Thursday, 22 December 2011

Saat Terakhir



Fisha memerhatikan pasangan yang sedang bercengkerama di bawah pokok itu dengan hati yang panas. Terbukti kata-kata temannya selama ini bahawa Afiq bermain kayu tiga dengannya. Dia masih terkaku di situ. Air matanya hampir menitis namun dia masih boleh bertahan. Najmah yang berada disebelahnya melopong bagai terserempak dengan hantu.
Jika sebelum ini, dia mampu untuk memekakkan telinganya apabila orang bercerita tentang kecurangan Afiq, tapi tidak pada kali ini kerana dia sudah tidak mampu untuk membutakan pandangan matanya.
“Fisha, kau okey?” Soal Najmah apabila dia melihat Fisha hanya diam membisu. “Aku okey Naj, kau jangan risau.” Jawab Fisha. Tangannya digengam erat. Mahu sahaja ditumbuk Afiq sekarang juga namun tahap kesabarannya masih menggunung. Dia tidak akan sesekali menjatuhkan maruah dirinya sendiri hanya kerana seorang lelaki.
“Jom kita balik.” Najmah mengajak Fisha untuk pulang sahaja. Buat apa masih berdiri di sini menyaksikan keruntuhan cinta sendiri. Bukankah itu amat memeritkan jiwa sang pencinta. “Kalau kau nak balik, kau balik lah dulu. Aku nak pergi jumpa Afiq.” Ujar Fisha sambil mula melangkah setapak.
“Fisha, kau nak buat apa ni? Kita balik je lah. Tak guna kalau kau serang si Afiq tu.” Najmah menarik Fisha dari terus melangkah. Dalam situasi seperti ini, pasti Fisha tidak dapat berfikir dengan baik.
“Kau jangan risaulah. Aku masih waras. Dia hanya teman lelaki aku, bukan laki aku.” Jawab Fisha sambil tersenyum hambar. Langkahnya diteruskan menghampiri sepasang kekasih yang sedang berpelukan. Mereka masih tidak menyedari kehadirannya kerana kedudukan mereka yang membelakanginya.
Diseru nama Afiq di dalam hatinya. Sesungguhnya dia mencari kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan. ‘Afiq, kalau inilah pengakhiran hubungan kita, aku redha melepaskan kau pergi.’
Kakinya melangkah perlahan mendapatkan Afiq yang nyata terperanjat melihat kehadirannya. Dengan pantas Afiq menarik tangannya yang melingkari pinggang Sofia sementara Sofia pula berlagak membetulkan bajunya. Tiada langsung riak malu atau takut.
“Fisha.. dengar dulu penjelasan Fiq, sayang!” Terketar-ketar suaranya memandang Fisha sambil cuba mengapai tangan kekasih hatinya. “Jangan pegang aku! Ei, jijik aku dengan kau ni. Setelah kau pegang perempuan lain, ada hati lagi nak sentuh tangan aku.” Fisha mengosok-gosokkan tangannya yang hampir dipegang oleh Afiq.
Hilang terus panggilan manja yang menghiasi perhubungan mereka. Rasanya itulah ayat yang selayaknya diterima oleh Afiq. Fisha terkejut apabila secara tiba-tiba Afiq melutut dihadapannya. Filzah mencebik. ‘Tak payahlah cuba nak buat drama pulak. Lakonan kau memang berjaya. Berjaya mengoyakkan hati aku.’
“Fisha, Fiq minta maaf!” Pohon Afiq.
“Huh, maaf! Pergi matilah dengan maaf kau tu. Korang jangan risau, aku bukan nak kacau korang berasmaradana cuma aku datang untuk menunjukkan bukti bahawa aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kecurangan kekasih sendiri. Fiq, mulai sekarang, kita putus hubungan. Anggaplah kita tak pernah kenal antara satu sama lain.” Ujar Fisha tanpa ada sekelumit pun rasa kesal.
“Fisha, jangan hukum Fiq macam ni? Fiq masih sayangkan Fisha!” Ujar Afiq. Dia masih lagi melutut. Dia memang sangat mencintai gadis ini. Namun Fisha seakan-akan beku apabila berjumpa. Banyak sangat peraturan. Kerana itulah dia menjalinkan hubungan dengan Sofia yang sangat mengetarkan jiwanya sebagai seorang lelaki.
