Thursday, 22 December 2011

Campakkan Daku ke Dalam Cintanya



            Qairina menekup kedua belah telinganya yang bingit. Dalam hati diminta kekuatan untuk menghadapi bebelan ibunya kali ini. ‘Tak ada kerja lain gamaknya orang tua ni, dua puluh lima jam asyik membebel sahaja.’
            “Airin, dah berapa kali mak nak cakap, lepas basuh pinggan, teraplah terus pinggan tu. Lepas tu buang sampah terus. Singki ni jangan biar berair. Lap sampai kering. Barulah kemas. Ini tak, kerja tak bersiapan semua. Kau ingat ada orang ke yang nak tolong sambung kerja kau ni. Umpamanya macam kau berak, ada ke orang nak tolong basuh hah?”
            Panjang bebelan Puan Normah terhadap anak sulungnya itu. Umur sudah menjangka dua puluh lima tahun. Namun markah untuk kerja dapur, kosong. Zero. Elek...
            “Mak ni, biar lah pinggan tu kering dulu. Tong sampah pun bukan banyak sampah pun. Lagipun, tak pernah dibuat orang lap singki. Dah memang nanti-nanti basah jugak kalau bukak paip.” Jawab Qairina berani.
            “Tulah, bila aku cakap, kau banyak sangat menjawab. Kau tu umur je dah besar panjang, tapi satu benda pun tak lulus lagi. Kalau aku campak kau dalam rumah tangga, hah, memang confirm tak luluslah jawapnya.” Bidas Puan Normah kembali. Encik Basri yang mendengar hanya mengelengkan kepala.
            Yang sorang memang kuat menjawab. Yang sorang lagi memang kuat membebel. Bila bertembung suara, memang naik pecah telinga dibuatnya.
            “Cubalah campak. Entah-entah Airin boleh hidup je... Mak tu je yang lebih-lebih.” Dia bukan sengaja ingin membalas kata. Namun dia geram bin sakit hati apabila maknya itu tak habis-habis berleter.
            Pergi kerja kena leter, baru je balik kerja pun sudah terkena. Telinganya sudah tidak sanggup lagi untuk menahan bebelan. Kalau dulu boleh juga dipekakkan telinganya, ditulikan hatinya, namun kini, semua yang selama ini dipertahankan, mula ingin merobohkan diri.
            “Hah, menjawab lagi. Kalau kau menjawab lagi, aku tenyeh mulut kau dengan cili ni.” Secara kebetulan, memang Puan Normah sedang memegang cili api untuk dibuat sambal.
            Encik Basri mengelengkan kepalanya sedikit. Melarang anak sulungnya itu dari terus berkata-kata.
            Qairina mendengus sedikit. Memahami klu yang diberikan oleh abahnya itu. Biarlah dia mengalah. Memang tiada gunanya bergaduh dengan orang tua sendiri. Tanpa menunggu lama, Qairina terus angkat kaki.
            “Relekslah kak... Macam tak biasa.” Ujar Qhairil. Adik bongsu merangkak anak kesayangan maknya itu.
            “Akak dah tak tahan dah. Benda simple macam tu pun nak bebel. Lainlah kau, anak kesayangan dia kan.” Ujar Qairina meleret.
            “Tak kelakarlah statement akak tu. Anak kesayangan kejadahnya. Mangsa penderaan mental adalah.” Usai itu, mereka gelak sakan.
            Kalau nak tahu, Qhairil ni kalau nak makan pun, emak yang akan cedokkan. Tak kisahlah lauk kesukaan ataupun tidak, pasti emak yang akan letakkan ke dalam pinggan. Kalau nak pakai baju pun, emak yang akan sediakan. Masa beli pun, emak yang akan belikan.
            Uish, gilalah. Macam anak emak kan. Padahal si Qhairil ni teringin benar nak membeli belah sendiri, nak cedok makanan kesukaan sendiri, nak buat keputusan sendiri. Tapi umpama macam lembu dicucuk hidung, Qhairil ni ikut je tanpa sebarang bantahan. Memang sebijik perangai bapak. Yalah, bapak memang cool all the timelah.
            “Tulah, kalau jadi macam Ril pun tak syok jugak. Nak jadi macam kak ngah pun tak syok jugak.” Yang ni lagi satu hal. Angah ni memang pendiam orangnya. Kalau mak cakap macam tu, macam tulah jugak dia ikut. Ini memang sah anak solehah.
            Dia tu minat sangat bahagian undang-undang. Dari kecik lagi bercinta-cita untuk menjadi seorang peguam terkenal. Tapi alih-alih mak jugak yang menjadi penghalangnya. Mak suruh dia jadi cikgu. Mak kata, jadi cikgu banyak fadhilatnya. Ahaks, dan angah ikut tanpa banyak cekadak walaupun berbaldi air mata mengalir tika emak menjatuhkan hukuman cita-cita ke atas angah.
            Tapi dia sebagai anak sulung amat berbeza dengan adik-adiknya. Semua keputusan, dia akan buat sendiri. Tak akan pernah bertanya atau meminta pendapat dari emaknya itu.
            Kalau adik-adiknya akan diam sahaja bila emak kesayangan mereka itu membebel, tapi bukan padanya. Selagi boleh jawab, dia akan jawab. Tapi janganlah sampai terlebih over. Karang menempah neraka jahanamlah jawabnya.
            Sebenarnya pada mulanya emaknya hendak dia menjadi seorang cikgu. Tapi dibangkang hebat oleh Qairina. ‘Gila nak jadi cikgu, bakat terpendam atau bakat tercurah, semua pun tak pernah wujud kot... Aku ni dahlah garang, kang tak pasal-pasal anak murid pulak yang menjadi mangsa kemarahan aku.’ Bukan nak kutuk profesion seorang guru tidak bagus tapi dia pasti tidak akan menjadi cikgu yang bagus untuk anak muridnya.
            Masih terlayar lagi dimindanya betapa emak begitu memarahinya apabila dia berkeras hendak meneruskan cita-cita dalam bidang kejuruteraan.
            “Kau tu orang perempuan. Kerja jurutera ni tak sesuai dengan kau. Jadi jelah cikgu. Banyak fadhilatnya. Dapat pahala lagi.” Bangkang Puan Normah satu ketika dahulu.
            “Tapi terus tak dapat pahala kalau buat kerja tak ikhlas.” Jawabnya jujur. Masa tu, Puan Normah menjeling bagai hendak terkeluar biji mata orang tu.
            “Ikut jelah apa yang orang tua suruh. Ini tak, banyak sangat nak bangkang.” Marah Puan Normah. Mukanya merah menyala. Tak pabah susah-susah nak pakai blusher.
            “Airin tak suka. Airin tak mahu jadi cikgu. Bukan jiwa Airin. Kalau mak nak sangat, maklah yang jadi cikgu.” Tentang Qairinan tegas.
            “Aku tak tahulah apa dosa aku dapat anak kurang ajar macam kau ni. Cakap orang, sikit pun tak mahu dengar. Nak orang tua pulak yang dengar cakap dia.” Bebel Puan Normah lagi.
            “Ikut dialah nak pilih kos apa pun maknya... Nanti kalau kita suruh tapi dia tak boleh nak bawa, tak boleh jugak.” Masa dengar En Basri membela dirinya, rasa hendak melompat sampai langit ke tujuh.
            Emak menjeling abah. Abah terus mencapai surat khabarnya. Takut jugak dengan jelingan isterinya itu. Bukan dia takut bini tapi bini yang tak takut dia. Nak buat macam mana.
            Kebiasaannya, memang dia akan senyap sahaja apabila isterinya itu mengaturkan hidup anak-anaknya. Tapi kali ini dia bersuara sedikit, kerana dia tidak sanggup lagi mendengar pertelingkahan kedua beranak itu. Anak sulungnya itu memang sebijik perangai macam isteirnya. Keras kepala.
            Dan disebabkan hal itu, akhirnya Qairina terlepas hukuman untuk menajadi seorang guru. Tapi yang kasihannya, adiknya pula yang terpaksa menangung bahana.
            “Angah tak salahkan akak pun. Mungkin dah takdir angah macam ni. Angah redha.” Tulus sahaja pengakuan adiknya satu masa dulu. Penuh ikhlas bin tawaduk bunyinya. Membuatkan Qairina terdiam seketika. Kerana dia selalu gagal untuk menjadi anak yang baik untuk emaknya. Tapi nak buat macam mana, bukan takdirnya untuk menjadi seorang guru.
            Tapi sekarang, dia sudahpun menjadi seorang jurutera di syarikat swasta di ibu kota ini. Dan Puan Normah tak bising-bising lagi. Malah dengan bangganya Qairina menyerahkan duit bulanan yang cukup lumayan untuk emaknya itu.
            “Kerja jurutera pun boleh buat duit jugak.” Ujarnya tika mendapat gaji pertama dahulu. Bukan main berlagak lagi. Emak hanya mencebik. Namun duit yang dititipkan, tetap diambil. Buat apa lagi, teruslah dia menambahkan koleksi pinggan mangkuk di rumahnya.
            “Hah, tunggu apa lagi. Nak makan pun kena berjemput jugak ke?” Teriak Puan Normah dari arah bawah. Qhairil dan Qairina saling berpandangan.
            “Terus tak rasa lapar Ril bila singa tua dah mengamuk.” Qhairil tergelak kecil. Namun jari terlunjuknya menghala ke arah bibirnya. Mengarahkan kakaknya itu agar tidak terus mengatur bicara.
            Baru sahaja Qhairil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, emaknya itu terus meletakkan lauk-pauk ke dalam pinggan anaknya.
            “Macam banyak sikit sayur ni. Biar otak bijak. Bila otak bijak, Ril pandai fikir sikit. Bukan hanya pandai nak menjawab cakap orang je.” Pedas sungguh kata-kata emaknya itu.
            Qhairil tersenyum kelat. Mata mereka dua beradik beradu seketika. Qairina buat-buat tak faham sedangkan dia tahu yang emaknya itu memang sengaja mengata dirinya. Lantaklah. Tak usah dilayan sangat karenah orang tua itu. Biarlah dia dengan kebahagiaan dirinya sendiri.
***
            “SHARIFAH QAIRINA!!!!!” Jeritan yang bergema itu menyedarkan Qairina yang mengantuk itu.
            ‘Hantu jembalang mana pulak yang mengamuk pagi-pagi ni?’ Terus dia berdiri di atas katil. Mahu tak terkejut dengan jeritan yang kuat mengalahkan sound sistem sekolah itu.
            “Spesis anak dara apa kau ni hah? Dah pukul 6.30 dah. Kau tak reti nak bangun sembahyang ke?” Wajah emak yang baru masuk ke dalam bilik itu membuatkan Qairina mengaru-garu kepalanya.
            “Dah bangun dah... Nak pergi sembahyanglah ni.” Dia terus turun dari katil. Namun mulutnya masih menjawab. Pagi-pagi lagi dah banyak idea. Uish...
            “Zaman aku umur macam kau ni, mak aku dah tak payah kejut tau. Aku reti nak bangun sendiri. Ini tidak, selagi aku nak memekak pagi-pagi, selagi tulah kau tak bangun. Macam manalah kalau dah berlaki nanti? Jangan sampai laki kau simbah muka kau dengan air. Hah, masa tu baru rasa menyesal tak sudah.”
            ‘Ya Allah, pagi-pagi lagi dah membebel berbagai. Telinga aku ni dah naik pekak dah rasanya.’ Sungguh, rasa tension dengan bebelan emaknya itu. Macam manalah abahnya itu boleh bertahan jiwa dan raga. Aduh!
            “Mak ni, pagi-pagi dah ceramah. Simpan-simpanlah sikit untuk hari esok.” Tetap setia menjawab. Perisa inilah yang menambahkan lagi kemarahan dan bebelan Puan Normah.
            “Tak payah nak simpan. Yang semalam pun tak cukup lagi aku nak bebel kat kau.” Balas Puan Normah. Ikut tidak mahu kalah.
            “Mak, kalau mak terus membebel macam ni, macam manalah Airin nak khusyuk solat. Nanti kalau Airin tak khusuk, Airin salahkan mak. Dosa Arini pun, Airin pas ke mak.” Tangannya mencapai telekong. Berharap benar yang yang emaknya akan meninggalkan biliknya. Sekurang-kurangnya bagilah dia solat dengan aman sebentar.
            “Nak salahkan aku pulak. Dia yang solat subuh gajah. Aku jugak yang kena. Hah, doa banyak-banyak sikit. Biar terang hati nak dengar nasihat orang tua.” Sebelum berlalu, sempat lagi dia membebel.
            Qairina mengelengkan kepala. Dia sudah mula mengambil tempat di atas sejadah. Hatinya beristighfar beberapa kali sebelum mula melangkahkan diri menunaikan tuntutan Allah.
***
            “SHARIFAH QAIRINA!!!!” Jeritan Puan Normah itu mampu menganggu-gugat saraf jantung milik anaknya itu.
            “Apa lagi mak?” Geram sungguh Qairina rasakan. Tak bolehkah emaknya itu membenarkan dia bersenang-lenang di hari cuti ini.
            “Kau ke yang lap dapur tadi?” Tanya Puan Normah dengan mata yang mencerlang.
            “Yalah, siapa lagi..” Jawab Qairina malas-malas. ‘Hah, apa pula salahnya kali ini?’ Aduh, bikin seriau sahaja tinggal di rumah ini. Macam akan diserang hantu. Tapi memang hantu pun. Hantu BEBEL!
            “Dah berapa kali mak cakap, kalau dah nampak kain buruk tu dah bertukar warna, tukarlah yang baru.... Susah sangat ke?” Apasallah anaknya ini bengap sangat. Kalau diberi gred, gred D pun belum tentu boleh dapat dalam kes mengemas dapur.
            “Lah, nama pun kain buruk... Mestilah kotor. Kalau tak kotor, kita panggil kain bersih.” Berani sungguh dia mencabar kesabaran emaknya itu.
            “Kalau orang dah ajar tu, ikut jelah. Susah sangat ke?” Geram sungguh dia dengan perilaku anak sulungnya itu.
            Tanpa banyak kata, dia terus mencapai kain buruk itu dan terus dicampakkan ke dalam bakul kecil yang berisi kain buruk yang lain. ‘Bukan susah pun. Apalah salahnya kalau mak sendiri yang letak. Ish, nak jugak bermanja dengan aku.’
            “Eee, macam manalah nak berlaki nanti.” Boleh pulak dia sambung membebel.
            “Alah, suami Airin nanti tak adalah cerewet macam mak ni. Mak ni kan, kalau rumah kita ni ada orang gaji, duduk seminggu pun belum tentu boleh bertahan tau. Cerewet sangat.”

