Friday 30 December 2011

CINTA KELAS PERTAMA

       Ainul Mardhiah menghempaskan pintu pejabatnya sekuat hati. Bengang pastinya dengan lelaki itu. Suka mencari pasal.
            “Kau ingat kau bagus sangat ke hah?” Jeritnya bengang. Habis segala dokumen yang berada di atas meja ditepis. Hingga berkecai segalanya. Mejanya tidak ubah seperti kapal pecah yang diterbalikkan dek tsunami.
            “Cik Dhia...” Batrisya yang mendengar kekecohan dari luar terus menerpa masuk tanpa kebenaran. Tidak betah membiarkan Ainul Mardhiah terus mengamuk.
            “Bawa istighfar Cik Dhia...” Pujuk Batrisya lembut.
            “Senyaplah! Kau pun sama dengan mamat tu kan? Bersekongkol dan kenakan aku!” Bila hati diamuk marah, senang benar mulut menghambur bicara.  Pertimbangan sudah hilang dimamah nafsu amarah.
            “Cik Dhia, saya rasa Encik Qaireen tak memaknakan kata-kata dia.” Pujuk Batrisya lagi. Satu ketika dahulu, dia merasa lega bila mengetahui yang dia akan menjadi setiausaha untuk seorang bos perempuan.
            Namun kelegaan itu hilang apabila setiap hari diherdik dan sering dihambur oleh Ainul Mardhiah. Sikap dan perwatakannya tidak seiring dengan nama yang dipikul. Jauh umpama planet marikh dan pluto. Aish...
            “Ah, tak ada maknanya!” Tempik bos Batrisya itu lagi. Ainul Mardiah masih lagi disengat rasa marah.
            Dia mengeluh kasar. Nafasnya kuat menahan sabar. Hatinya sudah lama dipalit dendam. Tunggu mencari masa untuk dihamburkan sahaja kepada tuan empunya badan.
            ‘Kau tunggulah.. kau akan dapat malu.. sama macam yang kau buat pada aku..’ Itulah matlamat hatinya kini. Dia tidak akan beralah. Dia akan plan habis-habis untuk mengenakan Qaireen.
            “Cik Dhia tengah marah sekarang.. Lebih baik Cik Dhia duduk.. Bila kita duduk, kemarahan tu akan beransur surut.” Nasihat Batrisya tidak jemu.
            Dia memang sering dikenali dengan perangai sifat sabarnya. Jika diherdik dan ditengking seteruk mana sekalipun oleh Ainul Mardhiah, dia masih lagi boleh menghadiahkan sebuah senyuman.
Bukan senyuman hambar, tapi senyuman yang sangat manis. Air gula pun mungkin boleh kalah.
Pekara ini memang ditabik oleh semua staf Mega Holdings. Ramai orang yang berhenti kerja kerana melayan sikap dan karenah Ainul Mardhiah yang berbagai itu. Namun Batrisya masih setia tidak berganjak.
“Stop! Kau boleh keluar. Aku tak perlukan nasihat dari orang macam kau. Aku akui aku bukan manusia yang baik, tapi seteruk-teruk aku, aku tak pernah jatuhkan maruah orang lain.” Kata-kata ini pastilah dituju kepada Qaireen.
Namun Ainul Mardhiah mungkin terlupa. Qaireen tidak berada di samping mereka sekarang. Yang ada hanyalah Batrisya.
Tiba-tiba ingatannya tergarit kembali. Mengingati peristiwa yang menaikkan darahnya. Huh, pagi-pagi dah cari pasal.
“Sampai bila kau nak suruh aku tanggung dosa hah? Kau tak reti nak berubah ke Dhia?” Ainul Mardhiah yang baru mencapai gelas di pantri, terus berpaling ke arah suara sumbang itu.
“Apa masalah kau lagi ni? Kalau kau tak cari pasal tak boleh ke hah?” Balas Ainul Mardhiah tidak berpuas hati. Batrisya yang baru masuk itu mula terpinga-pinga sambil silih berganti memandang keduanya.
“Masalahnya sekarang ialah kau! Kau tahu tak, bila aku tengok aurat milik kau, aku pun akan menangung dosa sekali. Elok-elok aku boleh masuk Syurga, tak pasal-pasal kau pulak heret aku sama ke neraka. Kalau nak masuk neraka, masuk sorang-sorang sudahlah!”
Batrisya mula mengaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Kalau dua makhluk ini sudah ketemu. Pasti puting beliung akan berlaku. Pantang jumpa. Pantang berselisih. Pantang salah. Pantang bersalin je bukan.... Aish...
“Eh, aurat aku, suka hati akulah nak tunjuk ke atau nak tutup.. Aku tak suruh pun kau tengok, kalau aku ada, kau tutup jelah mata kau tu. Tapi lainlah kalau kau memang nak tengok kan..” Sinis kata-kata Ainul Mardhiah.
Qaireen sudah mula menghentak meja. Terpecik minuman yang keluar dari cawannya. Batrisya mengurut dada. Mujur sahaja tidak pecah.
“Eh, aku lebih rela dibutakan oleh Allah.. Itu lebih baik dari pandang orang macam kau.” Jari telunjuknya dihalakan pada Ainul Mardhiah.
Batrisya sudah kelu sendiri. Bagaimana hendak melunturkan kemarahan keduanya yang sedang membara itu. Baginya, cara Qaireen agak keras jika hendak menegur bosnya yang sudah sedia keras.
Dia bukan ingin memenangkan cara Ainul Mardhiah berpakaian. Itu bukan bermakna dia bersetuju dengan cara pemakaian Ainul Mardhiah yang seksi itu. Tapi jika hendak menegur pun, ada adab-adab tertentu juga. Tak bolehlah main taram je.
Sedangkan nabi pun menggunakan kaedah lemah lembut apabila berhadapan dengan kaum yahudi. Jadilah semua itu sebagai tauladan dan perkara yang baik itu perlulah kita ikuti.
“Err..” Dia ingin menyampuk, tapi tiba-tiba Ainul Mardhiah menyerang.
“Eh, kau ingat kau bagus sangat ke hah?” Ditolak bahu Qaireen kasar. Qaireen memandang dengan mata yang mencerlung.
Walaupun mungkin beralas, dia tetap tidak suka. Malah naik menyampah dengan karenah Ainul Mardhiah. Semudah rasa menyetuh bahunya.
“Jangan kau berani sentuh aku. Kau bukan muhrim aku. Dan sampai bila-bila pun, kau bukan muhrim aku! Jijik aku dengan kau ni.” Keras amaran dari Qaireen.
Ainul Mardhiah sudah tersengih sumbing. Dia terlalu teringin menguji keimanan milik Qaireen. Hebat sangatkah? Tebal sangatkah?
“Kalau aku nak sentuh jugak, kau nak buat apa?” Terus ditarik tangan Qaireen. Dia pun tidak teringin memegangnya, namun kerana melayan dek rasa hati, dia melakukan sesuatu yang memang dilarang oleh Islam. Pantas Qaireen menepis.
“Kurang ajar!” Tanpa berfikir panjang, terus dilempang wajah Ainul Mardhiah.
“Jangan kau berani sentuh tangan aku. Perempuan macam kau tak akan layak untuk menyentuh aku. Dasar SUNDAL!!!” Qaireen menjerit. Ainul Mardhiah terkaku. Manakala Batrisya terpana.
Ruang pantri mereka ini sudah pun dipenuhi dengan staf-staf Mega Holdings. Semuanya sudah mula memuntahkan gosip. Seminggu pun gosip ni tak habis lagi.
“Seumur hidup aku, tak pernah ada orang pun yang berani lempang aku atau hina aku macam ni sekali!” Jangan harap dia akan mendiamkan diri.
“Sebab tak ada orang ajarlah, kau jadi kurang ajar macam ni. Orang macam kau ni....” Qaireen terpaku seketika apabila melihat Haji Azlan sedang ralit memandangnya tajam.
Batrisya pun ikut turut menghalakan pandangan ke arah pandangan Qaireen. ‘Mak, bila pulak Haji Azlan dah berdiri sebelah aku ni?’ Entah kenapa, Batrisya pula yang gelabah.
Tanpa menunggu lama, terus Ainul Mardhiah angkat kaki. Nanti tak pasal-pasal dileteri oleh papanya pula. ‘Malang sungguh nasib. Ada bapak pun, sibuk duk bela orang luar.’
Itulah perkara yang paling dia menyampah sekali dengan papanya. Sudah acap kali dia menyuruh papanya memberhentikan Qaireen dari terus bekerja di situ. Namun sikit pun papanya tidak peduli.
“Dia tu arkitek terbaik... Tak kan papa nak lepaskan seseorang yang boleh menguntungkan papa..” Kata-kata itu masih terngiang di pendengarannya.
“Kau tengoklah.. bila aku dah jadi peganti papa nanti, kau orang pertama yang aku halau dari syarikat ni..” Kata-kata itu penuh bernada dendam.
“Cik Dhia cakap apa tadi?” Sapaan Batrisya itu menyedarkan Ainul Mardhiah dari angan yang panjang. Baru dia tersedar yang dia sudah berada di dalam pejabatnya sendiri. Pejabat yang bagai diserang garuda.
“Kan aku suruh kau keluar?” Dia bertambah menyampah melihat Batrisya. Entahlah kenapa? Mungkin kerana gadis itu terlalu tenang.
“Kejap je lagi... Saya nak kemas bilik Cik Dhia dulu.. Err.. Cik Dhia, meeting petang ni tetap proceed macam biasa kan?” Dulu dia memang takut. Jika Ainul Mardhiah mengamuk sahaja. Perutnya yang mula terasa ngilu. Rasa macam tak cukup tanah nak lari.
Namun kini, dia sudah faham dengan perangai Ainul Mardhiah. Keras di luarannya. Namun sifat sensitifnya masih ada. Masih ada kebaikan gadis itu kepadanya. Kita haruslah berfikir secara positif. Kalau fikir negatif, negatiflah jadinya.
“Kalau budak BERDEBAH tu ada, saya tak nak masuk.” Ayat berdebah itu ditekan dengan kuat. Tanda betul-betul tidak ingin.
“Oh, Encik Qaireen tak ada. Dia pergi melawat site.” Mujur sahaja memang kebetulan Qaireen perlu melawat tapak projek. Jika tidak, pejabat ini dilanda puting beliung lagilah.
Kalau genap setahun dia bekerja nanti, tak pelik kalau dirinya mula diserang penyakit jantung.
***
            Qaireen duduk menekur lantai. Tidak berani menentang wajah Haji Azlan itu. Usai pergaduhan mereka tadi, Haji Azlan mengarahkannya masuk ke dalam bilik.
            Ainul Mardhiah! Nama je anak haji, tapi perangai... tak macam anak haji langsung. Dengan pakaian yang terededah sana-sini. Dengan sikap baran dan  kurang ajarnya lagi. Budak macam ni memang layak dapat pelempang darinya.
            ‘Kalau aku kena buang pun, aku redha. Lagipun, rezeki aku bukan tersurat di sini sahaja. Allah lebih tahu yang terbaik buat hambanya.’
            “Bila kamu kata yang Ainul kurang ajar, kata-kata tu seperti dapat menuduh yang saya tak pandai jaga anak.” Tutur kata Haji Azlan senada sahaja. Tiada riak marah. Mungkin kedengaran seperti orang kecewa.
            “Tuan Haji, jangan salah faham. Saya...” Ah, dia diserang rasa kelu. Entah dari mana perlu mencedok kata. Sebenarnya, memang tak tahu nak cakap apa-apa.
            ‘Tak akan nak cakap, aku puas kerana dapat melempang anak Tuan Haji. Kalau boleh nak lempang lagi.’ Itu namanya nak mampus!
            “Saya faham.. saya tak salahkan awak.. saya pun dah puas tegur cara dia berpakaian... cara pergaulan dia.. Tapi dia tetap dengan keras kepalanya. Mungkin kerana saya selalu ambil remeh tentang dia.” Ujar Haji Azlan perlahan.
            Membenarkan Ainul Mardhiah melanjutkan pelajar di luar negara dahulu, dirasakan seperti keputusan yang paling dia kesali. Bagaimana dia boleh melepaskan Ainul Mardhiah. Sedangkan anak gadisnya itu berkeras tidak mahu pergi.
            Masa itu, dia hanya fikir yang Ainul Mardhiah akan berlajar berdikari. Berdikari tanpa menyusahkan sesiapa. Memang diakui yang Ainul Mardhiah dahulu keras kepala. Namun masih ada batasnya.
            Kini, yang dia dapat lihat adalah keras kepala Ainul Mardhiah. Tidak akan pernah beralah dengan sesiapa sahaja. Kejayaan Ainul Mardhiah dalam pelajaran tidak dapat diimbangi dengan akhlak yang terpuji.
            Pergi Australia dengan tudung. Balik pula tanpa tudung. Dulu memang anak perempuannya itu liat untuk memakai baju kurung, namun sopannya tetap masih ada. Kini, kalau boleh, semua nak terdedah. Semua nak seksi.
            Inilah semua salahnya. Kalaulah dia tidak berkeras dahulu. Pasti Ainul Mardhiah tidak akan berubah sedrastik ini. Gara-gara kerana terlalu sibuk mengerja harta duniawi, dia tegar melepaskan anaknya ke luar negara.
            ‘Nama sahaja anak Haji, tapi perangai MasyaAllah...’ Itulah kata-kata yang sering hadir di gegendang telinganya. Namun, menyesal sekarang, sudah tiada ertinya. Berkecil hati dengan dugaan Allah ini, akan membuatkan manusia itu tidak redha dengan ketentuan Ilahi.
            Allah pasti lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya.
            “Haji... mungkin Haji perlu kahwin kan dia dengan sesiapa yang boleh Haji percaya. Untuk bimbing akhlak dia.” Usul Qaireen. ‘Memang nasib kaulah Dhia.. padan muka kau sebab dipaksa kahwin dengan orang yang kau tak suka.’
            “Betul jugak idea awak tu.. Tapi dengan siapa? Dengan Haiqal... budak yang dia rapat tu. Itu pun saya tak berkenan. Perangai dua kali lima sahaja. Kalau dia orang bersatu, memang selamatlah gayanya...”
            Haji Azlan mula mengeluh perlahan. Badannya disandarkan ke kerusi. Matanya dipejamkan seketika. Tapi, ada satu wajah yang menjelma...
            “Apa kata kalau awak kahwin dengan Dhia? Saya rasa, awak je orang yang paling layak membimbingnya.” Gulp! Air liur Qaireen tersekat di celah kerongkong.
            Lain yang ingin dirancang. Lain pula yang menjadi. ‘Masalah ni, kau sendiri yang bawak Qai. BODOH!’
            “Maaf Haji... saya dah orang yang saya sayang.” Tanpa ragu-ragu, dia melahirkan perasaan. Dia tidak boleh main angguk sahaja. Itu tempah MAUT namanya. Tinggal sepejabat pun diserang garuda, kalau tinggal sebilik... aishh.. tak boleh nak bayang.. Dasyat!
            “Saya terkam je tadi.. Saya tahu yang awak tak akan terima Dhia..” Haji Azlan mengeluh sedikit. Sudah hilang punca. Tapi rancangan Qaireen itu akan disimpan kemas dalam pelusuk fikirannya. Ada benarnya juga. Mungkin sudah sampai masanya Ainul Mardhiah berkahwin.
            “Terima kasih atas cadangan awak tu. Awak boleh sambung kerja balik.” Haji Azlan sudah mula terfikir sendiri.
            Qaireen hanya tersenyum kelegaan. Lega kerana akhirnya dia tidak kehilangan pekerjaan yang dia sangat sukai ini. Yang mencacatkan rasa suka itu adalah dengan kedatangan Ainul Mardhiah. Sejak anak Haji itu bekerja di syarikat ini, semuanya lingkup serta merta.
            Namun ada juga hikmahnya. Disebabkan Ainul Mardhiahlah, Haji Azlan mengambil Batrisya sebagai setiausaha anaknya itu.  Bagi Qaireen, Batrisya umpama bidadari yang diutuskan untuk berada di dalam sangkar maut. Sangkar kemarahan Ainul Mardhiah.
