuanya pada Allah.
Sebab dialah pemilik alam ini.” Sedikit
keras kata-kata Farafeesa.
Dia
kenal benar dengan perangai Faraneesha. Suka berfikiran negatif. Suka
menyesakkan kepala otak dengan soalan yang berbagai perisa. Namun dia faham
keadaan Faraneesha sekarang. Keadaannya memang nampak tertekan benar.
‘Wahai
hati, bersabarlah atas dugaan ini. Wahai jiwa, kuatlah untuk mengharungi hari
ini. Dan Wahai pemilik alam semestar ini, bantulah aku yang senantiasa butuhkan
perhatian dan kasih sayangMu ini. Jangan Kau uji aku melebih batas dan
sanggupku.’
Dalam
diam, Faraneesha mula muhasabah diri sendiri. Mengalirkan air mata hanya akan
membasuh kekuatannya. Dia tidak betah terus bersedih lagi.
“Kau
kuat... aku tahu kau kuat... kalau tak kuat sekalipun, kau boleh pinjamkan kekuatan
aku. Walaupun mungkin tak banyak, tapi aku rasa sangat mencukupi untuk kau. Apa
sahaja untuk kau kak...”
Akhirnya mereka sama-sama berpelukkan.
Farafeesa
mengosokkan belakang badan Faraneesha perlahan. Dia tersenyum sedikit ke arah
Ezrakil yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Ezrakil juga ikut turut
tersenyum sambil cuba mendalami rasa hati milik Farafeesa. Dari gerak gayanya,
dia kelihatan lebih matang bila berada di saat tegang seperti ini.
Ranjau
ini tidak akan pernah sunyi. Selagi denyut nadi belum berhenti, syaitan pasti
akan cuba menodai hati. Agar resah dengan ujian yang bertamu.
Sedangkan
ujian itu adalah untuk menguji kekuatan. Menanamkan kepercayaan yang Maha Hebat
kepadaNya. Kerana hanya Dia tempat bergantung harap dan bergantung kasih. Hanya
Dia yang mampu meleraikan jiwa yang kekusutan. Lamarlah redha Allah.. Terus
meneruskan mengharapkan keampunan Allah.. Kerana dia akan memberikan sepenuh
perhatian jika segala yang kita lakukan hanya mengharapkan belas ehsan dari
Allah.
BAB 28
“Kami
telah sedaya upaya berusaha untuk mengeluarkan serpihan kaca yang masih berada
di kepala Luqman. Alhamdulilah, serpihan itu berjaya dikeluarkan. Sekarang kita hanya menunggu Luqman untuk
kembali sedar seperti biasa. Namun dia masih lagi berada dalam keadaan
kritikal. Pihak kami dah berusaha. Sekarang hanya doa yang mampu kita
titipkan.” Ujar Doktor Amran usai selesai pembedahan dilakukan.
“Dia
akan sembuh kan?”
Faraneesha tidak dapat mengawal dirinya lagi. Lantas
soalan itu keluar dari mulutnya.
“Semuanya
bergantung pada Luqman sendiri. Dia sendiri perlu kuat untuk berhadapan dan
berlawan dengan sakitnya. Dan dia perlukan sokongan dari ahli keluarganya.
Bersabarlah dengan ujian Allah ini. Dia Maha mengetahui segala yang tersirat.”
Kata Doktor lagi.
Kelihatannya
doktor itu lebih tenang menghadapi semua ini. Mungkin kerana sudah terbiasa
menghadapi saat genting seperti ini berulang kali. Hingga menjadikan dirinya
lali dan kebal untuk menghadapi kematian.
“Umi,
umi baliklah berehat dulu. Biar Neesha yang teman Luqman.”
Dari siang tadi lagi Umi tidak henti-henti menangis. ‘Ya,
betul cakap Feesa. Akulah tulang belakang mereka sekarang. Akulah yang menjadi
tiang untuk mereka berpegang dari jatuh menyembah tanah. Akulah orang yang
harus memperkuatkan diri lantas dapat menitipkan kekuatan kepada ahli keluarga
Luqman yang lain.’
“Neesha
tu yang perlu pergi berehat. Umi mampu lagi untuk bertahan demi Luqman.”
Umi menyapu
sedikit tubir matanya yang tempias dek air mata. Entah mengapa, murah benar air
mata ini mengalir. Jatuh tanpa memberi sebarang tanda untuk mengalir.
“Ish...
Umi tu yang kena berehat. Nanti kalau Luqman tak ada apa-apa, umi pulak yang
jatuh sakit. Mesti Luqman marah nanti. Baik umi pergi rehat. Esok pagi-pagi,
Umi datanglah balik eh.” Farafeesa terpanggil untuk membantu kakaknya itu.
Dia
masih lagi setia berada di sisi Faraneesha walaupun ahli keluarganya sudah lama
pulang. Dia ingin menitipkan segala kekuatannya buat Farafeesa. Walau mungkin
dia terpaksa hidup tanpa sebarang kekuatan pun, dia sanggup. Sisa hidupnya ini
biarlah dia perhabiskan demi keluarganya. Dia sudah tiada sebarang keluhan
lagi.
Faraneesha
menghadiahkan ucapan terima kasih dari ekor matanya. Mungkin kerana dia sendiri
tidak terus mampu untuk memujuk ibu Luqman ini.
“Pagi-pagi
nanti Umi datang balik ya. Kalau ada apa-apa jangan lupa telefon Umi.”
Umi memperingatkan si kembar itu beberapa kali. Air
matanya menitis lagi. Untuk yang keberapa kali, Farafeesa sendiri tidak pasti.
Sebelum
Umi berangkat pulang, dipeluk erat tubuh Faraneesha. Mereka bagaikan sedang
sama-sama mengumpul kekuatan untuk meredah hari esok yang belum pasti untung
nasibnya. Perlahan-lahan Faraneesha mengesat
air mata ibu Luqman itu perlahan-lahan. Disapu habis semuanya. Bagai
tidak membenarkan ianya singgah lagi.
