Thursday 29 December 2011

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI.. [1][2][3][4][5]



Bab 1
            Hujung minggu ini, Farafeesa menghabiskan masanya bersama-sama dengan Farhan. Seringkali ditolak keinginan Farhan dengan alasan sibuk di tempat kerja namun kali ini, dia tidak dapat megelak lagi. Lagipun, memang agak lama mereka tidak bertemu.
            “Woi, ni yang aku nak marah ni. Dah jumpa dengan pakwe pun kau sibuk berangan lagi eh?” Marah Farhan sambil membulatkan matanya.
            “Aku dah ada pakwe? Asal aku sendiri pun tak tahu ni.” Mereka sudah biasa begini. Kutuk mengutuk sudah sebati dalam hubungan mereka.
            “Kenapa kau tak tahu? Eee, kau ni tak alert langsunglah.” Selamba sahaja diketuk kepala Farafeesa membuatkan gadis itu mula kebengangan.
            “Weh, ini dah lebih ni. Kang aku bagi ni kang…” Ditujukan penumbuknya di depan muka Farhan. Lelaki langsung tidak beriak takut malah masih mampu ketawa mengekeh.
            “Setakat penumbuk kau ni. Memang tak kemanalah gayanya.” Ejek Farhan selamba sambil mula meninggalkan Farafeesa ke belakang.
            “Kau ni, tak pernah takutkan aku an… Kalau lelaki lain dah takut tau.” Masih mahu belagak lagi.
            “Tak ada maknanya aku nak takut dekat perempuan macam kau ni weh. Sekali aku ngap, terus tinggal tulang.” Sehabis ayatnya itu, sebuah cubitan hinggap di bahunya. Kali ini, Farhan mengadu kesakitan sambil mengerang kecil.
            “Okay-okay… Aku surrender.” Biarlah dia mengalah. Tiada gunanya bertikam lidah dengan gadis seperti Farafeesa ini.
            “Kau ni kan, cubalah jadi lemah lembut sikit. Ini tidak, ganas mengalahkan tentera. Tentera pun tahu berlembut lagi tau.” Tanganya mengosok-gosok bahu kanannya yang perit.
            “Perkataan lemah lembut tu memang tak ada dalam kamus hidup aku eh.” Bagi Farafeesa, setiap kelembutan itu ada had-had yang perlu dibatasi oleh setiap kaum hawa.
            “Cuba kau lembut macam kakak kau tu. Hah, barulah sejuk sikit hati aku ni.” Ujar Farhan sambil tersenyum sumbing,
            Siapa lagi yang selalu dibandingkan dengannya kalau bukan dengan kakaknya merangkap kembarnya iaitu Faraneesa. Memang tidak dinafikan yang kakaknya itu memang seorang perempuan yang berlemah lembut dalam setiap perlakuannya. Malah menjadi kesayangan semua ahli keluarganya.
            Bezanya mereka umpama langit dan bumi. Seorang ke utara dan seorang lagi ke selatan. Mereka sering berbeza arah dan tujuan dalam hidup mereka. Namun hubungan mereka amat rapat. Rahsia mereka, hanya mereka berdua sahaja yang menyimpannya.
            “Feesa, kau marahkan aku ke?” Farhan sudah mula diserang rasa tidak enak apabila sedari tadi Farafeesa hanya kaku mendiamkan diri.
            Dia tahu, dia salah jika hendak membandingkan diantara dua orang gadis ini. Pastilah masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurang yang tersendiri. Ya, mungkin Farafeesa ganas orangnya namun dia memang seorang yang baik hati. Itu memang dia tidak dapat nafikan.
            Dan mungkin juga Faraneesha seorang perempuan yang lemah lembut namun dia agak pemalu orangnya jadi pastilah dia tidak dapat bergurau seperti mana dia sentiasa bergurau dengan Farafeesa. Dan lebih tepat lagi, Faraneesa tidak akan pernah dapat mengantikan Farafeesa di dalam hatinya.
            “Feesa, aku cakap dengan kaulah.” Farhan sudah mula geram. Gadis ini memang gemar mempermainkannya.
            “Hah, ya ke? Aku ingat kau cakap dengan Neesa tadi.” Sedaya upaya Farafeesa mula menyembunyikan senyuman.
            “Feesa, aku mintak maaflah kalau kau terasa.” Pujuk Farhan sambil menayangkan wajah sedihnya.
            “ Tak payahlah kau tunjuk muka tak laku kau tu kat aku weh.” Farhan mula senang apabila melihat senyuman yang terbit di wajah Farafeesa. Hilang terus rasa bersalahnya.
            “Eh, muka aku ni boleh tahan juga laku tau. Jangan kau ingat muka kau sorang je yang market.” Farafeesa hanya mencebik apabila mendengar bebelan Farhan. Farhan ni, kalau membebel, mengalahkan mak nenek kot.