            Namun kerana sifat sabar yang masih menebal, Batrisya masih bertahan sehingga kini. Kesabaran gadis itulah yang mencuit tangkai jiwanya. Membasuh segala kelukaan yang dia pernah alami dahulu. Dalam diam, dia mula menyanyangi gadis hitam manis itu. Mungkin dia tidak secantik Ainul Mardhiah. Namun Batrisya tetap nampak cantik di matanya. Kekal terbaik dihatinya.
            Kalau Ainul Mardhiah dikenali sebagai bidadari di Syurga. Batrisya pula adalah bidadari di dalam hatinya. Semua itu sudah cukup buatnya.
            “Err.. Qai...” Panggilan Haji Azlan mematahkan langkah Qairen.
            “Ada apa-apa lagi ke Haji?” Dia mula merapati meja Haji Azlan.
            “Kalau awak berubah fikiran, awak beritahu saya ya?” Errkk... Mata Qaireen mula membuntang. Terkejut tahap king kong!
            “Saya bergurau jelah... Hmm, awak ada kenalan yang baik?  Maksud saya, mungkin awak ada kawan-kawan yang mungkin boleh membimbing Dhia tu.”
            ‘Boleh pulak Haji bergurau hal seserius ini. Hati aku dah macam lintang pukang dah.’ Qaireen mula mengarukan kepalanya.
            “Hmm, saya tak berapa pastilah. Kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin. Tapi saya cubalah bantu mana yang termampu.” Sengaja Qaireen menyedapkan hati Haji Azlan sendiri.
            Dia sebenarnya takut juga jika Haji benar-benar berkenan untuk menjadikan dia menantunya. Dia tak payah fikir pun, dia sudah terlalu tahu yang dia bukanlah lelaki yang mampu untuk membimbing keras kepala milik Ainul Mardhiah. Semua itu diluar dayanya.
            “Kalau dah jumpa, jangan lupa bagi tahu ya?” Nampak bersungguh benar. Qaireen mula dilanda rasa serba salah kerana menabur janji yang tidak-tidak. Tapi dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu.
***
            “You kenapa datang lambat?” Belum sempat punggungnya melabuh di atas kerusi, Ainul Mardhiah sudah hadir dengan suara yang penuh kemarahan.
            “Biasalah kalau petang.. Jalan Jammed sayang...” Pujuk Haiqal lembut. Entah macam manalah dia boleh lekat dengan Ainul Mardhiah. Dia sendiri bingung! Padahal gadis ini penuh dengan kemarahan. Nak bermanja, memang haram sekali!
            “Habis tu tak reti nak keluar awal?” Tempelak Ainul Mardhiah lagi.
            “Dhia... Kenapa ni? You gaduh dengan officemate You lagi ke?” Serkap Haiqal. Dia sudah kenal lama dengan Ainul Mardhiah. Pasti ada seseorang yang menganggu-gugat perasaannya tika ini.
            “Excuse me, bukan officemate but kuli I ok. I ni bakal pemilik Mega Holdings!” Bongkak sungguh tutur katanya.
            “Sorry-sorry... So, apa salah dia kali ini?” Tanya Haiqal beralah.
            “Dia kutuk I. Dia kata jijik tengok I. Memang kurang ajar sungguh! Kalau suka I pakai seksi, cakap jelah suka.. Macamlah I tak faham sangat perangai lelaki ni.” Ainul Mardhiah mendengus keras. Bengang!
            “Releks baby... kalau dia tengok You marah-marah macam ni, dia lagilah bertambah suka nak kenakan You.”
            Haiqal main cakap sahaja sebenarnya. Dia sendiri pun kadang-kadang malas hendak mendengar bebelan Ainul Mardhiah. Semua perkara pun tak kena! Semua benda pun salah! Hmm, memang bermasalah!
            “I tetap tak berpuas hati dengan dia. Dia memang nak kena dengan I.” Ainul Mardhiah mula mengigit bibir.
            “You nak buat apa?” Keningnya diangkat sedikit. Tertanya-tanya juga dia dibuatnya. Setahunya, Ainul Mardhiah memang seorang manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak hatinya.
            “Sekarang I tak fikir lagi. Yang penting, I akan ajar dia cukup-cukup!” Itu matlamatnya sekarang. Musnahkah Qaireen adalah matlamat utamanya kini.
***
            Sedang Batrisya mengemas meja pejabatnya, tiba-tiba Qaireen datang menghampiri. Senyuman manis mengiringi wajahnya tika menyambut ketibaan lelaki itu.
            “Awak dah nak balik?”
Qaireen sebenarnya kelu seribu bahasa. Tidak tahu konsep soalan yang bagaimana yang mahu ditanya terhadap Batrisya. Dia terlalu sedar yang Batrisya sentiasa menjaga tata tertibnya. Bimbang jika keterlaluan, akan mengundang rasa tidak selesa dalam diri Batrisya.
“Hmm, belum lagi. Kejap lagi baliklah.” Lembut sahaja nada suara itu. Menampan gegendang Qaireen. Hingga boleh mengilukan hati lelakinya.
“Err.. awak balik dengan siapa?” Sebelum ini, mereka hanya sekadar bertukar senyum sahaja. Jarang hendak bersikap ramah. Namun Qaireen sudah bersedia untuk lebih serius bersama Batrisya.
 Gadis yang baik, pasti akan cepat disambar orang. Jadi sebelum mula mengigit jari, sepatutnya dia mula mengambil langkah pertama. Itu tekadnya kini. Lagipula, emaknya sudah mula bising-bising melihat keadaan dirinya yang masih belum berumah tangga.
“Biasanya tumpang officemate. Tapi kebetulan pulak dia outstation. Jadi, balik nak bas atau teksilah kot.” Batrisya tetap menjawab walau dalam keadaan segan yang teramat.
Berdepan dengan Qaireen ini, mampu membuatkan jantungnya berdetik melebihi hadnya. Bimbang jika terus berlama-lama, ada pihak ketiga pula yang menerajui hatinya. Godaan syaitan datang tidak kira masa.
“Kalau awak tak keberatan, awak boleh tumpang saya.” Ajak Qaireen takut-takut sahaja. Bukan senang hendak berinteraksi dengan wanita ini. Sopan santunya tinggi seperti seorang muslimah.
“Eh, tak apalah.. Saya tak nak menyusahkan awak.” Tolak Batrisya lembut.
“Dah nak maghrib ni.. Lebih baik saya tumpangkan awak.. Lagipun, banyak risiko naik mengangkutan awam time macam ni.” Bersungguh Qaireen hendak meyakinkan Batrisya.
“Jangan risau Sya, saya tak akan apa-apakan awak.” Qaireen tersenyum kacak. Cuba melenturkan kerisauan milik sang gadis.
“Saya tak fikir macam tu pun...” Batrisya sudah mula tersenyum-senyum.
“Saya tahu awak fikir pasal saya...” Tiba-tiba Qaireen rasa macam hendak mengusik gadis ini. Terasa janggal jika mereka perlu serius memanjang. Usik mengusik itu perlu untuk mewarnai sebuah perhubungan.
“Errkk....” Muka Batrisya disapa kemerahan. ‘Macam tahu pulak si Qaireen ni? Kenapa dia banyak cakap sangat hari ni? Ya Allah, letakkanlah hatiku di depan duduk yang sebenar...’
“Saya bergurau je.. Hmm, boleh kita gerak sekarang?” Muka Qaireen bersinar dengan harapan.
Ainul Mardhiah yang sedang menyorok di sebalik partition itu mula tersenyum-senyum. ‘Konon macam alim.. Padahal nak menunjuk dengan Batrisya. Sekarang aku dah tahu cara yang terbaik untuk kenakan kau Qai! Walaupun tempias akan terkena pada Sya, aku tak hairan. Yang penting aku boleh tengok kau tewas!’
***
            Batrisya menampalkan sesuatu di papan tanda pejabat. Ainul Mardhiah yang kebetulan lalu itu mula menjeling.
            “Tak ada benda lain ke yang awak boleh tampal dekat partition ni?” Perli Ainul Mardiah selamba. Batrisya sedikit teragak-agak.
            “Err... saya letak iklan untuk kelas agama cik Dhia.. Manalah tahu kalau-kalau ada staf nak join. Lagipun, kelas agama ni percuma.” Agak-agak berani sahaja dia menjawab. Ainul Mardhiah mula mencebik. Meluat dengan gadis yang konon-konon berlagak alim itu!!!
            “Aik, sampai ke tua pergi kelas agama? Masa kecil-kecil dulu tak mahu belajar sungguh-sungguh.” Berubah sedikit riak wajah Batrisya apabila menyambut kata-kata anak majikannya yang seperti belati tajam membelah jiwa. Namun seketika, dia kembali bertenang.
            “Ilmu ni, tak akan pernah habis Cik Dhia.. Jika ingin ditulis melalui mata pena, dakwat yang seluas lautan pun tidak mampu untuk menceritakan tentang ilmu. Boleh kering kontang laut jadinya. Lagipun, jika kita tak mendengar tazkirah lebih daripada tiga hari, satu bintik hitam akan tumbuh di hati kita. Bayangkan jika kita memang tak pernah mendengar tazkirah langsung... Nauzubillah....”
            Kali ini, air muka Ainul Mardhiah pula yang berubah. Merah menahan rasa marah yang mengunung. ‘Suka hati kau cakap aku macam-macam.. kau tunggu jelah.. kau akan terima nasib kau.. sama dengan jantan tak berguna tuh!’
            “Sudahlah... Saya tak ada masa dengan semua ni..” Ainul Mardhiah mula membuka langkah. Namun suara Batrisya mematikan langkah panjang Ainul.
            “Jika kita memperuntukkan masa kita untuk bersama-sama dengan Allah, InsyaAllah, Dia sentiasa akan melebihkan masaNya dan perhatianNya untuk bersama-sama dengan kita. Bukan itu sahaja, malah kita akan rasa kelapangan hati menempuh hari-hari yang Dia tentukan buat kita.”
            Ainul Mardhiah mengetap bibir. Terasa terpukul dengan kata-kata Batrisya. Lambat-lambat dia berpaling. Mencari seraut wajah itu. Rasa hendak dilempang sahaja mulut yang melontarkan kata-kata manis tadi.
            “Kalau bercita-cita nak jadi ustazah, bukan di sini tempatnya. Saya tak suka awak buat ceramah free ataupun ceramah berbayar di sini. Kalau awak rasa awak dah tak nak jadi secretary......” Sengaja Ainul Mardhiah berjeda seketika. Kakinya dibawa melangkah dekat ke arah Batrisya.
            “... awak boleh berambus!” Tajam panahan anak mata Ainul Mardhiah tika mata mereka saling beradu. Muka Batrisya ternyata kelat. Ainul Mardhiah tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.
            “Maaf kalau kata-kata saya tak menyenangkan Cik Dhia... Saya Cuma menyampaikan sepotong ayat.. Saya bukan nak mencari salah sesiapa. Saya pun bukannya nak menegur dosa sesiapa. Saya hanya ingin sekadar berkongsi sesuatu dengan Cik Dhia. Sekali lagi saya minta maaf...” Batrisya berdiri sambil menekur ke bawah. Ainul Mardhiah tersenyum puas.
            “Bagus kalau awak sedar yang awak buat salah... Tapi saya.... memang... tak suka.. orang yang buat salah.....berulang kali.....” Lambat-lambat dia membalas kata sambil tersenyum sinis. Nadanya ditekankan. Dia mahu Batrisya menyemat di dalam kotak ingatan. Batrisya bukanlah sesiapa di dalam office ini. Jangan nak memandai nak perbetulkan salah orang!
            “Maaf itu bukan milik awak Dhia... Sebab sepatutnya awak yang patut meminta maaf pada Sya..” Entah dari mana muncul, datang-datang terus menyakitkan hati Ainul Mardiah.
            “Wow, sekarang dah ada tukang back up!” Mencerlung mata Ainul Mardiah yang sedang memandang Batrisya.
            Batrisya mula serba salah sendiri. Bagaimana Qaireen boleh  muncul di antara meraka. ‘Aduh, makin parah jadinya... Lain yang dirancang, lain jadinya... Apa yang terjadi,, makin menjadi-jadi pula.’
            “Cik Dhia jangan salah faham...” Baru sahaja Batrisya ingin buka mulut, Qaireen sudah kembali menyampuk.
            “Dia memang salah Sya.. Sebab dia tak faham...” Nafas Ainul Mardhiah sudah mula turun naik. Aras kemarahannya sudah sampai ke kemuncak apabila mendengar kata-kata Qaireen.
            “Apa yang saya tak faham hah?” Tengking Ainul Mardiah kuat. Berdesing rasanya telinga ini. Rata-rata pekerja sudah mula menyemak. Ingin ikut campur bertempuran hebat ini.
            “Awak tak faham sebab Islam yang awak rasa, tak bergerak seiringan dengan Iman. Menjadikan awak manusia yang kontang dengan pahala dan basah dengan dosa!” Bukan sahaja Ainul Mardhiah yang melopong, yang lain-lain pun ikut turut terkejut dengan penyataan berani Qaireen itu.
            Staf Mega Holdings mula bercakap sesama sendiri. Ainul Mardhiah sudah terasa malu yang teramat. Jika benar Qaireen ingin membetulkan langkahnya untuk mencari jalan pulang, beginikah caranya?
            ‘Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni... Aku yang mulakan.. Aku yang harus perbetulkan semua ini.. Bantu aku Ya Allah...’ Mohon Batrisya berkali-kali di dalam hati. Tidak tegar rasanya melihat mereka bergaduh lagi.
            “Cik Dhia, Cik ada meeting dengan Tan Sri Rashdan di Hotel Sunway berkenaan dengan tender baru tu.” Hanya ini sahaja yang terlintas di fikirannya.
Tidak lepas Ainul Mardhiah memandang Qaireen. Bibirnya bergetar menahan rasa marah yang membuak-buak. Menunggu masa sahaja untuk mengalirkan larvanya.
‘Kau tunggu... kau tunggu jelah serangan balas dari aku!’ Kali ini dia mengalah. Tapi ada satu waktu nanti, dia pasti akan menjatuhkan air muka Qaireen itu. ‘Dia ingat dia bagus sangat! Kau dengan rasa bagus kau tu, boleh pergi mampus!’
            Matanya beralih pula pada pekerja-pekerja yang berhimpun itu. Masing-masing mula berpandangan sesama sendiri.
            “Korang tengok apa hah? Dah tak ada kerja ke? Kalau tak ada kerja, boleh hantar surat resign sekarang!” Tengking Ainul Mardhiah kuat. Tersentak Batrisya dibuatnya. Terkocoh-kocoh staf Mega Holding berlari. Bergelimpangan pejabat ini dibuatnya. Mujur sahaja Haji Azlan tidak turut masuk campur. Kalau tidak, cerita ini akan menjadi lebih panjang.
Tanpa menunggu lagi, terus Ainul Mardhiah angkat kaki. Kini hanya tinggal Batrisya dan Qaireen sahaja.
“Awak tak patut cakap macam tu.” Ingin ditahan ayat itu. Namun entah kenapa, bibirnya mudah menyambung kata.
“Dia yang tak patut cakap macam tu pada awak.” Balas Qaireen lagi.
“Sepatutnya...” Batrisya ingin memulakan ayat namun segera dipintas oleh Qaireen.
“Tak patut.... tak patut...” Di saat serius seperti ini pun, Qaireen masih mampu bergurau. Aishh..
“Okay.. okay.. awak boleh teruskan.” Qaireen angkat kedua belah tangannya. Mula beralah bila Batrisya buat muka tak puas hati.
“Kalau dia api.. Awak kena jadi air.. Awak tak boleh jadi angin.. Kalau tak, api dia makin merebaklah...” Qaireen sambut kata-kata Batrisya dengan senyuman.
