Tuesday, 23 October 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [25]


               Air mata tidak dapat ditahan lagi. Dibiarkan sahaja ia terdampar di ruang pipi. Ngilu hatinya apabila melihat Doktor yang sedang menjahit dahi anaknya. Dahi sebelah kanan Hadziq sudah berparut apabila dikenakan tujuh jahitan! Pasti bukan rasanya seperti digigit semut.
            “Sabar Puan... Kami sudah memberikan anak Puan ubat bius. Anak Puan tak akan rasa apa-apa sekarang.” Doktor lelaki itu seakan-akan memujuk hati Afrina.
            Tanpa diterang pun, Afrina sudah sedia tahu. Tapi siapa dapat menahan hati seorang ibu dari bersedih melihat anak mereka terluka sebegini rupa. Amalina tidak sudah-sudah dengan rasa bersalah. Menangis-nangis kakaknya itu memohon maaf. Sedikit pun Afrina tidak menyalahkan Amalina. Benda dah nak jadi, elak macam mana pun tetap akan terjadi juga.
            Matanya bersambung dengan mata Hadziq yang nampak terkebil-kebil itu. Anak kecil itu hanya menangis sekejap cuma. Bahkan ketika dahinya dijahit, dia baring dengan tenang. Cuma sesekali tangan Hadziq menggengam tangan Afrina. Kesimpulan yang Afrina dapat buat ialah, Hadziq nampak kuat! Mungkin kerana dia sedar yang dia sudah tidak punya ayah. Jadi dia tidak mahu terus menerus menyusahkan ibunya.
            ‘Ya Allah.... terima kasih kerana mengurniakan aku seorang anak yang baik. Biarlah aku kehilangan apa sahaja... Tapi izinkan Ad terus bersamaku. Ujilah diriku dengan ujian lain... Tapi bukan anakku Ya Allah...’
            “Ibu angan..lah... nangis.. Ad kan kuat...” Si kecil sudah memujuk.
            “Ibu tak nangis dah... Ibu tahu Ad kuat...” Sempat dicubit perlahan pipi anaknya itu. Hadziq memang anak yang baik.
            Dr Hazim menghabiskan jahitannya yang terakhir. Dalam hati mula berasa kasihan melihat si ibu yang tekun menemani anaknya itu. Ada rasa getar yang berkunjung namun cepat-cepak disepak pergi. ‘Apa dah cukup lama ke hidup? Nak mampus sebab jatuh cinta pada isteri orang!’ Desis Dr Hazim sedikit tapi masih sempat mencuri pandang ke arah ibu muda itu.
            “Okay... kami terpaksa menahan Hadziq semalam di hospital sebab Hadziq muntah tadi... Bukan apa, untuk memastikan yang dia tidak mengalami apa-apa kesan sampingan. Kalau malam ini okay, insyaAllah esok dah boleh keluar. Puan kena pergi bahagian kaunter dekat depan untuk proses pendaftaran masuk..” Terang Dr Hazim lembut.
            “Terima kasih doktor...” Biarlah kena masuk wad sekalipun! Yang penting kesihatan anaknya terjaga. Kalau duduk rumah nanti, buat-buat Hadziq pitam atau sakit, pasti akan lebih kalut dia dibuatnya.
            “Dah tugas saya Puan...” Mata Dr Hazim bagai tidak mahu dialihkan dari terus memandang ibu Hadziq itu.
            “Sayang... Says thanks to doctor...” Arah Afrina sambil mula mendukung Hadziq.
            “Terima  kasih doktor... Bila besar, Ad pun nak jadi doktor jugak...” Sempat lagi bibir kecil itu menjawab.
            “Iya ke... Jadi kena belajar rajin-rajin ya. Kena jadi anak yang baik...” Arghh, bila melihat kanak-kanak sebaya Hadziq, Dr Hazim mula diserang rasa cemburu. Sepatutnya dia sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Tapi dahulu dia sibuk sangat mengejar kerjaya sampai tidak punya masa untuk mencari calon isteri.
Dan tika ini, terpaksa pula berdepan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis di hospital. Zaman batu ini, ramai anak gadis yang takut untuk bersuamikan seorang doktor. Bimbang jika tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Tidak mahu berkorban jika si suami melebihkan bidang pekerjaan. Sepatutnya seorang isteri itu berbangga bersuamikan seorang doktor. Ialah, punya seorang suami yang bertugas untuk membantu orang ramai. Bekerja sambil membuat kebajikan.
