Dalam dunia
ini, siapalah yang menempah untuk hidup sengsara. Tiada
siapa pinta ujian bertamu. Namun setiap derita itu pasti ada hikmah yang
tersembunyi. Ungkapan itulah yang menguatkan semangatnya untuk hidup. Meneruskan
hidup disamping kasih anak-anaknya.
Bagi
Syifa Humaira, tiada waktu untuk dia bersenang lenang tika ini. Semua waktunya
menuntut dia untuk menimba ilmu dan memperuntukkan sepenuh perhatian pada
sepasang anak kembarnya. Pada pandangan umum, mungkin dia kelihatan seperti
orang kampung yang tidak pandai bersosial.
Tetapi
hakikatnnya, dia tidak punya masa untuk bersuka ria di luar. Ada tanggungan yang menuntut
tanggungjawabnya. Ada perkara yang lebih penting
dari keronokkan di luar sana .
“Syifa,
kau nak join kita orang tak petang nanti?” Soal Siti yang tidak pernah
jemu-jemu mengundangnya untuk keluar bersama.
“Tak
bolehlah.” Jawab Syifa sambil menghadiahkan senyuman hambar. Dia tahu Siti
kecewa dengannya. Namun, siapalah dia untuk menunaikan permintaan semua pihak.
Dia hanyalah manusia biasa yang lemah serba serbi.
“Syifa, kenapa yerk kau tak pernah nak keluar dengan kita
orang. Lepas habis kelas je nak balik. Buat apalah kau nak balik awal sangat.
Duduk kat rumah bukannya boleh buat apa pun. Lainlah kalau kau nak layan laki
kan..” Dalam masa dia menyoal, dia membuat lawak. Namun kata-kata itu bukanlah
satu lawak buat Syifa.
“Aku bukan tak nak tapi aku tak
boleh. Ada kerja yang aku nak buat.” Itulah jawapan yang selalu terbit dari
mulut gadis itu. Siti jadi pelik sendiri dengan sikap Syifa. Walaupun sudah
hampir 3 tahun mengenali gadis itu, Syifa seolah-olah sentiasa berada di dalam
dunianya sendiri. Tidak langsung bercampur dengan dunia luar.
Dia
hanya membalas sapaan orang yang menegurnya sahaja. Itupun hanya dengan
senyuman hambar. Janganlah harap dia akan menegur dahulu. Bukan sikapnya
sombong tetapi mungkin gadis yang bernama Syifa Humaira ini agak pemalu. Kalau
dengan kaum adam lagilah dia sepi seribu bahasa.
Namun
sikapnya yang sepi dan suka berdiam diri itu bukanlah satu langkah untuk
membuatkan dia tidak dikenali dalam kaum Adam. Dalam diam, ramai mahasiswa yang
jatuh hati dengan gadis itu. Semua salam perkenalan hanya disambut dengan
gelengngan sahaja.
Siti
jadi pelik sendiri dengan sikap Syifa itu. Kadang-kadang gadis itu seolah-olah
sengaja menolak tuah. ‘Agak-agaknya, perkara apalah yang mampu membuatkan Syifa tersenyum
bahagia?” Soalnya sendiri di dalam hati.
“Wei
Siti, sejak bila pulak kau berjangkit jadi bisu macam si Syifa tu?” Soal Afina
selamba. Mujurlah suara tidak terlampau kuat. Gusar juga kalau-kalau Syifa
terdengar gurauan Afina yang agak kasar itu.
“Kau
ni, mulut tak ada insurans langsung. Tak pandai langsung jaga hati orang.”
Marah Siti.
“Alah,
macamlah dia pernah jaga hati kita. Aku tak fahamlah dia tu. Mentang-mentanglah
dia cantik, pandai jadi dia boleh berlagaklah dengan kita.” Sembur Afina marah.
“Bila
pulak dia berlagak dengan kita?” Soal Siti tidak faham.
“Bila
kau tanya? Habis tu yang dia asyik duk tolah ajakan kita tu, bukan berlagak ke
namanya?” Terang Afina.
“Itu
bukannya berlagak. Kan dia cakap yang dia ada kerja.” Ujar Siti cuba membela Syifa.
“Kerja,
kerja, kerja. Itulah alasan dia. Sibuk mengalahkan perdana menteri.” Omel Afina
lagi. Siti hanya mampu memberikan amaran kepada Afina untuk senyap. Dia takut
kalau-kalau Syifa terdengar perbualannya dengan Afina.
Dalam
diam, Syifa sebenarnya mendengar setiap perbualan di antara Siti dan Afina.
Namun apalah kudratnya untuk menghalang apatah lagi untuk memarahi mereka. Mereka
berhak untuk berkata apa sahaja.
Dia
tidak berdaya untuk membahagiakan hati semua pihak. Sedangkan hatinya sendiri
tidak pernah mengucup rasa bahagia. Apa yang membuatkannya bahagia ialah dengan
melihat anak-anaknya bahagia. Itu sahaja sudah cukup buatnya.
Itulah
rahsia yang sehingga kini masih tersimpan rapi. Tiada seorang pun yang tahu
bahawa dia mempunyai sepasang anak kembar lelaki. Anak-anaknyalah yang menjadi
nadi untuk dia terus hidup di dunia ni.
Bukan
niatnya untuk merahsiakan dari teman-teman. Namun perkara ini rasanya bukanlah
satu kepentingan buat teman-temannya. Dia tidak pernah menyibuk hal peribadi
orang lain jadi orang lain juga tidak berhak untuk mengetahui kisah
peribadinya. Tidak perlulah digembar-gemburkan hal peribadinya untuk tontonan
umum.
Sedang dia baru menapak untuk
meninggalkan perkarangan kampus, tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya.
“Syifa, awak nak balik ke?” Soal Dr. Luqman.
Salah seorang pensyarah yang mengajarnya semester akhir ini.
Syifa
hanya menjawab soalan pensyarahnya itu dengan anggukkan.
“Awak
balik naik apa?” Soal Dr. Luqman ramah walaupun dia sedar yang pelajarnya itu
memberikan reaksi yang agak negatif.
Syifa
menjawab soalan pensyarahnya dengan menunjuk ke satu arah yang meletakkan
keretanya. Dr Luqman kelu sendiri. Tidak tahu lagi bicara apa lagi yang dia
ingin lahirkan.
Dalam
diam, dia sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap gadis yang manis bertudung
ini. Walaupun peribadinya yang agak pasif itu adakalanya menganggu gugat
jiwanya, namun dia tekadkan hati untuk menakluki hati gadis ini.
Matanya
hanya menyoroti jejak langkah milik Syifa. Cantik sungguh dia. Namun bukan
kecantikkan yang menjadi keutamaannya. Perilaku gadis itu yang terlalu menjaga
tata tertib pergaulan yang menarik hatinya.
Namun
gadis itu terlalu pendiam. Itulah yang menyukarkan dia untuk mengenali dengan
lebih rapat dengan gadis yang bernama Syifa Humaira itu. Raut wajahnya seperti memendam duka yang dia sendiri
tidak dapat merungkainya.
‘Ya Allah, seandainya dialah jodoh
yang akan mewarnai hidupku nanti, izinkan aku menghiasi wajahnya dengan
senyuman dan melengkapkan hidupnya dengan sinar kebahagiaan. Namun jika bukan
aku yang layak membahagiakan dirinya, titipkanlah seorang lelaki yang mampu
menjaganya lebih dari diriku.’ Itulah doanya saban hari.
Hatinya
sudah jatuh sayang dengan perlajarnya sendiri. Bukan niatnya untuk
menyalah-gunakan gelaran pensyarah yang disandang. Namun hatinya ini berada di
dalam gengamanNYA. Siapalah dia untuk mempersoalkan siapa yang layak menghuni di
hatinya.
Dr.
Luqman membuka folder di dalam telefon bimbitnya yang menempatkan gambar-gambar
Syifa yang ditangkap secara curi-curi. Dia tersenyum sendiri. Dia tahu
kesalahannya menangkap gambar tanpa keizinan tuan punya badan. Namun hanya ini
sahaja cara untuk melampiaskan rindunya pada Syifa Humaira.
***
“Mama…” Laung anak-anaknya lantas
berlari ke arahnya yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Syifa tersenyum
bahagia lantas memeluk kedua-dua anaknya seerat mungkin. Dihadiahkan kucupan
sayang buat Aidil dan Adha.
“Anak mama dah makan?” Itulah soalan
wajib yang sering ditanya olehnya apabila pulang. Syifa memimpin tangan
anak-anaknya untuk masuk semula ke dalam rumah.
“Dah. Nenek suap. Tapi nenek
suap tak sedap. Adik nak mama suap…” Rengek
si adik. Memang dia akui yang Adha agak manja berbanding dengan Aidil. Mungkin
pangkat adik yang membuatkan Adha lebih manja berbanding dengan Aidil yang agak
matang.
“Adik ni manja betul.” Rungut si
abang pula. Syifa tergelak kecil. Sesungguhnya, hanya anak-anaknya yang mampu
buat dia tersenyum dan ketawa.
“Biarlah.” Balas si adik pula.
Begitulah kebiasaanya. Hidupnya yang dulu dirasakan gelap sudah mula
memancarkan sinarnya dengan kehadiran Aidil dan Adha. Nama itu diambil sempena
kelahiran mereka sewaktu menyambut Hari Raya Korban lima tahun yang lalu.
“Mama, adik kan, dia gaduh dengan
kawan kat sekolah….” Aduan Aidil itu seperti menyentap tangkai
jiwanya.
“Adik, kenapa gaduh dengan kawan?” Soal
Syifa lembut. Sedikit pun tidak ditinggikan suaranya.
“Abang
ni, semua nak mengadu.” Marah Adha sambil berlalu naik ke biliknya meninggalkan
Syifa dan Aidil terpinga-pinga sendiri.
“Abang tahu kenapa adik gaduh dekat sekolah?” Kali ini soalan itu ditujukan buat si Aidil
pula. Aidil hanya menjawab soalanya ibunya dengan anggukan yang lemah.
“Sebab apa?” Tanya Syifa lagi tanpa
jemu.
“Sebab dia orang ejek abang dengan
adik.” Jawab
Aidil perlahan.
“Dia
orang ejek apa?” Keinginannya untuk tahu
lebih meluap-luap kali ini.
“Dia orang cakap kami anak
haram.” Kata-kata yang terbit dari
mulut Aidil seperti menikam hatinya. Akhirnya, waktu yang paling dia takuti
telah tiba jua. Syifa terkedu sendiri.
“Mama, kami bukan anak haram kan?”
Kali ini, Aidil pula yang melahirkan soalan kepadanya. Bergenang air matanya
mendengar soalan anaknya kali ini. Dia tidak temui jawapan yang selayaknya
untuk diberikan buat anaknya.
“Mama, kenapa mama senyap?”
Soal Aidil lagi. Syifa mengigit bibir. Air matanya hampir-hampir sahaja tumpah
namun segera ditahan dari mengalir di hadapan Aidil.
“Abang,
dah nak magrib ni, mari nenek mandikan.” Puan Suraya terpanggil untuk membantu
anaknya yang kebuntuan. Hatinya jatuh kasihan melihat Syifa. Dia tahu, anaknya
itu masih mentah untuk menanggung semua ini.
Perlahan-lahan Aidil bangun dari duduknya dan berjalan ke
arah neneknya. Syifa menghadiahkan ucapan terima kasih melalui bahasa matanya.
Kalau tanpa bantuan ibunya, pasti dia mati kutu mencari jawapan yang sesuai
untuk diberikan kepada Aidil.
Dia tahu Aidil tidak bersalah dalam
melahirkan sebuah pertanyaan. Namun, adakah dia yang bersalah kerana masih
gagal menemukan jawapan yang pasti untuk diberitahu kepada anak-anaknya. Yang
pasti, dia tidak akan sesekali menyalahkan takdir yang mencoret setiap
perjalanan hidupnya.
Sebagai
hamba, dia haruslah menerima ketetapan ilahi yang telah ALLAH titipkan. Namun,
dapatkah anak-anaknya menerima kebenaran yang bakal tersingkap nanti. Dia
sendiri dapat merasakan yang dia belum cukup kuat untuk memberitahu cerita
sebenar. Apatah lagi anak-anaknya yang masih kecil. Mampukah mereka menerima
hakikat yang sebenar?
Akan
ada lagikah nyawa yang akan diragut selepas kebenaran terbongkar. Cukuplah dia kehilangan seorang ayah yang sangat
dikasihi. Dia tidak rela kehilangan lagi. Ingatannya mengarit peristiwa lampau
yang berlaku enam tahun lalu.
***
“Ayah tak kira, ayah nak kamu
gugurkan kandungan ni.” Nyaring suara ayahnya mengeluarkan arahan. Syifa yang
masih tersedu-sedu menangis mengelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju.
“Abang sedar tak apa yang
sedang abang cakap ni?” Soal Puan Suraya kepada Encik Ramzi. Dia tahu suaminya
itu sedang marah, jadi dia perlu menyedarkan suaminya supaya tidak berfikir
yang bukan-bukan.
“Sebab
abang sedarlah abang cakap macam ni Su. Abang tak sanggup nak terima anak haram
ni.” Suaranya sudah mula mengendur. Dia terduduk di atas sofa sambil kedua
belah tangannya memegang kepalanya yang dirasakan sangat berat menanggung
beban.
“Tapi
bayi ni tak bersalah.” Jawab Puan Suraya sambil mengosok-gosok kedua belah bahu
Syifa. Persis memberi kekuatan kepada satu-satunya anak gadisnya yang sudah
tidak bergelar gadis lagi.
“Habis
tu Su nak cakap abang yang bersalah sebab suruh Syifa gugurkan kandungan tu?”
Kali ini, suaranya kembali nyaring. Puan Suraya beristifar di dalam hati.
Suaminya jarang sungguh marah-marah sebegini rupa. Namun, siapa yang tidak
marah bila anak yang disayangi telah dirogol dan benihnya mula bercambah di
dalam perut anaknya.
“Su
bukanya nak salahkan abang tapi…” Kata-katanya
mati disitu. Lidahnya kelu seketika. Air matanya menitis perlahan.
“Syifa, kenapa Syifa tak beritahu
kami yang Syifa kena rogol. Kalau tahu dari awal, kita boleh buat report polis
dan perogol tu mesti boleh dikesan. Tapi bila dah jadi macam ni, semua bukti
pun dah tak ada.” Ujar Safuan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Kasihannya melimpah-limpah buat
adiknya. Namun dia tidak tahu untuk menghulurkan apa-apa bantuan. Bagaimanalah
nasib adiknya yang baru berumur dua puluh tahun itu untuk meneruskan hidup yang
masih jauh ini. Bagaimana pula dengan tanggapan masyarakat
terhadap Syifa nanti?
“Syifa
dah buat keputsan. Syifa tak akan
gugurkan kandungan ni. Tak akan.” Putusnya muktamad. Dia tidak mempedulikan
jelingan tajam milik ayahnya. Tidak menghiraukan tangisan kecil milik ibunya.
Dan tidak menghiraukan kata-kata abangnya atau kata-kata sesiapa pun.
Memang benar dia telah dirogol.
Namun dia kenal benar dengan perogol yang merogolnya. Tetapi sengaja dia
merahsiakan dari pengetahuan keluarganya. Dia tidak mahu kalau-kalau ada campur
tangan dari pihak lain. Tidak perlulah dijaja maruahnya yang sudah pun ditarik
nikmatnya.
“Kamu sedar tak apa yang kamu cakap
ni Syifa?” Soal Ecik Ramzi. Namun nada suaranya tidak keras mahupun lembut.
“Syifa sedar ayah. Dan Syifa akan
bertanggungjawab dengan keputusan Syifa ni. Bagi Syifa, dia sedikit pun tak
bersalah. Mungkin Syifa yang lalai dalam menjaga maruah diri. Dan mungkin ALLAH
sendang menguji kita sekeluarga ayah.
Menguji tahap keimanan dan kesabaran
kita dalam menempuh ujiannya. Cuba bayangkan kalau kita bunuh anak yang tak
bersalah ni, satu hari nanti mungkin ALLAH tidak mahu lagi menumpangkan satu
nyawa di dalam rahim Syifa ini.
Dan masa tu, menyesal seumur hidup
pun sudah tak berguna lagi ayah. Mungkin masyarakat akan mencemuh orang seperti
Syifa. Tapi biarlah Syifa hina di pandangan mata manusia dari terus dipandang
hina dari pandangan ALLAH.
Tapi Syifa akui yang Syifa sedikit
pun tidak berdaya tanpa bantuan daripada ayah, mak dan abang. Syifa mohon ayah,
berilah Syifa kesempatan untuk mengandung dan melahirkan anak ini dan
seterusnya membesarkan dia dengan kasih sayang seperti yang yang mak dan ayah
didikkan pada Syifa.” Panjang lebar kata-katanya kali ini setelah sekian lama
mendiamkan diri.
Encik Ramzi dan Puan Suraya
saling memandang antara satu sama lain. Mereka kembali memandang ke arah anak
perempuan yang telah mereka didik dengan penuh nilai agama. Mereka tidak silap
dalam mendidik Syifa Humaira.
Malah
gadis itu yang menyedarkannya bahawa pandangan di sisi ALLAH itu lebih besar
darjatnya berbanding dengan pandangan masyarakat yang hanya tahu mencemuh. Air
mata Encik Ramzi mengalir perlahan. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Syifa
yang duduk tidak jauh daripadanya. Dipeluk erat anaknya.
“Maafkan
ayah.” Itulah kata-kata yang keluar sebaik sahaja mereka meleraikan pelukkan.
Syifa yang masih menangis itu mengelengkan kepala. Baginya, tidak ada apa-apa
yang perlu dimaafkan. Orang tua mana yang tidak risau kalau anaknya memilih
untuk melahirkan anak yang tidak berbapa.
Encik
Ramzi tidak dapat menahan tangisnya. Esakkannya semakin kuat sehingga
mengundang penyakit asma yang dihidapinya.
“Safuan,
tolong ambilkan ubat ayah.” Arah Puan Suraya apabila melihat suaminya makin
teruk diserang asma.
“Ayah.. bangga dengan kamu…..” Tersekat-sekat suara Encik
Ramzi menuturkan kata. Syifa jadi serba salah yang teramat sangat melihat
ayahnya yang sedang menanggung sakit.
“Bang, bawak mengucap bang…”
Air mata Puan Suraya tidak henti-henti dari mengalir. Tiba-tiba dia diserang
rasa takut yang amat sangat. Takut akan kehilangan suami yang teramat dia
sayangi itu.
Syifa
menundukkan sedikit kepalanya dan mendekatkan mulutnya di telinga ayahnya.
Perlahan-lahan dia mengajar ayahnya mengucap dua kalimah syahadah.
Baru
sahaja Safuan tiba dengan ubat yang berada di tangannya. Jasad Encik Ramzi
sudah terkaku di pangkuan Puan Suraya. Dunia ini hanyalah pinjaman. Untuk menguji
keimanan seorang hamba. Akhirat nantilah yang akan menentukan balasan syurga
atau neraka.
Safuan
memeluk ibunya. Matanya dihalakan ke arah Syifa. Adikknya itu kelihatan tenang sahaja. Ini adalah ujian
pertama buat keluarganya namun merupakan ujian kedua buat adiknya. Kalau Syifa
boleh kuat dan tabah, kenapa pula dia sebagai perawan perlu menunjukkan
kelemahan diri. Dia harus jadi lebih kuat berbanding Syifa dan ibunya.
Syifa mengesat pipinya yang
disinggahi air mata sebentar tadi. Dia tidak mahu hidup
bertemankan air mata lagi. Permergian ayahnya bukan sebagai petanda dia perlu
lemah. Dia redha dengan ketetapan ilahi. Bukankah redha itu adalah satu cara
untuk mengikhlaskan hati menerima suratan takdir.
***
“Syifa…”
Seru satu suara sambil mendaratkan tangannya di bahu Syifa Humaira. Syifa
terkejut sendiri. Tidak sedar yang dia sudah jauh mengelamun.
“Mak..Budak-budak
tu dah mandi?” Soal Syifa sambil memandang ke arah ibunya.
“Dah.”
Jawab Puan Suraya ringkas. Kasihan sungguh dia melihat satu-satunya anak
perempuannya ini. Tidak henti-henti hidupnya dilanda ujian. Puan Suraya
mengosok-gosokkan bahu milik Syifa seperti yang dilakukan enam tahun lalu.
Air
mata seorang ibu itu menitis perlahan. Adakalanya dia merasakan bahawa dia
sudah tidak mampu lagi melihat penderitaan anaknya. Namun ketabahan Syifa
menginsafkannya.
“Mak,
kenapa mak menangis?” Soal Syifa sambil mengesat air mata ibunya merebes jatuh
ke pipi.
“Bilalah semua ini akan berakhir Syifa…” Rungut
Puan Suraya lemah. Satu keluhan dilepaskan.
“Mak,
bila kita mengeluh bila ada ujian bertamu, ujian itu tak akan berhenti malah
kita akan berolehi dosa pula. Seharusnya
kita terima dengan hati yang penuh dengan keredhaan mak. Pasti ada hikmah di
sebalik semua ni.” Nasihat Syifa sambil tersenyum manis.
‘Ya ALLAH, anakku ini bukan
serikandi islam yang tinggi darjat keimanannya namun kenapa kesabarannya
melimpah-limpah dalam mengharungi setiap ujian dan dugaanmu ini.’ Desis
hati wanitanya.
“Mak takut untuk memikirkan apa yang berlaku selepas ini
Syifa..” Adu Puan Suraya. Syifa mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak
selesa dengan kata-kata yang dituturkan oleh ibunya itu.
“Mak, jangan terlalu memikirkan apa
yang akan berlaku dalam kehidupan kita ni sebab ketentuan ALLAH itu pastilah
telah ditetapkan. Justeru kita sebagai hambanya ini hanya perlu berdoa dan
meneguhkan tahap keimanan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.
Bila Syifa dah putuskan untuk
membesarkan Aidil dan Adha, jadi Syifa dah persiapkan diri untuk mengatasi
semua takdir yang DIA takdirkan.” Ujar Syifa sambil tidak lepas dari memandang
ibunya yang sentiasa bersamanya di saat senang dan susah.
“Macam mana Syifa boleh jadi setabah
ini sedangkan mak pun tak punya kekuatan untuk memandang beban yang Syifa
tanggung.” Luah Puan Suraya lagi. Syifa tersenyum mendengar soalan ibunya itu.
“Mak hanya memandang kepada dugaan
yang berkunjung tapi mak tak pandang ke pada kekuatan yang ALLAH kurniakan pada
Syifa. Mak, abang, kak Lisa, Aidil dan Adhalah sumber kekuatan Syifa. Tanpa
kalian, Syifa mungkin tak sekuat ni mak.” Terang Syifa sambil mencium tangan
milik ibunya.
