Sudah
puas dilarang, namun Ezrakil tetap berdegil untuk menemani mengiringinya ke
hospital. Sudah puas bertekak di dalam kereta ketika perjalanan ke hospital
namun penyudahnya tetap menghampakan Farafeesa sendiri. ‘Susah betul nak agak
perangai Ezrakil nih!’
“Bos,
bos baliklah..I wil handle by myself...” Farafeesa tidak mahu untuk
terus-menerus menyusahkan Ezrakil. Dikerling jam yang berada di pergelangan
tangan. Sudah mencapai angka 1 pagi. Dia mengeluh sendiri. Malam ini terasa
begitu lewat perjalanannya. Terlalu penat meredah gelombang malam yang penuh berliku ini. Macam-macam hal
terjadi!
Dari
hotel, bergegas pulang ke rumah. Bersiap ala kadar sahaja. Tapi yang
menyusahkan ialah untuk membasuh segala benda alah yang bertepek di mukanya.
Ambil masa sejam untuk berhias namun butuhkan sekurang-kurangnya lima jam untuk
membersihkannya. ‘Macam manalah model-model tu boleh pakai make up tebal-tebal?
Tak serabut ke?’ Sempat lagi fikirkan benda lain. Sedangkan dia cuba mengawal
rasa bila kaki sudah melangkah ke dalam hospital. Seram sejuknya terasa lain
macam.
Bagaimanalah
keadaan Faraneesha ini? Pasti payah untuk dia hadapi semua ini. Moga semuanya
dalam keadaan baik-baik sahaja. Melihat keadaan Luqman semalam, segala
kemungkinan boleh berlaku.
“Saya
nak ada di sisi awak, di saat awak susah dan senang... Di saat awak perlukan
saya atau awak tak mahukan saya sekalipun, saya tetap ada untuk awak Feesa...”
Akhirnya Farafeesa mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Membenarkan
Ezrakil melakukan apa yang lelaki itu suka. Terlebih bercakap hanya akan
membuatkan dirinya penat sedangkan dia perlu mengumpul kekuatan dalam bentuk
mental dan fizikal kerana Faraneesha membutuhkan bantuan darinya sekarang.
Kakinya cepat-cepat melangkah ke wad yang menempatkan Luqman.
Farafeesa
mencari-cari kelibat kembarnya di celah beberapa orang manusia yang kebetulan
berada di situ. Tiada pula kelibat Umi dan Hanis. Matanya menilau berkeliaran
mencari Faraneesha. Kenapa boleh ramai sangat orang ni? Adakah... Namun segera
ditetapkan rasa hati agar tidak berfikir yang bukan-bukan.
Ezrakil
mencuit sedikit bahu Farafeesa yang sedang kegelisahan mencari kakaknya itu.
Mungkin kerana terlalu mencari, Faraneesha yang berada tidak jauh dari mereka
pun, Farafeesa tidak nampak dek mata kasar. Mungkin juga gadis kesayangannya
itu terlalu risau memikirkan perihal kakaknya itu. Farafeesa berpaling ke arah
bosnya itu.
“Tu....”
Muncung Ezrakil menghala ke arah tempat duduk yang menempatkan Faraneesha.
Gadis itu sedang menyandar kelesuan di kerusi hospital.
Farafeesa
melepaskan sedikit keluhan. ‘Kat sini rupanya kau kak? Merata aku cari..’ Terus
dipercepatkan langkah menuruti. Mata Faraneesha jelas kelihatan bengkak!
Hatinya mula rasa tidak enak.
“Neesha...”
Apabila terpandangkan kelibat Farafeesa, terus Faraneesha memeluk erat
kembarnya itu sehingga Farafeesa sedikit terdorong ke belakang. Mujur sahaja
dia sempat mengawal kondisi badannya sendiri. Jika tak, naya je jatuh di tempat
orang lalu lalang ini.
“Luqman
macam mana?” Digosok sedikit belakang badan kakaknya itu. Kenapa sedunya
kedengaran seperti lain macam. Ada apa-apa yang terjadikah?
“Kak....”
Digesa Faraneesha untuk memberikan jawapan. Dia sudah penat melayan teka-teki
malam ini. Otaknya sudah letih untuk terus menjanakan diri. Dia mahu jawapan
yang pasti.
