Wednesday, 20 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [5]

Tangan mula mencapai Samsung S III yang berada di hujung meja. Mata yang sedari tadi mengadap skrin komputer mula bertukar arah. Membaca mesej pendek yang dihantar oleh Sakinah.
Adik.. tlng  ambik kak long  kat tmpat Darul Ehsan.
Kete akak hantar service..

            Jam di pergelangan tangan mula dijeling. Sudah hampir mencapai angka enam petang. Laju sahaja tangan kanan melarikan tetikus. Mengklik perkataan save. Kemudian report itu di back up di dalam pendrive. Untuk keselamatan akan datang.
            Pejabat pun sudah mula kosong. Rata-rata pekerja sudah pulang. Hanya Awsam yang berada di tempatnya. Menyiapkan kerja yang tak pernah menemui titik nokhtah.
            Babe, aku chaw dulu.”
            Drive carefully...”
            Amna mula memandu menuju ke Darul Ehsan. Darul Ehsan adalah satu badan kebajikan yang menempatkan kanak-kanak sindrom down yang telah dibuang keluarga. Di situlah kakaknya itu bertugas. Penjadi cikgu di sekolah pendidikan khas.
            Usai mendapatkan parking, Amna turun dari kereta. Mata memerhati bangunan Darul Ehsan yang makin kukuh. Darul Ehsan terbahagi kepada dua bahagian. Satu kelas seperti biasa yang dibiayai oleh keluarga itu sendiri. Kanak-kanak sindrom down yang hanya datang untuk belajar di siang hari kemudian akan pulang dijemput keluarga. Satu bahagian lagi adalah kanak-kanak yang telah dibuang keluarga. Mereka telah ditempatkan di asrama dan menjalani kelas seperti biasa tanpa dikenakan sebarang bayaran.
            “Amna kejap ya... Kerja kak long tak siap lagi.” Muncul kak long entah dari mana.
            Take your time kak... Amna pun nak jumpa Haikal sekejap.”
            Jika tidak ada sebarang kerja, memang Amna selalu melakukan aktiviti sukarelawan di sini. Dia Darul Ehsan, mereka mengajar manusia untuk melihat satu bahagian yang tidak sempurna dalam hidup orang lain, sekaligus akan mengajar kita untuk lebih bersyukur.
            Hadis riwayat muslim pernah mencoretkan, pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan jangannlah engkau memandang orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.
            Wajib untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah. Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, makan ia tak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.
Selain itu, melayan kanak-kanak sindrom down membuatkan kita belajar untuk bersabar kerana kanak-kanak sindrom down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek.
            Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan, perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Dari segi fizikalnya pula, perkembangan motor kasar mereka adalah lebih lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang.
            “Hai Haikal... Aunty datang nak jumpa Haikal..” Tegur Amna ramah. Walaupun dia tahu yang Haikal langsung tak faham satu habuk pun pertuturannya, namun dia mahu Haikal rasa keikhlasannya dalam hubungan ini.
            Dicapai tangan kanan Haikal dan dicium belakang tangan itu. Penuh kasih dan sayang.
            Haikal adalah kanak-kanak sindrom down yang telah dibuang keluarga. Malah sejak kecil lagi Haikal telah mengidap penyakit jantung berlubang jenis kebiruan yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Setiap kali melihat Haikal yang tercungap-cungap menghirup oksigen, setiap kali itulah Amna sedar yang oksigen yang dihirup secara percuma ini amat berharga. Kita kadang kala lupa pada nikmat Allah yang satu ini. Malah dengan lemah mengungkit pada nikmat Allah yang lain. Betapa tak malunya manusia.
            Mata Amna merenung sekujur tubuh Haikal yang kurus. Kepalanya bersaiz kecil. Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas. Lidahnya sentiasa terjelir. Satu garis yang lurus di tapak tangan. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down memang mempunyai iras-iras yang sama dengan Haikal.
            “Sakit dia makin teruk dik...” Amna berpaling ke arah belakang. Matanya berkaca.
            “Kadang-kadang akak berdoa supaya Haikal cepat pergi.. Supaya dia boleh terlepas dari seksa dunia.” Luah Aminah apabila tidak mendapat sebarang respon dari Amna.
            Dipaut mesra bahu adiknya. “Haikal berjuang seorang diri dik.. Dia berjuang tanpa ahli keluarga atau sesiapa pun di dunia ini. Kalau kak long rasa lemah, kak long akan jumpa Haikal. Sebab apa, sebab Haikal seolah-olah dapat memberi sumber kekuatan pada kak long. Memanglah kekuatan itu datang dari Allah, tapi pasti ada seorang yang boleh dijadikan sumber dorongan kan...”
