Farafeesa hanya diam sahaja tika dia menerima perlawaan lelaki itu untuk berbual-bual di taman permainan yang berada di hadapan rumahnya sendiri. Malas hendak merosakkan mood ahli keluarganya yang lain.
“Kenapa
senyap je ni?” Tegur Farhan selamba. Kelakar pula melihat muka cemberut milik
Faraneesha.
“Tak ada
benda nak cakap.” Farhan terus tergelak. Dia tahu Farafeesa merajuk. Merajuk
kerana terlalu lama tidak berhubungan dengan gadis itu. Namun hendak buat macam
mana lagi. Kengkangan masa memaksa dia untuk melupakan perihal lain.
Farafeesa
yang mendengar tawa Farhan itu, mula jadi sakit hati. ‘Dia boleh gelak? Kurang
ajar betul Farhan nih!’ Hati yang sakit bertambah-tambah sakitnya.
“Bunyi
macam orang merajuk je....” Sakat Farhan lagi sambil tersengih-sengih. Alangkah
indahnya jika Farafeesa memang benar-benar merajuk dengan dirinya. Namun dia
sedar yang semuanya sudah pun terlambat. Hati Farafeesa memang tidak pernah
tersedia untuk dirinya.
“Memang
tengah merajuk pun.. Hah, tunggu apa lagi, cepatlah pujuk!” Farhan tergelak
lagi melayan karenah Farafeesa. Sungguh, dia terlalu merindui Farafeesa.
Terlalu....
“Buat
apa nak pujuk kau, patutnya aku pujuk Neesha...” Hilang terus tawanya. Terkejut
bukan kepalang mendengar khabar berita dari mamanya tadi. Dia baru mendarat di
sini semalam, tup-tup hari ini sudah ada berita buruk yang menanti. Kasihan
Faraneesha!
“Semuanya
terjadi sekelip mata je...” Pandangan Farafeesa jauh merentasi alam sekitar.
Jauh hingga dapat menembuis alam lain.
“Dia
macam mana?” Tanya Farhan ambil berat. Dia tahu, pasti berat untuk Faraneesha
menerima semua ini.
“Mestilah
dia sedih..” Mahu tak sedih. Separuh daripada jasadnya telah pun disentap
pergi. Mungkin mereka belum digelar suami isteri namun dia tahu yang kasih
sayang Faraneesha pada arwah tidak terhitung banyaknya. Kesedihan yang Faraneesha
rasai turut dirasai dipelusuk hatinya. Mereka kan kembar.. Apa yang dirasai
oleh Faraneesha, akan tempias kepada dirinya juga.
“Aku
rasa kekuatan kau cukup untuk kau pinjamkan kepada dia...” Sela Farhan sambil
memandang Farafeesa. Dari dahulu, dia cukup kagum dengan Farafeesa. Dihimpit
dugaan kuat pun, bibir itu masih mampu tersenyum manis. Kecekalan gadis itu
meragut hatinya, namun dia sedar yang antara mereka, tidak akan pernah lebih
dari yang sepatutnya. Mereka akan kekal sebagai sahabat sampai bila-bila. Ini
semua lebih baik daripada melihat Farafeesa menjauh darinya.
“Sekarang,
aku dah tak sekuat dulu....” Tanpa sedar, keluhan itu hadir menyelit di dalam
perbualan mereka. Berkerut dahi Farhan mendengarnya.
“Ish..
ada pulak cakap macam tu... Bukan ke kau ni supplier kekuatan mental dan emosi
ke?” Sejurus selepas itu, Farhan ketawa besar. Farafeesa rasa hendak sepak
sahaja mulut puaka itu. Memang pakar bab menyakitkan hati orang!
“Farhan...
aku rasa, lebih baik kau tak adalah... Sebab bila kau ada je, kau ni mesti akan
menyakitkan hati aku!” Farafeesa mendengus kasar!
“Alalala....
kuat merajuk dah kau ni sekarang.. Biasanya, orang kuat merajuk ni sebab ada
orang selalu pujuk!” Tebak Farhan selamba. Keningnya diangkat. Menanti jawapan
daripada sahabat baiknya itu.