“Hanis,
bawa umi balik dulu ya.. nanti pagi-pagi esok datang lagi ya.” Terang
Faraneesha kepada adik perempuan Luqman itu. Itulah satu-satunya adik Luqman
lantaran mereka hanyalah dua beradik sahaja.
“Akak,
tolong jaga abang untuk Anis ya.”
Kali ini giliran Hanis pula yang menangis di bahu milik
Faraneesha. Faraneesha memeluk erat adik Luqman itu.
‘Ya Allah, bagaimana aku ingin menitipkan mereka kekuatan
sedangkan kekuatan aku sendiri masih pincang dimamah air mata. Bagaimana aku
hendak kuat menangkis air mata ini? Walaupun mungkin permata ini begitu ringan
timbangannya, tapi kenapa bebanan yang terasa di bahu begitu tidak tertanggung
rasanya. Dengan namaMu Ya Allah, aku ingin terus kuat berhadapan dengan semua
cubaanMu ini. Bantulah hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini.’
Faraneesha menghantar pemergian Umi dan Anis dengan
pandangan kosong. Pasti hati seorang ibu ampuh melihat kondisi anaknya yang
sedang tidak berdaya itu. Pasti hati seorang adik yang sering menumpang
bermanja itu tercarik tika melihat abangnya terlantar sedemikian rupa.
Hubungannya bersama Luqman baru menginjak tahun ketiga.
Namun Umi dan Anis lagi lama bersama dengan Luqman. Sudah berkongsi hampir dua
abad lamanya. Lantaran itu, layakkah dirinya untuk bersedih sebegini rupa?
‘Apalah gunannya kasih sayangku ini jika hendak
dibandingkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Tidak terbanding kasih
sayang dari adik buat abangnya. Adakah aku perlu membayar kasih sayangku pada
Luqman dengan air mata? Tidak... aku tidak perlu mengalirkan air mata untuk
menzahirkan rasa cintaku pada Luqman. Namun aku tetap tidak mampu untuk
tersenyum andai melihat jasadnya masih terkaku bagai telah dipaku itu.’
Tangan Farafeesa jatuh pada bahu kakaknya itu. Kini hanya
tinggal mereka berdua sahaja lantaran semua rakan taulan dan ahli keluarga
telah disuruh pulang. Walaupun sudah dipaksa oleh Faraneesha untuk pulang, dia
masih setia berada di sisi kembarnya itu. Walau dipaksa sekuat mana sekalipun,
pendirian hidupnya tidak akan ditebas oleh sesiapa pun. Akan tetap terpacak
teguh walau seribu menentang keputusannya. Alih-alih, Faraneesha mula beralah
sendiri.
“Kau nak
aku temankan kau pergi tengok Luqman.”
Farafeesa mula mencari topik untuk berbual. Kesunyian
hanya akan lebih mencengkam jiwa milik Faraneesha. Apatah lagi tika jiwanya
sedang diamuk badai ini. Mungkin hatinya akan goyah dengan dugaan dunia ini.
Masa inilah Syaitan akan lebih mudah mengoda keimanan setiap manusia.
“Aku
tengah mengumpul kekuatan.” Suara Faranessha perlahan sahaja.
“Kekuatan
tak akan mampir sendiri kak....” Bisik Farafeesha perlahan.
Hanya kebisuan
yang menemani mereka sekarang. ‘Kalau duduk di luar ni, baik tak payah teman.
Aishhh.. aku kena buat sesuatu ni.’
“Kalau
kau tak nak tengok, biar aku je tengok Luqman. Alah, bukan Luqman perasan pun
yang ni Farafeesa atau Faraneesha. Yang penting, dia boleh rasa semangat dan
kehadiran aku. Betul tak?” Farafeesa sudah berura-ura hendak berdiri. Namun
segera ditegah oleh Faraneesha.
“Kau nak
gantikan tempat aku?”
Cuak sedikit nada suaranya. Farafeesa sudah mula
tersenyum. Namun hanya sekadar di dalam hati.
“Kalau
kau izinkan....”
Ceh, sengaja pula bermain tarik tali di waktu hening ini.
Dia acah-aca sahaja. Dia faham dan terlalu mengerti segala sifat dan tindak
tanduk milik kembarnya itu. Hanya dengan cara ini yang mampu memaksa Faraneesha
agar bangun dari rasa sedihnya.
“Aku tak
izinkan kau ganti tempat aku walau sedetik pun. Kalau ditakdirkan kau ganti
tempat aku pun, itu pun hanya pada masa aku telah hilang nyawa Feesa.”
Serius, nada suara Faraneesha memang serius tahap gaban.
Hati Farafeesa bagaikan digeletek seketika. Namun apabila ayat hilang nyawa itu
sampai ke gegendang telingannya, automatik senyumannya terus mati.
‘Kau
jangan risau Neesha. Aku tak akan ganti tempat kau. Tapi mungkin juga kau akan
mengantikan tempat aku nanti. Tapi mana mungkin sebegitu rupa, aku tidak punya
insan tersayang untuk aku hadiahkan kepada kau di sisa hujung nyawaku ini.’
“Dah tu,
tunggu apa lagi. Pergilah tengok. Suka buat Luqman menunggu. Aish... aku sekeh
jugak kau ni karang..” Sengaja dia cuba menceriakan lagi suasana suram muram
ini.
Jangan dilayan
sangat perasaan duka itu. Nanti jadi tak terlayan.. Mulalah ada adengan melayan
air mata... Ish, tak pasal-pasal seksa jiwa dan raga.
“Hah,
sebelum masuk tu, lap dulu air mata tu... Muka kau ni paling buruk kalau
menangis.” Sempat lagi dia mengutuk sambil tangannya kasar menyapu air mata
Faraneesha.