“Hmm, habis tu awak dalam kategori mana pulak?” Tanya Qaireen sambil terus tersenyum-senyum. Menyerlahkan ketampanan wajahnya.
“Mungkin air kot...” Batrisya mengangak sendiri.
“Kalau saya angin, awak air... hmm, menjadi sangatlah tuh...Perhubungan yang sejuk je..kan..” Usik Qaireen selamba sedangkan wajah Batrisya pucat lesi dimamah rasa malu.
“Erk....” Serius mengelabah kot.
“Mungkin awak boleh fikirkan dulu...” Serentak dengan itu Qaireen meninggalkan Batrisya yang sedikit terpana itu. Dia berlalu dengan senyuman. Sedangkan Ainul Mardhiah yang sekali lagi dapat mencuri perbualan mereka itu mula tersenyum. Dia sudah punya agenda untuk mengenakan kedua-duanya.
***
            Ainul Mardhiah mula memerhati pada susuk tubuh Batrisya yang sedang menyusun beberapa fail di kabinet di dalm biliknya. ‘Aku kena start sekarang. Makin lewat aku melangkah, makin lambat aku jumpa hasilnya.’
            “Err... Sya...” Seru Ainul Mardhiah. Batrisya yang baru sahaja hendak keluar itu mula berpaling. Mencari wajah milik majikannya.
            “Ada apa Cik Dhia?” Dalam hati  berdoa agar Ainul Mardhiah tidak mengungkit tentang hal semalam. ‘Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan hal ini.’
            “Duduk dulu.” Tanpa banyak cakap, Batrisya menurut arahan Ainul Mardhiah yang agak serius itu.
            “Firstly, saya minta maaf... Saya memang agak melampau semalam. Saya tahu, apa yang saya cakap tu, memang salah...” Riak wajah Batrisya berubah dikala mendengar luahan maaf Ainul Mardhiah itu.
            “Alhamdulilah... syukurlah kalau Cik Dhia dah sedar... Tak ada apa yang perlu dimaafkan.. Semua orang pun pernah buat salah kan?” Ainul Mardhiah menyumpah seranah dalam hati. Meluat dengan sikap baik Batrisya itu.
            “Err... saya banyak buat salah pada awak dan Qaireen.. Saya nak perbetulkan hubungan kita.. Saya ni hamba yang hina Sya...” Ainul Mardhiah sudah mula memulakan lakonan mantapnya. Ini sahaja cara untuk membalas dendam terhadap Qaireen. Dan nasib Batrisya pun terheret sama. Sebabnya ialah Qaireen menyintai Batrisya.
            “Ish... tak baik cakap macam tu Cik Dhia... Allah tu maha pengampun.. Setiap yang berlaku di muka bumi ini walau sebesar zarah sekalipun, pasti ada hikmahnya...” Nasihat itu keluar perlahan dari mulutnya.
            “Err... awak boleh tolong saya? Saya dah jauh terpesong dari agama.. Boleh awak ajar saya pasal agama?” Inilah taktiknya. Dia ingin berbuat baik dengan Batrisya dan Qaireen. Selepas itu, dia akan merubah nasib dua orang manusia ini. Bukankah orang selalu cakap, jika hendak menjatuhkan musuh, berbaik-baiklah dengan mereka. Lantaran itu, kita akan berjumpa dengan kelemahannya.
            “Saya sendiri merasakan ketempangan diri ketika berjalan Cik Dhia. Tapi itu tak bermakna saya menolak permintaan Cik Dhia tu.. Sebagai khalifah di muka bumi ni, bukankah kita wajib membantu sesama kita. Saya akan tolong semampu yang terdaya Cik Dhia.. Tapi kan, saya ada joint kelas agama setiap hujung minggu. Kalau Cik Dhia tak keberatan, kita boleh pergi sama-sama.” Betapa bersyukurnya dia rasa bila mendengar kata-kata Ainul Mardhiah tadi. Syukur kerana Allah masih mengilhamkan jalan pulang terhadap Ainul Mardhiah.
            ‘Tak kan sampai kena pergi kelas agama ko? Ni yang aku malas ni...’ Ainul Mardhiah sudah mula ingin membantutkan niatnya.
            ‘Ni lah peluang kau nak kenal dia... kata nak balas dendam? Kenalah bertekad untuk lakukan apa sahaja?’ Bisik hatinya yang satu. Betul jugak tu.
            “Hmm, boleh jugak.. Dekat mana?” Ainul Mardhiah melahirkan rasa teruja. Teruja untuk membalas dendam sebenarnya.
            “Dekat masjid berdekatan dengan rumah saya.. Jadi, Cik Dhia nak join ke?” Tanya Batrisya dengan pandangan yang bercahaya.
            “Awak ingat saya main-main ke? Okay.. nanti awak bagi alamat rumah awak ya.. Kita pergi sama-sama.” Ainul Mardhiah tersenyum penuh makna. Dendamnya pasti akan terlerai nanti.
***
            Hujung minggu ini, Ainul Mardhiah menjalankan misinya untuk mengenakan Batrisya dan Qaireen. Tapi sebelum dia berbuat khianat, pastilah dia akan berbuat baik dahulu dengan musuhnya. Tidaklah terlalu nampak yang dia terlalu teruk.
            Keretanya diberhentikan betul-betul dihadapan rumah sewa Batrisya. Matanya menilau ke arah rumah sewa satu tingkat itu. Rumah tak ada standard langsung. ‘Sesuai sangatlah dengan si Batrisya tuh!’
            Deringan telefon bimbinya membuatkan wajahnya merekah dengan senyuman apabila terpandangakn pemanggil di talian. Terus dihalakan telefon ke cuping telinga.
            “Sayang, jom keluar...” Tanpa salam dan pembuka kata, terus suara manja Haikal menusuk ke pendengarannya.
            “Tak bolehlah sayang... kan I nak pergi kelas agama hari ni...” Ujar Ainul Mardhiah sambil tergelak-gelak. Dari cermin kereta, dia dapat melihat dirinya yang kelihatan sungguh anggun mengenakan sepasang baju kurung riau dan kepalanya ditutupi dengan tudung ala-ala Siti Nurhaliza. Serius cantik menawan kalbu kot...
            “Really... You betul-betul serius ke dengan plan you tu?” Terkejut Haikal mendengarnya. Memanglah dia tahu Ainul Mardhiah merancang sesuatu tapi tak tahulah pula yang kekasihnya itu bertekad sampai sanggup ke kelas agama. Pergghh.. dasyat!
            “Mestilah I serius... I tak akan biarkan makhluk-makhluk tu ganggu hidup I lagi. I nak kenakan dia orang sampai dia orang malu nak angkat muka!” Besar cita-citanya untuk menjatuhkan Qaireen dan Batrisya.
            “Wow...!!! I memang salute You sangat-sangat... Tapi kalau dah dapat ilmu tu, jangan pulak You gatal-gatal nak kongsi dengan I...” Usik Haikal nakal. Ainul Mardhiah hanya ketawa mendengar kata-kata Haikal itu. Langsung tidak berbekas di hatinya.
            “Hello,,, You ingat I ni ustazah ke nak bagi ceramah dekat orang?” Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Ketawa yang mampu membunuh rasa hati. Ketawa yang terlalu mendambakan dunia dan lupa pada mati.
            “Okay... I got to go... Makhluk tu dah datang dah...” Terus ditutup talian telefonya apabila terpandangkan susuk tubuh Batrisya yang sedang mengunci pintu pagar itu. Terus dia keluar dari kereta.
            Mata Batrisya tidak berkelip memandang ke arah anak majikannya itu. Serius, Cantik sungguh! Teramat sesuai dengan nama yang disandang. Bukankah nama Ainul Mardhiah itu adalah nama bidadari di Syurga.
            “Cik Dhia nampak cantik sangat bila bertudung.” Tidak tertahan rasa hatinya dari ingin memuji Ainul Mardhiah. Pujian itu memang ikhlas dari hatinya. Walaupun Ainul Mardhiah hanya mengenakan tudung ala-ala Siti Nurhaliza itu, namun keperibadiannya nyata terselah apatah lagi bila mengenakan baju kurung riau kain cotton itu.
            “Aish... janganlah puji saya sampai macam tu sekali.. Malu saya dibuatnya. Tunggu apa lagi, jomlah kita pergi.” Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, namun suara Batrisya mematikan perbuatanya.
            “Eh tak payah naik kereta Cik Dhia... kita jalan kaki je..” Ainul buat pura-pura tersenyum sedangkan dalam hatinya menyumpah seranah Batrisya. Sudahlah panas terik, ingin berjalan kaki pula. Sudahlah dia memakai baju kurung. Sungguh, rasa ingin dicabut saat ini juga.
            “Banyak pahalanya jika kita berjalan kaki ni.. bayangkan setiap langkah kita untuk berjalan ke majlis ilmu akan dikira sebagai pahala.” Batrisya berpaling sekilas ke belakang. Seperti mengira langkah kaki mereka.
            “Terlalu senang untuk mengumpul pahala sebenarnya... Tapi kita sering kali lebih suka mencari dosa..” Ainul Mardhiah mengigit bibir. Sangat-sangat terasa dengan ayat Batrisya.
            “Eh, saya bukan maksudkan Cik Dhia tau.. Saya hanya memberi satu perumpamaan sahaja.” Tutur Batrisya tiba-tiba. Ainul Mardhiah memaksakan diri untuk tersenyum sedangkan hatinya terkandung sejuta kemarahan yang tidak berbelah bahagi. Rasa hendak disepak Batrisya sekarang jugak!
            “Saya tak terasa pun.. sebab saya sedar yang saya berada di jalan yang benar.. Err Sya, saya harap awak tak payah panggil saya Cik Dhia lagi.. Awak boleh panggil saya Dhia sahaja.. Kita kan dah jadi kawan sekarang. Saya tak mahu pangkat saya sebagai seorang bos memusnahkan benteng persahabatan kita.” Ini taktik awal. Dia mahu Batirisya senang dengan dirinya. Barulah senang dia ingin menjalankan sebarang plan.
            “Err....” Batrisya terkedu seketika. Seakan-akan tidak percaya langsung yang Ainul Mardhiah yang sedang berkata-kata ini. Sejak kelmarin, Ainul Mardhiah ternyata berubah seratus-peratus.
            “Terima kasih Dhia... Saya bersyukur kerana awak tak terlewat untuk menghadirkan diri di rumah Allah ini. Percayalah, jika kita sentiasa punya masa untuk Dia, Dia pun akan sentiasa letakkan kita di bawah perhatiannya.” Nasihat Batrisya tiba-tiba. Ainul Mardhiah tersenyum kelat sahaja. Malas hendak memanjangkan bicara. Makin panjang dia cakap, makin panjang pula tazkirah Batrisya nanti.
            Namun apabila kaki kanannya melangkah ke dalam rumah Allah ini, dia mula terasakan kekosongan diri. Pandangannya menilau di sana sini. Kemarahannya tiba-tiba terasa hilang. Hatinya yang rawan terasa dibasuh dengan ketenangan yang pertama kali diperolehinya ini. Memang sudah terlalu lama dia meninggalkan tikar sejadah. Terlalu lama memuji keagungan Ilahi ini.
            “Jom kita duduk kat situ.” Bicara Batrisya mematikan gelojak hatinya sendiri. Kakinya melangkah sambil matanya ditebarkan di seluruh masjid. Tidaklah terlalu ramai pelajar di kelas agama ini. Ada yang sudah terlalu berumur. Ada yang sebaya dan ada juga anak-anak kecil.
            Tangannya mendarat di dada lantaran jantungnya terasa berdegup di luar kebiasaannya. Entah kenapa bulu romanya meremang. Badannya terasa seram sejuk. Dia terasa diperhatikan di sana sini. Ainul Mardhiah mula terasa ketakutan. Takut yang dia tidak pernah rasa untuk seumur hidupnya. Takut pada apa, dia sendiri tidak mengetahuinya.
***
            “Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran.
Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’ walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.”
Kata-kata ustaz tempoh hari bermain-main di cuping telinganya. Ainul Mardhiah mula rasa gelisah sendiri. Bibirnya bergetar menahan rasa.
“Hei.. kenapa ni? You look so scared?” Teguran Haikal itu langsung tidak mendatangkan sebarang ketenangan dalam diri Ainul Mardhiah. Wajah Ainul Mardhiah pucat lesi. Ainul Mardhiah menggeleng sahaja. Tidak pasti hendak memberi respon yang bagaimana lagi.
“So, macam mana dengan plan you tu? I akan buat part I… Bila you bagi arahan je, kita lancarkan plan tu..” Entah kenapa, dia tidak jadi hendak seronok mendengar kata-kata Haikal. Sedangkan satu ketika dahulu, saat inilah yang dia paling tunggu.
Sudah hampir dua bulan dia mengikuti kelas agama daripada Ustaz Umar. Setiap kata-kata dan tazkirah daripada ustaz itu mendapat tempat di hatinya. 
“I nak baliklah.. I rasa macam nak demam…” Haikal hanya memandang Ainul Marhdiah tidak berkelip. Sebenarnya dia sudah dapat mengesan sikap Ainul Mardhiah yang terlalu banyak mengelak dari berjumpa dengannya. Bagai ada sesuatu yang tidak kena sahaja.
“You pasti you boleh drive?” Tanya Haikal prihatin. Dia sangat prihatin jika perkara itu melibatkan Ainul Mardhiah kerana dia memang sayangkan gadis itu seikhlasnya.
“Sure… Sorry sebab tak dapat temankan you petang ni..” Dia tidak mahu Haikal mengesan perkara yang tidak-tidak. Memang dia juga ikut turut menyayangi lelaki itu. Dia sayangkan Haikal dengan segenap rasa hatinya.
“It’s okay dear… You tu kena rehat sikit.. Jangan banyak sangat buat kerja. Kalau tak you akan jadi cepat stress..” Ainul Mardhiah hanya tersenyum mendengar nasihat daripada Haikal itu. Lelaki ini memang tersangat prihatin.
Baru sahaja kaki Ainul Mardhiah menapak beberapa langkah, matanya terpandangkan pada beberapa aneka tudung yang tergantung di sebuah kedai tidak jauh dari kedai makan yang dia masuki tadi.
“Nak beli tudung cik?” Tanya si penjual ramah. Ainul Mardhiah hanya tersenyum sedikit. Tangannya merasa pada kain tudung yang bergantungan di sana sini. Kemudian tapak tangannya jatuh pula di atas kepalanya yang tidak ditutupi oleh seurat benang sekalipun. Kenapa hatinya merasa tidak tenteram? Seolah-olah seluruh semesta Alam sedang menyalahkan dirinya?
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.”
Wajah Ainul Mardhiah basah dengan peluh. Kedua belah tangannya di bawa ke tapak cuping telinga. Kata-kata Ustaz tempoh hari bermain di telingnya. Hatinya menanggung debar yang tidak terhingga rasanya. Lantas terus dia berlari keluar dari kedai itu. Tidak mempedulikan pertanyaan dari penjual itu. Terkocoh-kocoh dia masuk ke dalam perut kereta.
Tangannya dibawa memegang kepalanya. Kenapa dia terasa begitu takut dan gerun sekali apabila  lelaki yang bukan muhrim memandang dirinya. Seolah-olah mereka sedang meratah rambutnya  dengan penuh lahap.
Ainul Mardhiah menangis teresak-esak. Adakah ini petunjuk Allah atau rasa perasaan yang singgah seketika Cuma?
‘Ya Allah… tidak terhitung dosaku kepadaMu.. Tegarkah Kau menerima diriku yang penuh hina ini?’
***
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah Taubatku ini.....

