Dua hari
bercuti secara mengejut menyebabkan kerja menjadi bertambun-tambun. Dari pagi
dia melakukan kerja-kerja yang tertangguh. Ezrakil pula betah menyerahkan semua
tugas kepadanya tanpa menghulurkan sebarang bantuan. Kalau ikutkan, tak banyak
sangat pun kerjanya tapi disebabkan Atiq juga ikut turut bercuti, menjadikan
kerja jadi lebih bertambun.
“Neesha
macam mana? Okay?” Suara Atiq memecahkan kebisuan antara kami.
“Semangat
dia beransur pulih...”
“Hope
dia kuat untuk menempuh ujian Allah ni...” Doa Atiq ikhlas. Walaupun dia tidak
pernah kehilangan orang tersayang, tapi dia dapat rasa keperitan hati kembar
Farafeesa itu.
Atiq
sudah mula bersandar pada kerusi. Sejak dia mengandung, dia memang rasa cepat
penat! Sakit-sakit badan usah cakaplah. Aduh, baru sekarang terasa betapa
besarnya pengorbanan seorang ibu!
Rasa
hendak berehat dua puluh empat jam sahaja. Namun apabila terpandangkan
kerja-kerja yang masih belum selesai, kepenatan terasa berganda-ganda
banyaknya. “Adoyai.. Inilah masalahnya kalau cuti sama-sama. Kerja
menimbun-nimbun!” Keluh Atiq sambil meletakkan tangannya ke pinggang yang
diserang rasa lenguh.
“Aku
cuti emergency, kau cuti kenapa pulak?” Dari pagi lagi Farafeesa hendak
bertanya, tapi langsung tidak punya kesempatan. Sibuk mengalahkan orang kerja
bank!
“Mak
mertua aku kan buat kenduri kesyukuran... Aku kenalah balik menolong..” Terang
Atiq sedikit.
“Kenduri
kesyukuran? Sebab apa? Cucu dia bukannya lahir lagi pun...” Sakat Farafeesa
sengaja.
“Amboi...
nanti bila anak aku dah lahir, aku tak nak bagi kau pegang!” Gertak Atiq geram.
“Sejak
mengandung ni tak boleh bergurau dah...”Sakat Farafeesa lagi sambil
tersengih-sengih. Adakalanya dia merasa yang Atiq terlalu beruntung. Dia ada
suami yang terlalu menyintainya. Dia ada ahli keluarga yang teramat
menghargainya dan dia bakal menjadi ibu. Satu kebahagiaan yang sangat bererti
buat seorang wanita.
“Eh,
maaflah tak dapat nak jemput kau tau untuk keduri doa selamat tu. Yalah, aku
pun bimbang kalau nak ajak. Mestilah kau nak temankan Neesha kan...” Duga Atiq
sambil mula meneruskan kerjanya.
“Hmm,
kenduri untuk apa sebenarnya?” Tertanya-tanya pula Farafeesa dibuatnya.
“Oh,
kenduri sebab Nazreen dah dapat penderma hati. Pembedahan pun dah selamat
dijalankan. Alhamdulilah, Allah makbulkan doa kami. Sekarang doktor tengah
tunggu respon daripada abang ayien.. Takut juga kalau ada tindak balas negatif.”
Terang Atiq lagi.
“Dia dah
dapat penderma? Siapa?” Entah kenapa, nalurinya terfikirkan tentang arwah.
Kebetulan, memang arwah telah mendaftar sebagai penderma organ. Jadi, post
moterm yang diterangkan oleh Faraneesha tu ialah pendermaan hati ini ke?
“Maklumat
penderma kan dirahsiakan oleh pihak hospital. Tapi kebetulan orang tu meninggal
sebab kemalangan. Itu je yang aku tahu.” Mungkinkah Luqman orang yang mendermakan
hatinya kepada Nazreen?
