Saturday 30 June 2012

MARRIED MAKE PERFECT



         Sudah seminggu mereka terputus hubungan selepas Syed Ramli melamarnya dengan menggunakan hadiah di dalam kotak tersebut.  Tidak semudah itu Alanna mengalah. Syed Ramli dengan kebisuannya, Alanna dengan keegoannya.
            Cuba fikir secara logik, tak kan lah orang yang dilamar nak kena telefon orang yang melamar. Malu kot… Haruslah orang yang melamar tu sendiri telefon tanya keputusan tuan punya badan. Ini tak, buat senyap jeh.. So, Alanna pun buat senyap jugaklah.. Dia pun nak berdegil jugak! Apa nak jadi, jadilah... Alanna dah malas nak ambil pusing.
            Lagipula sekarang dia sendiri sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Malah dia baru sahaja dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah lima hari outstation di Temerloh. Tiba-tiba kereta yang dipandu olehnya meragam di sekitar area Gambang.
Alanna mengetuk stereng kereta. Waktu-waktu orang penat macam inilah kereta ni nak buat hal! Dengan berat hati, Alanna mula keluar dari kereta Myvi putih itu. Mula membuka bonet kereta. Tapi memang mintak maaf awal-awallah.. Dia memang langsung tak tahu menahu perihal maintanance kereta.
            Jam sudah menginjak jam lapan malam. Dia mula bingung memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Takut juga kalau-kalau ada orang merompaknya di tengah-tengah jalan ini. Lalu dia terus duduk diam-diam di dalam kereta dan mula memasang lampu kecemasan. Telefon bimbitnya dicapai lalu dia mula mendial nombor telefon ayahnya.
            “Ayah..... kereta rosakkkk....” Adu Alanna sedikit terjerit.
            “Lah, rosak dekat mana?” Encik Ariff mula diserang kerisauan. Patutlah hatinya tidak enak sahaja. Baru sahaja dia ingin menelefon Alanna, tiba-tiba telefonnya berdering dengan sendiri.
            “Dekat gambang...”
            “Habis tu duduk dalam kereta ke duduk kat luar nih?” Tanya si ayah lagi.
            “Ayah ingat Lanna ni model ke nak duduk kat luar yang gelap gelita tu.. Comfirm-comfirmlah anak ayah yang penakut ni duduk dekat dalam kereta.” Alanna mula menggarukan kepalanya yang sudah diselaputi tudung. Sempat lagi ayahnya tanya soalan yang tidak menepati piawaian.
            “Dah tu telefon ayah sebab apa?” Kali ini, darah mula menyelirap jauh ke otak. Ini yang rasa nak mengamuk dengan ayah sendiri ni.
            “Lah... nak suruh ayah teman cakap telefon dengan Lanna sampai ada perompak atau perogol datang dekat Lanna....” Gurau Alanna sedikit tergelak-gelak.
            “Ish... ada ke mintak macam tu!” Suara Encik Ariff agak meninggi sedikit. Mula hendak marah apabila mendengar gurauan Alanna yang melebihi batasan itu. Ada ke patut bab rompak dengan rogol dibuat main. Jadi sungguh-sungguh nanti tak ke naya?
            “Dah tu ayah tanya macam tu kenapa? Mestilah Lanna nak suruh ayah datang sini... Tengok kereta ni tak pun tolong ambil Lanna terus.” Alanna sedikit mendengus. Salah ayahnya juga, siapa yang suruh main-main waktu keadaan serius seperti ini.
            “Lah.. kenapa tak suruh pak Syed datang?” Tanya Encik Arif tiba-tiba.
            Alanna mula menggigit bibir. Tiba-tiba sahaja bayangan wajah Syed Ramli bermain di ruangan wajah.  Entahlah, saat genting seperti ini, dia terlupa pada kehadiran jejaka itu. Lagipula mereka yang sedang berperang dingin sekarang. Tak logik pula kalau nak minta tolong dengan Mr. Angry Duck itu.
            “Hmm... dia tak ada...” Tipu Alanna cepat-cepat. Tidak mahu jika ayahnya mengesan kecelaruan hubungan mereka. Nanti difikir seperti anak kecil pula yang tergedik-gedik nak mengadu domba bergaduh dengan buah hati sendiri.
            “Lah... dia pergi mana?” Tanya Encik Ariff sedikit kepelikkan. Sebenarnya dia sudah dapat mengangak ada yang tidak kena dengan hubungan mereka berdua itu. Tapi dia malaslah nak masuk campur sangat. Sengaja ingin membenarkan Alanna membesar dan menjadi dewasa dengan masalah hati. Untuk kuatkan sebuah hubungan itu, ia memerlukan dugaan dan cobaan. Kalau tak, memang tak akan tahu dekat mana yang kurang, dekat mana yang lebih.
            “Dia outstation ke Indonesia.” Taram sahajalah. Negara itu sahaja yang terlintas di benaknya. ‘Ya Allah, maafkan diriku kerana menipu ibu bapaku... aku hanya tidak mahu membangkitkan kerisauan mereka tentang hubunganku bersama Mr. Angry Duck itu!’ Memang rasa bersalah sangat-sangat. Tapi untuk berterus terang, itu bukan kerja mudah. Tak pasal-pasal kena ceramah tak berbayar saat ini juga.
            “Oh... Okaylah... Ayah siap-siap ni.. Lanna tunggu je dekat situ. Kalau takut pejam mata. Pasang radio kuat-kuat.” Arah Encik Ariff serius. Alanna hanya mengiakan. Mujur sahaja radio yang terpasang tadi tidak terus dimatikan. Jika tidak, haru je kena duduk dalam keadaan senyap sunyi ini. Sudahlah kawasan ini agak gelap tanpa cahaya lampu.
            Matanya ditutup menggunakan labuhan kain tudungnya. Menghalang mata dari memandang apa-apa yang tidak patut. Tiba-tiba cerita-cerita wayang hantu yang pernah ditonton dahulu berlegar di ruangan minda. Perlahan-lahan badannya mula melurut ke bawah. Punggungnya sudah mencecah bahagian lantai kereta. Mukanya ditekup ke kusyen tempat duduk. Takut dan gerun. Agak lama juga dia berkeadaan seperti itu sampailah tingkap cermin keretanya diketuk perlahan.
            “Ayah kot... Tapi kalau ayah, kenapa ayah tak telefon?” Dia mula bercakap sendiri. Tidak langsung ingin melarikan pandangan ke arah tingkap. Buat-buat jembalang datang mengusik, mahu dia mati kejung saat ini jugak.
            Perlahan-lahan tangannya mencapai telefon bimbit. Di dail nombor telefon ayahnya berulang kali. Namun langsung tidak dijawab. Alanna mula rasa tidak sedap hati. Apatah lagi ketukan di tingkap makin laju dan kuat. Badannya sudah mengigil-gigil. Ada dua kemungkinan sahaja sekarang. Sama ada betul-betul hantu ataupun bakal hantu.
            Dengan tangan yang mengigil-gigil, dia menekup kedua belah telinganya. Berharap agar dia tidak mendengar ketukan itu lagi. Namun lain yang diharap, lain pula yang dijangka. Sayup-sayup kedengara suara halus memanggil namanya. ‘Ngeeee... macam mana hantu boleh tahu nama aku pulak?’
            Mulutnya mula terkumat-kamit membaca ayat kerusi dan segala jenis surah yang sudah biasa menjadi amalannya. Apabila mendengarkan yang ketukan sudah mula beransur hilang, dia memberanikan diri menoleh ke arah tingkap kereta.  Hatinya mula lega apabila melihat tingkap itu kosong. Namun baru sahaja dia berpaling ke arah  kanan, matanya mula terpandangkan bayangan seseorang! Sungguh saat ini, dia benar-benar rasa ingin pengsan melihat jembalang yang berada di luar tingkap.
            Macam mana Syed Ramli boleh berada di sini? Namun hatinya lega. Lega kerana dia terlepas dari ketakutan yang teramat sangat ini. Sungguh, dia benar-benar rasa takut. Seluruh tubuhnya mengeletar. Perlahan-lahan dia mula membuka pintu kereta. Rupa-rupanya Syed Ramli yang laju mengetuk cermin keretanya. Aduh, bikin saspen sahaja!
            “Kenapa tak bukak pintu waktu orang ketuk tingkap?” Belum sempat Alanna bertanyakan tentang motif kemunculan Syed Ramli, dia terus diserbu dengan soalan keras. Muka Syed Ramli tegang semacam. Macam dia pula yang terjumpa hantu.
            “Saya takut...” Muka Alanna sudah mula berubah. Suaranya sudah serak-serak basah. Sudahlah rasa gerunnya belum hilang, tup-tup kena marah pula dengan Syed Ramli. Lelaki ini memang selalu kurang peka dengan intipati perasaannya.
            “Nak takut apa? Takut hantu? Umur berapa yang jadi penakut sangat ni?” Marah Syed Ramli lagi. Kali ini Alanna tidak dapat menahan lagi. Air mata yang sedari tadi cuba ditahan, terus melurut jatuh di birai pipi. Badannya sudah mula terhenjut-henjut menahan tangis. Rasa kecil hati kerana ditengking sebegitu rupa oleh orang yang paling dia sayang. Malah, ini bukanlah kali pertama dia menerima herdikan seperti ini.
            Apabila melihat tangisan Alanna, Syed Ramli mula sedar yang sekali lagi dia telah tersilap langkah dalam mengelola rasa amarahnya. Dia bukan marah kerana Alanna lambat membuka pintu, ataupun kerana perasaan takut Alanna itu. Tapi dia marah kerana Alanna tidak menelefon dirinya sendiri dan menceritakan tentang kesusahan yang dia alami.
Syed Ramli dapat merasakan yang dia adalah manusia yang paling tidak berguna di sisi Alanna. Kenapalah nak susahkan Encik Ariff di rumah itu, dia yang muda lagi gagah perkasa ni Alanna tak nak suruh pulak? Kalau ya pun nak mogok bercakap, tak perlulah sampai macam ni sekali.
            Kalau Syed Ramli tidak pergi ke rumah Encik Ariff tadi, pasti dia tidak akan mengetahui kondisi Alanna tika ini.  Dia dapat mengesan betapa berkerutnya wajah Encik Ariff apabila mendapat panggilan daripada Alanna. Dan sesedap rasa sahaja Alanna membohongi ayahnya yang dia outstation ke luar negara sedangkan dia sedang berdiri di hadapan Encik Ariff.
            “Ada masalah dengan Lanna ke Am?” Itulah soalan pertama tika Encik Ariff menyudahkan perbualannya dengan Alanna.
            “Kenapa pak cik tanya?”
            “Alanna cakap kamu ke Indonesia....”
            “Erk... memang pergi Indonesia tapi balik awal. Ingat hari ni nak lah jumpa Alanna..” Tak pasal-pasal, dengan Syed Ramli sekali terjebak dalam penipuan tak bertauliah ini.
