Hidup
ini memang tidak mudah. Namun tidak pula hidup ini diciptakan untuk menyusahkan
manusia. Adatlah kalau ada masalah. Itu tugas manusia untuk menggalasnya.
Tanggungjawab manusia untuk menanggungnya. Nama pun khalifah di muka bumi ini,
jadi haruslah disertakan dengan ujian dan dugaan. Kalau nak senang, tunggu
masuk Syurga nanti la. Itu pun, perlu
berhadapan dengan arus gelombang akhir
zaman ini.
Alanna
menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang sedari tadi terletak cantik,
mula berserabai apabila tangannya asyik gatal menguaknya. Ya, memang habit
buruk bila ada masalah. Pasti rambut menjadi mangsanya!
Kak
Didi yang berada di sebelah partition itu sibuk bergaduh dengan teman
lelakinya. Itu yang menambahkan keserabutan dirinya.
Alanna
mula mendengus geram. Berterabur semua konsentrasinya hendak bekerja. ‘Dia
orang ni tak penat ke dua puluh lima jam bertekak! Aku yang dengar ni yang naik
pekak!’ Keyboard di tekan kuat ketika memasukkan maklumat ke dalam sistem UBS.
Tanda protes! Harap sangat yang kak Didi faham!
“Huh,
stress!!!” Pekik kak Didi lantas mencampakkan telefon beruk bekengnya (black
berry) ke atas meja.
“Lanna, kau jangan lah bercinta! Buat sakit hati
sendiri jeh!”
Balik-balik itulah nasihat yang diberikan
oleh kak Didi. Tapi tak pernah pula Alanna mendengar kak Didi hendak berhenti
bercinta dengan teman lelakinya itu! Itulah perangai perempuan... Suka cakap
tak serupa bikin! Sedangkan perempuan sama perempuan pun susah nak faham, ini
kan pulak kaum Adam.
“Habis
tu, kenapa masih bercinta kalau hanya menyakitkan?” Mulut Alanna homeh
bertanya.
“Akak
lain... Akak dah terlanjur....” Belum sempat kak Didi menghabiskan ayat, Nur
Alanna sudah menjerit kuat.
“Hah!
Astarfirullahalazim.... akak.. akak... kenapa sampai boleh jadi macam ni? Tak
ingat dosa pahala ke?” Alanna mula rasa bengang. Sungguhpun dia bukan gadis
alim atau warak, itu tak bermakna dia melakukan perkara-perkara yang dikeji
tuhan!
“Akak
tak habis cakap lagilah!” Muka kak Didi sudah memerah. Segan pula kerana
diceremah sebegitu rupa oleh budak berambut coklat ini.
“Habis
tu apa?”
“Akak
dah terlanjur sayangkan dia.. Ish, orang belum habis ayat, dia dah menyampuk!”
Kak Didi sendiri tak pasti sama ada dia perlu marah atau dia harus gelak untuk
melayan karenah Alanna.
“Oh...
cakaplah terlanjur cinta.. Buat saspen je akak ni...” Alanna dah tak tahu nak
buat gaya apa lagi. Malu pula kerana tiba-tiba menyerbu orang dengan ceramah
sedangkan diri sendiri masih terkapai-kapai dilambung ombak dunia.
“Tulah...
lain kali jangan dengar separuh-separuh... lepas tu faham suku je dari yang
separuh tu.. Mana tak jahanam kau punya otak Lanna..” Marah kak Didi sendikit.
Tadinya geram juga dengan ayat selamba Alanna tapi apabila melihat segaris
senyuman sumbing Alanna itu, terus hilang amarahnya.
“Sorry
kak.. lain kali tak buat lagi!” Kedua belah tangan mula dirapatkan. Buat gaya
mohon pengampunan.
“Tak
boleh nak salahkan kau... kau pun kecik lagi!”
“Haipp...
badan je kecik, umur dah besar kak...” Tidak suka bila orang memanggilnya
kecik! Dia bukannya kecik sangat pun... Cuma mempunyai bentuk badan yang comel
ala-ala budak sekolah!
“Yalah...
akak tahu kau dah besar.. Sebab tu akak nak share masalah dengan Lanna nih...”
Kak Didi sudah mula bangun nak menghala ke arah tempatnya. Hari ini, memang
sangat beruntung, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di pejabat.
Rakan-rakan sekerja yang lain semuanya outstation!
‘Kak
Didi ni mesti nak ambil kesempatan meluahkan perasaan time abang daddy tak ada
nih...’ Keluh hati Alanna. Dia sudah penat untuk mendengar masalah yang sama
berulang kali! Oppsss, abang daddy ialah gelaran untuk bos mereka iaitu Tuan
Maliki yang sudah pun mencapai angka lima puluh tahun tapi masih kelihatan muda
dan segak!
“Masalah
apa lagi kak?”
“Abang
zaidi kamu tulah....” Bila mendengar sahaja nama abang Zaidi, terus Alanna jadi
muak! Kan dah cakap... pasti masalah yang sama! ‘Apalah kak Didi nih... PM kita
tu sibuk fikir masalah negara, akak yang duk fikir masalah bercinta yang tak
pernah selesai.. cubalah majukan otak tu sikit...’ Bebel Alanna di dalam hati.
Alanna
mendengar sambil buat muka tak berdosa. Telinga kiri mendengar, lubang telinga
kanan terus menghalau pergi maklumat yang sudah basi di dalam otaknya itu.
Bukan dia tidak mahu alert dengan masalah kak Didi, tapi otaknya ini bukan peti
ais untuk disimpan stok makanan mentah banyak-banyak. Banyak lagi ruang di
benaknya yang perlu disimpankan untuk memproses maklumat akaun...
“Lanna,
kamu dengar tak apa yang akak cakap ni?” Sergah kak Didi apabila melihat Alanna
sedikit melopong. Anak matanya bergerak di kiri dan kanan. Tak fokus langsung!
“Dengar
kak... abang Zaidi ada skandal dengan perempuan lain kan...”
“Iyalah...
Sakit hati akak..” Dadanya ditepuk sedikit! Menggambarkan kesakitannya.
“Akak
yang cemburu sangat kot...” Bukan Alanna tidak tahu dengan sikap kak Didi yang
membabi buta cemburunya. Abang Zaidi itu sikit punya baik lagi.. Kalau datang
pejabat, siap tunduk ke bawah. Punyalah tak nak pandang pada staf perempuan di
pejabat ini. Takut sangat digelar mata keranjang dan dituduh bukan-bukan oleh
kak Didi. Stok macam tu, memang boleh buat suami! Apa lagi yang kak Didi tak
puas hati lagi?
“Mana
akak tak cemburu... dia tu ramai sangat peminatnya... Susah betul dapat pakwe
handsome nih!”
Ini
lah masalah kaum hawa yang sebenar. Bila dapat yang handsome, selalu makan hati
sebab takut kekasih hati kena rembat! Kalau tahu jenis kaki cemburu, baik cara
yang sedap memandang... Ala-ala Remy Ishak pun okay kot... Biarlah kalau orang
nak cakap dia hero bangla sekalipun! Asalkan jadi hero di mata sendiri sudahlah...
Tak payah nak tamak sangat... Makan sendiri, simpan sendiri, tengok sendiri!
Yang penting tak makan hati!
“Dugaan
orang bercinta kak... mana ada orang bercinta yang tak ada masalah! Kalau tak
nak ada masalah remeh-temeh ni, jadilah single macam saya! Hidup di tangan
sendiri.. Tak perlu nak hentak-hentak kepala fikir masalah pakwe ramai
peminat.. jadi single pun happy apa?”
Selama
dua puluh lima tahun dia hidup, sungguh dia berbangga jadi single. Simple dan
happy je. Tak payah nak pikul masalah sangat! Bukanlah bermakna tak ada
masalah... tapi boleh tolak tepilah soal perasaan jiwa-jiwa nih! Otak yang
sedia ada ni fikir masalah nak bayar loan kereta, loan mak bapak yang
tertunggak tuh, loan nak beli rumah lagi... Hah, tak ke naya kalau bercinta
kalau tak reti nak handle perasaaan.
“Betul
lah prinsip kau tu dik... Couple make trouble lah...”
Alanna
tersengih. Suka kalau orang mengiakan prinsip hidupnya itu. Single make simple,
couple make trouble. Tapi kalau orang menidakkan pun, apa dia kisah! Matlamat
hidup orang tak sama... jadi jangan fikir manusia akan fikir benda yang sama
dengan kita!
“Habis
tu, nak jadi single ke?” Duga Alanna sengaja. Nak tahu jugak jawapan dari kak
Didi itu.
“Tu
yang susah Lanna....” Keluh kak Didi lagi. Alanna mengelengkan kepala, kak Didi
memang banyak sangat mengeluh. Sebab tu makin penat nak hadap masalah yang
sama.
“Apa
yang susah kak? Take it easy yooo.... Susah atau senang, semua di tangan ktia.
Kita just pilih... dan hati wajarlah merelakan keputusan kita tuh..” Perghh,
kalau tang nasihat orang, macam bagus-bagus je minah Nur Alanna nih. Padahal
diri sendiri kadang-kadang berjalan tempang. Ada hati nak pinjamkan tongkat
pada orang. Diri sendiri rambut serabai, ada hati nak sikatkan rambut orang!
Adeihh..
“Akak
dah tua Lanna... Akak nak berkeluarga. Kalau akak putus dengan abang Zaidi,
akak risau tak dapat calon yang sesuai.. Yang kena dengan kepala akak..yang
boleh faham akak. dan takut kalau dapat calon yang tak sehandsome abang Zaidi
kau tuh!”
