Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sendiri kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Terus Amalina menutup radio yang mendendangkan
lagu daripada Fauziah Latif itu. Rasa nak marah betul! Dah tahu nak rawat hati
yang kepedihan dan kesakitan, pergi dengar lagu sedih tu buat apa? Gatal
telinga untuk koyakkan hati sendiri.
“Akak... kenapa tutup? Lagu sedap tuh?” Seloroh
Afrina melawak. Syok-syok layan perasaan, tup-tup ditutup. Potong feel betul!
Lagu Dia nyanyian Fauziah Latif itu memang
mempunyai lirik yang menyentak kalbu. Sekali kaji, memang lagu itu kena benar
dengan situasi dirinya sekarang. Sesuatu yang bermula dia jernih tiba-tiba
bertukar menjadi keruh. Cinta terhalang oleh orang tua! Boleh bernanah telinga
kalau terus mendengar walaupun dihalang keras oleh hati. Ialah, siapa boleh
lawan kata hati yang sedang menggila?
“Aah..yalah tu sedap. Sedap yang menyakitkan
hati.” Bidas Amalina kembali sambil menjeling.
“Cinta terhalang oleh orang tua....” Ulang Afrina
sambil melagukan lirik Dia itu. Tak sedap mana pun. Tapi bolehlah kalau nak
rabakkan telinga yang mendengar.
“Tak ada orang yang halang cinta kamu Afrin...
Kamu sendiri yang bertegas nak rahsiakan perkara sebenar! Cuba kita beritahu
Mama dan ibu Mirza, mungkin keadaan akan pulih seperti biasa. Siapa tahu kan?”
Amalina tak habis-habis dengan hujahnya.
“Ya... Betul cakap akak tuh! Saya akan bahagia
sementara Azlin akan menderita!”
Sudah berulang kali Afrina cuba memahamkan
Amalina. Kebahagiaan yang sebenar bukan dicipta dari air mata orang lain. Dia
dah rasai dahulu. Tengok sahaja dahulu, dia tegar melukakan Mirza dah berkahwin
dengan Haraz. Memang dia bahagia! Tapi dalam kadar waktu yang sangat senteng! Tak
kan dia nak selak balik kesalahan yang sama?
“Azlin pasti akan dapat terima hakikatnya! Dia
bukan budak kecik. Lagipun, sampai bila Afrin dan Mirza nak menipu Lin? Kalau
Lin tahu dari mulut orang lain yang Afrin dan Mirza pernah bertunang, mesti Lin
rasa tertipu. Percayalah Afrin, waktu itu, Lin akan lebih kecewa dengan korang
berdua.”
“Tak akan ada orang yang akan beritahu dia! Saya
dah sepakat dengan Mirz yang benda ni akan kekal rahsia!” Hujah Afrina kembali.
“Oh... Jadi dah berpakatlah? Sepakat memang
membawa berkat! Tapi itu semua jalan singkat! Cuba fikir dalam-dalam lagi
Afrin.... Keadaan tak akan berubah selagi manusia tak berusaha untuk
mengubahnya.”
Afrina yang sedang membancuh susu untuk Hadziq itu
mula memperlahankan rentaknya. Susu tepung yang tumpah di atas kabinet itu
dikesat perlahan dengan menggunakan kain buruk. Ingatannya mula teringat pada
kejadian di butik tempoh hari.
Apabila Azlin dipelawa oleh mak andam untuk
mengenakan busana yang sedia ada, Afrina mula mengambil kesempatan untuk
menyampaikan amanat kepada Mirza. Baru kini mereka ada peluang untuk berbual
dan bertembung mata.
“Mirz.... tolong jaga Lin baik-baik.” Agak kekok
untuk menasihatkan seorang lelaki yang dia cinta supaya menjaga perempuan lain.
Tapi ayat itu lepas juga dari mulutnya.
Afrina tersenyum. Senyuman itu ibarat seperti
pembalut luka. Ia menutup luka namun pedihnya masih terasa.
Mirza ikut turut tersenyum tapi senyuman yang
cukup sinis!
