Thursday 20 June 2013

JODOH PASTI BERTEMU

            Seperti biasa. Sesudah solat subuh, Razak akan menghabiskan sisa subuh dengan bacaan Al-Mathurat. Sejak dari kecil dia dididik begini. Dan jika tidak dilaksanakan, seharian dia akan merasa canggung. Rasa gelisah walaupun amalan ini bukanlah satu kewajipan.
            Pesan arwah Ayahnya sentiasa bergema di cuping telinga.
            “Ajak kena ingat… Al-mathurat ni hanya bertahan selama dua belas jam. Sebab itulah kita kena baca lepas subuh dan diperbaharui selepas waktu asar. Memang membaca Al-mathurat ni tak wajib… Tapi biasakanlah dari kecik. Sebab bila Ajak dah biasa, ajak tak akan biasa untuk meninggalkannya.”
            Razak tersenyum. Walaupun ayahnya sudah lama pergi, namun kata-kata nasihat itu masih bersemadi kemas di pelusuk hati.
            Jam di dinding mula dikerling. Sudah menganjak jam tujuh setengah pagi. Lantas dia bangun mengangkat takbir. Melaksanakan solat sunat dhuha pula.
            “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu. Keagungan adalah keagungan-Mu. Kebaikan adalah kebaikan-Mu. Kekuatan adalah kekuatan-Mu. Kekuasaan adalah Kekuasaan-Mu. Penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezeki kami di atas langit, turunkanlah.. sekiranya dalam bumi, keluarkanlah. Bila sukar, mudahkanlah… Bila haram, sucikanlah… Bila jauh, dekatkanlah.. dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami apa-apa yang telah Engaku berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.. Amin…”
            Usai menghabiskan doanya, Razak terus bersiap untuk ke tempat kerja.
            “Mak... Ajak pergi dulu...” Tegur Razak kepada si emak yang sedang membasuh pinggan di singki.
            “Hah, nak pergi dah. Tak nak makan dulu?” Tanya Hajah Sumaiyah.
            Razak sekadar menggeleng. Begitulah kebiasaannya. Anak lelaki yang seorang ni bukannya banyak cakap sangat. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tanya berpatah-patah, terus tak dijawab.
            “Morning abang... morning mak...” Muncul si adik yang sudah siap sedia untuk ke kampus. Laju sahaja tangannya mencedok mee goreng ke pinggan.
            “Cubalah bawak bagi-bagi salam dulu Fiza..” Tegur Hajah Sumaiyah sambil menggeleng.
            Anak dara sorang tu langsung tak menghiraukan malah terus menelan isi jemaah makanan yang terhidang.
            “Eh, abang mana? Hilang dah?” Tanya Hafiza sambil meneguk air teh yang sudah sejuk.
            “Dah...”
            “Abang ada ke, tak ada ke... sama je kondisi rumah ni. Senyap sangat abang tu. Macam manalah dia nak mengurat kan mak?” Timbul satu soalan dari benak si adik. Sesuatu yang telah lama Hajah Sumaiyah gusarkan.
            “Itu yang mak risau tu. Dia tu tak banyak cakap. Macam manalah nak kahwin...” Anak lelaki yang seorang tu dah berumur tiga puluh tahun. Kakak dan adiknya semua sudah berkahwin. Tinggal Hafiza yang masih belajar sahaja.
            “Jangan risau mak... Orang bisu pun kalau dapat kahwin, dapat jugak buat anak.” Seloroh Hafiza nakal.
            “Amboih... kesitu pulak fikirnya. Jangan nak tunjuk gatal-gatal kamu sangat. Kamu tu dah lah anak dara. Tak senonoh tahu?” Laju sahaja tangan tuanya mencubit lengan Hafiza.
            Si anak hanya mampu mengadu kesakitan. Itulah, mulut tu siapa suruh menderhaka sangat sampai melawak yang bukan-bukan. Kan dah kena!
***
            Langsir bilik diselak. Menyambut mesra sapaan cahaya mentari yang baru menyinar.  Bibir Eryna ditarik lebar. Kagum dengan kurniaan tuhan disamping menyelitkan rasa syukur bahawa dia masih dihidupkan pagi ini. Atas alasan, menjadi budak suruhan tuhan dengan melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
            Cadarnya yang bergelimpangan terus ditarik tegang. Rambut yang masih basah digulung dengan tuala. Setiap pagi memang beginilah rutin hariannya sesudah menyediakan sarapan buat keluarganya.
            Keluarga diutamakan, kemudian barulah belek dan kaji perihal sendiri.
            Baju kurung moden dikeluarkan dari almari kemudian laju disarungkan ke badan. Selendang dibelit cantik di kepala. Lips gloss disapu ke bibir sebelum mencapai beg tangan dan melangkah turun ke bawah.
            “Morning ayah....” Sapa Eryna mesra dan mendaratkan ciuman di pipi si ayah. Kebiasaan yang dilakukan sewaktu mereka sarapan bersama.
            “Morning.. Waw, you look so gorgeous today...” Puji Encik Ezrakil pada anak perempuan yang nampak ceria dan cantik itu.
            “Alah.. tell me something that I don’t know lah ayah...” Statement perasan dah muncul.
            Encik Ezrakil geleng kepala. Sah ini mengikut perangai si ibu. Perasan terlampau.
            “Ibu mana?” Belum sempat Encik Ezrakil menjawab, langkah anaknya laju menjelajah ruang dapur. Dia kembali muncul bersama teko di tangan. Eryna memang tak pernah lokek membantu.
            “Nesscafe kurang manis sudah sampaiiii...” Laung Eryna seperti mengajuk ayat pembacuh air di kedai mamak.
            “Eryn... Eryn.... Hari ni first day praktikal, tak rasa takut ke? Tak nampak nervous pun?” Tegur Puan Farafeesa sambil membetulkan selendang si anak yang berubah bentuk sedikit.
            “Takut? Buat apa nak takut? Eryn bukannya masuk kadang harimau...” Seloroh Eryna laju.
            “Silap hari bulan kalau Eryn masuk kadang harimau, harimau tu yang takut kat Eryn kan.. Al-maklum, Eryn kan cakap tak berhenti. Harimau pun jadi panas punggung.” Rajin sahaja Encik Ezrakil mengenakan satu-satunya anak gadis yang dia miliki.
            “Eh... Eryn baru nak cakap ayat yang sama. Kenapa ayah selalu cakap apa yang Eryn nak cakap?”
            Eryna cekak pinggang! Kagumlah...
            “Sebab Eryn dan ayah kan macam ada telepati.. daddy’s girl..” Sudah berulang kali Puan Farafeesa mengutarakan ayat ini. Ya... Eryna dan Ezrakil memang mempunyai telepati yang tepat. Perasaan si anak senang dicungkil oleh si ayah manakala perasaan si ayah cepat ditangkap oleh si anak.
            “Amboih ibu... dengar macam jelous je...” Eryna mengusik ibunya.
            “Ish... ke situ pulak.”
            “Ibu jangan risau.. Ibu tetap heroin nombor satu ayah. Eryn heroin nombor dua... cucu perempuan ayah nanti heroin nombor tiga...” Eryna sudah siap mengatur kedudukan perempuan yang berada di dalam hati si ayah.
            “Ehem... cakap pasal cucu macam dah ada calon je.” Usik Encik Ezrakil pula. Rasanya anaknya ini sudah cukup besar untuk disogokkan dengan dunia percintaan.
            Tapi Eryna... hati sebal.. jiwa kebal! Katanya tak mahu cinta murahan. Dia hanya mahukan kisah cinta macam ibu dan ayahnya.
            “Ish ayah ni.. Eryn baru dua puluh tiga tahun tau! Hingus pun selebeh lagi... Masak pun belek buku masakan lagi. Bangun pun jam loceng yang kejutkan... Mana boleh kahwin lagi. Lagipun hati belum vibrate lah ayah..”
            Apa yang menyenangkan Eryna ialah, dia boleh berkongsi apa sahaja dengan ayah dan ibunya. Baik sekecil kecil kuman hinggalah sebesar-besar gajah. Semua yang dia lakukan akan dibawa ke depan ayah dan ibu.
            “Kemain lagi.. Hati belum vibrate...” Puan Farafeesa sudah tergelak-gelak. Orang pagi-pagi biasanya ambik mood nak bergurau senda. Tapi anaknya yang sorang ni memang lain macam kuasa baterinya.
            Eryna ni dari pagi sampai ke malam pun duk pot pet pot pet. Terfikir jadinya, lelaki macam manalah yang mampu bertahan.
            “Makna kata kalau jumpa jodoh nanti, hati vibratelah ya....” Gasak si ayah.
            “Iyalah... kalau dah terserempak dengan jodoh... hati vibratelah.. Macam yang ibu dan ayah rasa dulu kala...” Haip, sempat pulak dia mengusik ibu dan ayahnya.
            Sedari kecil lagi Eryna sudah disajikan dengan cinta ibu dan ayahnya. Mereka saling berjuang untuk bahagia. Itu yang Eryna tak jumpa pada mana-mana lelaki lagi. Biasanya lelaki sekarang asyik fikir seronok sahaja.
            “Hah, ibu dengan ayah tu layanlah along tuh... sebab tu dia makin mengada-ngada.”
            Muncul Eshan dari balik pintu dapur. Rambutnya masih basah. Baru lepas mandi gamaknya.
            “Hei buntat ni, pagi-pagi dah ajak berperang ke?”
            Eryna dah mula kumpul semangat nak bergaduh dengan adik lelakinya ini. Dua orang lagi adiknya tinggal di asrama. Memang nasib dilahirkan dalam keluarga yang dikelilingi oleh lelaki. Biul otak jadinya.
            “Watch your mouth long... Siapa buntat hah?”
            Puan Farafeesa mula mencelah. Faham sangat dengan gurauan kasar dua beradik ni. “Hei, dahlah.. Tak baik bergaduh depan rezeki.”
            “Nasib ibu suruh diam.” Eryna menjeling. Patuh pada arahan orang tua.
            “Eryn... makan.. nanti lambat pergi ofis pak long. Hah, buntat pun makanlah.. Lambat ke kelas nanti.” Arah Encik Ezrakil.
            “Ayah ni... kan dah berapa kali Eshan kata jangan panggil buntat..” Langsung tak glamour okay! Tahulah dulu dia besar macam tong dram, tapi sekarang badan dia dah ada six pack okay. Katang gitu.
            “Oh.. sorry-sorry. Eryn lah ni.. Kan ayah dah tersasul. Anak ayah dah handsome ya... Jangan panggil buntat lagi.”
            “Eh... Eryn pulak yang salah. Tapi kan ayah... Susahlah nak betulkan nama yang kita dah panggil dari kecik kan...”
            “Korang dorang ni...” Eshan dah ketap bibir. Nasib sorang ayah sorang kakak.. Kalau tak memang kelaut dah kena sepak. Ish...
            “Eryn, abang... jangan usik Eshan lagi. Kesian buntat ibu...” Pipi Eshan yang kurus dicuit lembut.
            Sejurus selepas itu, semua yang berada di meja makan ketawa. Hanya Eshan yang mencebik tanda protes.
            Encik Ezrakil mencuri pandang ke arah isterinya. Setelah kesusahan merempuh ujian hidup dahulu, dia tidak menyangka yang bahagia itu masih milik mereka. Tuhan... Terima kasih kerana kasihankan aku... Terima kasih atas kasih sayang yang tak ternilai ini.  
***
            Masuk ke dalam ofis pak longnya, rahang Eryna terjatuh. Suka melihat dekorasi syarikat milik pak longnya ini. Moden kotemporari gitu. Yalah kot... Dia tak adalah  arif mana dengan bahagian Interior Designer ini.
            “Ya cik.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
            “Saya nak daftar praktikal hari ni..”
            “Oh... Cik Eryna Fasihah kan? Anak saudara...”
            Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, jari terlunjuk Eryna sudah mendarat di bibir. Menghalang agar gadis itu meneruskan kata.
            “Erk... Encik Nazreen ada?” Terus Eryna alih topik.
            “Encik Nazreen tak sampai lagi. Cik boleh duduk di dalam ofis dia dulu ya..”
            “Tak payahlah bercik cik sangat. Pangil Eryn je..”
            “Oh okay. Saya Hasnah... Setiausaha merangkap ketua admin di syarikat ni.”
            Salam disambut mesra. Okay, Eryna dah dapat rasa kemesraan tika mereka berkerjasama nanti. Langkahnya dibawa menuju ke bilik pak long.
            Anak mata Eryna meratah setiap sudut posisi di dalam bilik bapa saudaranya ini. Enam bulan dia akan berkampung di sini. Enam bulan dia akan menimba ilmu di sini. Enam bulan yang entah apa ceritanya nanti.
            Harap Allah bantu.
            Harap manusia di sini memahami.
            Harap hati mampu mendalami.
            “Morning Eryn... Sorry pak long lewat sikit.” Encik Nazreen muncul di balik pintu bersama briefcase di tangan.
            “It’s okay pak long.. Biasalah bos kalau datang lambat!”
            Encik Nazreen telan liur. Tak pasal-pasal kena smash macam gitu je dengan anak saudaranya yang seorang ini. “So, how are you?” Soalan skema yang wajib daripadanya.
            Eryna tarik nafas. “Fine... Study pun okay.. Dan Eryn dah sangat bersedia untuk mengharungi detik-detik mencabar di sini.”
            Encik Nazreen tersengih. “Pak long suka semangat Eryn...” Tanya satu soalan, tiga jawapan yang dia bagi.
            Eryna tayang gigi. “Erk... Tapi Eryn ada request. Hope so yang orang kat ofis ni tak tahu yang Eryn anak saudara pak long. Yalah, nanti derang nak suruh buat kerja lebih pun tak boleh. Lagipun Eryn tak sukalah layanan double standard.”
            Dahi Encik Nazreen sudah bercantum. Hati tersenyum. Nampak perangai Farafeesa di situ. “Are you sure?”
            “Very sure pak long... Lagipun senang sikit Eryn nak jadi mata-mata. Siapa yang baik prestasi atau buruk prestasinya.. kan kan kan...” Belum apa-apa lagi dah buat syarikat ni macam milik sendiri. Apalah...
            “Kenapa Eryn tak mahu praktikal dengan syarikat ayah je?” Pelik jugak sebab bertanyakan tempat praktikal di ofisnya pula.
            “Tak syoklah... budak ofis rata-rata dah kenal Eryn.. Lagipun pak long lupa ke, syarikat ayah tu buat akaun. Mana kena dengan bahagian senibina..”
            Encik Nazreen mengganggukkan kepalanya. Baru teringat.
            “Oh... Anyway, Eryn akan berada di bawah penyeliaan Encik Razak. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan dia...”
            Mata Eryna membuntang!
"Razak? Zaman batu ni ada lagi orang nama Razak pak long?" Aduh...sungguh Eryna nak gelak sunguh-sungguh. 
"Eryn... Behave yourself.. Kan dah janji nak jadi budak praktikal yang baik-baik... Encik Razak tu ketua drafter.. Dia akan handle Eryn sepanjang Eryn praktikal.." Encik Nazreen dah geleng kepala. Anak saudara yang sorang ni memang payah nak kawal. Sudahlah bercakap macam peluru. Sure Razak pening kepala nanti.
"Okay..okay... janji tak nakal-nakal. tapi serius nama Razak tu kelakar sangat..." Eryna sambung ketawa.
"Eryn... tak baik gelakkan nama yang orang tua dia dah bagi tau." 
Eryna diam. Tak jadi nak sambung tawa.
"Tak apa... nanti Eryn akan komersial kan nama dia.." Jari terlunjuk dah bermain di dagu. Hmm.. akal dah menari dengan idea. Nak panggil apa supaya lebih versatil eh?
"Eryn nak panggil dia apa?"
Eryna tersenyum nakal.
"Eryn nak panggil dia.... Zack. Hah, okay tak pak long?" 
Encik Nazreen geleng kepala. Padahlah Razak nanti padan kena buli dengan si Eryna ni. Memang silap besar benarkan Eryna praktikal di sini. 
"Encik Nazreen panggil saya?" Suara seorang lelaki membuatkan Eryna berpaling ke pintu bilik yang sudah terdedah.
Rahang Eryna terjatuh. Matanya hampir tersembur keluar. Ini ke Razak?
First.. tak sesuai sebab Razak ni muda belia lagi.
Second... tak sesuai sebab Razak ni handsome gilos.
"Razak, kenalkan ini budak praktikal bawah kamu... Eryna Fasihah..."
Eryna sengih lebar. "Selamat berkenalan Encik Zack!"
Selamba.
Nakal.
Sempoih.
Razak terkesima. Encik Zack? Mata dihala ke arah bosnya. Encik Nazreen hanya angkat bahu sambil mencebik.
‘Nasib kaulah Ajak...’
***
            “Ini tempat awak.” Sebuah meja yang terletak di luar bilik Razak itu dipandang sekilas oleh Eryna.
            “Dalam ni bilik Encik Zack ke?”
            Berkerut lagi dahi Razak menyambut panggilan itu. Tak berkenan sungguh. “Ya.. erk.. tolong jangan panggil saya Encik Zack. Nama saya Razak.” Perlahan suara itu menjenggah peluput telinga Eryna.
            “Tapi nama Encik Zack lagi sesuai dengan encik..”
            Langkah yang hendak dibawa ke bilik terus terhenti. Berkalih memandang gadis kecik molek yang manis itu. Haih... geram aje nak ditelannya. Sesuka hati mengubah namanya yang sedia kacak.
            Razak itu walau kedengaran lapuk tapi simboliknya tetap klasik okeh! Akhirnya Razak menggeleng dan berlalu masuk ke biliknya. Bukan kepakaran dia untuk bertekak dengan budak kecik ini.
            Eryna tersenyum. Seronok pulak mengusik lelaki itu. Muka serius. Tak banyak cakap. Tapi tetap ada karisma yang tersendiri.
            Barang-barangnya mula dikeluarkan. Mejanya agak jauh sedikit dari rakan ofis yang lain. Jadi payahlah nak bergosip. Heh, kau tu budak praktikal Eryn... Jangan tak semengah sangat ya!
            “Eryn, kalau ada apa-apa hal, boleh jumpa saya ya.. Meja saya dekat bilik Encik Nazreen.”  Jelas Hasnah yang entah bila boleh muncul di depan meja Eryna.
            “Okay cik..”
            “Ish... tak payahlah panggil Cik. Panggil Kak Has sudah..” Layanannya mesra dan lembut. Ini yang bikin hati Eryna suka.
            “Erk.. Kak Has, ada apa-apa kerja tak untuk saya?” Bukan nak tunjuk rajin tapi dia memang tak suka duduk diam macam orang tak ada kerja. Sebolehnya, dia hendak mengutip ilmu sebanyak mungkin di sini.
            “Awak kan bawah Encik Razak, awak kena refer pada dialah...” Jelas Hasnah sambil memuncungkan mulut ke bilik Encik Razak.
            “Hmm.. Encik Razak tu okay tak?” Apa lagi, misi mengorek rahsia kerajaan.
            “Okay.. Dia lelaki yang paling budiman dalam ofis ni.”
            “Oh.. maknanya Encik Nazreen tak budimanlah ya?” Sempat lagi Eryna bagi perangkap pada Kak Hasnah.
            “Ish... Encik Nazreen lain cerita. Berbeza pangkat dan darjat. Mana boleh join sekaki.. Heh..”
            Eryna tersenyum. Nampak dah yang Kak Hasnah akan jadi geng dia di sini.
            “Encik Razak tu baik.. tak garang pun. Eryn tak payahlah risau. Tapi tulah.. Tak banyak cakap sangat. Cakap dengan akak pun pasal benda-benda penting je. Nak berborak semeja tu memang tak lah kan... Tapi kerja dia memang tip-top! Eryn kena contohi dia ya.. Mana tahu kalau ada rezeki lepas praktikal boleh terus kerja kat sini kan...”
            Eryna tersenyum. Dah mula rasa selesa untuk menempatkan diri di sini.
            “Ehem... ada budak baru ke Has?” Suara lelaki yang mencelah membuatkan Hasnah dan Eryna berpaling.
            Seorang lelaki yang segak dengan mengenakan kemeja merah jambu disertakan dengan verse berwarna hitam. Tali lehernya juga berwarna merah jambu. So pinky tapi nampak tegap! Okay, bab menganalisa orang, itu memang dessert kegemaran Eryna.
            “Aah... mangsa baru kau ler tuh...” Seloroh Hasnah tak simpan-simpan. Buaya darat dah muncul!
            Azlee ketawa.senang hati.
            “Hai budak comel... Saya Azlee..” Tangan kanan dihulurkan. Tahu si gadis pakai tudung, tapi saje mengada nak ajak bersalam. Alah, gadis zaman sekarang kan dan urban. Setakat salam-salam ni apa ada hal kan..
            “Hai.. Saya Eryna.. Maaf, tak halal nak sambut salam.”
            Azlee sengih. “Oh.. jadi kalau nak salam kena tunggu halal lah ya? Bila boleh halal ni?” Ulat bulu dah naik daun. Apatah lagi melihat Eryna yang agak mesra ini.
            “Tunggu JAKIM chop tanda halal dengan dahi Encik Azlee dululah...”
            Hasnah ketawa. Boleh tahan budak nih. Nasib kaulah Azlee... Bukan calang-calang perempuan Eryna ni. Nampak lembut, menawan tapi dalam kata-kata dia berbisa jugak.
            “Waw... so impress... So nanti kita lunch sama ya?”
            “Okay boleh.. tapi kejap ya...” Eryna mencari sesuatu di beg tangannya. Sekeping kad mula diserahkan kepada Encik Azlee.
            “By the way kalau nak lunch sama, kena telefon ayah saya dulu ya. Sebab dia ni garang...  tak boleh saya keluar dengan mana-mana lelaki selain dia. Jadi kalau Encik Azlee berani, you just make a call..”
            Muka Azlee sedikit kelat. Over betul sampai nak kena telefon ayah? Nampak moden tapi hmm... kekampungan itu tetap ada rupanya.
            “Hmm, saya bukan tak mahu telefon tapi sebab yalah.. Agak sibuk sikit. Anyway kalau saya ada masa, saya akan call dan bolehlah kita dating sama.” Muka gatal tu tak habis lagi.
Loya Eryna dibuatnya tapi dia sengaja memaniskan muka.
“Okay sayang, abang ada kerja ni. Nanti kita sembang lagi keyh..” Terus Azlee berlalu pergi ke biliknya. Mujur selepas ini ada appointment dengan client dan client tu pun tak kurang hebatnya. Yang penting seksi. Bolehlah cuci mata!
“Jangan dilayan sangat Azlee tuh..” Pesan Hasnah serius.
“Apa nak dikata... Spesies macam gitu memang bersepah. Tapi orang cakap, bad boy ni kalau dapat perempuan yang betul dia suka, for sure dia akan setia gila.”
“Boleh caya ke cakap kamu tuh? Azlee tu rasanya akan cukupkan korum bini tau! Dasar gatal.. Macamlah handsome sangat..” Bebel Hasnah geram.
“Cakap macam orang pernah kena reject je kak...” Seronok rasanya bila boleh bergurau dengan kak Hasnah. Macamlah dah kenal lama!
“Uishh... Akak dah ada suami okay. Setakat Azlee tu akak tak hairan. Kalau Encik Razak tu boleh jugak buat kira.”
Terselit jugak nama Encik Razak.
“Oh... kira ramai jugaklah secret admirer Encik Zack ya...”
“Encik Zack?”
Eryna tersengih tak bersalah. “Maksud saya Encik Razaklah. Panggil Zack baru versatile...”
“Baru sehari kenal dah bagi gelaran ya? Tapi Zack pun okay jugak kan.. Hmm.. ramai tu memanglah ramai. Tapi yang selalu kena gosip dengan Encik Zack tu, si Salina.. Dia department account. Cantik.. lembut.. ayu... Kira sepadanlah dengan Ajak tuh.. tapi...”
“Tapi apa kak?” Ish.. cerita semput-semput. Bikin saspen ajeh.
“Bayangkan, si Salina tu senyap. Ajak pun senyap. Sure anak derang bisu!” Sejurus selepas itu Eryna ketawa lepas. Adoi... memang senang hati kenal orang macam Kak Hasnah!
“Ehem!”
Tiba-tiba ada suara menyapa. Terus berubah air muka Hasnah dan Eryna.
“Akak balik tempat akak dulu ya. Kalau ada apa-apa, boleh tanya akak.” Terus Hasnah pecut. Terkejut disergah begitu. Agaknya Razak dengar ke tidak? Alah.. kalau dengar pun dia bukan boleh buat apa.
“Okay kak...” Tanpa rasa bersalah, Eryna berpaling pula pada Encik Zack yang tetiba muncul. “Kenapa Encik Zack?”
Razak mendengus. Zack lagi? Tapi nak protes lebih-lebih, itu bukan perangainya.
            “Saya nak briefing pasal kerja...”
            “Okay...” Terus dicapai buku nota dan pen. Dah serupa macam setiausaha pulak. Tapi terus dihala langkah ke bilik Encik Razak. Pengembaraannya bakal bermula.
***
            Laju langkah kakinya mendapatkan Nadiah yang duduk di hujung restoren. Jus oren yang berada di depan mata terus disedut rakus. Dahaga betul! Panas ini memang menguji kesabaran.
            “Weh, mana adab kau hah? Sesuka hati je belasah air aku!” Smash Nadiah sambil menarik gelas minumannya semula. Sampai tinggal separuh... Pergghh.. ini memang tekak anak raksaksa.
            “Kedekutlah kau nih! Setakat air oren tu pun nak berkira kan?” Eryna pura-pura marah. Bukan bebetul pun. Dia dengan Nadiah dah kenal dari sekolah menengah lagi. Sampailah mereka sama-sama menuntut di UiTM.
            “Berkiralah.. tiga ringgit tau!”
            Eryna tarik muka. “Aku minum seteguk jadi aku bayarkan tiga posen jelah. Heh,  praktikal macam mana?” Tanya Eryna sambil memanggil pelayan untuk memesan makanan.
            “Okay je.. Cuma tak banyak kerjalah. Tempat kau okay tak? Rasa menyesal pulak tak praktikal sama. Kalau tak mesti lagi best kan? Boringlah.. kat sana tak ada geng!” Komplen Nadiah tak puas hati.
            “Weh, suruh mulut kau tu jangan nak menderhaka sangat! Kau yang tak nak kita praktikal sama ya... Konon suruh berdikarilah... berpisah sekejaplah...” Bangkang Eryna pulak.
            “Yalah... kan orang selalu cakap kau tak boleh hidup tanpa aku. Jadi aku nak buktikan yang kata-kata orang tu tak betul...” Ada tawa di hujung kata Nadiah itu.
            “Kau tahu, kalau kau ulang sekali lagi ayat tu, maknanya kau memang mintak kena bunuh. Siapa yang tak boleh hidup tanpa siapa hah? Aku okay je kau tak ada. Aman hidup aku.” Gurau senda kutuk mengutuk sudah sebati dalam hidup mereka. Kalau puji-puji, rasa tak tenteram pulak hati nih.
            “Amboiii... Kau tunggu aku tak ada nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah ya. Weh, aku ajak jumpa ni sebab nak cerita pasal mamat online tu. Dia dah tunjukkan gambar.. Handsome gila...” Cerita Nadiah dengan gaya ala-ala orang kemaruk.
            “Hah ya ke? Mana-mana?”
            Telefon bimbit dihulurkan pada Eryna. Rahang Eryna juga terjatuh sedikit. Boleh tahan jugaklah skadal Nadiah ni.
            “Kau serius ke dengan mamat tu?”
            “Ish... seriuslah... Aku dah jatuh hati pada dia tau! Bila tahu dia handsome macam gini, lagilah aku nak go on..”
            Eryna gigit bibir. “Aku takut kau kena tipu je... cinta alam maya ni aku tak percaya sangat..”        
            “Kau tu semua tak percaya. Azmir yang sukakan kau separuh mati pun kau tolak. Kau demand sangat.. Aku tak macam kau. Tapi tak apa... Nanti kalau dia datang Kuantan, kau temuramah dia okay. Kau kan polis pencen..”
            “Dengan Azmir tu... hati aku tak vibratelah..”
            Balik-balik itulah modal Eryna.
            “Habis tu dengan siapa hati kau vibrate hah?”
            Eryna angkat bahu. Entahlah. Bosan pulak bercakap soal hati ini. “Weh, kau tahu tak.. dekat ofis aku tu ada pekerja lelaki. Nama dia Razak....”
            Belum sempat Eryna menghabiskan ceritanya, Nadiah sudah ketawa besar. “Razak? Weh... Nama atuk aku pun lagi moden okay.” Seloroh Nadiah dengan sisa tawanya yang masih belum hilang.
            Eryna senyum sahaja. Tak boleh nak kata apa sebab dia pun ketawa besar sewaktu pertama kali mendengar nama Razak itu. Tolonglah... nama bapak aku pun sedap kot. Ini nama Razak, so kampung!
***
Lama Eryna memandang ke arah Encik Razak yang sedang makan tengah hari di pantri. Teringat pula akan perbualannya dengan Nadiah tempoh hari. Sewaktu mereka terserempak dengan Encik Zack sewaktu Nadiah menghantarnya ke ofis.
"Weh, handsome kot Encik Zack kau tuh.. Mohon tolong ngorat.. Tak kisahlah nama dia klasik pun, yang penting handsome.. Nanti keturunan kau boleh tumpang sama."
Eryna ketap bibir.
"Ish kau ni... belajar tak habis lagi sibuk nak ajar aku mengurat pulak. Dia tu pendiam sangat... Aku cakap sepuluh patah dia buat dono je... Hei, lebih baik aku cakap dengan dinding tau! Lagipun... hati aku tak vibratelah duk sebelah dia... Bukan jodoh aku lah tuh..."
Inilah sebab mereka boleh jadi kawan baik! Sama-sama otak tak semengah.
"Alah.. hati kau tak vibrate sebab kau tak nampak lagi sisi yang lain tentang dia. Cuba kalau dah jumpa.. Bukan takat vibrate, lepas ni hati kau mesti berdering.. kring.. kring..." Nadiah siap ajuk lagi bunyi ringtone telefon.
Cinabeng punya member! Kerja dia melalut tak sudah.
"Sisi yang lain tu macam mana?"
Nadiah terdiam. Berfikir barangkali.
"Contoh.. dia senyum atau ketawa. Tak pun dia kerut-kerut dahi macam pelakon Redza Minhat yang kau suka tu... "
Eryna mengaru kepalanya.
"Kejadah pulak aku nak suruh Encik Zack kerutkan dahi..." Tapi teringin jugak nak tengok Encik Zack kerut dahi macam Redza Minhat tuh.
Agak-agaknya siapa lagi handsome? heh...
"Nanti bolehlah tengok hati kau vibrate ke tidak... Selamat mencuba dan selamat maju jaya ya...!"
Kata-kata Nadiah bergema lagi di cuping telinga Eryna.
Malas mahu melayan perasaan, dia kembali ke sisi meja. Laci meja dibuka dan terpampang asam jeruk yang dibeli ketika lunch semalam.
"Jeruk kan masam, bolehlah tengok Encik Zack kerut dahi kan?" Idea sudah mari. Laju dia bangun dan berlalu ke pantri.
"Dah siap makan?" Meluru Eryna bertanya pabila melihat Razak yang sudah siap membasuh tangan.
Razak hanya mengangguk.
Asam yang berada di tangannya dihulurkan pada Encik Razak. "Rasalah.. sedap..."
            Pandangan Razak turun ke tangan Eryna. Apa kena pulak budak ni hulurkan asam? "Saya tak makan asam." Jawab Razak mudah.
            "Alah... Encik ni tak baik tau. Tolonglah jaga sikit hati saya ni. Penat saya beli.. Penat saya pelawa. At least makanlah untuk jaga hati...." Amboi ayat manis kemain. Ada gaya Encik Razak nak kena kencing manis.
            Malas hendak berbalah. Razak ikutkan sahaja. Terus jeruk itu dibawa ke mulut.
            Puas Eryna menanti namun raut wajah itu masih... steady dan tidak berubah. Tak berkerut pun dahi Encik Zack?
            "Erk... tak masam ke?"
            "Masam..."
            "Tapi.. muka Encik Zack steady je.."
            Encik Zack senyum lalu berlalu pergi. 
            Maknanya, jodoh masih belum bertemu. Eryna ketap bibir. Tak ada maknanya dapat tengok Encik Zack kerut dahi... sebab idea Nadia memang kelaut! 
            Bengong betul pergi ikut cadangan Nadiah. Cadangan minah tu mana pernah bernas! Ggrrr
            Tanpa pengetahuan Eryna, Encik Razak itu terus meneguk air di dalam biliknya sendiri. Gila masam. Mujur dapat kawal steady depan Eryna tadi.
            Budak kecik tu memang banyak cakap dan banyak cekadak! Ada sahaja helah Eryna nak ajak berbual. ‘Lama lagi budak tu kat sini.. meranalah aku..' Keluh Razak sambil bersandar ke belakang. 
***
Tangan Eryna laju menari di buku skecth. Sekejap dia berhenti pabila mengingatkan seraut wajah Encik Zack. Seronok pulak melukis gambar Encik Zack.
            “Eryn... tak tidur lagi?” Teguran tanpa signal itu mengejutkan Eryna yang ralit melukis. Ini juga salah satu sebab kenapa dia mengambil jurusan seni bina. Ayah kata dia dilahirkan dengan bakat yang istimewa.
            “Belum... Tengah melukis lelaki kacak!”
            “Lelaki kacak mana pulak ni? Bukan ayah seorang je ke lelaki yang kacak?”
            “Ayah kacak lain.. Encik Zack kacak lain.” Seloroh Eryna sambil terus menarikan pensel.
            “Siapa Encik Zack ni?” Tanya si ayah sekadar berbasa basi. Ralit  juga dia melihat lukisan Eryna yang masih belum siap sepenuhnya. Anaknya yang seorang ini memang penuh berseni. Bayangkan, biliknya penuh dengan lukisan. Yang bestnya setiap lukisan yang menggunakan pensel itu bersambung ibarat menceritakan sebuah kisah cinta.
            “Ketua Drafter merangkap penyelia dekat tempat Eryn praktikal. Pekerja pak longlah... Nama dia Razak tapi Eryn tukar jadi Zack...”
            Encik Ezrakil menggelengkan kepalanya. Habis nama orang pun dia tukar ikut kepala sendiri. Kepala Eryna digosok. “Sudahlah melukis tu.. Pergi tidur sayang.. Dah lewat.”
            “Tapi Eryn tak mengantuk lagi. Ayah... tolong dodoikan Eryn boleh?” Mohon Eryna sambil mengerdipkan matanya berulang kali.
            “Boleh wahai baby besar...”
            “Yeaaa....” Seronok jadi tunggal perempuan ni walaupun kengkadang bosan bila adik beradik lelakinya suka membulinya. Yang penting dapat jadi anak manja ayah sampai bila-bila.
            Eryna terus berbaring. Encik Ezrakil membantu membetulkan comforter milik si anak kemudian dia melabuhkan punggung di birai  katil. Ditepuk perlahan bahu Eryna yang sedang berbaring secara mengiring itu.
            “Ayah... ceritalah lagi pasal kisah cinta ayah dan ibu.” Sambil memejamkan mata, Eryna membuat permohonan.
            “Ayah dah ulang cerita tu beribu kali. Eryn tak bosan ke?”
            “Tak... sebab ibu dengan ayah adalah watak utama kisah tu.” Eryna membuka mata sambil tersenyum manis.
            “Satu hari nanti, Eryn pun akan jumpa watak utama Eryn jugak... Ke dah ada tapi tak mahu cerita?” Usik Encik Ezrakil lagi.
Saban malam, dia wajib menghabiskan sisa malamnya bersama Eryna sebelum masuk ke bilik tidur.  Mungkin kerana Eryna adalah satu-satunya anak perempuan yang dia miliki. Jadi dia senang memanjakan Eryna walaupun anak gadisnya itu pandai berdikari.
            “Ish ayah ni... Eryn budak kecik lagilah...” Protes Eryna sambil mata masih dipejamkan.
            “Dah..dah... tidur..” Arah Encik Ezrakil sambil menepuk lembut bahu Eryna. Mendodoikan dengan alunan zikrullah. Rasa macam tak percaya yang Eryna dah berusia dua puluh tiga tahun. Rasa macam baru semalam Eryna lahir.
            “Dah tidur dah anak abang?” Tegur Puan Farafeesa yang sedari tadi bertindak sebagai pemerhati.