            Lirih hatinya mendengar cerita dari Aminah.
            “Haikal... Haikal kena kuat tau...” Entah kenapa, Amna dapat merasa kesayuan memandang wajah Haikal tika ini. Tiba-tiba dia teringatkan satu ayat.
Ketika seseorang hanya diam atas pertanyaanmu, itu kerana mereka sukar untuk mengakuinya atau kerana terlalu sakit untuk kita mengetahuinya.” Kalaulah Haikal boleh berbicara dengan lancar, pasti dia akan menggeledah perasaan Haikal dan dia mahu Haikal tahu yang dia tidak keseorangan di dunia ini.
***
            Sejak bertemu dengan Haikal semalam, perasaan Amna jadi tak tentu arah. Namun cepat-cepat Amna memujuk hati sendiri. Apapun yg terjadi, jangan dijadikan beban. Berserah diri sepenuhnya pada Tuhan, dan yakin Tuhan telah merencanakan yang terbaik.
            Pagi yang redup, dingin dan mendamaikan mula berubah rentak dengan kiriman bunga ros yang pelbagai warna. Bukan dua tiga jambak, tapi berjambak-jambak bunga yang dikirim atas nama Amna.
            Melihat nama pengirim, hatinya terus bertukar menjadi duri!
Meja Amna mula bertukar menjadi kaunter pertanyaan. Semua staff sibuk bertanya siapa si pemberinya? Langsung tidak perasan pada riak wajah Amna yang kelat seperti air teh yang tidak ditaruh gula itu.
            ‘Encik Squidward ni memang tempah sepakan percuma dari aku ni...’ Sekuntum bunga ros dicapai dan diramas kasar. Apa Redza ingat dia minah bunga gamaknya!
            “Uish, banyaknya bunga. Bertuah kau Amna...”
            “Wah, lelaki mana yang kirim bunga banyak macam ni Na? Kelas citarasa dia kot.”
            “Pakwe kau taukey kedai bunga ke Amna?”
            Itulah antara kata-kata yang menyemak di telinganya. Tanpa berfikir panjang, bunga-bunga tersebut diagihkan kepada semua staff di office. Semua orang  dapat  lima kuntum. Meriah pejabat mereka dengan hiasan bunga di setiap meja. Manakala lebihan bunga tadi diletakkan di dalam bilik meeting.
            “Uish, tak baiklah buat macam ni. Nanti kalau dia tahu, mesti dia terasa hati.” Tegur Awsam ketika Amna meletakkan jambangan bunga di atas mejanya. Hanya Awsam dan Imah sahaja yang tahu tentang kes peminangan itu. Sengaja tak mahu isu yang satu ini kecoh!
Amna Safiya mengeluh sedikit. “Lebih baik macam ni dari aku buang kan...”
Awsam geleng kepala. Tak faham dengan perangai degil Amna. Bukan ke perempuan ni sinonim dengan bunga?  Tapi Amna... Minah ni macam anti bunga pulak!
            Kalau ikutkan hati Amna yang sawan, dah lama bunga-bunga bodoh ini mendarat di tong sampah. Dia bukan minah bunga! Kalau ada pun, dia hanya sukakan bunga tulip. Roses yang berduri ini langsung tak memenuhi piawaian.
            “Tapi sekurang-kurangnya, kau letaklah sikit dekat meja kau Na.” Sampuk Imah pula.
            “Tak boleh. Alergik!” Imah dan Awsam berpandangan sesama mereka.
            “Eh, dulu aku pernah je nampak kau letak bunga atas meja?” Serkap Awsam cepat. Otaknya belum berkarat lagi nak lupa.
            ‘Ish Awsam ni, masa nilah otak dia boleh remind. Biasanya asyik pelupa ajeh. Tapi bunga mana pulak nih? Oh.. itu bunga waktu convocation dahulu. Itupun bapak yang belikan.. Sebab tu aku simpan.’
            “Dulu lain, sekarang lain.”  
            “Apa yang lainnya? Sama je aku tengok. Dulu single... Sekarang just tak available ajeh.” Smash Awsam selamba sambil tanganya laju mengajukan bunga ros ke hidungnya.
            “Awsam, soalan kau tu memang awesome sangat! Kalau nak meraban, sila masuk reban!”
            “Erk... mana pulak nak cari reban tengah-tengah bandar nih..”
            “Diamlah kau Awsam! Menyemak je..” Marah Amna bengang. Susah dapat officemate lelaki yang suka menyakitkan hati. Baru sahaja punggungnya hendak didaratkan di kerusi, muncul kelibat Ahfan dengan muka yang sedikit mencuka.
            “Amna, masuk bilik saya sekejap!”
Imah dan Awsam melemparkan pandangan ke arah Amna. Jarang Ahfan buat muka tak siap macam tu. Kebiasaannya muka lelaki itu pasti akan ditemani dengan senyuman. Tapi kali ini tegang sahaja.
            Wajah Imah dan Awsam penuh dengan senyuman mengusik. Suka menyakat Amna yang konon-konon pemalu itu.
            “Amna, masuk bilik saya sekejap.” Ajuk Awsam sambil diteran nada suaranya. Meniru gaya suara Ahfan.