            “Oh... kereta Alanna rosak. Pak cik nak pergi ambik dialah nih.. Kamu nak ikut ke?” Pelawa Encik Ariff selamba. Melalui riak wajah pun, Encik Ariff dapat mengesan masalah yang tersembunyi. Dia sengaja malas banyak tanya. Bergaduh orang bercinta, itu bukanlah perkara luar biasa.
            “Errkk... tak apalah.. Biar saya pergi ambil Alanna. Kereta dia tu saya suruh mekanik tolong settlekan terus.. Boleh?” Pinta Syed Ramli penuh mengharap. Dia harap, dia boleh membetulkan kembali hubungannya bersama Alanna. Sebab itulah dia berada di hadapan Alanna sekarang.
            “Lanna... I’m sorry... jangan nangis....” Pujuk Syed Ramli penuh serba salah. Bukan dia tak tahu yang Alanna memang penakut orangnya. Tup-tup kena tengking dengan dia. Memanglah cari pasal Syed Ramli ini!
            “Awak tak suka perempuan menangis tapi awak tahu tak, setiap kali saya nangis, semuanya berpunca daripada awak! Awak tahu tak?” Soal Alanna kegeraman. Kalau ikutkan rasa takutnya, ingin sahaja dia peluk Syed Ramli tika ini. Menghilangkan segala ketakutannya. Tapi dia tahu ada garisan antara mereka.
            “Saya tahu.... I’m so sorry for that Lanna.. Saya sering tak mampu nak kawal kemarahan saya pada awak. That’s my bad habit. Saya tak reti nak sembunyikan perasaan saya pada awak.. Apa yang saya rasa sama ada suka, sakit hati, sayang semuanya saya tunjukkan pada awak! Saya tak pandai nak jadi orang yang berpura-pura Lanna.” Nada suara Syed Ramli terkandung sejuta ketegasan.
Dia bukan tak sayang Alanna. Malah terlalu sayang. Rasa sayang yang dia tak pernah jumpa pada mana-mana gadis. Kerana itu, dia terlalu sukar untuk mengawalnya di hadapan Alanna. Sikap terus terangnya makin menjadi-jadi apabila berhadapan dengan Alanna.
            “Jangan jadikan itu sebagai alasan Am... Kalau kita jadi kahwin, entah-entah awak sanggup tangankan saya sebab awak tak mampu nak kawal perasaan awak tuh?” Duga Alanna dalam sedu.
            “Lanna... jangan cakap macam tu? Saya cuma geram... awak langsung tak mahu susahkan saya? Padahal awak tahu kan yang saya boleh tolong.. Ini tak... Saya terpaksa mendengar dari orang lain! Saya kecewa... sebab tu saya termarahkan awak tadi... Sorry sangat Lanna...”
            “Saya dah muak dengar ungkapan maaf awak tu Am.. Nanti saya jugak yang kena marah! Balik-balik saya.... Pernah tak awak bersikap untuk memahami saya Am? Pernah tak?”
            Syed Ramli mengeluh. Sekali lagi dia tidak berjaya untuk menjernihkan hubungan mereka. Dia sedar yang kesalahan ini semuanya bermula daripada dia. Dia yang gagal membendung perasaan milik sendiri hingga menjadikan Alanna mangsa kemarahannya. Entah bila dia bertukar jadi pemarah. Semuanya terjadi hanya selepas dia mengenali Alanna. Marah itu memang tanda sayang tapi kemarahan yang berlebihan hanya akan mendatangkan kecelakaan dalam hubungan mereka.
            Tiba-tiba ada sebuah kereta lain yang berhenti antara mereka. Cepat-cepat Alanna mengesat air matanya. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang entah bila akan bertukar jernih.
            Kelihatan Syed Ramli bercakap dengan lelaki itu. Mereka mula melihat ke arah bonet depan kereta. Mungkin mengenal pasti tahap kerosakan kereta miliknya itu. Namun dia hanya mendiamkan diri. Hanya menyandarkan badan di pintu kereta.
            “Kereta ni Amir akan uruskan... Sekarang dah lewat.. Awak pun dah penat.. Penat dengan kerja, dengan layan saya kan... Mari, saya hantar awak balik.” Suara Syed Ramli halus memujuk. Dia pun kesal dengan perangai miliknya sendiri.
            “Penat kena marah....” Sempat lagi Alanna menambah.  Syed Ramli tersengih. Entah apa yang lawak tapi yang pasti hatinya tercuit. Ya... kasihan Alanna.
            Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Alanna terus memalingkan pandangan ke luar tingkap. Mogok untuk memandang wajah Syed Ramli walaupun dia langsung tidak dapat menafikan yang dia terlalu merindui lelaki itu. Senyumannya... renungannya...  keprihatinannya...jenakanya... tapi bukanlah kemarahan dan herdikan seperti tadi. Sifat-sifat negatif seperti itulah yang menjatuhkan saham Syed Ramli. Tak banyak pun, pasti akan tercuit jugak.
            “Saya dah tak handsome dah ke? Sampai awak langsung tak mahu tengok muka saya.” Syed Ramli sedar yang semua ini bermula dari kekhilafan dirinya. Jadi, dialah yang harus memperbaiki semula. Menyempurnakan puzzle yang masih melopong ini.
            “Kalau handsome macam Remy Ishak pun, saya tak akan pandang awak!” Marah-marah pun, masih ada hati hendak membalas kata.
            “Amboihh... saya yang kacak ni nak dibandingkan dengan Remy Ishak.. C’monlah Lanna, warga asing tu jugak yang awak suka kan?” Syed Ramli makin giat mengusik. Tahu benar yang Alanna terlalu sukakan Remy Ishak. Entah apalah yang special pada pelakon wajah pan bangla itu!
            “Jangan kutuk hero saya!” Marah Alanna keras. Makin sakit hatinya apabila Syed Ramli seenaknya mengutuk Remy Ishak. Tapi sebenarnya dia tahu yang Syed Ramli mencari topik yang sesuai untuk berbual dengannya sekarang. Nak ambik hatilah tuh!
            “Amboihh... sayang betul dekat Remy tuh... Ini yang buat saya cemburu nih!” Gurau Syed Ramli lagi. Senang hati kerana Alanna memberi respon pada setiap kata-katanya. Mogok bercakap tak apa. Jangan mogok bisu sudahlah. Itu lagi naya!
            “Cemburu ke?”
            “Yalah.... nak tengok drama je, nak Remy jadi hero. Tengok iklan Remy pun sampai melopong walaupun iklan tu dah tayang berjuta kali... Mestilah saya jelous yang...”
            “Ada awak tengok saya duduk dekat dengan dia? Ada awak tengok saya borak-borak dengan dia? Ada saya tengking awak sebab dia? Ada saya lupakan awak sebab dia? Ada ke saya buat macam tu macam yang awak buat dekat saya bila ada Nadia?”
Kali ini Syed Ramli terdiam apabila mendengar nada suara Alanna yang makin menaik itu. Siapa suruh jolok sarang lebah. Kan dah kena....
Dalam senyap Alanna menyembunyikan senyuman. Puas hati kerana dapat mengenakan Syed Ramli. Dengan Remy Ishak pun nak cemburu bagai! Bila cerita pasal Nadia, senyap pulak.
“Lanna....” Seru Syed Ramli halus. Hampir-hampir sahaja membuatkan bulu roma Alanna berteraburan.
“Apa?” Jawab Alanna keras.
“Awak tak takut pulak bila pandang ke luar tingkap tuh.. Karang kalau nampak benda lain kang....” Belum pun Syed Ramli menghabiskan ayatnya, terus Alanna berpaling dan menjerit kuat. Beg tangan yang berada di atas ribaannya terus dipukul ke dada Syed Ramli.
“Sakitlah!” Adu Syed Ramli sambil menggosok sedikit dadanya. Alanna memang teror bab membelasah orang!
“Suka takutkan orang!” Kata-kata Syed Ramli itu membuatkan Alanna takut untuk memandang ke arah hutan berlantara yang berada di sekeliling mereka. Matanya menjeling ke arah Syed Ramli. Menyampah dengan Syed Ramli yang begitu bijak mengambil alih perhatiannya. Mencuri tumpuannya.
“Mana ada suka takutkan... Suka Lanna jeh... Cintakan Lanna.. Sayangkan Lanna... Orang tu je yang jual mahal!” Kata-kata Syed Ramli mula merundum perlahan. Antara dengar atau tidak sahaja. Tak tahulah sama ada sebab Syed Ramli malu ataupun sebab dia takut kena marah lagi dengan Alanna.
“Siapa yang jual mahal? Awak tu yang tak mampu beli hati saya.... Yang awak tahu, marah, marah, marah!” Bebel Alanna geram. Entah kenapa, hilang terus rasa sakit hatinya terhadap Syed Ramli. Memandang seraut wajah itu membuatkan hati yang meluap dengan rasa marah, terus cair. Kuat betul aura Syed Ramli ini!
“Okay cakap, berapa harga yang perlu saya bayar?”
Alanna mendengus. Susah bercakap dengan orang yang banyak duit ini! Syed Ramli ingat, semua benda boleh beli guna duit ke? “Awak ni tak faham-faham lagi ke Am? Kasih saya, cinta saya, hati saya, tak boleh guna duit! Dan semua itu bukan hanya dibuktikan melalui kemarahan... Awak tu, boleh tak kawal sikit sikap baran yang membabi buta tuh!”
“Lanna... awak tahu tak.. bila di depan awak, saya akan jadi terlalu jujur. Langsung tak boleh nak menipu... Awak buat saya angau diserang bangau! Sebab tu suara saya jadi sengau dan badan saya jadi lemau!”
“Buat lawak... buat lawak..” Alanna rasa nak tergelak sebenarnya tapi dia seriuskan mukanya. Gila betul melayan Syed Ramli ini. Bagaimanalah dia boleh bercinta dengan mamat tak cukup sifat macam ni? Aiyo... kejap jadi Angry Duck, kejap jadi Sweetie Duck!
“Alah.... janganlah serius sangat sweetie...” Syed Ramli sudah tersengih-sengih sambil matanya fokus ke arah pemanduan. Alanna mula menyandarkan badan ke kerusi. Matanya dipejam perlahan.
“Habis tu, macam mana sekarang? Perlu ke putus atau kena kahwin ni?” Pertanyaan Alanna itu membuatkan Syed Ramli memberhentikan keretanya serta merta. Badannya ditala ke arah Alanna. Matanya mula merenung tajam ke arah Alanna yang ikut turut terkejut.
“Kenapa berhenti mengejut macam orang gila nih?” Tanya Alanna sambil tercungap sedikit. Mahu tak terkejut! Rasa macam terjatuh jantungnya ke bumi apabila kereta Syed Ramli berhenti mendadak di bahu jalan.
“Awak tu yang tanya soalan orang gila tu tak apa pulak?” Marah Syed Ramli dengan muka mencuka.
“Soalan apa?” Suara Alanna pula yang naik tinggi. Tak sudah-sudah lagi diserang angin perasaan.