            “Kau ingat aku ni jenis minah yang cepat terasa ke? Hei, ni Farafeesalah. Touching-touching ni tak mainlah.” Belagak sungguh dia menuturkannya.
            “Memang secara luarannya kau memang nampak tak terasa Feesa. Tapi jauh di sudut hati kau tu, aku tau sedikit sebanyak kau terusik jugak kan.” Farafeesa menunduk sedikit. Entahlah, dia memang tidak pakar dalam menyembunyikan rahsia hatinya dari pengetahuan Farhan.
            “Paan, dia tu kakak aku. Kembar aku pulak tu. Perlu ke aku cemburukan dia sedangkan memang aku tahu yang dia lebih bagus dari aku. Satu hakikat yang memang tak boleh kita sangkal.” Ujar Farafeesa perlahan.
            “Aku tahu, kau selalu rasa tersisih walaupun kau berada dalam keluarga kau sendiri. Tapi aku nak kau tau yang kalau kau perlukan apa-apa pertolongan, aku ada untuk tolong kau Feesa.” Farafeesa tersenyum tanda terharu dengan kata-kata sahabat baiknya itu.
            “Kau memang kawan aku dunia akhirat.” Puji Farafeesa ikhlas.
            ‘Kalau boleh aku tak nak jadi kawan je, aku nak lebih dari kawan.’ Namun ayat itu hanya tersangkut di hujung bibir. Tidak terkeluar langsung suaranya. ‘Ish, kelu lagi.’
            Matanya melirik sedikit ke arah Farafeesa. Ya, memang gadis itu agak nakal dan ganas sikit. Namun dia masih dididikan agama masih dipegangnya. Itu kita boleh lihat dengan perwatakannya yang manis bertudung itu. 
            “Nanti Luqman nak merisik Neesa tau.” Tiba-tiba dia bersuara. Dia sebenarnya tidak senang dengan lirikan mata Farhan yang menusuk kalbu itu.
            “Wah. Maju Neesa eh. Hmm, kakaknya sudah, adiknya bila lagi?” Soalan inilah yang paling tidak disukai olehnya. Bosan apabila membicarakan soal perkahwinan.
            “Hahaha… aku lambat lagi kot. Calon pun belum disenarai pendekkan lagi.” Sengaja dia melawak.
            “Banyak sangat ke calonnya tuh.” Panjang senyuman Farhan. Faham benar dengan karenah Farafeesa yang berbagai ragamnya itu.
            “Eh, banyak… Sampai tak terpilih tau.” Hanya tawa menghiasi perbualan mereka.
            “Entah-entah nanti, kau yang kahwin dulu sebelum Neesa kan?” Memang sudah menjadi sebuah hakikat yang rancangan manusia ini sudah pastilah tidak dapat melawan suratan takdir. Manalah tahu kalau-kalau Farafeesa yang melangsungkan perkahwinan dahulu.
            “Hahaha, tak ada maknanya. Kalau aku yang kahwin dulu, alamatnya kena tangkap basahlah jawabnya.” Sesungguhnya, mulut Farafeesa itu memang sangat celupar.
            “Weh, kau ni tak sayang mulut betullah kan.” Marah Farhan. Dia benar-benar tidak suka jika Farafeesa merepek yang bukan-bukan. Bukankah setiap percakapan itu ialah satu doa.
            “Lah, aku main-main jelah. Janganlah marah sangat cik abang oit.” Bibirnya merekah dengan senyuman. Sesungguhnya, tiada sesiapa yang dapat mentafsirkan perhubungan mereka ini. Sekali pandang macam kawan, bila pandang banyak kali macam pasangan kekasih tapi bila ditilik dan diteliti dengan sepenuh hati, macam lawan pun ada juga.
            “Tapi ok juga kalau kena tangkap basah dengan kau. Dapat kahwin percuma. Hehehe.” Terus ditumbuk bahu kawannya itu.
            “Kurang asam kau eh. Ada hati nak jadi laki aku rupanya.” Sempat lagi dia mengenakan sahabatnya itu. Muka Farhan merona kemerahan. ‘Kalah orang perempuan.’
            “Kalau aku nak kena tangkap basah pun, aku akan pastikan yang lelaki tu hensem, kaya, ada rumah besar, kiranya perfectlah. Hah, macam tu barulah berbaloi.” Sempat lagi dia menyambung katanya yang tergendala sebentar tadi.
            “Ish, tak baik cakap macam tu. Setiap kata tu kan satu doa.” Peringatan Farhan itu Farafeesa kutip dengan senyuman. Sesungguhnya, dia sendiri tidak mahukan perkara seperti itu berlaku dalam perjalanan hidupnya.
            “Mana ada aku doa. Aku cakap jelah. Kau gila pe nak kena tangkap basah. Aku ni ada otak lagi tau.”