            “Weh Sam, jangan buat suara macam tu.. Nanti Amna jatuh hati.” Sampuk Imah. Walaupun Amna tidak pernah menzahirkan rasa hatinya, namun mereka tahu yang dalam diam, Amna menyukai adik bos mereka itu. Sekali tengok pun dah tahulah!
            Zaman sekarang kan dah moden, kalau lelaki itu malu sangat nak meluahkan perasaaannya, perempuan pun boleh take over apa.. Tapi perempuan lebih menghargai harga diri dari meluahkan kata-kata cinta. Pasti malu jika dia hanya bertepuk sebelah tangan!
            “Ada jugak yang kena tempah kain kapan nih..” Amna mengetap bibir. Geram bila dipermainkan oleh Iman dan Awsam.
            “Wahh.. ini sudah bagus! Ada orang nak tolong sponsor kain kapan aku. Eh, apa kata kalau kau tolong sponsor semua. Dari mandi jenazah sampailah ke penggali kubur.”
            “Bongoklah kau ni Sam... Kau memang dah buang tabiat nak mampus ke?”
            “Heh, relekslah Amna... Emosi betul bila cakap bab Ahfan ya... Tak apa... Aku faham perasaan hati yang jatuh tangga ni.”
            “Kalau Amna jatuh tangga, abang Ahfan ada untuk tolong sambut.” Sempat lagi Imah menyampuk. Serentak dengan itu, Awsam dan Imah sambung ketawa manakala Amna terpinga-pinga sendiri. Tak tahu lagi hendak memberi respon yang bagaimana lagi.
            “Suka hati koranglah.. Aku nak jumpa Ahfan dulu..”
            “Baik-baik Na... Nanti kalau dia geram kat kau, dia terkam kau nanti. Aku tengok muka Ahfan dah macam singa kelaparan tu.”
            “Bukan singa kelaparan dah aku tengok, tapi dah tahap kebulur tu.”
            Amna buat bodoh. Makin dilayan, makin meliar dengan perangai mengada-mengada mereka. Sejurus mengetuk pintu, Amna mula masuk ke dalam bilik Ahfan yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat ini.
            “Kenapa Fan?”
            “Er.. macam mana dengan dokumen yang saya suruh mintak dengan company secretary? Semua dah dapat?”
            “Dah... Saya dah kemas kinikan semua dokumen yang nak hantar ke pihak CIDB.” Jelas Amna sedikit.
            Muka Ahfan mula berubah sedikit. Mencuri nafas untuk meluahkan rasa tak puas hatinya. Pada mulanya dia pelik melihat sejambak bunga ros yang diletakkan di bahagian receptionist pejabat. Kata Jannah yang merupakan receptionist di situ, bunga itu adalah pemberian seseorang kepada Amna. Siapa lagi yang hantar kalau bukan Redza kan?
“Amna, tolong bagi tahu sikit dekat Redza tu, saya tak suka dia hantar bunga pada awak!”
            Nak terkeluar biji mata Amna mendengar ayat Ahfan. Hatinya digaru rasa bahagia. Senyuman manis cuba disembunyikan. Tidak mahu kelihatan suka sangat dengan ayat simple yang mampu membeli jiwa perempuannya.
            “Maksud saya, saya ni alah pada bunga, jadi bila tengok satu ofis ni penuh bunga, dia menjadikan mood saya teruk tau...” Cepat-cepat Ahfan berbohong. Takut Amna syak yang bukan-bukan.
            Hampa! Itulah satu perkataan yang tepat menghiris hati Amna tika ini.
            ‘Kan bagus kalau Ahfan cakap yang saya tak suka dia hantar bunga dekat awak sebab saya sukakan awak.’ Berkaratlah telinga nak dengar ayat
            “Okay, nanti saya sampaikan ayat tu pada dia....” Ditekankan sedikit nada suaranya. Sebenarnya dia mahu Ahfan sedar yang semua ini bukan permintaannya. Langsung bukan kehendaknya.
‘Sebab Redza, aku yang kena marah dengan Ahfan!’
Ahfan melepaskan keluhan berat. Dia tidak bermaksud untuk memarahi Amna. Jelas yang Amna juga ikut tidak berpuas hati dengan arahannya tadi. Tapi dia tak dapat menolak rasa angin cemburu yang menapak di hati.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu.”
            “Amna....” Seru Ahfan sekali.
‘Nak cakap ke tak? Adus!’
            “Ada apa lagi Encik Ahfan?”
 ‘Cakaplah... cakaplah... cakaplah yang awak sukakan saya!’
            “Saya tak bermaksud nak marah awak tadi... saya cuma....” Amna menanti dengan sabar. Satu saat, dua saat, tiga saat... Sedar-sedar, sudah sepuluh saat berlalu.
            “Cuma apa?” Gesa Amna tidak sabar.
            “Cuma alergik pada bunga.” Tipu Ahfan lagi.
Amna tersenyum hambar. Ahfan melarikan pandangan. Akhirnya, Amna keluar dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Dia paling takut kalau dia diserang jemu! Jemu menunggu luahan yang tak kunjung tiba.  
Ahfan hanya mampu menghantar Amna melalui ekor matanya. ‘Sometimes, I wish you could listen to my fovorite songs because the lyrics they sings are the words I am to scared to say..

