Ezrakil terus keluar dari dewan besar tika dia menyedari kehilangan Farafeesa di tempatnya. Bila ditanya kepada Atiq, hanya gelengan sebagai jawapan. ‘Kenapalah minah ni susah sangat nak duduk diam?’
Ezrakil
hilang dalam keriuhan dewan. Dia keluar dari dewan untuk menjejaki kelibat
Farafeesa. Nampak sahaja kelibat Farafeesa, terus Ezrakil menjerit. Tidak
peduli dengan orang yang lalu lalang di sekitar hotel.
“Feesa.... tunggu...!!” Jeritan Ezrakil mematikan langkah
panjang milik Farafeesa. ‘Tak kan lah semua ni memang betul-betul terjadi kot?
Kenapa semua ni boleh berlaku? Kenapalah aku selalu terjebak dengan mamat
sengal ni?’ Farafeesa sedikit pun tidak mengendahkan jeritan milik Ezrakil itu,
dia tetap terus berlari walaupun tersangatlah susah.
‘Bodoh punya dress, tolonglah aku sikit!!!’ Mulalah nak
emosi bagai.
Apabila melihat Farafeesa membuka langkah, dia terus
berlari. Senang sahaja untuk lelaki yang memakai seluar sepertinya. Lainlah
seperti Farafeesa yang berdress labuh dan memakai kasut tinggi itu.
“Kan saya suruh awak tunggu...” Direntap lengan milik
Farafeesa hinggakan gadis itu tertarik ke belakang dan melanggar dada milik
Ezrakil. Sekali pandang, memang kelihatan seperti sedang berpeluk.
Farafeesa terkejut dan Ezrakil terpana!
“Sakitlah!” Tengking Farafeesa. Disentap tangannya yang
berada dalam gengaman Ezrakil itu. Suka-suka hati memegang lengannya. Walaupun
berlapik, itu bukan satu syarat yang mereka dibenarkan untuk bersentuhan.
‘Tak belajar agama agaknya lelaki ni?’
Memang dia tidak suka perangai mengarah yang selalu
Ezrakil gunakan. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang suka bertindak
sesuka hati. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang adakalanya tidak
hormatkan pendiriannya itu. Pokok pangkalnya, dia tidak suka dengan Ezrakil!
“Susah sangat ke nak tunggu?” Suara Ezrakil keras. Marah
sudah pasti. Bagaimana dia boleh terjatuh hati pada seorang gadis yang terlalu
degil seperti gadis ini? Peritnya hanya Allah yang tahu.. Ngilu seperti
dicengkam sembilu!
“Salah ke kalau saya nak balik?” Balas Farafeesa kasar.
Jangan harap dia akan berlembut dengan Ezrakil. Makin Ezrakil berkasar, makin
dia akan melawan. ‘Kalau dunia ni nak terbalik sekalipun, lantaklah... yang
penting aku tak akan beralah dengan lelaki sepertinya.’
“Memanglah tak salah.. Tapi tak boleh ke kalau awak patuh
dengan arahan saya tadi... kan saya suruh tunggu...” Marah Ezrakil lagi.
“Ini bukan office hour yang membuatkan seorang pekerja
perlu mendengar arahan dari bosnya... Suka hati sayalah kalau saya nak balik ke
nak apa ke...” Tegas Farafeesa berani.
“Okay...okay.. saya cuma nak cakap sesuatu dengan awak
Feesa...” Suara Ezrakil sudah mula lembut. Mula beralah dengan wanita
kesayanganya ini. Dia siap buat gaya suruh Farafeesa menahan sabar.
“Saya nak balik... saya tak mahu dengar apa-apa..”
Farafeesa mula melangkah pergi namun sekali lagi dihalang oleh Ezrakil. ‘Drama
apa pulak yang dia nak buat ni? Kang kalau orang dalam dewan keluar, mulalah
kalut semacam...’
“Tolonglah kali ini awak beralah sekejap... Tolonglah
dengar apa yang saya nak cakap ni.” Suara Ezrakil itu sedikit merayu. Lain yang
dirancang, lain pula yang menjadi. Baru nak umumkan perasaannya dihadapan
seluruh tetamu di dalam dewan. Alih-alih, terpaksa buat sketsa tak bertauliah
di sini.