            “Memanglah kau ada otak, tapi otak kau tu bukan boleh pakai sangat. Ting tong je lebih.” Sejurus itu, terus sahaja dia berlari meninggalkan Farafeesa sendiri.
            “Kurang asam kau eh. Jaga kau!” Tanpa berlengah lagi, dia ikut turut mengejar Farhan yang sudah menjauh itu. Tidar sedar yang mereka sudah berwatakan seperti anak kecil. Adakalanya, kita tidak sedar yang perangai keanakan itulah yang akan lebih menceriakan kita.   

Bab 2
            Farafeesa bangun agak lewat hari ini. Entah kenapa kepalanya terasa sakit sungguh. Mungkin kerana berjaga hingga lewat malam. Bangun-bangun, semua kerja rumah sudah diselesaikan oleh Faraneesa.
            “Matahari dah terang benderang pun, tak reti-reti lagi nak bangun.” Bebel Puan Azah sambil ligat menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
            “Alah ibu, bukan selalu. Seminggu penat bekerja, mestilah nak rest sikit.” Bela Faraneesa teragak-agak. Al-maklumlah, dia bukan jenis perempuan yang berani sangat.
            “Orang lain pun kerja jugak. Bukan dia sorang je kerja.” Tambah Puan Azah lagi. Faraneesa mengarukan kepalanya. Terlebih jawab nanti, dikatakan kurang ajar. Jadi, lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Namun berdiam diri tidaklah bermakna dia bersetuju dengan ibunya itu.
            Faraneesa sendiri pelik, kenapa ibunya mudah benar naik angin dengan kembarnya itu. Adakalanya dia kasihan dengan Farafeesa. Namun kadang kala geram juga dengan sikap adiknya yang kuat menjawab itu.
            Tidak ada menangnya jika berbalah dengan ibu sendiri. Walau sesalah mana pun seorang ibu itu, pastilah dia pun punya ego yang tersendiri agar tidak tercalar di pandangan mata seorang anak.
            Tanpa mereka sedari, ada telinga yang mendengar. Ada perasaan yang terguris. Ada jiwa yang terluka. Kelopak matanya tergenang seketika. Namun segera dikawal dari terlihat dek orang lain. Dia tidak betah dikatakan lemah oleh sesiapa pun.
            Farafeesa menghalakan pandangan di satu sudut rumahnya. Di sudut itulah dia menangis teresak-esak apabila dipaksa pulang ke kampung nenek.
            “Ibu, Feesa tak nak tinggal kat rumah nenek. Feesa nak tinggal dengan ibu.” Rengek Farafeesa sambil menarik juntaian lengan baju ibunya.
            “Ibu dah penat Feesa. Kamu ni kenapalah nakal sangat. Anak jantan pun tak nakal macam kamu. Sampai pecah pasu bunga mak cik Sal kau buat. Mana nak cari duit nak ganti. Kita bukannya orang senang.” Bengang sungguh dia dengan Farafeesa.
            “Bukan Feesa yang buat. Anak dia yang buat.” Suara Farafeesa lantang kedengaran. Membangkitkan lagi kemarahan milik Puan Azah.
            “Jangan nak menipu Feesa. Ibu paling benci kalau orang suka menipu ni.” Mencerlang matanya memandang Farafeesa. Faraneesa yang berada di hujung sofa hanya diam tidak berkutik.
            “Feesa tak tipu. Dah memang betul bukan Feesa yang buat. Tak kan Feesa nak mengaku kesalahan yang bukan Feesa buat.” Jawab Farafeesa lagi. Faraneesa mengigit bibir. Sudah diberi hint agar tidak terus bersuara namun seperti biasa, Farafeesa tetap tidak mahu kalah.
            “Diam! Aku tampar karang.” Tahap kesabaran Puan Azah tidak bersisa lagi. Tangannya sudah pun diangkat ke atas. Tunggu masa sahaja. Barulah Farafeesa diam ketakutan.
            “Zah, cuba bawa bersabar sikit.” Teguran itu ditujukan buat isterinya. Farafeesa masih kecil untuk dihukum sedemikian rupa.
            “Bersabar macam mana lagi bang. Budak ni betul-betul dah melampau. Tak dengar langsung cakap orang. Cakap dia je yang betul.” Bangkang Puan Azah. Pening kepalanya dibuat Farafeesa. Kenapalah anak keduanya itu tidak seperti kakaknya yang patuh saja dengan segala arahannya.
            “Neesa, pergi tolong adik kamu kemas barang. Kejap lagi abah nak hantar dia balik kampung.” Arah Encik Najib kepada puteri sulungnya itu.
            “Abah, Feesa tak nak pergi rumah nenek. Feesa nak tinggal kat sini dengan Neesa.” Pujuk Farafeesa perlahan. Bimbang didengari ibunya pula.