Alanna
mula menepuk dahi. Macam tu pun ada ke? Aduhai... manusia akhir zaman betul!
Bukan nak fikir abang Zaidi tu boleh bimbing ke akhirat nanti? ‘Ngeee.. bercakap
macam pegang title ustazah jeh aku nih!’
“Dah
ler kak.. tak kemananya abang Zaidi tuh! Akak tu sila lah kawal tahap cemburu
yang mengaban tuh.. dan sila balik ke tempat akak.. Saya nak key in account
nih. Esok abang daddy nak reveiw!” Akhirnya, Alanna sendiri yang membuat
kesimpulan sendiri. Kalau layan topik kak Didi yang meraban tuh, sampai bulan
mengambang pun tak habis lagi. Biasalah kalau perempuan, dapat topik remeh pun,
ceritanya tetap panjang berkajang-kajang.
“Alah,
kau boleh lah cakap macam tuh... kau tu dah lah cantik, muda lagi.. Sekali petik
berduyun datang.. akak ni dah tua.. dah dikira second hand dah..!”
Tanpa
fikir panjang, Alanna terus ketawa besar! Apa punya falsampah lah yang kak Didi
buat tu? Begau otak jadinya...
“Kak,
cinta tu tak kira tua... tak kira muda... tak kira cantik, tak kira handsome...
tak kira kaya, tak kira miskin.... sebab cinta tu bukan macam akaun yang kena
ada debit kredit... Tapi cinta tu kadang-kadang macam sains yang kena ada
proses dimalarkan, proses dimanipulasi dan kena ada hipotesis sendiri. Pun kena
ada tambah tolak macam matematik.. Barulah sistematik... bila dah sistematik,
haruslah ia jadi romantik!” Tak pasal-pasal keluar helah yang penuh madah itu.
Mulut
kak Didi melopong besar. Betul ke Alanna ni tak pernah bercinta? Cakap macam
orang yang penuh pengalaman jeh.
“Kau
betul ke tak pernah couple dik?”
“Betul
lah... ingat ni lawak kampus ke?”
“Tapi
apasal ayat kau penuh bermadah nih...?”
“Sebab
single make simple... haruslah saya pun fikir simple jugak.. barulah boleh jadi
example untuk orang lain!” Alanna angkat kening sambil buat muka belagak. Sekarang
penyakit garu kepala Alana sudah bertukar kepada kak Didi pula. ‘Pening pulak
layan budak kecik nih!’
***
Fail
yang berada di atas meja cepat-cepat disusun. Full set account yang sudah siap
itu dibawa menuju ke dalam bilik Tuan Maliki. Satu akaun syarikat sudah pun
berjaya diselesaikan. Tinggal ada beberapa syarikat lagi yang masih pending.
Itu pun kerana masih menunggu document daripada client.
Sesudah
mengetuk pintu, terus ditolak pintu bilik bosnya itu. Tapi siapa sangka yang
bosnya itu ada tetamu. Rahangnya mula jatuh. Tapi dia dah ketuk kan, kiranya
bukanlah jatuh kepada standard orang kurang ajar. Cuma mungkin kurang sopan
sedikit ajeh.
“Opss..
sorry bos.. Tak tahu bos ada tetamu.” Alanna sedaya upaya buat muka tak
bersalah.
“Tak
apa... memang kebetulan nak suruh awak masuk pun. Mari sini, saya perkenalkan
kepada awak.. Ini Encik Syed.. Dia nak buat account dengan kita. Jadi, saya
bagi job ni dekat awak ya... dan Syed, perkenalkan pekerja saya yang cekap dan
berdedikasi... Nur Alanna...”
Kembang
kempis Alanna mendengar pujian daripada bosnya itu. Padahal setiap kali dia
dipertemukan dengan client baru, pasti bos akan memuji setiap pekerja. Itulah
caranya untuk menanamkan kepercayaan client kepada pekerjanya. Tuan Maliki, dia
memang bijak.
“Alanna...”
Tangan kanan dia hulurkan. Setakat bersalam dengan lelaki bukan muhrim, semua
itu memang perkara biasa bagi Alanna.
“Syed...”
Ditundukkan sedikit kepalanya. Dia bukan sejenis lelaki yang senang bersentuhan
dengan perempuan bukan muhrim.
“Oh...”
Alanna terus menarik tangannya. Buat muka tak bersalah dan tak berdosa. Dia tak
fikir yang Encik Syed hendak memalukan dirinya. Dia hormat pada pandangan dan
pemikiran orang tentang agama Islam. Ini Alanna lah... ‘Memang all the time
take positive meyh...’
“Alanna,
boleh bawa Encik Syed ke bilik meeting. So, hope enjoy your discussion...” Dia
tahu benar yang Alanna pandai untuk handle client. Sebenarnya, Syed ini orang yang
sukar untuk difahami. Orang yang sangat perfectionist dan cerewet. Jadi, hanya
orang yang terlalu memahami seperti Alanna sahaja yang boleh tahan dengan sikap
client sebegini. Sebab itu clientnya yang seorang ini diberikan kepada Alanna.
Lagipun Alanna seorang yang profesional. Mak cik yang gila meroyan pun Alanna
boleh handle. So, harap-harap tak ada masalah lah untuk handle orang seperti
Syed ini.
Tanpa
banyak cakap, dia terus menunjukkan arah bilik meeting yang berada di hujung
pejabat. Semasa dia melalui bahagian depan, dia sedar semua mata staf perempuan
melirik ke arah Encik Syed. Oh.. orang buta sahaja yang tak akan pandai
menilai. Encik Syed ni dikira seperti lelaki kelas atasanlah! Bila lalu di
hadapan perempuan, pasti akan menyilaukan mata seperti berlian. Perempuan kan
pantang tengok berlian dengan lelaki handsome.
Opps...
kecuali perempuan ini. Dia tak hairan pada benda-benda aneh dan pelik ini! Dia
kalau dapat secawan nescafee ais pun dah terasa dunia ini dia yang punya!
Ketagih tahap gaban tuh..
“Okay..
Encik Syed....” Suara Alanna sedikit berjeda. Ingin mengetahui nama disebalik
selepas Syed itu. ‘Tak syok pulak kalau bersyed-syed nih... terlalu formal..’
“Ramli...”
‘Syed
Ramli? OMGEEEEE.... serius nama lapuk tahun tok kaduk. Sekarang zaman dah besi
tapi ada lagi orang letak nama Ramli yang seperti nama zaman papan-papan dulu
kala. Keturunan Syed pulak tu? Serius lawak nak mati...’ Sedaya upaya Alanna
kawal senyuman sumbingnya. Kalau senyum jugak, memang mintak kena pancung
namanya.
“Saya
tak habis sebut lagi nama saya...” Suara itu sedikit kasar tika menegur. Faham
sangat yang gadis dihadapannya ini hendak mengetawakan dirinya. ‘Eleh,
mentang-mentang nama dia Alanna... kononnya London sangatlah ya? Siap dengan
rambut brown lagi.. Nampak sangat celupnya!’ Getus hati Syed.
“Opss
sorry...” Okay.. Dia macam dah boleh agak yang sekarang dia terjerumus ke dalam
gunung berapi! ‘Dah agak dah... abang daddy kalau bagi client, semuanya yang
bermasalah! Aku kena fikir satu nama yang sesuai untuk mamat tak cukup sabar
nih!’
“Syed
Ramlionamessi... Saya keturunan Itali.” Ujar Syed Ramli penuh kemegahan.
“Wah...
sekali dengar macam Lioner Messi pulak. Pemain bolak sepak tuh..” Spontan
keluar statement seperti itu. Tak payah cakap pun, dah boleh agak anak kacukan.
Muka ala-ala mat salleh sikit..Cakap memang slang orang melayu tapi tang sopan santun tuh, memang tak gaya orang
melayu..
Wajah
Syed Ramli sedikt berubah. Memang itu pemain kesukaannya pun!
“Okay..
boleh kita proceed discussion?” Pen dan buku diari kerjanya itu sudah mula
dibuka. Beberapa soalan biasa terus ditanya. Kemudian jawapannya ditulis kemas
di dalam buku.
“Berkenaan
dengan document, awak kena datang office saya sendiri. Sebab saya memang tak
ada kerani ataupun accountant yang handle semua itu sebab pekerja yang lama dah
lari... So untuk untuk senangkan kerja saya dan mudahkan kerja awak, awak boleh
tengok document mana yang awak perlukan tu dekat office saya sendiri.” Muka
Syed Ramli ini serius sahaja.
‘Kepala
hotak kau memudahkan kerja aku.. menjahanamkan aku adalah! Dasar mamat Angry Duck
betul! Okay, dah dapat gelaran untuk dia... Mr. Angry Duck! Mulut bising macam
itik! Credit to my brain.. Ouchh..’ Menggelegak pulak otak ni petang-petang
waktu bateri nak tamat tempoh nih.
“Jangan
risau.. saya akan bayar double!” Penuh lagaknya lelaki bernama Syed Ramli ini.
“Oh..
kenapa ya kerani dengan accountant Encik Syed lari dulu?” Tak payah tanya pun,
dia dah boleh agak jawapannya... Comfirm sebab perangai Encik Syed Ramli yang
tak semenggah nih. Konon macam menakutkan lah tu... ‘Tapi sungguh aku bukan
datang dari gurun yang perlu gerun pada sikap Mr. Angry Duck nih!’
“Senang
je kalau nak bekerja dengan saya... Jangan banyak tanya.. Sebab saya tak mampu
jamin yang jawapan saya akan membahagiakan awak! Kalau sakit, sila tanggung
sendiri ya!”
