Faraneesha mengetuk pintu bilik air beberapa kali. Sudah
hampir empat puluh minit Farafeesa berada di dalam tandas. Berkampung dekat
dalam tandas ke apa?
“Weh,
berapa lama lagi kau nak duduk dalam bilik air Feesa? Kau ni memang suka
berdating dengan syaitan kan?” Jam sudah menujukkan pukul lapan malam. Pukul
berapa dia hendak sampai ke rumah Ezrakil nanti.
Entah
apalah yang Farafeesa buat di dalam bilik air. Berdebar untuk berjumpa dengan
keluarga Ezrakil ke? Aish... bukan ke adiknya itu sudah terlalu kenal dengan
Datuk Effendi. Nak debar apa lagi? Lagipun, Ezrakil bukannya ada mak. Cuma hanya
ada kakak dan seorang adik perempuan.
Tidak
lama kemudian, pintu terkuak dari dalam. Terjengul wajah Farafeesa yang
berkerut seribu.
“Ni
apasal pulak ni?” Aduh... macam-macam ragam!
“Aku
sakit perutlah.. Dah banyak kali melabur ni...” Faraneesha melihat muka adiknya
yang cemberut menahan sakit. Beberapa kali digarukan tengkuknya.
“Dah tu
macam mana ni?”
“Kau
jelah pergi...” Farafeesa berharap benar yang lakonannya ini menjadi. Dia tidak
mahu pergi ke majlis kesyukuran Ezrakil itu. Dia hendak Faraneesha sendiri
sahaja yang pergi. Dia mahu mewujudkan keserasian antara mereka.
Faraneesha
baru sahaja kecewa. Luka dihatinya pasti lambat untuk pulih. Jadi rasanya
Ezrakil adalah orang yang paling layak untuk membersihkan kembali luka-luka
kembarnya itu. Dia juga pasti yang Faraneesha boleh mengantikan dirinya di
dalam hati Ezrakil. Mereka kan kembar, bukanlah jauh sangat bezanya. Jika
Ezrakil boleh menerima Farafeesa, pasti lelaki itu boleh menerima Faraneesha! Itulah rancangannya.
Sekurang-kurangnya
sebelum pemergiannya, dia ingin melihat dua orang yang amat dia sayang ini
berbahagia. Mungkin inilah takdir yang ingin Allah tunjukkan kepadanya. Allah
sudah memberi peluang, jadi seharusnya manusia itu mengunakan ruang sebaiknya.
“Tak kan
aku pergi sorang! Tak mahulah!”
‘Gila
nak pergi sorang? Manalah aku kenal sesiapa kat rumah Ezrakil tuh!’
“Alah..
pergilah kak.. kesian Ezrakil tunggu aku nanti. Alah, kau mengaku jelah jadi
aku.. Apa susah kan..” Terus Faraneesha sekeh kepala adik kembarnya. Kot ya pun
nak bagi idea, bagilah yang bernas sikit.
“Dah
sah-sahlah si Ezrakil tu dapat cam kita weh...” Memang mereka kembar seiras.
Tapi orang yang rapat dengan mereka, pasti dapat mengenal pasti rupa dan
gelagat mereka dengan baik.
Lagi-lagi
pulak Ezrakil. Pastilah lelaki itu dapat mengecam Farafeesa. Bukan ke tiap-tiap
hari pun dia duk mengadap muka Farafeesa! Lagipun, kalau Farafeesa dan
Faraneesha ada di waktu yang sama, Ezrakil pasti dapat mengecam mereka dengan
baik. Pastilah lelaki itu dapat mengenal pasti perempuan yang dia cintai!
“Alah,
apa susah.. Kau pakailah gaya-gaya aku sikit...” Semangat Farafeesa ingin
menyakinkan Faraneesha.
Farafeesa
memegang perutnya. Menggambarkan yang perutnya terlalu sakit. Dia memberikan
sehelai baju kurung dan selendang yang perlu dipakai oleh Faraneesha. Tak
sampai sepuluh minint, Faraneesha telah pun siap!
Faraneesha
memandang dirinya dihadapan cermin. Aish.. sekali pandang, memang macam
Farafeesa! Tapi sepuluh kali pandang, memang macam Faraneesha.
