Atiq mundar-mandir di luar tandas. Risau sungguh melihat
Farafeesa yang menangis tika keluar dari bilik Ezrakil. ‘Kena marah lagi ke?
Ish... bos ni pun satu, kalau sayang kat Feesa, kenapa duk nak marah-marah?
Kalau macam ni, sampai bila-bila pun Feesa tak akan sukakan bos!’ Marah Atiq di
dalam hati.
Kalau
kandungannya sudah berusia sembilan bulan, pasti anak di dalam kandungannya
terkeluar dari perutnya. Celaru sungguh dengan dua orang watak di dalam pejabat
ini! Mujurlah waktu pejabat sudah habis, jika tidak, pasti kusut untuk
berhadapan dengan staf pejabat yang lain!
“Feesa....
keluarlah...” Ketuk Atiq lagi. Kalau tidak mengenangkan yang dia mengandung,
ingin sahaja disepak pintu bilik air ini.
Senyap
lagi. Tiada sebarang respon!
“Feesa,
kalau kau tak keluar, aku tendang pintu bilik air nih!” Ugut Atiq dengan
menggunakan suara yang serius. Berharap agar Farafeesa lembut hati dan tidak
terus mengurungkan diri.
Masih
senyap!
Atiq
mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Berharap agar kepala otaknya dapat
menjana dengan baik. Berfikir cara untuk terus memujuk Farafeesa. Apa
sebenarnya yang terjadi? ‘Aduh, pening sungguh jadi penasihat cinta tak
bertauliah ini!’ Di usap perutnya beberapa kali.
Ting!!!
Tiba-tiba dia terfikirkan satu idea.
“Feesa....Feesa....
tolong aku,,,, perut aku sakit...” Suaranya halus meminta tolong. Berharap agar
lakonannya menjadi. Apabila dia mula mendengar tombol pintu seakan-akan
berbunyi dari dalam bilik air, terus dia bersandar ke dinding. Tangannya dihalakan
ke perut.
‘Ya
Allah, maafkan aku kerana menipu. Sesungguhnya, hanya ini yang mampu aku
lakukan untuk memujuk Feesa keluar dari tandas!’ Pohonnya di dalam hati.
Bimbang jika Allah benar-benar mengujinya nanti. Pastilah dia tidak sanggup
untuk kehilangan permata ini.
“Ya
Allah Tiq? Kenapa ni?” Suara Farafeesa serak menegur Atiq. Atiq pula terpana
melihat wajah Farafeesa yang sembab! Sepanjang perkenalan mereka, inilah kali
pertama dia melihat Farafeesa menangis.
Terus
Atiq berdiri tegak apabila melihat wajah Farafeesa itu. Pelik teramat sangat.
Menunggu Farafeesa menangis adalah seperti menunggu salji turun di Malaysia!
Pelik kerana semua ini berlaku dan ajaib kerana ianya berlaku di hadapan mata
Atiq sendiri.
“Kenapa
dengan kau Feesa?” Tanya Atiq sambil memegang wajah Farafeesa. Farafeesa
berpaling, tidak pasti arah mana untuk menyembunyikan wajah lagi.
“Bos
buat apa kat kau ni?” Keras pertanyaan Atiq. ‘Tak kanlah, bos buat perkara tak
senonoh kot? Memang nak kena Ezrakil nih!’ Tapi sebelum ini, tak pernah dengar
pulak Ezrakil buat kelakuan seksual pada pekerja perempuan? Ke penyakit gatal
mereyam dia ni baru muncul?
“Bos ni
nak kena nih!” Atiq mengacah-ngacah seperti hendak menyerang Ezrakil. Bukan
apa, dia mahu Farafeesa buka mulut. Berdiam diri tidak akan mampu untuk
menjawab segala persoalan di benaknya ini!
“Eh...
Dia tak buat apa-apa pun!” Halang Farafeesa. ‘Mati aku kalau Ezrakil nampak aku
menangis!’
“Habis
tu, yang melalak sampai macam ni sekali kenapa? Dia marah kau eh?” Atiq terus menembak
dengan soalan yang berbisa! Farafeesa bersandar di dinding. Diam tanpa jawapan.
“Feesa,
kalau aku tak dengar jawapan dari mulut kau, aku akan tanya bos sendiri!” Tegas
Atiq lagi. Dia tidak betah melihat Farafeesa sebegini rupa. Sedangkan dia bukanlah
berani sangat untuk pergi menyerang Ezrakil! Sudahlah hari ini Ezrakil diserang
angin kus-kus Farafeesa!