            “Feesa pergi bukan lama. Kejap je. Neesa kena tinggal sini sebab Neesa nak tolong ibu nanti. Kalau dekat kampung nanti, Feesa boleh main puas-puas. Rumah kita ni kan sempit.” Lembut suarnya memujuk Farafeesa.
            “Ibu dengan abah memang tak pernah sayang Feesa kan? Sebab tu nak buang Feesa.” Sejurus itu, dia terus berlalu dengan deraian airmata.
            “Zah, awak betul-betul nak hantar dia rumah mak ke? Tak kan nak pisahkan budak berdua tu.” Sedikit sebanyak dia tidak bersetuju dengan keputusan isterinya itu. Nakal budak-budak bukanlah susah sangat hendak kawal. Cuba ianya perlukan masa dan kesabaran.
            “Saya tak larat bang… Tak larat sangat. Feesa tu suka mengajar yang bukan-bukan pada Aiman dan Fatin. Nanti budak berdua tu pun nakal macam si Feesa tu. Biarlah dia duduk dengan mak, mak pandai sikit nak kawal si Feesa tu. Lagipun bukan jauh sangat rumah mak dengan rumah kita.” Ujar Puan Azah.
            “Dia baru enam tahun Zah. Memang wajar kalau dia nakal. Biasanya budak nakal ni bijak. Tak payahlah hantar rumah mak. Menyusahkan dia pulak nanti.” Bangkang Encik Najib lembut. Kalau boleh, susah senang keluarganya itu, biarlah bersama-sama.
            “Mak dah setuju untuk jaga Feesa bang. Sudahlah, saya dah buat keputusan untuk hantar dia.” Puan Azah bangun meninggalkan suaminya terkulat-kulat sendiri.
            Faraneesa menghampiri kembarnya yang sedang menangis di atas katil itu. Teresak-esak gadis itu menangis menerima keputusan ibunya itu.
            “Feesa, janganlah nangis.” Pujuk Faraneesa yang sudah mula mengalirkan airmatanya. Dia pantang sungguh melihat Farafeesa menangis. Lagipula, dia sensitif orangnya jika hendak dibandingkan dengan Farafeesa.
            “Bukan aku yang buat pecah pasu bunga tu. Mat yang buat.” Adu Farafeesa tersedu-sedu menahan tangis.
            “Ya akak tahu.” Ya. Dia kenal kembarnya itu. Farafeesa bukan sejenis orang yang suka bercakap bohong. Kalau dia salah sekalipun, dia pasti akan mengakui kesalahannya. Lantas mereka berpeluk bertemankan airmata.
            Bagai terasa lagi pelukan milik Faraneesa itu. Hanya dia yang paling mengerti erti kesedihan yang bermaharajalela di sanubarinya.
            Setelah lima tahun tinggal di rumah nenek, dia kembali semula ke rumah ini memandangkan neneknya sudah kembali ke rahmatullah. Namun kepulangannya tidak memberi erti apa-apa kepada ibunya. Hanya mula menambahkan beban ibu agaknya?
            Tiba-tiba Farafeesa tersedar yang ada tangan yang jatuh ke bahu miliknya. Sekilas dia menoleh. Mata redup kakaknya itu memanah perlahan matanya. Dia tersenyum sedikit lantas berlalu ke bilik air untuk mandi.
            Faraneesa mengeluh sendiri. Dia pasti yang adiknya sudah mendengar bebelan ibunya itu. Pening dia dibuatnya. Seorang ibu dan seorang lagi adalah adik.
            “Aku bukan anak kesayangan.” Balik-balik ungkapan itulah yang keluar dari mulut Farafeesa. Dia tidak suka mendengarnya namun makin galak disebut oleh Farafeesa. Entah apalah menyudahan kisah dua beranak ini?
           
 Bab 3
            Farafeesa menghempaskan gangang telefon. Bengang sungguh dia dengan pelanggan yang tidak faham bahasa melayu ini.
            “Kenapa Feesa?” Tanya Atiq sambil diangkat keningnya. Farafeesa jarang bersikap sebegini. Setahunya, gadis itu sentiasa ceria dan payah untuk marah-marah sebegini.
            “Mr Kumarlah. Tak habis-habis menyusahkan aku.” Bebel Farafeesa sambil mula mencari fail di kabinet almari.
            “Kali ini dia nak apa pulak?” Kasihan juga melihat Farafeesa yang terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang bermacam ragamnya. Namun hendak kata apa lagi, sudah menjadi tanggungjawab setiausaha syarikat untuk menyelesaikan masalah pelanggan.
            “Mula-mula dia nak transfer share tapi aku cakaplah yang dia tak boleh transfer share selagi dia belum siap audit. Tapi memang jenis manusia yang tak faham bahasa. Banyak kali cakap baru faham.