            Kali ini, giliran dia pula yang meminjam bakat emaknya yang suka membebel itu. Dia bukan suka sangat hendak menjawab, tapi kalau tidak bertekak dengan emaknya sendiri, tidak rasa lengkap harinya. Hehehe.
            “Aku cerewet sebab nak bagi ajar kau tu. Nanti senang. Taklah duk bertekak dengan mertua nanti kalau kau pandai buat semua kerja. Ini tak, nanti memalukan aku jugak. Semua benda tak reti.”
            “Alah, kalau Airin tercampak dalam rumahtangga, mesti confirm Airin boleh hidup punyalah. Ini Sharifah Qairinalah mak....” Wah, sampai bertepuk dada dibuatnya. Punyalah megah bin berlagak dengan dirinya sendiri.
            “Kalau bercakap tu, bukan main hebat lagi ya. Hah, esok mak mintak mak cik Maimun carikan sorang calon untuk kamu. Hah, kamu jangan nak tolak pulak. Buktikan pada mak yang apa yang mak cakap pada kamu tu selama ni tak betul.”
            Gulp. Bergelen air liur terasa tersekat di kerongkong. ‘Gila serius mak aku ni? Ingat nikah kahwin ni boleh dibuat sesuka hati secukup rasa ke? Aku mana sedia lagi nak kahwin.’
            “Hah, apasal diam? Selama ni bukan main sedap lagi kamu membalas. Asal, tak berani ke?” Bukan main seronok lagi Puan Normah mengusik anak daranya itu.
Kalau betullah anaknya itu bersetuju, dia sebenarnya sudah punya calon. Anak kenalannya juga. Kebetulan hari tu ada bertanyakan anak daranya. Tapi dia tak mahulah masuk campur. Lagipula anak sulungnya ini tidak seperti adik-adiknya yang lain. Anak sulungnya ini punya keras kepala, kepala angin, kepala batu dan bermacam lagi karenahnya. Kalau dipaksa kahwin nanti, mahu terlingkup rumah ini dibuatnya.
“Mak ni biar betul?” Kali ini, nadanya sudah serius.
“Eh, apa pulak tak betulnya. Mak anggap kamu setuju jelah.” Puan Normah sudah tersenyum di dalam hati.
“Mak....” Nada suaranya diterankan sedikit.
“Hah, mengaku kalah ke? Mak memang dah tahu yang kamu memang tak boleh dicampakkan dalam perkahwinan. Buat mati anak orang je nanti.” Sengaja menggunakan taktik psyco.
Anaknya ini pantang dikutuk. Nanti semangat yang merundum akan terus membara-bara.
“Siapa kata Airin mengalah. Okay, Airin terima cabaran mak tu. Tapi dengan satu syarat. Lelaki tu mestilah ada kerja tetap, ada kereta, ada rumah sendiri dan yang penting, mesti ada rupa. Hah, kalau semua tu cukup syarat, bila-bila masa pun boleh kahwin.”
Segaja dia mengenakan syarat begitu rupa. Lagipun, masa emaknya itu mampu mencari calon suami untuknya secepat ini. Sedangkan nak membeli sayur pun, sanggup menjengah sepuluh kedai. Inikan pula hendak memilih calon menantu. Bukan calang-calang orang yang akan terpilih.
Tapi harap-harap dia tak pilih standard piawaian dialah. ‘Mati aku kalau dia cari lelaki yang cerewet. Alamatnya tak sampai sebulan, pegang title J lah aku...’ Gumannya sendiri.
“Amboi, bukan main lagi syarat kamu eh... Demand macamlah kamu tu ratu pulak.” Perli Puan Normah. Rasa kelakar pula apabila berdiplomasi sebegini rupa dengan anak sulungnya itu.
Selalunya bukan main susah lagi. Bukan main keras kepala lagi. Namun kerana tercabar dek cabarannya, sanggup dia memperjudikan masa depannya sendiri.
“Eh, Airin kan pernah menang pertandingan ratu kebaya. Hah, kira macam ratu jugaklah tu.” Tengok tu, masih menyempat hendak menjawab.
“Ratu kebaya je...” Pangkah Puan Normah.
“Ratu jugak. Mak ada ke? Eh adalah.... Ratu bebel... hahaha..” Terus dicubit lengan anaknya itu. Sesedap perencah dia mengata emaknya sendiri. Tapi dia terus tersenyum dan ketawa bahagia.
***
            “Kamu free tak minggu ni Airin?” Qairina mengerutkan dahinya. ‘Tak menyempat betul mak ni. Macamlah tak boleh tanya dekat rumah nanti. Ni sampai nak bertelefon segala. Uish..’
            “Free kot. Tapi kalau mak nak ajak pergi shopping, Airin terus tak free. Sebab mak suka nak shopping free... hehehe.” Ada sahaja ideanya untuk mengenakan emakya itu.
            “Airin, mak tanya betul-betul ni?” Bapak punya serius suara maknya kali ini. Terhenti pergerakan tangannya yang sedang membelek fail.
            “Free je kot.” Moga-moga  macam tulah.
            “Hah, baguslah macam tu. Minggu ni, keluarga belah lelaki tu nak datang merisik.” Terjatuh telefon bimbit dibuatnya. Cepat-cepat dicapai semula. ‘Biar betul? Benarkah begitu rupa?’
            “Airin, kamu dengar tak mak cakap ni?” Naik risau pulak dia dibuatnya. Jangan Qairina mencari helah untuk megelat sudahlah. Kang tak pasal-pasal menempah malu dengan kenalan lamanya itu.
            “Mak, jangan buat lawak banglalah petang-petang ni?” Katakan ini semua lawak antarabangsa yang maknya baca dalam komik ujang itu.
            “Mak tak retilah nak melawak ni. Kalau mak pandai, dah lama mak masuk maharaja lawak tu. Lagipun, mak tak reti nak cakap bangla. Jadi tak wujud lawak bangla kat sini. Lainlah kalau kamu dah berkenan dengan mamat bangla yang jual karpet kat kedai depan tu?” Eh, ke situ pulak fikirnya.
            “Mak ni, cepatnya cari calon... Entah macam manalah orang yang mak cari tu. Ingat mak, kena menepati kriteria yang Airin cakap tu. Kalau tak, Airin tak mahu tau.” Siap main ugut tu. Apa nak jadilah dengan kedua beranak ni.
            “Kau jangan risau. Lelaki ni menepati piawaian kriteria yang kau nak tu. Memang tip top gitu. Kau tengok jelah nanti.” Wah, bukan main lagi bunyinya. Qairina tersenyum sedikit.
            Dia pasti yang emaknya itu pasti akan mencari calon yang baik untuknya. Yalah, mana ada mak kat dunia ni yang nak campakkan anaknya pada lelaki yang tak berguna.
            “Okaylah. Suruh depa datang minggu ni. Tapi kan mak, kalau tak kena dengan citarasa Airin, Airin boleh tolakkan?” Sebelum apa-apa berlaku di minggu ni, lebih baik dia mintak perlepasan dulu.
            “Mak gurantee yang kau tak akan tolak. Hehehe. Dahlah, layan kau ni, tak minum petanglah abah kau tu. Dah, pergi sambung kerja. Jangan duk berangan banyak sangat Airin...” Boleh pulak dia membebel dalam telefon ni.
            “Yalah mak.. Sebelum mak tambah bebelan mak tu, baik kita stop dulu. Kang melambung pulak bil telefon ni. Mulalah mak membebel lagi.” Perli Qairina sambil tergelak kecil.
            “Kamu ni kan Airin, kalau tak mengata mak, tak sah hidup kamu eh...” Qairina ketawa besar sambil terus mematikan perbualan. Kalau terus berlama-lama, makin bertambah banyaklah ragam emaknya itu.
***
            Serba tak kena dibuatnya. Segala yang dilakukan terasa begitu kekok. Almaklumlah, orang nak datang merisik dirinya. Sebagai anak dara tulen, mestilah terselit rasa malu juga.
            “Tunggu apa lagi Airin, pergilah ke depan tu hantar air. Eee, tu pun nak kena sampai mak suruh ke? Macam mana nak kahwin ni.” Qairina membela tudungnya yang mula berubah bentuk.
            “Mak, kalau mak cakap macam tu lagi, Airin cancell semuanya. Kalau orang tanya, Airin cakap yang mak tak bagi Airin kahwin lagi. Sebab mak cakap Airin tak lulus buat kerja.” Perlahan nada suaranya mengugut emakya itu.
            “Ada saja modal kamu nak mengugut mak kan. Dah, pergi ke depan tu. Hantar air. Kering tekak tetamu kita tu.”
            Perlahan-lahan dia menapak membawa dulang berisi minuman untuk tetamunya. Langkahnya diatur sekemas mungkin. Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu. Pandangannya dirunduk ke bawah. Tak beranilah nak memandang orang yang sudah tentu sedang memandangnya tika ini.
            “Jemput minum.” Pelawanya sambil menghulurkan gelas minuman kepada seorang demi seorang. Ada empat orang sahaja. Semuanya tua-tua belaka. ‘Bakal suami aku tu tak datang kot. Tapi apasal mak suruh aku sediakan gelas untuk lima orang?’
            “Ini ke orangnya. Hmm, manis sungguh.” Puji seorang wanita sambil tersenyum simpul.
            “Eh, Ermin mana?” ‘Oh, itu ke nama bakal suami aku? Boleh tahan sedap.’
            “Entahlah. Dekat buaian luar kot. Qairina, boleh tolong hantarkan minuman ni pada Ermin?” Gulp. Rasa nak terkeluar jantung hati miliknya sendiri. ‘Nak tolak macam tak sopan. Nak terima macam oang gelojoh pulak. Adus, confius-confius.’
            Dihalakan pandangan mataya ke arah emaknya. Selama ni buat keputusan main tibai je, tiba-tiba hari ni macam anak solehah pulak. Siap mintak restu segala.
            “Pergilah Airin. Borak-borak dengan dia. Boleh kenal-kenal sikit.” Ujar Puan Normah. Memberi restu keizinan. Dengan langkah kaki yang berat, dia mula mengangat kaki. Hatinya mendoakan yang baik-baik sahaja.
            “Err... awak...” Hanya perkataan itu yang keluar dari mulutnya saat kakinya mendarat dibelakang seorang jejaka yang agak sasa. Badannya persis Remmy Ishak kesayangannya itu. Tangannya diseluk ke poket seluar. Berdiri dihadapan kolam ikan yang berada di laman rumah.          
            Terus jejaka itu berpaling. Satu saat, dua saat, tiga saat... tanpa sedar sudah menjangkau sepuluh saat. Mereka saling beradu pandangan. Keduanya bagai dipanah. Kaku kerana dipaku oleh rasa hati yang tiba-tiba mengandung debar.
            “Air.” Gelas minuman itu mula disambut. Qairina melarikan pandangan.
            “Awak ni Qairina ke?” Tanya lelaki itu perlahan. Air hulurannya tadi tidak langsung diteguk.
            “Awak rasa?” Wah, sudah pandai main tali nampak wahai Qairina.
            “Firasat saya macam mengiakan.” Boleh tahan control macho jugak lelaki ni.
            “Betullah kot.” Serius tak tahu nak cakap apa. Seumur hidupnya, tidak pernah dia hilang idea seperti ini. Biasanya cepat sahaja kepala otaknya menjana. Mencari serpihan idea nakal untuk mengenakan sesiapa sahaja. Tapi kali ini, ada debaran yang mengujakan.
            “Awak sibuk ke? Kalau tak, saya nak ajak awak duduk di buaian.” Dengan penuh sopan Ermin megatur bicara. ‘Sopannya mengalahkan aku yang perempuan ni. Hahaha’
            Tanpa sebarang kata-kata balas, Qairina hanya menurut. Rasa kekok tak payah cakaplah. ‘Kalau masa tua nanti ingat balik kenangan ni, mesti rasa kelakar. Eh, jangan duk beragan nak fikir hari tualah. Hari esok pun belum tentu lagi macam mana nasib aku? Adakah aku ditakdirkan untuk lelaki yang berada di sebelahku ini?’
            “Awak tak kisah dengan perkahwinan yang diaturkan ni?” Ermin memulakan pertanyaan. Bakal isterinya ini kelihatan seperti tidak banyak cakap. Alahai, baru jumpa tak sampai pun sepuluh minit, tak kan nak tunjuk belang terus kot.
            “Sebelum saya jawab soalan awak tu, lebih baik kalau saya dengar jawapan dari mulut awak dulu.” Teringin juga dia hendak tahu. Tak kan lelaki seperti ini sanggup hendak berkahwin menggunakan pilihan keluarga.
            “Awak nak tahu jawapan saya?”
            “Kalau awak tak keberatan nak berkongsi?”
            “Ada dua cara nak dapat jodoh yang baik. Iaitu dengan menjadi orang yang baik ataupun dengan mengikut pilihan orang yang baik. Saya rasa, saya tak mampu untuk menjadi seorang lelaki yang terlalu baik. Kerana saya sering merasakan ketempangan diri sendiri walaupun mungkin saya tengah berjalan dengan sempurna.
            Jadi saya memilih untuk mengikut pilihan orang yang baik. Kerana orang baik pasti akan memilih yang terbaik untuk kita. Mereka pasti inginkan yang terbaik untuk kita. Saya akui, bukan mudah untuk memahami satu jiwa dan ragam orang yang baru. Tapi kalau kita usaha dengan sepenuh daya, pasti Allah akan meringankan tugas kita. Dan saya tak boleh lakukan seorang diri Qairina. Saya perlukan bantuan dari awak. Itu pun kalau awak bersetuju untuk menjadi isteri saya.”
            Tidak sesaat pun Qairina ingin melarikan telinga atau pandangannya pada lelaki yang bakal menjadi pemimpinnya itu. Kata-kata itu penuh dengan nasihat untuk dikepil bersama semangat untuk menempuh hari esok.
            Hatinya benar-benar terusik. Air matanya seakan ingin menits di pinggir wajah. Untuk apa? Dia sendiri tidak punya jawapannya. Yang penting, hatinya bagai sudah mula dicuri oleh si teruna.
            “Apa pulak jawapan awak?” Tanya Ermin setelah melihat Qairina senyap tidak berkutik.
            “Saya akui, saya seirng menjadi anak yang degil. Saya suka ikut kepala saya sendiri. Saya jarang nak bahagiakan hati orang tua saya. Tapi kali ni entah kenapa saya rasa ingin mengalah. Hati ini teringin untuk membahagiakan hati mereka.”
            Ya, setelah difikir-fikir, inilah pertama kali dia menerima pemintaan ibunya. Selama ini, segala keputusan dalam hidupnya ditentukan oleh dirinya sendiri. Rasa tak percaya pun ada. Ialah, keputussan terbesar tentang masa depannya telah diserah bulat-bulat pada orang tuanya. Dasyat.
            “Kalau kita cuba untuk membahagiakan hati orang lain, InsyaAllah, Dia pasti akan menitipkan kebahagiaan untuk orang itu pula. Hanya Dia sendiri yang tahu, waktu mana yang paling sesuai untuk dititipkan kebahagian itu. Kita sebagai manusia, haruslah bertawakal dan berdoa.”
            Qairina akui, bukan calang-calang orang yang dipilih oleh emaknya ini. Untuk perjumpaan pertama, lelaki ini lulus seratus percent.
            “Hai, korang berdua ni tak mahu makan ke? Tak akan kenyangnya kalau berborak tu.” Salah seorang dari tetamu itu mula menegur. Memanggill mereka berdua yang asyik berbual itu.
            “Nak masuklah ni Umi.” Tutur Ermin sambil menjeling sedikit ke arah Qairina. Jadi, wanita ini ialah emaknya. Lembut sahaja bicaranya. Patutlah lelaki ini pun lembut pada tutur katanya.‘Ya Allah, aku redha kalau kau mencampakkan diriku ke dalam cintanya. Moga aku dapat beriringan dengannya tika mengadap diriMu satu masa nanti.’
***
            Dengan sekali lafaz sahaja, Syarifah Qairina sah menjadi isteri kepada Ermin Danial. Hanya air mata yang menemani senyumannya kali ini. Puan Normah ikut turut mengalirkan air mata. Terasa syahdu apabila anak sulungnya sudah pun menjadi isteri seorang lelaki pilihannya sendiri.
            “Jangan menangis Yang. Abang berdoa agar Allah campakkan rasa kasih antara kita.” Bisik Ermin perlahan tika Qairina menyambut huluran tangan tika sesi pembatalan air sembahyang.
            Terasa janggal tika tangan Ermin tidak lepas dari memegang tangannya. Terasa hati ini penuh dengan bunga-bunga cinta. Usikan sanak saudara tidak membuatkan huluran tangan suaminya itu padanya terlerai walau sekali pun.
            “A...bang... Airin nak pergi sana kejap. Boleh abang lepaskan tangan Airin sekejap.” Terasa kaku apabila menyebut panggilan abang itu. Namun jika dia tidak mulakan sekarang, semuanya akan kekok nanti.
            “Sayang tahu, bila kita berpegang tangan sebegini, akan terlerailah dosa kecil dari celah jemari kita ni.  Jadi, abang tak akan lepaskan peluang tu. Sayang nak pergi mana sekali pun, abang nak ikut.”
            Qairina tersenyum. ‘Romantik jugak mamat ni.’
            “Tapi Airin nak pergi tandas.” Ujar Qairina perlahan. Malu-malu kucing sedikit. Ermin hanya tergelak. Entah apalah yang kelakarnya. Mungkin kerana melihat muka isterinya yang merunduk apabila diserang rasa malu.
            “Abang ikut jelah. Bukan salahpun. Kita dah jadi suami isteri kan. Nak suruh abang basuhkan pun boleh.” Hah, biar betul. Biar betul-betul. Qairina sudah hilang keruan.
“Pergilah.... Jangan lama-lama tau. Nanti abang rindu.” Ermin merapatkan bibirnya ke telinga isterinya itu. ‘Abang akan cuba menanamkan rasa cinta dalam diri sayang pada abang. Sebab kalau abang tak mulakan, abang takut proses rumahtangga kita akan terbantut.’
‘Kalau macam ni hari-hari, mahu boleh mati aku dibuatnya.’ Omelnya sendiri. Tangannya mendarat di dadanya yang berdegup di luar kebiasaannya.
‘Dulu aku pernah jugak bercinta, tapi tak adalah sampai rasa macam ni sekali. Ni rasa seram sejuk, rasa seriau, rasa takut, semuanya digaul dengan sebati. Mampu ke aku nak jadi seorang isteri yang baik untuknya?’
***
            Usai sembahyang berjemaah, rumah mereka meriah dengan pelbagai ragam sanak saudara yang mengusik. Kerana telalu banyak hadiah yang mereka terima, Qairina mengarahkan sepupu-sepupunya yang kecil untuk membantu membuka hadiah. Meriah sugguh rasanya.
            Apabila jam sudahpun menjangkau jam 10.00 malam, rata-rata sanak saudara sudah pun mula masuk tidur. Dari jelingan emaknya, dia tahu yag emaknya menyuruh dia berlalu ke kamar.
            “Berhentilah buat kerja tu. Pergi buat air untuk laki kau tu. Dah pukul berapa ni. Pergi masuk tidur.” Arah Puan Normah apabila Qairina sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.
            “Mak, kalau nak tidur dengan mak boleh?” Sakat Qairina. Sengaja menghilangkan debar miliknya sendiri.
            “Dah buang tabiat ke kau ni? Tak pernah-pernah nak tidur dengan mak. Kau dah berlaki, tidur jelah dengan suami kau tu. Tapi jangan sampai tak tidur sudahlah.” Dia faham apa yang dirasa oleh anaknya itu. Satu ketika dahulu, dia juga pernah merasai debaran seperti itu.
            “Eee, apalah mak ni. Tak senonoh. Ada pulak cakap macam tu dengan Airin.” Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaaannya tika ini.
            “Tahu malu jugak Airin eh.. Selama ni bukan main eksyen lagi dengan mak.” Hah, dah start dah modal nak membebel tu.
            “Dah, jangan nak cari idea nak mengelat. Layan suami kau tu baik-baik.” Tak tertelan air liur Qairina. ‘Apa maksud mak layan baik-baik tu. Uish, confirm seriau habis.’
            Perlahan dia menapak ke arah kamarnya itu. Tangannya memegang segelas minuman untuk diberikan kepada suaminya nanti.
            “Bang, minum..” Panggilan Qairina itu mengejutkan Ermin yang sedang asyik dengan pembacaanya itu.
            “Yang, sebenarnya abang tak minum air milo. Abang suka minum air nescafe. Tapi sebab sayang yang buat, pasti abang akan minum.” Tersentak Qairina seketika. Dalam hati menyalahkan diri sendiri keana tidak bertanya terlebih dahulu.
            “Maaflah... Airin tak tahu.” Pohonnya perlahan. Ermin tersenyum dan menarik tangan isterinya agar dapat duduk di sebelahnya.
            “Memang Airin tak tahu. Kita tak tahu apa-apa pasal pasangan kita. Tapi kita akan tahu dari semasa ke semasa. Kita akan terokai sampai kita dapat memahami antara satu sama lain. Sedap air milo yang Airin buat ni. Terima kasih sayang.”
            Tangan suaminya itu sudah mula mencabut tudung milik isterinya itu. Sejuk hatinya. Sekurang-kurangnya didikan keluarga Qairina yang bertunjangkan agama dan syariat Islam sedikit sebanyak membantunya dalam meneruskan perjalanan rumahtangga ini.
            “Sayang nampak cantik tanpa tudung. Terima kasih kerana menyimpan kecantikkan ini untuk abang.” Jarinya sedang merayap di sekitar ubun-ubun milik isterinya.
            Qairina melarikan wajah. Serius tak tahu nak buat aksi yang bagaimana lagi. Degupan hatinya juga berdegup di luar kebiasaan.
            “Abang faham kalau sayang tak bersedia lagi.” Ermin tersenyum. Dia faham gelodak seorang wanita. Dia faham apa yang dialami oleh isterinya itu.
            “Abang jangan salah faham....” Macam mana nak cakap eh. Tersalah cakap kang, seluruh Malaikat melaknatnya malam ini kerana gagal menunaikan haknya sebagai seorang isteri.
            Dicapai tangan milik suaminya itu dan dibawa ke arah dadanya. Dia ingin suaminya tahu yang dia terlalu takut. Takut apa, dia sendiri tidak tahu. Tak tahulah sama ada dia seorang je ke yang rasa macam ni atau semua perempuan kat dunia ni pun rasa.
            Tercengang Ermin dengan perlakuan isterinya itu. Bibirnya merekah sedikit dengan senyuman. Sekurang-kurangnya dia tahu yang isterinya itu terlalu takut.
            “Abang faham sayang... jangan risau, abang pun penat sangat hari ni. Kita buat aktiviti yang ringan-ringan sahaja ya.” Bulat mata Qairina menyambut huluran kata-kata suaminya itu. ‘Buat yang aktiviti yang ringan-ringan? Apa maksudnya?’
            “Maksud abang....?” Terluah juga soalan itu dari mulutnya.
            “Yalah, kita bercerita tentang diri masing-masinglah. Abang faham sayang.. kita baru je jumpa dua kali sebelum kita kahwin. Tak kanlah kita nak melangkau sampai ke tahap tu. Hari nilah kita nak mulakan hidup dengan bercerita tentang diri masing-masing.”
            Satu keluhan kelegaan dilepaskan. ‘Ingat apalah tadi. Buat saspen jelah.’ Akhirnya, dia ikut turut tersenyum mengenangkan kegelojohan diri sendiri.
            “Kenapa, sayang fikir apa tadi?” Tiba-tiba wajah yang kelat dan ketakutan itu berubah bentuk. ‘Boleh tahan jugak pemikiran isteri aku ni. Ish ish ish.’
            “Tak ada apa-apa.” Qairina tersenyum untuk menutup malu diri sendiri. Dia mula berbaring sambil memandang wajah suaminya itu.
            Akhirnya, mereka berbual sambil tergelak-gelak mengenangkan cerita masing-masing yang banyak ragamnya. Apabila matanya sudah pun mula layu, dia terasa ada sebuah sentuhan di dahinya.
            “Selamat malam sayang. Kalau abang peluk sayang, sayang tak kisah kan?” Sempat lagi dia memohon keizinan.
            “Peluk jelah bang. Tapi jangan sampai buat Airin ni macam bantal golek abang pulak.” Matanya sudah mula layu. Rasa mamai seketika. Perangai lepas lakunya itu pun sudah mula datang. Ermin tersenyum. Menghargai anugerah Allah ini. ‘Alhamdulilah. Syukur ke atas segala nikmat yang Allah pinjamkan padanyya kini.’
***
            Usia perkahwinan mereka baru sahaja melangkau dua minggu. Qairina sedar yang dirinya terlalu bahagia setelah bergelar isteri kepda Ermin Danial.
            Hari ini, dia dan suaminya mengadakan gotong royong membersihkan rumah Ermin yang sudah lama ditinggalkan. Enam bulan yang lalu, suaminya itu baru sahaja kehilangan ayahnya yang tersayang. Jadi semenjak itu, dia tinggal bersama Uminya.
