Hari pertama masuk kerja setelah berbulan-bulan bercuti memang membuatkan
jiwa Afrina terkena renjatan. Otaknya seakan-akan sudah berkarat untuk
mengenalpasti masalah akaun yang sudah berterabur itu. Memanglah semua dokumen
disusun dengan teratur namun memang banyak akaun yang tersalah key in, double
ke in, tak key in dalam sistem UBS. Pening jugak Afrina menyemaknya.
Dari pagi sampai tengah
hari dia terkurung di dalam bilik Haraz ini. Ya, kata Melati, Azlin mengarahkan
dia untuk duduk di bilik ini sahaja daripada dibiarkan ia terus kosong. Masalah
yang membelenggu hidupnya segera ditolak ke tepi. Lebih senang untuk memberi
fokus pada kerja yang menambun.
“Amboi... Rajinnya pekerja
baru nih...” Tegur Azlin yang sedang berdiri di pintu bilik.
“Kerja makan gaji..
Kenalah rajin. Nanti kena pecat susahlah akak.” Tidak sedar langsung akan
kehadiran adik iparnya itu. Afrina menyambut kedatangan Azlin dengan senyuman
manis.
“Apa yang nak kena
pecatnya... Memang company ni milik akak kan...” Tanpa disuruh, Azlin melangkah
merapati meja Afrina. Ditarik kerusi lantas melabuhkan punggungnya. Nafas berat
mula dilepaskan. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat dengan klien. Banyak
pulak ragamnya!
“Dari mana nih?”
“Baru balik jumpa
client... Masuk tender baru. Tapi susahlah kak.. Terpaksa bersaing dengan
company yang besar-besar. Ialah, saya pun stay baru kan. Perempuan pulak tuh!
Orang pun macam tak berapa nak percaya jeh...”
Kadang-kadang dia penat
menguruskan dan memikirkan hal kerja. Mujur sahaja Zainal banyak membantu.
Zainal merupakan rakan baik Haraz. Semenjak abangnya itu pergi, Zainal yang
banyak menyuluh dan membantu menyelesaikan masalah dalam company ini. Malah,
banyak jugak tender yang dibawa masuk oleh Zainal.
“Lin patut berbangga
tau... Bukan semua orang mampu nak buat apa yang Lin buat sekarang. Akak pun
kagum sangat dengan Lin...” Puji Afrina ikhlas. Kerja-kerjanya mula dihentikan
apabila mata dan telinga mula fokus mendengar luahan hati Azlin. Dah nama pun
perempuan, kadang-kadang perlu untuk mereka meluahkan apa yang membuku dalam
jiwa itu. Beban yang tergalas pun mungkin akan berkurangan.
“Tapi sekarang dah ada
akak... Rasanya semua akan jadi lebih mudah! Oh, I’m so happy for this feeling.
Rasa macam ada hidup yang lengkap jeh. Mama dan akak dah berbaik... Tak lama
lagi nak kahwin dengan Mirza.. Tak payah susah-susah dengar mama membebel sebab
Lin pentingkan kerja jeh.. Moga-moga semuanya dipermudahkan Allah.” Luah Azlin
dengan mata yang berkaca-kaca. Tak terucap rasa syukurnya. Kebiasaannya, benda
yang baik memang akan dipermudahkan oleh Allah.
Afrina terdiam. Tapi tetap
menyelitkan doa agar Allah turut mempermudahkan urusan pernikahan Mirza dan
Azlin nanti. Dia sudah tidak menaruh apa-apa harapan lagi. Melihat Azlin dan
Mirza gembira, itu sudah memadai bagi dirinya.
“Eh kak... Lin nak tanya
sikit. Akak kenal ke Mirza? Sebab Lin perasan Ad panggil Mirza papa Iyyad? Dia
orang nampak rapat sangat!”
Ah sudah... Terhenti
pergerakan Afrina yang sedang memegang telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia menjatuhkan
pandang di wajah Azlin. Rasanya tidak perlu untuk dia berselindung.
“Kenal....” Jawab Afrina
jujur. Penipuan tak akan membawa apa-apa makna.
Air muka Azlin sedikit
berubah. Sedikit tidak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut kakak
iparnya itu. Tiba-tiba rasa ingin tahu membuak dalam diri. Bagaimana konsep
kenal yang dimaksudkan oleh Afrina?