Faraneesha sudah
mula tersenyum sedikit. ‘Sedikit pun jadilah... lama-lama jadilah bukit.’Hmm
apa kena mengenanya kan?
“Kau
akan teman aku kan Feesa?” Tanpa berpaling dia melahirkan pertanyaan. Tangannya
sudah memulas tombol pintu.
“Kau
jangan risau. Aku tunggu kau sampai pagilah.” Suara Farafeesa masih dalam mood
bergurau.
“Maksud
aku, kau tak akan tinggalkan aku sampai bila-bila kan?”
Gulp... Farafeesa menelan air liurnya sendiri. Tuih...
rasa kelat semacam. Macam mana boleh rasa sekelat ni pulak? Aduh.
‘Kenapa
dengan Neesha? Adakah dia boleh rasakan sesuatu? Yalah, kita orang kan kembar.
Cubit peha kiri, peha kanan yang lebam. Tapi aku mohon pada Allah agar Allah
tidak menyakitkan dirinya seperti rasa sakit yang aku alami.’
Tanpa
mengadap wajah Faraneesha pun, Farafeesa tahu yang kakak kembarnya itu sedang
menangis. Untuk apa dan kenapa? Dia sendiri tidak punya jawapannya.
“Pergilah
masuk... Kesian Luqman tunggu nanti.”
Farafeesa tiba-tiba terasa kesayuannya. Dia tidak betah
memberikan sebarang jawapan kerana dia tidak suka hendak meletakkan sebarang
harapan atau janji kepada kakaknya itu. Dengan perlahan-lahan Faraneesha mula
menapak masuk ke dalam bilik unit rawatan rapi.
‘Langkah
aku memang senantiasa ingin menemani kau Neesha. Tapi ajal telah menunggu aku
terlebih dahulu..’
Farafeesa mula
terduduk di penjuru dinding. Dia terasa ingin menangis. Namun air matanya telah
lama kering. Kerana kedukaan yang dia alami telah sebati dalam jiwa.
Sehinggakan dihiris dengan belati tajam sekali pun, mungkin dia masih mampu
untuk tersenyum.
BAB 29
Air mata
yang mengalir terus diseka apabila terpandangkan seraut wajah yang paling dia cintai.
Hatinya bagai terasa ngilu. Kesakitan yang dirasai, bagai terbias kepadanya.
“Luqman....
saya ...da...tang...” Suaranya tersekat-sekat. Emosinya terlalu bertindih
dengan rasa sedih. Segera dia mengesat kembali air matanya.
Kalau
ikutkan hatinya, ingin sahaja diusap pipi milik Luqman. Ingin sahaja dia digengam
tangan milik Luqman ini. Namun agama melarangnya. Ada batas dan garisan antara
mereka. Hanya air mata menjadi saksi pertemuan mereka kali ini. Tiada lagi
senyuman mesra sebagai sapaan.
‘Berhentilah
mengalir wahai air mata. Izinkan aku kuat menghadapi semua ini... Ya Allah, aku
janji aku tidak akan merungut dengan ujian ini. Tapi aku mohon kau bekalkan aku
kekuatan Izinkan aku terus melangkah tanpa sebarang rungutan walaupun kakiku
bagai telah dirantai dengan besi panas!’
“Luqman, awak ingat tak masa kita mula-mula kenal...”
Faraneesha mula tersenyum. Dia ingin mengimbau kembali kenangan yang pernah
mereka miliki satu ketika dahulu.
“Hari tu hujan... masa tu saya baru turun dari perut bas,
awak bawa kereta dengan sangat laju.. tanpa sedar awak, awak terlanggar kelopak
air.... Habis basah baju saya...” Faraneesha tergelak kecil mengenangkan
insiden tersebut.
“Sia-sia sahaja pakai payung untuk lindung diri dari
kebasahan. Alih-alih air yang ada atas jalan pula yang membasahkan saya....”
Suara Faraneesha terhenti seketika.
“Serius saya rasa macam nak mengamuk! Saya janji dengan
diri sendiri untuk sepak je awak nanti. Tapi bila awak keluar je dari kereta,
saya terus tergamam... Tercengang tengok muka awak.. Kenapa hensem sangat ni?
Hahaha...” Dia ketawa lagi sambil mengesat air mata yang tidak henti-henti.
Faraneesha sudah tidak mampu untuk meneruskan bicara
apabila kenangan itu bagai mencengkam seluruh jiwa dan jasadnya. Ingatannya
mula mengarit kenangan. Inilah saat yang dia tidak akan pernah lupa untuk
seumur hidupnya.
“Kenapa jalan kat bahagian kelopak air ni? Kan dah
terkena?” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Luqman. Faraneesha sendiri
tidak dapat mentafsirkan riak wajah lelaki itu. Marahkah? Perlikah? Sebab
intonasinya tenang sahaja sampai ke cuping telingannya.
“Habis tu, tak akan nak jalan tengah-tengah jalan tu.”
Faraneesha memuncungkan mulut ke arah jalan raya.
‘Cakap tak pernah
fikir? Padahal kau yang memandu macam tak ingat dunia!’
Nama pun
tengah hujan. Pastilah jalan yang tidak rata ini akan dihuni oleh kelopak air.
Luqman mengarukan kepalanya. Hujan pula semakin melebatkan diri.
Tanpa
berfikir panjang, terus Faraneesha menumpangkan lelaki yang tidak dikenali itu
di bawah payungnya. Hatinya jatuh kasihan melihat lelaki itu mula kebasahan.
Luqman menjadi terharu dengan kebaikan gadis itu.
“Saya
minta maaf.. saya tak sengaja..” Putus Luqman. Memang jelas yang dia salah.
Jadi wajarlah jika dia yang memohon kemaafan.
“Tak
apalah.. dah jadi dah pun.. nak marah pun dah tak guna.” Faraneesha memang
dikenali dengan sikap yang malas untuk berbalah!