            “Abang, Rin tak kisah pun kalau abang nak tinggal dengan Umi. Rin ikut je.” Suaminya suka kalau dia membahasakan diri sebagai Rin. Katanya, nama itu kedengaran manja sekali.
            “Walaupun abang bukan seorang perempuan, abang tahu perasaan perempuan yang lain. Dia orang ni bukan je tak suka berkongsi suami, dia orang pun tak suka kalau nak berkongsi dapur. Lagipun abang nak kita hidup berdikari. Rasa hidup senang atau susah bersama-sama.” Ujar Ermin sambil memaut bahu isterinya.
            “Tapi kesian umi tinggal sorang-sorang.” Ya, kasihan juga jika ditinggalkan uminya itu keseorang di rumahnya.
            “Abang pun kesian sayang. Tapi abang dah fikir panjang. Abang takut kalau-kalau berlaku salah faham nanti. Bukan abang harap macam tu, tapi orang selalu cakap, kalau duduk berdekatan bau taik, tapi kalau duduk berjauhan pulak bau wangi.” Tergelak Qairina mendengarnya. ‘Ada-ada sahaja ideanya.’
            “Dahlah, cepat sambung kerja. Cepat habis, cepat Rin boleh pergi masak.” Terus sahaja Qairina menyambung mengelap barang-barang di ruang tamu itu sementara Ermin membersihkan sawang.
            “Sayang... mata abang masuk habuklah.” Terus Qairina berpaling dan memajukan langkah mendekati suaminya yang menunduk itu.
            “Jangan genyeh. Habuk tu tak keluar pun nanti. Meh Rin tiup.” Ditarik kepala suaminya itu dan dibukakan kelopak mata suaminya itu. Perlahan-lahan dia meniup lembut walau terpaksa berjengket untuk memandang suaminya yang tinggi menggalah itu.
            Terkelip-kelip mata Ermin melihat wajah Qairina yang sedang membuat aksi meniup matanya itu. Tiba-tiba matanya terasa segar melihat wajah isterinya dari arah dekat itu. Perlahan-lahan, dia menarik tubuh isterinya dan melabuhkan bibirnya di bibir isterinya itu.
            Qairina yang terkejut itu tidak langsung mengelak. Dia terlalu terkejut. Dan apabila pautan telah dilepaskan, serta merta mukanya merona kemerahan.
            “Sorry sayang, abang tak dapat nak kawal diri tadi.” Ujar Ermin sambil mengarukan kepalanya. Tapi sedikit pun dia tidak merasa bersalah. ‘Buat apa nak rasa bersalah, lebih dari ini pun dia pernah dapat.’
            “Eee, abang ni memang saje je kan nak kenakan Rin.” Memanglah mereka ini suami isteri yang sah. Tapi dia masih belum biasa untuk menghadapi semua ini. ‘Susah jugak kalau dapat suami yang terlebih romantik ni?’
            “Mana ada abang nak kenakan sayang. Siapa suruh sayang buat aksi mengoda macam tu.” Qairina membulatkan matanya mendengar bicara suaminya itu. Terus dia menjeling tajam. Jelingan manja gitu.
            “Hah, tengok tu. Bila jeling abang macam ni pun abang boleh tergoda tau.” Kali ini Ermin gelak besar dan Qairina pula mencekakkan pinggannya. Geram pastinya dengan karenah suaminya yang kuat mengusik itu.
            “Dah la, malas nak layan abang. Rin nak pergi masak.” Sengaja dia mencampakkan kain buruk ke arah suaminya. Tapi bukan kena pun. Mana boleh bagi kena, nanti kasihan suamiya itu.
            Apabila dia mula ingin berlalu, tangannya telah ditarik dengan lembut dari arah belakang.
            “Marah abang ke?” Bisik Ermin perlahan. Bisikan itu memang mampu membuatkan bulu roma Qairina berterabur.
            “Tak marahlah. Tapi kalau abang nak kacau Rin sekarang, memang Rin akan marah. Lepaslah, Rin nak pergi masak ni cik abang oit.” Ujar Qairina manja. Ermin tergelak sahaja. Serta merta melepaskan isterinya itu.
            “Yalah, pergilah masak. Lepas masak nanti baru abang kacau balik.” Qairina sudah malas ingin melayan suaminya itu. Terus dilajukan langkah ke arah dapur.
            Tangannya mula mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Mungkin dengan cara ini mampu membangkitkan idea untuk memasak tengah hari ini.
            “Nak masak apa ya? Masak ayam goreng kunyit dengan sayur goreng jelah.” Omelnya sendiri. Matanya mula meliarkan pandangan ke arah sekeliling. Dengan perlahan-lahan, dia mula mengatur langkah ke arah kabinet dapur. Sambil tersenyum, dia mengeluarkan rahsia yang selama dua hari ini tersimpan kemas.
            Tanpa pengetahuan  Ermin, Qairina telah menyorokkan buku masakan di celah kabinet ini. Bukanlah itu tanda dia tidak pandai memasak. Cuma dia belum begitu mahir lagi. Sedikit sebanyak, dia menyalahkan diri kerena terlalu malas untuk berlajar memasak ketika masih bergelar anak dara dulu.
            “Nasib baik ada buku masakan ni. Kalau tak, kebulurlah aku dengan abang.” Ujar Qairina tersengih-sengih. Jika dahulu, setiap kali emaknya mengajarnya memasak, dia pasti akan menyalin di nota buku. Sekarang, nota ini memang betul-betul berguna padanya.
            Dia mula menyediakan bahan masakan. Kualinya pun sudah mula dipanaskan. Matanya jatuh sedikit di kaki nota, mengikut arahan dari nota itu. Ialah, ilmu kalau tak dipraktiskan dalam masa tujuh hari, ilmu itu akan hilang dari gapaian akal fikiran.
            “Sayang, buat apa tu?” Teguran suara Ermin itu betul-betul mengejutkan Qairina. Cepat-cepat dia menyorokkan nota masakan di kabinet dapur. Mujurlah sempat.
            “Masak apa sayang?” Ramah Ermin menegur.
            “Masak campak-campak je.” Ermin mengerutkan dahirnya. ‘Isterinya ini memang suka guna perkataan campak kot?’
            “Campak-campak?” Dia menilik ke arah kuali masakan isterinya itu.
            “Ada apa-apa yang boleh abang tolong.” Qairina terkejut dengan sikap sukarela suaminya itu.’Kalau abang ada kat sini, macam mana aku nak follow nota? Ish... Kacau betul. Nanti tak pasal-pasal kantoi yang dia sebenarnya tak pandai sangat memasak.’
            “Tak apalah. Abang pergi rehat kat depan ya. Biar Rin je yang masak.” Terus ditolak tubuh suaminya itu.
            “Alah, biar jelah kita buat sama-sama.” Ujar Ermin lagi. Qairina sudah mati akal. Tidak tahu macam mana lagi cara untuk mengelat.
            “Tak apa, dah nak siap dah pun. Abang cuma perlu makan je kejap lagi eh.” Akhirnya Ermin mengalah sahaja.
            Kurang daripada lima belas minit, akhirnya makanan siap terhidang di atas meja. Lantas Qairina memanggil suaminya untuk makan.
            “Wah, sedapnya bau.” Puji Ermin ikhlas.
            “Mestilah, kalau Rin yang masak, mesti sedap punyalah.” Wah, kalau eksyen, bukan main lagi ya. Baru bau, belum rasa lagi.
            “Okay tak bang?” Setiap kali selepas suaminya menyuakan suapan pertama, pasti soalan itu akan keluar dari mulutnya.
            “Sedap. Sayang memang pandai memasak.” Qairina tahu yang masakannya ini biasa-biasa sahaja. Cuma Ermin memang terkenal dengan sikap seorang yang suka memuji.
            “Masakan sayang ni biasa je kalau nak dibandingkan dengan masakan mak.” Ujar Qairina perlahan. Merendah diri.
            “Alah, memanglah. Anak murid mana boleh kalahkan sifu. Lagipun, mak tu tiap-tiap hari duduk kat dapur. Tiap-tiap hari memasak. Mesilah teror. Nanti, sayang pun akan jadi macam tu jugak.” Bela Ermin lembut.
            “Terima kasih bang. Tapi jangan cakap je, abang kena makan banyak-banyak tau.” Terus dicedokkan nasi tambah ke dalam pinggan suaminya.
            “Kalau abang gemuk nanti macam mana? Nanti sayang tak sayang dah kat abang....” Ermin pura-pura merajuk. Namun masih setia menyuap nasi ke mulut.
            “Apalah abang ni. Kasih sayang Rin bukan tengok pada buncitnya perut abang tau tapi pada tebalnya kocek abang. Jadi kalau abang gemuk macam mana sekalipun, Rin tetap sayang kat abang.. Asalkan kocek abang penuhlah.” Usik Qairina sambil mengambil sebutir nasi yang tertinggal di hujug bibir suaminya itu.
            “Nakal eh.” Dari sehari ke sehari. Dia makin mengenali isterinya itu. Seorang yang banyak cakap dan suka mengenakan orang.
            “Eh, nanti boleh tak tolong masakkan dekat abang nasi lemak sotong. Abang teringin nak rasa air tangan Rin.” Kata-kata Ermin yang tiba-tiba itu membuatkan Qairina menelan air liurnya.
            ‘Alamak, aku tak khatam lagi nak buat nasi lemak. Alamatnya ni, kena mintak ilmu dari mak lah ni. Adoyai, mesti kaw-kaw mak gelakkan aku nanti.’ Adoyai.
            “Boleh tak?”
            “Boleh je. Apa saja untuk  abang.” Ujar Qairina sambil tersenyum plastik. ‘Tak kan nak mengaku tak reti. Nanti jatuh merundum markah gred seorang isteri.’
***
            “Tulah, time mak suruh kau belajar masak, kau suka cari idea nak mengelak. Hah, asal kau tak mengelak pulak dari suami kau.” Bebelan emak berselang dengan ketawa sakan. Suka sangat hatinya dapat menggelakkan anaknya sendiri.
            “Mak, Airin dalam kesusahan ni. Kalau tak nak tolong tak apalah. Airin minta resepi dari Umi je.” Saje dia menggunakan ayat pasrah.
            “Eh, tak payah nak mengada-ngada. Malu muka aku je kalau mengadu dekat mertua yang anak aku tak pandai buat nasi lemak.” Tambah Puan Normah lagi.
            “Habis tu, tunggu apa lagi... Cepatlah tolong Airin mak.” Gesa Qairina. Segala kerja di perjabat menjadi tertangguh dek kerana memikirkan cara untuk memasak nasi lemak.
            “Susah sangat, Airin beli jelah nasi tu. Buat sambal sotong je.” Tambah Qairina lagi apabila tidak mendapat sebarang respon dari emaknya itu.
            “Eh, ada pulak macam tu. Suami kau tu nak rasa air tangan kau, tak kan kau nak menipu dia pulak. Kalau macam tu, sampai bilalah kau tak pandai Airin oit.” ‘Mak ni, aku dah jadi isteri orang pun, dia masih kuat membebel lagi. Bilalah nak turun taraf ni?’
            “Habis tu mak, cepatlah beritahu caranya. Airin banyak kerja nak buat kat office ni.” Eh, siap boleh mengugut lagi.
            “Dah ada pen dengan kertas ke belum?” Tanya Puan Normah. Qairina sudah melebarkan senyuman. Sedikit sebanyak senang sedikit hatinya apabila mendapat respon yang baik dari emaknya itu.
***
            Qairina memerhatikan nota masakannya. Dia memasukkan satu cawan santan dan satu cawan air ke dalam beras yang telah dibasuh. Kemudian dia menyimpulkan sehelai daun pandan dan beberapa hirisan halia. Dan yang terakhir, dia memasukkan secubit garam. Qairina tersenyum keseorangan.
            Periuk nasi itu diletakkan ke dalam rest cooker. Sementara menunggu nasi masak, dia menyediakan bahan untuk menumis sambal. ‘Hah, comfirm sedap punyalah. Cayalah Airin, kau memang superb sekarang. Boleh bukak kelas masakan dah.’ Ceh, ada hati tu.
            “Abang, makan...” Panggil Qairina riang. Ermin yang sedari tadi berada di ruang tamu, mula menampakkan muka. Dia bukan tidak ingin menolong tetapi dibangkang keras oleh isterinya.
            “Nasi mana yang?” Soalan suaminya itu membuatkan Qairina tersentak.
            “Eh, kejap. Rin ambik. Abang duduk dulu.” Terus dia berlari ke arah periuk nasi. Sedari tadi, dia lupa untuk menjenguk. ‘Takut jugak kalau tersalah sukatan ke. Tadi dia over jugak masa mencurahkan santan.’
            Apabila dibuka periuk nasi itu, dilihat nasi itu sedikit lembik. ‘Tak macam yang mak masak pun. Adus, macam mana ni? Abang ada kat meja makan dah tu. Kantoilah aku macam ni. Alah, lembik sikit je kot.’
            Dengan berhati-hati, dia membawa periuk nasi ke depan. ‘Kalau ada mak ni, comfirm dia membebel. Tapi nak buat macam mana, makan berdua je kot. Tak payahlah formal sangat.’
            “Nasi macam lembik sikit bang.” Sebelum apa-apa berlaku, baiklah dia menyerah diri dahulu.
            “Lembik. Tak apa. Abang suka je makan nasi lembik.” Ujar Ermin dengan senyuman di bibir. Qairina buat muka was-was.
            Qairina terus mengambil senduk dan dicedokkan nasi ke dalam pinggan suaminya yang sudah tersedia. Ketepek.... Nasi lembik iras-iras bubur itu terjatuh tergolek ke dalam pinggan suaminya itu.
            Ermin dengan matanya yang terbeliak. Qairina pula dengan muka serba-salah bin takut-takut.
            “Rin masak nasi lain jelah. Nasi ni lembik sangat.” Terus dia ingin berlalu. Namun ada tangan yang menahan.
            “Uish. Abang tak kisahlah. Duduk makan.” Arah Ermin sambil mula menyinsing lengan untuk memulakan suapan.
            ‘Nasi lembik je tak apa tapi jangan jelatantah sudahlah.’ Desis hati Qairina penuh debar.
            “Hmm.. Sedap sambal sotong Rin. Cuma nasi lembik sikit. Tapi okay je bagi abang.” Tak tertelan rasanya air liur Qairina. Dengan lambat-lambat, dia mula menyuapkan nasi ke mulutnya.
            “Nasi ni jelantahlah bang. Jangan makanlah. Nanti sakit perut.” Qairina tidak mahu jika suaminya itu sakit perut di kemudian nanti. Namun Ermin hanya tersenyum dan makan dengan lahapnya.
***
            Sudah beberapa kali Ermin masuk keluar tandas. Melihat muka suaminya yang cemberut itu, menambahkan lagi rasa serba salah Qairina.
            “Sakit lagi ke bang?” Muka Qairina usah cakaplah. Macam dia pula yang sakit perut.
            “Sikit jelah. Makan banyak sangat ni, sebab tulah boleh kena sakit perut. Sayang jangan risau sangatlah.” Tipu Ermin. Sedangkan perutnya memulas yang amat.
            Qairina merapati suaminya yang berbaring di atas katil itu. Perlahan-lahan, dia mula menyapu minyak gamat di perut suaminya walaupun dihalang keras oleh Ermin.
            “Sikit jelah. Buat susah-susah sayang je.” Ermin tahu isterinya itu serba salah.
            “Abang sakit sebab Rin. Sebab Rin tak pandai masak.” Serius, dia rasa hendak menangis.
            “Hei, abang tak kisahlah. Bagi abang, semua tu dah cukup dah. Janganlah nangis.” Tragis juga melihat air mata isterinya tika ini.
            “Sebenarnya, Rin memang tak pandai masak nasi lemak. Kalau Rin beritahu abang awal-awal, mesti abang tak sakit perut macam ni kan.” Kali ini, biarlah dia jujur dengan suaminya. Memang perlu diakui yang setiap manusia itu pasti akan ada kelemahan dan kekurangan tersendiri.
            Ermin tersenyum mendengar pengakuan isterinya itu. Perlahan tangannya bermain dengan juntaian rambut Qairina.
            “Nasi lemak je?” Qairina mengetap bibir mendengar pertanyaan suaminya itu.
            “Rin memang tak pandai masak. Tapi Rin tak mengaku dekat abang. Sebab Rin tak nak abang kecewa dapat isteri macam Rin.” Ermin ketawa sakan. Ketawa mengenangkan permikiran isterinya ini.
            “Oh... Patutlah abang ada jumpa nota masakan kat kabinet dapur.” Merona muka Qairina.
            “Abang tahu pasal nota tu? Alahai, malunya.” Dia melarikan pandangan. Takut untuk memandang Ermin walaupun dia tahu yang Ermin tidak memarahinya.
            “Kenapa nak malunya. Kantoi dengan abang je kot. Bukan dengan umi pun. Lagipun, masakan sayang bukannya teruk sangat.” Muka Qairina masam sahaja. Sedikit pun dia tidak memandang Ermin.
            “Abang sepatutnya ucap terima kasih dekat sayang. Sebab sayang sentiasa berusaha untuk memperbaiki masakan sayang untuk abang. Ialah, kita ni berkahwin atas pilihan keluarga, melihat kesungguhan sayang untuk memberikan yang terbaik untuk rumahtangga kita membuatkan abang terharu.” Kata-kata itu memang ikhlas dari hatinya.
            “Lepas ni, biar kita masak sama-sama eh. Kita tengok, boleh telan tak makanan tu.” Sengaja Ermin melawak. Cuba mengembalikan senyuman manis isterinya.
            “Thanks abang. Sayang abang sangat-sangat.” Terus dipeluk suaminya itu ketat-ketat. Bagai tidak ingin dilepaskan.
            Tiba-tiba, Ermin melonggarkan pautan. Tertanya-tanya Qairina dibuatnya.
            “Abang nak pergi tandas. Tak tahan....” Qairina tergelak besar. Setiap apa yang Allah tetapkan pada kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
***
            “Sayang... berapa kali sayang nak mop lantai ni?” Tegur Ermin sambil mula mengarukan kepalanya.
            “Lah, baru kali ke dua.” Jawab Qairina. Masih setia mengelap lantai.
            “Yalah, buat apa nak mop banyak kali. Bukannya kotor sangat pun lantai tu.” Kadang-kadang isterinya ini memang terlebih rajin.
            “Kalau kat rumah mak, kena buat macam ni. Mula-mula sapu sampah. Lepas tu mop lantai. Kemudian sapu balik dan lepas tu kena mop balik. Barulah lantai betul-betul berkilat.” Terang Qairina bersungguh.
            Ermin sekadar tersenyum-senyum.
            “Kenapa abang senyum?”
            “Sayang cakap mak yang cerewet tapi sebenarnya sayang pun cerewet jugak.” Ujar Ermin tersengih-sengih.
            “Ya ke? Tapi rasanya tak adalah macam mak tu. Kuat benar membebel.” Luah Qairina sambil mula mengambil tempat di sisi suaminya. Mula melepaskan lelah kepenatan.
            “Bila mak membebel. Itu tandanya dia mengajar. Hah, tengok sayang sekarang, tahu je nak buat kerja rumah. Lulus je nak kahwin. Kalau Allah campakkan anak kecil kat rumah kita ni, mesti sayang lulus jugak.” Ermin tersengih ada makna.
            “Eh, memang Rin lulus pun. Kalau jadi isteri lulus, mestilah lulus jugak nak jadi mak.” Sakat Qairina berani. Boleh tahan belagaknya.
            “Eh, mana sayang tahu sayang lulus jadi isteri?” Gertak Ermin.
            “Eh, Rin tahulah.” Tidak mahu kalah.
            “Okay, jom buktikan sekarang.” Terbeliak mata Qairina dibuatnya.
            “Errkkk,, tak kan sekarang?” Ermin memang sudah gila.
            “Sekaranglah... hahaha...” Akhirnya mereka tercampak dalam lautan kasih yang tidak bertepi. Terima kasih pada Ilahi kerana mengurniakan perasaan cinta pada hambanya.
***
            “Kita nak pergi mana ni bang?” Tanya Qairina ingin tahu. Entah kemanalah arah pemanduan suaminya itu.
            “Kita nak pergi rumah kawan baik abang. Kawan abang yang terbaik di dunia ni.” Penuh semangat Ermin menuturkanya.
            “Oh... lelaki ke perempuan?” Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya. Dia sendiri tidak menduga. Dalam hati menyalahkan diri sendiri. ‘Ish, tak boleh control langsung. Nampak sangat gelojohnya. Hehehe.’
            “Kalau lelaki kenapa? Kalau perempuan pulak kenapa?” Duga Ermin. Kelakar rasanya mendengarkan soalan isterinya berbau nada cemburu.
            “Err, tak ada apa-apa.” Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba ada tangan yang menjalar mencari jari jemarinya. Cepat-cepat dia mula berpaling. 
            “Sayang rasa kawan abang tu lelaki ke perempuan?” Qairina hanya sekadar mengjongketkan bahunya. Sebenarnya dia tidak mahu berfikir. Makin fikir, makin bengkap saraf otaknya.
            ‘Sejak bila pulak aku bertukar jadi seorang yang cemburu gila ni? Aduh, sakit-sakit.’ Dia sendiri tidak sedar, bila masa dia mula berubah menjadi seorang yang sangat cemburu. Sedangkan selama ini, tidak langsung dia mencemburui wanita lain yang berdampingan dengan teman lelakinya. Mungkin juga kerana Ermin adalah anugerah tak ternilai dari Allah buat dirinya.
            “Alah, tekalah...” Sengaja mahu mendesak. Menambahkan kerisauan milik Qairina.
            “Perempuan kot... Sebab abang nampak excited sangat.” Dia tetap menjawab walaupun hatinya melawan keras.
            “Of course lah excited. Lama dah kita orang tak jumpa. Nanti abang akan kenalkan dia dengan Sayang.” Ermin meneruskan kata dengan penuh semangat.
            Qairina hanya sekadar mengeluh di dalam hati. ‘Entah-entah bukan kawan baik. Tapi bekas kekasih.’ Rungutnya di dalam hati. Mukanya, mak oit.. Masam mengalahkan cuka.
            Akhirnya permanduan Ermin tiba di sebuah banglo besar. Sengaja Qairina turun dari perut kereta lambat-lambat. ‘Ish, angin cemburu manalah yang mula menetap dalam hati aku ni?’ Dia langsung tidak suka berperasaan seperti ini.
            ‘Kenapa aku boleh jadi macam ni pulak? Aku bukan macam ni. Aku nak jadi Qairina yang dulu. Tak heran dengan apa orang cakap. Tak peduli walaupun ada perempuan lebih cantik darinya. Tapi sekarang, apa dah jadi ni? Apa dah jadi?’
            “Rin... Kenapa ni?” Dia dapat melihat perubahan wajah isterinya itu. Dia ada tersalah cakap apa-apa ke?
            “Rin okaylah...” Sedaya upaya cuba menahan rasa cemburunya. ‘Suka benar abang ya sebab dapat jumpa kekasih lama. Hmm, macam mana kalau cinta mereka bertaut kembali? Apa nak jadi dengan aku ni? Huarggghhhh,,, tak mahulah berpisah dengan abang.’
            Batinnya menjerit kesakitan. Kata hati dan akal fikiran saling bertingkah sesama sendiri.
            “Tunggu apa lagi? Jom masuk.” Ditarik tangan isterinya agar beriringan dengannya. Qairina hanya menurut dengan muka yang kelat. Kalau tersenyum sekalipun, nyata hanya senyuman plastik.
            Baru sahaja Ermin ingin memberi salam, tiba-tiba terpancul di muka pintu wajah seorang wanita yang manis bertudung. Serius, di pandangan mata Qairina, gadis itu sungguh cantik. ‘Dia ni ke bekas kekasih abang? Kalau macam ni, aku memang kalah.’ Hatinya sudah mula tidak dapat duduk diam. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia berlari pergi meninggalkan Ermin. Namun kewarasan akal fikirannya melarang keras.
            “Eh, dah sampai. Abang, Ermin dah sampai ni....” Laung wanita itu lagi. Tidak lama selepas itu, muncullah seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan Ermin. Matanya tidak lepas memandang Ermin.
            Terus mereka hilang dalam pelukan erat. Qairina terpinga-pinga sendiri. Tapi wanita cantik itu hanya tersenyum manis. Qairina mula melopong besar apabila matanya terpandangkan perut wanita yang agak berisi itu.
            “Lama jugak kita tak jumpa ya?” Ujar lelaki yang Qairina sendiri tidak ketahui namanya itu.