“Ibu... Ad nak jumpa papa...” Rengek Hadziq tiba-tiba.
“Ad... Papa kerja... Nanti ibu suruh papa datang ya?” Pujuk Afrina sambil menggosok sedikit belakang badan Hadziq. Kakinya mula diangkat keluar dari bilik rawatan Dr Hazim. Tidak sedar yang kelibatnya sedang diperhatikan oleh seseorang.
“Ad rindu papa... Papa tak nak jumpa Ad ke?” Entah apa yang meracau Hadziq sehingga membuatkan anak kecil itu menyebut-nyebut tentang Mirza. Mungkin rindu gamaknya...
“Ad... Papa datang sayang...” Suara itu membuatkan Afrina kalih ke belakang. Matanya membulat saat melihat kelibat Mirza yang kelihatan kacak bila mengenakan kemeja kelabu dan lengannya disengseng ke bahagian siku. Dia melangkah dengan senyuman. Membuatkan hati Afrina cair menjadi-jadi.
‘Dia sentiasa hadir.. Di saat waktu gelap tiba.. Di saat jarum jam sudah berhenti berdetak, dia tetap ada dalam apa juga keadaan.’ Cepat-cepat Afrina mengejutkan si hati yang bagaikan terlena dan terleka. Terlupa yang Mirza adalah hak milik orang lain.
“Papa....” Suara Hadziq terus bertukar riang.
Mirza sudah berdiri di hadapan Afrina. Perlahan-lahan dia mengambil Hadziq dari dukungan Afrina. Melihat sedikit luka yang berparut di dahi Hadziq. Nampak agak teruk juga.
“Kena berapa jahitan?” Soalan itu ditujukan kepada Afrina yang sepi itu. Adakah wanita itu tidak senang dengan kedatangannya? Mungkin lebih kepada rasa tak selesa..
“Tujuh...” Jawab Afrina sepatah.
“Uish.. banyak jugak tuh... Alalala... Kesian anak papa. Sakit tak?” Soal Mirza penuh keprihatinan. Mujur sahaja tidak terkena bahagian mata. Pasti lebih membawa padah.
“Tak sakit pun... Ad kan kuat macam Boboiboy...” Jawapan Hadziq membuatkan Afrina dan Mirza ketawa serentak. Afrina mula mencuri pandang ke arah Hadziq dan Mirza. Kedua-duanya nampak mesra. Dapat dirasai keikhlasan Mirza dalam melayan karenah Hadziq. Tapi bagaimana Mirza boleh berada di sini? Pasti ini kerja Amalina. Sudah dikerah Amalina untuk pulang memandangkan baju kakaknya itu penuh dengan darah Hadziq. Tapi boleh pulak kakaknya itu menelefon Mirza?
“Erk... Macam mana Mirz boleh ada dekat sini?” Tidak sudah-sudah dia membebankan Mirza. Lagipun dia tidak mahu jika hubungan mereka disalahfahamkan oleh Azlin.
“Lin yang telefon... Dia suruh datang.” Mirza sendiri terkejut apabila menyambut permintaan daripada Azlin tadi. Kenapa gadis ini seperti berani mengarahkan dia menemui perempuan lain. Tapi setelah difikir dengan sedalamnya, pasti Azlin ingin mengurangkan rasa serba salah kerana tidak dapat menemani Afrina di hospital.
“Lin telefon?” Soalan itu lebih ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa dengan Lin? Kenapa dia seolah-olah membenarkan hubungan mereka untuk terus rapat?
“So boleh balik ke?”
“Tak boleh.. Ad muntah tadi. Jadi doktor nak tahan dia semalaman. Kalau esok dah okay, bolehlah discharge. Ini nak pergi daftar masuklah nih..” Pandangan mata dialihkan ke bahagian lain. Tidak senang menyambut renungan mata Mirza. Hatinya ngilu!
“Oh ya ke... Beri pada Mirz mykid Ad... I will settle for you. Afrin duduk dulu ya..” Arahan Mirza itu Afrina terima dengan anggukan. Dia pun tidak berapa tahu tentang prosedure hospital. Jadi biarlah diserahkan kepada orang yang lebih arif. Tapi apabila bersama dengan Mirza, sesuatu yang sukar pun menjadi mudah.