Farafeesa
memegang tangan Atiq. Menahan bakal ibu itu dari terus berganjak. Airmatanya
merebes laju. Tidak dapat ditahan lagi. Atiq terkedu! Terkejut dengan tangisan
Farafeesa ini. Kaget dia dibuatnya. Bagaimana hendak menghentikan tangisan
milik Farafeesa ini? Hendak membantu mengesat permata jernih itu ke atau hendak
memeluk bahu Farafeesa untuk menenangkan gadis itu atau pun kena join menangis
sekaki? Aduh...
“Feesa...
Kenapa ni? Boleh tak jangan buat aku tertanya sendiri?” Atiq sudah penat. Penat
dengan persoalan yang masih belum ketemu jawapannya!
“Bos....”
Suaranya tersekat. Hatinya terasa ngilu untuk meluahkannya!
“Kenapa
dengan bos?” Aduh... ‘Duhai hati, bersabarlah sedikit!’
Farafeesa
tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kepada Atiq. Sungguh, dia sudah tidak
betah menanggungnya seorang diri lagi. Otaknya sesak! Nafas terasa tersekat!
Jiwa bagaikan dihiris dengan belati tajam!
“Kau sukakan
bos kan?” Tebak Atiq perlahan. Dia dapat rasa yang selama ini Ezrakil tidak
bertepuk sebelah tangan. Dia boleh percaya kepada firasat hatinya ini!
Farafeesa
tidak mengeleng atau mengangguk. Dia hanya menangis!
“Feesa...
aku tak tahu kenapa sampai jadi macam ni? Kalau dah suka, kenapa kau tolak
lamaran bos? Kau ni kenapa? Sengaja nak seksa diri kau sendiri! Nak seksa
Ezrakil! Macam tu?” Atiq mula rasa tidak puas hati. Kenapa Farafeesa perlu ego
seperti ini? Menolak lamaran lelaki itu kemudiannya mendera perasaan milik
sendiri. Memang tindakan yang sangat bijak!
“Aku ada
sebab sendiri kenapa aku tak terima dia Atiq!” Tegas Farafeesa sambil mengelap
permata jernih itu. Bila menangis, jiwanya ini terasa lebih penat!
“Sebab
apa? Sebab kau pentingkan diri sendiri? Kau rasa bagus sebab ada orang suka
lepas tu kau boleh berbangga dengan staf lain yang bos sukakan kau? Macam tu
ke?” Terkejut Farafeesa mendengar soalan keras daripada Atiq itu. Kenapa semua
orang perlu marah-marah!
“Sampai
hati kau fikir aku macam tu Tiq?” Sekarang, mereka pula yang berbalas serangan
soalan. Entah apalah yang tidak kena hari ini. Tadi bertekak dengan Ezrakil,
sekarang terpaksa berhadapan dengan Atiq pula. Agak-agaknya tika pulang nanti,
telinga ini terpaksa menanggung beban amarah daripada Puan Azah pula!
‘Ya
Allah, jika ini motif kehidupannya, cepat-cepatlah diambil nyawaku ini! Biar
aku tidak terus menyusahkan orang di sekelilingku!’ Namun cepat-cepat
dibetulkan letak duduk hatinya. Tidak patut dia merungut dengan kehidupan ini.
Ujian yang ditanggung bukan untuk membebankan hambaNya. Semua ini untuk
mengukuhkan lagi kekuatan Iman setiap manusia.
“Kau
yang buat aku fikir macam tu Feesa! Apa guna kau menangis sekarang? Bukannya
Ezrakil tolak cinta kau pun! Cubalah belajar bersyukur dengan apa yang Allah
bagi! Jangan ego sangat Feesa, tak kemananya kau tuh!” Atiq menghamburkan
kemarahannya. Entah kenapa, dia terlalu sakit hati. Sakit hati dengan perangai
Farafeesa yang seakan-akan mempermainkan perasaan Ezrakil. Sedangkan dia tahu
betapa dalamnya rasa sayang Ezrakil terhadap Farafeesa!
“Kalau
kau tak tahu apa-apa, kau tak berhak untuk komen apa-apa Tiq!” Suaranya
bergetar menahan rasa. Sedih kerana dituduh yang bukan-bukan. Semua yang
berlaku bukan di dalam kawalannya.