            “Oh, kenalkan isteri aku, Qairina. Rin, kenalkan ini kawan baik abang masa belajar dekat USM dulu. Nama dia Hakim dan ini isteri dia. Fatimah.” Penuh semangat dia memperkenalkan isterinya kepada temannya itu.
            “Jadi dialah jodoh orang yang baik tu eh...” Ermin hanya ketawa besar manakala Qairina bertambah bingungnya.
            “Kalau Rin nak tahu, suami Rin ni dari dulu lagi tak pernah couple. Katanya, dia tunggu jodoh pilihan orang baik. Hmm, rasanya penantian dia tu tak sia-sia.” Sambil komen, dia mula memuji isteri teman baiknya itu.
            “Ada-ada jelah kau ni. Dah tu bila nak bagi kita orang masuk rumahnya?” Perli Ermin sambil menahan tawa. Ialah, sedari tadi berborak di muka pintu ini.
            “Jemput masuk. Rumah biasa saja.” Biasa katanya. Sedangkan perhiasan di dalam rumahnya itu bukan main cantik lagi. Didekorasikan dengan sempurna sekali.
            “Duduk kejap ya, saya pergi ambilkan minuman.” Ujar Fatimah lembut sambil berlalu ke dapur. Hakim ikut turut mengekori langkah kaki isterinya itu.
            Qairina meneliti setiap ruang tamu tersebut. Mungkin dapat menjana kepala otaknya untuk menghias rumahnya nanti. Dan dia terlalu sedar yang pandangan Ermin sedang menghala ke arah wajahnya.
            “Kenapa abang pandang Rin macam tu?” Huru hara perasaannya dibuat suaminya tadi. Saje je buat saspen. Mati-mati ingat perempuan tadi adalah bekas kekasih Ermin.
            “Saja nak pandang muka isteri abang yang cemburu ni..” Usik Ermin sambil tergelak lagi.
            “Abang memang saje nak kenakan Rin kan? Teruk betul.” Sengaja menggunakan suara yang agak manja sedikit. Mungkin mereka lupa yang mereka sedang berada di rumah temannya.
            “Abang suka tengok muka isteri abang yang cemburu ni.. Rasa macam abang terlalu dihargai.” Tangan kiri Ermin mula jatuh di bahu milik isterinya itu.
            “Apa kena mengena cemburu dengan hargainya abang oit?” Yup.. Agak  ketidakfahaman sedikit. ‘Boleh tolong jelaskan dengan lebih lanjut.’
            “Kalau Rin cemburu. Itu tandanya Rin hargai abang. Rin tak nak kehilangan abang.” Bisik Ermin perlahan.
            “Amboi-amboi, tak menyempat betul kau ni kan... Rumah aku pun jadi.” Tiba-tiba ada satu suara datang menjengah. Usikan siapa lagi kalau bukan suara Hakim.
            “Kau kena faham.. Pengantin baru ni.” Padahal sudah hampir lapan bulan mereka mendirikan rumahtangga.
            Qairina menampar lembut bahu suaminya itu. Tidak perasankah mukanya telah kemerahan menanggung rasa malu.
            “Makan malam kat sini ya hari ni.” Ajak Fatimah sambil menuangkan air ke dalam gelas.
            “Kalau korang tak ajak pun, memang aku nak makan kat sini pun.. Teringin nak makan masakan Fatimah yang sedap-sedap tu.” Puji Ermin ikhlas. Qairina hanya sekadar tergelak kecil di dalam hati. Mengenangkan sikapnya yang tidak mahu mengaku tidak pandai memasak sewaktu awal perkahwinan mereka dahulu.
            “Eleh, masakan biasa je Rin. Si Ermin suka sangat memuji.” Balas Fatimah kembali.
            “Ermin ni memang macam ni kak.. Bagi sudu dengan garpu pun dia kata sedap jugak. Kalau dapat makan, macam tak ingat dunia.” Tambah Qairina pula. Ermin membulatkan anak matanya.
            Dia puji sikap isterinya yang mudah untuk menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang baru dikenalinya. Ini membuatkan Qairina senang mendapat pujian dari rakan-rakannya.
            “Eh, masa kita orang kahwin dulu, kenapa tak nampak pun korang berdua?” Tanya Qairina ingin tahu. Kata kawan baik. Tak kan kahwin pun tak datang kot.
            “Oh, masa tu tengah tunaikan Umrah.. Sebab tu tak datang. Nilah baru ada masa nak jumpa. Kalau tak masing-masing sibuk dengan kerja. Apatah lagi sejak Ermin kahwin ni, makin susah nak jumpa. Nak melekat je dengan kamu tu Rin.” Usik Hakim selamba. Mereka yang mendengar tergelak-gelak.
            “Lah, orang ada bini, mestilah nak berkepit. Jangan jelous...” Dengan selamba dia menarik bahu isterinya itu. Qairina menolak perlahan. Malu diperlakukan sedemikian rupa.
            “Amboi-amboi.. dulu masa orang suruh kahwin, bukan main liat lagi ya.. Sekarang bila dah dapat, bukan main belagak lagi.” Mereka saling berbalas kata antara mereka.
            “Kak, jomlah kita memasak... Kalau layan dia orang berdua ni, sampai pagi pun tak habis...” Perli Qairina baik punya. Sambil-sambil itu, dia menjeling sedikit ke arah suaminya itu.
            “Yalah, orang dah jumpa geng, mana nak layan kita dah kan Hakim... Dah lah, pergi belajar memasak sedap-sedap dengan Fatimah ya. Abang nak berbincang hal lelaki sikit.”
            “Jom kak, kita MMWN kat dapur.” Qairina sudah bangun sambil mula mengajak Fatimah.
            “MMWN?” Ermin mengerutkan dahinya sedikit. Mencari makna disebalik kata-katanya. Namun akalnya masih belum jumpa penyelesaiannya.
            “Meeting-Meeting Wanita Negara.” Ucap Fatimah sambil tergelak sedikit.
            “Ceh!” Serentak kedua lelaki itu bersuara. Qairina dan Fatimah hanya mampu ketawa besar. Senang dapat mengenakan suami masing-masing.
***
            “Bang, kak Fatimah tu mix ke? Sebab muka dia macam orang cina sikit.” Tangan Qarina laju menyapu losyen ke tapak tangan. Dari balik cermin, dia memandang suaminya yang sedang membaca itu. Memang gila membaca.
            “Bukan mix. Tapi memang cina pun. Dia tu mualaf.” Terus Qairina berpaling. Mulutnya melopong sedikit.
            “Ya ke? Patutlah pun... Dah lama ke dia peluk Islam?” Kakinya sudah mula menapak. Menghampiri katil yang sudah tersedia di dalam kamar.
            “Adalah dalam tiga tahun.” Mulut menjawab tapi matanya masih setia di muka buku.
            “Abang, Rin ni tak cukup menarik macam buku tu ke?” Mendengarkan ayat isterinya itu, terus sahaja Ermin menutup buku dan diletakkan  ke meja sisi. Bibirnya mula merekah dengan senyuman.
            “Rin dah terlalu menarik bagi abang.” Eleh, ayat dah lapuk.
            “Eleh, macam-macamlah pujian abang pada Rin bila abang dah buat salah.” Ermin masih tersenyum sahaja. Lantas dia memeluk pinggang isterinya yang sudah berbaring itu.
            “Fatimah baru tiga tahun masuk Islam. Lepas setahun dia peluk Islam, dia bertemu jodoh dengan Hakim. Lantas Hakim berkahwinlah dengan Fatimah. Hakim memang anak yatim manakala Fatimah pula telah dibuang keluarga. Jadi mereka hanya hidup berdua je.”
            “Ya ke? Kesiannya... Fatimah tak cuba pujuk keluarga dia balik ke?” Matanya sudah mula terasa mengantuk. Namun mulutnya masih gagah bertanyakan soalan.
            “Susah sayang bila melibatkan soal agama ni.. Serahkan jelah semua pada Allah. Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita.” Qairina mengangguk sedikit.
            “Ish, isteri abang ni mengelamun sampai mana dah.. Sampai abang pun Rin tak nak pandang...” Kata-kata Suaminya itu mematikan lamunan Qairina. Lantas dia menoleh ke arah suaminya.
            “Rin bayangkan.. Macam mana ya jika ditakdirkan satu hari nanti Kak Fatimah kehilangan Hakim... Mesti dia tinggal sorang-sorang je. Kalau semua tu jadi kat Rin, Rin rasa, Rin tak kuat nak hadapi.” Entah kenapa, perkara itu berlegar-legar di ruangan pemikirannya.
            “Ish, apa yang Rin cakap ni... Suka fikir bukan-bukan.” Sedikit sebanyak Ermin tidak suka dengan perangai isterinya yang terlebih fikir. Hingga memikirkan perkara yang bukan-bukan sahaja.
            “Benda macam ni memang kita kena fikir kan... Tapi Rin doa hari-hari... supaya nanti Rin pergi dulu sebelum abang.. Sebab Rin tak sanggup nak hidup tanpa abang..” Agak tergenang sedikit air matanya. Sebak tiba-tiba datang bertandang.
            Ermin terus baring dari pembaringan. Beberapa kali dikuak rambutnya ke belakang. Qairina ikut turut menurut bangun dari pembaringan. Kelihatannya muka Ermin serius sungguh.
            “Rin hanya fikirkan tentang diri Rin je kan? Habis tu abang ni pulak macam mana pulak? Rin ingat abang boleh hidup tanpa Rin?” Muka, suara, kata-kata, semuanya menjadi serius.
            “Bukannya Rin pentingkan diri sendiri. Rin Cuma luahkan apa yang Rin rasa je..” Tegak Qairina sambil mula menitiskan air mata. ‘Hah, tak pasal-pasal start drama swasta pulak.’
            “Tapi Rin buat tu tak fikirkan perasaan abang pun. Sebab tu abang marah bila Rin suka fikir yang bukan-bukan.” Tak pasal-pasal suaminya itu pula yang terasa hati.
            “Rin minta maaf kalau Rin menyinggung perasaan abang... Rin tak bermaksud nak tinggalkan abang. Cuma percaturan Allah tu bukan dalam pengetahuan kita kan. Manalah tahu kalau-kalau...” Kata-katanya terhenti tika mata Ermin tajam merenung wajahnya. Pasti lelaki itu tidak membenarkan dia meneruskan kata-kata.
            “Rin sendiri cakap yang percaturan Allah bukan dalam pengetahuan kita. Jadi kenapa nak memberatkan diri Rin untuk memikirkan sesuatu yang diluar kudrat kita. Abang tak suka Rin cakap macam tu dan abang tak nak Rin cakap macam tu lagi. Apa pun yang akan berlaku pada diri kita, biar Allah yang tentukan.” Kali ini suara Ermin sudah kembali tenang. Tangannya mula mengelap permata jernih milik isterinya itu.
            “Rin minta maaf bang...” Dia melabuhkan wajahnya di dada milik suaminya. Entah kenapa, dia tidak tahu kenapa hatinya merasa tidak enak sejak dua menjak ini.
            “Abang tak marah pun.. dan abang tak simpan dalam hati.. Sebab hati abang ni abang dah peruntukkan untuk cinta kita sahaja. Tiada kedukaan, tiada keperitan, tiada air mata, yang ada hanyalah cinta..”
            Terbuai Qairina mendengarnya. Dan akhirnya, sekali lagi mereka dilarutkan dengan kasih sayang dan cinta yang Allah campakkan pada mereka..
***
            Sejak dia mengenali kak Fatimah dan abang Hakim, sejak itu dia sering mengajak suaminya itu bertandang ke rumah sahabat suaminya itu.
            Ada-ada sahaja yang bakal dia akan lakukan bersama Fatimah. Belajar agama. Belajar resepi baru.  Belajar menjahit. Berkongsi segalanya. Fatimah pula senang melayan karenahnya yang berbagai itu.
            Hari ini, dia belajar memasak nasi beriyani dengan Fatimah. Mungkin Fatimah bukan asal orang melayu namun kepakarannya dalam menyediakan makanan terutamanya makanan melayu amat mengagumkan Qairina sendiri.
            “Wah, sedapnya baru.. Ayang masak apa ni?” Muncul Hakim yang baru pulang dari bermain tenis bersama suaminya.
            “Bukan Imalah yang masak... Airin yang masak. Imah tolong sahaja.” Ujar Fatimah tersengih-sengih.
            “Baru belajar.” Qairina tersenyum-senyum. Ermin terus melangkah menghampiri isterinya itu.
            “Boleh makan dah?”
            “Boleh.. dengan syarat pergilah mandi dulu cik abang oit.” Suruh Qairina sambil menolak lembut tubuh suaminya itu. Hakim dan Fatimah telah menyediakan satu bilik tetamu khas untuk mereka. Punyalah istimewa layana Fatimah dan Hakim pada mereka berdua.
            “Jom Kim, kita mandi dulu.” Ajak Ermin beria-ria.
            “Nak mandi sekali ke?” Usik Hakim pula.
            “Alah, macam tak biasa.” Terbeliak mata Qairina mendengarnya. Manakala Ermin dan Hakim hanya tergelak besar lantas hilang dari pintu dapur.
            “Dah lah Airin, jangan dilayan mereka berdua ni. Dah, jom kita hidang makanan ni ke depan.” Arah Fatimah sambil mengelengkan kepalanya mengadap aksi suaminya itu.
            “Akak duduk jelah. Biar Airin buat semua. Akak tu bukannya larat sangat.” Arah Qairina pula. Dia pula yang naik penat melihat Fatimah yang masih aktif bergerak ke sana sini. Padahal kandungannya sudah pun masuk tujuh bulan.
            “Tak apalah... Airin kan tetamu.” Tergelak kecil Qairina dibuatnya.
            “Dah selalu sangat kami datang sini. Dah tak boleh digelar tetamu dah.” Mereka berdua ketawa kecil. Namun tiba-tiba Fatimah menarik tangannya. Dan digengam erat tangannya.
            “Kalau kamu berdua tak datang ke mari, pasti rumah ini senyap sunyi je. Selain daripada korang berdua, memang dah tak ada sesiapa pun yang datang. Kalau tak ada korang berdua, kita orang suami isteri sebatang kara je Airin.” Agak sebak Fatimah menuturkan.
            Qairina menarik Fatimah agar duduk di kerusi makan. Dia tahu perasaan yang menghantui Fatimah. Pasti kehilangan kasih keluarga amat menjerat hati dan perasaannya.
            “Akak janganlah cakap macam tu.. Saya ni dah belajar banyak benda dengan akak.. Akak sentiasa layan karenah saya ni. Saya yang patut berterima kasih pada akak. Tentang keluarga akak tu, pasti suatu hari nanti Allah akan bukakan hati mereka untuk terima akak balik. Hanya Allah yang tahu bila waktunya yang paling sesuai untuk Dia makbulkan doa akak tu.” Qairina mengiringi kata-katanya dengan senyuman. Cuba menyedapkan hati Fatimah.
            “Agak-agak kamu kan Airin, dia orang dapat terima tak cucu dia orang ni?” Tanya Fatimah lagi sambil mengusap perutnya yang sudah kelihatan itu.
            “Pasti kak.. Cuma waktu itu dirahsiakan oleh Allah. Apa yang kita boleh lakukan ialah terima qada dan qadar yang Allah takdirkan untuk kita ni. Waktu tu pasti akan tiba juga akhirnya. Cuma bila waktu itu dihitung, kita akan terasa lambatnya masa berlalu. Jadi serahkan pada Yang Maha Kuasa... Satu saat nanti, pasti kita akan merasa nikmat Allah tu.” Pujuk Qairina lagi.
            Fatimah tersenyum senang mendengarnya. Dia mula mengelap air matanya yang jatuh menitis perlahan.
            “Airin, kamu buli kakak eh...” Tanpa sedar, suara Hakim mematikan tingkah mereka. Cepat-cepat Fatimah mengelap sisa air matanya.
            “Eh, tak adalah... Rin ni buat lawak sampai meleleh air mata Ima...” Fatimah tersenyum sedikit. Namun senyuman itu tidak mampu menutup kedukaannya.
            “Tapi abang tak dengar pun suara Ima ketawa?” Qairina melarikan langkah ke dapur. Sengaja meninggalkan sepasang suami isteri itu.
            ‘Bagaimana ya jika Allah letakkan diriku di tempat kak Fatimah. Pasti tidak tertanggung dek bahuku. Kau kuatkan dirinya dalam menangung ujianMu ini. Kau perliharalah keimanan dirinya dalam menempuh dugaan dunia. Hanya doa yang mampu aku putuskan untuk saudara seislamku.’
            Qairina pantas menoleh tika ada tangan yang mendarat di bahunya. Terus dia memeluk suaminya itu. Entah kenapa dia boleh bertukar menjadi penyedih sebegini.
            “Ish... kenapa sedih-sedih ni?” Dia perasan yang emosi isterinya sejak dua menjak ini agak terganggu sedikit.
            “Rin kesian dekat kak Ima. Dia nak sangat jumpa dengan keluarga dia.” Terang Qairina sambil menangis.
            “Rin.. Rin... Macam mana Rin nak salurkan kekuatan pada kak Ima kalau Rin sendiri tak kuat sayang.. Untuk mengelap air mata orang lain, kita kena keringkan air mata kita sendiri. Dah, lepas ni abang tak nak tengok isteri abang ni emosi lagi. Kalau Rin nak kak Ima kuat, Rin sendiri kena kuatkan diri Rin.”
            Terangguk-angguk Qairina mendengar arahan dari suaminya itu. Kelemahan jangan dihitung tetapi kekuatanlah yang harus dicari untuk menempuh arus kehidupan yang penuh dengan pancaroba dunia ini.
***
            Panggilan telefon dari Fatimah yang mengkhabarkan keaadaan Hakim yang sedang terlantar di hospital kerana terlibat dengan kemalangan amat mengejutkan Ermin. Lantas pasangan suami isteri itu berkejar ke hospital.
            “Ima, macam mana boleh jadi macam ni?” Itulah soalan pertama tika Ermin menghampiri isteri sahabat baiknya itu.
            “Dia accident waktu on the way nak balik rumah.” Teresak-esak Fatimah menangis. Terus Qairina memeluk erat Fatimah. Cuba meleraikan kesedihan milik Fatimah. Betapa dia sendiri terkejut dengan berita yang tidak diduga ini.
            “Macam mana keadaan dia sekarang?” Akalnya melarang diri dari bertanya. Namun hatinya terlampau tertanya-tanya akan keadaan sahabat baiknya itu.
            “Kritikal.” Ermin bersandar perlahan. Tiada kata-kata balas yang mampu dia ungkapkan.
            “InsyaAllah abang Hakim akan selamat. Akak jangan risau ya.” Kata-kata itu sebenarnya adalah untuk menyedapkan hati miliknya sendiri. Kerana dia tidak tahu ingin mencedok kata dari mana lagi untuk memujuk Fatimah yang sedanng menangis itu.
            Dikuatkan tautannya pada Fatimah. Dalam masa yang sama, dia cuba mengumpul kekuatan untuk dirinya sendiri. Mungkin dia tidak akan sekuat serikandi Islam yang terdahulu, namun dia ingin memyalurkan kekuatan yang tidak seberapa ini kepada Fatimah.
            Kemunculan doktor dari bilik bedah itu mebuatkan Ermin segera berdiri. Punggungnya terasa membahang sekali untuk terus duduk menunggu.
            “Bagaimana dengan kawan saya doktor?” Bohong dia cakap dia tidak takut untuk mendengar jawapan dari doktor itu. Tapi mahu atau tidak, kenyataan perlu dibentangkan. Kebenaran walaupun pahit, tetap harus diterima dengan hati yang terbuka.
            “Keadaan Encik Hakim tika ini sangat kritkal. Kedua-dua buah pingganya sudah tidak berfungsi lagi. Hatinya pula remuk teruk. Kami sudah pun membuang bahagia yang remuk itu. Jadi sekarang kita hanya menunggu lebihan hatinya untuk memberi tidak balas.
            Pihak kami dah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Encik Hakim. Sekarang kita hanya mampu berserah kepada Allah. Kami akan tempatkan Encik Hakim di bahagian ICU.” Terang Tuan Doktor.
            Fatimah yang mendengar terasa seperti direntap nyawanya. Bagaimana dia hendak hidup tanpa suaminya? Bagaiman dia hendak menerima takdir ketentuan Allah ini?
            “Terima kasih doktor.” Sempat juga Ermin bersalam dengan doktor lelaki itu. Terus dia berpaling ke arah Fatimah yang sedang menangis itu. Apatah lagi melihat keadaan Fatimah yang sedang sarat mengandung itu.
            “Kak, sabar ya... Kita kena doa banyak-banyak. Moga Allah permudahkan segalanya.” Sedaya upaya dipujuk hati Fatimah walaupun dia juga ikut turut bersedih. Dia harus kuat.
            “Ima, sabar ya... Ima kena kuat untuk hadapi semua ni. Sebab bukan Hakim sahaja yang perlukan kekuatan Ima tu, tapi anak Ima pun perlukan Ima. Jadi Ima kena kuat.” Mulut memang mudah mengungkap kata sabar. Tapi hatilah yang rawang menanggung semua kedukaan.
            Fatimah yang mendengar perkataan anak terus meletakkan tangannya di perutnya. ‘Ya, aku perlu kuat demi abang dan anak yang berada di dalam kandunganku ini. Demi mereka, aku harus kuat!’
            “Sebelum tengok abang, akak nak sembahyang dulu.” Kekuatan tidak akan datang bergolek jika tidak dipohon dari Yang Maha Esa. Senjata yang paling kuat sekarang ini adalah doa. Apa yang dia mampu lakukan sekarang ini ialah mengirimkan doa pada Yang Maha Esa agar menyelamatkan suaminya.
            “Kita pergi surau dulu ya...” Qairina membantu Fatimah untuk bangun. Dia pun ingin menyalurkan doa. Kerana itu sahajalah yang mampu dia lakukan sebagai hamba Allah.
***
            Fatimah melakarkan sebuah impian yang bersandarkan harapan tika kali pertama menjamah wajah sang suami yang berselirat dengan wayar di tubuhnya. Air matanya yang ditahan segera menjamah di pipi. Betapa hatinya rapuh menerima takdir Allah kali ini.
            Namun air mata itu tidak singgah lama, segera dia menyeka. Kerana Hakim pasti tidak menyukainya. Wajah itu masih kelihatan tenang walaupun wayar mencucuk di sana-sini. Tambahan pula tiada luka yang teruk di badan suaminya. Namun kecederaan dalaman yang sebenarnya serius.
            “Abang... Ima dah datang. Abang tak nak buka mata dan tengok Ima dan anak kita ke?” Rintih Fatimah.
            Dengan tangan yang terketar-ketar, tangan kanannya mendarat di tangan milik Hakim. Digengam erat tangan suaminya itu Bagai tidak ingin dilepaskan lagi.
            “Abang jangan risau. Ima akan kuat. Kuat demi abang dengan anak kita. Abang jangan risaukan Ima ya. Abang hanya perlu berehat sahaja. Ima akan tunggu abang.” Fatimah tersenyum sendirian.
            Orang cakap, walaupun seseorang itu sedang koma, dia boleh mendengar suara-suara manusia yang lain. Jadi dia tidak mahu suaminya mendengar rintihan hatinya yang luluh. Dia tidak mahu membantutkan tenaga Hakim yang sedang melawan rasa sakit itu.
            Allah dah tetapkan yang dia akan melalui ujian ini. Jadi dia sebagai hamba harus merelakan takdir dan ketentuan Allah ini. Dia tidak punya kudrat untuk melawan. Tapi dengan izin darinya, dia pasti yang Allah akan bekalkan kekuatan yang setimpal dalam melewati arus kehidupan yang pasti ini.
***
            Qairina bersandar di kerusi hospital sementara menunggu Fatimah melawat suaminya. Sukarnya jalan kehidupan ini. Penuh beronak dan berliku tika berjalan menuju ke puncak. Bagaimana jika hati ini rapuh dengan ujian Allah? Tidakkah manusia akan tergelincir ke lembah penghinaan.
            “Sayang abang ni fikir apa, hmm?” Ermin perasan yang isterinya itu hanya sedari tadi mendiamkan diri. Terlalu banyak fikir. Terlampau banyak berfikir. Susah hati dia dibuatnya.
            “Rin risaukan kak Ima.” Lembut suaranya menampar gegendang milik Ermin.
            “Kalau risau, memang kena tunjuk ke muka risau tu? Bukan ke Rin sepatutnya memberikan kak Ima kekuatan baru untuk melangkah. Kalau abang tengah sedih, lepas tu tengok pulak muka Rin, hmm bertambah sedih abang rasa.” Komen Ermin sambil tersengih-sengih.
            “Abang kutuk Rin eh...” Mula perasan akan benarnya kata-kata suaminya itu.
            “Tak lah.. kalau Rin risau, abang pun risau dengan keadaan Ima. Tapi ada abang tunjuk? Tak ada kan... Kita kalau nak sedapkan hati orang, kena sedapkan hati sendiri dulu. Jangan sampai orang yang kita nak ringankan kesusahan tu bertambah susah pulak. Sebab terpaksa memikul beban kita pula.”
            Berbelit kepala otak Qairina ingin memahamkan kata-kata suaminya itu. Tapi dia tahu yang kata-kata itu ditujukan kepada dirinya. Lantas, Qairina mengeluh lembut.
            “Muka Rin sekarang tak ubah macam ayam berat sembelit.” Usik Ermin lantas ketawa besar. Berubah air muka Qairina mendengarnya.
            “Sejak bila pulak ayam berat sembelit. Pepandai je abang ni nak ubah simpulan bahasa. Kalau penulis yang famous dengar kata-kata abang ni, mahu dia orang belasah abang. Inilah bangsa yang merosakkan bahasa.” Qairina ikut turut berbalah. Tidak mahu kalah.
            “Abang rindukan senyuman Rin... Jangan bawak lari senyuman Rin tu, abang takut abang tak mampu hidup tanpa senyuman Rin...” Dicapai tangan isterinya dan dikucup lembut.
            “Abang ni kan, tak kira tempat nak beromantik. Hospital ni bang...” Kali ini giliran Qairina pula yang mengusik. Entahlah, bila terjadi sesuatu yang tidak diduga kepada rakan baiknya sendiri, Ermin mejadi jadi resah seketika. Bimbang kalau-kalau dia tidak dapat terus melahirkan kasih sayang buat isterinya nanti.
            Jadi sebelum terlewat, lebih baik terus menzahirkan segala kasih sayang dalam segala bentuk. Biar orang yang kita sayang dapat merasainya. Dapat memahaminya. Dapat menjalani kehidupan seterusnya dengan bekalan kasih  yang masih bersisa.
***
            Setelah hampir lima hari tidak sedarkan diri, akhirnya Hakim bangun dari lena yang panjang. Namun ada berita buruk yang mula tidak diundang.
            “Lebihan hati Encik Hakim tidak dapat berfungsi dengan baik kerana mengalami pendarahan. Jadi, Encik Hakim memang tidak punya banyak masa lagi. Banyak-banyakkanlah berdoa. Kerana hanya itu yang mampu kita lakukan sekarang.” Kata-kata tuan doktor tadi hampir sahaja menjerut nyawa Fatimah yang mendengar.
            ‘Ya Allah, aku tidak akan sesekali menuruti kelemahan yang ada padaku. Walaupun aku akui, aku tidak betah diuji sebegini rupa. Redhakanlah hatiku untuk menerima apa jua takdir yang Kau tentukan. Jangan kau goyahkan keimananku. Jangan kau hilangkan manisnya keimanan yang kau titipkan pada jiwaku. Aku rela kehilangan apa juga dalam hidupku.. tapi bukan nikmat Iman dan Islam ini.
            Aku tidak mampu meragut kasih sayangMu pada suamiku. Andai kata kau putuskan untuk mengambil nyawanya. Aku redha. Walaupun hatiku rapuh untuk menerima, aku akan tetap rela demi mencapai destinasi cinta yang lebih abadi. Iaitu kepadaMu Wahai Tuhanku. Kau permudahkanlah segalanya. Izinkan dia melewati ajal dengan mudah. Aku mohon keizinanMu Ya Allah.’ Bersunguh-sunguh dia berdoa. Berharap agar Allah mendengar kata hatinya. Suara jiwanya.
             “Maafkan.... a...bang...” Ucap Hakim tersekat-sekat.
            “Demi Allah, tak pernah ada satu pun kesalahan abang yang berjaya mengecilkan hati Ima bang... Ima redha dengan ketentuan Allah ini.” Menangis Qairina mendengarnya.
            ‘Kuat benar jiwa hambaMu ini. Sehinggakan aku merasa begitu kerdil untuk berjuang bersamanya.’ Menitis air mata Qairina.
            “Min...” Hakim mencari seraut wajah sahabat baiknya. Hanya pada sahabatnya dia ingin bersandarkan harapan dan amanah.
            “Ya Kim....” Digengam erat tangan sahabatnya yang sejuk itu.
            “Aku... amanahkan... kau... un..tuk... jaga... isteri...dan .. anak....a...aku... Jangan... biar... dia... ra..sa... ke..sunyi..an.. wa..lau.. se...di..kit..pun....” Sedaya upaya dia cuba menghabiskan ayatnya.
            Ermin sedaya upaya mengawal air matanya dari tumpah. Dia harus kuat untuk memastikan yang Fatimah ikut turut kuat.
            “InsyaAllah. Aku jaga dia orang Kim...” Janji Ermin pasti. Jika tidak dipohon sekali pun, dia pasti akan membantu Hakim menjaga Fatimah dan anak yang bakal lahir.
            “Per..li..haralah... keimanan... Ima... Jangan... sampai....ter...ce..la...” Nafas Hakim sudah mula naik dan turun. Dia sudah mula kelihatan sesak nafas.
            “Bawak mengucap bang...” Fatimah mendekatkan mulutnya ke telinga suaminya. Air mata yang menitis segera ditepis pergi. ‘Ya Allah, ikhlaskan hatiku demi Cinta padaMu yang lebih hakiki.’
            “Lailahailallah....Muhamadarasulullah...” Mulut hakim terkumat-kamit mengikut bacaan isterinya itu. Dan bunyi mesin yang berbunyi sudah mampu memahamkan Fatimah yang suaminya yang paling dicintai itu sudah kembali kepada yang lebih berhak. Terus ditarik selimut menyeliputi wajah suaminya yang putih bersih.
            Terus Qairina memeluk Fatimah. Ada airmata yang mengalir di tubir mata. Namun sekurang-kurangnya dia lega. Lega kerana dia tidak akan melihat suaminya terseksa lagi. Biarlah dia pergi. Pergi mencari kehidupan yang lebih pasti di alam sana.
            Ermin beberapa kali meraut wajahnya. Dia akan menyempurnakan amanah arwah sebaiknya. Dan sekarang, dia harus menyempurnakan jenazah sahabatnya itu. Tanggungjawab untuk yang terakhir kali.
***
            “Rin, maaf kalau akak menyusahkan Rin..” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Fatimah tika pintu yang diketuk dari luar itu dibuka.
            “Ish, apa cakap macam tu kak. Akak nak apa-apa ke?” Tangannya mendarat di bahu milik Fatimah. Dia tidak punya kakak, jadi kerana itu dia sudah mengangap Fatimah sebagai kakaknya sendiri. Apatah pula Fatimah baru sahaja kehilangan seorang suami siang tadi.
            “Akak pernah dengar pasal solat sunat hadiah.. Tapi akak tak pernah buat.. Teruk kan akak ni.” Air matanya menitis lembut. Segera Qairina menarik Fatimah agar masuk ke dalam biliknya.
            Dia mengarahkan Fatimah agar duduk di birai katil. Dia faham perasaan Fatimah itu sekarang. Bagaimana dia terlalu ingin membantu suaminya untuk memperolehi ganjaran pahala.
            “Diriwayatkan pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar suasana yang datang kepada mayat itu. oleh kerana itu, sebagai menolong
berdoa bagi yang telah pulang kerahmatullah, Islam menganjurkan kepada keluarga
yang meninggal itu melakukan solat sunat sebagai hadiah kepada arwah.
            Waktunya ialah, setelah mayat dikuburkan pada siangnya, pada malam sesudah maghrib atau Isyak bolehlah dilakukan sembahyang sunat tersebut.” Qairina menerangkan sedikit sebanyak yang dia tahu tentang solat sunat hadiah itu.
            “Akak nak hadiahkan solat sunat hadiah pada abang...” Qairina mengelap permata jernih yang singgah itu. Dia tersenyum sedikit.
            “Niatnya macam ni, ushohlli sunnatal hid-yati roka'taini lilahitaala iaitu sahaja aku sembahyang hadiah 2 rakaat kerana Allah ta’ala. Lepas baca Al-Fatihah, baca ayat Qursi satu kali, lepas tu baca surah At-takakthur sekali kemudian baca surah Al-Ikhlas sepuluh kali. Rakaat kedua pun lakukan perkara yang sama kak..” Sedaya upaya dia menggunakan bahasa yang paling mudah untuk memahamkan Fatimah.
            Fatimah membersihkan air matanya dan tersenyum sedikit. Menghargai keprihatinan Qairina dalam memperjelaskan lagi tentang solat sunat hadiah ini. Terlalu daif dia tentang Islam. Apakah Allah menerima kehadirannya dalam Islam ini?
            “Terima kasih Rin... Kalau tak ada Rin, tak tahulah macam mana dengan akak. Akak masih daif tentang Islam. Kalau ditakdirkan akak mati, akak takut sangat kalau tak dapat cium bau syurga.” Laju kepala Qairina mengeleng. Tidak setuju dengan kenyataan Fatimah.
            “Akak, jangan cakap macam tu.. Allah akan terima semua hamba yang ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Apatah lagi Allah sentiasa mengalu-alukan kedatangan mualaf seperti akak. Jangan pernah rasa tersisih kak, sebab Allah tak pernah akan menyisihkan hambanya. Kalau tak tahu, kita boleh belajar. Asalkan kena ada inisiatif. InsyaAllah, moga Allah akan permudahkan segala urusan kita. Jom solat kak..”
            Terangguk-angguk kepala Fatimah menerima kata-kata Qairina. Dia mungkin telah kehilangan seorang suami. Tapi dia tidak mungkin akan kehilangan Islam dan Iman. Sampai ke hujung nyawanya sekalipun, dia akan tetap mempertahankan Islam.
            Mereka solat sunat hadiah berjemaah bersama dengan diimamkan oleh Qairina. Qairina mula merasa bahawa tanggungjawab memimpin Fatimah untuk terus berjalan di jalan yang benar kini sudah mula beralih ke bahunya. Dia akan cuba sedaya upaya membantu selagi terdaya. Dihujung solat mereka, Qairina mula memimpin Fatimah berdoa.
            "Ya Allah , sesungguhnya aku telah menyembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau amat mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah , mohonlah aku kepadaMu,
agar engkau sampaikan ganjaran pahalanya kepada Mohamad Hakim bin Helmi. Moga dia sejahtera di alam sana.”
            Usai doa, mereka berpelukkan sesama sendiri. Qairina cuba menyalurkan kekuatan yang dia ada. Manakala Fatimah pula mula mengumpul kekuatan sendiri. Kekuatan untuk menghadapi hari esok.
***
            Hari ini genap sebulan pemergian Hakim. Selama sebulan itu, Fatimah berdegil untuk tinggal sendirian di rumahnya. Walaupun telah ditentang hebat oleh Ermin dan Qairina.
            “Akak, jomlah tinggal dengan kami. Akak ni dah sarat benar dah. Saya takut kalau-kalau terjadi apa-apa dengan akak. Kalau akak tinggal dengan saya, bolehlah saya tengok-tengokkan akak.” Sudah jenuh dia memujuk. Namun masih tidak berhasil.
            “Susah senang akak... Biarlah kat sini Rin.. Rumah ni banyak sangat kenangan. Dah sebulan arwah pergi, tapi macam baru semalam dia tinggalkan akak.” Tangannya mengusap lembut perutnya yang sudah besar itu. Betapa dia sedang menghitung hari untuk menunggu kelahiran satu-satunya permata yang ditinggalkan oleh Hakim.
            “Kalau akak betul-betul sayangkan kandungan akak ni, akak kena tinggal dengan saya. Saya bukan nak minta perkara buruk berlaku pada akak, cuma banyak risiko yang akan kita tanggung. Malahlah tahu kalau akak sakit nak bersalin tengah malam ke, kami ada nak tolong. Kalau akak sorang-sorang, macam mana?” Beria-ria Qairina membentangkan hujahnya.
            “Kalau abang Hakim ada, mesti dia tak suka akak berdegil macam ni.” Apa lagi, kena buat ayat pasrah sikit. Barulah terusik naluri keibuan milik Fatimah.
            “Akak tak mahulah ganggu korang laki bini. Lagipun akak dah terlalu sangat susahkan korang berdua.” Keluh Fatimah perlahan. Bukan sedikit budi yang ditaburkan oleh Qairina dan Ermin. Sudah terlalu banyak. Biarlah dia hidup sendiri. Belajar berdikari tanpa menyusahkan orang di sekelilingnya.
            “Tak ada apa yang susah kak.. Saya tolong akak kemaskan kain baju ya?” Cuba sedaya upaya menarik rambut di dalam tepung. Agar tidak kelihatan berselerak atau pun secara terangnya, tidak kelihatan seperti mendesak.
            “Tapi akak nak berpantang kat rumah ni ya?” Qairina tersenyum kemenangan. Senang jika dapat memujuk Fatimah untuk tinggal bersama dengan mereka.
            “Yang tu Rin tak janji. Kena tanya abang dulu.” Ujar Qairina menyakat.
            “Alah, Rin...” Digoncang tubuh Qairina itu beberapa kali.
            “Yalah-yalah... kalau abang tak bagi pun, Rin paksa abang untuk setuju jugak.” Tak boleh nak cakap apa dah. Karang tak pasal-pasal Fatimah menarik semula keputsannya.
            Usai meletakkan beg di dalam bonet kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta yang muncul dari arah belakang.
            “Mei Ling mana?” Tanya lelaki chines itu agak kasar nada suaranya.
            “Kat sini tak ada orang nama Mei Ling.” Jawab Qairina berani.
            “Aku tahu dia ada... Dia dah masuk agama yang nenek moyang aku paling benci... Mana dia?” Kali ini Qairina sudah mula dapat mengagak.
            “Nama dia sekarang ialah Fatimah. Bukan lagi Mei Ling.” Sengaja Qairina menegaskan sedikit nada suaranya. ‘Kalau kau boleh belagak, aku pun boleh. Hei, ini Sharifah Qairinalah.’
            “Kau jangan harap aku akan panggil dia dengan nama tu. Bagi aku dia tetap Mei Ling.” Balas Ah Ying tegas.
            “Memang dia Mei Ling,,, sampai bila-bila dia tetap Mei ling. Cuma agama dia sudah bertukar. Itu yang membezakan antara Mei Ling dan Fatimah.” Bidas Qairina berani.
            “Kau!” Lelaki china itu sudah naik geram melihat seorang gadis yang ada sahaja jawabnya itu.
            “Abang...” Serentak mereka mula berpaling ke arah Fatimah.
            “Dah tak ada apa-apa untuk kau di sini Mei Ling... Baliklah ke agama asal kau. Mummy and Daddy pasti boleh terima kau balik Mei Ling.” Pujuk lelaki china itu.
            “Hakim pun dah tinggalkan kau.. Buat apa lagi kau setia dengan agama ni? Biar kami jaga kau Mei Ling.” Ucap lelaki itu lagi.
            “Baliklah bang.. saya masih boleh teruskan hidup walaupun tanpa abang Hakim... Saya harap satu hari nanti mummy and daddy akan terima diri saya seadanya. Kita masih boleh bersatu walaupun berlainan agama. Tapi kalau abang paksa saya dan bawa balik ke jalan lama, saya tak mahu. Jom Rin, kita pergi.” Perlahan-lahan Fatimah masuk ke dalam perut kereta.
            “Satu hari nanti pasti kau akan menyesal Mei Ling.” Jerit Ah Ying kebengangan. Entah kenapa, dari hari ke hari, makin liat dia hendak memujuk Mei Ling.
            “Dah lama ke abang akak kacau datang akak?” Tanya Qairina sambil mula memulakan pemanduan.
            “Dia selalu datang sejak arwah pergi. Jangan risaulah, dia tak akan buat apa-apanya.” Bukan itu yang bermain di benak Qairina sekarang. Bukan soal keselamatan yang utama, tapi soal keteguhan hati Fatimah untuk berdepan dengan situasi ini berulang kali. Jika lemah Iman dan kurang Amal, pasti mudah dia kembali ke jalan lama.
            Mungkin dahulu ada Hakim untuk terus membimbing gadis mualaf itu. Tapi kini semuanya sudah tergalas di bahunya dan bahu Ermin. Tidak tegar dia melepaskan permata yang baru bersinar ini jatuh ke lembah kelmarin. Pokoknya, dia perlu lakukan sesuatu.
***
            Hari ini, Qairina memasak laksa johor yang sudah lama diidamkan oleh Fatimah. Kelat air muka Qairina tika melihat Fatimah menjamah laksa buatannya itu.
            “Uhuk!” Cepat-cepat Qairina menghulurkan segelas air kepada Fatimah yang sedang tersedak itu.
            “Mesti tak sedap kan?” Adush, bilalah dia akan pandai memasak dengan sempurna?
            “Sedap jeh...” Ujar Fatimah sambil tersenyum-senyum. Masa dia hendak mengkhabarkan ketidakenakkan masakan Qairina sedangkan dia tahu yang wanita itu sentiasa memberikan layanan yang sempurna buat dirinya yang sedang sarat mengandung ini.
            “Tak payah makanlah kak...” Terus ditarik mangkuk milik Fatimah itu. Tidak sanggup membenarkan lagi.
            “Dulu, abang makan nasi lemak Rin yang jelantah, terus dia cirit birit.. hahaha” Merea ketawa serentak. Tiba-tiba tanganya gatal menyuakan sudu ke dalam mulut dan kemudian... errkkk,,, terus diluihkan semula ke dalam mangkuk.
            “Gila dasyat rasa dia.. Uwekkkk, tak sedap langsung.” Terus dengan selamba dia mencapai gelas Fatimah dan diteguk air itu dengan gelojoh sekali.
            “Eh, tak adalah teruk sangat kot...” Bagi Fatimah, laksa yang disediakan oleh Qairina itu tidaklah teruk sangat. Masih mampu dijamah oleh deria rasanya.
            “Kak, kalau abang makan nasi lemak kena cirit birit, tapi kalau akak habiskan semangkuk laksa ni, confirm akan terbersalin terus. Ialah, anak akak nak muntahkan balik laksa yang Rin masak ni.”
            Terus tersembur gelak dari Fatimah. ‘Ada-ada sahaja ideanya. Entah bagaimanalah otak Qairina ni sebenarnya beroperasi.’ Qairina tersenyum sedikit. Dalam diam menitipkan rasa syukur kerana Allah mengembalikan senyuman Fatimah yang sudah lama hilang serinya.
            “Kesian akak tak dapat makan laksa. Hah, kita balik rumah Umilah. Umi orang Johor. Dia memang pakar bab masak laksa ni.” Tiba-tiba dia baru teringatkan ibu mertuanya yang seorang itu.
            “Eh, tak apalah. Kita beli aje. Susahkan mak cik aje nanti.” Fatimah melarang keras. Namun sekeras manapun sekali dirinya, ianya tidak akan mampu melawan keras kepala milik Qairina. Isteri Ermin itu akan melakukan apa sahaja asalkan dapat menyempurnakan hasrat hatinya.
***
            Hujung minggu itu, mereka berkunjung ke rumah Umi. Dari awal lagi sudah dinyatakan hasrat kedatangan mereka itu. Kalau datang mengejut nanti, bimbang terkejar-kejar pula mertuanya itu.
            “Terima kasih mak cik. Laksa yang mak cik buat tadi sedap sangat.” Ucap Fatimah ikhlas. Betapa dia senang berada di sini. Dengan suasana anak cucu yang kecoh, bertambah pula dengan layanan baik dari seorang mertua, dia terasa begitu ingin mengecapi anugerah Allah ini.
            “Ish, jangan panggil mak cik. Panggil Umi saja. Semua orang pun memang panggil Umi.  Alah, masak laksa bukannya susah pun.. Senang je.” Dengan spontan, Qairina mengarukan kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Terasa diperli oleh ibu mertuanya.
            Namun sedikit pun dia tidak hairan. Malah ibu mertuanya itu sangat memahami kelemahan dirinya. Rajin juga Umi menurunkan resepi baru kepadanya. Dia sahaja yang malas mencuba. Rajin tolong makan bolehlah. Hehehe
            “Airin bukan orang Johor. Sebab tu dia tak mahir sangat.” Ceh, hidungnya kembang semangkuk apabila mertuanya memihak kepadanya.
            “Laksa Johor tak terror lagi tapi kalau laksa penang, hah luluslah juga.” Sempat lagi mencelah perbualan orang tua.
            “Pandailah sangat..” Tiba-tiba suara Ermin pula yang datang mencelah. Meleret nada suaranya. Seperti pandangan matanya juga. Qairina menjeling manja ke arah suaminya itu. Umi dan Fatimah tergelak kecil sahaja.
            “Terima kasih Umi.  Saya senang dapat menumpang kasih dengan Umi sekeluarga.” Kata-kata Fatimah sudah mula bernada sebak. Drama air mata mungkin akan kembali melanda.
            “Umi pun bukannya ada ramai anak pun. Setakat tiga orang je. Itu pun bila dah besar, semua buat haluan masing-masing. Fatimah jadi anak perempuan Umi ya. Kalau ada apa-apa, jangan segan-segan mintak tolong dengan Umi tau.” Perangai Umi ini sebiji dengan Ermin. Sanggup membantu orang disekelilingnya.
            “Eh Ima, kaki kamu bengkak ni?” Suara ibu yang bernada risau itu mematikan perbualan mereka.
            “Rin, ambikkan mak minyak gamat dekat almari tu. Mak nak urut kaki Ima. Kaki ni kalau tak diurut, nanti makin bengkak.” Perlahan-lahan diurut kaki Fatimah itu.
            “Eh, tak apalah Umi.. Dah biasa dah.” Segan rasanya bila kakinya diangkat dan diurut lembut. Menipu jika dia kata yang hatinya tidak tersentuh langsung.
            “Jangan biasakan Ima. Tak baik untuk ibu mengandung. Nanti boleh jadi bentan nanti.” Qairina mengetap bibir. Macam mana dia boleh terlepas pandang semua itu. ‘Macam mana tak terlepas, aku pun tak tahu nak tengok kaki tu bengkak macam mana? Bukannya aku pernah rasa atau alami pun.’ Rungutnya di dalam hati.
“Eh, nanti Ima berpantang di rumah Umi jelah. Senang sikit Umi nak jaga.” Qairina dan Ermin sudah mula berpandangan sesama sendiri.
“Kalau Ima setuju, kami tak ada masalah.” Ujar Ermin bagi pihak Qairina. Ermin perasan, isterinya itu hanya mendiamkan diri apabila Umi mula terlebih melayan Fatimah. Terasakah Qairina? Tersisihkah jiwanya?
***
            Ermin merapati isterinya yang baru selesai bersembahyang itu. Sebuah senyuman dihulurkan buat Qairina.
            “Abang dah solat?” Muka Qairina tika ini sukar untuk Ermin tafsirkan. Bagai ada menyembunyikan sesuatu.
            “Dah.. Sayang okay tak ni?” Ermin mula merapati. Segera tangannya mendarat di dahi milik Qairina. Tidak sihatkah isterinya itu?
            “Ish, Rin sihat jelah. Abang tu yang risau tak bertempat.” Sebenarnya memang ada sesuatu yang bermain di benaknya kini. Namun entah kenapa bibirnya kelu untuk menyambung bicara.
            “Betul?”
            “Tak betul.”
            “Kenapa ni? Rin terasa dengan umi ke? Sebab Umi layan kak Ima lebih dari Rin..” Tercengang Qairina mendengarnya. ‘Ke situ pulak fikiran suami aku ni.’
            “Apalah abang ni. Ke situ pulak abang fikir. Rin lagi suka bila umi layan kak Ima. Sekurang-kurangnya dia tak lagi rasa tersisih. Dapat jugaklah dia lepaskan rasa rindu pada family dia. Keluarga dia dah buang dia bang.. kita sahajalah tempat dia nak menumpang kasih.”
            Ermin menarik nafas kelegaan. Bukan ingin berfikir yang tidak-tidak. Tapi pemikiran kaum perempuan ini bukan boleh dikira. Sensitiviti kaum perempuan ini tidak boleh diambil remeh. Apatah lagi jika melibatkan isterinya. Lagilah dia mengambil berat dari semua aspek.
            “Sayang dah tengok dah?” Berkerut dahi Qairina menyambut soalan suaminya itu.
            “Tengok apa?”
            “Bawah bantal.”
            “Ada apa?”
            “Tengoklah sendiri.” Ermin sudah tersenyum panjang. Kalau boleh diukur, mahu sampai ke telinga senyumannya itu. Entah apalah yang dapat membuatkan suaminya itu senang hati.
            Apabila diangkat bantalnya, terlihat sebuah kotak baldu berwarna merah. Dengan segera tangannya mencapai kotak baldu itu. Dia mula mencari-cari wajah suaminya itu.
            “Bukalah.” Arah Ermin semangat.
            Bertambah tercengang Qairina apabila melihat sebuah rantai emas yang cantik berkilauan. Dengan terketar-ketar tangannya mencapai kad yang terselit di rantai tersebut.