‘Feesa, kenapa awak suka buat saya kelam kabut?’
“Okay.. apa dia yang bos nak cakap sangat tu?” Gesa
Farafeesa cepat-cepat. Berlama-lama dengan Ezrakil hanya akan mampu membuatkan
kepalanya sesak sahaja! Ezrakil mula menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya
perlahan.
“Saya
cintakan awak Feesa... dan saya mahu menghabiskan baki kehidupan saya bersama
dengan awak seorang je...” Masa seakan-akan terhenti tika Ezrakil
melafaskan rasa hatinya. Mereka saling bertatapan. Mencari kasih disebalik
redup mata yang memandang. Menerokai erti sebuah cinta yang terlangkau jauh
dari gapaian mereka.
Tutur kata Ezrakil tersusun
sahaja. Kelihatannya, dia sudah menggunakan seluruh kudratnya untuk meluahkan
perasaannya terhadap Farafeesa.
Terpana Farafeesa dibuatnya. Akhirnya, apa yang paling
dia takut nak dengar, terjadi juga. ‘Ya Allah, sungguh betul-betul rasa macam
nak pengsan!’ Dia mula melepaskan keluhan. Berat! Kes ini jadi makin rumit!
“Tapi saya tak cintakan Encik Ezrakil....” Luah Farafeesa
terus. Dia tidak mahu terus menyimpulkan rasa hati yang sudah sedia tersimpul.
Hubungan ini memang tidak akan pernah menjadi. Lagipula, Ezrakil tak pernah
mengetahui akan penyakit yang dihidapinya ini.
“Awak tak perlu jawab sekarang Feesa... awak boleh ambil
masa lama mana pun.. Saya akan tunggu..” Pintas Ezrakil cepat-cepat. Dia tahu
Farafeesa membuat keputusan dalam keadaan terkejut. Dia mahu Farafeesa berfikir
semasak-masaknya dahulu. Tak perlu bagi jawapan sedrastik ini.
“Nope... kalau sejuta kali bos tanya pun.. jawapannya
tetap sama. Saya tak ada apa-apa perasaan pada bos.. saya tak sukakan bos
pun... saya tak akan buang masa dengan memikirkan sesuatu yang saya dah tahu
jawapannya. Maafkan saya bos... Saya tak boleh terima bos untuk jadi lebih dari
yang sepatutnya.”
Kali ini giliran Ezrakil pula yang melopong.
“Sebab tu saya suruh awak fikir... jangan keraskan hati
awak untuk terima saya...” Entah macam mana, Ezrakil pula boleh naik berang.
Terasa sangat bengang kerana ditolak mentah-mentah oleh Farafeesa.
‘Dalam banyak-banyak perempuan di muka bumi Allah ni,
kenapa hati aku boleh terpaut pada dirinya? Perempuan ni memang spesis yang
terlalu sukar untuk dimengerti.’
“Bos kata saya ni keras hati? Siapa suruh bos jatuh cinta
pada perempuan yang keras hati macam saya! Pergilah cari perempuan yang lembut
hati... Yang boleh cair dengan kata-kata bos tuh!” Balas Farafeesa geram.
‘Ezrakil kalau bercakap, memang tak pernah berfikir...
Macam ni dia nak suruh aku fikir untuk terima dia.. Boleh jalanlah dengan cinta
dia ni... jual selonggok seringgit pun aku tak akan beli!’
“Kalau betul saya nak orang lain, saya dah pilih orang
lain... Tapi masalahnya kepala saya hanya fikirkan awak je.. Hati saya ni hanya
ada nama awak je Feesa... Bukan perempuan lain.” Luah Ezrakil tanpa malu-malu.
Alang kepalang dah tahu, baik diluahkan segala yang tersimpan. Biar Farafeesa
tahu akan hakikat hatinya. Tapi sungguh terlalu sukar hendak berjiwang dengan
perempuan yang tidak punya perasaan seperti Farafeesa.
“Habis tu, bos fikir hati bos je? Hati dan perasaan saya
macam mana pulak?” Pangkah Farafeesa berani. Mereka saling berbalas pandang.
Menguraikan kekusutan yang melanda jiwa. Mula ingin menyimpulkan kasih yang
tidak tahu dimana letak duduknya.
“Ngeeee..... Susahlah cakap dengan awak ni Feesa!”