“Kadang-kadang Mirz tak faham dengan Afrin. Dulu
Afrin terus-terusan menolak Mirz bilamana Mirz menagih dan merayu Afrin untuk
menerima Mirz. Lepas tu tup-tup Afrin berubah dah meluahkan perasaan Afrin pada
Mirz. Dan sekarang, tanpa rasa bersalah, Afrin suruh Mirz jaga Lin baik-baik. Permainan
apa yang Afrin rancangkan sebenarnya? Oh... Mungkin Afrin baru tahu yang Mirz
akan kahwin dengan Lin jadi Afrin sengaja nak duga kasih sayang Mirz pada Lin? Konon
macam Mirz tak akan sayang Linlah... Macam tu ke?”
Tipu kalau Mirza cakap yang dia tidak terkejut
melihat Afrina bersama dengan Azlin. Dari cerita Azlin tadi, dia dapat tahu
yang Afrina sudah kembali bekerja. Memang itulah sepatutnya. Bolehlah Afrina
bergaul semula dan menjalani kehidupan yang normal. Kalau dia tahu Afrina ada
di sini, pasti dia tidak akan memandai-mandai menawarkan diri untuk datang.
Afrina gigit bibir. Pedih telinga yang mendengar, namun
perit lagi jiwa yang menerima hukuman itu. Tak sangka yang sampai ke situ
sekali Mirza berfikir tentang dirinya. Tuduhan yang terlalu kejam!
“Terpulanglah pada Mirz nak fikir macam mana
pun... Apa yang penting sekarang ialah kebahagian Lin...” Bertekak sampai
terkeluar anak tekak pun, masalah tetap tak akan selesai dengan sebegitu mudah.
“Ya ke..? Hmm.. kebahagiaan Linlah sangat...?”
Sekali lagi Mirza bersikap sinis dan pesimis!
Berkerut dahi Afrina. Kenapa Mirza kelihatan
sangat aneh hari ini?
Mirza mula mencari wajah Afrina. Pandangan tajam
mula dihunuskan ke arah anak mata Afrina.
“....Habis tu, Afrin tak pernah fikir pulak pasal
kebahagian Mirz? Sampai bila Mirz kena berkorban untuk kebahagiaan orang lain?
Dahulu untuk Afrin dan Haraz. Sekarang untuk Lin pulak?” Bentak Mirza lagi.
Sebenarnya dia sengaja menguji. Menguji emosi Afrina. Sampai tahap mana Afrina
sanggup berkorban dengan cinta ini? Lagipun benarkah pengakuan Afrina tempoh
hari?
Dalam diam, Mirza sebenarnya mengharapkan agar
Afrina meluahkan perasaannya itu sekali lagi. Biarlah untuk kali yang terakhir.
Mirza terlalu ingin untuk mendengarnya. Biarlah dia simpan ayat keramat itu
hingga ke hujung nafasnya.
“Kenapa dengan Mirz nih?” Afrina cuba mengawal
perasaan. Tak, sepatutnya Mirza yang perlu mengawal diri.
“Soalan itu patutnya Afrin tanya diri sendiri...
Bukan tanya Mirz..” Muka Mirza Mencerlung marah. Berpura-pura memainkan watak
antagonis dengan sebaiknya. Dapat dia kecam reaksi pelik dari Afrina.
“Mirz....” Afrina memejamkan matanya sedikit. Dia
tidak betah dibidas begini. Bibirnya digigit lagi. Menyebut nama lelaki itu
seolah-olah mengilukan jiwa dan hatinya. Kebenaran itu harus terus disimpan. Dia
rela dipersalahkan, tapi dia tidak rela jika Mirza meninggalkan Azlin dan
berpaling kepadanya.
“Kalau betul Afrin sayang Mirz macam yang Afrin
cakap hari tu, kenapa Afrin tak pertahankan kasih sayang tu? Kenapa memilih
untuk mendiamkan diri bila Afrin tahu yang bakal isteri Mirz itu Lin? Betul ke
Afrin sayangkan Mirz?” Susah sangat nak tunggu Afrina meluahkan ayat keramat
itu, Mirza mula menghentam dengan pertanyaan.
Namun mampukah Afrina menjawabnya? Ini dinamakan
perang psycho!