Kalau semalam abang cintakan Rin..
Hari ini abang tetap cintakan Rin...
Walaupun kita tak tahu nasib kita pada hari esok,,,
Tapi percayalah,,, abang akan tetap cintakan Rin..
Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama...
Yang Ikhlas,,, abang....

            Air mata Qairina mula tergantung di tubir mata. Tangan kanannya menutup mulut yang tadinya melopong besar. ‘Ulang tahun perkahwinan? Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa?’
            “Abang... Rin...” Lidahnya kelu. Otaknya sebu untuk mencari alasan. Sesungguhnya dia tidak layak mencari alasan untuk menutup kesalahan sendiri.
            “Abang tahu Rin sibuk.... Abang tak kisah pun lah.. Ini pun kebetulan je abang ingat. Ish, janganlah nangis.” Pujuk Ermin. Dia tahu yang isterinya itu agak sibuk menjaga Fatimah. Dia tidak kecik hati pun. Lagipun, isterinya itu sudah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menantu yang baik. Dia sudah teramat berpuas hati.
            “Rin minta maaf sebab terlupa. Alasan sibuk tu tak boleh terima bang.. Abang pun sibuk jugak kan...” Ditarik tangan suaminya dan dikucup lembut. Tanda dia terlalu menghargai pemberian suaminya itu. Dan sebagai tanda kekhilafan diri.
            “Ish, dah lah.. Abang tak kisah pun sayang. Abang pakaikan ya?” Rantai emas itu Ermin kalungkan ke leher jinjang milik isterinya itu. Terasa bahagia bila Qairina menyukainya.
            “Dah bagi rantai pun, muka monyok lagi.” Komplen Ermin tidak puas hati.
            “Boleh tak kalau Rin buat satu permintaan?” Agak teragak-agak dia menuturkannya. Otaknya cuba mengatur ayat walaupun hatinya cuba menidakkan akal fikiran.
            “Apa sahaja demi sayang.” Ucap Ermin sunguh-sungguh.
            “Boleh tak abang kahwin dengan kak Ima lepas dia habis edah nanti.” Terluncur laju ayat itu dari mulutnya. Kini giliran Ermin pula yang melopong.
            “Apa yang Rin merepek ni?” Suara Ermin agak meninggi sedikit.
            “Rin dah fikir masak-masak bang. Abang ingat tak yang Hakim ada amanahkan abang untuk jaga kak Ima dengan anaknya. Ini sahaja  caranya bang. Lagipun kak Ima tu dah tak ada keluarga. Kitalah yang kena jaga dia. Dan paling penting, kita kena perlihara Iman dia. Ingat tak yang Rin pernah cerita yang abang dia kacau dia tu. Ajak dia kembali ke jalan dulu. Sekali mungkin dia boleh melawan tapi kalau dah berkali-kali, dia mungkin dah tak punya kekuatan bang...”
            Sunguh-sungguh Qairina menerangkan pada suaminya itu. Betapa dia serius dengan ungkapannya. Dia terlalu sayangkan suaminya itu. Tidak pernah sekali pun dia terfikir akan kehilangan Ermin. Mungkin dia tidak mampu untuk menghadapi sebuah perpisahan, tapi InsyaAllah dia rela berkongsi suami yang baik seperti Ermin.
            “Ini semua betul-betul kerja gila Rin.” Entah apalah yang merasuk fikiran isterinya itu. Boleh dia minta semua ini di hari ulang tahun perkahwinan mereka.
            “Rin dah fikir masak-masak bang.. Rin rela.. Rin redha kalau perlu berkongsi abang dengan kak Ima.” Dia cuba menyakinkan suaminya itu. Tapi kelihatannya Ermin sedikit meragui kata-katanya.
            “Jadi Rin dah buat keputusan?” Tanya Ermin serius. Hanya anggukan dia balas sebagai tanda jawapan. Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
            “Baik. Ini pulak keputusan abang. Abang tak boleh terima permintaan Rin tu. Pertama sebab abang tak mampu nak sayang Ima lebih dari yang sepatutnya. Cinta dan sayang abang hanyalah pada Rin seorang sahaja walapun mungkin Rin tak nampak semua tu.
            Kedua, abang tak mampu nak beristeri lagi. Bukan kerana duit tapi kerana abang tak mahu jika abang akan bersikap berat sebelah. Ini semua akan memburukkan lagi keadaan Rin.
            Dan yang ketiga, bukan abang sahaja yang tak mampu. Rin pun sama juga. Mungkin hati Rin ikhlas kerana Allah. Tapi abang kenal benar dengan isteri abang. Dia akan rasa tak senang bila abang menyebut tentang perempuan lain, apatah lagi jika abang nak beristeri lain.
            Itu keputusan abang. Abang harap Rin hormat dengan keputusan abang. Walau seribu kali pun Rin tanya, jawapannya tetap sama. Dahlah, abang dah mengantuk. Abang nak tidur dulu.”
            Panjang lebar Ermin meluahkan rasa hatinya. Sengaja membiarkan Qairina terkulat sendirian. Sengaja membiarkan agar isteirnya itu berfikir dengan lebih jauh. Dia faham perasaan Qairina yang ingin membela nasib Fatimah, tapi dia tidak tegar untuk menikahi balu sahabat baiknya sendiri.
***