“Eerr...
biar saya hantar awak balik jelah.” Serius mata Faraneesha seakan-akan
terbuntang mendengar perlawaan Luqman itu.
“Eh..eh...
tak apalah.. Rumah saya dekat je.” Gila nak menumpang balik. ‘Entah-entah
hendak dijual aku ni? Aku ni harga lelong pun mahal lagi tau!’ Fikiran
Faraneesha masa itu, memang dah kelaut! Melalut!
“Saya
yang menyebabkan awak kebasahan macam
ni.. Lagipun baju kurung awak ni dah lejun sangat. Awak tak takut ke kalau ada
lelaki-lelaki yang usik awak nanti?” Luqman sengaja mengacau bilaukan perasaan
Faraneesha.
“Apa
bezanya lelaki-lelaki tu dengan lelaki depan saya ni? Namapun lelaki kan? Tetap
membawa maksud yang sama.”
Luqman
tersenyum. Senang dengan sikap berprasangka buruk gadis itu. Boleh nampak raut
wajah gadis ini yang sangat cantik untuk dilihat.
Tiba-tiba
Luqman mengeluarkan telefon bimbitnya dan dihulurkan kepada Faraneesha. Mata
Faraneesha membulat. Tidak mengerti perlakuan lelaki aneh dihadapannya.
“Nah!”
“Buat
apa?” Sebab dia tak tahu, jadi dia bertanya terus. ‘Ke nak bagi aku terus?
Boleh boleh boleh’
“Nama
saya Luqman bin Razak. Nombor kad pengenalan saya 850510065123, alamat rumah
saya no 14, lorong Jaya Permai,....” Belum habis Luqman bercakap, Faraneesha
sudah menyampuk.
“Eh...
kejap.. kejap... apa motif awak beritahu semua ni?” Tak faham sungguh dengan
perangai lelaki ini.
“Awak
boleh telefon mak ayah awak, cakap yang awak balik dengan saya.. Andai kata
awak tak pulang dengan selamat, mak ayah awak boleh buat report polis terus.”
Faraneesha
rasa macam hendak pengsan! ‘Lelaki macam ni pun ada ke?’
“Telefonlah
cepat... payung ni dah tak mampu nak menampung kita berdua.” Faraneesha
mencebik. Mengada-ngada betul!
Akhirnya
dia menurut sahaja. Namun tidaklah sampai dia menceritakan segalanya tentang
Luqman.
“Abah,
kalau Akak tak balik, abah telefon nombor ni sahaja.” Abah kelihatan agak
pelik. ‘Aku malas hendak meneruskan perbualan. Lagipun, memang hampir satu
badan sudah dibasahi air hujan dan kelopak air tadi. Jadi tidak selesa pula!’
“Yalah..
yalah... saya ikut awak balik.. Tapi kalau awak buat apa-apa pada saya, jaga
awak!” Keras amaran itu. Jari terlunjuknya juga diangkat sedikit.
“Amboi,
berani nak sound-sound pulak.. Awak tu yang kena berjaga-jaga.” Usik Luqman.
“Hah!”
“Cepatlah
masuk! Kang habis drama swasta, start drama hindustan pulak.” Luqman mengambil
payung dari pegangan Faraneesha lantas membuka pintu buat gadis itu. Faraneesha
tersentak dengan tindakan spontan Luqman itu. Entah kenapa, hatinya terusik.
“Awak
dah ada teman lelaki?” Itulah soalan lelaki pertama Luqman tika badannya masuk
ke dalam perut kereta.
“Hah!”
Hari ini, sudah berapa kali dia terkejut dengan karenah lelaki ini. Luqman
tergelak senang.
“Bukan
apa... kalau saya nak mengorat awak boleh?” Automatik Faraneesha mengiring ke
belah kanan. Terus mengadap lelaki itu.
“Jangan
macam-macam boleh tak?” Faraneesha tidak senang dengan usikan lelaki itu. Dia
tidak suka orang menyentuh hatinya. Nanti jika terbuai, buat naya badan sendiri
sahaja.
“Lah,
saya macam ni je, nak macam mana lagi? Saya serius ni.. Nanti saya nak jumpa
mak ayah awak teruslah. Nak chop awal-awal.. boleh macam tu?” Faraneesha sudah
boleh mengagak. Lelaki yang menumpangkannya ini memang gila!
“Boleh
tak jangan main-main?”
“Lah,
bila masa pulak saya main-mainnya....” Lelaki itu tersenyum sambil mula memandu
dengan tenang. Namun Faraneesha pula yang sakit hati melihatnya.
“Kenapa
perempuan payah benar bila lelaki tu nak mengorat dia eh?” Tanya Luqman
tiba-tiba.
“Kenapa?
Ramai sangat ke perempuan yang awak mengorat tu?” Entah kenapa, Faraneesha
terasa seperti diserang cemburu. Sakit hati menjengah. Padahal dia dengan
lelaki ini baru sahaja berjumpa tidak sampai setengah jam!
“Saya
pernah mengorat perempuan ni je..” Dilirik sendikit anak matanya. Faraneesha
mula naik menyampah dengan lelaki tidak bertauliah seperti Luqman ini.
“Ayat
lelaki,, bisa mengalahkan racun!” Kenapa hatinya rasa tidak enak eh? Lelaki di
sebelahnya ini pakai ubat guna-guna ke?
“Perempuan
pulak, selalu fikir serong!!!” Tembak dia selamba. Faraneesha menjeling.
Faraneesha sudah malas hendak melayan. Terlebih layan, hatinya juga yang sakit!
“Okay
Neesha, kita dah sampai...” Terus Luqman mencapai payung di belakang kereta dan
mula keluar.
“Eh,
macam mana mamat ni tahu nama aku? bila masa pulak aku beritahu alamat rumah
kat mana?” Monolog Faraneesha sendiri. ‘Dia ni memang ada pakai mantera ni?’
