Farafeesa
hanya mendiamkan diri tika rakan sekerja yang lain asyik membincangkan tentang
annual dinner syarikat yang akan diadakan pada malam nanti. Entah, kalau
ikutkan hatinya, terasa malas benar dia hendak menghadiri majlis itu. Sesak
kepala otaknya.
Bertambah pula
ketika melayan perangai Ezrakil yang terlalu pelik sejak dua menjak ini. Sakit
yang dihidapinya ini makin teruk akibat melayan perangai Ezrakil. ‘Entah dari planet manalah mamat ni muncul? Sakit yang
sikit makin menjadi-jadi sakitnya.’
“Weh, kau pakai
baju apa malam nanti?” Ini sorang lagi, tak padan dengan mak buyung. Sibuk
bergaya mengalahkan artis yang hendak menghadiri Anugerah Bintang Paling
Porpular sahaja.
“Entah...”
Farafeesa malas hendak melayan topik yang tidak memikat
hatinya. Sebenarnya dia sudah plan untuk tidak menghadirkan diri pada majlis
malam nanti. Lagipun, dia malas hendak fikir pasal baju, pasal persiapan segala
bagai dan pasal office. Dia ingin rehat-rehat sahaja di rumah.
Lagipun dia bimbang jika Faraneesha ingin mengajak dia
menemani Luqman di wad nanti. ‘Neesha tengah sedih-sedih, tak kan aku nak
bergalak kat dinner pulak.’
“Feesa.. Kau ni kenapa sebenarnya?” Atiq sudah mula
merapat. Dia akui sejak dua menjak ini, perangai Farafeesa berubah seratus
peratus! Makin kuat menyendiri. Sejenis manusia yang suka simpan masalah
sorang-sorang.
“Kenapa apa? Tak ada apa-apa pun...” Tanganya masih laju
mengemaskinikan dokumen client.
“Feesa... tak kemananya document tuh.. Orang lain tengah
sibuk-sibuk cerita pasal dinner, kau sibuk buat kerja... Sudah-sudahlah tu
tunjuk rajin.. Bos memang dah tahu yang kau memang bekerja yang rajin.. Sebab
tu dia sayang kau sangat-sangat.”
Atiq tersenyum-senyum menyampaikan kata. Farafeesa mengetap
bibir. Balik-balik Ezrakil. Balik-balik Ezrakil... Pi mai pi mai... tang tu
jugak yang Atiq suka hendak menyebut.
Apa ada pada Ezrakil tu? Nak kata hensem, Remy Ishak lagi
hensem kot.. Nak kata baik... tang mana yang baik kalau kerjanya nak membuli
orang ajeh. Pokoknya, tak ada yang menarik tentang Ezrakil di hatinya.
“Atiq, kalau orang
lain dengar, boleh bawa maksud lain tau.. Kang tak pasal-pasal kecoh sekampung
office ni.. Kau bukan tak tahu department lain tu macam mana...” Farafeesa
memperingatkan temannya itu. Malas hendak melayan.. tapi alih-alih pasti
terlayan juga perangai kecoh Atiq ini.
‘Suka sangat mengosipkan aku dengan Ezrakil... Aku tak
sukalah mamat tu.. Sebab dia sentiasa perasan bagus dalam serba-serbi.. Kot ya
pun bagus, tak perlu nak menunjuk sangat kot...Huh!!!’
Persoalan Farafeesa sekarang ialah, kenapa Atiq suka
benar mengosipkan dirinya dengan Ezrakil? Kenapa tidak rakan pejabat yang lain?
Ramai lagi lelaki? Kenapa lelaki itu? Kalau hanya sebab harta, memang Ezrakil
punya kelebihan berbanding yang lain-lain. Tapi dia bukan sejenis perempuan
yang memandang pada harta atau paras rupa. Lagipun, Ezrakil tidak akan mampu
memiliki hatinya. Kerana awal-awal lagi telah disorok hatinya ini dari gapaian
sesiapa pun dan dia juga pasti yang lelaki seperti Ezrakil bukan memandang
perempuan spesis sepertinya.
“Hah, senang sikit... tak payah susah-susah buat kenduri
lagi.. kita combine je kenduri kahwin kau masa annual dinner malam nanti...
Senang kerja, habis cerita.” Selamba badak dia mengutarakan pendapat. Atiq
tergelak besar.
Farafeesa mengigit bibir. Tanpa berfikir panjang, terus
dia membaling pen yang sedari tadi menari di tangannya. Atiq laju sahaja
mengelak namun pen tersebut terkena pada muka Ezrakil yang tiba-tiba muncul
dari arah belakang.
“Aduh!”
Bagai dipanah petir, segera Farafeesa bangun dari
duduknya. Ketawa Atiq terus mati. ‘Bila masa pulak mamat ni boleh muncul? Ish,
pantang sebut.. pasti muncul.’