Alanna
seperti biasa. Tetap dengan sengih dan muka tak bersalah itu. “Hati saya...
wajarlah kalau saya kena tanggung sendiri!” Simpul Alanna senang.
“Dan...
jangan banyak menjawab!” Hatinya terkesan dengan perangai selamba badak sumbu
Alanna itu. Tak ada perasaaan gerun atau takut ke? Rasanya dia dah cukup
menakutkan dah....
“Ops...
maaf... itu bukan kriteria saya. Sebab bagi saya, setiap soalan memerlukan
jawapan.. dan setiap jawapan itu adalah datang dari persoalan! Jangan bagi
jawapan tergantung dalam kehidupan, sebab setiap kehidupan memang sudah
tersedia jawapannya. Sama ada bahagia atau kecewa sahaja!” Bahunya diangkat
sedikit. Tanda terserah sama ada Syed Ramlionermesi ni nak terima atau nak buang
dalam tong sampah!
“Saya
tak memerlukan falsafah awak tuh...”
“Terserah!”
“Esok
pukul 10 pagi be in my office!” Arah Syed Ramli selamba. Sengaja nak mendera!
“Deal!”
Tiba-tiba dia tercengang sendiri. ‘Manalah aku tahu office Mr. Angry Duck!
Tanya alamat dekat abang daddy lah nih... tak pun tanya pak cik google jelah..’
***
Syed Ramli menjenguk ke arah bilik akaun di
sebelah. Tak nampak lagi kunjungan minah selamba semalam. ‘Huh, inilah yang
susah bekerja dengan perempuan nih... Tak menepati masa langsung! Leceh!’
“Minah
tu tak datang lagi ke?” Tanya Syed Ramli kepada Amira. Setiausahanya.
“Minah
mana?”
“Alanna..
yang incharge untuk buat akaun company kita tuh!”
“Oh...
perempuan cantik tuh?”
Terkedu
Syed Ramli mendengar soalan dari setiausahanya itu? ‘Cantik ke? Oh.. memang tak
diakui Alanna ada personaliti yang menarik.. Tapi di mata aku, selagi perempuan
tu tak bertudung, tak menutup aurat, dia masih kelihatan cacat walaupun dia
adalah ratu dunia sekalipun!’
“Whatever...
perempuan tu dah datang belum?”
“Oh
dah... Pukul lapan tadi pun dia dah datang.. sekarang tengah susun document
dekat bilik meeting!”
Berkerut
dahi Syed Ramli mendengarnya. Pukul lapan? Gila awal minah nih... “Kenapa guna
bilik meeting? Kan ada bilik akaun?”
“Itu
saya tak pasti lah pulak Encik Am.. Kena tanya Alanna tu sendiri.”
Alanna
yang sedang menyusun dokumen itu terus menyusun satu demi satu.
Bercampur-campur jadinya dengan invois, payment voucher, resit... company bukan
main besar lagi tapi akauntan sendiri pun tak ada! Memang daif sungguh!
“Dulu
ada pekerja.. Tapi dia songlap duit.. Jadi sampai sekarang bos masih belum
jumpa penganti.. Alih-alih dia lantik frima perakauanan untuk buat akaun.”
Terang Amira tadi. Nampaknya Amira memang mudah nak bagi kerjasama. Jadi
mudahlah sedikit kerjanya nanti.
“Habis
pun, siapa yang incharge bahagian purchasing semua?”
“Oh..
kita ada bahagian purchasing.. Tapi kak Melah tu tak lah buat full set
account.” Cerita Amira lagi.
“Awal
datang?” Teguran itu membuatkan Alanna berpaling.
“Awal
datang, awal balik.. kerja cepat siap then telinga pun tak sakit..hati pun tak
perit!” Jawapan Alanna itu mendatangkan senyum di wajah Syed Ramli.
Okay...
Satu point untuk Alanna. Gadis ini memang pekerja yang berdedikasi. Memang
seorang perfectionist juga. Melihat pada dokumen yang sudah tersusun cantik,
Syed Ramli mula lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Alanna boleh diharapkan
walaupun mungkin gadis itu agak degil dan suka ikut kepala sendiri.
“Okay..
enjoy your day.” Syed Ramli yang sedang berpeluk tubuh di tepi muka pintu itu
mula menjatuhkan tangannya.
“I
will...” Memang kita harus bersuka hati bersenang jiwa ketika bekerja. Barulah
kerja senang jalan dan barulah boleh handle masalah dengan baik. Kalau jiwa
sendiri kusut, masalah yang sekecil kuman pun boleh nampak sebesar gajah!
***
Jam
sudah menunjukkan pukul 3 petang. Perut Alanna mula berkeroncong hebat. Pagi
tadi hanya sempat belasah secawan nescafee sahaja. Dia mula terduduk di atas
kerusi. Mula rasa lapar dan penat sedari pagi duk sibuk menyusun dan memilih
beberapa dokumen yang perlu dibawa balik ke pejabatnya nanti. Semua ini
terpaksa dihadap sendirian kerana training yang sentiasa mengikutinya itu
diserang demam. Kalau tidak, pasti kerja ini akan disudahkan lebih awal.
“Tak
lunch?” Entah sejak bila mamat itu sudah berada di muka pintu itu.
“Belum..”
Jawab Alanna ringkas.
“Kot
ya pun nak tunjuk rajin, tak payah lah sampai tinggal lunch...” Alanna mula
berpaling apabila mendengar suara sinis yang menyakitkan cuping telingannya
itu. ‘Mamat ni bukan tak ada adab tapi Mr. Angry Duck ni memang biadap!’
Alanna
sengih sahaja. Cakap banyak dengan orang tak guna ni, memang tak akan memberi
apa-apa kesan! ‘Jadi sabar jelah...’ Alanna mula memujuk hati sendiri. Bukan
susah nak sabar tapi ia juga bukan kerja senang..
“Dah
solat?” Tanya Syed Ramli sinis.
Alanna
mengigit bibir. ‘Perlu ke cakap tengah period sekarang?’
“Dah...”
Tipu Alanna. Malas hendak memanjangkan cerita.
“Dengan
rambut awak yang berwarna brown ni, awak rasa solat awak diterima ke?” Ah
sudah... Pak Syed ni dah bertukar jadi Ustaz tak bertauliah pulak.
“Ada
masalah ke dengan rambut saya ni?” Suara Alanna bukanlah bernada marah. Dia
cuma sekadar bertanya. Ingin tahu jawapan daripada mamat kaki sibuk seperti
Syed Ramli ini.
“Yalah..
dengan rambut colour-colour ni.. Awak rasa solat awak diterima ke? Mandi wajib
awak tu diterima ke? Kubur awak terima ke? Dan yang paling penting, Islam
terima ke cara mat saleh awak nih?” Tanya Syed Ramli bertubi-tubi. Mukanya,
suaranya, renungannya, semuanya sinis-sinis belaka.
“Terlalu
banyak soalan... Tapi saya akan cuba jawab semuanya.” Muka Alanna tetap tenang.
Tak terluak langsung rasa sabarnya. Bagi dirnya, Encik Syed seorang yang sangat
prihatin tentang Islam. Mungkin kadang kala caranya tidak kena dengan keadaan,
tapi manusia memang begitu... Kurang memikirkan keadaan diri orang lain. Lebih
betah mempertahankan pendapat milik sendiri. Walaupun pendapat itu seratus
percent betul, tapi kesedaran sivik juga perlu untuk menjaga hati dan perasaan
orang lain. Bukan ke Islam mendidik manusia agar sentiasa bertoleransi dengan
orang lain?
Encik
Syed mula memeluk tubuh! Aneh sebenarnya kerana Alanna langsung tidak
marah-marah.. Tidak seperti wanita-wanita lain.
“Tentang rambut saya ni, ini rambut saya
yang asli. Bukan colour-colour seperti yang Encik Syed cakap tuh. Berkenaan
dengan mandi wajib terima ke tak, kubur terima ke tak, itu bukan kerja manusia
untuk memikirkan apatah lagi hendak menilaikan. Itu kerja Allah. Manusia hanya
cuba memberi yang terbaik untuk menunaikan tuntutan agama. Semua manusia ingin
belajar menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Dalam setiap yang
sempurna tu pun, masih ada cacat celanya Encik Syed... tapi yang pasti, semua
manusia hendak bergerak ke arah kesempurnaan.” Jelas Alanna tenang siap boleh
melemparkan segaris senyuman lagi. Berdebat tak boleh pakai emosi. Haruslah
guna otak!
“Seharusnya, ilmu yang kita belajar itu
harus diamalkan.. Bukan untuk disimpan sehingga menunggu masa yang sesuai tiba.
Masa tak akan pernah menunggu manusia kerana manusia sering kali membuang masa
yang sudah sedia ada.” Ucap Syed Ramli serius.
Alanna terdiam. Mengambil kira hujah yang
disampaikan oleh Syed Ramli itu.
“Kalau awak sendiri cakap awak ingin
memberi yang terbaik dalam tuntutan agama, kenapa sampai sekarang awak masih
belum bertudung? Masih membiarkan kecantikan yang sepatutnya menjadi milik
seorang suami itu diratah oleh mata-mata yang penuh nafsu. Perempuan yang tak
bertudung ini seperti membuka aib di dadanya sendiri..” Sambung Syed Ramli
lagi.
“Jangan adili perempuan yang tak bertudung
macam tuh... Bukan semua perempuan yang free hair tu teruk! Dan bukan semua
perempuan yang bertudung tu baik...” Nada suara Alanna masih seimbang seiring
dengan peredaran emosi. Lagipun, memang ada benarnya dalam kata-kata Syed Ramli
itu.