Mendengar
sahaja kata-kata Farhan, terus wajah Ezrakil terlintas di kepalanya. ‘Erk,
apasal aku teringat kat mamat tu pulak?’ Aduh.. sakit-sakit. Farhan tergelak
melihat gelagat Farafeesa yang sedikit mengelabah itu. Dia hanya meneka. Tak
disangka pula tekaannya mengena.
‘Siapalah
lelaki yang bertuah itu?’ Farhan jadi terfikir sendiri. Kerana lelaki itu
terlalu beruntung kerana memiliki sekeping hati milik Farafeesa yang terlalu
mahal harganya.
“Pandai-pandai
saja kau nih! Aku stay single macam dululah...” Kenapa hatinya jadi tidak
tenteram ya? ‘Ah... mainan perasaan je ni.’
“Kan kau
dah janji, akulah orang pertama yang akan tahu siapa pemilik hati kau tu?”
Suara Farhan kedengaran sungguh serius. Sebenarnya, dia ingin melegakan hati milik
sendiri.
“Memang
tak ada sesiapa pun...” Tegas Farafeesa lagi.
“Kau nak
tunggu apa lagi Feesa? Umur kau tu, bukannya makin muda...” Farafeesa buat-buat
pekak apabila Farhan sudah memulakan operasi membebel.
“Cakap
aku.. habis tu kau tu? Kenapa sampai sekarang masih membujang?” Kali ini
giliran Farhan pula yang mengaru kepalanya. Dari dahulu, tabiat tak pernah
berubah. Bila lelaki itu sedang berfikir, pasti dia akan mengarukan kepalanya.
Segala tingkah laku Farhan sudah terselit kemas di dalam kotak ingatannya.
“Aku
lainlah Feesa... Aku ni duduk kat laut. Susah nak cari orang yang sanggup setia
tunggu aku. Duduk kat darat dua bulan, lepas tu berlayar sepuluh bulan... Aku
nak kumpul duit banyak-banyak dulu... Bila aku dah stabil, aku nak buka
business sendiri je nanti dan mulakan hidup baru bersama orang baru!” Tersengih
Farafeesa mendengar azam milik kawan baiknya itu.
Memang
sukar untuk mencari seorang wanita yang sanggup setia pada seorang lelaki yang
jauh di mata. Kalau ada pun, satu dalam berjuta!
“Aku
doakan agar cita-cita kau dimakbulkan..” Dia sentiasa mendoakan yang terbaik
buat Farhan. Lelaki ini cukup sempurna untuk dijadikan seorang suami. Cuma
Farhan tidak sebegitu sesuai untuk dirinya. Kerana telah dianggap Farhan
seperti kembar ketiganya. Kembar mana boleh kahwin dengan kembar kan... ‘Alasan
tak munasabah langsung!’
“So, aku
ada alasan sebab tak berkahwin! Bukan macam kau!” Rupa-rupanya topik ini masih
lagi berada di dalam kotak ingatan Farhan.
“Aku pun
ada alasan yang tersendiri Paan....” Farafeesa berjeda seketika. Namun dia
tidak bermaksud untuk menyambung kata. Rahsia ini, akan kekal sebagai rahsia.
Dia mula merenung ke arah padang. Pandangan yang penuh dengan kerisauan tentang
hari esok.
“Alasan
apa? Nak mengelak ajeh kau ni!” Namun Farafeesa sedikit pun tidak memberi
sebarang reaksi. Jauh betul gadis itu termenung!
“Dari
dulu sampai sekarang, kau memang suka termenung. Weh, tak ada kayanya kalau kau
termenung dan tak akan bahagianya kalau kau merenung masa depan tuh!” Farafeesa
buat muka tak puas hati. Bengang betul dengan Farhan!
“Aku
membayangkan tentang....” Farhan mula fokus apabila mendengar nada suara
Farafeesa yang sangat serius itu. Menanti bait-bait kata Farafeesa yang
seakan-akan terlekat di kerongkong itu.
“Tentang
apa?” Gesa Farhan tidak sabar.
“Tentang
bakal isteri kau yang tersangat malang tu!” Sejurus itu, terus Farafeesa
tergelak besar. Ya.. dia sudah terlupa bila kali terakhir dia ketawa. Bersama
dengan Farhan akan sentiasa membuatkan dia tidak kering gusi.