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku miliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

          Kerana kisah cinta yang lepas membuatkan Ahfan trauma untuk meluahkan perasaan! Pengecutkah dirinya untuk bergelar seorang lelaki bila tidak mampu berbalah dengan kisah silam yang tak henti menghempas perasaan?
***
            Lama Amna merenung skrin komputer. Satu kerja pun tak tersentuh. Hati dan akal fikiran tak bergerak secara seiring.
            Laju tangannya menaip sesuatu di skrin telefon. Dia nak jumpa dengan Najmah waktu lunch nanti. Tak sanggup rasanya nak hadam semua ini sorang-sorang. Rasa hati yang perit ini perlu dimuntahkan.
            “Kau okey ke tak Amna?” Awsam perasan yang air muka Amna tak tentu hala selepas keluar dari bilik Ahfan. Apa apa-apa yang tak kena ke?
            “Okay...”
            Awsam ketawa. Nampak sangat Amna tak okay bila dengar suara yang separuh mati itu. “Kau cuba nak salahkan siapa sebenarnya? Ahfan atau Redza?”
Pertanyaan Awsam itu membuatkan muka Amna berkerut. Asal tiba-tiba bangkitkan nama Ahfan dan Redza pulak?
“Kau cuba manipulasikan fikiran aku ya?”
“Ini tak ada kena mengena dengan proses manipulasi, dimalarkan atau apa-apa pemboleh ubah pun dalam subjek sains... Subjeknya sekarang adalah hati. Soal perasaan... Relekslah Amna, we always fall in love with the most unexpected person.. So, jangan pernah anggap cinta itu sesuatu yang membebankan.” 
            Unexpected person tu siapa? Redza ke Ahfan?”
            “Tepuk dada, tanya hati. Seru iman, panggil tok kadi!” Amna mendengus. Sempat pulak Awsam melawak.
            “Madah kau tu boleh membawa padah tau!”
            Senyap…
            “Sam... Aku nak keluar kejap. Kalau ada sesiapa tanya, cakap aku jumpa client.” Terus dicapai beg tangan. Kakinya laju menghala keluar dari pejabat. Dia tak boleh membiarkan Redza mengharu-birukan kehidupannya. Encik Squirdward itu perlu diajar.
            Amna ingat, selepas kes peminangan tempoh hari, hidup Amna akan aman seperti sedia kala. Tapi rupanya, makin tunggang terbalik! Lalu berpandukan business kad milik Redza, dia memulakan pemanduan. Mungkin kena smash dengan ayat pedas yang memetir baru Redza nak insaf.
            Hari tu hantar rombongan meminang, selepas itu hantar bunga! Esok lusa hantar anakonda pulak gamaknya!
            Perjalanan ke ofis Redza hanya memakan masa selama lima belas minit. Sedari dalam kereta lagi dia puas merangka ayat terbaik. Dia mahu drama tak bertauliah ini berhenti saat ini juga!
Namun, apabila dia mula menapak ke dalam pejabat Redza yang penuh kemegahan itu, Amna mula kecut perut. Bangunannya dari luar memang sudah sedia tersergam indah. Namun dekorasi di dalam pejabat rupa-rupanya lebih mencuri perhatian. 
Ruangan depan tersergam bila dihiasi dengan air terjun buatan sendiri yang terletak cantik di hujung dinding. Terasa seperti berala di Lata Iskandar di Cameron Highlands. Kesejukan penghawa dingin juga boleh menusuk ke tulang empat keratnya ini.