“Boleh awak terfikir nak putus dengan saya? Awak tahu tak Lanna, tak pernah sekali pun saya berfikir yang hubungan kita akan berkesudahan macam tu. Saya cuba untuk terus mempertahankan hubungan ni. Tapi boleh pulak awak terfikir untuk putus dengan saya?”
            Suara Syed Ramli tidaklah terlalu meninggi tetapi nada suaranya terkandung jutaan ketegasan. Dia mahu Alanna faham yang dia sentiasa ingin membawa hubungan ini ke gerbang perkahwinan. Bukan untuk putus lantas berakhir begitu sahaja. Tidakkah Alanna nampak kesungguhannya dalam mencerna cinta mereka ini.
            “Awak tengah marah saya ke Am?”
            “Arrgghhh... Tension!” Syed Ramli terus mengetuk stereng kereta. Tak tahulah sama ada bengang dengan Alanna atapun bengang dengan soalan tak berasas Alanna itu. ataupun sebab Syed Ramli sekali lagi gagal mengawal amukan perasaannya. Terus lelaki itu keluar dari kereta. Dan ditutup pintu kereta kuat hingga membuatkan Alanna tersentak sendiri.
            Perlahan-lahan Alanna melepaskan keluhan. Sekali lagi Syed Ramli terbabas. Melalui cermin kereta, dia lihat Syed Ramli sedang merokok. Lelaki kalau tension bolehlah merokok habis tu perempuan nak buat apa?
Alanna mula terfikir sendiri. Salah ke pertanyaannya tadi? Kalau betul salah, tak perlulah nak marah sangat! Soalannya itu tanda pertanyaan yang memerlukan jawapan. Bukan jawapan hentakan perasaan seperti tadi. Teringin jugak hendak mendengar ayat JOM KAHWIN itu keluar dari mulut Syed Ramli sendiri. Bukan melalui nota atau seangkatan dengannya.
“Bilalah nak sampai rumah.. Makin panjang perjalanan, makin banyak pergaduhan.” Rungut Alanna sambil menggeleng kecewa. Tak tahulah nak kecewa dengan  Syed Ramli ke atau dengan dirinya sendiri?
Perlahan-lahan Syed Ramli kembali membuka pintu kereta. Namun bukan untuk masuk tetapi tangannya terus laju menukar CD. Perlakuannya membuatkan Alanna pelik sendiri.
“Am....” Alanna sudah berkira-kira untuk memujuk. Mungkin tadi dia yang terlepas cakap, tersalah tanya, tersilap menduga. Jadi, mungkin dia yang perlu betulkan keadaan.
“Dengar baik-baik lirik lagu ni Lanna...” Arah Syed Ramli lantas kembali keluar menyambung merokok. Alanna mula naik risau dengan perlakuan tidak terjangka Syed Ramli ini. Perlahan-lahan, lagu yang terpasang mula menampar peluput telinga.

Ajai...

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Kriss Dayanti...

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ajai...

Ku sadari saat manis  akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kriss Dayanti...

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi

Ajai & Kriss Dayanti...

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi
 
            Alanna menutup mulutnya. Kolam matanya panas. Perasaannya dijentik rasa terharu. Memang ini bukanlah kali pertama dia mendengar lagu ini. Tapi  inilah kali pertama dia menghayati dengan jelas makna tersirat di sebalik lagu ini. Penuh dengan simbolik. Penuh dengan keasyikan. Dan yang paling penting, sangat kena dengan situasi mereka sekarang. Biar benci.... ku tetap di sisi... ayat yang terakhir yang mampu membuatkan air matanya mengalir.
Kalau boleh dia tak mahu berada di sisi Syed Ramli dengan penuh perasaan benci atau marah. Biarlah cinta dan kasih sayang sahaja yang memagari hubungan mereka. Ya... walau berjuta keburukan yang memayungi sikap Syed Ramli, dia tetap tidak mampu untuk meninggalkan Syed Ramli. Kakinya telah dipaku. Hatinya telah ditawan dan jiwanya terus menghuni penjara cinta yang tidak bertepi ini.
            Pintu keretanya dibuka dari luar. Terjenggul wajah Syed Ramli yang sudah dibasuh dari rasa amarah. Wajah itu kembali tenang dan tersenyum simpul. Alanna pulak yang menangis tersedu-sedu. Entah sejak bila dia diserang angin cengeng seperti ini.
            “Dengar lagu macam tu pun boleh nangis ke?” Perli Syed Ramli sambil tergelak-gelak. Alanna mula menggigit bibir. Cina beng betul mamat ni! Orang tengah syahdu shahdan, dia boleh buat lawak bangla.
            “Sibuklah!” Marah Alanna geram.
Alanna benci Syed Ramli. Pasti lelaki ini yang akan membuatnya menangis. Lelaki ini yang membuatkan dia ketawa. Lelaki ini yang membuatkan dia terharu. Lelaki ini yang membuatkan dia tak duduk diam. Lelaki ini yang merobohkan prinsip hidupnya. Tanpa lelaki ini, apalah erti sebuah cinta. Tak bermakna sebuah kasih.
            “Sayang....” Seru Syed Ramli perlahan.
            “Don’t ever call me sayang kalau awak tak pernah memaknakan kasih sayang awak tu...” Kemarahan itu adalah bertujuan untuk  menghilangkan rasa malunya kerana menangis. Betul kata pak Syed, kenapa dia perlu menangis apabila mendengar bait lagu itu. Mungkin kerana hatinya terlalu sensitif. Rasanya, dia benar-benar sudah tidak dapat mengenal diri sendiri. Semuanya kerana pak Syed ini! Gundah gulana jadinya.
“Saya sentiasa memaknakan kasih sayang saya Lanna.. Setiap hari saya bertekad untuk mengubah sikap buruk saya… saya dah cuba untuk mengubahnya.. tetapi kebodohan selalu sahaja menyelit.. menjadikan sikap saya tampak lebih bodoh dan tolol dihadapan awak… saya berharap ada sedikit lagi maaf untuk saya yang penuh khilaf ini… saya berharap yang awak akan kembali tersenyum seperti selalu… seperti semalam… seperti seminit lalu… seperti sedetik lalu.. senyuman manis yang saya dambakan dan sayalah lelaki bodoh yang sering menghilangkannya.”
Kali ini suara Syed Ramli serius. Wajahnya juga serius. Perlahan-lahan Syed Ramli mengambil nafas sedikit.
“I have given something to you.. Please never give it back.. My heart is for you… Now and forever till Jannah..” Sambung Syed Ramli lagi. Gemersik suara itu terus menerus melahirkan air mata di pipi Alanna.
“Lanna… saya ada tersalah cakap ke? Ataupun awak betul-betul nak putus dengan saya?” Rasa cuak sudah mula mengepal dalam hati apabila melihat tangisan Alanna. Syed Ramli diserang rasa sebu. Bukan setakat sebu, hatinya juga sudah diserang jerebu! Kabur dengan sikap Alanna yang seakan-akan tidak memihak pada dirinya.
“Awak tengah melamar saya kan… So sila proceed… Saya tengah pertimbangkan nih…” Ujar Alanna sambil tersenyum sedikit.
Syed Ramli mencuri nafas sedikit. Cuba meyakinkan Alanna dengan cintanya. Mungkin melamar di tepi jalan yang penuh dengan belukar ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Tapi Syed Ramli sudah malas hendak bertangguh. Macam-macam jadi dalam hubungan mereka. Jadi sebelum jadi sesuatu yang lebih tragis, baiklah dia mengambil langkah kanan. Pergaduhan seperti ini nampak remeh tapi percayalah, ianya memang dapat menggolakkan sebuah perhubungan.
            “Awak tahu...  rinduku umpama ombak yang tak berhenti... kasihku bagai pantai yang setia menanti..” Belum pun habis dialog cintan cintun milik Syed Ramli, Alanna sudah ketawa besar.  Hati Alanna digeletek rasa lucu apabila lelaki yang gagah perkara seperti Syed Ramli bermadah puitis segala bagai. Tak perlulah nak skema sangat! Ini bukan drama ataupun filem Ombak Rindu...
            “C’mons Lanna... Janganlah spoil mood...” Tegur Syed Ramli tak puas hati. Dia macam orang nak gila rangka ayat untuk Alanna. Ingatkan nak bagi sweet moment untuk Alanna kenang di sepanjang hayatnya nanti. Tapi minah ni boleh gelak! Tak ada perasaan betul!
            “Dialog filem mana yang awak songlap nih? Just make it real Am... Tak perlu nak bermadah sangatlah... Kelakar tahu tak!” Alanna bukan tak sensitif soal keseriushan Syed Ramli dalam melahirkan lamarannya ini. Tapi ayat-ayat itu memang sangat-sangat mencuit hatinya. Menggaru-garu tawanya.
            Syed Ramli ikut turut tersenyum. Memang nampak over pun! Tapi bukan ke  perempuan memang suka ayat-ayat dramatik macam ni... Sebab itulah dia berusaha bermadah sebegini rupa. Alanna tak tahu yang dia bukan main lagi mengkaji dialog filem-filem dan ayat-ayat novel yang dipinjam daripada kakaknya. Kalaulah Alanna tahu, mahu gadis itu berguling-guling ketawa. Tapi sekurang-kurangnya dia senang dengan ayat Alanna itu.. ‘Make it real... ya.. betullah tuh... lebih baik jadi diri sendiri!’ Sempat lagi hatinya berbisik sendiri.
“I miss the way you laughed, I miss the way we talked, I miss the times we had, I miss the love we shared but most of all I miss the way you cared… Cik Nur Alanna binti Encik Ariff, will you…. marry me…” Perlahan, halus dan tulus sahaja pertuturan Syed Ramli. Mukanya tenang sahaja. Seperti pantai yang langsung tidak terusik dek hempasan ombak tapi hanya Allah yang tahu perasaannya. Begitu takut untuk mendengar jawapan NO atau TIDAK daripada mulut Alanna. Kalaulah Alanna menolak, dia memang bercadang untuk buat-buat pengsan sahaja!
Alanna menangis lagi. Tapi untuk terus bersetuju, semua itu mungkin tak mungkin berlaku. Hatinya tiba-tiba masih mahu menguji ketahanan mental Syed Ramli. ‘Aku mengenalmu lewat jiwa... bukan lewat mata ataupun lewatnya waktu yang berjalan... aku menyintaimu kerna apa adanya dirmu.. bukan kerana kelebihanmu... segala kekuranganmu akan kutampal.. biar hilang segala lopong.. biar sempurna untuk kita berdua...’
 Ingin sahaja ayat itu dihuraikan melalui suaranya. Namun perasaan beku dan malu masih menebal. Apatah lagi Syed Ramli masih belum menjadi suaminya. Biarlah disimpan kata-kata itu hanya selepas Syed Ramli menjadi sah menjadi suaminya.