‘Terima
kasih Paan... Sebab ada di sisi aku.. di saat aku memerlukan tempat berteduh,
kau ada untuk payungkan aku...’
“Entah-entah
kau kot orang yang malang tuh!” Jari terlunjuk dihalakan ke arah Farafeesa.
Usik mengusik sudah terlalu sebati dalam hidup mereka.
“Ceh,
siapa entah nak jadi isteri kau tuh! Tak hingin tau!” Farafeesa buat muka
seolah-olah kegelian. Tadi perasaanya diapit oleh rasa sedih yang menggunung,
tapi sekarang rasa sedih itu seolah-olah telah diusir jauh dari dirinya.
“Kau ni
demand sangatlah Feesa... Habis tu kau nak calon yang macam mana?” Memang nada
suaranya seperti seoalah-olah sedang main-main, tapi dia teramat serius untuk
mengetahui jawapannya. Lelaki yang bagaimana yang akan mencuri hati Feesa?
Aish.. Tertanya-tanya sungguh!
“Hmm,
lelaki yang dapat menyembuhkan segala
rasa sakit aku.” Jawapan itu spontan keluar dari mulutnya. Sekali lagi, wajah
Ezrakil terlayar di ruang minda. Menjadikan dirinya penasaran sendiri.
‘Menyintai
Ezrakil?? Oh.. tidak sama sekali... Jika menyintai lelaki itu, tidak ubah
seperti aku membunuh Ezrakil tanpa pisau... Ezrakil akan terluka sendiri
melihat kesakitanku nanti!’ Entah kenapa, nama Ezrakil seolah-olah sudah sebati
dalam kotak ingatannya ini? Kenapa terlalu sukar untuk dibelek hati miliknya sendiri?
Membuatkan dirinya tertanya-tanya tanpa jawapan yang pasti.
Mungkin
juga kerana Ezrakil sering bermain dengan jiwa dan perasaannya sejak dua tiga
hari ini! Sekali lagi, Farafeesa terlontar jauh dari alam realiti. Meredah alam
fantasi yang turut serabut di ruang minda.
“Feesa,
kau mengelamun lagi ke?” Sergah Farhan. Pelik dengan keadaan Farafeesa ini.
Seperti tidak ceria lagi seperti dulu-dulu.
“Kau ni
asyik kacau aku jeh!” Farafeesa berlakon seolah-olah sedang memberontak. Dia
sebenarnya ingin lari dari topik perasaan ini. Makin dibincang, makin lumat
perasaanya seperti sedang dicincang!
“Sementara
aku ada kat darat ni, aku kacaulah kau.. Nanti bila aku dah berlayar balik, kau
boleh teruskan keamanan hidup tanpa aku.. hehee...”
“Cepatlah
balik.. Ada pun buat semak jeh!” Farhan tergelak. Sedikit pun tidak terasa
dengan kata-kata Farafeesa.
“Feesa...
cepatlah cerita kat aku.” Lah, tak habis-habis lagi rupanya topik ini. Tidak
sedikit pun Farhan ingin mengalah.
“Cerita
apa? Pergi tengok cerita-cerita kat tv tu... Ada banyak lagi cerita yang
menarik!” Farhan mendengus. Masih tidak berpuas hati!
“Aku nak
tahu cerita kau dengan si dia... Kau jangan nak sembunyi dari akulah.. Aku
tahu, kau dah ada sukakan seseorang kan...” Tembak Farhan selamba. Bibirnya
merekah dengan senyuman lebar.
“Aku pun
baru sedar yang aku terlalu sukakan dia Paan....” Luah Farafeesa perlahan. Kali
ini, kata-kata Farafeesa berjaya membuatkan Farhan melopong! Jadi, memang
betullah tekaannya ini?
“Siapa?”
“Er....
Malulah nak cerita”
“Alah,
nak malu buat apa? Cepatlah cerita?”
“Aku tak
setanding dengan kedudukan dia....”
“Setanding
atau tidak seseorang tu dengan kita, bukan kita yang boleh menilainya. Semuanya
kerja Allah... Dia lebih tahu.. Dia dah tetapkan yang terbaik buat setiap
hambanya. Jadi kalau kau dah sukakan
seseorang, jangan malu-malu.... Patutnya kau berbangga sebab kau dah dapat
rasai anugerah Allah yang satu tu... Anugerah yang adakalanya tidak dapat
dinikmati oleh orang lain. Jadi, kau haru percaya dengan apa yang kau rasa!”