“Jangan lupa pesan dekat Amalina suruh dia preparekan semua keperluan Ad...” Pesan Mirza lagi. Kemudian matanya beralih pada si kecil.
“Ad sayang... Ad duduk dengan ibu kejap ya. Papa pergi kejap jeh...” Sempat dilabuhkan sebuah ciuman di pipi Hadziq. Sayangnya tumpah pada Hadziq walaupun anak kecil itu bukan darah dagingnya.
“Jangan pergi lama-lama tau... Nanti ibu angis... Sian ibu...” Serentak Mirza dan Afrina memandang ke arah Hadziq. Muka anak kecil itu nampak bersungguh-sungguh. Tangan kasar Mirza mula mendarat di kepala anak kecil itu. Kecil-kecil pun sudah pandai prihatin pada perasaan si ibu.
“Papa tak akan tinggalkan ibu...” Bisik Mirza perlahan di telinga Hadziq. Tapi kata-kata itu memang jelas di pendengaran Afrina. Mata mereka bersambung saat Mirza menghulurkan Hadziq ke dukungan Afrina. Mata itu menceritakan segalanya tanpa perlu mengungkapkan kata.

Ku disini menantikan janji yang hilang
Aku disini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku hanya untukmu
Bagai semalam semuanya hilang...

Cinta itu memang ada. Tapi semuanya telah hilang. Hilang ditelan keadaan yang menghimpit. Dipeluk erat tubuh Hadziq sambil matanya menemani langkah kaki Mirza. Memohon diperkuatkan lagi kekuatan yang mampir susut.
***
            Setelah semua proses daftar diselesaikan, Afrina menemani Hadziq yang ralit menonton televisyen itu. Memang dia mahukan private room. Senang untuk dia menguruskan si kecil itu. Sempat dia menelefon Hajah Khadijah. Melaporkan keadaan Hadziq sekarang. Berkeras wanita itu hendak datang berkunjung namun segera dihalang oleh Afrina. Dia tahu yang mertuanya itu sibuk menguruskan persiapan Azlin.
            “Ishhh..Afrin ni macam tak bagi mama melawat cucu mama jeh!” Komen Hajah Khadijah tak puas hati.
            Afrina ketawa. Cuba menghalau rasa tidak senang milik Hajah Khadijah. “Mama... Ad tak apa-apa. Mama nak pergi jumpa Mak Cik Melah dekat Maran kan.. Nak uruskan pembelian bahulu untuk masukkan dalam goodies beg Azlin. Nanti tertangguh pulak.. Esok mama datang je melawat kat rumah..”
            “Betul nih?” Ada betul kata menantunya itu. Kalau dia tak pergi menempah hari ini, bimbang nanti tidak boleh mendapat order dalam waktu yang ditetapkan. Tahu benar yang perniagaan Melah  itu memang maju. Naya je kalau tak sempat siap! Majlis tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi.
            “Betul mama.... Lagipun Ad tak apa-apa.” Pujuk Afrina lagi. Tak perlu untuk rasa bersalah dalam hal ini.
            “Sampaikan peluk cium mama untuk Ad.. Esok mama jumpa dia. Jaga Ad elok-elok ya... Jaga kesihatan Afrin jugak. Nanti Ad tak apa-apa, Afrin pulak yang jatuh sakit.” Hajah Khadijah mula menitipkan pesan. Pesanan yang berbaur rasa prihatin dan bersulamkan kasih.
            “Ad lapar tak?” Jam di tangan mula dikerling. Sudah menjangkau jam tiga petang. Kata kakaknya tadi, Hadziq tidak sempat menjamah makanan tengah hari lagi. Hanya susu yang diberikan untuk mengalas perut.
            “Lapar....”
            “Tapi ibu tengok macam tak lapar pun bila dapat tengok kartun..” Pipi montel Hadziq mula dicuit. Hadziq kalau dapat tengok kartun, permainan pun dia tak ambil pusing lagi.
            “Kartun best.... Budak-budak boleh jadi hero dalam kartun.” Jawab Hadziq lagi. Pemikirannya adakalanya melangkau pemikiran orang dewasa. Jawapannya tidak langsung menunjukkan dia baru berusia tiga tahun. Dia makin dewasa dengan sendirinya...