“Bos, bos tak apa-apa?” Cepat sahaja dia mendapatkan
Ezrakil. Dia mengetap bibir. Geram dengan Atiqah!! Tak pasal-pasal pen yang
dibaling terkena muka bosnya sendiri.
Farafeesa menjeling sedikit ke arah Atiq. Ingatkan mak
buyung itu cuak, tapi boleh pulak dia tersenyum macam kerang busuk. Hampeh!!!
‘Untung saja kau mengadung Atiq, kalau tak memang dah lama kena belasah! Nanti
tak pasal-pasal aku pulak yang jadi mak bidan tak bertauliah!’
“Ganasnya awak ni Feesa...” Ezrakil meraut beberapa kali
wajahnya. Perit!
“Err sorry sangat-sangat bos.... saya tak sengaja..
Lagipun saya...” Kata-katanya terhenti. Tidak jadi hendak meneruskan ayat. ‘Tak
akan nak cakap Atiq menggosipkan mereka berdua. Tak pasal-pasal dapat masalah
baru nanti!’
“Tak apalah Feesa... tapi kesian suami awak nanti.”
Ezrakil mengeleng-gelengkan kepalanya sedikit.
“Kenapa dengan suami saya nanti?”
“Yalah..
saya masuk office lambat pun kena baling dengan pen.. Kalau suami awak balik
kerja lambat, mahu kena baling dengan periuk belanga kan...” Usik Ezrakil
sengaja. Dia terlalu merindui Farafeesa yang dahulu. Yang kuat menyakat dan
kuat menjawab.
Farafeesa
buat muka kelat. Sakit di hati tak usah dicakaplah... Bukan rasa nak baling
periuk sekarang, tapi nak baling si Ezrakil ni ke tingkat bawah. Tiba-tiba
datang idea nakal.
“Aish..
kalau dia berani balik lambat, dengan dia-dia saya baling ke luar rumah.” Hah,
ambik kau! Terbeliak mata Ezrakil.
“Hahhh...!!!”
Ezrakil terkejut. Sudah lama Farafeesa tidak menjawab sebegini rupa. Sejak dua
menjak ini, gadis ini makin menyepikan diri. Senyuman manis mula lahir di wajah
Ezrakil.
“Garangnya!”
Komen Ezrakil selamba.
“Memang
kena garang dengan lelaki ni.. Kalau kita baik dia akan naik lemak, lepas tu
mulalah jadi tamak!” Banyak pula idea nak menjawab. Farafeesa juga sudah terasa
rindu hendak mengenakan bosnya itu.
Ezrakil ketawa kecil. ‘Alhamdulilah.. dia sudah mampu
tersenyum.. kalau dengan membelasah aku dapat membuatkan dia gembira dan
ketawa, aku rela menjadi mangsanya. Belasahlah diriku ini semahumu, namun rasa
cinta aku padamu tidak akan pernah pudar ditelan rasa.’
“Saya ni
jenis yang tak tamak.. Jenis setia pada yang satu. Kiranya, boleh memenuhi
piawaian awaklah ya..” Kali ini giliran Farafeesa pula yang membulatkan mata.
Terkejut tahap king kong.
Atiq
menutup mulutnya untuk menahan tawa. Kelakar melihat gelagat mereka berdua ini.
Farafeesa dengan keras kepalanya. Ezrakil dengan sikap control machonya. Memang
menjadi sangat.
“Saya
bergurau je.. tak payahlah awak gadaikan mata awak tu untuk saya Feesa.”
Farafeesa menyumpah seranah dalam hati. ‘Memang nak kena lempang mamat ni!!!’
“Eleh,
saya pun sayang lagilah mata saya ni..” Menjawab-menjawab. Itulah ajelah
kerjanya. Farafeesa mula angkat kaki. Bertelagah dengan bos sendiri, memanglah
payah nak menang! Kang tak pasal-pasal kena potong gaji. Ezrakil ni bukan boleh
kira. Kedekut tak ingat dunia. Segala benda kena catu!
“Yalah..
awak nak guna untuk pandang saya kan...” Perlahan namun sempat singgah di
cuping pendengaran milik Farafeesa. Sembilan puluh darjah dia berpaling.
Mencari wajah Ezrakil.
‘Alamak...
dia dengar ke?’ Ezrakil cepat-cepat berpaling ke arah Atiqah. Cuba mengawal
keadaan yang seakan-akan tidak menyebelahinya kali ini.
“Err...
Atiq, macam mana dengan persiapan hotel untuk annual dinner malam ni? Saya tak
nak dengar sebarang masalah masa majlis berlangsung.” Suaranya diseriuskan.