“Fiq, apa yang you buat ni. You menjatuhkan maruah sendiri demi perempuan tak guna macam dia ni! Kalau dia tak nak dekat you, I seribu kali sudi bersama you.” Marah Sofiah kepada Afiq. Fisha rasa tercabar mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Sofia.
‘Kurang ajar betul si Sofiah ni. Sedap-sedap mulut kau je cakap aku perempuan tak guna yerk! Kau tak kenal lagi siapa aku? Hei, ini Farafisha lah!’ Marahnya di dalam hati.
“Ya, memang aku perempuan tak berguna pada Fiq. Tapi kau perempuan yang berguna pada Fiq untuk dia memuaskan nafsu. Hei, aku bagi free lah kat kau si Afiqiudin ni. Aku tak kebulur langsung.” Semua tergamam mendengar ayat yang lahir dari mulut Fisha. ‘Ambik kau, rasakan betapa pedasnya ayat aku.’
Fisha berpaling dan menarik tangan Najmah yang hanya membisu semenjak tadi. Dia tidak betah lagi memandang Sofia dan Afiq. Silap-silap, ada yang kena tempah kain kapan nanti. Najmah tidak menyangka Fisha sekuat itu. Dia begitu bangga memiliki sahabat seperti Fisha. Tidak langsung mengalirkan air mata malah masih mampu berhadapan dengan situasi ini dengan tenang.
Sejak teman-temannya megetahui kisah percintaanya dengan Afiq, semua orang seperti menunjukkan muka simpati. Fisha muak melihatnya. Dia bukan mati laki, dia hanya cuma kehilangan seorang kekasih yang tidak layak dipanggil kekasih. Dia tidak perlukan simpati orang lain. Lagipun, dia tidak pernah mencintai lelaki itu. Cuma hanya timbul rasa kecewa kerana dipermainkan.
            “Hoi, kenapa buat muka seposen ni?” Soal Haikal apabila dia melihat muka Fisha yang masam mencuka. “Kalau muka aku muka seposen, muka dua posen macam mana pulak?” Sempat lagi dia bertanya kepada Haikal. Riak mukanya kembali ceria. Kalau dia bersama dengan Haikal, jarang sekali dia akan bersedih hati. Selalunya hanya gelak ketawa sahaja yang akan berkunjung.  
            “Kejap aku fikir.” Dia menarik-narik janggut sejemput miliknya. Konon-kononya seperti seperti berfikir. Dia nampak sangat kacak dengan aksinya yang bersahaja. “Aku tau macam sape. Macam kau!” Pintas Fisha sambil menundingkan jari terlunjuknya ke arah Haikal.
            “Macam aku ke? Tak perasan pulak muka aku berharga dua posen. Tapi kiranya muka aku ni lagi mahal lah dari muka kau.” Usik Haikal. Fisha hanya tersenyum mendengar omongan Haikal. Haikal memang begitu. Dia memang seorang sahabat yang baik. Mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi. Maklumlah, jiran sebelah rumahlah katakan.
            Hubungan mereka sangat akrab. Pergi dan balik kolej juga bersama Haikal. Perlakuan dan tingkah laku Haikal cukup menyenangkannya. Hubungan antara kedua-dua keluarga juga sangat baik. Rumah Haikal sudah menjadi seperti rumahnya sendiri. Begitulah sebalikknya.
            Pernah juga teman-teman mengosipkan mereka berdua. Mereka hanya memberikan seyuman tanda menjawab. Walaupun mereka sangat rapat, mereka masih lagi menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Fisha masih akan bertudung jika Haikal berkunjung ke rumahnya. Haikal pula tidak pernah mengambil kesempatan menyentuhnya. Masing-masing masih tahu menjaga diri.
            “Hoi, termenung pulak dia ni.” Teguran Haikal memadamkan lamunannya sebentar tadi. Dia terseyum simpul. Malu pula ditegur begitu. “Kau ni, aku yang ada depan mata pun kau tak nampak. Asyik ingatkan lelaki lain. Apa, tak cukup hensem ke Zareen Haikal ni?” Gurauan Haikal telah disalah ertikan oleh Fisha. Fisha menyangka Haikal memerlinya kerana menerima Afiq.