            Bila audit dengan annual return dah hantar SSM, aku pun siapkanlah dokumen nak transfer share tapi sekarang dia cakap tak jadi pulak and nak tukar director. Dahlah dah hantar ke LHDN, kalau tak melibatkan duit, aku tak heran sangat tau tapi ni dah jadi banyak kerja dah.
            Kerja nak cepat tapi time bayar payment je hilang. Tak guna betul.” Atiq hanya tersenyum mendengar bebelan Farafeesa itu. Sememangnya, gadis itu berhak untuk marah.
            “Sabar ya Feesa. Nanti tak cantik bila marah-marah ni.” Dia cuba untuk menaburkan gurauan dalam setiap katanya. Mungkin dengan cara ini, barulah Farafeesa akan kembali ceria seperti sedia kala.
            “Aku marah ke atau aku tak marah ke, aku tetap cantik tau.” Hah kan betul katanya tadi. Cepat betul anginnya berubah.
            “Yalah, kau memang cantik. Sebab tu bos sayang.” Farafeesa mengigit bibir mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
            “Weh, bos-bos tu slow sikit eh. Kau ni, selalu bagi yang kedekut kat aku. Bagilah yang bagus sikit.” Selamba sahaja dia mengutuk bosnya sendiri. Tapi sudah menjadi hakikat yang memang tidak boleh disangkal.
            “Kenapa, tak cukup bagus ke saya ni?” Melopong mulut Farafeesa mendengar satu suara yang memang tidak asing dari cuping telingannya.
            Serta merta dia berpaling. Mula mengaru kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya melebar dengan senyuman. Untuk apa lagi kalau bukan untuk menghilangkan rasa takut yang mula menjalar.
            “Eh, bila Encik Akil sampai.” Dalam hatinya menyumpah seranah kerana melaser tanpa memandang kiri kanan. Sekarang, tak pasal-pasal kena berhadapan dengan bosnya itu.
            “Saya sampai pun awak tak sedar Feesa. Hmm, nampaknya topik story awak hari ni memang menarik kan sampai awak dah tak tertarik dengan saya dah.” Perli Ezrakil sambil tersenyum sedikit.
            Farafeesa menjeling sedikit ke arah Atiq yang bagaikan sedang tekun memandang skrin komputer itu. ‘Ceh, konon-konon macam focus padahal nak cover line. Hampeh betul kau eh.’
            “Bos, saya betul-betul tak sengaja. Saya bukan serius nak cakap bos kedekut.” Selamba badak sahaja perilakunya ini. Ezrakil yang baru sahaja hendak marah pun sudah mula ingin tersenyum.
            Entah kenapa, pekerjanya yang satu ini bagai tidak pernah takut dengan sesiapa pun. Karakternya yang sentiasa ceria bagai diserap masuk ke dalam tubuhnya. Bibirnya yang dahulu amat sukar untuk mengukir senyuman kini bagai sudah berjangkit dengan Farafeesa.
            “Masuk bilik saya sekarang.” Arah Ezrakil keras. Dia memang suka membuli Farafeesa. Gadis itu memang memiliki keunikan yang tiada pada gadis lain. ‘Hmm, lain macam saje bunyinya tu?’ Jatuh cintakah dia?
            “Kalau saya masuk kejap lagi boleh tak, saya nak settlekan dokumen client dulu.” Sempat lagi tu main tawar menawar dengan Ezrakil.
            “Masuk sekarang.” Dikeraskan nada suaranya.
            “Eee, satu masalah tak selesai lagi tambah lagi satu masalah.” Dia rasa macam hendak pengsan sahaja melayan karenah bos yang melebihi pelanggan-pelanggannya yang lain. Rasa nak berhenti pun ada jugak.
            “Dahlah. Kau pergi jumpa dengan bos. Biar aku tolong sediakan dokumen tu.” Atiq menawarkan diri. Kasihan juga dia dengan Farafeesa. ‘Siapa bilang enak menjadi wanita cantik?’
            “Doakan aku tau.” Atiq ketawa sedikit mendengar omelan Farafeesa itu.
            “Kau ni ada-ada je kan Feesa. Bos tak akan buat apa-apalah dekat kau. Paling koman pun dia kahwin dengan kau je.” Farafeesa membulatkan matanya. Tanda tidak bersetuju dengan kata-kata temannya itu.
            “Tak sanggup aku nak kahwin dengan orang yang kedekut weh. Tak pasal-pasal kena catu makanan nanti.” Atiq mengeleng-gelengkan kepalanya. Farafeesa ni memang banyak cakap. Kalau dapat bercakap, macam tak kenal erti full stop.
            “Feesa, lambat lagi ke nak sampai. Jauh sangat ke bilik saya.” Terjenggul wajah Ezrakil di muka pintu. Farafeesa mula memecutkan langkah.
            “Dah sampai bos.” Farafeesa menayangkan sebaris giginya. Ezrakil hendak ketawa sebenarnya namun segera dikawal.