“Hei,
kenapa ni? Kenapa kau teruja sangat nak ambil tahu pasal abang Ayien? Kau cakap
kau tak kenal dia sangat pun kan...” Hilang topik Faraneesha, beralih pada
topik kenduri dan kemudian tercerita tentang Nazreen pula. Waktu pejabat selama
lapan jam ini tak cukup rasanya untuk dibualkan tentang macam-macam perkara!
“Memanglah...
tapi aku ambik berat juga soal dia.” Tidak ada rezeki dia hendak menderma hati
kepada Nazreen. Mungkin benar Luqman yang mendermakan hatinya kepada Nazreen.
Hala balik nanti, dia ingin ke rumah Umi. Dia ingin selidik dari ibu Luqman
sendiri. Sudah penat membuat spekulasi sendiri.
“Kau
sebagai orang luar pun nak ambil berat pada dia. Tunang dia sendiri pun buat
tak tahu je dengan dia tu!” Atiq bercerita sendiri tanpa ditanya.
“Dia dah
bertunang?” Entah kenapa boleh menyibukkan lagi diri yang sedang sibuk ini.
“Dah...
tapi aku tak suka langsung kat tunang dia tu! Belagak macam dia tu perempuan
paling cantik dalam dunia.” Farafeesa hanya tergelak mendengar bebelan daripada
Atiq itu. Aish, tak padan dengan mak buyung!
“Weh,
kau tu tengah mengandung. Tak baik kalau kutuk-kutuk orang!” Tegur Farafeesa.
Tapi betul kan... Orang tua selalu berpesan agar orang yang sedang mengandung
menjaga tingkah dan percakapannya. Bimbang nanti anak yang dalam kandungan pula
yang terkena badi. Biasalah orang tua, macam-macam pantang larangnya! Itu baru
bab mengandung. Belum masuk tang bersalin lagi. Kembang anak tekak nak telan
air akar kayu yang tidak ubah seperti air milo yang sudah basi seminggu!
Yerkkk...
“Anak
mummy sayang....” Atiq mula mengusap lembut perutnya yang belum besar mana itu
sambil tersengih-sengih. Kemudian dia menyambung kata.“....Bila besar jadi
orang cantik tau! Cantik macam auntie Feesa.. Boleh mengorat bos hensem..”
Serentak itu, Atiq ketawa besar. Suka mengenakan Farafeesa yang berubah
airmukanya.
Tanpa
menunggu lama, terus Farafeesa membaling pen ke arah Atiq. Mujur sempat
mengelat dan mujurlah bos tak ada! Kalau tidak, naya sahaja. Ezrakil itu
pantang disebut, pasti akan muncul nanti.
“Jangan
marah ya... Kalau marah kena jual tau!”
“Eh,
memang patut pun aku marah... Bukan sebab ayat kau tadi tapi sebab kau rancang
benda yang bukan-bukan dengan bos! Dah lah tak beritahu aku!” Tiba-tiba ada
idea untuk merajuk dengan Atiq pula. Kerja menimbun tapi mulut tetap tak henti
mengomel!
“Aish..
nama pun kejutan! Mana ada orang bagi tahu. Sengal!” Sebenarnya, seawal masuk
kerja lagi dia ingin bertanya perihal ini. Tapi bimbang Farafeesa marah. Jadi,
untung-untung ada peluang, dia nak korek rahsia sampai habis. Dua hari dia
tertanya-tanya sendiri. Kenapa Farafeesa menolak lamaran romantik Ezrakil?
“Kau
tahu, aku pulak yang frust bila bos cakap yang kau tolak lamaran dia!” Protes
Atiq lagi apabila Farafeesa mula memberi fokus pada kerja-kerja yang
berselerakan di atas meja. Nak mengelatlah tuh! Sengaja konon-konon fokus
sedang membuat kerja.
“Sebab
hakikatnya, kami tak mungkin akan bersama..” Farafeesa berjeda sedikit. Matanya
mula memandang ke arah pintu bilik Ezrakil yang terkunci rapat. Lagipun,
Ezrakil adalah spesis manusia yang sangat sukar untuk difahami.