            Awal pagi itu, Ermin sedikit pun tidak bertegur sapa dengan Qairina dan Qairina sendiri pun tidak punya inisiatif untuk memujuk. Dia tahu Ermin terasa hati dengannya. Masing-masing sengaja membawa perasaan masing-masing.
            Jika dia tidak punya kudrat untuk memujuk Ermin, dia punya satu cara lagi. Iaitu dengan berjumpa dengan Fatimah sendiri. Dia sudah tekad dengan pendiriannya. Perlu ada seorang lelaki yang akan membela nasib Fatimah dan anaknya nanti.
            “Eh Rin.. Masuklah..” Tegur Fatimah ramah apabila dia melihat kelibat Qairina di muka pintu. Dia pula sedang bersandar di atas katil sambil sedang membaca buku perihal persediaan menyambut kelahiran pertama.
            “Saya ganggu akak ke?” Perlahan kakinya menapak masuk.
            “Tak lah. Alah, kalau ganggu pun, macamlah tak biasa menganggu akak.” Fatimah tergelak dengan gurauannya sendiri. Dia mula perasan yang air muka Qairina agak tegang pagi ini.
            “Kenapa ni? Hmm..” Digengam erat tangan Qairina. Kebiasaannya wanita ini jarang bersikap sedemikian.
            “Kalau saya minta sesuatu dengan akak, agak-agak akak boleh tunaikan tak permintaan saya tu?” Dengan penuh debaran, dia memulakan intro.
            “Ish,,, cakap jelah. InsyaAllah akak akan tolong. Apa dia?” Teringin hendak tahu perkara yang menganggu-gugat ketenangan Qairina.
            “Boleh tak akak kahwin dengan abang?” Makin lambat diutarakan soalan itu, makin gemuruh hatinya.
            Terlerai gengaman tangan Fatimah pada Qairina. Rahangnya jatuh ke bawah. Matanya membulat. Bagai tidak ingin dikelipkan langsung.
            “Apa yang Rin merepek ni?” Bagai hendak luruh tangkai hatinya. Bagaimana seorang wanita boleh bertanya soalan yang merobek hatinya sendiri? Fatimah terus mendaratkan tangannya di perut yang sudah memboyot.
            “Rin tak merepek kak.. Rin betul-betul serius nak meminang akak untuk abang.” Ujar Qairina sungguh-sungguh.
            Fatimah sudah mula tidak senang duduk. Pinggangnya rasa bagai hendak tercabut. Punggungnya pula terasa amat kebas. Perutnya terasa begitu memulas sekali. Dia sudah mula mengerang kesakitan yang teramat sangat.
            “Kak, kenapa ni? Ya Allah.. nak bersalin dah ke?” Qairina mula rasa kelam kabut. Tiba-tiba dia berdiri. Kemudian duduk balik. Otaknya tiba-tiba terasa jameed. Bagai tidak boleh berfikir lagi.
            “Rin.... sakitnya....” Dia mengenggam lengan Qairina. Bagai hendak terputus rasanya.
            “Umi... abang.....!!!” Sepenuh hati dia menjerit.
            “Abang.......!!!” Jerit Qairina lagi. Hendak ditinggalkan Fatimah sendirian, Qairina langung tidak sampai hati.
            “Kenapa?” Terkejar-kejar Umi dan Ermin apabila mendengar jeritan Qairina itu.
            “Kak Ima dah nak bersalin dah ni.” Terang Qairina. Dia ikut turut kelam kabut. Dengan pantas dia mencapai beg yang sudah lama disiapkan itu. Awal-awal lagi telah disediakan beg tersebut. Takut jika berlaku kecemasan. Dan kini, kemungkinan itu betul-betul berlaku.
            ‘Ya Allah, Kau selamatkanlah kak Ima... Kau permudahkanlah kelahiran anaknya. Jauhilah segala bencana. Aku mohon padaMu Ya Allah. Aku mohon keredhaanMu. Jauhilah dari segala keburukan. Kau perliharakanlah dirinya. Sesungguhnya hanya padaMu tempat untuk aku bersandarkan harapan.’
***
            Tersentuh hati Qairina tika mendengar Ermin melaungkan azan di telinga bayi lelaki itu. Alhamdulilah, Fatimah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Rayqal.
            Wajah Rayqal persis wajah Fatimah. Dengan kulitnya yang putih bersih, hidungnya yang mancung, menjadikan Rayqal kelihatan sungguh comel. Qairina hanya melihat dari jauh. Tangannya mula meraba di perutnya yang masih kempis. Tipu jika dia kata yang hatinya tidak tersentuh. Sudah setahun mereka berumah tangga, namun belum ada tanda-tanda yang dia sedang mengandung.
            “Airin, kenapa duduk jauh sangat? Meh tengok baby ni.. comel tau.” Suara Umi ceria menampar gegendang telingannya.
            Ermin yang sedang mendukung Rayqal terus menyerahkan anak kecil itu kepada isterinya. Sewaktu mulutnya singgah mencium dahi milik anak kecil itu, sebutir permata mula singgah di pipinya.
            “Comel sangat anak akak...” Diserahkan pula anak kecil itu kepada ibunya. Rayqal sudah mula mengeliatkan diri. Mungkin sudah tiba waktu anak kecil itu menyusu.
            “Abang nak pergi beli air. Rin nak apa-apa?” Rasanya, inilah dialog pertama mereka setelah peristiwa malam tadi. Entah kenapa, hati mula terasa kekok dengan situasi yang mula menghimpit.
            “Tak apalah. Rin tak dahaga.” Jawab Qairina sedikit. Fatimah mula menyedari sikap aneh sepasang suami isteri itu.
            “Umi pun nak pergi solat dulu ya.” Umi juga ikut turut memohon diri. Mula berasur ke surau Hospital.
            “Kenapa ni? Rin macam tak seronok je akak dapat anak.” Fatimah mula memecahkan tembok kebisuan yang tiba-tiba datang menerpa. Selama ini, Qairina bukan main banyak lagi idea untuk berbual. Kadang-kadang sampai tak terlayan. Tapi kini, apa sudah jadi?
            “Tak ada apa-apalah kak...” Ujar Qairina mengelakkan diri. Dia tidak mahu membebankan perasaan milik Fatimah tika ini. Wanita itu baru sahaja selamat melahirkan seorang anak.
            “Gaduh dengan Ermin ke?” Gasak Fatimah lagi. Dia tahu perkara apa yang bermain di benak Qairina tika ini.    
            “Tak adalah...” Tipu Qairina lagi. Segera dia melarikan wajah kerana Fatimah pasti akan dapat mengesan perubahan wajahnya itu.
            “Atau kamu fikirkan perkara yang kamu cakap dekat akak siang tadi?” Fatimah tidak jemu-jemu meneka. Perlahan-lahan Fatimah mengeluh sedikit apabila Qairina tidak memberikan apa-apa reaksi langsung.
            “Rin, akak nak tanya Rin sikit. Selama akak menumpang rumah Rin, akak nampak macam tengah goda Ermin ke?” Tak pasal-pasal soalan itu keluar dari mulut Fatimah. Dia tidak mengerti perasaan Qairina sekarang. Bagaimana dengan mudahnya dia ingin berkongsi sesuatu yang teramat dia sayang dengan orang lain.
            “Ish, kenapa akak cakap macam tu pulak?” Terkejut rasanya mendengar soalan milik Fatimah. Tidak pernah sekalipun dia berfikir yang tidak-tidak. 
            “Dah tu.. Kenapa nak suruh akak kahwin dengan Ermin. Ermin tak pernah cintakan akak... Dan akak pun tak pernah ada apa-apa perasaan pada Ermin. Jadi kenapa suruh dia kahwin dengan akak?” Dia betul-betul butuhkan jawapan dari Qairina tika ini.
            “Saya tahu semua tu kak... Tapi akak perlukan seseorang dalam hidup akak. Agar dapat bimbing akak. Dan Rayqal perlukan seorang ayah kak. Saya fikirkan semua ni hanya untuk akak. Kenapa korang berdua tak faham?” Menitis air matanya.
            Bukan dia saja-saja ingin mengorbankan diri ke lembah kesakitan. Bukan dengan sengaja dia menyerahkan suaminya kepada orang lain. Dia telah berfikir sedalam mungkin. Dia telah berfikir sehabis mungkin.
            Kerana tidak dapat mengawal perasaanya, Qairina terus bangun dan melangkah ke luar. Namun malang sungguh nasibnya, di pintu wad, dia terserempak pula dengan suaminya yang sedang berdiri sambil bersandar di dinding hospital.
            “Abang nak cakap dengan Rin sekejap.” Pinta Ermin serius. Jarang muka Ermin seserius ini. Eh, bukan jarang tapi tak pernah.
            “Sejak bila pulak abang mintak kebenaran nak cakap dengan Rin?” Tiba-tiba Qairina merasakan yang kasih ini semakin hilang sinarnya. Dimanakah letak kasih yang sebenar?
            “Sejak isteri abang ni mula berubah.” Tanpa berlindung, dia mula bersuara.
            “Rin berubah?” Tanya Qairina terkejut.
            “Habis tu, tak akan abang pulak?” Ketegangan mula terasa antara mereka. Kata hati Qairina mengarahkan agar dia melangkah pergi dari situ. Tapi sungguh dia langsung tak berdaya. ‘Ya Allah, kenapa aku harus lalui semua ni.”
            Air mata Qairina menitis perlahan. Untuk apa? Dia sendiri tidak tahu. Ermin mengetap bibirnya. Lantas dia menarik isterinya itu meredah masuk ke dalam wad. Tindakan spontannya itu nyata membuatkan Qairina terkejut.
            “Kenapa Min?” Sekarang Fatimah pula yang terkejut apabila biliknya dirempuh masuk dari arah luar.
            “Maafkan saya Ima.. Saya tak boleh terima Ima sebagai isteri saya. Tapi itu tak bermakna saya akan melepaskan amanah Hakim pada saya. Saya tetap akan jaga Ima dan Rayqal. Walaupun bukan atas nama seorang suami atau ayah, saya tetap akan jaga kamu berdua. Allah telah mencampakkan kasih sayang dan cinta saya hanya pada Rin seorang sahaja.” Melopong Fatimah dan Qairina mendengarnya.
            “Abang...” Tidak dia duga yang Ermin akan bertindak sebegini rupa. ‘Tidakkah abang sedar yang semua ini akan membuatkan kak Ima kecik hagi?’
            “Mungkin Rin tak pernah sayangkan abang sebagaimana kuatnya kasih sayang abang pada Rin... Tapi tolonglah jangan paksa abang buat sesuatu yang luar daya abang. Kalau abang berkahwin dengan Ima, abang akan lukakan hati Rin. Dan dalam pada masa yang sama, abang pun akan lukakan hati Ima jugak. Sebab abang tak mampu nak sayang dia.”
            Terang Ermin sungguh-sungguh. Pening kepala Fatimah melihat sketsa pasangan suami isteri ini. Mereka sebenarnya sama-sama tersepit.
            Ketukkan pintu dari luar itu mengalih perhatian mereka bertiga. Terjenggul wajah seorang wanita tua dari arah luar.
            “Mummy..” Terkeluar panggilan keramat itu dari mulutnya.
            “Mei Ling anak mummy...” Terus mereka hilang dalam pelukkan erat. Qairina dan Ermin hanya memandang. Hilang drama tadi, datang pula drama baru. Asyik mereka melihat kedua beranak itu beradu air mata.
            “Mummy dah maafkan saya?” Hanya anggukan yang ditemani air mata yang mampu menjawab soalan anaknya itu.
            ‘Ya Allah, aku bersyukur di atas segala rahmatMu. Dikala aku kehilangan insan yang amat aku cintai, Kau telah menghadiahkan aku zuriat yang akan menemani hari-hariku yang mendatang. Dan Kau telah memulangkan kembali kasih ibu yang telah hilang.’
            “Mei Ling....” Suara kasar itu membuatkan Fatimah terus berpaling.
            “Daddy...” Teresak-esak mereka menangis. Hingga membuatkan Qairina ikut turut mengalirkan air mata. Syukur yang teramat dipanjatkan kepada Allah.
            “Daddy minta maaf sebab sisihkan kamu dulu. Maafkan daddy... Daddy terlupa yang kamu pun berhak untuk memilih jalan hidup kamu sendiri.” Apa yang mereka mampu lakukan sekarang ialah mengalirkan air mata kegembiraan.
            Mungkin mereka berlainan agama. Tapi tali silaturahim yang terikat antara seorang anak dan ibu bapanya tidak akan pernah terputus. Kerana agama tidak akan pernah memutuskan hubungan dengan saudaranya yang lain. Malah agama membutuhkan kita agar perlu berbuat baik sesama insan. Syukur kerana Allah telah mengembalikan keluarga Fatimah.
***
            Qairina duduk sambil mula menekur ke bawah. Bagai sedang menunggu jari di kaki mula bertambah. Tidak sekalipun dia mengangkat wajahnya. Muka Fatimah dan Ermin juga teramatlah serius.
            “Rin, akak nak tanya sesuatu sebelum akak buat keputusan?” Fatimah memulakan intro. Hatinya juga ikut turut mengandung debar yang tiba-tiba datang berkunjung. Namun segera diselitkan dengan zikir kepada Yang Maha Esa. Hanya Allah yang mampu untuk mempermudahkan segalanya.
            “Kamu betul-betul ikhlas nak suruh Ermin memperisterikan akak?” Ermin hanya menunggu jawapan dari isterinya itu.
            “Demi Allah kak... saya ikhlas.” Dia tidak berani memandang ke arah suaminya itu. Perlahan-lahan telingannya mendengar keluhan lembut dari arah suaminya.
            “Kamu buat untuk kebahagiaan akak kan?” Tanya Fatimah lagi. Hanya anggukan sebagai peganti jawapan.
             “Jadi kamu kena terima yang kebahagiaan akak tak akan muncul bila akak cuba memusnahkan kebahagiaan kamu.” Qairina mengelengkan kepalanya. Tidak sesekali mengiakan kata-kata kakaknya itu.
            “Tak kak... saya akan bahagia bila akak bahagia.” Itulah harapannya. Itulah doanya saban malam. Dia lakukan semua ini hanya semata-mata memikirkan kepentingan Fatimah dan Rayqal.
            “Akak dah cukup bahagia sekarang Rin... Sebab akak dah ada Rayqal sekarang. Allah pun dah pulangkan kembali keluarga akak.. Akak ada korang untuk tempat bersandar.
Akak terharu dengan pengorbanan kamu tu Rin.. Tapi izinkanlah akak hidup dengan sisa-sisa cinta abang Hakim. Biarlah akak besarkan Rayqal dengan kenangan kami berdua. Jangan suruh Ermin kongsikan kasih sayang dia Rin... sebab kasih sayang dia pada kamu tak akan pernah berpenghujung. Hargailah dia.. sebelum dia pergi...” Luluh luahannya. Menitis air matanya. Entah mengapa, terlayar di ruangan mata wajah suaminya yang redup itu.
Rindunya pada arwah suaminya tidak akan pernah berkesudahan. Namun dia sudah lama menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan olehNya.
“Rin, ada satu ketika tu, kita kena pertahankan hak kita. Dan akan ada satu ketika tu, kita kena lepaskan dia pergi. Macam sekarang, Rin kena pertahankan Ermin dalam hidup Rin. Tapi akak pula kena lepaskan arwah pergi... sebab itu memang ketentuan Allah.”
Ditarik Fatimah ke dalam pelukannya. Teresak-esak mereka berdua menangis. Ermin terus memalingkan muka. Hatinya terusik dengan bait kata-kata Fatimah. Air mata di tubir mata Fatimah itu adalah bukti kecintaannya pada arwah Hakim.
Namun tiba-tiba Fatimah dapat merasakan yang badan Qairina terlalu berat. Rupa-rupanya Qairina telah terkulai layu di dalam pelukannya.
“Ya Allah Rin....” Panik usah cakaplah. Ermin terus bangun mendapatkan Qairina. Ditampar lembut pipi isterinya itu.
            “Rin, bangun Rin.. Jangan tinggalkan abang....!!!!!” Jerit Ermin dengan air mata yang berlinangan. Terus dipeluk isterinya itu seerat mungkin. ‘Ya Allah, aku tidak sanggup melepaskan dia pergi..’
***
            Untuk yang kesekian kalinya, mereka melangkah lagi ke pusara ini. Terasa sunyi pagi ini namun suria masih sudi menyinarkan diri. Hanya wangian puspa kemboja yang  menyambut kedatangan kami kali ini.
            “Terasa baru semalam dia tinggalkan kita kan...” Ujar Fatimah usai mereka membacakan yasin untuk dihadiahkan kepada yang telah pergi.
            “Tipu kalau saya cakap saya tak rasa kehilangan... Dia anugerah Allah bagi saya.” Ini bukan kali pertama Ermin menuturkannya. Sudah acap kali. Namun sengaja Fatimah membiarkan. Ermin memang punya kenangan yang tersendiri dengan arwah.
            “Terima kasih sebab jaga saya dengan Rayqal dengan baik.” Ucap Fatimah sambil mula berdiri. Cukuplah untuk hari ini. Ada kelapangan nanti, dia pasti akan datang lagi. Akan tetap datang tanpa jemu.
            “Dahlah Ima.. dah terlalu banyak Ima berterima kasih pada saya... Dah ditakdirkan dia pergi sebelum saya. Saya lakukan semua ni ikhlas. Ima adalah amanah yang arwah titipkan pada saya. Lagipun, Rin teramat sayangkan Rayqal dan awak Ima. Kadang-kadang saya rasa seperti terpaksa berkongsi kasih dengan awak pulak.”
            Mereka ketawa bersama. Berkongsi segala rasa bersama-sama. Berkongsi rasa erti kehilangan. Berkongsi kasih dan segala macam lagi. Dan mereka sama-sama berkongsi kekuatan unuk mengharungi takdir Ilahi.
 “Papa... mama..” Panggilan iu membuakan keduanya berpaling.
“Ish, dekat kubur mana boleh buat bising sayang....” tegur Fatimah lembut. Banyak dugaan dan cabaran dalam meladani karenah Rayqal yang sudah berumur tiga tahun ini.
“Nanti orang dekat dalam kubur bangun ke mama?” Hampir-hampir sahaja Fatimah tergelak besar.
“Allah marah kalau kita kacau orang lain kan?” Pertanyaan iu hanya sekadar untuk menguji jiwa anaknya itu. Rayqal hanya tersenyum manis.
“Adik mana?” Ermin melemparkan pandangan. Mecari anak gadisnya itu.
“Adik tidur dalam kereta.” Petah sungguh Rayqal berkatakata. Makin dia membesar, mukanya saling tidak tumpah sama dengan arwah suaminya. Ermin melangkah meninggalkan Faimah sendirian. Kebiasaannya memang begitu, Fatimah memerlukan waktu untuk bersendirian dengan arwah Hakim.
“Kesian anak papa penat main. Itulah, abang suruh duduk rumah, Rin tak nak... Kan kesian duduk dalam kereta.” Qairina yang sedang menyusukan anak mereka yang kedua itu hanya sekadar tersenyum. Anak keduanya itu baru sahaja berumur tiga bulan. Manakala Alisha yang sedang tidur itu sudah pun berumur dua tahun.
“Alah, abang pergi bukannya lama pun... Itulah, penat main kejar-kejar dengan Rayqal.. Sampai teridur dia. Eh, kak Ima mana?” tanya Qairina sambil menilaukan pandangan.
“Macam biasalah... dia perlukan masa sekejap dengan arwah sebelum kita balik.” Dicapai tangan anak kecil yang sedang asyik tidur iu. Tanpa Qairina sedari, terus dihalakan sebuah ciuman buat isterinya.
“Ish, abang ni.. Orang lain nampak nanti.” Rungut Qairina manja. Namun dia sangat mengakui yang Ermin memang terlalu memanjakan dirinya.
“Tanda penghargaan abang pada Rin.. Sebab sudi lahirkan anak abang. Sebab masih setia bersama dengan abang. Apa lagi ya? Hmm, sebab abang terlalu cintakan Rin.. Hari ni, esok atau selamanya...Dan yang paling penting, sebab Rin tak mengidam yang bukan-bukan waktu mengandungkan anak kedua kita ni..” Qairina tergelak besar. Dalam pada masa yang sama, dia teramat terharu mendengar luahan kata suaminya itu. Memang diakui yang Ermin tidak pernah putus dengan kasih dan sayang. Malah dia tidak membenarkan ianya berkurang walau sediki pun. Moga kasih sayang ini sentiasa diperlihara oleh Allah.
Sukur dipanjatkan kepada ALLAH.. Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atas cinta samalah seperti  meniti di atas bahagia.
***
“Rin betul-betul buat abang takut tadi…” Luah Ermin cuak.
“Rin mintak maaf sebab mintak benda yang bukan-bukan dengan abang…” Dengan sepenuh hati dia memohon maaf atas kekhilafan dirinya dalam mengenal erti sebuah pengorbanan.
“Abang maafkan.. sebab hari ni Rin bagi hadiah yang tak ternilai pada abang.. Patulah perangai Rin berubah, rupa-rupa kita nak menyambut orang baru… Apalah Rin ni, orang lain pun mengidam jugak. Tapi tak adalah sampai mengidam nak bermadu. Dasyat sungguh!”
Barulah dia mengerti pada tindak tanduk isterinya yang mula berubah. Rupa-rupanya ini semua adalah berpunca dari ragam isterinya yang sedang hamil anak pertama. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan dia zuriat yang sudah lama dinantikan.
“Mesti kak Ima kaget bila Rin pengsan tadi kan…” Mereka berdua tergelak-gelak. Tak pasal-pasal sekarang dia pula yang terbaring di katil hospital. Patulah dia dapat merasakan yang sistem bandannya agak lemah berbanding biasa.
“Mahu tak kaget. Dengan abang-abang sekali cuak. Abang hampir-hampir ingat abang akan kehilangan Rin. Tapi Alhamdulilah, Allah mengurniakan kita permata yang selama ini kita tunggu. Abang berdoa agar Allah sentiasa campakkan kasih sayang antara kita. Untuk hari ini, esok dan selamalamanya…” Amin ya Allah.
‘Ya Allah, aku rela dicampakkan beberapa kali pun asalkan ke dalam lautan cintanya….’