Aduh!!!
Pintu
terbuka kereta terbuka dari luar. Luqman sudah bersedia dengan payung untuk
menangkis air hujan dari membasahi mereka.
“Macam
mana awak tahu rumah saya? Saya tak beritahu pun?” Tanya Faraneesha tanpa agak.
Riak wajahnya jelas tertanya-tanya. Luqman tersenyum sahaja.
“Eh, Man...
macam mana boleh tumpangkan Neesha?” Suara Abah yang muncul itu membuatkan
kedua-duanya berpaling.
“Errr..
terserempak dengan Neesha di bas stop depan tu.” Mereka masuk ke dalam garaj
kereta secara beriringan. Faraneesha bertambah tercengang.
“Abah kenal
dengan Luqman ni?” Tanya Faraneesha terus. Kalau tanya pada Luqman, sampai
sudah tidak ketemu jawapannya.
“Lah,
dia ni anak pak cik Razak.. kawan baik abah masa sekolah dulu. Eh, jemput minum
petang dulu Man...” Pelawa abah riang saambil mula masuk ke dalam rumah.
Mungkin memberi perkhabaran kepada ibu.
Faraneesha
memandang ke arah Luqman yang kebetulan sedang memandangnya. Lelaki itu
tersenyum kacak. ‘Kalau kau beritahu awal-awal yang kau ni anak kawan abah, tak
payahlah aku susah-susah berfikir.’
“Terima
kasih ya Luqman.. sebab tolong hantarkan saya selamat ke rumah.” Perkataan
selamat itu ditekan sedikit. Sengaja!
“Keselamatan
awak adalah keutamaan saya...”Tika ini, panahan mereka mula bersatu. Namun
segera Faraneesha mengalihkan pandangan. Tidak mahu terperangkap lagi walaupun
hatinya sudah sedia tertangkap.
“Neesha....”
Panggilan Farafeesa itu memecahkan semua kenangan yang terperangkap di dalam
lautan fikirannya. Sungguh, jiwa Farafeesa sakit melihat air mata yang memenuhi
wajah kembarnya.
‘Bertahanlah
kak... bersabarlah....Allah sedang memberikan perhatian kepadamu.. Allah sedang
menguji Imanmu.. Allah ingin mengandakan rasa syukurmu padanya... Allah ingin
mengandakan pahala buatmu...’
“Nah....”
Faraneesha menyambut huluran Yasin itu dengan air mata yang masih
bergelinangan. Walau puas diseka, air mata tersebut bagai tidak mahu hilang.
Bagai tidak pernah habis.
“Yasin ni bukan sahaja menjadi
kekuatan jiwa.. tapi jika dibacakan kepada orang yang sakit, akan terhindar
segala penyakitnya.” Farafeesa datang dengan senyuman yang mengandungi
kekuatan.
“Thanks
Feesa....”
“Jangan penat berdoa kak.... Jangan
bersedih jika waktu tidak berpihak pada kita.. Sebab Allah lebih mengetahui
segala sesuatu buat hambanya...” Diperkemaskan gengaman tangannya di bahu milik
Faraneesha.
Cuba
dipindahkan segala kesulitan gadis itu kepadanya. Dia rela menanggung
segalanya. Dia rela jika Allah menggelapkan kebahagiaannya jika dia perlu
berkorban segala-galanya untuk Faraneesha. Kerana dihujung kehidupannya ini,
dia hanya ingin membahagiakan keluarganya. Hanya itu pintanya. Hanya itu
doanya. Kebahagiaan dirinya, awal-awal lagi sudah ditolak ke tepi.
“Aku
bersyukur Feesa... sekurang-kurannya aku masih ada kau.. Kalau kau tak ada...
aku pun tak tahulah....” Faraneesha mengeluh sedikit.
Entah
kenapa, air mata Farafeesa menitis di pipi. Hatinya sebak mendengar kata-kata
kembarnya. Besar sungguh makna kata-kata kakanya itu. Mujurlah dirinya sedang
membelakangi Faraneesha. Jika tidak, pasti sahaja kakaknya itu akan kepelikkan.
‘Maafkan
aku Neesha... Sebenarnya aku lagi lemah dari kau... Aku ini sebenarnya tidak
kuat mana. Perasaan aku masih rapuh dimamah derita yang berkunjung.’
Cepat-cepat diseka air matanya.
‘Wahai air
mata, jangan kau basuh kekuatanku.. Pergilah air mata... Pergi jauh-jauh.. Baik
di wajahku atau dihatiku....’
BAB 30
“Keadaan
dia dah terlalu kritikal... Kami tidak dapat hentikan pendarahan di kepalanya.
Lagipun, buah pinggangnya juga sudah tidak berfungsi lagi. Saya harap, ahli
keluarganya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.” Kata-kata tuan
doktor itu bagai meragut tangkai hati milik Faraneesha.
Ahli keluarga yang
mendengar semuanya mengalirkan air mata. Apatah lagi apabila menangkap air mata
di tubir mata Umi.
Farafeesa
melihat saudara kembarnya itu berpaling untuk mengesat air mata. Dia sedar yang
kakaknya itu sedaya upaya mengumpul sisa-sisa kekuatan yang masih ada.
Faraneesha perlu kuat untuk menampung kesedihan milik ahli keluarga yang lain.
“Ya
Allah... selamatkan anakku....” Umi merintih sambil menangis teresak-esak. Hanis yang berada di
sebelah cuba menenangkan Uminya.Yang lebih menyedihkan ialah, Umi sedang
memeluk baju milik Luqman.
“Sabar
Umi... InsyaAllah abang tak apa-apa..” Pujuk Hanis. Walaupun dia sedar yang
kata-kata itu hanya bermain di hujung lidahnya. Dia juga ikut turut menangis.
Beberapa kali disesat air mata milik Umi walaupun air mata sendiri tidak mampu
untuk disapu.