“Aku lelah dalam meniti rona kehidupanmu ini.. Keraa jiwa aku kering kontang tanpa bekalan menuju destinasiMu yang lebih pasti nanti. Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana diri ini hilang dari jalan menuju redhaMu ya Allah...Di hamparan ini aku meminta agar taubatku diterima... Aku mohon Ya Allah...
            Disepertiga malam ini, Ainul Mardhiah menangis bersunguh-sungguh. Cuba meleraikan tali penyesalan yang tidak sudah-sudah. Hatinya terlalu hiba apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah dia lakukan. Dia bertaubat bersunguh-sungguh. Mengharapkan keredhaan Allah dalam menerima dirinya kembali.

***
            Satu pejabat bagai hendak runtuh dihimpit gossip baru. Semua orang terbeliak mata apabila melihat Ainul Mardhiah masuk ke pejabat dengan mengenakan baju kurung. Lebih mengejutkan ialah sehelai tudung yang tersarung di kepalanya. Ada yang bersyukur, namun tidak kurang juga yang mencaci.
            Dia ingat lagi bagaimana tercengangnya Haji Azlan yang sedang bersarapan itu apabila melihat penampilannya. Terjatuh sudu dari pegangannya.
            “Dhia minta maaf… Dhia banyak dosa dengan papa.” Dicapai tangan Haji Azlan dan dikucup dengan linangan air mata. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan. Hatinya tenang.. Seperti terlepas segala seksaan jiwanya. Betapa selama ini dirinya terlalu keras hati untuk menerima teguran.
            “Kalau ada pun kesalahan Dhia, dah lama papa maafkan.. Melihat Dhia sudah kembali membuatkan papa bersyukur dengan kurniaan dariNya ini. Alhamdulilah ya Allah.. Kau telah mengembalikan permataku yang hilang.” Akhirnya mereka sama-sama berpelukan. Kembali menyemai rasa kasih yang hampir pudar ditelan masa.
            Ainul Mardhiah tersenyum mengenangkan peristiwa pagi tadi. Entah kenapa, inilah hari yang paling sempurna sepanjang dia hidup. Dia mula memandang cermin yang terletak di sebelah pantry. Memang dulu dia pernah bertudung, tapi sekarang, dia kembali bertudung bukan kerana paksaaan dari sesiapa. Adakah ini dipanggil anugerah Allah?
            “Saya tak percaya yang dia betul-betul dah berubah seratus peratus..” Terhenti langkah kaki Ainul Mardhiah yang ingin menuju ke pantry.
            “Qai, awak kena hilangkan sikap prejudis awak tu pada dia.. Dia betul-betul dah berubah.” Susah hendak bercakap dengan Qaireen ini. Dia hanya memikirkan perkara yang negatif sahaja tentang Ainul Mardhiah.
            “Pokoknya saya tetap tak percaya.. Mana ada orang boleh berubah seratus peratus macam tu?” Batrisya tidak tahu hendak mencedok kata dari mana lagi. Sudah penat ingin memahamkan Qaireen. ‘Jika dia ditakdirkan menjadi pemimpin dalam kehidupanku nanti, mampukah aku meladani rasa egonya itu?’ Batrisya mula terfikir sendiri. Sifat syak dan wasangka Qaireen adakalanya mengelisahkan dirinya.
            “Itulah dinamakan hidayah Allah Qai… Dia memberikan taufik dan hidayah hanya pada hamba yang dia kehendaki.”  Moga kata-katanya ini mampu membasuh rasa hati Qaireen dari tidak terus berfikir yang bukan-bukan tentang Ainul Mardhiah.
            “Ya ke hidayah Allah? Entah-entah hidayah buatan sendiri!” Ainul Mardhiah sedikit tersentak mendengar kata-kata Qaireen yang memang terkandung kebenarannya. Memang pada asalnya dia merancang semua ini untuk menjahanamkan hidup Qaireen dan Batrisya. Namun lama-lama, dendam yang ingin terbalas terus musnah apabila hampir dua bulan ini dia dibasuhkan dengan kata-kata nasihat yang mendamaikan jiwa.
            Dia benar-benar ingin berubah. Penhijrahan ini datang dari rasa hatinya sendiri. Tidak dipaksa-paksa oleh sesiapa pun.Tiba-tiba ingatanya tergarit pada ceramah ustaz tempoh hari.
            “Sesuatu perkara yang menghala ke arah kebaikan memang akan ada ujian dan dugaannya. Ini semua untuk mencekalkan hati kita sendiri agar tidak berpaling setia dari yang satu. Makin kuat pegangan Iman kita, makin kuat cubaan yang Allah turunkan untuk kita. Ujian bukan bala dari Allah tapi salah satu jalan untuk membuka ruang agar kita mengingatiNya lebih dari segala sesuatu di dunia ini.”
            Ainul Mardhiah mula tersenyum sendiri. Dia sudah mengambil keputusan untuk berubah. Jadi sebarang dugaan akan ditepis sehabis dayanya. Dia akan tetap berdiri di jalan ini. Sesunguhnya inilah jalan yang diredhai oleh Allah.
***
            “You create a very successful acting.” Puji Haikal apabila melihat Ainul Mardhiah yang bertudung itu.Tidak berkelip matanya memandang kekasihnya itu. Kerana inilah kali pertama dia melihat Ainul Mardhiah sesopan ini.
 Ainul Mardhiah hanya mendiamkan diri. Sedikit sebanyak dia terkejut dengan kehadiran Haikal ke pejabatnya ini walaupun memang acap kali lelaki ini bertandang ke pejabatnya ini.
            “This is not a game.. This is a reality…  I memang dah pakai tudung sekarang.” Dia terlalu menyintai Haikal. Dan dia juga ingin Haikal berada di jalan yang dia jalani sekarang. Inilah erti hidup yang sebenar.
            “Are you serious?” Haikal agak tergamam seketika.
            “Really serious….”
            “Macam mana boleh jadi macam ni? Sepatutnya you yang permainkan dia orang.. Bukan macam ni…” Muka Haikal sedikit berkeruh. Dia pelik… tersangat pelik… Bukankah Ainul Mardhiah sentiasa dikenali dengan perangai keras kepalanya. Mana pergi semua itu?
            “Ini adalah jalan yang Allah titipkan kepada I.. I bahagia Haikal.. Dan I lebih bahagia sekiranya you pun beriringan bersama-sama dengan I.” Pujuk Ainul Mardhiah perlahan. Dia tahu Haikal memiliki spesis hati yang sangat lembut. Pantang dipujuk, pasti akan cepat cair. 
            “Sorry Dhia… I tak boleh terima semua ni.. Kan I pernah warning dengan you… jangan pernah bagi ceramah dekat I pulak. I lebih tahu mana yang terbaik untuk diri I. I tak bersedia nak jadi baik macam You.. Belum bersedia untuk menghadapi perubahan… I masih belum puas nak enjoy dalam hidup ni. Kalau You sayangkan I, You just tinggalkan semua ni dan kembali seperti sedia kala.”
            Ainul Mardhiah mengeluh di dalam hati. Bukan kerana perasaaanya telah berbelah bahagi.. Tapi kerana dia tidak berjaya membimbing orang yang dia saying kembali ke pangkal jalan. Dia tidak sanggup membiarkan Haikal terus sesat.
            “Kalau macam tu.. kita berpisah jelah.. Sebab I tak akan sesekali membelakangkan agama I.” Haikal mendegus kasar mendengar jawapan Ainul Mardhiah.
            “Kepala you memang dah kena basuh habis-habis ke sampai you macam tak boleh berfikir langsung. Berapa lama you kenal I? Berapa lama you belajar agama ni? Tak kan you tak boleh nak pilih I?” Tanya Haikal tidak berpuas hati. Dia tidak pernah menyangka yang dia akan bersaing dengan agama. Kalau lelaki yang lebih hensem dan kaya, boleh juga diterima dek akal. Ini tidak. Ainul Mardhiah ingin meninggalkan dirinya disebankan agama. Tak masuk akal sungguh?
            “I dah lama kenal agama ni.. Tapi sayang sebab I terlewat untuk menyintainya.. I pun harap you pun tak terlewat Haikal.. Kita sama-sama ada peluang dan ruang untuk baiki keadaan.” Pujuk Ainul Mardhiah lembut.
            “Mengarutlah semua ni!” Sejurus itu, terus Haikal bangun dan keluar dari pejabatnya. Ainul Mardhiah  hanya menghantar melalui pandangan mata.
            ‘Mungkin aku kehilangan kekasih di muka bumi ini.. tapi aku tidak sanggup untuk kehilangan jejak kasih abadi dariNya. Sesungguhnya, hanya padaNya tempat aku berpaut dan bersandar.’
***
            “Dhia… kenapa ni?” Tegur Batrisya apabila melihat Ainul Mardiah seakan-akan temenung di meja kerjanya. Sejak dari tadi, gadis itu seperti hilang focus sahaja.
            “Hmm, saya agak tertanya-tanya….” Batrisya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan ayat Ainul Mardhiah yang seakan-akan tergantung itu.
            “Setiap pertanyaan akan ada jawapannya. Kalau pertanyaan itu hanya sekadar tersimpan di kotak minta, maka soalan itu akan kekal sebagai soalan.” Ainul Mardhiah mula tersenyum-senyum. Faham dengan bahasa kiasan sahabatnya itu.
            “Sebenarnya apa yang ada pada ikhlas? Kadang-kadang orang sering mempersoalan keikhlasan manusia. Adakah semua orang tahu pengertian ikhlas yang sebenar?”
            Batrisya berfikir sejenak. Mencari sepotong ayat yang ringkas untuk memahamkan Ainul Mardhiah yang sedikit terkeliru ini. Akhirnya dia tersenyum sedikit.
“Tanda ikhlas itu ialah apabila pujian tidak menyebabkan kita menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kita mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah kita tetap sama.” Ainul Mardhiah tersenyum mendengar jawapan dari Batrisya. Sesungguhnya, dia terlalu beruntung kerana dipertemukan dengan gadis sepandai dan sebaik Batrisya.
            “Terima kasih Sya... Sebab ada disamping saya.. Tika saya memerlukan satu tangan untuk berpaut, awak ada menghulurkan kekuatan.” Ucapan itu lahir ikhlas dari hatinya. Dia mula mengutuk diri sendiri apabila pernah bersangka buruk terhadap Batrisya.
            “Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan melakukan perkara yang sama Dhia.. Tapi kenapa awak tanya?” Pertanyaan Batrisya mengheret ingatan Ainul Mardhiah tentang peristiwa tengah hari tadi.
            “Aku tahu kau ada plan something? Aku dapat rasa Dhia....” Bangunan pejabat ini rasanya sudah terlalu besar. Tapi entah kenapa langkah kaki mereka sering bertembung di tempat yang sama.
            “Aku tak ada plan apa-apa Qai... Aku betul-betul ikhlas untuk berubah.. Bukan dari paksaan sesiapa pun.” Ainul Mardhiah melepaskan keluhan sedikit. Benar kata orang, bukan senang hendak berubah. Andai tidak kuat Iman, pasti terjerumus kembali ke lembah penghinaan. Sepatutnya orang baik sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain. Bukan prejudis tak tentu hala.
            “Jangan bercakap soal ikhlas Dhia.. Kalau kau sendiri tak mengerti apa itu makna ikhlas? Tapi apa-apa pun, lakonan kau memang kelas....!!!” Berdesing cuping telinganya menangkap setiap butiran Qaireen itu.
            “Dhia!” Tepukan lembut di bahu mematikan lamunannya. Ainul Mardhiah tersenyum sahaja. Malu pula bila ditangkap sedang mengelamun.
            “Saja tanya...” Benar maksud kata-kata Batrisya tadi tentang pengertian ikhlas. Kejian Qaireen tidak akan mampu untuk mengurangkan amalannya dalam meniti keredhaan Allah ini dan pujian Batrisya tetang perubahannya tidak akan membuatkan dia alpa dan terleka. Dia akan lalui hidup ini seada dirinya.
***
            Panggilan telefon daripada Haikal itu menganggu-gugat jiwanya. Ainul Mardhiah resah sendiri. Bagaimana semua ini boleh terjadi?
            “I dah buat apa yang sepatutnya....” Kata-kata Haikal itu membuatkan perasaan Ainul Mardhiah berteraburan.
            “You buat apa? Kan I dah batalkan semua rancangan tu?” Suara Ainul Mardhiah agak meninggi sedikit. Entah kenapa, dia terlalu sukar untuk mengawal rasa marahnya terhadap Haikal.
            “You yang batalkan.. tapi I masih teruskan.. Sekarang dia orang berdua memang tengah terkunci dalam pejabat... I pun dah telefon pejabat agama, kejap lagi mesti dia orang datang untuk menangkap Qaireen dan Batrisya...” Hatinya terlalu sakit apabila mengenangkan yang Ainul Mardhiah meninggalkan dirinya hanya semata-mata kerana agama. Dia sedikit pun tidak boleh menerima hakikat ini!
            Ainul Mardhiah berlari ke arah pintu pejabatnya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu pejabat, baru dia perasan yang pintu pejabat tidak berkunci. Hatinya diserang debar. Janganlah ada apa-apa yang berlaku?
‘Ya Allah, selamatkan mereka.’ Tidak putus-putus Ainul Mardhiah berdoa. Mengharapkan secebis ehsan daripada pemilik alam ini.
Sepantas kilat dia berlari naik menggunakan tangga. Dia perlu cepat sebelum ada perkara buruk yang berlaku. Sesampainya di tingkat tiga, terus matanya mencari kelibat Qaireen dan Batrisya! Kakinya terus menghala ke arah pejabat Qaireen yang masih lagi menyala lampunya.
“Qaireen!” Ditolak pintu bilik lelaki itu. Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Kenapa dengan kau ni? Macam kena kejar hantu je?” Tangannya mendarat di dadanya. Terkejut kerana disergah sebegini rupa. Dia menapak ke arah Ainul Mardhiah yang sedang tercungap-cungap itu. Kerja yang terbengkalai di biarkan di atas meja.