“Kenapa,
kenapa susah sangat untuk kau terima dia?” Atiq ambil pendekatan secara
berkhemah. Dia mahu menyelami segenap ruang hati milik Farafeesa. Dia ingin
mencuba, mendekatkan jarak hubungan Farafeesa dan Ezrakil yang terlalu payah
hendak menjadi ini.
“Sebab
aku memang tak suka dia! Tu sebab yang pasti.” Perasaannya seperti dikocak
hebat. Hatinya melarang namun entah kenapa bibirnya mudah mengatur ayat.
“Yalah...
Kenapa kau tak suka?” Desak Atiq lagi.
“Sebab
aku tak suka... aku tak suka.... aku tak suka dekat dia!!!” Kuat lontaran suara
Farafeesa. Membuatkan Atiq membulatkan matanya. Tercengang sahabatnya itu
dibuatnya. Hingga membuatkan wajah Atiq pucat tanpa darah!
‘Terkejut sangat ke?’
“Tak
perlu cakap kuat-kuat... Tak perlu cakap banyak kali... Saya belum pekak lagi.”
Kali ini giliran Farafeesa pula yang terkedu setelah mendengar bait kata milik
Ezrakil. Sekilas dia berpaling. Kenapa dia tidak perasan yang Ezrakil
benar-benar berada di tepi mejanya. Bila masa lelaki itu keluar dari biliknya?
“Bos....”
Suara Farafeesa terputus. Tersekat tanpa idea untuk meneruskan kata.
Ezrakil
menghempaskan dokumen di atas meja Farafeesa. Mukanya jelas kelihatan riak
marah. Entah kenapa, Farafeesa mula rasa takut untuk melihat anak mata Ezrakil
itu. Kenapa hatinya rasa risau dengan keadaan Ezrakil sekarang?
“Betulkan
balik spelling resolution nih... Dah buat beribu kali pun masih buat salah lagi
ke? Please alert sikit Feesa! Berapa kali awak nak buat kesalahan yang sama
berulang kali? Saya ada banyak kerja lagi selain daripada nak tegur salah awak!
Awak sepatutnya menyenangkan kerja saya, bukan menambahkan beban saya!” Tengkin
Ezrakil seenaknya.
Berdesing telinganya menyambut kemarahan daripada
Ezrakil. Selalunya, lelaki ini akan menegur kesalahannya dengan lembut sahaja.
Kenapa perlu marah-marah? Bukannya buat
kerja yang merugikan duit syarikat pun!
Atiq
juga ikut turut terkedu. Nak pandang muka Ezrakil pun dia tak berani. Akhirya
dia duduk diam di mejanya sendiri. Tangannya mengusap sedikit perutnya.
‘Terkejut anak aku dibuatnya!’
Tanpa
pamitan, Ezrakil hilang keluar dari pejabat. Menghalakan langkah yang tidak
pasti. Farafeesa pula masih lagi terkaku sendiri. ‘Kenapalah aku suka bercakap
tanpa pandang kiri kanan?’ Dalam hal ini, dia yang bersalah!
“Feesa...
Aku minta maaf... Aku...” Akhirnya, Atiq pula yang diserang gabra. Kalau dia
tidak bertanyakan soalan yang tidak-tidak, pasti perkara ini tidak akan
berlaku.
“Biarlah...
Biar dia tahu yang aku memang tak nak mempertaruhkan sisa hidup aku untuk
bersama dengan dia!” Berani mati punya kenyataan. Kali ini, bertambah terkejut
Atiq dibuatnya.
‘Kenapalah
minah ni degil sangat? Keras macam batu! Batu pun boleh lembut dengan Ezrakil!
Tetapi tidak untuk gadis yang bernama Naila Farafeesa!’
“Feesa....”
Farafeesa berpaling ke arah suara Atiq yang memanggilnya itu.