“Sebenarnya Afrin sengaja nak uji kesungguhan Mirz
untuk memperisterikan Lin dengan meluahkan perasaan tempoh hari. Sebab masa tu
Afrin dah tahu yang Mirz bakal suami Lin. Sebab tu Afrin telefon Mirz dan cakap
sayang dekat Mirz... Itu jeh...”
Bukan
mudah... Ya... bukan mudah untuk dia menipu dengan Mirza. Kalau dahulu
kebencian memang menapak di dalam hatinya. Namun kini bunga-bunga cinta
bermaharajalela di ruang wajah. Bukan mudah untuk membuat Mirza tertipu apatah
lagi lelaki itu begitu bijak membaca apa yang tersirat di wajahnya.
Mirza melopong. Dia pasti ada yang tak kena? Dari
mana pula Afrina tahu? Bukan ke Afrina tak baik dengan mertuanya? Pasti wanita
ini sedang mencipta helah! Kadang-kadang dia memang tidak faham dengan tingkah
Afrina!
Dari duduk yang sedikit jauh, Mirza mula bangun
untuk merapatkan jurang. Terkesan riak tidak senang dari Afrina. Malah mata
wanita itu asyik memandang bilik persalinan. Mungkin takut jika Azlin mengesan
perbuatan mereka.
“Afrin.... Afrin tak pandai menipu! Apatah lagi
untuk menipu Mirz...” Perlahan sahaja suara Mirza namun bisanya menghiris ke
ulu hati Afrina. Jarak mereka sangat dekat! Hampir sahaja bahu mereka
bersentuhan.
Afrina mengengsot menjauh sedikit. “Afrin bukan
Afrin yang dahulu... Yang senang untuk dibaca fikirannya... Mirz kena ingat tu!”
Tegas Afrina sambil bangun namun terhalang apabila Mirza memegang kejap
lengannya.
Tersentak dengan perlakuan spontan Mirza itu.
Matanya cepat sahaja dikalih ke arah bilik persalinan. Tidak mahu jika Azlin
melihat perlakuan Mirza ini. Pasti akan mengundang salah faham.
“Mirz.....” Tegur Afrina yang mula tidak senang
dengan kelakuan Mirza yang sedikit drastik ini. Mana kesabaran yang menggunung?
Mana ketenangannya? Tidakkah Mirza sedar yang dia sedang melawan batas agama?
“Ada sesuatu yang Afrin sembunyikan dari Mirz...
Mirz dapat rasa...” Tekan Mirza sambil mengenalpasti riak Afrina.
Dengan sepenuh daya, Afrina menepis tangan Mirza
yang erat mengenggam lengannya. Semua yang berlaku ini salah! Hukum agama tak
boleh ditolak ke tepi walaupun perasaan sedang diamuk badai menggila.
“Apa kena dengan Mirz nih? Mirz dah nak kahwin
dengan Lin... Apa pun yang pernah terjadi antara kita, Mirz kena tolak tepi.
Tak ada jodoh antara kita... Kita kena terima...” Tutur Afrina perlahan. Cuba
memahamkan Mirza yang nampak tertekan itu.
Riak wajah Mirza sedikit berubah. “Kita..? Kita tu
merangkumi both... between you and me... Maknanya Afrin pun berharap agar kita
disatukan ke? Tapi keadaan memaksa Afrin untuk beralah. Macam tu?”
Ah sudah... Cepat sahaja Mirza menangkap kesalahan
ayatnya yang nampak mudah itu. Sesenang ini dia terperangkap? Afrina telan
liur. Apatah lagi melihat wajah Mirza yang keruh itu.
“Tolonglah Mirz... Jangan kusutkan keadaan lagi.
Jangan selak kisah lama kita...” Nasihat Afrina perlahan. Kenapa dengan Mirza?
Kenapa Mirza menggesanya sebegini rupa? Permainan apa yang cuba Mirza
rencanakan?
Perlahan-lahan Mirza melepaskan pautan. Terlupa
yang dia sebenarnya berlakon untuk mendengar pengakuan dari Afrina. Tapi macam ‘terover
acting’ pula sampai sanggup menyentuh lengan Afrina. Memanglah berlapik. Tapi
perkara itu tetap salah! Matlamat tak pernah menghalalkan cara.