“Kau
kena bercakap macam aku sikit.. Tak boleh lemah lembut sangat tau!” Farafeesa
memberi ingatan.
“Aku
pasti....”
“Pasti
apa?”
Faraneesha
memandang ke arah adiknya itu. “Aku pasti nampak bodoh sebab ikut idea bangang
kau nih!” Farafeesa tergelak besar. Terlupa pada lakonannya.
“Alah,
tolonglah aku... Aku dah janji dengan Ezrakil...” Farafeesa buat muka simpati.
Berharap sangaja yang rancangannya malam ini akan berjaya.
“Nampak
sangat kau ni sayang sangat-sangat kat Ezrakil tu!”
Kalau dah sayang
tu mengaku jelah.. Ni nak berdalih-dalih bagai. Orang lain jatuh cinta senang
je. Minah ni jatuh cinta, kesannya macam jatuh tangga! Menyakitkan bagi orang
yang mengalami dan menggelikan hati bagi orang yang melihat.
“Mana
ada sayang... Aku malas nak cari pasal dengan Ezrakil tuh. Kalau aku tak penuhi
janji aku hari ni, mesti esok dia buli aku kat pejabat. So, lebih baik jangan
cari pasal!”
“Ish...
kau ni macam dah sihat dah?” Terkam Faraneesha apabila melihat Farafeesa tidak
terbongkok-bongkok seperti tadi lagi. Tambah-tambah adiknya itu boleh gelak
besar pula. Tak macam gaya orang sakit pun.
“Aish...
mana ada sihat.. Aku nak pi melabur balik nih!” Mujur sahaja cepat cover balik.
Kalau kantoi, tak pasal-pasal jeh. Mujur jugak Faraneesha agak bengap bab
mengesan lakonan orang. Aish...
“Feesa...
Aku tak beranilah!” Putus Faraneesha risau. Gila tak risau, nak berlakon tanpa
skrip yang pasti. Pelakon profesional pun boleh kantoi nih. Lagi pula, otaknya
bukanlah terlalu geliga seperti Farafeesa yang laju sahaja untuk mencari idea
nakal.
“Ngee...
kalau aku boleh.. kau pun boleh.. kita kan kembar.. Kau kan selalu cakap, apa
yang aku rasa, kau dapat rasa!” Cuba menyakinkan Faraneesha sebaik mungkin.
“Hmm,
tapi kalau tiba-tiba Ezrakil melamar aku depan keluarga dia, aku terus terima
tau! Yalah, kan orang ingat aku ni Feesa!” Sengaja dia menyakat Farafeesa. Biar
dia tahu rasa sikit.
“Hah,
beranilah buat macam tu! Seumur hidup kau kena berlakon jadi Farafeesa.” Gertak
Farafeesa pula. Faraneesha tepuk dahi. Balik-balik, dirinya juga yang terkena!
“Eh,
cepatlah pergi.. Dah pukul berapa dah ni. Kau ingat lagi kan rumah dia?” Mujur
sahaja mereka pernah berkunjung ketika Ezrakil mengadakan rumah terbuka sempena
hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Kalau tidak, tak pasal-pasal sesat nak mencari
rumah lelaki itu.
“Kalau
tiba-tiba rasa lupa boleh tak?”
“Jangan
nak mengadalah!” Marah Farafeesa sengaja. Sengaja nak mempermainkan perasaan
orang.
“Eh..
orang nak tolong pun mujur tau!” Entah angin apalah yang membuatkan dia
bersetuju dengan idea gila Farafeesa ini. Tapi yang pasti, dia sudah malas
hendak terus bertikam lidah. Kerana dia pasti Farafeesa pasti akan menang!
“Yalah
kak.. Terima kasih sangat-sangat. Nanti aku sponsor bayar duit kereta kau
separuh!” Dia tidak mahu Faraneesha membatalkan rancangannya disaat akhir. Jika
melibatkan duit, pasti kakaknya itu akan bersemangat sendikit.
“Eleh..
separuh buat apa?” Sengaja bermain tarik tali. Untung-untuk kalau Farafeesa
ingin bayar penuh, memang tersenyum sampai ke telingalah jawabnya.
