Monday 29 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [26]


              Jauh Mirza melepaskan pandang menembusi cermin tingkap dari tingkat dua ini. Hujan renyai mula membasahi bumi Allah ini. Seperti basahnya sekeping hati menyingkap sebuah kebenaran yang dirahsia kemas oleh Afrina.
            “Kenapa? Kenapa perlu jadi macam ni?” Soal Mirza perlahan tanpa berpaling.
Tidak mampu rasanya membiarkan anak mata menjamah wajah Afrina. Memandang wajah yang terlalu banyak menyimpan khazanah cintanya.
            Tiada jawapan dari pihak Afrina. Membuatkan Mirza terus mengeluh. Kesunyian mula menemani mereka berdua. Hanya sesekali bunyi aircond merentasi kesepian.
            Afrina mengigit bibir. Tidak percaya yang kebenaran ini keluar sendiri dari mulutnya. Bagaimana dia boleh menduga yang Mirza sedang berdiri di belakangnya? Habis bersepai segala rahsia yang disimpan kemas. Jadi, perkara apa yang perlu dia lakukan sekarang? Melihat keadaan Mirza pun membuatkan Afrina tambah bersalah. Lelaki itu nampak kusut....
            “Mirz....” Suaranya mula tersekat di kerongkong. Tak tahu mencedok kata dari mana. Ayat bagaimana yang harus dilemparkan pada Mirza?
            Perlahan-lahan Mirza berpaling. Memandang ke arah Afrina yang berada di sisi katil Hadziq. Kakinya dibawa mendekati Afrina yang nampak gelisah itu. Entah macam mana, bibirnya mula menguntumkan senyum. 
            Hakikatnya, Afrina masih sayangkan dirinya... Hakikatnya, cinta wanita itu masih kukuh kepadanya. Hakikatnya, Afrina tak pernah menolak kasihnya ke tepi... Cuma sikap khianat manusia membawa dirinya terfitnah hingga hidup tanpa diekori cinta yang sebenar. Terheret menderita ke kancah yang penuh gelora.
            Lutut Mirza sudah melutut ke simen lantai. Mirza mengangkat muka. Memandang dan meneroka segenap wajah milik Afrina. Ya... Dia nampak dengan jelas! Dengan jelas bahawa cinta itu hidup dalam air muka Afrina.
            ‘Kau yang terindah dalam hidupku Afrin... Hanya cintamu yang mampu mekar untuk selamanya.. Sesungguhnya, aku tak ingin lagi menyintai yang lain... kerana kau telah mengikat hatiku selamanya...’
Namun tak cukup semua itu. Dia ingin mendengar sekali lagi... Mendengar dengan teliti luahan perasaan itu.
            “Hakikatnya, Afrin masih sayangkan Mirz kan?” Tanya Mirza lembut.
            “Mirz....” Afrina melarikan anak mata. Bagaimana dia bisa menipu lagi? Menipu untuk menyakitkan Mirza untuk kesekian kalinya dan penipuan bakal menyakitkan hatinya juga.
            “Just say yes or no Afrin.... Mirz nak dengar... Mirz nak dengar... Please...” Rayu Mirza lembut. Meluluhkan jiwa yang mendengar.
            Afrina tarik nafas dalam-dalam. Jiwa ini tidak boleh dibohongi lagi. Telinga ini tidak mampu ditadah dengan penipuan lagi. Mulutnya ini pula tidak sanggup lagi diringankan untuk sebuah rekaan.
            “Mirz...Hati ini pernah mati... tapi Mirz yang membuatkan hati ini kembali berfungsi.... Jiwa ini pernah serabut dan kusut.. Tapi Mirz yang menyusunnya dengan teratur... Mirz...hati ni terasa sempurna... sebab Mirz ada di dalam ni.... Because you’re inside... Berada di satu bahagian yang tak mampu diterokai oleh Haraz atau sesiapa sekalipun... You’re the reason why even at the suddent part of my life... I smile....”
            Tangan kanan dibawa rapat ke dada. Menggambarkan sekeping hati yang berada di dalam tubuhnya itu. Dadanya terasa hendak pecah! Tapi jiwanya mula lega bila rasa sayang itu berjaya diungkapkan.
            Ini bukan tiket untuk membeli jiwa Mirza! Ataupun cara untuk membuatkan Mirza berpihak kepada cinta mereka dan mempertahankan dari halangan dunia. Ini hanyalah sebuah intipati cinta yang tak berjaya disudahkan dengan sempurna. Sebuah luahan yang dahulunya tersekat dari bayangan hitam.
            Mirza meraut wajah berulang kali. Hatinya jatuh berulang kali mendengar bait kata Afrina itu. Setelah bertahun lamanya, dia tidak menyangka yang cinta Afrina hanya milik mereka. Lututnya terasa lemah! Lemah kerana terlalu panjang rasanya perjalanan yang diambil untuk mendengar bait yang sempurna itu.
            “I wish I had more than this word to let you know how much I miss you... How much I love you Afrin...” Balas Mirza separa berbisik.
            Menitis air mata Afrina. Dipejam lama matanya. Tangannya digengam antara satu sama lain.
            “Siapa yang kejam sangat tu Afrin... Siapa yang sanggup buat kita tersiksa macam nih?” Tanya Mirza sedikit marah. Manusia memang tak bisa dipisahkan dengan sikap dengki! Sikap seperti inilah yang memecah belahkan manusia!
            Kalaulah semua ini tidak berlaku, pasti dia sedang berbahagia bersama Afrina! Namun pada siapa untuk diluahkan rasa marah ini? Pada Allah yang telah menentukan takdir? Mirza mula beristigfar. Menyepak pergi segala syaitan yang menghasut.
            “Afrin tak tahu...”
Afrina sendiri masih kelu. Tak idea untuk meletakkan kesalahan ini di bahu siapa? Mungkin ada baiknya dia tak tahu... Sebab bimbang jika hatinya yang sakit ini akan mula membenci manusia itu.
            “Afrin... kita kahwin...” Ajak Mirza tanpa fikir panjang.
            Afrina tidak terkejut. Malah dia ketawa mendengar pelawaan Mirza itu. Nampak sangat yang Mirza tidak berada dalam kondisi yang baik untuk memikir baik buruk dari kata-katanya.
            “Kahwin? Kahwin lari ke?” sisa tawa masih belum habis sepenuhnya.
            “Tak kelakarlah Afrin... Tak kiralah kahwin lari ke, kahwin dekat Thailand ke, kahwin gantung ke... yang penting Mirz nak kahwin dengan Afrin!” Tak boleh agak pemikiran Afrina tika ini. Orang serius, dia boleh gelak!
            ‘Kalaulah Afrin tahu apa yang ada dalam hati Mirz sekarang...’
            “Mirz dah nak kahwin.... Mirz lupa ke?” Peringat Afrina pula.
            Riak wajah Mirza kembali berubah. Lama dia menekur lantai. Terlupa yang antara mereka, sudah ada Azlin.
“Kita kena terima hakikat yang kita tak boleh bersama Mirz...” Sambung Afrina perlahan.
Kali ini dia mula serius. Tiada air mata yang mampu menitis di pipi. Bukan tanda dia tidak kecewa kerana tidak memiliki cinta Mirza, cuma dia telah lama terima. Antara mereka, tiada istilah jodoh.... Hanya punya sebuah cinta tanpa talian jodoh..
            Mirza sudah terduduk di atas lantai. Kepalanya disandarkan di birai katil. Kakinya dijulurkan. Keluhan panjang dilepaskan. Dan matanya mula dipejam erat.
            Afrina mengambil kesempatan untuk membetulkan sedikit selimut milik anaknya itu. Nyenyak Hadziq tidur. Perbualan mereka ini langsung tidak mengganggu lenanya.
            “Kita berjuang demi kasih sayang kita Afrin... Mirz akan buat apa sahaja.... Asalkan Afrin kena sokong Mirz... Afrin kena ada disebelah Mirz.. Kita hadapi sama-sama!” Air wajah Mirza serius. Tak salah untuk dipertahankan cinta ini. Mereka boleh menjelaskan sebab munasabab di sebalik semua ini. Mirza pasti yang Azlin sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang terjadi antara dia dan Afrina.
            Afrin bangun dari duduknya dan mendapatkan tempat di sebelah Mirza. Duduk diatas lantai yang sejuk bersebelahan dengan Mirza. Namun masih ada jarak di antara mereka. Fikirannya masih waras lagi untuk bersetuju dengan idea Mirza. Serasanya, Mirza berada di luar kawalan. Kali ini, kerjayanya sebagai seorang pakar psikitari pun tidak mampu menampan gelombang arus yang mencabar.
            “Mirz.... Mampu ke kita pertahankan kebahagian di atas tangisan orang lain? Afrin tak mampu nak lukakan hati mama... hati Lin... dan lagi satu, Afrin tahu benar yang ibu Mirz masih belum boleh terima Afrin setelah apa yang dah terjadi. Terlalu banyak hati yang akan terluka nanti.... Mirz sanggup ke?”
            Mirza senyap.
            “Afrin dah pernah rasa dulu.. Berkahwin tanpa restu dari orang lain. Afrin bukan menantu kesayangan... Afrin dibenci oleh mak Afrin sendiri.... Afrin tak mahu apa yang Afrin pernah rasa tu berulang kembali. Afrin dah serik dengan perangai mementingkan diri Afrin tuh!”
            Dia sudah bahagia sekarang. Cukuplah ada Hadziq. Ada mertua yang mampu menerima dia seadanya. Dia tak mahu cari gaduh dengan Azlin kerana gadis itu terlalu baik. Dia boleh jamin kebahagian Mirza akan ada bersama Azlin.
             Mirza menoleh ke sisi. Macam mudah sahaja butir bicara yang keluar dari mulut Afrina. Seperti orang yang sudah kehilangan perasaaan? “Macam mana Mirz nak kahwin dengan seseorang yang Mirz tak sayang..? Macam mana Mirz nak terima Lin kalau dalam hati Mirz ada Afrin?”