              “Kau pun nak cakap aku bodoh sebab terima Afiq dulu?” Soalnya tiba-tiba kepada Haikal. Haikal terpinga-pinga mendengar soalan yang terbit dari mulut Fisha. ‘Hujan tak ada, rebut tak ada, tiba-tiba datang puting berliung! Fisha, Fisha. Kau memang unik. Sebab itu aku sayang dan cinta pada kau.’ Namun rasa cinta itu masih terpendam di dalam hati Haikal. Dia tidak mahu merosakkan persahabatan mereka dengan rasa cinta yang tumbuh dalam hatinya.
            Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya dia bila Fisha mengambil keputusan untuk menyambut huluran cinta Afiq. Terasa dunia ini gelap gelita. Namun cepat-cepat dia sedar dari mimpi. Hanya pada ALLAH tempat dia meluahkan rasa hati yang terpendam. Namun bila dia tahu hubungan mereka sudah terputus di tengah jalan, pada ALLAH juga dipanjatkan kesyukuran yang mengunung.
            “Kau ni, aku tak pernah cakap kau bodoh sebab terima Afiq dulu.Yang kau tiba-tiba nak angin satu badan ni kenapa? Kau masih tak boleh terima hakikat yang kau dan Afiq dah berpisah?” Nada suara Haikal masih lagi lembut di cuping telinga Fisha.
            Sayu hatinya mendengar nada suara Haikal. Menyesal pula kerana menuduh Haikal yang bukan-bukan. ‘Kenapalah aku tak boleh jadi setenang Haikal? Cepat betul angin taufan merasuk dalam diri!’ Fisha mengeluh kecil. ‘Masakan aku nak kecewa Haikal, sedangkan rasa cinta dan sayang dalam diri aku ni hanya ada pada kau! Afiq hanya sekadar menjadi sandaran sahaja.’
            Haikal menjadi gusar melihat kebisuan Fisha. Dia menarik nafas panjang. “Sha, aku nak kau tau, selagi nafas ini milik aku, aku tak akan benarkan kau bersedih seorang diri. Itu janji aku.” Fisha seperti hendak menangis mendengar pengakuan Haikal.
            “Aku boleh terima semuanya Haikal. Nama Afiq tu aku dah buang dalam kamus hidup aku. Dia tu aku anggap tak ubah macam makan peria yang pahit je.” Jawapan Fisha membuat Haikal ketawa. Dia senang kalau Fisha berjaya mengusir bayangan Afiq dan dialah yang paling gembira jika Fisha tidak lagi bersedih hati.
            “Amboi, masa bercinta bukan main lagi. Panggil sayanglah tapi bila dah clash, siap keluar sayur peria lagi.” Usik Haikal lagi. Fisha tergelak kecil. “Nama pun masa sayang, kalau masa sayang panggil peria, nampak sangatlah macam tak sayang.” Balas Fisha tidak mahu kalah. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.
            Afiq yang sedari tadi memerhatikan kedua-duanya ketawa senang mengepal kedua-dua penumbuknya. ‘Patutlah tak kisah langsung clash dengan aku, rupa-rupanya ada balak lain yang tunggu.’ Hatinya menyumpah seranah Fisha dan Haikal. Hatinya dihambat cemburu yang menggila.
            Lantas Afiq melangkah dan melepaskan satu penumbuk ke arah Haikal yang nyata terkejut dengan kedatangannya. “Apa ni Fiq?” Soal Fisha marah sambil membantu Haikal untuk bangun. Haikal mengelap bibirnya yang berdarah akibat daripada penangan penumbuk Afiq.
            “Jantan macam ni memang kena ajar sikit!” Bentak Afiq kasar. “Kalau ada masalah, lebih baik kita bawa berbincang. Pergaduhan tak akan membawa apa-apa faedah.” Seperti biasa, Haikal masih lagi boleh berdiplomasi walaupun Afiq masih berhutang penumbuk dengannya.
            Namun kemarahan yang menguasai akal fikiran Afiq telah menghalang Afiq dari berfikir panjang. Sekali lagi dia menghadiahkan penumbuk ke muka Haikal. Terhuyung-hayang Haikal mengimbangi badan dari tumbang ke tanah. “Kau dah melampaulah Afiq!” Tahap kesabaran Fisha telah mula hilang apabila melihat dua kali muka Haikal menjadi sasaran penumbuk Afiq.