“Apa yang
aku tak tahu? Apa?” Jerit Atiq!
“Kau tak
perlu tahu apa-apa Tiq! Tak perlu!” Balas Farafeesa pula. Suasa tegang mula
menghantui mereka. Farafeesa sudah penat hendak berbalah, lantas dia
mengalihkan kaki. Ingin pergi dari terus dihentam oleh Atiq.
“Feesa....”
Suara Atiq yang mengerang kesakitan itu menarik perhatiannya. Persoalannya,
entah betul atau tidak, Farafeesa sendiri tidak dapat mengenal pasti. Atiq ini
bukan boleh kira sangat.. Kalau berlakon, Lisa Surihani pun kalah!
“Atiq,
kau ni betul-betul ke berlakon?” Tanya Farafeesa was-was.
“Betul-betullah....”
Geram hatinya kerana Farafeesa menuduhnya main-main. Tangannya memegang
perutnya yang ditendang oleh si kecil.
“Mana
tahu kalau kau berlakon... Tadi kan kau main-main... Nak pergi hospital ke ni?”
Tanya Farafeesa ambil berat. Terlupa yang sebentar tadi mereka bergaduh sakan.
Kalau pun Atiq meninggikan suara kepadanya, dia tahu yang Atiq hanya mengikut
emosi semata-mata. Dia tetap akan risau jika ada apa-apa yang berlaku kepada
Atiq dan anaknya.
“Anak
aku pun geram dengan kau! Sebab tu asyik duk menendang jeh!” Farafeesa tergelak
kecil. Akhirnya Farafeesa memimpin Atiq ke pantri. Mungkin kerana terlalu
berdiri jadi pinggang Atiq sudah naik lenguh. Apatah lagi berdetum hebat
berbalas serangan. Lagilah penat mak buyung ini.
“Feesa...
Aku minta maaf... Aku tercakap benda yang bukan-bukan tadi.” Dicapai tangan
Farafeesa. Sungguh, dia hanya ingin membantu. Bukan hendak mengeruhkan lagi
keadaan.
“Tak ada
apalah... Aku pun tertinggikan suara pada kau tadi! Sampai terkejut anak angkat
aku!” Mereka berdua ketawa serentak. Hati Farafeesa tenang sedikit. Lega kerana
pergaduhan ini tidak berlaku dalam jangka masa yang lama.
“Feesa,
kau anggap aku kawan kan... Ceritalah pada aku.. Beritahulah, apa yang aku tak
tahu tuh!” Pujuk Atiq lembut. Dia tetap akan memujuk Farafeesa sampai gadis itu
menceritakan hal yang sebenarnya.
Farafeesa
diam tidak berkutik.
“Apa
yang membuatkan kau tolak Ezrakil?” Tanya Atiq lagi.
“Aku
sakit....” Akhirnya.... ayat keramat itu keluar dari mulutnya.
“Sakit?
Sakit apa?”
“Feesa...
Boleh tak jangan main-main hal seserius ni?” Atiq menggongcangkan tubuh milik
Farafeesa apabila Farafeesa mula termenung sendiri. Berharap agar Farafeesa
hanya bergurau sahaja. Masa Farafeesa benar-benar sakit?
“Aku betul-betul sakit Atiq... Aku mengidap penyakit Sistemik lupus eritematosus.”
Mulut Atiq terngaga luas.
“Aku tak pernah dengar pun penyakit tu? Kau nak temberang
aku ya?” Kepala Farafeesa tergeleng-geleng. Tanda tidak
mengiakan kata-kata temannya itu. Sungguh, dia bukan seorang yang suka
mengada-ngadakan cerita yang tidak pernah ada!
“SLE pernah dengar?” Tanya Farafeesa pula. Memang
penyakitnya ini tidak seporpular penyakit kanser. Tetapi tetap ada bahaya dan
mampu mengancam nyawa. Penyakit ini banyak kategori. Boleh jadi SLE yang kecil
ataupun SLE tahap kronik yang mampu memberi kesan buruk kepada pengidap.
“Oh... penyakit yang antibody dia terlalu kuat lalu
menyerang diri sendiri tu?” Kali ini, Farafeesa menganggukkan kepala. Mujur Atiq
dapat mendefinasikan penyakitnya ini mengikut tahap kemampuannya.
“Macam mana kau tahu? Comfirm ke?” Tanya Atiq lagi.