Tidak mahu membenarkan Farafeesa terus mengacau-bilaukan perasaannya. Semua
urusan melibatkan majlis malam ini telah diserahkan bulat-bulat kepada Atiqah
dan Sumayyah. Tidak sedikit pun dibenarkan Farafeesa mengambil alih tugas tersebut
walaupun sebelum ini, Farafeesa yang banyak mengelola majlis seperti ini.
Tanpa
pengetahuan gadis itu, dia sebenarnya sudah merancang sesuatu. Sesuatu yang
bakal merubah hidup mereka berdua. Dia sudah tidak betah menunggu lagi. Dia
akan suarakan rasa hatinya malam ini jugak!
Mujur
sahaja Atiq banyak membantu. Dia tidak hairan lagi jika Atiq mengetahui rahsia
hatinya. Kerana malam ini, semua orang akan menjadi saksi kasih sayangnya pada
Farafeesa.
“Semuanya
berjalan dengan lancar bos...” Atiq mengenyit sedikit matanya. Menghantar
pesanan yang malam ini akan menjadi malam teristimewa buat Ezrakil.
“Bagus...
jangan lupa bawak cik abang kamu sekali.” Ezrakil tersenyum senang. Lega
sedikit hatinya. Kemudian kakinya melangkah pula ke meja Farafeesa. Tak tahulah
sama ada sedang betul-betul sibuk atau buat-buat sibuk.
“Awak
datang dengan siapa malam ni?” Serius sahaja nada suaranya.
“Erk...
saya tak pasti lagi....”
“Saya
nak dengar jawapan yang pasti?” Gesa Ezrakil serius. Farafeesa mengeluh dalam
hati. ‘Tak habis-habis perangai mendesak dia ni?’
“Saya
datang sorang bos...” Entah, dia memang terfikir nak ponteng annual dinner ni.
Nanti balik mesti penat. Esok nak kerja lagi. Lagipun, dia memang malas hendak
melayan semua agenda yang telah diberitahu oleh Atiq tempoh hari.
Ada
kejutanlah, ada kelainanlah, pokoknya ada macam-macamlah. Sesungguhnya sangat
malas! Nanti petang, dia akan buat-buat pening. Nanti tak payahlah menghadiri
majlis tersebut.
“Jangan
awak ada niat untuk tak datang pulak?” Tembak Ezrakil tiba-tiba. Membulat mata
Farafeesa dibuatnya apabila mendengar kata-kata Ezrakil. Bila lelaki itu sudah
angkat kening, Farafeesa sudah mula rasa pening!
“Err...
kenapa saya kena buat macam tu pulak?” Macam manalah Ezrakil boleh membaca apa
yang berada di fikirannya sekarang. Sejak bila pula serkap jarang Ezrakil
mengena?
“Saya
faham sangat awak ni Feesa... sekilas awak bergerak, saya dah tahu apa yang
awak fikir.” Farafeesa mencebik. Menyampah, meluat, menggelikan dan
mengada-ngada sungguh!
“Okay,
then apa yang saya tengah fikir sekarang?” Cabar Farafeesa berani. Atiq hanya
bertindak sebagai pemerhati. Terlebih sampuk karang, ada pula si Feesa
menyumpah seranahnya.
Ezrakil
tersenyum sedikit. Namun itu sudah cukup untuk memperlihatkan kekacakkannya.
“Awak
sakit kan?” Berubah air muka Farafeesa. ‘Macam mana mamat ni boleh tahu?’ Hati
Farafeesa mula bergetar hebat. Atiq juga ikut turut terkejut. Terus dia
berpaling ke arah Farafeesa. Memang sejak dua menjak ini muka Farafeesa pucat
dan adakalanya diserang ruam di wajah cantiknya.
“Macam
mana bos boleh tahu?” Tak mahu tanya tapi terpaksa juga bertanya. ‘Memang betul
ke dia ni boleh baca fikiran aku?’
“Hah,
kan betul saya cakap saya boleh baca apa yang awak fikir... Comfirmlah awak
sakit hati dengan saya sekarang..” Oh... sakit hati rupanya. Memang pun...
Bagai hendak tercabut hati miliknya ini. Farafeesa mendengus kasar. Sudah dua
kali hampir-hampir hendak terkantoi. Sampai bila dia akan selamat?
Atiq mula dapat merasakan kelainan berdasarkan respon
Farafeesa. Mula rasa ada yang tidak kena dengan gadis itu. ‘Adakah Farafeesa
memang betul-betul sakit?’ Acap kali dia menemui Farafeesa di hospital.
Macam-macam alasan diberikan. Adakah ini jawapan kepada persoalannya dulu?’
“Memang
sakit hati pun... kalau sakit hati ni tak hilang sampai ke malam, alamatnya tak
dapatlah eden nak datang annual dinner tu.” Ugut Farafeesa berani. Kali ini
riak wajah Ezrakil pula yang berubah.