“Makin
kau cuba tolak perasaan kau tu, makin rasa tu datang menghampiri kau. Kalau kau
rasa ayat itu akan menyakitkan hati bos, kau silap besar. Sebab sebenarnya,
yang makin sakit nanti adalah diri kau sendiri!”
Mereka
saling berpandangan. Namun hanya seketika cuma. Terus Farafeesa kembali
melakukan kerja-kerja yang terbengkalai. Namun sungguh hatinya kusut!
‘Kenapa aku tak
mampu nak menidakkan kata-kata Atiq?’
***
Ezrakil
memandu tanpa arah yang pasti. Yang pasti, hatinya terlalu sakit dicincang
lumat apabila mendengar kata-kata Farafeesa itu. Hampir-hampir dia ingat yang
Farafeesa akan meluahkan rasa sayang terhadapnya kepada Atiq. Rupanya itu
hanyalah sebuah angan yang tak akan menjadi kenyataan.
Hatinya
seakan-akan tidak boleh menerima hakikat yang Farafeesa tidak menyintai
dirinya. Sedangkan dia ingin membentangkan kasih seluas lautan. Terhidang hanya
untuk Farafeesa sahaja.
Kadang-kadang
dia terfikir jika Farafeesa mempunyai hubungan dengan lelaki yang berada di
taman tempoh hari. “Kenapa bukan aku....? Ya Allah... ketika kau menamkan rasa
cinta dalam hatiku, kenapa kau memutuskan yang dia tidak akan menjadi milikku?”
Persoalan yang membabi buta hanya akan mengurangkan keyakinan diri kepada Yang
Maha Esa. Hatinya memang tidak tenang langsung.
Akhirnya
pemanduannya singgah di sebuah masjid. Dia tidak tunggu lama lagi. Ezrakil
ingin mencari ketenangan hati yang telah lama hilang dari pelusuk jiwa. Hilang
dimamah rasa cinta yang nyata bukan menjadi miliknya. Azan zohor juga sudah
mula kedengaran. Langkah diatur ke tempat wudhuk.
“Ya
Allah ya tuhanku, yang Maha mendengar dan Maha pengasihani... Aku bersyukur
dengan segala kurniaaMu kepadaku... Aku menghargai segala perhatian dan kasih
sayang yang kau sandarkan padaku...
Aku
sedar yang seorang hamba tidak layak untuk meminta-minta... Aku sentiasa sedar
yang aku adalah hamba yang sentiasa lelah tikai badai menimpa diri... Aku akui
yang aku sedikit pun tidak berdaya tanpa kasih dan rahmat dariMu...
Ya
Allah.... andai kata telah Kau takdirkan dia adalah milikku, akan ku jaga
dirinya dengan penuh rasa ikhlas dan kasih... Akan aku hargai nikmat cinta dan
kasih sayang yang kau curahkan dalam hatiku ini.. Namun jika dia bukan ditakdirkan
untukku, aku mohon agar Kau kuatkan keimananku dalam menempuh arus rasa ini...
dan aku berdoa agar ada seseorang yang lebih baik dariku, untuk menjaga
dirnya.. Sesungguhnya siapalah aku tanpa bantuan dariMu... Amin...”
Ezrakil
meraup wajahnya beberapa kali. Ingin menepis segala gundah yang mendera. Ingin
melangkah dengan kekuatan baru sebentar lagi. Perasaan jadi kuat setelah dapat
mengadu kepada Yang Maha Esa.
Ezrakil
sudah bertekad. Kerana terlalu menyayangi Farafeesa, dia sanggup untuk melepaskan Farafeesa. Biarlah gadis itu
mencari bahagianya di luar sana. Namun andai kata Farafeesa tidak ketemu dengan
mana-mana pintu kebahagian, pintu hatinya tidak akan pernah tertutup buat
Farafeesa. Sekali dia cinta, selamanya cinta itu tetap akan ada. Walau hanya
tinggal sedetik lagi, dirinya akan terus menyinta....sampai ke Syurga.
