Thursday 18 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [24]


Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sendiri kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Terus Amalina menutup radio yang mendendangkan lagu daripada Fauziah Latif itu. Rasa nak marah betul! Dah tahu nak rawat hati yang kepedihan dan kesakitan, pergi dengar lagu sedih tu buat apa? Gatal telinga untuk koyakkan hati sendiri.
“Akak... kenapa tutup? Lagu sedap tuh?” Seloroh Afrina melawak. Syok-syok layan perasaan, tup-tup ditutup. Potong feel betul!
Lagu Dia nyanyian Fauziah Latif itu memang mempunyai lirik yang menyentak kalbu. Sekali kaji, memang lagu itu kena benar dengan situasi dirinya sekarang. Sesuatu yang bermula dia jernih tiba-tiba bertukar menjadi keruh. Cinta terhalang oleh orang tua! Boleh bernanah telinga kalau terus mendengar walaupun dihalang keras oleh hati. Ialah, siapa boleh lawan kata hati yang sedang menggila?
“Aah..yalah tu sedap. Sedap yang menyakitkan hati.” Bidas Amalina kembali sambil menjeling.
“Cinta terhalang oleh orang tua....” Ulang Afrina sambil melagukan lirik Dia itu. Tak sedap mana pun. Tapi bolehlah kalau nak rabakkan telinga yang mendengar.
“Tak ada orang yang halang cinta kamu Afrin... Kamu sendiri yang bertegas nak rahsiakan perkara sebenar! Cuba kita beritahu Mama dan ibu Mirza, mungkin keadaan akan pulih seperti biasa. Siapa tahu kan?” Amalina tak habis-habis dengan hujahnya.
“Ya... Betul cakap akak tuh! Saya akan bahagia sementara Azlin akan menderita!”
Sudah berulang kali Afrina cuba memahamkan Amalina. Kebahagiaan yang sebenar bukan dicipta dari air mata orang lain. Dia dah rasai dahulu. Tengok sahaja dahulu, dia tegar melukakan Mirza dah berkahwin dengan Haraz. Memang dia bahagia! Tapi dalam kadar waktu yang sangat senteng! Tak kan dia nak selak balik kesalahan yang sama?
“Azlin pasti akan dapat terima hakikatnya! Dia bukan budak kecik. Lagipun, sampai bila Afrin dan Mirza nak menipu Lin? Kalau Lin tahu dari mulut orang lain yang Afrin dan Mirza pernah bertunang, mesti Lin rasa tertipu. Percayalah Afrin, waktu itu, Lin akan lebih kecewa dengan korang berdua.”
“Tak akan ada orang yang akan beritahu dia! Saya dah sepakat dengan Mirz yang benda ni akan kekal rahsia!” Hujah Afrina kembali.
“Oh... Jadi dah berpakatlah? Sepakat memang membawa berkat! Tapi itu semua jalan singkat! Cuba fikir dalam-dalam lagi Afrin.... Keadaan tak akan berubah selagi manusia tak berusaha untuk mengubahnya.”
Afrina yang sedang membancuh susu untuk Hadziq itu mula memperlahankan rentaknya. Susu tepung yang tumpah di atas kabinet itu dikesat perlahan dengan menggunakan kain buruk. Ingatannya mula teringat pada kejadian di butik tempoh hari.
Apabila Azlin dipelawa oleh mak andam untuk mengenakan busana yang sedia ada, Afrina mula mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat kepada Mirza. Baru kini mereka ada peluang untuk berbual dan bertembung mata.
“Mirz.... tolong jaga Lin baik-baik.” Agak kekok untuk menasihatkan seorang lelaki yang dia cinta supaya menjaga perempuan lain. Tapi ayat itu lepas juga dari mulutnya.
Afrina tersenyum. Senyuman itu ibarat seperti pembalut luka. Ia menutup luka namun pedihnya masih terasa.
Mirza ikut turut tersenyum tapi senyuman yang cukup sinis!