“Kenal rapat ke?”
“Tak lah... Biasa-biasa
jeh.” Rasanya, Azlin tidak perlu tahu bahawa Mirza adalah bekas tunangnya. Dia
tidak mahu Azlin merasa tidak selesa dengan dirinya. Lagipun ini kisah
lama....tak ada orang yang tahu selain daripada keluarga Mirza dan Hajah
Khadijah.
“Macam mana akak kenal?”
Tanya Azlin lagi. Entah sejak bila dia berubah menjadi perempuan yang banyak
tanya! Melihat akan reaksi dari Afrina yang kelihatan kurang senang dengan
pertanyaanya, dia kembali membetulkan tanggapan Afrina. Tak mahu kakak iparnya
berfikir yang dia terlalu cemburu.
“Bukan... Maksud Lin...
Macam pelik pulak bila korang berdua kenal...”
Afrina tersenyum. Tak
salah langsung jika Azlin mempunyai perasaan ingin tahu. “Ingat tak yang akak
pernah buat rawatan berjumpa dengan psikitari bila mama terus-menerus menuduh
akak gila?”
Azlin menganggukkan
kepalanya. Dia tahu akan kes itu! Mama menuduh Afrina gila dan hendak menuntuk
hak penjagaan terhadap Hadziq.
“Masa tulah akak kenal
Mirza... Dialah doktor yang merawat akak tuh.. Lepas akak disahkan sembuh, akak
pun belanjalah dia makan. Masa tu akak bawa Hadziq. Dari situlah Hadziq panggil
Mirza papa...” Isi kandungan cerita yang sebenar pastilah berbeza. Namun matlamatnya
pastilah sama iaitu hendak memahamkan Azlin yang Mirza adalah doktor psikitari
yang merawatnya dahulu.
“Oh... untunglah akak
dapat doktor handsome...” Giat Azlin sambil ketawa.
Afrina ketawa melihat
gelagat adik iparnya. Nampak rasa cinta itu berlagu di dalam anak mata Azlin.
Wajah itu ceria dan riang. “Lin lagi untung... Dapat suami handsome macam
Mirza.” Usik Afrina pula.
“Akak... waktu dia rawat
akak kan, dia tak pernah ngorat akak ke?” Tanya Azlin berani. Bukan apa, kakak
iparnya ini walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, dia masih lagi
kelihatan cantik. Walaupun mukanya pucat tanpa solekan, dia masih kekal
menarik. Pandai jaga badan dan pandai membawa diri. Keperibadian dia juga
teserlah dengan perwatakannya yang gemalai. Tidakkah Mirza boleh jatuh cinta
dengan semua kriteria yang terbentang?
Afrina terdiam. “Pernah!”
“Hah!” Azlin yang
mendengar terus menegakkan badan. Hatinya mula diserang angin cemburu. Sesiapa
yang terpaksa bertanding bersama Afrina masih akan merasa yang dirinya kalah
serba serbi. Afrina terlalu sempurna sebagai seorang perempuan jika hendak
dibandingkan dengan dirinya yang kerdil ini. Sudahla tak berapa nak cantik,
badan pulak kerempeng yang langsung tak solid!
“Ha...Habis tu kenapa....”
Tiba-tiba Azlin kelu ayat untuk menyambung kata. Itulah, tanya soalan seperti meragut
nyawa sendiri.
“Sebab keluarga dia
memilih Lin dan bukannya akak.” Sekali lagi Azlin tergamam mendengar jawapan
kakak iparnya itu. Kepalanya digeleng perlahan. Apa yang berlaku ini salah...
Sangat salah!
Namun apabila melihat
Afrina mula menghamburkan ketawa, Azlin mula dapat mengesan penipuan kakak
iparnya itu. ‘Ish... jantung ni dah macam kena bom! Boleh pulak Kak Afrina
main-main!’
“Sayang sangat kat Mirza
ya....” Seloroh Afrina sambil tersenyum.
Azlin mengawal riak
wajahnya. Malu bila diusik begitu. Memang diakui yang Mirza bukanlah jejaka
pertama yang meragut jiwanya. Tapi hanya dengan Mirza dia rasa yang dia sudah
bersedia untuk melangkah ke frasa seterusnya. Mirza membuatkan dia yakin untuk
mendirikan rumahtangga. Sesuatu yang tak ada pada lelaki lain. Mungkin faktor
kematangan Mirza membantu dia rasa begini.