Apabila
kembali semula ke pejabat, Ezrakil langsung tidak menegur Farafeesa. Bukan
sengaja ingin mengenakan gadis itu, tapi sebenarnya dia terasa seperti terlalu
kejam pada Farafeesa. Terasa seperti sering memaksa gadis itu untuk
menyintainya. Ezrakil mula sedar yang layanannya pada Farafeesa sentiasa keras!
Tidak pernah menunjukkan keikhlasan. Jadi, seharusnya dialah yang menanggung
kesalahan ini. Dirinya sendiri yang gagal membentuk hati Farafeesa agar
menyintainya.
“Bos....”
Ketukan di pintu menyedarkan lamunan pendeknya. Farafeesa sedang berdiri
berhampiran dengan pintu.
“Sejak
bila awak pandai ketuk pintu bila masuk bilik saya?” Farafeesa menggigit bibir.
Dia sedar yang selama ini, dia sering terus meredah masuk tanpa ketukan di
pintu. Tapi hari ini situasinya berbeza. Ezrakil sedang marah padanya.
Kesalahan yang kecil pun akan menjadi besar. Dia langsung tidak berani untuk
menjolok sarang tebuan. Buat naya badan sendiri je nanti!
Entah kenapa, Farafeesa terlalu takut untuk berhadapan
dengan Ezrakil saat ini. Namun dia sudah tidak punya cara. Ada beberapa dokumen
penting yang memerlukan tandatangan lelaki itu. Hendak meminta tolong pada
Atiq, Atiq sendiri menyatakan ketakutannya.
‘Aish, nak tak nak, kena mengadap juga!’
“Bos
perli saya ke?” Aish... mulutnya ini masih gatal membalas kata.
“Awak
terasa ke?” Muka Ezrakil langsun tidak punya riak. Marah lagi ke? Terasa hati
lagi ke? Suasana kekok mula menghantui mereka. Hendak menelan air liur sendiri
pun, Farafeesa tidak mampu.
“Err,,
saya dah double check... Saya pun dah suruh Atiq tolong check.. Hopefully tak
ada salah lagi.” Ezrakil terasa seperti hendak tergelak sahaja. Dia tahu, dia
salah tadi. Dia salah kerana tidak profesional ketika bekerja. Kerana terlalu
menurutkan kata hati, dia tertengking Farafeesa. Termarah gadis kesayangannya.
Sedangkan kesalahan Farafeesa bukanlah besar mana pun.
“Awak
perli saya ke?” Farafeesa mula terfikir sendiri.
‘Aku salah cakap
lagi ke? Aduh!!! Ezrakil kalau merajuk, memang susah nak pujuk!’
“Bos
terasa ke?” Farafeesa memulangkan paku buah keras.
Ezrakil mengangkat
pandangan. Akhirnya mereka saling bertatapan. Farafeesa menayangkan sebaris
giginya yang putih bersih. Tak tahu hendak membuat gaya bagaimana lagi.
Kemudian Ezrakil sudah mula tersenyum-senyum dan akhirnya mereka tergelak
kecil. Entah apa yang kelakar tapi keadaan ini seperti mencuit hati mereka
sendiri.
Baru
Ezrakil terfikir, usik-mengusik, perli-memerli, gaduh sesama mereka
rupanya-rupanya sudah lama sebati dalam diri mereka. Sebenarnya perkara seperti
inilah yang merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Mereka sama-sama pandai
menyakitkan hati dan sama-sama pandai menyejukkan hati yang panas itu kembali.
Dengan cara seperti inilah mereka berdua membina keserasian!
Macam
pelik tapi itulah hakikatnya! Hubungan ini memang terlalu payah untuk
dimaknakan!
“Eer...”
Hampir serentak mereka ingin memulakan bicara. Akhirnya mereka ketawa lagi.
Ketawa untuk menghilangkan gundah yang menyapa. Ezrakil menguakkan rambutnya
manakala Farafeesa pula membetulkan tudungnya yang sudah sedia elok terbentuk.
Semuanya bagai tidak kena sahaja!