            Keras intonasi milik Mirza.  
            “Mirz, kalau Mirz tak sayang, kenapa terima pelawaan ibu dulu? Kenapa Mirz tak fikir panjang-panjang masa buat keputusan untuk terima Lin?” Kali ini nada suara Afrina naik satu oktaf.
            “Sebab Mirz ingat Afrin tak sayangkan Mirz.... Patutnya Afrin beritahu Mirz awal-awal. Kalau tak, semua kekusutan ni tak akan berlaku.” Tanpa sedar, mereka mula menyalahkan antara satu sama lain.
            “Mirz.... Mirz ingat tak malam tu... Afrin ada telefon Mirz kan... Afrin dah mengaku yang Afrin sayangkan Mirz... Tapi belum sempat Afrin perbetulkan semuanya, Mirz dah letak telefon.... Keesokan harinya, kita berjumpa di majlis merisik. Tapi yang menyakitkan ialah, majlis merisik tu bukan untuk merisik Afrin.... Nampak tak, sekuat mana pun kita cuba mempertahankan hak kita, ianya tetap tak membawa apa-apa makna kan....”
            Mereka saling terdiam. Mirza meraut wajahnya. Kesal dengan tindakan drastiknya dalam membentangkan ego hingga mencetuskan semua ini. Kalaulah dia bersabar lagi... Bersabar dengan tomahan dan herdikan Afrina, pasti semua tidak sekusut ini. Malah dia sendiri menggesa Puan Maizura agar mempercepatkan majlis merisik dan merancang majlis perkahwinan.
            “Kenapa susah sangat untuk kita bahagia? Mahal sangat ke harga kebahagian tu Afrin?” Keluh Mirza kecewa. Kenapa susah sangat untuk dia dan Afrina bersama?
            “Bahagia tu tak semestinya akan menggembirkan hati kita Mirz.. Bahagia yang sempurna adalah apabila kita mendapatkan apa yang kita inginkan tanpa melukakan orang lain.. biar hati kita patah... biar jiwa kita musnah... Tapi jangan sesekali kita hancurkan harapan dan impian orang lain... Jangan pernah berfikir pun nak buat macam tu...” Sebak dada Afrina saat melepaskan kata-kata itu. Berat mulut untuk bersuara, berat lagi bebanan yang terasa di bahu.
            Mirza mengurut perlahan lehernya yang tegang! Kata-kata Afrina memang banyak benarnya.
            ‘Semua ni salah aku... Semua ni salah aku... Arghhhh!’ Alangkah bagusnya jika dia boleh undurkan masa. Memperbaiki dan memperbetulkan apa yang sebenarnya salah!
            “Bukan salah Mirz... Jangan cuba untuk salahkan diri Mirz...” Dapat dibaca gerak tubuh Mirza kali ini. Dia makin mengenali sikap Mirza lewat ini.
            “Semua ni salah Mirz...” Akui Mirza perlahan. Dipicit dahinya pula. Memerah idea untuk memperbaiki keadaan. Tapi hanya jalan buntu yang dia temui. Jalan mati. Jalan yang tak mampu untuk dia meneruskan langkah.
            “Bukan salah Mirz... Mirz hanya buat apa yang Mirz fikir baik untuk diri Mirz...” Pujuk Afrina lembut. Cuba menghilangkan kegelisahan Mirza.
            “Sekuat mana pun kita bertahan... Tapi bilamana takdir dah tetapkan yang cinta tu bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita. Pautan yang berlebihan hanya akan membuatkan kita penat.... Penat menghadapi keadaan yang tak akan berubah. Jadi.....” Bicara Afrina terhenti seketika.
            Serentak Afrina dan Mirza mula berpandangan.
            “...kita kena redha....sebab Afrin bukan untuk Mirz...” Air mata tak mampu untuk dibendung bilamana kelopak matanya sudah terasa panas.
            “Afrin...” Mirza sungguh tak bersetuju dengan semua ini. Mengalah tak akan membantu apa-apa tapi apa yang mampu untuk mereka pertahankan sekarang?
            “Tolong Mirz... Afrin merayu..... Jangan tinggalkan Lin untuk Afrin... Tolong Mirz....” Rayu Afrina lagi lalu terus angkat punggung. Tak mahu menangis di hadapan Mirza.       

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi tangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
***
Selamat pagi untuk seseorang yang berada di sudut hati ini. Biarkan pagi ini dihiasi dengan mentari untuk menyiram jiwa dan menghangatkan hati yang lebur. Mungkin semalam menyakitkan namun hari ini masih menjanjikan harapan. Hatinya lega apabila kebenaran sudah terhidang. Sekurang-kurangnya dia tidak menyimpan rasa serba salah pada Mirza.
            “Morning darling mak su.....” Pagi-pagi lagi Azlin sudah terjenggul di pintu bilik Hadziq. Tangannya membawa bubur untuk si kecil.
            “Morning mak su....” Jawab Hadziq ceria.
            Hadziq sudah mandi dan berpakaian kemas. Tak susah menyiapkan Hadziq sebab anak kecil itu memang sudah biasa bangun awal. Afrina yang baru sahaja menyiapkan Hadziq tersenyum memandang Azlin.
            “Awal Lin...” Melihatkan seraut wajah milk Azlin, ingatannya terus jatuh pada Mirza. Dia tidak patut merampas Mirza dari seorang gadis yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Haraz pasti akan kecewa dengan sikap mementingkan dirinya ini.
            ‘Abang... jangan risau... Ain tak akan kecewakan abang. Ain tak akan musnahkan kebahagiaan adik abang.’ Ucapnya ikhlas. Biarlah, dia cuma berdoa siang dan malam agar Allah pinjamkan dia kebahagian untuk terus hidup bersama Hadziq. Lain-lain perkara, semua sudah ditolak ke tepi.
            “Lin datang sini dulu sebelum ke ofis.. Ialah, hari ni pun ada appointment dengan client lagi.. Kalau macam ni tiap-tiap hari, boleh pitam kak... “ Punggung Azlin sudah mencecah ke birai katil Hadziq. Tangannya membelek sedikit luka di muka Hadziq. Jelas menunjukkan dia seorang wanita yang prihatin.
            “Busy itu rezeki.... Kalau duduk goyang kaki, income tak masyuk pulak kan.... Oh, akak mungkin tak masuk ofis hari ni. So sorry Lin... Kena uruskan si Hadziq ni. Malas nak susah-susahkan kak Amalina lagi...”
            “No hal kak... Tak ada masalah.... masuk balik bila semua settle ya..”
Alahai, tak ada satu pun ciri-ciri Azlin yang membuatkan gadis ini nampak tercela. Sikapnya yang baik hati itulah yang memberatkan hati Afrina untuk tidak melukakan Azlin.
“Lin... nanti bagi hantaran semua tu pada akak ya... Nanti bila akak free kat rumah, akak boleh terus buat.” Ralit sungguh melihat Azlin melayan si kecil.
“Tak apalah kak... Tak mahu susahkan akak.. Dahlah Ad tak sihat..” Apalah yang susahnya, hantar jelah hantaran itu pada mak andam. Pandai-pandailah mak andam gubah. Bukan tidak percaya pada bakat kakak iparnya, tapi lebih kepada rasa tidak mahu menyusahkan Afrina.
“Ish... hantar jelah... Akak betul-betul nak buat. Kalau Lin tak mahu hantar, akak nak merajuk!” Afrina mula buat perangai budak kecil hingga terdengar ketawa dari mulut Azlin.
“Iyalah.... Saya hantar ke rumah akak nanti.. Aduh, sampai ugut nak merajuk. Betullah abang cakap, kalau akak merajuk, akak mesti cakap terang-terang. Padahal hakikatnya, mana ada orang mengaku bila merajuk...”
Afrina tersenyum sahaja menyambut kata-kata adik iparnya itu. Ya, dahulu kalau ketika bersama Haraz, dia pasti akan mengaku terang-terang yang dia sedang merajuk. Sebab dia sentiasa senang hati menerima pujukan dari Haraz yang begitu bijak dalam memujuk rajuknya.
‘Abang... Ain rindu abang...’ Rasa rindu mula terasa menggunung. Hampir dua minggu juga dia tidak menjenguk pusaraya suaminya. Walaupun sekeping hatinya tertulis nama Mirza namun jauh di sudut hatinya, nama Haraz tetap terletak kukuh tanpa teralih sedikit pun.
Pintu bilik mula terkuak dari luar. Susuk tubuh itu mula masuk ke dalam. Membuat pemeriksaan harian pada pesakit barangkali.
“Hai Hadziq... rasa sakit kepala tak?”
“Okay.... Ad tak sakit pun.. Ad kan kuat...” Petah sahaja mulut kecil itu menjawab. Afrina tersenyum manakala mata Azlin ralit merenung jejaka itu.
“Memang dia tak mengadu sakit kepala pun doktor...” Jelas Afrina tanpa dipinta. Tidak mahu Dr Hazim meragui si kecil.
“Iya...Kalau tak ada apa-apa, tengah hari nanti Ad dah boleh keluar. Apa-apa pun saya akan beritahu kemudian.” Tangan kanan Dr Hazim mula mendarat di kepala Hadziq. Matanya mula mencari-cari kelibat seorang lelaki yang menjadi suami Afrina. Hendak tahu juga bagaimana rupa bentuknya. Adakah layak untuk bergandingan dengan wanita seperti Afrina?
Namun Hazim mula beristigfar. Tidak selayaknya dia mempertikaikan jodoh ketentuan Allah. Hati yang lara ini perlu diperbetulkan. Mungkin sudah banyak fius atau saraf yang telah mati.
‘Apalah aku nih... dalam berjuta perempuan dalam dunia ini, isteri  orang jugak yang aku nak kebas?’ Rasa seperti hendak diketuk otak yang kurang waras itu. Cinta sememangnya mampu melanggar semua batasan dan peraturan dunia.