“Apalah akak nih...
Main-main pulak!”
“Mirza tu merawat jiwa
akak... bukan merawat hati akak! Mungkin betul dia handsome dan baik. Tapi dia
belum mampu untuk menandingi suami akak! Lin kena ingat, akak dah terlalu
bahagia dengan abang Haraz dulu... Dialah lelaki yang menyempurnakan hidup
akak!” Tutur Afrina sambil merenung gambar yang terletak cantik di tepi monitor
komputer.
Mirza dan Haraz memiliki
karakter yang berbeza! Dia sangat menyintai Haraz. Dia juga amat menyintai
Mirza. Kedua-dua lelaki ini mendapat tempat yang berbeza di sudut kamar
hatinya. Kerana manusia, dia mula membenci Mirza dan berpaling kepada Haraz.
Itulah kesilapan di dalam percintaannya bersama Mirza.
“Oh... Lin lupa yang abang
adalah lelaki yang terbaik. Korang berdua memang beruntung kerana saling
memiliki antara satu sama lain. Tapi kan kak... Akak masih muda.. Baru umur dua
puluh lapan... Akak tak mahu kahwin lagi ke?” Selongkar Azlin lagi.
Tidakkah kakak iparnya itu merasa sunyi tanpa
kehadiran lelaki yang bernama suami? Dan tidakkah kakak iparnya itu hendak
mencari seorang lelaki yang mampu menjadi ayah kepada Hadziq? Ada cinta baru...
Tak semestinya melupakan cinta lama. Hidup ini sememangnya wajar untuk
diteruskan.
Afrina terdiam. Memang dia
sudah memasang angan untuk bersama dengan Mirza. Sudah memasang impian untuk
menjadi suri dalam hidup lelaki itu. Tapi percaturan Allah tidak mengikut
rencananya. Lantas telah dipejamkan mata hati dari menyintai lelaki lain. Cukuplah
hanya ada Haraz dan Mirza yang pernah singgah di hatinya.
“Akak tak fikir pun nak
kahwin lagi Lin... Lagipun, siapalah nak kan janda macam akak nih! Lagipun tak
semua orang mampu nak terima Hadziq. Takutlah akak kalau Ad ada bapak tiri.
Takut nanti Ad kena dera!” Biarlah apa yang dia rasa dia pendam sahaja.
Bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang!
Azlin ketawa besar
mendengar alasan Afrina. “Yang selalu dera tu mak tiri... Bukan ayah tiri...
Tak apa, nanti Lin kenalkan akak dengan client-client kita. Ramai je yang masih
buang terlajak. Kalau dapat abang dud pun okay jugak kan?” Seloroh Azlin nakal.
“Sudah-sudah... Pergi
sambung kerja kamu balik! Kang akak potong gaji kamu.” Gertak Afrina sambil
bercekak pinggang.
“Amboih... Dah pandai
lawan taukeyh nampak?” Balas Azlin sambil mula berjalan menuju ke pintu bilik
Afrina. Cadangnya memang hendak keluar pun. Kejap lagi ada appointement lagi.
Namun cepat-cepat dia teringatkan sesuatu lantas berpaling ke arah kakak
iparnya.
“Eh kak, nanti temankan
Lin pergi butik pengantin di tingkat dua dekat Kompleks Teruntum... Nak survey!”
Kebetulan tadi Azlin ada temujanji dengan pihak PKNP di Kompleks Teruntum.
Kakinya gatal sahaja meronda-ronda di tingkat dua yang menempatkan bahagian
butik-butik pengantin yang sememangnya menayangkan rekaan-rekaan terbaru.
Rasa tak sabar pulak nak
kahwin! Lagipun majlis akan berlangsung dua bulan sahaja lagi. Memang dia perlu
memulakan persiapan dari sekarang! Dan Azlin sangat memerlukan bantuan dari
Afrina. Orang yang dah kahwin pasti lebih arif dengan apa yang perlu dilakukan.
“Beres! Kita pergi waktu
lunch okay.” Putus Afrina bersetuju tanpa berfikir panjang.