“Hmm, biar
saya cakap dulu...” Pinta Farafeesa sungguh-sungguh. Dia bukan apa, dia takut
segala macam dialog yang berada di benaknya hilang jika mendengar biacara
daripada Ezrakil nanti. Otak ini bukan boleh simpan lama-lama. Nanti masam
bagai diadun jadi perkasam!
“Teruskan....”
“Saya
minta maaf... saya tahu bos kecik hati dengan saya.. Saya betul-betul minta
maaf..” Inilah kali kedua dia terasa sangat bersalah terhadap Ezrakil. Entah
kenapa, hatinya ikut turut terusik apabila Ezrakil masuk tanpa memandang
sedikit pun ke arahnya. Entah kenapa dia boleh berasa seperi dirinya terlalu mementingkan diri sendiri.
Memang dia tidak menyintai Ezrakil tapi dirinya langsung tidak layak untuk
menghina cinta Ezrakil terhadapnya.
‘Entah
kenapa, makin ingin aku berlaku kejam terhadap bos, ianya hanya semakin
melukakan diriku sendiri? Apa sebenarnya yang berlaku sekarang?’ Farafeesa
bagai tidak sedar dengan tempat yang dia
sedang berdiri sekarang. Adakalanya dia terlupa tempat duduk cerita yang
sebenar.
“Saya
yang salah.....” Ezrakil melarikan pandangan. Tidak mampu untuk bertentang mata
dengan Farafeesa.
“Bos...”
“Saya
tak berhak untuk paksa awak untuk sukakan saya...” Sambungnya lemah. Farafeesa
senyap sahaja. Hatinya pedih mendengar butiran kata dari Ezrakil.
“Bos....”
Farafeesa seakan-akan ingin menyatakan sesuatu. Namun rasa hatinya tidak
terluah! Terkedu lagi.
“Jangan
risau Feesa... Lepas ni saya tak akan sentuh soal hati ini lagi. Saya dah sedar
yang kasih ini bukan ditakdirkan untuk saya. Bukan saya beralah, tapi saya
bimbang... saya bimbang jika saya terus mendekati awak, saya takut awak jadi
tak selesa. Saya takut awak makin tak boleh terima diri saya... Saya takut awak
lagi menyampah dengan tingkah laku saya...Saya takut kalau saya makin melukai
hati awak Feesa... Saya sedar yang saya tak mampu untuk menawan hati awak..
Mungkin saya bukan lelaki yang ditakdirkan untuk awak.. Saya kena terima yang
saya bukanlah lelaki yang bakal membahagiakan hidup awak!”
Farafeesa
hanya tunduk menekur lantai. Entah kenapa, dia rasa sungguh sebak! ‘Kenapa
dengan hati aku ni? Aku patutnya gembira mendengar kata-kata Ezrakil? Tapi
kenapa aku sedih? Adakah aku turut menyintainya tanpa aku sendiri sedari? Ya
Allah, apa yang terdaya aku lakukan sekarang?’ Serius, hatinya berkecamuk
hebat!
“Feesa.....”
Farafeesa mengangkat sedikit mukanya. Memberanikan diri yang mula diserang
ketakutan. Takut apa, dirinya sendiri tidak punya jawapannya.
“Saya
doakan agar awak bahagia bersama dengan dia... Walau siapa pun si dia tu, saya
harap agar dia dapat membahagiakan awak! Mungkin lelaki itu dapat cintakan awak
lebih dari saya menyintai awak!”
Farafeesa
mengerlipkan matanya beberapa kali. Mengawal diri dari terus memuntahkan air
mata yang sudah bertakung di birai mata. Mujur sahaja Ezrakil tidak
memandangnya. Kalau tidak, pasti lelaki itu akan diserang rasa aneh!
Ezrakil
berpura-pura sedang khusyuk menyemak dokumen yang diserahkan oleh Farafeesa
tadi. Hakikatnya, hatinya menerawang mencari tempat yang pasti untuk berlabuh.