Akhirnya mereka berpelukan.
Mengeratkan lagi tautan kasih yang terjalin antara mereka. Puan Suraya
melahirkan rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat ilahi kerana
mengurniakannya seorang anak yang baik seperti Syifa Humaira. Dia turut
mendoakan agar akan tiba jua hari bahagia yang akan mewarnai kehidupan anaknya
itu.
***
Bagai hendak luruh sahaja jantungnya
tika mendapat panggilan daripada pihak sekolah tadika anaknya yang mengatakan
bahawa Adha telah bergaduh dengan rakan sekolahnya.
“Saya tak tahu macam mana boleh
berlakunya pergaduhan ini sebab mereka berdua adalah kawan yang baik.” Ujar
Puan Asiah selaku guru kelas tadika Aidil dan Adha.
“Adha, kenapa gaduh dengan kawan?” Syifa
Humaira mengulangi soalannya kepada anaknya. Namun Adha hanya sepi seribu
bahasa.
“Mama
tak akan dapat jawapan kalau adik asyik senyap macam ni.” Ujar Syifa perlahan. Cuba mengumpan
Adha.
“Dia
ejek adik dengan abang.” Jawab Adha
perlahan. Jawapan yang sama diterima dari Aidil semalam.
“Alah, dia bergurau je kowt.” Pujuk
Syifa sambil menghadiahkan senyuman buat Adha.
“Tapi banyak kali dia cakap yang
kami tak ada ayah!” Jerit Adha tiba-tiba hingga mengejutkan Cikgu
Asiah dan ibunya sendiri. Syifa kematian
kata-kata. Kalau semalam, ada ibunya yang membantunya untuk mengelakkan diri
dari menjawab soalan Aidil. Tapi hari ini, siapa yang akan membantunya.
“Assalamualaikum.”
Satu suara yang agak garau menyapa pendengarannya. Syifa Humaira berpaling ke
arah pintu. Bukan kepalang dia terkejut melihat Dr. Luqman yang berada di
samping seorang kanak-kanak lelaki. Dr. Luqman juga turut terkejut melihat
pelajarnya yang diminati dalam diam itu.
“Encik
ni ayah Haikal ke?” Soal Cikgu Asiah ke arah Dr. Luqman.
“Eh,
tak. Saya ni ayah saudara Haikal. Mak dan Ayah Haikal ada mesyuarat jadi dia
wakilkan saya untuk datang. Kenapa cikgu, Haikal ada buat apa-apa masalah ke?”
Soal Dr. Luqman dengan penuh berhemah. Secara langsung menunjukkan peribadinya
yang santun berbudi bahasa.
“Hmm,
anak saudara Encik ni sudah dua kali bergaduh dengan anak Puan Syifa. Jadi saya
takut kalau-kalau perkara ini makin berpanjangan jadi sebab itu saya perlu
panggil penjaga Adha dan Haikal.” Terang Puan Asiah sambil melepas pandang ke
arah anak muridnya yang hanya mampu menunduk memandang lantai.
“Saya
minta maaf kalau anak saya menyusahkan cikgu dan pihak sekolah. Saya janji yang
perkara ini tak akan berulang lagi.” Dengan penuh rasa rendah diri, Syifa
memohon maaf. Sedari tadi Dr. Luqman tidak lepas memandang Syifa Humaira.
Berdebar-debar hatinya mendengar pemohonan maaf Syifa bagi pihak anaknya. ‘Apa
sebenarnya hubungan Syifa dengan kanak-kanak itu?’
Syifa
sedar yang rahsia yang kemas disimpan selama ini sudah terbongkar di hadapan
pensyarahnya sendiri. Kalau ikutkan dirinya, dia masih belum bersedia untuk
berhadapan dengan kebenaran ini namun dia tetap menguatkan hatinya untuk
berdepan dengan rona kehidupan ini.
Dia melangkah ke arah Haikal yang berada berdiri di
sebelah anaknya. Tangannya melabuh di atas kepala Haikal. Pandangannya bertemu
dengan mata milik anaknya. Bibirnya menghadiahkan senyuman.
“Adik, minta maaf dengan kawan.” Arah
Syifa kepada Adha. Adha buat muka tidak puas hati. Syifa
mengecilkan sedikit matanya, memohon pengertian anaknya. Dia tahu, Adha faham
dengan bahasa matanya.
“Saya
minta maaf.” Pohon Adha perlahan sahaja. Namun itu sudah cukup melegakan hati
Syifa. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa hati anaknya tidak sekeras mana.
“Haikal, sekarang giliran kamu pulak yang minta maaf.”
Dr. Luqman mengambil inisiatif dengan mendekati anak saudaranya sambil
meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu Haikal.
“Tapi Haikal tak salah Pak
Ngah.” Protes si kecil. Adha pula berpaling memandang ke arah ibunya.
“Haikal,
minta maaf tu bukan untuk orang yang salah sahaja dan bukan juga tanda kalah.
Tetapi orang yang mudah memohon maaf tu tandanya dia memiliki hati yang besar
kerana rasa rendah diri dalam jiwa tu mengatasi segalanya.” Nasihat Dr. Luqman
bukan sahaja ditujukan buat Haikal malah buat Adha juga. Memuji sikap Adha yang
memohon maaf walaupun melalui arahan Syifa.
“Saya
minta maaf.” Kali ini giliran Haikal pula yang meminta maaf. Akhirnya mereka
berdua bersalam dan mula bertukar senyuman. Syifa mula senang hati melihat
perubahan Adha. Dalam diam, dia melahirkan rasa terima kasih untuk penyarahnya
yang memberikan nasihat yang bermakna buat mereka berdua.
Dr.
Luqman tidak lepas dari memandang Syifa yang tersenyum melihat dua orang
kanak-kanak itu mula berbaik. Tiba-tiba Syifa berpaling memandangnya. Kelam
kabut dia melarikan pandangan yang sedari tadi hanya mendarat di wajah Syifa.
“Maafkan
anak saya sebab brgaduh dengan anak saudara Doktor.” Kali ini, pemohonan maaf
diajukan pada Dr. Luqman pula.
“Eh,
patutnya saya yang minta maaf sebab anak saudara saya ni memang nakal orangnya.”
Ujar Dr. Luqman ikhlas. Bibirnya menguntum senyuman yang menawan.
“Mama,
adik nak main kat luar boleh tak?” Soal Adha tiba-tiba. Syifa menghalakan
pandangan ke arah Adha sambil mengangguk setuju. Dia turut menuruti langkah
anaknya yang menuju ke taman permainan yang tersedia di dalam taska.
“Saya
tak sangka yang awak dah ada anak?” Soal Dr. Luqman tiba-tiba. Soalan yang
tidak diundang itu membuatkan Syifa sepi seribu bahasa.
“Maaf
kalau soalan saya membuatkan awak tak selesa.” Usul Dr. Luqman apabila melihat
Syifa tidak memberikan apa-apa reaksi.
“Memang
tak ada orang pun yang tahu.” Jawab Syifa perlahan. Memang itulah hakikatnya,
tiada siapa pun yang tahu tentang kewujudan anaknya melainkan ahli keluarganya.
Dr. Luqmanlah orang pertama yang mengetahui rahsianya ini.
Baru
sahaja Dr. Luqman ingin membuka mulut ingin bertanya namun tiba-tiba ada
seorang kanak-kanak meluru memeluk wanita yang berdiri di sebelahnya itu. Pada
mulanya dia ingatkan kanak-kanak itu adalah Adha namun apabila terpandang Adha
yang sedang bermain di buaian, Dr. Luqman jadi pelik sendiri.
“Mama..”
Seru kanak-kanak yang wajahnya tidak ubah seperti Adha itu.
“Doktor, ini Aidil. Kembar Adha.” Terang Syifa apabila
melihat reaksi penyarahnya yang agak pelik dengan situasi yang sedang berlaku.
“Oh, patutlah saya tengok ada
dua.” Ujar Dr. Luqman sambil tergelak kecil.
“Abang,
panggil adik cepat. Kita dah nak balik ni.” Aidil terus menapak ke arah adiknya
yang sedang bermain seusai mendengar arahan ibunya. Akhirnya, mereka berdua berlari menuju masuk ke dalam
kelas dan keluar bersama beg sekolah masing-masing yang bergantung di bahu.
“Salam uncle cepat.” Arah Syifa
lagi. Tanpa banyak soal, si kembar itu terus mengapai tangai Dr. Luqman dan
mencium lembut tangan lelaki itu. ‘Nampaknya anak-anak ini memang telah dididik
dengan sempurna.’ Monolog hati lelakinya.
“Yang
mana satu Abang, yang mana satu adik?” Soal Dr. Luqman yang duduk mencangkung
untuk melihat keduanya dengan lebih jelas.
“Uncle
tekalah.” Cadang si kembar yang berada di sebelah kirinya itu. Dr. Luqman meletakkan jari terlunjuknya di bahagian dagu.
Tanda sedang berfikir. Syifa pula hanya bertindak sebagai pemerhati.
“Yang ni Abang, yang ni adik.” Teka
Dr. Luqman sambil menunjuk ke arah Aidil kemudian ke arah Adha.
“Uncle salah. Saya Adiklah.” Jawab
Aidil sengaja ingin mengenakan lelaki yang berada di hadapannya padahal tekaan
lelaki itu memang tepat.
“Eh, rasanya tadi…” Kata-katanya
mati disitu apabila mendengar satu suara halus yang sedang ketawa senang. Dr.
Luqman mencari arah datangnya tawa itu.
Buat pertama kalinya, dia dapat
melihat Syifa ketawa dengan mata kepalanya sendiri. Dia Nampak sangat cantik
dalam keadaan seperti itu. Syifa menutup mulutnya untuk menyembunyikan gelak
yang berkunjung. Senang hati melihat puteranya mengenakan pensyarahnya.
“Oh, kenakan Uncle ya…” Sengaja
dileretkan suaranya sambil mula bercekak pinggang. Matanya tidak lepas dari
memandang ke arah sepasang kembar yang comel itu. Akhirnya, gelak mereka
bersatu.
“Kami beransur dululah doktor.” Ujar Syifa Humaira
memohon diri. Aidil dan Adha melambai-lamabai ke arah lelaki yang dipanggil
Uncle itu. Dr. Luqman juga tidak melepaskan peluang untuk membalas lambaian
anak-anak Syifa itu.
Pada mulanya memang dia kecewa apabila mengetahui tentang
status Syifa yang sudah berumahtangga. Namun rasa kecewa itu beransur pergi
apabila melihat keadaan Syifa yang sentiasa gembira bersama anak-anaknya.
Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa
ada seorang lelaki yang telah memberikan sinar kebahagian dalam hidup Syifa
walaupun bukan dia orangnya. Dia melafaskan rasa syukur yang teramat sangat ke
hadrat ilahi kerana menyelitkan rasa cinta dalam hatinya buat Syifa Humaira.
Moga akan tiba satu hari nanti,
kebahagiaan akan menjadi miliknya pula walaupun bukan Syifa Humaira yang berada
di sisinya. Dia redha dengan ketentuan yang telah ALLAH tetapkan. Bukankah reda
itu adalah satu cara untuk mengikhlaskan hati menerima ketetapan ilahi?
***
Baru sahaja Syifa Humaira melangkah
keluar dari perpustakaan namun tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya.
Serta merta dia berpaling. Terpancul wajah Dr Luqman. Syifa terpaku sendiri.
“Kebetulan pulak jumpa kamu kat
sini.” Sapa Dr Luqman ramah sedangkan hati Syifa diundang beribu debaran.
“Sebenarnya saya cari kamu tadi.” Ujar Dr
Luqman terus apabila tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Syifa.
“Kenapa
Dr cari saya?” Ujar Syifa perlahan. Tetapi suaranya tidak melambangkan rasa
hatinya yang sedang gundah gelana dengan sikap penyarahnya yang terlebih ramah
daripada biasa.
“Saya
nak bagi ni.” Dr Luqman menghulurkan sebuah beg kertas kepada Syifa Humaira.
“Apa
ni Dr ?”
Soal Syifa teragak-agak. Dia memandang ke sekeliling kawasan perpustakaan.
Gusar kalau-kalau ada mata liar yang memandang lantas melakar sebuah spekulasi
terhadap mereka berdua.
“Awak janganlah fikir bukan-bukan. Ini
untuk anak-anak awak yang comel tu. Anggaplah ini sebagai hadiah dari saya.”
Tutur Dr Luqman yang seakan-akan memahami akan gelodak jiwa wanita yang berada di hadapannya.
Serba
salah dia dibuatnya. Jika menolak, dia risau dianggap sebagai perempuan yang
tidak beradab. Hatinya pula berat untuk menerima kunjungan hadiah yang secara
tiba-tiba ini.
“Saya ikhlas ni…” Bantu Dr Luqman lagi. Dia sedar bahawa
pelajarnya itu berat hati untuk menerima pemberiannya yang tidak seberapa ini.
“Buat susah-susah je.” Akhirnya
dicapai juga pemberian pensyarahnya itu sambil tersenyum kelat.
“Tak ada yang susahnya Syifa.” Balas Dr Luqman sambil ternyum manis sambil mula menapak
selangkah.
“Er,, Doktor…” Panggil Syifa
tiba-tiba sekaligus membantutkan niat Dr Luqman untuk meneruskan langkah.
Namun ketika mata mereka sudah
bertatapan, lidahnya jadi kelu untuk menuturkan kata. Seketika, hanya kesepian
yang menghantui.
“Ada apa-apa yang awak nak
cakap?” Soal Dr Luqman meminta kepastian.
“Er, tak ada apa-apa.” Ujar Syifa menutup pernipuannya.
Dia bukanlah perempuan yang pandai menuturkan kata. Dia bertambah gusar
kalau-kalau kata-katanya bakal membokarkan rahsianya.
“Syifa, kalau tentang hal semalam,
ianya selamat bersama saya. Mungkin ada sebab yang saya tak perlu tahu kenapa
awak rahsiakan perkahwinan awak dari pengetahuan semua. Tapi saya hormat
keputusan awak tu.” Terang Dr Luqman seolah-olah dapat membaca pemikiran Syifa
Humaira.
Syifa tercengang sendiri sambil
menemami langkah kaki penyarahnya melalui ekor matanya. Ada suatu rasa yang
menjentik naluri hatinya.
***
“Mama, uncle Luqman tu baikkan.”
Puji Aidil sambil tangannya ligat mewarna buku warna yang telah dihadiahkan
buatnya.
“Aah. Adik suka Uncle Luqman.”
Tambah Adha pula. Syifa hanya tersenyum
mendengar pujian dari anaknya. Tidak terdetik pula untuk menyampuk. Matanya
tidak lepas dari memandang kedua-dua anaknya yang sedang asyik masyuk mewarna.
“Hmm, buat apa tu?” Tegur Kak Lisa
ceria. Tangannya yang nakal itu mencubit kedua-dua putera Syifa sehingga kedua
anaknya itu mengerang kesakitan.
“Sakitlah mak long.” Rungut si
adik.
“Mak
long ni nakallah.” Giliran si abang pula yang marah.
“Alah,
mak long cuit sikit pun da nak marah. Tak sportinglah anak sedara mak long
nie..” Usik Kak Lisa sambil tidak lepas dari ketawa.
Begitulah kebiasaanya. Kehadiran Kak Lisa tidak pernah
kering dari gelak tawa. Sikapnya yang periang itu mewarnai lagi keluarga Syifa.
Beruntung sungguh abang kerana memperisterikan isteri secantik dan sebaik kak
Lisa.
“Syifa…” Entah sudah berapa kali
Lisa mengulangi nama adik iparnya itu. Namun asyik sungguh dia berangan.
“Akak panggil Syifa?” Tanya Syifa
keseganan. Dia tersenyum kecil.
“Tak
lah. Akak panggil kucing tadi.” Terburai tawa dari Aidil dan Adha apabila
mendengar ungkapan dari ibu saudaranya itu. Kak Lisa juga tersenyum senang.
“Amboi, suka benar kamu kenakan mama
yerk.” Ujar
Syifa sambil turut tergelak.
“Mama
tu yang tak dengar mak long panggil.” Jawab si kecil yang memang petah sungguh
dalam berbicara.
“Entah. Apa sajalah yang kamu fikirkan Syifa.
Entah-entah, kamu ingatkan pakwe kot?” Sengaja Lisa mengenakannya. Adik iparnya
ini bukan sepertinya yang periang tak kira masa sepertinya, ibu kepada Aidil
dan Adha ini sebenarnya susah untuk didekati secara kasar. Ia perlukan teknik
halus untuk mengenal hati budinya yang menanggung beribu kesengsaraan.
Lisa tahu, sejarah silam milik Syifa
Humaira. Dan dia sangat berbangga dengan keupayaan wanita itu membesarkan anak
tanpa bantuan seorang lelaki di sisi. Kerana itu, dia sehabis mungkin ingin
membantu meringankan beban Syifa walaupun dia tahu bahawa Syifa bukanlah jenis
orang yang mudah menagih pertolongan.
“Ish kak Lisa nieh. Merepek je.”
Balas Syifa sambil tersenyum. Dia tahu bahawa kakak iparnya itu sekadar
bercanda.
“Pakwe tu apa?” Soal Adha
tiba-tiba. Sekarang, semua mata beralih
ke arahnya.
“Pakwe tu macam boy friend. Dia
jadi pakwe bila seorang lelaki cakap dia sukakan seorang perempuan.” Terang Kak
Lisa mudah. Adha seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia bersuara dengan
lantang.
“Hah,
macam abang. Abang kan
dia suka kat seorang budak perempuan dalam kelas kita orang.” Kata-kata Adha mengundang kemarahan abangnya.
“Mengarut. Mana ada. Adik tipu je
mama.” Ujar
Aidil membela dirinya sendiri.
“Ish, kecik-kecik da ada makwe. Dasyat
betul anak saudara mak long nieh.” Sengaja Kak Lisa menambahkan lagi perisa
kebahagian untuk memeriahkan lagi suasana.
“Apa
kecoh-kecoh ni.” Tegur Abang Safuan sambil mengambil tempat bersebelahan dengan
kak Lisa.
“Aidil nie, dia da ada girlfriend tau bang.” Sakat kak
Lisa lagi. Muka Aidil yang putih itu sudah merona kemerahan.
“Adik ni tak boleh simpan rahsia
langsung.” Marah Aidil pada adiknya. Jadi betullah Aidil menyukai seorang
perempuan di dalam kelas mereka.
Syifa tersenyum bahagia. Senang
melihat anak-anaknya bergaduh manja. Langsung tidak marah pada anak-anaknya
yang bergurau soal kasih pada seorang perempuan. Dia ada caranya yang
tersendiri dalam membesarkan anak-anaknya. Lagipun, bukankah itu satu lumrah
dalam kehidupan milik ALLAH ini.
Rasa yang dirasai oleh Aidil itu
pernah dirasai oleh berjuta makhluk di luar sana. Semua
ada memori yang disimpan dalam kotak masing-masing. Dia mahu anak-anaknya
merasai semua itu. Supaya mereka ada sesuatu untuk dikenangkan di masa depan.
Paksaan
tidak dapat meluruskan sesuatu yang bengkok. Boleh jadi ianya akan patah akibat dipaksa. Seharusnya
ia dilentur secara perlahan-lahan agar ia lurus tanpa ada cacat celanya. Dan
terbentuk dengan cantik. Itulah konsep yang akan digunakan untuk membesarkan
kedua puteranya.
***
“Dah cakap terima kasih pada cikgu?”
Soalan itu diutarakan kepada kedua orang anaknya. Dia suka menerapkan nilai
kasih dalam diri anaknya buat guru yang menitiskan ilmu kepada mereka. Supaya
mereka menghargai pada yang memberi dan mengikhlaskan diri apabila tiba giliran
untuk memberi.
“Dah mama.” Jawab Aidil dan Adha
serentak.
“Bagus anak saudara mak long
ni.” Sampuk kak Lisa yang kebetulan turut
serta untuk mengambil anak-anaknya dari tadika.
“Tengok oranglah.” Jawab Adha
bangga. Syifa hanya tersenyum
melihat gelagat anaknya yang mengenakan kakak iparnya.
“Kamu ni nakal betul.” Ujar kak Lisa
sambil mencubit pipi milik Adha. Tapi memang Syifa tidak menafikan bahawa Adha
lebih nakal dan agresif berbanding Aidil. Mungkin pangkat adik yang disandar
membuatkan dia manja dari Aidil yang lebih bersikap matang dari usianya.
“Alah, mak long pun nakal
jugak.” Seraya itu dia berlari apabila kak Lisa cuba untuk mengejarnya. Namun
tiba-tiba langkah kaki Adha yang laju itu tersangkut sehingga membuatkan Adha
terjatuh menyembah bumi.
“Adik!”
Jerit Syifa terkejut. Kakinya melangkah ke arah Adha yang sedang meniarap.
Namun belum sempat Syifa sampai, ada seorang lelaki yang sangat Syifa kenali
telah menghampiri Adha yang sedang menangis.
“Macam
mana boleh jatuh ni?” Soal Dr Luqman sambil mengeluarkan sapu tangan dari kocek
seluarnya. Dilap lutut Adha yang
terluka.
“Jangan menangis sayang. Sikit je
ni.” Tangannya mengusap perlahan kepala anaknya. Dia tidak senang melihat
anaknya mengerang kesakitan sebegini. Ingin sahaja dia mengambil tempat Adha
yang kesakitan itu.
“Ish, lelaki mana boleh nangis.
Lelaki kena kuat.” Nasihat Dr Luqman apabila melihat tangisan Adha yang tidak
berhenti.
“Tapi sakit. Bolehlah nangis.”
Sempat lagi bibir yang petah itu mengeluarkan bicara.
“Kalau nak jadi hero, kenalah kuat.
Sakit macam mana sekalipun, hero mana boleh menangis. Kalau dia menangis, macam
mana dia nak lindungi orang yang dia sayang kan?” Tanpa sedar, kata-kata itu
meresap ke dalam diri puteranya.
“Entah, cuba tengok
dalam filem tu. Hero mana ada menangis. Superman, batman, ultraman, semua kuat
tau.” Tiba-tiba Aidil terpanggil untuk menyampuk.
Adha
sudah berhenti dari menangis. Dr Luqman telah meletakkan plaster di lututnya
yang tercedera.
“Terima
kasih Uncle.” Ujar Adha tanpa disuruh. Dr
Luqman tersenyum senang.
“Sama-sama.” Tanganya tidak lepas
dari mengosok-gosok kepala milik Adha. Aidil pun tidak terkecuali.
“Sorylah sebab anak saya ni
menyusahkan doktor je.” Ujar Syifa rendah diri.