            “Anyone cat catch my eyes.. but it takes someone special to catch my heart... Someone special tu hanyalah milik seorang suami... Syed Ramlionamessi bin Syed Ramlan, kalau nak jadi suami saya, cepat-cepatlah masuk meminang.... sebab, macam mana saya nak say Yes kalau awak belum masuk meminang..!” Selamba sahaja ayat-ayat tersebut keluar dari mulutnya. Tanpa dirangka mahupun dijangka. Spontan!
            Syed Ramli meloncat kegembiraan. Walaupun tidak mengetahui secara langsung jawapan Alanna, namun dari kiasan kata-katanya, dia dapat memiliki persetujuan gadis itu. Bukan tak kenal Alanna, dia sentiasa bertapis dalam melahirkan rasa kasih. Tak mahu terover sayangkan lelaki yang belum tentu akan menjadi suaminya. Sungguh, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang wanita yang terlalu menjaga hati dan maruahnya.
            “Am... boleh tak kita balik... Saya dah seram sejuk duduk kat sini..” Rayu Alanna sambil wajahnya tidak lepas dari tersenyum. Membenarkan kebahagian menjengguk rasa hati.
            “Sebelum balik baik kita tengok something special sikit...” Syed Ramli mengajak Alanna keluar dari kereta. Tapi cepat sahaja gadis itu menggeleng.
            “Awak mesti nak takutkan saya kan?” Alanna tidak suka dengan perangai Syed Ramli yang gemar menyakatnya itu.
            “Ish... buat apa nak takutkan awak... Cepatlah keluar... Tak payah takut, awak sedang berada di samping hero malaya nih...” Alanna terus mencebik apabila mendengar kata-kata Syed Ramli. Menyampah! Namun dia tetap mengikuti langkah Syed Ramli ke arah belakang kereta.
            “Awak lapar tak?” Tanya Syed Ramli tiba-tiba.
            “Laparlah.... Hari ni langsung tak makan apa-apa..”
            “Jeng jeng jeng....” Syed Ramli terus membuka tempat letak barang. Terhidang  kek yang ditulis WILL YOU MARRY ME  yang telah siap dinyalakan lilin. Kek yang berbentuk hati hati itu sungguh comel dan cantik.
            “Sebenarnya saya siap-siap bawak kek ni ke rumah awak.. lepas tu ayah awak kata kereta awak rosak.. so sebab tu saya datang sini. Saya nak melamar awak malam ni jugak. Ingatkan nak romantik-romantik jugak malam ni, tapi mana tahu kita boleh bergaduh tadi.. Siap ada adengan nangis-nangis lagi....” Sempat lagi Syed Ramli memerli Alanna.
            Alanna mengigit bibir. Kejam sungguh statement Syed Ramli itu. Kalau tak perli-perli, memang tak sah! Tapi sungguh Alanna terharu.
            “Awak betul-betul sayangkan saya?” Tanya Alanna serius.
            “No need to believe kalau awak sendiri ragu dengan kasih sayang saya...” Suara Syed Ramli tenang.
“Am....” Seru Alanna perlahan. Bimbang jika tersalah tanya lagi.
“Cuba tengok bintang tuh....” Jari terlunjuk Syed Ramli sudah menghala ke arah bintang yang berkelipan di dada langit.
“See the star like to see you..  You will always be the star of my heart, you are too far away to touch but too close to my heart....” Alanna menutup mulutnya lagi. Hatinya sebak dengan kata-kata Syed Ramli yang bersahaja itu.
“Dah.. dah... sebelum awak nangis lagi, jom kita makan cheese cake dulu...” Laju sahaja tangan Syed Ramli memotong kek dan terus disuapkan ke arah mulut Alanna. Kalau tak buat macam ni, makin panjanglah tangisan Alanna. Perempuan... perempuan... sedih menangis, gembira menangis... semua pun nak menangis! Tapi itulah kekuatan air mata perempuan. Kalau lelaki macam ni, nampak sangatlah cengengnya!
***
Alanna duduk bersimpuh disebelah emaknya. Bahang ketakutan menerjah ke gawang hati. Hilang terus fokusnya. Bagaikan dia sahaja yang hendak berjabat tangan dengan tok kadi untuk melaksanakan upacara ijab dan kabul. Kalau dulu dia masih terfikir-fikir. Tertanya-tanya. Ternanti-nanti isyarat dari Dia dalam memilih seorang pemuda yang bakal menerajui kehidupannya. Tapi kini dia yakin seratus peratus. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Apa yang berlaku ada kebaikan yang terselindung walaupun jalan itu penuh dengan cacat celanya.
            Betul kata mak.. Setiap hubungan itu pasti akan diuji. Kalau tak terluka, tak akan rasa dalamnya cinta. Kalau tak diuji tak akan rasa berharganya sebuah perhubungan. Keprihatinan itu penting dalam melahirkan perhatian. Setiap manusia dianugerahkan dengan kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Terpulang kepada manusia untuk mengendalikanya.
“Aku terima nikahnya Nur Alanna binti Ariff dengan mas kahwinnya dua puluh  dua ringgit setengah tunai....” Dengan sekali lafaz, Nur Alanna binti Arif selamat menjadi isteri kepada Syed Ramli bin Syed Ramlan. Kalau nak tahu, nama Syed Ramlionamessi tu sebenarnya tipua sahaja.
            “Awak tipu saya Am!” Itulah ayat pertama tika nama sebenar Syed Ramli terbongkar. Kalau tak kerana nak tulis borang khursus kahwin, pasti waktu nak berkahwin nanti baru Alanna tahu. Cina beng punya Mr. Angry Duck, mati-mati Alanna percaya itu nama sebenar dia.
            “Sorrylah Lanna... masa awak beritahu nama awak tu, bukan main style and havoc lagi. Lepas tu awak berani gelakkan nama saya! Sebab tu otak saya laju je nak menipu awak.. Sorry tau...” Syed Ramli buat muka simpati.
            “Kasihan anak saya nanti.. nama bapak dia tak glamour langsung!” Kutuk Alanna selamba. Tapi dalam hatinya tergelak jugak. Serius, nama Ramli itu sangat-sangat lapuk. Zaman dah besi, tapi nama Ramli tu stok untuk zaman batu tok kaduk kala je. Macam manalah mummy dan papa Syed Ramli boleh terberi nama klasik itu?
            “Amboihhh... sedapnya dia kutuk nama saya...”
            “Sayanglah nama awak bukan Lione Messi... Sebab saya baru bercadang nak letak nama anak kita, Fernando Torres ke, Cistiano Ronaldo ke.... apa lagi pemain yang handsome-handsome ya?” Sengaja Alanna memerli. Kot ya pun nak menipu, tak payahlah bagi nama pemain bola sepak. Sengal mengal sungguh!
            “Alah... apa ada pada nama? Syed Ramli ni lagi handsome tau! Kalau tak, tak kanlah orang tu angau di atas bangau kan....” Sakat Syed Ramli sambil tersengih.
            “Perasan... siapa entah angaukan dia.. Tolonglah...” Balas Alanna sambil buat muka poyo.
            “Assalamualaikum sayang....” Panggilan itu terus mematikan lamunan  milik Alanna. Mata mereka saling membalas renungan. Ada ikatan ijab dan kabul yang melingkari hubungan mereka berdua. Hiba rasanya kerana telah diberi kesempatan untuk menjadi seorang isteri. Dia sudah bertekad dan berazam untuk menjadi seorang isteri yang bakal dibanggakan oleh suami.
            “Waalaikumusalam....” Perlahan-lahan Syed Ramli mencari tangan milik Alanna. Dipakaikan jam tangan yang pernah diberikan kepada Alanna sewaktu pertama kali melamar isterinya dahulu. Aneh bukan, bukan permata yang menjadi perhiasannya... bukan barang kemas yang bersalut di tubuhnya. Tapi sebuah jam tangan yang terlalu tinggi simboliknya. Tidak terjangka nilainya. Memang ramai yang memandang aneh. Tapi hanya mereka berdua yang mengerti makna disebalik yang tersirat.
Sesudah itu, dengan perlahan-lahan bibir Alanna mula jatuh di tangan kasar milik suaminya. Saat ciuman pertama singgah di dahinya, air mata Alanna terus melurut jatuh. Menangis kerana terasa beratnya bebanan yang perlu ditanggung. Selepas ini, apa pun yang bakal dia lakukan, perlulah mendapat keizinan daripada seorang suami. Apa pun yang dia lakukan, haruslah dibawah redha suami.
“Dah agak dah yang Lanna akan menangis.. Tapi jangan risau, saya dah boleh sapu air mata Lanna.. Nangis lah lagi yang...” Selamba sahaja Syed Ramli mengusik. Semua yang berada berdekatan dengan mereka mula tergelak-gelak. Cepat sahaja tangan Alanna mengetip lengan suaminya.
“Jangan lupa.. Lanna pun dah boleh cubit tangan abang!” Laju sahaja Alanna menjawab.
“Amboi-amboi... tak menyempat nak bermanja... Tunggu malamlah.. Apa pun boleh.. Sekarang, apa pun tarak boleh....” Alanna sendiri tidak pasti yang suara itu daripada siapa. Yang pasti mukanya memang tersangat merah! Agak-agaklah bro...
“Abang?” Tanya Syed Ramli sambil memeluk pinggang Alanna sambil tersenyum ke arah kamera yang terhidang di hadapan mereka tika ini. Terasa hatinya sejuk disiram dingin salju tatkala mendengar panggila manis dari Alanna tadi.
“Yalah... tak  kan nak panggil pak Syed atau Mr. Angry Duck kot...” Usik Alanna pula.
“That sweet sayang... really like it...” Sejurus selepas itu, terus hinggap sebuah senyuman di pipinya. Dan saat dia melopong tercengang, terus saudara maranya mengambil kesempatan untuk merakamkan saat indah itu.
***
            Majlis resepsi hanya diadakan di rumah Alanna sahaja. Memang itu kehendaknya. Dia mahukan majlis yang ringkas tapi meriah. Dia mahu semua sahabat, ahli keluarganya sama-sama meraikan hari bahagiannya ini. Tak ada yang terkecuali walaupun Syarifah Nadia.
            Lengannya menyiku pinggang Syed Ramli sedikit. Mengarahkan agar Syed Ramli mengfokuskan pandangan ke arah seorang perempuan yang berjalan ke arah mereka.
            “Sayang okay kan?” Tanya Syed Ramli memohon kepastian. Bukan boleh kira sangat perempuan ini. Kalau tak kena mood, bergelimpangan semuanya. Tapi rasanya Alanna sudah cukup matang untuk menerima semua ini.
            “Abang tengok Lanna macam orang meroyan ke sekarang?” Tanya Alanna sambil tergelak-gelak sendiri. Entahlah.. dahulu dia pun beremosi dalam melayan kehendak hati. Kalaulah dia tak jirus Syarifah Nadia dengan minuman, pasti Syed Ramli tidak akan memarahinya. Tapi kalau Syed Ramli tidak memarahinya, pasti dia tidak tahu kesungguhan Syed Ramli untuk memperisterikannya.