***
Azlin jadi kelabu mata
melihat rekaan terbaru yang dibentangkan
dihadapannya kini. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya!
Semuanya cantik dan kelihatan ekslusif.
“Lin dah fikir ke Lin nak
pilih konsep macam mana?” Afrina ikut turut membelek album gambar itu. Macam-maca
gaya ada. Dari konsep dewan hingga ke konsep taman. Semuanya disediakan oleh
pihak butik. Dari pakej simple, sederhana dan mewah, semuanya ada.
“Entahlah... Lin tak
tahulah Mirz tu suka gaya macam mana?” Keluh Azlin sedikit hampa. Inilah
masalahnya kalau hendak berkahwin dengan seorang lelaki yang kita tidak kenali.
Warna kesukaan dia, perkara kesukaan dia, semua pun tak ada dalam kepala otak
Azlin.
“Hmm... Biasanya lelaki
kan tak kisah. Dia ikut je pilihan orang rumah dia.” Afrina cuba untuk
menyejukkan perasaan Azlin yang nampak gundah itu. Setahunya, Mirza bukan
tergolong dalam ketegori lelaki yang cerewet. Dia lelaki yang mudah diterokai
jiwanya. Tak complicated!
“Memanglah kak... Tapi
kahwin kan benda yang kita nak lalui bersama... Kalau boleh Lin nak buat
something yang dia suka. Yang dia boleh kenang hingga ke tua. Agak-agak dia
suka warna apa ya? Patent macam mana ya?” Azlin mula meminta pendapat Afrina.
Sebenarnya Azlin teringin benar untuk menelefon
Mirza. Mengajak lelaki ini ke butik. Tapi dia malu... Dia takut untuk menerima
penolakan dari Mirza. Lagipula, dia takut menganggu waktu kerja lelaki itu.
Ialah, doktor kan memang sinonim dengan perkataan ‘sibuk’.
Afrina sedikit terdiam
mendengar kata-kata Azlin itu. Kisah lama mula menerjah di ruang minda.
“Afrin... Kalau Afrin kan,
Afrin nak konsep yang macam mana?” Soal Mirza ketika mereka sama-sama sedang
berjalan di hadapan sebuah butik pengantin. Terhenti langkah Afrina. Mata
mereka sama-sama merenung patung yang sedang memperagakan baju pengantin
berwarna merah.
“Afrin teringin nak pakai
baju yang meriah macam dalam cerita hindustan tu. Boleh menari kejar-kejar,
boleh pakai gelang yang bergemerincing, boleh feel jadi heroin sikit. Okay kan
kalau kita buat majlis macam tuh?” Duga Afrina sengaja. Memanglah dia kaki
hindustan tapi tak bermakna dia nak buat majlis macam tuh. Hilang terus budaya
dan adat orang melayu. Macam orang tak ada kerja pulak nak buat macam tuh!
Kalau buat, mahu kena bangkang dengan emaknya.
“Boleh sayang....”
Terkejut jugak Afrina tatkala Mirza bersetuju. Membulat Mata Afrina. Sungguh?
“Hah, boleh ke?” Tanya
Afrina memohon kepastian.
“Boleh... Tapi Afrin
kahwin dengan orang Indialah... Bukan dengan Mirz.” Seloroh Mirza berani.
“Ceh! Kata sayang... Kata
sanggup buat apa sahaja. Sanggup merenangi lautan merahlah... Sanggup mendaki
gunung yang tinggilah... Sanggup terjun bangunanlah... You jump, I jump! Tapi bila
kena pakai baju hindustan pun Mirz tak nak...” Provok Afrina. Sengaja merajuk
untuk dipujuk!
Kadang-kadang dia suka
merajuk dengan Mirza. Sebab Mirza pandai bermain kata. Bakal Psikitari kan?
Mestilah pandai bermain dengan memujuk untuk mencairkan hati Afrina. Tapi buat
naya je bila semua pesakit Mirza yabg gila itu tergila-gilakan doktor handsome
ini!
Mirza ketawa besar. Afrina
memang sengaja menduga kasih sayangnya. “You jump, I run lah... Lagipun buat
apa daki gunung, buat badan berdaki jeh...” Tempelak Mirza pula. Muka Afrina
mencebik! Bukan itu jawapan yang dia mahu dengar.