            “Dah.. Sekarang turn nak dodoikan isteri pulak.” Perlahan-lahan Ezrakil bangun dan menghampiri si isteri yang sedang berada di meja tulis anaknya.
            “Gambar siapa yang Eryn lukis ni?” Dia tak tahu dari mana Eryna mendapat anugerah yang satu ini. Tapi keistimewaan Eryna dalam bidang lukisan memang membuatkan Puan Farafeesa kagum.
            “Entah... dia kata ketua drafter tempat dia praktikal.”
            “Entah-entah Eryn ada perasaan pada dia tak? Tengok lukisan ni macam handsome je...” Komen Puan Farafeesa lagi.
            “Amboii... puji lelaki lain depan suami sendiri ya? Cemburu nih...” Encik Ezrakil tarik muka.
            Puan Farafeesa ketawa. “Buruk muka orang tua merajuk bang...” Usik si isteri.
            “Orang tua yang buruk ni jugak yang sayang peluk tiap-tiap malam ya. Dah... jom tidur. Buat bising dalam bilik Eryn pulak. Karang dia terjaga, habis kita diceramahnya.” Terus mereka berdua beransur keluar dari bilik Eryna.
            Eryna yang sememangnya masih belum tidur hanya tersenyum. ‘Eryn harap Eryn boleh jadi macam ibu... sebab Eryn nak dapat suami macam ayah yang sweetnya tak habis walaupun kasih mereka sudah bertahun lamanya.’
***
            Sebulan dah berlalu. Sebulan juga Razak tak cukup tidur. Mana nak tidur lena kalau semalaman duk gundah gulana dengan sikap dan keterbukaan Eryna. Sungguh, dia tak pernah jumpa perempuan seperti itu.
            Dia masih ingat lagi kejadian selepas balik dari site tadi.
            “Encik Zack, boleh tak kita makan dulu sebelum balik ofis... Saya laparlah...” Suara itu sedang-sedang sahaja. Tak manja tergedik, tapi cukup senang menampan telinganya.
            “Lagipun waktu lunch kan sekarang... Bolehlah kita makan dulu.” Eryna siap buat aksi memegang perutnya. Konon lapar sangatlah tuh.
            “Okay.” Putus Razak pendek. Pemanduan Razak mula terhala ke sebuah restoren.
            Usai mengambil nasi sendiri, mereka mula mendapatkan tempat di sebuah meja. Pelayan datang untuk mengambil pesanan minuman.
            “Nescafe panas satu.”
            “Nescafe ais satu..”
            Hampir serentak suara mereka memberi pesanan.
            Eryna sengih pendek. “Eh, Encik Zack pun suka minum nescafe ke?”
            “Minuman kesukaan saya.” Jawab Razak tidak berselindung.
            “Eh samalah kita.. Ibu dengan ayah saya pun suka minum nescafe. Lagipun, air nescafe ni pun salah satu simbolik kisah percintaan derang tau!” Tanpa dipinta, Eryna sendiri membuka cerita.
            Diam. Tak ada respon daripada Razak yang khusyuk mengadap makanan.
            Eryna ketap bibir. “Encik Razak tak mahu tanya ke kenapa?”
Razak mengeluh dalam hati. Haih, dia pulak yang paksa orang suruh ambil tahu. Akhirnya Razak menurut sahaja. “Kenapa?”
            “Dulu ibu dengan ayah kerja satu ofis. Satu hari tu, ayah merajuk... Then ibu sediakan air nescafe dengan nota kecik untuk pujuk ayah. Sweet kan?” Cerita Eryna penuh teruja. Dia pantang kalau cerita bab ibu dan ayahnya. Terujanya lain macam. Sebab dia sangat menyanjungi kisah percintaan ibu dan ayahnya. Kira macam cinta Syah Jehan dengan Mumtaz pun kalah ler...
            “Bolehlah...” Itu sahaja respon yang diberikan oleh Razak.
            Budak kecik ni tak penat ke bercakap? Dari ofis sampai site. Tengah makan pun bising lagi. Jana kuasa luar biasa betul. Dia yang mendengar pulak naik penat.
            Eryna mencebik tak puas hati. Macam gitu je jawapan dia. Perhatiannya teralih pabila pelayan meletakkan minuman di hadapan mereka.
            “Kan tengah panas? Kenapa order air panas?”
            “Sebab kalau air sejuk pun, tak akan sejukkan telinga saya.” Melopong Eryna pabila menyambut jawapan yang agak panjang dari biasa. Biasanya Encik Razak cakap lebih-lebih pabila menerangkan tentang kerja sahaja.
            “Kenapa nak sejukkan telinga pulak? Mestilah nak sejukkan tekak?” Eryna melahirkan pendapatnya. Tak pernah hayat pulak dengar pasal sejukkan telinga!
            “Sebab telinga saya panas dengar orang membebal dari tadi.” Jawab Razak sambil meneruskan suapan.
            Tayang muka versi buat derk!
            Buk! Muka Eryna macam kena tumbuk. Perghh... sadis jugak ayat Encik Zack nih. Ada sikap melawan rupanya.
            “Hei, Encik Zack pandai perli oranglah.. Selalu ke Encik Zack perli orang?”
Mahu tercekik Razak dibuatnya. Ingatkan bila kena smash, tahulah nak diam. Rupanya sama sahaja. Pening kepala dengan sikap Eryna. Benda cam gitu pun nak tegur ke? Patutnya budak kecik ni kenalah terasa.. Ini respond dia luar biasa sungguh. Macam orang tak faham bahasa pun ada.
Diam Razak... Tak payah cara!
            “Encik Zack ni kompleks lah...” Eryna kembali bersuara bila tidak mendapat respond dari Encik Zack. Baru nak asah bakal berdebat tiba-tiba dah senyap.
            Razak mengeluh dalam diam. Lah... tak habis lagi rupanya?
            “Kengkadang, saya rasa Encik Zack tak pandai bergaul!” Komen pertama. Tangan Eryna baru menyentuh nasi tapi mata merayap di muka Razak.
            “Kengkadang, saya rasa Encik Zack ni sombong!” Komen kedua. Nasi terus disuapkan ke mulut namun mata masih di muka Razak yang tak beriaksi.
            “Kengkadang, saya rasa Encik Zack ni pemalu...” Komen ketiga. Mulut Eryna mula mengunyah perlahan sambil merenung lagi wajah Razak.
            “Kengkadang, saya rasa Encik Zack ni bisu.” Komen keempat. Lalu ketawa kecil keluar dari mulut Eryna.
            Okay. Langsung tak ada sebarang respond daripada Razak.
            Razak angkat muka. “Saya dah habis makan. Awak nak balik sendiri ke?” Ujar Razak sambil bangun dari duduk. Seronok benar gamaknya mengkaji perangai orang sampai lupa nak makan nasi sendiri.
            “Tapi kengkadang saya rasa Encik Zack memang baik hati. Tunggu saya... Saya makan guna speed dua ratus empat puluh kilometer perjam!” Cepat-cepat Eryna makan. Payah kalau kena tinggal. Encik Zack ni... kaki buli dalam diam! Benci!
            Razak geleng kepala. Menghalau pergi ingatan siang tadi. Suara Eryna kembali bergema di peluput telinga. Satu pun tak betul kesimpulan Eryna pada dirinya.
            Dia bukan tak pandai bergaul.
            Dia bukan sombong.
            Dia bukan pemalu.
            Dan pastilah...
            Dia bukan bisu!
            Dia cuma tak banyak bercakap. Dia suka bersikap memerhati sahaja. Dan dia ada sebab kenapa dia tak boleh banyak cakap sangat!
            Tapi apa yang dia salute dengan Eryna ialah, gadis itu walaupun banyak cakap, kerjanya tip top! Walaupun banyak tanya, soalan dia semua bernas-bernas dan kadang kala berada di luar kapasiti akal fikirannya sendiri. Dan semestinya cepat pick up! Ajar sekali terus boleh proses. Jarang jumpa orang perempuan macam gitu.
            Erk... macam terlebih puji je Ajak oit.. Dah tidur.. Tak payah difikirkan budak kecik tu lagi.
***
“Selamat pagi Encik Zack!” Suara ceria Eryna meriah memecahkan kesunyian di pantri. Hampir-hampir sahaja Razak tersedak.
            “Selamat pagi...”
            “Encik Zack makan apa pagi ni?” Tanpa meminta kebenaran, Eryna mendapatkan tempat di sebelah Encik Razak. Bekalnya diletakkan di atas meja.
            “Mee Hun Goreng.” Jawab Razak pendek.
            “Wah... sedapnya.. Mak encik masak ke?” Razak hanya menjawab soalan Eryna dengan anggukkan dan kembali menyuap makanan.
            “Eh... yang bulat-bulat tu apa?” Tanya Eryna pabila dia skodeng bekas bekalan Encik Zack. Macam kenal jeh!
            “Erk... bergedel..”
            Rahang Eryna terus terjatuh. “Bergedel? Weh, faveret saya tuh! Nak rasa satu boleh?” Tanpa menunggu persetujuan Encik Razak, terus Eryna menyambar satu bergedel di dalam bekas makanan Encik Razak.
            “Hei... tak malunya ambik makanan orang!” Spontan, suara Razak sedikit kuat hingga memeranjatkan Eryna yang sedang mengunyah makanan.
            “Erk... Sorry... Excited sangat tadi. Nah, ambiklah balik...” Bergedel yang sudah digigit itu disua kembali kepada Encik Razak.
            Razak garu kepala? Perlu ke nak pulang balik? Budak kecik nih... ishhh... Sebab fikirkan Eryna semalam, dia terlewat bangun hari ini hingga tak sempat nak bersarapan di rumah. Biasanya dia jarang jugak makan pagi tapi pabila melihat emaknya ada menyediakan bergedel, memang terbuka seleranya. Sebabkan dah lewat, dia terpaksa bawak bekal. Dan tiba-tiba bergedelnya dicuri oleh Eryna!
            “Tak apa.. makanlah...” Tolak Razak. Kerja gila kalau ambik balik.
            Tanpa menghiraukan Razak, dia kembali menguyah bergedel itu. Kenapa sedap sangat bergedel ni? Sedapnya terasa lain macam. Anak mata mula mengerling ke arah bekas makanan Encik Razak. Ada dua lagi bergedel di dalam tupperware tersebut.
            Eryna pandang Encik Razak sambil tersengih.
            “Kenapa?”
            “Sedaplah... rasa sedap yang luar biasa. Mak encik buat ke?”
            Razak mengangguk. Ya, dia sendiri pun tak pernah jumpa kesedapan bergedel di mana-mana selain dari air tangan ibunya.
            “Hmm....” Eryna sedikit berjeda.
            “Kenapa?”
            “Nak satu lagi boleh?” Tak pedulilah Encik Zack nak cakap apa pun, yang penting dia memang nak jugak. Sedap wehh... tak boleh dilepaskan begitu sahaja.
            “Tak boleh!” Keras suara Razak. Budak kecik nih... memang tak malu!
            “Ala ala ala... bolehlah....” Rayu Eryna sambil buat suara manja. Biasanya ayah akan layu kalau dengar suaranya yang versi begini. Harap Encik Zack pun macam tulah. Pabila tidak mendapat sebarang respon, Eryna cuba buat offer. “Kita tukar bekal ya... Saya ada buat cekodok!” Bekas bekalnya dibuka dan diletakkan di depan Encik Razak.
            “Cekodok awak mana sama dengan makanan saya..”
            Eryna buat muka hampa bin kesian. Serba salah Razak dibuatnya. Ialah, tak kan nak bertekak dengan budak kecik pasal bergedel ni. Itu pun tak boleh mengalah ke?
            “Ialah... ambil satu.” Bekas makanan ditolak ke hadapan Eryna.
            “Yeaaa... sayang Encik Zack!” Eryna tayang muka bahagia. Laju tangannya mencekau bergedil itu dan disua ke mulutnya.
            Razak menyembunyikan senyum. ‘Sayang Encik Zack!’ Budak ni memang hati kering sungguh! Sesuka hati je mengungkapkan ayat sayang itu pada penyelia sendiri.
            “Hei, Encik Zack pandai senyumlah...” Tegur Eryna yang perasan senyuman yang cuba dikawal oleh Encik Zack. Jangan nak curi-curi senyumlah. Mata helang ini tangkas menangkapnya.
            “Lah... macamlah sebelum ni saya tak pernah senyum.” Tebak Razak sambil menarik senyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.
            Nampaknya lelaki ini sudah pandai bermain dengan kata-kata. Makin mesra dan mesti seronok kalau setiap hari Encik Zack sporting macam gini. Rasa hati mula hendak mengusik.
            “Hmm, pernah tak ada orang beritahu Encik Zack?”
            “Beritahu apa?” Tanya Razak tidak mengerti letak duduk soalan Eryna.
            “Yang gigi Encik Zack putih gila....”
            Budak kecik nih... itu pun nak tegur ke? Buat Razak malu jeh. Terus dia ketap bibir simpan gigi. Tapi dalam hati... tersenyum panjang.
***
            Mereka yang terlibat dalam dengan tender yang melibatkan projek Syarikat Tekun Maju diminta hadir ke mesyuarat. Razak tarik nafas berat. Terasa berat jiwa nak melangkah ke bilik mesyuarat bila jam sudah menunjukkan angka tiga petang.
            Dia pun ada angin malas.
            Dia pun ada angin tak best.
            “Eryna, come join us…” Ajak Encik Nazreen pabila lalu di hadapan meja anak saudaranya itu.
            “Eh, boleh ke? Tadi saya tanya Encik Zack, dia kata tak payah?” Sempat anak mata menjeling ke arah Razak baru keluar dari biliknya itu.
            “Tak apa. Kutip pengalaman…” Jawab Encik Nazreen sambil tersenyum.
            “Baik Encik Nazreen….” Eryna mula menyambut buku notanya dan terus menyoroti langkah pak longnya itu.
            Razak kerut dahi. Dia perasan sesuatu. Encik Nazreen bukan main baik lagi dengan Eryna. Selama ini mana pernah Encik Nazreen mengajak mana-mana trainee masuk mesyuarat sekali? Ada yang tak kena nih! Derang ni ada skandal ke apa?
            ‘Hmm.. Kalau betul ada skandal pun, kau kisah apa Ajak oit? Ikut suka deranglah!’ Monolog hatinya.
            ‘Ish.. mana boleh! Encik Nazreen kan dah kahwin. Bini dia sikit punya cantik lagi.’ Bidas si akal.
            ‘Entah-entah kau cemburu tak?’ Okay… bisikan hatinya kali ini memang tak boleh pakai.
            ‘Kenapa aku perlu cemburu? Perempuan banyak cakap bukan taste aku ya…’ Laju akal melarikan perasaan.
            Razak masih tercegat di situ. Tidak berganjak sedikit pun.
            “Encik Zack.. Eh… Encik Razak, Encik Nazreen panggil masuk meeting.” Terlalu terikut dengan Eryna hingga tersasul memanggil Ketua Drafter itu dengan nama timangan itu.
            “Oh…” Laju dia menapak ke bilik meeting. Masuk-masuk sahaja, hanya tempat di sebelah Eryna yang masih kosong. Terus dia mendaratkan punggung disitu walaupun dia terlalu berharap agar tidak duduk berdekatan gadis itu.
            “Encik Zack… cun kan port yang saya pilih untuk Encik.. So, kalau Encik nak tidur, saya boleh cover!” Bisik Eryna perlahan sambil buat muka bangga.
            “Thanks but no thanks sebab saya tak tidur dalam meeting.”
            Eryna mencebik! Membongak betul Encik Zack ni. Pabila mesyuarat bermula, semua orang mengambil posisi masing-masing. Eryna yang sememangnya tidak terlibat dengan apa-apa mula melukis wajah kartun di buku notanya. Buat hilang bosan.
            Razak yang tadinya celik mata, mula rasa kuyu dan layu. Kenapa mata berat semacam ni? Tangan yang sedari diletakkan di atas meja, mula dipanggung ke kepala. Bosan sebab dia hanya perlu melihat perbentangan dari kontraktor yang berkolaborasi dengan syarikatnya.
            Buk! Tanpa sedar tangannya tertepuk meja. Bulat matanya pabila semua mata terarah kepadanya. Ah sudah….
            “Ish… dalam bilik mesyuarat pun ada nyamuk kan?” Cover Eryna pabila melihat Encik Zack tidak bercadang untuk memberikan sebarang jawapan.
            “Tak ada apa. Just nyamuk.. sila sambung present…” Arah Eryna sambil wajahnya merekah dengan senyuman. Tak ada sedikit pun riak bersalah.
            Razak tarik nafas. Fuh! Lega sebab Eryna sempat cover dirinya. Tapi agak-agaklah sikit kalau nak gebang pun. Nyamuk jugak yang dijadikan bahan belasahan.
            Sekeping nota ditolak di hadapan Encik Zack. Terus Razak membaca tulisan kecil yang kemas itu.
            Say thanks to me.. tapi eh..  kata tak tidur tengah meeting… kehkeh.. =p
            Tebal rasanya muka Razak tatkala membaca bait kata-kata itu. Pen yang berada di jemari terus dilarikan di atas nota itu. Membalas…
            Thanks.. tapi kenapa nyamuk? Bagilah idea logik sikit… ish…
            Nota terus diserahkan kepada Eryna. Okay, at least balas nota macam gini tak adalah membuatnya mengantuk sangat.
            Kalau ikutkan tadi saya nak jawab… encik Zack berzikir tadi. Tapi risau kalau hebohkan kebaikan, pahala akan berkurang. Ya dak?
            Razak ketap bibir membaca bait kata-kata Eryna itu. Memang kaki buli. Dekat sekolah dulu mesti selalu buli orang! Aish.. Akhirnya Razak diam. Malas hendak membalas.
            Upah mana?
            Melihat Razak yang mendiamkan diri, Eryna menghulurkan sekeping nota lagi.
            Tak baik main rasuah…
            Eryna simpan tawa. Adoii… boleh tahan jugak tahap geliga otak Encik Zack ini.
            No doubt! Nak jugak! (sambil hentak-hentak kaki gaya manja gitu..)
            Razak tersengih membaca nota kecil itu. Sungguh, sepanjang lima tahun dia berkerja, inilah kali pertama dia langsung tidak mampu member fokus pada agenda mesyuarat. Hilang mengantuk, terpaksa pulak berhadapan dengan budak kecik ini.
            Awak nak apa?
            Dilayankan jugak untuk menghilangkan kantuk. Erk… ke untuk menghilangkan resah? Dah kenapa nak resah pulak?
            Nak bergedel istimewa buatan mak encik… plez plez.. (sambil lap air liur leleh..)
            Razak geleng kepala. Sungguh tahap tak senonoh betul budak kecik nih.
            Okay…
            Rasa macam tak puas hati pulak menangkap jawapan yang sepatah itu.
            Eh… extra permintaan, nak resepi sekali ya…
            Tiba-tiba ada rasa nakal untuk mengenakan Eryna pulak. Laju Razak membalas.
            Banyak cantik…
            Eryna gigit bibir. Encik Zack ni memang diam-diam ubi berisi sungguh. Nampaknya tahap pemalu Encik Zack hilang sedikit demi sedikit. Mungkin dia nak kena serasi dulu baru tunjuk taring gamaknya.
            Walaupun muka saya ni satu je.. Tapi cantiknya memang banyak! Tak caya cubalah kira.
            Sejurus selepas membaca nota Eryna, Razak berhenti membalas.
            Satu… sebab kertas nota itu sudah kehabisan ruang.
            Dua...  Mesyuarat telah bersurai. Terasa sekejap pabila melayan karenah Eryna.
            Tiga... sebab malas nak layan sikap perasan tahap dewa Eryna tu.
            Walaupun Eryna memang comel tapi biarlah disimpan pujian itu dalam hati sahaja. Lalu Razak bangun meninggalkan Eryna yang nyata sedang terpinga-pinga tidak berpuas hati.
***
            Eryna merenung skrin komputer. Berhati-hati tika melakukan sistem autocad. Kena letakkan focus dua ratus lima puluh juta peratus.
            Namun cabaran pelukis pelan senibina bukanlah pada kerja-kerja melukis tetapi cabaran berhadapan dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti majlis pembandaran untuk mendapatkan kelulusan pelan. Itu yang Encik Zack pernah pesan.
            Heh… Eryna tarik balik kata-kata yang menuduh Encik Zack seorang yang pendiam. Sebab tika melakukan pembentangan kelmarin bersama pihak Majlis Pembandaran, ulasan dan hujah Encik Zack sungguh tepat dan bernas.  Sampai ternganga Eryna dibuatnya.
            “Eryn… Encik Razak ada?” Satu suara membuatkan perhatian Eryna teralih.
            “Eh.. Kak Salina. Encik Zack ada tadi.. Entah ke mana pulak dia menghilang.” Kepala Eryna ikut tertoleh ke kiri dan kanan. Mencari bayang Encik Zack.
            “Oh.. tak apalah..”
            “Ada apa-apa nak pesan ke?” Tanya Eryna ramah.
            Salina garu kepala. Tak tahu sama ada dia boleh percayakan Eryna ataupun tidak. Sejak dua tiga menjak ini dia memang perasan akan hubungan baik antara Eryna dan Razak. Siap boleh makan bersama lagi. Derang berdua ni ada apa-apa hubungan ke?
            “Erk…”
            “Nak bagi makanan tu dekat Encik Zack ya?” Tebak Eryna laju. Melihat air muka Salina itu, dia sudah dapat membacanya.
            “Aah… dia suka kuih ni. Masa jamuan bulan lepas sampai berbungkus bawak balik rumah kuih lepat pisang ni.” Jelas Salina teruja. Terlupa yang dia sedang berhadapan dengan Eryna.
            “Aah… memang dia suka pun.” Ujar Eryna yakin. “Hmm, apa kata tinggalkan dekat saya. Nanti saya bagi dekat Encik Zack ya..” Tawar Eryna ikhlas.
            Salina tayang muka tak pasti. ‘Betul ke Eryna nak tolong? Siapa tahu kalau dia nak sabotaj aku ke?’ Oh… fikiran buruk mula menguasi fikiran.
            “Jangan risau Kak Salina. Akak boleh letak note kat atas tupperware tu. Nanti Encik Zack tahulah yang kuih tu dari akak.”
            Salina sengih pelan-pelan. Menyesal pulak berfikiran negatif tentang Eryna sedangkan dia baik-baik sahaja.
            “Okay… Awak letakkan atas meja Razak ya.” Dengan hati yang penuh berdebar, Salina menghulurkan Tupperware itu kepada Eryna.
            “Saya akan laksanakan amanah ini sekarang jugak… Tadi kak Salina sempat tak jampi-jampi. Heh, mana tahu nanti Encik Zack terpikat ke..” Sengaja dia berseloroh. Tidak mahu hubungannya dengan Salina Nampak kekok. Lagipun dia perasan yang Kak Salina kengkadang menjeling dan mengerling pabila dia berada di sisi Encik Zack.
            “Ish Eryn ni.. Ke situ pulak! Nanti apa-apa hal beritahu akak ya.” Oh, berharap benar yang air tangannya mampu memikat hati Razak. Dia bukanlah gadis yang urban sampai berani mengurat lelaki. Dia hanya membuka langkah mencari jodohnya.
            Masuk sahaja Encik Zack ke biliknya, terus Eryna datang menyerbu.
            “Encik pergi mana tadi?”
            “Jumpa Encik Nazreen.. ada orang cari ke?” Sambil menyelak pelan lukisan, Razak menghulurkan pertanyaan.
            “Ada.. dia bawak utusan.” Eryna sudah tersengih.
            “Utusan?”
            Bekas Tupperware itu mula ditolak ke hadapan Encik Zack. “Ada orang kirim makanan berbau cinta..” Gurau Eryna sambil tersengih-sengih.
            “Siapa bagi?” Walaupun secara tak pasti, tapi Razak sudah mula mengangak.
            “Buah hati bagi…”
            Razak mendengus perlahan kemudian menolak bekas makanan ke tepi. Bimbang mengotori kertas lakaran yang sudah siap dicetak.
            “Kak Salina yang bagi tadi...” Jelas Eryna sambil menanti respon yang mengujakan dari Encik Zack. Tapi macam biasalah kan... mamat depan dia ni mana ada riak. Buat derk jeh! Eryna mencuba lagi.
            “Encik…apa pendapat encik tentang Kak Salina?” Eryna dah mula nak korek rahsia pabila melihat muka Encik Zack yang serius itu.
            Diam lagi. Langsung tak ada respon.
            “Encik… saya tanya ni?” Gesa Eryna geram. Encik Zack ni memang suka ikut kepala sendiri. ‘Dia tak Nampak ke aku sungguh-sungguh nak tahu nih?’
            “Awak dah print pelan yang saya suruh tu?” Razak sengaja tukar topik. Dia berharap sangat yang Eryna akan penat bercakap. At least untuk satu minit.
            “Dah… Lima set semuanya. Satu set cetakan linen dan empat set cetakan kertas.” Janganlah tanya pasal kerja sebab kerjanya memang sentiasa tiptop.
            “Dah dapatkan sign daripada Encik Nazreen.” Mulut bertanya namun mata ralit merenung pelan dihadapannya.
            “Dah Encik Zack. Saya pun dah lipat satu persatu. Semua dah siap.”
            Razak ketap bibir. Kenapa effisen sangat budak kecik ni buat kerja?
            “Encik Zack tak jawab lagi soalan saya tadi… “ Gesa Eryna tak kenal erti kalah.
            Razak tarik nafas. Tak rela membenarkan diri dibuli begitu sahaja. “Saya akan jawab soalan awak kalau awak dapat jawab soalan saya. Sanggup?”
            Eryna mengangguk dengan penuh kesungguhan. “Sangup!”
            “Okay.. selain dari Jabatan Kawalan Bangunan, jabatan apa lagi yang terlibat dalam proses kelulusan pelan? Bagi sepuluh jabatan satu minit dari sekarang!” Razak sengih dalam hati. Rasanya soalan ini tak cukup senang untuk Eryna menjawab.
            “Hah, sepuluh? Manalah saya ingat semua… Bagi extra masa sikitlah.. seminit mana cukup…” Protes Eryna tak puas hati.
            “Sepuluh saat sudah berlalu…” Dengan muka kering Razak bersuara.
            Eryna dah gelabah! Erk.. apa ya? Fikir otak.. fikir…
            Sekarang giliran Razak pula yang tersenyum dalam hati. Ada hati nak kenakan orang. Melihat wajah itu gelabah tika mencari jawapan, mengundang tawa di hati Razak. Tapi kalau betul Eryna boleh jawab, memang dia kena letak jawatanlah… heh..
***
            Eryna panas punggung. Geram kerana berulang kali mesej yang diberi kepada Encik Zack langsung tak dibalas. iPhonenya terus dicampak ke atas katil. Buku sketch dicapai namun mood untuk melukis langsung hilang.
            “Yang kau ni dah  kenapa? Cacing kepanasan pun tak macam kau wehh.. Masalah dunia apa yang kau tengah pikul tuh? Kalau berat sangat, meh kita kongsi sesama…?” Tegur Nadiah yang melepak di rumah Eryna pada malam minggu ini.
            “Aku mesej Encik Zack dia tak balas..” Rungut Eryna geram.
            “Lah… sejak bila hati kau vibrate? Sejak bila korang declare…” Usik Nadiah. Ingat pasal apalah tadi.
            “Hei, ini tak ada kena mengena dengan vibrate or declare okay. Aku tengah tuntut hutang dengan dia nih…” Iphone kembali dicapai. Namun sepatah haram tak ada mesej balas yang ditunggu-tunggu dari tadi. Ke telefonnya ini ada masalah?
            “Hutang? Amboih… kau kemain nasihatkan aku. Jangan bagi pinjam duit dekat lelaki yang kita tak biasa. Tapi aku tengok kau pulak lelebih kan… Berapa banyak dia hutang kau? Dah lah bagi pinjam tak bincang dengan aku dulu!”
            Ini yang Nadiah nak marah ni. Dari berbaring, terus dia duduk bercekak pinggang.
            “Grrrr… kau ingat Encik Zack tu sengkek sangat ke sampai nak kena berhutang dengan aku hah? Dia hutang aku resepi bergedellah…” Kawannya yang seorang ini memang suka mencipta kontroversilah. Dia tak habis terang lagi, sibuk nak menyerang!
            “Oh…”
            Malas melayan Eryna, Nadiah kembali mengadap komputer ribanya. Melayan si mamat online yang sedang online.
            “Weh, sudah-sudahlah chating dengan mamat yang kau tak kenal tu.”
            “Ini namanya cinta jarak jauh okay. Kami suka sama suka dengan ikhlas. Tanpa melibatkan faktor fizikal.” Wah Nadiah, ayatnya nak mengancam je. Ingat hati Eryna terancam ke?
            “Tapi kau pasti ke tu betul-betul lelaki? Entah-entah perempuan ke… Lesbian ke… Kalau betul dia berani, suruh dia turun Kuantan. Kita kaji selidik dia. Habis praktikal ni korang boleh terus kahwin.” Cabar Eryna geram.
            “Lah… apa perempuan pulak? Kan dia dah bagi gambar hari tu…” Nadiah cuba mengingatkan Eryna kembali.
            “Memanglah… tapi mana tahu tu bukan gambar dia?” Duga Eryna sampai terangkat kedua belah keningnya. Sengaja menakutkan Nadiah.
            “Okay…kau cabar dia suruh turun Kuantan minggu depan. Tengok apa jawapan dia?” Arah Eryna laju.
            “Perlu ke?”
            “Perlulah… kata lautan api sanggup kuredahi…Inikan pulak Kuala Lumpur dan Kuantan. Celah gigi je tuhhh..”
            “Hmm… tak mahulah. Aku dengan dia seronok macam ni. Lagipun, jumpa-jumpa tu tak baik okay!”
            Eryna garu kepala. “Kau tak takut kecewa? Tiba-tiba nanti dia hilang macam tu je…Cinta dah macam nak rak!” Sengaja Eryna terkam dengan ayat seram.
            Tapi.. Nadiah boleh ketawa!
            “Eryn wehh… kenapa nak kecewa? Allah kan ada… Kalau ada jodoh, tak ke mana. Tapi kalau dah tak ada jodoh, kau pusing macam mana pun… memang tak adalah.” Jawab Nadiah sambil tidak beralih memandang skrin laptop.
            Eryna garu kepala. Apa-apalah… Malas nak semakkan otak dia semula. Nak buat apa ya? Iphone kembali dicapai kemudian nombor pak longnya didial.
            Sesudah salam, laju Eryna menerpa dengan soalan. “Pak long, pak long tahu tak rumah Encik Zack dekat mana?”
            Encik Nazreen yang berada di hujung talian mula mengerutkan dahinya. “Kenapa Eryn nak tahu?”
            “Eryn nak masuk meminang Encik Zack!” Entah kenapa, spontan ayat itu keluar dari mulut Eryna.
***
            Sudah berbelas kali dia kembali menilik peta yang direka oleh pak longnya. Mudah je nak cari rumah Encik Zack ni sebab kawasan perumahan ni berdekatan dengan rumah Tok daddynya.
            Setelah mengenal pasti rumah yang betul, Eryna mula turun dari kereta sambil menilaukan kepala di depan pintu rumah. Teringat pulak gurauannya bersama pak long semalam.
            “Eryn ni biar betul?”
            “Ish…memanglah tak betul. Tak kan lah Eryn tak malu sangat nak meminang anak teruna orang pak long oit..” Ujar Eryna sambil mengekek ketawa.
            “Kamu ni Eryn…” Pak long dah mula nak membebel. Tapi laju Eryna menukar topik.
            “Eryn ada barang nak kasi… Sebab itu saje nak tahu rumah dia kat mana.” Sengaja diringkaskan cerita. Karang banyak soal pulak pak longnya itu.
            “Pak long manalah ingat alamat Eryn oit.. Tapi pak long pernahlah pergi rumah dia. Hmm, nanti pak long buat peta then hantar kat wassup Eryn ya..”
            Okay, senang je bercakap dengan pak long. Al-maklum orang business kena berfikir tangkas. Sebab itulah syarikat pak long maju jaya.
            Eryna mula melaungkan salam. Senyap! Baru sahaja dia berkira-kira hendak menjerit sekali lagi, seorang wanita separuh abad mula mampir ke pagar rumah.
            “Anak ni cari siapa?” Tanya Hajah Sumaiyah pelik.
            “Erk… saya cari Encik Zack.” Jawab Eryna yakin. Dia mula bersalam dengan wanita di hadapannya. Ibu Encik Zack gamaknya.
            “Encik Zack? Kat sini tak ada orang nama Zack… Kalau ada pun pak cik Zaki, tapi dia lorong belakanglah.”
            Laju Eryna tepuk dahi. Apalah ke bengong sangat dia ni? Mestilah orang tak kenal sebab dia seorang je yang panggil Encik Zack. “Erk… maksud saya.. Razak. Ini rumah Encik Razak kan?”
            “Ohh... Razak..  Razak tu anak mak cik. Anak ni siapa? Kenapa cari dia?” Hajah Sumaiyah sudah pelik sendiri.
            “Oh mak cik ni mak dia ya… Saya kawan Encik Razak.”
            Membulat mata Hajah Sumaiyah menangkap perkataan kawan itu. Selama ini kawan lelaki pun payah nak datang menjenguk ke rumah. Inikan pulak perempuan. Tak pernah-pernah.
            “Kawan Ajak? Eh.. masuklah…” Tiba-tiba dia pulak yang naik gabra. Ini calon menantu dia ke? Ish… berani pulak si Ajak tu mengurat perempuan cantik macam gini? Nampak pun bukan calang-calang perempuan bila memandu BMW.
            Baru selangkah Eryna ke depan, satu suara mula menyeru namanya.
            “Eryn…”
            Eryna berpaling. Encik Zack! Oh… Nampak katang gila dengan t-shirt putih dan tuala kecil di bahu. Peluh-peluh renik itu menampakkan kemachoannya.  Baru lepas berjogging gamaknya.
            Habit suka menganalisa perangai orang tak pernah hilang!
            “Awak buat apa kat sini?” Terkejut? Gila tak… dari tadi dia pelik melihat kereta mewah yang terpakir di rumahnya ini. Sangkanya tetamu emak tapi rupa-rupanya Eryna! Masak.. masak… Sampai ke sini dia kejar resepi bergedel itu?
            “Saya call Encik Zack tak angkat.. saya mesej Encik tak balas. Jadi saya datanglah rumah encik terus. So, encik tak ada alasan nak mengelak lagi kan?” Bidas Eryna geram. Hah, sekarang baru tahu gelabah?
            Muka Encik Zack memang Nampak sangatlah tergamam!
            Anak mata dialih pada ibu Encik Zack pulak. “Mak cik… Maaf ganggu hujung minggu mak cik. Saya sebenarnya nak mintak resepi. Resepi bergedel.. Saya minta dekat anak mak cik, dia asyik berdalih je. Jadi sebab itu saya datang terus ke sini…” Jelas Eryna satu persatu.
            “Oh… nak minta resepi. Boleh je.. Tapi alang kepalang dah ada sini, baik mak cik tunjuk terus cara-caranya.” Hatinya suka dengan perilaku gadis ini. Nampak tegas dan berani.
            “Eh, tak menyusahkan ke?”  Okay, dia tak harap pun yang layanan emak Encik Zack akan sebaik ini.
            “Taklah… Kita buat sama-sama lepas tu kita makanlah sama-sama. Jom ke dapur..” Masak kali ini mesti seronok sebab dapat memasak bersama bakal menantu. Eh… Ialah, ingat senang ke anak dara zaman sekarang nak menjelajah dapur? Tengok anak dara sendiri sudahlah… yang tu memang liat!
            “Mak…” Razak ingin menahan tapi dia tak ada idea nak membidas. Lagipun idea kecemasan sememangnya tak pernah sebati dalam hidupnya.
            “Apa? Mak nak masuk dulu sebab nak tengok bahan-bahan ada tak. Kalau tak ada Ajak pergi beli kejap dekat supermarket depan tu..” Laju Hajah Sumayyah meninggalkan mereka berdua.
            Kali ini pandangan mata Razak terhala ke arah Eryna.
            “Apa helah awak sebenarnya?”
            “Helah? Ish.. saya bukan Ziana Zain yang pandai madah berhelah ni Encik Zack… Saya Eryna Fasihah yang cantik dan fasih berkata-kata.” Tengok tu, ada je jawapan dia nak lastik kesabaran Razak.
            Razak lepaskan nafas. Memang cantik… dan memang betul-betul fasih berkata-kata. “Orang patut panggil awak Fasihah…” Komen Razak lalu masuk ke dalam rumahnya. Tak puas hati kerana Eryna menganggu hari cutinya. Tak cukup-cukup ke gadis ini bawa kecoh di pejabat?
            “Tak apa.. saya boleh tolong reserved kan nama tu untuk Encik Zack. Lepas ni Encik Zack panggil saya Fasihahlah…”
            Sambil berjalan Razak menyoal. “Kenapa saya perlu ikut cakap awak pulak?”
            “Sebab… Encik Zack kan bagi keistimewaan untuk saya panggil encik, Encik Zack. Jadi saya pun berilah keistimewaan pada Encik Zack untuk panggil saya Fasihah. Lagipun memang tak ada orang panggil saya nama tu. Rasa macam membazir pulak ibu dan ayah saya payah-payah letak kan... buat habis space surat beranak dengan IC jeh kan...”
            Razak berhenti serta merta. Hampir sahaja belakang badannya dilanggar oleh Eryna. Pelahan-lahan dia berkalih.
            “Buat pengetahuan awak, saya tak pernah bagi keistimewaan untuk awak panggil saya Encik Zack.” Suaranya sengaja diseriuskan. Sengaja nak bagi Eryna sentap!
            Eryna sengih. “Tak payah susah-susah bagi hak keistimewaan sebab saya sendiri dah rasa saya ni istimewa. So, ikut suka sayalah kan…”
            Razak mendengus! ‘Stop it Razak. Berbalah dengan budak kecik ni, kau memang tak akan pernah menang!’ Kaki dibawa ke arah tangga. Badan yang melekit ini perlu disegarkan.
            “Encik Zack nak pergi mana tu?” Suara tu seperti taufan yang buat hati Razak haru biru dipukul gelombang.
            “Nak pergi mandilah.. kenapa? Awak nak ikut ke?” Tak pernah dia rasa terikat di dalam rumah sendiri.
            “Nak… jom ah sekali.” Ujar Eryna sambil kenyit mata.
            Ah gawat! Terus Razak berpusing, tolonglah… kenapa ada perempuan selamba macam gini dalam dunia?
***
            Eryna membantu Hajah Sumayyah melenyek kentang yang baru sudah siap direbus. Oh, seronok dapat menimba pengalaman baru. Selama ini, dia memang tak pernah buat sendiri. Ibu pun jarang menyediakan bergedel ini.
            “Selalu ke Eryn masak?” Sekadar berbual untuk menghilang sepi.
            “Hmm.. tak lah selalu. Tapi biasanya sarapan pagi Eryn yang sediakan. Tengah hari ibu dan malam kami masak sama-sama.”
            “Bagusnya.. Zaman sekarang ni, mana senang nak jumpa perempuan yang selalu masuk dapur.” Puji Hajah Sumayyah girang.
            “Masuk je dapur.. Tapi masak kena belek resepi lagi mak cik. Lagipun dulu masa Eryn kecik, ibu sakit.. so dari situ Eryn dah kena belajar berdikari. Ayah kata, kami kena sama-sama kurangkan beban ibu. So, Eryn banyak belajar masak dengan ayahlah...”
            Sejuk hati Hajah Sumayyah mendengarnya. Oh, dia yang perempuan tua pun dah jatuh hati dengan Eryna. Sopan santunya... manisnya... wajahnya... Razak tu tak ada perasaan ke apa? Ke dia tak sukakan perempuan? Oh.. itu lagi haru. Nauzubillah!
            “Sekarang ibu dah sihat?”
            “Ibu memang sihat.. tapi still kena makan ubat. Sakit ibu tu kena bergantung pada ubat untuk seumur hidup dia.”
            Kagum Eryna dengan keramahan emak Encik Zack. Kalau nak diharapkan anaknya itu, memang hampeh! Tapi sejak akhir-akhir ini, Encik Zack dah mula tunjuk kesan positif. At least ada jugak bunyinya walaupun kadang kala menyakitkan hati.
            “Ibu Eryn sakit apa? Macam teruk je bunyinya?”
            “SLE... mak cik pernah dengar ke? Dulu sakit ibu teruk jugak.. Tapi sekarang dah okay cuma memang kena bergantung dengan ubat...”
            Hajah Sumayyah menganggukkan kepalanya. Tak pernah dengarlah pulak.
            Razak yang baru turun itu mencuri dengar. Dia tak tahu pun pasal sejarah silam Eryna. Dan dia akui...dia memang tak pernah nak ambil tahu hal sesiapa pun disekelilingnya. Dunianya hanya melukis pelan.. lepas tu balik tidur. Entah, dia dah biasa begini dari kecil.
            “Hah, dah siap lenyek kentang dah?”
            “Dah mak cik...”
            “Sebenarnya dalam buat bergedel ni, tak ada rahsia pun. Resepi dia sama je dengan resepi orang lain. Yang penting kena ikhlas dan buat dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah orang yang makan tu akan rasa kesedapannya.”
            Eryna menganggukkan kepalanya. Ya, ibu pun pernah cakap macam gitu. Nak masak tak boleh marah-marah. Tak boleh masam-masam sebab si tukang makan akan turut merasai emosi kita.
            Mata Eryna ralit melihat Hajah Sumayyah yang laju mencampurkan daging kisar, ketang yang sudah dilenyet, daun bawang, daun sup, jintan manis yang telah dikisar, lada sulah, sebiji telur dan garam secukupnya di dalam satu bekas.
            “Mak cik, saya nak gaul ya...” Tawar Eryna sambil terus mencapai bekas makanan tersebut.
            Telefon yang berdering di ruang telefon membuatkan Hajah Sumayyah keluar dari dapur. Eryna pula ralit menggaul bergedel dengan penuh teruja. Al-maklum ini kali pertama dia buat sendiri. Selama ini main order jeh!
            Selesai mengaul adunan, sebiji telur dipecahkan di dalam mangkuk kecil dan dipukul perlahan. Kuali diletakkan di atas dapur. Api dipasang. Minyak dituang ke dalam kuali.
            Adunan tadi mula dibentuk menjadi bulat dan dileperkan kemudian dicelup ke dalam telur sebelum meletakkannya di dalam  kuali. Diulang kembali kerjanya.
            Dari kejauhan Razak melihat dengan penuh ketekunan. Kagum memang ada. Gigih betul si gadis mencari resepi untuk membuat bergedel. Padahal kalau bukak google kan senang.
            “Eh Encik Zack... kenapa skodeng saya tu? Marilah sini.. Jangan malu.. Inikan rumah Encik Zack!” Teguran itu membuatkan rahang Razak terjatuh. Erkk... macam mana dia boleh perasan? Mata helang betullah.
            Perlahan Razak menapak. Malu pula disergah begitu rupa. Namun melihat wajah Eryna yang comot itu membuatkan Razak ketawa kecil. Tak senonoh.
            “Peliklah encik.. Encik ni betul ke anak mak cik? Ke encik ni anak angkat?” Okay, soalan membunuh itu membuatkan Razak terkesima.
            Berkerut dahi Razak.
            “Erk... saya bukan apa. Sebab mak encik tu bukan main ramah lagi. Tapi encik ni... Hmm, nak kata pemalu memang tak. Tapi tak banyak cakap sangat.. Encik tak boring ke hidup sengsorang macam gini?” Eryna cuba memeriahkan suasana dengan menimbulkan topik perbualan.
            Diam diam diam lagi. Hmm, Eryna dah boleh agak sangat.
            “Encik Zack.. saya tahu encik ada hati dekat Kak Salina kan? Apa kata saya ajar encik ngorat kak salina?” Suara Eryna yang kuat itu membuatkan Razak berpaling serta merta. Matanya mula meredah keadaan sekeliling. Takut si emak mendengar.
            “Apa awak cakap ni Eryn?”
            Heh.. menjadi jugak taktik Eryna nak ajak Encik Zack berbual.
            “Saya cakap, saya nak ajar encik mengurat Kak Salina...” Lagi Encik Zack cuak, makin kuat Eryna mengusik.
            “Siapa cakap saya nak mengurat dia? Dia tu rakan ofis je..” Ish budak kecik ni. Suka sangat layan gosip liar.
            “Kalau sudi, katakan sudi.. tidaklah dia ternanti-nanti..” Bergedel di dalam kuali mula dibalikkan. Mulut tersengih-sengih.
            “Eryn... awak jangan pandai-pandai. Mak saya dengar nanti habis saya.” Razak cuba beri amaran. Tapi takut ke budak kecik ni dengan amarannya?
            “Kenapa takut mak cik dengar pulak? Encik tu dah boleh jadi bapak budak dah pun.. Bolehlah saya tolong mak cik cari menantu. Ya dak?” Kening diangkat berulang kali.
            “Siapa yang boleh jadi bapak budak Eryn?” Muncul Hajah Sumayyah dari pintu dapur.
            Razak menjeling. Berharap agar mulut kepochi Eryna berhenti di scene ini sahaja. Jangan memandai nak timbulkan spekulasi. Budak kecik ni bukan boleh kira.
            Eryna simpan ketawa. Kelakar melihat amaran dari jelingan Encik Zack. Tak nampak garang kecuali comel... Okay serius comel!
            “Tak ada apa mak cik.. borak-borak kosong je dengan Encik Zack... Eh encik, tolong angkatkan bergedel yang ada atas dapur tuh. Karang hangus pulak.” Arah Eryna selamba. Hajah Sumayyah yang mendengar pulak naik pelik. Razak mana pernah menolong di dapur. Hmm, budak berdua ni ada apa-apa ke?
            Sambil tersengih dan melakukan kerjanya, Eryna menjeling ke arah Razak yang sedang mengangkat bergedel. “Boleh ke encik? Hati-hati... karang terkena tangan pulak.” Usik Eryna berani.
            Razak jeling ke arah Eryna. Ingat dia koman sangat ke sampai tak reti angkat bergedel ni. Pabila mata mereka bersatu, laju Eryna kenyit mata kanannya. Razak yang terkejut terus meletakkan bergedel di belakang tangannya sendiri. Bukan di atas pinggan yang tersedia. Terjerit kecil lelaki itu dibuatnya.
            “Aduh...”
            Sungguh Eryna rasa nak ketawa bergolek. Menggelabah betul!
            “Ish... macam mana boleh careless ni Ajak? Adoi.. buat malu je depan Eryn...” Tangan anak terunanya itu dibawa ke singki untuk dibasuh. Susu pekat mula dicurah di belakang tangan Razak untuk menghilangkan bisa pedih terkena minyak.
            Razak gigit bibir. Sabar jelah dengan budak kecik nih. Ada jugak yang digulai budak ini nanti!
***
            Sebenarnya orang pendiam ni banyak jenis. Antaranya pemalu, tak mahu terlibat dengan masalah, memang jenis otak tak berkembang sebab tak tahu nak cakap apa, suka melayan perasaan sendiri atau mungkin jugak tak ada geng sekepala.
            Tapi point yang Eryna nak highligth sangat ialah, bila berkawan dengan orang pendiam ni, mereka sebenarnya mempunyai pemikiran yang    wondrous!
            Macam Encik Zack, walaupun tak banyak cakap tapi kerja dan idea dia tip top. Eryna garu kepala. Kenapa banyak sangat memuji Encik Zack ni? Ish...
            Mata melirik ke kalendar. Seronok sebab esok cuti semperna Hari Wesak. Hmm... nak buat apa ya? Duduk rumah comfirm bosan. Nak ajak Nadiah tengok wayang, minah tu nak balik kampung pulak.
            Razak melalui hadapan Eryna yang sedang nampak terfikir-fikir itu. Namun tanpa mempedulikan Eryna, laju dia masuk ke biliknya.
            Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Bakhtiar dicapai.  “Helo Bak.. Jadi tak esok nak pergi memancing?” Sesudah salam, laju Razak menyerang. Antara banyak kawan-kawannya, dengan Bakhtiar yang paling dia senang. Namun sejak lelaki itu berkahwin, segala aktiviti luar menjadi agak perlahan. Erk... ke tak berkembang terus.
            “Weh sorry.. Bini aku ajak keluarlah esok.”
            Mendengarkan alasan Bakhtiar. Razak mengalah. Orang ada keluarga, memang tak hadap nak melepak dengan member. Nak-nak pulak member  yang tak banyak cakap macam dirinya ini.
            “Okay tak ada hal... Aku boleh pergi seorang je.” Selepas memberi salam, terus Razak memutuskan talian. Dekat rumah tak ada orang jadi boleh jugak tenang-tenangkan perasaan sikit. Lepaskan lelah setelah penat bekerja.
            Jantungnya berdesup pabila menangkap kelibat Eryna yang sedang berdiri di hadapannya. Bila pulak budak kecik ni masuk? Buat hati bertendang sesama sendiri sahaja.
            “Haih... awak tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk ke?”
            Eryna sengih. Sejak akhir-akhir ni Encik Razak dah makin banyak mulut. “Sejak bila Encik Zack pandai membebel ni?” Usik Eryna tak bersalah.
            “Awak nak apa?” Bilalah budak kecik ni nak habis praktikal. Sungguh dia tak boleh hidup aman damai. Dia rindukan ketenangan yang dahulu.
            “Erk... tadi saya dengar Encik Zack nak pergi memancing. Encik nak pergi memancing dekat mana?” Tanya Eryna tanpa berlapik.
            Razak gigit bibir. “Awak curi dengar perbualan saya?”
            “Erk... tak curi dengan sengaja. Saya ter..curi... Lagipun saya memang dah masuk sebelum Encik berborak lagi..” Ada-ada sahaja jawapan kreatif yang keluar.
            “Behave yourself Eryn... Tak semua orang suka perilaku macam tuh.” Amaran pertama tanda tidak berpuas hati dengan sikap bebas Eryna. Budak kecik ni tak tahu tatatertib ke apa?
            Macam biasa. Hanya sengihan yang menutup semua kesalahannya. “Encik Zack tak jawab lagi soalan saya tadi. Encik nak pergi memancing kat mana?”
            “Tanjung Lumpur.” Jawab Razak sambil tangan melarikan tetikus.
            “Nak ikut!”
            Dahi Razak mengerut. Dia tak salah dengar kan? Dan.... Eryna tak salah soalan kan? “Sila jangan salah dengar Eryn.. Saya nak pergi memancing. Hobi yang quite boring..”
            “Ya.. saya tak salah dengar. Saya memang betul-betul nak ikut encik pergi memancing.”
            “Tak boleh!” Tegah Razak.
            “Bagi sepuluh sebab tak boleh?” Protes Eryna tak berpuas hati.
            “Eryn... memancing tak sesuai dengan orang yang suka pot pet pot pet.. Karang, baru je masuk umpan, semua ikan lari dengar suara awak..” Cukuplah satu alasan. Itupun dah cukup kukuh dah.
            “Alah... saya janji saya tak akan banyak cakap.”
            “Sejak kita kenal, awak tak pernah berhenti bercakap Eryn.. Jadi awak ingat saya akan percaya ke?” Sinis betul soalan. Menyengat hati Eryna yang mendengar.
            “Encik cabar saya ke? Okay... saya akan buktikan esok. Percayalah, encik tak akan dengar suara saya...”
            Razak sengih. Menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Eryna rasa terbakar. Ingat dia tak faham ke dengan senyuman sinis itu?
            “Awak tak takut ke?” Suara Razak diseriuskan.
            “Takut apa?”
            “Manalah tahu.. entah-entah saya tak pancing ikan tapi saya pancing awak.” Eryna ni biar betul? Sesuka hati nak ikut lelaki yang tak berapa dikenali. Nak kena ngap ke apa?
            Serentak habisnya ayat Encik Zack, terus Eryna ketawa besar. Ketawa yang langsung tak dibuat-buat. “Encik nak pancing saya? Ikan kecik macam Kak Salina pun tak mampu.. Ada hati nak pancing ikan besar macam saya ni.”
            Razak menggerutu di dalam hati. ‘Ya Allah budak ni... tak ada rasa takut ke apa?’
            “Awak boleh ikut.. Dengan syarat!”
            “Apa syaratnya wahai Tuan Raja...” Suara Eryna dilembutkan. Seperti si pemaisuri yang sedang menakluki hati raja.
            “Bawak seorang mahram. Saya tak nak bertanggungjawab kalau kita kena tangkap basah nanti...”
            Eryna simpul senyum. Sukalah dengan cara Razak protect diri sendiri dan dirinya ini. Lagipun, kalau Encik Zack tak suruh pun, dia memang nak angkut Eshan sekali. Mamat tu suka atau tak, kena pergi jugak!
            “Yes Sir! Arahan delivered!”
***
            Buku yang berada di tangannya dihempas ke meja. Panas je mendengar arahan yang keluar dari Eryna itu. “Malas ah... Kau yang nak pergi memancing, kenapa aku pulak yang kena teman?”
            “Alah... Jom ah ikut.. Kau bukan buat apa-apa pun kat rumah. Lagipun esok ayah dengan ibu pun tak ada. Jom ah teman aku...”
            “Kau tak faham ke yang aku cakap aku malas! Aku nak rehatlah kat rumah.. penat tau study..”
            “Okay.. aku upah kau seratus..” Eryna ketap bibir. Susahlah dapat adik tak sporting ni.
            “Weh, kau ingat aku Elan dengan Ezri ke yang kau boleh rasuah dengan duit?”
            Dari berdiri, Eryna mula mendapatkan tempat di birai katil Eshan. Adiknya yang seorang ini memang tak makan pujuk. Keras kepala pun ada jugak. Ibu cakap, macam perangai dia. Dan Eryna pulak macam perangai si ayah. Sebab itu mereka sekejap bergaduh sekejap berbaik.
            “Habis tu kau nak apa?”
            “Aku nak kau pujuk ayah suruh belikan kereta untuk aku... Kau je yang boleh pujuk ayah.”
            Eryna garu kepala. “Ish... kan ayah cakap, kalau belajar tak cemerlang, macam mana dia nak belikan kau kereta. Dia nak kau dean list dulu baru boleh belikan...” Terang Eryna jelas. Ya, itu memang syarat yang telah diwartakan oleh si ayah kepada semua anak-anaknya.
            “Hotak kau dean list... Bapak susah bongok.” Terbeliak mata Eshan dibuatnya.
            “Okay fine.. Let’s not make this complicated. Kau boleh tolong aku ke tak? Aku akan upah benda yang setimpal dengan kemampuan aku... Bukan selalu aku mintak tolong dengan kau. Laigpun, hari tu aku tolong siapkan assignment kau, aku tak mintak upah pun.” Heh, sengaja hidangkan Eshan dengan ayat kasihan dan pasrah ini.
            “Ish kau ni... aku tak minat memancinglah...” Itu yang sebenarnya. Memancing tak pernah ada dalam kamus hidup dia. Sejak bila hidup kakaknya ada juadah yang membosankan?
            “Tak suruh kau minat pun.. Suruh kau teman jeh... Okay macam gini, masa kita orang memancing, kau pergilan jogging ke.. senaman ke untuk memperkasakan lagi tubuh badan kau yang katang tuh.” Pujuk Eryna lagi. Haih, sudah kehabisan ayat pujuk dah nih.
            “Okay fine... Esok pukul berapa?” Akhirnya Eshan mengalah. Memanglah dia keras dengan akak yang seorang ini tapi kalau si kakak dah meminta, ingat dia sampai hati sangat ke nak tolak.
            “Esok.. sesudah subuh kita bertolak okeh..” Pipi si adik dicubit kuat sebelum keluar dari bilik Eshan. Terdengar jeritan kecil dari dalam. Heh... tak sabar nak tunggu esok!
***
            Eryna memandu kereta hingga ke rumah Encik Zack. Dari rumah Encik Zack, mereka menaiki satu kereta ke pantai Anak Air di Tanjung Lumpur. Eryna sendiri tak pernah dengar nama tempat tersebut walaupun memang sejak azali tinggal di Kuantan.
            “Kenapa lelaki suka memancing eh?” Tanya Eryna sewaktu Encik Zack memulakan pemanduan. Eshan yang duduk di belakang terus tidur. Nampak sangat jiwa tak ikhlas nak kemari.
            “Awak dah janji untuk tak banyak cakap kan?” Smash Encik Razak geram.
            “Alah... kita tak sampai lagi ke kawasan memancing tu. Makanya, boleh lagi kita berbual kan?”
            Razak ketip bibir. Banyak sungguh helah jawapan dari Eryna.
            “Encik Zack, jawablah soalan saya tadi...” Gesa Eryna tidak sabar.
            “Orang lelaki suka memancing sebab memancing ni aktiviti yang hardcore.. Panas, hujan, ribut pun derang boleh tahan. Lagi satu, memancing ni menguji kesabaran... Lepas tu menguji ketahanan. Orang yang tak tahan lasak dan tak tahan sabar, memang tak akan suka aktiviti memancing.”
            Mulut Eryna melopong mendengar jawapan Encik Zack yang gila panjang itu. Pertama kali nih Encik Zack cakap banyak.
            “Encik Zack dah ada improvementlah...” Ini puji.. ini bukan sindiran.
            “Tapi orang yang banyak cakap memang macam cacing kepanasan sebab tak boleh bukak mulut...” Balas Encik Zack pula. Tak nak terus kalah dengan Eryna.
            Eryna ketawa. “Tapi kan.. kalau perempuan involve dengan aktiviti ni, mesti derang lebih hebat dari lelaki. Sebab perempuan memang dah terkenal dengan sikap tahan sabar dan daya tahan mental yang kuat. Kan?” Ulas Eryna pula.
            Razak hanya mendiamkan diri walaupun sedikit sebanyak hatinya memang mengiakan kata-kata Eryna.
            Pemanduan Encik Zack masuk ke satu kawasan simpang. Setelah mendapatkan parking, mereka bertiga turun dari kereta sambil membawa beberapa peralatan untuk memancing.
            Angin sepoi-sepoi bahasa menampar anggota tubuh. Udara terasa nyaman. Redup pagi pun masih terserlah. Memberi teduh dari sebarang kepanasan.
            Razak melihat air pantai. Keadaan air agak kurang bergelombang dan berangin. Air pantai juga tidak terlalu jernih kerana ikan biasanya kurang galak memakan umpan jika air pantai jernih. Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika air sedang pasang penuh. Sebab ketika itu, ikan akan merapat ke pantai.
            Namun waktu yang paling baik untuk memancing ialah ketika selepas solat Maghrib hingga sebelum waktu Subuh kearan ikan lebih efektif pada waktu malam.
            Razak mencapai joran. Umpan udang segar diselit di mata kail. Dia senang menggunakan joran panjang dalam sepuluh kaki. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai dengan dirinya yang suka membuat lontaran lebih jauh.
            Sekelip mata... Joran sudah dibaling ke pantai.
            “Wah....” Kagum Eryna melihat ketangkasan Encik Zack.. Pabila dia pusing ke belakang, si adik sudah berjoging di tepi pantai. Meninggalkan dia bersama Encik Zack.
            “Encik Zack...”
            Secara spontan, terus Razak meletakkan jari terlunjuk di bibir. Mengarahkan budak kecik untuk diam. Haih, kata tak nak bercakap?
            Opps... Eryna gelak kecil pabila menyedari kelemahan diri. Pantas sesuatu dikeluarkan dari beg. Saletip!
            Hampir terkeluar biji mata Razak melihat Eryna menampal mulutnya dengan menggunakan saletip. Okay.. kelakar ada, haru ada, sewel pun ada. Tahap penyakit banyak cakap Eryna memang kronik!
            Telefon bimbit dikeluarkan lalu Razak menekan skrin telefon. Skrin telefon itu pula dibawa ke anak mata Eryna.
            Perlu ke?
            Eryna sengih. Memahami maksud persoalan dari Encik Zack itu. Telefon itu dicapai dan kembali membalas.
            Perlu lah... Nanti encik komplen sy bising..=p
            Pabila tiada sebarang balasan dari Encik Zack, Eryna mula mengeluarkan buku skecth nya. Cantik pemandangan hari ini. Tak terik sangat. Jadi melepak di muara pantai ni memang cun benar.
            Razak menjeling Eryna yang mengadap buku skecthnya itu. Entah apa yang dilukis, Razak pun tak tahu. Kesian pun ada melihat Eryna yang bagai didera. Rasa ringan je mulut nak sebut. ‘Eryn, tak payahlah pakai saletip tuh..’ Tapi terus dimatikan niatnya. Nanti habis semua ikan-ikan lari bertempiaran mendengar suara nyaring Eryna itu.
            Earphone dicapai dan disumbat ke telinga. Melayang lagu-lagu sentimental. Tapi mata rajin menjeling Eryna yang duduk di sebelahnya. Apa yang budak kecik ni buat dari tadi?
            Melukis!
            Cepat, tangkas, kemas... walaupun hanya lukisan menggunakan pensel, tapi tangan itu laju mencoretkan keindahan di hadapan mereka ini. Sungguh tak sangka yang Eryna ada bakat melukis.
            Eryna berkalih ke kanan apabila berasa dirinya diperhati. Namun cepat je Encik Zack kembali memadang ke hadapan. Sekotak air minuman di dalam raga dicapai dan dihulurkan kepada Encik Zack.
            Dicapai lagi sebuah kota. Plastik straw dicarik kemudian disua ke mulutnya. Namun saletip di mulutnya menjadi penghalang. Terdengar tawa halus dari arah sebelah. Menampakkan giginya yang putih bersih.
            Eryna bercekak pinggang. Membuat gaya orang sedang marah. Kemudian dia mengisyaratkan kepada Encik Zack untuk membenarkan dia membuka saletip di mulutnya.
            “Eryn... Saya tak paksa pun awak saletip mulut awak..” Sambil menggelengkan kepala, laju Razak menyisipkan minuman ke bibir.
            Terus saletip di mulut dicabut! Fuh, seksa jugak rupanya.
            “Macam manalah perasaan orang bisu bila tak dapat bercakap kan?” Soal Eryna pada diri sendiri.
            Perhatian mereka mula teralih pabila joran sedikit bergerak ke kiri dan kanan. Yeah, ikan dah makan umpan! Terus Eryna berdiri. Razak pun berdiri sambil menarik ikan tersebut keluar dari air. Dan akhirnya..... Rahang Eryna terus terjatuh.
            “Wahhh....” Walaupun tak besar mana, tapi kalau makan empat orang memang dah kenyang sangat.
            Eryna tepuk tangan sambil meloncat kegirangan. Memancing tak sampai sejam dan mengena. Heh, berkat Encik Zack bawa dia agaknya.
            “Ikan Siakap...”
            Razak senyum. Kenal jugak Eryna ya.. Oh, lupa yang Eryna sering membantu ibunya di dapur. “Hmm, awak reti siang ikan?” Tanya Razak.
            “Tengok tanganlah Encik Zack...kenapa? Encik nak suruh saya siang kat sini ke? Tapi mana ada pisau..”
            Beg sandang yang dibawa dari tadi mula dicapai. Sebuah beg kecil dikeluarkan. Terbuntang Eryna apabila Encik Zack membentangkan pisau dari pelbagai jenis. Dari sekecil-kecil pisau hingga pisau hendak memotong ayam pun ada. Nampak macam cheff pulak.
            “Nah... pergi siang dekat sana.” Sebuah bekas, sebilah pisau diserahkan kepada Eryna.
            “Erk... kejap.. Kenapa tak siang kat rumah je? Bukan kita nak makan kat sini pun...” Tebak Eryna pelik.
            “Kita memang nak makan kat sini. Pergi siang.. Saya nak sediakan tempat bbq. Kejap lagi kita bakar..”
            Sekali lagi rahang Eryna terjatuh. Yeah... Terus dia bangun ke arah satu tempat. Kemudian dia berlari semula ke arah tempat Encik Zack untuk mengambil air mineral. Air mineral itu digunakan untuk membasuh ikan siakap yang sudah disiang.
            Sekembalinya Eryna ke tempat Encik Zack, dia ketawa apabila melihat Encik Zack yang bersungguh-sungguh menghidupkan api sehingga hidungnya hitam terpalit arang. Terus dikeluarkan tisu dari beg sandang dan mengesat kotoran di hidung Razak. Tindakan spontan itu membuatkan Razak terpana lagi. Hati dilambung taufan katrina.
            “Comot betul...” Komen Eryna sambil tersengih.
            Seketika... mereka saling berpandangan. Hati tiba-tiba ditenggelami dengan musim luruh yang mendinginkan sukma.
            “Wah... tak cakap pun nak BBQ kan?” Kemunculan Eshan sedikit sebanyak membuatkan mereka tersentak dan terus mengubah posisi anak mata.
            “Marilah tolong... Jangan nak jadi pak pacak sangat!” Tangan dibawa ke pinggang. Memarahi si adik yang sedang basah dengan peluh.
            “Bang, nak tolong apa ni? Saya tak nak jadi macam orang tu, hanya tolong tengok je..” Sentap Eryna mendengar ayat dari adiknya itu. ‘Dia kata aku tolong tengok je? Nak kena hempuk dia nih..’
            Razak tahan sengih. Padanlah si kakak macam tu. Si adik pun dua kali lima sahaja. “Tolong hidupkan api sekejap... Abang nak perap ikan..” Sejurus selepas itu terus dia berkalih ke tepi sedikit. Eryna pun ikut turut menyibukkan diri.
            Sebuah tupperware sederhana besar dicapai. Beberapa barang keperluan dikeluarkan. Dahi Eryna berkerut. “Kita nak buat apa ni encik?” Tanya Eryna tak pasti. Nak kena sediakan bahan jugak ke? Patutnya bakar jelah atas api nanti.
            “Nak buat Siakap Tomyam Bakar.” Mendengarkan tajuk makanan itupun, Eryna dah kecur liur.
            Razak menggaulkan semua bahan yang telah dikisar semalam bersama dengan pes tomyam dan disalut pada Ikan Siakap. Kemudian ikan tersebut diletakkan di atas aluminium foil.
            “Bahan apa yang dikisar tu?” Tanya Eryna hendak tahu. Selama ini dia main bakar sahaja kemudian dia cicah air asam. Itu pun dah cukup sedap dah. Tapi melihat cara-cara penyediaan ikan bakar tomyam ini, lagi menaikkan seleranya.
            “Cili merah, cili api, batang serai,  bawang merah, bawang putih, gula dan sedikit sos ikan.” Jawab Razak sambil meletakkan daun limau purut sebelum membungkus ikan yang sudah siap dibalut tadi.
            Kemudian ikan tersebut diletakkan di atas bekas BBQ yang sudah siap disediakan oleh Eshan. “Cayalah bang... belum masak lagi dah rasa sedap...” Puji Eshan ikhlas.
            “Rasa dulu... entah-entah bau je yang sedap.”
            “Confirm sedap nih.. Hmm, mana abang belajar semua ni?”
            “Sebab ikut kawan abang memancinglah... Dulu abang pun tak tahu nak buat semua ni.”
            “Nanti bolelah saya join abang sekaki!” Ujar Eshan ikut turut merasa teruja. Dia ingat memancing macam orang bodoh je. Rupanya boleh BBQ terus. Memang cunlah kan. Tiap-tiap minggu pergi pun dia sanggup.
            “Boleh.. tak ada hal...”
            Melopong Eryna melihat kemesraan Eshan dan Encik Zack. Gila ah! Baru pertama kali berjumpa dan boleh soseh-soseh. Encik Zack kalau dengan dia, bukan main lagi muka ketat. Ke Encik Zack ni gay? Oh... nauzubillah!
            ‘Eryn, boleh tak mulut tu jangan cabul sangat!’
            “Eshan jaga api ya... Abang nak masuk umpan baru...” Razak terus berjalan ke depan dan mendapatkan jorannya. Sementara itu Eryna tak lepas-lepas memandang Razak.
            “Akak.. tolonglah jangan buat perangai tak senonoh sangat duk skodeng anak teruna orang!” Sergah Eshan sambil tersengih.
            “Bila masa akak skodeng dia hah?” Eryna berpura-pura mengemas barang-barangnya. Mengawal gelisah yang menampar rasa.
            “Eleh.... Buat-buat tak faham pulak. Apa-apa pun, dia lulus..” Ikan yang hampir masak itu mula dibalikkan semula.
            “Erk.. apa yang lulus?”
            “Lulus nak jadi abang ipar Eshanlah...” Okay, serius ini pendapat peribadi yang sangat serius. Dia nampak ciri-ciri lelaki sejati ada pada Razak.
            “Eshan...” Tanpa sedar, Eryna menjerit kuat.
            “Ssyhhh,....” Razak yang mula menghampiri meletakkan jari terlunjuk di mulutnya. Budak ni memang pantang lepa!
            “Eryna, better awak pakai semula saletip kat mulut tuh...” Terngaga Eryna pabila menangkap arahan dari Encik Zack. Dan hatinya makin menular dengan pedih pabila menangkap ketawa kecil milik Eshan.
            Mana aci... dua buli satu!
***
            Hari ini.. Masa terasa terlalu lambat berlalu. Bosan pula berada di ofis pabila Encik Zack outstation ke luar daerah. Kenapa dengan dia ni? Kenapa nak kisah Encik Zack ada ataupun tidak? Mungkin sebab sunyi... tak ada orang yang dia nak kacau. Mungkinlah kot...
            ‘Entah-entah dia jodoh kau...’ Bisik satu suara.
            ‘Hoii... cabul betul suara hati ni. Kau menderhaka pada hati sendiri kan?’ Marah Eryna geram.
            Takkanlah dia jodoh aku... dia tu pendiam sangat. Mahu sumbat kalau berkahwin dengan lelaki macam gitu. Lagipun, satu karakter lelaki idaman pun tak ada pada Encik Zack. Kecuali giginya yang putih bersih menawan kalbu.
            Teringat pula perbualan ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas memancing. Eshan di belakang sudah tertidur kepenatan. Dapat jugaklah bawa balik dua ekor ikan. Aktiviti yang sangat memberi kepuasan.
            “Encik... apa ciri-ciri gadis idaman encik?” Soalan ini rasanya boleh melenyapkan rasa sunyi yang membelit.
            “Tak banyak cakap.” Spontan jawapan itu keluar dari mulut Encik Zack.
            “Jadi... saya ni terus tak boleh masuk list lah ya?” Usik Eryna sambil ketawa. Razak gigit bibir. Soalan yang sungguh tak tahu malu.
            “Awak ada hati nak join list saya ke?”
            Eryna ketawa lagi. Soalan menongkah arus betul Encik Zack ni. “Tak nak ah... Lelaki pendiam pun tak masuk dalam list saya..” Balas Eryna tak mahu kalah.
            Razak sengih. Membakar betul jawapan tu.
            “Kalau tak suka yang banyak cakap.. Encik suka yang macam mana?”  Eryna mengkaji lagi. Ingin dikaji cuaca perasaan Encik Zack ketika ini. Mana tahu boleh satukan Encik Zack dan Kak Salina.
            “Saya suka yang dia dan cinta yang sederhana. Cukup sekadar cukup.” Layan jugaklah perangai Eryna untuk menghilangkan kantuk tika memandu walaupun Tanjung Lumpur ke rumahnya tak adalah jauh mana pun.
            “Oh...” Eryna terfikir sendiri. Rasanya Kak Salina cukup bersederhana orangnya. Memang cun sangat nak direkomenkan pada emak Encik Zack.
            “Boleh tahu kenapa sederhana?” Sebenarnya dah tak tahu nak tanya soalan apa. Jadi mana yang singgah di celah otak, dilontarkan melalui suara.
            “Cukuplah cintai dia dengan kesederhanaan... Sebab berlebihan hanya akan menambahkan penderitaan dan menumbuhkkan harapan lalu akan mengundang kekecewaan.. dan cukuplah cinta saya, cinta dalam diam...”
            Terkesima Eryna dibuatnya. Pergh... hatinya pula yang mengalami perubahan cuaca. Rasa dingin dan syahdu gitu.
            “Gila ah encik.. Nampak sangat encik tengah highlight Kak Salina...” Usik Eryna sambil buat muka teruja.
            “Ishh.. apa kaitan dengan Kak Salina pulak. Jodoh saya belum bertemu lagi... Awak jangan nak memandai..”
            “Lah.. kan encik jugak cakap. Cinta encik cinta dalam diam. Kalau encik tipu saya sekarang pun.. bukan saya tahu kan...Kengkadang, mungkin kita sendiri dah jumpa jodoh kita. Tapi takdir belum menjawabnya lagi...” Tiba-tiba perbincangan ini menjadi lebih serius.
            “Eryn... Eryn...” Berulang kali Salina menyeru nama Eryna. Haih, jauh betul mengelamun.
            “Eh akak.... Lama dah ke akak kat sini?” Rasa hati yang menggelabah ditangkap sedang mengelamun mula disusun. Teringatkan Encik Zack... terpandang pulak Kak Salina.
            “Encik Razak tak ada ya?” Lehernya dipanjangkan menjenguk ke bilik Razak yang nyata kosong.
            “Tak ada.. Dia outstation... Rindu ya..” Sempat lagi mengusik.
            “Ish... tak adalah. Saje tanya... Eryn tak mahu lunch ke?” Malu juga jika disogok sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Razak tu sikit pun tak pandang pada dia. Dia je yang terhegeh-hegeh memikat Razak dengan cara halus.
            “Eh..dah masuk waktu lunch ya.. Tak perasan pulak. Tak apalah.. akak pergi makan. Saya tak lapar.” Biasanya dia makan dengan Encik Zack. Eh salah... Biasanya dia paksa Encik Zack lunch bersama dengannya. Bila Encik Zack tak ada, selera nak mengkedarah pun hilang begitu sahaja.
            Memandangkan batang tubuh Kak Salina yang makin hilang dibalik pintu, Eryna mula terkenangkan emak Encik Zack. Senyum renyih dah muncul. Hasratnya, selepas kerja nanti, dia ingin menziarah emak Encik Zack.
            ‘Amboi Eryn... tak dapat Encik Zack, mak dia pun jadi ya?’ Bisik hati sebelah kanan.
            ‘Jangan nak menderhaka dengan tuan sendiri... aku tengah rancang agenda baru...’ Balas hati sebelah kiri pulak.
            Buat masa sekarang, dia perlu tidur untuk membekalkan tenaga luar biasa untuk berhujah sebentar nanti.
***
            “Kenapa datang tak beritahu. Kalau mak cik tahu, mak cik buatlah apa-apa kuih.. Ni nak bagi biskut kering pun susah...” Bebel Hajah Sumayyah sambil membawa langkah ke dapur. Terfikir-fikir jadinya nak sediakan makanan untuk minum petang.
            “Alah mak cik... Tak payah susah-susah.. Saya datang ni bukan nak makan. Saje datang tanya khabar...” Seperti biasa, Eryna mempamerkan sikap peramahnya itu.
            “Ish... tak apa. Mak cik nak buat cekodok. Eryn tunggu tau...” Arah Hajah Sumayyah sungguh-sungguh.
            “Kalau mak cik berdegil sangat nak buat, saya pun terpaksalah berdegil nak menolong..” Lengan baju kurungnya dah disengseng hingga ke lengan. Ikut turut membantu apa-apa yang patut.
            “Mak cik... Encik Zack tak cakap ke yang dia nak kahwin?” Sambil menolong, mulut pun ikut tumpang sekali.
            “Tak ada.. Kalau mak cik bising, dia masuk bilik je tidur.”
            Ketawa Eryna mendengar kata-kata emak Encik Zack itu. “Mak cik tak nak cuba carikan ke?” Mulut homeh itu bertanya lagi.
            “Ish.. naya anak orang nanti. Biarlah Ajak cari sendiri. Citarasa dia manalah mak cik tau..”
            “Hmm.. dekat ofis kan, Encik Zack ada digosipkan dengan seorang staf bahagian akaun.. Cantik orangnya.. Lembut, baik... pokok pangkalnya kira lengkaplah pakej nak dibuat menantu.”
            “Lahhh... Bukan Ajak tu digosipkan dengan kamu ke? Mak cik lagi suka kalau kamu jadi menantu mak cik..” Amboih mak cik pun.. straight forward gila.
            Eryan ketawa. Mujur jenis hati kebal, jiwa bebal. Tak heran dengan kata-kata usikan Hajjah Sumayyah.
            “Ish... Encik Zack cakap, calon bini dia mesti tak boleh banyak cakap. So comfirm dah Encik Zack akan reject saya mak cik...”
            “Hmm... cakap macam orang jauh hati je. Kalau kamu sungguh sukakan Encik Zack kamu tu, mak cik boleh tolong. Alah, mak cik cakap je... Mesti Ajak dengar cakap mak cik. Tak pun mak cik masuk je minang kamu terus.. Mesti Ajak tak boleh menolak..” Bersungguh benar pulak rasa hati hendak bermenantukan Eryna.
            “Lagipun soal jodoh ni, dalam hujan, dalam ribut, dalam panas... andai Tuhan cakap dia untuk kamu dan kamu untuk dia. Satu dunia menghalang pun, tetap akan jadi punya...” Sambung Hajah Sumayyah semangat.
            Eryna garu kepala. Menyesal pulak duk sibuk bangkitkan hal jodoh nih. ‘GPS mak cik dah sesat nih!’
            “Eh mak cik... Sementara nak tunggu jemput tu masak, biar Eryn buatkan air.” Teko yang sedia ada di atas kabinet itu terus dicapai. Matanya mencari uncang teh untuk direndam di dalam air panas.
            “Mak cik, uncang teh dekat mana?”
            Hajah Sumayyah berpaling. “Oh... ada atas kabinet sebelah kanan..”
            Setelah mengenal pasti letak duduknya, terus Eryna membuka kabinet tersebut. Matanya tertacap pada bekas-bekas putih yang terdapat di dalam kabinet. Seperti sejenis jus perisa minuman. Seperti biasa, mulut dia tu ringan je bertanya.
            “Mak cik.. Jus apa yang banyak sangat ni?”
            “Oh.. itu jus minuman Ajak..” Jawab Hajah Sumayyah setelah berpaling sekilas.
            “Jus minuman Encik Zack?”
            “Aah..”
            “Minuman kesihatan ke?” Tanya Eryna lagi. Jus kesihatan minum bayam? Dah serupa popaye..
            Hajah Sumayyah meletakkan jemput yang sudah siap dimasak dan menghampiri tempat Eryna berdiri. “Ini jus untuk sembuhkan luka tekak Ajak..”
            Kening kiri dan kanan Eryna mula bercantum. Langsung tak memahami kata-kata dari Hajah Sumayyah itu.
            “Dulu... Ajak mengidap aphonia..” Hajah Sumayyah mula membentangkan intro.
            “Aphonia?” Apa ke benda tu? Tak pernah dengarlah pulak.
            Melihat wajah Eryna yang terkebil-kebil itu, Hajah Sumayyah meneruskan penerangan. “Aphonia itu dalam bahasa melayu dipanggil hilang tenaga bercakap ataupun kehilangan suara. Dan kadang-kadang dia tak dapat bertutur dengan jelas..” Penjelasan yang mudah supaya Eryna cepat tangkap.
            “Teruk ke?” Okay serius tak pernah dengar. Ada teruk macam kanser atau SLE tak?
            “Dia bersifat sementara je.. Sebabnya, pita suara dia dipakai secara berlebihan lepas tu mulalah jadi serak. Lama-lama terus hilang sebab pita suara dia mengalami gangguan. Lama dah Ajak sakit n sampai terpaksa buat pembendahan trakeotomi. Kalau ikutkan sekarang dia tak payah dah minum.. Tapi sebab tak nak penyakit tu jadi semula.”
            Lama Eryna terdiam. Sungguh dia tak percaya.
            Air minuman terus disediakan dan dibawa ke beranda depan. Melihat Eryna yang mendiamkan diri, Hajah Sumayyah menyambung cerita.
            “Pada asalnya.. Ajak tu tak adalah pendiam macam sekarang ni. Dia tu banyak cakap dan sangat aktif dalam kadet polis masa di sekolah. Siap dapat pangkat sarjan lagi. Tapi tulah.. mungkin sebab lama jugak dia sakit sebab tak dapat bercakap. Jadi lepas dia baik, dia senyap macam tulah... Mungkin jugak trauma. Tak nak penyakit lama datang semula.”
            Tekun Eryna mendengar. Jadi sebab itulah dia kurang bercakap ya? Bukan sebab sombong.. pemalu... atau segala sesuatu tuduhan yang pernah dia lemparkan dahulu tuh. Oh.. rasa serba salah mampir menyerbu rasa.
            “Kesian Encik Zack...”
            “Tapi tulah.. sejak kawan dengan Eryn ni.. Mak cik tengok dia dah makin ramah sikit. Dengan Eryn pun bukan main lagi berborak kan.. kalau dengan orang lain, memang kirim salamlah...”
            Dengan penuh hati-hati, Eryna menuang minuman ke dalam cawan.
            “Dan kalau Eryn nak tahu... Ajak tu pandai menyanyi tau. Suara dia sedap sangat... Tapi tulah... dah lama mak cik tak dengar dia menyanyi. Kalau tak dulu, bilik air tulah yang jadi studio tak bertauliah dia.”
            Cerita demi cerita terus dibongkarkan.
            Eryna ketawa mendengar omelan Hajah Sumayyah. Hilang terus niat nak menyatukan Kak Salina dan Encik Zack. Apa yang terbenam di benaknya sekarang pun, dia dah mula rasa tak pasti. Yang pasti... dia rasa sangat blur!
***
            Sejak balik dari rumah Encik Zack, fikiran Eryna jadi rungsing terus. Semalam berkurung melukis gambar Encik Zack lagi. Sampai naik pelik ibu dan ayahnya.
            “Lukis muka Encik Zack lagi? Eryn suka kat dia ke?”
            “Ish.. kesitu pulak ayah ni. Muka dia senang nak lukis... Bukannya Eryn sukakan dia..” Janganlah tanya soalan yang dia tak ada jawapannya.
            “Tidur cepat Eryn.. Esok bukan hari cuti.” Encik Ezrakil memberi peringatan. Kepala anaknya digosok penuh kasih.
            “Erk ayah... nak tanya sikit boleh?”
            “Oh.. patutlah ayah rasa anak ayah macam blur je. Ada sesuatu yang bersawang di kepala dia rupanya.” Encik Ezrakil mula mendapatkan tempat di birai katil anaknya.
            Eryna memusingkan kerusi. Mengadap wajah ayahnya. “Ayah... Hmm.. boleh ke kita jatuh suka pada seseorang yang langsung tak punya kriteria yang kita tetapkan?”
            Encik Ezrakil sengih. “Kenapa tak boleh? Kriteria tu ditetapkan oleh hati kita. Jodoh pulak ditetapkan oleh Allah... Lagipun, hati kita nih berada di tangan Dia. Bila-bila masa pun Dia boleh balikkan ikut kehendak Dia..”
            Eryna gigit bibir. Hendak bertanya lagi.
            “Macam mana ya... Hmm.. macam mana ayah pasti yang ibu jodoh ayah?”
            “Bila ayah pentingkan dia lebih dari ayah pentingkan diri ayah sendiri.” Spontan jawapan itu keluar dari mulut Encik Ezrakil.
            “Tapi kan... dulu bukan ke ayah yang perangkap ibu? Bukan ke tu macam pentingkan diri sendiri?” Tebak si anak. Sejarah yang satu itu pun telah diceritakan oleh ayah dan ibunya.
            “Erk....” Encik Ezrakil tergagap. Dia tersalah bagi jawapan ke? Padah betul anak suka manipulasikan jawapannya.
            “Bukan sayang... apa yang ayah buat ialah perjuangan untuk membahagiakan ibu.” Sampuk satu suara yang sedang berdiri di muka pintu.
            Puan Farafeesa melangkah mendekati si anak yang nampak buntu itu. “ Makna kata, bila kita rasa nak berjuang untuk bahagiakan dia.. itulah yang digelar cinta. Lagipun, tak ada betul atau salah bila melibatkan soal perasaan. Sebab benda tu general. Milik semua orang dan berhak dikupas mengikut pemahaman sendiri.”
            Eryna senyum.
            “Sayang ayah jangan risau... Nanti, mesti ada seorang lelaki  yang akan berjuang untuk membahagiakan Eryn..” Si ayah mendekat ke arah ibu dan memeluk mesra bahu ibu.
            Dan wajah Encik Zack tiba-tiba terawang di layar minda. Oh dah kenapa pulak nih?
***
            Kepala yang serabut itu digosok perlahan. Rasa macam nak cari button delete dan delete nama Encik Zack di ingatannya. Dan rasa nak sikat otaknya yang berselirat ini. Kusut!
            Segelas minuman nescafe diletakkan di atas meja Eryna. Pantas Eryna angkat muka. Memandang ke arah Encik Zack yang tak beriak itu.
            “Kalau mengantuk, pergilah bancuh nescafe...” Arah Encik Zack sedikit tegas. Macam mana buat autocad dalam keadaan mengantuk? Memang tak menjadilah benda alah tuh.
            “Oh... nescafe ni untuk saya ke?” Tanya Eryna merujuk kepada gelas minuman yang berada di depannya.
            “Banyak cantik... Pergi buat sendirilah...” Gelas minuman yang diletakkan di atas meja Eryna mula diangkat semula. Sebenarnya dia memang membancuh untuk Eryna tapi rasa macam segan pulak nak berlagak terlebih baik.
            ‘Oh.. ada penyakit penyegan jugak aku nih?’
            “Alah Encik Zack nih... tak baik tau berlaku kejam pada trainee sendiri.” Rasa simpatinya pada Encik Zack mula melimpah. Agak-agak macam manalah luka di tekak yang pernah dialami oleh Encik Zack itu.
            Tanpa mempedulikan Eryna, Razak masuk ke dalam bilik dan mendapatkan duduknya. Seharian tak jumpa semalam. Tiba-tiba dia rindu nak menatap wajah Eryna hari ini.
            ‘Oh tidak.... Aku tak boleh benarkan nama dia melintas pun di kepala aku. Tempah maut ke apa kau suka pada Eryna..’
            Hampir sepuluh minit berlalu namun kelibat Eryna yang berlalu ke pantri itu masih belum muncul. Apa yang lama sangat dekat pantri?
            Razak mula rasa tak sedap hati. Lantas kakinya diangkat dan dihala ke arah pantri yang tidak jauh dari biliknya. Sesampai di muka pintu, dia terdengar suara Eryna yang sedang mengerang kesakitan.
            “Sakitlah Encik Azlee...”
            “Oh sakit.... Padan dengan muka awak. Yalah, itu balasan sebab tolak dating dengan saya..”
            Mendengarkan suara Azlee, terus Razak ke depan. Matanya tertacap pada tubuh Eryna yang sedang terduduk di atas lantai dan disebelahnya ada Azlee yang sedang mencangkung.
            “Hei... kurang ajar kau kan?” keduanya berpaling pabila menangkap suara tinggi Razak.
            “Encik Zack...”
            Mendengarkan suara Eryna itu, terus Razak mendapatkan Azlee. Kolar baju Azlee dicekak kuat. “Hei, kau ni tak malu kan? Dekat ofis pun kau nak buat kerja tak senonoh tu ke?” Belum sempat dibalas oleh Azlee, penumbuk Razak sudah singgah di pipi kanannya.
            Azlee terkesima. Langsung tidak menyangka.
            Eryna menjerit. Dia cuba untuk bangun sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
            “Hei... aku tak kisah kau nak menggatal dengan siapa pun... Tapi jangan jadikan Eryna mangsa kau!” Kali ini penumbuk singgah di pipi kiri pula.
            “Encik Zack...” Sedaya upaya Eryna bangun dan duduk di hadapan Encik Azlee untuk menghalang Encik Zack dari terus membelasah Encik Azlee.
            “Encik...” Nafas yang semput ditarik. Minta hati yang bertendang ini bertenang.
            “Awak ketepi Eryn.. Biar saya ajar lelaki tak guna ni! Dia ingat maruah perempuan semurah yang dia sangka.” Ujar Razak berang.
            Azlee tersenyum sinis sebelum mengesat bibirnya yang pecah dan berdarah.
            “Encik ni dah salah fahamlah...” Eryna garu kepala. Badannya berkalih dan memandang ke arah Encik Azlee. Oh kesian... Tisu yang berada di atas kabinet terus dicapai dan menyentuh hujung bibir Encik Azlee.
            “Salah faham?” Oh tidak... apa maksud salah faham ni?
            “Tadi saya terjatuh lepas tu Encik Azlee yang tolong.... Encik Azlee tak buat apa-apa perkara tak senonoh pun...”
            Dah sudah....
            “Awak jangan nak cover Azlee ni Eryn. Kalau tak kenapa dia ketawakan awak dan cakap semua tu balasan?”
            “Yalah.. sebab sebelum saya jatuh tadi, saya ada kutuk Encik Azlee tak handsome.. Sebab tu saya tak nak lunch sama-sama dengan Encik Azlee..”
            Ya.. itulah alasan yang sebenar. Tadi Encik Azlee buat ayat pasrah sebab sepanjang dia praktikal di sini, sekalipun dia tak pernah terima pelawaan Encik Azlee yang sering mengajaknya untuk makan tengah hari bersama. Itu sahaja...
            Air muka Razak berubah. Terus dia mendekati Azlee.
            “Sorry Lee... Aku hantar kau pergi klinik ya..” Rasa bersalah dah satu hal... Rasa malu lagilah menebal. Sungguh rasa nak sorok muka dekat bawah singki.
            “Tak ada apalah Jak... Mujur tak kuat sangat tumbukkan kau. Kalau tak silap hari bulan boleh senget muka aku...” Azlee cuba berseloroh.
            “Aku betul-betul mintak maaf...” Pohon Razak lagi.
            “Aku okaylah... Tapi baik kau bawak Eryna pergi klinik. Aku rasa kaki dia terseliuh tu...” Cadang Azlee sambil membersihkan luka di mukanya sendiri.
            Razak menjeling ke arah Eryna yang terpaku melihat Azlee. Aduh.. mesti buruk nama dia pada Eryna sekarang. Okay, penting ke nama baik atau buruk tu sekarang?
            “Eryn... Pergi ambil beg awak. Kita pergi klinik.” Arah Razak tegas.
            “Erk... tak payahlah.. Sekejap lagi baiklah kot..” Dalih Eryna menolak.
            “Boleh tak kalau ikut je arahan saya tanpa perlu bersoal jawab.” Suara Razak dah meninggi. Haih, geram je dengan budak kecik ini. Bukan apa, macam berlebih pulak sikap baik hati Eryna melayan Azlee.
            Dengan terhencut-hencut, Eryna keluar dari pantri. ‘Apa bendalah Encik Zack  ni... kaki aku dahlah sakit.. dia main arah ikut suka hati dia pulak. Apalah salahnya kalau dia pergi tempat aku dan ambik beg aku sendiri..’ Bebel Eryna geram.
            Setelah bayang Eryna hilang, Razak memohon maaf lagi.
            “Releks bro.. seteruk-teruk aku, aku tak daif lagi hukum agama...”
            Mati kutu Razak dibuatnya pabila mendengar sinisnya kata-kata Azlee. Tapi betul jugak kata Azlee tadi. Tuduhannya tadi memang betul-betul melebihi batasan.
            “Kau sayang dia kan?” Tebak Azlee tak fikir panjang.
            “Ish.. kesitu pulak kau ni. Kalau sesiapa pun dekat tempat Eryn tadi, aku akan buat benda yang sama...” Razak gabra.
            “Aku tak kisah kau nak menggatal dengan siapa pun.. Tapi jangan jadikan Eryna mangsa kau... Hmm.. mendalam maknanya tu Jak...” Azlee ulang semula amaran keras Razak tadi.
            “Azlee...” Razak hilang kata-kata.
            “Jangan risau.. rahsia kau selamat pada aku. Elok jugak kena tumbuk.. At least kalau aku nak buat perangai nanti, aku akan kenang betapa sakitnya kena tumbuk. So lepas ni aku akan lebih berhati-hati.”
            Melihat Eryna yang sudah muncul di pintu masuk pantri, Razak mula melangkah mendekati. Sewaktu dari pejabat, di dalam lif dan sehingga masuk ke dalam kereta. Kedua-duanya bisu dari sebarang suara.
            Eryna gigit bibir. Tak senang dengan kesepian ini. “Encik...” Panggil Eryna.
            “Hmm..” Hati berdebar untuk menanti kata-kata Eryna seterusnya. Oh tuhan,.. rasa macam tak sanggup nak pandang muka Eryna sekalipun.
            “Pandai jugak encik tumbuk orang ya..” okay, memang dia puji Encik Zack sungguh-sungguh ni.
            “Tak payahlah nak perli-perli...”
            Eryna ketawa. “Ini puji lah...  Bila tengok Encik Zack macam gitu, rasa macam tengah tengok seorang hero sedang menyelamatkan heroin.. heh... Kalau betul saya kena cabul dengan Encik Azlee, mesti encik datang dekat saya dan tenangkan saya yang tengah menangis kan..” Oh.. sungguh drama bayangkan Eryna kali ini.
            Razak diam. Ya ke dia akan buat macam tu? Entahlah.. sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia tumbuk orang. Dua kali pulak tu. Adoi, haru biru jadinya.
            “Apa-apa pun.. terima kasih. Tak dapat Superman, Ironman atau Spiderman, dapat  ZackMan pun jadilah.... ” Ada tawa di hujung kata-kata Eryna.
            Razak cengkam stereng kereta. Habislah.. cerita ni tujuh keturunan pun tak habis dibahan oleh Eryna. Lalu tangan kirinya laju menekan punat radio. Tolonglah... Kalau boleh dia nak lupakan peristiwa yang berlaku tadi.
            Dan lagu yang sedang berkumandang ialah...

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
           
            Lirik lagu Jodoh Pasti Bertemu itu benar-benar mendalam. Seketika mereka saling terkesima dan mencuri pandang antara satu sama lain. Hampir serentak kedua-duanya hendak menyentuh punat radio.
            Dan... hati pun vibrate tak semena.
***
            Seawal jam sembilan pagi lagi Nadiah sudah muncul tersengih-sengih. Eryna mendengus. Kacau betullah hari cuti si Nadiah nih.
            “Guess what?”
            Dengan terpisat-pisat Ernya bertanya jugak. Apalah yang membawa Nadiah seawal pagi ni? Sungguhlah buang tabiat sebab minah yang seorang ini sangatlah payah nak bangun pagi.
            “Mamat online nak turun Kuantan...” Jerit Nadiah kuat sambil melompat di atas katil Eryna.
            Rahang Eryna terjatuh. Padanlah suka sangat... Nak pergi dating rupanya. “Hei.. bila? Sebelum tu bawak-bawak turun ya.. Rosak spring katil aku. Kau ingat kau budak tiga tahun ke Nadiah oit.. Kau tu dah dua puluh tiga okay.. Turun... turun...”
            Dengan muka tak bersalah, terus Nadiah berbaring di atas katil sahabatnya itu. “Aku betul-betul sayang dia...” Luah Nadiah tak semena.
            “Angau sungguh dah kau ni..” Komen Eryna sambil menyambung menguap. Nadiah pun satu.. Macamlah tak boleh telefon atau wassap sahaja. Ini sampai datang ke rumah. Semangat luar biasa sungguh.
            “Mak... Diah nak kahwin...” Dia buat perangai lagi.
            Eryna tumpang bahagia. Seronok melihat Nadiah begini ceria. Dulu kalau cerita pasal cintan cintun ni, bukan nak dilayan.
            “Gatal betul... Hmm, kau tak takut ke Diah? Yalah.. mana tahu nanti bila kau jumpa dia, dia tak seperti bayangkan kau?” Cinta online ni bukan sama dengan cinta face to face. Eryna bukan nak patahkan sayap kawannya, dia sekadar bertanya sahaja.
            “Eryn... The best reason to love a person is to love a person for no reason at all... Aku terima dia seadanya sebagai mana dia pun terima aku seadanya..”
            Eryna mengangguk. Menerima pakai jawapan sahabatnya itu. “Dah tu kenapa kau bertandang rumah aku pagi-pagi ni? Aku tak cukup tidur ni.. Nak sambung tidur semula.”
            “Eh.. tak boleh..tak boleh... Aku nak kau teman aku beli barang. Ialah, minggu depan kan dia nak datang.. Jadi kenalah cantik-cantik.” Cerita Nadiah penuh teruja.
            “Amboi... kemain lagi.”
            “Cepatlah siap... aku bagi masa sepuluh minit.” Gesa Nadiah lagi.
            “Sah orang angau tak fikir logik. Weh, sekarang baru pukul sembilan... Shopping Complex bukak pukul sepuluh  okay.. Pergi awal-awal buat apa.. Bagi aku tidur setengah jam dulu. Lepas tu karang baru kita shopping.”
            “Alahh...”
            Eryna langsung memejamkan matanya. Sungguh dia mengantuk. Semalam tidur lewat sebab tak boleh nak tidur. Pagi ni si Nadiah pulak mengacau. Sabar jelah...
***
            Hampir seharian menemani Nadiah membeli belah. Dia pun tumpang sekaki jugak. Kebetulan banyak pulak sales. Jadi apa lagi, boronglah sebanyak mungkin kan. Kaki melangkah ke arah kedai jam. Eryna ingat dia nak beli jam baru memandangkan jam lamanya sudah tidak boleh dipakai lagi.
            “Nak beli jam ke?” Tanya Nadiah.
            “Aah...”
            “Jam lama mana?”
            “Rosak...”
            “Tak payahlah beli...” Halang Nadiah tiba-tiba.
            “Lah.. nak beli jam pun tak boleh ke? Jam tu keperluanlah...”
            Nadiah senyum sambil menanggalkan jamnya dan disarungkan ke tangan Eryna. “Hah.. nasib baik muat-muat. Tak payahlah beli baru.. Pakai jam aku je..”
            Dahi Eryna mengerut. “Ish.. aku masih mampu nak beli sendiri lah... Lagipun ini kan jam kesayangan kau..” Eryna tahu yang Nadiah memang ada banyak koleksi jam tangan dan jam ini adalah jam kesayangannya.
            “Ustaz kata kalau nak bagi hadiah, bagilah sesuatu yang kita sayang... Barulah lebih berkat dan bermakna.” Hujah Nadiah.
            “Tapi....” Rasa tak senang hati pulak menerima jam Nadiah ini.
            “Tak ada tapi-tapi.. Lagipun aku dah tak pakai dah jam tu lepas nih. Jom, ikut aku.. Aku nak beli sesuatu.” Terus ditarik tangan sahabatnya itu ke sebuah kedai emas.
            “Tak kan kau serius nak kahwin Diah? Kau jangan lupa.. Lepas praktikal ni kita ada satu semester lagi tau...” Susah bercakap dengan orang kemaruk nih.
            Nadiah ketawa mendengar spekulasi temannya itu. “Aku bukan nak beli cincin kahwinlah.. Aku nak beli something untuk kita berdua sebagai tanda persahabatan.”
            “Eryn, cantik tak cincin ni?” Tanya Nadiah setelah membelek beberapa bentuk cincin.
            “Cantik... simple dan menarik.” Komen Eryna. Dahinya makin berkerut pabila Nadiah menyarungkan cincin itu ke jari manisnya.
            “Terimalah dari aku.. Sebagai tanda persahabatan. Jangan kau berani tanggal atau hilangkan ya... Kalau kau hilangkan, jaga kau aku kerjakan.” Nadiah memberikan amaran keras.
            “Ish.. peliklah kau ni. Kenapa nak cincin sama-sama pulak..Membazir lah...” Untuk orang yang tak berapa minat barang kemas, memang dia rasa yang semua ini membazir.
            “Bukan guna duit kau pun.. Kan aku cakap ini sebagai tanda persahabatan kita... Kan cantik bila pakai cincin sama-sama nih...” Jari mereka didekatkan. Nadiah simpan senyum. Tuhan dah kurniakan dia seorang kawan yang sangat baik. Moga persahabatan mereka ini akan berhilir dengan kebaikan dan berhulu hingga ke Syurga.
            Eryna garu kepala. Apa kena dengan Nadiah ni? “Gaya kau ni macam lepas ni kita nak berpisah pulak...” Ngomel Eryna tak puas hati.
            “Memanglah kita akan berpisah..”
            Berubah air muka Eryna mendengar kata-kata Nadiah itu. Tapi minah tu boleh senyum renyih lagi!
            “Ialah... kau dengan aku tak akan selamanya bersama. Aku akan kahwin. Kau pun akan berkahwin. Jadi kita patut ada satu cincin sebelum ada orang bagi kita cincin.”
            Barulah hati Eryna lega menyambut hujah Nadiah itu.
            “Yalah.. Tapi aku tak terima kalu kau nak belanja semua. Macam ginilah, kau bayarkan aku punya dan aku bayarkan kau punya... Cun tak?” Cadang Eryna tidak mahu menghampakan Nadiah.
            “Oh.. so sweet...”
            Mereka terus menghabiskan masa bersama. Hampir pukul sembilan malam barulah mereka sampai di rumah Eryna.
            Turun dari kereta Eryna, Nadiah terus mendapatkan skuternya. “Weh, aku balik dululah.. Risau mak aku sengsorang kat rumah.”
            “Eh... barang-barang kau ni?” Aduhlah.. kelam kabut sekali si Nadiah nih.
            “Esoklah aku ambik...” Helmet disarung ke kepala. Enjin skuter mula dihidupkan. Namun sebelum punggung berlabuh di kerusi skuter, dia mendapatkan tubuh Eryna. Dipeluk kejap tubuh sahabatnya itu.
            “Aku happy sangat hari ni. Terima kasih sebab sudi temankan aku... Dan terima kasih sebab sudi jadi kawan baik aku. Aku sayang kau ketat-ketat...” Pipi Eryna dicium tak lepas.
            “Hoi.. kau ni lesbian ke apa?” Gurau Eryna kasar. Sebenanrnya dia sedikit pelik dengan perangai Nadiah yang berada di luar skop kebiasaan.
            “Weh... aku happy ni sebab minggu depan Mamat Online tu nak datang okeh. Lagipun aku bukan lesbian...” Bahu sahabatnya itu ditumbuk kasar.
            “Weh, kau bawak kereta akulah... Dah lewat sangat ni. Bahaya perempuan bawak motor malam-malam.” Cadang Eryna risau.
            “Tak apalah... Bawak motor cepat sikit sampai.. Bye Eryn.. Panjang umur kita jumpa lagi.” Ayat penghabisan yang selalu Nadiah sebut jadi Eryna tak adalah nak hairan sangat.
            Eryna masuk sambil menjinjit barang-barang yang sempat diborong sebentar tadi. Katil yang sedia terhidang itu sangat menggoda dirinya. Lalu dia terbaring kepenatan di atas katil. Dari pagi keluar sampai ke malam. Sungguh luar biasa sebenarnya.
            Tuala dicapai. Baru sahaja dia hendak berlalu ke bilik air, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Terus diangkat pabila menangkap nama Nadiah di skrin telefon.
            “Kenapa babe?” Tanpa salam terus laju Eryna menerkam.
            “Skuter aku buat hal.. Tiba-tiba mati tengah jalan.”
            “Hah.. tulah.. degil... Aku suruh bawak kereta aku, kau tak mahu. Kejap aku datang dengan Eshan... Kau ada kat mana?” Tanya Eryna sambil kembali menyarungkan tudung ke kepala.
            Setelah mengetahui tempatnya, terus Eryna menjerit memanggil nama Eshan. Si adik yang sedang melepak di ruang tamu.
            “Teman akak pergi tengok motor Kak Nadiah jap..” Nak pergi seorang, dia pun bukan arif sangat pasal hal-hal kerosakan motor nih.
            “Kejap.. Nak tukar seluar.” Ujar Eshan tak banyak membantah lalu naik ke tingkat atas.
            “Cepat sikit... tempat Kak Diah duduk tu tak ramai orang lalu...” Hati Eryna mula diserang debar tak semena.
            Sepanjang perjalanan pergi, Eryna berharap yang Nadiah dalam keadaan baik-baik sahaja. Ialah, kawasan simpang ke perumahannya itu memang agak gelap dan jarang orang lalu lalang.
            Sesampainya di sana, hanya motor yang terpakir di tepi jalan. Tuan punya motor hilang entah ke mana. “Cuba call Kak Diah...” Cadang si adik.
            Cepat-cepat didail nombor Nadiah. Pintu kereta ditolak dari luar. Tak boleh jadi nih! Dia memang rasa tak sedap hati. Eshan ikut menurut.
            Bunyi telefon bimbit dari arah semak membuatkan Eryna berlari ke tempat tersebut. Matanya menangkap telefon bimbit milik Nadiah. “Diahhh...” Terus mulutnya menjerit memanggil nama Nadiah.
            “Kak Diah...” Jerit Eshan pula.
            “Nadiahh... kau ada kat mana hah?” Dengan penuh perasaan Eryna menjerit.
            “Tolongg....” Pabila mendengarkan suara jeritan yang agak lemah itu, terus Eryna memandang adiknya dan cepat-cepat mereka berlari ke arah datangnya suara itu.
            “Kurang ajar...” Pipi perempuan itu ditampar kasar. Puas diberi amaran namun gadis itu tetap menjerit.
            “Hoi, kau buat apa hah?” Jerit Eshan lalu terus menerkam lelaki yang sedang menindih badan Kak Nadiah.
            “Diah... Ya Allah...” Eryna mendapatkan Nadiah. Bahu gadis itu sedikit terdedah. Dari samar-samar cahaya, Eryna dapat menangkap wajah Nadiah yang bengkak. Eryna membantu Nadiah untuk bangun. Sementara itu, dia terdengar jeritan Eshan.
            “Ya Allah adik aku...” Tak tahu apa yang Eryna perlu lakukan. Sini kawan, sana adik. Telefon dikeluarkan dan diserahkan kepada Nadiah. “Pergi lari ke kereta dan telefon polis..” Arah Eryna tanpa berfikir panjang.
            “Tapi...”
            “Now!” Jerkah Eryna kuat.
            Mata mencari-cari sesuatu untuk membantu si adik yang sedang bergelut dengan lelaki besar itu. Batang kayu yang agak besar mula dicapai. Dengan teragak-agak, Eryna hendak menghentak lelaki yang sedang menindih badan adiknya.
            Namun langsung tak disangka hayunannya terkena kepala si adik yang tiba-tiba berubah posisi. “Ya Allah Eshan....” Tubuh adiknya digoncang. Tidak bergerak. Mungkin pengsan dek hentakan yang kuat itu.
            Lelaki itu berdiri dan tersenyum. Senyuman yang sungguh menakutkan.
            “Sebab kau dah halang rezeki aku tadi, jadi kau yang kena ganti tempatnya...”
            Eryna telan liur. Bila lelaki itu cuba untuk mendapatkan Eryna, terus Eryna lari namun kakinya tersandung dan dia terus tersungkur ke tanah.  Dan badannya terus ditindih.
            “Lepaslah...” Jerit Eryna kuat.
            Pang!
            Perit! Itu satu perkataan yang menggambarkan betapa peritnya pipinya pabila dilempang oleh lelaki besar ini. Tanpa beralah, wajah yang makin mendekat itu diludah tanpa berfikir panjang.
            Eryna amati wajah bengis itu. Ada parut di hujung dahinya. Mukanya berjambang.. Sangat menakutkan dan wajah itu makin naik darah.
            Bahu Eryna ditekan kuat. Baru sahaja dia hendak membenamkan kepala di leher Eryna, laju Eryna menggigit lengan itu. Malah Eryna menyepak tempat sensitif lelaki itu. Seketika dia terlepas dari rangkulan lelaki besar itu.
            Eryna juga dapat mengesan Eshan yang sudah mula tersedar. Lelaki itu sedang berdiri dan bila-bila sahaja Eshan akan memukul belakang badan lelaki besar itu. Namun lelaki besar itu berpaling dan mula menumbuk Eshan.
            Tidak sanggup melihat adiknya lumat dibelasah, dia mampir dan menolak tubuh lelaki itu ke tepi. Air mata dah berlinang di pipi. Tak sangka malam ini akan berlalu seperti ini.
            Lelaki itu jatuh tersungkur dan pabila dia bangun, dia mengeluarkan sebilah pisau kecik yang terletak di kakinya.
            “Ya Allah...” Saat ini Eryna hanya mampu tawakal. Badan adiknya dihalang. Apa nak jadi, biarlah bukan Eshan yang menjadi mangsanya. Saat lelaki itu meluru laju ke arah mereka, mereka cuba mengelak dan Nadiah muncul lalu dan membaling batu ke arah lelaki besar itu.
            Kepala lelaki itu berdarah. Dan mata lelaki itu mula terarah pada Nadiah.
            “Lari Diah.. Lari...” Arah Eryna pabila lelaki itu sudah mula mengejar.
            Eryna ikut berlari dan mulutnya mengucap syukur pabila dia mendengar siren polis. Dan bibirnya tersenyum saat mendapatkan Nadiah yang sedang berdiri di hujung semak berhampiran dengan hentian bas.
            “Alhamdulilah kau tak apa-apa...” Dalam keadaan samar-samar, tubuh sahabatnya itu dipeluk. Tangisan mula bermain di hujung telinga.
            “Kau... tak apa-apa kan?” Soal Nadiah lambat-lambat sambil membalas pelukan Eryna. Kudratnya dah tak banyak mana.
            “Lelaki tu lari dengar  siren polis...” Pelukan mula dilonggarkan pabila dia mula rasa badan Nadiah makin berat.
            “Diahhh...” Jerit Eryna kuat pabila baru perasan cairan warna merah yang terdapat di baju hitam milik Nadiah. Nadiah kena tikam?
            Terus dipangku tubuh Nadiah yang melurut jatuh ke tanah itu. “Tolong... tolong...” Jerit Eryna nyaring.
            Air mata dah berjujuran. Tak mampu dibendung lagi. Nadiah nampak teruk betul. “Cakap kat mak aku.... aku sayang dia....” Pesan Nadiah.
            “Diah.. bangun Diah... Kita pergi hospital sekarang...” Sedaya upaya dia cuba mengangkat tubuh Nadiah yang sudah tidak bermaya itu. “Eshan... tolong akak angkat kak Diah..” Arah Eryna pabila menangkap kelibat adiknya.
            Pantas tubuh Nadiah diangkat.
            “Aku dah tak larat...”
            “Diah... Kau kena kuat. Kau kena lawan...” Pujuk Eryna sambil membetulkan tubuh sahabatnya itu.
            Nafas Nadiah mula tercungap-cungap. Eryna dah menangis tak henti. Dengan rasa berat dia membisikkan kalimah syahadat di telinga Nadiah. Dan.... tubuh yang tadinya bergelombang mula surut sedikit demi sedikit. Dan Nadiah.... pergi menghadap Ilahi.
            “Diahhhh....” Jerit Eryna kuat. Tubuh sahabatnya itu dipeluk kejap.
            Eshan ketuk stereng. Dia juga tak mampu membendung perasaan milik sendiri lagi. Dan kereta mereka bergema dengan tangisan.
***
            Razak menilik jam di tangan. Dah pukul sepuluh? Kenapa Eryna tak masuk kerja lagi? Lantas kakinya menghala ke arah meja Hasnah.
            “Has... Eryn tak masuk ke hari ni?” Selaku ketua admin, pastilah Hasnah tahu pasal semua pekerja termasuk budak trainee.
            “Oh.. lupa nak beritahu. Tadi Encik Nazreen beritahu yang Eryn tak masuk ofis hari ni. Kawan dia meninggal.”
            “Oh...” berita tentang kawan meninggal itu tidak mengejutkan dirinya sangat. Tapi... ayat ‘Encik Nazreen beritahu..’ Eryna dengan Encik Nazreen ada hubungan sulit ke?
            “Encik Nazreen masuk ofis tak hari ni?” Sebenarnya nak tanya soalan lain, tapi soalan lain pulak yang keluar.
            “Oh... tak. Dia kata dia ada hal sikit..”
            Razak ketap bibir. Dua-dua tak masuk ofis. Ke derang pergi bercuti ke mana-mana berdua je? Oh.. fikiran buruk mula datang menyelinap masuk dalam hati.
            Lantas dia kembali ke mejanya. Rasa lain macam pulak bila Eryna tiada. Biasanya setiap hari dilalui dengan cepat dan ceria. Tapi hari ini... rasa sunyi dan masa berlalu dengan terlalu lambat.
            Telefon bimbitnya dicapai. Perlu dia menghantar pesanan ringkas pada Eryna mengucapkan takziah? Tak rasa over sangat ke? Nanti Eryna fikir dia caring sangat pulak... oh... hati dah mula diserang jerebu! Semuanya kelihatan kabur!
            Akhirnya dia meletakkan telefon bimbitnya semula. Kerja-kerja yang terbengkalai mula disambung.
            Keesokkan harinya, meja Eryna masih kosong. Seperti biasa, si Hasnah jugalah tempat dia bertanya tentang kehadiran Eryna. Padahal boleh je mesej atau call Eryna sendiri.
            “Eryn cuti lagi... Hai Encik Razak, rindu Eryn ke?” Seloroh Hasnah sengaja. Bukan dia tak perasan yang bukan main serabutnya Razak semalam. Ini baru sehari, nanti minggu depan si Eryna dah nak habis praktikal dah. Entah rupa mana pulak Encik Razak nanti. Nampaknya si Salina kena hantar surat surrender lah.
            “Ke situ pulak awak ni.. Jumaat lepas saya ada bagi kerja dekat dia. So saya suruh hantar semalam. Bila dia tak datang, kerja jadi tergendala lah...”
            “Oh... Kerja tergendala ke hati yang tergendala?” Usik Hasnah lagi.
            Razak garu kepala lalu angkat kaki. Terlebih karang memang habislah dia terkena dengan Hasnah. Adoi.. si Hasnah pun dah berjangkit suka mengusik macam Eryna jugak.
            Kerja yang masih terbengkalai itu dipandang sepi. Hatinya benar-benar rasa hilang setelah ketiadaan Eryna semalam dan hari ini. Betul ke yang dia sayangkan Eryna? Kerja-kerja mula diselesaikan dengan mood yang berterabur.
            Seharian di pejabat ditemani dengan rasa canggung yang tak sudah-sudah.
            Tepat jam lima petang, terus Razak angkat punggung. Tak mampu berlama-lama seperti kebiasaan. Nak lukis pelan pun tak ada mood.
            Sesampainya di rumah, si emak menunggu  dengan minuman petang. Baru je dia melabuhkan duduk, soalan sadis dah menjentik gegendang telinga.
            “Jak... Mak berkenan benar dengan Eryna tu. Kalau Ajak setuju, mak nak masuk meminang dia...” Suara  si emak sungguh-sungguh.
            “Mak... Eryn tu budak lagi.. Belajar pun tak habis lagi.” Dalih Razak sedangkan separuh dari hatinya dah berkinja sakan. Rasa bahagia tak semena. Tapi sebelah hati lagi masih belum mengerti. Anehnya rasa bila hati terbelah dua dengan sendirinya.
            “Jadi, kena tunggu dia habis belajar dulu lepas tu Ajak setujulah ya...” Terkam si emak. Cuba memanipulasikan keputusan si anak.
            “Ajak tak kata macam tuh...” Ada keluhan di hujung ayatnya.
            Hati sendiri tak pasti sama ada memang dia sukakan Eryna ataupun tidak. Lagipun, Eryna sendiri tak ada berlebih-lebih. Memang gadis itu suka mengusiknya. Namun itu tidak bermakna Eryna suka pada dirinya. Dia bersikap begitu dengan semua orang. Dengan Azlee dia baik. Dengan Encik Nazreen pun lagilah di baik!
            “Susahlah kamu ni Jak.. Perempuan macam Eryn pun kamu tolak. Habis tu kamu nak yang macam mana lagi? Kamu tu bukan makin muda Jak oit...” Amarah Hajah Sumayyah sudah menggelegak. Susah bercakap dengan anaknya ini.
            “Mak.. Eryn tu baik dengan semua. Jadi jangan ambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan sikap dia. Hati dia kita tak tahu.. Entah-entah belakang kita, dia dah ada orang yang dia sayang...”
            “Kalau dia sebenarnya tak ada sesiapa lagi macam mana?” Hajah Sumayyah cuba mematahkan hujah anaknya.
            Soalan emaknya langsung tak dijawab. Seperti biasa, langkah kakinya terus dihayunkan ke dalam bilik. Menyendiri lagi.
            Dan bila bersendirian, bayang Eryna, suara Eryna yang kerap bermain di fikiran. Telefon bimbit mula dicapai. Nama Eryna dicari. Lama dia merenung skirn telefon sebelum merangka kata yang sesuai.

            Salam Eryn.. how r u? Salam takziah atas kehilangan sahabat awak..

            Dah dua hari... Baru hari ini nak tanya khabar? Hmm.. seminit.. lima minit.. sepuluh minit dan sampai berejam Razak menanti. Namun inboxnya masih kosong tanpa sebarang mesej masuk. Hati digaru rasa risau. Dada berkompang dengan debaran. Macam ada yang tidak kena dengan Eryna.
            Gadis tu okay ke tidak?
***
            Lama Eshan merenung si kakak yang sedang tersangkut-sangkut membaca yasin dengan air mata yang tidak henti mencurah. Matanya sembab. Pipinya bengkak. Namun semenjak pengebumian jenazah arwah kak Nadiah, yasin itulah yang dibaca berulang kali. Pabila dia penat, dia akan tertidur sendiri di sejadah. Kemudian bangun semula membaca yasin dan bersolat. Puas dipujuk untuk makan namun langsung Eryna menolak.
            Eshan tahan sebak. Dia yang berada di situasi Eryna. Dan dia sendiri tahu bagaimana peritnya untuk mengimbau kembali kenangan itu.
            Dan dia sebagai lelaki diserang rasa bersalah. Kudratnya langsung tak mampu mempertahankan dua orang perempuan yang disayangi itu. Walaupun mungkin Kak Nadiah tidak mempunyai apa-apa talian darah dengannya, tapi hubungan baik mereka sudah seperti sekeluarga. Tak sangka begini pengakhiran hayat kak Nadiah.
            “Eshan....” Encik Ezrakil menarik bahu anak lelakinya. Takut tangisan Eshan akan kembali mempengaruhi emosi Eryna.
            Tangan anak lelakinya dipimpin ke bilik bacaan. Digosok bahu Eshan lembut. Melahirkan kekuatan.
            “Jangan macam ni... Kalau Eshan lemah, akak lagi lemah. Dia perlukan kekuatan Eshan. Dia perlukan kita...” Pujuk Ezrakil lembut.
            “Tapi Eshan rasa bersalah... Eshan ada semalam. Tapi Eshan tak mampu nak lindungi Kak Nadiah...  nyawa akak sendiri pun hampir melayang yah... Eshan rasa tak berguna sebagai seorang lelaki.” Kutuk Eshan pada diri sendiri.
            “Ish... jangan cakap macam tu. Eshan baru dua puluh tahun. Lagipun kudrat Eshan tak boleh nak melawan lelaki kejam tu... Lagipun, tak baik menyalahkan takdir.”
            Susah hati Encik Ezrakil dibuatnya. Kedua-dua anaknya memang nampak patah semangat benar. Jenuh nak dinasihati. Mungkin kerana peristiwa semalam masih hijau di kotak ingatan.
            “Ayah... Eshan tak kuat nak berhadapan dengan kakak. Rasa bersalah bila jumpa Mak Cik Faridah tadi..” ujar Eshan lagi. Merujuk kepada emak kak Nadiah.
            Encik Ezrakil pun terkenangkan wajah Puan Faridah setelah proses post morterm yang dijalankan. Wajah itu nampak redha dan pasrah. Malah Puan Faridah masih mampu menenangkan Eryna. Namun di sudut hatinya, ibu mana yang tidak sedih kehilangan anak? Dia yang merupakan ayah angkat Nadiah pun rasa kehilangan. Ini kan pula Puan Faridah.
            “Eshan...” Bahu anak lelakinya dipaut. Ya, nama pun lelaki tapi tak semestinya mereka lebih kuat dari perempuan. Ada kalanya, hati lelaki lebih rapuh. Apatah lagi bila melibatkan seseorang yang dia sayang.
            “Kitalah sumber kekuatan kak Eryn sekarang. Kalau kita lemah, akak lebih lemah. Sebab dia dengan kak Nadiah tu dah macam kembar. Kalau kita jatuh, kak Eryn akan terus tersungkur. Eshan nak ke akak jadi macam tu? Kalau tak nak... Eshan kena pulihkan semangat Eshan semula.”
            “Eshan cuba yah..” Nafas ditarik dalam-dalam. Air mata sendiri dikesat dengan belakang tangannya.
            “That’s my boy...”
            Pintu bilik bacaan ditolak kasar dari arah luar. Tersembul wajah isterinya. “Abang.... Eryn meracau lagi...” Beritahu Puan Farafeesa dalam keadaan tercungap.
            Terus Encik Ezrakil bangkit dan berlari ke biliknya. Melihat Eryna yang sedang meracau di dalam tidurnya. Badan Eryna dipangku di atas ribanya. Mulut mengarahkan agar Eshan menghulurkan kepadanya segelas air masak.
            “Eryn sayang... Bangun... ini ayah...”
            “Jangan bunuh Diah... Jangan bunuh Diah...” Itulah ayat yang keluar dari mulut Eryna semenjak semalam lagi. Naik risau Encik Ezrakil dibuatnya.
            “Shhhyy.... ni ayah  Eryn.. Ni ayah... Bukak mata sayang....” Kain telekung yang dipakai oleh anaknya ditarik perlahan pabila melihat Eryna sudah bermandi peluh sedangkan aircond sudah sedia terpasang.
            “Jangan bunuh Diah...”
            Puan Farafeesa mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Pedih melihat anak yang selama ini ceria dan riang, meracau sebegini rupa.
            “Sayang... jangan nangis. Macam mana sayang nak pujuk Eryn kalau sayang sendiri tak kuat?” Pujuk Ezrakil dengan mata penuh mengharap. Kalau diikutkan, dia pun bukanlah kuat mana melihat keadaan anak dan isterinya yang sebegini rupa. Tapi dialah tulang belakang yang perlu menjadi tiang untuk Eryna berpaut. Kalau bukan dia, siapa lagi?
            Eshan muncul dan menghulurkan segelas minumna. Ezrakil mula membaca ayat al-quran dan dihembuskan di dalam air. Air tersebut mula diletakkan di tapak tangan dan diraut di wajah Eryna.
            Racau Eryna sudah makin perlahan. Perlahan-lahan dia mula membukakan matanya. “Dia bunuh Diah ayah... Dia bunuh Diah...” Terus Eryna bangun dan memeluk tubuh ayahnya.
            Hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia.
            Hanya Allah yang tahu betapa traumanya dia.
            Hanya Allah yang tahu apa yang orang lain tak tahu.
            Hanya Allah!
            “Syhh.. Istighfar sayang...” Belakang badan Eryna dilurut perlahan. Biar tenang. Biar hilang segala gunda. Bila berkeliaran segala rasa takut.
            “Dia dah tak ada...” Hanya itu yang bermain di mulutnya. Air mata bocor lagi.
            Puan Farafeesa berpaling ke belakang. Mengesat air mata. Eshan yang melihat ikut turut sebak. Dia sendiri berasa tidak kuat. Apatah lagi kakaknya yang merupakan seorang perempuan. Bahu si ibu dicapai. Digengam erat  supaya mereka sama-sama boleh kuat tika ini untuk menghulurkan secebis kekuatan buat Eryna.
            “Eryn tak sempat nak selamatkan Diah.... Diah meninggal sebab Eryn... Kalau dia tak muncul semula..” Encik Ezrakil terus menahan. Menahan si anak dari meneruskan kata.
            “Tak baik berprasangka pada takdir tuhan... Pembunuhan itu hanyalah asbab.. iaitu jalan yang Allah hidangkan. Sedangkan takdir Allah dah tersurat yang hayat Diah sempai di situ sahaja. Bukan Eryn, bukan Eshan penyebabkan... Tapi Allah dah jadikan benda tu macam tu. Kita manusia tak boleh sekalipun pertikaikan kejadian Tuhan. Hakikatnya, kita ni tak terbantah dari kematian. Tiap-tiap jiwa yang hidup pasti akan merasakan mati...” Nasihat Encik Ezrakil lembut.
            Dia mahu anak-anaknya bangun dari mamainya tidur.
            Dia mahu anak-anaknya kuat dari igauan semalam.
            Dia mahu anak-anaknya berhenti dari perkataan kalau yang boleh membunuh iman.
            Eryna menangis. Jam yang terletak di pergelangan tangannya dipegang. Cincin yang menghuni jari manisnya disentuh. Betapa banyaknya alamat yang Nadiah tinggalkan untuknya.
            “Tuhan tak marah kalau hamba dia nak menangis.. Tuhan sikit pun tak larang... Tapi kalau meratapi tu yang tak boleh. Kesian Diah dekat sana.. Terseksa roh dia.. Eryna kena kuat.. kena tahan emosi.. InsyaAllah, kita doa supaya lelaki tu dapat balasannya. Kita yang hidup kena banyak berdoa...” Pujuk Puan Farafeesa pula.
            “Ibu...” Pelukan Eryna beralih pada si ibu pulak. Dipinjam bahu Puan Farafeesha untuk melepaskan tangis.
            “Menangislah sayang...” Sambil memujuk, dia ikut turut mengelap permata milik sendiri. Biarlah dia terpaksa berpura dihadapan anaknya sendiri. Yang penting, semangat Eryna pulih seperti sedia kala.
            “Eryn tak kuat...” Luah si anak.
            “Tak ada manusia yang kuat sayang... carilah kekuatan pada Tuhan. Dialah yang Maha Memiliki segalanya. Hanya dia yang berhak sandarkan seperca kekuatan pada hambaNya. Mintak pada Allah sayang... Dia ada apa yang langsung kita tak ada.”
            Encik Ezrakil tersenyum pendek. Ah... skrip isterinya bagai sudah digarap sempurna. Meruntun hati yang mendengar. Menawan kalbu yang mengutipnya.
            “Ibu.....” Sudah tiada kata yang mampu diungkapkan lagi. Semuanya dibahasakan melalui mutiara yang singgah di pipi.
            Ya...biarlah hati dimamah luka untuk sementara ini. Waktu pasti akan menyembuhnya nanti.
            Dipujuk lembut Eryna. Sesungguhnya Puan Farafeesha tak pernah puas menjadi ibu kepada Eryna Fasihah. Biar sampai ke hujung jasadnya. Dia bangga memiliki Eryna sebagai anaknya.
            Anak-anak... bukti penyatuan dua hati.
            Anak-anak... jambatan ibu bapa menuju ke Syurga.
            “Akak...” Eshan terus memeluk kedua wanita kesayangannya. Ya, hatinya rapuh patah beribu retaknya.
            Encik Ezrakil tak tinggal diam. Dia memeluk kesemuanya sekali. Tuhan bagi rahmat. Dia bagi peluang untuk mereka berkumpul bersama. Kerana mungkin hari esok bukan lagi milik mereka. Siapa tahu?
***
            Eryna terjaga dari lena yang mengerikan itu. Sekali lagi mimpinya bertopengkan lelaki durjana itu. Setiap kali dia pejamkan mata, pasti wajah itu yang bermaharajala. Eryna melihat si ibu yang sedang tidur di sebelahnya. Ayah dan adik lelakinya pula tidur di bahagian bawah beralaskan comforter.
            Ya Allah... betapa banyaknya kiriman kasih sayang Allah pada dirinya.
            Ada ayah.
            Ada ibu.
            Ada adik.
            Tapi mengenangkan jasad Nadiah yang terpaku layu itu, hatinya terguris lagi. Terkenangkan pula Puan Faridah yang mungkin sedang bersendiri di rumah tanpa teman. Kejamnya manusia? Tak teragak merobek kebahagian manusia yang lain.
            Dipejamkan mata. Dia dah penat menangis. Menangis tak akan selesaikan segalanya. Perlahan-lahan dia bangkit. Lampu meja dibuka.
            Buku skecth dicapai. Wajah lelaki itu perlu dilakarkan untuk diberi kepada pihak polis. Hanya ini sahaja caranya untuk  membela kematian Nadiah.
            “Tuhan... bantu aku... Bantu aku...” Rintih Eryna lantas memulakan lakaran. Dia tak akan biarkan lelaki itu bersenang lenang di luar sana. Tak akan sesekali!
            Bertemankan malam.
            Bertemankan tangisan.
            Bertemankan kekuatan yang Allah kirim
            Eryna mula melakar. Demi tuhan, dia lakukannya dengan penuh kesungguhan. Ini sahaja caranya. Ini sahaja tiket untuk ketentaram roh Nadiah di alam sana.
***
            Genap seminggu bercuti. Hari ini Eryna baru dibekalkan kekuatan untuk masuk ke pejabat. Mujur pak longnya memahami. Langsung tidak ditanya sepatah pun. Kata pak long, masuk bila Eryna sudah okay.
            Dia dah okay. Ya... dari segi fizikalnya memang lukanya sudah sembuh. Tapi luka di hati belum ada ubatnya. Rindu ini belum ada kesudahannya.
            “Morning Eryn... Lamanya cuti. Kamu sihat?” Tanya kak Hasnah yang tidak tahu letak duduk cerita sebenar.
            Ernya hanya sekadar tersenyum pendek. Tidak membalas dan senyumannya itu pun tiada serinya.
            “Eryn okay tak?” Tanya Hasnah pelik. Ish... Tak pernah-pernah Eryna senyap macam gini.
            Eryna mengangguk dan mula bersuara perlahan. “Eryn masuk dulu...”
            Sesampainya di mejanya, matanya terus menangkap gambarnya dan Nadiah yang sedang posing secara candid itu. Ketika itu, mereka sedang meraikan hari lahir Nadiah.
            “Kenapa kau lahir, kenapa kau lahir....” Lagu selamat hari jadi itu ditukar liriknya. Nadiah bukan main marah lagi waktu itu. Katanya, dialah kawan yang paling kejam dalam sejarah hidupnya.
            “Kalau aku tak lahir, tak ada orang yang rela nak berkawan dengan kau weh!” Nadiah memberi amaran sambil bercekak pinggang.
            ‘Rindunya aku dekat kau.... Tuhan... sungguh... aku sayangkan dia macam aku sayangkan diri aku sendiri..’ Bingkai kaca itu diusap. Cuba mengawal debaran yang menghentak hati.
            Mata dah kabur. Hidung dah tersumbat. Hati dah menggelegak.
            “Eryn....” Panggilan itu membuatkan Eryna kejung sendiri. Tak mampu berpaling. Eryna dapat merasa yang jasad itu sedang berdiri di belakangnya. Dia bimbang... andai dia berpaling, air mata yang ditahan ini akan memamah seraut wajahnya.
            “Kan pak long cakap... Kalau tak okay, tak payah masuk lagi.” Pujuk Encik Nazreen lagi.
            Dari semalam lagi adik iparnya ada menelefon. Memohon agar dia melihat Eryna di pejabat. Katanya, emosi si anak masih belum stabil sepenuhnya.
            “Eryn okay pak long...” Air mata dikesat kasar. Dia tak boleh selemah ini.
            Tangan Encik Nazreen mendarat di bahunya. “Sabar ya.... Tuhan lebih sayangkan dia. Apalah sangat kasih sayang Eryn pada arwah. Apalah daya kita nak lawan kasih sayang Tuhan.” Pujuk Encik Nazreen lembut.
            Eryna senyum nipis. “Eryn buat kerja dulu ya...” Dia harap bebanan kerja di pejabat mampu melenyapkan emosi yang bagai hilang dari kawalan. Bimbang juga jika emosi ini terhempas, ianya tidak mampu bercantum semula.
            ‘Apalah daya aku tanpa bantuanMu Ya Allah.... Aku mengharapkan ehsan dan belas kasihan dariMu.. Berilah aku kekuatan untuk mengharungi perpisahan ini..’
            Dari kejauhan, ada hati yang rabak. Rabak pabila melihat Encik Nazreen yang begitu mesra mengusap bahu Eryna. Razak bersandar ke dinding. Sah! Mereka berdua memang ada hubungan rahsia.
            “Eryn... mana kerja yang saya bagi minggu lepas?” Tanya Razak dengan muka serius sambil berdiri di hadapan Eryna.
            Ya... tipu kalau dia tidak terkesan dengan keadaan Eryna tika ini. Nampak layu dan sembab benar. Tapi segenap pelusuk hati melarang keras untuk dia bersimpati pabila mengenangkan peristiwa Encik Nazreen dan Eryna.
            Walaupun tak nampak sedang bermesra. Tapi Encik Nazreen jatuhkan tangan di bahu Eryna! Dan Eryna langsung tak menepis. Semua ini membuatkan Eryna nampak murah di mata dan hatinya.
            “Maaf Encik Zack... Saya tak sempat siapkan lagi.” Jawab Eryna perlahan sambil menunduk.
            “Dah seminggu Eryn... Dah seminggu kerja tu terbengkalai...” Suara Razak makin meninggi.
            Eryna ketap bibir. Wajah menunduk. Tak menjawab. Tak memberi sebarang reaksi,
            “Awak ni kenapa Eryn?” Jerkah Razak kuat.
            Pabila melihat air mata yang bertakung itu, baru Razak tersedar yang dia sudah berlebihan. Lalu dia masuk ke dalam bilik. Sebenarnya kerja yang diserahkan kepada Eryna sudah pun disiapkan sendiri. Kenapa dia jadi pemarah sebegini?
            Lama Razak menghilang di pantri. Membancuh nescafe yang dah mula sejuk. Menyesal! Ya, menyesal kerana menurut kata hati. Dia perlu memohon maaf pada Eryna.
            Namun baru dia berpaling, matanya tertangkap pada kelibat Encik Nazreen yang sedang tersenyum simpul. “Kat sini rupanya awak Jak...” Langkah kaki dibawa dengan teratur ke arah Razak.
            “Saya nak mintak tolong awak sikit...” Suara Encik Nazreen direndahkan. Tidak mahu didengari oleh pekerja yang mungkin boleh keluar masuk di pantri ini.
            “Apa dia Encik Nazreen?” Entah kenapa, Razak dah mula hilang respek pada majikannya itu. Muka je nampak baik tapi ada perempuan simpanan!
            “Tolong tengokkan Eryna... Sebab dua hari ni saya nak kena pergi outstation. Kalau boleh jangan bagi kerja sangat dekat dia..”
            “Kenapa ada layanan double standard pulak pada trainee...” Tanpa memandang ke arah majikannya itu, Razak menyuakan gelas ke mulut. Entah kenapa dia jadi banyak mulut macam gini. Tapi yang pasti, dia geram!
            “Lah... dia kan anak saudara saya!”
            Purrr... Terus tersembur minuman yang sedang masuk ke dalam mulut Razak. Digosok dengan gelojoh dan melontarkan pandang ke arah Encik Nazreen yang juga ikut turut terkejut.
            “Anak saudara encik?” Ya Allah. Apa yang dia dah buat ni? Dia dah fitnah orang! Razak beristighfar dalam hati. Macam mana boleh jadi macam gini. Malunya dia pada Eryna. Pada Encik Nazreen. Yang pastilah malu pada Allah.
            “Lupa nak beritahu awak.. Eryn tu anak saudara saya. Dia tak bagi saya hebohkan sebab dia tak mahu layanan double standard. Tapi kalau boleh sekarang, kurangkan bagi kerja. Sebab baru-baru ni kawan dia kena bunuh. Hampir-hampir kena rogol... Dah lah berlaku depan mata dia...”
            Encik Nazreen kemudian menyambung cerita dan melahirkan belas kasihan pada Eryna.
            Razak terkesima. Rasa nak ketuk kepada sendiri dengan senduk. Apa ke cabul sangat mulut dia pergi marah Eryna? Ya Allah...
***
            Jam sudah menunjukkan pukul satu petang. Punggungnya diangkat. Kakinya laju menuju ke meja Eryna.  Gadis itu masih dengan kerja autocad yang masih belum berkesudahan. Buat pelan dengan emosi tak stabil, memang tak akan memberikan apa-apa kepuasan.
            “Eryn....”
            Kerja-kerja Eryna terhenti.  Wajah Encik Zack langsung tidak terpandang. Rasa kecil hati dimarah tadi belum hilang lagi.
            “Saya mintak maaf... Saya tahu saya salah...” Pohon Razak lembut. Ya... dia memang melampau tadi. Terlalu...
            Diam. Langsung tak ada respon.
            “Eryn....” Lembut suara itu memanggil. Serius, dia tak pernah hayat pujuk orang apatah lagi seorang perempuan. Nak guna suara versi apa? Lenggok badan yang bagaimana, sungguh dia tak tahu.
            “Jom pergi makan...” Untuk pertama kalinya Razak yang mempelawa Eryna. Jika tidak, mulut homeh itu yang akan mengajaknya. Mengetuk pintu biliknya berulang kali dan memaksa dia untuk makan tengah hari.
            “Saya tak lapar..” Akhirnya gadis itu bersuara juga. Tapi perlahan. Lemau. Langsung tak ceria.
            Akhirnya Razak beralah. Dia tak boleh terus memberi tekanan pada Eryna. Lalu dia berlalu pergi dengan hati yang sebal. Seleranya nak makan pun mati begitu sahaja. Perlahan dia berkalih. Matanya merayap mencari wajah sunggul itu.
            Dan Eryna... sedang menatap bingkai gambar itu untuk kesekian kalinya. ‘Tabahlah Eryn... awak kena kuat.’
            Kan bagus kalau dia tidak bersikap marah-marah tadi. Pasti Eryna boleh melepaskan dan meluahkan perasaan yang terkubur di jiwanya. Tapi.... semuanya salah diri sendiri. Membuat spekulasi tanpa menelaah isi cerita. Sekarang... padanlah dengan muka sendiri kan.
***
            Minggu ni minggu akhir Eryna berpraktikal di sini. Makin lama, Eryna makin membisu. Kusut Razak dibuatnya. Hampir enam bulan dia sudah dibiasakan dengan gurauan senda Eryna. Jadi bila hilang, dia pulak yang rasa canggung. Malah sekarang, dia yang perlu memulakan perbualan dengan Eryna.
            Hari ini dia bangun pagi dan menyediakan bergedel untuk dibawa ke pejabat. Pandangan dan usikan dari emaknya terus ditolak ke tepi. Buat tak peduli sahaja. Apa yang penting, dia nak tawan tawa dan gurau senda Eryna.
            Sesampainya di pejabat, Eryna sudahpun berada di mejanya. Terus Razak mendapatkan kerusi dan duduk berhadapan dengan Eryna.
            “Saya bawak makanan kegemaran awak....” Bekas tupperware itu ditolak ke hadapan Eryna.
            “Saya tak lapar...”
            “Saya tak nak dengar alasan tuh...” ialah, saban waktu bila diajak makan, pasti itulah jawapan yang diterima. Sampai telinga pun dah naik muak. Jadi, kali ini dia akan pastikan Eryna makan jugak.
            “Encik....” Suara lemah itu muncul kembali.
            Senyap. Tak ada respon.
            “Okay.. nganga cepat....” Razak cuba buat gembel dengan menyuakan bergedel tersebut ke mulut Eryna namun ditepis perlahan oleh Eryna.
            Razak mengeluh.
            “Ini bukan Eryn yang saya kenal.... Mana Eryn yang saya kenal? Yang suka mengusik... Yang banyak cakap... Yang baterinya tak pernah habis... Mana Eryn? Boleh tolong pulangkan?”
            Eryna diam.
            “Dia dah pergi... Tapi yang hidup tetap perlu teruskan hidup. Awak tak boleh seksa diri sendiri dengan mogok bercakap, mogok makan, mogok untuk ceria... Tak boleh! Awak tak adil untuk diri awak sendiri...”
            “Macam mana saya nak ceria encik bila saya masih tak dapat tangkap pembunuh kawan baik saya?” Suara itu mula mengeras. Tidak suka dipaksa dan dituduh kejam pada diri sendiri. Dia bukannya mogok! Dia cuma belum mampu pulihkan semangat diri sendiri.
            “Awak dah buat kerja awak... Awak dah bagi lakaran tu pada pihak polis. Jadi biar polis buat kerja derang... Tapi awak tetap tak boleh bermurung macam gini. Awak dah buat keluarga awak, kawan-kawan awak susah hati...”
            ‘...dan awak dah buat hati saya jadi mati..’ Namun ayat itu hanya disambung di dalam hati.
            “Encik cakap senang sebab encik tak pernah rasa kehilangan? Encik tak pernah rasa sakitnya hilang seorang yang kita sayang...” Eryna mula nak membentak.
            Razak tolak kerusi ke belakang. Lengan Eryna ditarik. Dia tahu dia tak patut lakukan walaupun secara beralas. Tapi ini cara untuk memaksa Eryna mengikutinya.  Sempat dia bertembung pandang dengan beberapa orang pekerja yang nampak terkejut bila dia mengheret Eryna bersama. Dan mata itu termasuklah milik Salina.
            Kereta Honda Civicnya didekati. Pintu bahagian penumpang dibuka dan mengarahkan Eryna masuk.
            “Kita nak pergi mana?” Akhirnya, mulutnya berani nak bertanya selepas diserang terkejut tadi.
            “Saya nak tunjuk pada awak bukti kehilangan saya...” Jawab Razak keras tanpa memandang Eryna.
            Pemanduan Razak bermula dan berakhir di sebuah tanah perkuburan. Dashbord dibuka. Mengeluarkan songkok dan surah yasin yang sudah sedia ada di situ.
            Eryna gigit bibir. Mula keluar dari kereta tanpa diarah. Perlahan-lahan mengikut langkah kaki Razak yang tersusun sempurna.
            Yasin dihulurkan kepada Eryna. Akhirnya mereka sama-sama membaca yasin. Air mata Eryna mengalir tatkala menyambut bacaan Razak yang lancar dan tersusun dengan tajwidnya.
            “Haji Ahmad bin Haji Fuad. Dia bapa yang tiada gantinya... Saya hilang dia waktu saya umur tiga belas tahun. Sekejap je peluang saya nak bersama dengan dia... Dia seorang yang tegas bab agama. Seorang yang garang jugak. Tapi dalam pada masa yang sama, arwah seorang yang sangat suka membuat orang di sekelilingnya ketawa. Sungguh, hilang dia tiada ganti. Besarnya saya kerana nasihat-nasihat yang dia kirimkan buat saya. Dan secebis kenangan ketika kami bersama.”
            Razak terdiam sebelum menyambung kata.
            “Seorang yang awak cakap tak pernah kehilangan sebenarnya terlebih dahulu membawa beban tu Eryn... Berhadapan dengan tomahan orang tentang status ibu tunggal yang dipegang oleh mak membuatkan saya sebagai anak lelaki kena jadi kebal. Kebal untuk melindungi ibu, kakak dan adik perempuan saya. Arwah ayah saya cakap, semuanya disandarkan pada bahu saya... mereka adalah tanggungjawab saya...”
            Ada nada sebak di hujung kata-katanya.
            “Dah kehendak takdir Eryn... Hayat ayah habis di situ. Dia meninggal sebab kanser. Dan kami sekeluarga redha.. Awak pun kena macam tu jugak Eryn. Redha dengan pemergian kawan awak. Segala sesuatu yang kita miliki adalah pinjaman... Tak adil kalau kita bersikap tamak dan mahukan semuanya mengikut kehendak kita. Tuhan baik dengan kita dengan menitipkan orang yang baik bersama kita, tapi kita kena sedar... orang itu hanyalah pinjaman. Satu masa yang dijanjikan Allah, pinjaman itu perlu dipulangkan....”
            Panjang lebar nasihat dari Razak itu. Ya, dah lama dia tak bercerita sebegini rupa. Dah lama rasanya....
            “Saya bukan tak redha dengan pemergian Nadiah... Tapi saya sedih sebab kematian dia masih belum terbela.... Dan selagi pembunuh tu tak ditangkap, saya rasa tak tenteram... Setiap malam saya mimpikan manusia durjana tu encik... Dia dah buat lena saya sendiri hancur...” Luah Eryna dengan tangisan lagi.
            “Dia dah buat saya takut nak pejam mata... Dia dah buat saya hidup dalam ketakutan..”
            Razak diam. Mengubah posisi menjadi pendengar.
            “Encik... boleh saya pergi satu tempat?” Pinta Eryna penuh mengharap.
            Terus Razak mengangguk. Apa nak jadi di tempat kerja, jadilah... Yang penting semangat Eryna boleh kembali seperti sedia kala.
            Mereka sampai di taman gelora. Berhampiran dengan pantai yang terdapat banyak gerai makan disekelilingnya.  Mereka memilih sebuah bangku yang berhadapan dengan pantai untuk duduk.
            “Nadiah suka pantai.... Dia sangat taksub pada pantai..Pernah sekali dia cakap nak buat majlis kahwin dekat pantai. Saya cakap dia akan dapat dalam mimpi jeh.” Cerita Eryna sambil matanya tidak lepas memandang pantai.
            “Nadiah beri jam tangan dia... Dia kata dia tak mahu guna dah. Saya tak tahu pun itu tanda yang dia memang tak akan guna jam ni sampai bila-bila...” Air mata dah menitis.
            “Nadiah hadiahkan cincin. Dia kata sempena persahabatan kami.. Dia nak persahabatan kami ada tanda istimewa... Dia kata dia akan belasah saya kalau saya tanggal cincin nih..” Badan Eryna terhenjut-henjut menahan tangis.