            Alanna ingat lagi, selepas meraka memutuskan untuk berkahwin, tidak semudah itu Syarifah Nadia melepaskan Syed Ramli. Ada ke patut Syarifah Nadia menggoda Syed Ramli di pejabatnya. Berbulu mata Alanna melihat Syarifah Nadia yang sedang memeluk Syed Ramli dari arah belakang walaupun dia nampak Syed Ramli sedaya upaya cuba melepaskan pelukan Nadia.
            “Nadia!” Jerit Alanna kuat.
            Wajah Syarifah Nadia tika ini tersenyum sinis. Berharap agar hubungan ini akan hancur dimamah bumi. Muka Syed Ramli pula cuak habis. Dalam fikirannya, dia pasti yang Alanna akan merajuk dengannya lagi. ‘Janganlah Alanna nak putuskan hubungan nih... Ya Allah.. Tolonglah hambaMu ini..’ Rintih hatinya.
            “Sayang... ini cuma salah faham sahaja...” Syed Ramli cuba menerangkan hal yang sebenarnya kepada Alanna.
            “Awak diam!” Jerkah Alanna lantang. Jari terlunjuknya menghala ke arah Syed Ramli. Membuatkan Syed Ramli diam tidak berkutik. Sekarang, dia dah faham perasaan jika dijerkah dan dimarahi tanpa sebab. Sebunya sampai ke tulang!
            Syarifah Nadia sudah tersengih-sengih.
            “Eh kau ni tak malu ke? Harap je bertudung... pakai sopan-sopan... tapi gatal merenyam peluk lelaki bukan muhrim! Inilah perempuan akhir zaman yang menempah tiket ke neraka!” Smash Alanna laju.
            “Kalau Am tak menggoda, tak adalah aku jadi macam ni... Janganlah jelous kalau Am tak buat apa yang dia selalu buat pada aku. Engkau tu, hanya perempuan untuk tempat dia bersinggah je....”
            Melopong Alanna mendengarnya. Betullah kata orang, bukan semua perempuan yang bertudung itu penuh dengan ilmu Allah. Kadang-kadang mereka bertudung untuk kelihatan sempurna di mata manusia tapi hakikatnya penuh cela di pandangan Allah.
            Syed Ramli ikut turut tergaman dengan kenyataan Syarifah Nadia itu. Tak disangka yang maruah Nadia serendah ini!
            “Jijik aku dengan statement kau ni Nadia... Kalau pun kau tak malu di pandangan manusia, sekurang-kurangnya malulah sikit dengan Allah!”
            “Hei, kau jangan rasa kau baguslah Lanna... Kau pun bukannya baik sangat...” Herdikan Syarifah Nadia sambil menolak kuat bahu Alanna. Tindakannya itu terus membuatkan amarah Syed Ramli membuak-buak. Tidak betah rasanya membenarkan gadis kesayagannya dikutuk dan dimaki sesuka hatinya. Terus diangkat tinggi tangannya untuk melempang Nadia namun dihalang oleh Alanna.
            “Am! Jangan!” 
            “Perempuan kurang ajar macam dia ni memang kena ajar!” Marah Syed Ramli sambil ingin meneruskan niatnya.
            “Jangan Am.... jangan kotorkan kulit awak menyentuh perempuan yang bukan muhrim awak...” Nasihat Alanna itu membuatkan Syed Ramli menurunkan tangannya. Dia mendengus kasar! Tidak percaya yang Nadia akan berubah sebegini rupa! Dahulu, Nadia adalah gadis sopan santun yang sangat terpuji akhlaknya. Tapi sekarang, apa sudah jadi?
            Kali ini mata Alanna kembali fokus ke arah Nadia. “Aku tahu aku bukan perempuan baik... Tapi itu tak bermakna aku jahat! Malah setiap hari aku berazam untuk jadi baik... tapi kau perempuan baik... Tak kan kau nak jahanamkan diri kau demi lelaki yang belum tentu nak kan kau?” Alanna sudah kembali bertenang. Kemarahan dan perbalahan tak akan mampu menyelesaikan masalah. Emosi kena tolak tepi.
            “Syed Ramli sayangkan aku...” Tekan Syarifah Nadia berulang kali.
            “Okay... untuk puaskan hati awak, biar kita sama-sama tanya Am!” Nafasnya ditarik perlahan-lahan sebelum matanya menjengah ke raut wajah milik Syed Ramli yang sedikit terkejut.
“Am... awak sayangkan siapa sekarang? Awak nak siapa jadi isteri awak?” Soal Alanna serius. Biar mereka berdua sama-sama mendengar jawapan daripada mulut lelaki ini. Kalaupun jawapan yang keluar dari mulut Syed Ramli akan mengecewakannya, dia pasti boleh terima. Imannya bukan daif sangat untuk meroyan meraban bila ditinggalkan seorang lelaki.
            “Nad... sorry... saya tak pernah dapat sayangkan awak. Saya hanya cintakan Alanna seorang sahaja. Nad, hentikan semua ini... Saya tahu awak baik.. Betul kata Lanna.. Jangan rosakkan maruah awak, maruah keluarga hanya semata-mata kerana seorang lelaki..” Nasihat Syed Ramli lembut.  Di lubuk hatinya, dia berbangga dengan Alanna. Alanna yang dahulu sudah kembali... yang penuh dengan sikap optimis.. yang positif.. Mungkin perubahan sikap Alanna adalah kerana prinsipnya itu. Couple makes trouble kan... Dugaan hidup...
            “Cantik pulak Nad hari ni...” Pujian itu melenyapkan segala kecelaruan kelmarin. Alanna berpaling ke arah suaminya yang tersenyum-senyum itu. Pasti lelaki itu sengaja hendak mencuit kesabarannya.
            “Kenapa? Menyesal?” Tanya Alanna pendek.
            “Hmm... bagi kiss dekat pipi dulu... baru tak menyesal...” Usik Syed Ramli sambil ketawa. Cepat sahaja penumbuk Alanna mendarat di dada bidang milik suaminya. Mengada sungguh!
            “Aduh... Lanna.. memang tak hidup lamalah suami awak nih...”
            “Siapa suruh gatal merenyam sangat..” Marah Alanna. Dia perasan yang langkah Syarifah Nadia sudah mula mendekati mereka tempat mereka berdiri.
            “Tapi malam karang boleh kan nak gatal merenyam...?” Usik Syed Ramli lagi. Melopong Alanna dibuatnya. Baru sahaja Alanna ingin membalas kata, Syarifah Nadia sudah mula berdehem beberapa kali. Cepat sahaja tangan Syed Ramli hinggap di pinggangnya.
            “Saya tumpang bahagia Lanna.. Syed... Saya doakan kebahagian kalian.. dan saya nak mintak maaf atas sikap kurang ajar saya dahulu..” Alanna terus tersenyum. Malas hendak berprasangka buruk tentang perubahan Syarifah Nadia. Alanna percaya... semua orang berhak diberikan peluang kedua.
            “Saya doakan yang awak akan temui seseorang yang lebih baik dari Mr. Angry Duck nih..” Ditarik Syarifah Nadia ke dalam pelukannya. Membenarkan kemelut yang bergelut terungkai dengan sendirinya.
            “Awak memang baik Lanna...” Baru kini dia kesali akan segala tindak tanduknya. Dia mungkin perempuan yang bertudung. Perempuan yang menutup aurat. Tapi dia perempuan yang masih belum sempurna akidahnya. Masih terpesong dari jalan kebenaran. Mungkin kerana itu, sinar cintanya tidak kelihatan di mata Syed Ramli.
            Syed Ramli hanya memerhati. Tidak terfikir pula untuk menyampuk. Tapi di dalam diam, kasih sayangnya makin mekar buat Alanna. Sikap Alanna yang tidak ketandusan rasa  maaf itu telah membolak-balikkan jiwa Syed Ramli sendiri. Betapa beruntungnya dia memperisterikan Nur Alanna.
***
            Selepas upacara membuka hadiah, mereka berdua mula dikerah untuk mencuri segala macam periuk belangan yang tersadai di belakang rumah. Nama sahaja guna katering, tapi periuk-periuk yang perlu dibasuh tetap bertimbun-timbun.
            “Abang.... abang sayang Lanna kan?” Suara Alanna sudah bertukar manja. Syed Ramli mula menelan liur. Pertama kali mendengar suara lunak Alanna. Jika sebelum ini, cakapnya mendatar sahaja. Ayatnya pun agak kasar. Tapi kini, berterabur bulu roma Syed Ramli dibuatnya. Cair habis!
            “Ehem... awal lagi kalau nak masuk bab goda-goda nih?” Sakat Syed Ramli sengaja menguji. Memanglah awal... baru lepas Insyak. Kalau cakap nak tidur sekarang, memang menempah usikan saudara mara.
            “Menyampahlah abang nih...” Rasa malu pula bila bersikap terlebih mengada-ngada tadi. Alanna mula mencapai berus yang tersedia dan mula memberus belakang periuk yang hitam.
            “Tak payah buatlah Lanna.. Abang boleh buat sorang..” Ditarik berus yang berada di tangan Alanna. Setakat basuh periuk belanga ini, tidaklah menjadi hal untuk seorang lelaki.
            “Wahh... ni yang sayang abang sangat-sangat nih..” Ucapan itu memang lahir dari jiwanya yang tulus ikhlas. Dahulu ketika bercinta, memang tak pernah dia nak bersayang-sayang dengan Syed Ramli. Tapi kini berbeza... dia sudah pun memegang title isteri orang. Jadi haruslah dia melambakkan kepada Syed Ramli dengan rasa cinta yang membuak-buak. Biar Syed Ramli tak rasa kurang sikit pun...
            “Haruslah sayang.. Abang tak nak bagi sayang penat sangat.. Nanti malam karang nak guna tenaga kan.... Jadi suami isteri ni kena saling membantu..” Bahu isterinya itu ditolak dengan bahu miliknya. Hendak tahu juga respon dari isterinya itu sebab sedari tadi, tak ada pulak isterinya itu buat sketsa malu-malu. Tetap selamba je keluar dari bilik air berkemban dengan tuala. Mujur sahaja waktu itu dia sudah berwuduk, kalau tidak memang selamatlah Alanna dikerjakanya.
            “Ceh... sayang ada makna!” Tebak Alanna pula. Tahu sahaja dengan perangai tak semenggah milik si suami. Suka sangat mengenakan dirinya.
            “Bukan sayang ada maknalah... Sayang itu banyak makna..” Perkataan banyak itu sengaja ditekannkan.
            “Apa maknanya?” Tanya Alanna polos.
            “Hah... nak tahu ke?”
            “Mestilah nak....”
            “Hmm.. dia tak boleh beritahu. Sebab benda tu kena ajar.. Tak apa, malam karang abang ajar....” Jawab Syed Ramli sambil tersengih-sengih. Alanna mengigit bibir. Banyak sangat makna dalam setiap bait kata-kata suaminya itu. Tiba-tiba ada idea nakal pula yang mencelah di pinggiran akal fikiran.
            “Hmm... rasanya malam karang tak boleh kot...” Ujar Alanna perlahan. Matanya merayap di sekitar belakang dapur. Takut kalau-kalau ada anasir yang mendengar perbualan mereka berdua. Saudara-maranya bukan boleh kira sangat!
            “Hah, kenapa pulak?” Pasti isterinya sengaja hendak mempermainkannya.
            “Hmm... Lanna periodlah bang...” Alanna buat muka hampa.
            “Eh, tadi kan kita sembahyang sama-sama?” Syed Ramli mula dijengah kebuntuan.
            “Baru je kena tadi...” Alanna buat muka simpati padahal dalam hatinya sudah bergolek-golek ketawa. Sebenarnya dia sengaja menduga. Dalam pada masa yang sama, dia sendiri masih belum bersedia. Takut dan segala macam perasaan semua pun ada!
            “Alah... lama lagilah nak kena tunggu.. Ish...” Rungut Syed Ramli tak puas hati. Tapi nak salahkan siapa? Benda dah jadi... Rugi tak plan awal-awal sebelum kahwin. Lagipun, manalah dia tahu yang Alanna akan period pada malam pertama mereka!
            “Kalau macam tu, Lanna cucilah sorang-sorang.. Malam karang sayang dah rehat, jadi sekarang bagi abang rehatkan diri pulak!” Syed Ramli sudah mula bangun dari bangku kecil itu adn berjalan ke arah pintu dapur. Tingkahnya membuatkan Alanna melopong. Tak kan sampai macam ni sekali kot hampanya?
            “Eh abang... nak pergi mana tu?”
            “Nak pergi tambah sabunlah.... Tunggu kejap..” Alanna mula menarik nafas lega tika menyedari yang Syed Ramli hanya berlawak dengan dirinya. ‘Ish suami aku ni... sabar jelah..’
***
            “Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang...” Satu persatu jari jemari Alanna dikucup lembut. Menghargai bidadari yang telah diutuskan oleh Allah kepada dirinya.
            Matanya terpaut pada jam tangan yang menghiasi pergelangan Alanna. Jam tangan yang pernah dihadiahkan waktu mula-mula melamar Alanna dahulu. Memang ramai orang pelik dan tertanya-tanya... kenapa jam tangan? Kenapa bukan barang-barang kemas yang bertahtakan intan dan belian.
            “Lanna... jam awak terkena air...” Tegur Syed Ramli tika melihat Alanna laju sahaja mencuci tangannya sebelum makan.
            “Tak apa... jam ni memang boleh kena air...” Ujar Alanna sambil berlalu ke meja makan. Usai Syed Ramli mencuci tangan miliknya, dia pun ikut turut menghala ke arah meja yang menempatkan Alanna. Entah kenapa, dia terasa seperti hendak ketawa melihat jam tangan Alanna.  Dengan tali plastik, warna hitam, berjenama B.U.M, sangat-sangat tak sesuai dengan kredibiliti Alanna sebagai seorang akauntan. Nampak macam budak-budak!
            “Lanna... kenapa pakai jam ni?” Tanya Syed Ramli ingin tahu. Dia bukanlah hendak memperkotak-katikkan barang Alanna, dia cuma sekadar mengambil sikap ingin tahu. Mungkin ada sentimental value.
            “Lah... tak boleh ke?”
            “Bukanlah tak boleh... Cuma pelik. Macam tak sesuai dengan umur awak sekarang.” Jawab Syed Ramli jujur. Jam tangan Alann macam jam budak lima tahun kot...
            “Awak tahu, selepas mak dan ayah, jam ni adalah perkara yang paling penting dalam hidup saya... Harta saya paling berharga. Saya memang all the time pakai jam. Langsung tak boleh berenggang..” Jelas Alanna penuh kesungguhan.
            “Errk dua puluh empat jam...? Tak kanlah mandi pun pakai jam? Habis tu tidur, pakai jugak ke?” Dahi Syed Ramli sudah mula berkerut-kerut. Biar betul Alanna ni?
            “Eh, memang saya bawak mandi pun... Tidur pun saya pakai jam jugak! Kan saya dah cakap... jam ni penting dalam hidup saya. Tak boleh berenggang sekejap pun.. Kalau jam ni tak ada, saya rasa hidup saya ni tak lengkap!”
            Syed Ramli mula tercengang. Tak pernah dia jumpa seorang yang sangat taksub dengan jam tangan. “Jam tangan ni macam budak-budak punya.. Kenapalah tak beli yang laddies sikit. Barulah sesuai dengan tangan halus awak nih..” Komen Syed Ramli lagi.
            “Saya suka macam ni.. sempoi...”
            “Berapa harga dia ni?”
            “Hmm... harga jam tangan yang mahal tak memungkinkan manusia tu menghargai masa kan.. Alah, asal suka, asal boleh guna, asal cantik tu pun dah cukup memadai bagi saya. Awak kan tahu yang saya ni bukan seorang yang memilih pun!” Terang Alanna lagi sambil tetap menyuakan nasi ke mulut. Hanya Syed Ramli yang masih termanggu sendiri. Tak tahulah sama ada terlebih fikir atau pun terlebih pelik!
“Antara jam dengan saya, mana lebih penting?” Hampir-hampir sahaja Alanna tersedak mendengar soalan Syed Ramli itu.
            “Apa punya soalan der.... awak tu manusia! Jam ni benda... Haruslah dua perkara yang berbeza dan pastilah dua makna yang tak sama!” Jelas Alanna kebingungan.
            “Lah, nama pun soalan kan... mestilah kena ada jawapan. Tak kira... saya nak tahu jugak... Cepat jawab!” Paksa Syed Ramli keras. Soalan senang macam tu pun Alanna tak boleh jawab ke?
            “Jam kalau mati, boleh beli lain... Walaupun mungkin tak sama, tetap boleh ganti. Tapi kalau awak tak ada.... apa susah, cari jelah lelaki lain. Kumbang bukan seekor kan..”  Kali ini giliran Alanna pulak yang mengusik.
            “Lanna...!” Ini yang Syed Ramli nak angkat sepanduk merajuk nih!
            “Jap... jap... jangan merajuk lagi...” Tangan Alanna sudah buat gaya seperti menahan Syed Ramli dari meneruskan niatnya. Dalam hatinya rasa nak berguling dengan sikap Syed Ramli ini.
            “Saya tak boleh puji lelaki lain Am... nanti bakal suami saya marah!”
            “Lanna.... awak ni kan...” Bengang betul Syed Ramli dibuatnya.
            “Okay-okay... Am, awak sama-sama penting dengan jam nih. Kalau jam mengajar manusia untuk menghargai masa, awak pula mengajar saya erti sebuah kasih sayang. Merobohkan prinsip-prinsip yang selama ini saya pertahankan. Jam ni walaupun murah, tapi sangat penting dari segala intan belian... Macam tu jugak dengan awak, walaupun awak mungkin banyak cacat celanya, awak tetap terpenting pada saya.” Luah Alanna perlahan sahaja.
Jadi sejak saat itu, Syed Ramli bertekad untuk meminang Alanna dengan jam! Dia ingat Alanna faham! Rupa-rupanya waktu itu otak Alanna bukan main biul lagi. Maklumlah, orang tengah merajuk! Mana larat nak fikir positif lebih-lebih.
 “Jam ni adalah simbolik cinta kita... Jam mengingatkan kita tentang masa... Jadi setiap saat kita akan menghargai antara satu sama lain macam kita menghargai masa!” Bisik Syed Ramli perlahan. Bibirnya dilabuhkan di dahi Alanna.
            Alanna menyembunyikan senyum di dada bidang milik Syed Ramli. Sungguh, waktu diterangkan tentang motif pemberian jam tangan itu, dia memang hampir-hampir hendak menangis lagi.
            “Tidurlah yang... dah lewat sangat dah nih...” Suruh Syed Ramli sambil membaringkan Alanna. Malah tangannya tidak lepas dari memeluk pinggang isterinya itu. Sebuah kucupan lembut singgah di dahi isterinya. Rasa tenang menjalar di pinggir jiwa.
            Alanna mula mengigit bibir. Dalam hatinya mula diserang rasa bersalah kerana menipu sebentar tadi. Dia sebenarnya bukanlah dalam keadaan uzur. Tak tahulah pulak yang Syed Ramli benar-benar percaya. Mungkin dia patut membiarkan malam ini berlalu begini. Rasa tenang sahaja berada di dalam pelukan seorang yang sudah halal di sisi agama. Tapi tiba-tiba dia takut... Takut kalau tidurnya malam ini dilaknat oleh Allah kerana berbohong kepada suami.
            ‘Ish... tak kanlah hari pertama jadi isteri dah nak kutip point-point dosa kot?’ Bisik Alanna kepada diri sendiri.
            “Abang...”
            “Hmm..”
            “Saya minta maaf...”
            “Abang maafkan...”
            “Erkk.. abang tahu ke untuk kesalahan apa?” Dahi Alanna sudah berkerut. Dari mana pula suaminya ini tahu? Ke buat-buat tahu sahaja?
            “Abang tahu yang Lanna tak uzur kan.. Sebab abang nampak sayang alihkan Al-quran yang dijadikan hantaran tadi. Tak apa.. abang maafkan.. Mungkin dulu abang suka memaksa, tapi sekarang Lanna dah jadi isteri abang.. Darjat Lanna dah tak sama macam dulu.. Jadi abang kena hormat pendirian Lanna.. Kena hargai seorang isteri. Lagipun, abang tak akan paksa dalam bab-bab nih..”
Syed Ramli sebenarnya memang tahu yang Alanna berbohong. Tapi dia memang sengaja memberikan kemenangan terhadap Alanna. Dia ingin Alanna tahu yang dia berkahwin dengan Alanna bukan kerana nafsu semata-mata.
            “Abang...” Tangan Alanna segera mencapai tangan milik Syed Ramli. Malu kerana trang tang tang kantoi menipu dengan suaminya. Tapi yang dia pelik, Syed Ramli langsung tidak memaksa seperti dahulu. Lelaki itu bertukar menjadi seorang yang sangat memahami. Tidak seperti waktu mereka bercouple dulu.
            Dikucup lembut tangan milik Syed Ramli. Kemudian bibirnya mengucup dada milik Syed Ramli. Dia berbangga bersuamikan Syed Ramli. Lelaki yang penuh cacat celanya. Tapi penuh dengan tarikan menggoda jiwanya. Moga perkahwinan ini akan menyempurnakan diri mereka ke arah kebaikan.
            “Kalau Lanna goda-goda abang macam ni... Mungkin abang terpaksa tarik balik niat abang nak suruh Lanna tidur tu..” Tangan Syed Ramli sudah mula merayap di sana-sini. Suaranya juga sudah kedengaran lain macam. Alanna hanya ketawa manja. Sungguh, dia sendiri tidak mampu menidakkan hak seorang suami lagi.
Atas perasaan anugerah Ilahi, Alanna redha menerima seadanya. Kerana Syed Ramli adalah suami yang sangat dicintai. Dia ingin menjadi pelengkap hidup Syed Ramli. Menjadi seorang wanita yang menjadi penyejuk mata seorang suami. Bidadari hati di dunia dan biadari di Syurga nanti.