            Ainul Mardhiah melebarkan pandangan ke arah sekelilingnya. Mencari kelibat Batrisya. Mana Batrisya?
            “Sya mana?” Tanya Ainul Mardhiah kaget.
            “Sya?” Qaireen terpinga-pinga sendiri. Setahunya, Batrisya telah pulang dari petang tadi.
            “Sya kan dah balik....” Melopong Ainul Mardhiah mendengarnya. Hatinya mula rasa tidak enak. ‘Jadi kalau Sya dah balik, bererti hanya kami berdua di dalam pejabat ini? Adakah aku yang masuk perangkap sekarang?’ Wajah Ainul Mardhiah pucat tanpa darah.
            “Apa kena dengan kau ni? Kenapa dengan Sya?” Tanya Qaireen panik. Dia tidak rela jika ada perkara buruk yang menimpa wanita kesayangannya.
            “Assalamualaikum....” Belum sempat untuk Ainul Mardhiah memberi penjelasan lanjut, mereka telah diserbu dengan beberapa orang lelaki yang berkopiah. Qaireen dan Ainul Mardhiah pula berpandangan sesama sendiri. Ya Allah!!!
***
            “Aku tahu ni semua plan kau kan?” Pekik Qaireen kuat. Sengaja dia menjerit seperti ini. Dia mahu semua orang di pejabat kadi ini tahu yang dirinya tidak bersalah. Dia diperangkap oleh Ainul Mardhiah ini.
            “Tak... jangan salah faham Qai...” Sungguh, air matanya sudah menemani di wajahnya. Bagaimana ingin memahamkan orang di sekelilingnya sekarang bahawa bukan dia yang menrancang semua ini.
            Memang dia mengaku yang satu ketika dahulu, dia merancang agar Batrisya dan Qaireen ditangkap basah. Namun setelah dia berubah, telah dihapuskan niat tersebut sehinggalah mendapat panggilan daripada Haikal. Dia pergi ke pejabat itu untuk menyelamatkan keadaan tapi tidak pernah disangka yang semua ini hanyalah perangkap!
            Ainul Mardhiah kembali merenung wajah papanya. Mengharapkan secebis belas kasihan. Namun Haji Azlan hanya menekur ke bawah. Tidak langsung memandang anak gadisnya.
            “Papa... papa percayakan Dhia kan?” Haji Azlan sedikit pun tidak memandang anak gadisnya itu. Betapa dia terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pejabat agama. Bagaimana dia hendak menerima semua ini? Dirinya sendiri serba salah sama ada ingin menyebelahi anaknya ataupun ingin menyebelahi Qaireen. Mungkin boleh jadi yang semua ini hanya salah faham. Namun siapa yang akan percaya?
            Paling menyedihkan Ainul Mardhiah ialah apabila melihat Batrisya yang sedang menangis itu. Sungguh, tidak sedikit pun dia sanggup untuk melihat air mata bermaharajalela di ruangan wajah Batrisya.
            “Sya... kami tak bersalah.. Semua ni hanyalah satu perangkap....” Ainul Mardhiah bagai hendak gila apabila ingin memahamkan orang di sekelilingnya. Bahunya terasa bebanan yang amat berat. Menangung kesalahan yang bukan salahnya.
            “Perangkap yang kau cipta kan?” Berdesing telingannya mendengar suara Qaireen yang lantang itu. Tergeleng-geleng kepala Ainul Mardhiah dibuatnya.
            “Entah-entah kau dah mengandung kan? Sebab tu kau perangkap aku untuk jadi pak sanggup?” Terbeliak semua mata yang mendengar.
            “Sumpah, aku tak perangkap kau Qai. Untuk apa aku perangkap kau?” Tanya Ainul Mardhiah dengan deraian air mata yang menyelaputi ruang wajah.
            “Sebab memang dari dulu lagi kau berdendam dengan aku!....” Mata Qaireen penuh dengan kemarahan. Dia berpaling ke arah Batrisya. Mula menyambung kata yang terhenti... “Dari dulu lagi saya dah kata Sya... yang perempuan ni buat baik sebab ada makna. Dia nak tengok kita hancur Sya....”Tidak tegar melihat Batrisya menangis tanpa berkata apa-apa.
            “Sekarang.... semuanya pun dah berlaku... Awak kena bertanggungjawab Qaireen...” Setelah dari tadi berdiam diri, Batrisya mula mengatur bicara.
            “Kenapa saya pulak yang kena tanggung kesalahan orang lain?” Jerkah Qaireen. Tidak langsung dapat menahan rasa marah yang sudah mula menjalar di ruangan minda. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dibunuh manusia yang bernama Ainul Mardhiah ini.
            “Ini sahaja cara untuk menyelamatkan maruah korang berdua... Sebelum hal ini diketahui orang lain, lebih baik korang berdua berkahwin.” Batrisya mula beristighfar di dalam hati. Susah untuk dia tafsirkan perasaannya tika ini. Namun dia percaya yang setiap yang Allah rencanakan buat setiap hamba, akan ada hikmahnya.
            “Aku tak akan kahwin dengan perempuan ni! Tak akan!” Qaireen menjerit seperti orang yang hilang kewarasan.
            “Qaireen!” Suara Haji Azlan mematikan perbalahan mereka.
            “Saya nak awak bertanggungjawab ke atas Ainul Mardhiah! Ini sahaja cara yang paling senang untuk menutup kes dengan pihak Jabatan Agama Islam. Kalau tidak, semua pihak akan menanggung malu.” Semua yang mendengar kembali melopong. Qaireen dengan dengusan tidak berpuas hati. Batrisya dengan tangisannya dan Ainul Mardhiah terjelepuk menahan rasa serba salah yang menggunung.
***
            Qaireen jadi sakit hati melihat perempuan yang berada di hadapannya ini. Sekarang mereka telah sah menjadi suami isteri. Kalau ikutkan rasa marahnya, ingin sahaja dia belasah Ainul Mardiah itu. Kerana perempuan tak guna itu, dia terpaksa melupakan cintanya terhadap Batrisya. Jika Batrisya tidak memujuknya, pasti dia tidak akan sesekali menikahi Ainul Mardhiah.
            “Saya tak boleh teruskan semua ini?” Beberapa kali diraup wajahnya. Sungguh, dia terlalu sayangkan Batrisya. Dia sudah memberitahu niatnya ini kepada emak di kampung. Namun sekarang, apa sudah jadi?
            “Awak boleh Qai...” Halu sahaja suara Batrisya. Kelihatannya, gadis kesayangannya itu sudah mula tenang sendiri. Hanya dirinya yang masih dilambung gelodak rasa angin taufan.
            “Saya cintakan awak Sya...” Pujuk Qaireen lagi.
            “Saya pun... tapi saya lebih cintakan Allah.” Ucapan itu kedengaran sungguh tulus di pendengaran milik Qaireen.
            “Jalan dah terdampar luas Qai... awak hanya perlu berjalan di atasnya..” Batriysa menggunakan bahasa kiasan untuk memahamkan Qaireen yang suratan telah tertulis sebegini rupa. Tidak ada seorang pun yang boleh menidakkan takdirnya.
            “Walaupun tanpa rela?” Sinis Qaireen membalas.
            “Kerelaan akan muncul kemudian hari Qai.. Awak memang seorang manusia yang paling layak untuk membimbing Dhia..” Pujuk Batrisya lagi. Dia akan sedaya upaya cuba memujuk. Dia terima bahawa takdir tidak menyebelahi mereka untuk bersama.
            Usai Batrisya memujuknya, datang pula Haji Azlan. Haji Azlan menawarkan dia saham di syarikat Mega Holdings dan akan menyerahkan 50 peratus harta miliknya di atas nama Qaireen. Semua ini akan jatuh ke dalam tangan Qaireen jika dia mengahwini anaknya.
            “Haji macam jual anak sendiri!” Tidak segan-segan dia melahirkan kata. Terlupa bahawa Haji Azlan adalah majikannya. Qaireen perasaan pada perubahan wajah Haji Azlan itu.
            “Saya sanggup menjual anak saya untuk lelaki seperti kamu Qai.. Bimbinglah dia selagi terdaya.. Asuhlah dia kerana saya gagal untuk mengasuhnya dengan baik...” Sebak nada suara Haji Azlan tika menyampaikan kata. Dia juga sudah menggelar dirinya sebagai papa.
            Kerana simpati pada Haji Azlan yang baik hati itu, dia mula menganggukkan kepalanya. Bersetuju untuk berkahwin. Kerana cintanya pada Batrisya, dia setuju untuk beralah untuk menerima Ainul Mardhiah sebagai isteri yang sah di sisi agama. Namun hatinya penuh dengan dendam. Ainul Mardhiah harus membayar kebahagian yang dia pertaruhkan ini!
            Perkahwinan ini juga tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun! Itu syarat yang dikenakan oleh Qaireen sendiri. Keluarganya pun tidak mengetahui perihal ini.
            “Kau tak payah menangislah bodoh!” Tengking  Qaireen kasar. Sengaja dia membawa Ainul Mardhiah untuk tinggal di rumahnya ini. Dia tidak mahu jika Ainul Mardhiah terus dapat bermanja di rumah sendiri setelah apa yang perempuan itu lakukan terhadap cintanya.
            “Kenapa awak nak hukum saya Qai? Bukan ke saya nak minta maaf... Semua ini bukan angkara saya. Memang saya mengaku yang saya pernah berniat jahat tapi itu dulu... sebelum saya kenal Sya dengan lebih baik.. Sebelum saya kenal Islam dengan lebih mendalam.” Luah Ainul Mardhiah dengan linangan air mata. Kenapa susah sangat untuk Qaireen faham dan mengerti yang dia tidak bersalah dalam hal ini!
            “Hah, akhirnya kau mengaku jugak yang kau pernah berniat buruk pada kami!” Tengking Qaireen kembali. Entah kenapa, bila hal itu melibatkan Ainul Mardhiah, dia akan cepat marah dan melenting. Kesabarannya tidak pernah wujud untuk Ainul Mardhiah.
            “Itu dulu... keadaan dah berubah sekarang.. Tak boleh ke awak maafkan saya? Besar sangat ke salah saya?” Apalah dayanya jika Qaireen terus menerus menolak dirinya. Qaireen harus sedar, dalam dunia ini semua manusia pernah melakukan kesalahan!
            “Maaf....” Muka Qaireen sinis. Kakinya melangkah merapati Ainul Mardhiah. Entah kenapa, dia rasa lain macam bila berhadapan dengan Ainul Mardhiah tika ini. Ditarik tudung Ainul Mardhiah yang tersarung kemas itu hingga menguraikan rambut ikal mayangnya.
            Qaireen sedikit tergamam. Walaupun dia pernah melihat rambut Ainul Mardhiah sebelum ini, namun malam ini dia terasa lain macam. Wajah Ainul Mardhiah kelihatan cantik sangat di pandangan matanya. Qaireen mula rasa sesuatu.
            “Qai.. awak nak buat apa ni?” Ainul Mardhiah sudah mula cuak melihat reaksi pelik Qaireen.
            “Bukan ke ini yang kau nak? Bukan ke ini benda yang kau harap sangat bila dapat kahwin dengan aku! Jadi aku akan kotakan permintaan kau tu!” Ainul Mardhiah mula menangis tika Qaireen sudah mendekati.
            ‘Berdosakah aku jika aku menolak? Namun relakah aku untuk menyerah?’ Akhirnya, malam itu bertandang tanpa kerelaan Ainul Mardhiah sendiri. Adakah ini harga bayaran di atas dosa silamnya?
***
            Qaireen meraut wajahnya beberapa kali. ‘Kenapa? Kenapa aku sentuh dia? Bukan ke aku tak cintakan dia?’ Qaireen mula mengelabah sendiri. Pagi tadi setelah sedar, terus dia meninggalkan ruangan kamar itu. Ainul Mardhiah juga sudah hilang entah kemana. Qaireen malas hendak mengambil tahu.
            Sekarang dia mula serba salah sendiri. Bukan merasa bersalah terhadap Ainul Mardhiah kerana menodainya tanpa rela tetapi merasa serba salah kerana tidak berjaya menyelamatkan cintanya terhadap Batrisya!
            Pagi itu, dia masuk pejabat seperti biasa. Dia lihat meja Batrisya masih kosong. Bilik Ainul Mardhiah pun masih tidak berpenghuni. Kusut kepalanya. Tapi dia malas hendak terus berfikir. Kerja-kerjanya yang bertambun membuatkan otaknya leka dari memikirkan kedua wanita itu.
            Namun apabila matanya mula terasa kuyu apabila mengadap kertas kerja yang berselerakan, Qaireen mula melangkah ke arah pantri. Hendak membancuh nescafee untuk melegakan saraf mata.
            Belum sempat sampai ke pantry, telingannya menangkap perbualan dua orang wanita yang amat dia kenali. Rasanya pejabatnya ini sudah cukup besar namun mudah benar dia hendak mendengar perbualan rahsia!
            “Kenapa nak berhenti Sya?” Tergamam Qaireen mendengarnya. Batrisya hendak berhenti?
            “Saya nak ubah angin..” Tipu Batrisya. Masa dia mampu untuk melihat Qaireen dan Ainul Mardhiah dihadapannya. Sedangkan keduanya itu sudah sah menjadi suami isteri.
            “Sya.. jangan tipu saya.. Saya tahu awak marah pada saya..” Pujuk Ainul Mardhiah lagi. Qaireen buat muka. Muak menatap lakonan mantap milik Ainul Mardhiah!
            “Saya tak marah Cik Dhia... Saya dah terima hakikat yang antara saya dan Qaireen, kami tak ada jodoh. Saya hanya ada kenangan sedangkan kalian punya masa depan untuk dirangka.”
            “Sya...” Ainul Mardhiah jadi kelu seribu bahasa apabila dia dapat menangkap susuk tubuh lelaki yang sedang tekun mendengar perbualan mereka itu. Pandangan mata Batrisya juga ikut turut memanah susuk tubuh milik Qaireen.