“Doktor ni pernah sekolah dekat Sekolah Asrama Sultan Haji Ahmad Shah kan?” Tanpa ditahan-tahan, soalan itu keluar dari mulut Azlin. Kalau tak silap lagi, lelaki ini adalah senior di sekolah menengahnya dahulu.
“Aah... Mana tahu?” Tidak perasan langsung pada wanita yang duduk tidak jauh dari mereka itu. Itulah, ralit sangat merenung isteri orang!
“Saya pun pernah sekolah kat situ... Doktor senior saya...” Kalau Dr Hazim tidak mengenali dirinya, itu semua bukanlah perkara luar biasa. Siapalah yang kenal pada seorang gadis yang selalu memencilkan diri di sekolah. Tak aktif bersukan pulak tuh! Akademik pun suam-suam kuku. Nama je sekolah di sekolah yang berprestij.
Lainlah Dr Hazim. Dia bukan sahaja antara pelajar terbaik sekolah, malah dia juga aktif dalam suka bola sepak. Dulu memang ramai pelajar tergila-gilakan si Hazim yang dikategorikan sebagai lelaki sempurna. Dah lah mamat surau!
Cuma yang menjadi tanda tanya Azlin ialah, adakah lelaki ini sudah berpunya? Tapi kalau dah berpunya, tak kanlah Dr Hazim menjeling Afrina sampai naik juling?
“Maaflah... Saya nak berapa ingat pulak...” Dr Hazim menggarukan kepalanya.
“It’s okay... Lagipun dah lama kan.... By the way, thanks a lot sebab sudi merawat anak buah saya nih...”
“Sama-sama. Dah memang tugas saya...” Dr Hazim mula merekodkan sesuatu di dalam fail.
“Errk doktor...” Panggil Azlin apabila melihat si doktor mula angkat kaki.
“Ya..”
“Doktor dah kahwin?” Mulut Azlin lancar sahaja menyoal doktor muda itu. Dalam fikirannya sudah merencana sesuatu yang menarik. Sekejap, dia mengerling ke arah Afrina yang hanya senyap mendengar perbualan mereka berdua.
“Errkkk... belum. Kenapa?”
Tak rajin pulak akal Dr Hazim untuk merencana apakah maksud tersirat pada soalan gadis dihapannya ini yang nampak bersikap terbuka dan selamba itu. Jauh berbeza dengan perangai Afrina yang nampan sopan dan lemah lembut.
“Bukan apa.... Kalau tak ada calon, saya nak bagi calon...” Selamba sahaja tutur kata Azlin sambil memandang ke arah Afrina sehingga membuatkan Afrina terkejut sendiri.
‘Dah sudah.... Lin dah start dah nak buka talian cari jodoh...’ Gerutu hari Afrina.
“Calon? Boleh jugak sebab saya memang tengah cari calon isteri..”
Walaupun Hazim tidak faham dengan kata-kata wanita itu, namun soalan itu tetap disambut mesra. Namun gaya gadis itu menceritakan bahawa Afrina sedang mencari calon suami? Tapi bukankah Afrina sudah berkahwin? Ataupun Hadziq sebenarnya hanya anak angkat sahaja? Ataupun Afrina sudah kehilangan suami? Arghhh.... Sungguh banyak persoalan.
Azlin tersenyum nakal. Kesunyian kakak iparnya perlu diisi kembali dengan kisah dan kasih yang baru.
***     
Sewaktu menyediakan minum petang, Puan Maizura menjeling sedikit ke arah Mirza yang baru pulang. Wajah anaknya nampak murung. Hati tuanya mula rasa tak sedap.
            “Iyyad... jom minum petang sama-sama..” Tegur Puan Maizura sambil menuangkan minuman ke dalam cawan.
            “Tak apalah.. Iyyad tak lapar.” Jawapan anaknya membuatkan Puan Maizura berganda-ganda rasa aneh. Kebiasaanya, waktu senggang sebeginilah mereka punya masa untuk berbual-bual sambil bertukar cerita. Pasti ada yang tak kena!
            “Iyyad.. susah-susah ibu masak... Sebulan je lagi ada masa untuk rasa masakan ibu. Lepas ni Iyyad dah ada isteri sendiri... Tak ada masa dah nak minum petang dengan ibu...” Puan Maizura pun pandai guna ayat psiko untuk menarik perhatian anaknya itu.
            Kaki yang baru mencapai anak tangga pertama itu mula terhenti. Nafas panjang mula dilepaskan.
            Lambat-lambat Mirza melangkah ke meja makan. Memandang ke arah ibu yang tersenyum manis itu. Rasa hilang semua kekusutan. Dipaut mesra bahu ibunya. Mampukan dia membuatkan ibu terluka?
             “Ibu buat roti jala kesukaan Iyyad... Kuih temosa pun ada.. Iyyad nak makan apa dulu?” Tanya ibu sambil menepuk lengan Iyyad. Anaknya nampak seperti mengelamun sedikit.
            “Ibu.... Iyyad...” Mirza mula serba salah. Soalan dari ibunya itu tidak masuk ke dalam fikirannya yang sudah sedia kusut. Mungkin perasaan ini perlu diluahkan.
            “Kenapa nih? Ada masalah apa? Gaduh dengan Lin ke atau ada masalah dekat tempat kerja?” Hati tuanya mula dipagut risau.
            Melihat anaknya itu terdiam, Puan Maizura kembali bersuara. Kali ini sedikit lantang dan bukan berbaur pujukan lagi. Si ibu sudah mampu menghidu sesuatu.
            “Ibu boleh terima apa sahaja ... Tapi bukan untuk batalkan wedding! Ibu tak mahu tanggung malu lagi. Cukuplah apa yang berlaku antara Afrin dan Iyyad dulu...”
            “Iyyad bukan nak batalkan wedding.. Iyyad cuma nak...” Akalnya berfikir sejuta kali sama ada ingin meneruskan niatnya ataupun hendak menyerahkan untung nasib pada takdir! Argghhh... serabut!
            “Iyyad nak apa?” Dada Puan Maizura dah berombang kencang. Ada saja perangai Iyyad yang hendak membuatkan jiwanya tak senang.
            “Iyyad...nak....” Tutur katanya tersekat-sekat.
            “Iyyad nak apa?” Jerkah Puan Maizura kuat. Tak tertahan rasa hati untuk mendengar kata-kata anaknya yang putus-putus itu.
            “Iyyad nak tukar pengantin perempuan!” Ucap Mirza senafas.
            “Hah!”

p/s:  jangan gaduh2... jangan risau2.. ending dah ada.. cuma korang kena sabarrrr... hehehe... terimalah cerita biasa ini seadanya... jangan expect tinggi2 k.. tak ada yang dramatik pun dalam cerita nih..hehe.. lebiu korang much much more... =)

Tuesday 23 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [25]


               Air mata tidak dapat ditahan lagi. Dibiarkan sahaja ia terdampar di ruang pipi. Ngilu hatinya apabila melihat Doktor yang sedang menjahit dahi anaknya. Dahi sebelah kanan Hadziq sudah berparut apabila dikenakan tujuh jahitan! Pasti bukan rasanya seperti digigit semut.
            “Sabar Puan... Kami sudah memberikan anak Puan ubat bius. Anak Puan tak akan rasa apa-apa sekarang.” Doktor lelaki itu seakan-akan memujuk hati Afrina.
            Tanpa diterang pun, Afrina sudah sedia tahu. Tapi siapa dapat menahan hati seorang ibu dari bersedih melihat anak mereka terluka sebegini rupa. Amalina tidak sudah-sudah dengan rasa bersalah. Menangis-nangis kakaknya itu memohon maaf. Sedikit pun Afrina tidak menyalahkan Amalina. Benda dah nak jadi, elak macam mana pun tetap akan terjadi juga.
            Matanya bersambung dengan mata Hadziq yang nampak terkebil-kebil itu. Anak kecil itu hanya menangis sekejap cuma. Bahkan ketika dahinya dijahit, dia baring dengan tenang. Cuma sesekali tangan Hadziq menggengam tangan Afrina. Kesimpulan yang Afrina dapat buat ialah, Hadziq nampak kuat! Mungkin kerana dia sedar yang dia sudah tidak punya ayah. Jadi dia tidak mahu terus menerus menyusahkan ibunya.
            ‘Ya Allah.... terima kasih kerana mengurniakan aku seorang anak yang baik. Biarlah aku kehilangan apa sahaja... Tapi izinkan Ad terus bersamaku. Ujilah diriku dengan ujian lain... Tapi bukan anakku Ya Allah...’
            “Ibu angan..lah... nangis.. Ad kan kuat...” Si kecil sudah memujuk.
            “Ibu tak nangis dah... Ibu tahu Ad kuat...” Sempat dicubit perlahan pipi anaknya itu. Hadziq memang anak yang baik.
            Dr Hazim menghabiskan jahitannya yang terakhir. Dalam hati mula berasa kasihan melihat si ibu yang tekun menemani anaknya itu. Ada rasa getar yang berkunjung namun cepat-cepak disepak pergi. ‘Apa dah cukup lama ke hidup? Nak mampus sebab jatuh cinta pada isteri orang!’ Desis Dr Hazim sedikit tapi masih sempat mencuri pandang ke arah ibu muda itu.
            “Okay... kami terpaksa menahan Hadziq semalam di hospital sebab Hadziq muntah tadi... Bukan apa, untuk memastikan yang dia tidak mengalami apa-apa kesan sampingan. Kalau malam ini okay, insyaAllah esok dah boleh keluar. Puan kena pergi bahagian kaunter dekat depan untuk proses pendaftaran masuk..” Terang Dr Hazim lembut.
            “Terima kasih doktor...” Biarlah kena masuk wad sekalipun! Yang penting kesihatan anaknya terjaga. Kalau duduk rumah nanti, buat-buat Hadziq pitam atau sakit, pasti akan lebih kalut dia dibuatnya.