*** TAMAT ***

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah. Moga Allah akan terus mencampakkan kasih sayang sesama manusia. ~~~> SSG





20 comments:

  1. Sungguh mulia Qairin , snggup berkongsi suami . Tapi nasib baik Ermin tak jdi nikah dengn Fatimah . Syukur :) haha over lah pulk ;D

    ReplyDelete
  2. kalu kita emosi membaca sebuah cerita tu, maknanya kita berjaya meletakkan diri ke dalam setiap watak yang direka oleh penulis.. hehe..
    thanks ina... Qairina tu bermula dengan nothing..
    tp perkahwinan mengajar dia something.. =)

    ReplyDelete
  3. good job writter!!:)

    ReplyDelete
  4. nisa: seronok la tercampak dalam emosi bile bge cerpen nie...haha:D

    ReplyDelete
  5. cerita ni, permulaan lawak... romantik bila kawin. suspen bila tengah mengidam. good jobs writer.

    ReplyDelete
  6. best sgt2 tq writer

    ReplyDelete
  7. best sgt2...byk moral value dlm cerpen nie..

    ReplyDelete
  8. .writer is the best. .
    .keep it up. .

    ReplyDelete
  9. waa best nya...admin ^o^ *sy siap leleh air mata lg*...hehe suspen

    ReplyDelete
  10. U always get my heart lah kak. -_^
    Again, best writing ! (y)

    Superb! =D

    ReplyDelete
  11. Terbaek ^_^

    .....hidayah :)

    ReplyDelete
  12. Nasib baik ermin x kahwin ngan fatima. Buat suspen je...

    ReplyDelete
  13. Cite yg menarik.terbaik!!!

    ReplyDelete
  14. Bestnya..rase macam ada jer dlm cerita tu!!! good job!!

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah, suka sgt dgn cerita ni. ^^

    ReplyDelete
  16. Salam. Cerpennya manis sangat dengan pengajaran yang sarat. Tahniah buat penulis. Salam

    ReplyDelete