‘Rasa macam sedang bercuti! Kalau pejabat aku macam ni, memang rasa berkobar-kobar nak buat kerja!’ Terus terlupa niat asal Amna datang ke sini.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong Cik?” Tanya receptionist yang berada di kaunter depan. Lemah gemalai tutur katanya. Sesuai benar dengan pekerjaannya sekarang.
“Err... tak ada apa-apalah.”
Ah sudah, mana pulak hilangnya keberanian yang tadinya membuak-buak. Mungkin tercicir dek langkahnya yang terlampau laju tadi. Dan baru sahaja dia berpaling ke belakang, kelihatan tubuh susuk Redza yang baru keluar dari pintu liff dan sedang berjalan menghampiri bahagian pintu masuk.
Amna kejung di tempatnya berdiri. Jika hendak menyorok, sudah pasti tidak sempat. Nak ghaib tiba-tiba, dia memang tidak punya kuasa luar biasa. Akhirnya dia terpacak di situ. Tidak berupaya untuk berganjak sedikit pun.
Redza yang sedang mendengar penerangan dari Encik Syamsul itu terus memperlahankan langkahnya apabila terpandangkan seorang gadis yang sedang berdiri di pintu masuk. Hatinya sudah tersenyum. Agak sedikit teruja walaupun sudah dapat menduga. Mukanya sengaja ditegangkan!
‘Ya Allah. Kenapalah aku ikutkan sangat rasa hati tadi. Sekarang bila berhadapan dengan Encik Squidward ni, aku rasa macam betul-betul rasa nak pitam!’ Wajah Redza yang mendidih membuatkan jiwa Amna membahang.
 “Buat apa datang sini?”
Muka Redza tak usah cakaplah. Tak beriak langsung. Amna pun buat muka gambel. Konon-konon macam tak mempedulikan teguran Redza sedangkan suara Redza sudah mula
“Tak ada kena mengena dengan awak!”
“Awak sedang berdiri di dalam ofis saya dan awak boleh mengaku yang kedatangan awak ni tak ada kena mengena dengan saya? Macam tu?”
Amna bungkam!
“Masuk bilik saya sekarang!”
Tanpa menunggu Amna, Redza telah pun memulakan langkah meninggalkan gadis itu terkulat sendiri. Dari arah belakang, Amna menjelir sedikit. Tidak hairan dengan penyambut tetamu yang tergelak kecil itu melihat sifat tidak matangnya yang lahir tanpa sedar.
Kepalanya digeleng berulang kali. Kalau masuk jugak bilik Redza, memang akan menimpa bencana besar. Baik balik!
Dia sudah malas hendak bertekak dengan lelaki yang pastinya punya banyak modal untuk mengenakannya. Dia sendiri mahu meredakan perasaannya sendiri. Baru sahaja dia berkira-kira hendak pulang sahaja. Langkahnya ditahan oleh Encik Syamsul.
“Cik Amna, bilik Encik Redza di hujung sana.” Ujar pembantu Redza itu yang sudah berusia lewat empat puluhan itu.
Lama Amna merenung pintu bilik Redza.
‘Tapi alang kepalang dah ada kat sini, kau pergi jelah Amna. Untung-untung kau dapat sepak dia sebab buat kau kena marah dengan Ahfan kan...’ Pujuk hatinya sendiri.
Dengan keluhan berat, dia memulakan langkah. Menghampiri bilik Redza itu. Sempat lagi matanya membaca jawatan yang tertera di pintu bilik. Redza Khusyairi Executive Director. Nampaknya lelaki ini bukan calang-calang orang. Tapi pangkat, harta atau paras rupa bukan tiket untuk membeli jiwa dan cintanya.
“Apa nak jadi, jadilah!”