            Dari kejauhan, Atiq hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua yang mula hilang masuk ke dalam bilik. Seorang dengan karekter seriusnya dan seorang lagi dengan perwatakan yang tak pernah serius. Menjadikah hubungan seperti ini?
            Dia sebenarnya sudah mula perasan yang bosnya itu senang memberikan perhatian kepada Farafeesa. Sepanjang dia kerja di sini, inilah kali pertama dia melihat Ezrakil terkesan dengan kehadiran seorang gadis.
            Kalaulah mereka memang ditakdirkan bersama, memang secocok sangatlah. Seorang kacak bergaya dan seorang lagi cantik umpama bidadari.
            Akhirnya, bosnya yang kedekut itu bertemu jodoh akhirnya setelah ditinggalkan oleh perempuan yang tidak tahan dengan perangai kedekutnya itu.
            Telefon yang berdering mematikan lamunan jauhnya. Segera diangkat dan mula menjalankan tugasnya sebagai assistant company secretary setelah puas memikirkan nasib yang akan menimpa pasangan yang belum bergelar kekasih itu.

Bab 4
            “Saya nak awak ikut saya ke mesyuarat Syarikat Abu Bakar Construction nanti.” Baru sahaja punggungnya melabuhkan duduk, Ezrakil sudah pun memberikan arahannya.
            “Alah bos… Kalau bos pergi sorang boleh tak?” Boleh pulak dia main tawar menawar dengan Ezrakil. Berani betul!
            “Ada apa-apa masalah dengan arahan saya tadi tu Feesa?” Diangkat sedikit keningnya ketika mengeluarkan pertanyaan.
            ‘Angkat-angkat kening pulak? Macamlah hensem sangat tapi hensemlah jugak. Hehehe..’ Bisiknya nakal.
            “Feesa, awak cakap apa tadi?” Tiba-tiba tangan Ezrakil menghentikan penulisannya dan mencari seraut wajah milik Farafeesa.
            ‘Eh, tak silap aku, aku cakap dalam hati je, macam mana dia boleh dengar ni? Tak kan dia boleh dengar pulak? Ish, pelik-pelik.” Omel hatinya lagi sambil mengerutkan dahinya sedikit.
            “Naila Farafeesa, saya bercakap dengan awak ni? Mana fokus awak hah? Suka sangat berangan.” Tempelak Ezrakil garang. Mengejutkan Farafeesa yang sedang berangan. Bukan berangan sebenarnya tetapi berfikir secara mendalam. Hehehe
            “Maaf bos. Tiba-tiba saya teringat kat kucing saya.” Tipu Farafeesa. Takut jugak dia mendengar kemarahan Ezrakil itu.
            “Kenapa pulak dengan kucing awak tu?” Walau dalam marah pun, teringin juga dia hendak tahu.
            “Saya rasa minggu ni kot dia nak beranak. Sebab rasanya dah lama dia bunting, tiba masa nak meletup je.” Melopong mulut Ezrakil mendengarnya. Satu keluhan berat dilepaskan.
            “Feesa, awak sempat lagi fikir semua tu masa jumpa dengan saya? Macam ni ke awak dengan client?” Suara Ezrakil kedengaran sungguh serius. Farafeesa mengigit bibir. Terasa menyesal kerana terlebih main sehingga menimbulkan kemarahan Ezrakil.
            Farafeesa hanya menunduk. Tidak berani hendak mengangkat muka apatah lagi ingin membalas kata. Dalam hatinya menyumpah seranah diri sendiri.
            Ezrakil sengaja memarahi gadis itu. Kalau tidak, mesti tidak akan pernah serius. Ada sahaja ayat yang ingin dibalas. Sebenarnya dia tahu yang Farafeesa sangat cekap dengan kerjanya. Sudah banyak kali dia mendengar pujian tentang ketekunan Farafeesa dalam mengurusakan hal client.
            “Awak boleh keluar Feesa.” Arah Ezrakil lembut.
            Farafeesa mula rasa tidak sedap hati. Dia masih lagi tidak bergerak. Diam tidak berkutik kerana sedang menyusun bicara untuk dituturkan.
            “Bos…” Panggil Farafeesa lembut. Ezrakil tersenyum di dalam hati.
            “Ada apa lagi?” Tidak terlalu lembut atau terlalu kasar. Sedang-sedang aje.
            “Bos marah pada saya ke?” Tanya Farafeesa spontan. Tidak sedap rasanya kalau membiarkan rasa marah itu bercambah didalam hati bosnya itu.
            “Saya tak marah pun. Kalau awak tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar Feesa.” Farafeesa sudah mula merasakan kelainan dalam nada suara bosnya itu. Dia serba salah sendiri.
            “Bos nak suruh saya attend meeting Syarikat Abu Bakar Construction tu tak?” Dia memberanikan diri untuk bertanya. Ezrakil masih tekun dengan lambakan fail di atas mejanya itu.