“Mirz... Tolong rahsiakan sejarah yang berlaku
antara kita. Lin tak boleh tahu... Afrin tak mahu kalau Lin rasa tak
selesa....Lagipun hubungan Afrin dan mama dah pulih. Afrin tak mahu jika ada
salah faham lagi antara kami.” Pujuk Afrina lagi. Kali ini suaranya perlahan
dan lembut. Memujuk Mirza yang bagaikan merajuk!
“Jadi sebab tu Afrin beralah? Beralah supaya
hubungan kalian terus baik? Macam tuh...?” Teka Mirza. Tolonglah... Tipulah apa
sahaja. Ungkaplah rasa sayang itu dan nyatakan sebab kenapa semua ini terjadi?
Itu lebih baik dari dirinya tertanya-tanya sendiri.
“Bukan sebab tu Mirz... Bukan sebab tuh...”
“Jadi ada sebab lain? Sebab apa yang membuatkan
Afrin tak boleh terima Mirz sedangkan Afrin pun sayangkan Mirz jugak?” Sekali
lagi Afrina terperangkap dengan kata-katanya.
‘Argghhh... kenapa Mirza begitu hebat memerangkap
aku hanya dengan kesalahan ayat?’ Lirih hati Afrina. Adakah semua perbuatannya
memberi kesan yang mendalam terhadap Mirza?
“Abang.... kak Afrin... Cuba tengok baju nih..
Cantik tak?” Laungan suara Azlin dari bilik persalinan itu membuatkan
pertelingkahan mereka terhenti. Perlahan-lahan Mirza mengeluh sebelum melewati
Afrina untuk menuju ke bilik persalinan. Mungkin benar Afrina sedang
menyembunyikan sesuatu. Adakah perlu dia tanya dari Amalina? Tapi kalau dia
tahu hakikatnya pun, mampu ke dia perbetulkan semua ini?
‘Arghh... kau ni macam mana Mirz? Bukan ke hari tu
kau dah redha nak terima Lin sebagai isteri? Tapi sekarang kenapa kau nak
selongkar alasan yang menyebabkan Afrina tak boleh terima kau? Tak boleh ke kau
biarkan Afrina dengan hidup dia sendiri? Lagipun, kalau kau tahu kebenaran yang
sebenar, apa yang mampu kau lakukan selain beralah dengan keadaan?’ Marah Miza
pada diri sendiri.
Kadang-kadang kemahuan ini memang tidak mampu
dihalang. Apatah lagi kemahuan yang melibatkan hati dan perasaan. Seorang
doktor pun tak akan mampu untuk merawat kelukaan milik sendiri.
“Kalau kamu tak mampu nak cakap... biar Akak yang
cakap dengan Mirz..” Tawar Amalina tanpa dimohon. Boleh je dia ikut kepala
sendiri pergi beritahu Mirza tentang rahsia ini. Tapi dia tak mahu memandai-mandai.
Nanti tak pasal-pasal cipta tragedi baru.
“Tak apalah kak. Terima kasih sahaja...” Kaki
sudah ingin dibawa ke arah tangga. Hendak memberikan susu kepada Hadziq. Malam
sudah larut benar, dia pun sudah mengantuk.
“Akak... dah... jangan fikir banyak-banyak sangat.
Jangan nak memandai-mandai cari idea nak bocorkan rahsia kita pada Mirz...
Kalau tak, siaplah akak!” Sempat lagi Afrina sound Amalina awal-awal. Sudah
terlalu bijak untuk membaca fikiran si kakak.
“Erk.... Kena sound macam tu je?” Keluh Amalina
sambil mengaru pipinya sedikit. Nasib badan betul. Dia pun sudah mula masuk ke
dalam bilik. Dicapai telefon bimbit. Ingin menelefon suaminya. Bilalah encik
abang nak balik dari outstation? Dah rindu sangat nih?
Tiba-tiba tindakannya terhenti. ‘Aku yang tak
jumpa suami baru empat hari pun dah rindu sangat... Apa agaknya perasaan Afrin
yang terpaksa berpisah dari Haraz? Pasti lagi banyak beban kerinduan yang perlu
ditanggung?’
Mungkin betul... Dia kena lakukan sesuatu untuk
Mirza dan Afrina? Sesuatu yang nampak real... Nanti tak lah Afrina menyalahkan
dirinya yang gatal-gatal membocorkan rahsia.
***
Diari Hijau yang berada di
dalam laci itu mula dikeluarkan. Mata Azlin rajin menganalisa catatan penanya
sendiri. Diari hijau ini dihadiahkan oleh Afrina seminggu yang lepas. Kata
kakak iparnya itu, bakal pengantin memerlukan buku khas untuk mencatit
perkara-kara yang ingin disediakan? Rupanya bukan mudah nak kahwin! Banyak
perkara yang perlu memerah keringatnya.
Jam Gucci yang terselit di
tangan mula dikerling. Sudah melewati jam satu tengah hari. Pada pukul dua
setenggah nanti, dia punya temu janji bersama client. Jadi dia harus makal
awal. Pantas dia menekan nombor sambungan ke bilik Afrina.
“Kak, jom lunch
together-gether...” Sejak Afrina masuk kerja, memang waktu maka tengah akan
diperuntukkan untuk bersama dengan Afrina. Meriah waktu makan dengan topik
perbualan yang tak pernah habis. Dia suka bertukar pendapat dengan Afrina
kerana dalam banyak perkara, Afrina bukanlah tergolong dalam golongan otak
kosong!
“Jom! Makan kat mana nih?”
“Kat Warung Mak Jenah
jelah... Senang... malas nak drive sebab lepas ni ada appointment dengan
client.”
“Okay dear!”
Tanpa menunggu lama,
mereka berdua keluar dari ofis dan menuju ke Warung Mak Jenah yang terletak di
bawah ofis meraka sahaja. Nama je warung, tapi tak adalah macam warung tepi
jalan. Restoran itu tetap nampak ekslusif dalam santai. Makanannya pun sedap.
Cuma bila tiap-tiap hari mengadap makanan yang sama, boleh diserang jemu juga.
“So, preparation apa je
yang belum settle?” Tanya Afrina sambil menyuakan mee hon sup ke dalam mulut.
Hari ini dia memilih makanan ringan sahaja. Tak lalu pula hendak menjamah nasi.
“Kad kahwin dah
tempah....Catering pun dah settle.. Baju dan pelamin pun dah tak ada masalah...Tunggu
dia panggil untuk fitting baju jeh.. Barang-barang hantaran pun banyak dah
beli.. Tinggal Al-quran je belum.. Lepas tu sekarang nak cari orang untuk gubah hantaran jeh...
Nak buat sendiri memang tak lah kan...” Bab mengubah ni Azlin memang kantoi!
Karang ada jugak hantaran jadi bentuk bangunan. Ialah, dah kerja pun bahagian
construction. Manalah nak datang seninya.
“Hmm... Kalau Lin tak
kisah... Akak sudi je nak ubah hantaran Lin. Itu pun kalau Lin percaya pada
kretiviti akaklah.. Ialah, sebab akak ni jarang buat benda yang berseni ni.
Boleh jadi cantik.. Boleh jadi jahanam...” Afrina ketawa di hujung katanya.
Dahulu, dia tidak berkesempatan untuk mengubah
hantaran sendiri. Al-maklumlah, kahwin pun nak cepat jeh. Semua diserah kepada
mak andam. Tapi kali ini, dia teringin hendak membantu Azlin mengubah hantaran.
Mungkin itu yang dia mampu untuk menggambarkan keikhlasannya untuk menerima
qadar dan ketentuan ini dengan serela dan seikhlasnya.
“Serius kak? Tak menyusahkan ke?” Siapa tak
gembira bila ada orang offer diri nak tolong buat kan? Dia tahu Afrina kreatif.
Tengok dekorasi rumah pun dah boleh agak. Still Simple but exclusive!
“Ish... tak ada apa yang menyusahkan. Nanti bagi
barang-barang hantaran lepas tu kita cari barang sampingan untuk nampakkan
hantaran tu jadi awesome!” Semangat Afrina sudah berkobar-kobar. Sangat tak
sabar! Majlis pun tinggal sebulan sahaja lagi.
“Argghh... tak sabar betul!” Azlin melahirkan
keterujaannya.
“So Lin nak design yang macam mana?” Perlu untuk
Afrina tahu keinginan dan kemahuan si adik. Bimbang jika tersasar dari impian
gadis itu.
“Hmm.. tak ada yang spesifik lagi. Yalah, macam
akak tak tahu yang saya ni mana kreatif nak fikir. Tapi saya suka kalau semua
hantaran saya pakai bunga segar... Saya kan minah bunga!”
Afrina angguk dalam tersenyum. Dalam fikirannya
sudah terbayangkan beberapa versi yang anggung untuk digubah. Heh, macamlah
profesional sangat kan? Harap-harap jadilah...
Tiba-tiba Iphone milik Afrina berbunyi nyaring.
Naik nombor telefon dari kakaknya. Tanpa berfikir panjang, terus diambil.
Mungkin ada beberapa barang yang dikirim untuk keperluan harian. Kebiasaannya
begitulah.
“Hello Puan Amalina... Ada apa-apa yang perlu saya
bantu?” Tanya Afrina formal. Sengaja bercanda.
“Afrin... Ad... Ad...” Suara Amalina sudah bergema
dengan esak tangis. Terus Afrina membetulkan duduknya. Dadanya terus sesak
mendengar suara Amalina yang kedengaran cemas itu.
“Kenapa dengan Ad?” Tidak dipeduli jika suaranya
dapat didengari oleh satu restoran sekalipun. Azlin juga terus menghentikan
suapa. Terkesan pada riak wajah Afrina yang serius.
“Ad jatuh tangga...Dahi dia terkoyak...”
Mendengarkan sahaja ayat Amalina itu, terus Afrina bangun dan mencapai beg
tangan. Jantungnya bagai dirobek saat mendengar perkataan ‘koyak’ itu.
‘Ya Allah... selamatkan anak aku!’
“Akak dekat mana sekarang?” Setelah memastikan
lokasi hospital dari Amalina, terus dia memutuskan talian dan mula berkalih ke
arah Azlin.
“Akak pergi KMC dulu. Ad jatuh tangga... Dahi dia
terkoyak.. Mungkin akak tak masuk ofis lepas nih.” Terang Afrina cepat.
“Oh.. okay.. nanti apa-apa hal update pada saya
ya. Sorry saya tak boleh ikut.. Ada appointment dengan client kejap lagi..”
Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengikuti kakak iparnya. Melihat keadaan
satu-satunya anak saudara yang dia ada. Dahi terkoyak itu teruk juga.
Tapi mana mungkin dia bisa membatalkan appointment
penting ini. Nanti dituduh tidak pandai berpegang pada janji pula. Sudahlah
projek baru ini bernilai jutaan ringgit.
“It’s okay Lin... Akak faham. Akak pergi dulu..”
Azlin menghantar bayang Afrina dengan ekor
matanya. Dalam hati ikut bergaul dengan rasa risau dan takut. Kesian pula pada
Afrina. Pasti sukar untuk melewati sendiri walaupun dengan kehadiran Amalina.
Tiba-tiba Azlin teringatkan Mirza. Mungkin Mirza
boleh bantu apa-apa yang patut di sana nanti. Lagipun Mirza dan Afrina kan
saling mengenali. Hadziq juga rapat dengan Mirza. Jadi tak salah rasanya untuk
Mirza tahu keadaan Hadziq sekarang. Telefon mula dicapai. Fokusnya adalah untuk
menghubungi Mirza.
“Hello.... Abang... Abang free tak?” Apabila
talian disambung, cepat sahaja suara Azlin menerjah.
“Kenapa ni? Macam urgent je... Abang tengah
kerja.” Mirza mula tak senang duduk.
“Anak kak Afrin masuk hospital.. Jatuh tangga. Kak
Long Amalina cakap dahi Ad terkoyak. Kalau abang free, bolehlah tengokkan
keadaan Ad. Lin ada appointment penting dengan client kejap lagi.” Terang Azlin
simple. Cerita panjang-panjang pun tak guna jugak. Bukan dia tahu situasi yang
sebenar? Boleh jadi dahi Ad akan dijahit.
“Hospital mana?” Tanya Mirza gelabah. Mirza sudah
mula diserang kerisauan. Pasti Afrina memerlukan dirinya tika ini. ‘Ya Allah...
kuatkan Afrin!’