            Razak yang mendengar hanya diam. Biarlah Eryna lepaskan semuanya.
            “Nadiah... saya betul-betul rindukan dia... Kasih sayang saya tak mampu melawan kasih sayang Tuhan pada dia. Nadiah... Aku doakan kau bahagia di sana. Aku akan doakan kau dari sini... Aku tahu kau anak yang baik, kawan yang baik, manusia yang baik... aku pasti kau telah jadi hamba yang baik...”
            Air mata dikesat kasar. Pernah satu hari dahulu Nadiah menegur tahi lalatnya yang berada di lengannya.
            “Weh, kau tahu tak apa maksud tahi lalat ni?” Suara Nadiah tak semena.
            “Apa maksudnya?”
            “Kau akan pangku orang yang meninggal...” Ujar Nadiah dengan muka yang serius.
            “Ya ke? Pangku mayat kaulah tuh...” Balas Eryna tidak serius. Mana boleh percaya pada semua itu. Itu semua khurafat!
            Air mata mengalir bila mengingatkan kisah itu. Bukan soal tahi lalat yang menjadi ingatanya. Tapi tentang lantangnya dia bersuara tentang isu memangku mayat itu. Bukankah kata-kata itu satu doa?
            “Eryn...” Panggil Razak. Tadi dia menghilang sebentar ke kereta. Mengambil sesuatu.
            Kertas dan pen dihulurkan pada Eryna.
            “Kalau awak ada kesempatan nak beritahu Nadiah, benda apa yang awak nak cakap? Awak boleh tulis dekat kertas ni...”
            Eryna yang menangis itu masih terkebil-kebil.
            “Buatlah.. orang cakap ini terapi. At least kita lega... Jangan simpan sendiri. Nanti hati bernanah dan rosak. Payah nak baiki.” Jelas Razak dengan senyuman ikhlas.
            Tanpa berfikir panjang, laju Eryna mencoret di kertas itu.

Aku tak tahu aku pernah cakap ke tak kat kau Diah... aku bangga ada kawan macam kau... dan aku sayang kau sangat-sangat... Hanya Allah yang tahu... Berbahagialah kau kat sana sebab kau tak pernah gagal membahagiakan aku Diah...

            Kertas yang sudah dicoret itu Razak ambil dan digubah menjadi sampan. Lalu Razak mengajak Eryna ke tepi pantai dan membiarkan ombak membawa pergi sampan itu.
            “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat memajukannya.”
            Razak berpaling ke sisi.
            “Dari Allah kita datang... dan padaNya juga kita dipulangkan... Kadang-kadang apa yang Allah hidangkan itu pahit dan tak kena dengan selera kita tapi percayalah.. ada khasiatnya yang kita tak tahu. Ada penawarnya yang mungkin kita tercari-cari. ” Tutur Razak tenang sambil menemani Eryna yang masih menangis.
***
            Balik dari taman gelora, terus Razak menghantar Eryna ke rumahnya. Sebelum itu sempat Razak singgah di pejabat supaya Eryna dapat mengambil beg tangannya. Tadi menonong sahaja keluar. Telefon bimbit pun tak sempat dicapai.
            Sewaktu hendak melintas jalan, nyaris-nyaris sebuah kereta yang meluru laju hendak melanggar Eryna yang melintas tanpa langsung melihat ke arah kiri dan kanan. Mujur Razak cepat menarik Eryna ke belakang.
            “Eryn....” Tegur Razak sedikit berang. Tak sayang nyawa betul!
            Eryna hanya menunduk.dan masuk ke dalam kereta. Sesampainya di perkarangan rumah Eryna, suasana perkarangan rumah sedikit hinggar dan terdapat kereta polis di luar kawasan.          
            Eryna yang cuak terus menapak masuk ke dalam rumah. Dan tubuhnya terus dipeluk kejap oleh si ibu. “Ya Allah... Eryn pergi mana?” Air mata yang basah di pipi dikesat oleh Eryna. Pelik kenapa ibu menangis.
            “Saya bawak Eryn keluar tadi mak cik..” Razak terpanggil untuk bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan.
            “Kenapa polis ada dekat rumah kita?” Tanya Eryna dengan wajah yang masih terkebil-kebil.
            Encik Ezrakil dan Puan Farafeesa saling berpandangan. “Tadi...” Baru sahaja Encik Ezrakil hendak bukak mulut, suara si isteri sudah menengah.
            “Tak ada apa-apa Eryn... Jom masuk rumah.” Arah si ibu kalut.
            “No Feesa.... Eryn kena tahu. Ini soal keselamatan diri dia sendiri.” Halang Encik Ezrakil lembut.
            “Apa yang ibu dan ayah cakap ni? Eryn tak faham?”
            Puan Farafeesa menjeling ke arah suaminya. Mengisyaratkan tanda tidak setuju. “Tak ada apa-apa Eryn.
            Encik Ezrakil langsung tidak mempedulikan amaran dari si isteri. Lengan si anak ditahan. Bahu si anak diusap perlahan. “Dia dah tahu.... Dia dah tahu Eryna bagi lakaran gambar dia pada polis. Jadi...dia... ugut untuk bunuh.... Eryn....”
            Kertas lukisan yang berada di tangannya tadi diserahkan kepada Eryna. Bagi dia, Eryna perlu tahu kerana ini adalah soal keselamatan Eryna sendiri. Jadi Eryna akan lebih berhati-hati. Jika Eryna tidak diberitahu, bimbang Eryna akan rasa terkongkong dengan apa yang mereka akan lakukan nanti.
            Eryna membuka kertas ugut yang ditulis dengan dakwat merah itu.
            Kau akan aku bunuh!
            Kertas itu terlepas dari tangan Eryna. Ya, seluruh badannya menggigil tika ini. Rasa macam roh hendak terpisah dari jasad sahaja
            Razak yang mendengar pulak naik gerun bila semua ini menjadi lebih serius. Malah lelaki itu mengugut untuk membunuh Eryna. Entah-entah tadi, lelaki itu yang hendak melanggar Eryna. Ialah, jika difikirkan secara logik... jalan sehala seperti tadi, mana ada kereta yang bawak dalam kelajuan yang melebihi had?
            Oh Tuhan... apa yang perlu dia buat sekarang?
            “Abang... Abang tak patut bebankan Eryna...” Marah Puan Farafeesa tak puas hati. Anaknya sudah begitu, nanti bimbang trauma Eryna jadi makin teruk.
            “Kita tak boleh pentingkan diri sendiri sayang.. Eryn berhak untuk tahu.. Tahu yang pembunuh tu nak bunuh Eryn sebab Eryn adalah saksi kejadian.”
            Terketar badan Eryna yang mendengarnya.
            “Kalau kita boleh beritahu Eryn, kenapa kita tak boleh beritahu Eshan? Eshan pun berhak tahu kan?” Pertikai Puan Farafeesa.
            Encik Ezrakil menggeleng. “Rasanya bukan Eshan sasaran pembunuh tu.. Lagipun, Eshan dah balik belajar. Dan dari gaya dia, dia nak kan Eryn sebagai mangsa seterusnya..”                            
            “Pak cik.... mak cik....” Panggil Razak cuba bertenang. Liur yang ditelan terasa kesat. Apa nak jadi, jadilah...
            Encik Ezrakil dan Puan Farafeesa yang sedang bertelagah itu mula berhenti dan memandang ke arah lelaki yang sedari tadi bediri di situ. Dari permerhatian mereka.. mungkin inilah Encik Zack yang sering dilukis oleh anaknya itu.
            “Izinkan saya memperisterikan Eryna!” Senafas ayat itu meluncur laju dari mulut Razak.
            Rahang Encik Ezrakil dan Puan Farafeesa terus menyembah bumi! Jantung Eryna pulak bagai hendak tercampak keluar.
***
            Encik Ezrakil meraut wajahnya berulang kali. Jam di dinding sudah menunjukkan angka lima pagi. Untuk memohon hati yang tenteram, dia bangun untuk bersujud. Memohon pertunjuk jalan Tuhan.
            Mendengarkan lamaran Razak itu, Encik Ezrakil masih lagi mampu bertenang. Tapi menerima kunjungan perminangan Razak malam tadi, hatinya disebar keliru. Melihat kesungguhhan. Melihat kematangan dan keyakinan dalam anak mata jejaka itu, Encik Ezrakil rasa berbolak balik.
            Balik rombongan meminang, nombor telefon birasnya dicari. Memohon pandangan lantaran dia bukanlah kenal mana dengan Razak. Hanya kenal melalui cerita-cerita Eryna tentang penyeliannya yang pendiam itu.
            Tapi dari segi bicaranya tadi, tak nampak macam pendiam? Tak nampak macam pemalu. Kata-katanya tersusun sempurna tika melahirkan isi hati untuk memperisterikan Eryna.
            “Terkejut aku Ajak masuk minang Eryna... Sepanjang tempoh lima tahun dia kerja dengan aku, dia okay orangnya. Tak banyak cakap, tak banyak karenah. Fokus dan matlamat tu ada... Aku rasa dia mampu untuk melindungi Eryna... Mungkin dia tak kuat.. Mungkin dia tak ada kuasa.. Tapi dia boleh lindungi Eryna dengan kasih sayangnya. Macam yang kau buat untuk memperisterikan Feesa dulu....” Encik Nazreen menghulurkan sudut pandangnya.
            “Abang...” Panggilan itu menyedarkan Encik Ezrakil yang sedikit mengelamun. Memandang ke arah isteri yang baru bangun untuk tidur.
            “Terfikirkan hal semalam ke?” Lengan si suami dipaut. Bahu suaminya dipinjam untuk menyandarkan kepala.
            “Abang tak tahu apa yang abang perlu buat. Nak setuju atau nak tolak... Eryn tu muda lagi. Belajar pun tak habis lagi. Lagipun, bila abang bagi Eryn dekat Ajak, abang macam beritahu dunia yang abang tak mampu nak jaga Eryn bila keadaan jadi macam gini. Macam abang nak lari dari tanggungjawab...” Ya... sebenarnya itulah yang berkelabu di fikirannya.
            “Abang.... Tak ada orang yang akan tuduh abang macam tuh. Ajak nak kahwin dengan Eryn pun bukan semata-mata sebab nak lindungi Eryna. Tapi sebab dia pun sungguh-sungguh sayangkan Eryna. Bukan ke abang sendiri cakap... akan ada seorang lelaki yang akan berjuang untuk membahagiakan Eryna nanti.”
            Nasihat si isteri pula.
            “Bila kita kahwinkan mereka.... Kita bukannya lari dari tanggungjawab. Tapi at least, ada tangan lebih yang membantu. Kudrat kita pun bukannya banyak mana...” Tambah Puan Farafeesa lagi.
            “Polis kan ada....”
            “Polis tak selamanya boleh bantu kita bang... Abang tak percaya pada kekuatan kasih sayang ke? Kasih sayang macam mana abang bahagiakan saya walaupun saya sedang bertarung nyawa dulu... Kekuatan abang yang membuatkan saya bahagia. Dan percayalah, kekuatan kasih sayang Razak boleh menyelamatkan Eryna jugak.”
            Encik Ezrakil meraut wajahnya berulang kali. Dia masih belum puas bermanja dengan Eryna. Dia masih belum menjadi lelaki utama dalam hidup Eryna. Dia belum bersedia untuk menyerahkan anak gadisnya sendiri.
            Terkenangkan perbualan mereka sebelum rombongan meminang balik.
            “Pak cik... saya tahu semua ni mengejutkan pak cik. Niat saya tak ada lain. Saya cuma nak bahagiakan Eryna. Dan saya nak melindungi Eryna disamping nak pulihkan semangat Eryna seperti sedia kala. Kalau pak cik tak bagi saya peluang, saya tak akan ada ruang untuk bersama dengan dia pak cik. Apa pun, semuanya terpulang kepada pak cik.” Ayatnya tersusun sempurna.
            “At least... Razak tak cekup anak kita. Dia mintak baik-baik dari kita. Bukan macam orang tuh...” Sempat lagi Puan Farafeesa memerli suaminya. Dahulu, Ezrakil yang memerangkap mereka supaya ditangkap khalwat. Hmm, tak perlulah diungkit kembali sejarah silam.
            “Tak payahlah perli-perli abang...”
            “Ishhh... abang fikir apa lagi? Eryn tu nanti yang berubahnya hanya title. Tapi dia tetap anak kita... Tetap anak manja abang. Abang janganlah risau sangat... Anak abang tu dah besarlah...” Puas diyakinkan si suami. Apa lagilah yang difikirkannya itu.
            “Sayang sorang je yang setuju.. Eryn pun tak cakap apa-apa lagi.”
            Puan Farafeesa senyum. “Abang kan ada telepati dengan anak perempuan abang tu...  Tak kan abang tak boleh nak tebak perasaan dia?”
            Duga si isteri sambil bangun meninggalkan suaminya yang masih termanggu-manggu itu.
***
            Yasin ditutup. Subuh pagi agak dingin seperti dinginnya si hati. Semalam dia sudah pun melakukan solat istiharah.  Tadi selepas bertahajud pun, dia sempat menunaikan istiharah sekali lagi.
            Terkejut? Siapa yang berada di tempatnya pasti akan terkejut pabila mendapat dua berita dalam satu masa. Satu nak kena bunuh! Yang kedua nak kerana peminangan mengejut dari Encik Zack.
            “Encik ni kenapa?” Tanya Eryna lemah. Otaknya tak berdaya nak berfikir di luar kotak lagi. Mulutnya dah tak larat tapi digagahkan demi sebuah jawapan yang diharap mampu memuaskan hatinya.
            “Kenapa dengan saya?” Tanya Razak semula.
            “Kenapa masuk meminang saya?”
            Encik Zack diam. Mencari jawapan gamaknya.
            “Saya nak jaga awak..”
            “Saya tak perlukan penjaga. So better Encik back off!”
            Sorry but I can’t.” Putus Razak serius.
            “Encik... Nikah kahwin bukan perkara main-main. Kenapa encik macam ni? Mana perginya Encik Zack yang pemalu? Yang pendiam itu? Yang tak peduli hal orang lain?” Entah dari mana kekuatan itu mampir untuk dia bersoal jawab dengan Encik Zack ini.
            Razak senyum.
            “Awak pulak? Kenapa awak macam ni? Mana perginya Eryna yang bercakap tak henti tu? Mana perginya Eryna yang ceria? Mana perginya Eryna yang suka mengusik tu? Mana perginya Eryna yang hati kering tu?” Soal Encik Zack sedikit tegas.
            “Saya nak jaga awak.. Saya nak lindungi awak... Izinkan saya bahagiakan awak Eryna.” Sambung Encik Zack lagi.
            Air mata Eryna merebes. Kenapa perlu jadi macam ni?
            “Saya tak perlukan simpati encik... Hidup atau mati saya di tangan Allah. Kita tak perlu takut pada pembunuh tuh... Kalau saya jadi isteri encik pun, itu tak bermakna dia tak boleh bunuh saya. Silap hari bulan dengan encik-encik sekali terbunuh.” Cukuplah diri dia yang bahaya. Kenapa nak libatkan orang lain pulak?
            “Pertama, saya tak simpatikan awak Eryn. Langsung tak ada... Saya buat ni... sebab... sebab... saya... sayang...kan... awak....” Lambat-lambat ayat itu keluar dari mulut Razak.
            Eryna tercengang. Encik Zack sayangkan dia?
            Sejak bila?
            Kenapa dia?
            “Macam awak cakap tadi, hidup dan mati tu ditangan Tuhan. Jodoh pun sama Eryn... Semuanya ditangan Tuhan termasuklah hati awak. Serahkan hati awak pada Dia sebab Dia akan serahkan hati awak pada yang selayaknya... Saya balik dulu. Saya redha apa pun keputusan awak...”
            Eryna duduk di birai katil dan menghamburkan tangisnya. Sungguh dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan? Mungkin dia perlu keluar dari rumah ini supaya keselamatan ahli rumah ini boleh terjamin. Tapi sanggup ke dia pertaruhkan nyawa Encik Zack pula?
            “Eryna...” Dari tadi si ayah merenung si anak yang sedang keliru mencari jawapan.
            “Eryn buntu....” Entah... Itulah jawapan yang berlegar di benaknya. “Ayah rasa macam mana?” Tanya Eryna meminta pertolongan.
            “Sejujurnya... ayah belum bersedia kehilangan Eryn. For me, you still my little princess.. Ayah terlupa yang satu hari nanti ayah tetap kena berkongsi kamu dengan seseorang.” Luah Encik Ezrakil sambil duduk di sebelah anaknya.
            “Kalau macam tu... Eryn pun tak mahu berpisah dengan ayah...” Air mata luruh lagi.
            “Jangan mengiakan kata-kata orang lain untuk menyenangkan hati orang lain sayang. Trust me, you’ll be a loser because you are compromising yourself.” Nafas ditarik dalam-dalam. Tapak tangan si anak dicapai.
            Mungkin sudah tiba masanya..... untuk kasih ini dibahagi dua.
            “Eryn mungkin dah berjumpa dengan lelaki yang akan mengetahui semuanya secara terperinci tentang Eryn... Dia terima segala kelebihan Eryn dan tahu semua kelemahan Eryn. Tapi pada masa yang sama, dia tetap mahu Eryn dan sukakan Eryn. Malah... dia nak berjuang untuk membahagian Eryn.”
            Encik Ezrakil berhenti seketika. Mengawal sebak. Dulu main sebat je ambil anak dara orang. Sekarang baru rasa terseksa melepaskan anak sendiri ke tangan lelaki lain.
            “Tapi kalau difikirkan semula, ayah tak boleh tamak. Ayah patut kongsi kasih sayang Eryn tu. Biar lelaki tu rasa yang dia akan begitu bangga sebab memperisterikan Eryn sebagaimana ayah terlalu bangga memiliki Eryna sebagai permata hati ayah. Ayah setuju.. Ayah redha... Mungkin dah jodoh Eryn. Mungkin dah takdir Eryn. Sekarang, semua terpulang pada Eryn...” Bahu anaknya ditepuk perlahan sebelum bangun dan meninggalkan anak gadisnya.
            Sungguh Eryna terperangkap dalam perasaan yang tiada hujung pangkalnya.
***
            Jari jemari yang berinai itu dipandang sepi. Baru minggu lepas Encik Zack melamarnya. Hari ini, dia bakal menjadi suri di hati Encik Zack. Entah! Eryna sendiri masih bingung dengan keputusan yang dia lakukan. Dia hanya pasrahkan untung nasibnya pada Allah.
            Mengikut ketentuan Allah.
            Eryna mendapatkan tempat di atas kusyen yang tersedia. Wajahnya diangkat. Memandang Encik Zack yang nampak tenang di hadapan tok kadi.
            Tangan bermain sesama sendiri. Gelisah sudah pasti. Mampukah dia menjadi isteri kepada Encik Zack nanti?
            Razak atur nafas dengan tenang. Perlahan dia berkalih memandang ke arah bakal isterinya yang anggun mengenakan sepasang baju kurung moden itu. Nampak sederhana tapi cukup cantik di matanya.
            Dia yang mahu begini. Mahu majlis pernikahan dijalankan secepat yang mungkin. Majlis resepsi pula akan diadakan pabila Eryna pulih sepenuhnya. Walaupun rata-rata terkejut dengan keputusannya, tapi dia bahagia. Bahagia kerana dia akan berjuang untuk Eryna... Berjuang untuk cinta yang baru menapak ini.
            Baru sahaja dia ingin menangkap huluran tangan tok kadi, tiba-tiba tingkap rumah pecah dibaling dengan objek keras. Terus ruang tamu yang dihadiri oleh ahli keluarga itu hinggar binggar.
            Encik Ezrakil bangun dan mendapatkan batu sebesar penumbuk yang digumpal bersama kertas itu.
            Seperti ugutan dahulu, tulisannya dan ayatnya masih sama seperti dahulu.
            Aku akan bunuh kau!
            Encik Ezrakil mendengus. Polis yang berkawal di luar pun tidak mampu untuk menangkap makluk durjana ini ke? Kali ini lelaki ini benar-benar melampau!
            Eryna bangun dan menghampiri ayahnya. Cepat-cepat Encik Ezrakil menyembunyikan kertas tersebut. Bahu Eryna diusap perlahan. Cuba menenangkan anak gadisnya.
            “Tak ada apa-apa Eryn...” Tak menunggu lama, terus Eryna hilang di dalam dakapan ayahnya. Terasa takut yang amat sangat! Dia tidak bimbangkan keselamatan dirinya... Tapi dia lebih bimbangkan keselamatan ahli keluarganya.
            Cukuplah dia hilang Nadiah.. Sungguh dia tak sanggup jika ada salah seorang ahli keluarganya yang akan terbabit sama.
            “Jangan takut Eryn... Tak ada apa-apa sayang..” Encik Ezrakil cuba untuk menutup kegelisahannya. Menutup gundahnya.
            Perlukan dileraikan. Eryna terus berkalih mendapatkan Encik Zack yang dari tadi sibuk memerhatinya.
            “Encik ada masa lagi...” Tutur Ernya perlahan. Penuh dengan rasa tak berdaya.
            Razak menyambut kata-kata Eryna dengan kerutan di dahi. “Masa apa Eryn?” Tak faham maksud Eryna.
            “....Masa untuk menarik diri. Saya tak mahu libatkan encik dalam masalah saya.. Saya tak mahu encik rasa terbeban bila memperisterikan saya nanti...” Air mata dah berjujuran. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini.
            Kaki dibawa ke arah Hajah Sumayyah.  Tangan tua itu dicapai. “Mak cik... cakaplah dekat Encik Zack... Pujuklah dia supaya batalkan semua ini...”
            Hajah Sumayyah mengesat air mata Eryna. Wajahnya sendiri basah dengan air mata. Jika ditanya hati tuanya, pasti dia juga takut untuk meneruskan semua ini. Takut jika nyawa anaknya pula  yang menjadi galang gantinya.
            Tapi manusia hanya merencana.... yang menjalankan takdir adalah Tuhan. Tak perlu ada syak wasangka padaNya. Jika sudah jodoh... jika sudah ajal... tiada siapa mampu menolaknya.
            “Jangan macam ni Eryn... Bila Allah uji kita, itu tandanya pertolongan Allah semakin hampir. Eryn tak boleh lemah macam ni...” Pujuk Hajah Sumayyah perlahan.
            Razak yang melihat Eryna menangis di bahu emaknya mula melangkah. “Eryn....” Seru Razak perlahan.
            “Tak ada apa  yang akan ditarik balik. Tak ada apa yang akan berubah... Saya tetap akan memperisterikan awak biarpun nyawa saya yang akan menjadi hantarannya... Saya tetap tak akan berganjak...” Tekad Razak.
            “Tapi....”
            “Tak ada tapi Eryn. Yakinlah dengan saya. Yakinlah dengan Tuhan. Yakinlah dengan takdir ini...” Ujar Razak cuba memberikan keyakinan pada bakal isterinya itu.
            Puan Farafeesa mula melangkah mendekati anaknya. “Sayang...mari.. benda yang baik tak baik kita lengahkan.”
            Dengan berat hati, Eryna bangun dan kembali ke tempatnya. Matanya dipejam rapat. Terbayangkan wajah Nadiah. Terbayangkan wajah lelaki kejam itu. Terbayangkan wajah ahli keluarganya. Terbayangkan wajah bakal suaminya juga.... Terbayangkan segala ketakutan yang akan terjadi.
            Tuhan.....aku melangkah atas belas kasih sayang hanya dariMu.
            Tuhan... aku berlindung sesunguhnya hanya dariMu.
            Tuhan... aku biarkan takdirku ditentukan hanya dariMu.
            Hanya dengan sekali lafas, Eryna Fasihah binti Ezrakil sah menjadi milik Razak Muhaimin.
            Ada air mata yang lahir. Ada senyum yang tumbuh. Ada rasa takut. Ada rasa bimbang. Ada pelbagai rencah yang dialami. Tapi Tuhan ada..... serahkan dan tawakal padaNya.
            Razak terus mengadap kiblat. Melakukan solat sujud syukur di atas rahmat dan perhatian Allah padanya. Moga hati ini diselaputi iman dan mampu menongkah dugaan dan cobaan dari Tuhan.
            Si isteri yang sedang menangis itu dirapati.  ‘Kasih.. kesatlah air matamu. Aku dah tiba.... Biar apa sahaja yang datang hari ini dan hari hari esok.. tetap aku ada melalui hari-hari selagi diizin Tuhan. Percayalah, aku akan ada selagi hayat ini dipinjamkan kepadaku...’
            Encik Ezrakil mengambil tangan anaknya dan disatukan dengan tangan menantunya. “Razak... Mulai saat ini ayah serahkan satu-satunya anak ayah pada kamu. Sayangi dia lebih dari ayah... cintai dia lebih dari ayah... Tapi andai kamu lukakan hatinya... hati ayah akan lebih terluka...” Sebak si ayah melontarkan suara.
            Terus Eryna memeluk si ayah. Ayah... yang selama ini menanggung bebannya. Yang melemparkan bahagia dengan kasih sayangnya. Yang menanggung dosanya... harapnya.. doanya... moga dia telah menjadi anak yang baik untuk ayah.
            “Tak mau nangis sayang...” Argh... bagi Encik Ezrakil.. Eryna tetap bayi perempuannya yang baru lahir semalam.
            Hilang di pelukan ayah, Eryna hilang di pelukan si ibu pula. Teresak-esak keduanya. Walaupun Eryna selalu melebihnya ayahnya dalam apa jua perkara tapi Puan Farafeesa tak pernah berkecil hati. Dia berbangga berkongsi Ezrakil bersama Eryna. Rebutlah baik hati si ayah. Rentaplah kasih sayang si ayah. Jadinya kau akan jadi manusia yang harmoni emosinya. Kental peribadinya. Kerana itulah yang Ezrakil ajarkan kepada dirinya sendiri.
            Usai berpelukan, Razak sudah menanti dengan gelang emas di tangannya. Katanya, biarlah jari Eryna terhias indah dengan cincin arwah Nadiah. Terkenangkan Nadiah... Hatinya remuk kembali. Tiada Nadiah di hari bahagianya... Tiada Nadiah sebagai pengapitnya. Tiada lagi Nadiah dalam cacatan hidupnya selepas ini..
            ‘Diah... Aku dah kahwin...’
            Pergelangan tangannya disarungkan dengan gelang yang dipilih sendiri oleh Razak. “Menjadi sebahagian daripada sesuatu yang akan membuatkan kita kuat... ya... sebahagian dari sesuatu..”
            Mata mereka saling menatap. Mengendong aksara cinta. Mendalami dalam tersurat penuh makna. Lalu memainkan satu rasa yang dipanggil irama yang hanya mereka yang mampu mendendangkan melodinya.
***
            Tangan Eryna bermain sesama sendiri. Jam sudah menginjak hampir jam dua belas malam. Majlis yang serba ringkas tadi akhirnya dijalani dengan meriah dalam kadar sederhana.
            Secepat ini rangkaan Tuhan tetang perjalanan hidupnya. Tidak terduga. Tidak terhidu dek gapainya.
            Ikhlas. Redha. Tawakal.
            Razak yang menyedari kegugupan Eryna mula memegang gadis itu. Sungguh, hati dapat tahu apa yang tak boleh digambarkan oleh pandangan mata. Dia faham kegelisahan Eryna itu.
             Eryna yang terkejut  hanya terkaku. Diam tidak berkutip. Sejak mereka duduk berdua, memang tak ada apa yang mampu mereka bualkan.
            Eryna yang menyepi. Razak yang memaku.
            “Tidurlah... dah lewat...” Razak menepuk lembut bantal di sebelahnya. Dia pun tak bercadang untuk membawa malam ini lebih jauh.
            “Saya.. saya.....” Tuhan ingkar jika seorang isteri menidakkan hak seorang suami. Dia tak mahu mengutip saham untuk dia ke neraka. Sungguh, walaupun perkahwinan ini express dan sedikit tergesa-gesa namun hukum agama tetap tidak boleh ditolak ke tepi hanya mengikut rasa hati.
            “Tidur Eryn... saya pun nak tidur ni...” Razak pun sudah siap mendapatkan tempat di sisi isterinya. Dia pun tak mampu nak baca hati Eryna. Eryna nak minta dia tidur di sofa ke? Macam yang pernah dia tengok dalam drama.
            “Encik....”
            Mendengarkan suara Eryna, terus Razak bangun.
            “Jangan panggil saya encik lagi Eryn... Saya bukan lagi penyelia awak. Saya kan dah naik pangkat dalam hidup awak....” Ujar Razak sedikit berseloroh. Namun malangnya lawaknya tidak disambut lalu membuatkan dia termalu sendiri.
            “Saya rindukan Eryna yang dahulu...” Luah Razak tanpa sedar.
            Eryna ketap bibir.
            “Jangan salah faham Eryn. Saya tak nak awak stress.. Dahlah... tidur...”
            “Erk... tanggungjawab....saya....” Ujar Eryna sedikit tergagap sambil menelan air liur yang terasa berpasir.
            Tangan Razak mendarat di kepala Eryna. “Buat masa ni.. Biarlah kita ambil masa untuk saling mengenali sesama kita dahulu. Tidurlah...” Tubuh isteri ingin ditolak perlahan tapi Eryna mencapai tangannya.
            “Redhakan tidur saya. Ampunkan salah saya.” Pinta Eryna ikhlas sambil mencium tangan Razak. Mohon Allah memberkati perkahwinannya ini.
            “Kalau awak tak mintak pun.... ampun dan redha saya memang untuk awak. Lagipun tak ada apa yang nak dimaafkan Eryn... Tidurlah...”
            Mendengarkan suara Encik Zack yang lembut itu. Hati Eryna jadi sejuk semula. Dibaring secara mengiring. Tidak mahu membelakangi si suami. Walau tiada rasa cinta yang bermaharajalela, darjat suaminya tetap akan diangkat tinggi.
***
            Tidur Razak jadi terganggu tatkala menangkap suara yang sayu itu. Suara yang bagai meminta pertolongan untuk keluar dari kepompong ketakutan.
            “Tolong jangan bunuh Diah....”
            Razak bangun dan membuka lampu tidur. Eryna meracau dalam tidur. Sesuatu yang telah dipesan oleh bapa mertuanya tadi. Kata Encik Ezrakil, sejak dari kejadian tempoh hari, tidur Eryna memang sering terganggu.
            “Eryn....” Pipi isterinya ditepuk lembut.
            “Jangan bunuh Diah... Jangan bunuh aku...” Tak semena air mata yang keluar dari mata Eryna membuatkan Razak kaget. Sampai begini sekali?
            ‘Oh tuhan... berikan belas ehsanMu kepada isteriku... Jangan kau hilangkan sabarnya. Jangan kau hilangkan tabahnya...’
            “Eryn... bangun...” Bacaan ayat kursi mula dibisikkan ke telinga Eryna.
            Terpisat-pisat Eryna membuka matanya. Mata yang mengecil itu makin membulat pabila melihat wajah seorang lelaki yang duduk di atas katil di dalam biliknya. Seketika, dia lupa siapa Razak di dalam hidupnya.
            “Apa encik buat kat sini hah? Encik Nak bunuh saya ke?” Terus Eryna bangun dan turun dari katil. Perlahan kakinya menapak ke belakang.
            “Eryn... ini saya.... Razak...kita kan baru menikah malam tadi?” Razak cuba mengingatkan si isteri yang bagai terlupa. Mungkin kesan daripada mimpi itu sendiri.
            “Menikah?” sepatah perkataan itu keluar dari mulut Eryna. Tangan bermain di kepala. Ya Allah... bagaimana dia boleh terlupa yang dia sudah berkahwin?
            Badannya terjelepuk ke lantai. Dia penat! Penat untuk melalui semua ini saban malam. Penat bila setiap kali bangun, dia bagai tak kenal dengan dirinya sendiri. Mimpi itu.. benar-benar menghantui lena hidupnya juga.
            “Eryn....” Razak mendapatkan isterinya yang sudah mula menangis itu.
            “Sampai bila saya kena lalui semua ni?”  Soal Eryna lemah.
            Kepala isterinya diusap. Kemudian beralih ke pipi pula. Air mata yang tumpah, dikesat pergi.
            “Setiapnya sudah sempurna... Satu persatu takdir tuhan dan disusun tanpa cela. Kita sebagai manusia tak boleh berhenti untuk hidup dengan melayan penat. Eryn saya orangnya kuat... Eryn saya orangnya tabah... Saya tahu... Saya tahu sangat...” Pujuk Razak lembut.
            Mata mereka saling menyentap rasa. Tangan Razak bermain di kening Eryna. Diusap perlahan. Rambut yang lepas bebas itu bermain di hujung jarinya.
            “Biar lena berlabuh... Biar sakitnya sembuh... Biar menghapus semua rasa yang merapuh...” Tanpa dijangka, sebuah lagu mula meniti lembut di bibirnya. Membuatkan mata Eryna sedikit berkedut. Barangkali terperanjat.
            Razak kembali menyambung. “Biar aku memberi... biar senyum kembali.. biar ku sentuh jari jemari.. pejamkan mata...” Bagaikan mengerti, Eryna terus memejamkan matanya.
            “Biar saja airmata menangis terus menangis.. biarkan lepas semua rasa perit... perit yang manis..” Air mata Eryna yang jatuh itu diseka lagi. Biarlah dilepaskan dari disimpan lagi.
            “Biar saja air mata mengalir terus mengalir... biar habis semua di bahuku...” Kepala Eryna dibawa rapat ke bahunya. Biarlah air mata isterinya jatuh di bahunya.
            “Jangan mahu sendiri... Jangan dibiar mati... Bawa kemari hati ke sini.. pejamkan mata...” Bahu isterinya ditepuk. Badannya bergerak ke kiri dan kanan. Biar si isteri lena di rangkulannya. Biar yang datang hanya indah-indah walaupun perit itu tetap ada. Dakilah gunung kesedihan itu kerana ada selautan kasih sayang yang sedang menantimu.
            Pergilah semua kisah sedih.                                                                             
            Pergilah semua rasa takut.
            Pergilah jauh dari dia yang aku cinta.
***
            Hari ini genap dua minggu dia menjadi suami Eryna Fasihah. Jadi lebih dari seminggu Eryna terperap sahaja di rumah. Ada risau yang bertandang di hati Razak. Ada kasihan yang bermain pelusuk hati Razak. Melihat si isteri yang bagai mayat hidup tanpa senyuman ceria.
            Rumah ini memang syurga. Tapi jika diperap seperti penjara ketakutan, rasa bahagia itu tetap boleh hilang.
            Balik dari pejabat, seperti biasa Eryna akan menyambutnya. Eryna akan melayan makan pakainya. Sesuatu yang sering dilakukan sendiri namun kini ada seorang kekasih  yang mengambil alih tugasnya.
            Sedang Eryna mengisi nasi ke dalam pinggan, matanya terpandangkan tali leher yang menjerut kemas leher si suami. dia mula teringat kejadian tempoh hari. Sewaktu Razak bersiap ke tempat kerja.
            “Eryn...” Panggil encik suami.
            Eryna yang tak banyak cakap terus merapati suaminya. “Boleh ikatkan tali leher?” Pinta Razak.
            Eryna patuh. Memang sering dia mengikat tali leher buat ayahnya pabila ibu sibuk di dapur ataupun ketika ayah hendak bermanja dengannya.
            Tak sampai dua minit, tali leher sudah tersedia cantik di leher Razak.
            Razak mengarahkan agar wajah si isterinya merapat sedikit. Seakan-akan hendak berbisik. Bila Eryna mendekat, ubun-ubunnya dicium lembut oleh Razak. Terpaku Eryna dibuatnya.
            “Buat bekalan semangat...” Razak cuba buat-buat biasa padahal hati dah luruh kemain. Ingat mudah ke nak ambil langkah pertama.
            “Kenapa pandang macam tu? Tak cukup ke?” Gurau si suami berani. Eryna terus menjarakkan diri. Sejak bila encik suami bertukar nakal ni?
            “Awak tak makan sekali?” Suara Razak menyedarkan Eryna.
            “Saya tak lapar..” Suara itu perlahan. Tak bernada. Tak berperasaan.
            Razak menarik kerusi di sebelahnya. “Mari makan sekali...” Ajak Razak lembut.
            “Kan saya cakap...” Eryna hendak memprotes tapi tangan suaminya terus menariknya untuk duduk di sebelahnya.
            “No excuse.... Sekarang nganga...” Spontan, sesuap nasi disua ke mulut Eryna yang nampak tergamam.