“Yalah-yalah...
aku bayar penuh! Puas hati kau sekarang? Dah... pergi cepat.. cepat pergi,
cepat balik!” Pokailah aku bulan nih!
Matanya mengerling ke arah jam yang berada di dinding. Sudah terlalu lambat.
“Kalau
kau buat-buat lupa, aku akan buat kau sampai hilang ingatan terus!” Keras
amaran Faraneesha. Tapi dia tahu, sekali Farafeesa berjanji, gadis itu tidak
akan memungkiri janjinya.
***
Faraneesha
mula berasa gerun apabila sedang berada di muka pintu rumah keluarga Ezrakil!
‘Mak!!! Nak balik boleh tak?’ Aduh... ingin sahaja dia berpatah balik, namun
apabila terpandangkan keretanya, dia mula serba salah sendiri. Kepalanya yang
beralas dengan selendang itu digaru beberapa kali. Bukan senang nak dapat offer
orang nak bayar kereta tu sebulan kot...
‘Banyak
benda aku boleh shooping nanti!’ Dia berfikir sambil memandang ke arah kereta
Viva kesayangannya itu.
“Eh...
Feesa kan...” Tegur satu suara. Faraneesha mengigit bibir. ‘Ini siapa pulak?’
Sungguh, dia terasa menyesal kerana bersetuju untuk berlakon sebagai Farafeesa.
Sekarang, seorang manusia pun dia tak kenal.
“Aah...”
“Ingat
lagi tak?” Hendak sahaja Faraneesha mengaku yang dirinya telah diserang hilang
ingatan.
“Err...”
“Ni akak
Ezrakillah... Kak Ema... Ish, kenapa berdiri kat sini je.. Jom masuk.. Majlis
dah mula dah pun.. Jemputlah makan.” Ramah sahaja kakak Ezrakil itu menegur
gadis yang disangka Farafeesa itu.
Baru
sahaja hendak masuk, tiba-tiba terserempak dengan Ezrakil. Hanya Allah yang
tahu debarannya. ‘Mati aku kalau Ezrakil tahu yang aku ni Neesha!’ Faraneesha
cuba mengawal diri sebaik mungkin. Biar jadi seperti adiknya!
‘Susah betul nak buat gaya ala-ala ganas kalau dah memang
sejenis perempuan melayu terakhir.’
“Baru
sampai?” Matanya menilau sedikit.
Mencari kelibat Farafeesa.
“Aah...
Errr... Neesha tak datang. Dia tak berapa sihat!” Berkerut dahi Ezrakil
mendengarnya. ‘Bukan ke dihadapannya ini Faraneesha? Kenapa berlakon seperti
menjadi Farafeesa! Ke aku yang tersalah dengar tadi?’ Ezrakil hanya tersenyum.
Mengajak akal fikiran untuk berfikir.
“Oh...
jemputlah makan.. Atiq baru je balik.. Dia datang tunjuk muka je tadi. Katanya
nak cepat...” Cerita Ezrakil lagi. Faraneesha hanya terangguk-angguk.
Faraneesha menunduk sedikit sebelum memohon izin untuk menuju ke ruang makan.
Ezrakil
memerhatikan langkah kaki Faraneesha. Sekali pandang, memang tak ubah seperti
Farafeesa. Namun bila Faraneesha sudah mula berjalan, dia sudah dapat mengecam
wanita itu. Farafeesa tidak berjalan dalam lenggok yang lembut. Dia ada gaya
berjalan yang tersediri. Persoalannya, apa motifnya? Untuk apa mereka perlu
menipu seperti ini?
Adakah
Farafeesa ingin menguji sedalam mana cintanya terhadap dirinya? Untuk apa kasih
ini diuji jika memang tidak pernah ada ruang untuk dirinya di dalam hati
Farafeesa!
“Eh
Feesa... datang seorang je?” Teguran suara garau itu membuatkan Faraneesha
sedikit cuak. Mujur sahaja dia kenal dengan Datuk Effendi ini. ‘Berapa banyak
yang aku kena menipu malam ni?’ Mula menyesali kebodohan diri kerana
terburu-buru bersetuju dengan idea Farafeesa yang tak masuk akal ini.