Tengok dia sendiri lah. Walaupun dia
mungkin tak bertudung, tapi dia tidak berpakaian seksi. Tidak pernah memakai
skirt pendek atau baju tanpa lengan. Semua bajunya lengan panjang dan dia
langsung tidak pernah memiliki satu
skirt sekali pun. Pakaiannya sentiasa tertutup. Cuma kepalanya sahaja yang
masih terdedah.
“Mungkin betul cakap awak... tak semua
perempuan yang bertudung itu baik tapi perempuan yang baik pasti akan bertudung
kan? Am I right?”
Alanna tersenyum. Psycho betul lah mamat
ni! Jadi, apa yang perlu dia lakukan sekarang, mengiakan atau menidakkan?
“Tak perlu jawab soalan saya Alanna...
Satu hari nanti, awak akan menjumpai jawapannya.” Ujar Syed Ramli sambil terus
berlalu keluar dari bilik mesyuarat. Alanna terduduk. Bilik mesyuarat yang
sedari tadi dingin membeku, mula terasa bahang kepanasannya!
***
Seminggu
kemudian, entah angin kus-kus mana yang menghantui pak Syed, lelaki itu
mengajaknya untuk bersarapan bersama.
“Boleh
tanya?” Alanna membuka suara apabila Syed Ramli hanya membisu. Tak biasa makan
senyap-senyap nih!
“Yup...”
“Kenapa
tiba-tiba je ajak makan pagi sama-sama. Nak sambung debat hari tu ke?” Kalau
soalan Alanna, memang tak pernah bengkok-bengkok. Terus straight to the point!
Syed
Ramli ketawa besar. Tercengang Alanna dibuatnya. Sebenarnya, Syed Ramli lebih
sesuai dalam keadaan seperti ini. Sebab wajah yang selalu diseriuskan itu hanya
akan membuatkan dia nampak lebih tegang sahaja.
“Awak
ingat saya budak-budak tak sekolah ke yang gunakan emosi untuk sambung debat
hari tu. Kita dah dewasa.. Let’s talk macam orang dewasa lah..Maaf kalau
teguran atau kata-kata saya agak menyengat telinga awak. Itu memang habit buruk
saya. Saya selalu nak betulkan keadaan walaupun keadaan itu bukan di dalam
kawalan saya...” Selepas berdebat kelmarin, dia memang tidak dapat tidur lena.
Rasa bersalah pula! Seolah-olah seperti menuduh Alanna perempuan yang teruk
pula. Mungkin dia terasa sayang... sayang jika gadis sebaik Alanna ini tidak
memesong ke arah lain. Mujur sahaja gadis itu kekal bertenang dan tidak
mengetuk kepalanya yang biul itu.
“Itu
namanya, orang itu perfectionist... Pasal hal tempoh hari, tak ada masalah
lah.. My parents pun memang dah selalu bising. Saya pun bukan kejam sangat nak
menidakkan hal agama... Saya cuma mencari masa yang sesuai..” Ya, dia memang
ingin bertudung. Cuma masih mencari-cari masa yang sesuai. Waktu bertudung
nanti, dia nak tinggalkan semua habit buruknya. Nak jadi muslimah solehah!
“Awak
tahu.. bila kita sentiasa sediakan hati kita untuk menerima nasihat orang lain,
maknanya Allah masih menjaga hati kita. Kalau dah memang dasar buta, tuli dan
pekak, memang hati tu tak selamat dah...” Sedikit sebanyak, dia rasa bangga
dengan Alanna. Dia memang gadis yang mudah untuk bertoleransi.
Itulah
doa Alanna setiap hari. Dia memohon agar Allah sentiasa menjaga hatinya. Sebab
pokok pangkal yang berlaku dalam hidup adalah dari hati. Kalau hati baik,
senanglah nak buat apa pun. Tapi kalau hati busuk, itu yang menjadi resepi
utama Syaitan nak menodai umat Muhammad ini.
“Saya
sangat-sangat hargai Encik Syed...” Tak susah juga hendak mengenali pak Syed
ini. Senang cerita, lelaki ini akan melahirkan semuanya. Tanpa menyimpan
sedikit pun kejujurannya. Susah nak jumpa orang yang terlalu jujur ini tapi nak
berhadapan dengan orang jujur ini bukannya senang! Silap hari bulan, asyik duk
makan hati sahaja.
“Jadi..
agak-agak awak, bila masa yang sesuai untuk awak bertudung?”
“Hmm..
mungkin selepas mendirikan rumahtangga? Ada suami.. ada anak-anak.. Ada
keluarga yang sempurna!” Mungkin itu adalah andaian yang sememangnya boleh
digoyahkan.
“Kenapa
lepas kahwin? Sebab tak mahu suami pikul dosa isteri? Macam tu?” Tebak Syed
Ramli lagi.
Alanna
mula mengigit bibir. ‘Ini ayat nak ajak berdebat ke nak ajak bertekak? Macam
nak sambung topik hari tu jeh...’
“Bukan
ke tugas seorang isteri itu mengurangkan bebanan seorang suami. Jadi, tak
kiralah dari segi bab agama ke, bab kerja rumah ke kan... Jadi termasuk sekali
lah tuh..” Entah kenapa, dia seperti kurang yakin dengan jawapan dari dirinya
sendiri. Rasa seperti bakal disangkal sahaja.
“Jadi...
awak dah fikirkan tugas dan peranan seorang isteri. Awak tak terfikir pulak
pada peranan dan tugas seorang anak. Dosa anak perempuan yang masih belum
berkahwin terletak di bahu bapanya. Awak tak kisah pulak bila harus
menyedekahkan dosa-dosa pada bapak awak?” Syed Ramli bukanlah hendak mencari
pasal. Tapi dia hendak mendengar jawapan daripada Alanna.
Gulp!
Kan betul firasatnya tadi... Tapi tak ada apa perkara yang perlu disangkal
sebab semua perkara yang keluar dari mutlu Syed Ramli itu memang penuh
kebenarannya. Kalau dia kembali melawan kata, maknanya dia cuba melawan tuntutan
agama.
Alanna
terus diam... diam... dan terus terdiam. Akhirnya Syed Ramli tidak menggesa
lagi. Sengaja memberi ruang untuk Alanna berfikir. Dia tahu Alanna gadis baik.
Sebab itu dia ingin menarik Alanna agar terus melakukan kebaikan. Makan pagi
diteruskan dengan sapaan kesunyian.
“Habis
makan dah Lanna?” Tanya Syed Ramli apabila melihat Alanna hanya menguis-nguis
nasi di pinggannya.
“Atau
kata-kata saya dah mematahkan selera awak?” Tebak Syed Ramli lagi.
Alanna
hanya senyap dan tersenyum hambar.
“Mari,
saya bawa awak ke satu tempat!” Ajar Syed Ramli lantas terus bangun. Alanna
yang agak terpinga-pinga itu ikut turut bangun. Mengekori langkah Syed Ramli
yang sedang menuju ke kereta BMW miliknya. Pemanduan Syed Ramli hanya terhenti
di sebuah butik.
“Kita
nak buat apa kat sini?” Tanya Alanna pelik apabila mereka berdua telah berdiri
di muka pintu.
“Shopping!”
“Errk..
saya banyak kerja kat office..” Bantah Alanna tak puas hati. Sudahlah masanya
banyak habis tadi, ini lagi menambah skop membuang masa.
“Lagipun...
Encik Syed nak shopping apa dekat butik tudung nih?” Luah Alanna lagi sambil
mata menjamu selera dengan corak-corak tudung yang pelbagai bentuk dan warna
itu.
“Saya
tahu awak akan buat kerja cepat.. dan kerja awak semua nak cepat! Jadi tak ada
salah kalau buang masa sikit. Bukan saya yang nak shopping sekarang tapi awak
yang kena shopping....”
Terbeliak
mata Alanna mendengarnya. ‘Kejadah aku nak shopping sekarang? Duit cash pun ada
dua puluh ringgit jeh! Tengok tudung-tudung ni semua mahal-mahal... Kot ya pun
nak perli.. Agak-agaklah sikit pak Syed oit...’
“Encik
Syed ni biar betul?”
“Awak
pilih je berapa banyak pun yang awak suka! Saya bayar...” Pelawaan Syed Ramli
itu membuatkan mata Alanna membuntang
“Jap...
saya tak faham.. Kot ya pun nak suruh saya bertudung, tak perlulah sampai macam
ni sekali Encik Syed...” Alanna makin bingung nak faham perangai Syed
Ramlionermerssi ini. ‘Tahulah pak Syed banyak duit.. tapi tak payahlah nak
tunjuk kuasa veto sangat!’
“Ish...
jangan salah faham! Ini sebagai tanda maaf sebab keceluparan mulut saya
kelmarin dan pagi tadi. Saya akui, saya tak pandai jaga perasaan orang..suka
cakap ikut sedap hati sendiri... Mungkin teguran saya agak kasar.... Tapi
sekarang, awak kena jaga perasaan dan kena terima pemberian saya nih.” Syed
Ramli mula menerangkan letak duduk cerita sebenar.
“Saya
tak kisahlah Encik Syed... Saya tak ambil hati pun.” Sungguh, perangai pak Syed
ni memang susah nak duga. Agaknya dah biasa kot buat salah lepas tu belanja
orang untuk tutup kesalahannya.
“Okay...
then sila pilih...” Syed Ramli sudah menyuakan beberapa jenis tudung kepada
penjual. Bermacam-macam fesyen yang diambil. Kelabu asap mata dibuatnya. Alanna
sudah mula menyerabaikan rambutnya. Pening... pening..pening.. Dia tak biasa
menerima pemberian sebegini rupa.
“Kejap
Encik Syed...” Ditahan Syed Ramli dari terus menarik beberapa jenis tudung
lagi.
“Kenapa?”
“Saya
rasa butik ni mahal lah.. Saya tahu kedai mana yang murah. Dia jual tudung tu
sepuluh ringgit je kot...” Terang Alanna penuh teruja. Memang butik ini mahal
pun... Sekali pandang mungkin harga lima puluh ringgit. Tapi bila dua kali
pandang, ada satu lagi kosong yang tertinggal. Gila pengsan. Beli empat pasang
tudung, habis terus duit gaji.
“Lanna...
Lanna... Tudung ni nak diletakkan di atas kepala. Wajarlah kalau ianya mahal!
Nak menutup sesuatu yang lebih mahal daripada harga tudung ni...” Kata-kata
Syed Ramli itu memang berjaya membuatkan Alanna tercenggang. Sungguh, semua itu
tak pernah menjenggah ke dalam otaknya. Seringkali dia merungut pada
harga-harga tudung yang terlalu mahal itu.
“Lanna..
jangan salah faham. Saya bukan nak paksa awak bertudung sekarang... tapi
manalah tahu kalau awak terdetik nak bertudung nanti, awak boleh guna
tudung-tudung nih.. tak lah terasa keluar duit untuk beli tudung sekaligus!”
Apabila
melihat Alanna yang sedikit terpana itu, Syed Ramli terus melangkah ke kaunter
pembayaran. Tudung-tudung yang beraneka pilihan itu mula dimasukkan ke dalam
beg plastik oleh si penjaga kaunter.
“Lanna,
awak okay ke tak ni?” Tanya Syed Ramli apabila mereka sudah masuk ke dalam perut
kereta.
“Kalau
tak okay pun, kena jawab okay jugak kan...” Jawapan Alanna membuatkan Syed
Ramli ketawa besar. ‘Hari ni, pak Syed memang banyak gelak.. aku pulak yang
rasa nak menangis!’
“Lanna,
just be yourself. Saya sanggup dengar apa pun jawapan awak... Mana perginya
Lanna yang optimis tuh.. Baru sehari keluar dengan Syed Ramli.. Tak kan dah
hilang...” Gurau Syed Ramli sengaja. Wajah Alanna keruh seribu.
“Sebab
saya rasa awak bukan Syed Ramli tuh... Hari ni, awak totally differents kot..”
Alanna mula melahirkan kejujurannya.
Syed
Ramli sendiri sedar yang dia memang lain benar hari ini. Kenapa ya? Dia senang
berada di sisi Alanna hari ini. Sedikit sebanyak, gadis itu seolah-olah
membetulkan dirinya sendiri.
“Lanna,
awak single lagi ke?”
“Yup...
single make simple.” Tersengih Syed Ramli mendengarnya.
“Itu
ayat orang tak couple...”
“Sebab
couple make trouble!” Sambung Alanna terus.
“Amboihh...
pandai bina ayat..” Kagum sebentar mendengar ayat Alanna itu.
“Bukan
setakat bina ayat.. Bina badan pun pandai....” Selamba sahaja ayat itu meluncur
laju dari mulutnya.
“Bina
masjid pandai tak?” Duga Syed Ramli sambil menjeling.
“Errkk....
yang tu tak khatam lagi...” Akhirnya kedua-duanya ketawa. Merelakan kebahagiaan
menjengah di dalam kehidupan. Hubungannya
yang dahulu tak ngam, tiba-tiba bagaikan digam pula!
***
Dari
seminggu ke dua minggu, dari sebulan ke dua bulan... Hubungan yang dahulunya
terjalin sebagai client, kini berubah ke alam persahabatan. Berkawan dengan
orang kaya ini banyak juga ragamnya. Kadang-kadang Syed suka ke tempat
branded-branded. Mana main aci redah warung-warung kegemaran Alanna tuh. Mereka
berbeza dunia, berbeza pendapat tapi persahabatan telah membasi segalanya.
“Lanna, apa kata kalau awak kerja dengan saya
jeh!” Usul Syed Ramli sungguh-sungguh.
“Tak
mahulah...”
“Saya
tawarkan gaji lagi tinggi dari abang daddy awak bagi tuh!” Alanna ketawa besar
apabila Syed Ramli ikut turut menggelarkan Tuan Maliki dengan gelaran abang
daddy.
“Awak
gelar Tuan Maliki abang daddy?” Ini semua Alanna punya pasal. Ada pulak
tersasul nama abang daddy waktu berbual dengan kak Didi di telefon dan Mr.
AngryDuck ni sempat je nak skodeng perbualan orang.
“Errkk.. aah..” Alanna buat muka tak
bersalah.
“Amboihh... tamak betul eh? Dah jadi abang
nak suruh jadi daddy pulak!” Tembak Syed Ramli selamba. Mamat ni memang suka
bergurau ikut dan dia jeh!
“Sebab muka dia yang masih handsome tu
membuatkan dia masih nampak muda.. haruslah panggil abang kan.. tapi umur dia
yang dah terlebih usia itu mewajibkan kita menggelarkan dia sebagai daddy. Jadi
susah-susah sangat, panggil jelah abang daddy.. Settle masalah!”
“So sweet! Kiranya abang daddy tu lebih
bertuahlah daripada saya!”
“Kenapa pulak?”
“Yalah.. nama timangan dia sweet sebab
nama timangan saya lagi teruk kan..” Kening Syed Ramli terangkat sedikit.
Alanna berpura-pura sedang berfikir.
“Errkk.. mana awak tahu?”
“Sebab awak save nama saya dalam phone
awak Mr. Angry Duck kan?”
“Oh M Geeee... awak selongkar phone saya?”
Alanna mula rasa nak marah! Tak suka bila hak asasinya diceroboh sesuka hati.
“Fokuskan pada nama Allah Lanna... kita
tak ada tuhan yang lain selain daripada DIA..” Sempat lagi Syed Ramli menegur.
Adakalanya sesuatu itu nampak remeh, tapi berat pengertiannya.
“Jangan pandai nak nasihat jeh.. Betulkan
diri sendiri dulu!” Pertama kali, terkesan juga ketenangan milik Alanna. Hilang
sikap sempoinya. Angin puting beliung mula nak mengaum!
Syed Ramli tersenyum melihat sikap Alanna
yang tiba-tiba melatah itu.
“Don’t get me wrong.. Hari tu awak suruh
pegang phone awak masa awak pergi restroom kan... So saya tertanya-tanya, nama
apa yang awak save dalam phone. Then bila saya miscall, naik nama Mr. Angry
Duck tuh.. Bukannya saya selongkar semua dalam inbox atau cek sama ada awak ada
hubungan dengan lelaki lain..” Terang Syed Ramli serius.
Alanna mengigit bibir. Malu mula rasa
menerjah. Sejak bila tergolong dalam golongan tak bersabar nih?? Adehh..
“Tapi kenapa mesti Angry Duck? Bukan Angry
Bird?”
“Sebab mulut awak bising macam itik!”
Opsss... Alanna menutup mulutnya. Ini macam dah terlebih komplen nih! Sekilas,
dia menjeling sedikit ke arah Syed Ramli. Dia hanya tersenyum.
“Awak marah ke?” Tanya Alanna keliru.
Seyap pulak mamat klasik nih!
“Saya macam marah ke?” Tanya Syed Ramli
pula.
“Mungkin....” Agak Alanna. Entahlah, dia
sendiri tidak pasti.
“Awak kena lebih banyak membaca pergerakan
tubuh saya... Mrs Angry Duck...” Alanna menecebik! Poyo je mamat nih.
“Oh... Please... Jangan nak perasan
lah...”
“Lanna..”
“Yup!”
“Boleh tak tukar dari Angry Duck tu kepada
Sweety Duck?”
“Ini permintaan ke atau satu arahan?”
Alanna ketawa. Oh.. mamat klasik ni tak marah! Cuma mungkin tadi dia diam tanda
berfikir.
“Arahan...!!”
“Arahan delivered!”
Jadi semenjak itu, memang Syed Ramli
menggelarkan Tuan Maliki sebagai abang daddy jugak. Dan kadang-kadang Syed
Ramli ini boleh berubah kepada Angry Duck ataupun Sweety Duck! Boleh buat
merempuan meroyan dengan layanannya dan mampu membuat perempuan pengsan dengan
ketegasannya.
“Bukan
pasal gaji Am...” Hilang terus lamunan panjangnya. Mula fokus dengan usul yang
diberikan oleh Syed Ramli tadi.
“Habis
tu pasal apa? Tak sudi nak kerja dengan saya?”
“Saya
sayanglah nak tinggalkan abang daddy...”
“Hah?”
Hampir satu restoren mendengar suara Syed Ramli itu. Kuatnya mengalahkan orang
yang tertelan microfon!
“Awak
jangan cakap yang awak dah jatuh cinta dengan abang daddy? Gila... dia tu dah
ada bini kot..” Wajah Syed Ramli serius. Rasa nak ketuk sahaja kepada Alanna
yang biul itu. Hero tua itu jugak yang dikejarnya!
“Yup..
memang gila kalau awak fikir macam tu! Saya ni cukup waras lagilah.. Maksud
saya tadi, saya senang bekerja di bawah arahan dia! Tu je.. Yang awak melencong
sangat dari simpang ni kenapa?”
Alanna
ketawa melihat wajah serius Syed Ramli itu. Menggelabah betul!
“Mana
tahu kalau betul-betul awak sukakan dia... Memang tak sesuai lah. Awak deserve
yang lebih baik dari dia...” Komen Syed Ramli serius.
Alanna
menyembunyikan senyum. “Deserve yang lagi baik? Macam siapa? Macam awak ke?”
Mujur sahaja tidak tersedak Syed Ramli apabila menyambut huluran soalan Alanna
yang teramat selamba itu. Alanna kalau nak tanya soalan, memang tak pernah
tapis-tapis. Memang jernih, terang, jelas dan nyata. Itu yang membuatkan Syed
Ramli kagum sendiri. Alanna tidak tenggelam dengan sikap malu yang tidak
bertempat.
“Kalau
macam saya kenapa? Tak layak ke?”
Alanna
gigit bibir. Ini soalan perangkap nih! Hmm, pak Syed ni memang okay sangat
walaupun kadang-kadang susah nak baca pergerakan badannya. Susah nak duga akal
fikirannya. Tapi lelaki ini memang lelaki versi menarik. Boleh bikin hati
tertarik. Tapi kalau boleh, dia memang nak mengelak dari lelaki seperti Syed
Ramli. Baik memang baik.. tapi ayat selalu bikin makan dalam!
“Memanglah
tak layak.. Saya bukan golongan syarifah..” Nasib baik ada ayat nak tembak
balik.
Syed
Ramli mengesat bibirnya mengunakan napkin yang memang sudah sedia ada. “Awak
ingat ni zaman dulu-dulu ke? Orang sekarang dah buka mata... Soal hati tak
boleh tengok pangkat atau harta. Kalau sememangnya cinta itu terlalu berharga,
orang yang terlalu kaya pun tak mampu nak beli sebuah cinta... Trust me..!”
Alanna
ikut turut terdiam apabila mendengar suara pak Syed yang serius itu. “Awak
pernah bercinta?”
“Orang
bodoh je yang tak pernah bercinta.”
Kepala
Alanna terangguk sedikit. ‘Aku memang tergolong dalam golongan bodoh tu!’
Tiba-tiba rasa menyesal sebab ‘ter’tanya soalan bodoh. Adehh.. yang tukang
jawab pun dua kali lima ‘bodoh’ jugak.
“Jangan
cakap yang awak pun tergolong dalam golongan tulah..” Sebenarnya dia sengaja
menjawab sebegitu rupa. Tahu sangat nak cam muka suci Alanna yang tak pernah
bercinta itu. Bukan senang nak jumpa orang yang tak pernah bercinta! Satu dalam
seribu...
“Memang
tergolong pun...” Nak tak nak, perkara betul memang kena mengaku jugak lah.
“Kenapa
masih single ya? Dan tolong jangan guna trademark single make simple tuh... sila
bagi jawapan yang lebih serius.” Uji Syed Ramli dengan reaksi yang serius.
“Sebab
saya dah sediakan satu ruang untuk seorang lelaki yang bernama suami.. Yang lebih
berhak untuk mengisi segala kekosongan hati ini.. Lelaki yang mampu membimbing
saya.. Lelaki yang akan menyuluh saya dikala kegelapan menerpa. Yang
dapat mengimamkan solat saya… Yang bakal menerajui perjalanan saya hingga ke Jannah…
Memang saya akui saya tak baik.. tapi itu tak bermakna saya ni jahat.. Saya
masih menjaga batas-batas seorang perempuan. Saya tahu, ada seorang lelaki yang
telah dijanjikan Allah buat saya di luar sana dan saya setia menunggu
kedatangan si dia yang telah dijanjikan Allah itu.. Menunggu si dia dengan
penuh sabar adalah lebih baik dari bercinta tanpa cita-cita untuk menuju ke
gerbang perkahwinan..” Jawab Alanna serius.
Syed Ramli mendengar dengan khusyuk.
Mengutip setiap bait kata-kata Alanna itu. Mungkin gadis ini tak bertudung.
Walaupun puas diceramah, gadis ini kekal berkeras menunggu masa yang sesuai
yang entah kapan akan memunculkan diri. Tapi memang Alanna masih menjaga
dirinya dengan cemerlang. Malah, seringkali mengingatkan dirnya supaya
mengamalkan solat di awal waktu.
“Wanita seringkali mencari lelaki
yang mampu mengimamkan mereka. Namun persoalannya, mampukah wanita menjadi
mukminah yang setia.. yang kekal bertahan dan tidak akan berpaling ketika
safnya?” Tanya Syed Ramli serius.
“Terpulang kepada Imam untuk membimbing
makmumnya.. Kalau seorang Imam itu sendiri masih rapuh dan pincang… memang dia
tidak mampu untuk membimbing dengan sempurna. Tapi tekad saya, sekali saya dah
memilih, saya tak akan berpaling lagi.. Akan setia mencinta.. dan akan kekal
bertahan hingga ke Jannah. Itu janji saya buat si dia.”
Syed Ramli mula membetulkan
duduknya. Wajahnya diangkat sedikit. Nafasnya ditarik perlahan.
“Sudi tak awak menjadi makmum saya?”
Sekali lafaz, ayat itu keluar dari mulutnya.
Mata Alanna membuntang. Mulutnya
melopong.
“Saya tahu awak terkejut… Saya pun
terkejut jugak nih… Mungkin awak fikir yang saya sekarang tak fikir panjang.
Tapi sebenarnya saya dah penat memikirkan perkara seperti ini lama-lama. Saya
suka ambik masa untuk fikir sesuatu perkara tapi alih-alih perkara tu tak
memberikan apa-apa kebaikan pun kepada saya. Saya akui, saya pernah bercinta..
tapi semuanya tak berkesudahan dengan baik. Mungkin antara kita berdua, hati
awak lebih suci.. jiwa awak lebih bersih. Jadi, sudilah awak terima apa adanya
diri saya. Sudilah awak menampung kekurangan saya.. Dan saya akan persiapkan
diri untuk jadi Imam yang terbaik buat awak.” Sambung Syed Ramli lagi.
“Tapi kita kan baru kenal…” Kenapa hatinya
terasa bergetar hebat ketika menyambut lamaran Syed Ramli ini. Sebelum ini, dia
pernah dilamar. Tapi dengan mudahnya dia menolak. Tapi kenapa sekarang terlalu
sukar untuk mengungkap perkataan tidak!
“Sebab tu saya tak nak kita terus
buang masa.. Kita harus lebih serius dalam
mengenali antara satu sama lain!”
Jemari Alanna sudah bermain di dahi.
Rambutnya sudah berapa kali dikuak. Habis serabai jadinya.
“Saya nak balik…” Alanna sudah
bangun lalu mencapai tas tangannya.
“Saya hantar.”
“Saya balik sendiri…”
“Biar saya hantar Lanna.” Syed Ramli
sudah mula mengeluarkan suara bernada arahan.
“Tolong bagi saya balik sendiri atau
awak nak dengar jawapan yang tak akan memihak pada awak?” Kali ini suara Alanna
berjaya membuatkan Syed Ramli terpempam.
“Okay fine.. balik lah sendiri… Tapi
saya harap, awak jangan fikir lama sangat. Sebab masa yang lama hanya akan
memenatkan kepala awak. Apa pun jawapan awak, saya terima..” Kali ini, nada
suara Syed Ramli sudah menurun sedikit Akhirnya, Alanna pulang sendiri. Membawa
persoalan yang memberatkan jiwa dan melelahkan hatinya.
***
“Nak penadol ke dik?” Tanya kak Didi
sambil merapat. Digengamannya memang terselit sepapan penadol.
“Tak apalah… bukan pening sangat pun…”
Tolak Alanna lembut. Bukan sakit yang menjadi masalahnya. Bukan kerja yang
memeningkan dirinya. Tapi soal hati dan perasaan yang menjadi puncanya. Dan telan
penadol, memang tak akan bagi apa-apa kesan pun.
“Hai, mana prinsip hidup yang kau
perjuangkan tuh… konon single make simple.. Tapi akak tengok macam muka macam
orang tak siap jeh.. ada masalah ke dik?” Tanya kak Didi prihatin. Entah ke
mana hilangnya sikap ceria milik Alanna. Sedari tadi senyap membisu.
“Tak adalah.. biasa jeh!”
“Alah… dengan akak pun nak kedekut
ke? Akak bukan minta kongsi kekasih, akak suruh kongsi masalah.” Sedikit
sebanyak, Alanna mula tersenyum.
“Saya dilamar oleh seseorang…” Ayat
yang mudah namun terlalu sukar untuk dilahirkan dalam bentuk suara.
“Lah, kena lamar ke?” Suara kak Didi
yang kuat bercampur teruja itu membuatkan Alanna bangun dari duduknya. Mulut
kak Didi mula ditutup dengan kedua belah tapak tangannya.
“Akak nih… nak bagi tahu satu office
ke?” Tanya Alanna geram. Susah bila bercakap dengan mak cik becok nih!
“Sorry-sorry… terlupa nak tukar mode
suara…” Kak Didi mula tersengih-sengih.
“Siapa yang melamar?” Bisik kak
Didi.
“Akak kenal ke?” Tanya kak Didi tak
sabar.
Alanna hanya mengangguk. Tak mampu
berkata apa lagi.
“Jangan cakap Mr. Angry Duck lah
yang melamar kamu… Tak kan dia kot?” Duga kak Didi bersulamkan rasa keliru.
“Malangnya.. saya terpaksa cakap ya…
dia yang melamar saya!”
“Hah, Syed Ramli yang melamar kau?”
Suara kak Didi itu seperti bom atom yang membelah bumi. Kali ini, semua mata
mula menghala ke arahnya. Kak Didi yang menyedari kesalahannya, mula menutup
mulut mengawal rasa bersalah. Alanna tepuk dahi.
“Serius ke Syed Ramli melamar Lanna?”
Tanya satu suara. Dan mulut Alanna makin melopong apabila melihat gerangan yang
bertanya. ‘Bila masa abang daddy ada dekat belakang aku? Masaklah aku macam nih…’
***
Bilik Syed Ramli terus dirempuh. Dia
sudah tidak peduli pada larangan setiausaha Syed Ramli. Apa yang penting, dia
mesti berjumpa dengan lelaki itu. Namun langsung tidak menduga yang Syed Ramli
mempunyai tetamu. Mula rasa menyesal kerana main serbu sahaja.
“Lanna..” Syed Ramli tergamam
menyambut kedatagan Alanna itu. Pandangan matanya mula terarah ke wajah
papanya. Syed Ramlan memandang Alanna tanpa kelip.
“Maaf… saya tak tahu yang Am ada
tetamu…” Alanna mula menundukkan wajahnya sedikit. Kakinya mula melangkah
setapak ke belakang. Serius rasa macam nak terjun lombong.
“Tak apa… pak cik memang nak keluar
pun…” Syed Ramlan memandang Alanna tanpa kelip. Jadi, inikah perempuan yang
diceritakan oleh Tuan Maliki semalam.
“Lanna… perkenalkan… ini papa saya.
Syed Ramlan.” Syed Ramli mula merapat.
Serius Alanna rasa hendak pengsan.
Pasti Syed Ramlan berfikir negative tentang perangai dirinya ini. Tak ada adab
langsung bila serbu pejabat orang tanpa ketuk pintu. Okay, nampak sangat yang
sahamnya jatuh merundum.
Alanna hanya menundukkan wajahnya
sedikit. Tidak berani hendak menghulurkan salam. Bimbang jika tak disambut,
bertambah jatuh sahamnya itu.
“Nice to meet you Lanna..” Tutur
Syed Ramlan dengan senyuman. Cantik! Ya, itu satu perkataan yang boleh
mengambarkan kecantikan Alanna. Tentang isu menutup aurat itu, Syed Ramli pasti
boleh membimbing Alanna. Semua orang perlu diberikan peluang. Lagipun, sesuatu
yang mencapai angka seratus itu pun bermula dengan kosong. Jadi, orang yang tak
pakai tudung, atau tak tahu tentang agam pun boleh bertambah ilmunya jika
dibimbing dengan baik.
“Nice to meet you to uncle..” Ujar
Alanna lambat-lambat. Dia perasan yang Syed Ramli menjelingnya tajam!
Apabila Syed Ramlan keluar dari
pejabat, terus Syed Ramli melangkah ke tempat duduknya Meninggalkan Alanna
sendiri di muka pintu.
“Lain kali, sila buat lagi perangai
tak sopan macam tuh!” Perli Syed Ramli sengaja.
“Sekurang-kurangnya saya bukan penipu
macam awak…”
Syed Ramli mengerutkan dahinya. ‘Ah
sudah… ni skrip drama mana pulak nih?’
“Jangan bercakap pasal isi sebelum
memberikan pendahuluan Lanna. Saya tak faham!” Luah Syed Ramli penuh ketegasan.
“Awak tak cakap pun yang awak anak
saudara abang daddy…” Perkara inilah yang membuatkan Alanna menyerbu pejabat
Syed Ramli pagi-pagi ini.
“Awak tak tanya…” Sungguh, rasa
hendak ketuk kepada Syed Ramli apabila menyambut jawapan lelaki itu.
“Tolonglah jangan bagi jawapan bodoh
macam tuh..” Marah Alanna selamba. Tanpa sedar, dia memang dah menggunakan ayat
yang agak kasar.
“Memang saya bodoh pun Lanna… bodoh
menunggu jawapan dari awak. Sampai bila awak perlukan masa?” Desak Syed Ramli
keras. Seminggu… nampak tak lama. Tapi jiwa yang menanti itu yang kenal erti
penyiksaannya.
“Awak tak boleh bersabar ke?” Baru
diduga sebegini pun dah menggelabah.
“Saya mahukan kata putus.. Kalau A,
kata A.. Kalau B, katakana B….Saya tak suka pada situasi tergantung macam nih.”
Luah Syed Ramli lagi.
“Saya tak rasa kita boleh go on Am…
Awak dengan saya berbeza sangat. Kita dari dunia yang berbeza.. Tengok macam
sekarang lah, kita langsung tak boleh nak handle masalah kecil macam ni…” Ujar
Alanna sambil terduduk di sofa. Kepalanya mula dipanggung. Sebenarnya, dia hampir-hampir
ingin bersetuju. Namun apabila melihat pertelingkahan sekecil ini, hatinya mula
dipagut kegusaran.
Syed Ramli sedikit tercengang.
Terpukul dengan kata-kata Alanna itu Batang tubuh Alanna mula didekati.
“I’m sorry Lanna… Sebenarnya saya
terkejut awak datang serang saya pagi-pagi macam nih…” Syed Ramli mula rasa
bersalah. Mungkin dia tidak peka dengan perasaan Alanna bahawa gadis itu
memerlukan masa. Dan perangai mendesak seperti ini tidak akan mampu
menyelesaikan masalah.
“Awak akan sentiasa terkejut dengan
tindakan spontan saya Am… dan saya tak mahu nak hadapi semua ini berulang kali.”
Ucap Alanna sungguh-sungguh.Mukanya mempamerkan riak kerisauan yang bukan
sedikit.
“Okay.. yang tadi first time kan..
So, memang akan tergeliat sedikit. Lepas ni saya akan lebih bersedia.” Ucap
Syed Ramli yakin.
Tapi kata-kata itu belum mampu untuk
memberikan keyakinan kepada Alanna. “It so hard Am… saya rasa, saya nak terus
single. Single make simple but couple make me trouble…”
Syed Ramli tersengih sahaja
menyambut prinsip hidup Alanna itu. “Salah tuh… couple make double lah…” Gurau
lelaki itu selamba. Alanna mengigit bibir ‘Ada yang nak kena sepak nihh..’
“Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah
mencari seseoang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita tetapi dia
masih sanggup menyayangi dengan sepenuh hatinya…saya yakin awak mampu menerima
saya seikhlasnya. Sebagaimana saya menerima awak seadanya.”
Kata-kata
Syed Ramli itu memang mampu membuatkan Alanna terharu sendiri. Memang banyak
kebenaran jika diselidik bait kata Syed Ramli.
“Kenapa
saya?” Dalam banyak-banyak perempuan di dalam dunia ini, kenapa dia?
“Sebab
awak mampu membuatkan saya menjadi lelaki yang lebih baik…” Terang Syed Ramli
telus. Mungkin Alanna bukan gadis solehah. Tidak memenuhi piawaian yang
diperlukan untuk menjadi isteri yang sempurna. Jadi semua beban itu mula
tergalas di bahunya. Menggalas tanggjungjawab baru untuk menjadikan Alanna
lebih baik dari semalam. Membimbing gadis itu ke arah kebaikan. Jadi kerana itu
dia perlu memperlengkapkan dirinya dengan lebih kemas. Perlu memantapkan
keimanan milik sendiri. Semua ini akan membuatkan dia menjadi lelaki yang lebih
baik.
“Am…
Saya tak tahu nak cakap apa lagi.” Kedua belah tapak tangan mula ditekup ke
mukanya. Semuanya kelihatan kusut dan membingungkan.
“Just
say yes Lanna…” Pinta Syed Ramli penuh berharap.
“Saya
takut.. takut kalau apa yang kita harapkan tak menjadi.” Entah ke mana
hilangnya skap optismisnya. Semuanya kelihatan kusut masai sahaja.
“Belajar
memahami akan diri seseorang itu belum tentu akan membuatkan kita faham
sepenuhnya.. Belajar member nasihat kepada seseorang belum tentu membuktikan
kita lebih baik daripadanya… Belajar berkongsi kasih belum tentu kasih yang
bersemi akan kekal selamanya... Namun sekurang-kurangnya, kita sudah berusaha
untuk memberi yang terbaik dalam perhubungan ni.. Walaupun mungkin
penghujungnya bukan seperti yang di pinta.. Tiada siapa yang boleh mendabik
dada dengan menyatakan dialah yang sempurna. Dua jiwa bertemu mesra adalah
untuk saling menampungi sesama sendiri. Jangan berasa diri mempunyai
kekurangan, kerana bimbang semua itu akan menghalang kita untuk memberi yang
terbaik. Just say yes Lanna.. Then we will go through this way together…”
Kata-kata
Syed Ramli itu membuatkan pipi Alanna basah dengan air mata. “Lah, kenapa
menangis?” Tanya Syed Ramli aneh? Adakah ada kata-katanya yang membuatkan
Alanna terluka?
“Terharu
lah…”
“Kalau
terharu, kenalah cakap yes… saya setuju nak jadi partner Am, together and
forever…” Ajar Syed Ramli sambil ketawa kecil.
“Action
speak more than words kan… Saya rasa, awak dah boleh tahu jawapan saya..” Syed
Ramli tersengih. Dia boleh faham dan boleh rasa. Tapi dia tetap inginkan
kepastian.
“Saya
tak fahamlah…” Syed Ramli mula buat muka toya.
“Bagi
telefon awak kejap?” Pinta Alanna tiba-tiba. Apabila telefon telah bertukar
tangan. Setelah menukar sesuatu di telefon milik Syed Ramli, telefon itu mula
bertukar tangan semula.