            “Tak payahlah. Awak buat je apa yang awak suka kat office ni?” Ambik kau. Kali ini dia betul-betul sudah dapat mengagak yang bosnya itu memang marah terhadapnya. Mungkin juga terlalu marah.
            “Saya keluar dulu bos.” Dalam hatinya berharap benar yang bosnya itu akan memanggil namanya. Perlahan sahaja rentak langkahnya. ‘Panggillah, panggillah….’ Serunya didalam hati.
            “Feesa.” Panggillan Ezrakil membuatkan Farafeesa tersenyum sebelum berpaling mengadap bosnya itu.
            “Ada apa bos?” Semangat nada suaranya. Mukanya manis dengan senyuman lebar.
            “Kalau ada sesiapa cari saya, cakap saya tak ada. Saya tak mahu diganggu.” Tidak sedikit pun Ezrakil memandangnya.         
            “Baik bos.” Jawabnya sambil tidak berlengah lagi. Terus dia keluar. Satu keluhan dilepaskan. Tangannya mengetuk kepalanya sendiri. ‘Lain kali, guna otak sikit eh.’ Marahnya terhadap dirinya sendiri.
            Dia perlu merangka sesuatu untuk memujuk bos kesayangannya itu. Ya, itu sudah pasti. Walaupun bosnya itu terkenal dengan sifat kedekutnya, namun dia senang dengan setiap cara bosnya itu yang sentiasa lebih tenang tika mengharungi masalah tentang client.
            “Kenapa muka kau cam taik unta je?” Tegur Atiq pelik dengan muka Farafeesa yang lemah tidak bermaya.
             “Kau pernah tengok taik unta ke?” Ketawa besar Atiq dibuatnya. Tidak terfikir pula dia tentang kata-katanya yang terbit dari mulutnya sendiri.
            “Gaduh dengan bos ke?” Biasalah kalau mereka berdua ini tidak sefahaman. Kerana dia tau benar yang Farafeesa ini juga tidak kurang degilnya. Adakalanya degil macam dia pulak yang jadi bos.
            “Bos marah dengan akulah. Adoyai…” Disandarikan tubuh ke kerusi. Matanya dipejam rapat. Ingin menenangkan kepala otaknya sendiri.
            “Lah, asal pulak? Kau tolak lamaran dia ke? Hahaha…” Farafeesa rasa hendak luku sahaja kepala rakannya itu.
            “Mulut kau tak ada insurans langsung kan?” Marah Farafeesa. Marah-marah sayang gitu.
            “ Memanglah. Mana ada orang jual insurans mulut yang oit. Insurans nyawa adalah.” Entah sejak bila dia sudah mula pandai menjawab. Tok gurunya sudah pastilah Farafeesa. Kih kih kih.
            “Sekali lagi kau cakap macam tu, aku bunuh kau nanti. Biar duda laki kau tu.” Terbeliak muka Atiq mendengarnya.
            “Weh jangan.” Hah, tahu takut. Farafeesa tersenyum didalam hati. Atiq sudah mula fokus dengan kerjanya sementara Farafeesa masih setia melayan perasaan.
            Kenapa dia tidak merasa tenang setelah dia tahu yang Ezrakil marah dengannya. Ini bukanlah kali pertama dia membuatkan rasa marah menjengah didalam hati Ezrakil. Sudah acap kali namun baru kali ini terkesan rasa bersalah kerana berperangai diluar kotak kebiasaan.
            Farafeesa sudah berfikir semasaknya. Dia perlu melakukan sesuatu untuk memujuk kembali bosnya itu. Tidak enak juga kalau dibiarkan kemarahan itu bermaharajalela didalam hati. Bimbang rasa marah itu akan mengundang rasa tidak selesa diantara mereka nanti.
           
Bab 5
            Farafeesa memerhatikan kembarnya yang sedang menyiapkan diri untuk keluar makan bersama Luqman. Kekasih jiwa raganya itu. Sudah agak lama juga mereka berdua berkawan, keluarganya juga senang dengan perilaku Luqman yang senang bergaul dengan ahli keluarganya yang lain itu.
            “Tak payah lawa-lawalah. Macam tu jugak muka kau tu.” Mulutnya ringan sahaja mengutuk Faraneesha. Faraneesha tidak sedikit pun mempedulikan Farafeesa yang memang mewah dengan usikan.
            “Jelouslah tu. Kalau nak, carilah pakwe sorang.” Berbelit selendang yang dipakai oleh Faraneesha. Farafeesa pula yang merasa rimas.
            “Tak ada pasal weh. Banyak lagi kerja aku.” Seringkali memang itulah alasanya bila orang membangkitkan isu kekasih. Liat benar dia hendak mencari pasangan.