p/s:: do do do the dew...hiks.. tetiba buat iklan.. do enjoy n do komen keyh.. lebiu korang muchoo

41 comments:

  1. atoi!.. ahfan gugup ke gagap ke, tak hilang2 lagi?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahfan tu gugup bin gagap rasanya... bukan senang nak hilangkan trauma tauu

      Delete
  2. Ape la Ahfan ni... bagi je la tau yg dia xsuke amna terima bunga dr redza... kalo mcm ni memang redza la yg dpt amna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk.. mcm nak backup ahfan je... dah tukar channel ke kak? hahaha

      Delete
    2. Ehhh blom tukar channel lagi... akak msih tetap pilih redza... cume geram sikit je ngn ahfan ni... hahaha

      Delete
  3. lembab gila ahfan.. mesti dalam bilik tu depa gaduh besar kan sara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lebih dari bergaduh kak.. just wait k

      Delete
  4. nak lagi nak lagi

    ReplyDelete
  5. Cite makun menarikkk... Xsbr nk tgu seterusnya ni.. Apa pulak.yg redza akn buat kan.. Hbs lh amna lps ni.. Hihi
    *Schariedah salus*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.. memang amna rentung pun lepas nih..hehhe

      Delete
  6. Best..harap entry lepas nie cepat sikir sampai erk..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... just boleh bg at least 2 entry dalam seminggu.. sbb nnti korang kena tunggu lama pulak kalu ke versi cetak

      Delete
    2. Sbb entry kali ni ciput je psl Redza kena cepat2 naik kan bab 6. Hehehe

      Delete
  7. Apa laaaa Ahfan ni...trauma teruk. Hahaha!
    Redza ni boleh tahan jahatnya. Pandai dia control riak muka. Wkwkwkwk.
    Apa la yang Redza nak cakap kat Amna erk...tak sabar nak tunggu bab seterusnyaaaaa :D Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nama pun trauma.. hiks... sila bersabarr.. hehe..