“KMC.” Tanpa berfikir panjang lagi, terus Mirza
mencapai kunci kereta. Dia tak langsung fikir panjang bila sesuatu itu
melibatkan Afrina. ‘Afrin... Mirz datang...’
p/s: so sorry kalau tak memenuhi piawaian korang... enjoy reading n do komen k.. thanks coz support DSKH nih...
Alahai Azlin ni kenapa dia call Mirza pulak.....-_-#
ReplyDeletetulahhh... awat dia tepon mirza pulak kan.. ishh
Deletetu la ko sara, knpa call Mirza plak..lain la kalo dorang satu hspital.
Delete>>k<<
xsabau nk tau reaksi Mirz klu dia tau Afrin kne buatan org,.cpt2 hupdate ye cik writer keke
ReplyDeletejeng jeng jengggg
Deleteapa yg jeng jeng jeng tu ms author? hehhe...
DeleteLin g call mirza..weird though....mirza doctor mental bukan doc biasa tu hehehe...
well x sabar next n3..(over x? baru je kot epi 24 ni naik) hehheh...tp tu la hakikatnya...baca DSKH ni mmg ketagih....
ayoyoyoooo...mcm mana neh mirz...sini mau sana mau...nanti2 dpt abuk jahhh...
ReplyDeletekih kih kih.. tulah.. nnti abuk pun x dpt kan..
DeleteSmoga Afrin dengan Mirza jugak akhir nanti. Hehe. Memang xboleh tahan nak tggu next n3. Nak lagi ^^
ReplyDeletesabor sabor... kang tlis rushing feel tertinggal...hehee
DeleteEzza,
ReplyDeleteplot cite dh makin suspen. Siapakah pilihan Mirza, Afrin or Azlin. Harap-2 Azlin tahu dan undur diri demi kebahagian kakak iparnya. Kesian kat Afrin, bilalah deritanya akan berakhir.
By the way, CUSL memang best. Dh 2x sy baca, dh pas kat ny nice. Smlm dia ckp CUSL best sgt, dia kirim salam kat awk. Dia ada tanya gak kenapa xde sign penulis, sbb most of my colection ada sign penulis. I cakap x sempat nk jpa you, maybe next time kot. Apa-2 pun, all the best with ur 2nd novel DSKH.
dear kak has... thanks coz alwayz supprt for DSKH n CUSL... oh.. kalau nak sign nnti bg alamat.. blh pm sign y x omei itu.. kih kih.. btw, lebiulah kak..
Deleteagar masih ade jodoh wat insan yang cinta mencintai...akak terkedu nk komen dek!dua2 wanita yg baik pekerti,cuma nak mirz jujur n iklas dalam memilih bakal permaisuri di ati!!!luv u afrina kerna rela mengalah,biar pun cinta masih bertamu di hati...hati mu penuh ngan sikap terpuji.pasti ALLAH janji kan kebaikan wat mu afrina.......akak sedehhh dekkkkk Hukhukhuk
ReplyDeletekannn.. dua2 baik.. kalau sy jd mirz pun saya pening.. ishh... jgn sedih2 kak... releks2... hehehee
Deletekenapa pendek ja .... kena harus berdusta pada diri Afrin dan Mirz .... Mirz kalau hati x ikhlas dengan Lin buat apa kahwin??? .... kalau Lin tahu lepas Kahwin akan lebih sakit hati lagi.... fikir-fikirkan lah..... sedih...
ReplyDeletependek?? dah 15 page kak oittt... kannn.. kala tahu lepas khwin msti lagi sedih.. haih..
Deleteargh.... knapa...knapa... knapa saya perlu rase sebegini..... geram.. sedih ...sakit ati pon ad... mixed feeling........... x tau nk ckp mcm mne... argh!!!!!!!!!!............. nk lagi!!!!!!!!!!!!!!! x bleh nk predict ap yg akn jdi mse ending... nk lin dgn mirz tpi kesian afrin.. mirz dgn afrin kesia lin.. hwaaaaaaaaaaaaaaaaa............... x tau mne satu... huhhuhuhu
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
sabor jay.. sabor... x yah predict. bc je ending nnti..kih kih kih..
Delete