“Aku dah pergi check up... Dan jawapannya positif...”
Ujar Farafeesa lambat-lambat.
“Tapi penyakit ni tak bawa maut kan?” Tanya Atiq lagi.
Hatinya jatuh kasihan mendengar cerita daripada Farafeesa. Patutlah gadis itu
banyak memencilkan diri sejak akhir-akhir ini. Rupanya ada sebuah duka yang
disimpan kemas di dalam lubuk hati.
‘Fessa... Feesa... ada masalah, suka simpan sendiri-sendiri!’
Atiq hanya mampu melampiaskan rasa marah di dalam hatinya. Bimbang Farafeesa
akan terlebih sakit jika mendengar bebelan dari mulutnya.
“Kalau tak sakit pun, maut tetap akan menjemput jugak kan...
Aku cerita ni, bukan untuk membebankan kau Tiq. Bukan juga untuk memohon
simpati daripada kau. Dan bukan juga untuk kau hebahkan kepada semua orang. Aku
nak kau simpan rahsia ni daripada sesiapa pun. Sebab hanya kau seorang je yang
tahu selain daripada doktor yang merawat aku! Lebih-lebih lagi pada Ezrakil dan
Neesha! Aku tak nak dia orang tahu!” Tegas Farafeesa serius.
“Kenapa? Kenapa kau nak simpan sorang-sorang... Kalau
betul kau nak nak beritahu Ezrakil, sekurang-kuranya kau beritahulah pada
Neesha. Dia tu kembar kau! Dia berhak untuk tahu perkara ni.”
Farafeesa memejamkan matanya sebentar. Nasihat Atiq itu
tidak mampu diterima pakai oleh kepala otaknya. Faraneesha sudah cukup bersedih
sekarang. Dia tidak mahu menambahkan beban kakaknya itu.
“Neesha tak kuat untuk tahu perkara ni Tiq... Kalau dia
tahu, dia pasti akan menangis tak henti-henti. Lepas tu ahli keluarga aku pasti
akan syak perkara ni.”
“Apa yang salahnya kalau ahli keluarga kau tahu? Dia
orang berhak untuk tahu kan? Kau berhak untuk kongsi kesakitan kau dengan
keluarga kau! Biar dia orang ada menemani saat kau menanggung kesakitan ni.”
Atiq mengeluarkan hujahnya sendiri. Kenapa bila seseorang ada penyakit, mereka
senang untuk merahsiakan hal tersebut? Apa kebaikkannya?
“Kau tahu kan ibu aku macam mana? Aku tak mahu dia mula
buat baik dengan aku hanya semata-mata kerana aku sakit. Aku tak mahu ahli
keluarga aku memandang aku dengan penuh rasa simpati! Aku tak mahu dia orang
rasa sedih atau terpaksa tanggung sesuatu yang bukan bebanan dia orang! Biar
aku tanggung semua ni sorang-sorang Tiq.” Tutur kata Farafeesa sebak. Sungguh,
hari ini dia menangis dengan sangat teruk!
Atiq
terus memeluk sahabatnya itu. Air matanya ikut turut tumpah sama. Kasihan
sungguh Farafeesa. Kenapa berat sangat ujian yang perlu ditanggung oleh gadis
itu? Tak ada langsungkah sinar bahagia buatnya?
“Lepas
ni kau tak akan keseorangan dah.. Walau apa pun yang terjadi, kau ada aku tau!
Aku akan sentiasa ada untuk menolong kau!” Atiq membantu Farafeesa mengelap
permata jernih itu. Farafeesa jadi tersentuh!
Kebiasaannya, dia yang akan mengelap permata milik Faraneesha, tapi
kini, Atiq pula yang mengambil alih tempatnya.
‘Ya
Allah, di saat aku memerlukan seseorang untuk menemaniku menangis, kau sentiasa
menghulurkan bantuanMu... Alhamdulilah... aku bersyukur kerana Allah mengurniakan
kepadaku teman sebaikmu Tiq,...’ Keluh hati kecil Farafeesa.
“Janji
dengan aku Tiq... Yang kau tak akan beritahu sesiapa pun tentang hal ini!”
Pinta Farafeesa sunguh-sungguh. Atiq pada mulanya agak sedikit teragak-agak
namun akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Kalau
kau perlukan apa-apa, kau kena ingat yang kau boleh berharap pada aku Feesa.”