Dikuakkan rambutnya beberapa kali. Geram dengan sikap Farafeesa yang kuat
menjawab itu. Macam mana hendak membuatkan gadis ini mengerti akan segala
perasaannya kini. Farafeesa ini tak romantik langsung.. Tidakkah hatinya
terusik sedikit pun?
“Habis tu, tak payah cakap apa-apa... Sebab setiap
kata-kata bos tu hanya akan menyakitkan hati saya je!” Ah sudah, peningnya dah
datang dah... Sakit hatinya dengan Ezrakil terasa lebih tidak tertanggung
berbanding dengan penyakit yang dihidapinya.
“Awak kira hati awak je sakit, hati saya yang awk
sakitkan, awak tak fikir pulak?” Berkerut dahi Farafeesa menyambut kata-kata
Ezrakil itu.
‘Apa kena dengan mamat ni sebenarnya? Cakap berbelit? Dah
kena sampuk dengan jembalang hotel ke?’
Farafeesa mula mengeluh sedikit. Melepaskan satu rasa
untuk menghilangkan beban yang tiba-tiba menghempap diri. Berapa kali lagi dia
perlu mengeluh?
“Bos, macam ni ke cara bos nak tunjukkan rasa sayang bos
pada saya? Macam ni ke caranya bos nak cakap yang saya ni orang terpenting
dalam hidup bos? Macam ni ke cara bos nak yakinkan saya yang bos betul-betul sayangkan
saya? Kalau macam ni caranya, memang sia-sialah bos... sebab hubungan ni memang tak ada penyudah
yang bahagia.” Desakan demi desakan dari Ezrakil tidak akan merubah apa-apa.
Seorang keras kepala... seorang lagi keras hati.. Mana
mungkin hubungan seperti ini akan menjadi. Sekali lagi mereka berpandangan.
Kali ini giliran Ezrakil pula yang mengeluh. Cinta ini terlalu berat
bebanannya.
“Habis tu awak nak bukti apa lagi.... sebab tak cium or
tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya
boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal
di sisi agama untuk saya.. Masa tu, bukan saja peluk cium, lebih dari tu pun
saya boleh bagi...”
Habis sahaja ayat Ezrakil, terus Farafeesa pukul bahu
Ezrakil yang sedang tersenyum-senyum itu menggunakan beg tangannya. Ini bukan
tahap double meaning... tapi ini dah tahap triple meaning..
“Tak senonohlah bos nih?” Marah Farafeesa. Mukanya sudah
merah menahan rasa. Boleh dia buat sketsa gurauan berkasih sayang.
“Saya tak maksudkan apa-apa pun... Awak tu yang fikir
bukan-bukan.” Sekurang-kurangnya dia boleh melihat senyuman milik Farafeesa
itu. Tak adalah kelat sahaja mukanya. Ezrakil diam sahaja. Sudah malas
meneruskan kata. Kerana katanya pasti akan dipusing kembali oleh Farafeesa.
“Cinta tu tak semestinya dimaknakan dengan perlakuan
romantik je bos... adakalanya, dengan cara bos memandang pun... orang yang bos
sayang tu boleh rasa aura kasih sayang bos..” Aish... berfalsafah soal cinta
pulak.
“Kenapa sebut orang yang bos sayang? Orang yang saya
sayang tu ialah awak Feesa...” Farafeesa mula mengaru kepalanya yang
berlapikkan selendang itu.
“Okay fine... sejujurnya, saya tak dapat rasa kasih
sayang bos pada saya... Mungkin sebab bos sendiri tak pernah rasa ikhlas untuk
menyanyangi saya...” Mujur sahaja ada idea mengejut datang mencerna di
benaknya. Adalah juga modal untuk berbalas jawab dengan Ezrakil ini.
“Kalau awak tak sayang saya Feesa.. saya boleh terima.
Tapi awak tak layak untuk mempersoalkan kasih sayang saya pada awak!” Errkk...
Makin keruh pula jadinya bila Ezrakil tiba-tiba marah-marah.
“Tengok.. benda macam ni yang saya cakap tadi.. Bos tak
boleh nak bersabar dengan karenah saya sebagai seorang pekerja.. Jadi bos rasa
boleh bertahan ke untuk terima saya sebagai seorang isteri? Saya bukan
persoalkan kasih sayang bos pada saya, tapi saya persoalkan kerelaan hati bos
menerima keadaan diri saya yang sebenar.
Saya bukan spesis perempuan yang akan setuju dengan
setiap perkara yang bos cakap atau suruh. Saya ni perempuan kuat membangkang!
Saya cakap bila saya rasa tak puas hati.. Kadang-kadang saya tak pandai tak
jaga hati bos... Bukan kadang-kadang rasanya tapi selalu... Yup.. saya selalu
sakitkan hati bos dengan perangai keras kepala saya ni..
Jadi, baik bos fikir dalam-dalam.. Bos rasa perempuan
yang keras hati macam saya ni mampu ke nak cairkan sifat keras kepala bos tuh?”
Akhirnya dia ambil pendekatan physiology untuk
menerangkan dengan lebih lanjut tentang masa hadapan hubungan mereka yang tidak
pernah menampakkan harapan ini. Kalau ada warna pun, bukan warna cinta.. tetapi
warna kelabu! Kusam dan penuh dengan rasa bosan.
“Betul jugak kata awak tu... kalau awak keras hati, saya
pulak keras kepala.. Kalau dapat anak, anak kita akan jadi kepala batu...” Farafeesa
sudah tersenyum-senyum dalam hati tika menyambut kata-kata Ezrakil itu.
‘Yes, taktik macam dah nak menjadi.’
“Tapi saya tak peduli semua tu.. memang sekarang saya
hanya cintakan awak Feesa... Satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum
ni.. Hanya awak yang mampu buat hati saya bercakaran dengan fikiran saya..
Hanya awak yang mampu membuatkan jantung saya berdegup kencang.. Hanya awak
yang mampu menemani langkah kaki saya yang bertaburan.. Hanya awak yang saya
suka dan saya cinta... Hanya awak...”
Farafeesa mula menepuk dahinya. Lain yang dirancang, lain
pulak yang menjadi. Apa nak jadi sebenarnya ni? Bertaburan bulu romanya
mendengar ayat-ayat romantik Ezrakil ini. Terasa sejuk hingga ke tulang!
“Macam mana boleh jadi macam ni bos....??” Adoyai...
“Semua ni takdir Allah Feesa... Takdir yang awak dan saya
tak boleh sangkal sedikit pun.. Saya tak
boleh tarik apa yang Allah dah hadiahkan pada saya.. Tapi awak boleh terima
rasa hati saya Feesa... Memang awak dan saya berada dalam keadaan yang berbeza
tapi Allah mencampakkan kita ke dalam tempat yang sama...”
Jauh Farafeesa termenung mendengar kata-kata Ezrakil itu.
Bukan itu yang menjadi persoalannya sekarang. Masalahnya ialah, dia tidak mahu
meletakkan sebarang harapan buat Ezrakil. Dia tidak mahu menjadikan hidup
Ezrakil huru hara selepas pemergiannya nanti.
Kalau benar ada kasih yang bertaut, lama mana semua itu
mampu bertahan? Walaupun dia memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap
Ezrakil tapi itu tidak bermakna dia sanggup untuk mempertaruhkan hidup Ezrakil.
Lelaki itu masih tergolong dalam lelaki yang baik hati. Dan hatinya belum cukup
busuk lagi untuk membuatkan Ezrakil menderita di kemudian hari.
“Bos...” Baru hendak memulakan biacara, Ezrakil sudah
mula mematahkan hujahnya.
“Feesa... Saya tahu saya ni banyak celanya... Banyak
sikap buruk dari yang baik... Banyak menyakitkan hati awak dan kadang-kadang
suka buli awak...”
“Bukan kadang-kadang tapi selalu...” Farafeesa
memperbetulkan ayat Ezrakil. Pantang kalau Ezrakil tersalah cakap.
“Ya.. ya... Selalu buli awak.. Selalu buat awak marah..
Saya tahu awak terlalu baik untuk lelaki seperti saya ni. Saya tahu dan memang
dapat agak yang saya tak pernah dapat tempat di hati awak Feesa... Tapi
sekurang-kurangnya saya akan mencuba sedaya upaya... Untuk menanamkan rasa
sayang antara kita.. Saya harap awak pun macam tu.. Beri saya peluang untuk
tunjukkan dan buktikan rasa sayang saya pada awak... Saya tak berjanji untuk menjadi seorang lelaki
yang sempurna untuk awak, tapi cinta awak pada saya dapat menyempurnakan kisah
kita Feesa.”