            “Anak ibu memang dah jadi hero pun sekarang... Tengok, jatuh tangga pun masih tak tangis...” Puji Afrina sambil mencubit geram pipi Hadziq yang montel.
Kagum betul Afrina dengan Hadziq. Anak kecil itu langsung tidak meragam atau merengek kesakitan. Mungkin kesan ubat bius masih lagi bersisa hingga membuatkan anaknya itu kekal gagah.
            “Kalau Ad nangis.. Ibu mesti nangis.. Ad tak nak ibu nangis....Ad sayang ibu...” Hadziq bangun lantas memeluk bahu ibunya. Perlakuan Hadziq itu membuatkan dada Afrina hendak pecah menahan rasa sebak. ‘Ya Allah... terima kasih atas anugerahMu ini..’
            “Ibu pun sayang sangat dekat Ad...” Dicium kedua belah pipi anaknya. Menggambar kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Mengharapkan agar Allah meminjamkan nyawa kepadanya untuk terus membesarkan Hadziq.
            “Ibu angan nangis...” Tangan si kecil mengelap permata milik Afrina. Hadziq tersenyum comel.
            “Papa... ibu angis... Papa pujuklah ibu...” Kata-kata Hadziq itu membuatkan Afrina cepat-cepat menyapu pergi sisa air matanya. Tidak mahu dikesan oleh Mirza. Nanti lelaki itu akan bertambah susah hati. Entah sejak bila lelaki itu muncul kembali setelah menghilang.
            “Ibu memang manja kan... ishh....” Mirza cuba untuk mengalih perhatian Hadziq yang sedang berdiri di atas katil itu. Kalau dia berada di tempat Afrina pun, dia akan turut berasa terharu. Bangga mempunyai anak seperti yang sangat memahami perasaan seorang ibu.
            “Ibu mana anje... Ibu kuat... Ibu tak nak Ad nakal... Ibu sayang Ad... sebab tu ibu takut Ad mati macam ayah..” Kata-kata Hadziq membuatkan Mirza terpempam.
Afrina terus mengalih pandang. ‘Argghhh... Ad terlalu memahami hatiku ini.. Mana mungkin aku mampu kehilangan Hadziq seperti mana aku telah kehilangan Haraz!’ Dia ketepi sedikit. Memberi laluan pada Mirza untuk mendapatkan Hadziq.
“Ibu pun sayang papa... Ibu selalu tengok muka papa dalam gambar...” Cerita Hadziq laju membuatkan wajah Afrina merah menahan malu. Sampai ke tahap  ini kemajuan fikiran anaknya? Dia langsung malu untuk berkalih pandang ke arah Mirza yang nyata sedang memandangnya itu.
“Ya ke...?” Pertanyaan Mirza dileretkan. Sedikit tak percaya mendengar cerita dari Hadziq.
Dalam diam, Mirza terus berharap agar Hadziq terus bercerita. Budak kecil sebaya Hadziq tak akan pandai menipu. Kalau benar Afrina masih mempunyai perasaan terhadapnya, kenapa wanita itu berkeras merahsiakan semua ini? Jika benar cinta... kenapa mereka perlu menderita sebegini?
Beg plastik McD yang dijingjing dari tadi mula diletakkan di atas meja. Sekaligus mengalihkan perhatian Hadziq.
“Yea...yea... papa beli McD... Ad suka sangat makan McD...” Hadziq sudah mula meloncat di atas katil.
Afrina lega sendiri. Sekurangnya beg plastik itu mampu mencuri tumpuan Hadziq. Jika tidak, entah cerita selimut mana pulaklah yang Hadziq bongkar. Payah bila Hadziq sudah petah bercakap!
Loncatan Hadziq hampir membuatkan anak kecil itu terjatuh dari katil.
“Ad.. jangan loncat...” Serentak Mirza dan Afrina menjerit lantas cuba memegang tubuh Hadziq dari terjatuh. Tanpa sedar, tangan mereka berdua mula tertindih antara satu sama lain. Afrina dan Mirza mula berpandangan. Tergamam!
“Sorry...” Afrina mengalihkan tangannya cepat-cepat! Bagai terkena renjatan elektrik! Tindakan spontan mereka yang takut Hadziq terjatuh membuatkan kedua-duanya terpaku. Kenapa mereka sering mempunyai telepati yang sama sedangkan takdir mereka berlainan haluan? Dugaan apakah ini? Adakah takdir sedang menguji hati-hati mereka?