“Kadang-kadang Mirz tak faham dengan Afrin. Dulu Afrin terus-terusan menolak Mirz bilamana Mirz menagih dan merayu Afrin untuk menerima Mirz. Lepas tu tup-tup Afrin berubah dah meluahkan perasaan Afrin pada Mirz. Dan sekarang, tanpa rasa bersalah, Afrin suruh Mirz jaga Lin baik-baik. Permainan apa yang Afrin rancangkan sebenarnya? Oh... Mungkin Afrin baru tahu yang Mirz akan kahwin dengan Lin jadi Afrin sengaja nak duga kasih sayang Mirz pada Lin? Konon macam Mirz tak akan sayang Linlah... Macam tu ke?”
Tipu kalau Mirza cakap yang dia tidak terkejut melihat Afrina bersama dengan Azlin. Dari cerita Azlin tadi, dia dapat tahu yang Afrina sudah kembali bekerja. Memang itulah sepatutnya. Bolehlah Afrina bergaul semula dan menjalani kehidupan yang normal. Kalau dia tahu Afrina ada di sini, pasti dia tidak akan memandai-mandai menawarkan diri untuk datang.
Afrina gigit bibir. Pedih telinga yang mendengar, namun perit lagi jiwa yang menerima hukuman itu. Tak sangka yang sampai ke situ sekali Mirza berfikir tentang dirinya. Tuduhan yang terlalu kejam!
“Terpulanglah pada Mirz nak fikir macam mana pun... Apa yang penting sekarang ialah kebahagian Lin...” Bertekak sampai terkeluar anak tekak pun, masalah tetap tak akan selesai dengan sebegitu mudah.
“Ya ke..? Hmm.. kebahagiaan Linlah sangat...?” Sekali lagi Mirza bersikap sinis dan pesimis!
Berkerut dahi Afrina. Kenapa Mirza kelihatan sangat aneh hari ini?
Mirza mula mencari wajah Afrina. Pandangan tajam mula dihunuskan ke arah anak mata Afrina.
“....Habis tu, Afrin tak pernah fikir pulak pasal kebahagian Mirz? Sampai bila Mirz kena berkorban untuk kebahagiaan orang lain? Dahulu untuk Afrin dan Haraz. Sekarang untuk Lin pulak?” Bentak Mirza lagi. Sebenarnya dia sengaja menguji. Menguji emosi Afrina. Sampai tahap mana Afrina sanggup berkorban dengan cinta ini? Lagipun benarkah pengakuan Afrina tempoh hari?
Dalam diam, Mirza sebenarnya mengharapkan agar Afrina meluahkan perasaannya itu sekali lagi. Biarlah untuk kali yang terakhir. Mirza terlalu ingin untuk mendengarnya. Biarlah dia simpan ayat keramat itu hingga ke hujung nafasnya.
“Kenapa dengan Mirz nih?” Afrina cuba mengawal perasaan. Tak, sepatutnya Mirza yang perlu mengawal diri.
“Soalan itu patutnya Afrin tanya diri sendiri... Bukan tanya Mirz..” Muka Mirza Mencerlung marah. Berpura-pura memainkan watak antagonis dengan sebaiknya. Dapat dia kecam reaksi pelik dari Afrina.
“Mirz....” Afrina memejamkan matanya sedikit. Dia tidak betah dibidas begini. Bibirnya digigit lagi. Menyebut nama lelaki itu seolah-olah mengilukan jiwa dan hatinya. Kebenaran itu harus terus disimpan. Dia rela dipersalahkan, tapi dia tidak rela jika Mirza meninggalkan Azlin dan berpaling kepadanya.
“Kalau betul Afrin sayang Mirz macam yang Afrin cakap hari tu, kenapa Afrin tak pertahankan kasih sayang tu? Kenapa memilih untuk mendiamkan diri bila Afrin tahu yang bakal isteri Mirz itu Lin? Betul ke Afrin sayangkan Mirz?” Susah sangat nak tunggu Afrina meluahkan ayat keramat itu, Mirza mula menghentam dengan pertanyaan.
Namun mampukah Afrina menjawabnya? Ini dinamakan perang psycho!
“Sebenarnya Afrin sengaja nak uji kesungguhan Mirz untuk memperisterikan Lin dengan meluahkan perasaan tempoh hari. Sebab masa tu Afrin dah tahu yang Mirz bakal suami Lin. Sebab tu Afrin telefon Mirz dan cakap sayang dekat Mirz... Itu jeh...”