“Benda kecil je Syifa.” Balas Dr
Luqman pula. Lisa hanya memerhatikan kedua-dua makhluk ALLAH yang berbeza
jantina ini. Kalbunya diusik satu perasaan aneh.
“Oh, lupa pulak saya nak kenalkan. Ini
Lisa, kakak ipar saya.” Terang Syifa sambil menunjukkan ke arah Lisa.
“Saya
Luqman.” Ujar Dr Luqman sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
“Saya
Lisa.” Balas Lisa pula sambil tersenyum penuh makna.
“Dr ni pensyarah Syifa kak.” Terang
Syifa pula. Dia mula faham dengan senyuman kakak iparnya itu. Pasti dia ingin
merangka gossip baru.
“Oh.
Jadi, apa doktor buat kat sini?” Soal Lisa sekadar berbasa-basi. Selebihnya,
dia ingin melihat respon Syifa sebenarnya.
“Panggil
saya Luqman je. Hmm, saya ambil anak saudara saya. Kebetulan tempat kerja saya
dekat dengan tadika ni.” Terang Luqman satu persatu.
“Jadi,
Aidil dengan Adha berkawan dengan anak saudara Luqman?” Soal Lisa tiba-tiba.
Otaknya mula merangka satu strategi.
“Aah.”
Jawab Luqman tanpa mengetahui makna soalan Lisa yang mempunyai makna tersurat.
“Oh,
kalau macam tu jemputlah datang ke party birthday Aidil dengan Adha. Dia orang
mesti suka kalau anak saudara Luqman ada.” Tanpa izin Syifa, Lisa membuat
rencana sendiri.
Luqman
yang mendengarnya umpama pucuk di cita ulam mendatang. Syifa yang masih terkesima pula terkedu tanpa kata. Hatinya
berat untuk membenarkan penyarahnya itu hadir.
“Kalau Lisa dan Syifa tak keberatan
menjemput saya, saya lagi tak keberatan untuk menerima perlawaan ni.” Tutur
Luqman sopan. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk berkenalan dengan suami
Syifa. Dia teringin benar untuk berkenalan dengan seorang yang Berjaya memiliki
wanita secantik dan sesempurna Syifa Humaira.
“Jemputlah datang yerk. Ahad ni
pukul 3 petang.” Sehabis ayat itu, Lisa mengiringi Adha yang
terencot-encot berjalan.
“Syifa, awak tak kisah kan kalau saya datang?” Soalan itu
khas ditujukan buat Syifa yang sepi sedari tadi.
“Kenapa pulak saya nak kisah. Aidil
dengan Adha mesti suka kalau Doktor datang.” Tidak tahu lagi ayat mana yang
sesuai untuk digunakan. Tindakan kakak iparnya itu memang berada di luar
jangkaanya.
‘Awak tak suka?’ Namun soalan itu
sekadar bercambah di dalam hati. Luqman mengingatkan dirinya bahawa wanita di
hadapannya ini sudah pun berpunya secara mutlak.
“Insyaallah saya datang.” Syifa
mengangguk perlahan seraya berlalu pergi meninggalakan penyarahnya sendirian. Hatinya
mula diamuk resah yang tiba-tiba mendatang.
“Syifa
marahkan akak?” Itulah soalan pertama yang
keluar dari mulut kak Lisa apabila dia masuk ke dalam perut kereta.
“Kenapa pulak saya nak marah?”
Soal Syifa pura-pura tak tahu.
“Sebab ajak Luqman tanpa izin Syifa.” Lancar sahaja
bibirnya berbicara.
“Akak dah pun ajak. Nak
marah pun tak guna.” Sengaja dia membuat kakak iparnya itu serba salah.
“Syifa,
akak tak tahu pulak yang kamu akan marah.” Lisa mula serba salah. Dia mula
mengigit bibir.
“Syifa
tak marahlah.” Ujar Syifa jujur. Memang hakikatnya dia tidak marah. Cuma kurang
berpuas hati sahaja.
“Akak
dah agak kamu tak marah. Kamu pun
dah berjangkit nakal macam Adha yerk.” Gurau kak Lisa.
Syifa hanya tersenyum. Tidak
perlulah dipanjangkan cerita yang pendek. Tidak perlulah digoyahnya hubungan
mereka sekeluarga dengan perkara remeh temeh seperti ini. Itu bukan caranya.
***
Gembira betul Aidil dan Adha menyambut ulang
tahun kelahirannya kali ini. Mana tidaknya, mereka mendapat banyak
hadiah daripada para tetamu yang hadir.
Paling
mereka gembira apabila mendapat hadiah daripada Dr Luqman. Tidak putus-putus si
kembar itu mengungkapkan ucapan terima kasih.
“Menyusahkan
Doktor je.” Ucap Syifa perlahan sambil memerhatikan si kembar yang asyik masyuk
mencuba permainan kereta control pemberian Dr Luqman.
“Sekali
sekala Syifa. Apa salahnya.” Bukan
sekali sekali yang menjadi motifnya. Baginya, dia tidak suka terhutang budi
dengan sesiapa apatah lagi melibatkan Aidil dan Adha.
Sedari tadi lagi mata Dr Luqman
menilau memerhatikan keadaan sekeliling. Mencari kelibat suami Syifa Humaira.
Namun hampa kerana tidak ada mana-mana lelaki pun yang mendekati Syifa Humaira
melainkan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya.
Namun setelah diperhatikan dengan
teliti, lelaki itu mungkin adalah abangnya memandangkan lelaki itu begitu mesra
dengan Lisa yang merupakan kakak ipar Syifa.
Persoalannya, mana suami Syifa
Humaira? Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia bertanya terus pada Syifa
namun lidahnya kelu untuk mengatur ayat yang sesuai untuk diutarakan sebagai
soalan. Beku dan kelu otaknya
sekarang.
“Doktor,
saya ke dapur dulu ya.” Pinta Syifa
sopan.
Dr
Luqman hanya melemparkan pandangan ke arah para tetamu yang hadir setelah
pemergian Syifa. Bibirnya tersenyum apabila melihat gelagat anak-anak yang
sedang ceria bermain bersama teman-teman.
Dia
melangkah ke arah meja yang disediakan untuk mengambil air untuk diminum. Baru
sahaja dia mencapai gelas minuman, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang
kanak-kanak perempuan yang sedang berkejar-kejaran. Habis bajunya basah
tertumpah air.
“Sorry.”
Ungkap kanak-kanak comel itu.
“Tak apa. Pergi main
elok-elok.” Nasihat Dr Luqman lembut. Dia mula melangkah ke arah dapur untuk
membasuh bajunya yang kotor. Namun tiba-tiba langkah kakinya mati untuk
diteruskan apabila telingannya menangkap satu perbualan.
“Apa yang akak merepek nieh?”
Soal Syifa sedikit keras. Tangannya masih ligat membasuh pinggan kotor.
“Akak tak merepek Syifa. Akak
pasti.” Ujar kak Lisa berkobar-kobar.
“Akak tahu tak akak cakap pasal
apa ni? Dia tu pensyarah Syifa.” Pangkah Syifa pula.
“Ada ke dalam agama melarang seorang pensyarah
jatuh cinta dengan perlajarnya? Tak ada kan .”
Seperti biasa, kak Lisa tidak mahu beralah.
“Memanglah.. tapi mustahil dia
ada perasaan pada Syifa kak. Lagipun
Syifa sedar siapa Syifa kak.” Ujar Syifa rendah diri. Serendah nada suaranya.
“Mata
akak tak pernah salah Syifa. Pandangan mata dia dah jelaskan rahsia hati dia
Syifa. Akak pasti yang Luqman sayang pada Syifa.” Syifa mengeleng-gelengkan
kepalanya.
“Kalau
betul pun benda ni betul, Syifa tetap tak layak untuk dia kak.” Tegas Syifa
muktamad.
Lisa
berjalan ke arah Syifa dan menarik bahu gadis itu supaya bertentangan
dengannya. Dia mahu Syifa dengar dengan teliti kata-katanya.
“Dengar
sini Syifa, tak seorang pun yang boleh tentukan sama ada dia layak atau tidak
untuk bercinta. Ini semua terpulang pada kehendak diri sendiri Syifa. Lagipun,
sampai bila Syifa nak macam ni?” Tanganya yang mendarat dibahu Syifa ditepis lembut
oleh Syifa.
“Akak lupa agaknya dengan masa silam
saya.” Keluh
Syifa berat. Dia benci apabila mendengar perkataan cinta. Dia boleh hidup tanpa
cinta.
“Syifa,
untuk memandang ke hadapan, kita tak boleh memandang ke belakang. Masa silam
akan kekal sebagai masa silam. Yang penting sekarang adalah masa depan.” Terang
kak Lisa lagi.
“Memang
masa silam itu bukan untuk dikenang tapi ianya boleh menjadi bahan ungkitan
satu hati nanti kak. Siapa yang boleh terima orang macam saya kak. Sanggup ke
orang terima manusia yang kotor macam saya ni kak?” Sebak sungguh hatinya
apabila mengenangkan peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya.
“Syifa,
jangan cakap macam tu dik.” Lisa mula serba salah kerana membangkitkan isu masa
silam Syifa.
“Sanggup
ke orang terima saya yang melahirkan anak luar nikah. Sanggup ke dia terima
diri saya yang kotor lagi hina ni kak?” Soal Syifa. Air matanya hampir sahaja
tumpah. Namun masih ada benteng yang menahannya dari mengalir.
Dr
Luqman tercengang apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Syifa Humaira. Tanggannya melekat di dinding supaya dapat menampung badannya
dari terjatuh.
“Jangan cakap macam tu dik. Tak
ada orang minta diri mereka dirogol. Malah tindakan Syifa yang tetap ingin
melahirkan Aidil dan Adha adalah tindakan terpuji dik. Tak semua orang akan
buat macam tu.” Lisa menarik Syifa ke dalam pelukkannya. Namun dia pelik kerana
sedikit pun Syifa tidak menitiskan air mata. Tabah betul wanita ini.
Kalau
tadi tangannya yang menampung badannya tetapi kali ini dia terus bersandar di
dinding rumah. Sungguh dia terkejut
mendengar perbualan di antara Syifa dan Lisa. Kalau dia tidak dengar dengan
telingannya sendiri, pasti dia tidak akan pernah untuk mempercayai cerita ini.
Jadi, wanita itu belum berpunya?
Ya ALLAH, dia tidak tahu sama
ada berita ini baik atau tidak padanya. Segenap hatinya gembira apabila
mengetahui bahawa Syifa Humaira belum berpunya namun segenap lagi hatinya
menumpang kesedihan yang menjalar dalam diri Syifa.
Tidak
pernah disangka bahawa ibu kepada Aidil
dan Adha itu menyimpan sebuah diari hitam ketika melakar sebuah kenangan. Dr
Luqman sudah berikrar untuk memadamkan lukisan hitam itu dengan menebarkan
segala rasa kasih dan sayangnya pada Syifa Humaira. Itu tekadnya.
***
Dr
Luqman mengagih-agihkan kertas keputusan peperiksaan kepada para pelajarnya. Ada yang tersenyum lebar
menyambutnya, dan tak kurang juga yang hampa dengan hasil titik peluh yang
tidak seberapa.
Hanya
tinggal Syifa Humaira sahaja yang masih mendapatkan kertas peperiksaanya. Dia jadi
pelik sendiri apabila namanya tidak dipanggil oleh Dr Luqman malah penyarahnya
itu dengan selambanya meneruskan sesi pembelajarannya.
Usai
habis kelas, Syifa menapak ke arah Dr Luqman untuk bertanya perihal kertas
ujiannya yang belum diperolehi.
“Ada apa-apa masalah
Syifa?” Soal Dr Luqman pura-pura tidak tahu. Dia langsung tidak memandang ke
arah Syifa Humaira malah sibuk berlakon seolah-olah sedang sibuk mengemaskan
barang-barang yang tidak seberapa itu.
“Saya
tak dapat lagi markah test yang lepas.” Ujar Syifa tanpa berselindung.
“Oh,
tak dapat lagi? Bukan tadi saya dah bagi ke?” Sedaya upaya dia cuba mengawal
lakonannya dari terbongkar.
“Belum.
Doktor tercicir kot.” Putus Syifa sendiri.
“Ya
ke? Tak perasanlah pulak. Kejap yerk, saya cari.” Hanya ALLAH sahaja yang tahu
debaran yang ditanggungnya. Belum pernah ada perempuan yang berjaya membuatkan
dia gundah sebegini rupa.
Dia
berpura-pura mencari kertas peperiksaan milik Syifa sedangkan kertas itu memang
telah ditelakkan khas di satu tempat. Dengan
tangan yang sedikit mengigil, Dr Luqman mencapai kertas berwarna putih itu.
“Ini dia. Maaflah.” Syifa menyambut
huluran kertas itu sambil mulutnya mengungkapkan ucapan terima kasih. Baru
sahaja dia ingin berlalu namun pensyarahnya itu bersuara lantas mematikan
langkahnya.
“Kamu tak nak check dulu?
Kowt-kowt ada tersalah tanda ke?” Umpan
Dr Luqman. Ada
sesuatu yang ingin Syifa Humaira tahu hari ini. Suara hatinya.
Sekadar
ingin mengambil hati pensyarahnya, Syifa menyelak juga helaian kertas
peperiksaannya itu. Sebenarnya dia sudah amat berpuas hati dengan markah yang
diperolehinya itu. Itulah hadiah untuk keringatnya sepanjang malam menelaah
perlajaran.
Namun,
tiba-tiba tangannya berhenti di sebuah muka surat yang terakhir. Berkali-kali dia membaca
ayat itu kerana bimbang tersalah baca hingga mengundang salah faham.
Bertapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa untuk menuturkan
sayang
Kasih yang terlimpah hanya untukmu
seorang…
Izinkan
diri ini menapak ke dalam hatimu wahai Syifa
Humaira…
“Awak tak tersalah baca
Humairah..” Tutur Dr Luqman lembut. Dia sudah bersedia dengan reaksi yang bakal
ditunjukkan oleh Syifa.
“Apa yang doktor merepek ni? Doktor tahu kan yang saya
sudah berpunya?” Sungguh, dia terkejut dengan situasi yang baru berlaku. Tidakkah
lelaki itu sudah menganggapnya sudah berumahtangga.
“Setahu saya, awak hanyalah
kepunyaan Aidil dan Adha dan masih belum dimilik oleh sesiapa lagi.” Ujar Dr
Luqman berani.
“Doktor kan tahu yang saya dah
berkahwin tapi…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kata-katanya telah
dipintas oleh Dr Luqman.
“Saya tahu yang awak belum pernah
berkahwin Humaira.” Tingkah Dr Luqman sehingga membuatkan muka Syifa merona
kemerahan.
“Dan saya dah tahu semuanya…”
Sambungnya apabila melihat Syifa hanya menyepi seribu bahasa. Syifa terkesima
sendiri.
“Apa yang doktor tahu?” Soalnya
dengan suara yang sedikit bergetar. Akhirnya, masa itu tiba juga.
“Semuanya. Untuk menyebutnya pun
saya tak mampu, tapi saya langsung tak dapat bayangkan bebanan yang awak
tanggung selama ini.” Luahan itu memang ikhlas dari hatinya.
“Tak perlulah doktor kasihan dengan
saya. Saya dah biasa melaluinya.” Sunggguh dia tidak sangka bahawa Dr Luqmanlah
orang pertama yang dapat menyingkap rahsia yang selama ini masih disimpan
kemas.
“Ini bukan kasihan Humaira tapi rasa
kasih yang mula bercambah. Kata-kata tu memang saya tulis ikhlas dari hati
saya.” Syifa menghalakan pandangan matanya ke arah kertas yang masih berada di
dalam gengamannya.
“Tapi cinta saya bukan di atas
kertas.” Tingkah Syifa Humaira sambil mula menapak pergi. Ayat yang baru
dituturkan itu persis lirik lagu bukan cinta biasa nyanyian Situ Nurhaliza.
“Saya
betul-betul cintakan awak Humaira.” Ingin sahaja dia memegang tangan Syifa agar
wanita itu tidak dapat lari daripadanya namun cepat-cepat dia beristifar
mengenangkan bahawa di antaranya dan Syifa, masih ada garisan dan batasan yang
masih perlu dia turuti.
“Ada ramai lagi perempuan
yang lebih layak dan lebih baik untuk doktor nanti. Yang pasti, wanita itu
bukanlah saya. Kehidupan saya penuh dengan wanna-warna kelam yang tiada
terangnya. Hidup saya hanya untuk membesarkan Aidil dan Adha. Saya harap doktor
faham.” Kali ini, dia tekad untuk
terus melangkah walaupun dia mendengar Dr Luqman memanggil namanya berulang
kali.
Biarlah begini. Lagipun, dia sudah
tidak punya hati untuk bercinta lagi. Cukuplah-cukuplah cinta yang pernah dia
kecapi. Kerana cintalah, dia percaya pada seorang lelaki. Kerana cintalah,
hidupnya jadi porak peranda.
Namun
dia tidak pernah menyalahkan cinta kerana cintalah, dia mendekatkan diri kepada
pencipta yang telah menetapkan takdir buat hamba-hambanya. Kebahagian yang
dikecapi, disyukuri sebaik mungkin dan dugaan yang menghimpit, dia redhai
dengan hati yang seikhlas mungkin.
***
Syifa melalui hidupnya seperti biasa
walaupun hatinya tidak keruan setelah mengetahui isi hati Dr Luqman. Apatah
lagi lelaki itu memegang rahsia hidupnya.
Dia mencapai beg sandang yang
ditelakkan di rak buku yang disediakan di dalam perpustakaan. Tiba-tiba
tangannya tersentuh sebuah CD beserta sebuah kad kecil.
Buat
Syifa Humaira
Dia memandang ke arah sekelilingnya. Namun dia tidak
temui dengan siapa-siapa. Entah apalah isi CD itu. Syifa tertanya sendiri.
Sesampainya dia dirumah, dia terus
memasukkan CD ke dalam laptop. Hatinya teringin sahaja ingin tahu isi kandungan
dalam CD itu.
“Lagu.” Spontan, kata-kata itu
terkeluar dari bibirnya. Tangannya mengklik tanda ‘open’.
Bertalu arus dugaan tiba menakung sebak
airmata
Namun tak pernah pun setitis gugur
berderai di pipi
Tidak
ditempah hidup sengsara suratan nasib y melanda
Menongkah
badai bergelora diredah bersendian
Bagaikan
camar pulang senja patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar
secicit rezeki buat yang sedang rindu menanti
Segengam tabah dipertahankan buat
bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah kau balut
hati yang calar
c/o Telah tertulis suratan nasibmu derita
buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu tak siapa
tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu mungkin
jernih di muara
Biar jenuh hidup dipalu pasti bertemu
tenangnya…
Lagu Segenggam tabah nyanyian
daripada kumpulan In-Team itu sangat menyentuh hatinya. Pemilik sebenar CD ini
seperti tahu akan kisah silam yang terjadi dalam hidupnya. Dia sudah mula dapat
mengagak siapa pengirimnya.
Lirik yang bernada nasihat itu
seperti melekat di kotak ingatannya. Dia sunnguh terharu dengan pemberian Dr
Luqman kali ini.
‘Ya Allah, kenapa kau kirimkan
lelaki yang sebaik Luqman. Sehinggakan aku merasakan diri ini sungguh hina
untuk berdampingan dengannya. Kelukaan yang aku hadapi ini akan melukakan
dirinya. Aku mohon Ya Allah, kurniakan seorang insan yang baik untuk memiliki
hatinya.’ Syifa Humaira meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.
***
Syifa meletakkan tangannya di atas
dahi Adha. Hatinya mula risau apabila turut merasa bahang kepanasan
badan Adha yang demam.
“Kenapa
mak tak telephon Syifa tadi? Kalau Syifa tahu, Syifa balik awal sikit.” Ujarnya
kepada Puan Suraya.
“Mak
tahu Syifa sibuk. Lagipun, badan Adha tak adalah panas sangat tadi. Tapi
sekarang, mendadak pula panasnya.” Terang Puan Suraya sambil meletakkan tuala
basah di dahi milik Adha.
Hati
Syifa jadi kasihan melihat anaknya yang merengek kesakitan. Tangannya mula
mendarat di dahi milik Aidil pula. Biasanya, demam mereka ini mudah benar
berjangkit. Hatinya lega apabila suhu badan Aidil tidak sepanas Adha.
“Sabar
ya sayang… Kejap lagi kita pergi
klinik ya.” Ujar Syifa sambil mengusap-usap kepala anaknya.
“Mak, saya pergi sembahyang dulu.
Lepas magrib nanti saya bawa Adha pergi klinik.” Putus Syifa seraya bangun
meninggalkan tuntutan dunia untuk menyempurnakan tuntutan Allah yang wajib.
“Mama, Abang nak ikut.” Rengek Aidil
ketika Syifa mengangkat Adha masuk ke perut kereta.
“Tak payahlah. Abang tunggu kat
rumah dengan nenek.” Pujuk Puan Suraya lembut.
Syifa jadi tidak sampai hati melihat
muka Aidil yang hampa itu. Dia tahu, Aidil pasti risau melihat adiknya
yang sedang sakit itu.
“Abang
nak ikut tak?” Sengaja dia membuat tawaran ketika ingin masuk ke dalam perut
kereta. Terpancar riak kegembiraan di wajahnya.
“Tak
payahlah Syifa. Kan
susah kalau bawa dua-dua. Lainlah kalau mak ikut.” Protes Puan Suraya.
“Tak
apalah mak. Lagipun, dah lama rasanya tak bawak dia orang keluar.” Akhirnya Syifa memandu ke arah klinik yang berdekatan
dengan rumahnya.
Tidak sampai hati pula dia
membiarkan Adha yang kelesuan itu berjalan. Lalu didukung anaknya yang semakin
besar dan berat itu. Tangannya yang sebelah lagi memimpin Aidil untuk melintas
jalan.
Baru
sahaja dia ingin melangkah namun tiba-tiba ada tangan yang mengambil Adha dari
dukungannya. Nyata dia terkejut apatah
lagi melihat gerangan pemilik yang sebenar.
“Biar saya dukung Adha.” Putus Dr
Luqman sambil mula melintas dan meninggalkan Syifa yang tercengang-cengang
kehairanan.
“Dah lama Adha demam?” Soal Dr
Luqman sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
“Baru siang tadi.” Jawab Syifa
perlahan. Rasa terkejutnya masih belum hilang lagi.
“Syifa, kenapa awak cuba lari dari
saya? Apa salah saya?” Soal Dr Luqman perlahan. Namun masih dapat ditangkap
oleh Syifa.
“Doktor,
saya tak pernah lari dari doktor. Cuma saya mengambil sikap sedar diri. Saya
sedar yang saya tak layak untuk doktor.” Jawabnya sambil menunduk.