            “Kalau awak tak makan, saya pun mogok tak mahu makan...” Paksa Razak lagi. Akhirnya Eryna mengalah juga. “Saya suap sendirilah...” Dia hendak bangun untuk mengambil pinggannya sendiri namun sekali lagi dihalang.
            “Tak payah... Budak kecik kalau makan suap, dia makan banyak sikit...” Razak berharap, suara Eryna akan membantah dan membetulkan kata-katanya. ‘Saya bukan budak kecik...’ Tapi isterinya itu kekal diam.
            Apalah usaha yang boleh dia lakukan untuk mengajak Eryna petah bercakap seperti dahulu lagi.
            Apa sahaja makanan yang disua kepadanya, Eryna telan sahaja. Namun masuk suapan kelima, Eryna mula menolak.
            “Sikit je...” Komplen Razak tak puas hati.
            “Saya tak boleh telan dah...”
            Melihat muka Eryna yang sudah tidak boleh menerima makanan itu, akhirnya Razak mengalih. Usai makan, dia ikut turut membantu Eryna mengemas meja. Jam di tangan pun sudah menunjukkan angka tujuh malam.
            “Eryn.... Nanti awak kemas barang ya.. Saya nak bawa awak pergi satu tempat.”
            Dahi Eryna mengerut. “Tapi ayah kan tak bagi saya keluar dari rumah..”
            “Saya dah mintak kebenaran dari ayah. Awak jangan risau.”
            Ya.. bukan mudah untuk memujuk bapa mertuanya itu. Terkesan riak kerisauan yang tak berpenghujung. Namun banyak kali diyakinkan yang dia akan menjaga Eryna sungguh-sungguh. Dia cuma hendak membawa Eryna keluar dari kepompong kesedihan ini buat seketika.
            Pemergian Nadiah memberi tamparan yang besar.
            Ugutan pembunuh itu lagilah membuatkan hidup Eryna terumbang ambing sendiri.
            Yang nyata, mereka tak perlu takut hidup hanya kerana ugutan tersebut. Nanti jiwa itu akan mati sebelum ajalnya. Itu yang Razak tidak mahu. Eryna perlukan udara segar untuk bernafas. Lagipula, ajal maut di tangan Tuhan. Bukan di tangan pembunuh itu.
            Kerja-kerja Eryna terhenti. Razak yang mula perasan mula menyambung ayat. “Jangan risau... Saya kan ada. Saya akan jaga awak walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa saya sekalipun.” Tutur Razak serius.
            Eryna ketap bibir. “Boleh tak jangan cakap macam tu?” Luah Eryna tak puas hati.
            “Cakap macam mana?”
            “Cakap yang awak akan pertaruhkan nyawa awak sekalipun... Saya tak suka. Keselamatan saya tak perlu pertaruhkan nyawa sesiapa pun...” Ada nada tegas di situ. Memaknakan kata-katanya.
            “Hmm... Awak sayang saya ya...” Entah kenapa, hati Razak tak malu untuk melontarkan soalan itu.
            Muka Eryna panas membahang.
            “Okay.. Diam tu tanda setuju.” Razak senyum pendek tapi penuh makna.
            “Awak boleh bela diri Eryn...” Usik Razak memberi peluang.
            Eryna mencemik. Suaminya ini memang sengaja.
            “Jadi memang betullah awak sayang saya ya....” Kening terangkat, bibir pulak senyum senget.
            Hati Razak diserang kompang bertalu-talu. Bahagianya menikmati keindahan paras rupa Eryna yang pemalu itu. Malu itulah yang membakar perasaan lelakinya. Demi Tuhan, dia akan bahagiakan Eryna Fasihah.
***
            Mereka keluar dari rumah dalam jam sepuluh malam. Keluar dari pintu belakang dengan menggunakan kereta Hajah Sumayyah. Mungkin pembunuh itu ada memerhatikan kawasan depan dan tidak terpandangkan kawasan belakang rumah ini.
            Ketika keluar rumah tadi, ayah dan ibunya nampak risau sungguh. Mungkin sedikit berat hati tapi sedikit pun mereka tidak menghalang.
            “Ayah percayakan Ajak... Tolong jaga anak ayah.” Bisik Encik Ezrakil di telinga Razak tadi.
            Eryna diam. Tidak bertanyakan kemana hala tuju pemanduannya ini. Tidak seperti dahulu.. Mulut itu ringan bertanya itu ini sampai Razak sendiri penat nak melayan. Ya... Razak memang rindukan Eryna yang dahulu.
            Tapi dia percaya ketentuan Tuhan... Jika Eryna tak berubah sedrastik ini, Razak sendiri tak akan sedar yang dia sebenarnya sayangkan Eryna. Jika peristiwa ini tidak berlaku, mungkin dia sendiri masih bertimbang sendiri untuk memperisterikan Eryna.
            Tangan Eryna bermain sesama sendiri. Mungkin isterinya cuak. Takut barangkali. Terus tangan kiri Razak mengelus lembut tangan Eryna. Menghulurkan rasa tenang pabila hati rasa tidak senang.
            “Kita nak pergi mana sebenarnya?” Kegelapan jalan di hadapan membuatkan dia takut. Hutan-hutan di sekeliling mencambahkan rasa gementar.
            “Sungai Lembing.”
            Berkerut dahi Eryna menyambut jawapan dari si suami. Sungai Lembing? Ada apa di sana sehingga membawa si suami membawanya ke hujung dunia itu. Kawasan tersorok dan terpelusuk yang tak punya apa-apa yang menarik.
            “Tempat tu tak mewah... Tak ramai orang.. Tapi saya janji yang awak akan tenang di sana... Trust me... You will be like it thats place..” Seperti memahami, Razak bagi ayat pujuk.
            Sesampainya di sana, jam hampir menunjukkan angka dua belas malam. Mereka menginap di sebuah homestay yang agak besar dan cantik. Malah homestay tersebut turut mempunyai balkoni yang membolehkan mereka melihat terus ke dada langit.
            Bulan penuh!
            “Cantiknya bulan weh... Macam aku...” Jerit Nadiah kuat sewaktu mereka sama-sama melepak di tepi pantai ketika menghabiskan hujung minggu bersama.
            “Kalau kau teropong bulan tu bebetul, tak cantik pun.. berkarah tau tak.. Macam muka kau tuh. Kalau dalam gambar kemain cantik lagi. Almaklum, guna kamera 360. Tapi kalau berdepan, pergh... segala anak beranak jerawat boleh nampak kot...” Kutuk Eryna tak bersalah.
            Air mata mengalir dengan sendirinya. Bertahun hidup bersama. Banyak sungguh kenangan yang tidak terpadam.
            “Eryn....” Bahu si isteri ditelus perlahan. Secebis memori yang bersisa itu mungkin  membuatkan jiwa cik isteri pedih dan serik.
            “Kan bagus kalau saya hilang ingatan... Tak lah saya teringatkan semua benda yang manis tapi menyakitkan tuh....”
            “Salah Eryn... Tuhan bagi secebis ingatan. Tanda kasih sayang dia pada awak... Jangan menidakkan aturan tuhan.”
            Eryna tarik nafas. Tak mahu kata-katanya nanti membuatkan separuh hati lara dengan nikmat tuhan yang lain.
            “Whatever happens, only happen for reasons. He know it...” Pujuk Razak lagi. Bahu Eryna ditarik. Kepala Eryna disandar ke bahunya. Biar berlabuh semua penat itu.
            Tanpa segan, Eryna memperketatkan pelukan. Terasa damai dengan pujukan seperti itu. “I’m just going with the flow. Whatever will be, will be...”
            Mata mereka saling bertatapan. Kemudian beralih ke arah bulan yang sedang mengambang cantik.
            “Bulan itu... walau ditutup kabusnya awan, cantiknya tetap tak hilang. Awak pun... dikabus sendu yang kelam, cantiknya awak tetap hidup di mata saya...” Razak sendiri terpaku mendengar bait milik sendiri. Sejak bila dia pandai bermadah.
            Cinta.... itulah yang memungkinkan segalanya.
            Eryna terpana. Hilang kata-kata. “Kalau Allah bagi sakitnya hati.. resahnya jiwa, percayalah... Allah akan kirimkan penawarnya jugak.” Bait-bait nasihat Nadiah menari di gegendang telinga.
            “Jom tidur Eryn... Pagi esok kita nak bangun awal.” Ditarik si isteri agar menbuntuinya masuk ke bilik mereka. Moga ciptaan Allah yang indah esok, akan menghidupkan semula emosi si isteri yang hampir terbunuh itu.
***
            Seawal lima setengah pagi, Razak sudah mengejutkan Eryna. Terpisat-pisat si isterinya itu memandang Razak. Tidurnya lena malam ini. Mungkin ditemani suasana baru. Mungkin juga kerana malam ini, tidurnya berbantalkan lengan Encik Zack.
            “Kenapa nak bangun awal sangat?” Tanya Eryna tak faham. Suasana pagi dingin. Sejuk hingga membeku ke tulang. Tangan melingkar ke tubuh. Suasana kampung seperti ini hanya membuatkan diri hendak berkubang dalam selimut.
            “Kita nak panjat Bukit Panorama...”
            Razak tarik lengan si isteri yang masih terkebil-kebil itu. Mamai lagi gamaknya. Isterinya dipimpin hingga ke pintu bilik air.
            “Tak payah mandi pun tak apa... Gosok gigi dan cuci muka je. Lepas solat subuh nanti kita pergilah.. Nak panjat bukit tu ambik masa empat puluh minit jugak...”
            Eryna pandang rambut suaminya yang masih basah. Tak tahulah macam mana Encik Zack boleh tahan sejuk dengan mandi pagi-pagi nih.
            Lambat-lambat dia menampak ke lantai bilik air yang basah Memang sejuk. Menyedari yang dia tidak mengambil keperluannya, dia mula berpatah balik ke beg sandangnya. Barang-barang mandi mula dikeluarkan namun tangannya mengagau mencari berus gigi yang hilang entah ke mana.
            “Cari apa tu?” Tanya Razak.
            “Berus gigi...” Serasanya, dia memang ada mencapainya semalam. Ke tertinggal di mana-mana?
            “Ada tak?”
            Eryna melepaskan nafas. “Tak ada...” Nak pergi beli kat kedai pun, kedai bukannya bukak lagi seawal ni.
            “Nah... guna saya punya.” Berus gigi miliknya diserahkan kepada Eryna.
            Rahang Eryna terjatuh. Laju kepalanya menggeleng. Mana pernah biasa berkongsi berus gigi.
            Razak tersengih. “Kenapa? Geli?” Soalan itu membuatkan Eryna tersedar. Pasti suaminya berkecil hati.
            “Erk.. bukan macam tuh...” Eryna kering idea nak menipu. Sebab apa tak boleh? Dia bukan geli... dia entah... boleh tak isi jawapan itu ditinggalkan dengan tempat kosong?
            “Kalau kita boleh kongsi katil.. kongsi selimut.. kongsi bantal... Kenapa kita tak boleh kongsi berus gigi kan?” Pujuk Razak lagi.
            “Alah... Eryn pejam mata je. Anggap je macam tak tahu yang Eryn guna berus gigi saya..” Razak bagi idea lagi.
            “At least... boleh jugak gosok gigi kan. Tapi kalau Eryn tak kisah, tak payah gosok gigi... lepas turun mendaki nanti baru gosok.” Razak sengaja memutar belitkan otak Eryna sendiri. Biar gadis itu bingung dan akhirnya menerima pelawaannya ini.
            Dan seperti yang diduga... tangan Eryna akhirnya mencapai jugak berus giginya itu. Razak senyum di dalam hati.
            Eryna kedutkan dahi. Lepas ini, dia akan pastikan yang dia akan capai berus gigi dahulu sebelum barang lain. Benda alah yang penting tu pun dia boleh tinggalkan.
            “Eryn... Kita dah berkongsi hidup dah... apalah sangat berus gigi tu kan?” Razak kenyit mata. Kenakalan yang sering Eryna lakukan padanya. Sekarang, dia rasa seronok... Rupanya seronok mengusik seseorang yang kita sayang.
            Tak menungu lama, Eryna masuk ke dalam bilik air. Berus gigi si suami dipandang lama. Tak semena hati diserang vibrate..
            Usikan Nadiah bergema lagi di corong hati. “Alah... hati kau tak vibrate sebab kau tak nampak lagi sisi yang lain tentang dia. Cuba kalau dah jumpa... Bukan takat vibrate, lepas ni hati kau mesti berdering... kring...kring...”
            Eryna pejam mata. Air mata mengalir lagi. Betullah kata orang. Kenangan itu sakit sebab kita tak mampu nak ulangi semula saat manis itu...
            Dia tak tahu apa perasaannya pada Encik Zack? Yang pasti... dia rasa dilindungi dan disayangi.
***
            Rahang Eryna jatuh menyembah bumi tatkala ketika berada tangga pertama sebelum mendaki. Gila tinggi. Walaupun keadaan di sekeliling gelap namun dia masih boleh menangkap kehadiran tangga yang agak curam itu melalui lampu suluh di tangannya.
            Wajahnya berkalih ke arah Encik Zack. Biar betul?
            “Saya tak nak naik boleh?” Dia bukan seorang budak yang aktif bersukan. Sungguh, dia benci aktiviti luar seperti ini.
            “Mana boleh... Awak kena naik. Kat atas sana memang cantik gila.. Penat awak akan terbayar.. Percayalah..” Pujuk Razak lembut. Kaki kanan sudah naik satu anak tangga. Tangan kiri dihulur ke arah Eryna yang masih memaku.
            “Saya tak boleh...” Belum apa-apa, dia sudah mengalah kerana dia sedar keupayaan kemampuan dirinya.
            “Jangan risau.. saya kan ada...”
            “Kalau tak larat...”
            “Kita berhenti rehat. Cepat sayang.. dah pukul enam pagi ni. Kita kena sampai awal sebelum dia sampai dulu..” Ujar Razak semangat.
            “Dia tu siapa?”
            “Dah naik nanti awak tahulah.. jom..” Tangannya ditadah lagi. Mungkin dia boleh menarik Eryna sendiri namun dia mahu Eryna ikut dengan kerelaan hatinya sendiri.
            Dengan sedikit teragak-agak, tangan si suami dicapai. Lafaz bismillah bergema dalam hati.
            Tak sampai suku perjalanan, dia sudah tercungap. Razak menghulurkan minuman. Diteguk perlahan oleh Eryna. “Saya tak boleh...”
            “Awak boleh... jom...” Razak menghulurkan tangannya lagi.
            Mereka mendaki lagi. Penuh berhati-hati kerana sesetngah bahagian tangga sudah rosak dan memerlukan mereka memanjat tanah yang tidak bertangga. Eryna berhenti lagi. Rasa tak mampu...
            “Tak jauh dah... sikit lagi...” Pujuk Razak lembut.
            “Saya dah tak larat...”
            “Kalau macam tu, biar saya kendong..” Terbeliak mata Eryna menyambut ungkapan suaminya. Kendong? Ingat ini tanah rata ke? Ini nak daki bukitlah.. Curam pulak tuh.
            Sedang mereka masih mencari jawapan, Eryna menangkap kehadiran seorang warga cina yang agak tua. Malah bertongkat lagi. Tapi perlahan-lahan di menapak ke bahagian atas. Meninggalkan dia dan Razak.
            Razak memandang si isteri. Tahu apa yang bermain di benak Eryna. “Tak kan Eryna nak kalah dengan uncle tuh... Dia boleh, tak kan Eryn tak boleh...” Pyscho Razak lagi. Tangan dihulur lagi. Dia ingin Eryna tahu yang Eryna boleh berharap padanya. Eryna boleh percaya padanya.
            Tangan Razak disambut dan mereka meneruskan pendakian hinggalah ke puncak bukit. Suasana masih gelap kerana jam belum lagi menunjukkan angka tujuh pagi.
            Mereka melepaskan lelah di atas bangku yang sudah tersedia. Mata melepaskan pandang ke arah bukit bukau yang tersergam indah dengan kehijauan walaupun suasana sedikit gelap.
            Air mineral dihulurkan kepada si isteri. Dingin pagi ini begitu menusuk. Nampak Eryna peluk tubuh erat walaupun tubuh itu sudah bersarung dengan sweater.
            Razak gigit bibir. Bukan ke kalau dalam drama, si hero akan menanggalkan jaketnya dan menyarungkan ke tubuh si heroin. Perlu ke dia buat macam tu?
            “Kenapa awak senyum?” Tegur Eryna pelik.
            Razak sambung senyum dan menanggalkan jaketnya. Ditebar ke tubuh Eryna yang terkejut bersulamkan sejuk itu.
            “Biasa kan orang buat dalam drama...” Ujar Razak sambil tergelak kecil.
            Eryna diam tidak membalas. Dia memang kesejukan tapi tak adil kalau dia pentingkan diri sendiri dengan membiarkan suaminya kesejukan dengan t-shirt nipis walaupun tetap berlengan panjang itu.
            “Awak pakailah...”
            “Tak apa... kan tugas suami untuk lindungi si isteri. Apalah sangat sejuk Malaysia ni. Lagipun sejuk ni boleh buat kita rasa segar... Awak lainlah, lemak pun tak ada nak membakar..” Usik Razak menanti si celoteh itu kembali membalas.
            Namun masih hampa. Eryna masih diam beribu bahasa.
            Mereka saling bertukar diam.
            “Fasihah....” Panggilan itu membuatkan Eryna sedikit tersentak. Matanya berkerut bertanya menyeru kenapa?
            “Awak reserved nama tu untuk saya kan...” Ya, bukan ke dulu Eryna pernah menawarkan nama itu untuk dipanggil olehnya.
            “Saya harap awak akan fasih seperti dulu... Saya bukan benci awak yang sekarang, tapi saya terlalu suka dengan Eryna yang dahulu...Walaupun kadang-kadang menyakitkan telinga, tapi at least hati rasa tak perit macam sekarang.” Luah Razak lembut.
            Mata Eryna sayu memandang ke arah suaminya.
            “Awak tahu kenapa kita panjat bukit ni? Sebab awak akan tahu betapa sukarnya nak naik ke puncak kehidupan. Betapa setiap perjalanan tu menangih rasa penat. Bagi yang melayan penat, kita akan berhenti dan mengalah. Tapi sesetengah manusia kebal hati dan bebal jiwanya.. Dia tak mengalah tapi terus berjuang hingga ke puncak. Macam uncle tadi, kudratnya tak banyak mana lagi... Tapi semangatnya tak pernah patah. Hidupnya mungkin dah tak lama... tapi siapa dia untuk berhenti sebelum masanya tiba?”
            Eryna terkedu. Sekali lagi tak percaya yang ayat ini keluar dari mulut suaminya yang pendiam.. yang tak banyak cakap...
            “Bila awak dah sampai ke puncak...awak akan tahu betapa tuhan nak tunjuk hidangan istimewa buat hati yang kental itu...” Jari terlunjuk Razak terhala ke arah satu sudut.
            Sinar matahari mula memancarkan cahayanya.
            Kecantikkan membuatkan Eryna bangun dari duduknya. Ya Allah... cantiknya..
            “Dialah yang kita tunggu dari tadi. Dan alhamdulilah, isteri saya ni kuat emosi dan jiwanya.. Sebab kalau dia melayan kalah, dia tak akan melihat menu istimewa ini..”
            Jari jemari Eryna diraih. Dia tahu... dia bukannya lelaki yang romantik. Yang kaya dengan bahasa penuh madah. Dia suka ada simbolik disebalik apa yang dia lakukan untuk si isteri. Ini caranya... Ini jalan sayangnya.
            Harap si isteri memahami.
            Harap si isteri menerima.
            Mereka sama-sama merenung ciptaan Tuhan yang makin nyaring menyemarakkan cahaya.
            “Macam tu jugak dengan dugaan hidup ni... Kalau kita kalah awal, kita tak akan nampak nikmatnya apa yang Allah hidangkan pada kita. Hilangnya sesuatu itu.. sebab Allah nak nak gantikan dengan lebih baik. Siapa tahu kan?”
            Mata Eryna mula bertakung.
            “Kenapa...? Kenapa dulu awak tak macam ni?” Anak mata dibawa menghadap wajah suaminya.
            “Sebab kalau saya macam ni dengan semua orang, habislah semua orang sukakan saya...” Pertama kali Eryna menampan ayat perasan yang keluar dari mulut suaminya.
            Dan Eryna..... sudah boleh tersenyum.
            Razak terkebil memandang senyuman itu. Senyuman yang sudah lama mati dari wajah itu. ‘Tuhan, tiada bahasa yang mampu aku bahasakan untuk rasa syukurku yang tidak terperi atas belas ehsanMu ini..’
            Walaupun ramai pengunjung yang sudah sampai ke puncak bukit, Razak langsung tidak peduli. Tubuh isterinya ditarik dan dibawa dekat ke pelukannya.
            “Demi Tuhan.... saya sayangkan awak.... Sudilah awak terima apa adanya saya sebagai suami awak..”
            Dan airmata Eryna terus luruh menampar wajah yang tersenyum.
***
            Turun ke bawah, terus Razak membawa isterinya bersarapan di food court yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Lembing.
            Seronok bila pagi-pagi lagi dia boleh makan Mee Jawa kesukaannya. Di sini, memang antara tempat Mee Jawa terbaik yang dia pernah rasa selain dari dimasak oleh emaknya.
            “Nanti satu hari nanti... saya harap awak boleh masakkan saya Mee Jawa ni..” Pohon Razak ceria.
            Eryna tak banyak cakap. Bibirnya hanya menguntumkan senyum. Dan itu sudah memadai untuk Razak sendiri. Selepas itu, mereka balik berehat sebelum memulakan aktiviti di sebelah petang pula.
            Mereka menyewa basikal dan meronda kawasan tengah bandar. Nampak jelas kecerian sudah menapak di dalam jiwa Eryna. Dia sudah mula ketawa walaupun mulut masih tidak bising-bising seperti dahulu.
            Setelah puas meronda, Razak membawa Eryna ke Kuala Kerna di Sungai Lembing ini. Sekali lagi Eryna pelik. Kenapalah dia langsung tak tahu ada tempat menarik di hujung dunia ini? Dia selalu fikir Sungai Lembing adalah pelusuk dunia yang hanya terkandung berjuta sejarah dunia.
            Tapi dia lupa.. Tempat sejarah pastilah mempunyai banyak kelebihan yang tidak disedari oleh sesetengah manusia sepertinya. Kalau Encik Zack mungkin berbeza kerana dia suka travel dan sukakan aktiviti lasak.
            Sungguh.... berbeza benar dengan dirinya ini. Mungkin ini yang dinamakan jodoh. Bertemu tidak jemu. Berpisah akan mengundang gelisah.
            “Sejuk...” Adu Encik Zack pabila mereka meletakkan kaki di dalam air.
            Terus mereka beralah dan menyediakan tempat untuk membuat BBQ. Lama Eryna memandang ke arah suami yang tekun menghidupkan api. Kata suaminya, di sini memang payah jika hendak memancing. Jadinya, mereka terus membeli bahan-bahan untuk dibakar.
            “Kenapa pandang saya macam tu?” Tegur Razak yang perasan. Malu dipandang begitu tapi bila mengenangkan yang Eryna sedang mengalami proses baik pulih emosi, itu yang dia tegur.
            “Saya tertanya-tanya... Kenapa saya yang menjadi pilihan awak. Bukan Kak Salina...” Setelah difikir fikir, dia berasa kesian pada Kak Salina yang gigih untuk mengurat Encik Zack satu ketika dahulu.
            “Bukan saya yang pilih awak... tapi jodoh yang temukan kita. Lagipun, bila saya hilang awak, saya sedar yang saya pun dah hilang diri saya sendiri.... Sejak itu saya sedar yang saya perlukan Fasihah saya...” Agak janggal memanggil nama Fasihah. Namun dia mahu biasakan. Biarlah hubungan yang biasa ini dimulakan dengan panggilan yang luar dari kebiasaan.
            Udang, sotong, ayam dan daging mula ditelakkan di atas tempat BBQ. Mereka senyap merenung hidangan.
            Eryna senyum pabila melihat muka Encik Zack sekali lagi kotor terpalit arang. Kali ini, dia menggunakan tangannya sendiri untuk membersihkan kotoran itu.
            Tangan yang menyapa mukanya dicapai.
            “Fasihah.... awak bukan tetamu di hati saya tapi awak penghuni di dalam ni..” Tangan itu dibawa mendarat ke dadanya. “Jadi sila duduk diam dan jangan berani untuk keluar dari landasan itu... Saya tak akan benarkan.”
            Sekali lagi Eryna terkesima menerima ayat dari suaminya. Tuhan ambil seorang sahabat darinya. Tapi dia kurniakan seorang suami dan teman baru. Walaupun tak sama, tapi kondisi mereka tetap serupa.
            Tuhan tak akan bagi semua benda yang kita sayang dalam masa yang sama. Dia akan ambil satu dan gantikan dengan yang baharu. Tuhan adil pada manusia... jadi janganlah bertindak untuk mengadili percaturan Tuhan.
            ‘Diah... betul cakap kau.. Nikmat disayangi itu sangat indah... Teramat indah....’
***
            Mereka balik dalam keadaan sedikit tergesa pabila Razak mendapat panggilan daripada bapa mertuanya. Si isteri yang tidak mengetahui memandang suaminya dengan perasaan pelik.
            “Semuanya okay kan?”
            Razak yang sedang memandu berkalih dan meramas lembut jemari Eryna. “Semua okay..” Razak bagi jawapan tegas tapi air mukanya tidak menunjukkan sebarang keyakinan.
            Hati Eryna dah mula rasa tak senang.
            Sesampainya di rumah, terus Eryna meluru keluar dan masuk ke dalam rumah pabila melihat beberapa buah kereta polis yang terpakir di luar. Ya Allah, apa lagi yang telah berlaku.
            “Ayah....” Tubuh si bapa dirapati dan dipeluk erat. Syukur bapanya tidak apa-apa. Matanya bertembung pula dengan mata si ibu. Syukur jugak ibunya selamat.
            “Apa yang dah jadi?” Tanya Eryna nak tahu. Anak mata menghulurkan keyakinan bahawa dia mampu menerima apa sahaja khabar yang keluar dari mulut bapanya nanti.
            “Dia masuk dalam rumah kita dan tampal ugutan itu...” Serentak, anak mata mereka bergerang ke arah almari kaca yang terletak cantik di satu sudut. Namun kini, sebuah nota sama seperti dahulu ditampal di almari tersebut.
            Eryna terduduk. Kepalanya menggeleng laju. Sekarang, bukan soal keselamatannya sahaja. Tapi kini sudah beralih kepada seluruh ahli keluarganya. Mana mungkin hati dia tidak bimbang?
            “Mengikut daripada lakaran yang dilukis oleh Puan Eryna, pembunuh itu dikenali sebagai Malik dan dia seorang banduan yang pernah dipenjarakan dua puluh tahun atas tuduhan merogol. Nampaknya, dia tak puas hati bila kita edarkan gambar yang dilukis itu kepada pihak media.” Ujar Inspektor Amril pada mereka sekeluarga.
            “Jangan risau Encik Ezrakil, kami akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan rumah Encik.”
            Eryna menggeleng. Tanda tak setuju. “Saya dah tak larat dah nak main sorok-sorok inspektor...” Punggung Eryna diangkat.
            “Apa maksud puan?”
            Eryna telan air liur. “Kenapa tak masukkan saya dalam lokap sahaja. Senang kan? Kita memang tahu yang pembunuh tu tak akan berani sampai ke balai polis sendiri...”
            “Apa yang Eryn cakap ni?” Soal Encik Ezrakil tidak faham. Janganlah Eryna hendak bertindak yang tidak-tidak. Dia pasti tak akan mempersetujuinya.
            “Sebab hasilnya sama ayah... Eryn terkurung ketakutan pada dia. Lama mana Eryn boleh bertahan hidup macam ni. Sehari? Seminggu? Sebulan? Siapa tahu kalau semua ni makan tahun...” Luah Eryna lantang.
            Lepas ini dia ada satu sem lagi di UiTM. Tak kan dia nak sia-siakan semua ini begitu sahaja?
            “Mungkin dah tiba masanya kita keluar dari kepompong ketakutan ni....” mata Eryna membakar dengan semangat yang tiba-tiba meresap. Dia dah tak boleh melayan takut ini. Kerana takut ini sendiri akan membawa dia menggali kuburnya sendiri.
            “Maksud puan, kita buat perangkap? Begitu?” Serkap Inspektor Amril.
            Eryna mengangguk. “Ya... dia nak saya sangat kan? Jadi biar saya yang jadi umpannya..” Senafas, ayat itu meluncur keluar dari mulut Eryna.
            “No!” Hampir serentak suara Encik Ezrakil dan Razak bersatu.
            “Ayah... tolonglah faham.... Kalau dia mulakan, kita yang kena sudahkan.” Anak mata merayu pada si ayah. Namun laju kepala Encik Ezrakil menggeleng. Jika dia menjadikan Eryna umpan, sama seperti dia menyerahkan nyawa anaknya sendiri pada lelaki durjana itu.
            “Kalau ayah tak bagi... Eryn akan keluar rumah. Eryn sendiri akan menyerahkan diri Eryn pada dia..” Bentak si anak degil.
            Tanpa arah, Encik Ezrakil berlalu meninggalkan si anak termanggu sendiri. Puan Farafeesa yang terpinga, terus membontoti suaminya.
            “Kami pulang dulu.. Apa-apa hal nanti, kami akan menghubungi puan semula.” Ujar Inspektor Amril mengundur diri.
            Kaki Eryna menapak pulak ke arah si suami yang nampa gelisah itu. “Awak.. Ini je caranya...”
            “Tapi awak sedang mempertaruhkan nyawa awak...” Luah Razak tak bersemangat. Lemah rasa urat nadinya menampan permintaan Eryna kali ini.
            “Apa bezanya sekarang? Saya sedang mempertaruhkan nyawa semua orang... Kita tak tahu siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.. Boleh jadi, tak dapat saya... ahli keluarga saya pun dijadikan mangsa untuk membalas dendamnya...” Luah Eryna logik.
            “You’re not here to suffer. You’re here to make an impact right? So... please support what I’m doing right now.. Please...” Jika si ayah tidak bersetuju. Dia berharap agar suaminya akan berada di belakangnnya. Menyokong dan mempertahankan permintaannya ini.
            Razak lepaskan lelah.
            “Whatever decisions that we make, impact not only to ourselves but also the people around us. So think wisely before ariving at a conclusion...”
            Sedikit sebanyak, perkataan ‘we’ itu membawa makna bahawa dia tidak keseorangan tika ini. Walaupun secara berkias, Eryna tetap berlapang dada menerimanya.
            “Macam yang awak cakap masa kita atas puncak tadi, saya tak boleh beralah dengan rasa penat. Saya tak boleh beralah dengan rasa takut. Saya yang kena perjuangkan hidup saya sendiri kan?” Soal Eryna pada si suami.
            Razak tarik tangan Eryna. “Baik... saya setuju. Pasal ayah, awak jangan risau.. Saya akan tolong pujukkan...” Apalah guna dia disisi andai dia sendiri ketakutan melawan perasaan milik sendiri?
            Dia suami... Dia harus pandai kawal emosi. Betul kata Eryna... Sampai bila mereka perlu menyorok? Walaupun kerisauannya menggunung... Tapi dia akan sandarkan semuanya pada aturan Tuhan.
            “Terima kasih encik suami...” Tanpa malu, Eryna memeluk erat tubuh Razak.
            Rasa sayangnya dah tumpah dalam relung hati.... tumpah yang tidak mampu tidak dikesat dan sudah merebak ke kawasan larangan. Membuatkan kawasan terhad itu dilarang masuk oleh sesiapa pun kecuali dia....
            Dan Razak yang terkejut itu hanya membalas pelukan itu seadanya.
***
            Strategi diatur. Selepas ini, akan ada polis yang berkawal dari jauh. Yang pasti, Eryna tidak akan terus terkurung lagi.
            Pada mulanya, Encik Ezrakil langsung tak menyokong. Namun setelah diyakinkan oleh Razak, dia turut tumpang sekaki mengatur strategi. Puan Farafeesa dengan wajah sembab yang bimbangkan si anak. Tapi Eryna kebalkan hati dan bebalkan jiwa. Dia perlu perjuangkan apa yang membuatkan mereka bahagia....
            Kaki Eryna melangkah mendekati jendela. Langsir ditolak ke tepi. Bulan penuh lagi malam ini. Cantik.
            Perhatian Eryna teralih apabila Razak masuk ke dalam bilik mereka. Rambut lelaki itu basah. Baru lepas mandi agaknya. Melihatkan si suami yang duduk di birai katil sambil mengesat rambut, Eryna menghulurkan pertolongan.
            Sikat dicapai. Rambut Encik Zack yang separa kering itu disikat rapi.
            “Terima kasih.”
            Mereka saling terdiam di birai katil. Dua-dua bagai hilang kata.
            Perlahan-lahan Eryna menjatuhkan kepalanya di atas bahu suaminya. Lengannya dilingkarkan bersama lengan Encik Zack. “Pinjam bahu kejap boleh?” Pinta Eryna perlahan.
            Razak tersenyum. Sekurang-kurangnya perangai Eryna yang satu ini masih sama seperti dahulu. Jenis dah ambil baru nak mintak. Macam mintak bergedel dahulu. Dah makan baru nak mintak izin.
            “Bukan setakat bahu.. semua yang Allah pinjamkan pada saya pun, awak boleh pinjam sama. Saya tak akan kenakan sebarang interest...” Seloroh Razak sambil tersenyum renyih.
            Eryna ketawa. “You make me laugh... when I don’t even want to smile...” Tawa tadi sudah bergema dengan sendu yang mencengkam. Bahu si suami diraih dan dipeluk kejap.
            “Terima kasih sebab jadi suami yang sabar layan karenah saya. Terima kasih sebab pulangkan jiwa saya yang hilang...Terima kasih awak sebab sudi memperisterikan saya nih...” Ucap Eryna dalam tersedu-sedu.
            “Hei... kenapa ni? Awak isteri saya. Mestilah saya terima awak seadanya....” Tadi bukan main semangat lagi. Ini kenapa tiba-tiba jadi sensitif?
            “Saya belum puas jadi isteri awak... Saya belum puas meminjam awak dari Tuhan.. Awak anugerah yang tak pernah tercapai dek akal saya. Jadi saya tak mahu sia-siakan apa yang Tuhan bagi pada saya hari ini kerana esok belum tentu ada untuk saya....” belum sempat Eryna menyudahkan kata-katanya, bibirnya terhenti tatkala menyambut huluran kasih dari si suami.
            Menghadapi hari esok yang belum tentu kadar cuacanya membuatkan Razak sedar bahawa, sayang ini tak boleh menunggu esok.
            Sayang ini tidak perlu dibaja.
            Sayang ini tidak perlu disiram.
            Sayang ini tidak perlu ditunggu musim bunganya.
            Sayang ini tidak perlu dipetik bunganya.
            Sayang ini tak perlu menunggu layunya bunga.
            Asal dah sayang.. Asal dah cinta... Asal dah kasih.. sekecil mana pun kapasitinya, ungkapkan sahaja. Kerna bimbang waktu akan terbazir begitu sahaja. Perasaan tawar tak mampu dirasa.
            “Awak bercakap banyak sangat hari ni...” Kedua belah pipi isterinya diusap lembut. Air mata disapu pergi.
            Wajah Eryna sedikit terpana. Tak menduga tindakan Encik Zack sejauh ini.
            “Jangan cepat menghukum hari esok sayang selagi lembaran hari ini masih belum puas dijelajahi. Jangan terlalu tahu di waktu kita belum faham sayang....” Panjang sungguh leretan sayang. Buar liur Eryna terasa berpasir.
            “Sayang?” Oh... Encik suami panggil dia sayang. Rasa nak peluk ketat-ketat je. Hati jadi cair... Cair yang tak mampu ditadah lagi.
            “Kenapa? Tak percaya lelaki yang beku... yang pemalu.. yang tak banyak cakap ni...yang tak romantik ni panggil isteri dia sayang?” Razak nak tolak emosi serius yang membelit tadi.
            Usah membicarakan soal mati berulang kali. Memang mati itu pasti yang tidak boleh ditolak. Namun bimbang juga hati itu mati sebelum ajalnya tiba. Bukan kerja manusia untuk mengendong tugas Tuhan.
            “Boleh panggil sekali lagi?” Penyakit tak tahu malu Eryna dah kembali. Razak rasa nak meloncat kegembiraan.
            “Sayang....” Seru Razak. Kali ini lebih panjang, lebih umpphh... dan pasti lebih bermakna.