“Aah..
yang lain ada hal...” Sungguh, rasa kekok bila terpaksa menipu sebegini.
“Kerja
macam mana? Okay?”
“Kerja
bawah Ezrakil, mana pernah okay daddy... Mestilah Ezrakil asyik nak buli dia..”
Sampuk satu suara. Rupa-rupanya kakak Ezrakil yang menjawab bagi pihak dirinya.
Adoyai, pening betul! Datuk Effendi hanya mampu ketawa.
“Okay..
makan banyak-banyak ya Feesa!” Faraneesha hanya tersenyum. Tidak mampu untuk
terus membalas kata. Datuk Effendi hilang bersama tetamu yang lain pula.
“Feesa
dengan Akil macam mana?” Faraneesha buat muka terpinga-pinga. ‘Nak cilok ayat
dari mana ni? Aku sendiri tak tahu hubungan dia orang ni dalam frasa mana?
Aishh..’
“Macam
mana lagi? Macam tulah...” Aduh.. terberi jawapan budak sekolah pula. Bedal
jelah..
“Kenapa?
Boleh akak tahu kenapa Feesa tolak Akil?” Terhenti suapan milik Faraneesha.
Jadi Ezrakil pernah meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa dan adiknya itu
telah menolak? ‘Ya Allah, dah dapat yang terbaik pun nak lepaskan lagi? Apa kena
dengan kepala otak budak ni? Senget bebenor..’
“Saya
tak tahu kak...” Faraneesha sendiri keliru sama ada dia menjawab bagi pihak
Farafeesa ke atau pun Faraneesha. Entah-entah adiknya itu sengaja menyuruh
dirinya berlakon sebagai dirinya. Mungkin adiknya itu ingin menjodohkan mereka
berdua!
‘Feesa,
balik nanti, siap kau aku kerjakan!’
“Akil tu
sayang sangat pada Feesa.. Masa mula-mula dia jumpa Feesa, dua puluh empat jam
asyik cerita pasal Feesa jeh. Sampai akak jadi tabik tau pada Feesa.. Sebab
Ezrakil tak pernah sayang perempuan macam mana dia sayangkan Feesa!”
Faraneesha
hanya mendiamkan diri. Tak tahu hendak menyampuk tang mana. Kalau tersalah
karang, bimbang jika mereka dapat mengesan yang drinya ialah Faraneesha!
“Tapi
lepas Feesa tolak dia, dia macam orang sasau... Akak takut, dia jadi fobia
dengan perempuan!” Cerita Ema dengan suara yang agak perlahan.
“Kenapa
kak? Kenapa Ezrakil jadi fobia? Dia pernah kecewa dengan perempuan ke?”
Teringin juga dia hendak tahu. Kenapa lelaki seperti Ezrakil boleh fobia dengan
perempuan? Macam manalah adiknya itu boleh menolak lelaki seperti Ezrakil.
Spesis Ezrakil ni memang payah nak dapat!
“Bukan
sebab dia pernah kecewa bercinta.. Tapi dia kecewa dengan sikap mak kami.. Dulu...
mak kami pun tinggalkan daddy... Sejak hari tu, dia kurang rapat dengan
perempuan.. Sinis je memanjang.. Tapi semenjak kenal dengan Feesa, dia mula
berubah. Mula positf. Akak bukan cerita semua ni sebab nak Feesa kasihan pada
dia. Akak pun tak merayu suruh Feesa terima Akil.. Tapi akak nak gadis
kesayangan dia ni tahu yang Ezrakil hanya pandai dah tahu menyintai kamu
Feesa...Tak melampau kalau akak cakap yang kamu terlalu beruntung Feesa sebab
memiliki cinta lelaki seperti Ezrakil. Akak bukan nak puji dia sebab dia adik
akak, tapi itu kesimpulan yang akak boleh buat sepanjang akak bersama dengan
dia. Dia sentiasa akan ada di saat Feesa susah atau senang. Itu memang
Ezrakil!”
Faraneesha
pula yang merasa terharu mendengarnya. Kebaikan lelaki itu tidak jauh daripada
Luqman. Mendengar cerita daripada kakak Ezrakil itu membuatkan dia terlalu
merindui Luqman. Air matanya tergenang sedikit.