“Syifa,
siapa yang boleh tetapkan sama ada dia layak atau tidak. Saya pasti dengan
perasaan milik saya ni.” Tangannya mengusap kepala Adha yang sedang berada di
dalam ribaannya.
Baru
sahaja Syifa ingin menjawab namun nama Adha dipanggil oleh seorang jururawat
yang bertugas. Membantutkan perbualan antara mereka.
Syifa
jadi lebih serba salah apabila Dr Luqman dengan berkerasnya ingin membayar kos
perubatan Adha.
“Awak
bukannya kerja lagi. Biarlah saya yang bayar.” Itulah alasan yang diguna pakai
oleh Dr Luqman.
Ketika
membaringkan Adha di kerusi kereta, Dr Luqman mencabut jaket yang dipakainya
dan ditebarkan ke badan Adha. Mungkin Dr Luqman tergerak untuk melakukan
apabila melihat Adha yang merengkok kesejukkan.
“Buat susah-susah doktor je.” Dr Luqman berpaling ke arah
wanita kesayangannya itu.
“Sesuatu benda tu tak akan pernah
susah apabila dia melibatkan orang yang kita sayang Syifa.” Secara beralas, dia
menyatakan suara hatinya.
“Doktor buat saya lebih serba
salah.” Luah Syifa jujur.
“Jangan rasa serba salah Syifa. Saya
tak pernah paksa awak untuk terima diri saya. Tapi saya nak buka mata dan
fikiran awak yang tertutup disebabkan masa silam awak. Ambilah sebanyak masa
pun untuk memikirkannya sebab masa saya memang saya dah peruntukkan buat awak.”
Syifa tercengang lagi. Kusut betul fikirannya sekarang sambil memandang langkah
Dr Luqman yang semakin menjauh.
Baru sahaja dia ingin memulakan
permanduan namun tiba-tiba telephon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk.
Suka itu akan mendatangkan rasa
rindu… rindu pula akan membuatkan kita merasa erti kasih… Kasih itu pastilah datang dari rasa
sayang.. Namun sayang itu tidak semestinya rasa cinta…. Tetapi cinta itu lahir
dari rasa suka, melalui rindu dan kasih sayang.. Insyaallah, rasa yang saya
rasai ini bukan hanya sekadar rasa… tapi nikmat ALLAH untuk kita kecapi… Bersandarlah
pada saya Syifa Humaira….
Syifa menutup mukanya dengan kedua
belah tapak tanganya. Hatinya menjadi berdebar-debar yang tidak terkira. Demi
Allah, dia turut merasai kenikmatan Allah itu. Namun rasa sakit itu masih belum
hilang sepenuhnya.
‘Ya ALLAH, bantulah hambamu yang
kebuntuan ini.’ Doanya di dalam hati. Tiba-tiba Syifa teringat akan satu ayat
yang dipegang selama ini.
‘Rasa gelisah dan resah yang kita
kecapi ini adalah tanda kecintaan ALLAH pada hambanya. ALLAH tidak akan menguji
manusia itu lebih daripada kemampuannya dan kalau kita mengeluh dengan
ujiannya, ujian itu tidak akan berhenti malah kita akan beroleh dosa pula. Tapi
hadapilah setiap ujian dan dugaan dengan senyuman. Kerana itulah tanda
kesenangan hati untuk menempuh dugaan ilahi.
***
Perlahan-lahan Syifa melangkah ke
arah bus stop yang berhampiran kerana tidak semena-mena, keretanya pancit
sedangkan pagi tadi, kereta itu masih berada dalam keadaan elok.
Tiba-tiba ada Toyota Harrier
berhenti di hadapannya. Keluarlah pemandunya lalu melangkah ke arahnya yang
sedang berdiri.
“Awak datang dari mana? Mana kereta?” Soal Dr Luqman
bertubi-tubi.
“Tayar
kereta pancit.” Jawab Syifa ringkas.
“Kalau macam tu, marilah saya
tumpangkan.” Putus Dr Luqman sambil melangkah ke keretanya dan dibukanya pintu
keretanya.
“Tak apalah doktor. Saya boleh naik
teksi je.” Tolak Syifa sopan. Tidak senang dengan pandangan mata-mata yang
memandang.
“Kalau awak tak kisah, awak boleh
anggap kereta saya ni macam teksi. Nak duduk belakang pun boleh. Asalkan awak
naik kereta saya.” Gurau Dr Luqman sambil tergelak kecil. Syifa
sudah mula buat muka serba salah.
“Syifa,
naiklah. Tak kan saya nak biarkan wanita yang
saya sayang naik teksi sedangkan saya boleh hantar dia kan .” Secara terus, Dr Luqman melahirkan
rasa hatinya.
Akhirnya,
Syifa mengalah jua. Tidak senang juga
kalau-kalau dia dianggap sedang berdrama di tengah-tengah jalan raya ini. Dr
Luqman tersenyum kemenangan.
Baru sahaja Dr Luqman memulakan
permanduannya, tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi nyaring.
Hanya kedengaran suara Dr Luqman
sahaja yang berbunyi untuk menjawab panggilan telefon. Dari segi bicaranya,
Syifa dapat mengangak yang ada hal kecemasan yang berlaku di rumah penyarahnya
itu.
“Syifa, saya kena balik rumah sebab
adik saya beritahu yang mak saya jatuh bilik air.” Terang Dr Luqman sehabis
berbicara di telefon.
“Oh, tak apalah. Doktor berhenti kat
sini je. Saya boleh naik teksi.” Ujar Syifa pula.
“Eh, tak sedap pulak kalau
macam tu. Apa kata kalau Syifa ikut
saya balik kejap. Lepas tu saya hantarlah Syifa balik semula.” Bagi Dr Luqman,
inilah masa yang paling sesuai untuk memeperkenalkan Syifa dengan ibunya.
Akhirnya, masa itu tiba juga.
“Eh, tak apalah. Saya boleh balik
sendiri.” Hatinya berdebar-debar mendengar tawaran penyarahnya kali ini.
“Alah, kejap je. Saya janji.” Rayu
Dr Luqman bersungguh-sungguh. Akhirnya, sekali lagi Syifa beralah.
Syifa melangkah ke dalam rumah
banglo itu dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat mentafsirkan. Aneh
sungguh rasanya. Hatinya yang tadi bercelaru, tiba-tiba menjadi tenang melihat
perhiasan yang berada dia dalam rumah itu.
Dr Luqman sudah lama menghilang
entah kemana. Mungkin sedang menjeguk ibunya di bilik.
“Kak, jemput minum.” Pelawa seorang
gadis yang sambil menghulurkan minuman kepadanya.
‘Cantikknya dia. Tak sia-sia kahwin
lambat kalau dapat habuan macam ni.’ Puji Laili di dalam hati. Sangat bersetuju
dengan pilihan abangnya ini.
Tak manis pula rasanya meninggalkan
tetamu bersendirian. Lantas Laili mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan
wanita yang selalu diceritakan oleh abangnya ini.
Syifa menjadi tidak senang apabila
gadis genit itu tidak lepas daripada memandangnya sambil tersenyum-senyum.
Entah apalah tafsiran gadis itu padanya.
Baru sahaja Laili ingin mengeluarkan
suara namun tiba-tiba dia menangkap suara ibunya yang sedang menjerit nyaring.
“Kak, jom tengok.” Ajak Laili sambil
menarik tangan Syifa yang masih terkejut itu.
“Sakitlah man. Cubalah buat
perlahan sikit.” Rungut seorang wanita terhadap Dr Luqman yang sedang
memicitnya.
“Dah
habis slow dah rasanya.” Rungut si anak pula. Syifa hanya memerhatikan gelagat
mereka itu namun tidak lama apabila dia beralih pandang ke arah Laili yang
sedang ketawa kecil lantas berlalu pergi.
Tawa Laili itu mengundang akan kehadirannya di situ. Syifa
kelu untuk membuat apa-apa. Wanita itu tidak lepas dari memandangnya.
Perlahan-lahan
Syifa melangkah dan bersalam dengan ibu Luqman. Luqman tersenyum lebar melihat
ibunya yang tidak lepas dari memandang Syifa Humaira.
Hajah
Amnah memandang sekilas ke arah anaknya dan anaknya itu mengangguk perlahan.
‘Jadi inilah wanita yang sering diceritakan oleh Luqman. Nampak sesuai benar
dengan Luqman.’ Bisik hatinya sambil tersenyum.
“Auw.”
Mati angannya apabila tangan kasar anaknya itu memicitnya dengan kuat.
Syifa mendaratkan pandangan matanya ke kaki milik ibu Dr
Luqman. Tiada kesan lebam di situ. Barangkali mungkin terseliuh. Hatinya Jatuh
kasihan melihat Hajah Amnah yang mengaduh kesakitan akibat diurut oleh Dr
Luqman.
“Doktor, boleh saya tolong
urutkan?” Sungguh, Dr Luqman terkejut dengan pelawaan yang tidak diundang itu.
Tanpa banyak cakap, dia bangun kerana ingin memberi ruang kepada Syifa untuk
duduk.
Hajah
Amnah juga tidak dapat lari dari rasa terkejut. Dia menikmati urutan dari tangan Syifa yang telus itu.
Langsung tiada sebarang rungutan seperti mana dia merungut ketika anaknya
mengurutnya.
Patutlah Luqman jatuh hati pada
Syifa. Hati tuanya juga turut terpaut dengan peribadi dan tingkah laku milik
Syifa Humaira. Tentang kisah silam wanita itu, dia tidak pernah ambil peduli.
Yang penting adalah kebahagian di masa akan datang.
Dr Luqman sentiasa berdoa di dalam
hati agar wanita kesayangannya ini dapat diterima baik oleh ahli keluarganya.
Kerana itu, awal-awal lagi telah diceritakan tentang kisah Syifa Humaira pada
ibunya. Dia
tidak mahu ibunya mendengar cerita daripada mulut orang lain.
Dan dia memanjatkan rasa syukur
yang amat sangat kerana penerimaan ahli keluarganya terhadap hubungannya dengan
Syifa Humaira. Moga ALLAH permudahkannya untuk memperisterikan Syifa.
“Terima kasih. Buat susah-susah
kamu je.” Ucap Hajah Amnah ikhlas. Kesakitan yang dirasakan sebentar tadi
seakan-akan mula beransur pergi.
“Tak ada yang susahnya mak
cik.” Ujar Syifa merendah diri. Dia memerhatikan keadaan sekeliling,
pensyarahnya itu sudah tidak kelihatan di mana-mana. Dia buntu sendirian
bersama ibu Dr Luqman.
Tiba-tiba Puan Amnah mencapai
tangan milik Syifa Humaira. Sekali lagi dia terpinga-pinga.
“Luqman selalu cerita pasal
kamu pada mak cik. Dia sayang benar pada
kamu.” Terang Puan Amnah lembut, Syifa hanya mampu menunduk. Dia tidak tahu
konsep cerita apa yang disampaikan oleh Luqman. Entah-entah ibu Luqman ini
mengetahui semuanya tentang masa silamnya.
“Terimalah Luqman, Syifa.”
Pujuk ibu Luqman tanpa diminta. Syifa mengigit bibir. Tidak tahu ayat mana yang
mahu dicedok. Beberapa kali dia menelan air liur yang terasa sangat pahit.
“Mak cik, saya tak layak untuk
anak mak cik.” Itulah ayat yang sering keluar dari bibirnya tatkala lamaran
Luqman diungkitkan. Hanya itu jawapan yang dia ada.
“Syifa, mak cik tak boleh
terima alasan Syifa tu. Sebab, mak cik tengok, Syifa ni sesuai benar dengan
Luqman.” Tingkah Puan Amnah. Syifa memandang ke arah lain. Tidak tahu lagi
untuk mencari alasan yang lebih logik.
“Kalau
tentang masa silam yang menganggu Syifa untuk membuat keputusan, Syifa silap. Sebab
mak cik tak pernah memandang masa silam itu sebagai sesuatu yang penting. Kalau
Luqman boleh terima Syifa dan anak-anak Syifa, kenapa pulak mak cik nak menolak.”
Penerangan Hajah Amnah kali ini benar-benar mengejutkan
Syifa Humaira. Jadi, wanita ini tahu akan segalanya.
Hajah
Amnah menarik bahu Syifa supaya memandang wajahnya. Dia sudah benar-benar jatuh
sayang pada Syifa Humaira semenjak pertama kali anaknya menceritakan tentang
kisah Syifa.
“Buang
yang lepas Syifa. Bina yang baru. Fikirkan juga tentang anak-anak Syifa. Dia
orang pun perlukan kasih seorang ayah. Mak cik bukan nak memaksa tapi mak cik
nak tegaskan yang mak cik tak pernah pandang apa yang pernah berlaku dulu.
Lagipun, ia bukan salah Syifa dan Syifa berhak dapat kebahagian yang setimpal
dengan ketabahan dan kesabaran Syifa di masa lepas.” Sungguh, dia terharu
dengan penerimaan keluarga Luqman.
Dia
sedar, tidak akan ada orang yang lebih dapat menerima dirinya seadanya melebihi
penerimaan Luqman. Tapi dia takut kalau dia bukan orang yang layak untuk
memberikan kebahagiaan untuk Luqman sebagaimana yang Luqman limpahkan padanya.
Ketika
pulang, sedikit pun Syifa tidak bersuara. Dia benar-benar bingung sekarang.
Kata-kata Puan Amnah begitu menganggu pemikirannya. Dan Luqman pula hanya
membiarkan sahaja Syifa. Dia tidak mahu menganggu Syifa yang mungkin sedang
dalam dilemma. Dia pasti, kesabarannya satu hari nanti pasti akan terjawab.
‘Ya
Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seorang yang melabuhkan
cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU Ya Muhaimin. Jika
aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut
padaMU agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu… Ya Rabanna, jika aku
jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU. Ya Rabbul
Izati, jika kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui
batasan sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU
Ya ALLAH.’ Syifa meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.
Seperti biasa, dia sedikit pun tidak berdaya
tanpa bantuan daripadaNya. Kali ini dia benar-benar mengharapkan bantuan
daripada Yang Maha Esa. Moga ALLAH dapat menjawab persoalan kepada semua
jawapannya.
***
Tergesa-gesa
Syifa pulang ke rumah apabila mendapat panggilan daripada Puan Suraya tentang
Adha yang tiba-tiba mengamuk hingga mengunci dirinya di dalam bilik.
“Kenapa
boleh jadi macam ni mak?” Soal Syifa sambil mencari kunci perdua yang
disimpan di dalam almari.
“Entah. Mak pun tak tahu. Balik tadi, dia bergaduh dengan Aidil lepas tu terus
kunci bilik. Bila mak suruh bukak, dia jerit yang dia kata dia benci pada mak
dan Syifa.” Terang Puan Suraya lanjut. Risau juga dia melihat ragam
cucu-cucunya ini.
“Aidil mana?” Soalnya apabila
tidak melihat kelibat Aidil di mana-mana.
“Eh,
tadi dia ada je. Mana pulak perginya si Aidil ni.” Ujar Puan
Suraya sambil mula pergi mencari Aidil lantas meninggalkan Syifa yang cuba membuka
kunci bilik Adha.
Baru sahaja pintu bilik dibuka,
Adha membaling bantal ke arah tempat Syifa berdiri. Syifa yang nyata terkejut
beristifar panjang. Entah apalah yang merasuk Adha sehingga mengamuk sedemikian
rupa.
“Adik,
kenapa ni? Kalau ada masalah, bagilah tahu kat mama.” Pujukkan Syifa itu
sedikit pun tidak memberikan kesan pada anaknya. Adha terus menerus membaling
barang ke arah Syifa.
“Adik
benci mama. Adik benci!!!” Jeritan Adha itu sungguh memeranjatkan Syifa. Belum
pernah-pernah Adha meragam sebegini rupa.
“Adik…
Jangan macam ni dik. Cuba bagi
tahu kat mama.” Pujuk Syifa sekali lagi. Sedih sungguh hatinya melihat Adha
yang sedang menangis di penjuru katil.
Perlahan-lahan kakinya menapak
ke arah Adha namun cepat benar dia perasan akan kehadiran mamanya. Ditolak
keluar Syifa keluar daripada biliknya.
Syifa seakan-akan ingin menangis kerana
diperlakukan sedemikian rupa oleh anaknya. Tangannya bertalu-talu mengetuk
pintu bilik Adha namun tiada sambutan dari pihak Adha.
Tiba-tiba, ada tangan yang
menarik bajunya. Lantas Syifa berpaling ke
arah Aidil yang sedang menangis. Terus dipeluknya anak sulungnya itu, cuba
meredakan kesedihan yang dia sendiri belum ketahui.
“Abang,
kenapa adik jadi macam tu?” Perasaannya membuak-buak ingin tahu.
“Mama, kenapa dekat nama kita
orang tak ada nama ayah?” Tiba-tiba soalan itu yang keluar dari mulut Aidil.
Lidah Syifa jadi kelu untuk menjawab. Otaknya tiba-tiba sahaja membeku.
“Kenapa abang tanya?” Hanya itu
ayat yang mampu keluar dari mulutnya.
“Dekat
sekolah tadi, cikgu panggil nama semua orang. Tapi nama kita orang je yang tak
ada nama ayah.” Terang Aidil sambil teresak kecil. ‘Ya Allah, jawapan apa yang
harus aku titipkan buat anakku ini?’ Syifa mengenggam tangan miliknya sendiri.
Persis sedang mengumpul kekuatan yang sudah mula hilang kuasanya.
“Siapa
ayah kami mama?” Soal Aidil lagi. Kepala Syifa sudah semakin sesak dengan
soalan Aidil yang bertubi-tubi itu. Dia sendiri masih mencari jawapan yang
sesuai untuk diberikan kepada anak-anaknya.
“Ayah
kawan abang pun dan meninggal tapi dekat nama dia ada tulis nama ayah sekali.
Tapi kita orang tak ada pun.” Ulang Aidil sekali lagi apabila melihat ibunya
yang asyik sungguh menyepi.
“Aidil, percayalah. Aidil
dengan Adha memang anak mama. Jangan
macam ni sayang…” Hanya itu yang mampu dia berikan.
Kalau
dia berterus terang, adakah anak kecil ini akan mengerti akan istilah rogol. Dan
paling penting, dia takut akan penerimaan anaknya kelak. Anak-anaknya itu masih
kecil untuk memikul beban yang dia tanggung.
“Aidil nak papa. Aidil nak
tunjukkan dekat kawan-kawan yang Aidil pun ada ayah jugak. Aidil nak papa
mama…” Rengek Aidil sambil teresak-esak menangis. Patutlah sejak akhir-akhir
ini, anaknya seakan-akan liat untuk ke sekolah. Rupa-rupanya, persoalan ini
yang menghantui diri mereka.
Kali ini, dia betul-betul sudah
tidak berdaya. Kekuatan yang dikumpul selama ini sudah makin dihakis pergi.
Pada siapa lagi untuk disandarkan harapan untuk menyelesaikan kemelut kasih
ini?
“Syifa.” Seru satu suara. Serta
merta Syifa berpaling ke arah datang suara itu. Entah macam mana lelaki itu
boleh berada di dalam rumahnya? Di hadapannya sekarang.
Sedih sungguh dia melihat Syifa
tergagap-gagap untuk menjawab soalan anaknya itu. Kali ini, biarlah dia yang
menjadi penyelamat Syifa membantu menjawab soalan anak-anaknya. Perlahan-lahan,
dia menapak ke arah Aidil.
Syifa diterjah rasa terkejut
yang amat sangat. Kenapa di saat-saat dia amat memerlukan bantuan, lelaki itu
sentiasa hadir sebagai penyelamat. Adakah dia titipan dari ALLAH untuk
menyempurnakan takdirnya?
“Ish, jangan menangis… Kalau
Aidil nangis, macam mana Aidil nak tolong mama pujuk adik.” Tangannya mengesat
air mata yang menghiasi pipi si kecil itu.
Tiba-tiba tangisan anak kecil
itu terhenti mendengar pujukkan Dr Luqman. Sekali lagi hati Syifa Humaira
tercuit dengan karakter penyarahnya yang sentiasa tenang menghadapi segalanya.
“Bak kunci tu.” Arahan Dr
Luqman untuk menyerahkan kunci yang berada di tangannya dituruti. Biarlah
lelaki itu pula yang memujuk Adha.
Perlahan-lahan, Dr Luqman
memulas tombol pintu bilik Adha. Seketika,
dia memalingkan wajahnya ke arah Syifa.
“Awak percayakan saya kan ?” Soal Dr Luqman
tiba-tiba. Syifa mengangguk sambil tersenyum lesu walaupun tidak mengerti akan
maksud sebenar soalan Dr Luqman itu.
“Kalau awak percayakan saya,
awak duduk di sini saja. Biar saya yang pujuk Adha.” Syifa hanya menuruti
arahan Dr Luqman itu. Dia hanya berdiri
di pintu bilik anaknya bersama-sama dengan Aidil.
“Adha. Kenapa ni?” Kedengaran
suara Dr Luqman memulakan intro.
“Adha benci mama.” Pedih
sungguh telinga Syifa yang mendengar ayat yang keluar dari mulut anaknya
sendiri. Air matanya hampir-hampir menitis namun segera dikawal.
“Tapi kenapa? Boleh uncle
tahu.” Pujuk Dr Luqman lembut.
“Mama tak bagi Adha jumpa
dengan papa. Mama jahat!” Jerit Adha. Dr Luqman mengambil nafas sedalamnya
untuk mengumpul cara untuk menyelesaikan kemelut ini.
“Mama tak jahat Adha. Mama
sendiri dah lama tak jumpa dengan papa. Hakikatnya, Aidil dengan Adha lahir
tanpa kehendak mama sendiri. Tapi mama tetap nak lahirkan Aidil dengan Adha
walaupun dia tahu yang papa Adha dah pergi jauh.
Dia besarkan Aidil dengan Adha
dengan penuh kasih sayang. Tak ada sesiapa yang dapat menandingi kasih sayang
dia pada kalian berdua. Betapa bangganya dapat membesarkan kamu berdua walaupun
pada awalnya, kandungannya mendapat tentangan daripada semua pihak. Tapi dia
tetap mengambil keputusan untuk membela kamu tanpa menyerahkan kepada orang
lain.
Banyak kali mama beritahu pada
uncle yang dia bangga dapat anak macam Aidil dengan Adha. Sebab Aidil dengan
Adha tak nakal, dengar kata mama, baik tapi uncle tak nampak pun semua tu.
Tapi
yang uncle nampak, seorang budak nakal yang sedang mengamuk dengan mama dia.
Anak yang baik, tak akan marah-marah dengan mama dia. Sebab
dia sayang pada mama dia. Adha tak sayang mama ke?” Soal Dr Luqman pula.
“Sayang…” Jawab Adha sambil
teresak-esak. Mungkin sudah menyesali kekasarannya sebentar tadi.
Jika tadi Syifa sedaya upaya
mengawal air matanya dari menitik namun tidak lagi sekarang kerana dengan rela
hatinya dia membenarkan titik mutiara itu mengalir di pipinya. Kasihnya pada
anak-anaknya tidak pernah berkurang malah ia sentiasa bercambah dari sehari ke
sehari.
“Kalau sayang, kenapa buat mama macam tu.”
Tegur Dr Luqman lembut. Sekali lagi dia mengesat air mata anak kecil itu.
“Adha nak papa. Adha malu dengan kawan-kawan.
Semua kawan-kawan Adha ada papa tapi Adha dengan Abang tak ada.” Buat pertama
kalinya, anak itu mengutarakan isi hatinya yang sekian lama terpendam.
“Siapa kata Adha tak ada papa? Uncle kan ada.” Diletakkan tangannya di atas bahu milik
Adha tanda dia serius dengan kata-katanya.
“Tapi uncle bukan papa.”
Tingkah si kecil. Sejenak, Dr Luqman seakan-akan sedang berfikir, dan tiba-tiba
dia memanggil Aidil. Bersilih ganti dia
melempiaskan pandangan ke arah pasangan kembar itu.
“Dengar
sini elok-elok, mulai saat ini, hari ini, waktu ni, dan untuk-untuk masa yang
akan datang, uncle nak kamu panggil uncle papa. Kalau ada orang tanya, siapa
papa korang, cakap nama ayah saya Luqman. Dan kalau dia orang tak percaya, bagi
tahu pada papa. Biar papa jumpa orang tu.” Kata-kata Dr Luqman itu begitu
memeranjatkan Syifa Humaira. Matanya beralih pula pada si kecil. Ternyata, ada
riak kegembiraan di wajah mereka.
“Sekarang,
papa nak kamu berdua minta maaf dengan mama. Dan berjanji yang korang tak akan
buat perangai lagi.” Arah Dr Luqman lagak seorang ayah yang sedang menasihati
ananknya.
Dengan
pantas, kedua-duanya menerpa ke arah Syifa Humaira. Syifa membalas pelukkan
anak-anaknya dengan seerat yang mungkin. Dicium berkali-kali pipi anak-anaknya.
Matanya mendarat pula ke arah satu susuk badan yang sedang berdiri sambil
memandangnya.
Melalui
gerak mulut, Syifa mengucapkan tanda terima kasih atas bantuan yang tidak
terhitung nilainya. Dr Luqman hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Apalah
nilai kata-katanya yang tidak seberapa itu jika hendak dibandingkan dengan
pengorbanan seorang ibu seperti Syifa.
Dia merenung erti kasih sayang pada pucat
wajah derita yang terbayang dalam diri Syifa Humaira. Betapa selama ini Syifa
berjaya menyembunyikan resah seorang ibu dalam meniti hari dan nasib yang belum
tahu. Dan buat pertama kalinya, dia melihat ada air jernih yang menghiasi pipi
milik Syifa.
Syifa
hanya duduk bersandar di sofa di ruang tamu di atas. Buat pertama kalinya, ada
seorang lelaki yang bergelar papa yang menidurkan anak-anaknya. Sungguh, dia
teharu dengan kemuliaan hati lelaki itu. Air matanya menitis perlahan
namun segera diseka. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan sesiapa.
“Tangisan itu bukan tanda
lemah. Tapi tanda kelembutan dan
ketabahan hati menempuh ujian dan dugaan yang mendatang. Kerana orang yang
keras hati sahaja yang tidak menangis Syifa. Air mata itu adalah anugerah ALLAH
untuk hambanya. Itu membuktikan bahawa kita ni hanya hamba yang sedikit pun
tidak berdaya tanpa bantuah daripadaNYA.” Tiba-tiba ada suara yang menyapa.
Sekilas dia berpaling ke arah pemilik suara yang dia sendiri sudah pasti
gerangannya.
“Doktor, saya tak tahu dengan
cara macam mana saya nak balas jasa doktor. Doktor dah banyak bantu saya. Kalau
doktor tak ada, saya tak tahulah apa yang jadi.” Terang Syifa jujur.
“Senang je kalau awak nak balas
jasa saya, kahwin dengan saya.” Tidak tertelan rasanya air liurnya apabila
mendengar ayat yang keluar dari suara pensyarahnya.
“Saya bergurau jelah.” Sehabis
ayatnya, dia ketawa besar. Senang dapat mengenakan pelajarnya.
“Syifa, saya tak pernah minta
awak balas jasa saya yang tak sebesar mana ni. Apa yang penting sekarang ialah awak
dan anak-anak gembira. Yang lain-lain, dah tak penting bagi saya.” Ujarnya
apabila melihat Syifa yang kelu tanpa kata.
“Doktor, kenapa saya yang
menjadi pilihan doktor?” Buat pertama kalinya, Syifa berani membicarakan
tentang soal hati. Satu senyuman manis dihadiahkan buat Syifa Humaira. Dia
mengambil posisi di hadapan Syifa.
“Kerana saya mengambil kira
aspek bangsawan, hartawan dan rupawan. Semua aspek tu ada pada awak Syifa.” Berkerut dahi Syifa untuk mengetahui maksud kata-kata Dr
Luqman dengan lebih jelas.
“Telah
tepatlah panduan syariat kebangsawanan, hartawan dan rupawan adalah nilaian
mata. Sesungguhnya hartawan adalah pada lapangnya hati, rupawan pada indahnya
budi dan bangsawan pada kerendahan hati yang sering sujud pada tapak ilahi.
Aspek itu yang saya akan nilai untuk mencari seorang isteri dan kesemuanya ada
pada awak Syifa.” Jelas Dr Luqman satu persatu. Syifa terdiam sendiri.
Terlalu
besar rasanya pujian yang dilimpahkan kepadanya. Hakikatnya, dia hanyalah
seorang wanita yang lemah serba serbi.
“Kenapa
doktor boleh datang rumah saya?” Soal Syifa sengaja ingin
mengubah topic perbualan.
“Aidil yang telefon.” Jawab Dr
Luqman lantas menceritakan serba sedikit tentang peristiwa dia memberikan
nombor telefonnya kepada Aidil.
“Susahkan
doktor je.” Kata itu telah diulang entah berapa kali.
“Tiada
yang menyusahkan bila ia melibatkan orang yang kita sayang Syifa.” Sejurus itu,
matanya mencari secarik wajah yang hanya menunduk memandang lantai.
Tataplah
makna pengorbanan pada pintu sumul hati dihijab riang. Merawat gelisah di gelap
malam. Di lena yang payah. Singkaplah tabir maknawiyah tahdir. Hidup itu adalah
ranjau yang ditakdirkan. Hakikat kasih sayang adalah redha dan rahmat dari
Tuhan
***
Sekali lagi dia menerima sekeping CD
daripada Doktor Luqman. Kali ini, entah lagu mana pula yang menjadi kirimannya.
Kesenangan
yang datang, tak akan selamanya
Begitulah
selepas susah ada kesenangan.
Seperti
selepas malam datangnya siang
Oleh itu
waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari
gengaman
Kelak
menyesal nanti tak berkesudahan
Apa
guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan
difikir derita akan berpanjangan
Kelak
membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah
biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah
kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian
adalah tarbiah dari ALLAH
Apakah
kita kan
sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas
kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.
Kali ini, lagu daripada kumpulan inteam dan Nazrey yang
berjudul kehidupan. Lagu itu kena benar dengan coretan hidupnya. Lirik lagu
yang bernada nasihat itu benar-benar menyentuh hatinya.
“Syifa..” Ada satu suara yang
memanggil namanya. Segera dia berpaling.
“Kak Lisa. Bila datang?” Terkejut
sungguh dengan sapaan kakak iparnya yang mengejut itu.
“Baru je. Hmm, Syifa okey?” Soalnya
tiba-tiba.
“Okey.
Kenapa pulak tak okeynya.” Entah kenapa tetapi secara tiba-tiba, ada gundah
yang datang menghimpit.
“Hmm,
mak ada cerita pasal Luqman. Jadi, apa keputusan Syifa?” Soal Lisa tidak sabar.
Alangkah bahagianya jika jawapan positif yang diperolehi dari ibu kepada Aidil
dan Adha ini.
“Syifa
tak tahu kak. Syifa dah solat istiharah tapi jawapan masih belum berpihak pada
Syifa kak.” Jujur pengakuannya.
“Syifa,
walau apa pun keputusan Syifa, akak akan sokong walaupun akak sebenarnya
seratus peratus menyokong kalau Syifa memilih Luqman. Tapi macam yang Luqman
kata, tiada paksaan dalam hal ini jadi akak pun tak bolehlah nak lebih-lebih.”
Ujarnya sambil tergelak kecil. Syifa ikut turut serta ketawa kecil.
Semua orang disekelilingnya
mengharapkan agar dia bahagia bersama Luqman. Namun kenapa payah benar untuk
dia mengakuinya sedangkan dia juga turut merasakan irama yang sama.
Hidup ini penuh pancaroba. Roda
masa akan pantas berputar untuk menduga iman di dada. Apabila terlena dan terleka maka akan tenggelam di lautan
dunia. Pandangan mata yang kabur pada nikmat yang menggunung akan mendustakan
kurniaan dari yang maha Esa. Itu yang dia takutkan.
***
Di atas permintaan Dr Luqman,
akhirnya Syifa bersetuju untuk keluar membawa Aidil dan Adha ke taman
permainan. Syifa hanya memerhatikan anak-anaknya yang sedang bermain. Lidahnya
jadi kelu untuk mengeluarkan kata.
“Doktor, nak air?” Soal Syifa
memecah kesunyian. Tangannya menghulur sekotak air soya.
“Syifa,
kalau awak tak keberatan, boleh tak saya buat satu permintaan?” Soal Dr Luqman
tiba-tiba.
“Permintaan?”
Ulang Syifa tanda tidak faham.
“Kalau di luar kampus, boleh tak awak jangan panggil saya
doktor. Panggil nama je.” Syifa Humaira mengigit bibir apabila mendengar
permintaan pensyarahnya itu.
“Nampak macam tak sopan pulak kalau
panggil nama.” Tingkah Syifa.
“Apa yang tak sopannya? Macam biasa
je tapi kalau awak nak panggil saya abang pun, saya tak kisah.” Guraunya sambil
tergelak kecil. Merah padam muka Syifa.
Jarak umur antara mereka berdua
hanyalah empat tahun. Tidak salah rasanya jika hanya memanggil nama sahaja.
Namun, hubungan mereka yang sebagai pelajar dan pensyarah yang memberatkan hati
Syifa untuk memanggil lelaki itu dengan pangkal nama sahaja.
“Kalau permintaan saya ni agak
berat, abaikan je.” Putus Dr Luqman tiba-tiba. Syifa tiba-tiba
tersenyum. Nada suaranya seakan-akan telah merajuk.
“Kalau
dekat kampus saya nak panggil awak Luqman je, awak kisah tak?” Uji Syifa
sekadar bercanda.
“Boleh
tapi kena jadi isteri saya dululah.” Gurauannya disambut dengan gurauan juga.
Ini membuatkan Syifa bertambah malu. Dr Luqman jadi senang hati kerana dapat
mengenakan wanita di sebelahnya. Nampaknya, Syifa sudah mula menunjukkan kesan
positif. Syukur yang teramat dipanjatkan ke hadrat ilahi.
“Kalau
macam tu, biar saya jadi isteri doktor dulu, baru saya panggil doktor Luqman.”
Kali ini dia tekad. Tidak senang rasanya apabila membiarkan lelaki ini
tertunggu-tunggu.
“Awak tak bergurau kan Syifa?” Takut benar dia kalau dia
hanya tersalah dengar.
“Mana mungkin saya bergurau hal
seserius ni.” Ungkapan Syifa itu Luqman sambut dengan senyuman yang meleret.
Tidak lupa dipanjatkan kesyukuran yang amat sangat pada Yang Maha Besar.
“Tapi kalau awak dah jadi isteri
saya, tak kanlah nak panggil Luqman je.. kenalah panggil abang.” Lagi merah
mukakan menahan malu menyambut kata-kata yang terbit dari mulut Luqman.
Deru ombak pecah berderai hingga
mengulang pantai datang dan pergi. Begitulah kasih insan yang diibaratkan
seperti ombak merubah pantai. Tika kasih sayang semuanya indah dipandang mata,
namun apabila rasa benci terbit di hati, rasa kasih dan sayang pun menyisih.
Tanda kasih yang abadi adalah di dalam
senang jua dalam kesempitan. Kasih ilahi tiada bersempadan. Tak memilih siapa,
tidak berakhir malah kekal selamanya. Moga-moga kasih mereka lahir dari
ketulusan jiwa yang bersuluhkan keimanan lantas dapat mengundang keredhaan
Allah. Insyaallah.
***
“Syifa, kau ada apa-apa ke dengan Dr
Luqman?” Soal Siti sehabis dia menutup buku tanda mengakhiri kelas pada petang
ini.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Sengaja
dia membalas soalan dengan soalan.
“Aku bukan apa, aku lebih suka tanya kau sendiri daripada
dengar dari mulut-mulut orang.” Jelas Siti.
“Aku tak tahu jawapan yang macam
mana yang perlu aku bagi tahu pada kau.” Rintih Syifa serba salah.
“Syifa, maaflah sebab tanya yang
bukan-bukan. Tapi kalau betullah apa yang orang cakap, aku seratus peratus
sokong kau bersama dengan doktor. Aku tengok korang sesuai benar macam pinang
dibelah dua.” Gaya percakapannya sebiji benar dengan kak Lisa. Syifa tersenyum
sendiri.
“Syifa, asal senyap je ni?” Teguran
Dr Luqman itu mematikan lamunan Syifa. Lantas dia berpaling ke arah Dr Luqman
yang sedang memandu.
“Tak ada apa-apa.” Jawabnya
ringkas.
“Syifa,
ada orang tanya apa-apa ke pasal hubungan kita?” Segera Syifa memalingkan muka
ke arah Dr Luqman. Cepat benar lelaki ini membaca isi hatinya.
“Kalau
dia orang tanya pasal hubungan kita, bagi je jawapan yang dia orang nak dengar.
Kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Yang pasti, biar kita je tahu
hakikat yang sebenar.” Tenang sahaja lelaki
ini berbicara. Entah perkara apalah yang dapat mengugat ketenangannya.
Akhirnya mereka berbalas senyum.
Namun tiba-tiba telefon bimbitnya berdering nyaring. Pantas Dr Luqman menjawab
menggunakan hands free.
“Siapa yang telefon?” Soal Syifa
sehabis Dr Luqman berbual di telefon. Dari percakapannya, Syifa dapat mengangak
yang ada orang memerlukan pertolongan daripada Dr Luqman.
“Sepupu. Kereta dia rosak dekat
simpang depan tu. Dia suruh pergi ambil dia. Syifa tak kisahkan?” Kali ini,
giliran Dr Luqman pula yang memohon kepastian.
“Kenapa
pulak nak kisah. Ada-ada aje awak nieh.” Ujar Syifa sambil tersenyum kecil.
Tahu benar akan kesukaan Dr Luqman yang suka menyakatnya,
“Awak
tunggu kat sini yerk. Biar saya pergi tengok kejap.” Arahan Dr Luqman itu Syifa
balas dengan anggukkan sahaja. Matanya menyorot langkah Dr Luqman yang keluar
menemui sepupunya yang sedang membaiki kereta.
Namun tiba-tiba deringan telefon Dr Luqman berbunyi
nyaring. Tertera nama Ibu di skrin telefon. Untuk mengangkatnya, dia tidak
berani. Namun jika dibiarkan pula, dia bimbang kalau-kalau ada hal kecemasan
yang berlaku.
Lalu dicapainya telefon dan mula
keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah Dr Luqman yang sedang membelakanginya.
“Luqman, ada call dari ibu.”
Teguran Syifa mematikan perbualan antara mereka. Lantas Dr Luqman mengambil
telefon dan menjauh meninggalkannya bersama dengan sepupu Dr Luqman.
Tiba-tiba
lelaki yang sedari tadi hanya menunduk mula mengangkat muka dan berpaling ke
arah Syifa Humaira. Seakan ingin terbeliak matanya melihat wanita yang berada
di hadapannya.
Bagai
dipanah petir, Syifa terkaku melihat gerangan seorang lelaki yang sangat
dikenalinya. Tanganya pantas memeluk tubuh yang diselaputi baju kurung itu. Dia
dapat merasakan bahawa lelaki dihadapannya dapat melihat segala-galanya.
Kenangan silam yang sudah ditutup kembali tersingkap dengan sendirinya pada
hari ini.
“Syifa,
kenalkan ini sepupu saya, Aliff dan Aliff, ini Syifa Humaira.” Syifa hanya menunduk
tanda hormat. Aliff pula hanya tersenyum pahit. Mereka berpura-pura tidak
mengenali antara satu sama lain.
“Jomlah Aliff, aku dah telefon mekanik tadi. Kejap lagi
dia sampailah. Kita baliklah dulu.” Ajak Dr Luqman sambil berlalu ke arah
keretanya. Syifa juga tidak menunggu lama. Kakinya cepat aje melangkah.
‘Jadi, Aliff adalah sepupu Luqman.
Ya Allah, betapa kecilnya dunia ciptaanmu ini. Setelah jauh perjalanan hidupku
ini, kenapa aku harus dipertemukan dengannya semula.’ Rintihnya di dalam hati.
Syifa hanya membiarkan kedua-dua
lelaki tersebut berbual. Tidak terfikir langsung mahu mencelah. Dr Luqman dapat
merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Syifa. Namun bukan sikapnya
jika terlalu mengikut pada rasa hati. Dia lebih suka memerhati dengan lebih
teliti.
***
Terpisat-pisat matanya memandang ke
arah sekeliling. Suasana di sekelilingnya begitu asing sekali di pandangan
mata. Mata yang tadi mengecil tiba-tiba membulat besar. Dia baru sedar yang
tiada seurat benang pun yang menghinggapi badannya.
Serta merta dia berpaling ke arah
sebelah. Dengan sepenuh kekuatan, dia menjerit nyaring. Dia menarik selimut
untuk menutupi tubuhnya. Terkejut sungguh rasanya apabila mendapati ada seorang
lelaki yang tidur di sebelahnya.
Lelaki itu sudah mula terjaga
apabila mendengar tangisan Syifa. Beberapa kali lelaki itu mengenyeh-genyeh
matanya dan akhirnya dia bangun. Riak wajahnya jelas kelihatan lebih terkejut.
“Apa awak buat kat sini?” Soal
lelaki itu tiba-tiba. Kaget sungguh apabila melihat Syifa yang berselubung
dengan selimut tebal. Kepala yang selama ini ditutup dengan tudung kini mula
kelihatan rambutnya.
“Soalan
bodoh apa yang awak tanya ni? Sepatutnya saya yang tanya awak, apa yang awak
dah buat pada saya? Sampai hati awak buat saya macam ni Aliff…” Keluh Syifa
sambil teresak-esak menangis.
“Apa
yang saya dah buat? Saya tak buat apa-apa. Macam mana kita boleh ada kat sini?”
Entah kepada siapa ditujukan soalan itu. Matanya memandang ke arah sekeliling
bilik hotel. Ingatanya cuba
mengarit peristiwa yang berlaku semalam.
Mereka datang ke hotel ini untuk meraikan
jamuan perpisahan untuk semua pelajar matrikulasi yang baru menghabiskan
pengajian. Dan selepas itu, dia sudah tidak mengingati apa-apa.
Jadi
apa yang berlaku diantara mereka berdua semalam? Beberapa kali Aliff meraup mukanya. Hatinya
bertambah gusar apabila melihat Syifa yang tidak henti-henti menangis.
“Syifa, jangan menangis macam ni.” Pujuk
Aliff sambil mendekati Syifa Humaira.
“Jangan
dekat dengan saya. Lepas awak rampas semua hak saya, awak suruh saya jangan
menangis. Jantan tak guna!” Jerit Syifa lantang. Mati kutu dibuatnya apabila
melihat Syifa mengamuk sedemikian rupa. Tidak pernah-pernah gadis ini bersikap
begini rupa.
“Saya
tak tahu macam mana boleh jadi macam ni Syifa. Sungguh, saya tak tipu awak.”
Pujuknya lagi.
“Selama
ni, saya percaya pada awak. Sampai hati awak buat saya macam ni? Apa salah
saya.” Rintih Syifa sambil tidak henti-henti menangis.
Masa
dia ingin melakukan Syifa sedemikan rupa. Memegang tangan gadis juga dia tidak
pernah. Apatah lagi ingin melakukan perkara yang dicegah oleh agama ini. Aliff
tidak tahu jawapan yang macam mana yang harus diberikan kepada Syifa. Dia
sendiri masih tertanya-tanya. Lantas dia mula mencapai bajunya yang bertaburan
di atas lantai dan disarungkan ke tubuh.
Dia
tidak sampai hati untuk membiarkan Syifa keseorangan namun dia tidak punya cara
lain lagi. Dia tidak mahu ada mata-mata yang nampak situasi ini. Dia perlu
segera pergi.
Setelah
tubuhnya diratah, dirampas mahkotanya, akhirnya dia ditinggalkan terkulai layu
seorang diri. Dia cuba
mengingati peristiwa yang membawanya ke sini semalam namun hampa kerana dia
tidak ingat satu habuk pun. Akhirnya, apa yang mampu dilakukan ialah menangis.
***
Kilat
yang menyambung di luar rumah menyedarkan Syifa dari lamunan kisah silam.
Setelah bertahun lamanya, kenapa lelaki itu perlu muncul kembali. Bertahun dia
mengumpul kekuatan untuk melupakannya namun hanya menuntut masa sehari sahaja
untuk membukanya semula.
Dia masih ingat lagi, selepas berlaku peristiwa tersebut,
dia memberanikan diri untuk mencari Aliff. Dia mahu Aliff bertanggungjawab di
atas semua perbuatannya namun hanya kehampaan yang diperolehi.
Aliff telah hilang entah ke mana. Puas
ditanya dari rakan karib Aliff sendiri namun hanya gelengan sebagai tanda
jawapan.
Dia bertambah terkejut apabila
mengetahui yang dia mengandung. Hanya Allah sahaja yang tahu keperitan yang dia
rasai. Namun rasa syukur masih tidak pernah lekang dari dirinya kerana
sekurang-kurangnya dia tidak mengulangi kesalahan Aliff dengan menggugurkan
kandungannya.
Biarlah dia membesarkan anak itu
tanpa seorang suami di sisi. Jika Aliff mahu lari dari tanggungjawabnya, kenapa
pula Syifa ingin menjatuhkan martabatnya sebagai seorang perempuan dengan
merayu-rayu pada yang tidak sudi. Itulah tekadnya dahulu.
Namun kini, bagaimana dia ingin
memberitahu Dr Luqman tentang peristiwa di sebalik kisah silamnya. Adakah Dr
Luqman dapat menerima semua ini dengan tenang?
‘Ya Allah, tebal sangatkah
keimananku sehingga aku diuji sebegini rupa?’ Syifa tidak dapat membenarkan
hatinya dari terus merintih hiba. Digagahkan diri menuju ke bilik air untuk
mengambil wuduk. Tika ini, hanya berdoa sahaja yang mampu menghilangkan
kegelisahannya.
Ya Allah,
Aku menghimpun
kekuatan…
Aku memohon ketabahan…
Meredah gelombang
hidup dan dugaan mencabar…
Aku anggap kegagalan
bukan satu kekalahan…
Tapi suatu kejayaan yang masih terpendam…
Aku minta diberikan
sejenak kesempatan…
Untuk ku ulang kembali
langkah pertama…
Keperitan yang kurasai
mengajar erti kesabaran…
Menyedarkanku yang aku hanya insan yang sangat memerlukanMU
Ya Allah….
***
Entah
bagaimana lelaki itu boleh ada di kawasan kampus ini. Buntu rasanya untuk
memikirkan perihal lelaki ini. Cepat sahaja langkahnya. Dia tidak mahu Aliff melihatnya.
“Syifa, tunggu!” Arahan
Aliff itu Syifa buat tak tahu. Dengan
selambanya, dia meneruskan langkah namun tiba-tiba lengannya ditarik dari arah
belakang.
“Lepaslah! Tak cukup-cukup ke
awak ratah tubuh saya dulu. Tak puas
lagi?” Berdesing sungguh telinga yang mendengarnya. Aliff
menelan air liur yang dirasakan pahit.
“Sorry,
saya tak bermaksud nak berkasar tapi saya memang nak jumpa awak. Dah lama saya
cari awak Syifa.” Aliff cuba
bersabar dalam menghadapi kemarahan Syifa kali ini. Dia tahu akan kesalahan
yang ditanggung.
“Untuk
apa? Untuk puaskan nafsu awak sekali lagi?” Pangkah Syifa kembali. Kemarahan
yang selama ini disimpan kini sudah mula mengeluarkan laharnya.
“Syifa,
jangan buat saya macam ni.” Rayuan Aliff itu Syifa terima dengan cebikan.
“Habis
tu awak nak saya buat macam mana? Peluk awak? Cium awak? Serahkan diri untuk
melampiaskan nafsu awak? Macam tu?”
Lembut sahaja suaranya mengeluarkan kata-kata kasar.
“Sumpah! Saya tak tahu apa yang
berlaku malam tu. Saya tak tahu apa nak buat. Bukan maksud saya nak tinggalkan
awak tapi saya belum matang lagi waktu tu Syifa. Akal saya masih pendek untuk
berfikir panjang Syifa. Yang saya tahu, saya masih sayangkan awak.” Luah Aliff
sungguh-sungguh.
“Sayang? Sayang yang dilampiaskan
oleh nafsu semata-mata. Lepas habis madu, sepah dibuang.” Seperti tadi, kata-katanya masih kasar. Tidak pernah
rasanya dia berkata sekasar ini.
“Syifa, saya betul-betul minta
maaf. Bagilah saya cara untuk menebus kembali kesilapan saya ni Syifa.” Rintih
Aliff perlahan. Dia benar-benar kesal dengan segala yang terjadi.
“Sebagai mana saya tak pernah merayu untuk
awak bertanggunjawab dulu, macam tu jugak saya nak awak pergi dari hidup saya.
Saya dah cukup bahagia sekarang.” Syifa melangkah untuk pergi namun ayat yang
keluar dari mulut Aliff membantutnya langkahnya.
“Bersama
Luqman?” Aliff meminta kepastian.
“Cinta
saya pada awak dah mati bila ianya hanya disandarkan pada kehendak nafsu tapi
rindu saya pada Luqman makin bercambah apabila ianya mendekatkan diri saya pada
Yang Maha Esa.” Seusai itu, dia melangkah
pergi.
***
“Dekat rumah papa nanti, jangan
nakal-nakal tau.” Ujar Syifa memberi peringatan kepada kedua orang puteranya.
“Ya mama. Kita orang janji.” Ujar
Adha bersungguh-sungguh lantas berlari ke arah Dr Luqman yang sudah menunggu di
muka pintu.
Dr Luqman menyambut kedatangan Syifa
dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Hari ini, Hajah Amnah
menjemput Syifa dan anak-anaknya untuk menjamu selera disamping ingin
mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.
Terharu sungguh Syifa apabila
melihat layanan yang diberikan oleh kedua orang tua Dr Luqman terhadap
anak-anaknya. Gamat sungguh kediaman mereka apabila diriuhkan oleh si kembar.
Baru sahaja mereka ingin menjamu
selera, ada tetamu yang tidak diundang hadir. Menyekat selera Syifa untuk
makan.
“Jemputlah makan sekali Aliff.”
Pelawa Dr Luqman ramah.
“Eh, tak apalah. Aku datang ni pun
sebab…” Kata-katanya mati apabila pandangan matanya mendarat ke arah Aidil dan
Adha.
“Abang, adik, mari sini salam dengan
uncle. Aliff, ni anak Syifa.” Arah Dr Luqman selamba apabila melihat muka Aliff
yang seperti tercengang melihat si kembar.
Berubah air mukanya apabila si
kembar itu menghulurkan tangan untuk disalam. Cepat-cepat ditarik si kembar itu
ke dalam pelukkannya. Dr Luqman jadi pelik sendiri. Bagaikan ada yang tidak
kena. Muka Syifa juga kelihatan sangat kelat.
Demi Allah, dia tidak pernah tahu
bahawa Syifa mengandungkan zuriatnya. Jika dia tahu, tidak akan pernah sesekali
dia terfikir untuk meninggalkan Syifa Humaira. ‘Ya Allah, betapa besar dosa
yang aku tanggung.’
Di meja makan, hanya suara si kembar
sahaja yang kedengaran. Syifa diam tanpa kata. Aliff bagaikan menyendiri. Dr
Luqman seperti tidak henti-henti berfikir manakala ahli keluarga yang lain pula
dengan ramah melayan karenah si kembar.
“Saya tak tahu yang awak
mengandung.” Tegur Aliff tiba-tiba. Mujurlah ketika itu, hanya mereka berdua
sahaja yang berada di tepi kolam renang itu sementara menemani si kembar yang
sedang bermain air.
“Saya
dah tak ada apa-apa yang nak dicakapkan pada awak.” Ujar Syifa lantas bangun daripada duduknya.
“Berilah peluang pada saya
Syifa. Demi anak-anak kita.” Jijik sungguh telinga Syifa menangkap kata-kata
yang terbit dari mulut Aliff.
“Anak-anak
kita? Huh! Tiada istilah anak-anak kita pada saya. Aidil dengan Adha adalah
anak saya. Yang saya mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dengan tangan
saya sendiri tanpa bantuan daripada seorang lelaki yang bergelar suami.”
Tingkah Syifa bengang.
“Papa!”
Jerit si kembar tiba-tiba. Mematikan perbualan mereka yang sedang hangat.
“Luqman, aku nak bagitahu kau satu perkara.” Serius
sahaja nadanya. Biarlah, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki Syifa
dan anak-anaknya. Dia ingin menebus kembali kesalahannya.
Syifa dihinggapi satu perasaan takut
yang amat sangat. Entah apalah yang ingin Aliff tuturkan.
“Apa dia? Bunyi macam serius je?” Dr Luqman sengaja
berjenaka sedangkan dia sudah dapat merasai bahang ketegangan yang berlaku
antara Aliff dan Syifa.
“Sebenarnya, akulah…” Ayatnya
tergantung apabila tiba-tiba ada jeritan yang datang daripada tempat Aidil
berdiri apabila Adha terjatuh ke dalam kolam renang.
Tanpa berlengah lagi, Dr Luqman
terus terjun untuk menyelamatkan Adha.
Syifa pula masih lagi terkejut. Cepat-cepat dia menghampiri ke arah Dr
Luqman yang baru mengeluarkan Adha dari dalam kolam.
“Adha, kamu tak apa-apa?” Soal Dr
Luqman cemas sambil menampar lembut pipi anak kecil itu. Adha terbatuk-batuk
kecil. Terpancar riak kelegaan di wajah Dr Luqman.
“Adha ni, buat mama takut je.” Keluh
Syifa sambil memeluk anaknya. Takut benar dia kalau-kalau ada perkara buruk
yang terjadi ke atas anaknya.
“Papa,
adik takut.” Ujar Adha sambil memeluk Dr Luqman pula. Tiba-tiba Aliff jadi
begitu sakit hati melihat kemesraan antara mereka. Hatinya bertambah sakit
apabila anak-anaknya sendiri memanggil Luqman sebagai papa. Gelaran yang
sepatutnya disandang.
***
Selepas
jamuan makan malam di rumah Dr Luqman, lelaki itu makin menjauhkan diri
daripadanya. Runsing Syifa dibuatnya.
“Luqman,
saya nak cakap sikit dengan awak boleh?” Soalnya apabila Dr Luqman selesai
menghabiskan pengajarannya.
“Inikan
kampus. Panggil saya doktor.” Keras
sahaja nadanya. Tidak mesra seperti dulu.
“Sorry.
Eer,, boleh ke tak?” Pinta Syifa sungguh-sungguh.
“Saya
sibuklah.” Tidak sedikit pun dia menghalakan pandangan matanya ke arah Syifa
Humaira. Buat masa ini, dia tidak punya kekuatan untuk berjumpa dengan wanita
ini.
“Tak
apalah kalau macam tu. Kalau doktor tak sibuk
nanti, doktor beritahu saya yerk.” Akhirnya dia mengalah. Bukan sifatnya jika
suka bertikam lidah. Mungkin benar, Luqman sibuk dengan kerja.
Dr Luqman hanya membiarkan sahaja
Syifa keluar dari dewan kuliah. Beberapa kali dia menguak rambutnya. Peristiwa
lalu masih menghantuinya.
Selepas kepulangan Syifa dan
anak-anak, dia didatangani oleh sepupunya. Dan pengkhabaran yang dia terima
amat mengejutkannya.
“Akulah ayah kepada Aidil dan Adha.”
Ayat yang keluar dari mulut Aliff itu seperti menusuk tangkai hatinya.
“Jadi kaulah orang yang merogol
Syifa?” Sepantas itu, satu tumbukan singgah di pipi milik Aliff.
“Buat pengetahuan kau, Syifa bukan
dirogol tetapi dia menyerah dengan penuh kerelaan.” Bibirnya berat untuk
menuturkannya tetapi dia terdesak. Dia tidak mahu Syifa jatuh ke tangan lelaki lain
apatah lagi menjadi milik Luqman.
“Apa!” Kali ini, hatinya bagaikan
disiat dengan belati tajam. Tiada ruang rasanya untuk dia bernafas.
“Pengakuan dirogol itu adalah untuk
mengaburi mata-mata orang Man. Kalau benar dia dirogol, pasti dia akan membuat
laporan polis kan. Tapi dia tak buat sebab dia lakukan dengan kerelaannya
sendiri dan akulah lelaki yang lari daripada tanggungjawab tu. Dan sekarang,
aku nak tebus balik dosa-dosa aku Luqman. Tolong bagi aku kesempatan untuk
memiliki Syifa.” Pohon Aliff sambil memandang ke arah Luqman yang sudah mula
terduduk.
“Aku janji, aku akan jaga dia orang
dengan sebaik mungkin. Aku sayangkan Syifa dan aku pasti, Syifa turut
menyayangi aku sebab aku adalah cinta pertama dia. Cinta pertama kan sukar
untuk dikikis.” Tambah Aliff lagi. Menambahkan lagi keperitan Luqman untuk
ditanggung.
‘Ya Allah, tanpamu aku sedikit pun tidak
berdaya, aku khuatir jika hilang punca dan arah lantas hanyut alpa diarus yang bergelora.
Daku derita lemah dalam sengsara. Jiwa dan tubuhku kepedihan, terseksa akibat menanggung
kifarah darimu. Aku mendambakan rahmat darimu.
Ku tak berdaya tempuhi semua ini tanpa belas kasihan darimu. Aku merayu
redamu Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku.
KeampunanMu sangat kupohonkan Ya Allah.’ Itulah doanya.
Dr Luqman percaya, Allah tidak akan
pernah mempersiakan-siakan ketabahan seorang insan dalam mengharungi arus
kehidupan yang penuh dengan mehna ujian ini. Kita tidak akan dapat merasakan
manisnya hidup ini jika tidak dilambung gelora.
***
“Apa awak buat kat sini?” Macam mana
lelaki ini boleh ada di sekolah Aidil dan Adha ini.
“Melawat anak-anak. Tak boleh
ke?” Ayat yang terbit dari mulut Aliff ini
benar-benar menyakitkan telinganya.
“Awak tak ada hak pada
anak-anak saya.” Tegas suaranya. Dia mahu
Aliff tahu bahawa dia benar-benar serius.
“Awak kena sedar yang tanpa saya,
Aidil dan Adha tak akan wujud.” Bukan niatnya untuk menyakitkan hati Syifa
tetapi dia mahu Syifa tahu bahawa dia juga mempunyai hak keatas kedua-dua
anaknya.
“Ya. Kalau Aidil dan Adha tak wujud,
saya tak perlu nak lalui semua ni. Saya tak perlu nak berdepan dengan kutukan
masyarakat. Saya tak akan kehilangan ayah saya. Saya tak akan tangguhkan
study saya. Saya tak akan kecewakan lelaki yang hadir dalam hidup saya. Tapi
itulah laluan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang enam tahun ni seorang diri.
Dan
semuanya berpunca daripada awak Aliff. Mana awak masa tu? Mana awak di saat
saya perlukan awak? Mana? Awak menghilang macam tu je. Awak buang saya macam
sampah. Kalaulah awak tahu apa yang saya tanggung…” Perlahan-lahan, air jernih
yang sedari tadi ditahan, melimpah setitik demi setitik.
“Syifa, sekarang saya dah kembali. Saya dah kembali untuk
merawat luka awak Syifa. Terimalah saya semula Syifa. Saya janji, saya
akan buat awak bahagia Syifa.” Sungguh-sungguh dia berjanji namun belum cukup
untuk membayar harga kekecewaan yang dihadapi oleh Syifa Humaira.
“Saya
dah cukup bahagia sekarang Aliff. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.”
Tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi.
“Awak
hanya akan bahagia dengan saya Syifa. Luqman sendiri pun dah serahkan awak pada
saya. Jadi awak dah tak boleh mengelak lagi Syifa.” Berkerut dahi Syifa untuk cuba memahami
kata-kata Aliff.
“Maksud
awak?” Syifa menanti jawapan
dengan penuh debaran.
“Saya dah beritahu dia semuanya. Dan
dia beri peluang kepada saya untuk membaiki kesilapan saya Syifa.” Bagai
tersekat nafas Syifa dibuatnya. Patutlah lelaki itu langsung tidak
mengendahkannya. Rupa-rupa ini penyebabnya. Tegar sungguh Luqman.
‘Sampai hati awak buat saya macam ni Luqman. Mana
janji-janji awak untuk menjaga saya dan anak-anak.’ Hatinya menangis hebat.
Tidak digambarkan kekecewaan yang dia alami.
“Kalau
bukan dengan Luqman sekalipun, jangan harap saya akan bersama dengan awak
Aliff. Saya boleh hidup tanpa kalian berdua.” Itulah keputusannya. Jika tidak
bersama dengan Luqman, tidak semestinya dia akan bersama dengan Aliff. Syifa tahu, jika dia menerima Aliff, ini bererti dia akan
melukakan Luqman. Dan melukakan hati lelaki itu adalah perkara yang terakhir
yang dia akan lakukan dalam hidup ini.
***
Hubungan yang akrab dulu hanya
tinggal kenangan. Tiada lagi mesej-mesej mesra dari Luqman pada setiap pagi.
Tiada lagi suara usikan. Yang ada
cumalah kehambaran. Sukar untuk Syifa menerima hakikat pada kali ini.
Betapa Luqman memberikan impak yang besar dalam hidupnya.
Luqman langsung tidak memberikan
apa-apa penjelasan tentang hubungan mereka. Syifa pula tidak mahu dikatakan
merayu pada yang tidak sudi. Jika itu keputusan dari Luqman, dia terima dengan
penuh keredaan.
Aliff pula bagaikan seorang
yang gila bayang. Kemana sahaja Syifa pergi, di situlah ada dia. Dia bagaikan
tidak faham dengan bahasa yang Syifa tuturkan. Sudah beberapa kali diberitahu
agar tidak menganggu namun lelaki itu tidak jemu-jemu memujuk. Akhirnya, Syifa
hanya membiarkan sahaja Aliff melakukan perkara yang disukainya. Malas mahu
bertikam lidah.
“Syifa,
mak tengok Aliff tu sayang benar pada Aidil dengan Adha.” Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Suraya mematikan
lamunannya.
‘Kenapa pulak dia tak sayang
mak. Tu kan anak dia.’ Namun kata-kata itu
hanya sekadar di dalam hati. Matanya memandang ke arah Aliff yang sedang
melayan karenah si kembar.
“Biasalah. Siapa yang tak suka
layan budak berdua tu.” Dalih Syifa.
“Tapi
mak tengok, Aliff tu macam ada hati saja pada Syifa. Luqman pun dah jarang datang sini. Korang berdua ada
masalah ke?” Soal Puan Suraya. Hati tuanya agak bimbang kalau-kalau Syifa ingin
mempermainkan perasaan kedua-dua orang lelaki itu.
“Tak ada apa-apalah mak. Mak
jangan risau yerk.” Pujuk Syifa sambil tersenyum hambar.
“Syifa,
walau siapa pun pilihan Syifa, mak tak pernah kisah. Asalkan Syifa bahagia. Itu
aje doa mak tiap-tiap hari Syifa.” Tangan mereka bertaut. Syifa tahu, besar
benar harapan ibunya agar dia membina keluarga bersama dengan seorang lelaki
yang bergelar suami. Persoalannya sekarang, siapakah lelaki tersebut?
Tiba-tiba
ada dentuman yang berlaku di luar sana .
Mematikan perbualan mereka berdua. Serta merta Syifa
menuju ke luar pagar. Terpaku dia seketika apabila matanya melihat Aliff yang
sedang memangku Aidil yang sedang berlumuran dengan darah.
“Aidil!” Jeritannya tidak mampu
menyedarkan Aidil. Dipeluk dan dicium
anaknya itu dengan setulus jiwa.
“Cepat Syifa, kita bawa Aidil
ke hospital.” Kata-kata Aliff itu
menyedarkan Syifa. Aidil digegaskan ke hospital dengan kadar segera. Tidak
sedikit pun dia merengangkan pelukannya.
“Mama, kenapa dengan abang?” Soalan
Adha itu mengundang air mata Syifa dengan lebih deras. Anak kecil itu juga
turut teresak-esak menangis. Bagaikan turut merasai keperitan yang dirasai oleh
si abang.
‘Aidil, jangan tinggalkan mama
sayang. Aidillah kekuatan mama selama ini. Ya Allah, selamatkan anakku ini. Aku
tidak mampu untuk kehilangannya Ya Allah.’ Moga-moga Allah mendengar rintihan
hambanya ini.
***
Luqman bagaikan hendak melangkah
merapati Syifa yang sedang menangis itu. Namun langkahnya mati apabila
terpandangkan Aliff yang sedang duduk berhampiran dengan wanita kesayangannya
itu.
Rasanya, tidak perlulah dia berada
di sini. Syifa sudah punya kekuatan baru untuk menongkah arus kehidupan ini.
Biarlah dia disini untuk seketika lagi. Sekurang-kurangnya setelah mendapat
berita tentang keadaan Aidil.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa
dia risau memikirkan keadaan Syifa setelah mendapat panggilan daripada Lisa.
Pasti sukar untuk Syifa menempuh saat getir seperti ini. ‘Ya Allah, kuatkan
hati Syifa dalam menempuh dugaanmu kali ini. Titipkanlah kesabaran dan
ketabahan dalam jiwanya. Semoga dia berada dalam kalangan wanita-wanita yang bersabar.’
Doanya dalam hati.
Aliff menghulurkan tisu ke arah
Syifa Humaira. Hatinya menjadi pedih melihat mutiara jernih itu yang tidak
pernah henti dari mengalir.
“Macam mana boleh jadi macam ni.”
Soal Syifa perlahan sambil tangannya mengapai tisu yang dihulurkan oleh Aliff.
“Maafkan saya Syifa. Mungkin saya
yang lalai dalam menjaga mereka tadi.” Pohon Aliff sambil menunduk. Kemalangan
ini berlaku sekelip mata sahaja sedangkan sebelum itu, Aidil masih berada di
sebelahnya.
Syifa tidak tahu apa yang harus
dilakukan sekarang sama ada perlu memarahi lelaki itu atau tidak. Apa yang
mampu dilakukan ialah berdoa agar Aidil berjaya diselamatkan.
Perlahan-lahan Adha turun dari
pangkuan neneknya dan berjalan ke arah mamanya. Ditarik lembut lengan baju
ibunya yang berlumuran dengan darah. Syifa mengangkat muka yang sedari tadi
ditutup dengan tapak tangan.
“Abang tak apa-apa kan ?” Soal Adha lagi.
Sudah beberapa kali soalan yang sama diutarakan kepada Puan Suraya sebentar
tadi. Melihat akan kebisuan neneknya, dia bertanya kepada mamanya pula.
“Insyaallah,
abang tak akan apa-apa.” Pujukkan itu ditujukan jua untuk merawat hatinya
sendiri.
“Adik
sayang dekat abang. Adik tak nak abang mati.” Ujar Adha sambil menangis semula.
Dengan penuh kasih sayang, Syifa mendakap anaknya seerat mungkin. ‘Mama pun tak
nak abang pergi dik. Mama tak nak kehilangan kamu berdua.’
Aliff
jadi sayu melihat dua beranak itu menangis sambil berpelukkan. Ingin sahaja
didakap kedua-duanya sekali gus namun agamanya melarangnya. Dia juga turut berdoa
agar Aidil selamat. Tidak sanggup rasanya melihat Syifa berlarutan kesedihan.
Tiba-tiba
pintu wad kecemasan itu terbuka dari dalam. Keluarlah doktor yang merawat Aidil. Serta merta, Syifa
bangun dari duduknya.
“Macam mana dengan anak saya
doktor?” Soalnya terus. Hatinya menahan debar yang maha hebat.
“Alhamdulilah. Anak Puan selamat.
Buat masa ini, tiada sebarang komplikasi yang berlaku pada anak Puan. Tapi kami
masih meneruskan pemeriksaan lanjutan. Sebentar lagi, Puan boleh melihat anak
Puan.” Penjelasa doktor itu benar-benar melegakannya.
“Terima kasih doktor.” Ucapnya
ikhlas. Syukur yang tidak terkira dipanjatkan pada Yang Maha Esa.
Dr Luqman yang melihat dari kejauhan
juga turut memanjatkan rasa syukur pada Sang Pencipta. Melihat riak kegembiraan
di wajah Syifa itupun sudah mengembirakannya.
Tiba-tiba Syifa dapat merasakan
bahawa dirinya sedang diperhati. Cepat-cepat dia menebarkan pandangan ke arah
sekeliling hospital. Dia benar-benar mengharapkan kehadiran seorang insan yang
cukup istimewa dalam hidupnya.
Dr Luqman telah lama berlalu
meninggalakan Syifa bersama doa untuk kebahagiaan wanita itu. ‘Bila kita
sayangkan seseorang, lepaskan dia. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa diri
kita. Apa
yang penting adalah kebahagiaan Syifa. Yang lain-lain dah tak penting baginya.
***
“Syifa,
malam ni biarlah saya yang jaga Aidil.” Pinta Aliff ikhlas. Syifa
mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
“Tak
apalah Aliff. Awak baliklah. Biar saya yang jaga Aidil.” Balas Syifa pula.
“Syifa,
awak dah penat ni. Biarlah saya yang jaga.” Pujukkan Aliff itu membuatkan Syifa menjadi amat geram.
Kalau Luqman, apa sahaja keputusannya, dia akan terima tanpa sedikit pun
bantahan. Itulah beza antara Luqman dan Aliff.
“Selama
ni, hanya saya yang bersusah payah membesarkan Aidil dan Adha tanpa mengenal
erti penat dan lelah tanpa bantuan awak. Kalau awak cakap pasal penat, saya
lebih penat untuk berhadapan dengan awak jika hendak dibandingkan dengan
menunggu Aidil di hospital.
Erti
penat memang tak pernah ada dalam kamus hidup saya untuk Aidil dan Adha. Mereka
berdua tu adalah nyawa saya Aliff. Dan kalau awak fikir saya penat menjaga
mereka, awak silap.” Ujar Syifa tegas. Berhadapan
dengan Aliff membuatkan kesabarannya menipis. Tiada langsung ruang untuk
bersabar. Sifat tenang yang selama ini dimiliki seakan-akan disentap pergi.
“Saya minta maaf sebab
menaikkan kemarahan awak. Tapi saya betul-betul ikhlas nak perbaiki kesilapan
saya Syifa.” Inilah bayaran yang harus dibayar akibat meninggalkan Syifa satu
ketika dulu. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan Syifa.
‘Ya
Allah, apa yang harus aku lakukan. Aliff sudah mengakui kesilapannya tetapi
kenapa sukar benar untuk aku menerima dirinya kembali. Dia tu adalah ayah
kepada anak-anakku. Kenapa aku tidak mampu untuk memberikannya peluang kedua.
Sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan pula aku yang hanya manusia biasa.
Ternyata, keimananku belum kukuh untuk menjadi seorang wanita yang berhati mulia.’ Apa yang mampu dilakukan
sekarang ialah berserah kepada Allah.
***
Syifa
tersedar dari lenanya. Pandangan matanya
jatuh pada sekujur badan yang sedang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan,
tanganya jatuh di atas kepala anak kecil itu. Diusap-usap lembut kepala
anaknya.
Namun tiba-tiba dia terperasan yang
ada jaket yang menutupi badannya dari arah belakang. Dicapainya jaket hitam
yang seakan-akan dikenali itu. Jaket ini seperti jaket milik Luqman yang pernah
dipinjamkan unttuk menutupi badan Adha yang sedang kesejukkan. Bukankah jaket ini
sudah dipulangkan kepada tuannya. Mengapa jaket ini boleh ada padanya?
Jadi, Luqman ada datang malam
semalam. Digengamkan jaket tersebut dengan gengaman yang tidak dapat
dileraikan. Perlahan-lahan, dibawa jaket itu ke dalam pelukannya. Betapa dia
amat merindui lelaki tersebut. ‘Luqman, pinjamkanlah sedikit kekuatan dan
ketenangan awak pada saya. Saya tak mampu nak hadapinya seorang diri.’
***
Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja
dia ponteng kuliah hari ini. Namun kerana desakkan Aliff yang mahu menjaga
Aidil di hospital, Syifa mula mengalah. Dia mula sedar yang dia tidak harus
terlampau berkeras terhadap Aliff.
“Dah datang dah perlacur tu?”
Tiba-tiba ada suara sumbang yang bersuara sehingga membuatkan perasaan Syifa
tidak enak.
“Jadi inilah perempuan murahan
tu.” Ada pula
suara lain yang menyampuk. Syifa yang baru sahaja hendak duduk, mula
mengalihkan pandangan ke arah tuan punya suara.
“Kenapa
pandang? Terasa ke?” Sinis sahaja nadanya sehingga ayatnya itu mengundang tawa
rakan sekelas yang lain.
“Apa
yang awak cakap ni Wati? Saya tak faham.” Ujar Syifa perlahan. Perasaan
meluap-luap ingin tahu membara di dalam dirinya.
“Kau
ni memang boleh menang perlakon terbaiklah. Tapi sepandai-pandai tupai melompat
sekalipun, akhirnya jatuh ke tanah jugak.” Perli Wati lagi. Kata-katanya
hinggap di telinga semua pelajar yang
berada di dalam dewan kuliah itu.
“Apa
yang awak cakap ni wati? Saya tak
faham?” Syifa mengulangi dialog yang sama. Tanda dia benar-benar tidak mengerti
akan maksud rakan sekuliahnya itu.
“Saya bercakap tentang hal ini.” Ujarnya
sambil membaling beberapa keping gambar ke arah Syifa. Akhirnya, barulah Syifa
mengerti maksud Wati setelah melihat gambar anak-anaknya. Nampaknya, rahsia itu
tidak lagi bergelar rahsia.
“Buat pengetahuan semua, budak yang
ada dalam gambar ini ialah anak dia.” Ujat Wati sambil menghalakan jari
terlunjuknya ke arah Syifa. Syifa dapat merasakan seperti ada halilintar yang
memanah kepalanya.
“Dan buat pengetahuan korang, Syifa
melahirkan anak luar nikah.” Lancar sahaja bibir Wati menuturkannya.
Suasana di sekeliling mula bingit. Semua orang cuba membuat spekulasi sendiri.
Siti
yang pada mulanya hanya menjadi pemerhati mula menapak ke arah sahabatnya itu.
Mohon penjelasan yang lebih terperinci.
“Betul
ke apa yang Wati cakap ni Syifa?” Hanya kebisuan yang Syifa mampu beri sebagai
jawapan. Bagaimana dia mahu berhadapan situasi seperti ini. Bagaimana Wati
boleh tahu semua rahsia yang selama ini disimpan kemas.
“Kalau orang dah berak tepi jalan, siapa yang nak mengaku
Siti.” Tingkah
Afina pula. Dia seperti sudah mula terhasut dengan Wati.
“Syifa, aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Cakaplah
yang semua ni tak betul. Jangalah
diam je.” Bengang sungguh Siti dengan sikap Syifa yang satu ini. Kenapa Syifa
langsung tidak bersuara untuk membela dirinya sendiri.
“Dia orang memang anak-anak aku.”
Putus Syifa berani. Tidak perlulah dia berselindung lagi. Kenyataan memang
sudah terbentang di depan mata.
Keadaan dewan kuliah mula gamat
semula. Siti
tidak berdaya untuk membantu lagi. Dia benar-benar tidak menyangka yang
perangai Syifa seperti ini.
“Kan aku dah cakap…
korang tak nak percaya. Percaya
sangat dengan muka baik dia ni. Padahal, perangai betina ni macam setan…”
Tambah Wati lebih-lebih. Bangga kerana dapat memalukan Syifa di khalayak ramai.
“Bravo!!! Dah habis dah?” Soal Dr Luqman keras. Matanya
liar memandang ke arah pelajar-pelajarnya yang berperangai seperti orang yang
tidak berpelajaran.
“Doktor, kami cuma…” Kata-katanya
terhenti apabila melihat jelingan pensyarahnya yang cukup tajam.
“Cuma untuk memalukan orang. Macam
ni ke perangai seorang mahasiswa?” Keras sahaja nada suaranya. Tidak langsung
mesra seperti selalu.
“Korang hanya tahu mengutuk tapi tak
pernah nak pandang beban yang ditanggung oleh Syifa. Cuba korang pandang Syifa ni, korang tak
nampak ke beban kesedihan yang terpancar di mata dia, tak perasan ke yang dia
tak pernah ada masa untuk dirinya sendiri, tak rasa ke kesayuan yang dia alami.
Tapi saya tak hairan kalau korang
semua tak dapat rasa sebab korang ni memang tak berperikemanusiaan. Korang
ingat, dia nak ke jadi ibu di waktu yang muda macam ni? Korang ingat dia nak ke
hidup dia ditakdirkan macam ni. Yang korang tahu ialah mencemuh, mengkeji,
mengejek… Itu je yang korang tahu.” Luah Dr Luqman kasar. Pertama kali Syifa
melihat Dr Luqman sebegini marah.
“Doktor, saya balik dulu.” Pinta
Syifa. Dia tidak betah berada di situ lama-lama. Dia tak sanggup lagi untuk
mebendung air mata yang bila-bila masa lagi akan tumpah membasahi pipi.
“Syifa, biar dia orang tahu apa yang
awak alami selama ini. Biar dia orang rasa beban yang awak tanggung selama
ini.” Pujuk Dr Luqman lembut. Akhirnya, air mata yang sedari tadi ditahan, mula
menitis perlahan.
“Wati, kalau kamu dirogol, kamu akan
lahirkan ke anak hasil benih orang yang tak berperikemanusiaan tu?” Soalan itu
ditujukan khas buat Wati. Ternyata,
gadis itu tidak mampu untuk menjawab soalan pensyarahnya kali ini.
“Kamu tak boleh jawab kan? Sebab
kamu tak pernah terfikir takdir macam tu yang akan terjadi dalam hidup kamu
kan. Macam tu jugak dengan Syifa, dia tak pernah minta takdir macam tu tapi
itulah yang menimpa diri dia.
Tapi wanita ini mengambil keputusan
untuk melahir dan membesarkan anak-anaknya sendiri. Tanpa rungutan, tanpa
rintihan dan tanpa bantuan daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Kalau
korang di tempat Syifa, korang sanggup hadapi semua ni sorang diri?”
Kali ini, semua mata-mata mula
memandang dengan rasa simpati. Siti memeluk Syifa dengan penuh linangan air
mata.
“Aku mintak maaf” Pohon Wati dengan
sendu. Akhirnya, mereka beramai-ramai mengelilingi Syifa Humaira. Ramai
juga pelajar perempuan yang menangis. Pelajar lelaki pula hanya mampu memandang
dengan penuh simpati.
Syifa
mula mencari kelibat Dr Luqman di celah-celah pelajar yang lain. Namun lelaki
itu sudah tiada. Sekali lagi, lelaki itu menjadi penyelamat.
Air
matanya yang berlinangan di pipi segera diseka oleh Wati. Namun kesedihan yang
bermumkin tidak dapat diseka oleh apa-apa sekalipun. Kehilangan lelaki itu
benar-benar meragut kekuatannya.
Kenapa
di saat dia mula pasti dengan perasaan milik sendiri, takdir pasti tidak pernah
meyebelahinya. TIba-tiba dia beristifar di dalam hati. Dia tidak akan pernah
sesekali menyalahi takdir yang telah ditetapkan.
Dia
juga tidak akan mengingati musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam
atau kekeliruan yang pernah dialami. Segalanya-segalanya diserahkan kepada Yang
Maha Esa. Sesungguhnya, hanya padanya tempat dia menyandarkan harapan.
***
Pernahkan
kamu tahu bahawa sesungguhnya kesedihan dapat mengembalikan kenangan di masa
lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dengan itu, mengapa perlu merasa sedih dan merasa
gelisah. Sesungguhnya rasa gelisah itu Allah titipkan agar tidak ada sesuatu
pun yang dapat membuatkan kita mengingati yang lain selain daripadanya.
Kerana itu, dia masih boleh
bertahan. Kesabarannya masih lagi utuh. Apa yang dia lalui hanyalah sekecil
ujian jika hendak dibandingkan dengan srikandi islam satu ketika dahulu. Jika
diperhatikan nash-nash syariat yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah,
sesungguhnya Allah telah memuji wanita solehah dan mukminah. Dan teringin
sekali rasanya untuk menjadi seperti srikandi yang terdahulu
Syifa tidak akan sesakali berputus
asa untuk melihat jalan keluar kerana dia tahu bahawa Allah sentiasa berada di
sisinya.
“Mama.” Seru satu suara yang sangat
dia rindui. Suara anaknya. Walaupun agak perlahan, namun ia sudah cukup
mengembirakan Syifa Humaira.
“Ya sayang…” Tanganya mengusap
lembut kepala anaknya. Tidak terhitung rasanya kasih dan sayang untuk
ditaburkan pada anak-anaknya. Walaupun kehadirannya datang tanpa dipinta, namun
rasa kasih seorang ibu itu memang tidak dapat dihindari.
“Adik mana?” Soal si kecil itu.
Pastilah dia sangat merindui saudara kembarnya itu. Seperti Adha yang tidak
pernah berkurang dari merindui Aidil yang sedang terlantar di katil hospital
ini.
“Adik dekat rumah. Kejap lagi dia datang.” Jelas
Syifa sambil tersenyum bahagia.
“Mama,
abang lapar..” Rungut si kecil. Syifa melebarkan lagi senyumanya. Sudah
beberapa hari Aidil terlantar tidak sedarkan diri, pantas sahaja kalau dia
merasa lapar.
“Aidil
nak makan apa? Biar mama masakkan.” Soal Syifa dengan penuh kasih sayang.
“Aidil
nak makan bubur sup. Mama masakkan untuk Aidil yerk.” Bersungguh sahaja
nadanya. Tanda ingin mamanya merealisasikan hasratnya. Syifa lantas mengangguk tanda akan menunaikan permintaan
anaknya itu.
“Tapi buat alas perut, Aidil makan
je makanan kat hospital ni. Nanti mama balik, mama masakkan unutk Aidil yerk.
Boleh?” Aidil hanya mengangguk perlahan. Tiada langsung reaksi ingin
memberontak.
Sesungguhnya, Allah memberikan
kesenangan kepadanya apabila dikurniakan anak sebaik dan sepandai Aidil dan
Adha. Ya Allah, sungguh, ku amat syukuri nikmatmu ini. Walau apa pun takdir
yang akan melanda, titipkanlah keredhaan ke atas kehidupanku.
***
Baru sahaja Syifa ingin melangkah ke
dalam perut lif namun tiba-tiba dia teringat akan pesanan Adha yang menyuruhnya
membeli milo ais. Pantas, dihalakan langkah menuju ke café hospital.
Sedang dia menunggu pesanan sampai,
tiba-tiba dia didatangani oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Asyik benar
wanita itu menilik wajahnya.
“Akak kenal saya ke?” Soal
Syifa setelah agak lama membenarkan wanita itu menilik wajahnya. Wajah yang
sedari tadi hanya terpana, mula mengukir senyuman yang Syifa sendiri tidak
dapat tafsirkan.
“Kamu
ni Syifa ke?” Salmah meminta kepastian. Kalau benarlah wanita yang berada di
hadapannya ini ialah Syifa, tentu Syakir lah orang yang paling bahagia. Takut
juga kalau dia tersalah orang namun firasatnya mengatakan bahawa inilah Syifa
yang selama ini dicari.
“Ya.
Saya Syifa.” Akui Syifa. Entah kenapa, dia dihimpit dengan debaran yang maha
hebat apabila didatangani oleh wanita yang tidak dikenalinya ini.
“Ya
Allah. Akhirnya Allah makbulkan doa kami.” Ketika mengucapkannya, Syifa perasan
yang ada permata yang bergenang di tubir wanita itu. Syifa naik pelik dan bingung.
“Dah lama akak cari awak Syifa. Lama
sangat….” Ditariknya Syifa ke dalam pelukkannya. Menambahkan lagi kekeliruan
Syifa Humaira.
“Saya tak faham.” Akhirnya, keluar
juga ayat itu dari mulutnya.
“Kejap lagi Syifa mesti faham. Boleh
Syifa ikut saya? Ada seseorang yang dah lama nak jumpa dengan Syifa.” Terang
wanita itu ringkas.
Syifa yang sendang keliru itu hanya
menurut sahaja. Tiada perasaan ingin mebantah. Sekali pun tangan wanita itu
tidak lepas dari mengengam tangannya. Takut dia melarikan diri agaknya.
Akhirnya mereka sampai ke satu wad
milik VVIP. Sekilas, dia memandang ke
arah Syifa Humaira.
“Mari masuk.” Ajak wanita yang Syifa
sendiri belum ketahui namanya. Hati Syifa bergetar kuat. Bagai ada sesuatu yang
bakal meragut ketenangannya.
Terpamer di ruang matanya sekarang
ialah seorang lelaki yang sedang terlantar di atas katil. Berselirat wayar
menembusi badannya. Syifa bergerak sedikit untuk mengenal pasti gerangan yang
pemilik badan.
“Syakir!” Terkeluar satu nama yang
sudah hampir lenyap dari kotak ingatannya. Kalau tak silap dia, Syakir adalah
salah seorang lelaki yang pernah menyuarakan hasrat hati untuk memilikinya.
Mata Syakir yang sedari tadi hanya
terpejam mula terkedip-kedip beberapa kali. Apabila pandangannya mendarat di
wajah Syifa, ada air mata yang mengalir di pipi jejaka itu yang dulunya
berbadan tegap kini susut sama sekali.
“Syakir, akak dah jumpa Syifa. Akak
dah jumpa dia dik…” Berdasarkan bahasa yang dituturkan, fahamlah Syifa bahawa
wanita itu ialah kakak kepada Syakir.
“Syifa…” Seru Syakir dengan suara
yang lemah.
“Syifa, mari sini.” Ajak wanita
itu sambil cuba
mengawal suaranya yang serak akibat menangis. Syifa langsung tidak mengerti
dengan suasana sekelilingnya sekarang. Perlahan-lahan dia menapak ke arah dua
beradik itu.
“Aku min…ta… ma…af…” Walaupun tersekat-sekat, namun ianya
masih dapat difahami oleh Syifa.
“Syakir, tak ada apa yang perlu aku
maafkan.” Ucap Syifa ikhlas. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya
penuh dengan tanda tanya yang belum terjawab.
“A..ku..ber..sa..lah
Syi..fa..” Air mata Syakir umpama
tidak boleh berhenti dari mengalir.
“Aku dah maafkah semua kesalahan kau
Syakir. Insyallah.”
Tuturnya yakin.
“A..ku..
yang… ro..gol… kau…” Bagaikan halintar yang menyambar dirinya apabila mendengar
pengakuan Syakir kali ini. Badannya keras terkaku bagaikan dipaku. Tidak dapat
digambarkan perasannya dikala ini.
“Apa yang kau cakap ni? Apa yang dia cakap ni kak?” Soal
Syifa keras. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke belakang.
“Dialah orang yang perlu
bertanggungjawab pada semua yang berlaku pada kamu Syifa. Aliff hanyalah satu
lakonan fitnah untuk menutup kesalahan Syakir.” Terang Salmah dengan deraian
air mata. Sayu sungguh untuk menuturkan hakikat yang selama ini diketahui.
Setiap ketika dia berdoa agar Allah
mengampuni dosa adik kesayangannya ini. Dan moga Allah membuka pintu hati Syifa
untuk memaafkan kesilapan adiknya walaupun pada hakikatnya, kesilapan Syakir
itu tiada langsung ruang kemaafan.
“Tapi kenapa? Apa salah saya?”
Soalnya ingin tahu.
“Sebab
kamu pernah tolak lamaran Syakir. Untuk membalas dendam, dia rogol kamu dan
perangkap kamu dengan Alif.” Satu ketika dahulu, Syakir telah menerangkan
segala-galanya kepadanya.
‘Ya
Allah, rahsia apa lagi yang masih berada di naunganMu ini.’ Dia mahu segera
pergi. Air matanya tidak betah lagi bertahan. Dia seakan-akan tidak dapat menerima hakikat yang satu
ini.
Namun langkah kakinya kaku apabila
ada tangan yang memeluknya dari belakang. Tangan milik kakak Syakir.
“Tolonglah Syifa. Tolonglah maafkan
Syakir. Akak mohon. Selagi Syifa tak maafkan dia, selagi itulah dia terseksa
Syifa. Biarlah dia pergi dengan aman Syifa…” Rayu kakak Syakir tanpa malu.
Sayang sungguh dia pada adiknya. Tidakkah dia tahu bahawa kesalahan adiknya itu
memang tidak ada nilai kemaafan. Kesalahan yang dia lakukan terlalu berat.
“Terseksa? Siapa yang lebih terseksa
selama ni kak. Siapa? Saya ke adik akak?” Nada suaranya masih lagi mampu
dikawal. Kemarahannya masih lagi boleh diredakan. Namun kelukaan yang dia
rasai, tiada nilai bandingannya. TIADA!
“Dah lama Syakir cari kamu Syifa.
Lama sangat. Dia berusaha cari kamu sampai ke tahap dia dah tak boleh bangun
lagi…” Seketika, pandangan matanya jatuh pada sekujur tubuh yang terbaring lesu
di atas katil.
Ada air jernih yang mengalir di pipi
yang cengkung itu. Syifa memejamkan matanya rapat-rapat. Bertahun-tahun dia
menderita membesarkan anak yang disangka berbapakan Aliff. Bertahun dia
menyimpan rasa amarah kepada Aliff sedangkan lelaki itu tidak bersalah
langsung.
‘Ya Allah. Sudah begitu banyak
kesalahan yang aku lakukan. Pertama sekali, aku mengecewakan Luqman,
mengecewakan Aliff, mengecewakan keluarga dan perlu ke aku mengecewakan orang
lain semata-mata kerana kekecewaan yang pernah aku alami?
Aku hanya memandang pada bebanan
yang ditanggung oleh bahu sendiri sedangkan orang lain juga terluka dengan
segala perkara yang terjadi. Luqman pasti kecewa apabila hubungan yang pada
mulanya berjalan dengan baik tetapi terhenti di tengah jalan.
Aliff pasti lebih kecewa kerana
terpaksa menanggung bebanan yang bukan kesalahannya. Dan keluarga aku juga
pastilah kecewa dengan takdir yang menimpa anak gadis mereka satu masa dahulu.