***
            Alanna mengigit bibir. Permintaan dari suaminya tadi benar-benar membuatkan Alanna kebuntuan. Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Kusut!
            “Berat sangat ke permintaan abang tu?”
            “Tak berat pun...” Nada suara Alanna mula diserang serba salah.
            “Habis tuh.. yang muka ketat sangat tu kenapa?” Ditarik badan isterinya supaya duduk di atas ribanya. Pinggang isterinya dipeluk kejap! Bahu isterinya dikucup lembut. Terasa manis saat menghabiskan masa berbulan madu di Cameron Highlands ini. Dalam banyak-banyak tempat, kat cerok ni jugak yang isterinya hendak pergi. Bila orang ajak ke luar negara, dia sibuk takut nak naik kapal terbang!
            “Lanna rasa tak perlu macam tu kot...” Alanna mula fikir ayat yang paling sesuai untuk membantah. Jemarinya sudah mula bermain di sekitar leher suaminya. Kalau nak suami cair dengan pujukan isteri, lenggok badan, haruslah tangkap lentok. Baru jerat mengena.
            “Lah.. macam yang abang cakap tadi, abang tak kisah kalau Lanna nak kerja.. Tapi Lanna  kena kerja dengan abanglah... Lagipun, bahagian akaun abang tu dah lama kosong. Jadi tak perlulah nak kerja makan gaji dengan abang daddy lagi..” Kalau boleh, dia tidak mahu berenggang dengan Alanna. Dia mahu Alanna dua puluh empat jam ada di hadapan matanya. Lagipun, hatinya risau jika hendak membenarkan Alanna bekerja bersama abang daddy, bimbang nanti ada sahaja client abang daddy yang akan masuk jarum!
            “Alah... Lanna dah senang kerja dengan abang daddy... Bolehlah... bagi Lanna kerja dengan abang daddy eh?” Pujuk Alanna lagi.
            Syed Ramli mengeluh perlahan. Pelukan kejap di pinggang mula dirungkaikan. Dia mengarahkan Alanna agar bangun dari ribaannya. Alanna mula diserang angin kerisauan. Risau dengan angin mood suaminya itu. Sudahlah mereka masih berada di dalam mood berbulan madu. Karang bulan hempedu pulak jadinya!         
            Syed Ramli membawa langkahnya ke pintu slinding door yang tertutup. Langsir yang menutup cahaya mentari itu mula diselak ke tepi. Tangannya disilangkan ke badan. Tak faham dengan sikap keras kepala Alanna tadi.
            “Abang....” Badan suaminya dipeluk dari belakang. Dengan sedikit teragak-agak, bibirnya mencium belakang badan suami yang terdedah tanpa baju itu. Orang sejuk nak mati, suaminya itu boleh tak berbaju. Kulit spesis apa entah? Tapi Alanna tak mampu menipu yang dia selesa berada di dalam pelukan Syed Ramli. Hangat membakar rasa.
            Perlahan-lahan dipusingkan badan suaminya. Sebuah senyuman manis dilemparkan kepada Syed Ramli walaupun wajah suaminya itu masam mencuka sahaja.
            Kedua belah tangannya mula memaut tengkuk Syed Ramli. Nak memujuk, haruslah ada teknik yang tepat! Wajahnya mendongak memandang si suami yang tinggi itu. Namun tubuh suaminya itu langsung kaku terpaku sendiri. Malah dia langsung tidak memandang ke arah Alanna. Merajuk persis anak kecil!
            “Abang... boleh rapat sikit tak.. Lanna sejuklah...” Suara memang tahap mengoda gila. Sengaja ingin mencuit ketahanan mental suaminya itu. Hendak tak hendak, terpaksa Syed Ramli membalas pelukan isterinya itu. Kasihan pula melihat Alanna yang sedikit menggigil kesejukan itu.
            “Lanna bukan tak mahu kerja dengan abang... Cuma Lanna rasa, susah kalau suami dan isteri nak kerja bawah satu bumbung...” Alanna mula menghuraikan mukadimah.
            “Orang lain boleh je...” Bantah Syed Ramli menolak kenyataan Alanna.
            “Cuba jangan menyampuk waktu orang bercakap!” Marah Alanna. Namun marah-marah manja sahaja.
            “Okay.. susah kalau kita kerja sebumbung, nanti masalah di pejabat, bawak balik ke rumah! Masalah rumah, bawa ke pejabat! Habislah kacau semua bang...” Sambung Alanna lagi.
            “Kita kan dah dewasa... Dah terlalu besar untuk handle masalah simple macam tu Lanna..” Pangkah Syed Ramli lagi.
            “Yup.. mungkin kita dah dewasa.. Dah bijak nak berfikir secara matang. Tapi manusia sering lupa pada tekanan yang akan kita hadapi. Abang nak ke, kita gaduh-gaduh dekat pejabat, lepas tu kacau mood kat bilik tidur kita tuh.. Tak pun ada masalah dekat rumah, lepas tu terbawa-bawa emosi sampai ke pejabat! Lanna tak mahulah macam tuh... Biarlah kta berjauhan sikit. Baru kita kenal erti rindu...”
            Alanna main taram sahaja kasi ayat yang cair-cair sikit. Jika mengena, dia juga yang untung. Kalau tidak, dia pasti akan membutuhkan keringat akal fikirannya lagi. Ke kena guna taktik lain? Hmm...
            “Yalah.. yalah... abang izinkan sayang kerja dengan abang daddy. Tapi kena janji dengan abang, tak boleh nakal-nakal tau!” Alanna rasa macam hendak tergelak apabila melihat telatah Syed Ramli tika ini. Kebudak-budakkan betul!
            “Ya.. Lanna janji, Lanna hanya akan nakal-nakal dengan abang sorang jeh!” Tutur Alanna manja.
            “Cuba tunjuk sikit cara nakal tuh...” Sejurus selepas ayat Syed Ramli yang terakhir itu, terus Alanna menarik kepala Syed Ramli agar menunduk sedikit. Terus bibirnya meragut bibir kepunyaan milik suami. Tersentak Syed Ramli dibuatnya. Langung tidak menyangka dengan tindakan spontan isterinya. Namun kucupan itu tetap dibalas mesra.
            “These lips will never tell lies to you.. This heart will never love anyone but you… This love is only for you… my forever and ever…” Bisik Alann mesra. Merantai hati Syed Ramli agar tidak terus berfikir yang bukan-bukan lagi. Masa dia hendak curang dengan suami setampan Syed Ramli. Dia sudah memiliki yang terbaik, jadi untuk apa dia berpaling ke arah lain lagi?
            Syed Ramli tersenyum bangga! Dahulu, Alanna liat dalam melahirkan rasa kasih dan sayang. Tapi kini isterinya telah membuktikan yang cinta dan kasih yang sebenar hanyalah milik seorang lelaki yang bergelar suami sahaja.
***
            Syed Ramli meletakkan tangan kanannya di bahu milik Alanna. Kembali teruja untuk menonton wayang di rumah. Lampu rumah sengaja ditutup. Untuk menyempurnakan lagi mood menonton.
            “Abang...”
            “Hmm..”
            “Perlu ke kita tutup semua lampu?” Tanya Alanna sambil memandang ke sekeliling dengan perasaan takut-takut. Dia memang takut gelap. Kalau tidur pun, kena pastikan yang dia tidur dahulu, barulah boleh tutup lampu. Kalau tidak jangan harap boleh dapat tidur.
            “Lah, memang sebelum ni kita tutup lampu kan...” Bidas Syed Ramli sambil matanya tidak lepas dari memandang ke skrin besar di hadapan mereka. Memang sengaja dia memasang projektor untuk menonton. Barulah puas sikit skrin besar.
            “Tapi sebelum ni cerita romantik... Ni cerita hantu... Lanna takutlah...” Alanna sudah mula merengek manja. Hampir dua bulan menjadi isteri Syed Ramli, dia sudah terbiasa bermanja dengan suaminya. Apatah lagi bila mereka berdua berpindah di rumah sendiri. Lagilah dia sengaja gedik nak mengada-ngada. Tapi yang buat dia terharu ialah, Syed Ramli terus melayan tanpa cakap banyak. Kasih dan cintanya makin melimpah ruah buat seorang suami.
            “Alah... biasa abang teman tengok cerita Lanna.. Kali ni temanlah abang pulak tengok cerita hantu... Lagipun, Lanna kan kalah cabaran pagi tadi..” Komplen Syed Ramli.
Selepas berkahwin ni, baru dia tahu yang Alanna ni terlalu liat nak bangun tidur! Kalau bangun tu kena berkejut.. Jangan harap yang Alanna akan bangun sendiri walaupun dibantu oleh jam loceng. Jadi semalam dia telah mencabar isterinya itu, kalau isterinya itu bangun selepas Syed Ramli, jawabnya dia akan didenda untuk menonton cerita seram bersama.
Dia tahu sangat dengan perangai penakut isterinya itu. Sebab itu dia nak mengajar Alanna agar tidak terus-menerus melayan rasa takut dan menjadi berani sedikit. Tak banyak pun, sikit pun jadilah dari penakut macam sampai tahap macam ni sekali. Kalau nak pergi dapur tu, semua lampu pun dia bukak. Kalau dia outstation atau balik malam, pasti hatinya bimbang membiarkan Alanna sendirian.
Tanpa disuruh, Alanna sendiri yang memeluk tubuh tegap milik Syed Ramli. Wajahnya disembamkan di bahu milik suaminya. Saat hantu mengilai-ngilai, dia terus menutup telinganya.
“Lanna... cuba berani sikit..” Tegur Syed Ramli sambil mengeluh.
            “Abang.. pleaseeee...”
            “Eh.. tak boleh! Denda tetap denda...” Si suami sengaja mengeraskan suaranya. Alanna bukan boleh kira.. Pandai benar memujuk hatinya dan sebagai suami yang senang digoda, dia pasti akan terpedaya.
            “Lanna sanggup kena denda apa sahaja bang... tapi bukan dengan tengok cerita hantu macam nih.. Nanti esok kalau abang tak ada, mesti Lanna teringat-ingat... Please bang.. please... tukar denda eh?” Pujuk Alanna sambil menarik wajah Syed Ramli agar memandang wajahnya. Biar suaminya itu fokus memandang wajahnya yang disinari cahaya sinaran skrin projektor.
            “Betul ni apa-apa denda je?” Suara Syed Ramli sudah mula berbaur nakal.
            “Apa sahaja... nak suruh masak, kemas rumah, mop lantai, ambil turn basuh pinggan.. Lanna tak kisah! Abang nak gantikan denda yang mana?” Tanya Alanna sedikit teruja apabila sudah mendapat tindak balas positif dari suaminya itu. Setelah menjadi isteri Syed Ramli, dia makin mengenali jiwa lelaki itu. Mudah nak faham kalau kena dengan gaya!
             Punggung Syed Ramli mula bangun dari duduknya. Tanpa menunggu respon daripada Alanna, terus dia mencempung tubuh milik isterinya itu sehingga Alanna menjerit kecil.
