Sudah sebulan pemergian Luqman, terasa baru semalam
lelaki itu menemani hari-harinya. Terasa masih basah kerinduan ini. Tidak akan
pernah kering dimamah waktu. Peritnya percintaan ini? Sungguh, tidak pernah dia
menyangka yang kisah kasih mereka ini
akan berakhir sebegini rupa.
Jujur
dia akui yang perasaanya langsung tidak kuat! Dia hanya berpura-pura tabah dan
sabar di hadapan ahli keluarganya. Namun hakikatnya setiap waktu dia menangis
ketika ingatan bersama dengan Luqman mengarit perasaan.
Kadang-kadang
Faraneesha sendiri terlupa yang Luqman sudah tiada. Ada satu waktu, dia
mengambil telefon untuk menenelefon Luqman. Sudah menjadi tabiat sebelum tidur
untuk mengucapkan selamat malam pada Luqman.
Bila
panggilan bersambut, suara Hanis yang menyapa mula mengingatkan dia tentang
pemergian Luqman. Nombor Luqman memang sengaja dibiarkan aktif. Bimbang jika
ada kenalan Luqman yang masih belum mengetahui pemergiannya.
“Kenapa
telefon kak?” Soal Hanis di hujung talian.
“Saja..
Anis dengan Umi sihat kan?” Sedaya upaya dicuba untuk mencari helah. Bimbang
jika Hanis dapat mengesan kerinduan yang sarat terkandung di lubuk hati.
“Sihat
je kak... Anis pun harap akak sihat.. Walaupun akak mungkin tak akan jadi ahli
keluarga kami, tapi Anis harap akak tak lupakan Anis dengan Umi..” Pinta Hanis
sungguh-sungguh. Suaranya sudah mula kedengaran sebak.
“Anis...
walaupun akak tak sempat kahwin dengan abang, tapi Anis dan Umi akak dah anggap
seperti ahli keluarga akak sendiri! Anis jangan sedih-sedih tau.” Dia cuba
memujuk Hanis yang sedang menangis sedangkan dia juga turut cuba memujuk hati
miliknya sendiri.
“Akak
telefon abang sebab akak rindukan abang kan?” Faraneesha hanya senyap. Tidak
mampu untuk menjawab apa-apa.
“Anis
pun rindukan abang... Rindu sangat-sangat....”
Faraneesha sedar yang Hanis terlalu rapat dengan arwah
Luqman. Segala benda pun dia berkongsi dengan abangnya itu. Pasti Hanis terasa
kehilangannya. Keperitan yang Hanis rasakan, pastilah lebih hebat jika hendak
dibandingkan dengan dirinya.
Apalah
yang ada pada kasih seorang kekasih jika hendak dibandingkan dengan hubungan
kekeluargaan yang sudah terikat kemas sejak azali lagi. Akhirnya malam itu dia
memberikan semangat buat Hanis walaupun dia tahu yang semangatnya tidaklah
sekuat mana.
“Mungkin
akak tak mampu nak gantikan tempat abang yang pasti tiada galang gantinya...
Tapi akak nak Anis tahu satu perkara... Kalau Anis perlukan apa-apa, akak ada
di untuk bantu Anis.. Jangan segan-segan tau! Akak sayang Anis dan Umi.. kasih
sayang ni tak akan ada penghujungnya..”
Itulah
tekadnya. Itulah harapannya. Moga kasih yang terjalin tidak akan pudar dimamah
rasa. Tidak akan hilang ditelan zaman. Hanya Allah yang mampu memisahkan ikatan
yang terjalin ini.
Kerana
itu dia cuba menyibukkan diri dengan kerja. Namun banyak manalah sangat
kerjanya. Habis-habis, pukul lima semua kerja pun sudah pun diselesaikan. Tanpa
sedar, dia mula mengeluh kecil.
“Apa
yang dikeluhkan tu?” Tanya Farafeesa yang baru masuk ke dalam perut kereta. Hilang
lamunannya tika bersama dengan Hanis. Pantang ada masa, pasti akan menewarang
jauh. Terlupa yang dia sendang menunggu Farafeesa yang baru keluar dari
pejabat. Mujur sahaja petang ini jalan tidak berapa sesak. Jika tidak, pasti
menyesakkan kepala otakknya!