Mak oit... panjang pula hujah Farhan kali ini. Tak tertelan rasanya air liur
milik Farafeesa.
“Jadi
cepatlah cerita, siapa yang kau suka tu? Dia memang tersangat beruntung..”
“Macam
mana aku nak beritahu yang aku sukakan dia eh?” Farafeesa mula buat gaya buntu.
“Lah..
just tell your felling to him. I love you... I need you... I want to be part of
your life... heheehe..” Serius Farafeesa rasa macam hendak gelak berguling
sekarang juga! Jiwang berkarat-karat!
“Tapi
aku dah tak jumpa dia dah...” Suaranya mula mendatar. Tanda kecewanya sekeping
hati miliknya!
“Kenapa
pulak tak jumpa dah? Hmm, kalau macam tu, kau telefon je dia.” Tidak
putus-putus Farhan melontarkan idea.
“Alah,
nombor telefon pun aku tak ada!” Mendengar pengakuan Farafeesa itu, Farhan mula
terasa sesuatu. Terasa yang dirinya sedang dipermainkan. Apatah lagi melihat
wajah Farafeesa yang tidak beriak itu.
“Sebenarnya
kau ni suka siapa?”
“Err..
kalau aku cakap kau jangan marah tau!” Pinta Farafeesa sungguh-sungguh. Takut juga
dengan penerimaan Farhan nanti. Takut juga jika Farhan mengambil keputusan
untuk membelasahnya.
“Cakaplah
dulu, baru aku fikir nak marah ke tak.” Sengaja Farhan main tarik tali. Melihat
Farafeesa yang tersengih-sengih itu pun, dia sudah dapat mengagak jawapan
Farafeesa itu! Farafeesa ini memang tidak pernah serius bila berbicara soal
hati!
“Er...
Remy Ishak...”
Farhan
terus tepuk dahi. Kalu ikutkan hatinya, ingin sahaja ditepuk dahi Farafeesa
berkali-kali. Sakit sungguh hatinya. ‘Aku punyalah serius bermadah, dia boleh
main-main.. Memang perempuan ni bermasalah!’
“Aku dah
tak tahu nak cakap apa dah...” Akhirnya Farhan menyerah.
“Eh, kau
cakap ayat ni jeh...”
“Cakap
apa?” Perempuan ni memang banyak idea.
“Wakenababe!!!”
Terus Farhan sekeh kepala Farafeesa. ‘Sakitnya hati.....’
Farafeesa
gelak besar. Senang hati dapat mengenakan Farhan. Berair matanya kerana
berlebihan ketawa. Terasa hilang segala beban yang menggunung. Farhan ikut
turut ketawa. Namun tawa Farafeesa tiba-tiba terhenti dan gadis itu kelihatan
agak tercengang sambil melontarkan pandangan ke belakang badannya.
Perlahan-lahan
Farhan mula berpaling. Matanya tertacap pada seorang lelaki yang yang segak
berbaju melayu. Muka lelaki itu tegang semacam! Farhan mula berpaling ke arah
Farafeesa yang sudah mula berdiri itu. Muka Farafesa juga pucat tanpa darah.
Beberapa persoalan mula bermain di benak milik Farhan. Apa yang sebenarnya
berlaku antara mereka?
alamak ...ezrakil da nmpk... adessss salah fhm lagi.. konfilk ek..
ReplyDeletelaki berbaju melayu 2 en boss kn??
ReplyDeletemst dia panas hati..hohoho
n mst dia buat assumption sndri.. :D
cik writer, smbung lg pless... ;)
wakenababe ? ha ha..amende tu ?
ReplyDeleteeh, sian la ezrakil .. mesti jeles .. wuwuw
aishhh rin... wa kena babe...!!!
Deletetu ayt pasar... mcm sy terkena.. hehe..
hihi .. ye ke ? kitorng sarawak guna kamek kena babe!.. gitu kot.. =.=" amende aku merepek nih~
Deletewooo..boss jealous..
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletehahaha....
ReplyDeletepndai feesa kenakan farhan...
wah...mr b0s kew yg mncul tuh...