“Umi...”
Faraneesha mula melangkah merapati. Hanis mula
meninggalkan bakal kakak iparnya untuk terus memujuk umi. Kakinya diarahkan
menuju ke dalam bilik yang menempatkan Luqman. Air matanya juga sudah tidak
dapat ditahan lagi. Hanis juga sudah tidak punya kekuatan untuk terus
membekalkan kekuatan pada Umi.
Bagi
Hanis, Luqman itu adalah tunjang kekuatan dirinya, lantaran apabila matanya
melihat sekujur tubuh itu kaku di pembaringan, jiwanya seakan-akan goyah dalam
menerima takdir yang mendatang.
“Abang,
sedarlah... kami semua perlukan abang!” Tangannya jatuh pada tangan Luqman yang
sejuk. Air matanya menitis lagi.
Sementara
di luar bilik, Faraneesha sedaya upaya memujuk bakal mertuanya itu.
“Anak
Umi perlukan kekuatan Umi... Umi kena kuat.. Umi kena kuat..” Dipeluk bakal ibu
mertuanya itu. Air mata yang tergenang Faraneesha tahan mengunakan seluruh
kekuatannya. Beberapa kali dikerdipkan matanya. Menahan air mata dari terus
mengalir.
“Dia
satu-satunya anak lelaki Umi... Dialah kekuatan Umi Neesha.. Dialah semangat
Umi.. Umi tak kuat nak hadapi semua ini.. Aku tak kuat Ya Allah..” Mengongoi
Umi menangis. Farafeesa yang melihat juga ikut bergenang air matanya.
‘Adakah
ibu akan menangis sebegini rupa tika menghadapi pemergianku nanti? Atau ibu
hanya akan lebih gembira setelah aku lesap dari dunia pinjaman Allah ini?’
Semua persoalan ini bermain di benaknya.
Farafeesa
mula membangunkan hatinya yang terasa ingin rebah menyembah tanah. Dia
seharusnya tidak boleh berfikir yang tidak-tidak tentang ibunya. Sudah lama ibu
tidak rapat dengan dirinya. Mungkin sahaja ibu kekok untuk bermanja dengannya.
Tidak selesa untuk memanjakan dirinya.
‘Fikir
positif Feesa....’ Dia terus menerus cuba memujuk diri. Dia melangkah
meninggalkan Faraneesha yang sedang memujuk Umi itu. Dia ingin keluar sebentar
dari episod kesedihan ini.
“Feesa...”
Panggilan itu membuatkan dia berpaling.
“Bos...
Bos buat apa kat sini?” Agak terkejut sedikit menyambut kedatangan majikannya
itu. Apa motif lelaki ini berada di sini.
Dia mula
merapatkan diri ke tempat Ezrakil berdiri. Dia tidak mahu membuatkan keluarga
Luqman tidak selesa dengan kedatangan Ezrakil. Bimbang juga kalau ada yang
berfikiran yang tidak-tidak.
“Saya
datang nak jumpa awaklah...” Dalam diam, Ezrakil mula mengutuk diri sendiri.
‘Kenapalah boleh terlepas cakap ni?’
“Hah!!!”
Farafeesa mula tercengan sendiri. ‘Jumpa aku? Nak buat apa?’
“Err...
kebetulan saya lalu jalan ni. Teringat pula yang tunang kakak awak masuk
hospital. Jadi saya datanglah nak melawat. Tak sangka pula jumpa awak.”
Cepat-cepat dia perbetulkan kembali kenyataannya tadi. Haru sungguh!
“Oh....”
“So, dia
macam mana? Ada apa-apa perubahan?”
“Hmm,
macam tulah... Tak ada apa-apa perubahan pun. Doktor cakap keadaan dia agak
kritikal...” Terang Farafeesa sedikit. Ezrakil hanya teranguk-angguk sahaja.
Tiba-tiba kedua-keduanya senyap tanpa suara. Agak canggung pula rasanya.
“Err...”
Entah kenapa, mereka ingin berbicara dengan serentak.
Akhirnya
mereka ketawa kecil. Mujur sahaja jauh dari sanak saudara Luqman. Jika tidak,
nampak seperti tidak menghormati orang sakit pula.
“Bos nak
cakap apa?” Macam mana boleh ada chemistry, dia sendiri tidak tahu. Mungkin
secara kebetulan sahaja.
“Awak
dah makan?” Ezrakil tersenyum-senyum.
“Saya
tak ada seleralah bos...”
“Ish..
kenalah makan sikit.. Kalau awak tak makan, macam mana awak nak pujuk Neesha
makan.” Sedikit sebanyak dia kenal juga dengan Faraneesha. Walaupun mungkin
tidak terlalu rapat, tapi dia boleh beza yang mana satu Faraneesha dan yang
mana satu Farafeesa. Bukankah cinta itu dapat mengesan segalanya. Cehwah!!!
“Jom
saya teman awak pergi makan... Lepas tu awak boleh bungkus makanan untuk Neesha
sekali.” Ajak Ezrakil semangat. Dekat pejabat memang terasa sangat jenuh nak
mengajak Farafeesa makan tengah hari sama-sama. Takut juga kalau-kalau staff di
pejabat buat gimik. Padahal dirinya yang tidak pernah menghulurkan sapaan. Entahlah..
mungkin malu kot..
‘Susah
nak ajak Feesa ni... sebab ni dia degil.. keras kepala.... banyak songeh pun
ada jugak.. tapi dialah... dialah yang pernah berjaya mencuri hatiku... Dia
unik dalam kategori dirinya sendiri. Dia memaknakan kata-katanya. Dia ada
pendirian yang orang lain tak ada.. Dan dia 24 jam jadi diri sendiri. Tak perlu
mengorat sesiapa kerana secara lumrahnya, lelaki-lelaki di luar sana automatik
akan terjatuh hati pada sikapnya. Termasuklah lelaki ini...’