Jiwanya kacau diserang lelah. Lelah mengejar rasa cinta yang bukan ditakdirkan
untuknya.
‘Ya
Allah, aku seorang lelaki! Aku tidak mahu terasa lemah hanya semata-mata kerana
cintaku tidak kesampaian... Mungkin ada seseorang yang lebih baik yang
dijanjikan untukku... sabarkan hatiku... tetapkan Imanku... Agar teguh
menyintaiMu lebih daripada segala sesuatu pun di dunia ini.’ Putusnya di dalam
hati.
“Kalau
tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu bos...” Farafeesa tidak betah lagi
menunggu lama. Dia memang ingin menangis. Menangis mengenangkan apa? ‘Kenapa
aku rasa macam ni? Ya Allah, apakah makna semua ini? Tolong terangkan
perjalananku ini... Agar aku tidak tersasar di dalam kegelapan yang ditengelami
oleh nafsu ataupun kerana terlalu mengikut kehendak hati!’
Baru
selangkah dia menapak, langkahnya terhenti mendengar panggilan Ezrakil.
“Tapi
jika awak tak jumpa bahagia awak kat luar sana, saya sentiasa ada untuk awak
Feesa.... Awak selalu ada di tempat yang sepatutnya... Walau waktu tinggal
sedetik sekali pun, ianya hanya milik awak seorang sahaja!”
Farafeesa
langsung tidak berpaling kerana air matanya telah merebes di pipi. Wajahnya
sudah dihujani dengan deraian air mata yang tidak putus-putus mengalir. Hatinya
sebak! Jiwanya keperitan menanggung rasa! Menangggung rasa cinta yang mula
menjalar dalam jiwa.
‘Ya...
aku harus mengakuinya... aku sudah mula tepaut pada Ezrakil...’
Ezrakil
hanya menghantar pemergian Farafeesa dengan pandangan kosong. Hatinya sudah
mula tenang. Mungkin kerana dia sudah boleh menerima hakikat yang Farafeesa
bukan miliknya. Dilepaskan Farafeesa dengan seikhlas hati.
Selepas
ini, dia bertekad untuk mula membasuh cinta itu. Akan digunakan seluruh daya
dan kudratnya untuk melupakan Naila Farafeesa!
p/s: mampukah mereka membendung perasaan cinta yang sudah menghuni rasa hati?
huhu..sedihnyer.. nape jd cmni plak.. huhu
ReplyDeleteen bos.. janganlah mengalah..
ReplyDeleteaduhh.. saspen betullah...
cepat smbung!!
ezrakil jgnlah mcm tu..kesian feesa..
ReplyDeletecik writer,cptlah smbg...
sedih nya ....... hope feesa dpt bersama dgn ezrakil walaupon sedetik saja..... best kak sara....... nnt smbng lgi.... hope kak sara dpt byk idea.... :)
ReplyDeletePleaseeee ! Noooo ! Tak nak diorang dua berpisah :( And kak sara,betul ke feesa ni akan meninggal ? Tak sukalah :(
ReplyDelete~A~
feesa tlong la luahkn perasaan kat ezrakhil...
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaa....stiap kali baca mest jantung saya skit n laju macam baru pas lari maraton...memang best la cite niyh...pandai betul susun ayat...terkesan kat hati..huhu ~ana~
ReplyDeletet'kesan jga feesa dgn kata2 ezrakil kan....mkin d tolak cinta ezrakil mkin x keruan hati feesa...pndai pnlis m'olah novel nie..part yg m'beri ksan sbnarnya..good job sara....wat yg t'baik lagi yerk...-wan ridaini-......
ReplyDeletehuhu...sedeyh x terkate...tlgla.......jgn biarkan perpisahan terjdi antara mereka...biarlah hati mereka bersatu walau untuk sedetik cuma...huhu...n kpd akak penulis,tlg lah hantar skrip novel ni kat kaki novel...tlg lah publish novel nie!!!
ReplyDelete