Rindu
ini pasti akan sentiasa membelit jiwa? Wujudkah seseorang yang mampu untuk
merungkainya?
“Kak
Ema... Mak Su Bedah cari kat dapur.” Panggilan perempuan awal dua puluhan itu
mematikan perbualan mereka.
“Fikir-fikirkanlah
Feesa.... peluang yang baik tak akan dua kali.” Dia menepuk sedikit peha
Farafeesa itu kemudian bangun menuju ke arah dapur.
“Neesha...”
Panggilan itu membuatkan lamunannya tersentak!
“Encik
Akil....” Jadi lelaki itu dapat mengenal dirinya!
Ezrakil
tersenyum melihat muka Faraneesha yang agak cuak itu. Masa dia tidak dapat
mengenal pasti wanita kesayangannya.
“Jangan
takut...saya tak marah pada awak.. Saya tahu, mesti Feesa yang buat idea ni
kan?” Kenal benar dia dengan Farafeesa. Ada sahaja ideanya untuk mengelat.
Kepalanya digeleng beberapa kali. Tanda sedikit kesal dengan perangai Farafeesa
ini.
“Saya
pun gila... Gila sebab bersetuju dengan idea dia nih.” Putus Faraneesha
perlahan. Memang dia terlalu menyesal. Menyesal kerana terlalu menurut kehendak
Farafeesa yang agak melampaui batas ini. Kenapa dia tidak sedar? Perlakuannya
ini mampu mempermainkan perasaan orang!
Ezrakil
hanya tergelak sahaja.
“Awak
pernah luahkan perasaan pada dia?” Tanya Faraneesha ingin tahu. Pertama kali
dia duduk sebegini rapat dengan Ezrakil. Selama ini, pertemuan mereka pasti
akan melibatkan Farafeesa.
Ezrakil
mengangukkan sedikit kepalanya. “Mungkin juga dia dah terlalu jemu untuk
mendengarnya...” Luah Ezrakil perlahan. Faraneesha menoleh. Sungguh, nada suara
Ezrakil nyata kedengaran teramat kecewa. Tapi percayalah, Faraneesha lagi
kecewa dengan sikap adiknya itu.
‘Dasar
kepala batu betul! Ini bukan sebarang batu ni, ini batu bersurat! Hanya
ekslusif di muzium sahaja dan pastilah hanya Farafeesa sahaja yang miliki hati
sekeras ini.’ Betul kata orang, adik kembarnya itu memang spesis yang sangat
sukar untuk difahami. Baru sekarang dia sedar. Selama ini, dia sangka, dia
sudah terlalu mengenali Farafeesa. Rupanya masih ada perkara yang terlepas dari
pandangannya.
“Awak
betul-betul sayangkan dia?” Entah kenapa, soalan itu pula yang boleh terkeluar
dair mulut Faraneesha.
“Awak
pernah sayangkan seseorang kan Neesha? Rasa sayang tu tak boleh digambarkan
dengan kata-kata.... Tapi awak boleh merasai dan menikmatinya....” Faraneesha terpegun sendiri mendengar bicara
kata Ezrakil yang menusuk ke tangkai hati.
Dia pasti yang lelaki ini terlalu menyintai Farafeesa.
Persoalannya
sekarang, kenapa Farafeesa menolak? ‘Ish budak ni, memang nak kena basuh kepala
otak dia nih!’
“Mesti
dia sengaja nak suruh saya menyamar jadi dia! Kenapalah saya boleh setuju?”
Ingin sekali diketuk kepalanya yang biul ini. Ada otak letak kat lutut. Kepala
lutut pun lebih berfungsi jika hendak dibandingkan dengan kepala otak ini.
“Jangan
salahkan diri sendiri Neesha... Kita tak tahu apa yang bermain di dalam fikiran
dia tuh.” Betul ke tekaannya ini? Hatinya berbisik yang menyatakan Farafeesa
ingin menyatukan mereka berdua.
Dia
bukannya jenis terdesak sangat. Bukan bererti kalau tak dapat adik, kakak pun
jadi... Dia bukan spesis lelaki seperti itu. Bagaimanalah Farafeesa menilai
dirinya selama ini? Teruk sangatkah dia di pandangan mata Farafeesa? Jijik
sangatkah cintanya ini?