      Delete
  8. heeheee....mmg kalut lh mamat cam ahfan nih... dh bkn malu2 kucing or takut2 berani or segan2 org tp dh tahap tk caya pd lidah sndri...oooi...mamat... berani luah bab nak...berat mulut sah2 melepas....heeheee ...tah ape yg akk melalut nih dek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gila akak punya perumpamaan.. dasyatt.. nway ahfan msih trauma tuh.. heh

      Delete
  9. hailah encik ahfan lambab betol masuk jarum terlepas baru tahu. hehe.

    ReplyDelete
  10. kak rasa nak sepak2 je mulut si ahfan tuh. kot yer pun, tak pyh la nak bg ayat tambahan tuh..ahfan, meh akak ajar yer, nxt time, bila ckp tuh, renung2 sket mata amna. sure awak rasa apa yg amna rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sabar kak sabar... ni penyokong ahfan kan.. hiks.. tenung mata?? habislah menusuk tulang rusuk amna nnti

      Delete
  11. like2... ngade2 betul redza ni... suke kenekan amna.. hahah.. kalau hati dh suke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mengada betul... tp tunggu next chapter.. msti korang pun pengsan sama.. hiks

      Delete
  12. I thought that more scenes between Redza & Amna in this chap. But soooo little... Oh, Few more days to wait... i hope that coming chapters will be more scenes abt them. Miss writer, the more the merrier... Pretty pleaseeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolololo... siannya.. hiks.. sabar kak... kalu tiap2 bab pasal dorang, bimbang orang jemu pulak.. heh.. bg lah ruang pd ahfan sikt..

      Delete
    2. Sara, kalau tiap2 kali keluar entry dok bc psl kelembapan Si Ahfan mmg x boleh jadi. I'm waiting for more trilling & challenging parts in place. Pening kan dpt reader mcm I? Momentum nk kena naik je x nk turun2....

      Delete
  13. hmmmm getting hotter. like aomori, i am in team redza! bak kata amna jemu nak tunggu ahfan luahkan perasaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Hanina, Redza is another hero that I like after Khaal. Full of unique & creative strategies! YES! Team Redza!

      Delete
    2. kak nina: tq coz sudi melepak di sini... haha... soal perasaan, mmg take time.. lumrah manusia..

      kak ayu.. hahaha.. presiden team redza ni surelah kak ayu... hiks..

      Delete
  14. sorg over berani aka sengal, (redza) sorang lembab dari siput sedut terkena ridsect (ahfan) tak faham langsung dengan kelaku anak muda zaman sekarang.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu dia... keluar dah nasihat dari orang yang dulu makan garam... cer tlong advice sikit redza dengan ahfan tuh...

      Delete
  15. hahahahhaa.... cerita nie redza n amna... afhan maybe boleh dgn kak amna kot... hahahah terlebih dari penulis la plak.... poyo plak tgk redza nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kalu sy jd amna, sure sy mnyampah gila dengan redza.. mamat buat owg sakit hati. heh..

      Delete
  16. nak lagi nak lagi...bukalah pintu amna tu utk redza...i like redza

    ReplyDelete
  17. salam ..
    sory sara .. sy nk bg cdgn ckit ...
    erkk .. sy rsa sara byk mskkn perbualan yg x de meaning ape2 ~~ mcm amna n the gang dkt pjbat ... n amna dgn kakak dia kat rmh 2 ... sy ska bca cerpen yg sara buat .. yg ni p0n best jgak .. heeee ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... thank 4 ur advice cik anon... tp sy ada pndangan sendiri.. heheh.. sebab ni novel.. so plot kena besar skit... x kan nk tulis pasal watak utama je kan.. lg pun ni kisah pasal kasih sayang... bukn antra hero n heroin saje.. tp keluarga n kawan2 skali.. heh.. peace no war keyh

      Delete
  18. redza yg menyakitkan hati,bukan saja amna tp readers jugak,akak nak redza dgn amna,ahfan tu slow..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. y mnyakitkan hati tu akan mngikat hati.. x gitu

      Delete
  19. hhahahha... msti redza nk usik lagi.. comel gak redza nie ^^
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete