Pejam
mata, bukak mata, tutup mata, bukak mata… tak sangka, hubungannya dengan Syed
Ramli terjalin sebagai pasangan kekasih. Erk.. Kekasih? Sekali dengar macam
sweet.. Dua kali dengar, tiba-tiba rasa meremang bulu roma. Entah macam manalah
dia boleh terima lamaran lelaki itu! Nak kata memenuhi piawaian seorang lelaki,
tak jugak.. Tapi mungkin Syed Ramli memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh
lelaki lain yang mampu membuatkan jiwa Alanna tertawan.
Telefon
yang berdering nyaring itu mematikan lamunan Alanna. Sejuring senyuman mula
menerjah ruang wajah. Mr. Sweetie Duck!
“Hai
sweetie…” Sejak dua minggu yang lepas, memang itulah panggilan manja dari Syed
Ramli untuknya.
“Hai
monster….” Usik Alanna nakal. Betul-betul rasa tak percaya yang mereka sedang
bercinta sekarang!
“Tengok
tu, kita panggil baik-baik dia panggil kita monster pulak! Merajuklah macam
gini…” Alanna ketawa besar mendengar tajuk Syed Ramli itu. Begini rupanya orang
merajuk! Rupa dah gagah, badan dah tegap tapi sekali dia buat ayat merajuk,
monster puk kalah nih!
“Jangan
nak mengadalah!” Jangan harap dapat mengada dengan Alanna. Nak merajuk ke, nak
pujuk-pujuk ke, nak mengada-ngada ke, lepas kahwin okay! Hmm.. prinsip baru
Alanna. Suka benar berprinsip bagai!
“Awak
ni memang garanglah Lanna..” Komen Syed Ramli sambil tersengih. Nak marah pun
tak guna! Nasib dapat awek seperti Alanna. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu
yang Alanna jenis perempuan yang tak melayan lelaki!
“Dengan
awak haruslah garang!”
“Okay...
tapi lepas kita kahwin, tak boleh garang-garang tau!”
“Kalau
nak garang jugak, awak nak buat apa?” Duga Alanna nakal.
“Hmm...
kalau awak garang jugak, tahulah saya nak buat apa nanti...” Alanna ketawa
halus. Dia belum cukup bodoh untuk memahami ayat tersirat disebalik yang
tersurat. Mujur sahaja pak Syed tidak berada di hadapannya sekarang. Kalau tak,
jenuh nak padam kesan merah di wajahnya. Malu seyhh..!
“Amboihhh...
dah ada strategi nampak!”
“Hidup
ini penuh dengan perkara yang tidak dijangka tapi manusia haruslah bijak
merangka!” Ini memang jawapan stok orang
bijak-bijak. Alanna pasti yang dia berada di jalan yang betul. Dia pasti yang
pak Syed ini boleh membimbingnya.
“Apa
sahajalah yang awak rangka Am...” Sejak mereka bersahabat baik, Am adalah nama
panggilan yang dikhaskan untuk Syed Ramli. Hendak memanggil nama penuh Syed,
memang tergeliat habis lidahnya. Hendak memanggil Syed, rasanya terlalu formal.
Hendak memanggil Ramli, oh tidak... nama zaman tok kaduk tuh.. Memang tak lah..
Jadi diambil singkatan dari nama Ramli.. so, terciptalah nama Am!
“Rangkaan
pertama.... Sila turun ke bawah!” Ujar Syed Ramli sambil tergelak-gelak.
“Bawah
mana? Bawah katil ke?” Mentang-mentanglah dia sedang enak melingkar di atas
katil. Contoh pun nak bagi pasal katil jugak. Hari ahad adalah hari malas
sedunia! Jadi buat apa nak mandi awal-awal.
“Saya
ada depan pagar rumah awak nih...” Perlahan-lahan, Syed Ramli mula keluar dari
perut kereta. Memang sengaja buat kejutan pada Alanna. Dia tahu yang dia akan
kena marah. Tapi dia memang suka dimarahi oleh Alanna!
“Hah?
Buat apa datang rumah....?” Alanna sudah mula kelam kabut. Kakinya terus
menghala ke tingkap rumah. Tubuh pak Syed memang sedang tercegat di pintu
pagar.
“Lah,
nak berkenalan dengan bakal mertua sayalah...” Alanna sudah mula menepuk dahi. Tak
suka dengan kejutan seperti ini.
“Kenapa
tak cakap awal-awal nak datang.. Saya tak mandi lagi nih!” Alanna sudah mula
mengelabah. Sekejap ke utara, sekejap ke selatan, arah timur dan barat pun dia
singgah jugak! Jam baru sahaja menunjukkan pukul sepuluh pagi. Syed Ramli
memang gila!
“Memang
datang nak mandikan awak pun...” Sakat Syed Ramli selamba.
“Am...”
Jerit Alanna geram. Orang dah kelam kabut, dia sempat lagi nak main-main.
“Okay..
Ayah awak dah keluar dah nih.. cepat mandi, jangan bagi saya tunggu lama
sangat.”
“Am...kejap!”
Jerit Alanna kuat. Menghalang Syed Ramli dari memutuskan talian.
“Lanna,
saya tahulah awak rindukan saya.. Awak cepat pergi mandi... Saya tunggu kat
bawah... Lepas ni boleh lepaskan rindu banyak-banyak ya..” Usik Syed Ramli
lagi.
“Bukan
pasal rindu sekarang nih..... masalahnya saya tak pernah beritahu apa-apa lagi
dekat parents saya.” Aduh, itu yang membuatkan dia kusut! Nanti, apa pulak mak
dan ayah fikir. Memanglah mak dan ayah sporting, tapi tak mahulah depa berdua
terkejut.
“Trust
me! Biar lelaki yang selesaikan masalah ni! Orang perempuan, sila duk
diam-diam.” Tanpa menanti balasan dari Alanna, Syed Ramli terus memutuskan
talian. Mula bersalam dengan ayah Alanna setelah pintu pagar dibuka.
“Selamat
pagi pak cik...”
“Pagi...
Anak ni cari siapa ya?”
“Saya
Syed Ramli... saya nak mintak persetujuan pak cik..” Tiba-tiba rasa berdebar.
Tapi dia benar-benar ingin serius! Serius dalam menentukan hala tuju hidupnya
bersama dengan Alanna.
“Persetujuan
pak cik? Persetujuan apa?”
“Saya
nak minta persetujuan nak berkawan dengan anak pak cik.”
Encik
Ariff mula terpinga-pinga. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sahaja ada
seorang lelaki yang ingin berkawan dengan anaknya. Sekali pandang, memang
nampak macam orang baik-baik. Pemuda dihadapannya nampak kemas sahaja dengan
jeans dan kemeja Polo berwarna hitam. Menyerlahkan ketampanannya yang sedia.
Tapi kalau dua kali pandang, rasa lain macam pulak! Melihat kepada kereta mewah
yang berada di luar garaj kereta, Encik Ariff mula berfikir sendiri. ‘Betul ke
orang kaya macam ni nak berkawan dengan Lanna.. Apalah yang dia pandang pada
Lanna yang banyak songeh itu!’
“Errk...
Lanna tahu tak yang kamu nak datang ni?” Si ayah pula yang kaget bila orang nak
berkenalan dengan anak gadisnya.
“Dia
baru tahu...” Syed Ramli memerhatikan bapak mertuanya itu. Hmm, nampak seperti
jenis yang sempoi-sempoi jugak. Mesti sekepala dengan Alanna jugak nih...
Senanglah sedikit kerjanya nanti nak membeli jiwa bapak Alanna ini.
“Eh,
jemputlah masuk.. Lanna tu entah dah bangun ke tidak.. Kamu duduk dulu, pak cik
pergi panggil mak cik..” Encik Ariff terus meninggalkan Syed Ramli dan
dilalukan langkah ke dapur. Mencari kelibat isterinya.
“Midah...
ada orang datang tuh...”
“Siapa?”
“Dia
nak berkawan dengan Lanna...” Terang Encik Ariff semangat.
“Hah,
nak berkawan dengan anak dara kita? Uish... handsome tak?” Pertanyaan Hamidah
itu membuatkan Encik Ariff garu kepala. Kalau dah perempuan tu, perempuan
jugaklah. Suka tanya handsome ke tidak! Soalan wajib orang perempuan. Jadi
lelaki, haruslah jangan pelik.
“Handsome
lagi abang...” Seloroh Encik Ariff dengan muka berlagak. Puan Hamidah mencebik!
Konon macam menyampah namun dalam hati tetap mengiakan kata-kata suaminya itu. Aish,
kalau bukan isteri yang puji suami sendiri, siapa lagi kan...
“Malaslah
nak layan abang.. nak pi tengok bakal menantu kita.. Abang tolong siapkan air!”
Arah Puan Hamidah selamba.
“Eh,
ada menantu, suami sendiri pun tolak tepi!” Usik Encik Ariff pula. Usik
mengusik seperti ini sudah terbiasa hidup dalam kehidupan mereka. Kalau tambah
Alanna, lagilah haru dunia mereka. Nasib hidup bertiga, kena pandai-pandai
memeriahkan keadaan. Kalau tak memang sepilah memanjang!
“Tolak
kejap jeh...” Sempat lagi Puan Hamidah membalas sebelum keluar dari dapur.
Tanpa banyak cakap, terus Encik Ariff mengeluarkan jus oren yang sememangnya
sudah tersedia di dalam peti. Menunggu untuk dituangkan sahaja.
“Bang....”
Hampir-hampir sahaja melucut jag air yang berada di pegangannya apabila
menangkap jeritan daripada isterinya.
“Buang
tebiat apa menjerit-jerit ni Midah oit...” Tegur Encik Ariff bengang.
“Handsome
gila bakal menantu kita!” Ujar Puan Hamidah teruja.
“Kan...
pandai anak saya pilih!”
“Kalau
tang pandai, mestilah ikut Midah.. Kalu tang bengap tu ikut abang...” Gurau
Puan Hamidah sambil ketawa. Encik Ariff mula menjenggilkan mata.
“Mak,
ayah, apa yang bising sangat nih?” Baru sahaja dia menjejakkan kaki ke hujung
tangga, sudah terdengar suara emak dan ayahnya itu. Tadi sempat juga
matanya menjeling ke arah pak Syed yang
sedang membaca surat khabar di ruang depan. Dia perlu mendapatkan keluarganya
terlebih dahulu.
“Memanglah
bising.. Kamu tak beritahu awal-awal pun yang kawan kamu nak datang!” Marah
Encik Ariff bengang. Marah-marah sayang...
“Lanna
pun baru tahulah yah...” Terang Alanna serba salah.
“Jadi,
dialah lelaki yang berjaya memusnahkan prinsip hidup kamu tu ya?” Tanya Puan
Hamidah sambil mencuit sedikit bahu milik anaknya. Sekarang dia sudah senang
hati. Sekurang-kurangnya dia tahu anaknya sudah berteman. Bukan menggalakkan
anaknya itu mempunyai kekasih, tapi hati tuanya kadang-kadang bimbang jika
Alanna memilih untuk sendiri buat selamanya. Siapalah yang akan menjaga anaknya
nanti. Sudahlah memang Alanna seorang sahaja anaknya.
“Bukan
memusnahkanlah....” Sela Encik Ariff perlahan.
“Habis
tu apa?” Pandangan Puan Hamidah beralih ke arah suaminya.
“Dialah
lelaki yang mendebarkan Alanna... alah, macam yang awak rasa dekat saya
dulu-dulu...” Kedua-duanya ketawa besar. Alanna mula menepuk dahi apabila
mendengar lawak tak sudah ayahnya itu. Kemain lagi.....
“Mengarutlah
mak dengan ayah nih... Dah lah, Lanna nak ke depan kejap!”
“Ialah...
dah ada kekasih baru, kekasih lama ni dilupakan...” Encik Ariff sudah mula buat
ayat pasrah. Alanna mula melepaskan lelah sedikit. Lengan milik ayahnya mula
dipaut.
“Ayah
akan tetap jadi kekasih Lanna sampai bila-bila pun! Mak pun akan tetap menjadi
superwoman terbaik di hati Lanna.. Lanna sayang sangat mak dan ayah! Tak ada orang
pun yang boleh gantikan mak dan ayah di hati Lanna! Pak Syed kat depan tu pun,
Lanna letak kat bahagian lain tau!” Tiba-tiba rasa sebak! Rasa sensitif
tiba-tiba berkunjung rasa.
“Alah...
jangan nangis-nangis. Tak heroinlah anak ayah..” Rasa bersalah pulak kerana
terlebih bergurau dengan anaknya itu. Bahu anaknya ditarik dan dipeluk dari
tepi. Cuba menghalau rasa sedih. Entah kenapa, dia pun turut rasa sedih.
Bagaikan saat untuk melepaskan Alanna akan tiba. Sunyilah rumah ini nanti...
“Ayah
memang jahat kan... buat kita berdua menangis!” Puan Hamidah ikut turut menyeka
air mata yang singgah di hujung mata. Bila Lanna pergi, pasti senda gurau
seperti ini akan turut pergi.
Akhirnya
mereka bertiga berpeluk sesama sendiri.
Tanpa
mereka menyedari, ada mata yang memandang perlakuan mereka itu. Segaris
senyuman mula menyapa ruang wajah. ‘Keluarga ini memang hebat dalam melahirkan
kasih sayang..’
***
“Hey,
kenapa macam sedih je nih? Tak suka saya buat kejutan macam ni?” Tegur Syed
Ramli apabila melihat air muka buah hatinya yang suram itu. Sengaja dia
bertanya walaupun dia sudah mengetahui penyebabnya. Sengaja menduga, adakah
Alanna akan berkongsi segalanya dengan dirinya.
“Suka...
lain kali buatlah lagi! Kenapa tak datang lepas subuh jeh... Tak pun datang waktu
subuh, boleh join jemaah sekali!” Marah Alanna geram. Kalau baca novel, kejutan
seperti ini memang membuatan heroin terharu. Tapi hakikatnya dalam dunia
realiti yang sebenar, kejutan ni mampu meluruhkan jantung! Ada jugak yang mati
bergolek!
“Bagus
jugak cadangan tuh... Mungkin boleh pertimbangkan esok!” Sakat Syed Ramli
selamba. Alanna menjeling! Menyampah!
“Lanna,
kenapa ni? Tak nak share dengan kekasih hati bersulamkan jantung awak ni ke?”
Pujuk Syed Ramli perlahan.
“Tak
ada apalah..” Tolak Alanna. Memang dia sedih.. Sedih memikirkan yang dia bakal
meninggalkan keluarga kecilnya ini. Tapi biarlah disimpan sendiri di lubuk
hati.
Dia bukan sejenis gadis manja yang suka
mengadu bermacam-macam pada perkara yang remeh. Dia dididik dengan sikap berdikari
agar tidak bergantung dengan sesiapa pun. Ayah kata, title anak tunggal bukan
alasan untuk dia menjadi gadis manja. Bahkan anak tunggal harus bergerak
sendiri. Sebab dia tidak punya abang, kakak atau adik-adik untuk dia menumpang
harap! Jadi, sudah biasa dia simpan semuanya sendiri. Kalau pun ada masalah,
orang yang dicari pastilah ayah dan maknya!
“Look...
Orang couple, tak boleh ikut gaya orang single... Kalau single dulu, awak
memang boleh simpan sorang-sorang.. Tapi bila awak dah couple, awak ada saya...
Saya nak ada di setiap masa milik awak. Setiap rasa duka, kecewa, sedih, ketawa
ataupun bahagia, saya nak bersama awak! Jadi, saya nak tegaskan di sini, awak
kena share semuanya dengan saya.... Macam nilah cara kita nak belajar untuk mengenali sesama sendiri! Trust
me!”
Alanna
tersenyum. Syed Ramli bagaikan faham sahaja dengan situasinya sekarang. Ini
yang membuatkan dia bertambah sayang pada Syed Ramli! Suaranya tegas walaupun
kadang-kadang penuh dengan arahan. Kadang-kadang, dia rasa Syed Ramli
melayannya sebagai seorang pekerja! Penuh dengan arahan yang berbaur paksaan.
Tapi itulah cara Syed Ramli! Dan kini Alanna sedang membiasakan diri untuk
menerima Syed Ramli dengan caranya yang tersendiri itu.
“Ada
faham?” Tanya Syed Ramli inginkan kepastian. Bukan boleh kira sangat Alanna ni,
lain yang dia cakap. Lain pulak yang dia faham! Perempuan memang selalu begitu.
Tapi Alanna kan sejenis wanita yang berfikran optimis.. Sebenarnya Syed Ramli
sedikit gusar. Risau kerana ini adalah pertama kali Alanna couple. Dia risau
kalau Alanna terbawa-bawa dengan sikap single mingle dia itu. Mungkin beberapa
perkara perlu diajar agar Alanna tidak merasa kekok dan gelabah!
“Yes
Boss!”
“Yeaahh...
I’m your boss.. Boss in your heart!” Alanna melarikan pandangan. Malu pulak
mendengar ayat spesis jiwang itu. Jangan harap dia hendak membalas balik! Dia
memang tak pandai okay. Lagipun biarlah disimpan kata-kata manis selepas
berkahwin nanti.
“Dah
lah... awak duk sini. Mak ajak makan tengah hari sama-sama. Saya nak pergi
tolong mak masak.” Alanna sudah mula angkat punggung.
“Masakkan
satu lauk kegemaran awak! Saya nak kongsi kesukaan kita bersama. Biar apa yang
awak suka, akan menjadi kesukaan saya pulak!”
“Tapi...
saya tak sure awak akan suka makanan kesukaan saya tu!” Muka Alanna mengerut
sedikit. Makanan kesukaannya itu pelik. Silap hari bulan, Syed Ramli sure boleh
loya.
“I
will like it.. Trust me!”
Kepala
Alanna terangguk-angguk sedikit. Ayat kesukaan Syed Ramli itu benar-benar ingin
membuatkan Alanna ketawa. ‘Trust Me! Selagi belum tengok dengan mata kepala
sendiri, aku tak akan percaya!’ Bisik Alanna sambil berlalu ke hadapan.
Sesudah
berhempas pulas di dapur, akhirnya Alanna memanggil Syed Ramli yang sedang
ralit berbual dengan Encik Ariff. Alanna tersenyum kelegaan. Sekurang-kurangnya
dia tahu yang pak Syed diterima baik oleh mak dan ayah. Terus diajak ayah dan
Syed Ramli ke meja makan.
“Wah..
banyaknya lauk...” Wajah Syed Ramli sudah meleret dengan senyuman.
“Mak
cik masak khas untuk bakal menantu mak cik.” Tutur Puan Hamidah selamba. Alanna
menjeling ke arah emaknya. Kepalanya tergeleng sedikit. Susah kalau dapat emak
yang terlalu selamba ini!
“Makan
Syed, jangan malu-malu...” Pelawa Encik Ariff pula.
“Hmm..
mana satu lauk kegemaran awak?” Mata Syed Ramli menerawang di atas meja. Ada
lauk udang masak merah, ada sup, ada asam pedas ikan merah, sayur campur dan
sambal belacan.
Alanna
sudah tersengih. “Saya suka sup tuh! Awak nak? Saya cedokkan ya?” Tangannya
laju meletakkan lauk ke dalam pinggan Syed Ramli. Syed Ramli yang melihat mula
tercengang apabila melihat kaki ayam yang berada di pinggannya.
“Makanan
kegemaran saya ialah sup kaki ayam!” Terang Alanna teruja.
Syed
Ramli terkejut. Seumur hidupnya, tidak pernah sekali pun dia makan kaki ayam!
Baginya, orang yang makan kaki ayam ini ibarat kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang! Boleh pulak kaki ayam ini menjadi makanan kegemaran
Alanna?
Kalau
ikutkan hatinya sekarang, mahu sahaja dia meletakkan kaki ayam tersebut di
dalam pinggan Alanna. Tapi dia risau pula dengan penerimaan mak dan ayah Alanna
yang jelas sedang memandang ke arahnya.
Syed
Ramli mula rasa menyesal kerana meminta Alanna mencedokkan lauk kegemaran gadis
itu. Sungguh, sup kaki ayam ini betul-betul berada di luar kotak pemikirannya. Nak
tak nak terpaksa hadap jugak!
Sesudah
Encik Arif membaca doa, terus mereka mula menjamu selera. “Jemput makan
Syed...” Ajak Encik Ariff apabila melihat pemuda itu seperti teragak-agak untuk
menelan makanan. Alanna pun satu, ada ke bantai letak kaki ayam! Sekali pandang
pun dah tahu yang Syed Ramli tidak menggemarinya. Mungkin anaknya itu hendak
menguji keikhlasan hati Syed Ramli.
Akhirnya,
perlahan-lahan digigit kaki ayam tersebut. Sekali kunyah dia boleh tahan lagi,
tapi setelah dikunyah beberapa kali, dia mula rasa loya! Loya bila membayangkan
seekor ayam yang berjalan di atas tanah kotor itu.
Terus
ditekup mulutnya. Kalau muntah kat sini, memang naya! Buat jatuh saham bakal
menantu terpilih jeh.
“Am,
awak okay?” Dapat dikesan raut wajah Syed Ramli yang berubah itu. Rasa nak
ketawa pun ada! Mana perginya ayat ‘trust me’ itu? Mungkin dah bertukar jadi
‘Frust!’
Syed
Ramli mengangguk laju. Tanda okay walaupun dia memang tak okay! Namun tekaknya
memang tidak mampu lagi menahan godaan muntah yang menggunung. Lantas dia terus
bangun dari kerusi dan berlari ke arah dapur.
Terus
dimuntahkan isi perutnya yang sememangnya masih kosong. Mungkin mulutnya mampu
menipu. Tapi tekaknya langsung tak boleh terima. Jadi, inilah hasilnya.
Alanna
yang turut mengekori terus membancuh air oren pekat ke dalam gelas. Mula rasa
kasihan kerana terlebih menguji kesungguhan Syed Ramli. Hendak sahaja digosok
belakang kekasihnya itu, tapi sedar yang ada batasan yang masih membatasinya.
“Awak
tahu, besi tu walau berkilat mana pun, mesti akan berkarat kalau kena air!
Macam tu jugak dalam perhubungan, walaupun pembohongan itu adalah bertujuan
untuk menjaga hati dan perasaan orang lain, tapi sebenarnya ia boleh
mengaratkan sebuah hubungan!” Tutur Alanna sambil menghulurkan kain bersih
untuk Syed Ramli mengelap mulutnya.
Syed
Ramli diam. Rasa hilang kekuatan untuk membalas kata. Usai mengelap mulutnya,
dia terus mencapai gelas minuman yang dibancuh oleh Alanna.
“Minum
ni... Biar rasa lega sikit tekak tuh!” Syed Ramli tak berani nak membantah
arahan Alanna. Lalu diturutkan sahaja.
“Awak
sendiri cakap dengan saya... Bila couple, kita share apa yang kita suka. Apa
yang kita tak suka! Kena terus terang! Tapi awak sendiri pun nak berahsia!
Ishh.. Tok guru macam mana ni?” Untuk tidak mengeruhkan lagi situasi, Alanna
sudah mula tersenyum perli.
“Saya
nak belajar apa yang awak suka...” Rasa malu sangat nak pandang muka Alanna
saat ini. Itu belum tambah untuk mengadap wajah orang tua Alanna. Entah apa
fikiran mereka tentang dirinya. Makan kaki ayam pun sampai muntah-muntah!
Antibodi tak kuat langsung! Memang tak hero kot...
“Hah,
inilah yang salah pasal orang yang ‘pernah’ bercinta nih...” Perkataan pernah
itu ditekan kuat. Melahirkan kegeraman!
Syed
Ramli memandangnya aneh. Mungkin masih belum mentafsir makna yang tersirat di
sebalik kata-kata Alanna.
“Apa
yang salah?”
“Cinta
itu bukan untuk memepelajari tentang partner masing-masing... Hubungan itu
bukan untuk dikaji... Ataupun perlu dirombak sesuka hati dan diletak susun atur
caranya. Sebuah hubungan itu adalah untuk dinikmati dan dihargai. Kalau awak
tak suka apa yang saya suka, tak bemakna benda tu salah! Cukuplah kalau awak
hormat. Semua tu adalah satu perkara yang tak boleh dibayar ataupun
dibuat-buat. Ia lahir dari hati yang ikhlas! Dan.... jangan sesekali
menggunakan pengalaman bercinta yang lepas-lepas! Dah sah-sah lah pengalaman
dulu tu tak guna.. sebab kalau benda tu berguna dan menjadi, tak lah awak putus
dengan perempuan tu kan...” Dalam ayat yang serius menasihati, sempat lagi
Alanna memerli Syed Ramli.
Syed
Ramli terdiam. Terpukul dengan kata-kata Alanna itu.
“Lanna,
betul ke awak tak pernah bercinta ni?” Tiba-tiba dia mula rasa ragu. Gaya
percakapan, pemikiran Alanna... semuanya menjurus ke arah positif sahaja. Dia
pula yang rasa rendah diri.
“Tak
pernah bercinta, tak bermakna tak pernah jatuh cinta.” Cawan yang berada di
tangan Syed Ramli diambil dan dibasuh. Pasti mak dan ayahnya pelik. Kenapa
mereka berdua tidak keluar dari dapur lagi.
“Lanna..
I’m serius...”
“I’m
serius too... Memang saya pernah sukakan seseorang pun!” Jujur Alanna.
“Habis
tu kenapa tak terima dia?”
“Sebab
masa tu ayah tak kasi saya bercinta!” Tipu Alanna sedikit. Encik Ariff tak
pernah menghalang aktivitinya. Asal pandai jaga diri, itu sudah memadai buat
ayahnya dan emaknya.
“Tipu...”
Alanna mula mendengus mendengar bantahan Syed Ramli itu. ‘Mamat ni memang tahu
je kalau aku menipu!’
“Sebab
yang lain ialah single make simple.” Syed Ramli sudah mengagak jawapan daripada
Alanna itu. Tapi sebenarnya dia takut dengan luahan Alanna tadi. Buat-buat
mamat tadi datang balik, agak-agaknya Alanna akan berpaling ke dari dia? Ini
yang paling dia takut tika bercinta... Takut jika kehilangan insan yang dia
sayang.
“Alanna...
Awak janji yang awak tak akan berpaling dari saya kan?” Rayu Syed Ramli serius.
Menanti dengan penuh mengharap.
“Buat
apa saya nak berpaling.. Saya dah dapat mamat yang lebih handsome, yang kaya,
yang baik dalam serba serbi walaupun dia garang dan suka mengarah sesuka hati
dia!” Dalam memuji, sempat pula dia menyelitkan ayat-ayat perli.
“Kadang-kadang
saya tertanya-tanya jugak, apa yang membuatkan awak terima saya ya?” Hilang
terus rasa lapar bila mengadap topik soal hati dan perasaan ini.
“Sebab
kena dengan masanya! Tepat pada ketikanya.” Sekali lagi Syed Ramli mengerutkan
dahirnya.
“Contoh,
sekarang saya dah stabil. Dah habis belajar.. Dah cukup besar untuk melangkah
ke frasa baru!” Terang Alanna lagi.
Syed Ramli mengeluh sedikit. Dia tidak
berpuas hati dengan kata-kata Alanna itu. Masa dan ketika yang tepat! Habis tu
kalau bukan dia yang muncul, mungkin Alanna tetap terima lelaki lain. Jadi, dia
hanyalah seorang lelaki yang bertuah kerana berada di waktu yang telah
ditetapkan. Bukan lelaki yang bertuah kerana menjadi pemilik di hati Alanna.
“Dah
ni kenapa pulak?”
“Kalau
ditakdirkan lelaki lain yang melamar, awak mesti terima jugak lah kan?” Tebak Syed Ramli dengan wajah yang serius.
“Mungkinlah....”
“Lanna!”
Alanna
tergelak. Aduh pak Syed nih! Tetap nak jawapan yang memuaskan hatinya juga.
Memang tak pernah bersyukur! Alanna tak mahulah memanjakan Syed Ramli dengan
ayat-ayat manis sangat. Mereka bukannya pasangan isteri yang perlu bermanja
berlebihan. Mereka perlu menghormati batasan pergaulan. Apa yang halal, tidak
perlu diharamkan. Dan apa yang sememangnya haram, lagilah tak boleh dihalalkan.
“Hmm..
kalau kita kahwin nanti, barulah saya beritahu jawapannya!” Pujuk Alanna
sedikit.
“Alah...
semua lepas kahwin!” Protes Syed Ramli tetap tak puas hati. Tapi dalam diam,
dia amat mengagumi Alanna. Terasa bertuah bersama dengan gadis bernama Nur
Alanna ini. Semua yang dia lakukan, pasti berdasarkan sebuah prisip. Malah
prinsip hidupnya langsung tidak dapat digoyahkan.
“Kalau
nak dengar sangat, pergi cari perempuan lain!”
“Lepas
kahwin baru cari..” Sakat Syed Ramli pula.
“Amboiihhh....”
Akhirnya mereka ketawa bersama. Tanpa mereka sedari, Encik Ariff dan Puan
Hamidah asyik melihat drama sebabak tanpa pengarah itu. Ada air mata yang
singgah di tubir mata si ibu.
“Midah...
anak kita dah besar...” Ujar Encik Ariff sebak. Nampaknya, pemergian Alanna
nanti pasti akan dirasai.
***
Alanna
melihat jam di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Sengaja
dia datang ke pejabat Syed Ramli tanpa sedikit pun memberikan pesan. Biasanya
Syed Ramli suka sangat membuat kejutan, jadi dia pun ingin melakukan perkara
yang sama.
Namun
dari jauh, dia terus menangkap tubuh sasa Syed Ramli yang sedang sakan ketawa
bersama seorang wanita. Ya.. Wanita itu sopan santun orangnya. Kelihatan sangat
cantik walaupun hanya mengenakan sepasang baju kurung kain cotton sambil
bertemankan tudung berona sama.
Alanna
terpaku sendiri. Tidak pasti sama ada ingin melangkah mendekati ataupun terus
pulang dan bungkus makanan sendiri. Inilah perkara yang paling dia takuti
ketika bercinta. Bimbang jika tidak dapat mengawal emosi dari terus seimbang.
“Eh
Lanna... sorang je ke?” Teguran Adelia yang merupakan staff Syed Ramli itu
membuatkan Alanna berpaling. Dan serentak dengan itu, menyedarkan Syed Ramli
dengan kehadirannya.
“Aaah..
kebetulan lalu sini. Teringin nak makan laksa penang dekat kedai Mak Nab. Itu
yang datang tuh... Kak Delia nak lunch dengan siapa?” Tipu Alanna. Tak kan nak
mengaku yang dia datang hendak membuat kejutan kepada Syed Ramli. Tapi alih-alih
dia pula yang terkejut. Tapi Syed Ramli bukan buat apa-apa pun dengan perempuan
itu. Cuma ketawa sahaja!
‘Fikir positif Lanna.. Sejak bila pulak
kau ratu cemburu nih?’ Ini betul-betul
statement untuk menjaga hati sendiri.
“Akak nak lunch dengan suami akak.. Ehem..
akak tahu, kamu datang nak lunch dengan Encik Syed kan.. Jangan risau, dia
dengan perempuan tu tak ada apa-apalah.” Terang Adelia sedikit. Dia
perempuan... Dia faham perasaan perempuan. Dia pun sering cemburu jika Rafie
melayan perempuan lain secara berlebihan walaupun lelaki tidak pernah bermaksud
hendak menduakan wanita kesayangannya.
Bila menyedari yang Syed Ramli sudah mula
mendekat dengan senyuman melebar, Adelia terus memohon diri. Tidak mahu
membiarkan suaminya menunggu lama lagi.
“Hey sweetie... Kenapa tak beritahu nak
datang sini?”
“Oh... kebetulan je lalu kat sini...” Syed
Ramli perasan yang Alanna sedang mengerling ke arah wanita di sebelahnya.
“Oh.. kenalkan ini Syarifah Nadia.. Dia
client saya.. and Nad, saya kenalkan pada awak.. My special sweetie duck!”
Okay, memang kelas sangatlah perkenalkan teman wanita dengan gelaran macam tu.
“Hai.. Nadia..” Tangan yang dihulur Alanna
sambut. Sungguh lembut tangannya. Selembut pergerakannya dan sudah pasti
selembut suaranya.
“Come.. join kita orang lunch sekali..”
Ajak Syed Ramli sungguh-sungguh. Bukan selalu dapat makan tengah hari bersama
Alanna. Gadis itu asyik sibuk memanjang. Kalah orang kerja sendiri pulak!
“Errkk.. Tak apalah.. saya balik dulu ya
Am.. Enjoy your lunch okay.” Alanna mula berpaling. Kenapa hatinya tidak enak
ya? Apatah lagi setelah melihat gadis itu ralit merenung wajahnya. Malah
badannya terasa seperti telah discan oleh gadis cantik itu. Apa hodoh sangat ke
penampilannya? Memang tak muslimah. Tapi tak seksi okay! Memanglah tak bergaya,
tapi tak lah sampai selekeh!
“Lanna... jangan nak mengelat! Awak kena
makan dengan saya jugak!” Mr. Angry Duck sudah mula mengeluarkan arahan
mandatori. Akhirnya dengan pandangan menunduk, Alanna hanya mengekori. Saat
ini, dia tidak terasa seperti menjadi buah hati Syed Ramli. Rasa macam makan
hati adalah bila terpaksa menjadi mak guard melihat mereka berdua berdating.
“You
masih tak berubah jugak Syed... Suka mengarah!” Ujar Syarifah Nadia
tergelak-gelak.
“Mengarah
pada orang yang boleh mendengar arahan...” Gurau Syed Ramli sambil ketawa.
Tanpa dia sedar, ketawa itu benar-benar menyakitkan halwa telinga milik Alanna.
Ketika
di meja makan, mereka bercerita macam-macam. Dari isu kerja, berjangkit ke
sejarah silam.. Bla.. bla..bla.. bla... langsung tidak menghiraukan Alanna yang
termanggu sendiri. Alanna mendengus. Nampak sangat yang perempuan ini sangat
mengenali Syed Ramli. Siap tolong orderkan makanan buat Syed Ramli lagi. Syed
Ramli ini boyfriend siapa sebenarnya? Alanna ke atau Syarifah Nadia ini?
Memandangkan
yang Alanna menaiki teksi dari pejabatnya, jadi Syed Ramli mengambil inisiatif
menghantar Alanna walaupun telah ditegah keras oleh kekasihnya itu.
“Kenapa
senyap je nih?” Syed Ramli mula rasa lain macam dengan perangai Alanna.
Dikerling sedikit wajah kekasih hati yang agak kelat itu. Pelik juga kerana
sedari tadi Alanna hanya senyap beribu bahasa.
“Lanna...
Saya cakap dengan awak ni? Awak dengar ke tak?” Kali ini suara Syed Ramli
sedikit meninggi. Geram jika tidak diendahkan seperti ini.
“Eh,
awak cakap dengan saya ke?” Alanna buat muka terpinga-pinga. Konon tak ada riak
bersalah walaupun dia sebenarnya agak berdebar mendengar suara Syed Ramli yang
sedikit tinggi itu.
“Habis
tu awak ingat saya bercakap dengan stereng kereta ke?” Perli Syed Ramli
selamba.
“Oh...
cakap dengan saya.. Ingatkan Nadia ada dalam kereta ni tadi.” Perli Alanna
perlahan sambil memandang ke arah luar tingkap kereta. Tidak mahu terkesan
sangat rasa cemburunya. Sungguh, inilah kali pertama perasaan seperti ini
singgah di lubuk hati. Susahnya bercinta... Tapi paling susah ialah hendak
mengenal pasti sikap pasangan sendiri.