Sungguh,
dia lega dengan kedatangan adiknya itu. Farafeesalah kekuatan dirinya sekarang.
Faraneesha mengumpul kekuatan untuk menjawab persoalan adiknya itu. Dikumpul
segala kekuatan yang ada. Untuk diungkap satu ayat yang langsung tidak mampu
terluah dek mulutnya sendiri.
“Dia....
dah tak ada....” Ketika mengucapkan kata-kata itu, Faraneesha memperketatkan
pelukannya. Bagai ingin meresap segala kekuatan milik Farafeesa. Farafeesa melopong
besar!
“Dia dah
tak ada feesa....” Faraneesha kembali menangis teresak-esak. Kenangan bersama
dengan arwah berlegar-legar di ruangan minda. Dia tidak mampu untuk berkata apa
lagi selain daripada menangis. Baru tadi dia sempat berbual dengan Luqman..
“Neesha....”
Suara Luqman lelah sedikit ketika menyeru namanya.
“Ya
Luqman....” Dihadiahkan senyuman manis untuk Luqman. Biar Luqman terus
bersemangat apabila melihat senyuman manisnya. Air mata tidak akan dicurahkan
dihadapan Luqman. Biarlah dia berpura-pura seperti sedang kuat untuk menghadapi
semua ini. Walaupun secara hakikatnya, kekuatannya mungkin senipis kulit bawang
sahaja. Tapi untuk Luqman, dia sanggup melakukan apa sahaja.
“Saya
sayang awak...” Baru tadi dia berazam untuk tidak menangis, tapi mendengar
sahaja pengakuan Luqman itu pun, air matanya sudah bergenangan di tubir mata.
Terlalu murah air matanya ini. Dihadapan atau dibelakang Luqman, dia sebenarnya
tidak pernah kuat.
“Saya...
pun sayang awak jugak...” Bergetar bibirnya tika mengungkapkan kata sayang.
Betapa selama ini, hatinya yang kering itu sering bergetar apabila berhadapan
dengan Luqman sahaja.
“Awak
rehat ya... jangan banyak cakap..” Pujuk Faraneesha sambil cuba mengawal
tangis. Dia sebenarnya tidak mahu jika Luqman meneruskan kata-kata. Dia bimbang jika Luqman berkata
yang tidak-tidak. Berkata sesuatu yang yang akan memberi tanda yang itulah
amanat terakhir dari Luqman. Dia mahu Luqman cepat sembuh. Dia tidak mahu
menangguhkan pernikahan mereka. Dia mahu menjaga Luqman hingga ke hujung
nafasnya.
‘Ya
Allah... tolong sembuhkan dia.. satukanlah kami sebagaimana kau satukan hati
kami.. Aku mohon Ya Allah... Aku tidak rela kehilangannya dirinya.. Aku tidak
mampu untuk kehilangan dirinya.. Adakah aku terlalu tamak untuk mencari kebahagian
di dunia ini? Tidak.. Aku hanya terlalu menyayangi Luqman. Kasih ini telah
dicampakkan di dalam lautan hatiku.’ Semua ini berlaku atas izin Allah.
“Sementara
ada masa, saya nak pesan kat awak Neesha...” Luqman sedikit tercungap-cungap.
Faraneesha mula nak mengelabah. Apatah lagi melihat Luqman yang seperti sesak
nafas sedikit. Dia hendak bangun memanggil doktor, tapi Luqman melarang. Tangan
lelaki itu memegang kejap pergelangan tangannya.
Untuk pertama kali, Luqman menyentuhnya. Namun tidak pula
Faraneesha menepis. Dia kembali duduk dan mengadap Luqman. Namun air mata sudah
bercucuran di wajah. Tidak tertahan lagi. Dadanya terasa seperti hendak pecah
melihat keadaan Luqman sekarang!
“Luqman... jangan buat saya takut.” Teresak-esak
Faraneesha menangis. Adakah waktu sudah bersedia menjemput Luqman? Tapi dirinya
masih belum bersedia... Masih belum bersedia untuk menghadapi perpisahan ini.