            “Dah tugas saya Puan...” Mata Dr Hazim bagai tidak mahu dialihkan dari terus memandang ibu Hadziq itu.
            “Sayang... Says thanks to doctor...” Arah Afrina sambil mula mendukung Hadziq.
            “Terima  kasih doktor... Bila besar, Ad pun nak jadi doktor jugak...” Sempat lagi bibir kecil itu menjawab.
            “Iya ke... Jadi kena belajar rajin-rajin ya. Kena jadi anak yang baik...” Arghh, bila melihat kanak-kanak sebaya Hadziq, Dr Hazim mula diserang rasa cemburu. Sepatutnya dia sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Tapi dahulu dia sibuk sangat mengejar kerjaya sampai tidak punya masa untuk mencari calon isteri.
Dan tika ini, terpaksa pula berdepan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis di hospital. Zaman batu ini, ramai anak gadis yang takut untuk bersuamikan seorang doktor. Bimbang jika tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Tidak mahu berkorban jika si suami melebihkan bidang pekerjaan. Sepatutnya seorang isteri itu berbangga bersuamikan seorang doktor. Ialah, punya seorang suami yang bertugas untuk membantu orang ramai. Bekerja sambil membuat kebajikan.
“Ibu... Ad nak jumpa papa...” Rengek Hadziq tiba-tiba.
“Ad... Papa kerja... Nanti ibu suruh papa datang ya?” Pujuk Afrina sambil menggosok sedikit belakang badan Hadziq. Kakinya mula diangkat keluar dari bilik rawatan Dr Hazim. Tidak sedar yang kelibatnya sedang diperhatikan oleh seseorang.
“Ad rindu papa... Papa tak nak jumpa Ad ke?” Entah apa yang meracau Hadziq sehingga membuatkan anak kecil itu menyebut-nyebut tentang Mirza. Mungkin rindu gamaknya...
“Ad... Papa datang sayang...” Suara itu membuatkan Afrina kalih ke belakang. Matanya membulat saat melihat kelibat Mirza yang kelihatan kacak bila mengenakan kemeja kelabu dan lengannya disengseng ke bahagian siku. Dia melangkah dengan senyuman. Membuatkan hati Afrina cair menjadi-jadi.
‘Dia sentiasa hadir.. Di saat waktu gelap tiba.. Di saat jarum jam sudah berhenti berdetak, dia tetap ada dalam apa juga keadaan.’ Cepat-cepat Afrina mengejutkan si hati yang bagaikan terlena dan terleka. Terlupa yang Mirza adalah hak milik orang lain.
“Papa....” Suara Hadziq terus bertukar riang.
Mirza sudah berdiri di hadapan Afrina. Perlahan-lahan dia mengambil Hadziq dari dukungan Afrina. Melihat sedikit luka yang berparut di dahi Hadziq. Nampak agak teruk juga.
“Kena berapa jahitan?” Soalan itu ditujukan kepada Afrina yang sepi itu. Adakah wanita itu tidak senang dengan kedatangannya? Mungkin lebih kepada rasa tak selesa..
“Tujuh...” Jawab Afrina sepatah.
“Uish.. banyak jugak tuh... Alalala... Kesian anak papa. Sakit tak?” Soal Mirza penuh keprihatinan. Mujur sahaja tidak terkena bahagian mata. Pasti lebih membawa padah.
“Tak sakit pun... Ad kan kuat macam Boboiboy...” Jawapan Hadziq membuatkan Afrina dan Mirza ketawa serentak. Afrina mula mencuri pandang ke arah Hadziq dan Mirza. Kedua-duanya nampak mesra. Dapat dirasai keikhlasan Mirza dalam melayan karenah Hadziq. Tapi bagaimana Mirza boleh berada di sini? Pasti ini kerja Amalina. Sudah dikerah Amalina untuk pulang memandangkan baju kakaknya itu penuh dengan darah Hadziq. Tapi boleh pulak kakaknya itu menelefon Mirza?
“Erk... Macam mana Mirz boleh ada dekat sini?” Tidak sudah-sudah dia membebankan Mirza. Lagipun dia tidak mahu jika hubungan mereka disalahfahamkan oleh Azlin.
“Lin yang telefon... Dia suruh datang.” Mirza sendiri terkejut apabila menyambut permintaan daripada Azlin tadi. Kenapa gadis ini seperti berani mengarahkan dia menemui perempuan lain. Tapi setelah difikir dengan sedalamnya, pasti Azlin ingin mengurangkan rasa serba salah kerana tidak dapat menemani Afrina di hospital.
“Lin telefon?” Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa dengan Lin? Kenapa dia seolah-olah membenarkan hubungan mereka untuk terus rapat?
“So boleh balik ke?”
“Tak boleh.. Ad muntah tadi. Jadi doktor nak tahan dia semalaman. Kalau esok dah okay, bolehlah discharge. Ini nak pergi daftar masuklah nih..” Pandangan mata dialihkan ke bahagian lain. Tidak senang menyambut renungan mata Mirza. Hatinya ngilu!
“Oh ya ke... Beri pada Mirz mykid Ad... I will settle for you. Afrin duduk dulu ya..” Arahan Mirza itu Afrina terima dengan anggukan. Dia pun tidak berapa tahu tentang prosedure hospital. Jadi biarlah diserahkan kepada orang yang lebih arif. Tapi apabila bersama dengan Mirza, sesuatu yang sukar pun menjadi mudah.
“Jangan lupa pesan dekat Amalina suruh dia preparekan semua keperluan Ad...” Pesan Mirza lagi. Kemudian matanya beralih pada si kecil.
“Ad sayang... Ad duduk dengan ibu kejap ya. Papa pergi kejap jeh...” Sempat dilabuhkan sebuah ciuman di pipi Hadziq. Sayangnya tumpah pada Hadziq walaupun anak kecil itu bukan darah dagingnya.
“Jangan pergi lama-lama tau... Nanti ibu angis... Sian ibu...” Serentak Mirza dan Afrina memandang ke arah Hadziq. Muka anak kecil itu nampak bersungguh-sungguh. Tangan kasar Mirza mula mendarat di kepala anak kecil itu. Kecil-kecil pun sudah pandai prihatin pada perasaan si ibu.
“Papa tak akan tinggalkan ibu...” Bisik Mirza perlahan di telinga Hadziq. Tapi kata-kata itu memang jelas di pendengaran Afrina. Mata mereka bersambung saat Mirza menghulurkan Hadziq ke dukungan Afrina. Mata itu menceritakan segalanya tanpa perlu mengungkapkan kata.

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku hanya untukmu
Bagai semalam semuanya hilang...

Cinta itu memang ada. Tapi semuanya telah hilang. Hilang ditelan keadaan yang menghimpit. Dipeluk erat tubuh Hadziq sambil matanya menemani langkah kaki Mirza. Memohon diperkuatkan lagi kekuatan yang mampir susut.
***
            Setelah semua proses daftar diselesaikan, Afrina menemani Hadziq yang ralit menonton televisyen itu. Memang dia mahukan private room. Senang untuk dia menguruskan si kecil itu. Sempat dia menelefon Hajah Khadijah. Melaporkan keadaan Hadziq sekarang. Berkeras wanita itu hendak datang berkunjung namun segera dihalang oleh Afrina. Dia tahu yang mertuanya itu sibuk menguruskan persiapan Azlin.
            “Ishhh..Afrin ni macam tak bagi mama melawat cucu mama jeh!” Komen Hajah Khadijah tak puas hati.
            Afrina ketawa. Cuba menghalau rasa tidak senang milik Hajah Khadijah. “Mama... Ad tak apa-apa. Mama nak pergi jumpa Mak Cik Melah dekat Maran kan.. Nak uruskan pembelian bahulu untuk masukkan dalam goodies beg Azlin. Nanti tertangguh pulak.. Esok mama datang je melawat kat rumah..”
            “Betul nih?” Ada betul kata menantunya itu. Kalau dia tak pergi menempah hari ini, bimbang nanti tidak boleh mendapat order dalam waktu yang ditetapkan. Tahu benar yang perniagaan Melah  itu memang maju. Naya je kalau tak sempat siap! Majlis tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi.
            “Betul mama.... Lagipun Ad tak apa-apa.” Pujuk Afrina lagi. Tak perlu untuk rasa bersalah dalam hal ini.
            “Sampaikan peluk cium mama untuk Ad.. Esok mama jumpa dia. Jaga Ad elok-elok ya... Jaga kesihatan Afrin jugak. Nanti Ad tak apa-apa, Afrin pulak yang jatuh sakit.” Hajah Khadijah mula menitipkan pesan. Pesanan yang berbaur rasa prihatin dan bersulamkan kasih.
            “Ad lapar tak?” Jam di tangan mula dikerling. Sudah menjangkau jam tiga petang. Kata kakaknya tadi, Hadziq tidak sempat menjamah makanan tengah hari lagi. Hanya susu yang diberikan untuk mengalas perut.
            “Lapar....”
            “Tapi ibu tengok macam tak lapar pun bila dapat tengok kartun..” Pipi montel Hadziq mula dicuit. Hadziq kalau dapat tengok kartun, permainan pun dia tak ambil pusing lagi.
            “Kartun best.... Budak-budak boleh jadi hero dalam kartun.” Jawab Hadziq lagi. Pemikirannya adakalanya melangkau pemikiran orang dewasa. Jawapannya tidak langsung menunjukkan dia baru berusia tiga tahun. Dia makin dewasa dengan sendirinya...
            “Anak ibu memang dah jadi hero pun sekarang... Tengok, jatuh tangga pun masih tak tangis...” Puji Afrina sambil mencubit geram pipi Hadziq yang montel.
Kagum betul Afrina dengan Hadziq. Anak kecil itu langsung tidak meragam atau merengek kesakitan. Mungkin kesan ubat bius masih lagi bersisa hingga membuatkan anaknya itu kekal gagah.