“Tak ada
apa..” Faraneesha meneruskan pemanduan. Akhirnya, pasangan kembar itu hilang
tanpa kata. Sesekali terdengar batuk Farafeesa yanga agak kuat itu. Memeriahkan
suasana sepi milik meraka.
“Dah
tahu batuk, makanlah ubat batuk.” Tegur Faraneesha sedikit.
“Dah
makan dah...” Bukan sekadar ubat batuk, segala macam jenis ubat pun sudah
ditelannya. Adakalanya sudah terlalu muak! Namun dia tidak berani untuk
mengingkari arahan daripada Doktor Hidayah.
Farafeesa
memejamkan matanya. Menghilangkan rasa pening yang bermaharajalela di ruangan
kepala. Sungguh, sejak akhir-akhir ini, badannya sudah tidak daya menanggung
beban kesakitan. Makan ubat pun tetap tak jadi apa-apa!
Farafeesa
dan Faraneesha sama-sama terdiam. Meraka berada tidak jauh antara satu sama
lain. Tapi hakikatnya mereka terlontar jauh dalam angan-angan sendiri.
Faraneesha mengharapkan kasih yang hilang bertandang kembali manakala Farafeesa
pula sedaya upaya menepis kasih yang sudah mula berada di depan mata.
Lamunan
Faraneesha terhenti apabila mendengar batuk Farafeesa yang terlalu kuat itu.
Dia perasan yang sejak akhir-akhir ini, Farafeesa memang sering nampak pucat
dan sering demam-demam.
“Balik
rumah nanti, makan ubat!” Dia ambil berat akan perihal adiknya itu. Tahu benar yang
Farafeesa terlalu culas untuk makan ubat.
Farafeesa
hanya mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya ada perkara lain yang menganggu
fikirannya. Sejak peristiwa di dalam pejabat Ezrakil, lelaki itu hanya bercakap
dengan dirinya tentang hal kerja sahaja. Itu pun tidak memandang wajahnya.
Adakalanya, Ezrakil hanya menitipkan pesan terhadap Atiq sahaja! Sungguh,
hatinya tersentuh dengan layanan Ezrakil.
‘Kecewa
sangatkah lelaki itu denganku?’
“Feesa,
bukan ke ini yang kau nak sangat? Kalau kau rasa sedih, bos lagi sedih sebab
dia melakukan sesuatu diluar kemahuan dia!” Atiq terlalu mengerti yang
Farafeesa melakukan semua ini untuk tidak menyeksa Ezrakil di kemudian hari.
Namun
sekarang, dua-dua pun terseksa. Apa yang akan berlaku nanti, serah sahaja
kepada Yang Maha Esa. Apa yang perlu Farafeesa lakukan sekarang ialah menerima
Ezrakil. Benarkanlah diri itu untuk berbahagia sebelum janji Allah itu tiba.
“Kau
tahu kan aku pun terpaksa lakukan semua ni!” Balas Farafeesa lemah. Sungguh,
dia tidak mampu untuk mempertahankan rasa ini. Lama-lama, cinta ini mampu untuk
membinasakan dirinya sendiri.
Atiq
mengeluh di dalam hati. Dia sedar, berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Dia mula merapat ke arah meja Farafeesa. Susah hendak menukar pendirian
Farafeesa ini. Tekadnya lain macam.. aishh..
“Feesa....
kau tak rasa ke apa yang kau buat ni salah? Kalau pun kau sakit, kau pun berhak
untuk bahagia...” Pujuk Atiq lagi. Sejak dia tahu tentang penyakit yang
dihidapi oleh Farafeesa, dia akan cuba memujuk untuk Farafeesa menerima
Ezrakil. Sungguh, dia teramat kasihan melihat Farafeesa menderita sendirian.
“Aku tak
mahu melihat penderitaan dia nanti Tiq... Kalau seribu kali kau tanya pun,
jawapannya tetap sama. Tak akan ada sebarang perubahan Tiq!”
Tegas
nada suaranya. Ingin memahamkan Atiq yang cinta ini bukan sahaja ketika
mengejar kebahagian tapi akan ada derita yang bertandang tika kasih ini diambil
semula oleh Yang Maha Kuasa.
“Kau ni
degil lah Feesa....” Luah Atiq geram. Susah nak faham orang yang tetap pendirian
ni!
“Aku
berdegil bila perlu je Tiq....” Farafeesa terbatuk sedikit. Dadanya terasa
sesak! Perit menangung sakit di dada. Atiq terus menghulurkan air. Tidak
berlengah lagi dari terus membiarkan Farafeesa menangung beban kesakitan
sendirian. Bila sakit Farafeesa menyerang, sungguh hatinya perit melihatnya.
Walau bukan digalas oleh dirinya, tapi dia ikut turut
merasa tempiasnya. Kerana dia terlalu menyayangi Farafeesa! Air matanya ikut
turut bergenang. Sedih melihat keadaan Farafaeesa. Mukanya pucat! Seri langsung
hilang entah kemana.
Farafeesa menyambut huluran air itu. Dia meneguk
perlahan. Tapi melihat wajah Atiq yang serius itu, dia jadi sedih sendiri. “Atiq,
aku batuk jelah.. Bukan nak mati pun..” Sengaja Farafeesa mengusik.
Atiq sekarang pantang
melihat dia batuk atau pening kepala. Pasti ibu mengandung itu akan jadi susah
hati. Farafeesa mula berasa serba salah kerana membocorkan rahsia ini.
Sepatutnya Atiq tidak perlu tahu tentang hakikat ini. Biarlah dia menanggungnya
sendirian. Farafeesa bimbang jika emosi Atiq akan mempengaruhi kandungannya.
“Main-mainlah kau nih!” Atiq menampar kasar bahu
Farafeesa. Hatinya bertambah sakit apabila menangkap tawa milik Farafeesa.
‘Hidup tak pernah serius!’
“Kau tu yang serius memanjang.. Jangan sedih-sedih sangat
Atiq.. Nanti anak angkat aku pun ikut turut jadi penyedih. Mulalah cengeng
bagai! Masa tu, kau jangan suruh aku bertanggungjawablah....”
“Memang kau patut bertanggungjawab pun...” Bidas Atiq
tidak mahu kalah. Jarinya menyapu air mata yang menyapa di birai mata.
“Eh, bukan aku yang buatkan kau mengandung! Kenapa aku
pulak yang kena bertanggungjawab?” Usik Farafeesa lagi. Akhirnya mereka
sama-sama ketawa. Menghargai detik-detik keemasan yang bukan tiada lagi untuk
hari esok. Siapa tahu perjalanan hidup ini terhenti sampai dimana?
“Aku bukan cakap pasal hal tu... Suami aku ada untuk
tanggung hal tu dan kau... tak payah nak gatal-gatal menjawab!” Ada sahaja idea
nakal Farafeesa untuk berbalah dengannya nanti. Sebab itu dia sound awal-awal!
‘Ya Allah, izinkan sahabatku ini terus bernafas di muka
bumi ini. Kerana dia seorang sahabat yang terbaik bagiku.. Panjangkanlah
usianya... Titipkanlah kebahagian kepadanya... Satukanlah hatinya dengan hati
Ezrakil.. Kuatkanlah jodoh meraka..’
Dipaut bahu Farafeesa. Bibirnya menghulurkan senyum.
Dalam diam, dia sebenarnya cuba menitipkan kekuatan buat Farafeesa walau dia
tahu yang Farafeesa sedia kuat untuk mengharungi semua cubaan. Dia ingin
Farafeesa tahu yang dirinya ada disetiap lelah tika sahabatnya itu sukar untuk
bernafas. Walaupun dia tidak mampu untuk mengubah apa-apa tapi dia berjanji
untuk menemani Farafeesa.
“Ni apasal nak bermanja dengan aku sangat ni? Tak cukup
kasih sayang lagi ke?” Atiq mendengus! Malas hendak melayan Farafeesa lagi.
‘Orang sibuk duk layan perasaan, dia tetap kekal tanpa
perasaan! Apa punya manusialah!’ Aish...
“Feesa, Atiq....” Panggilan suara itu mematikan perbualan
mereka. Mereka jadi malu sendiri apabila Ezrakil melihat mereka berdua duduk di
satu kerusi. Cepat-cepat Atiq bangun sambil tersengih-sengih.
“Ada apa bos?” Tanya Atiq ramah. Nak harap pada
Farafeesa, memang tak berbunyilah!
“Kalau tak kerana awak tengah mengandung, mesti saya
fikir yang korang berdua ni lesbian.” Usk Ezrakil sambil mengerling sedikit ke
arah Farafeesa.
Ezrakil bergurau kerana dia ingin terus berlama-lama di
situ. Memang sejak akhir-akhir ini dia mula menjauhkan sedikit hubungan mereka
berdua. Cuba merenggangkan rasa yang dia miliki walaupun hakikatnya, yang
terlebih terluka ialah dirinya sendiri.
Kenapa bila dia cuba menjauh, perasaan itu makin
mendekati! Mampir sendiri tanpa dipinta. Jika perasaan ini ada stereng, pasti
Ezrakil akan cuba mengawalnya sebaik mungkin. Tapi perasaan ini melayang di
awangan! Bukan berada di dalam kawalannya. Makin dikejar, makin dia lelah
sendiri dimamah derita.
“Ish... ada pulak cakap macam tu.” Atiq perasan yang
Ezrakil asyik mengerling ke arah Farafeesa. Mungkin melampiaskan rasa rindu
yang tidak pernah terhenti itu. Kasihan.. masing-masing sayang dan cinta tapi
keadaan tak mengizinkan semua itu berlaku.
“Oh.. saya nak cakap yang rumah saya buat kenduri
kesyukuran malam ni... saya nak jemput korang berdua datang.. Ajak suami awak
sekali Atiq... dan Feesa....” Ezrakil berjeda sedikit. Mula mencari wajah
Farafeesa.
“Datanglah.... ajak Neesha sekali...” Walaupun Farafeesa
memandangnya tidak sampai lima saat tapi dia lega kerana dapat melampiaskan
rindu di hati.
“Saya tak janji...” Ayat Farafeesa mematikan senyuman
milik Ezrakil.
‘Kalau ya pun saya tak pernah mendapat tempat di hati
awak, awak tak perlu menolak saya sebegini rupa...’ Kecewa tak usah cakaplah.
Tapi dia tidak berhak untuk memprotes.
Dalam
diam, Atiq menyalahkan Farafeesa kerana menguris perasaan Ezrakil. Pasti
Ezrakil terlalu berharap untuk Farafeesa hadir.
“Tak apa...
saya tak paksa.. Saya jemput semua staff. Tak ada yang terkecuali.” Ezrakil
terus mengatur gerak keluar dari pejabat. Hatinya sakit mengenangkan layanan
Farafeesa terhadap dirinya. Tidak bolehkah mereka menjadi sahabat baik? Kenapa
susah sangat untuk Farafeesa menerima dirinya walaupun hanya sebagai seorang
sahabat?
Atiq
mula memandang ke arah Farafeesa. Cakap banyak-banyak nanti pun akan memenatkan
dirinya sendiri. Farafeesa kekal dengan sikap tak berperasaan itu!
“Kot ya
pun tak mahu pergi, cakap jelah insyaAllah... dia ajak kau pergi kenduri
kesyukuran je pun.. Bukan ajak kau buat kenduri kahwin!” Aduh! Sakit kepala
bila mengenangkan kisah tragis mereka berdua ini. Anak dalam kandungannya pun
pasti diserang migrain!
“Atiq...
nak berhadapan dengan dia waktu pejabat pun aku tak mampu. Ini kan pula di luar
waktu pejabat. Aku tak boleh tengok dia Tiq.. Aku jadi sedih... Kau faham tak
perasaan aku... kau faham tak bila sesuatu tu ada dekat dengan kau tapi kau tak
boleh sentuh benda tu langsung sedangkan benda tu sebenarnya milik kau.”
Atiq
mula menghampiri dan mengusap lembut bahu Farafeesa. Susah betul bila tersepit
dengan keadaan ini.
“Hoi,
dah sampai mana dah?” Jerkah Faraneesha sengaja. Dari tadi dia membebel-bebel
tapi rupa-rupanya Farafeesa langsung tidak mendengar omelannya. ‘Buat habis
tenaga je bercakap dengan Feesa ni! Boleh pulak dia berangan sampai ke planet
pluto!’
Farafeesa
melepaskan keluhan. Tersentak dia dibuatnya.
“Terkejut
aku! Kalau ada penyakit jantung, kau boleh terus bawa aku ke kubur tahu!”
Faraneesha gelak panjang. Itulah, siapa suruh banyak sangat berangan. Berangan
nak jadi cinderella ke? Cinderela tak siap bolehlah....hehehe..
“Sebab
aku tahu kau tak ada penyakit jantunglah aku buat... Kalau tak, aku pun takut
kalau kau mati lepas tu kau jadi hantu untuk kacau aku pulak.” Ada-ada sahaja
balasan daripada Faraneesha.
“Kalau
aku mati, mesti kau berharap untuk aku jadi hantu... boleh jumpa kau kan..”
Kata-kata Farafeesa itu tidak mendapat sebarang respon dari Faraneesha. Dia tiba-tiba
diserang kebisuan.
“Feesa....
memang kadang-kadang aku berharap yang Luqman bertukar jadi hantu...
Sekurang-kurangnya aku boleh jumpa dengan dia.” Menyebut sahaja nama Luqman,
mata Faraneesha sudah mula berair. Mudah benar emosi menghentak rasa.
Farafeesa
mula mengigit bibir. Menyesal kerana berbicara yang tidak-tidak hingga
membuatkan kotak ingatan Faraneesha terfikirkan arwah Luqman. Lelaki sebaik
Luqman, pastilah sukar untuk ditepis bayangannya.
“Ish....
kau tak rasa ke nanti rupa Luqman akan jadi menakutkan? Eee... gerun...” Sakat
Farafeesa sengaja. Tidak mahu terlalu serius ketika membincangkan topik ini.
Bimbang nanti Faraneesha terbawa-bawa dek rasa emosi.
“Ah,
banyaklah kau punya menakutkan! Dia tetap wajah lelaki yang paling hensem bagi
aku....”
“Eh,,
bukan tu jeh.....” Faraneesha berpaling sedikit pada Farafeesa. Menanti huluran
kata yang tergantung.
“Apa
lagi?”
“Hantu
yang paling hensem sekali...” Lantas Farafeesa gelak besar. Faraneesha jadi
bengang kerana dipermainkan oleh adiknya. Jenuh dia memberi perhatian,
rupa-rupanya nak buat lawak bangla.
“Kelakar
gila... Terima kasih kerana buat lawak petang-petang ni!” Perli baik punya.
Farafeesa masih tidak henti-henti ketawa.
“Eh
Neesha, aku nak minta tolong dengan kau ni!” Dia ada perancangan untuk FaraNeeshaha
malam ini. Sudah terlalu lama Faraneesha terperap sendirian di rumah. Gadis itu
perlu keluar dari rumah itu. Perlu keluar dari rasa sedih itu. Perlu lari dari
kenangan bersama dengan Luqman. Dia ada agenda tersendiri untuk mengubat
kesakitan yang kakaknya lalui.
“Tolong
apa? Tolong jadi driver kau lagi ke? Tulah, aku suruh beli kereta, kau tak
mahu. Duit berkepuk-kepuk dalam bank tu bukannya boleh beranak!” Farafeesa
terus buat muka bila mendengar bebelan kembarnya itu.
‘Bakat
membebel ni mesti diwarisi oleh ibu! Adoyai... ada pewaris juga rupanya..’
Farafeesa tepuk dahi. Dia bukannya kedekut, dia suka menyimpan. Untuk simpanan
akan datang juga. Untuk kepentingan adik-adiknya juga. Tapi malas nak
kecoh-kecoh!
“Bukanlah...
Tolong teman aku pergi rumah Ezrakil malam ni. Dia ada buat kenduri
kesyukuran...”
“Hah,
betullah kena jadi driver kan...”
“Alah,
aku boleh drive lah karang...”
“Tak pun
kena jadi mak guard kau nak berdating... Aish, berdebar pulak nak jumpa adik
ipar kejap lagi!” Usik Faraneesha sambil tergelak-gelak. Seronok mengusik
Farafeesa yang konon-konon pemalu itu. Kalau berbicara bab hati, sering nak
melarikan diri.
Hampeh...
“Ini
kenduri kesyukuran lah.. Tak ada maknanya nak berdating bagai.” Protes
Farafeesa tidak puas hati.
“Alah,
mula-mula kesyukuran... Lepas tu kenduri kahwin pulak.”
Farafeesa
terfikir sendiri. ‘Banyaklah kau punya kenduri kahwin Neesha... Entah-entah
kenduri tahlil kot...’ Susah jika hendak menghalang akal fikiran dari terus
berfikir yang tidak-tidak.
“Kenduri
kesyukuran sebab apa?” Tanya Faraneesha tiba-tiba.
“Entah..”
Tadi tak terfikir pula hendak bertanya. Macam mana hendak terfikir jika
berendam dengan perasaan sahaja. Entahlah, bila berhadapan dengan Ezrakil,
pasti perasaannya jadi beku. Sakit kepala makin menjadi-jadi tapi percayalah,
hatinya ini lagi sakit...
“Manalah
tahu kot-kot kenduri kesyukuran sebab kau terima cinta dia ke kan...” Tembak
Faraneesha selamba. Farafeesa menjeling tajam. Memang ada yang nak kena tampar
nih!
“Aku
lempang karang!” Marah Farafeesa olok-olok sahaja. Sengaja memeriahkan suasana.
Kalaulah kakaknya tahu apa yang berada di akal fikirannya, pasti gadis itu
mengamuk sakan. Dia sebenarnya sedang merancang strategi. Strategi untuk
merapatkan hubungan Faraneesha dan Ezrakil!
“Eh,
simpan dulu lempang kau tuh. Kalau kau lempang sekarang, memang kita berdua
selamat ke Syurgalah...” Entah kenapa, perjalanan yang pendek ini mereka isi
dengan usik-mengusik. Mujur sahaja dia cekap mengawal kereta. Jika tidak, mahu
terbabas kereta ini nanti,
“... itu
pun kalau masuk Syurga...” Sempat lagi Farafeesa menambah. Sekali lagi mereka
ketawa sakan. Macam-macam hal!
p/s: berjayakah Farafeesa mengatur strategi???
tak nak!!! saya harap plan feesa tu x berjaya..
ReplyDeletex mahulah neesha dengan ezrakil..
tolonglah writer..
haish ... haish .. aku redha je la apa jadi lepas ni .. uhuk .
ReplyDeleteneesha dgn org lain larh...
ReplyDeleteezrakil feesa punya....
confirm fail la strategi fessha tu..
ReplyDeleteezrakil tetap dgn feesha gak..
huss.. dasyatnya strategi feesa ni..
ReplyDeletecpt smbung writer.. x sabar nie..
'Sentap' ak tiap kali bce nvl nie......
ReplyDeleteNk feesa gan ezrakil......
Please.......kasi peluang kt diorg.....
sye ikt sje ap yg di sediakan.... sye sokong apa kak sara bt... cite kli ni sdih la. best.. nnt update lagi.... x sabar nk taw strategi farafeesa brjaya ke x??
ReplyDeletexpuas pl baca en3 kali ni..rasa mcm sikit pl..
ReplyDeletetlngla x nak ezrakhil dgn neesa.nak feesa ngan ezrakhil.plz..plz...plz...
haaaa... feesa jgn buat keje giler.... neesa cari org len....heheheh
ReplyDeletehuhuhu...janganlah buat yg bukan2 feesa ooiii...
ReplyDeletex pasal2 hati awak pulak yg merana...
best...nk lg huhu..:)
ReplyDelete