“Awak
jangan berani ya...” Cuak muka Ezrakil. Siapa suruh banyak cekadak sangat tadi.
“Eh,
suka hati sayalah....” Sentiasa ingin menang. Buat macam office sendiri pulak.
“Farafeesa,
kalau awak tak ada pukul lapan malam dekat hotel malam ni, saya datang jemput
dekat depan rumah awak nanti.” Muka, suara, tingkah laku Ezrakil dikala ini,
tersangatlah serius!
“Jangan
berani cabar saya!”
Ezrakil kembali memberikan ingatan kepada si gadis. Mahu
tak cuak mendengar kata-kata Farafeesa. Kalau gadis itu tidak menghadirkan
diri, segala yang dirancang untuk malam ini pasti akan musnah. Dia sudah terlalu
bersedia untuk malam ini. Lagipun, dia bimbang andai tidak punya kekuatan lagi
untuk dikumpul, untuk meluahkan perasaannya kepada Farafeesa di kemudian hari.
Bergaduh
mengalahkan orang bercinta. Siap ada ugut bagai lagi. Usai Ezrakil berlalu,
Farafeesa mencebik. Dia menghempaskan badan ke kerusi miliknya. Mungkin merawat
hati yang kesakitan.
Tergeleng-geleng kepala Atiq melihat pergaduhan mereka
berdua ini. Tangannya mengusap lembut perut miliknya. Tidak mahu bayi dalam
kandungannya mendengar suara orang dewasa yang tidak matang ini. ‘Aish, semua
orang akan jadi tak matang ketika bercinta meyh.’
“Feesa, kau okay ke tak ni?” Atiq merapati Farafeesa yang
sedang memagung kepalanya dengan kedua belah tangan itu.
“Tak okay.” Jawab Farafeesa jujur.
“Lah, kenapa pulak?”
“Aku tak ada baju nak pakai malam ni...” Keluh Farafeesa.
Nampak kusut benar.
“Lah, kau tak cari lagi ke?”
“Sebenarnya aku memang rancang tak mahu pergi pun.” Jelas
Farafeesa selamba.
“Hah!” Terkejut Atiq dibuatnya. Sampai macam tu sekali.
“Sekarang kau kena teman aku cari baju untuk malam ni..
Lunch karang kita pi cari. Mati aku kalau betul-betul mamat tak bertuah tu
terkam rumah aku.. Naya je kena dengan ibu aku nanti.”
Atiq tersenyum. Senang dengan kata-kata Farafeesa itu.
Moga-moga segala perancangan malam ini akan berjaya dengan lancar. Dia sangat
berharap agar Farafeesa dapat menerima Ezrakil sepenuh hati. ‘Untungnya kalau
ada orang sayang... tapi aku lagi beruntung sebab aku dah ada bukti tanda
sebuah kasih.’ Perutnya diusap lagi. Wajahnya tersenyum tanda senang hati.
Tiba-tiba teringatkan suaminya. Rindu tiba-tiba mencengkam hati.
p/s: agak-agak korang kan... Ezrakil ada rancang apa-apa tak masa annual dinner tu nanti???
nk propose feesa ka? hahhaha
ReplyDeletekalo yg tu, sya sokong sgt!! hehehe
harap atiqah dpt tau yg feesa btoi2 skit...
wah ezrakil nk propose feesa la...... jgn feesa tolak dh la msti kecewa mamat tu.... hope feesa kuat trima ujian yg dihadapi...... mmg saspen la kak.... sambung lagi kak.... best bangat...
ReplyDeletewah.. syoks nye kalo ezrakil nk propose feesa.. hee.. x sbar nk bce next n3..
ReplyDeletedina..
ReplyDeletewah.. nyaris2 nak terkantoi dengan ezrakil..
cepatlah upload bab seterusnya..
moga2 ezrakil berjaya nak propose feesa..
terima kasih untuk semua yang bagi komen...
ReplyDeletehmm,, apa jadi eh nanti...
korang tunggu jelah...
saya angkat tangan n menjawab...dia nk pinang feesha dpn org ramai...menjadi bukti n saksi cinta dia pada feesha n tau dh feesha mesti tolak..mencik taw...
ReplyDeletewat la feesha terima then ezrakil sudi tolong merawat bg semangat...sian dia..(erk tetiba emo)..
hahha... kak an,,
ReplyDeleteada yang betul.. ada yang salah..
hehhee.. cuba akak try pujuk Feesa suh tima ezrakil.. sbb bila sy suruh,, dia tak mahu dgar lah.. hahhaha
eleh ngader..pujuk sungguh karang..meh sini nak pujuk..bagi k An garap..senang nk pujuk..hehe..
ReplyDeletewah... si mak buyung ni pun komplot gak.. rakan subhat bagai...
ReplyDelete