            “Awak tak boleh lari dari masalah Sya...” Ayat itu ditujukan kepada Batrisya namun matanya menjeling ke arah isterinya. Isteri tangkap muatnya semalam! Walaupun hanya tangkap muat, namun hubungan ini sudah terlangkau jauh sebenarnya. Dia tidak bermaksud untuk berlebihan semalam namun apa yang berlaku di luar jangkaannya!
 Semua ini kesilapan dirinya sendiri. Bodoh kerana menyentuh Ainul Mardhiah! Namun setelah difikir-fikir semula, itulah harga bayaran yang perlu Ainul Mardhiah bayar di atas kesilapannya sehingga menyebabkan Batrisya mengorbankan cinta mereka! Biar Ainul Mardhiah terseksa secara rohani dan jasmani.
“Lagipun, walaupun saya dah berkahwin, tapi itu tak bermakna saya tak boleh berkahwin dengan awak Sya!” Kali ini, giliran kedua wanita itu melahirkan rasa terkejut.
‘Sesenang ini Qaireen mengungkapkan kata setelah puas dia menyentuh setiap inci tubuhku semalam!’ Sudah diagak. Qaireen menyentuhnya bukan dengan kasih sayang. Tapi untuk mengikat dirinya. Untuk memenjarakan emosinya di dalam ruang yang langsung tidak punya ruang untuk bernafas.
“Apa awak cakap ni Qai?”
“Saya dah bertekad, awak tetap akan jadi isteri saya!” Itulah tekadnya. Dia pasti yang tidak akan ada bantahan daripada Ainul Mardhiah. Gadis itu pasti akan melakukan apa sahaja untuk menebus rasa bersalahnya.
Terus Batrisya memandang ke arah Ainul Mardhiah yang senyap tidak berbunyi itu. Walaupun perkahwinan ini berlaku tanpa rasa cinta, tapi itu tidak bermakna kedua-dua orang manusia ini boleh mempermainkan erti sebuah perkahwinan.
“Awak baru kahwin semalam Qai dan hari ni awak boleh ajak saya kahwin? Awak ni waras ke tak?” Tekan Batrisa sedikit. Makin lama, Batrisya sedar yang dia bukanlah seorang wanita yang mampu mentafsir apa yang berada di dalam kepala otak Qaireen. Mungkin ini pertanda bahawa Qaireen bukanlah jodoh dari Allah yang ditetapkan olehNya.
“Saya masih waras Sya... Awak yang tak waras sebab paksa saya kahwin dengan perempuan ni!” Jarinya ditunding ke arah Ainul Mardhiah. Kemudian lelaki itu tersenyum sinis. “Tappi awak jangan risau Dhia... Walaupun saya dah berkahwin dengan Sya nanti, awak akan kekal sebagai isteri saya. Isteri gelap sampai bila-bila!” Batrisya mengelengkan kepalanya. Tidak percaya yang Qaireen akan menjadi sekejam ini. Mana sifat perikemanusiaannya?
Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melangkah pergi dari situ. Kenapa hatinya menjadi terlalu sakit? Sebenarnya, apabila mendengar lafaz nikah semalam, dia sudah bertekad untuk menerima Qaireen seadanya. Sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadi isteri yang sempurna untuk lelaki itu. Namun sekarang, apa sudah terjadi?
‘Mungkin semua ini adalah kifarah di atas segala kesilapan laluku... Allah ingin menguji diriku...’ Biarlah.. dia sudah pasrah untuk menyerahkan lembaran masa depannya bersama Qaireen. Terpulanglah kepada suaminya itu untuk mencoraknya. Andai ditakdirkan dia perlu hidup bermadu. Dia rela... Rela menyerah dalam terpaksa. Rupa-rupanya terlalu sukar untuk mencari cinta kelas pertama. Cinta yang bukan bersandarkan nafsu! Tetapi berdasarkan keredhaan Ilahi.
“Cik Dhia... tunggu...” Panggilan daripada Batrisya itu membuatkan langkah Ainul Mardhiah terhenti. Lambat-lambat dia berpaling.
“Semua tu tak akan berlaku...” Gadis itu agak tercungap sedikit. Mungkin diserang lelah kerana ingin mendapatkannya.
“Saya redha Sya...”
“Jangan bermain dengan perkataan redha Cik Dhia?” Mata mereka saling beradu. Mencari kasih di dalam hujan yang penuh mehna.
“Sebagaimana awak pernah redha melepaskan dia pada saya, seperti itulah saya redha melepaskan dia pada awak Sya! Walaupun hati saya tak mungkin sejernih hati awak Sya.. Kalau perkahwinan boleh menyelamatkan persahabatan kita, saya redha menyerahkan dia pada seseorang yang lebih baik dari saya. Kerana sedari dahulu, dia hanya milik awak. Seharusnya perkahwinan ini tak boleh berlaku. Saya patut lebih berkeras untuk menentang semalam... Tapi saya terasa lemah di sana sini.. Kerana sedikit sebanyak, sayalah penyebab peristiwa semalam berlaku. Saya yang terlalu mengikut emosi dan dendam dulu.. dan akhirnya dendam itu memakan diri saya sendiri. Tapi sekurang-kurangnya saya lega.. Lega kerana awak dan keluarga awak tak perlu menanggung malu yang menggunung. Jika perkara seperti itu yang berlaku, saya pasti tak akan boleh memaafkan diri saya sendiri!”
Batrisya dihurung rasa sebak! Dia percaya yang Ainul Mardhiah telah berubah seratus peratus. Ini semua bukanlah persembahan lakonan.
“Saya percaya pada takdir ketentuan Allah ini... Jodoh saya dan Qaireen tidak pernah ada... Sekarang Qaireen milik awak Dhia... dia hanya milik awak seorang..” Digengam tangan milik Ainul Mardhiah itu. Erat! Bagai tidak ingin dilepas langsung. Sungguh, Batrisya langsung tidak rasa ralat melepaskan Qaireen dalam hidupnya. Sedari dahulu lagi, Ainul Mardhiah dan Qaireen sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain!
“Dia bencikan saya Sya...” Luah Ainul Mardhiah bersama keluhan.
“Pujuklah hati dia... dia memang mudah marah.. tapi dia cepat sejuk..” Mereka sama-sama bertukar senyuman. Cuba menguraikan simpulan kasih ini. Ainul Mardhiah sudah bertekad. Dia akan mencuba sehabis daya untuk memujuk Qaireen agar dapat menerimanya dan menempatkan dirinya sebagai seorang isteri yang selayaknya.
***
            Hampir dua bulan mereka menjadi suami isteri yang sah. Sungguh, bermacam perkara yang Ainul Mardhiah lakukan untuk mencuri perhatian dari suaminya itu. Namun herdikan sahaja yang menyambut huluran kasihnya.
            “Weh, kau ni reti gosok baju ke tak?” Bagai hendak luruh jantung Ainul Mardhiah mendengar tengkingan daripada suaminya itu.
            “Eer... dah bang...” Dia bukan takut dengan suaminya itu. Tapi dia memilih untuk menghormati suami. Andai ditakdirkan nafasnya terhenti, biarlah dia pergi dalam keadaan redha si suami walaupun dia sedar yang Qaireen langsung tidak boleh menerima dirinya. Malah Qaireen masih lagi mengejar Batrisya walaupun sudah berjuta kali Batrisya menolak kasih Qaireen.
            “Eh, dah berapa kali aku cakap, jangan panggil aku abang! Jijik aku dengar!” Entah kenapa, dia sedar yang semakin lama, isterinya itu makin menunjukkan rasa sabar dalam melayan karenahnya. Serius hatinya terusik! Namun dia tidak boleh terus menerus melayan perasaan.
            ‘Perempuan ni pandai berlakon! Mesti dia ada agenda nak kenakan aku lagi. Entah-entah dia buat baik dengan aku sebab dia nak rampas balik saham yang bapak dia bagi kat aku!’ Qaireen mula berfikiran buruk lagi.
            “Abang suami Dhia... panggilan itu adalah salah satu cara untuk Dhia naikkan martabat abang sebagai seorang suami. Walaupun Dhia tak pernah ada tempat di hati abang, tapi abang tetap suami Dhia!” Entah kenapa, kali ini dia terpanggil untuk bertegas. Jika terus berlembut, Qaireen tetap tidak makan kata juga!
            “Oh... kau ingat kau bagus lah kalau cakap macam tu?” Marah Qaireen lagi.
            “Saya tak pernah rasa bagus bang... Sebab saya sedar yang saya tak sebagus Sya untuk mengantikan dia dalam hati abang!” Walaupun dia menjawab, namun nada suarana masih kekal perlahan dan lembut. Tidak langsung menunjukkan riak kemarahan.
            “Kau memang tak akan mampu untuk mengalahkan Sya! Kau perempuan jijik yang tak ada maruah!” Berdesing telinga Ainul Mardhiah mendengarnya. Air matanya bertakung. Menunggu masa untuk terlerai di ruang wajah.
            Ainul Mardhiah berpaling. Tidak mahu suaminya itu mengesan riak sedih yang bermaharajalela di birai wajah. Baru sahaja dia ingin melangkah ke dalam biliknya namun jeritan Qaireen membantutkan pergerakannya.
            “Weh orang kaya! Kau ni masak kari ke atau kari air... Tak sedap langsung!” Tipu jika Ainul Mardhiah tidak terasa dengan kata-kata suaminya itu. Dia dibesarkan dalam keluarga yang serba sempurna. Bangun awal pagi sahaja, orang gaji telah menyempurnakan segalanya.
            Tapi semenjak menjadi isteri Qaireen, dia telah berlajar semuanya untuk memikat hati Qaireen. Semuanya dilakukan sendiri kerana dia sudah  bertekad untuk melakukan semuanya sendiri. Tidak pernah sekalipun dia mengeluh atau merungut apabila melakukan kerja-kerja rumah.
            Dahulu, tidak pernah sekalipun dia pernah membasuh baju menggunakan tangan. Namun dia sanggup berpenat lelah untuk membasuh kemeja kerja milik Qaireen. Dia ingin suaminya itu merasai kasih sayangnya setiap kali suaminya itu memakai baju ke tempat kerja. Setiap keperluan suaminya itu cuba dipenuhi sebaik mungkin. Namun Ainul Mardhiah mengaku yang masih banyak cacat celanya. Ialah, dia masih belajar menguruskan rumah tangga ini. Jika benar dia salah, tidak bolehkan menegur secara lembut?
            Namun setelah difikir-fikir semula, semua ini pasti balasan daripada Allah untuknya. Dahulu, orang gaji dirumahnya melakukan kesalahan, tanpa berfikir panjang, terus dihambur orang gajinya itu. Jika dia terlalu sakit hati, pasti orang gaji itu dipecat serta merta. Staf di Mega Holdings juga ramai yang terkena dengan perangainya. Jadi wajarlah jika sekarang dia mengalaminya. Bukankah hidup ini ada hukum karma! Setiap perlakuan kita pasti akan dibalas kembali.
            Jadi Ainul Mardhiah sedaya upaya menyabarkan rasa hatinya sendiri. Menerima hukuman Allah ini dengan seadanya. Tanpa rungutan! Tanpa banyak songeh!
Hatinya meraung saat melihat suaminya itu mencurahkan ayam masak kari itu ke dalam singki! Penat lelahnya ketika memasak belum hilang lagi. Sekarang terpaksa lelah dihurung rasa sedih melihat perbuatan suaminya itu.
‘Ya Allah... aku terima seadanya semua ujianMu ini..’ Dibajai hatinya dengan lafaz istighfar yang tak sudah-sudah. Moga bekalan kesabarannya bakal bertambah!
***
            Qaireen bagaikan terkaku apabila melihat Ainul Mardhiah yang sedang memuntahkan isi perut ke dalam singki. Tanpa berlengah, terus dia mendapatkan isterinya itu. Direntap kasar tangan Ainul Mardhiah supaya mengadapnya.
            “Kau mengandung eh?” Soalan Qaireen membuatkan Ainul Mardhiah tercengang. Pantas laju digeleng kepalanya. Muka Ainul Mardhiah pucat tanpa darah!
            “Geleng tu tanda apa? Tanda tak mengandung ke atau tanda kau tak tahu?” Gesa Qaireen lagi. Ainul Mardhiah seakan-akan tercengang! Tidak menyangka yang suaminya akan bertanya yang tidak-tidak!
            “Saya tak mengandung....” Entahlah... Ainul Mardhiah mula rasa tidak pasti. Baru dia perasan yang sudah lebih dua bulan dia tidak kedatangan haid. ‘Ya Allah, aku mengandung ke?’
            “Bila kali terakhir kau datang period?” Merah muka Ainul Mardhiah menyambut persoalan suaminya itu. Al-maklumlah, mereka bukan seperti pasangan suami isteri yang lain. Agak janggal membincangkan isu datang bulan ini.
            “Tak ingat...” Ainul Mardhiah memilih jawapan selamat.
            “Tak kan tu pun tak ingat? Apa guna Allah bagi otak kat kau ni?” Ditunjal sedikit kepala Ainul Mardhiah. Soalan semudah itu pun sukar untuk memberikan jawapan yang pasti.
            ‘Tak boleh jadi nih.... Entah-entah minah ni memang dah mengandung?’ Qaireen mula resah sendiri. Ainul Mardhiah tidak boleh mengandung! Nanti apa kata budak di pejabat! Keluarganya juga belum tahu tentang hal perkahwinannya ini. Ah sudah....
            ‘Kalau kau tak sentuh dia, tentu semua ni tak akan berlaku!’ Bisik suara hatinya.
            ‘Dia isteri aku yang sah! Aku berhak untuk sentuh dia!’ Bisik suara yang satu lagi.
            ‘Bila bercakap soal nafsu, kau mengaku yang dia adalah isteri kau! Tapi apabila kau perlu bertanggungjawab dengan perbuatan kau, kau menidakkan tanggungjawab yang perlu kau tanggung!’ Ah... serabut sungguh. Hati dan akal fikirannya bertelagah sesama sendiri.
            “Kau tak boleh mengandung! Perempuan macam kau tak layak untuk mengandungkan zuriat aku!” Ainul Mardhiah terkesima. Sungguh, air matanya berat membanjiri tubir mata. Menunggu masa untuk menumpahkan diri sahaja.
            “Aku rela tak ada zuriat!!! Itu lebih baik dari membenarkan anak aku menumpang di rahim kau!” Kali ini, air mata itu tidak dapat diseka lagi. Akhirna tumpah membanjiri ruang wajah.