“Tak nak pakai... Bukan
tanda tak sayang... Afrin sendiri tahu kan, yang Mirz tak akan berhenti
menemani dan menyayangi hingga matahari tak terbit lagi...” Sambung Mirza
sedikit berbisik.
Adeihh... Lemah semangat
Afrina dibuatnya. Bukan sekadar jantung je yang gugur, buah pinggang, limpa,
usus perut semuanya gugur sekali. Cepat-cepat dia menukar topik. Tak mahu mood
romantik ini menjadi lebih romantik. Mirza bukan boleh kira sangat, kalau
datang demam romantik dia, haru biru Afrina dibuatnya!
“Ya...Ya... Afrin tahu. Tadi
tu Afrin acah jeh. Habis tu, Mirz nak konsep macam mana? Warna apa?” Tanya
Afrina sambil merenung wajah Mirza yang tak lepas-lepas dari memandangnya. Cuba
menyedarkan Mirza agar mengalihkan pandangan dari terus menatap wajahnya. ‘Tak
baik renung dan tenung anak dara orang!’ Tapi dia pulak buat perangai berani
mati renung anak teruna orang!
“Warna apa, konsep apa,
dekat mana, itu semua Mirz tak peduli... Mirz tak kisah... Asalkan pengantin
perempuan dia Afrin. Itu yang penting!”
Afrina mendengus. Argghh...!! Mirza memang pandai
membolak-balikkan hati Afrina. Malu dia dibuatnya!
“Alah... Tak kanlah Mirz
tak ada impian langsung?” Tanpa sedar, Afrina sudah bereaksi manja dihadapan
Mirza. Terbuat perangai lepas laku!
Mirza terfikir sendiri.
Dia bukan tak ada pilihan atau citarasa sendiri. Tapi baginya, cukuplah jika
dapat lihat Afrina bahagia! Dia tak pernah nak mintak lebih-lebih.
“Ada... Impian Mirz...
Cita-cita Mirz... Cinta Mirz... hanyalah untuk berkahwin dengan Afrin. Bolehkan
Afrin jadi isteri Mirz?” Mirza kembali berbisik di telinga Afrin. Membuatkan
kedua-duanya terpana dihadapan butik pengantin ini.
“Boleh... Tapi...” Afrina
sengaja berjeda sambil melirik ke arah Mirza.
“Tapi apa?” Tanya Mirza
cuak! Bagai ada rasa tidak yakin dengan kata-kata Afrina.
“Tapi... dah cukup ke dua
puluh ribu?”
“Amboih... mahal betul!
Diskaun sikitlah...”
“Lah, nak diskaun ke?
Boleh... Malam pertama Mirz tidur atas sofa!” Amboih anak dara ini. Berani
betul bercakap pasal ‘malam pertama’ dengan anak teruna!
“Eleh... yalah tuh.. Suruh
orang tidur atas sofa tapi nanti Mirz jugak yang Afrin cari nanti. Tengoklah...
Afrin akan datang menyerah sendiri.” Terus Afrina terdiam apabila mendengar
suara Mirza yang berbau usikan itu.
Padan muka! Berani sangat
jual ayat dengan anak teruna! Kan dah terbelit jiwa. Muka Afrina merah
membahang. Mirza memang nakal!
“Akak! Jauhnya
mengelamun... Dari tadi Lin panggil.” Sergahan dan sentuhan di bahunya
membuatkan Afrina tersedar. Rupanya dia sudah terlangkau jauh dari kenangan
itu. Kenangan yang dicipta sebelum kemunculan Haraz!
“Sorry... apa dia Lin?”
Afrina kembali memperbetulkan emosi dan
ingatannya. Biar dia hidup di dunia realiti. Segala kenangan manis itu perlu
dicampak sejauhnya. Sudah berlalu semua kenangan. Rasa sepi mula berlagu
membelai perasaan. Tanpa Afrina sedari, Mirza telah menghilang bersama
bayangan. Hanya air mata yang menjadi saksi kerinduan.
“Kejap lagi Mirza
datang... Kebetulan dia off hari ini.” Hanya Allah yang tahu betapa terujanya
hati Azlin saat dia memberanikan diri untuk menelefon Mirza. Sangat tak sangka
yang Mirza sedang bercuti. Malah Mirza sendiri yang menawarkan diri untuk
datang tanpa dipinta.