            “Dendanya... kena overtime dengan abang malam nih!” Bisik Syed Ramli di telinga Alanna.
            “Lah... denda macam tu je ke? Tak mencabar langsung!” Tangannya terus dilingkarkan di tengkuk milik suaminya itu.
            “Oh.. belagak eh sekarang...” Dicuit hidung Alanna. Geram dengan kenakalan Alanna itu.
            “Mungin betul cakap Lanna.. Single makes simple... Couple makes trouble.. but you known something? Married makes perfect!” Bisik Syed Alanna lembut sebelum bibirnya jatuh di leher jinjang milik Alanna.
            “Dialog filem mana lagi abang cilok nih...” Usik Alanna sambil ketawa kecil.
            “Dialog cinta kitalah... hmm.. nak tahu apa yang lebih best tak?”
            “Apa dia?”
            “Practice... makes perfect... So, kenalah practice selalu, barulah perfect!” Alanna ketawa mendengar kata-kata kiasan milik suaminya. Otaknya belum daif lagi untuk tidak mengerti makna disebalik yang tersurat.
            “Opsss.. sebelum apa-apa, sila tanggalkan jam tangan Lanna tuh..” Sekali lagi Alanna tergelak saat menyambut teguran daripada suaminya itu. Kadang-kadang, Syed Ramli dapat merasakan yang dia terpaksa bermadu dengan jam tangan Alanna itu. Tapi dah memang habit isterinya, dia pun tak punya kuasa untuk menyekat. 
***
            Tuala kecil berwarna merah jambu itu Syed Ramli letak di atas dahi milik isterinya. Kasihan melihat Alanna yang muntah-muntah sedari malam tadi lagi. Jujur dia insaf! Insaf apabila mengenangkan betapa peritnya penderitaan seorang isteri ketika di awal usia kandungan.
            “Lanna... bangun makan... Abang ada masak bubur nih...” Arah Syed Ramli lembut. Betapa gembiranya dia tatkala mendapat berita yang Alanna mengandung. Meloncat-loncat persis anak kecil yang gembira mendapat gula-gula. Tapi kini, dia pula naik risau apabila melihat Alanna yang langsung tak lalu untuk makan.
            “Lanna tak lapar... Lanna tak ada seleralah bang..” Jawab Alanna sambil terus memejamkan matanya.
            “Lanna... dah seminggu tau tak makan.. Tak kasihan kat baby ke? Tak kasihan kat abang yang penat-penat masak nih?” Pancing Syed Ramli sambil buat muka kasihan.
            Perlahan-lahan Alanna membuka matanya sedikit. Rasa sayu pula apabila mendengar suara Syed Ramli itu. Sejak dia disahkan mengandung, memang Syed Ramli menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Langsung tak ada kekurangan. Apalah salahnya kalau dia menghargai penat lelah suaminya itu.
            “Abang suap eh?” Pinta Alanna sambil bersandar ke kepala katil. Kepalanya memang berdenyut-denyut. Sudah hampir sebulan dia mengalami alahan yang sangat teruk! Badan rasa lemah sahaja. Kata Puan Hamidah, emaknya dahulu pun begini juga. Mungkin sudah keturunan keluarganya.
            Baru sahaja sesuap bubur menjengguk ke dalam anak tekaknya, dia sudah mula merasa loya. Langsung tak boleh nak hadam.
            “Ish... tak boleh lah bang...”
            “Kesiannya isteri abang...” Dipaut bahu milik isterinya itu. Dia sanggup menanggung keperitan milik isterinya tapi sungguh dia tidak tegar untuk melihat penderitaan Alanna. Rasanya cukuplah kalau mereka punya seorang anak sahaja.
            “Tak apa bang... Inilah dinamakan pengorbanan. Selagi kita belum tanggung, kita tak akan rasa bebannya. Jadi inilah peluang Allah nak bagi kita rasai apa yang pernah mak ayah kita rasa dulu kan... Supaya kita lebih hargai jasa mereka membesarkan kita.” Syed Ramli tersenyum sahaja menyambut kata-kata Alanna. Memang betul apa yang isterinya katakan. Selagi belum rasa, tak akan tahu bebanannya!
            “Abang risau tengok sayang...” Luah Syed Ramli lagi. Ditarik tubuh isterinya agar dekat dengan badanya. Sebuah kucupan lembut hingga di ubun-ubun isterinya.
            “Tak apa... mak cakap ini untuk tiga bulan pertama je.. Nanti akan kembali normal..” Alanna memang sentiasa berfikiran positif. Lagipun rasa sakit ini akan membuatkan kita lebih dekat dengan Yang Maha Esa. Sakit ini juga adalah penyembuh dosa. Biarlah dia merasai dan menikmati kurniaan dari Ilahi ini dengan senyuman.
            “Okay... mungkin sayang tak ada selera nak makan bubur tu.. Tapi abang goreng special punya untuk sayang. Jeng jeng jeng... kaki ayam celup tepung!” Syed Ramli menayangkan sepinggan kaki ayam yang sudah siap bergoreng.
            Mata Alanna mula terbeliak. Entah kenapa dia mula rasa loya lagi. Terus ditutup mulutnya.
            “Eh... tak nak ke? Sedap nih...” Terus dicapai kaki ayam tersebut dan disua ke mulutnya. Namun tiba-tiba dia tersedar. ‘Sejak bila pulak aku makan kaki ayam ni?’ Alanna juga ikut turut tergamam melihat tingkah suaminya itu. Dulu bukan main lagi.. Siap termuntah-muntah. Tapi kali ini dia pula yang rasa hendak muntah.
            Mulutnya ditekup dengan tangan. Kakinya sudah mula diturunkan ke lantai. Dia benar-benar ingin ke bilik air. Memuntahkan rasa loya yang menghurung tekak. Namun rasa loya itu tidak dapat ditahan lagi. Terus sahaja dia termuntah di birai katil itu. Namun apa yang membuatkan dia hendak menangis ialah, Syed Ramli sempat menadah muntahnya.
            “Nak muntah lagi?” Tanya Syed Ramli prihatin. Langsung tidak terkesan riak geli di wajahnya. Alanna yang terkejut terus menggeleng perlahan. Melihatkan gelengan Alanna, terus Syed Ramli bangun menuju ke bilik. Usai membasuh tangannya, terus dia mendapatkan Alanna yang sedang menangis.
            “Lah... kenapa Lanna nangis?” Baru je punggung mencecah tilam, terus Alanna memeluknya erat. Menghamburkan tangisnya.
            “Lanna.. ibu mengandung tak boleh cengeng-cengeng... Nanti lekat kat anak.. Susahlah abang nak pujuk dua-dua orang nanti..” Usik Syed Ramli sambil mengusap lembut belakang badan Alanna.
            “Lanna mintak maaf... Lanna banyak susahkan abang...” Lirih sahaja suara Alanna dalam menyatakan rasa terkedunya dengan perlakuan Syed Ramli tadi. Sejak berkahwin, Syed Ramli nyata berubah seratus-peratus. Tidak pernah sekali pun dia dimarahi atau ditengking seperti dahulu. Kalau pun dia salah, Syed Ramli akan menegurnya dengan lembut sahaja.
            “Sesusah mana pun abang... Lanna lagilah susah.. Abang sedar yang bukan senang nak bawak satu nyawa sayang.. Bukan mudah nak alami alahan macam nih.. Tapi abang tengok Lanna cool jeh.. Sabar je.. Jadi kesabaran Lanna tu mengugat hati abang. Abang rasa yang abang perlu jadi lebih baik lagi untuk seorang isteri yang baik untuk Lanna. Percayalah, tak ada pernah sekelumit pun abang rasa susah untuk layan Lanna. Malah abang bersyukur sebab Allah kurniakan Lanna sebagai isteri abang..”
            Perlahan-lahan, Syed Ramli mula melonggarkan pelukan. Ditepis air mata yang menghiasi wajah Alanna. Dia perasan, semenjak mengandung ini, wajah Alanna makin berseri-seri. Makin sedap mata memandang. Makin meruntum jiwa seorang suami.
            “Jangan nangis dah... Minum air sikit..” Gelas yang berisi minuman itu Syed Ramli sua ke mulut isterinya.
            “Abang...”
            “Hmm..”
            “Abang bukan tak makan kaki ayam ke?” Tanya Alanna pelik. Dipeluk badan suaminya itu. Telingannya seakan-akan dapat menyambut detak detik jantung milik Syed Ramli.
            “Itulah abang pelik.. Tadi memang tindakan spontan.. Abang jadi suka, Lanna pulak yang jadi tak suka. Penangan baby kitalah tuh...” Entah betul atau tidak, dia sendiri tak tahu. Tapi apa yang dia boleh agak, kandungan Alanna mengajar mereka untuk lebih berkongsi. Tak kiralah kasih sayang ataupun dari segi kesukaan. Inilah rahmat dan kasih sayang kurniaan Ilahi yang dikurniakan kepada sepasang suami isteri yang telah halal di sisi syarak.
            “Bilalah baby nak keluar... Tak sabar nak meriahkan lagi keluarga kita.” Ujar Syed Ramli penuh keterujaan. Alanna cuma tersenyum sahaja.
            “Hmm... nak letak nama apa ya nanti?” Tanya Syed Ramli tiba-tiba.
            “Yang pasti, nama tu bukan nama tok kadok zaman batu...” Perli Alanna sambil ketawa.
            “Amboihh... perli abang ya.. Walaupun nama abang lapuk, tapi Ramli ni jugak yang Lanna sayang kan.. Lagipun, romantik dan skill abang tetap terbaik kan..” Sempat lagi Syed Ramli membanggakan diri sendiri. Alanna tumpang ketawa sahaja. Tidak mampu menangkis lagi kerana Syed Ramli memang lelaki yang penuh romantis.
Romantis itu… ketika dia mencintaimu dengan seluruh hidupnya.. dia menenangkanmu saat langit seakan menimpamu dan membuatmu nyaman ketika gunung batu seperti jatuh ke tubuhmu… Dia memuji kebaikanmu… menegur kesalahanmu.. dia mengatakan segala yang manis.. melakukan segala yang menyenangkan.. setia bahkan saat kamu melirik yang lain, menepati semua janji walau kamu sering bohong… mengampuni saat kamu salah.. dia rela memberikan segalanya untumu.. bahkan nyawa sekalipun.. itulah cinta Syed Ramli. Moga perkahwinan ini terus berkekalan hingga ke Syurga.

p/s::: saya sedar yang kelemahan berada di mana-mana.... sana-sini situ semuanya ada.. cerita ni memang minor konflik... just buat memang untuk enjoy2...untuk korang melepas lelah melepak di sini.. hope korang terhibur dan mampu menerima cerita yang ala kadar nih... saya menulis dengan mood berterabur.. nak2 bila jerman kalah... tapi tetap gagahkan jiwa untuk menulis demi janji yang telah dipatri... sayang korang2 semua.... maafkan segala khilaf... =)