“Tolong... jaga...Umi..dan Hanis...” Air matanya menitik
perlahan. Tidak boleh langsung dikawal. ‘Maafkan aku Luqman.. kerana aku
sentiasa tidak berdaya menempuh ujian ini.. Aku adalah insan yang paling
lemah..’ Kadang-kadang Faraneesha terfikir sendiri. Atas alasan apakah Luqman
menyintainya?
“Saya tak boleh gantikan tempat awak Luqman.. Saya
perlukan awak.. Umi dan Hanis pun perlukan awak... Tolong.. tolong jangan
tinggalkan saya...” Sungguh.. Faraneesha langsung tidak boleh mengawal
perasaannya. Makin dia ingin mempertahankan kekuatan diri, makin dia lemah
dimamah rasa. Rasa sedih yang tidak langsung berpenghujung. ‘Ya Allah...
tolonglah hambaMu ini...’
“Saya tak akan tinggalkan awak... saya sentiasa ada di
samping awak Neesha.. Cinta ini akan kekal bernyawa dalam hati awak..Tapi...
waktu pasti akan tinggalkan kita..” Luqman tidak berdaya melihat air mata
wanita kesayangannya itu. Faraneesha melihat nafas Luqman sudah turun naik.
“Mengucap Luqman...” Faraneesha berdiri. Mula merapatkan
bibirnya di telinga Luqman.
“Lailahailallah... Lailahailallah.. Lailahailallah...”
Bisik Faraneesha di telinga Luqman. Deraian air mata menemani ucapan yang
keluar itu. Bibir Luqman kelihatan bergerak sedikit.
Faraneesha kaget melihat tubuh badan Luqman yang
terumbang-ambing itu. Pantas ditekan punat merah yang berada di belakang katil
Luqman. Tidak sampai lima saat, doktor dan para jururawat bergegas menghampiri
Luqman.
Faraneesha diarahkan untuk menunggu di luar bilik.
Cepat-cepat dia mendail nombor Farafeesa. Dia memerlukan adiknya tika ini. ‘Ya
Allah, aku tidak bersedia untuk menanti saat ini tiba...’
Wajah doktor yang tersembul di muka pintu meralatkan hati
Faraneesha. Gelengan perlahan itu sudah mampu menjerut tangkai hati dan
perasaannya. Telah dijanjikan untuk setiap manusia, waktu dan ajal pasti akan
menjemput. Akhirnya Faraneesha terjelepuk jatuh ke lantai. Air matanya merebes
keluar. Bagaimana dia hendak mengajar hati ini agar terus kuat. Bagaimana dia
ingin mendidik hati ini... bahawasanya Luqman telah tiada lagi...
“Inalillahiwainailahirojiun....” Ucapan itu keluar dari
mulut Ezrakil. Hatinya jatuh kasihan melihat dua orang gadis yang sedang
berpelukan ini. ‘Ya Allah, aku terasa sungguh bertuah... kerana kau menjatuhkan
hatiku di tempat yang benar... Jika cinta ini memang bukan milikku, akan ku
abadikan rasa cinta ini diseluruh jiwaku.. Sekurang-kurangnya aku pernah
menikmati erti cinta itu. Itu sudah memadai bagiku...’ Doa hati Ezrakil lemah.
“Sabar kak... Hm, Umi dengan Hanis dah tahu?” Farafeesa
meleraikan pelukan. Mengelap permata jernih yang membasahi wajah Faraneesha.
Diheret badan kakaknya itu agar duduk. Biar dapat bertenang sedikit setelah
penat menghadapi karenah hidup yang mencabar ini.
“Dah tahu... Tengah uruskan hal arwah sebab kemungkinan
nak buat post moterm dulu.” Terang Faraneesha kembali menenangkan diri. Dia
sudah tidak teresak seperti tadi lagi.
“Kenapa nak buat post moterm? Bukan ke Luqman meninggal
sebab pendarahan di kepala?” Hatinya sangsi sedikit. Bukankah sudah dikesan
punca kematian arwah. Kenapa perlu diseksa mayatnya? ‘Aish.. tak faham betul
aku dengan kerja-kerja doktor ni? Rajin benar nak membelah mayat!’ Sempat lagi
hatinya mengomel sendiri.
“Mungkin arwah ada ambik insurans dulu.. Lagipun arwahkan
kemalangan.. Kalau nak claim insurans, kenalah buat post moterm dulu. Sertakan
report masa nak claim insurans tu nanti.” Terang Ezrakil sedikit. Bukan niatnya
untuk menyampuk perbualan dua beradik itu. Tapi dia cuma ingin memahamkan
Farafeesa sedikit.
Faraneesha memejamkan sedikit matanya. Tidak mempedulikan
kata-kata dari Farafeesa baik pun daripada Ezrakil. Dia mengumpul segala
kekuatan untuk kembali meredah hari esok.. Meredah hari esok tanpa kehadiran
Luqman di sisi..
Susah! Dia pasti akan merasakan kesusahannya. Apatah lagi
dia sudah terbiasa bersama dengan Luqman. Berkongsi segala macam dengan Luqman.
Kehilangan Luqman ini seperti separuh nyawanya ikut turut terbang sama.
Berkeliaran di sana-sini tanpa arah yang pasti.
Mereka berdua saling bertatapan tika melihat Faraneesha
memejamkan matanya. Farafeesa merenung wajah kakaknya dengan penuh rasa kasih
yang bersulamkan kasihan. Pasti berat untuk kakaknya itu menghadapi semua ini.
Dia kehilangan lelaki yang paling dia cintai. Sungguh, semua ini berada di luar
batas keupayaan manusia untuk menangkis cubaan daripada Allah. Hanya mampu
redha seikhlasnya.
Ezrakil mula
mengambil tempat di sisi Farafeesa. Farafeesa hanya membiarkan kembarnya itu.
Biarlah dia melepaskan lelah sendiri. Dia sendiri tidak punya kuasa untuk
memujuk. Setiap katanya nanti cuma akan meletihkan telinga Faraneesha sahaja.
Biarlah kakaknya itu bertenang dengan sendiri.
“Saya tak dapat bayangkan.....” Ayat Ezrakil mati
seketika. Sekilas Farafeesa berpaling. Menanti bait-bait kata Ezrakil yang
seterusnya.
“...untuk hidup tanpa awak Feesa.” Perlahan sahaja nada
suaranya. Menghormati Faraneesha yang sedang berduka itu. Tapi sudah cukup
ditangkap oleh telinga milik Farafeesa sendiri. Biarlah mereka berdua sahaja
yang mendengarnya.
Hati Farafeesa bagai dijentik satu rasa. Kenapa dia pula
yang terasa sedihnya? Kenapa Ezrakil seakan-akan boleh mengetahui keadaan
dirinya? Adakah ini yang dipanggil kimia dalam sebuah perhubungan? Namun terus
dikejutkan hati yang seakan-akan ingin mengulit mimpi. Ayat itu keluar dari
mulut Ezrakil hanya kerana setelah Ezrakil melihat kakaknya yang sedang berduka
akibat kehilangan Luqman. Itu sahaja. Tidak mungkin Ezrakil tahu dan dia
sendiri tidak mahu Ezrakil mengetahuinya.
“Macam mana bos boleh cakap macam tu sedangkan bos tak
pernah pun memiliki saya?” Duga Farafeesa sengaja. Dia mahu Ezrakil sedar yang
dia tidak pernah menjadi milik lelaki itu. Ezrakil memandang gadis
kesayangannya itu. Tidak terdetik ingin marah mendengar kata-kata Farafeesa.
Ezrakil sedar yang Farafeesa sengaja ingin menyakitkan hatinya.
“Saya tetap boleh hidup Feesa walaupun terpaksa melihat
awak bahagia dengan orang lain... tapi saya tak mampu nak hidup jika terpaksa
melihat awak pergi dalam keadaan yang saya tak jangkakan.” Tersentak Farafeesa
mendengarnya. Dia berpaling ke arah lain. Hatinya yang jadi perit dan sakit?
‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa macam ni?’ Hatinya
berdebar menahan rasa ngilu yang ternyata memang perit!
“Hidup, mati, jodoh atau pertemuan... semuanya di tangan
Allah.. Kita sebagai manusia tidak boleh menidakkan atau mengiakan... Apa pun
yang terjadi pada hari esok, kita kena persiapkan diri... Allah tidak menguji
kita di kala kita sedang bersedia bos, Allah tak mengurniakan sesuatu di kala
kita meminta bos... Hakikatnya, Dia lebih tahu apa yang perlu untuk kita.