“Mirz pun nak mintak maaf.. Mirz tak sengaja.” Dia sendiri tak menyangka yang Afrina akan bergerak ke arah Hadziq.
“Papa... Ibu... Ad nak makan bubur dengan ayam...” Suara Hadziq mematikan lamunan mereka. Cepat sahaja Mirza bergerak ke bahagian kanan sementara dibiarkan Afrina berada di sisi katil belah kiri. Tapi kini, mata mereka pula yang saling bertatapan.
“Biar ibu suap ya?” Tangan Afrina sudah mencapai bekas bubur McD. Macam tahu-tahu je bubur McD ini memang menjadi kesukaan Hadziq. Malah sememangnya kesukaan dirinya juga.
“Ad nak papa suap... Papa tak pernah suap Ad...” Rungut si Hadziq sambil mula mencebik. Buat muka simpati.
“Yalah... papa suap ya...” Mirza mula melayan karenah si kecil.
Kadang-kadang naik pening pula Afrina dengan anaknya itu. Kalau dengan dia, tak ada pulak Hadziq buat perangai mengada-ngada. Macam-macam betul budak kecil ini! Dengan Mirza jugak dia nak membuli.
“Hmm.. sedap tak?” Tanpa ditanya pun, Mirza boleh agak yang Hadziq suka benar dengan bubur McD ini. Ialah, anak kecil itu makan tanpa banyak cakap. Malah setiap suapan yang disua disambut dengan penuh selera.
“Sedap... Papa, suaplah dekat ibu jugak.. Ad selalu kongsi bubur dengan ibu...” Arah Hadziq sambil menggongcangkan bahu papanya.
Mirza serba salah. Afrina menggigit bibir. ‘Sejak bila Ad jadi mengada-ngada nih?’ Geram pula Afrina dibuatnya.
“Ad makan je... Ibu tak lapar..” Mulut Hadziq yang comot itu, Afrina lap menggunakan tisu. Dia tahu yang Mirza sedang ralit merenungnya. ‘Argghh Mirz nih.. Macam tak ada pemandangan lain untuk dia pandang!’
“Alah... ibu rasalah sikit... Papa, suapkan ibu...” Arah Hadziq sedikit menggesa. Membuatkan Mirza serba salah sendiri. Nanti dibilang suka mengambil kesempatan pula oleh Afrina.
“Afrin... sikit je...” Lambat-lambat disuakan sudu yang berisi bubur itu kepada Afrina. Berdebar pula hendak menyuap sesuap bubur pada Afrina! Rasa macam nak berterima kasih je pada Hadziq! Sifat mengadanya itu membuatkan si papa dapat bermanja!
“Ibu..cepatlah... sian papa...” Gesa si kecil itu. Tidak dapat tidak, terpaksalah Afrina mendekatkan tubuhnya sedikit ke depan. Menyenangkan sudu itu singgah ke dalam mulutnya. Afrina tersenyum sambil menutup mulutnya sedikit.
Terasa hendak ketawa pulak apabila melihat mulut Mirza yang ikut turut melopong ketika menyuap dirinya.  Dia nampak comel dalam keadaan itu.
“Papa pun makanlah jugak!” Sekali lagi Mirza terhentak mendengar kata-kata Hadziq itu. Afrina juga ikut turut terkejut. Turun naik jiwanya melayan karenah Hadziq hari ini.
“Papa tak makan bubur sayang....” Tipu Mirza perlahan.
‘Gila nak makan... Kalau makan bubur ni umpamanya berkongsi sudu yang sama dengan Afrin! Nanti Afrin tuduh aku ambil kesempatan pulak!’ Mirza memang tak mahu.
“Alahhh.... papa rasalah sikit.. Sedap. Biar Ad suap papa ya..”
Tangan kanan Afrina sudah mendarat di dahi miliknya sendiri. Aduh, pening-pening! Dia tahu Mirza sedang memohon keizinan darinya dari pandangan mata yang redup itu. Tanpa keizinan darinya pun, tangan Hadziq sudah menyuakan sudu ke mulut Mirza. Tunggu Mirza buka mulut sahaja!
“Makan jelah Mirz...” Keluar juga ayat itu dari mulut Afrina. Tak mampu rasanya melihat wajah serba salah Mirza. Nak dimarah Hadziq pun, dia juga tidak mampu.