 Bukan mudah... Ya... bukan mudah untuk dia menipu dengan Mirza. Kalau dahulu kebencian memang menapak di dalam hatinya. Namun kini bunga-bunga cinta bermaharajalela di ruang wajah. Bukan mudah untuk membuat Mirza tertipu apatah lagi lelaki itu begitu bijak membaca apa yang tersirat di wajahnya.
Mirza melopong. Dia pasti ada yang tak kena? Dari mana pula Afrina tahu? Bukan ke Afrina tak baik dengan mertuanya? Pasti wanita ini sedang mencipta helah! Kadang-kadang dia memang tidak faham dengan tingkah Afrina!
Dari duduk yang sedikit jauh, Mirza mula bangun untuk merapatkan jurang. Terkesan riak tidak senang dari Afrina. Malah mata wanita itu asyik memandang bilik persalinan. Mungkin takut jika Azlin mengesan perbuatan mereka.
“Afrin.... Afrin tak pandai menipu! Apatah lagi untuk menipu Mirz...” Perlahan sahaja suara Mirza namun bisanya menghiris ke ulu hati Afrina. Jarak mereka sangat dekat! Hampir sahaja bahu mereka bersentuhan.
Afrina mengengsot menjauh sedikit. “Afrin bukan Afrin yang dahulu... Yang senang untuk dibaca fikirannya... Mirz kena ingat tu!” Tegas Afrina sambil bangun namun terhalang apabila Mirza memegang kejap lengannya.
Tersentak dengan perlakuan spontan Mirza itu. Matanya cepat sahaja dikalih ke arah bilik persalinan. Tidak mahu jika Azlin melihat perlakuan Mirza ini. Pasti akan mengundang salah faham.
“Mirz.....” Tegur Afrina yang mula tidak senang dengan kelakuan Mirza yang sedikit drastik ini. Mana kesabaran yang menggunung? Mana ketenangannya? Tidakkah Mirza sedar yang dia sedang melawan batas agama?
“Ada sesuatu yang Afrin sembunyikan dari Mirz... Mirz dapat rasa...” Tekan Mirza sambil mengenalpasti riak Afrina.
Dengan sepenuh daya, Afrina menepis tangan Mirza yang erat mengenggam lengannya. Semua yang berlaku ini salah! Hukum agama tak boleh ditolak ke tepi walaupun perasaan sedang diamuk badai menggila.
“Apa kena dengan Mirz nih? Mirz dah nak kahwin dengan Lin... Apa pun yang pernah terjadi antara kita, Mirz kena tolak tepi. Tak ada jodoh antara kita... Kita kena terima...” Tutur Afrina perlahan. Cuba memahamkan Mirza yang nampak tertekan itu.
Riak wajah Mirza sedikit berubah. “Kita..? Kita tu merangkumi both... between you and me... Maknanya Afrin pun berharap agar kita disatukan ke? Tapi keadaan memaksa Afrin untuk beralah. Macam tu?”
Ah sudah... Cepat sahaja Mirza menangkap kesalahan ayatnya yang nampak mudah itu. Sesenang ini dia terperangkap? Afrina telan liur. Apatah lagi melihat wajah Mirza yang keruh itu.
“Tolonglah Mirz... Jangan kusutkan keadaan lagi. Jangan selak kisah lama kita...” Nasihat Afrina perlahan. Kenapa dengan Mirza? Kenapa Mirza menggesanya sebegini rupa? Permainan apa yang cuba Mirza rencanakan?
Perlahan-lahan Mirza melepaskan pautan. Terlupa yang dia sebenarnya berlakon untuk mendengar pengakuan dari Afrina. Tapi macam ‘terover acting’ pula sampai sanggup menyentuh lengan Afrina. Memanglah berlapik. Tapi perkara itu tetap salah! Matlamat tak pernah menghalalkan cara.
“Mirz... Tolong rahsiakan sejarah yang berlaku antara kita. Lin tak boleh tahu... Afrin tak mahu kalau Lin rasa tak selesa....Lagipun hubungan Afrin dan mama dah pulih. Afrin tak mahu jika ada salah faham lagi antara kami.” Pujuk Afrina lagi. Kali ini suaranya perlahan dan lembut. Memujuk Mirza yang bagaikan merajuk!