“Bos dah
makan belum?” Segan pula rasanya jika ingin bersama-sama dengan Ezrakil.
Dalam
diam, dia mengagumi pemakaian Ezrakil yang lebih kelihatan sempoi jika hendak
dibandingkan dengan pakaian yang dikenakan untuk ke pejabat. Kebiasaanya,
lelaki ini 24 jam memakai kot. Apabila mata ini dijamukan dengan pakaian T
Shirt biasa ini, Farafeesa jadi senang hati.
‘Memanglah...
tak kanlah nak pergi kerja pakai jeans segala bagai... Aishh..’
“Saya
tak seleralah nak pergi makan sebab awak...” Erk... cepat-cepat Ezrakil
mengetap bibir. Hampir-hampir sahaja terlepas kata lagi. Nasib baik tak sempat
nak teruskan ayat. Tak kan nak cakap tak berselera disebabkan ketiadaan
dirinya.
‘Janganlah
Feesa syak yang aku suka kat dia?’ Keluh suara hatinya.
‘Tapi
bukan itu ke yang kau nak?’ Bisik satu suara lagi.
‘Aku
takut dia makin jauh.. dah lah sekarang pun tak pernah lekat... Aishh..’
‘Ada
jodoh tak ke mana.. Tak ada jodoh nak buat macam mana??’ Tergeleng-geleng
kepala Ezrakil dibuatnya. Jika sedang bersama dengan Farafeesa, hatinya tidak
pernah duduk diam. Senantiasa bertindak di luar batasnya.
“Bos....”
Farafeesa memandang Ezrakil pelik. ‘Kuat berangan jugak eh mamat ni?’
“Err....
awak ada tanya apa-apa ke tadi?” Macam mana nak dengar kalau kata hatinya
sendiri bercakaran sesama sendiri. ‘Tak pernah setia dengan tuan punya
badan...’
“Bos nak
makan dekat kantin ke or bos nak makan kat luar?” Dia tidak begitu mengharapkan
untuk makan di luar. Dia bertanya kerana dia sedar yang Ezrakil sentiasa
menjaga pemakanannya. Bukan semua tempat dia pergi.
‘Bukan main bedal macam aku ni!’
“Dekat
kantin jelah.. Lagipun saya tak nak pinjam masa awak lama-lama sangat. Karang
kalau Neesha cari, susah pulak jadinya.” Dia sedar yang dia tidak boleh terlalu
mengikut rasa cerewetnya. Dia perlu beralah mengikut situasi. Atau dengan ayat
yang lebih mudah, dia lebih senang jika hendak beralah apa sahaja dengan
Farafeesa. Cinta memang mampu memungkinkan segalanya kan...
“Bos tak
kisah ke makan kat kantin hospital je?” Tanya Farafeesa konon-konon ramah.
Sebenarnya dia tidak mahu terlalu kekok tika sedang bersama dengan Ezrakil. Kebiasaanya,
mereka hanya membincangkan tentang isu
kerja. Topik luar jarang bawak masuk.
“Apa
yang dikisahkannya? Makanan kat hospital ni lebih terjamin kebersihannya jika
hendak dibandingkan dengan makanan luar.” Farafeesa tersenyum. Tidak menyangka
sebenarnya. Namun apa yang hendak dihairankan. Ezrakil memang spesis manusia
yang pelik. Entah macam mana boleh tercipta manusia seperti ini?
“Bos
duduklah.. saya pergi ambilkan.. Hmm, bos nak makan apa?” Berkerut dahi Ezrakil
mendengar perlawaan pemilik hatinya itu. ‘Ini siapa lelaki, siapa perempuan
nih?’ Confuse pulak.
“Awak ni
dah terbalik Feesa..” Wajah Ezrakil merekah dengan senyuman kacak.
“Apa yang terbalik?” Ish... tak faham betul!
“Sepatutnya lelaki yang tanya soalan tu Feesa... Awak ni,
tak pernah bercinta ya?” Ezrakil tersengih-sengih. Pantang berpeluang, dia
pasti ingin mengusik. Tapi sebenarnya dia ingin Farafeesa mengenang kenangan
mereka yang tidak seberapa banyak ni.
“Kenapa? Bos dah selalu bercinta ke?” Balas Farafeesa
tidak mahu kalah. ‘Ceh, dia guna taktik nak mengoratlah tuh!’
“Feesa... dalam dunia percintaan, masing-masing ada tugas
masing-masing... Jadi, tak payah pikul tugas orang lain. Just pikul apa yang
perlu sahaja. Kalau semua benda awak nak kendong, memang tak laratlah...”
Berpinar kepala otak Farafeesa. Ingin memaknakan
kata-kata milik Ezrakil. ‘Mamat ni kalau berfalsafah, profesor cinta pun
kalah!’
“Errk.... apa kena mengena dengan kita sekarang?” Ezrakil
tersedar sendiri. ‘Aah kan... apa kena mengena dengan kita orang sekarang?
Alamak... terlepas lagi... Uish..’
“Hmm,, saya pergi ambilkan makanan dulu. Nasi ayam okay
kan?” Laju sahaja Farafeesa menganguk. Sudah malas hendak berfikir tentang menu
makanan. Pelik dengan sikap aneh Ezrakil ini. Ajaib kerana lelaki ini memang
benar-benar wujud di hadapannya sendiri.
Ezrakil menahan rasa gabra. Sungguh menggelabah!
Mereka makan tanpa banyak bicara. Masing-masing mahu
menahan rasa. Lebih-lebih lagi Ezrakil. Sudah acap kali terkantoi dengan
Farafeesa. Dia sendiri tidak pasti sama ada Farafeesa perasan ataupun gadis ini
memang tidak punya perasaan. Daripada tadi asyik buat derk ajeh.
Usai habis makan, terus sahaja Farafeesa memohon diri
untuk kembali ke wad Luqman. Ezrakil menawarkan diri untuk menemani.