Namun mereka masih setia memberikan dorongan tanpa mengalah pada keadaan
sekeliling.’
Syifa terduduk di sambil menangis di
pelukkan kakak Syakir. Teresak-esak dia menangis di bahu wanita itu. Tiba-tiba
pandangannya jatuh pada seraut wajah yang sedang memandangnya dengan pandangan yang
penuh harapan.
Perlahan-lahan Syifa bangun lantas
menghampiri katil yang menempatkan Syakir. Lelaki yang pernah menghancurkan
masa depannya satu ketika dahulu.
“Dengan nama Allah, saya maafkan
setiap kesalahan awak Syakir.” Ucapan itu memang benar-benar ikhlas di hatinya.
Jelas kelihatan riak kelegaan pada wajah milik Syakir.
“Terima kasih Syifa.” Ucap Salmah
sambil mengesat sisa-sisa air matanya. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
***
Dari jauh, Syifa dapat melihat Aliif
yang sedang rancak melayan si kecil yang memang banyak karenahnya. Hatinya
tiba-tiba dipagut rasa sayu.
Dulu,
dia akui yang dia teramat mencintai lelaki itu. Dialah lelaki pertama yang
berjaya menambat hatinya. Namun ketidakmatangan lelaki itu telah membunuh cinta
mereka.
Tiba-tiba,
pandangan mereka bertaut. Sebuah
senyuman manis dihadiahkan kepadanya khas dari Aliff. Namun hanya pandangan
kosong yang boleh dibalas oleh Syifa.
Perlahan-lahan dia menapak pergi.
Rasanya dia tidak boleh memandang ke arah Aliff. Tiba-tiba dia diselubungi
dengan perasaan bersalah yang menggunung. Tidak pasal-pasal, lelaki itu yang
perlu menanggung akibat yang bukan
kesalahannya.
“Syifa….” Seru satu suara yang dia
sudah pasti gerangannya.
“Aliff, awak tak perlulah menanggung
sesuatu yang bukan menjadi bebanan awak. Saya dah tahu hakikat yang sebenar.”
Terang Syifa sedikit tergantung. Ini membuatkan Aliff sedikit bingung.
“Saya tak faham?” Soal Aliff
berterus terang.
Selama bertahun-tahun dia menanam
rasa amarah kepada seorang lelaki yang hanya dijadikan umpan untuk menutup
kesalahan orang lain. Dan betapa lelaki itu masih bersabar walaupun satu ketika
dahulu, lelaki itu pergi tanpa sebarang berita.
“Aliff, saya dah jumpa ayah
Aidil dan Adha.” Agar sukar untuk menuturkan ayat itu pada mulanya. Namun dia
tidka mahu bertangguh lagi.
“Maksud
awak?” Entah kenpa, tiba-tiba hatinya diserang debaran yang maha hebat. Sedikit
pun pandangan matanya tidak lepas dari memandang Syifa Humaira.
“Bukan
awak orangnya Aliff. Semua tu hanya satu perangkap.” Syifa mula terduduk di kerusi hospital. Tidak berdaya
lagi untuk berdiri. Lututnya seakan-akan ketar untuk menampung badannya.
“Saya tak faham Syifa? Lagipun,
mana awak tahu semua ni?” Kusut
kepala otaknya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Syifa.
Lantas Syifa menjelaskan pertemuan
yang tidak diduga dengan kakak Syakir. Dan diceritakan dengan ringkas tentang
peristiwa yang berlaku lebih enam tahun yang lepas.
Terkedu Aliff mendengar penjelasan
Syifa. Betapa selama ini dia menanggung rasa tidak tenang. Rupa-rupanya dia
tidak pernah bersalah.
Syifa memandang sekilas ke arah
Aliff yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Rupa-rupanya, lelaki yang
pernah dicintainya ini tidak pernah langsung menodai cintanya. Hanya fitnah
yang
“Syifa, walaupun Aidil dan Adha bukan anak
saya, tapi saya tetap nak peristerikan awak Syifa.” Putus
Aliff muktamad. Sungguh, Syifa terkejut dengan keputusan yang diambil oleh
Aliff.
“Aliff,
awak berhak untuk cari perempuan yang lebih baik dari saya.” Jawab Syifa pula.
“Tak
ada perempuan yang lebih saya cintai selain awak Syifa. Syifa, terimalah saya
sebagai suami awak.” Lamaran Aliff kali ini
lebih kelihatan serius walaupun lamaran tanpa intan atau berlian.
“Cinta saya pada awak dah
sampai ke penghujungnya Aliff.” Dia
kasihan dengan Aliff namun rasa kasihan itu tidak dapat merubah menjadi rasa
kasih.
Ternyata Aliif sedikit pun tidak
terkejut dengan kenyataan Syifa itu. Mungkin dia sendiri sudah boleh mengangak.
“Awak cintakan Luqman?” Soalan cepu
emas seperti inilah yang mendebarkan Syifa Humaira.
“Hal ini tak ada kene mengena dengan
Luqman.” Dia memutus untuk tidak menjawab soalan itu.
“Memang awak cintakan Luqman kan.”
“Ya… Saya cintakan dia. Saya cintakan
dia lebih dari saya cintakan awak satu ketika dahulu.” Tenang. Itulah satu
ungkapan yang tepat untuk mengambarkan perasaannya kini. Dia lebih tenang
selepas menuturkan kebenaran yang selama ini menjadi tanda tanya semua orang.
Aliff membisu seribu bahasa.
Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan melangkah pergi. Ada air mata yang
merebes di pipinya.
***
Panggilan telefon yang diterima
sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Syakir sudah tiada. Ayah kepada anak-anaknya sudah tiada.
Kata kakak Syakir, jenazah akan
dikebumikan di kampung halaman mereka di Johor. Jadi tidak dapatlah dia
mengikuti memandangkan dia perlu menjaga Aidil yang masih lagi perlu dirawat di
hospital.
“Mama, mama okey?” Soal Si Adha
tiba-tiba.
“Mama
okey sayang…” Jawab Syifa sambil mencium dahi milik Adha.
Adha
kembali bermain bersama-sama Aidil di atas katil. Tidak pernah sekalipun
anak-anaknya bertanyakan tentang papanya yang tidak pernah datang melawat.
Tidak rindukah anak-anaknya itu pada Luqman?
“Aidil
dengan Adha tak rindu kat papa ke?” Umpannya sengaja.
“Tak.
Kan papa baru
datang tadi…” Jawab Adha riang.
“Papa
datang tadi?” Soal Syifa terkejut. TIba-tiba kanak-kanak itu seperti baru sedar
akan kesalahannya.
“Ops.
Abang, macam mana ni?” Soal Adha kepada abangnya.
“Adik
ni, kan papa
dah kata jangan bagi tahu kat mama.” Tutur si abang pula. Ini menimbulkan tanda
tanya bagi pihak Syifa.
“Abang
, adik, cuba
bagi tahu kat mama, bila masa papa datang?” Soalnya lembut. Kedua-duanya
berpandangan sesame sendiri.
“Papa
kata jangan bagi tahu kat mama.”
“Jadi papa selalu datang?” Soal Syifa berdebar.
“Papa akan datang masa mama pergi
belajar.” Terang si abang.
“Mama
marah?” Soal Adha tiba-tiba apabila melihat reaksi mamanya yang hanya diam
membisu.
“Tak
adalah. Buat apa mama nak marah. Tapi Aidil dengan Adha kena tolong mama.”
TIba-tiba datang satu idea.
“Apa
dia?” Serentak kedua-duanya bertanya.
Syifa
Humaira tersenyum. Dia sudah punya cara untuk berjumpa dengan Luqman. Dia sudah
punya cara untuk menyelesaikan simpulan kasih ini.
***
“Macam
mana hari ni? Aidil dengan Adha sihat?” Itulah soalan pertama yang akan ditanya
kepada si kembar.
“Sihat.
Papa sihat?” Jawab Adha petah. Kedua-duanya mula memeluk Luqman dan mencium
pipi Luqman. Sayang benar mereka pada Luqman.
“Mama sihat?” Soalan kali ini
benar-benar mengejutkan Syifa yang setia memerhatikan gelagat mereka.
Rupa-rupanya, lelaki itu tidak pernah melupakannya. Hanya keadaan yang memaksa
mereka untuk berpisah.
“Assalamualaikum…” Akhirnya dia
keluar dari persembunyiannya sehingga mengejutkan Luqman yang sedang galak
mengajar anak-anaknya mewarna.
“Syifa… bukan awak ada kelas ke
sekarang?” Sungguh dia terkejut melihat kedatangan Syifa yang tidak diduga ini.
“Kelas saya batal..” Tipu
Syifa. Memang dia sengaja ponteng
kelas semata-mata ingin meyelesaikan masalahnya dengan Luqman.
“Oh, kalau macam tu tak apalah
lagipun saya tak boleh lama ni. Saje jew datang sini kejap tadi.” Dalih Luqman
kelam kabut. Dia tidak betah berada di tempat yang sama dengan Syifa.
Jantungnya seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Luqman, saya nak bagi awak ni.”
Ujar Syifa sambil menghulurkan sampul surat yang berisi kad. Lambat-lambat
Luqman mengambil kad dari tangan Syifa.
“Jadi bila tarikhnya?” Soal Luqman
cuba menggunakan nada biasa sedangkan dia kecewa dengan keputusan Syifa yang
ingin berkahwin.
“Tarikh apa?” Soal Syifa pelik.
“Tarikh
perkahwinan awaklah.” Hampir tersembur tawa apabila mendengar ayat yang keluar
dari mulut Luqman. Rupa-rupanya lelaki itu fikir yang kad itu adalah kad
undangan perkahwinannya.
“Bukaklah
tengok.” Arah Syifa sambil tersenyum riang. Sedangkan jiwa Luqman bagai
dihiris-hiris apabila melihat senyuman Syifa itu.
Perlahan-lahan
Luqman membuka sampul surat
yang berisi sebuat kad. Namun dia baru perasan yang kad itu bukanlah undangan
perkahwinan tetapi sekeping kad yang ditulis tangan
Assalamualaikum…
Luqman, sejauh mana pun awak cuba lari dari
saya, namun langkah kaki kita masih berada di jalan yang sama… Jalan yang sama
untuk awak dan saya lalui.. Jadi kenapa
perlu mengelak lagi… Luqman, sudi tak awak jadi suami saya, menjadi pembimbing
saya… menjadi ayah kepada Aidil dan Adha.. dan menjadi ayah kepada anak-anak
kita yang akan datang… Saya ambil keputusan ni bukan sebab sesiapa tetapi kerana
saya teramat menyintai awak….
Syifa Humaira
Sungguh dia terkejut dengan tulisan
tangan Syifa kali ini. Buat pertama kalinya wanita itu melahirkan rasa hatinya
walaupun hanya di atas sekeping kad.
“Cintaku bukan di atas kertas.”
Luqman memulangkan kembali paku buah keras yang pernah diterima dari Syifa satu
ketika dahulu.
“Itu bukan kertas. Itu kad.” Bibir
Luqman menguntumkan sebuah senyuman yang sudah sekian lama tersimpan.
“Saya
tak tersalah baca kan ?”
Luqman memohon kepastian.
“Saya
rasa saya pun tak tersalah tulis.” Gurauan Syifa itu Luqman sambut dengan tawa
yang menyenangkan.
“Aliff
macam mana?” Soal Luqman tiba-tiba.
“Saya
dah terangkan pada dia yang saya tak cintakan dia. Saya harap dia boleh faham.”
Ujar Syifa.
“Dia
ada jumpa saya baru-baru ini, dia dah ceritakan semuanya termasuklah pasal
Syakir.” Terang Luqman pula. Syifa hanya menunduk. Dia tahu hendak menyambung
kata.
“Syifa,
kalau awak dah sudi nak terima saya, saya seribu kali tak pernah kisah tentang
kisah silam awak. Apa yang penting sekarang ialah, kita bina keluarga kita.
Lupakan semua yang pernah berlaku.” Tutur kata Luqman itu sedikit sebanyak
melegakannya.
“Luqman,
terima kasih sebab terima diri saya seadanya. Terima kekurangan yang ada pada
diri saya.” Air matanya menitis ketika menuturkannya. Betapa dia dapat
merasakan yang dia sedikit pun tidak layak berada di samping Luqman yang lebih
serba serbi.
“Jangan
cakap macam tu Syifa. Dapat memperisterikan awak adalah anugerah paling
bermakna dalam hidup saya Syifa. Lepas ni, sama-samalah kita bina keluarga
kita. Besarkan anak-anak kita sama-sama.” Sungguh dia terharu dengan kata-kata Luqman.
***
Dari tingkat atas, dia melihat
Luqman yang senang melayan karenah Aidil dan Adha. Lelaki itu sedikit pun tidak
merungut apabila dibuli oleh si kembar.
Hari ini genap sebulan dia menjadi
isteri Luqman. Hanya pada Allah disandarkan rasa syukur yang teramat sangat
dengan limpahan kebahagiaan yang dia kecapi. Sungguh, memilih Luqman adalah
antara perkara terbaik yang terjadi di dalam hidupnya.
Sedang tangannya ligat mengemas meja
soleknya, tiba-tiba tangannya mencapai sebuah CD beserta dengan sekeping kad.
Khas buat wanita kesayanganku…
Pertemuan antara kita tidak pernah dirancang tetapi telah
diatur kemas oleh Rabbul Jalil…. Yang mengetahui suara hati antara kita, yang
mengimpikan seorang insan yang bergelar kekasih… Walaupun bukan abang yang
diharapkan, tapi abanglah yang hadir dalam hidup Syifa… Mungkin kehadiran abang
tidak pernah dinanti tetapi percayalah tiada walau secalit kekecewaan apatah
lagi kekesalan dihati ini kerana dengannya terjalinlah sebuah perkahwinan…
Tetapi jangan seeali meletakkan rasa kasih antara kita melebihi dari penciptaNya…
Kerana rasa kasih yang kita miliki ini ialah dari seiringnya titpan doa yang
tulus lagi ikhlas… Moga kita dapat seiriring menuju ke syurga yang kekal abadi…
Dalam apa jua ketika pun, suaminya
itu lebih senang membicarakan tentang cinta hakiki yang disandarkan pada Allah
semata-mata bukan kepada manusia yang sering menuntut agar rasa sayang yang dimiliki
itu dibalas kembali.
‘Jangan terlalu mengantungkan diri
kepada manusia sehingga kita tidak mempunyai kesempatan untuk mengingati
Allah.’ Itulah ayat yang sering terkeluar dari bibir suaminya.
Cepat-cepat
dia memasukkan CD tersebut ke dalam laptop yang sudah sedia terpasang.
Pernikahan menyingkap
takbir rahsia
isteri inginkan
keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan
sebuah bahtera inda
Untuk bersama berlayar
ke muara
Pernikahan
menginsafkan kita
Perlunya iman dan
taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang
syukuri nikma tuhan
Susah mendatang
tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah
dipatri diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan
pernikahan
Yang dihujani air mata
kasih demi syurga ilahi
Suami jangan menagih
setia
Umpama hajar dan
setiasanya zulakha
Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman suami lah pemagarnya
Isteri bagai kejora suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya
Kali ini, video klip ini berlatar belakangkan gambarnya.
Syifa sendiri tidak tahu pada waktu bila Luqman menangkap gambarnya yang
kebanyakkan ditangkap secara curi.
Memang dia bukan lelaki pertama yang
berjaya bertahta di hatinya. Namun dengan izin Alllah, biarlah dia lelaki
terakhir yang akan menetap di segenap pelusuk hatinya.
“Dah tengok dah?” Sapa Luqman mesra
sambil memeluk pinggang isterinya.
“Kasihmu Amanahku. Memperolehi kasih
sayang Syifa adalah seperti amanah yang dititipkan kepada abang. Insyaalaah,
akan abang jaga amanah ini sebaik mungkin.” Tutur Luqman dengan nada yang penuh
kasih.
“Terima kasih.” Ucapan itu memang
ikhlas dari hatinya. Betapa lelaki itu telah memiliki segenap daripada hatinya.
“Terima kasih je.” Usik Luqman nakal
sambil menghalakan jari terlunjuknya di pipi. Suka dapat melihat pipi Syifa
yang merona kemerahan.
Walaupun sudah sebulan menjadi suri
hidup Luqman, perasaan malu pada lelaki itu masih lagi menebal. Namun sikap
Luqman yang sentiasa mengusik itu sangat menyenangkannya.
“Habis tu, abang nak apa?” Sengaja
dia membalas usikan Luqman.
“Ish,
abang nak Syifalah. Lagi mau tanya.” Satu cubitan sayang dihadiahkan kepada
Luqman.
“Abang
tak nak apa-apa dari Syifa tapi abang rasa, Aidil dengan Adha mesti nak.” Cetus
Luqman tiba-tiba.
“Aidil
dengan Adha? Dia orang nak apa?” Soal Syifa ingin tahu.
“Dia
orang nak adiklah.” Bahagianya hati tatkala hati dilambung dengan kebahagian.
Doanya, moga kebahagian ini akan menjadi milik mereka sehingga ke syurga. Insyaallah.
Dahulu,
hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam derita. Aku cuba zahirkan rasa
kasih melalui perlakuan sedangkan bibirku ini terasa jauh dari lafaznya.
Kelakuanmu pula memberkas di jiwa lantas
dapat meredakan rindu lantas dapat
mendamaikan kalbu.
Tak mungkin aku temui iras
sentuhanmu walaupun ku redah seluruh dunia untuk mencari gantimu. Walaupun
hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk menyusun bicara, meluahkan
rasa lantas menuturkan sayang kasih yang terlimpah. Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia.
Sebelum
mata rapat terpejam, jangan biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang
tersimpan. Satu ketika dahulu, dia cuba mengungkapkan rasa kasihnya di
atas sekeping kertas. Cinta kita bukan di atas kertas. Sebab cinta kita
mempunyai getaran yang sama. Yang penting, ia sudah ketemu jawapannya.
***TAMAT***
sweet ~ ^.^
ReplyDeleteislamik sikit.. hehe.. tp romantik n sweet x leh buang..
ReplyDeletesweet sgat2...heheheheh...best ler akak...
ReplyDeletebest sgt2..
ReplyDeleteseriously,penuh emosi..jap senyum,jap sedih,jap hapy..haha mcm2 perasaan ada..mmg best..mmg tabah la..good job writer..
ReplyDeletewiwiwiwiwiw...syiok2....
ReplyDeletesuke suki sy bca akk..
ReplyDeletenisa: huhui,gilos la cerpen nie..terlalu banyak rahsia yg diselindungkan namun akhirnya kebenaran tersingkap jua lalu mengnampakkan kembali sinar kasih antara luqman dan syifa..cayalah kak sara!!
ReplyDeletesedih... sayu je bca.. tp, best..hmm.. good job...
ReplyDeleteklau pergantungan kite hanya pdNya,kite akn jd seorg yg sgt hebat..kn2??macam syifa humaira ^^
ReplyDeleteBEST!!!
ReplyDeleteBest. Sweet. Islamik. Romantik. Love it!
ReplyDeleteTerbaik!
ReplyDeletebest la kak sara...
ReplyDeleteBuat yg lg best tau...
Best of luck!!!
best!!
ReplyDeletetabahnye Syifa >,<
best sangat2
ReplyDeletehuhu,sob sob sob . dah menangis ni ... hu ~ nak tisu , kak ezza ~
ReplyDelete-maisarah-
Hi, I do think this is a great blog. I stumbledupon it ;)
ReplyDeleteI may come back yet again since I bookmarked it. Money and freedom is the best way to
change, may you be rich and continue to help others.
Here is my site ... this page
Do you mind if I quote a couple of your posts
ReplyDeleteas long as I provide credit and sources back to your weblog?
My blog site is in the very same area of interest as yours and my
visitors would truly benefit from a lot of the information you present here.
Please let me know if this alright with you.
Thanks!
My blog :: jasmininuk-manchester.zaubaerer.de
Hello i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could also create
ReplyDeletecomment due to this good paragraph.
Review my webpage :: vitiligo skin disorder cure
Serius,akak memg da jadi fan sara lepas bca karya2 sara.
ReplyDeletebestnya .....ada unsur2 islamik....
ReplyDeleteDik ezza, ni dah masok 3 kali akak baca cerpen nih... Tak jemu bacanya dik... Terbaik!!! Dah tak tau macam mana lagi nak describe! Best bgt!!! ;D
ReplyDelete~ kak tipa ~
meleleh air mata baca cerpen nie.sampai org kat opis pelik tgk...ekekeke
ReplyDeletecite ni memang best la . thumb up
ReplyDeleteSubhanallah...Akak, saya suka semuaaaaa karyaaaa akakkkk...tak tahu nak ungkap macam mana bestnyaa haha��
ReplyDeleteMasyaAllah..tahniah penulis,tak bosan langsung bce cerpen nih..teruskan mengarang...:3
ReplyDeletesweetnye....tbah nye hati seorang yang bernama wanita...suci hati lelaki itu apabila dia menerima wanita yang pernah disakiti dan sakit itu meninggalkan kesan yang sangat lama....sabar...
ReplyDeletebest gilerrr....~zack
Kesiannn alifff...
ReplyDeleteRomantik+sweet+cool+islamik
��
cerita yang sweet dan menarik dari segi islamiknya..dan rasa kagum dengan ketabahan syifa sebagai seorang wanita yang dapat mengharungi ujian...dan keikhlasan hati luqman menerima syifa tanpa memandang kisah silam syifa..
ReplyDeletecerita yang sweet dan menarik dari segi islamiknya..dan rasa kagum dengan ketabahan syifa sebagai seorang wanita yang dapat mengharungi ujian...dan keikhlasan hati luqman menerima syifa tanpa memandang kisah silam syifa..
ReplyDeleteSweetnye.. luqman ngn syifa.. uuu..
ReplyDelete09/10/16
ReplyDeleteBest giler lah...good job❤
ReplyDeleteBest giler lah...good job❤
ReplyDeleteGood job..All the messages and advices were so meaningful..may this pieces of writting be one of ur jariah in the hereafter..
ReplyDeleteMelalui cerita ni,writer berjaya highlightkan ketabahn seorang wanita dalam menjalani ujian2 dari Yang Maha Esa..
.
.
Untuk mengatakan "saya telh beriman dengan Allah"memang mudah tp Allah dah berfirman dalam surah Al-ankabut ayat 2,bahawasanya tidak akan dibiarkan hambaNya mengaku mereka telah beriman tanpa diuji terlebih dahulu
.
.
cinta sejati adalah cinta yang bersandarkan kepada cinta yang hakiki kerana sesungguhnya Dialah pemilik hati yang abadi��
.
.
Once again..good job! I really enjoy and love ur work..kipidap
Sangat.....sangat...sangat terbaik!!!
ReplyDelete