“Jadi sebab tu Afrin beralah? Beralah supaya hubungan kalian terus baik? Macam tuh...?” Teka Mirza. Tolonglah... Tipulah apa sahaja. Ungkaplah rasa sayang itu dan nyatakan sebab kenapa semua ini terjadi? Itu lebih baik dari dirinya tertanya-tanya sendiri.
“Bukan sebab tu Mirz... Bukan sebab tuh...”
“Jadi ada sebab lain? Sebab apa yang membuatkan Afrin tak boleh terima Mirz sedangkan Afrin pun sayangkan Mirz jugak?” Sekali lagi Afrina terperangkap dengan kata-katanya.
‘Argghhh... kenapa Mirza begitu hebat memerangkap aku hanya dengan kesalahan ayat?’ Lirih hati Afrina. Adakah semua perbuatannya memberi kesan yang mendalam terhadap Mirza?
“Abang.... kak Afrin... Cuba tengok baju nih.. Cantik tak?” Laungan suara Azlin dari bilik persalinan itu membuatkan pertelingkahan mereka terhenti. Perlahan-lahan Mirza mengeluh sebelum melewati Afrina untuk menuju ke bilik persalinan. Mungkin benar Afrina sedang menyembunyikan sesuatu. Adakah perlu dia tanya dari Amalina? Tapi kalau dia tahu hakikatnya pun, mampu ke dia perbetulkan semua ini?
‘Arghh... kau ni macam mana Mirz? Bukan ke hari tu kau dah redha nak terima Lin sebagai isteri? Tapi sekarang kenapa kau nak selongkar alasan yang menyebabkan Afrina tak boleh terima kau? Tak boleh ke kau biarkan Afrina dengan hidup dia sendiri? Lagipun, kalau kau tahu kebenaran yang sebenar, apa yang mampu kau lakukan selain beralah dengan keadaan?’ Marah Miza pada diri sendiri.
Kadang-kadang kemahuan ini memang tidak mampu dihalang. Apatah lagi kemahuan yang melibatkan hati dan perasaan. Seorang doktor pun tak akan mampu untuk merawat kelukaan milik sendiri.
“Kalau kamu tak mampu nak cakap... biar Akak yang cakap dengan Mirz..” Tawar Amalina tanpa dimohon. Boleh je dia ikut kepala sendiri pergi beritahu Mirza tentang rahsia ini. Tapi dia tak mahu memandai-mandai. Nanti tak pasal-pasal cipta tragedi baru.
“Tak apalah kak. Terima kasih sahaja...” Kaki sudah ingin dibawa ke arah tangga. Hendak memberikan susu kepada Hadziq. Malam sudah larut benar, dia pun sudah mengantuk.
“Akak... dah... jangan fikir banyak-banyak sangat. Jangan nak memandai-mandai cari idea nak bocorkan rahsia kita pada Mirz... Kalau tak, siaplah akak!” Sempat lagi Afrina sound Amalina awal-awal. Sudah terlalu bijak untuk membaca fikiran si kakak.
“Erk.... Kena sound macam tu je?” Keluh Amalina sambil mengaru pipinya sedikit. Nasib badan betul. Dia pun sudah mula masuk ke dalam bilik. Dicapai telefon bimbit. Ingin menelefon suaminya. Bilalah encik abang nak balik dari outstation? Dah rindu sangat nih?
Tiba-tiba tindakannya terhenti. ‘Aku yang tak jumpa suami baru empat hari pun dah rindu sangat... Apa agaknya perasaan Afrin yang terpaksa berpisah dari Haraz? Pasti lagi banyak beban kerinduan yang perlu ditanggung?’
Mungkin betul... Dia kena lakukan sesuatu untuk Mirza dan Afrina? Sesuatu yang nampak real... Nanti tak lah Afrina menyalahkan dirinya yang gatal-gatal membocorkan rahsia.
***
            Diari Hijau yang berada di dalam laci itu mula dikeluarkan. Mata Azlin rajin menganalisa catatan penanya sendiri. Diari hijau ini dihadiahkan oleh Afrina seminggu yang lepas. Kata kakak iparnya itu, bakal pengantin memerlukan buku khas untuk mencatit perkara-kara yang ingin disediakan? Rupanya bukan mudah nak kahwin! Banyak perkara yang perlu memerah keringatnya.