            “Eleh, padahal dah ada tapi tak nak mengaku kan?” Serkap Faraneesha dengan senyuman sinis. Farafeesa buat muka blur. Malas hendak memanjangkan perbualan berkisar hal teman lelaki ini.
             “Weh, aku cakap dengan kau ni.” Bengang betul dia dengan sikap Farafeesa ini. Entah bilalah hendak fokus dengan apa yang orang cakap.
            “Topik ni tak bestlah. Cari topik lainlah.” Mengelat lagi.
            “Sampai bila? Sampai uban dah ada atas kepala baru nak cari. Masa tu kau memang tak laku dah weh.” Farafeesa sedikit pun tidak terasa dengan ayat yang keluar dari mulut kembarnya itu. Kalau ada jodoh tak kemana tapi kalau dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana?
            “Sejak bila kau berjangkit dengan ibu ni? Biarlah ibu seorang je yang kuat membebel, kau janganlah nak ambik title dia pulak.” Rasa hendak sekeh sahaja kepala adiknya itu. Lain yang dicakap, lain pula yang dibalas.
            “Dengar dek ibu karang, mulalah perang…” Dia faham benar dengan sikap kedua-dua insan kesayangannya ini.
            “Dah memang ibu tak sayangkan aku jadi setiap apa yang aku buat memanglah tak kena dimata ibu tu. Kau tahu, kadang-kadang aku rasa macam anak angkat pun ada. Tapi dah sah-sahlah aku ni anak dia sebab muka kau tu sebiji macam aku.
            Tak pun kita berdua ni memang anak angkat tapi ibu sayang kau sebab kau ni tak banyak songeh sangat macam aku kot.” Farafeesa membuat kesimpulan sendiri.
            Faraneesha diam tidak berkutik. Bukan kali pertama dia mendengar kata-kata ini dari Farafeesa. Malah sudah lali dek cuping telingannya dengan ayat seperti ini.
            Dia sendiri pelik. Kenapa ibunya senang benar untuk memarahi Farafeesa. Nak kata dia punya kelebihan lebih dari adiknya itu, itu memang salah seratus peratus.
            Antara dia dan Farafeesa, Farafeesa antara orang yang sering mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. Malah sering mendapat anugerah dekan ketika di Universiti.
            Namun tidak dinafikan yang Farafeesa ini nakal sedikit orangnya. Mulutnya mudah benar untuk menjawab kembali. Adiknya itu memang akan membela sesiapa sahaja yang memang nyata tidak bersalah.
            Dan memang diakui yang Farafeesa malas sedikit menolong di dapur. Hal ini bukan kerana dia malas namun kerana dia naik bosan bila setiap perkara yang dilakukan akan ditilik dengan amat teliti sekali.
            Jika sedang menyediakan bahan untuk memasak, pasti dia akan dikomen kerana tidak memenuhi citarasa ibunya itu. Setiap yang dilakukan akan mendapat respon yang agak negative. Mungkin kerana itu Farafeesa memang liat untuk menolong di dapur.
            Namun kalau bab melipat kain, tidak pernah sekali pun ibunya itu akan komen. Kerana lipatan kainya itu amat memenuhi criteria yang diperlukan. Lihatlah almari rumah mereka, pasti akan sentiasa kemas dan terletak cantik.
            Farafeesa akan mengamuk teruk jika kain baju yang disusun telah dirosakkan oleh adik-adiknya. Dan adik-adiknya yang lain itu memang takut sedikit dengan Farafeesa berbanding dengan dirinya yang jarang sekali untuk marah.
            “Dah sampai kemana dah weh? Luqman dah sampai pun kau tak sedar ke? Hmm, memang malang betul Luqman tu dapat kau. Kau nak keluar dating dengan dia tapi kau boleh pulak ingat kat jantan lain.” Kata-kata Farafeesa itu memang amat celupar.
            “Kau ni kan, kalau dia dengar, boleh jadi salah faham tau.” Segera dimasukkan apa-apa yang patut kedalam beg tangannya. Dirapikan solekannya agar kelihatan lebih kemas.
            “Lebih baik tak faham dari salah faham.” Entah apa tujuan dikeluarkan ayat itu. Dia sendiri tidak pasti.
            Dari tingkap bilik, matanya mengekor Faraneesha yang masuk ke dalam kereta Luqman. Gadis itu memang sangat bertuah kerana dipertemukan dengan jejaka sebaik Luqman.

4 comments:

  1. sy baru nk start bace cite ni.. tp name farafeesa tu panjang sgt la.. smpai 4 suku kata nk kene sebut.. heheh.. peace..!!

    ReplyDelete
  2. Dah bab 43, Tapi baru nak marathon dari bab 1.. Heheh sory lambat!

    ReplyDelete
  3. eid a.k.a akh9 May 2012 at 17:18

    versi edit eh...? patutle pendek jer... thumbs up dik sara ...

    ReplyDelete