            “Kalau Ad nangis.. Ibu mesti nangis.. Ad tak nak ibu nangis....Ad sayang ibu...” Hadziq bangun lantas memeluk bahu ibunya. Perlakuan Hadziq itu membuatkan dada Afrina hendak pecah menahan rasa sebak. ‘Ya Allah... terima kasih atas anugerahMu ini..’
            “Ibu pun sayang sangat dekat Ad...” Dicium kedua belah pipi anaknya. Menggambar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Mengharapkan agar Allah meminjamkan nyawa kepadanya untuk terus membesarkan Hadziq.
            “Ibu angan nangis...” Tangan si kecil mengelap permata milik Afrina. Hadziq tersenyum comel.
            “Papa... ibu angis... Papa pujuklah ibu...” Kata-kata Hadziq itu membuatkan Afrina cepat-cepat menyapu pergi sisa air matanya. Tidak mahu dikesan oleh Mirza. Nanti lelaki itu akan bertambah susah hati. Entah sejak bila lelaki itu muncul kembali setelah menghilang.
            “Ibu memang manja kan... ishh....” Mirza cuba untuk mengalih perhatian Hadziq yang sedang berdiri di atas katil itu. Kalau dia berada di tempat Afrina pun, dia akan turut berasa terharu. Bangga mempunyai anak seperti yang sangat memahami perasaan seorang ibu.
            “Ibu mana anje... Ibu kuat... Ibu tak nak Ad nakal... Ibu sayang Ad... sebab tu ibu takut Ad mati macam ayah..” Kata-kata Hadziq membuatkan Mirza terpempam.
Afrina terus mengalih pandang. ‘Argghhh... Ad terlalu memahami hatiku ini.. Mana mungkin aku mampu kehilangan Hadziq seperti mana aku telah kehilangan Haraz!’ Dia ketepi sedikit. Memberi laluan pada Mirza untuk mendapatkan Hadziq.
“Ibu pun sayang papa... Ibu selalu tengok muka papa dalam gambar...” Cerita Hadziq laju membuatkan wajah Afrina merah menahan malu. Sampai ke tahap  ini kemajuan fikiran anaknya? Dia langsung malu untuk berkalih pandang ke arah Mirza yang nyata sedang memandangnya itu.
“Ya ke...?” Pertanyaan Mirza dileretkan. Sedikit tak percaya mendengar cerita dari Hadziq.
Dalam diam, Mirza terus berharap agar Hadziq terus bercerita. Budak kecil sebaya Hadziq tak akan pandai menipu. Kalau benar Afrina masih mempunyai perasaan terhadapnya, kenapa wanita itu berkeras merahsiakan semua ini? Jika benar cinta... kenapa mereka perlu menderita sebegini?
Beg plastik McD yang dijingjing dari tadi mula diletakkan di atas meja. Sekaligus mengalihkan perhatian Hadziq.
“Yea...yea... papa beli McD... Ad suka sangat makan McD...” Hadziq sudah mula meloncat di atas katil.
Afrina lega sendiri. Sekurangnya beg plastik itu mampu mencuri tumpuan Hadziq. Jika tidak, entah cerita selimut mana pulaklah yang Hadziq bongkar. Payah bila Hadziq sudah petah bercakap!
Loncatan Hadziq hampir membuatkan anak kecil itu terjatuh dari katil.
“Ad.. jangan loncat...” Serentak Mirza dan Afrina menjerit lantas cuba memegang tubuh Hadziq dari terjatuh. Tanpa sedar, tangan mereka berdua mula tertindih antara satu sama lain. Afrina dan Mirza mula berpandangan. Tergamam!
“Sorry...” Afrina mengalihkan tangannya cepat-cepat! Bagai terkena renjatan elektrik! Tindakan spontan mereka yang takut Hadziq terjatuh membuatkan kedua-duanya terpaku. Kenapa mereka sering mempunyai telepati yang sama sedangkan takdir mereka berlainan haluan? Dugaan apakah ini? Adakah takdir sedang menguji hati-hati mereka?
“Mirz pun nak mintak maaf.. Mirz tak sengaja.” Dia sendiri tak menyangka yang Afrina akan bergerak ke arah Hadziq.
“Papa... Ibu... Ad nak makan bubur dengan ayam...” Suara Hadziq mematikan lamunan mereka. Cepat sahaja Mirza bergerak ke bahagian kanan sementara dibiarkan Afrina berada di sisi katil belah kiri. Tapi kini, mata mereka pula yang saling bertatapan.
“Biar ibu suap ya?” Tangan Afrina sudah mencapai bekas bubur McD. Macam tahu-tahu je bubur McD ini memang menjadi kesukaan Hadziq. Malah sememangnya kesukaan dirinya juga.
“Ad nak papa suap... Papa tak pernah suap Ad...” Rungut si Hadziq sambil mula mencebik. Buat muka simpati.
“Yalah... papa suap ya...” Mirza mula melayan karenah si kecil.
Kadang-kadang naik pening pula Afrina dengan anaknya itu. Kalau dengan dia, tak ada pulak Hadziq buat perangai mengada-ngada. Macam-macam betul budak kecil ini! Dengan Mirza jugak dia nak membuli.
“Hmm.. sedap tak?” Tanpa ditanya pun, Mirza boleh agak yang Hadziq suka benar dengan bubur McD ini. Ialah, anak kecil itu makan tanpa banyak cakap. Malah setiap suapan yang disua disambut dengan penuh selera.
“Sedap... Papa, suaplah dekat ibu jugak.. Ad selalu kongsi bubur dengan ibu...” Arah Hadziq sambil menggongcangkan bahu papanya.
Mirza serba salah. Afrina menggigit bibir. ‘Sejak bila Ad jadi mengada-ngada nih?’ Geram pula Afrina dibuatnya.
“Ad makan je... Ibu tak lapar..” Mulut Hadziq yang comot itu, Afrina lap menggunakan tisu. Dia tahu yang Mirza sedang ralit merenungnya. ‘Argghh Mirz nih.. Macam tak ada pemandangan lain untuk dia pandang!’
“Alah... ibu rasalah sikit... Papa, suapkan ibu...” Arah Hadziq sedikit menggesa. Membuatkan Mirza serba salah sendiri. Nanti dibilang suka mengambil kesempatan pula oleh Afrina.
“Afrin... sikit je...” Lambat-lambat disuakan sudu yang berisi bubur itu kepada Afrina. Berdebar pula hendak menyuap sesuap bubur pada Afrina! Rasa macam nak berterima kasih je pada Hadziq! Sifat mengadanya itu membuatkan si papa dapat bermanja!
“Ibu..cepatlah... sian papa...” Gesa si kecil itu. Tidak dapat tidak, terpaksalah Afrina mendekatkan tubuhnya sedikit ke depan. Menyenangkan sudu itu singgah ke dalam mulutnya. Afrina tersenyum sambil menutup mulutnya sedikit.
Terasa hendak ketawa pulak apabila melihat mulut Mirza yang ikut turut melopong ketika menyuap dirinya.  Dia nampak comel dalam keadaan itu.
“Papa pun makanlah jugak!” Sekali lagi Mirza terhentak mendengar kata-kata Hadziq itu. Afrina juga ikut turut terkejut. Turun naik jiwanya melayan karenah Hadziq hari ini.
“Papa tak makan bubur sayang....” Tipu Mirza perlahan.
‘Gila nak makan... Kalau makan bubur ni umpamanya berkongsi sudu yang sama dengan Afrin! Nanti Afrin tuduh aku ambil kesempatan pulak!’ Mirza memang tak mahu.
“Alahhh.... papa rasalah sikit.. Sedap. Biar Ad suap papa ya..”
Tangan kanan Afrina sudah mendarat di dahi miliknya sendiri. Aduh, pening-pening! Dia tahu Mirza sedang memohon keizinan darinya dari pandangan mata yang redup itu. Tanpa keizinan darinya pun, tangan Hadziq sudah menyuakan sudu ke mulut Mirza. Tunggu Mirza buka mulut sahaja!
“Makan jelah Mirz...” Keluar juga ayat itu dari mulut Afrina. Tak mampu rasanya melihat wajah serba salah Mirza. Nak dimarah Hadziq pun, dia juga tidak mampu.
“Sedap kan?”
“Sedap sayang.... Sedap sangat....” Tutur Mirza perlahan sambil merenung wajah Afrina. Merenung bagai itulah kali terakhir dia akan menatap wajah Afrina. Dan Afrina pula langsung tidak berdaya mengalihkan wajah. Malah menyediakan wajahnya untuk ditatap oleh Mirza. Mungkin untuk kali yang terakhir....
***
            Malam itu Azlin datang sebentar untuk menjenguk selesai bermesyuarat bersama client. Namun cepat sahaja Afrina menghalau balik. Tidak mahu menyusahkan Azlin yang nampak penat benar.
            “Akak sorry tak dapat teman tadi...” Pohon Azlin entah untuk yang keberapa kali.
            “Alah... Ad okay.. Bukan teruk pun. Budak lelaki kenalah kuat kan! Dahi dia dah macam Harry Porter pulak!” Hadziq dah tertidur. Mungkin kesan daripada ubat yang dimakan tadi. Jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam.
            “Aahlah...” Azlin tergelak kecil melihat dahi anak saudaranya yang dijahit sejalur. Lainlah sikit dari parut Harry Porter itu.
            “Dahlah.. pergi balik! Dah berbau dah kamu ni..” Gurau Afrina sengaja. Seharian kudratnya dituntut. Pastilah adiknya itu hendak merehatkan diri.
            “Amboih... ini dah tahap menghalau nih! Okaylah... nak balik.. nak mandi.. nak tidur... akak sorang je ke malam nih? Kak Amalina tak join sekali?” Sempat lagi dia bertanya walaupun kaki sudah menapak ke pintu keluar.