“Sedap kan?”
“Sedap sayang.... Sedap sangat....” Tutur Mirza perlahan sambil merenung wajah Afrina. Merenung bagai itulah kali terakhir dia akan menatap wajah Afrina. Dan Afrina pula langsung tidak berdaya mengalihkan wajah. Malah menyediakan wajahnya untuk ditatap oleh Mirza. Mungkin untuk kali yang terakhir....
***
            Malam itu Azlin datang sebentar untuk menjenguk selesai bermesyuarat bersama client. Namun cepat sahaja Afrina menghalau balik. Tidak mahu menyusahkan Azlin yang nampak penat benar.
            “Akak sorry tak dapat teman tadi...” Pohon Azlin entah untuk yang keberapa kali.
            “Alah... Ad okay.. Bukan teruk pun. Budak lelaki kenalah kuat kan! Dahi dia dah macam Harry Porter pulak!” Hadziq dah tertidur. Mungkin kesan daripada ubat yang dimakan tadi. Jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam.
            “Aahlah...” Azlin tergelak kecil melihat dahi anak saudaranya yang dijahit sejalur. Lainlah sikit dari parut Harry Porter itu.
            “Dahlah.. pergi balik! Dah berbau dah kamu ni..” Gurau Afrina sengaja. Seharian kudratnya dituntut. Pastilah adiknya itu hendak merehatkan diri.
            “Amboih... ini dah tahap menghalau nih! Okaylah... nak balik.. nak mandi.. nak tidur... akak sorang je ke malam nih? Kak Amalina tak join sekali?” Sempat lagi dia bertanya walaupun kaki sudah menapak ke pintu keluar.
            “Tak... suami dia baru balik dari oustation. Tak kan nak suruh teman pulak.. baik dia teman suami dia kan...” Seloroh Afrina berlapik. Tapi galak pula si Azlin ketawa. Alahai, boleh tahan jugak tercalar otak Azlin ini.
“Okaylah kak... take care.. Kalau ada apa-apa, just call Lin je...” Baru sahaja pintu ditolak dari tepi, terjonjol pula wajah Amalina bersama suaminya. Lantas Azlin ketawa kecil. Membuatkan dahi Amalina berkerut tanda tak faham.
“Balik dulu kak... bang...” Azlin menunduk sedikit ke arah suami Amalina setelah sempat bertukar salam bersama Amalina.
            “Apahal budak tu gelak?” Afrina mengangkat bahu. Tanda tak tahu. Malas untuk memanjangkan cerita tapi bibirnya panjang sahaja tersenyum.
            “Ina, abang tunggu kat luar ya.. Nak merokok kejap!” Pinta Saiful pada isterinya. Mereka baru keluar makan malam bersama. Sengaja singgah sekejap sebelum pulang.
            “Haih... pagi petang siang malam merokok! Apalah nak jadi...” Sempat lagi Amalina membebel. Tidak suka dengan hobi suaminya yang langsung tak boleh dihalang itu.
            “Mirza tak datang?” Ringan sahaja mulut si kakak bertanya pasal Mirza. Bukan dia tak tahu yang adiknya syok berdating dengan Mirza siang tadi. Matanya belum salah menilai. Memang nampak rasa cinta yang masih menggebu di balik wajah masing-masing.
            “Kan dah malam... Buat apa dia nak datang.” Apa hal pulak Amalina asyik membangkitkan soal Mirza ini?
            “Kot dia nak teman kamu ke?” Ujar Amalina tersenyum-senyum.
            “Kak... saya ni janda. Ibu anak satu pulak tu! Saya tak harap untuk dijaga dan dibelai.. Saya boleh berdikari sendiri.            Lagipun Mirza tu hak orang! Dah nak kahwin dah pun... Apa akak ingat saya masih berangan nak jadikan dia suami ke?”
            Rasa macam  nak marah sahaja pada Amalina. Tak lengkap agaknya hidup kakaknya itu jika tidak menyebut nama Mirza? Tak boleh ke bagi perasaannya aman sedikit. Sudahlah tadi jiwanya bergelora menahan pandangan redup dari Mirza. Sukar untuk dikikis rasa yang makin menebal dari sehari ke sehari. Makin dia cuba mengelak, makin dia rasa nak melalak!