“Dengan
Nadia pun nak cemburu ke? Dia kawan lama merangkap client saya.. Itu jeh... Tak
payah beratkan kepala otak tu fikir benda yang bukan-bukan.” Tegas Syed Ramli
serius.
“Siapa
yang fikir bukan-bukan? Tak ada fikir apa-apa pun!”
“Lanna...
saya tak suka perempuan yang berkias-kias sangat. Kalau awak tak puas hati,
awak hanya perlu cakap! Sebab belum tentu saya faham apa yang awak kiaskan
tuh.” Sekali lagi peluput telinga Alanna menyambut arahan mandatori Syed Ramli.
“Lanna...
Kita belum habis!” Tegur Syed Ramli apabila melihat Alanna yang hendak keluar
dari perut kereta apabila sudah sampai ke destinasi pejabatnya.
“Saya
tak berhasrat pun nak panjangkan perbincangan! Lagipun topik ni tak menarik!”
Kaki kirinya sudah mula diturunkan. Dia ingin cepat-cepat pergi. Makin berlama,
makin banyak kata-katayang akan menyakitkan hati sendiri.
“Lanna,
saya tak suka kalau ada masalah je nak larikan diri.. Tolonglah faham!” Suara
Syed Ramli serius sahaja. Menghentak emosi yang berpusar penuh ribut di
jiwanya.
“Dan
tolonglah faham bahawa hubungan ni bukan sekadar apa yang awak suka tanpa
mempedulikan apa yang saya tak suka! Dah lah, waktu lunch saya dah habis.. Saya
kena cepat naik. Bercinta dengan anak saudara abang daddy tu bukanlah satu
tiket untuk membuatkan saya tak berdisplin.”
Sejurus
selepas itu, terus Alanna keluar dari perut kereta. Malah pintu kereta dihempas
kuat. Syed Ramli mendengus. Mana hilangnya Alanna yang optismis. Yang positif
memanjang itu. Mana? Mana? Mana? Hubungan ini tidak sampai lagi dua bulan. Tak
kan ianya sudah tiba ke penghujung?
***
Rambut
yang sedari tadi terletak cantik, mula diserang kekusutan apabila tangannya
gatal menguak tanpa henti. Hatinya mula rasa tidak enak. Menyesal pula kerana
menuduh Syed Ramli yang bukan-bukan semalam. Kenapalah dia boleh prejudis
sebegitu rupa? Bukankah dia seorang yang banyak fikir. Tak kan benda mudah
macam ni pun boleh tersalah fikir. Sejak bila dia ada perangai tak cukup sifat
ini?
“Oit...
couple makes trouble ke?” Soalan kak Didi itu memang tembakan ke menusuk ke
tangkai hati. Selalunya soalan itu keluar dari mulutnya.
“Saya
rasa macam dah terbuat salah.” Luah Alanna jujur. Kali ini, dia benar-benar
buat muka bersalah. Semalaman tak boleh tidur. Syed Ramli juga tidak langsung
menghubunginya. Merajuk ataupun tidak mahu memujuk. Alanna sendiri tidak mampu
untuk mentafsirnya.
“Apa
susah... pi lah mintak maaf.”
“Macam
tu je ke?”
Kak
Didi ketawa besar apabila menyambut muka tak siap Alanna itu. Kalau dulu, bukan
main bagus lagi bagi nasihat kat orang. Bila dah terkena batang hidung sendiri,
baru tahu langit tu tinggi ke rendah ya?
“Habis
tu kamu nak macam mana lagi? Nak tunggu dia pulak pujuk kamu? Macam tuh?” Tanya
kak Didi.
Alanna
mengigit bibir. Kalau tengok gaya Syed Ramli semalam, jangan haraplah yang
lelaki itu akan memujuk dirinya. Salah dia jugak semalam. Angin kus-kus
bersulamkan emosi datang menerpa. Dia pun gagal nak menepisnya. Sungguh, dia
tak suka perangainya sekarang! Macam budak-budak tak khatam UPSR sahaja.
“Jadi
saya kena call dialah ni?” Alanna menagih kepastian daripada orang yang lebih
berpengalaman darinya.
“Call
boleh.. tapi kalau nak tunjuk ikhlas lebih sikit, mungkin Lanna boleh bagi
kejutan ke office dia.” Cadangan kak Didi itu memang bernas. Tapi dia takut..
Takut kalau dia pula yang menerima kejutan daripada Syed Ramli.
“Kusutnya....”
Keluh Alanna sambil mengusutkan rambutnya. Habis serabai jadinya.
Kak
Didi ketawa besar. “Lanna.... kusut, buntu, kelu, bingung.. semua tu asam garam
dunia percintaan. Welcome to the club!” Usik kak Didi sambil menyambung
tawanya.
“Saya
nak tapau makanan.. nak lunch sama-sama dekat office dia.. ” Semangat Alanna sudah
mula berkobar-kobar. Dia tidak mahu terus hanyut dengan mainan perasaan seperti
ini. Cemburu itu perlu. Tapi haruslah bertempat. Salah faham itu biasa berlaku.
Tapi haruslah cepat diperbetulkan agar kesalahan itu tidak terus menghantui
perhubungan. Dan maaf itu perlu dilafazkan andai kesalahan telah dilakukan.
Maaf bukan tanda orang yang kalah. Tapi tanda manusia itu telah dewasa untuk
menerima sesuatu perkara.
Bila
masuk waktu makan tengah hari, cepat-cepat sahaja Alanna keluar membeli KFC dan
terus dibawa ke pejabat Syed Ramli. Namun baru sahaja kakinya tiba di depan
lif, dia melihat kelibat Syed Ramli dan Syarifah Nadia yang beriringan keluar
dari perut lif.
“Lanna...”
Syed Ramli terpana. Matanya mengerling ke arah Syarifah Nadia sedikit. Dalam
hatinya mengeluh. Pasti Alanna akan salah faham lagi. Apatah lagi melihat beg
plastik yang berada di tangan Alanna, dia pasti yang Alanna datang ke sini
untuk menemuinya.
“Hei
Lanna.. Come join us.. Kita pergi lunch sama-sama.” Ajak Syarifah Nadia ramah.
Matanya mengerling ke arah kekasih Syed Ramli itu. Entah apalah yang Syed Ramli
pandang pada perempuan selekeh dan tidak pandai bergaya seperti Alanna ini.
Syed Ramli berhak mendapat orang yang lebih baik dari Alanna.
“Oh..
tak apalah.. Saya dah bungkus makanan.” Alanna rasa seperti hendak menangis.
Rasa macam nak ghaib saat ini jugak. Sah-sah dah dia datang ke sini untuk makan
bersama dengan pak Syed. Tapi drama lain pulak yang jadi. Apatah lagi setelah menyambut renungan Syed
Ramli yang serius itu. Rasa macam pesalah penjara!
“Oh..
kalau macam tu kita pergi dululah Syed..” Ajak Syarifah Nadia mesra. Dalam
hatinya gembira. Sekurang-kurannya Alanna tidak akan menganggu tumpuan Syed
Ramli terhadap dirinya.
“Nad..
I’m sorry.. Rasanya I tak dapat nak teman you lunch sama hari ni..” Ayat itu
ditujukan buat Nadia namun matanya tidak lepas dari memandang ke arah Alanna
yang sedikit menunduk. Dia tahu, pasti ada sebab Alanna datang berkunjung ke
pejabatnya. Baru semalam dia nasihatkan Alanna yang dia tak suka orang lari
dari masalah. Jadi tak kan dia nak tinggalkan Alanna pulak. Nanti makin
menjadi-jadi masalahnya.
Nadia
buat muka ceria walaupun dalam hatinya penuh dengan rasa hampa. Mati-mati dia
ingat yang dia akan menang dengan Alanna.
“Lanna..
jom...” Panggil Syed Ramli sedikit keras apabila melihat Alanna masih belum
berganjak dari tempatnya berdiri.
Tanpa
banyak cakap, dia terus membontoi Syed Ramli. Hanya kebisuan yang menemati
perjalanan mereka. Pemanduan Syed Ramli sampai ke Taman Bandar. Suasana yang
teduh ini menyenangkan lagi mereka untuk bertapa di meja yang sudah tersedia.
“Kenapa
nak datang tak beritahu?” Tanya Syed Ramli senada.
“Kena
beritahu ke?” Alanna mula tersedar yang
dia sudah tertanya soalan ‘bodoh!’
“Kalau
tadi awak terlambat.. ataupun saya tercepat.. Mesti kita tak berjumpa di lif.
Kan dah jadi sia-sia.. Lepas tu mulalah salah faham lagi!” Marah Syed Ramli
keras. Tercengang Alanna dibuatnya. Kepalanya menunduk. Tanpa sedar air matanya
jatuh setitis. Tidak betah ditengking sebegitu rupa oleh Syed Ramli. Padahal
jerkahan seperti ini sudah biasa menyapa gegendang telinganya ketika di awal
perkenalan mereka dahulu. Tapi itu sebelum berkasih. Patutnya Syed Ramli perlu
lebih peka dengan perasaannya.
“Lanna...”
Syed Ramli sedar yang dia sudah terlepas kata. Terlebih marah. Rasanya, dia tak
boleh nak kawal apa yang Alanna fikir tentang dirinya.
“Saya
minta maaf.. Maaf kalau saya menyusahkan awak.” Permata yang jatuh, diseka
sedikit.
“Awak
tak salah Lanna... Mungkin situasi yang tak kena sekarang.. Jangan nangis
sweetie..” Suara Syed Ramli perlahan memuju. KFC yang berada di hadapannya kini
sudah ditolak tepi. Perasaan Alanna lebih penting saat ini.
“Saya
tahu saya tak patut cemburu membabi buta macam semalam...”
“Tak...
perasaan cemburu tu saya suka Lanna. Sebab saya rasa sangat dihargai oleh awak.
Tapi mungkin awak tersalah faham dengan tingkah saya semalam. Kita baru je
kenal Lanna... Jadi salah faham macam ni memang akan selalu berlaku. Tapi semua
ni akan mematangkan hubungan kita. Please jangan nangis...” Pujuk Syed Ramli
lagi. Dia memang tak suka tengok perempuan kesayangannya menangis.
“Saya
tak tahu kenapa saya nangis? Saya benci dengan apa yang saya rasa sekarang Am..
Mungkin betul.. Couple makes trouble.. I thing, it’s not working.. rasa macam
kita tak match for each other.” Luah Alanna jujur. Kemana perginya kekuatan
mental dan emosinya selama ini membendung diri? Semua itu bagai hilang
ditengelami oleh virus cinta.
“Nope...
Jangan cakap macam tu Lanna. Kita baru kenal... Hubungan kita terlalu awal...
Kita belajar dalam mengenal kesalahan yang berlaku di sekeliling kita. Sebab
bila kita tahu kita salah, kita tahu tang mana nak diperbetulkan.
Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak berlaku jujur dengan perasaan awak
sendiri. Itu lebih baik daripada awak memendam perasaan. Saya tahu, saya patut
lebih sensitif dengan perasaan awak. Semalam, saya tak contact awak sebab saya
nak bagi masa untuk diri awak sendiri. Saya nak bagi kita berdua masa untuk
bertenang. Saya tak suka kalau kita berdepan dalam keadaan kita sama-sama tak
sedia...” Pujuk Syed Ramli lagi. Penuh lembut.
“Saya
tak suka keadaan macam ni Am...” Entah sejak bila dia berubah menjadi
mengada-ngada seperti ini. Macam ini rupanya bila dia bercinta. Kalau
teman-teman kuliahnya tahu, mahu sepuluh tahun depa tak berhenti ketawa.
Cengeng!
“Tapi
saya suka...” Usik Syed Ramli.
“Am...”
“Sebab
saya rasa saya dihargai.. Saya rasa saya diperlukan...” Ucap Syed Ramli ikhlas.
Ya, mungkin Alanna mungkin bukan jenis perempuan yang terlalu meluahkan segala
perasaannya melalui kata-kata. Tapi melalui perbuatannya pun, kita cukup tahu
yang kita diperlukan.
“Lanna..
antara saya dan Nad, kami memang tak ada apa-apa. Tak ada apa yang perlu awak
cemburukan dengan dia. Dia hanya kawan merangkap client saya. Tak akan lebih
dari tu Lanna.. Lagipun, dia tak ada sesuatu yang ada pada awak Lanna...”
“Hmm..
apa yang saya ada tuh?” Rasa ingin tahu memang meluap-luap!
“Awak
ada hati saya... Saya nak awak simpan sampai bila-bila. Dan jangan pernah
sekalipun berniat untuk memulangkan kepada saya balik. Sebab hati awak yang ada
pada saya tu pun, tak akan saya pulangkan. Never!” Putus Syed Ramli muktamad.
Dia sudah bertekad untuk serius ke gerbang perkahwinan dengan Alanna.
Alanna
tersenyum. Bangga pula mendengar ayat Syed Ramli yang agak berbunga-bunga itu.
Padahal Syed Ramli bukanlah sejenis lelaki yang romantik!
“Opps...
malam esok saya nak bawa awak jumpa dengan family saya..” Syed Ramli mula
menguyah lembut ayam KFC yang dibeli oleh Alanna tadi. Sebenarnya kalau takat
makan ayam KFC ni, memang tak ada makna kenyang. Tapi apabila melihat seraut
wajah Alanna yang tersenyum itu, semua itu sudah terlalu memadai buatnya. Makan
bersama orang tersayang, aish.. memang akan pernah kenyang.
Kata-kata
Syed Ramli itu membuatkan ayam yang berada di pegangan Alanna terpelanting. “Bahaya
betul.. ayam ni kena renjatan elektrik ya?” Sakat Syed Ramli tergelak-gelak. Gurauan
Syed Ramli langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepada Alanna.
“Serius?
Tak rasa cepat sangat ke?” Muka Alanna mula cuak.
“Double
serius sweetie.. Bab kahwin, mana boleh tangguh-tangguh..”
Alanna
mula mengarukan kepalanya. Memang kecut perut kot.. Dalam fikiran sudah
terlintas banyak benda. Nak pakai baju apa? Nak kena cakap apa? Nak kena
prepare apa-apa ke? Mak oit.. rasa gundah sudah mula bertapa dalam diri. Terus
hilang selera untuk makan.
Alanna
terus senyap sampailah mereka masuk semula ke dalam kereta. Kerana terlalu
menghitung kegugupan untuk menghadapi hari esok, dia langsung tidak menyedari yang
pemanduan Syed Ramli sudah tiba di pejabat.
“Kelebihan
bercinta dengan abang daddy tak akan membuatkan awak langgar peraturan kan?
Lanna... dah lewat.. You have to go..” Sakat Syed Ramli sengaja. Tahu yang
Alanna diserang gundah.
“Am..
saya rasa saya tak mahu pergilah esok.” Luah Alanna perlahan. Bibirnya digigit.
Risau juga kalau-kalau dimarahi oleh Syed Ramli nanti. Bukan boleh kira sangat
Syed Ramli ini. Kalau dia nak marah, dia main sembur sahaja.
“Okay....”
Jawab Syed Ramli ringkas.
“Macam
tu je?” Tak kan semudah ini?
“Yalah..
kalau awak tak mahu pergi, saya cari Nadia!” Putus Syed Ramli selamba sambil
menaikan sedikit bahunya. Pujukan tak akan mampu membuatkan Alanna
menghilangkan daya pesimisnya. Tapi kritikan atau kata-kata yang menyakitkan
hati perlu untuk membangkitkan semangat optimis Alanna yang hilang.
“Jangan
harap!”
“Okay
then.. see you tomorrow.”
Alanna
mengeluh. Syed Ramli memang suka hendak menyakitkan hatinya. Sengaja
membolak-balikkan perasaannya. Baru sahaja kaki kirinya diturunkan, suara Syed
Ramli yang perlahan itu mula mematahkan langkahnya.
“Ini
untuk awak.. Pakai malam esok ya?” Kotak hadiah itu mula bertukar tangan.
“Kenapa
bagi saya baju?”
“Sebab
saya tahu.. perempuan memang pening nak fikir pakai baju apa nanti. Takut
overlah... takut sempoi sangatlah... semua pun takut! Jadi, tak awak tak payah
pening-pening fikir.. Just pakai je baju tu esok!”
Sungguh...
Alanna teramat terharu dengan daya pemikiran Syed Ramli. Dapat dirasakan yang
Syed Ramli sentiasa mahukan keselesaan kepada dirinya.
“Terima
kasih Am...”
“Tak
kan terima kasih je? Kiss-kiss tak ada ke?” Usik Syed Ramli sambil ketawa.
Alanna
tidak tunggu lama. Terus dia membaling beg tangannya ke muka Syed Ramli. Nak
sangat kiss! Bagi side kick kang baru tahu.
***
Syed
Ramli tiba di hadapan rumah Alanna tepat jam lapan malam. Sebenarnya Alanna
ingin memandu sendiri tapi dihalang keras olehnya. Bukan boleh kira minah tu,
tak pasal-pasal lesap entah ke mana. Jadi lebih baik jika dia sendiri yang
menjemput dan menghantar gadis itu pulang nanti.
“Mak..
Lanna tak nak pergi.” Puan Hamidah dan Encik Ariff sudah berpandangan sesama
sendiri. Sedari tadi, hanya ayat itulah yang keluar dari mulut Alanna. Sungguh,
dadanya rasa hendak pecah! Takut, gerun, kecut, semuanya digaul dengan sebati.
“Haishh..
sejak bila anak ayah jadi penakut ni?” Sejak Alanna bercinta, perangai gadis
itu memang nyata berubah. Mudah gugup walau tidak diserang. Kadang-kala, dia
lebih suka melihat Alanna yang single. Single buat Alanna sempoi sahaja.
“Ayah
tak faham perasaan Lanna... Lanna rasa Lanna tak sempurna untuk orang macam
Am!” Tak ada orang yang akan mengerti perasaannya tika ini.
“Istighfar
banyak-banyak Lanna... Manusia tak pernah berhak memilih dan dipilih. Jodoh
semuanya di tangan Allah. Dicampakkan pada orang yang tahu harga dan tempat
duduknya. Dan jodoh itu tiba tepat pada masanya. Bukan yang waktu kita
inginkan, tapi waktu yang telah ditetapkan olehNya. Hei, jangan malukan ayah
ya... Lanna ni tak heroin betullah..” Nasihat Encik Ariff lembut.
Alanna
sudah tersenyum. Lega mendengar ceramah tak berbayar dari Encik Ariff.
“Lanna
sayang sangat mak dengan ayah!” Dipeluk keduanya erat. Air matanya bertakung.
Adakah bakal mertuanya sebaik dan se‘sporting’ mak dan ayahnya? Dalam hatinya mendoakan
yang baik-baik sahaja.
“Dah lah... Am dah tunggu kat luar tuh..”
Puan Hamidah sudah mula menangis. Rasa seperti hendak melepaskan Alanna pula
walaupun Alanna hanyalah pergi untuk sesi suai kenal bersama ahli keluarga Syed
Ramli.
Dengan lafaz bismillah, Alanna melangkah
keluar dari rumah. Menghampiri Syed Ramli yang sedang bersandar di pintu
kereta.
“Am...” Suara itu terus membuatkan Syed
Ramli berpaling.
Wajah Syed Ramli melopong. Bukan kerana
melihat wajah Alanna yang cantik bersolek, bukan juga pada dress yang sangat
kena dengan tubuh badannya tapi kerana gadis itu sudah bertudung. Ya, Alanna
kelihatan sangat cantik dengan selendang yang berona sama.
“Perlu ke nak pandang saya macam tu?”
Wajah Alanna sudah diserang kemerahan. Malu bila ditatap sebegitu oleh lelaki
yang tidak halal buatnya itu. Adakah solekannya terlalu tebal? Atau bajunya
terlalu ketat? Rasanya dia berada dalam posisi sederhana sahaja.
Pintu kereta terus dibuka. Wajah Syed
Ramli tidak lepas dari senyuman. Dia terharu! Rasa seperti bebanan di bahu
terasa berkurang. Dia tahu Alanna melakukan dengan penuh keikhlasan. Bukan
kerana paksaan sesiapa. Dia bukan peduli kata-kata orang. Dia suka melakukan
sesuatu berdasar hatinya... nalurinya... jiwanya... dan pastilah semua itu
bergerak atas izin Allah.
Alanna tahu yang Syed Ramli suka melihat
dia bertudung seperti ini. Sebenarnya semalam, sedang dia mencuba pakaian
pemberian Syed Ramli, tiba-tiba dia terpandangkan tudung-tudung yang pernah
dibelikan oleh Syed Ramli dahulu. Kebetulan pula corak dan warnanya kena benar
dengan dress yang sedang dipakai. Jadi terus disarungkan tudung itu ke kepala.
Masa tu jugak tiba-tiba mak datang menyerbu.
“Cantiknya anak mak...” Puji Puan Hamidah
sungguh-sungguh. Dari dahulu lagi puas diceramah anaknya itu. Tentang hukum
menutup aurat. Tapi ketika itu, mungkin Alanna tidak cukup matang untuk
menerima nasihat orang tua. Remaja, memang suka ikut kepala sendiri.
“Mak... Lanna minta maaf. Lanna gagal jadi
anak yang baik kan?” Entah kenapa, otaknya bagai baru terbuka untuk berfikir
dengan lapang. Selama ini entah angin mana yang menghimpit benaknya. Melarang
dia untuk menidakkan hukum Islam.
“Buruk atau tak, mak terima tapi bagi mak,
Lanna anak yang terbaik. Mak pasti yang
satu hari nanti masa tu akan tiba jugak... dan mak bersyukur yang Allah nak
makbulkan doa mak.” Digosok perlahan bahu anaknya itu. Meluahkan rasa betapa
dia bangga mengandungkan Alanna selama sembilan bulan sepuluh hari. Dia lega
kerana dia yang melahirkan Alanna ke dunia ini dan tidak pernah sekali pun dia
mengeluh dalam membesarkan Alanna. Allah tak beri dia anak yang ramai, jadi
pemberian yang satu ini pastilah terasa besar anugerahnya.
“Lanna nak jadi anak yang baik.. nak jadi
wanita muslimah... Lanna rasa, tak guna Lanna solat kalau Lanna tak menutup
aurat. Mesti solat-solat Lanna tak diterima kan?” Air mata terasa panas di
hujung mata. Menangisi sikap-sikap jahiliah yang menyelimuti diri. Solat itu
adalah bertujuan untuk mencegah kemungkaran, tapi bagaimana dia yang solat itu
terus melakukan dosa? Pasti masih ada yang kurang dalam amalannya.. Kurang
dalam solatnya.. Kurang dalam intipati mengenal Islam itu sendiri.
‘Ya Allah.. ampuni dosaku yang tidak
terhitung itu. Aku malu untuk mengadapMu..’
“Jangan cakap macam tu? Allah tak kejam
kepada hambanya.. Allah sayangkan hambanya yang sentiasa hendak memperbaiki
kelemahan diri. Dosa yang paling besar ialah, apabila dia sedar yang dia sedang
melakukan dosa. Allah dah buka hati Lanna, jadi Lanna kena ambil peluang ni dan
gunakan ruang ini dengan sebaiknya.” Nasihat Puan Hamidah lagi.
“Takut?”
“Gila tak takut?” Jawab Alanna jujur.
Tangannya bermain sesama sendiri. Kenapa hatinya rasa tidak enak? Syed Ramli
ketawa namun tawa itu begitu menyakitkan hati Alanna. Tak ada sensitiviti
langsung!
“Am.. kenapa ramai orang sangat?” Mata
Alanna sudah terbeliak besar apabila melihat kelibat ramai tetamu. Ini yang
membuatkan dia membantutkan niat untuk datang ini. Perlu ke dia berlakon untuk
sakit perut sekarang?
“Mummy dengan papa buat makan-makan
sikit.” Penjelasan Syed Ramli itu membuatkan Alanna tercengang. Sikit apa?
Ramai kot... Yang datang itu pastilah mak Datin dengan pak Datuk. Tengok baju
glamour pun dah tahulah..
“Kenapa awak tak beritahu?”
“Lah... ni bertahulah kan...” Alanna
mengelengkan kepalanya. Kalau dah lelaki itu, memang lelakilah. Suka ambil
mudah semua perkara! Tanda sedar, sebuah keluhan mula keluar dari mulutnya.
“Lanna... apa yang awak nak takutkan
sangat? Mummy dengan papa saya tak makan orang! Depa makan nasi kot...” Memang
menjadi sangatlah lawak waktu genting seperti ini.
“Lanna.. Trust me! Awak mesti seronok
berada di kalangan family saya. Sebab saya akan pastikan awak selesa dan
gembira. Sebab saya sangat gembira berada disamping keluarga awak!”
Dia tahu Alanna risau.. Rasanya semua perempuan
memiliki perasaan seperti Alanna ketika pertama kali berjumpa dengan keluarga
mertua. Takut ditolak, takut dicaci, takut buat salah... itu semua bermain di
minda perempuan. Aduh, ini bukan zaman tok kadok atau zaman ibu mertuaku.
Sekarang zaman dah canggih. Pemikiran orang tua pun dah maju ke depan. Jadi dia
tak mahu Alanna terus berada di zaman purba dahulu kala. Alanna kalu tak jadi
opitmis, dia kan bertukar menjad pesimis! Itu yang dia tak suka dengan penyakit
baru Alanna ini.
“Jangan tinggalkan saya walau sekejap
pun!” Rayu Alanna sungguh-sungguh apabila mereka keluar dari perut kereta. Dia
takut kalau dia tak pandai untuk melayan tetamu yang ada. Memang dia pandai
menyesuaikan diri. Tapi bukan dengan keluarga kaya raya seperti Syed Ramli.
“Never!”
Mendengarkan jawapan Syed Ramli, terus
Alanna melangkah perlahan. Namun panggilan daripada Syed Ramli membuatkan dia
berpaling.
“Saya tak mahu pergi selagi awak tak
siapkan muka awak nih!” Tegur Syed Ramli serius.
“Erk.. kenapa dengan muka saya? Make up
cair ke? Atau make up tak cukup cantik? Awak kan tahu... Saya bukan reti pakai
benda alah macam ni.. Ini pun mak yang solekkan...” Bebel Alanna sambil menatap
wajahnya di cermin kereta. ‘Nampak macam semua elok je? Apa lagi yang kurang?’
Syed Ramli menggelengkan kepalanya. Rasa
nak tergelak dengan kekalutan Alanna. Betul cakap temannya dahulu, setiap orang
yang bercinta akan melalui perubahan. Tak kiralah dari segi emosi ataupun aspek
fizikal! Tapi sebenarnya, perubahan itulah yang menguji insan-insan yang
bercinta.
“Maksud saya bukan make up ni... Tapi saya
nak tengok senyuman awak? Mana? Jangan nak sorok-sorok!” Dengan spontan, terus
Alanna tersenyum cantik. Tercuit juga dengan kata-kata Syed Ramli.
“Okay.. ini baru sweetie duck saya...”
“Oh please... Jangan kenalkan saya dengan
nama macam tuh... Tak sweet langsung okay!” Protes Alanna keras. Syed Ramli
tersengih sahaja sampailah langkah mereka menjengah ke bahagian tamu. Serius,
ini rumah atau hotel, Alanna sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia memang pegun
melihat pada dekorasi Villa yang dihias cantik.
Alanna sedar yang banyak mata-mata yang
memandang ke arahnya. Alanna buat muka yakin bin berani. Padahal hatinya kecut
habis. Kadang-kadang dia rasa dia makin jadi negatif sejak bercinta dengan Syed
Ramli. Adakah Syed Ramli telah merampas semua caj positifnya? Aiyo... pening
nak fikir kenapa dia jadi begini?
“Mummy... kenalkan my sweet...” Syed Ramli
mengerling sedikit ke arah buah hatinya itu. Alanna tersenyum manis. Tapi dalam
hati berharap agar Syed Ramli menyambung ayat yang tidak sempurna itu dengan
kata-kata yang mampu menaikkan darjah keberaniannya. Kalau perkenalkan sebagai
sweetie duck, pasti merundum jatuh jiwanya.
“...heart... My sweetheart Alanna binti
Ariff.” Oh, kalaulah Syed Ramli sudah menjadi muhrimnya, mahu sahaja dia peluk
cium lelaki itu. Terharunya tak terkata jadinya. Lantas dia menghulurkan salam
kepada mummy Syed Ramli.
Namun huluran salam itu langsung tidak
bersambut tetapi mummy Syed Ramli itu terus menarik dirinya ke dalam pelukan. Malah
pipinya mula menjadi mangsa ciuman mummy Syed Ramli. Saat ini, dia dapat
merasakan yang dia berada di tempat yang selamat. Terasa dirinya diterima baik
oleh mummy Syed Ramli.
“Syed banyak cerita pasal Lanna.. Tapi tak
sangka yang buah hati Syed terlalu cantik! Padanlah nak sorok sangat.” Sharifah
Munirah tak terkira gembiranya apabila melihat calon isteri anak bongsunya itu.
Pandai Syed Ramli pilih. Sopan santun sahaja gerak gerinya. Dan senyuman milik
Alanna itu memang boleh mencairkan hati tuanya.
Alanna tersengih sahaja sambil malu-malu
mengerling ke arah Syed Ramli. “See... mummy saya tak makan awaklah..” Sempat
lagi Syed Ramli berbisik lembut di telinga Alanna.
Alanna memerhatikan permakaian bakal ibu
mertuanya itu. Tak nampak mewah pun. Hanya sekadar memakai baju kurung sutera
sahaja. Perwatakannya juga sangat ramah. Membuatkan hatinya lega sendiri.
“Syed... ini ke orangnya?” Tiba-tiba
muncul seorang perempuan yang tinggi dan putih. Nampak anggun dengan kebaya
labuh berwarna ungu itu. Alanna telan air liur. Adakah ini watak antagonis yang
selalu ada dalam novel dan dalam filem itu?
“Inilah buah hati Syed. Kenapa?” Suara
Syed Ramli sedikit keras. Membuatkan Alanna terkedu sendiri. Mujur sahaja
mereka duduk agak jauh dari ruang makan. Jika tidak, pasti akan mengundang
mata-mata yang memandang.
“Kenapa Syed? Kenapa?” Suara wanita itu
serius. Malah dia berjalan merapati Alanna.
Alanna sudah mula kecut perut. Kenapa
perlu jadi macam ni? Dia mengerling sedikit ke arah Syed Ramli. Tapi lelaki itu
kelihatan tenang-tenang sahaja. Bila kaki wanita itu berhenti betul-betul di
hadapan Alanna, matanya mula merenung wajah Syed Ramli.
“Kenapa cantik sangat? Kalau macam ni
along pun kalah...” Alanna tercengang! Syed Ramli ketawa.
“Hanim.. jangan permainkan Lanna. Cuak dia
jadinya.” Tegur Puan Syarifah Munirah. Alanna sudah mula menggelabah. Tapi
apabila menyambut tawa daripada Syed Ramli itu dia mula pasti yang dia sudah
tercampak ke dalam gawang hasil sepakan sudut Syed Ramli. Penalti untuk
mengenakan dirinya! Cina beng betul!
“Lanna.. ini along saya... Satu-satunya
kakak dunia akhirat saya.” Seperti Syarifah Munirah tadi, Syarifah Hanim terus
menariknya ke dalam pelukan erat. Pipinya mula dilagakan beberapa kali ke pipi
Syarifah Hanim.
“Jangan marah ya...” Syarifah Hanim terus
buat muka comel.
“Kalau marah kena jual...” Usik Syarifah
Hanim lagi. Alanna ketawa. Rupanya ahli keluarga Syed Ramli ini memang kaki
bergurau.
“Tak apa.. Syed boleh beli.” Laju sahaja
lelaki itu menyampuk.
“Siapa entah nak dekat dia..” Alanna
kembali memberikan paku buah keras. Berada di samping ahli keluarga Syed Ramli
membuatkan dia selesa. Puan Sharifah Munirah dan Sharifah Hanim ketawa besar.
“Amboih... dah tunjuk taring nampak.” Syed
Ramli lega.. Lega kerana Alanna berjaya untuk menyesuaikan diri bersama ahli
keluarganya. Melihat kepada wajah cerah Alanna, dia mula yakin yang wanita itu
sudah tidak segugup tadi. Malah laju sahaja dia berbual bersama along dan mummy.
Dia pula yang terasa seperti orang luar.
“Jom mummy kenalkan dengan ahli keluarga
yang lain...” Puan Sharifah terus menarik bakal menantunya itu. Tak sabar
hendak memperkenalkan dengan ahli keluarga yang lain. Alanna terus menurut.
Terus meninggalkan Syed Ramli yang terkial mengaru-garu kepalannya. Tadi bukan
main lagi kena sound jangan tinggalkan dia, tapi alih-alih dia pulak yang kena
tinggal dengan Alanna.
Alanna
mula diperkenalkan kepada ahli keluarga Syed Ramli. Syed Ramli ada dua beradik
sahaja dan dia anak yang bongsu. Tapi Puan Syarifah Munirah dan Syed Ramlan mempunyai
keluarga yang besar. Semuanya ramah dan baik-baik belaka. Dalam keriuhan
melayan sanak-saudara Syed Ramli, tiba-tiba dia terpandangkan kelibat Syarifah
Nadia yang sedang elok berbual bersama Syed Ramli.
‘Macam
mana pulak minah tu boleh ada dekat sini?’ Alanna melarang akal fikirannya dari
terus berfikir yang bukan-bukan. Mungkin Sharifah Nadia datang atas jemputan
sebagai client ataupun teman rapat.
“Errk...
Jangan ambil hati.. Nadia tu kisah silam Syed...” Pujukan Syarifah Hanim itu
membuatkan Alanna tersentak. Apa maksud kisah silam itu?
“Saya
tak fikir apa-apa pun kak..” Mulut ini terasa ringan untuk bertanya namun dia
masih lagi ingin menjaga air muka sendiri. Tak mahu dilabel sebagai perempuan
gelojoh. Untuk melegakan hatinya yang kepanasan, dia bergerak ke bahagian
buffet. Gelas yang sudah sedia berisi minuman itu dicapai dan langkah kakinya
dibawa ke arah gazebo yang kosong. Minuman itu terus diteguk laju. Otaknya
betul-betul masuk angin.
“Jangan
rasa yang awak diterima oleh mereka walaupun mereka layan awak dengan baik
Lanna..” Tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya. Tanpa berpaling pun, dia
dapat mengagaknya pemilik suara itu. Mulutnya digigit lembut. Tak ada keinginan
untuk membalas kata.
“Malam
ni kau memang boleh dikategorikan sebagai pelakon terbaik Lanna...” Sambung
Syarifah Nadia sambil memandang sinis ke arah Alanna. Dia tahu yang Alanna
memakai tudung hanya semata-mata kerana ingin kelihatan baik di mata keluarga
Syed Ramli.
“Terpulang
pada awak nak fikir apa.” Putus Alanna ringkas. Dia belum cukup gila untuk
melayan orang yang naik gila ini.
“Lanna...
okay.. mungkin Syed tak pernah beritahu kau yang aku dengan dia pernah
bercinta. Kami terputus hubungan hanya sebab aku melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Jadi, jangan fikir yang aku akan mengalah dengan mudah untuk melepaskan
Syed kepada perempuan tak cukup sifat macam kau. Kau ingat aku tak tahu ke yang
kau berlakon dengan pakai tudung macam nih....” Tudung Alanna terus direntap
kasar. Mujur sahaja tidak tercabut.
Alanna
masih boleh bersabar dengan kata-kata fitnah itu. Tapi apabila Syarifah Nadia
sudah main kasar, tak kan dia nak duduk diam. Dia pun ada aura singa yang
menunggu masa nak terkam mangsa ni. “Kalau saya tak cukup sifat, mesti logik
kalau saya tertumpahkan air ni dekat awak...” Tanpa fikir panjang, terus dia
menumpahkan sisa minumannya di baju milik Nadia.
“Lanna!”
Jeritan itu terus membuatkan keduanya berpaling.
“Syed..
You tengok perempuan ni.. Dia sengaja je nak rosakkan dress I...” Adu Nadia
manja.
“Am...”
Baru sahaja Alanna ingin bersuara tapi tiba-tiba Syed Ramli mencelah.
“Kenapa
buat perangai macam budak-budak tak sekolah ni?” Marah Syed Ramli serius.
Tercengang Alanna dibuatnya. Terkejut kerana ditengking sebegitu rupa. Matanya merayap
ke arah sekeliling. Mujur sahaja kawasan ini tidak ada orang. Kalau tak, tujuh
keturunan pun dia pasti akan rasa malu.
Sungguh
Alanna rasa seperti hendak menangis. Apatah lagi melihat Nadia yang tersenyum
bangga di sebelah Syed Ramli. Syed Ramli ni pakwe siapa sebenarnya?
“Siapa
yang buat perangai budak-budak sekarang?” Soal Alanna kembali. Ditahan kelopak
matanya yang mula berkaca. Dia tidak mungkin akan kalah di hadapan Nadia atau Syed
Ramli.
“Syed...
Lanna... Nad.. Kenapa ni?” Syarifah Hanim terpanggil untuk menyampuk apabila
dia perasan pada kekeruhan keadaan yang melanda. Matanya merayap ke arah
sekeliling. Bimbang jika ada mata-mata yang melihat adengan drama tanpa
pengarah ini.
“Saya
balik dulu kak..” Tanpa banyak cakap, terus disalam kakak Syed Ramli itu. Mungkin
salam untuk kali yang terakhir. Nak jugak Alanna minta putus sekarang jugak.
Anggap sahaja yang mereka sudah putus secara tak rasmi. Sebab Alanna tak
perlukan seorang lelaki yang tak boleh membelanya pada saat-saat genting
seperti ini.
“Lanna...
tunggu!” Keras arahan mandatori dari Syed Ramli namun sedikit pun Alanna tak
ambil peduli. Dia terus berjalan keluar dari Villa besar itu dan terus berlalu
ke pintu pagar besar.
“Lanna,
kan saya suruh tunggu!” Apabila meraka jauh sikit daripada kawasan rumahnya,
terus direntap tangan Alanna. Dia tahu yang tadi dia terlebih marah pada
Alanna. Dia cuma terkejut dengan tindakan kasar Alanna walaupun dia tahu yang
Alanna pasti punya sebab untuk melakukannya.
“Saya
nak baliklah...”
“Saya
hantar....”
“Saya
ada kaki.. saya ada tangan.. saya dah besar.. saya bukan budak sekolah lagi..
Jadi, saya boleh balik sendiri!” Lantaklah kalau Syed Ramli fikir dia spesis
keras kepala pun, yang penting dia memang naik menyampah untuk mengadap wajah
Syed Ramli tika ini. Meluat, menyampah, meradang, semuanya dicampur dan digaul
dengan sebati. Menyimpulkan rasa benci yang tak sudah-sudah.
“Lanna..
kalau awak tak nak kena dukung, baik awak masuk kereta sekarang?” Arah Syed
Ramli keras. Matanya mencerlung kemarahan. Susah nak berhadapan dengan perangai
degil Alanna yang semacam ini.
“Boleh
tak berhenti beri arahan? Saya bukan budak sekolah yang perlu ikut cakap
cikgu... Saya dah besar.. dan saya dah cukup matang untuk menilai kasih sayang
orang pada saya! Mana yang asli dan mana yang plastik!” Alanna dah tak rasa
hendak menangis tapi dia mula rasa hendak mengamuk. Ada jugak yang kena tendang
masuk longkang nanti. Kebetulan memang ada longkang besar berhampiran dengan
mereka ini. Jadi Syed Ramli, sila jangan tempah bala!
Syed
Ramli yang mendengar, hanya mendiamkan diri. Dia tahu tadi dia salah... dan
untuk memujuk Alanna, itu bukan perkara mudah. Syed Ramli mendengus. Tapi untuk
melepaskan Alanna pulang sendiri, itu memang hanya akan berlaku dalam mimpi.
Apa yang perlu dia buat sekarang? Adakah dia perlu berdegil untuk menghadapi
orang keras kepala ini?
***
Pagi
itu, terasa berat sahaja untuk membuka mata. Apatah lagi apabila menghadapi
malam yang terasa panjang semalam. Dia ingat lagi betapa berdegilnya Syed Ramli
hendak menghantarnya pulang. Tapi dia ikut dan buat keras kepala sendiri.
Couple ni memang menyusahkan hidupnya. Nak berpatah arah jadi single balik...
Tapi payah kerana hati sudah terlalu terjebak dengan cinta Syed Ramli. Emosi
ini makin memberat apabila hati dirundung kepiluan dengan sikap Syed Ramli
semalam.
Alanna
menyesal. Di saat dia telah diterima baik oleh keluarga pak Syed, kenapa
Syarifah Nadia yang harus menjadi penghalangnya? Sanggup Syed Ramli
menengkingnya. Langsung tak mendengar penjelesannya tadi.
Alih-alih
Syed Ramli memberikan keretanya untuk dia bawa pulang. Langsung tidak
membenarkan Alanna menaiki kenderaan awam. Apatah lagi jam sudah menginjak jam
sebelas malam.
“Dengar
cakap saya Lanna... Untuk kali ini sahaja.. Tolonglah.. jangan balik naik
teksi. Saya risau... Okay fine kalau awak tak mahu saya hantar awak balik, awak
boleh drive kereta saya. Lepas ni kalau tak mahu dengar arahan saya, saya dah
tak kisah.. Tapi untuk kali ni, tolonglah jangan berdegil..” Pertama kali
mendengar suara Syed Ramli yang lembut merayu. Naik bernanah pula telinga ini
mendengar. Terbayang kalau Syed Ramli
pernah merayu sebegini rupa terhadap Nadia. Oh.. memang tak boleh fikir banyak.
Bikin sakit hati sahaja.
Dan
sekarang, matanya pula yang naik kematu membaca mesej daripada Syed Ramli.
OTW
nak ambil kereta...
Alanna
mengetuk kepalanya sendiri. Kenapalah semalam dia begau sangat untuk menerima
perlawaan Syed Ramli itu. Tak pasal-pasal sekarang kena mengadap mamat itu
pula. Dia masih bermalasan di atas katil. Semalam pemikirkan pengakhiran hubungan
mereka. Entahlah, mungkin di sinilah penghujung perhubungan mereka. Apa nak
buat, benda tak menjadi. Adunan resepi berkasih ini belum cukup untuk menghasilkan
santapan yang terbaik.
***
Entah
kenapa, hatinya mula diserang debar yang
menggila selepas kakinya mendarat di depan pintu pagar rumah Alanna ini.
Pertama rasa gerun dan takut jika terpaksa mendengar kata putus dari Alanna.
Tengok gaya bahasa tubuh Alanna semalam, nampak benar yang gadis itu memang
benar-benar berjauh hati dengannya.
Dengan
teragak-agak, dia terus menekan loceng rumah. Dalam hatinya mendoakan yang
baik-baik sahaja.
“Hah
Am... datang nak ambil kereta ya?” Melihat pada layanan Puan Hamidah yang tetap
ramah itu, sedikit sebanyak melegakan hati Syed Ramli. Risau jugak kalau
dihalau dengan penyapu tadi. Ialah, dia telah pun melukakan hati anak gadis
kesayangan Puan Hamidah.
“Aah...”
Matanya menilau mencari kelibat Alanna. Berharap sungguh untuk menemui Alanna
dan memohon maaf atas keterlanjuran sikapnya semalam.
“Kamu
cari siapa?” Hati tuanya mula rasa tidak enak dengan sikap Alanna semalam yang
balik menggunakan kereta Syed Ramli. Bila ditanya, Alanna memberitahu yang Syed
Ramli punya hal kecemasan yang tak boleh dielak. Bila ditanya tentang
penerimaan keluarga Syed Ramli, Alanna tersenyum dan bercerita hendak tak
hendak sahaja. Cepat sahaja anaknya itu berlalu dan berkurung di dalam bilik.
“Errk..
pak cik tak ada ke?” Lain yang nak ditanya, lain pula yang terkeluar.
“Pak
cik kalau hujung mingu ni dia pergi memancing...” Kunci kereta mula dihulurkan
kepada Syed Ramli. Kalu ikutkan hatinya, ringan sahaja ingin bertanya tentang
masalah yang terjadi. Tapi mengingatkan amaran anaknya tadi, terus dibisukan
mulut. ‘Mak jangan tanya apa-apa.. Jangan cakap apa-apa... Bagi je kunci kereta
tu pada dia!’
“Errk...
Alanna?” Ditebalkan wajahnya. Pedulilah tentang rasa malu itu. Yang penting,
dia ingin berjumpa dengan Alanna. Membetulkan apa yang sudah mula tak betul.
“Hmm..
dia keluar..” Tipu Puan Hamidah.
“Tapi
kereta dia ada..” Puan Hamidah sedikit tersentap mendengar tembakan ayat Syed
Ramli itu.
“Errkk..
dia keluar dengan kawan dia..” Puan Hamidah buat muka confident walaupun
sekejap tadi goyah juga mencari alasan untuk menipu.
“Mak
cik... tolong sampaikan barang ni pada dia ya?” Kotak yang sedari tadi berada
di tangannya, mula diserahkan kepada Puan Hamidah. Bibirnya menguntumkan senyum
sedikit. Dia tahu yang Alanna berada di dalam biliknya. Dia kenal Alanna...
Kalau gadis itu tertekan, dia senang berkurung di dalam bilik sambil melayan cerita-cerita
korea, hindustant atau seangkatan dengannya yang mampu melepaskan rasa
tekanannya. Dan dia pasti akan terputus hubungan dengan dunia luar. Inilah cara
Alanna melampiaskan rasa marahnya terhadap seseorang.
Dari
tingkap atas, Alanna menjenguk sedikit ke bahagian bawah. Melihat kereta Syed
Ramli yang meluncur laju membelah jalan hatinya mula dirasuk sedih. Betul ke
jodoh mereka berdua takat ini sahaja?
“Orang
datang tadi, tak nak jumpa... Sekarang baru nak jenguk-jenguk. Tak faham betul
mak dengan drama orang bercinta ni.” Tidak sedar yang mak sudah berada di
ambang pintu. Mengejutkan Alanna yang baru hendak melayan perasaan.
“Mana
ada orang tengok Am.. Orang check langsir nih.. Dah lama tak tukar kan? Ingat
kejap lagi nak tukarlah...”
Puan
Hamidah ketawa besar mendengar alasan tak munasabah Alanna itu. Selama ini tak pernah-pernah pulak Alanna cara pasal
langsir. Tidakkah Alanna perasan yang dia baru sahaja menukar langsir tingkap
biliknya kelmarin. Nampak sangat yang fius kepala Alanna tak berapa nak okay.
Malas
mahu memanjangkan kata, Puan Hamidah meletakkan kotak yang diberikan oleh Syed
Ramli tadi di atas katil. “Nah... Syed beri tadi..” Faham dengan situasi yang
menghimpit Alanna, Puan Hamidah terus keluar dari bilik kereta. Namun sempat
lagi dia menghadiahkan nasihat iringan yang boleh dipikul oleh pemikiran Alanna
dikala kusut seperti ini.
“Hubungan
orang bercinta memang macam nih.. Kena uji, baru tahu sayang tu takat mana.
Kalau tak terluka, tak menangis, tak kecewa, tak akan dalamnya cinta. Mak dulu
sebelum kahwin dengan abah pun macam tu jugak... Ada je yang tak kena. Kalau
nak kasi kena, kahwin je Lanna... Masa tu, yang tak kena pun jadi kena. Yang
salah faham pun jadi terlebih faham. Sebab masa tu soal perasaan dah ditolak
tepi... yang ada hanyalah sebuah tanggungjawab.”
Alanna
terkedu. Rasa nak tergelak pun ada. Tapi untuk menghormati emaknya itu, Alanna
sengih sahaja. Nasihat orang tua itu adalah kata-kata yang berlandaskan
pengalaman. Bukannya omongan kosong. Jadi sebagai orang muda, haruslah ambil
tips yang diberi. Tips macam ni bukan boleh beli dekat kedai buku!
Perlahan-lahan
tangannya membuka kotak yang boleh memuatkan kertas A4 itu. Bibirnya
menguntumkan senyum tatkala terpandangkan teddy bear kecil yang tertulis
perkataan I’M SORRY itu. Kemudian dia melihat pada beberapa kepingan CD yang
berada di kotak itu.
“Kalau
saya tension, saya suka tengok cerita korea... cerita hindustant.. cerita
santai yang boleh hilangkan tension saya.” Kata-kata ini pernah diluahkan kepada
Syed Ramli satu ketika dahulu. Tak sangka yang Syed Ramli mengingati
perangainya yang satu ini.
Memang terharu bila dapat CD, tapi yang
harunya, bukan CD romantik seperti yang biasa dia tengok, tapi CD cerita hantu,
cerita zombi.. cerita-cerita Rambo.. Memang tak tertengoklah cerita sadis macam
ni. Lagipula, dia bukan dari golongan perempuan yang terlalu berani sangat.
Gila tak tidur malam kalau tengok. Nota kecil yang terselit dibalik CD itu mula
ditarik.
Saya
tahu awak tak tengok cerita yang mengerikan nih...
Tapi
awak boleh tengok dengan saya lepas kita kahwin nanti..
Masa
tu kalau awak takut.. saya ada untuk hilangkan ketakutan awak..
Cik
Nur Alanna binti Encik Ariff... Jom kita kahwin! @_@
Mulut
Alanna melopong! Dan paling membuatkan dia terkejut ialah, terdapat sebuah
kotak yang lebih kecil di bawah CD-CD itu. Diambil kotak tersebut. Dia hampir
pasti yang kotak itu berisi cincin tapi apabila dibuka, dilihat dan ditenung, rahangnya
mula terjatuh. Bukan cincin yang bertahtakan berlian! Bukan juga gelang tangan
yang bergemerlapan! Apatah lagi perhiasan rantai leher yang lebih mahal
harganya. Yang ada hanyalah jam tangan!
‘Oh Am.. tolonglah jangan buat lawak
bangla tak jadi!’
Alanna mula diserang kekeliruan. Betul ke
nak ajak kahwin ni? Kalau ya serius, kenapa perlu memberinya jam? Dia sudah ada
jam tangan! Arggghh... kusut betul? Boleh percaya ke dengan Mr. Angry Duck ini?
Habis tu Nadia tu macam mana pulak? Dan jawapannya, nak kahwin ke tak nak ni???
P/S::: Adakah Alanna akan menerima Syed Ramli?
Mampukah hubungan mereka dipertahankan.... nantikan dalam sambungan MARRIED
MAKE PERFECT! ... cerita ni sempoi2 jeh.. jadi harap maaf kalau tak memenuhi
piawaian korang yerkk.. saya tulis pun rushing.. sebab asyik berkejaran dengan mood
nak tengok bola jeh.. hope enjoy reading ya lalink...
perghh.. ada perkataan "begau".. org melaka ke?
ReplyDeletemmg normally couple life cenggini..
suka r kat makpak alanna..
sambung lg cecepat okeh!
erkk.. perkataan begau tu pinjam dari ayat member yang selalu komen kat KL.. bukan orang melaka pun.. sy pun suka makpak Lanna tuh.. sempoi.. kadang2 mak ayh sy pun begitu jugak..haha.. insyaAllah.. sambung secepat mungkin.. =)
Deletebest..cerita yg santai
ReplyDeletekeep it up writer :)
thank you... =)
Deletecpt2 smbg ek
ReplyDeletesebelum 30 ari bulan, akak kasi settle ya..
DeleteNak..nak..nak ...cepat sambung ye....really luv ur story mory...
ReplyDeletethanks Chikida.... cuba sambung secepat mungkin.. tp biar lambat.. asal feel lebih kan.. =P
Deleteas-salam dear Sara,
ReplyDeletewaaa ... as expected alanna is gonna fall for tuan Syed hehee first phase of their love relationship as usual full of excitement yeah Romantica-De-Armour here n there until Nadia appears --- everything looks complicated --- tho' not to be - it's jaz alanna too jealous n a bit 'childish' to react!... begau!
hahaa ... a box contain of baggies tat not to her wants except for the cute teddy bear!
CDs ... wow awal dh tuan syed planning nk tengok dgn bini cerita seram *chances nk peluk sakan ngeeee .... jam-tangan? is there any symbolic connotation bhind it? .... hv to wait for nex n3???
cepat le Sara ... nk tahu nape not cincin brtahta berlian yg brcahaya & shining dpt menerangi malam tanpa bulan & bintang keh keh ... oppsss sori panjang lak komen merapu neh :) lev u girl..!!!
WAHHHHHHHHH... touching kot dapat komen dari Jaz.. I LIKE LIKE LIKE sebab jaz komen pasal every single part tuh.. =P.. pasal jam tangan tuh, kena tunggu part 3.. nnti adalah explanation tuh.. haha.. tau2 je Syed tu gatal nak peluk2 Lanna.. mcm mana boleh baca fikiran sy nih..haha..sy cuba post sebelum 30 ari bulan.. LOVE U MORE sis.. muuaahh.. jgn insaf nak melepak kat sini ya walaupun cerita ala-ala budak kampung masuk bandar..haha
DeleteSara.....best siut n rs nk minta sbg cpt2. X sbr nk tau naper dpt jam tgn.mesti ada makna dsebalik tu kan. Mmg bbaloi tgu kisah ni.pdi gak mr sweetie duck kt tu mujuk ye hihi. Sweet kot cr dia cuma bab cpt mrh tu x bole blah. So deadline post sambungan citer ni bila hihi.
ReplyDeletehaha.. hakikat kak bab panas baran tuh... kebayakan lelaki mmg mcm tu kan... oh.. lega kalau akak suka.. sebab rasa macam kurang taring ajeh.. sebelum 30 june sy kasi settle.. kata cerpen bulan JUN kan.. =)
Deletewaaaahh.. punya panjang yana baca.. tp yana mmg suka sgt.. alahai.. ada smbgn lg.. oke.. i'm waiting.. ihihi..
ReplyDeleteAlanna mesti terima!!
ni pun dah kira agak pendek jugak.. dlm 50 page.. ada2.. sila nantikan part 3 ya.. confident je alanna terima yerk? =P
Deletehuuawwwaa..cepat2 sambung :)
ReplyDeletex sabar nak baca.
sabar2... =)
Deletebila baca cerpen ni, rasa bertuah plak bila xterjebak dengan cintan cintun ni... sebelum ni rasa xready je nak couple tapi bila baca cerpen ni rasa setuju sngat dengan prinsip lana tu couple make trouble, single make simple... sori kak terkopi sikit ayat lana tu sbb suka dengan kata2 dia 2...
ReplyDeletehehe.. xpe2.. mmg itu pun yang nak ditekankan dalam cerita2 nih.. kalau dah rasa ready tu, terus kahwin jeh.. cinta lama2 pun x mendatangkan apa2 kebaikan pun.. jadi, x salah kalau nak buat prinsip y x bertentangan ngan agama.. asalkan beri kebaikan untuk diri sendiri.. =)
Deletehihihi.citer ni best sangat.sweet jer.tak sabar nak baca sambungan dia.
ReplyDeletethanks najah.. sila sabar menantikan smbungan dia ya.. =)
DeleteAigoo my dear..cter yg smpoi tu la my fav tau..hehe..married make perfect bwat kaw2 ok? x sbr n bce last part tu...hehehe...ok,sweetie duck..i will w8 4 ur next n3..:)
ReplyDeletehahaha.. kadang2 perlu cerita yang sempoi2 nih.. supaya dapat release tension.. ok.. sila sabar yunk... =)
Deletebest best best n best lah sara... tu je y saya boleh cakap.. mesti lebih best lepas baca part ketiga kan? be waiting..
ReplyDeletethanks thanks thanks yat.... tu je y leh sy ckp..haha.. part ketiga x pasti lagi.. kena tunggu dan lihat.. =P
Deletemmg sweet j bercinta cara nie... hati mau leleh dn manja2 g2..hehehe
ReplyDeletehaha.. nak huhuungan yang sweet, kadang2 kita yang perlu mulakan dulu.. x gitu kak?
Deletemmg best da smbungan nie,smbolik tol bg jam kn..x sbar nk tggu n3 ag..
ReplyDeletejam tangan tu adalah simboliknya.. sila tungggguuuu.. =)
DeleteSara...sweetie pie!
ReplyDeletesweetie pie.. aiyoo... ingat plak karya Rin Ahmad tuh..haha..
Deletecomelnya! bengang giler dgn nadia tu. hampeh betollah dia tu. sibuk je nak mengacau hubungan org -.-
ReplyDeletemak ayah lanna comel giler la, kak sara. sweet je! hehehe! tak sabar nak tunggu sambungan dia yang last :D
amboiihh.. bengang ya dengan nadia.. hehe.. Lanna pun x bersabar sangat pun.. sifat manusia mmg begitu.. haha. mak ayah lanna tu mcm mak ayah akak sikit.. kalau datang sengal tu, x menahan sungguh.. ok.. be waiting for next entry k..
DeleteX sabar nak tunggu sambungannya.....
ReplyDeleteSweet gila Am dan Alanna......
wohahhaa.. depa berdua memang sengal mengal kak.. sila sbar menunggu smbungan dia ya... =)
Deletegila best mak ayah alanna.. rasa macam nak jadi ibu bapa yang sporting macam tu jugak.. sara, akak x sabar nak tunggu part yang last.. cerita ni best.. x nak buat novel ke?
ReplyDeletekak zila
huaagghh... sila jadi mak bapak mcm tu sis... bukan apa, bila kita dekat dengan anak2.. kita pun leh phm depa.. x lah depa nak kuar merayau meraban kan.. buat novel?? oh tidak.. pening nak pkir plot.. tkut meleret pulak
DeleteTeruskan sweet apa sweet duckling? Comelnya cam gitu. Tapi betullah Sara.. cukup rukun.. kahwin je tak payah semak fikir kan. Bercinta lepas kahwin halal semua.. pahala pun dapat. Learnt something valuabe from you girl.. Tq.. (Rozie)
ReplyDeletesweetie2 duck..haha.. kan..kahwin jelah.. couple ni banyak masalah.. tq kak.. sudi menjenguk mencemar duli.. =)
DeleteMost welcome dear. Mana sambungannya? So sweetlah.. Jam? Emm... masakan? Detik demi detik berdetak menanti penyatuan dua hati kan? Go girl! (Rozie)
Deletebest! sgt sweet couple ni..cepat2 sambung ek!
ReplyDelete-zura-
aiyo... memang nak kasi settle cepat-cepat pun.. insyaAllah sebelum 30 June 2012.. heh, macam account pulak ada due date bagai..
Deletewohooo. tepuk tgn utk kak sara .
ReplyDeletebest siot ! cpt smbg .
>_____<
haha.. thanks yunk..try my best to give the best for the best reader.. cehwahh.. =P
Deletelev this story... nampak matang... n yg paling penting, dlm konflik2 tu, terasa smooth flow... sedap je baca :)
ReplyDeletethanks rin.. smooth ke? rasa macam kacau bilau jeh.. =p
DeletePhew, akhirnya dapat juga baca CMT nih. Hehe.
ReplyDeleteni baru couple. Kahwin nnt ntah mcm mana. tapi saya suka mak ayah Allana ni, sporting banget!
ok sara, i'm waiting for the sequel pulak. :)
ngeee... tq kak.. sy pun suka mak ayah lanna tuh.. sporting habis.. hope leh jadi parents y mcm tu jugak.. =)
Deletebest lah.... bila nak kuar sambunganya???
ReplyDelete