            “Tak... suami dia baru balik dari oustation. Tak kan nak suruh teman pulak.. baik dia teman suami dia kan...” Seloroh Afrina berlapik. Tapi galak pula si Azlin ketawa. Alahai, boleh tahan jugak tercalar otak Azlin ini.
“Okaylah kak... take care.. Kalau ada apa-apa, just call Lin je...” Baru sahaja pintu ditolak dari tepi, terjonjol pula wajah Amalina bersama suaminya. Lantas Azlin ketawa kecil. Membuatkan dahi Amalina berkerut tanda tak faham.
“Balik dulu kak... bang...” Azlin menunduk sedikit ke arah suami Amalina setelah sempat bertukar salam bersama Amalina.
            “Apahal budak tu gelak?” Afrina mengangkat bahu. Tanda tak tahu. Malas untuk memanjangkan cerita tapi bibirnya panjang sahaja tersenyum.
            “Ina, abang tunggu kat luar ya.. Nak merokok kejap!” Pinta Saiful pada isterinya. Mereka baru keluar makan malam bersama. Sengaja singgah sekejap sebelum pulang.
            “Haih... pagi petang siang malam merokok! Apalah nak jadi...” Sempat lagi Amalina membebel. Tidak suka dengan hobi suaminya yang langsung tak boleh dihalang itu.
            “Mirza tak datang?” Ringan sahaja mulut si kakak bertanya pasal Mirza. Bukan dia tak tahu yang adiknya syok berdating dengan Mirza siang tadi. Matanya belum salah menilai. Memang nampak rasa cinta yang masih menggebu di balik wajah masing-masing.
            “Kan dah malam... Buat apa dia nak datang.” Apa hal pulak Amalina asyik membangkitkan soal Mirza ini?
            “Kot dia nak teman kamu ke?” Ujar Amalina tersenyum-senyum.
            “Kak... saya ni janda. Ibu anak satu pulak tu! Saya tak harap untuk dijaga dan dibelai.. Saya boleh berdikari sendiri.            Lagipun Mirza tu hak orang! Dah nak kahwin dah pun... Apa akak ingat saya masih berangan nak jadikan dia suami ke?”
            Rasa macam  nak marah sahaja pada Amalina. Tak lengkap agaknya hidup kakaknya itu jika tidak menyebut nama Mirza? Tak boleh ke bagi perasaannya aman sedikit. Sudahlah tadi jiwanya bergelora menahan pandangan redup dari Mirza. Sukar untuk dikikis rasa yang makin menebal dari sehari ke sehari. Makin dia cuba mengelak, makin dia rasa nak melalak!
            “Kak long langsung tak sokong sikap kamu yang nak rahsiakan perkara ni dari Mirz.. Dia perlu tahu dik... Walaupun Afrin tak nak terima dia, tapi dia perlu tahu perkara yang sebenar?”
            “Kak... tolonglah... saya malas nak bertekak! Ad perlukan rehat....”
            “Ad pun perlukan ayah Afrin..”
            Afrina mengeluh. Melepaskan pandang ke sisi kakaknya itu. Apa yang Amalina nak dengar dari mulutnya? Pengakuan cinta pada Mirza ataupun pengakuan pasal perkara yang memisahkan dirinya dan Mirza dahulu?
            “Jangan risau kak... Nanti saya carikan seorang ayah untuk Ad. Ayah tu tak semestinya Mirza kan? Siapa-siapa pun boleh jadi ayah Ad kan....” Kakaknya itu sibuk mengarahkan dia mencari pengganti. Macamlah dirinya tak boleh harap sangat untuk menjaga anaknya sendiri.
            “Susahlah nak cakap dengan Afrin nih...” Amalina mula nak marah! Sebenarnya dia sengaja membakar.
            “Habis tu akak nak suruh saya cakap apa? Nak beritahu Mirza yang saya ni sebenarnya kena guna-guna.... Saya kena ilmu hitam! Ilmu hitam yang mengalihkan rasa cinta saya pada Mirza. Sebab tu saya tak boleh tengok muka Mirza dan tinggalkan Mirza untuk Haraz! Semuanya bukan salah saya dan saya sebenarnya masih sayangkan Mirza! Ayat macam tu ke yang akak nak dengar?” Hambur Afrina senafas.
            Dadanya turun naik. Nafas bagai disekat! Mata dah mula kabur. Perasaan dah mula mengamuk. Dia tak suka berada di dalam keadaan sebegini rupa!
            Amalina terdiam. Akhirnya keluar juga ayat-ayat itu dari mulut Afrina. Matanya jugak sudah bergenang dengan air mata. Pandangan mula dikalihkan ke arah belakang Afrina. Dimana berdirinya seorang lelaki yang telah mendengar segalanya dari mulut Afrina sendiri.
            “Afrin.... betul ke apa yang Afrin cakap tadi?”
            Afrina tersentak mendengar suara itu. Suara yang teramat dia kenali! Berbekalkan semangat yang bersisa yang berlapikkan rasa gerun yang menggunung, perlahan-lahan dikalihkan pandang ke belakang.
Ya Allah, sungguh dia rasa hendak PITAM sekarang!

p/s:  opsssss... apakah yang telah terjadiiiiii???? 

Thursday 18 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [24]


Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sendiri kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Terus Amalina menutup radio yang mendendangkan lagu daripada Fauziah Latif itu. Rasa nak marah betul! Dah tahu nak rawat hati yang kepedihan dan kesakitan, pergi dengar lagu sedih tu buat apa? Gatal telinga untuk koyakkan hati sendiri.
“Akak... kenapa tutup? Lagu sedap tuh?” Seloroh Afrina melawak. Syok-syok layan perasaan, tup-tup ditutup. Potong feel betul!
Lagu Dia nyanyian Fauziah Latif itu memang mempunyai lirik yang menyentak kalbu. Sekali kaji, memang lagu itu kena benar dengan situasi dirinya sekarang. Sesuatu yang bermula dia jernih tiba-tiba bertukar menjadi keruh. Cinta terhalang oleh orang tua! Boleh bernanah telinga kalau terus mendengar walaupun dihalang keras oleh hati. Ialah, siapa boleh lawan kata hati yang sedang menggila?
“Aah..yalah tu sedap. Sedap yang menyakitkan hati.” Bidas Amalina kembali sambil menjeling.
“Cinta terhalang oleh orang tua....” Ulang Afrina sambil melagukan lirik Dia itu. Tak sedap mana pun. Tapi bolehlah kalau nak rabakkan telinga yang mendengar.
“Tak ada orang yang halang cinta kamu Afrin... Kamu sendiri yang bertegas nak rahsiakan perkara sebenar! Cuba kita beritahu Mama dan ibu Mirza, mungkin keadaan akan pulih seperti biasa. Siapa tahu kan?” Amalina tak habis-habis dengan hujahnya.
“Ya... Betul cakap akak tuh! Saya akan bahagia sementara Azlin akan menderita!”
Sudah berulang kali Afrina cuba memahamkan Amalina. Kebahagiaan yang sebenar bukan dicipta dari air mata orang lain. Dia dah rasai dahulu. Tengok sahaja dahulu, dia tegar melukakan Mirza dah berkahwin dengan Haraz. Memang dia bahagia! Tapi dalam kadar waktu yang sangat senteng! Tak kan dia nak selak balik kesalahan yang sama?
“Azlin pasti akan dapat terima hakikatnya! Dia bukan budak kecik. Lagipun, sampai bila Afrin dan Mirza nak menipu Lin? Kalau Lin tahu dari mulut orang lain yang Afrin dan Mirza pernah bertunang, mesti Lin rasa tertipu. Percayalah Afrin, waktu itu, Lin akan lebih kecewa dengan korang berdua.”
“Tak akan ada orang yang akan beritahu dia! Saya dah sepakat dengan Mirz yang benda ni akan kekal rahsia!” Hujah Afrina kembali.
“Oh... Jadi dah berpakatlah? Sepakat memang membawa berkat! Tapi itu semua jalan singkat! Cuba fikir dalam-dalam lagi Afrin.... Keadaan tak akan berubah selagi manusia tak berusaha untuk mengubahnya.”
Afrina yang sedang membancuh susu untuk Hadziq itu mula memperlahankan rentaknya. Susu tepung yang tumpah di atas kabinet itu dikesat perlahan dengan menggunakan kain buruk. Ingatannya mula teringat pada kejadian di butik tempoh hari.
Apabila Azlin dipelawa oleh mak andam untuk mengenakan busana yang sedia ada, Afrina mula mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat kepada Mirza. Baru kini mereka ada peluang untuk berbual dan bertembung mata.
“Mirz.... tolong jaga Lin baik-baik.” Agak kekok untuk menasihatkan seorang lelaki yang dia cinta supaya menjaga perempuan lain. Tapi ayat itu lepas juga dari mulutnya.
Afrina tersenyum. Senyuman itu ibarat seperti pembalut luka. Ia menutup luka namun pedihnya masih terasa.
Mirza ikut turut tersenyum tapi senyuman yang cukup sinis!
“Kadang-kadang Mirz tak faham dengan Afrin. Dulu Afrin terus-terusan menolak Mirz bilamana Mirz menagih dan merayu Afrin untuk menerima Mirz. Lepas tu tup-tup Afrin berubah dah meluahkan perasaan Afrin pada Mirz. Dan sekarang, tanpa rasa bersalah, Afrin suruh Mirz jaga Lin baik-baik. Permainan apa yang Afrin rancangkan sebenarnya? Oh... Mungkin Afrin baru tahu yang Mirz akan kahwin dengan Lin jadi Afrin sengaja nak duga kasih sayang Mirz pada Lin? Konon macam Mirz tak akan sayang Linlah... Macam tu ke?”