            Jam Gucci yang terselit di tangan mula dikerling. Sudah melewati jam satu tengah hari. Pada pukul dua setenggah nanti, dia punya temu janji bersama client. Jadi dia harus makal awal. Pantas dia menekan nombor sambungan ke bilik Afrina.
            “Kak, jom lunch together-gether...” Sejak Afrina masuk kerja, memang waktu maka tengah akan diperuntukkan untuk bersama dengan Afrina. Meriah waktu makan dengan topik perbualan yang tak pernah habis. Dia suka bertukar pendapat dengan Afrina kerana dalam banyak perkara, Afrina bukanlah tergolong dalam golongan otak kosong!
            “Jom! Makan kat mana nih?”
            “Kat Warung Mak Jenah jelah... Senang... malas nak drive sebab lepas ni ada appointment dengan client.”
            “Okay dear!”
            Tanpa menunggu lama, mereka berdua keluar dari ofis dan menuju ke Warung Mak Jenah yang terletak di bawah ofis meraka sahaja. Nama je warung, tapi tak adalah macam warung tepi jalan. Restoran itu tetap nampak ekslusif dalam santai. Makanannya pun sedap. Cuma bila tiap-tiap hari mengadap makanan yang sama, boleh diserang jemu juga.
            “So, preparation apa je yang belum settle?” Tanya Afrina sambil menyuakan mee hon sup ke dalam mulut. Hari ini dia memilih makanan ringan sahaja. Tak lalu pula hendak menjamah nasi.
            “Kad kahwin dah tempah....Catering pun dah settle.. Baju dan pelamin pun dah tak ada masalah...Tunggu dia panggil untuk fitting baju jeh.. Barang-barang hantaran pun banyak dah beli.. Tinggal Al-quran je belum.. Lepas tu sekarang  nak cari orang untuk gubah hantaran jeh... Nak buat sendiri memang tak lah kan...” Bab mengubah ni Azlin memang kantoi! Karang ada jugak hantaran jadi bentuk bangunan. Ialah, dah kerja pun bahagian construction. Manalah nak datang seninya.
            “Hmm... Kalau Lin tak kisah... Akak sudi je nak ubah hantaran Lin. Itu pun kalau Lin percaya pada kretiviti akaklah.. Ialah, sebab akak ni jarang buat benda yang berseni ni. Boleh jadi cantik.. Boleh jadi jahanam...” Afrina ketawa di hujung katanya.
Dahulu, dia tidak berkesempatan untuk mengubah hantaran sendiri. Al-maklumlah, kahwin pun nak cepat jeh. Semua diserah kepada mak andam. Tapi kali ini, dia teringin hendak membantu Azlin mengubah hantaran. Mungkin itu yang dia mampu untuk menggambarkan keikhlasannya untuk menerima qadar dan ketentuan ini dengan serela dan seikhlasnya.
“Serius kak? Tak menyusahkan ke?” Siapa tak gembira bila ada orang offer diri nak tolong buat kan? Dia tahu Afrina kreatif. Tengok dekorasi rumah pun dah boleh agak. Still Simple but exclusive!
“Ish... tak ada apa yang menyusahkan. Nanti bagi barang-barang hantaran lepas tu kita cari barang sampingan untuk nampakkan hantaran tu jadi awesome!” Semangat Afrina sudah berkobar-kobar. Sangat tak sabar! Majlis pun tinggal sebulan sahaja lagi.
“Argghh... tak sabar betul!” Azlin melahirkan keterujaannya.
“So Lin nak design yang macam mana?” Perlu untuk Afrina tahu keinginan dan kemahuan si adik. Bimbang jika tersasar dari impian gadis itu.