            ‘Ya Allah... adakah aku ini begitu hina di pandangan matanya?’ Tidak pernah dia rasa sekecewa ini dengan Qaireen. Suaminya itu seperti meletakkan maruahnya di kaki. Malah maruah dah harga dirinya sebagai seorang wanita dipijat lumat oleh Qaireen.
            “Kenapa kau menangis? Air mata kau ni langsung tak ada nilai! Kau sakit hati kan? Macam tulah aku sakit hati bila kau perangkap aku ke dalam perangkap ni! Akhirnya aku terkurung bersama-sama dengan perempuan tak guna macam kau ni!” Entah kenapa, api kemarahannya membuak-buak. Lantas dihambur kepada isterinya yang sedang menangis itu.
            ‘Perempuan ni memang pandai berlakon!’ Qaireen masih berfikir yang Ainul Mardhiah berlakon untuk meraih simpatinya. Huh, jangan harap yang dia akan terpedaya. Dia bukan seperti Batrisya yang mudah jatuh kasihan pada orang. Apatah lagi orang itu adalah Ainul Mardhiah!
            “Jom pergi klinik...” Ditarik tangan milik isterinya. Dia perlukan jawapan!
            “Err.... saya tak mengandung... saya pasti bang...” Sebenarnya dia dapat merasai keanehan sejak dua menjak ini. Dia mula rasa sesuatu namun dipendam rasa hatinya. Tidak mahu berkongsi rasa ini dengan Qaireen. Lagipun dia bimbang jika Qaireen memaksa dirinya untuk mengugurkan kandungannya nanti. Jika ditakdirkan Qaireen tidak boleh menerima dirinya, dia tetap akan melahirkan anak ini. Dia tetap akan membesarkan anaknya walaupun tanpa kehadiran Qaireen.
            “Kau jangan nak sorok dari akulah!” Direntap tangan isterinya itu dengan kuat sehingga menyebabkan Ainul Mardhiah tidak dapat mengimbangi badannya lalu menyebabkan perut Ainul Mardhiah terhentak di buju meja makan.
            “Arrgghhh....” Tangannya ditekap ke perut. Menahan rasa sakit yang menggunung.         Qaireen pula tercengang! Bukan melihat isterinya yang merengkok kesakitan itu tapi terpana melihat darah yang menitis dari celah kain batik yang dipakai oleh isterinya.
            “Allah...” Tangan Ainul Mardhiah terketar-ketar apabila menyelak kainnya yang mula dibanjiri dengan darah! Qaireen mula rasa terkaku sendiri!
***
            Qaireen menyapu wajahnya beberapa kali. ‘Ya Allah, bagaimana semua ini boleh berlaku?’ Qaireen mula sedar yang semua ini berpunca dari kesalahannya. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebentar tadi.
            “Maaf... kami tak dapat menyelamatkan kandungan Puan Ainul...” Qaireen terpempam. Terkedu sendiri. Raut wajah Haji Azlan nyata tersangat kecewa mendengar berita dari tuan doktor itu. Tapi jika Haji Azlan mengetahui kisah yang sebenar, pasti bapa Ainul Mardiah itu akan bertambah kecewa.
            “Sabarlah Qai... Tak ada rezeki.” Ditepuk bahu menantunya itu beberapa kali.
            “Err.... anak perempuan saya okay je kan?” Apabila melihat Qaireen kelu seribu bahasa, Haji Azlan mengambil inisiatif untuk bertanya tentang kondisi satu-satunya anak perempuannya itu.
            “Puan Ainul tak ada apa-apa... cuma...” Doktor itu berjeda sedikit.
            “Cuma apa?” Qaireen tidak mampu menahan dirinya dari bersabar. Entah kenapa, hatinya diserang kerisauan.
            “Rahim Puan Ainul rosak teruk... Jadi kemungkinan besar, kami terpaksa membuang rahim milik isteri encik!” Haji Azlan beristigfar panjang manakala Qaireen terus terduduk di kerusi yang berada berhampiran dengan mereka.
            ‘Ya Allah, apa yang dah aku buat?’ Kesal sekarang pun sudah tidak berguna. Segala percaturan Allah telah pun ditetapkan.  Tapi mampukah manusia menerimanya dengan berlapang dada?
***
            Qaireen menapak perlahan ke arah isterinya yang sedang membelakanginya itu. Dia tahu yang Ainul Mardhiah sedang menangis. Demi Allah, sungguh dia terasa bebanannya. Terbeban dengan rasa bersalah yang bukan sedikit.
            “Dhia...” Ainul Mardhiah memejamkan matanya rapat-rapat. Pertama kali dalam hidupnya Qaireen memanggilnya dengan nada yang terlalu syahdu.
            “Allah dah makbulkan doa abang....” Bukan niatnya untuk memerli suaminya. Tapi itulah hakikatnya. ‘Bukankah abang pernah menyatakan yang abang tidak mahu zuriat abang ditumpangkan di dalam rahim milik Dhia.! Sekarang, Allah dah makbulkan doa abang.... Malah, rahim ini juga telah dirampas olehNya..’
            “Dhia...” Sungguh, Qaireen kehilangan kata-kata. Namun tangannya ringan menarik bahu isterinya. Dalam diam, dia mengarahkan agar isterinya itu berkalih memandangnya. Dan apabila melihat mata sembab milik Ainul Mardhiah, dia sudah mengakui kesalahannya!
            ‘Akulah yang bersalah dalam hal ini! Layakkah aku dimaafkan?’
            “Maafkan abang....” Tangan kasarnya jatuh ke pipi milik isterinya. Memang dia berjaya menepis air mata yang tumpah. Namun mampukah dirinya membasuh kelukaan milik Ainul Mardhiah!
            Ainul Mardhiah memejamkan matanya rapat-rapat. Hatinya tersentuh mendengar kata ganti nama yang digunakan oleh suaminya itu. Tiada lagi bahasa kasar. Tiada lagi tengkingan lantang. Suara pujukan Qaireen ini dapat membasuh segala kesakitannya. Terasa mudah benar kan? Kerana dia terlalu menyintai Qaireen.. Terlalu....cinta ini hadir selepas lafaz nikah mengikat hubungan mereka. Mungkin inilah cinta kelas pertama yang sering perlu dicari oleh manusia. Cinta sepasang kekasih yang halal di sisi Allah.
            “Dhia dah tak ada gunanya pada abang lagi...” Suara Ainul Mardhiah tersekat-sekat. Sebak menahan rasa.
            “Ish.... Dhia... Jangan cakap macam tu.. abang yang bersalah dalam hal ini.. ” Qaireen agak kebingungan. Tidak tahu cara macam mana untuk memujuk isterinya itu.
            Ainul Mardhiah menangis. Dia sudah tidak punya apa-apa yang mampu dibanggakan oleh seorang wanita. Apalah gunanya dirnya di sisi suaminya ini. Dia tidak mahu Qaireen menerima dirinya hanya semata-mata kerana bebanan rasa bersalahnya. Ini semua adalah kifarah atas dosa yang pernah dia lakukan pada semua orang! Ainul Mardhiah redha!
            “Abang.... tolong Dhia...” Pintanya dengan tersedu-sedu.
            “Tolong apa Dhia?”
            “Tolong lepaskan Dhia....” Sekali lagi Qaireen terpana! Tidak pasti hendak memberi reaksi bagaimana lagi. Bukankah ini yang dia mahukan selama ini? Menyeksa hati milik Ainul Mardhiah. Namun kenapa hatinya yang lebih terseksa?
***
            “Sya... terimalah Qai... dia masih cintakan awak!” Pujuk Ainul Mardhiah untuk kesekian kalinnya.
            “Antara saya dan Qai, kisah kami dah menemui noktahnya.. Lagipun, saya pasti yang dia sayangkan awak Dhia.. Kalau tak, tak kan dia jaga awak macam nak gila waktu awak berpantang!” Batrisya sedar yang Qaireen sudah mula memberikan perhatian terhadap isterinya. Memang itulah harapannya. Dia berharap yang Allah membahagia rumah tangga Ainul Mardhiah dan Qaireen.
            Ainul Mardhiah tersenyum hambar. Sebenarnya ada perjanjian antara mereka. Qaireen sudah berjanji akan melepaskan dirinya selepas sahaja habis tempoh berpantang. Kerana itu dia ingin memujuk Batrisya agar kembali semula kepada Qaireen. Sekurang-kurangnya dia ingin memastikan yang Qaireen mendapat ganti yang lebih baik daripadanya.
            “Lagipun kalau dia tak sayang awak, tak adalah sampai awak mengandung kan...” Usikkan Batrisya itu mematahkan senyuman milik Ainul Mardhiah. ‘Kalaulah Sya tahu cara macam mana abang mendekati aku, pasti gadis itu akan bersikap perjudis terhadap abang... tak boleh! Sya tak boleh tahu hakikat yang sebenar.. Biarlah rahsia ini menjadi rahsia kami berdua sahaja! Lagipun, bukankah seorang isteri wajib menjaga maruah seorang suami!’
            “Kami dah ambil keputusan untuk berpisah....”
            “Hah!” Kuat Batrisya menjerit.
            “Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Hanya semata-mata awak tak boleh mengandung, terus dia buang awak macam tu je? Lelaki jenis apa tu? Tak bertanggungjawab langsung!” Marah Batrisya lagi. Sebenarnya Qaireen langsung tidak mengetahui yang dia sedaya upaya memujuk hati Batrisya untuk menerima suaminya itu.
            “Saya dah tak boleh mengandung.. Buat apa dia simpan saya lagi.. Lagipun, saya yang minta perpisahan ni...” Betapa sedihnya apabila mengingati kelemahan diri. ‘Bagaimana nasibku di akhirat kelak? Tiada anak-anak yang akan mendoakan kesejahteraan hidupku nanti?’
            Ingatannya terjatuh jauh kepada arwah ibunya. Jarang sekali dia membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah yang telah pergi. Mungkin ini balasan untuk dirinya pula? Sesungguhnya, kelukaan yang dirasai hari ini adalah seperti hendak membasuh dosa semalam. Apa yang mampu dia lakukan ialah menerima segala ketentuan Allah ini dengan hati yang terbuka.
            “Sya... tolong terima Qai... tolong jaga dia....” Batrisya mengeluh mendengar rayuan Ainul Mardhiah itu. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Ainul Mardhiah merenung anak mata milik Batrisya. Mengharapkan sinar kebahagiaan untuk hari esok!
            “Jauh termenung....” Teguran itu membuatkan Ainul Mardhiah berpaling. Qaireen sedang berdiri di pintu biliknya.
            Hati Qaireen rasa sebak melihat kain milik Ainul Mardhiah yang berada di atas katil itu. Hari ini hari terakhir mereka bergelar suami isteri. Esok, meraka akan melalui prosiding mahkamah berkenaan kes perceraian.
            “Banyak lagi nak kemas?” Tanya Qaireen ramah. Ainul Mardhiah sedar yang sejak suaminya itu menjaga dirinya ketika pantang, perangai Qaireen telah berubah seratus peratus. Mungkin inilah orang yang dicintai oleh Batrisya. Walaupun agak terlewat, tapi itu lebih baik dari tidak memilikinya langsung!
            “Sikit je lagi..” Baru sahaja Ainul Mardhiah ingin bangun, tiba-tiba tangannya ditarik ke belakang sedikit. Badannya ditarik agar memeluk suaminya itu.
            “Maafkan abang....” Kerana dia sudah terlalu banyak menyakiti Ainul Mardhiah, dia mengambil keputusan untuk melepaskan isterinya itu. Kerana dia tidak sanggup untuk melukai isterinya untuk hari yang mendatang. Dia silap dalam mentafsir sikap Ainul Mardhiah.
            “Dah banyak kali abang minta maaf... Dhia dah maafkan.. Dhia pun banyak salah dengan abang.. Dhia tahu, dulu Dhia selalu cabar kesabaran abang!” Mula-mula dia sedikit teragak-agak untuk membalas pelukan suaminya itu. Mungkin inilah kali terakhir mereka akan berada dalam keadaan ini. Sedihnya seperti tidak terkira!
            ‘Ya Allah... kuatkah aku untuk menghadapi perpisahan ini lantaran kasih dan jiwaku telah dirantai oleh cintanya?’
            “Dhia... abang....” Qaireen agak ragu-ragu untuk meluahkan rasa cintanya terhadap Ainul Mardhiah! Sebenarnya, dia pernah sukakan Ainul Mardhiah satu ketika dahulu. Sebelum menyintai Batrisya, hatinya terlebih dahulu dijatuhkan pada Ainul Mardhiah. Namun apibila membayangkan penolakan Ainul Mardhiah nanti, terus dia mengajar diri untuk membenci isterinya itu.
            “Abang harap kita masih boleh jadi kawan....” Lain yang dirancang, lain pula yang terkeluar dari mulutnya. Hatinya mula mengeluh sendiri.
            “Kita akan berkawan sampai bila-bila...” Tutur Ainul Mardhiah pula.
            “Sebelum apa-apa yang terjadi pada hari esok, boleh tak abang buat permintaan yang terakhir?”
            “Apa dia?” Terasa syahdu apabila mengenangkan perkataan terakhir itu. Ya.. untuk kali yang terakhir...
            “Abang nak dodoikan Dhia tidur boleh?” Ainul Mardhiah tergelak mendengar permintaan dari suaminya itu. Sebenarnya Qaireen ada helah yang tersendiri. Apabila Ainul Mardhiah sudah tidur nanti, bolehlah dia menatap wajah isterinya itu sepuas mungkin. Untuk bekalan mengubati rindunya nanti.
            “Dhia pun ada satu permintaan jugak...”
            “Apa dia?”
            “Dhia nak tidur atas riba abang malam ni...” Ya Allah... hanya Allah yang tahu keperitan yang menjalar di kepingan hati. Tanpa menunggu masa lagi, terus Ainul Mardhiah melabuhkan kepalanya di peha milik Qaireen. Matanya dipejamkan rapat. Cuba untuk menghalang air mata dari terus mengalir. Namun Qaireen perasaan pada kelopak mata isterinya yang berair itu.
            “Lagu ni khas untuk isteri abang....” Qaireen mula mengawal sebak! Tangannya menepuk lembut bahu Ainul Mardhiah. Mengalirkan rasa cinta yang tidak terhitung banyaknya. Sungguh, dia sudah terlalu banyak melukakan hati Ainul Mardhiah