Mungkin ini petanda bahawa
Mirza memang mampu menerima dirinya seadanya. Argghh... Mirza kan seorang
psikitari, pasti perkara-perkara remeh seperti ini sudah berada di poketnya.
Gulp! Penerangan dari
Azlin itu membuatkan Afrina tekesima. Ah sudah, jadi apa perlu dirinya di sini jika
Mirza boleh menemani Azlin!
“Kalau macam tu akak balik
dululah...” Beg tangan sudah mula dicapai. Sudah berura-ura untuk bangun namun
cepat sahaja lengannya ditangkap oleh si adik.
“Ish... tak kan nak
tinggalkan Lin sorang-sorang. Seganlah nak jumpa Mirz...”
Azlin tak mahu Afrina pulang. Dia memang gabra
untuk berhadapan dengan Mirza secara berdua. Panahan anak mata lelaki itu cukup
memukau jiwanya. Takut nanti dia mula tersalah laku jika tidak dibendung dan
dipantau. Karang merundum pula sahamnya di mata Mirza.
Jika ada Afrina, sekurang-kurangnya dia tak adalah
canggung sangat! Lagipun Afrina dan Mirza kan saling mengenali. Jadi tak ada
masalah untuk mereka berdua bersua muka.
“Erkk.. tapi akak ada banyak kerja dekat ofis!”
Okay, sesungguhnya alasan itu memang tak boleh diguna pakai. Kerja apa benda
bila hari ini hari pertama dia masuk kerja. For sure kerja memang banyak dan
tak akan mampu untuk diselesaikan terus hari ini. Lagipun tempoh perakaunan
belum tamat lagi. Akaun siap pun, bukan boleh buat audit terus.
“Alah kak.. Kerja tu tak akan pernah habis. Dalam
tempoh dua bulan ni, akak kena jadi wedding planner saya. Akak mesti lagi arif
bab-bab ni kan? Lagipun saya memang tak tahu sangat macam mana nak handle
wedding. Akak boleh tolong kan?” Azlin sudah buat muka comel. Sangat
mengharapkan pertolongan dari si kakak.
“Akak pun sebenarnya...”
“Akak tak boleh tolak tau!” Pintas Azlin
cepat-cepat. Sudahlah dia memang tinggal seorang. Kakak dah memang sedia tak
ada. Abang pulak dah meninggal. Kalau boleh dia tak mahulan menyusahkan
mamanya. Tingga harapannya agar Afrina sudi membantu. Tapi kalau Afrina tak
sudi, mungkin dia kena ajak orang lain ataupun higher seorang pekerja. Tapi
perlu ke sampai macam tu sekali?
“Akak belum habis cakap lagilah.... Akak pun tak
mahu ketinggalan untuk menyempurnakan perkahwinan impian Lin. Sekarang akak
bukan lagi kakak ipar Lin tapi akak dah jadi kakak kandung Lin. Jadi, tak kan
seorang kakak tak mahu nak tolong si adik kan...”
Afrina rasa, dia sudah cukup kuat untuk menghadapi
semua ini. Mungkin dia patut berseronok dalam menyempurnakan kisah cinta Azlin.
Selama mana dia boleh melarikan diri? Sungguh dia dah penat. Untuk apa dia
menyorok? Sebab menyorok tak akan membantu menyelesaikan apa-apa. Jadi, hadap
jelah!
“Sebab tu Lin sayang akak sangat-sangat!” Dipaut
bahu kakak iparnya dan melentokkan kepala di bahu Afrina. Sayang teramat
sangat!
“Kamu ni kan Lin... Peluk akak sama macam arwah
peluk tau!” Usik Afrina. Ya, jenis pelukan di bahu dan kepala yang dilentokkan
di bahu. Sama seperti Haraz!
“Ya ke? Jadi biar Lin peluk lagi.. Biar hilang
rindu akak pada arwah!” Afrina ketawa sahaja menyambut telatah adik iparnya
itu.
Tanpa sedar, perlakuan mereka diperhatikan oleh
Mirza. Luluh hatinya saat mendegar ayat Afrina tadi. ‘Pelukan yang sama seperti
arwah...’ Mirza mula mengeluh. Nampaknya sampai bila-bila pun bayang Haraz masih
menghantui Afrina. Untuk apa lagi dipertahankan hubungan ini andai dia sendiri
tak mampu menggantikan Haraz dalam hidup Afrina. Mungkin kebahagian dirinya
memang tika bersama Azlin.
Lama matanya singgah untuk menatap bening mata
itu. Sungguh, rindu itu tidak pernah surut malah rasa itu tidak pernah
terpadam. Tanpa sedar, mata mereka mula beradu pandang. Mencantumkan rindu dan
menggetarkan perasaan yang tak pernah mati.
“Eh, abang dah sampai...” Teguran itu mematikan
renungan mata meraka. Perlahan-lahan Mirza tersenyum sedikit.
Afrina mula rasa tidak selesa. Mata Mirza sarat
dengan kerinduan! ‘Ya Allah, tabahkan hati kami...’ Dari seraut wajah yang
mencerminkan sebuah kesetian...
“Ini kakak ipar Lin... Abang dah kenalkan...”
Ayat kenal itu membuatkan Mirza tersentak! Adakah
Afrina sudah menceritakan segalanya? Konsep cerita yang bagaimana yang telah
disampaikan kepada Azlin? Mirza mula tertanya-tanya sendiri.
“Kak Afrin dah beritahu yang abanglah doktor yang
merawat sakit akak dulu.. Thanks bang, sebab pulihkan kakak Lin.” Ucap Azlin
tulus. Dengan malu-malu dia memandang Mirza lalu tersenyum manis. Dadanya
kencang dengan kasih yang mula menggebu!
“Kalau dia bukan kakak Lin pun... Abang pasti akan
sembuhkan dia..” Balas Mirza mesra. Kemesraan yang perlu dicipta dari sekarang.
Tak kan dah kahwin baru nak mesra? Nanti lebih kekok jadinya. Matanya mula
menjeling sedikit ke arah Afrina yang sedang mencari barang di dalam beg
tangannya.
‘Argghh... Afrin! Dia tak pernah berjaya menjadi
pelakon yang baik! Nampak sangat canggung!’ Desis hati Mirza. Pasti Afrina
mengelak dari bertembung mata dengannya.
Menggeletar tangan Afrina saat mendengar panggilan
‘abang’ yang keluar dari mulut Mirza. Terasa terusik di dasar hati. ‘Oh
hati.... tolonglah bertabah!’ Di saat hatinya sudah mula menerima, keadaan pula
yang memaksa untuk dia beralah. Sesungguhnya hidup ini bukan dicipta untuk
adil!
Tanpa sedar, ralit Mirza mencuri pandang ke arah
wajah Afrina saat Azlin membelek album di tangan. Mungkin untuk yang terakhir
kalinya....
Dari seraut wajah yang mencerminkan sebuah kesetian....
Dari seukir senyuman yang mencerminkan kejujuran...
Dari sekeping hati yang mencerminkan keikhlasan...
Dan dari sebuah angan-angan yang tak mampu direalisasikan untuk menjadi
impian..
Dalam keadaan yang sudah tersepit,
mereka kembali terhimpit!
p.s: hope enjoy reading n do komen k... lebiu korang much much... pada yg sudi mencemar duli meninggalkan komen, ai lope u double.... muaahhhxxx...
Warrghhh.... Why is life so cruel?
ReplyDeleteMirza, cepat2lah kawin dgn Azlin.
Azlin, cepat2lah mengandungkan anak Mirza.
Afrina, cepat2lah cari pengganti Harraz (yg bukannya Mirza) dan kawin semula...
See.... everyone would be happy then....
pergghh.. tragis punya permintaan.. kih kih
DeleteMirza n Afrina forever~~!!!
ReplyDelete>><<
sure?? confident ke?
DeleteSadisnya bila berada dtempt afrina.demi yg tsyg bkorbn. Cmne nk bg azlin sedar afrina n mirza tgh bkorbn sbb Nk jg hati famili masing2 uwaaaaaaa. Sara, jgn la dera afrina lama2 sgt satg x psl2 kena jumpa pakar psikiatri skali lg.kli ni x tau leh sembuh ke x huhu
ReplyDeletehehe.. afrina dah cukup kuat dah... tp okeyh jugak kalau kena jmpa pakar psikitari yang baru.. hero baru lah tuh.. kih kih
Deletecite ni best tp kdg2 ada english words yg digunakan salah..