Ayat itu ikhlas keluar dari mulutnya. Farafeesa sudah terlalu banyak
membantunya dulu. Ketika dia keliru untuk berjalan dalam hidup, ada Farafeesa
untuk membetulkan langkahnya. Memimpinnya. Kebahagiaan yang dia kecapi pada
hari ini adalah berkat pertolongan daripada Farafeesa!
“Aku nak
tanya satu soalan boleh?” Pinta Atiq perlahan. Matanya asyik memandang wajah
Farafeesa.
“Tanyalah..”
“Kau betul-betul
sayangkan bos?” Farafeesa melontarkan pandangan ke lantai. Nafasnya dihembus
perlahan.
“Entah
bila... entah kenapa... aku sendiri tak mengetahui jawapannya... bila diri
sendiri sudah tidak memahami kehendak hati, aku sudah mengerti yang Ezrakil sudah
lama bertahta dalam hati ini. Cuma memerlukan masa untuk menerokainya. Tapi
bila jawapannya sudah muncul, takdir dah tak menyebelahi aku Tiq.”
Atiq
mengosok sedikit bahu milik rakannya. Pasti perit untuk menghadapi semua ini!
Apa yang dia mampu lakukan sebagai seorang sahabat?
“Di sisa
penghujung hidup kau, tak kan kau tak mahu membenarkan diri kau bahagia Feesa?”
Kebahagian tidak akan terhenti jika manusia itu berpenyakit sekalipun. Untung
rugi kehidupan, bukan di tangan manusia.
“Kalau
aku benarkan diri aku untuk bahagia sekarang, aku akan meninggalkan pada
Ezrakil penderitaan yang lebih mendalam untuk kehidupan akan datang. Kau mahu
lihat bos kita tu lelah memikul perasaan? Lagipun, aku sakit... aku tak mampu
nak bahagiakan dia.. Aku hanya akan menjadi bebanan bagi dia. Lagipun, kita
sendiri tak tahu menerimaan Ezrakil dalam hal ni. Entah-entah nanti dia dah tak
pandang aku ni...”
Kata-kata
Farafeesa itu memang ada benarnya. Atiq jadi diam sendiri. Tidak mahu
mengusulkan cadangan lagi. Akhirnya mereka sama-sama terdiam. Berfikir untuk
meredah hari esok yang belum pasti gelombangnya.
Atiq
mencuri pandang ke arah Farafeesa sedikit, entah kenapa... otaknya seakan-akan
sedang menjana... Mencari idea agar Ezrakil dapat mengetahui rahsia besar ini. Dia
teramat pasti yang cinta Ezrakil bukan disandarkan pada paras rupa semata-mata.
Pasti Ezrakil sanggup menerima gadis kesayangannya walau apa pun juga keadaan
Farafeesa nanti. Tapi, bagaimana pula dengan janji yang telah dimeterai dengan
Farafeesa? Ah, kusut kepala otaknya!
p/s: adakah Atiq akan membocorkan rahsia Farafeesa???
atiq!!! cepat bocorkan rahsia feesa.. biarlah feesa bahagia, walaupun skjp..
ReplyDeletebocor..hrp atiq bcorkan.. hehe
ReplyDeletecepatlah sambung
ReplyDeletealah sian feesha dia sakit lak..sob..sob..sob..
ReplyDeletetp nk fesha bahagia jgk..
hehhe...thanks..=)
atiq..tlg la bocorkan rahsia tu!!
ReplyDeleteatiq kn syg feesha, mst dia nk feesha bahagia..kn3..:D
cian feesha, tanggung semua sorg2..
atiq tunjuk hero .. bhahaha.. kena pula dia nak tendang pintu mengandung cemtuh =.="
ReplyDeletesle pernah dengar . dulu rasanya la masa dolu-2 ada baca kat satu blog penulis mengadu anak dia kena SLE , bdn dia lemah sngt. kena jga betul2 .. sian la..
klu sy atiq, sy akn bgtau kat ezrakhil.biarla mereka bahagia untk seketika.yg penting dorang bahagia.hehe
ReplyDeletekena bg tau jg dgn ezrakil....
ReplyDeletereally compicated now.huhu
ReplyDeletebg tau atiq jgn x bg tau
hehe....
akak cpt sambung....
hehe
huhuhuhu cpt sambung pleaseee
ReplyDeleteadoiii cpt sambung erk...hope ezrakil tau cpt..huhu
ReplyDelete