Tipu kalau Mirza cakap yang dia tidak terkejut melihat Afrina bersama dengan Azlin. Dari cerita Azlin tadi, dia dapat tahu yang Afrina sudah kembali bekerja. Memang itulah sepatutnya. Bolehlah Afrina bergaul semula dan menjalani kehidupan yang normal. Kalau dia tahu Afrina ada di sini, pasti dia tidak akan memandai-mandai menawarkan diri untuk datang.
Afrina gigit bibir. Pedih telinga yang mendengar, namun perit lagi jiwa yang menerima hukuman itu. Tak sangka yang sampai ke situ sekali Mirza berfikir tentang dirinya. Tuduhan yang terlalu kejam!
“Terpulanglah pada Mirz nak fikir macam mana pun... Apa yang penting sekarang ialah kebahagian Lin...” Bertekak sampai terkeluar anak tekak pun, masalah tetap tak akan selesai dengan sebegitu mudah.
“Ya ke..? Hmm.. kebahagiaan Linlah sangat...?” Sekali lagi Mirza bersikap sinis dan pesimis!
Berkerut dahi Afrina. Kenapa Mirza kelihatan sangat aneh hari ini?
Mirza mula mencari wajah Afrina. Pandangan tajam mula dihunuskan ke arah anak mata Afrina.
“....Habis tu, Afrin tak pernah fikir pulak pasal kebahagian Mirz? Sampai bila Mirz kena berkorban untuk kebahagiaan orang lain? Dahulu untuk Afrin dan Haraz. Sekarang untuk Lin pulak?” Bentak Mirza lagi. Sebenarnya dia sengaja menguji. Menguji emosi Afrina. Sampai tahap mana Afrina sanggup berkorban dengan cinta ini? Lagipun benarkah pengakuan Afrina tempoh hari?
Dalam diam, Mirza sebenarnya mengharapkan agar Afrina meluahkan perasaannya itu sekali lagi. Biarlah untuk kali yang terakhir. Mirza terlalu ingin untuk mendengarnya. Biarlah dia simpan ayat keramat itu hingga ke hujung nafasnya.
“Kenapa dengan Mirz nih?” Afrina cuba mengawal perasaan. Tak, sepatutnya Mirza yang perlu mengawal diri.
“Soalan itu patutnya Afrin tanya diri sendiri... Bukan tanya Mirz..” Muka Mirza Mencerlung marah. Berpura-pura memainkan watak antagonis dengan sebaiknya. Dapat dia kecam reaksi pelik dari Afrina.
“Mirz....” Afrina memejamkan matanya sedikit. Dia tidak betah dibidas begini. Bibirnya digigit lagi. Menyebut nama lelaki itu seolah-olah mengilukan jiwa dan hatinya. Kebenaran itu harus terus disimpan. Dia rela dipersalahkan, tapi dia tidak rela jika Mirza meninggalkan Azlin dan berpaling kepadanya.
“Kalau betul Afrin sayang Mirz macam yang Afrin cakap hari tu, kenapa Afrin tak pertahankan kasih sayang tu? Kenapa memilih untuk mendiamkan diri bila Afrin tahu yang bakal isteri Mirz itu Lin? Betul ke Afrin sayangkan Mirz?” Susah sangat nak tunggu Afrina meluahkan ayat keramat itu, Mirza mula menghentam dengan pertanyaan.
Namun mampukah Afrina menjawabnya? Ini dinamakan perang psycho!
“Sebenarnya Afrin sengaja nak uji kesungguhan Mirz untuk memperisterikan Lin dengan meluahkan perasaan tempoh hari. Sebab masa tu Afrin dah tahu yang Mirz bakal suami Lin. Sebab tu Afrin telefon Mirz dan cakap sayang dekat Mirz... Itu jeh...”
 Bukan mudah... Ya... bukan mudah untuk dia menipu dengan Mirza. Kalau dahulu kebencian memang menapak di dalam hatinya. Namun kini bunga-bunga cinta bermaharajalela di ruang wajah. Bukan mudah untuk membuat Mirza tertipu apatah lagi lelaki itu begitu bijak membaca apa yang tersirat di wajahnya.
Mirza melopong. Dia pasti ada yang tak kena? Dari mana pula Afrina tahu? Bukan ke Afrina tak baik dengan mertuanya? Pasti wanita ini sedang mencipta helah! Kadang-kadang dia memang tidak faham dengan tingkah Afrina!
Dari duduk yang sedikit jauh, Mirza mula bangun untuk merapatkan jurang. Terkesan riak tidak senang dari Afrina. Malah mata wanita itu asyik memandang bilik persalinan. Mungkin takut jika Azlin mengesan perbuatan mereka.
“Afrin.... Afrin tak pandai menipu! Apatah lagi untuk menipu Mirz...” Perlahan sahaja suara Mirza namun bisanya menghiris ke ulu hati Afrina. Jarak mereka sangat dekat! Hampir sahaja bahu mereka bersentuhan.
Afrina mengengsot menjauh sedikit. “Afrin bukan Afrin yang dahulu... Yang senang untuk dibaca fikirannya... Mirz kena ingat tu!” Tegas Afrina sambil bangun namun terhalang apabila Mirza memegang kejap lengannya.
Tersentak dengan perlakuan spontan Mirza itu. Matanya cepat sahaja dikalih ke arah bilik persalinan. Tidak mahu jika Azlin melihat perlakuan Mirza ini. Pasti akan mengundang salah faham.
“Mirz.....” Tegur Afrina yang mula tidak senang dengan kelakuan Mirza yang sedikit drastik ini. Mana kesabaran yang menggunung? Mana ketenangannya? Tidakkah Mirza sedar yang dia sedang melawan batas agama?
“Ada sesuatu yang Afrin sembunyikan dari Mirz... Mirz dapat rasa...” Tekan Mirza sambil mengenalpasti riak Afrina.
Dengan sepenuh daya, Afrina menepis tangan Mirza yang erat mengenggam lengannya. Semua yang berlaku ini salah! Hukum agama tak boleh ditolak ke tepi walaupun perasaan sedang diamuk badai menggila.
“Apa kena dengan Mirz nih? Mirz dah nak kahwin dengan Lin... Apa pun yang pernah terjadi antara kita, Mirz kena tolak tepi. Tak ada jodoh antara kita... Kita kena terima...” Tutur Afrina perlahan. Cuba memahamkan Mirza yang nampak tertekan itu.
Riak wajah Mirza sedikit berubah. “Kita..? Kita tu merangkumi both... between you and me... Maknanya Afrin pun berharap agar kita disatukan ke? Tapi keadaan memaksa Afrin untuk beralah. Macam tu?”
Ah sudah... Cepat sahaja Mirza menangkap kesalahan ayatnya yang nampak mudah itu. Sesenang ini dia terperangkap? Afrina telan liur. Apatah lagi melihat wajah Mirza yang keruh itu.
“Tolonglah Mirz... Jangan kusutkan keadaan lagi. Jangan selak kisah lama kita...” Nasihat Afrina perlahan. Kenapa dengan Mirza? Kenapa Mirza menggesanya sebegini rupa? Permainan apa yang cuba Mirza rencanakan?
Perlahan-lahan Mirza melepaskan pautan. Terlupa yang dia sebenarnya berlakon untuk mendengar pengakuan dari Afrina. Tapi macam ‘terover acting’ pula sampai sanggup menyentuh lengan Afrina. Memanglah berlapik. Tapi perkara itu tetap salah! Matlamat tak pernah menghalalkan cara.
“Mirz... Tolong rahsiakan sejarah yang berlaku antara kita. Lin tak boleh tahu... Afrin tak mahu kalau Lin rasa tak selesa....Lagipun hubungan Afrin dan mama dah pulih. Afrin tak mahu jika ada salah faham lagi antara kami.” Pujuk Afrina lagi. Kali ini suaranya perlahan dan lembut. Memujuk Mirza yang bagaikan merajuk!
“Jadi sebab tu Afrin beralah? Beralah supaya hubungan kalian terus baik? Macam tuh...?” Teka Mirza. Tolonglah... Tipulah apa sahaja. Ungkaplah rasa sayang itu dan nyatakan sebab kenapa semua ini terjadi? Itu lebih baik dari dirinya tertanya-tanya sendiri.
“Bukan sebab tu Mirz... Bukan sebab tuh...”
“Jadi ada sebab lain? Sebab apa yang membuatkan Afrin tak boleh terima Mirz sedangkan Afrin pun sayangkan Mirz jugak?” Sekali lagi Afrina terperangkap dengan kata-katanya.
‘Argghhh... kenapa Mirza begitu hebat memerangkap aku hanya dengan kesalahan ayat?’ Lirih hati Afrina. Adakah semua perbuatannya memberi kesan yang mendalam terhadap Mirza?
“Abang.... kak Afrin... Cuba tengok baju nih.. Cantik tak?” Laungan suara Azlin dari bilik persalinan itu membuatkan pertelingkahan mereka terhenti. Perlahan-lahan Mirza mengeluh sebelum melewati Afrina untuk menuju ke bilik persalinan. Mungkin benar Afrina sedang menyembunyikan sesuatu. Adakah perlu dia tanya dari Amalina? Tapi kalau dia tahu hakikatnya pun, mampu ke dia perbetulkan semua ini?
‘Arghh... kau ni macam mana Mirz? Bukan ke hari tu kau dah redha nak terima Lin sebagai isteri? Tapi sekarang kenapa kau nak selongkar alasan yang menyebabkan Afrina tak boleh terima kau? Tak boleh ke kau biarkan Afrina dengan hidup dia sendiri? Lagipun, kalau kau tahu kebenaran yang sebenar, apa yang mampu kau lakukan selain beralah dengan keadaan?’ Marah Miza pada diri sendiri.
Kadang-kadang kemahuan ini memang tidak mampu dihalang. Apatah lagi kemahuan yang melibatkan hati dan perasaan. Seorang doktor pun tak akan mampu untuk merawat kelukaan milik sendiri.