ReplyDeletethe correct words are 'still' not 'stay' and 'hire' not 'higher'..
keep it up..tq
sadis kisah diorang ni, huhu. dan cik penulis memang pandai je nak mengobrak abrik jiwa pembaca, haha. sometimes, kalau sy bace sesebuah novel atau cerpen, tengok dari susunan ayat dia dah tau cam mana ending, sape ngan sape, tapi kalau dah bace karya cik Sara ni, angkat tangan dan kaki dah, sure suspen, hehe
ReplyDeleteMasalah berpunca dari org yg buat ilmu hitam tu kat afrin... Tapi xpelaa, rasanya haraz dh cukup mmbahagiakan afrin kan... ;) biarlaa azlin n mirza pulak kecapi kebahagiaan diorang
ReplyDeleteHi Ms Author...thx for the n3....
ReplyDeleteHaiii laaa...sgt kasihan pd afrin...tersepit! dunno how to react...not easy for afrin okey...pretend in front of mirza n azlin...menidakkan perasaan sebenar towards mirza...adehhh....u deserve to b hepi sweetie...follow the flow? i guess...sure u will choose to be sweet gal yg akn mengalah...biarkan org dikeliling hepi kan? yela..dulu afrin pernah cari own happiness wpun atas kesedihan ramai insan..and bingo she was hepi with haraz..cuma Allah x panjangkan bahagia...takdir...
The way azlin asking around abt afrin and mirza dah nmpk api2 cemburu...juz imagine klu azlin find out the truth?? meroyan x azlin or azlin jadi c angel yg akan beralah demi menyatukan cinta dua org insan yg patut deserve happiness..baik sgt ka azlin? x sabar nak tggu...
ni c mirza ni...4thn bole tunggu...baru seminggu dah melenting pinang anak dara org...urghhhh...gud things will come to those who waits okehhh mirzaaa bear this in mind...(geram sket dgn mirza heheh)..sori to say mcm mirza dh perna hilang afrin dulu...y not dis time u fight a bit? to win her back? u shud do whatever it takes to get her back...after all Haraz pun dah xde..haisss...2nd chance dah ade dah..adehhh..
panjang komen kan....x sabar tggu 24.....
harap ada perkembangan plot yer ms author.....
TQ xoxo
mirza,afrina n azlin rase nye tk wujud pun cinta 3 segi!!bab cinta mirza tetap pada afrina biar pun tu cuma kisah silam yg pasti terkubur bersama azlin yg bakal dicintai...suke ngan afrina yg meredhai ati atas jodoh mirza ngan azlin.itu sikap mukmin yg tetap menerima ketentuan ilahi,ngan ati jujur n suci...tabah afrina ape pun pasti ade hikmah di sebalik kejadian yg ALLAH tentu kan.....hukhuk sedeh lah deh,akak yg baca pun tk rela nk menyelit diantara mirza n azlin jadi wedding planer couple tu,ini kan afrina leh meroyan dek......hehe
ReplyDeletealmost everyone kalo berada dlm situasi yg mcm ni akan terseksa jiwa raga.diantara hasrat hati adik ipar,hasrat family dan hasrat diri sendiri..yg mana perlu didahulukan..?azlin berhak kecapi bahgia..mirza pun sama..at leat afrina dh pernah kecapi bahagia kan ngan harraz..it's fair..cinta tidak semestiny memiliki..it's hard but we must remember Allah knows and plans 4 evertyhing..ada hikmah disebalik apa yg berlaku:)
ReplyDeleteKesian Afrina, sampai bila dia harus menderita. Sudah lama dia pendamkan kesedihnya sendirian, kenapa Mirza tak mahu pertahankan cinta mereka. Jgn mengalah Mirza, cinta Afrina masih ada utk awk. Perkahwinan tanpa cinta akan membuatkan 2 hati merana. Jadi mengapa ingin diteruskan jika cinta itu tiada, nanti memakan diri sendiri. Mirza harus teguhkan pendiriannya..
ReplyDeletemakin lama makin tak boleh nak jangka apa yang akan jadi.. awak memang pandai buat jiwa saya bergolaklah sara.. sampai takut nak baca entry demi entry
ReplyDelete