            “Hati saya rasa vibrate....” Seloroh Eryna sambil tersengih manja.
            Lama Razak pandang Eryna. Eryna yang dahulu sudah kembali. Hati dijelajahi dengan bunga-bunga bahagia. Tapi seketika dia terfikir... Adakah Allah pulangkan Eryna yang lama untuk mengambil Eryna pulang ke sisiNya?
            Bukan ke orang selalu cakap.... Orang yang nak pergi ini akan bagi banyak tanda-tanda pelik?
            Terus Razak tarik Eryna rapat ke badannya. Dipeluk kejap tubuh itu. Matanya dipejam. “Jangan tinggalkan abang...” Luluh permintaan Razak kali ini. Ada rasa sebak yang terkandung.
            Eryna yang tidak memahami ketawa kecil. “Abang pulak?” Sejak bila pulak encik suami ni bahasakan diri abang? Dadanya benar-benar buat kenduri ketika ini.
            “Panggil abang please.....”
            “Kalau tak nak?”
            “Please...” Rayu Razak lemah.
            Tubuhnya yang sedikit kaku tadi mula membalas pelukan suaminya. “Baiklah abang Zack..” Ada tawa di hujung kata-katanya. Seronok mengenakan encik suami.
            “Janji dengan abang yang Fasih akan ikut abang ke mana sahaja abang pergi?” Tuntut Razak lagi.
            “Ya...” Pelukan dileraikan.
            “Betul?”
            Eryna mendengus. Tangan kanan diangkat separa dada. Berikrar.
            “Saya, Eryna Fasihah binti Ezrakil berjanji akan mengikut ke mana sahaja Encik Razak a.k.a abang Zack pergi. Tapi abang nak bawa Fasih pergi mana? Pergi Sungai Lembing lagi ke?” Tanya Eryna polos.
            Bibir Razak rapatkan di telinga Eryna. “Bawa ke sini hati kemari...Pejamkan mata..” Tangan Razak menutup mata Eryna. “Abang nak bawa sayang ke Syurga...”
            Ruang yang kosong itu mereka jelajahi dengan bebunga kasih yang menguntum segar.
***
            Eryna pandu kereta setelah pulang dari rumah mak Nadiah. Terkenangkan emosi mak Nadiah yang stabil itu, dia mula mengkaji diri sendiri. Puan Faridah sendiri redha. Malah si ibu tetap mampu tersenyum manis lagi ketika menyambung kedatangannya tempoh hari.
            “Yang pergi tak akan kembali.. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Jangan bunuh dan dera diri sendiri. Tuhan marah... sebab itu tanda manusia tak redha dengan ketentuan yang dia bagi.” Nasihat Puan Faridah.
            Kereta yang dipandu oleh Eryna itu tiba-tiba dilanggar oleh arah belakang.
            Eryna telan liur. Dia dah muncul!
            Hati dilanda debar. Jiwa berperang kalut. Namun cepat dia beristighfar. Tuhan ada... Tuhan ada...
            Pedal minyak kereta terus ditekan laju. Dia tidak perlu mengalah secepat ini. Namun kereta yang melanggar dan mengekorinya tadi tiba-tiba masuk ke dalam simpang kanan. Berlainan arah dengan pemanduannya.
            Eryna lepas nafas.
            Telefon dicapai. Nombor telefon si suami di dail. Namun kelekaannya membuatkan kereta yang berlawanan arah merempuh keretanya hingga membuatkan kereta hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok besar.
            Kereta putih itu! Kereta putih itulah yang melanggar keretanya tadi.
            Pintu kereta ditolak kasar. Laju langkah kaki berlari tanpa arah. Bahunya sakit. Mungkin kerana hentakan ketika insiden tadi. Dan kereta tadi mula mengejarnya dari arah belakang. Laju Eryna berlari namun kereta itu terus merempuh Eryna lalu badannya tercampak ke udara.
            “Arghhh....”
            Jerit Eryna kuat hingga membuatkan Razak yang tidur itu tersentak.
            “Ya Allah....” Eryna angkat tubuh dan terus berdiri di birai katil. Nafasnya tercungap-cungap.
            “Fasih...”
            Eryna masih seperti tadi. Ketakutan dan.... kegelisahan.
            “Fasih... ini abang...” Ditarik lengan isterinya yang masih memandangnya tanpa suara. Muka itu nampak pucat benar.
            “Dia berjaya bunuh Fasih...” Dipeluk kejap bahu suamiya. Ya Tuhan... mimpi itu bagai tertalu dekat. Bagai baru lepas benar-benar berlaku.
            “Syhhh... abang ada... Selagi abang ada, dia tak akan dapat apa-apakan Fasih...” Pujuk Razak lembut.
            Betul cakap isterinya, perkara ini perlu disudahkan. Dia dah tak berdaya nak melihat isteirnya ketakutan seperti ini. Ubun-ubun isterinya dikucup. Ketakutan ini akan dileraikan...pasti...
***
            Dua minggu dah berlalu... Tiada ugutan lagi. Tiada kekacauan lagi. Namun mereka tetap mengambil sikap berhati-hati. Polis masih berkawal dalam keadaan berjaga-jaga.
            Hari ini hari terakhir dia di Kuantan. Sebentar lagi dia perlu pulang ke Shah Alam untuk menghabiskan semester terakhirnya di sana.
            Apa yang menyenangkan hati Eryna ialah, si suami akan menemaninya menghabiskan pengajian. Kata encik suami, sementara dia menunggu Eryna tamat belajar, dia hanya akan membuat kerja-kerja freelance sahaja. Sebenarnya Encik Nazreen yang mencadangkan idea ini. Disokong oleh ayah dan disandang oleh Razak.
            Tapi betul jugak idea tu. Drafter boleh buat kerja dari rumah pun...
            Berat sahaja mata Eryna melihat Encik Zack yang sedang memasukkan luggage ke dalam kereta mereka.
            Tubuh si ayah dipeluk erat. Dia pasti akan rindukan ayahnya.
            “Dah... jangan sedih-sedih. Habiskan satu semester lagi.. Lepas tu balik semula duduk bawah ketiak ayah.” Seloroh Encik Ezrakil sambil ketawa.
            “Ish... apalah ayah ni. Eryn dah kahwin, jadi ketiak ayah tu dah tak laku.” Eryna buat-buat tutup hidung. Konon tak suka...
            Encik Ezrakil seronok melihat Eryna kembali seperti dahulu. Riang... ceria... Terima kasih kepada si menantu yang membantu mengembalikan jiwa anaknya.
            “Haipp... Tengok sayang, anak awak ni memang gatal...” Komplen Encik Ezrakil pada isterinya.
            “Macam ayahnya jugak.” Tambah si ibu pulak.                                               
            Mereka bertiga ketawa. “Will miss both of you...” Tubuh kedua ibu bapanya dipeluk serentak. Nama je anak sulung. Tapi manjanya mengalahkan yang bongsu.
            “Sekejap je enam bulan tuh... Bila habis belajar nanti, pastikan bawak balik cucu dekat kami ya...” Permintaan Encik Ezrakil itu memang boleh buat Razak tersedak. Gila selamba.
            “Ayah ni... malu suami saya.” Eryna menutup muka suaminya. Konon-konon menutup rasa malu milik si suami padahal Razak dah mula membiasakan diri dengan sikap keterbukaan keluarga Eryna yang  bergurau memang tak pandang kiri kanan.
            Tapi sebenarnya...dari situlah mereka mengumpul kekuatan bersama.
            “Okaylah... dah lewat ni. Pergi cepat....” Nada si ayah dah sebak semula. Matanya singgah di wajah menantu pulak.
            “Jaga harta ayah baik-baik....”
            Razak sekadar mengangguk. Kalau ayah mertuanya itu tak pesan pun, dia memang akan menjaga Eryna seperti nyawanya sendiri.
            Kali ini, Eryna benar-benar rasa berat hati nak tinggalkan keluarganya. Tapi dia tak boleh terus layan rasa sedih.
            Hampir empat jam di dalam kereta, pemanduan encik suami sampai ke destinasi. Kali ini encik suami menyewa rumah lain untuk mereka. Jadi dia tidak akan menyewa di rumah lamanya. Lagi pula, rumah itu menyimpan beribu khazanah dia bersama dengan Nadiah.
            “Okay tak rumah ni? Abang pilih yang dekat dengan  kampus.. So kalau apa-apa hal senang.”
            “Fasih tak kisah pun tinggal kat mana pun. Asalkan dengan abang..” Eryna memang sengaja bagi ayat manis supaya si suami ni pengsan gamaknya.
            “Mana boleh tak kisah... Fasih kena tinggal dalam hati abang. Jangan berani nak keluar.” Hidung Eryna dicuit. Argh, mulutnya pun dah kemain pandai menjawab.
            “Setiap hari abang ada improvement... Esok lusa sah Fasih kena diabetis.”
            “Ada sahaja jawapan sayang ni. Jom masuk... Kena kemas barang sebab lusa kan Fasih dah nak start kuliah..”
            Rumah setingkat yang mempunyai tiga bilik itu walaupun agak kecil tapi rasa sangat selesa. Sekurang-kurangnya ada kelengkapan yang lain. Senang sikit kerjanya nanti. Mana nak bahagikan tugas... Mana nak fokus belajar.
            “Wah.. cantiknya bilik untuk kita bercinta...” Eryna jadi semangat. Bilik tidur warna kuning itu nampak sungguh ceria.
            “Ya... ini bilik untuk kita bercinta siang malam..” Sempat lagi Razak bagi lauk tambah. “Belah sini bilik untuk stress...” Jelas Razak. Merujuk kepada bilik bacaan untuk dia menyiapkan kerjanya dan tempat Eryna belajar.
            “Kat belakang tu bilik apa?” Leher diangkat sedikit.
            “Hmm.. bilik kosong... Boleh buat stor.” Razak memberi cadangan.
            “Eh tak payah... Fasih nak jadikan bilik tu sebagai bilik merajuk. Sedang kalau Fasih merajuk dengan abang, Fasih boleh bertapa kat dalam tuh...” Usik Eryna nakal. Nak merajuk apa ke benda pulak? Encik suami layan dia sikit punya baik lagi.
            “Oh no... abang tak benarkan? Abang akan kunci bilik tu...”
            “Alah... kalau nak merajuk macam mana?” Tanya Eryna dengan mukanya yang sangat mencuit hati Razak.
            “Merajuk dekat sini...” Razak tepuk bahu sendiri. Biar Eryna lepaskan semuanya di bahunya.
            Eryna ternganga. Betul ke ini Encik Zack? Ishh.. macam lain sangat.
            “...biar abang pujuk rajuk Fasih tu sampai Fasih sendiri serik nak merajuk.”
            Oh... angin.. ribut... taufan.. dah berkenduri dalam hati. Seronok betul perasaan disayangi dan dihargai ini.
            “Dah lah... Fasih nak mandi dulu.” Tuala di dalam beg dikeluarkan. Kaki dibawa ke bilik air sementara itu Razak meneruskan kerja-kerja mengemasnya. Eryna mengerling ke arah Encik Zack. Suaminya itu memang ringan tulang!
            Cermin di dalam bilik air ditenung. Terperasan satu nota yang tertampal.

You know something? I sent an angel to look over you at night... The angel came back a minute later and I asked it why? It told me... “Angels don’t watch other angels..”
You’re my angel...=)

            Kembang seladang rasanya baca nota kecil itu. Walaupun mungkin encik suami copy daripada encik google, tapi cara Encik Zack menunjukkan kasih sayangnya itu, sangat menyenangkan hati Eryna.
            Pintu bilik air dibuka dari dalam. Mulutnya menjerit memanggil si suami.
            “Kenapa?” Terkejar Razak mendengar suara jeritan Eryna itu. Bimbang ada perkara buruk berlaku.
            “Bilik air ni kotorlah...” Komplen Eryna sambil mencemik kengkonon tak puas hati.
            “Hah, kotor? Tadi abang masuk bersih je...” Mata meliar melihat memandang di sekeliling bilik air. Apa yang kotor?
            Terus Eryna memulas paip air pabila melihat si suami yang sudah berada di bawah air pancut itu.
            “Fasih... habislah basah abang...” Apa kena dengan isterinya ini?
            “Alang kepalang dah basah tu... Jom ah kita basuh bilik air sama-sama. Barulah berkat...kan?.” Si Eryna dah mengusik suaminya.
            Razak gigit bibir bila dapat membaca muslihat isterinya. Ya Allah, macam manalah dia boleh jadi suami Eryna ni? Nakalnya hanya tuhan yang tahu.
***
            Hari pertama kelas bermula, penatnya ya ampun.... Tapi tahankan jelah. Al-maklum dah hampir tujuh bulan tinggalkan zaman belajar. Otak tiba-tiba rasa berkarat. Momentum tiba-tiba rasa berkurangan.
            Eryna balik sendiri hari ini. Dia malas hendak menyusahkan si suami yang keluar katanya bertemu teman lama.
            Jiran tetangganya juga ramai yang bekerja. Jadi kawasan rumah agak sunyi sedikit. Baru dia hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba pintunya ditolak kasar dari luar hingga membuatkan dirinya terjatuh ke belakang.
            Liur ditelan pabila melihat seraut wajah itu. Lelaki itu!
            Eryna mengengsot ke belakang sedikit.
            “Kenapa pandang aku macam tu? Rindu kat aku ke?”
            Parut itu.. senyuman itu... Masih sama seperti dahulu. Walaupun wajah itu hanya pernah sekali terlayar di matanya, namun kejamnya manusia yang bertopengkan syaitan ini tak akan pernah mampu Eryna lupakan.
            “Kau manusia yang paling kejam... Kau bunuh kawan aku yang tak bersalah!” Jerit Eryna kuat.
            Malik yang geram terus melempang kuat pipi Eryna. Badan Eryna dibawa ke dinding. Wajah Eryna dicengkam kuat.
            “Hei, ini semua salah kau! Kalau kau tak datang, aku hanya nak jadikan kawan kau tu sebagai juadah hidangan aku je... Tapi kau yang paksa aku untuk bunuh dia! Ini semua salah kau!”
            Tak fikir panjang, terus Eryna meludah wajah Malik.
            “Syaitan macam kau tak layak hidup...!” Sungguh, Eryna dah tak mampu melayan sabar.
            “Kurang ajar!” Sekali lagi pipi Eryna menjadi mangsa pukulan Malik. Tudung yang dipakai oleh gadis itu terus direntap. Rambut panjang yang mengurai itu membuatkan nafsu Malik bergelora.
            “Sebab kau beria nak selamatkan kawan kau tu... Jadi kaulah yang kena jadi gantinya... Hmm, tapi bagus jugak. Aku tengok kau lebih mengancam dari kawan kau yang badan tak ada isi tu...”
            Eryna sedar yang dia tak boleh lemah dalam keadaan genting seperti ini. Matanya terperasankan beg sandangnya yang berada di hujung kakinya. Cepat dikais dan ditolak badan Malik ke tepi.
            Spray pemedih mata dikeluarkan dan terus dihala ke muka Malik sehingga lelaki itu menjerit kepedihan.
            Laju anak kaki Eryna melangkah ke dapur. Pisau mula dicapai. Malik muncul di muka pintu dapur dengan muka yang marah.
            “Kau tak akan terlepas lagi.. Kau tahu tak berapa lama aku bersabar nak tunggu hari ni?” Makin lama, muka itu makin meloyakan di mata Eryna.
            “Aku pun dah lama tunggu hari ni Malik.... Hari dimana kematian kawan aku akan terbela..”
            Malik melangkah berani.
            Eryna telan liur. Pisau ditangannya diacah ke arah Malik. Tapi lelaki itu... hanya ketawa.
            “Jangan salahkan aku kalau aku kejar kau... Kau yang berani bagi lakaran muka aku pada pihak polis kan? Kalau kau tak buat macam tuh... Aku pun tak akan ganggu hidup kau pun. Kau memang bermain dengan api...” Malik mendekat lagi.
            “Tolong......” Jerit Eryna kuat walaupun pipinya pedih kesan daripada tamparan tadi.
            “Tolong....”
            Malik yang tidak menyangka tindakan Eryna menjerit itu terus mendapatkan perempuan itu. Seketika mereka bergelut di lantai dapur untuk mendapatkan pisau di tangan Eryna.
            Dan ketika itu juga pintu dapur ditolak dari arah luar.
            “Jangan bergerak!” Seorang inspektor polis muncul sambil memacukan pistol ke arah Malik.
            Malik yang tergamam terus menarik Eryna dan mengacukan pisau di leher Eryna.
            “Menyerah Malik! Awak dah dikepung.” Ujar Inspektor Amril tegas. Razak yang muncul dengan beberapa inspektor yang lain mula terkejut apabila melihat Eryna berada di cengkaman lelaki itu.
            “Lepaskan isteri aku...”
            “Lepaskan?” Malik ketawa kuat. Malah merapatkan bibirnya di leher Eryna. “Bini kau ni wangi sangat....”
            Eryna tak tinggal diam. Lengan Malik yang melilit lehernya itu terus digigit kuat hingga Malik menjerit kesakitan dan melepaskan pautan. Dan pada masa itu, pihak polis bertindak dengan menerkam tubuh Malik dan bergelut sesama sendiri.
            Razak terus mendapatkan si isteri.
            Tapi bunyi tembakan secara tiba-tiba itu membuatkan seisi rumah tergamam.
            “Fasih!” Jerit Razak pabila tubuh si isteri terkulai di lantai dapur.
            Eryna menekan bahunya yang berdarah akibat dari tembakan rambang tadi. Tuhan.. sakitnya....
            Malik ketawa. “Kan aku cakap.... Aku akan bunuh kau!” Pekik Malik seperti orang tak siuman.
            “Kurang ajar!” Inspektor Amril terus menumbuk wajah Malik. Tangan Malik disilangkan ke belakang dan digari.
            Razak dah tak peduli tentang Malik. Yang penting sekarang adalah isterinya.
            “Fasih... Bertahan sayang.... kita pergi hospital sekarang!” Dicempung tubuh Eryna yang mulai layu itu. Isterinya itu perlu diselamatkan.
***
            Tangan Razak mengelus lembut rambut Eryna yang mengurai. Dah dua hari isterinya tidak sedarkan diri. Kata doktor, Eryna berada dalam keadaan stabil namun selagi Eryna tidak bangun dan tersenyum padannya, selagi itulah dia tidak akan tenang.
            Ahli keluarga yang lain dan pulang ke Hotel. Hanya dia yang berkeras untuk menemani walaupun ayah mertuanya berkeras untuk dia pulang.
            Dia nak bila Eryna buka mata.... Wajah dialah yang Eryna akan pandang.
            Sebenarnya memang mereka sengaja membiarkan Eryna sendiri tanpa teman ketika pulang ke rumah. Kerana acap kali juga Eryna mengadu bahawa seseorang ada mengekorinya. Jadi, mereka mengambil peluang untuk memerangkap Malik.
            “Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu....” Suara Razak beralun perlahan sambil bibirnya menjamah satu persatu jari milik Eryna.
            “Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu...” Air mata dah bergenang.
            Razak telan liur mengumpul kekuatan. Mengawal sebak yang berselubung di relung hati. “Bagaimana ku nanti... bila kau tak di sisi. Yang ku ada hanya kamu saja....”
            Razak terdiam. Nampaknya suaranya ini tidak mampu mengejutkan Eryna dari lenanya. Baru sahaja dia hendak bangun namun tangannya terkesan dengan genggaman gerak balas dari Eryna.
            “Kenapa berhenti...”
            Suara itu....Mata Eryna terbuka dan bibir itu.... tersenyum pendek. Ya Allah, dia dah sedar...
            “Fasih abang dah sedar...” Razak kembali duduk. Seketika dia tak tahu apa yang dia perlu buat. “Abang nak panggil doktor....” Menggelabah Razak keluar.
            Dalam sakit-sakit sempat Eryna menggeleng dengan perangai encik suami. Kenapalah susah-susah. Kan boleh tekan button hijau dekat kepala katil ni. Adoi... lucu bin haru betullah!
            Setelah diperiksa oleh doktor, Razak kembali mendapatkan isterinya. Kata Dr Amirul, jika tahap kesihatan Eryna baik, lusa dia sudah boleh keluar dari hospital. Mujur sahaja tembakan Malik itu hanya mengenai sipi bahu Eryna. Kalau kena sungguh, mahu berbulan duduk di hospital.
            Eryna bergerak sedikit. Membetulkan letak duduk bahunya. Kesan bius mungkin ada lagi sebab tu rasa sakit sangat.
            “Sakit ke? Sabar ya...”
            Eryna tarik senyum. “Sakit sangat... tapi sungguh ini sakit yang paling berbaloi.  Akhirnya kematian Diah terbela...” Kelopak mata dah terasa panas. Sakit di bahu memang terasa. Tapi perit di pipi lagi menduga.
            “Bengkak tak muka Fasih? Yang ni memang sakit gila... Dua kali kena lempang.. Mujur kepala ni tak biul..” Tangan kiri meraba ke pipi. Boleh rasa bengkaknya.
            Razak merapatkan bibirnya di hujung bibir Eryna. “Sakit lagi tak?”
            Rasa macam kena bius cinta. Terkesima Eryna dibuatnya. Sejak bila suaminya jadi terlebih romantik ni?
            “Sakit...” Waktu sakitlah waktu nak terlebih mengada kan...
            Razak sapu ubat lagi. “Sakit lagi?” Aduhai isteri... sakit-sakit pun perangai mengada tu tak tinggal.
            Like seriously... A kiss makes the heart young again and wipes out the years...
            “Sakit...” Rengek Eryna makin menjadi-jadi.
            “Ni dah macam sakit mengada ni. Tak apa, cepat sembuh jadi abang boleh bagi ubat yang lebih best lagi...” Ayat penyata yang bikin hati sendiri kacau bilau.
            “Waw... dengar macam menarik je. Tak sabarnya...”
            Razak tarik hidung si isteri. “Tolong simpan sikit perangai gatal tu.. malu kat orang.”
            Eryna ketawa. Dia suka si suami yang versi begini. Yang dah pandai mengusik. Dah pandai menggodam perasaan. Hackers yang bawa virus!
             “Terima kasih bang.. Sebab kejutkan Fasih dari lena tadi. Terdengar suara siapalah yang sumbang ni.. Nak tidur pun tak syok.. Tu yang terjaga...” sesedap rasa mengutuk suami sendiri.
            Tapi tipu kalau tak sedap! Faizal tahir pun kalah okeh! Dia tak akan bagi perempuan lain dengar. Sebab siapa yang dengar suara yang gemersik itu, mesti hati dia akan cair. Serius cair...
            “Amboih...”
            Mereka saling bertukar senyum. Sungguh, cinta itu ada kegembiraan yang menggetarkan.
            “Apa yang abang tengah fikir?” Tanya Eryna bagai memahami reaksi si suami yang bagaikan mengelamun itu.
            “Semuanya dah berakhir... Semuanya perlu pulang ke tempat asalnya. Semua akan tersusun seperti dulu.”
            Eryna telan liur. Jari jemari mereka yang bertaut itu dileraikan. Apa maksud encik suami? Makna kata bila lelaki itu dah kena tangkap, encik suami nak lepaskan cik isteri ke?
            “Maksud abang?”
            “Maksud abang... abang akan dapat totally Eryna yang abang kenal dulu... Yang ceria.. yang mengada.. yang banyak mulut.. Fuh, rupanya terlalu banyak kenangan kita dahulu...”
            Nafas berat ditarik. Fuh, tersalah faham pulak. Mujur tak kena serangan jantung. Kalau tak mahu mati kejung.
            “This feeling... Only you can make me have this feeling. I want to feel it till I die.. Stay next to me, I can take care of you forever and ever..”
            Eryna pejam mata. Nak nangis weh.... Setelah apa yang dilalui beberapa ketika ini, dia sedar... inilah jalan yang tuhan tunjuk untuk berikan seorang lelaki yang mampu menyintai dan menyayanginya.
            Atas tiket kasih sayang tuhan... atas belas ehsan tuhan... Dia menduga, kemudian dia menitipkan rasa hati yang berbunga.
            “Ish... tidur pulak... Abang nak nyanyilah...” Razak dah bersedia.
            “Disebalik semua..lelaki di dunia.. Pastinya didukung seorang wanita... Dia berkorban untuk memberi yang mampu... Demi insan yang disanjung dalam hidup...”
            Sendiri nyanyi. Sendiri yang rasa sebak.
            “Terima kasih Fasih abang... Sebab pulangkan diri abang yang lama. Sebab hilangkan trauma abang. Abang tahu yang emak pernah cerita dekat Fasih kan yang abang ada penyakit aphonia. Lepas sakit abang sembuh, abang memang takut nak bercakap... sebab abang takut sakit abang kembali. Tu salah satu sebab kenapa abang jadi pendiam.”
            Eryna tak sanggup nak berpura-pura tidur lagi. Suara suaminya serius bukan main lagi.
            “Terima kasih sebab selimutkan kelemahan abang... Terima kasih sayang sebab sudi terima abang.”
            “Kenapa ya abang suka menyanyi untuk Fasih?” Baru Eryna perasan. Razak memang suka menyanyi. Dah lah belaka lagu jiwang!
            Razak sengih. “Music is the best way for me to say I love you...”
            Mata cik isteri bergenang. Dia cuba untuk bangun.
            “Kenapa ni?”
            “Nak pinjam bahu... Nak peluk abang...” Pinta Eryna tak malu.
            “Peluk je tau! Tak boleh lebih-lebih...” Gurau Razak galak. Bahunya dipinjamkan. Hatinya dihulurkan. Selagi nyawanya ini dipinjamkan pada Eryna, selagi itulah dia hanya akan mampu menyintai Eryna Fasihah.

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang
wanita

****
            Masuk ke dalam biliknya, Razak melihat Eryna yang agak masam mencuka. Dah kenapa pulak dengan si isteri ni?
            “Kenapa ni?” Tak pernah-pernah pulak Eryna bersikap macam ni.
            “Cuba tengok hati Fasih ni.. Macam dah kecik. Perasaan pulak macam dah calar balar.. sobss..”
            Razak ketawa. Argh, makin kuat berdrama betul isterinya yang seorang ni. Hubungan mereka pun dah hampir melangkah setahun. Isterinya pun dah habis belajar. Mereka pun sudah pulang duduk di Kuantan.
            “Please list down tahap kesalahan abang sampai tercalar balar dan terkecik hati isteri saya ni?” Pipi gebu isterinya ditarik.
            Eryna tutup hidung bila Razak mendekat.
            “Abang tu makan petai... Eryn tak suka...” Ya Allah, baunya masyaAllah. Sungguh tak kenan! Boleh pengsan macam gini.
            “Ish... ibu masak udang masak petai.. sedap tuhh. Tak kan nak tengok je. Lagipun sebelum ni Fasih pun suka jugak kan...”
            “Fasih tak makan petai okay...” Si isteri membetulkan ayat milik si suami.
            “Memanglah.. Tapi udang dalam petai tu Fasih makan jugak.”
            “Itu dulu...” Pangkah Eryna duduk sedikit menjauh.
            “Kenapa dengan sekarang?”
            “Sekarang baby tak suka...” Tempelak Eryna.
            Haih, ini lah masalahnya sekarang. Pembawakan budak tahap melampau. Habis semua makanan yang ditelan suaminya Eryna tak suka.
            Semalam encik suami makan roti kaya pun, Eryna marah. Apalah salah roti kaya tuh... Lagi-lagi, apalah salah tekak encik suami tu.
            “Masalahnya sekarang, abang mengidam nak makan....” Suara Razak pulak. Adoi...peliklah alahan isterinya ini. Apa yang dia nak makan, kena mintak kebenaran. Kalau tak beritahu, merajuknya semedang!
            “Ish.... kenapa abang pulak yang mengidam.. Baby kan dalam perut Fasih bukannya dalam perut abang!” Tak sedar, suara tertinggi dengan sendiri.
            Tak disuruh.
            Tak diarah.
            Tak tentu jadinya.
            Mereka terdiam dan terpandang sesama sendiri. Razak mahu larikan diri dalam keadaan tegang ini. Dia masuk ke dalam bilik air.
            Di luar pula, Eryna menampar mulutnya.. Kenapa menderhaka pada tuan sendiri? Kenapa menderhaka pada suami? Kenapa menderhaka kepada ayah kepada anaknya?
            Tak lama mengambil masa, Razak keluar dari bilik air. Dia pergi mendapatkan isterinya. Biarlah dia beralah. Orang mengandung kan macam-macam bebannya. Jadi banyaklah ragamnya.
             Jadi... biarlah dia yang jadi sasaran Eryna melepaskan lelah. Sembilan bulan je kena bertahan... tak lama. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan si isteri yang membawa perut itu.
            “Abang...”
            “Lepas ni abang kawal diri. Tak tak akan makan apa yang Fasih tak bagi.”
            Eryna menggeleng. Kolam mata dah panas. Sudah siap menanti di muka pintu.
            “Jangan macam tu..” Tangan si suami dicapai. Bahu dipinjam tanpa meminta. Bukankah bahu itu memang tersedia untuknya.
            “Fasih tak bermaksud nak lukakan hati abang. Entahlah.. kita banyak bergaduh sejak akhir-akhir ni kan...” Komen Eryna sendiri.
            Jelas sangat! Entah apa yang kurang... Eryna pun pelik sendiri. Bergaduh atas sebab yang kecil. Mungkin tak cukup kenal. Mungkin Allah nak bagi kenal perangai masing-masing. Atau mungkin sudah tiba masanya perang menyerang.
            “Ya.... Bergaduh tu kan cara menyemai kasih sayang. Jangan letih... Kita akan tetap bergaduh sampai ke tua pun kan... Lagipun ini pembawakan budak je..”
            “Tapi bimbang pergaduhan ni buat perasaan kita makin tawar...” Luah Eryna perlahan.
            Razak melabuhkan tangan di perut Eryna yang sudah mula membulat. Bakal memeriahkan lagi hubungan mereka.
            “Dia dah muncul.. untuk mengikat kasih sayang antara kita. Dia akan jadi kekuatan kita.. dan pada yang sama dia akan jadi kelemahan kita jugak. Tuhan dah kirim bahagia... jadi kita tak seharusnya tamak untuk menolak derita. Kunyahlah pelan-pelan aturan tuhan. Abang ada Fasih... Fasih ada abang... Jadikan itulah senjata untuk menghadapi peperangan hidup yang mendatang...”
            Eryna diam mendengar kata-kata penuh nasihat itu.
            Encik suami tahu bila waktu yang sesuai untuk bercakap.
            Encik suami tahu bila masa mereka perlu face to face.
            Encik suami tahu bila waktu perlu malu dan bila waktu perlu mahu.
            Tak main aci redah macam dia. Kebaikan jiwa encik suami bukan hanya tuhan yang tahu tapi terlihat dek mata kasar manusia di sekelilingnya. Dia... encik suami yang menepati ideologi suami sempurna walaupun satu ketika dahulu, dia pernah menidakkan sikap encik suami yang pendiam itu.
            “Kenapa senyap?”
            “Rasa macam tak percaya abang boleh cakap macam tuh... Dulu kan abang pendiam..”
            “Lelaki pendiam hanya banyak cakap dengan orang yang dia sayang... Macam tu jugak dengan abang.. orang cakap weh Jak, bini kau tu banyak cakap. Sah dah dia kuat bebel kan?”
            Eryna ketawa melihat aksi encik suami mengajuk perbualan rakannya. “Dah tu abang jawab apa?”
            “Buat apa dicerita… bahagia kita rasa.. biar tak dipercaya peduli orang kata.. Dan lastly, saya kenal sayang saya….” Sempat lagi Razak menyanyi sambil badan bergerak ke kiri dan kanan.
            “Nasib Fasih tak pandai nyanyi.. Kalau tak Fasih dah sambung dah.”
            Seketika, mereka sama-sama menyumbang tawa.
            “Jangan risau Fasih… hidup ada bahagian-bahagiannya. Ada duka.. ada tangis.. ada bahagia… ada senyum… ada yang pendiam… ada yang bercakap tak mampu diam.. kan itu lumrah..”
            Eryna senyum.
            “Sempat lagi nak perli pasal ada orang bercakap tak mampu diam kan? Apa-apa pun, sikap abang yang pendiam tu adalah trofi terbaik yang Fasih miliki. Setidaknya, Fasih tahu abang tak pandai mengayat perempuan lain kan…”
            Ya.. untung kalau dapat suami pendiam ni. Perangai dia, jiwa dia, naluri dia.. hanya kita yang kenal. Bukan orang lain.
            “Tapi abang tak boleh nak mengelak kalau perempuan mengurat abang…” Seloroh Razak sengaja mengundang marah isterinya.
            “Jangan nak mengada… Abang hanya boleh rindu, sayang dan cintakan Fasih jeh. Kalau Fasih tahu abang macam-macam, Fasih telan abang hidup-hidup.” Amaran keras berbau cemburu dan keluar.
            “Memanglah… Merindui Fasih adalah hobi abang..”
            Mata Eryna membulat. Oh, mood gedik-gedik suami dah muncul.
            “Menyayangi Fasih adalah pekerjaan abang..”
            Mulut Eryna melopong. Suka suka suka!
            “Menyintai Fasih pulak adalah kehidupan abang…” Sambung Razak sambil mencium ubun-ubun milik si isteri. Tuhan… kirimkanlah bahagiamu buat kami sekeluarga.
            “Sayang abang sesangat dan suka semuanya ayat tadi…” Itu je yang Eryna mampu balas. Dia memang banyak cakap tapi dia bukan puitis orangnya. Tak macam encik suami yang punya banyak sentimental value yang lahir dari jiwa raga.
            Pipi suaminya dikucup. Nampak wajah itu sedikit merona.
            “Ish... abang malu ke?” Usik Eryna ketawa.
            “Hei, kalau abang malu... tak adanya baby dalam perut Fasih nih...” Gurau Razak pula.
            Dia sedar, humor dan lelaki adalah perpaduan yang seksi. Jika kita mampu membuatkannya tertawa,  tak ada yang lebih seksi dari itu. Lagipun, humor itu merupakan satu langkah yang baik untuk buat suami lebih dicintai oleh isteri.
            Cik isteri ketawa lepas. Suaminya makin pandai bermain kata.
            Tiba-tiba Razak tepuk dahi. “Eh Fasih… lupa nak say sorry.”
            “What for?”
            “Sebab tadi masa abang gosok gigi… abang terguna berus gigi Fasih. Maaflah… dah lah tadi abang makan petai… Habislah…”
            Terus Eryna bangun dan bercekak pinggang. “Abang nih… gunalah berus gigi sendiri.”
            “Kita kan dah nak kongsi anak dah… Tak kan kongsi berus gigi pun tak boleh?” Sebenarnya Razak sengaja mengusik.
            Someone said... A man who never made a woman angry is a failure in life. Heh.. jadi sebab itu dengan sengaja dia mengumpan marah si isteri.
            “Tak boleh… Fasih tak suka…bla bla bla” Marah Eryna dengan bebelan dan masuk ke dalam bilik air. Buat sport check gamaknya.
            No matter where are you and what you do.. The people arround you that makes your journeys better.
            Wanita adalah makhluk verbal yang gemar mengeluarkan banyak kata-kata. Jadi Razak buat dek sahaja mendengar bebelan Eryna.
            Tak kiralah sakit telinga, hati tercedera atau jiwa meronta dengan pasangan kita, hadapilah rencah hidup itu sekadarnya. Dah nama hidup berkongsi... haruslah terima kelebihan dan kekurangan seadanya.
            Bercakap soal jodoh... Kalau ikut hati, mati. Kalau ikut suka binasa. Kalau ikut perasaan nanti jadi terbeban. Kalau ikut akal bimbang tersangkal... Jadi nak ikut apa?
            Serah saja pada tangan Tuhan. Dia punya jawapan di setiap tempat kosong itu. Andai ada jodoh, beza macam mana, suka macam mana, benci macam mana pun... pasti bertemu juga.

It's gonna be a long, long journey 
It's gonna be an uphill climb 
It's gonna be a tough fight 
It's gonna be some lonely nights 
But I'm ready to carry on.
p/s: tenkiu kawan2 semua yang sudi baca sampai ke titik akhir. 186 page untuk kisah mereka nih.. hope so penantian yang berbaloi (almaklum lama nk tunggu kan..) nway.. jangan malas komen keyh.. sila rerajinkan diri.. tq so much for everything.. terlebih kurang mana2 tuh… ampun maaf dipinta… untuk bulan pose nih..belog akan berehat ya…. daaaa