“Hmm.. tak ada yang spesifik lagi. Yalah, macam akak tak tahu yang saya ni mana kreatif nak fikir. Tapi saya suka kalau semua hantaran saya pakai bunga segar... Saya kan minah bunga!”
Afrina angguk dalam tersenyum. Dalam fikirannya sudah terbayangkan beberapa versi yang anggung untuk digubah. Heh, macamlah profesional sangat kan? Harap-harap jadilah...
Tiba-tiba Iphone milik Afrina berbunyi nyaring. Naik nombor telefon dari kakaknya. Tanpa berfikir panjang, terus diambil. Mungkin ada beberapa barang yang dikirim untuk keperluan harian. Kebiasaannya begitulah.
“Hello Puan Amalina... Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” Tanya Afrina formal. Sengaja bercanda.
“Afrin... Ad... Ad...” Suara Amalina sudah bergema dengan esak tangis. Terus Afrina membetulkan duduknya. Dadanya terus sesak mendengar suara Amalina yang kedengaran cemas itu.
“Kenapa dengan Ad?” Tidak dipeduli jika suaranya dapat didengari oleh satu restoran sekalipun. Azlin juga terus menghentikan suapa. Terkesan pada riak wajah Afrina yang serius.
“Ad jatuh tangga...Dahi dia terkoyak...” Mendengarkan sahaja ayat Amalina itu, terus Afrina bangun dan mencapai beg tangan. Jantungnya bagai dirobek saat mendengar perkataan ‘koyak’ itu.
‘Ya Allah... selamatkan anak aku!’
“Akak dekat mana sekarang?” Setelah memastikan lokasi hospital dari Amalina, terus dia memutuskan talian dan mula berkalih ke arah Azlin.
“Akak pergi KMC dulu. Ad jatuh tangga... Dahi dia terkoyak.. Mungkin akak tak masuk ofis lepas nih.” Terang Afrina cepat.
“Oh.. okay.. nanti apa-apa hal update pada saya ya. Sorry saya tak boleh ikut.. Ada appointment dengan client kejap lagi..” Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengikuti kakak iparnya. Melihat keadaan satu-satunya anak saudara yang dia ada. Dahi terkoyak itu teruk juga.
Tapi mana mungkin dia bisa membatalkan appointment penting ini. Nanti dituduh tidak pandai berpegang pada janji pula. Sudahlah projek baru ini bernilai jutaan ringgit.
“It’s okay Lin... Akak faham. Akak pergi dulu..”
Azlin menghantar bayang Afrina dengan ekor matanya. Dalam hati ikut bergaul dengan rasa risau dan takut. Kesian pula pada Afrina. Pasti sukar untuk melewati sendiri walaupun dengan kehadiran Amalina.
Tiba-tiba Azlin teringatkan Mirza. Mungkin Mirza boleh bantu apa-apa yang patut di sana nanti. Lagipun Mirza dan Afrina kan saling mengenali. Hadziq juga rapat dengan Mirza. Jadi tak salah rasanya untuk Mirza tahu keadaan Hadziq sekarang. Telefon mula dicapai. Fokusnya adalah untuk menghubungi Mirza.
“Hello.... Abang... Abang free tak?” Apabila talian disambung, cepat sahaja suara Azlin menerjah.
“Kenapa ni? Macam urgent je... Abang tengah kerja.” Mirza mula tak senang duduk.
“Anak kak Afrin masuk hospital.. Jatuh tangga. Kak Long Amalina cakap dahi Ad terkoyak. Kalau abang free, bolehlah tengokkan keadaan Ad. Lin ada appointment penting dengan client kejap lagi.” Terang Azlin simple. Cerita panjang-panjang pun tak guna jugak. Bukan dia tahu situasi yang sebenar? Boleh jadi dahi Ad akan dijahit.
“Hospital mana?” Tanya Mirza gelabah. Mirza sudah mula diserang kerisauan. Pasti Afrina memerlukan dirinya tika ini. ‘Ya Allah... kuatkan Afrin!’
“KMC.” Tanpa berfikir panjang lagi, terus Mirza mencapai kunci kereta. Dia tak langsung fikir panjang bila sesuatu itu melibatkan Afrina. ‘Afrin... Mirz datang...’