            “Siapa yang melampau sebenarnya. Patutlah tak kisah clash dengan aku. Rupa-rupanya ada skandal lain. Dasar perempuan murah!” Jerkah Afiq kepada Fisha. Berdesing rasanya mendengar tengkingan Afiq. Fisha mengetap bibir menahan marah. Belum sempat Fisha mahu menghadiahkan kelima-lima jarinya ke pipi Afiq, Haikal telah bertindak terlebih dahulu menghadiahkan penumbuk ke muka Afiq.
            “Aku boleh terima kalau kau pukul aku, tapi aku tak boleh pekakkan telinga aku dari mendengar kau kutuk perempuan yang aku sayang!” Ucap Haikal bersungguh-sungguh. Afiq telah pun tersungkur di atas tanah akibat dibelasah oleh Haikal.
            Melopong Fisha mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Haikal. ‘Haikal sayang kat aku!’ Fisha menelan air liur yang seperti tersekat di kerongkongnya. Bumi seakan-akan berhenti berputar. Pandangan mereka bertaut. Jelas, ada sinar cinta di mata lelaki ini. Kenapa dia tidak pernah perasan melalui pandangan redup Haikal.
            Ingatanya kembali mengenangkan sikap Haikal yang sangat risau apabila dia diserang demam panas satu ketika dahulu. Sikap Haikal yang sentiasa mengambil berat akan dirinya. Haikal juga akan sentiasa berada disisinya ketika dia berada dalam kesedihan dan dia baru teringat betapa murungnya Haikal apabila mengetahui dia menjalinkan hubungan dengan Afiq.   
Fisha tidak tahu apa yang harus dilakukkan. Dengan pantas dia mengambil beg sandangnya dan berlari pergi dari situ. Sungguh, ayat itulah yang ditunggu-tunggu selama ini. Haikal tidak hanya melihat Fisha pergi tapi dia turut berlari mendapatkan gadis itu.
            “Fisha, aku memang sayangkan kau. Aku tak bohong.” Haikal menahan Fisha dari terus pergi sambil matanya tidak lepas dari memandang Fisha. “Kau cakap macam ni bukan sebab kau cintakan aku tapi sebab kau kasihan pada aku kerana dipermainkan oleh Afiq! Betul kan?” Soal Fisha. Dia sekadar ingin menguji lelaki dihadapnnya.
Saat ini, mereka sudah berada di bahu jalan. Kebisingan bunyi kereta yang lalu lalang tidak mengahalang dunia ciptaan mereka. Air mata yang ditahan sedari tadi sudah tidak mampu lagi ditanggung lantas mengalir perlahan membasahi pipinya. Namun tidak lama ia bertapak kerana ianya segera diseka oleh Haikal.
            “Salah. Aku memang sayangkan kau dari dulu lagi. Tak ada kena mengena langsung dengan Afiq. Cuma aku tak berani nak luahkan sebab aku ingat kau sayangkan Afiq. Walaupun kau pilih Afiq, aku tetap akan rasa gembira kalau kau gembira walaupun bukan aku yang mengembirakan kau.” Fisha terpaku mendengar luahan rasa Haikal. Rupa-rupanya telah lama mereka berkongsi rasa yang sama.
            “Cuma aku nak tanya kau satu soalan? Hmm, kau rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni?” Fisha hanya menunduk mendengar soalan Haikal. Dia merasa malu untuk mengangkat muka. Belum sempat untuk Fisha menjawab soalan Haikal, tiba-tiba Haikal telah ditolak oleh Afiq. Haikal tidak sempat mengelak kereta yang tiba-tiba muncul dari satu arah dan akhirnya,
DUMM!!!!!
Fisha terpana apabila melihat sekujur tubuh milik Haikal yang melambung tinggi sebelum terkulai layu di atas jalan raya. Afiq yang nyata terkejut melarikan diri apabila melihat orang ramai yang mula berkumpul. Fisha pula pengsan di tepi jalan setelah menyaksikan kemalangan yang meragut nyawa Haikal.
***
Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri

Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri

Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu
Begitu dalam
Sungguhku tak sanggup
Ini terjadi
Kerana ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku
Melihat kamu
Jatuh air mataku
Menangis pilu
Hanya mampu ku ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu, kamu, kamu
Di hatiku
namun bagiku
melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup ku
di hatiku…
             
            Untuk sekian kalinya, dia menjejakkan kaki ke tanah perkuburan ini. Air matanya kembali membasahi pipi. ‘Wahai air mata, aku tidak mahu menangis lagi. Izinkan aku bahagia walau tanpa dia di sisi.’ Namun kata hatinya seperti tidak dapat mendengar keluhannya. “Haikal, aku datang lagi. Aku bukan datang untuk menuntut janji tapi aku datang untuk melepaskan kau pergi. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Aku doakan kau bahagia di sana. Tetapi izinkan aku simpan kenangan kita kerana hanya itu yang mampu aku lakukan.” Tersedu-sedu Fisha menuturkan kata.
            Najmah mengosok-gosok bahu sahabatnya persis meminjamkan kekuatan dirinya kepada Fisha. Tidak tertanggung rasanya melihat kesedihan Fisha. Afiq telah pun mendapat balasannya namun semua itu tidak dapat memulangkan Haikal pada Fisha. Kalau memang cinta itu mendatangkan kebahagian, derita pasti akan bertandang apabila ia hilang.


*** TAMAT ***

“Jangan dibuang kenangan itu, kerana ia pengubat rindu….
Jangan dicampak memori itu, kerana ia pemaut kasih….
Kerana antara kita yang terpisah, yang bercantum hanyalah kenangan…”


14 comments:

  1. alah! sad ending... sian haikal..

    ReplyDelete
  2. hukhuk sad ending *lap air mata* .. apa2 pun best lah . Tapi kalau buat happy ending kan best ; )

    ReplyDelete
  3. thanks alfa syamimi..
    kak ina,,, ni cerpen pertama sy..
    sengaja tinggalkan kesan y mendalam sikit.. hehe
    jgn sedih2 lg ya...

    ReplyDelete
  4. eh , sarah umur brp ? sy tny ni sebb sarah pnggl sy ' kak ' . huhu

    ReplyDelete
  5. emm..nape ending nya sedih..tp tula..cinta x semestinya bersatu...

    ReplyDelete
  6. oh 1st cerpen patut la pendek,selalu dok baca panjang berjela,.

    ReplyDelete
  7. best jgk cerita niee.....mmg terbaikkkk

    ReplyDelete
  8. waaaaa......kper ending nyer gini

    ReplyDelete
  9. saya baru disini. cerita ni bernar2 buat saya sedih kerana saya pernah merasai setiuasi begini...

    ReplyDelete
  10. Indapurinnge punye afiq.. cian fisha.. huks.. huks..
    ..

    ReplyDelete