“Terima kasih sebab temankan saya makan.” Ujar Ezrakil
dengan senyuman manis.
“Terima kasih jugak sebab belanja saya makan..” Balas
Farafeesa pula.
“Feesa... Awak sepatutnya jawab sama-sama.” Kata Ezrakil
lambat-lambat. Farafeesa tersenyum malu. ‘Kenapa kami boleh jadi seperti ini
ya?’
“Sama-sama kasih Encik Ezrakil....” Sengaja Farafeesa
mengusik. Merah padam muka Ezrakil. Farafeesa tergelak kecil. Namun hanya
sekadar di dalam hati.
‘Perkataan kasih itu sesungguhnya sudah berjaya mengusik
hatiku Feesa... Ya Allah, permudahkanlah dirinya untuk menyintai aku
sebagaimana dalamnya cintaku padanya.’ Itulah doanya siang dan malam. Moga satu
hari nanti, Farafeesa akan benar-benar menjadi miliknya.
“Saya mintak diri dulu ya...” Ezrakil menganguk sedikit
dan tersenyum. Pasti malam ini dia dapat tidur lena.
Farafeesa mula berpaling. Ingin melangkah menghampiri
ibunya yang sudah tiba. Namun entah kenapa, raut wajah Puan Azah tajam
memandang Farafeesa. Mungkin matanya dapat menangkap perlakuan anaknya bersama
dengan majikannya itu.
“Pergi mana?” Serius sahaja suaranya. Moga sahaja Puan
Azah duduk agak jauh dengan pelawat yang lain.
“Pergi makan..” Belum sempat Farafeesa menghabiskan ayat,
si ibu sudah bertindak memintas kata-katanya.
“Pergi makan tak ajak Neesha? Kamu fikir perut kamu je
kan....” Perit. Itulah satu perkataan
yang sesuai untuk mengambarkan rasa hatinya. Perlakuannya tidak pernah
betul di pandangan ibu.
“Tadi Neesha dengan Umi.. Jadi Feesa belikanlah makanan
untuk dia.” Jawab Farafeesa perlahan. Nada suaranya berhalus sahaja. Menjaga
hati ibu adalah perkara yang paling dia utamakan dalam hidup ini.
“Neesha dengan Umi ke atau kamu sibuk duk berdating
dengan bos kamu tu? Sebab tu tak mahu Neesha kacau daun kan.. Hei Feesa, kau ni
tak fikir ke hah? Neesha kan tengah sedih tu... Kau selamba je tinggalkan dia
sorang-sorang... kembar apa kau ni? Atau sebenarnya kau suka bila dia
menangis... Kau senang eh tengok dia menderita? Macam tu?”
Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Puan Azah. Tidak
dia pedulikan riak wajah Farafeesa yang berubah seratus peratus itu. Puan Azah
memang tidak berkenan jika Farafeesa melebihkan benda lain lebih daripada
keluarga.
“Ikut ibulah nak cakap apa pun... Feesa nak pergi solat.”
Bungkusan makanan itu Farafeesa berikan kepada adiknya yang kebetulan datang ke
arah mereka.
Biarlah dia beralah lagi. Lagipun tidak akan pernah
beroleh kemenangan jika bertikam lidah dengan orang tua ini. Dia tidak betah
lagi terus mengambil hati dengan kata-kata ibunya.
“Makanan ni untuk siapa?” Tanya Fatin.
“Bagi dekat kak long..” Ujar Farafeesa sambil berlalu
pergi.
“Orang cakap sikit je, mulalah nak merajuk...
Sensitif!!!” Telinganya sempat menangkap kata-kata ibunya sendiri. Namun dia
tetap melangkah menuju ke surau.
Sedih....?? Hmm, perasaan ini telah lama dia rasakan...
Sakit...?? Jiwanya sudah terlalu lali dengan kesakitan ini... Tersisih...??
Memang dia sedar yang dari dulu dia memang tidak pernah mendapat tempat di hati
ibu... Menangis...?? Air matanya telah kering... mungkin juga perasaannya telah
mati.
Satu
ketika dahulu, dia sering tertanya-tanya. Kenapa ibu terlalu pilih kasih? Apa
perbezaan yang ada di antara mereka berdua? Kenapa dia sering dipersalahkan
dalam apa juga perkara? Sehingga ke hari ini, persoalan ini sering menganggu
gugat perasaan dan jiwanya.
Namun
hari ini dia sedar... Walau apa sahaja kelebihan yang dia miliki, dia tetap
akan kekurangan satu benda. Perhatian dan kasih sayang daripada seorang ibu.
Betapa beruntungnya Faraneesha.
‘Tapi
aku tetap beruntung kerana aku masih dilahirkan di dalam rahim miliknya. Aku
bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak membuang aku terus dari
hidupnya.’ Farafeesa tersenyum.. Dia akan tetap tersenyum untuk menyambut
takdir yang telah ditetapkan kepadanya. Bukankah senyuman itu adalah tanda
kerelaan hati menempuh ujian Ilahi.
wah cite akak best n terharu la dgn feesa brkorban utk kluarga yg dia syg.......
ReplyDeleteteruskan kak........ gaya penulisan akak bagus la.. :)
best akak...bab ni sedih ase....
ReplyDeletemantap kak
thanks dira n zetyiman..
ReplyDeletecerita ni mmg menceritakan tntang pengorbanan
dan kasih syang.. sahabat, percintaan dan kekeluargaan...
sdih..agak2 apa yg berlaku pada feesa ek??
ReplyDeletemak dia jahat!
ReplyDeletekak bestlah citer ni..feesa bekorban untuk keluarganye..sweet n teharu..godd luck
ReplyDeletepengorbanan bukti kasih dan cinta...
ReplyDeletehmmmmmm
gud job sara..
puan azah jgn lebih2 eh.. nak kena dengan teledera ke neh? hehhehe