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

            ‘Sungguh, aku tidak akan mampu untuk mencari isteri sepertinya lagi! Jika Ainul Mardhiah itu digelar bidadari di Syurga, tetapi isterinya ini adalah bidadari yang menemani hatinya. Tidak akan bisa diganti walau diredah segenap pelusuk dunia sekalipun.
            “Ainul Mardhiah adalah bidadari hati abang!”
            Tanpa sedar, air mata Qaireen jatuh membasahi pipi Ainul Mardhiah! Ainul Mardhiah hanya membenarkan ia hadir tanpa diseka. Sungguh, dia teramat bahagia.. Cukuplah... Dia tidak mahu minta lebih lagi.
***
3 tahun berlalu.....
            “Jaga diri....” Itulah ayat keramat yang terakhir yang Qaireen titipkan kepadanya selepas mereka keluar dari bilik perbicaraan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
            Sudah tiga tahun berlalu. Namun secebis ingatannya masih tidak pernah jemu merindui bekas suaminya. Sejak daripada hari itu, dia memohon keizinan dari Haji Azlan untuk memulakan hidup di tempat lain. Jauh dari masa silam yang perit untuk dikenang. Seluruh sahamnya juga sudah dijual.. Dia tidak lagi menyandang jawatan pengarah syarikat. Sesiapa yang mengantikan dirinya pun, dia sudah tidak ambik peduli.
Hampir tiga tahun juga dia terpisah hubungan dengan Batrisya! Telah diberitahu pada papanya agar merahsiakan tempat tinggalnya. Dia telah pun melepaskan kebahagiaannya di sana semata-mata untuk kebahagian orang di sekelilingnya. Jika mereka masih berhubung, dia bimbang jika Qaireen mula berpatah arang dari menikahi Batrisya!
Lagipula sekarang dia punya kerja baru! Dia menemui kebahagian yang hakiki di tempat ini.
            “Umi...” Panggil satu suara.
            “Iya sayang..”
            “Jomlah makan sama-sama...” Ajak si kecil. Ainul Mardhiah tersenyum lalu beriringan dengan si kecil menuju ke ruang makan. Dengan bantuan dana daripada Haji Azlan, Ainul Mardhiah mula mengusahakan sebuah pusat jagaan anak yatim. Di rumah kebajikan inilah dia menumpang kasih anak-anak yang sudah kematian ibu bapa. Mereka berkongsi segalanya di rumah ini.
            Bila berada di sini, dia tidak lagi merasakan ketempangan diri. Tidak merasa kekurangan kerana tidak dapat memilik zuriat sendiri. Di sini, dia punya lebih ramai anak! Semuanya telah dianggap sebagai anak sendiri. Semuanya diberi perhatian sama rata. Inilah hikmah yang Allah sembunyikan daripadanya.
            “Kak Umi, esok Rita ada nak beli barang sikit dekat mall... boleh kak Umi teman Rita?” Tanya Rita. Penjaga di rumah anak yatim ini. Rita sudah lama berkhidmat di sini. Membantu meringankan tanggungjawab Ainul Mardhiah. Di rumah kebajikan yang dipanggil Teratak Umi ini, semua orang memanggil Ainul Mardhiah dengan panggilan Umi... Jadi, tidaklah Ainul Mardhiah terkilan untuk menjadi seorang ibu.
            “Boleh... budak-budak suruh Mak cik Besah tengokkan.” Ujar Ainul Mardhiah sambil menyuapkan makanan terhadap anak kecil yang ingin menumpang bermanja. Rita tersenyum melihat tingkah Ainul Mardhiah yang sentiasa optimis dalam melayan karenah budak-budak! Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa Kak Umi.
***
            Batrisya asyik masyuk melihat susuk tubuh seorang wanita yang berjubah hitam serta memakai purdah itu. Entah kenapa, dia membayangkan yang wanita itu teramat cantik. Ketika hendak mengambil wuduk, wanita itu mula menanggalkan purdahnya. Dan apabila purdahnya dibuka, dia mula tercengang sendiri!
            “Dhia....” Panggilan satu suara itu membuatkan Ainul Mardhiah sedikit terkaku. Takut-takut rasanya hendak berpaling.
            “Dhia kan...” Batrisya mula melangkah merapat. Dibawa tangannya di pipi milik Ainul Mardhiah. Terus diheret Ainul ke dalam pelukan erat! Akhirnya, kedua-duanya bertukar tangis. Rita yang melihat, hanya tercengang sendiri.
            “Kita solat dulu ya...” Ujar Ainul Mardhiah. Sungguh, dia teramat merindui Batrisya. Batrisya pula kagum dengan perubahan Ainul Mardhiah! Wanita itu telah melindungi kecantikkannya daripada lelaki lain! Ya Allah... hebat sungguh wanita yang bernama Ainul Mardhiah ini. Patutlah sukar dicari jejaknya, rupa-rupanya wanita itu telah berpurdah!
            Ainul Mardhiah bukan sahaja menunaikan solat zohor malah dia ikut turut menunaikan sujud syukur. Bersyukur kerana Allah mendekatkan jodoh pertemuan mereka. Mereka bertemu di rumah Allah! Besar sungguh keagungan Allah..
            Baru sahaja dia ingin mendekati Batrisya namun dia mula menghentikan langkah apabila melihat Batrisya sedang bercakap menggunakan telefon bimbit. Entah kenapa, dia terkenangkan Qaireen. Pasti lelaki itu yang ditelefon oleh Batrisya. Bukankah mereka sudah menjadi pasangan suami isteri?
            Lantas dia mula menapak pergi. “Kak Umi... tak mahu jumpa kawan akak dulu ke?” Tanya Rita meminta kepastian apabila Ainul Mardhiah terus mengajak mereka ke kereta.  ‘Bukankah Kak Umi terlalu gembira apabila berjumpa dengan sahabatnya tadi? Kenapa sekarang, kak Umiseperti hendak melarikan diri pula?’
            “Tak apalah.... kita nak cepat ni..” Tergesa-gesa Ainul Mardhiah keluar dari masjid. Dia tidak bersedia untuk berjumpa dengan Qaireen. Dia tidak mahu cemburu melihat kemesraan mereka nanti kerana hakikatnya, cintanya pada Qaireen masih bersisa. Malah tidak terluak sedikit pun.
            Namun apabila dia keluar sahaja dari pintu masjid untuk mendapatkan keretanya, kakinya terkaku apabila melihat Qaireen yang sedang berjalan menghampirinya. Lelaki itu melangkah penuh karisma. Ya... bekas suaminya itu masih kacak seperti dahulu. Tak ada apa yang berubah sekalipun. ‘Pasti Sya menjaganya lebih baik daripada aku menjaganya!’
            Kemudian matanya terpandangkan pada si kecil yang sedang dipimpin oleh Qaireen. Kanak-kanak lelaki itu sungguh comel. Wajahnya persis Batrisya! Sekurang-kurangnya dia tahu Batrisya mampu memberikan kebahagian kepada Qaireen. Batrisya mampu untuk memberikan zurita kepada Qaireen.
            Apabil langkah kaki Qaireen mula mendekat menghampiri mereka, terus Ainul Mardhiah memalingkan wajah. Mana mungkin Qaireen dapat mengenalinya kerana dia sudah menutup wajahnya dengan menggunakan purdah! Semenjak mereka berpisah, Ainul Mardhiah mengajar diri untuk menyimpan segala pinjaman Allah ini!  Biarlah wajahnya ini disimpan daripada pandangan lelaki-lelaki di luar sana. Tidak kiralah kecantikan mahupun sifat tercelanya, biarlah hanya pernah menjadi milik Qaireen sahaja. Dia tidak pernah terfikir hendak berkahwin lagi.
            “Cik...” Panggilan Qaireen itu membuatkan darah Ainul Mardhiah berderu-deru. Rita mula berpaling apabila melihat Kak Umi hanya terkaku sendiri.
            “Ya bang... kenapa?”
            “Errr.... ada barang tercicir ni..” Rita menyambut huluran beg plastik itu. Tanpa terus menunggu, terus Ainul Mardhiah berjalan menghampiri kereta. Tidak betah lagi berlama-lama. Aura Qaireen cukup kuat untuk merantai hatinya.
***
            “Rita... barang Rita tercicir kat akak ni...” Ainul Mardhiah menyerahkan bungkusan itu kepada Rita.
            “Eh, tu bukan Rita punyalah!”
            “Habis tu kalau bukan Rita punya, siapa punya barang ni?” Ainul Mardhiah mula terpinga sendiri.
            “Abang tadi bagi... dia kata barang kita tercicir.. Rita ingatkan akak punya. Jadi Rita ambillah.. Bukan akak punya ke?” Kata-kata Rita membuatkan otaknya sesak. Lelaki yang memberi barang ini bukan Qaireen ke?
            “Bukan...”
            “Alamak.. kiranya dan tersalah ambil ke? Hmm, cuba akak tengok apa yang ada dalam sampul tu.. Untung-untung kalau boleh pulang pada tuan punya badan semula ke?” Sejurus kemudian, Rita hilang menuju ke ruang dapur. Meninggalkan dia termanggu sendiri di ruang tamu ini.
            Perlahan-lahan dia mengeluarkan barang yang menghuni beg plastik itu. Apabila dibuka kotak tersebut, matanya terbuntang apabila melihat sebentuk cincin yang pernah tersarung di jari manisnya dahulu. Cincin tersebut telah  dipulangkan balik kepada Qaireen di hari perceraian mereka dahulu.
            Ada air yang bertakung di birai mata! ‘Apa yang berlaku sebenarnya?’ Deringan telefon bimbitnya membuatkan Ainul Mardhiah sedikit tersentak. Dia memandang nombor yang tidak dikenalinya itu.
            Perlahan-lahan, disuakan telefon bimbit itu di cuping telinganya.
            “Assalamualaikum.....” Tersentak Ainul Mardhiah mendengar suara yang terlalu dia rindu itu. ‘Ya Allah.. aku tidak sanggup merampas suami orang!’
            “Waalaikummusalam....” Lambat-lambat dijawab salam yang menyapa.
            “Abang ni....” Ainul Mardhiah memejamkan matanya. Cuba memadamkan rasa rindu yang mampir.
            “Dhia dah tengok cincin tu?” Tanya Qaireen apabila Ainul Mardhiah tidak memberi sebarang respon.
            “Untuk apa semua ni bang...  Antara kita, semuanya dah berakhir..” Dia tidak suka jika Qaireen terus memujuk hati dan perasaannya. Cinta itu masih ada tapi jodoh bukan milik mereka. Hatinya bimbang jika rasa hati ini akan terhasut dek ikutan nafsu semata-mata.
            “Antara kita tak pernah berakhir Dhia... Cuma waktu yang menghentikannya seketika..”
            “Sya perlukan abang... anak abang perlukan abang...” Tegas Ainul Mardhiah melontarkan suara.
            “Saya tak perlukan dia....” Pelik kerana suara Qaireen terasa begitu dekat di corong telingannya namun terasa jauh dari telefon bimbintnya. Bulu romanya terasa semacam. Lantas dia menoleh. Terkejut melihat Qaireen yang sedang tekun memandangnya.
            “Dhia... jadi isteri abang balik... teman abang sampai bila-bila...” Pohon Qaireen perlahan.
            “Dhia wanita yang tak sempurna bang... Lagipun abang dah ada Sya..  Abang tak sayangkan dia ke?”
            “Ehem-ehem.. Qai memang sayangkan saya.. tapi suami saya lebih sayangkan saya..?” Kali ini bukan suara Qaireen tetapi suara Batrisya.  Ainul Mardhiah mula rasa pening! Bagaimana semua orang boleh berada di rumah kebajikan ini?
            “Kalau awak tak kahwin dengan abang? Awak kahwin dengan siapa?” Terpinga-pinga Ainul Mardhiah dibuatnya.
            “Sya kahwin dengan I....” Kali ini, Ainul Mardhiah bertambah-tambah terkejut apabila melihat Haiqal memaut mesra bahu Batrisya. Apa yang sudah berlaku ini?
            “Macam mana korang boleh....” Muka Ainul Mardhiah jelas terpinga-pinga!
            “Panjang ceritanya.. kalau cerita sekarang, memang tak akan habsi. Abang akan terangkan nanti.. tapi dengan syarat, kena kahwin dengan abang dulu!” Yang lain-lain sudah tergelak-gelak menyambut kata-kata Qaireen! Anak di rumah kebajikan ini pun sedang mengintai di pelbagai sudut!
            “Tapi Dhia....”
            “Abang tak nak terima sebarang alasan dah... Abang dah bagi tempoh tiga tahun untuk Dhia cari penganti abang tapi Dhia tetap single lagi. Jadi Dhia wajib kahwin dengan abang! No more excuse..!” Rasa hendak tergelak ada, rasa terharu ada... rasa nak menangis pun ada! Tapi rasa nak melompat tu paling banyak. Kalau betul-betul dia melompat, pasti anak di rumah kebajikan ini akan pengsan melihat Umi mereka yang berpurdah sakan melompat! Kesyukuran yang tidak berbelah bagi diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih meminjamkan kebahagian ini kepada dirinya yang penuh dengan cacat celanya ini.
***
            Dari balik cermin, Qaireen ralit melihat Ainul Mardhiah yang sedang menyikat rambut panjangnya! Hatinya terlalu bangga apabila Ainul Mardhiah menyimpan kecantikkan untuk dirinya seorang sahaja!
            “Kenapa pandang Dhia macam tu?” Walaupun mereka pernah menjadi suami isteri, namun keadaan sekarang sangat berbeza berbanding dahulu. Renungan mata Qaireen penuh dengan rasa cinta yang bagai tidak ketemu kesudahan.
            “Tiga tahun tau tak pandang Dhia... mestilah abang nak melepaskan rindu!” Qaireen mula mendekat. Membuatkan Ainul Mardhiah diserang rasa gemuruh!
            Rupa-rupanya selama ini, suaminya itu tahu tentang tempat tinggalnya. Semua perkara yang berlaku di rumah kebajikan itu berada di dalam pengetahuan Qaireen. Kerana menyimpan rasa bersalah, Qaireen sudah bertekad untuk membiarkan isterinya itu sendiri selama tiga tahun. Jika ditakdirkan jodoh ini masih kuat, dia akan terus melamar Ainul Mardhiah semula. Dalam masa tiga tahun itu juga, Qaireen mahu isterinya itu lupa pada segala perkara buruk yang pernah menimpa rumah tangga mereka dahulu. Mereka pernah sama-sama pernah tersilap jadi Qaireen tidak mahu tersilap langkah lagi.
            Tentang hubungannya dengan Batrisya, awal-awal lagi Qaireen sudah memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Batrisya juga tidak boleh menerima Qaireen. Wanita itu sudah menerima hakikatnya yang jodoh mereka, hanya sebagai sahabat. Bukan sebagai suami isteri.
            Kemunculan Haiqal yang membawa berbakul rasa serba salah di atas  perancangan tangkap khalwat itu membuatkan Haiqal mula rapat dengan Batrisya. Sejak daripada itu, Haiqal sering meminta pandangan tentang Islam melalui Qaireen dan Batrisya. Dan akhirnya, rasa cinta ketika mendalami agama Islam membuatkan Haiqal terpaut pada Batrisya. Akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Anak kecil itulah yang dipimpin oleh Qaireen ketika di masjid itu.
            Dan pertemuan di masjid itu telah dirancang bersama-sama dengan Rita! Semuanya telah dirancang kemas oleh Qaireen. Namun rancangan manusia ini tidak akan berjalan dengan lancar jika tidak mendapat keizinan daripadaNya. ‘Ya Allah, hebat sungguh perancanganMu!’
            “Abang.. kenapa abang masih mahukan Dhia walaupun abang tahu yang Dhia tak boleh mengandungkan zuriat untuk abang?” Dia malu apabila mengenangkan kelemahannya ini. Namun hatinya terlalu tertanya-tanya. Kenapa tidak Qaireen mencari wanita lain sahaja. Wanita yang lebih sempurna.
            “Perkahwinan bukan tentang zuriat sahaja Dhia.. perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cinta kelas pertama! Cinta pada Allah yang disandarkan pada manusia.. Kalau kita tak mengecapi cinta yang utama, bagaimana kita hendak mula berharap pada manusia sedangkan pengharapan itu adalah milik Dia.. Lagipun, buat apa nak anak lagi... kita dah cukup ramai anak di rumah Teratak Umi kan... Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita... Jangan persoalkannya lagi.. Hanya perlu melalui di atas titian itu!” Ainul Mardhiah terharu. Terasa sangat bahagia.
            Ainul Mardhiah menjadi lebih malu apabila Qaireen tidak lepas-lepas dari memandangnya. “Eer.... malam ni boleh tak dodoikan Dhia?” Berkerut dahi Qaireen mendengar permintaan isterinya itu.
            “Hmm,, malam ni tak bolehlah... sebab malam ni abang nak buat overtime!” Ainul Mardhiah ketawa untuk menahan rasa gundah! Mukanya kebas dibahan rasa malu. Ya Allah, terima kasih dengan rahmat ini.
             Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta pada Allah kemudian disandarkan pada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!
            Syurga menagih ujian manakala neraka dipagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tapi takutlah jika cintamu itu mampu melenyapkan cinta Yang Maha Esa dalam jiwamu. Sesuatu yang kau suka, tidak semestinya akan memberikan kebaikkan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikan.

p/s: orang baik boleh jadi jahat... orang jahat boleh jadi baik... jadi jangan mudah berprasangka buruk terhadap orang jahat dan jangan pula terus berprasangka baik pada orang baik... Sesungguhnya kita perlu mengambil sifat berwaspada... agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani karenah dunia yang perlbagai ragam ini.

hope terhibur n jgan lupe komen....

41 comments:

  1. tak sabar nak tahu ending die..bila nak kua ssg?

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH.. 13 january nih..
    ini cerpen bertema islamik...

    ReplyDelete
  3. excited je bca, ingtkn full... :)

    ReplyDelete
  4. sabar ya... bagi introduction je nih...
    hehhehee

    ReplyDelete
  5. errrr...nak hangin tp penah gak buat kkat orang..hahaha..sabar menanti..nk tau kesudahannya...no komen sbb komen utk SSG mmg sentiasa the best among the best..

    ReplyDelete
  6. hah,, tulah.. sy belajar dri akak nih.. hehe
    pujian tu terlalu tinggi untuk orang sependek sy kak.. hehe...

    ReplyDelete
  7. eleh...pendek awak takpe..tp idea awk pnjg akal...hhehe..

    mmg kena belajar yg nakal2 neh..hehe..wat org hangin...hehe..

    ReplyDelete
  8. haha. ada2 ajeh akak nih..
    nakal sikit je xpe kan.. hhehe

    ReplyDelete
  9. plz...sambung la cerpen ni.da x sabar nak baca ni.

    ReplyDelete
  10. baru arinie sempat baca intro nie.. intro pun dah panjang yekk.. agak2 kalau full panjang dia macam nie. hehehe. best2 tiga watak yang menarik...

    ReplyDelete
  11. memang kelasss...sesungguhnya setiap yg berlaku itu..baik yg baik atau buruk..semua adalah dariNYA...

    ReplyDelete
  12. ruby muksan reds21 January 2012 at 05:51

    wahhhh kelassss kau maria...hehe terbaik punyerrrr

    ReplyDelete
  13. sukanya citer nie!! the best la!!
    menitis air mata sya bca citer nie..
    gud job cik writer... :)

    ReplyDelete
  14. memang best cerpen ni,penuh dgn nasihat yg berguna.

    ReplyDelete
  15. sara.. nie baru nama cerita bertema islamik.. pasal islamik bkan terletak pada nama surah2 yang dimasukkan dalam cerita.. tapi jalan cerita yang boleh membuatkan orang memahami islam itu sendiri.. Sara, suka sangat2. Harap ada banyak lagi cerpen tema islamik yang mendidik secara berhemah seperti ini... syang sara

    ReplyDelete
  16. suke3!!! best cerpen ssg.. :D

    ReplyDelete
  17. best gila... 20 bintang sy bagi..
    karya ssg memang kelaslah...

    ReplyDelete
  18. bestlah sara!! taktau nk bg berapa bintang ni..hehe..gud job!!

    ReplyDelete
  19. cintaNya cinta teratas dari seluruh cinta kerana Dialah pencipta n pemilik seluruh cinta yang ada...mencintaiNya tidak akan pernah terluka walaupun sewaktu2nya harus terluka utk meraih cintaNya..kerana nilainya yang sungguh mahal dan agung..dambalah selalu cintaNya...kerana tak akan bertemu kecewa..hanyalah bahagia hingga ke SANA...tempat dimana yang paling akhir utk memaknakan cinta yang abadi di syurgaNya...

    ReplyDelete
  20. best sgt cter ni...
    cukup rasa...
    indahnya kemaafan & penerimaan yg ikhlas...

    Tahniah SSG =)

    ReplyDelete
  21. best sgt cite ni....
    sesedap rase....
    hehe
    byk input penting dlm cerpen akak ni...
    congrates kak...

    ReplyDelete
  22. Best sngt la sara ... memang best x dpt nak sngkal lagi <3 <3

    hu hu ... Org jahat dari kita pun kadang2 boleh jadi lebih baik dari kita kan ?

    ReplyDelete
  23. Sangat touching bila baca citer ni, kak sara.. sedih sgt.. terbaik la kak! :D

    ReplyDelete
  24. best sngt,smpai sy pun nangis bace cerpen nih(malu nyer...)

    ReplyDelete
  25. best cerpen nie...tanpa sedari menitis jua mutiara jenis dipipi sy....ini menunjukan cerpen sara sasy gurlz menyusut ke dlm jiwa sehingga menyetuh naluri wanita sy....:-))..good job la sara

    ReplyDelete
  26. best...=)

    ReplyDelete
  27. bwu bca...menitis air mata akhirnya..thumbs up to u,sara..:)

    ReplyDelete
  28. rafika dewi jahrul9 February 2012 at 18:57

    salam SSG...
    hmmmm satu lagi cite hasil penulisan SSG yg sentiasa kak fika suka....tahniah....suka.suka...x tahu nk kata pa kat cini...superbbbbbbb...

    ReplyDelete
  29. cite nie ad smbungan ea???klau ad bile blh bce lg...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen ni sampai sini je yunkkk..
      x da smbungan dah...

      Delete
  30. aduss..,habis terkeluar bagai mutiara putus dari karangannya air mataku ini. mmg the besst cik sara. mml

    ReplyDelete
  31. best sgt2 cinta kls ptma..sdih la ble pmpuan 2 da brubah laki lak cm2,smpai rahim pn xde da..sdih sgt kjm sgt suami dia tp nsb da insaf bhgia da..

    ReplyDelete
  32. macam best jer blog ni. i follow u~ kata yellow man digi :)

    ReplyDelete
  33. sara x nak buat novel ke 'cerpang' ni????mesti menarik kalau di garap dalam bentuk novel...tp pastikan dia x hilang rahim...hahah

    ReplyDelete