“Awak
buat apa?” Tanya Syed Ramli sambil membelek telefon miliknya sendiri.
“Tengoklah
sendiri..” Alanna mula bangun. Dia ingin
pulang. Tidak mahu berlama-lama memandang wajah Syed Ramli. Malu lah…
Puas
Syed Ramli mengesan sebarang perubahan dengan intipati telefonnya. Tidak ada
sebarang mesej di sent item. Ataupun mesej di inbox. Tanpa berfikir panjang,
dia mula mendail nombor telefon Alanna. Mahukan kepastian disebalik kekeliruan
ini. Tapi tiba-tiba matanya menangkap sesuatu!
Rupa-rupanya
Alanna menukar nama di nombor telefonnya. Jika sebelum ini dia menulis nama
Alanna, kini gadis mengubah menjadi Mrs. Sweet Duck.. Oh, memang sangat sweet!
Alahai, kalau dah perempuan tuh, tetap perempuan. Suka benar berkias.
Syed
Ramli tersenyum. Selepas ini, dia ingin merangka hubungan yang lebih serius
bersama Nur Alanna. Segala rintangan akan cuba diharungi dengan penuh sabar. Prinsip Alanna yang menyatakan couple make trouble itu perlu diperbetulkan....
p/s:: ini first part…. Tunggu part depa
couple pulak.. entah apa masalah yang dia orang kena t8 over.. sila baca dengan
senyuman… maaf untuk segala kesalahan ejaan, tatabahasa.. masih belajar untuk memberi
yang terbaik… n jangan lupa komen.. ngeee..
ya dah baca dgn senyuman yg tak lekang di bibir. haha. apalah yang syed ramli nak buat dekat alanna nanti.. I wonder... huhu
ReplyDeletepssst.. sara nak tanya biasanya kalau sara buat cerpen sara buat berapa muka surat ya?? :)
apa yang awak wonder kan tuh? ngeee.. biasanya kalu buat cerpen sure lebih 50 page..ad tu smpai 130 page kot... tp yang ni 38 jeh... jehhh tu y penting..haha.. =)
Deletehehheehheh...best n terbaik la..lw part couple nt lagi menarik kan..uuuu xsabar sya
ReplyDeletesila sabar kak.. sedang berusaha keras ni nak kasi settle =)
DeleteAlngkah bestnya kalau semua gadis-gadis ni boleh ikut prinsip lanna...Harap cerpen ni boleh membuka minda pembaca
ReplyDeleteyup.. hope leh bukak mata n minda semua pembaca.. benda y nmpak simple, tp sbnarnya bg effect y besar dlm hidup.. =)
Deletehihhihi....best sgt...x sabar nk tggu part seterusnya...hihi...
ReplyDeletengeee.. thanks farha.. sila tunggu part seterusnya ya.. =)
Deletecomel plak kish dorg nie,mmg kte idup pn sling mlengkapi antara psgan kte xde spe yg smpurna..x sbar nk tggu n3 bru
ReplyDeleteyup... tp jangan biarkan kekurangan menghalang dari memberi yang terbaik.. =)
Deletecomel. hahahaha! nama syed tu buat lidah moon tergeliat nak menyebut :P
ReplyDeleteada sejarah pada nama tuhh moon.. tu kena tunggu..=)
Deletewehuuuuuu... nak lagi! nak lagi! just sweet and nice.. likeee~ ^^
ReplyDeletesabar sabar sabar... tu je leh ckp.. haha.. =)
Deletecerita nihh comel :D serius
ReplyDeletenama hero tuhh berulang kali lia berlatih nk sebut -.-
tak sabar nk tunggu sambungan dia :)
mmg saje buat cite comel2 ajeh.. haha.. nama hero tuhh... kena tunggu tersingkap nyer sejarah nama tuh..haha... =p
DeleteCute ;) Cepat sambung ya!
ReplyDeletetry bg entry secepat mungkin.. =)
DeleteHaha...gelak smpi kluar air mta ni...trharu...eh3..aku da jd cm mrs sweet duck lak..trharu smpi mlleh air mta...hehe...apa2pn..best!! ^-^
ReplyDeleteerkk.. ko pun terharu ke? mcm Mrs Sweety Duck pulak.. lepas ni tkut jadi haru biru pulak.. =p
Deletesara, suka sangat.. x sabar nak tunggu part depa couple.. nanti bagi y swee2 tau
ReplyDeletefuyoo.. x leh sweet sngat.. nnti kena kencing manis.. naya pembaca..hahaha..
DeleteLIKE, LIKE, LIKE sampai lebam... awak memang ada banyak jenis olahan ya? tp sy suka.. x boring
ReplyDeletengee.. sampai lebam tuh.. banyak ke? x lah.. cuba kalu part suka suki, haruslah santai2.. part serius, islamik, harus mengkaji dan mengaji.. haha..
Deletehehehe...sowi sara lmbat singgah...pape pun suka citer nie..setiap cerita olahan yang berbeza, suka. :)
ReplyDeletex pe kak.. harus dahulukan perkara2 y penting dulu.. oalhan berbeza? kena santai2 kalu versi comel2.. kalu guna ayat berat kang, mati pembaca nk skodeng..haha
Deletebest sangat2.. bila nak masukkan part seterusnya?
ReplyDeletekak zila
tgh bulan lah.. boleh? ngeee... kalu dah siap t, compem sy post terus..
DeleteBESTTT.... DAH TERLEBIH SENYUM NI...
ReplyDeletewahh.. dah nampak dah senyuman tu kak.. cheeseee... =)
Deletenisa: hehe sweet sangat..suka karya nie!!kak sara the bez
ReplyDeletenisa,,,, selalu nampak awak komen2.. x mahu ke join page or group sy... pelawa nihh... =)
DeleteOMG! Baca cerpen ni teringat zaman muda2 dulu. Cuma belum pernah tersangkut dengan client je. Hahah. :p good job Sara! :)
ReplyDeletekak Hajar... rasanya kena panggil akak..heheh.. belum pernah tersangkut ngan client, tapi client yang tersangkut ngan sy.. ahaksss.. perasan gituuu
Deletekak sara....love it...mmang best lh x kira novel @ cerpen semua saya suka...keep it up
ReplyDeletethanks yunk.. aishh.. akak pun masih belajar memberi yang terbaik.. =)
Deleteas-salam & hi Sara,
ReplyDeletefirst time nk komen ...
hehe .. x tau wat to say ...
but i get it-santai & chillz
love Alanna character - straight forward & sweet & spontaneous!
Weird name Mr Syed - combination of malay, Argentine footballer=Italian keh keh keh ...!
can't imagine nama anak dorang nanti ape eh???
~Jazmeen :)
oh.. tidakkk.. awak baca cerita budak x abs sekolah ni ya.. segan teramat jadinya.. hehe.. terbayang awak komen kak KL.. ahaks.. siap buat conclusion untuk setiap watak... wah.. siap pk nm anak dia owg tuh... x tahan btul.. =) ap2 pun.. thanks coz mencemar duli mengomen di sini..
Deleteish ...ish ... komen yg sengal tuh pon u want to read ... buang karan je!*nk buat komen mcm tu kat sini SEGAN le!
Deletebtw ... when will b part 2 on air? .. gigih neh nk tunggu!
your live comment on EURO tx leh blaah dah! buat ulasan EURO mcm gaya tulis cerpen keh keh ...:)
~Jazmeen
oh... saya kalu baca buku, tgk bola atau ap2 pun y menjadi sntapan mata, sya pasti akan komen sungguh2.. itu tnda sy menghargai ap y berlaku di sekeliling kita.. x gitu? heh.. abh pun ckp.. dah leh jadi pengulas sukan dah pun.. kah kah kah.. gelak untuk diri sendiri
Deleteayat yg santai dan telus tergam dlam hati.. big thanks to you, makes me wanna be 'baik'... may Allah bless.
ReplyDeletesetiap garapan, walaupun santai2... tetap ada iktibar yang boleh kita kutip kan... insyaAllah.. kita sentiasa harap untk jadi lebih baik dari biasa.. =)
DeleteSyed ramli... klasiku nama tu... hihihi.
ReplyDeleten yg paling pnting dia yakin pada Alanna.. :)
klasik lah sngat..haha.. yup.. keyakinan kepada pasangan itu penting...
Deletelove this story very much. cik writer, minta maaf ya, sy dh ambik bbrp ayat yg menarik utk diposkan di fb. sekadar menjwb soalan seorg teman.
ReplyDeletexpe nana... boleh ambik mana2 quote yang awak suka.. ilmu tu kita kena share kan...=)
Deletesara,
ReplyDeletehihiihihii...best wey..comey je term2 yg sara guna. mrs. sweet duck..
1st time baca cerita sara n akak love it mucho.. keep up the good work babe.
lev u muaahsss
akak, ni first part.. bacalah smbungan dia.. hehe..
Deleteaduh...sy xtau citer nie ada kesinambunggannnya....1st sy baca married make perfect, pas tu baca couple makes trouble (masa baca nie baru sedar, citer nie brsambung2)...last baru baca single make simple...hahaha...janji layan!!!! btw, best! =)
ReplyDeletehahaha.. nak lebih perfect.. sila baca sekali lagi... dengan susunan y betul... heh.. mujur x fening feningg..
ReplyDeleteHello, I log on to your blogs on a regular basis. Your humoristic style is witty, keep up the good work!
ReplyDeleteReview my homepage ... Provillus
Thanks , I've recently been searching for information approximately this subject for a long time and yours is the greatest I have found out till now. However, what in regards to the conclusion? Are you certain concerning the source?
ReplyDeleteHere is my webpage ; Profollica