p/s: so sorry kalau tak memenuhi piawaian korang... enjoy reading n do komen k.. thanks coz support DSKH nih...

18 comments:

  1. Alahai Azlin ni kenapa dia call Mirza pulak.....-_-#

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahhh... awat dia tepon mirza pulak kan.. ishh

      Delete
    2. tu la ko sara, knpa call Mirza plak..lain la kalo dorang satu hspital.

      >>k<<

      Delete
  2. xsabau nk tau reaksi Mirz klu dia tau Afrin kne buatan org,.cpt2 hupdate ye cik writer keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg jeng jeng jeng tu ms author? hehhe...
      Lin g call mirza..weird though....mirza doctor mental bukan doc biasa tu hehehe...
      well x sabar next n3..(over x? baru je kot epi 24 ni naik) hehheh...tp tu la hakikatnya...baca DSKH ni mmg ketagih....

      Delete
  3. ayoyoyoooo...mcm mana neh mirz...sini mau sana mau...nanti2 dpt abuk jahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih.. tulah.. nnti abuk pun x dpt kan..

      Delete
  4. Smoga Afrin dengan Mirza jugak akhir nanti. Hehe. Memang xboleh tahan nak tggu next n3. Nak lagi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabor sabor... kang tlis rushing feel tertinggal...hehee

      Delete
  5. Ezza,

    plot cite dh makin suspen. Siapakah pilihan Mirza, Afrin or Azlin. Harap-2 Azlin tahu dan undur diri demi kebahagian kakak iparnya. Kesian kat Afrin, bilalah deritanya akan berakhir.

    By the way, CUSL memang best. Dh 2x sy baca, dh pas kat ny nice. Smlm dia ckp CUSL best sgt, dia kirim salam kat awk. Dia ada tanya gak kenapa xde sign penulis, sbb most of my colection ada sign penulis. I cakap x sempat nk jpa you, maybe next time kot. Apa-2 pun, all the best with ur 2nd novel DSKH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear kak has... thanks coz alwayz supprt for DSKH n CUSL... oh.. kalau nak sign nnti bg alamat.. blh pm sign y x omei itu.. kih kih.. btw, lebiulah kak..

      Delete
  6. agar masih ade jodoh wat insan yang cinta mencintai...akak terkedu nk komen dek!dua2 wanita yg baik pekerti,cuma nak mirz jujur n iklas dalam memilih bakal permaisuri di ati!!!luv u afrina kerna rela mengalah,biar pun cinta masih bertamu di hati...hati mu penuh ngan sikap terpuji.pasti ALLAH janji kan kebaikan wat mu afrina.......akak sedehhh dekkkkk Hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. dua2 baik.. kalau sy jd mirz pun saya pening.. ishh... jgn sedih2 kak... releks2... hehehee

      Delete
  7. kenapa pendek ja .... kena harus berdusta pada diri Afrin dan Mirz .... Mirz kalau hati x ikhlas dengan Lin buat apa kahwin??? .... kalau Lin tahu lepas Kahwin akan lebih sakit hati lagi.... fikir-fikirkan lah..... sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek?? dah 15 page kak oittt... kannn.. kala tahu lepas khwin msti lagi sedih.. haih..

      Delete
  8. argh.... knapa...knapa... knapa saya perlu rase sebegini..... geram.. sedih ...sakit ati pon ad... mixed feeling........... x tau nk ckp mcm mne... argh!!!!!!!!!!............. nk lagi!!!!!!!!!!!!!!! x bleh nk predict ap yg akn jdi mse ending... nk lin dgn mirz tpi kesian afrin.. mirz dgn afrin kesia lin.. hwaaaaaaaaaaaaaaaaa............... x tau mne satu... huhhuhuhu
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabor jay.. sabor... x yah predict. bc je ending nnti..kih kih kih..

      Delete