Walaupun kita tak mahu, tapi itu yang kita perlukan. Tak kiralah dari segi
rohani ataupun jasmani!”
Agak berbelit untuk Ezrakil memahami kata-kata Farafeesa
yang terlalu mendalam maksudnya. Farafeesa mengerling sedikit. Lelaki itu diam
sahaja. Mungkin sudah tidak punya kudrat untuk berbalah lagi. Daripada tadi
bergaduh, memanglah penat!
Sebenarnya kita akan lebih penat jika hendak melayan
karenah hati ini. Terlalu susah sebenarnya untuk puaskan hati sendiri!
Akhirnya lelaki itu bermohon untuk ke tandas. Mungkin
juga Ezrakil terasa hati dengan kata-katanya. ‘Ah, tak payahlah aku peduli...
Memang aku nak dia tidak terus
menanamkan rasa lagi antara kami.’ Apa yang telah berlaku tidak boleh diubah.
Tapi apa yang bakal berlaku, boleh dirancang. Dan sekarang, rancangannya ialah
untuk menjauhkan diri dari Ezrakil sejauh mungkin! Kalau turutkan rasa hati,
ingin sahaja dia menghantar notis berhenti kerja.
‘Tapi susah! Susah nak dapat kerja sekarang. Dahlah nak
kumpul duit banyak-banyak!’ Aduh.. kusut.. kusut... Banyak sangat perkara yang
berada di kepalanya ini.
“Feesa...” Panggilan kembarnya itu menyedarkan dirinya.
Hampir terlupa yang Faraneesha berada di sebelahnya. Dia membukakan matanya
sedikit dan tersenyum. Hampir terangkat sedikit kening milik Farafeesa. Pelik
kerana kembarnya itu tersenyum dikala keresahan menerpa.
“Sementara dia ada di depan mata... hargailah sebaik
mungkin Feesa... Sebab nanti bila dia dah hilang...” Tutur katanya penuh rasa
sebak. Air mata Farafeesa juga ikut bergenang. Sungguh, dia tidak mampu untuk
menangis di hadapan Faraneesha. Bila dia menangis, Farafeesa pasti yang
kembarnya itu akan lebih menangis.
Tidak disangka yang Faraneesha mendengar perbualan
diantarannya dan Ezrakil. Pastinya hatinya tersentuh. Pasti ingatannya tergarit
pada arwah. ‘Ya Allah.. akulah yang bersalah. Pastilah perasaanya hatinya
terguris melihat layananku kurang mesraku terhadap Ezrakil!’
Terus ditarik Faraneesha ke dalam pelukannya. Membiarkan
kakaknya itu melepaskan tangis di bahunya sementara dia masih hidup. Mencuba
sedaya upaya menghilangkan kesedihan Faraneesha walaupun sebenarnya dia sedikit
pun tidak mampu melakukannya. Kasihan sungguh!
Ezrakil berdiri di sebalik dinding itu hanya terkaku
sendiri. Kasihan mendengar ayat yang keluar dari mulut Faraneesha. Huluran
bantuan bagaimana yang mampu dia hulurkan?
P/S: JENG JENG JENG!!!!! hehe
wah x sabar tunggu seterusnye...
ReplyDeleteso sad luqman mati..
em nanti maybe hatinya dermakan ke nazreen kot...
aiya, n3 nie dh berjaya mengeluarkan air mata sya...
ReplyDeleteluqman mati..feesa pny penyakit cena?
bla sume org bole tau yg feesa sakit?
bnyk persoalan nie!
waiting for the next n3... :)
~nor~
camana feesa nk balas cnta ezrakil kalau die dh tau dia x kan idup lama..
ReplyDeletepergh..sedihnya..apa yg cuba disembunyikan oleh minah ni.. penyakit apa yg ditanggung hingga ia bisa menolak cinta mamat poyo tu.. adakah jangkamasa hidupnya terlalu singkat sehingga ia tidak mahu kehilangannya ditangisi oleh org yg disayanginya..
ReplyDeletetak mau feesa mati kak writer ! :(
ReplyDelete