Entah kenapa, tubir mata Farafeesa panas disapa air mata
yang mula bergenang di ruangan mata. Terharu! Ya... Teramat tersentuh dengan
ayat-ayat Ezrakil itu. Tadi kelihatan lelaki ini begitu terdesak sekali.
Mungkin terkejut dengan tindakan drastiknya yang meninggalkan dewan tanpa
sempat dia meneruskan adengan yang dirancang.
Tapi sungguh, sekarang Ezrakil kelihatan lebih ikhlas
dalam menyuarakan rasa hatinya.
“Saya tak perlukan kata putus awak untuk terima saya...
saya cuma perlukan ruang dan peluang untuk semaikan cinta saya pada awak..”
Pujuk Ezrakil penuh lembut. Dia perasaan yang perasaan Farafeesa sedikit
tersentuh dengan kata-katanya tadi. Tapi sungguh, dia ikhlas menuturkannya.
Bukan dari paksaan sesiapa pun.
“Bos....” Farafeesa kelu seribu bahasa.
“Feesa... saya memang sunguh-sungguh sayangkan awak...”
Dari berbalah bagai, boleh pulak ada adengan romantik sebegini. Tragis sungguh
kisah cinta ini. Betul kata orang, cinta memang perlu dimaknakan melalui
kata-kata. Kerana hati yang kering mudah terusik dengan kata yang mendamaikan
hati.
“Tapi saya...” Kenapa boleh tersekat ni? Kenapa susah
sangat nak menolak. ‘Tak kanlah aku pun suka kat Ezrakil kot? Mustahil... Aku
sentiasa letakkan Ezrakil sebagai lelaki pilihan terakhir yang aku akan pilih
dulu.. Tapi lepas aku tahu yang aku sakit, aku dah tak berniat untuk berkahwin
lagi. Tapi kenapa aku rasa berat hati nak tolak Ezrakil?’
Kebisuan mereka dimatikan dengan deringan telefon bimbit
milik Farafeesa. Tanpa sedar, kedua-duanya melahirkan keluhan perlahan.
‘Kenapalah telefon Feesa ni suka sangat berbunyi tak kena
masa?’ Keluh Ezrakil dalam hati.
“Helo...” Jawab Farafeesa. Matanya menjeling sedikit ke
arah Ezrakil.
“Feesa.....” Suara Faraneesha lemah di corong telefon.
“Kenapa kak?” Saspen sungguh mendengar suara Faraneesha
yang bersulamkan tangis itu.
“Luqman....”
“Kenapa dengan Luqman?” Berdegup kencang hati Farafeesa
menanti jawapan daripada kembarnya itu.
“Dia kritikal....”
“Hah!!!” Jerit Farafeesa spontan. Kuat pulak tu. Ezrakil
ikut turut memandangnya penuh khusyuk. Riak Wajah Farafeesa serius berubah
seratus peratus.
“Ya..ya... aku datang sekarang.” Tegas Farafeesa lagi.
Tidak mahu melanjutkan perbualan. Makin banyak Faraneesha memberi penerangan,
makin panjang tangisan milik kakaknya itu nanti.
“Kenapa?” Itulah soalan pertama tika Farafeesa menamatkan
panggilan telefon. Dia ikut turut berdebar-debar. Mungkin kerana melihat
Farafeesa yang agak mengelabah itu.
“Luqman kritikal...” Dijawab juga soalan Ezrakil itu
walaupun dia sudah mula kusut untuk pergi ke hospital dalam pakaian zombi ini
ataupun pulang ke rumah terus. Tapi persoalannya, dia ingin pulang dengan
siapa?
‘Tak kan lah nak guna mamat ni pulak... dah lah baru
tolak lamaran dia?’ Farafeesa mula keliru sendiri.
“Jom saya hantarkan awak ke hospital.” Dia tahu apa yang
berada di fikiran gadis itu. Mudah sebenarnya ingin memahami lenggok bahasa
badan wanita yang dia sayang itu. Cuma rasa hati Farafeesa sahaja yang sukar
untuk ditebak.