“Kalau kamu tak mampu nak cakap... biar Akak yang cakap dengan Mirz..” Tawar Amalina tanpa dimohon. Boleh je dia ikut kepala sendiri pergi beritahu Mirza tentang rahsia ini. Tapi dia tak mahu memandai-mandai. Nanti tak pasal-pasal cipta tragedi baru.
“Tak apalah kak. Terima kasih sahaja...” Kaki sudah ingin dibawa ke arah tangga. Hendak memberikan susu kepada Hadziq. Malam sudah larut benar, dia pun sudah mengantuk.
“Akak... dah... jangan fikir banyak-banyak sangat. Jangan nak memandai-mandai cari idea nak bocorkan rahsia kita pada Mirz... Kalau tak, siaplah akak!” Sempat lagi Afrina sound Amalina awal-awal. Sudah terlalu bijak untuk membaca fikiran si kakak.
“Erk.... Kena sound macam tu je?” Keluh Amalina sambil mengaru pipinya sedikit. Nasib badan betul. Dia pun sudah mula masuk ke dalam bilik. Dicapai telefon bimbit. Ingin menelefon suaminya. Bilalah encik abang nak balik dari outstation? Dah rindu sangat nih?
Tiba-tiba tindakannya terhenti. ‘Aku yang tak jumpa suami baru empat hari pun dah rindu sangat... Apa agaknya perasaan Afrin yang terpaksa berpisah dari Haraz? Pasti lagi banyak beban kerinduan yang perlu ditanggung?’
Mungkin betul... Dia kena lakukan sesuatu untuk Mirza dan Afrina? Sesuatu yang nampak real... Nanti tak lah Afrina menyalahkan dirinya yang gatal-gatal membocorkan rahsia.
***
            Diari Hijau yang berada di dalam laci itu mula dikeluarkan. Mata Azlin rajin menganalisa catatan penanya sendiri. Diari hijau ini dihadiahkan oleh Afrina seminggu yang lepas. Kata kakak iparnya itu, bakal pengantin memerlukan buku khas untuk mencatit perkara-kara yang ingin disediakan? Rupanya bukan mudah nak kahwin! Banyak perkara yang perlu memerah keringatnya.
            Jam Gucci yang terselit di tangan mula dikerling. Sudah melewati jam satu tengah hari. Pada pukul dua setenggah nanti, dia punya temu janji bersama client. Jadi dia harus makal awal. Pantas dia menekan nombor sambungan ke bilik Afrina.
            “Kak, jom lunch together-gether...” Sejak Afrina masuk kerja, memang waktu maka tengah akan diperuntukkan untuk bersama dengan Afrina. Meriah waktu makan dengan topik perbualan yang tak pernah habis. Dia suka bertukar pendapat dengan Afrina kerana dalam banyak perkara, Afrina bukanlah tergolong dalam golongan otak kosong!
            “Jom! Makan kat mana nih?”
            “Kat Warung Mak Jenah jelah... Senang... malas nak drive sebab lepas ni ada appointment dengan client.”
            “Okay dear!”
            Tanpa menunggu lama, mereka berdua keluar dari ofis dan menuju ke Warung Mak Jenah yang terletak di bawah ofis meraka sahaja. Nama je warung, tapi tak adalah macam warung tepi jalan. Restoran itu tetap nampak ekslusif dalam santai. Makanannya pun sedap. Cuma bila tiap-tiap hari mengadap makanan yang sama, boleh diserang jemu juga.
            “So, preparation apa je yang belum settle?” Tanya Afrina sambil menyuakan mee hon sup ke dalam mulut. Hari ini dia memilih makanan ringan sahaja. Tak lalu pula hendak menjamah nasi.
            “Kad kahwin dah tempah....Catering pun dah settle.. Baju dan pelamin pun dah tak ada masalah...Tunggu dia panggil untuk fitting baju jeh.. Barang-barang hantaran pun banyak dah beli.. Tinggal Al-quran je belum.. Lepas tu sekarang  nak cari orang untuk gubah hantaran jeh... Nak buat sendiri memang tak lah kan...” Bab mengubah ni Azlin memang kantoi! Karang ada jugak hantaran jadi bentuk bangunan. Ialah, dah kerja pun bahagian construction. Manalah nak datang seninya.
            “Hmm... Kalau Lin tak kisah... Akak sudi je nak ubah hantaran Lin. Itu pun kalau Lin percaya pada kretiviti akaklah.. Ialah, sebab akak ni jarang buat benda yang berseni ni. Boleh jadi cantik.. Boleh jadi jahanam...” Afrina ketawa di hujung katanya.
Dahulu, dia tidak berkesempatan untuk mengubah hantaran sendiri. Al-maklumlah, kahwin pun nak cepat jeh. Semua diserah kepada mak andam. Tapi kali ini, dia teringin hendak membantu Azlin mengubah hantaran. Mungkin itu yang dia mampu untuk menggambarkan keikhlasannya untuk menerima qadar dan ketentuan ini dengan serela dan seikhlasnya.
“Serius kak? Tak menyusahkan ke?” Siapa tak gembira bila ada orang offer diri nak tolong buat kan? Dia tahu Afrina kreatif. Tengok dekorasi rumah pun dah boleh agak. Still Simple but exclusive!
“Ish... tak ada apa yang menyusahkan. Nanti bagi barang-barang hantaran lepas tu kita cari barang sampingan untuk nampakkan hantaran tu jadi awesome!” Semangat Afrina sudah berkobar-kobar. Sangat tak sabar! Majlis pun tinggal sebulan sahaja lagi.
“Argghh... tak sabar betul!” Azlin melahirkan keterujaannya.
“So Lin nak design yang macam mana?” Perlu untuk Afrina tahu keinginan dan kemahuan si adik. Bimbang jika tersasar dari impian gadis itu.
“Hmm.. tak ada yang spesifik lagi. Yalah, macam akak tak tahu yang saya ni mana kreatif nak fikir. Tapi saya suka kalau semua hantaran saya pakai bunga segar... Saya kan minah bunga!”
Afrina angguk dalam tersenyum. Dalam fikirannya sudah terbayangkan beberapa versi yang anggung untuk digubah. Heh, macamlah profesional sangat kan? Harap-harap jadilah...
Tiba-tiba Iphone milik Afrina berbunyi nyaring. Naik nombor telefon dari kakaknya. Tanpa berfikir panjang, terus diambil. Mungkin ada beberapa barang yang dikirim untuk keperluan harian. Kebiasaannya begitulah.
“Hello Puan Amalina... Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” Tanya Afrina formal. Sengaja bercanda.
“Afrin... Ad... Ad...” Suara Amalina sudah bergema dengan esak tangis. Terus Afrina membetulkan duduknya. Dadanya terus sesak mendengar suara Amalina yang kedengaran cemas itu.
“Kenapa dengan Ad?” Tidak dipeduli jika suaranya dapat didengari oleh satu restoran sekalipun. Azlin juga terus menghentikan suapa. Terkesan pada riak wajah Afrina yang serius.
“Ad jatuh tangga...Dahi dia terkoyak...” Mendengarkan sahaja ayat Amalina itu, terus Afrina bangun dan mencapai beg tangan. Jantungnya bagai dirobek saat mendengar perkataan ‘koyak’ itu.
‘Ya Allah... selamatkan anak aku!’
“Akak dekat mana sekarang?” Setelah memastikan lokasi hospital dari Amalina, terus dia memutuskan talian dan mula berkalih ke arah Azlin.
“Akak pergi KMC dulu. Ad jatuh tangga... Dahi dia terkoyak.. Mungkin akak tak masuk ofis lepas nih.” Terang Afrina cepat.
“Oh.. okay.. nanti apa-apa hal update pada saya ya. Sorry saya tak boleh ikut.. Ada appointment dengan client kejap lagi..” Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengikuti kakak iparnya. Melihat keadaan satu-satunya anak saudara yang dia ada. Dahi terkoyak itu teruk juga.
Tapi mana mungkin dia bisa membatalkan appointment penting ini. Nanti dituduh tidak pandai berpegang pada janji pula. Sudahlah projek baru ini bernilai jutaan ringgit.
“It’s okay Lin... Akak faham. Akak pergi dulu..”
Azlin menghantar bayang Afrina dengan ekor matanya. Dalam hati ikut bergaul dengan rasa risau dan takut. Kesian pula pada Afrina. Pasti sukar untuk melewati sendiri walaupun dengan kehadiran Amalina.
Tiba-tiba Azlin teringatkan Mirza. Mungkin Mirza boleh bantu apa-apa yang patut di sana nanti. Lagipun Mirza dan Afrina kan saling mengenali. Hadziq juga rapat dengan Mirza. Jadi tak salah rasanya untuk Mirza tahu keadaan Hadziq sekarang. Telefon mula dicapai. Fokusnya adalah untuk menghubungi Mirza.
“Hello.... Abang... Abang free tak?” Apabila talian disambung, cepat sahaja suara Azlin menerjah.
“Kenapa ni? Macam urgent je... Abang tengah kerja.” Mirza mula tak senang duduk.
“Anak kak Afrin masuk hospital.. Jatuh tangga. Kak Long Amalina cakap dahi Ad terkoyak. Kalau abang free, bolehlah tengokkan keadaan Ad. Lin ada appointment penting dengan client kejap lagi.” Terang Azlin simple. Cerita panjang-panjang pun tak guna jugak. Bukan dia tahu situasi yang sebenar? Boleh jadi dahi Ad akan dijahit.
“Hospital mana?” Tanya Mirza gelabah. Mirza sudah mula diserang kerisauan. Pasti Afrina memerlukan dirinya tika ini. ‘Ya Allah... kuatkan Afrin!’
“KMC.” Tanpa berfikir panjang lagi, terus Mirza mencapai kunci kereta. Dia tak langsung fikir panjang bila sesuatu itu melibatkan Afrina. ‘Afrin... Mirz datang...’

p/s: so sorry kalau tak memenuhi piawaian korang... enjoy reading n do komen k.. thanks coz support DSKH nih...