Ezrakil
dilanda kegawatan perasaan!
“Encik
Akil... Saya betul-betul minta maaf. Semua ni tak patut berlaku.” Pohon
Faraneesha untuk yang kesekian kalinya. Kalaulah Luqman tahu perangainya ini,
pasti lelaki itu akan memarahinya kerana bertindak mengikut emosi semata-mata.
Apatah lagi apabila dia sedar akan niat Farafeesa itu.
Tapi
jika Luqman masih ada, pasti semua ini tak akan berlaku. Pasti Farafeesa tidak
ingin menjodohkan dirnya dengan Ezrakil. Adakah aku terlalu melayan rasa sedih
sehingga memaksa Farafeesa melakukan semua ini? Persoalan ini hanya mampu dijawab
oleh Farafeesa sendiri.
“Semua
yang berlaku di muka bumi ini walau sebesar zarah sekalipun, pasti akan ada
hikmahnya.. Saya tak salahkan awak ataupun Feesa.. Mungkin Feesa nak tengok
awak bahagia..” Kata-kata Ezrakil itu memang ada benarnya.
“Saya dah
pernah jumpa bahagia saya Akil...”Faraneesha sudah mula berdiri. Sudah tiba
masanya untuk dia beransur pulang.
“.....Walaupun
orang yang membahagiakan saya tu dah tak ada... tapi rasa bahagia tu masih
ada.. Masih tersemat kemas di lubuk hati. Mana mungkin saya akan benarkan orang
lain meragut kebahagian yang pernah saya miliki.” Sambung Faraneesha kembali.
Ezrakil hanya tekun mendengar. Kagum dengan sikap tabah Faraneesha.
“Dan
saya berdoa agar Allah bukakan hati Feesa untuk menerima awak Encik Akil...
saya pasti yang kalian akan saling melengkapi antara satu sama lain! Farafeesa
adalah orang yang terhebat tika bercinta tau!” Tekadnya, dia akan menggunakan
segala kudratnya untuk memujuk Farafeesa agar menjatuhkan hatinya untuk
Ezrakil.
Ezrakil
ketawa besar. “Kalau Feesa kekasih terhebat, awak sahabat terbaik Neesha...
Saya pun berdoa agar Allah mengantikan sesuatu yang telah pergi itu. Saya tak
berdoa agar Allah kurniakan seorang lelaki yang lebih baik dari arwah, tapi
saya berdoa agar lelaki itu akan sentiasa mampu untuk membuatkan awak
tersenyum...”
Mereka
saling mendoakan kebahagian masing-masing. Mengharap belas ehsan daripada
Ilahi. Adakah kebahagian ini masih milik mereka?
p/s: apakah tindakan Faraneesha selepas ini?
pjuk la feesa..jgn wt diri bersedih lgi,biarlah gmbira cuma seketika. sekurang2 nya tahu cinta tidak bertepuk sebelah tangan.
ReplyDeleteNak lagi.. nak lagi..!! hehe
ReplyDeletepergh..tindakan feesa itu sebenarnya ada betuinya..sebelum dia pergi..dia mahu insan insan yg bersamanya gembira dan tidak bersedih bila kematian nya tiba ..bila bila masa sahaja..tanpa diduga oleh semua org..tapi dia terlupa takdir allah ..sape yg bisa merubahnya..
ReplyDeletealahai... kalau aku jadi neesha, compem aku marah kot..
ReplyDeletenampak benar yang ezrakil tu syg pd feesa..
sbb tu cara berjalan feesa pun dia kenal..
nampaknya plan feesa tak menjadi..
nak lg... xpuas.
ReplyDeletefeesa trimala ezrakhil tu..plz...
x taw sokong mne.......... sye sokong penulis yg bt novel ni..... sye ske tindakan feesa krn tegas n teguh prinsip dia n x nk smua sedih akn kehilangan nya.....
ReplyDeleteapa pon tgu je la..... sye ikuti....
sy suka ezrakil cz dia tegas...neesha xblh gunakan kekerasan, tapi gunakan ideal untuk merapatkan akil ngan feesha...
ReplyDelete