“Tapi saya nak balik rumah dulu... Tak kan nak pakai baju
macam ni ke hospital kot.” Farafeesa meluahkan rasa hatinya.
“Kalau macam tu kita balik rumah dulu then saya hantar
awak ke hospital pulak..” Ezrakil sudah mula berjalan menghampiri kereta yang
berada tidak jauh dari mereka.
“Tunggu apa lagi Feesa?” Ezrakil berpaling dan
melontarkan soalan apabila dia sedar yang Farafeesa tidak mengikuti jejak
langkahnya. Apa lagilah yang menganggu pemikiran gadis ini?
“Errr.... tak menyusahkan bos ke?”
Sudahlah baru menolak lamaran dari lelaki itu, tapi
sekarang terpaksa pulak memohon pertolongan daripada Ezrakil. Dia memang tidak
suka dimanjakan oleh sesiapa pun. Apatah lagi Ezrakil. Inilah yang susah bila
tak ada kereta! Tapi memang dia sudah putuskan untuk tidak membeli kereta. Duit
simpanannya hanya untuk adik-adiknya di kemudian hari nanti.
“Tak ada apa yang susah bila dia melibatkan orang yang
kita sayang Feesa...” Tulus sahaja pertuturannya hingga membuatkan Farafeesa
terhenyak dengan perasaan milik sendiri.
Perlahan-lahan Ezrakil menapak semula menghampiri
Farafeesa. Senyuman paling manis dia hadiahkan kepada Farafeesa. Mungkin benar
kata Farafeesa tadi, dia perlu belajar menerima keadaan tercela Farafeesa.
Dan sekarang, dia bertekad untuk beralah apa sahaja untuk
gadis ini. Ini sebagai langkah pertama dalam hubungan mereka yang belum tentu
jadi atau tidak ini. Sekurang-kurangnya dia lega kerana telah berjaya meluahkan
perasaannya terhadap Farafeesa. Berjaya melepaskan rasa sesak di dada. Biarpun
Farafeesa menolak mentah-mentah, itu lebih baik daripada dia simpan perasaan
ini sepanjang hidupnya. Buat naya hati sendiri je...
“Feesa... hal kita awak kena tolak ke tepi.. Neesha
sedang perlukan awak sekarang. Jom...” Lega sedikit Farafeesa mendengarnya. Dia
turut membalas senyuman milik Ezrakil. ‘Lelaki ini, tidaklah teruk sangat...’
P/S: agak-agaknya, apalah yang jadi lepas nih!!! aishhhh
tudiaa...luahan perasaan... :)
ReplyDeletexle nk predict pa nk jd pas nie...
wah lps jgak beban ezrakil mluahkan prasaan...... wah lps ni curahan air mata lak ya kak sara eh... sediakan tisu....... hehe..
ReplyDeletebest kak sara..... apa2 pon sye folow....
bkn main pnjang lebar yerk ezrakil 2 mluahkan...cam de skrip g2...t'ssun je ayat2 dia 2...cian plak kat feesa 2...d luah mati mak d telan mati bapak..bleh kew sama2 kpala batu nk b'sa2 yerk...x kwen lagi dh balah bagai..dah kahwin...haish...nk pk pown pyh ey...pape pown nk tnggu smbungan novel nie jerk...;))....-wan ridaini-
ReplyDeleteuarhhh...nape feesha?..why u didnt say yes..just one word..yes..aduhai..lepas ni mesti tolak gak ni..bahagia derita bukan awk tentukan feecha..semua milik Tuhan..just say yes..huhu..
ReplyDeletenapa feesa xtrus trang kat ezrakhil yg dia ada pyakit?
ReplyDeletesalam SSG....
ReplyDeletehaishhh nape feesa x terus jew terima...
setiap insan berhak mencari n merasa bahagia sebelum ajal menjemput kita.....kesian kat ezrakhil harap2 dye dpt tawan hati feesa yg keras tue...chaiyokk ezrakhil...(hehe)
SSG cpt2 la n3 bab yg seterus nyerr x sabar nk baca ny..apa yg berlaku..... bessttt....
terima kasih untuk semua pembaca yang meninggalkan komen.. hehe.. hmm,, kenapa ya feesa tak terus terang???? hehe... biarlah episod2 akan datang yang menjawab persoalan nih... hope sabar menanti ya...
ReplyDelete