            “Kak long langsung tak sokong sikap kamu yang nak rahsiakan perkara ni dari Mirz.. Dia perlu tahu dik... Walaupun Afrin tak nak terima dia, tapi dia perlu tahu perkara yang sebenar?”
            “Kak... tolonglah... saya malas nak bertekak! Ad perlukan rehat....”
            “Ad pun perlukan ayah Afrin..”
            Afrina mengeluh. Melepaskan pandang ke sisi kakaknya itu. Apa yang Amalina nak dengar dari mulutnya? Pengakuan cinta pada Mirza ataupun pengakuan pasal perkara yang memisahkan dirinya dan Mirza dahulu?
            “Jangan risau kak... Nanti saya carikan seorang ayah untuk Ad. Ayah tu tak semestinya Mirza kan? Siapa-siapa pun boleh jadi ayah Ad kan....” Kakaknya itu sibuk mengarahkan dia mencari pengganti. Macamlah dirinya tak boleh harap sangat untuk menjaga anaknya sendiri.
            “Susahlah nak cakap dengan Afrin nih...” Amalina mula nak marah! Sebenarnya dia sengaja membakar.
            “Habis tu akak nak suruh saya cakap apa? Nak beritahu Mirza yang saya ni sebenarnya kena guna-guna.... Saya kena ilmu hitam! Ilmu hitam yang mengalihkan rasa cinta saya pada Mirza. Sebab tu saya tak boleh tengok muka Mirza dan tinggalkan Mirza untuk Haraz! Semuanya bukan salah saya dan saya sebenarnya masih sayangkan Mirza! Ayat macam tu ke yang akak nak dengar?” Hambur Afrina senafas.
            Dadanya turun naik. Nafas bagai disekat! Mata dah mula kabur. Perasaan dah mula mengamuk. Dia tak suka berada di dalam keadaan sebegini rupa!
            Amalina terdiam. Akhirnya keluar juga ayat-ayat itu dari mulut Afrina. Matanya jugak sudah bergenang dengan air mata. Pandangan mula dikalihkan ke arah belakang Afrina. Dimana berdirinya seorang lelaki yang telah mendengar segalanya dari mulut Afrina sendiri.
            “Afrin.... betul ke apa yang Afrin cakap tadi?”
            Afrina tersentak mendengar suara itu. Suara yang teramat dia kenali! Berbekalkan semangat yang bersisa yang berlapikkan rasa gerun yang menggunung, perlahan-lahan dikalihkan pandang ke belakang.
Ya Allah, sungguh dia rasa hendak PITAM sekarang!

p/s:  opsssss... apakah yang telah terjadiiiiii???? 

42 comments:

  1. aduhhh cik penulisss...sape tuuu???? mak mentua afrina ke? lin ke? mirza ke? mak aiii awal sungguh terkantoi....cepat sket n3 ye cik penulis yg comel...

    hmm Doc Hazim..not bad....x dpt doc mirza aka doc mental dpt doc Hazim aka doc perubatan pon ok jugak....hehheheh....agak2 Doc hazim ni nak masuk line x afrin x????

    overall...this n3 amat memuaskan hati...
    congrats gallll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat ke?? tkut nnti kalau lambatkan jd meleret pulakk..hehehe... dr hazim untuk siapa ya?? btw thank coz suka... lebiulahh

      Delete
  2. Alahhhhhh suka tau buat suspens. Awat stop kat situ. Tgh syok bc ptt sbg lg sikit ekeke. Ni mesti rancangn kak amalina kan nk soh mirza dgr. Jgn nnti afrina x ngaku udahla. Peluang dh da ni, azlin pilih dr hazim la hahaaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saspen itu penting... dr hazim dengan azlin.. ya ke?? entah2 ngan afrin kotttt...

      Delete
  3. Nanti hazim mesti dengan azlin. Hee, hero mesti laa dgn heron kan? Hikhikhik

    ReplyDelete
  4. alamak..... mati..... bgos gler mirz dgar hahaha..... suspen deh... >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. conpem ke mirz yang dengorrr??? kih kih

      Delete
  5. Izzati:kak Sara suka bikin suspen..sape ek sebenarnya yg datang tu...mak mertua die atau Mirza...tpi saya rasa mcm Mirza...hehehe..x sabar nak tunggu smbungannya...cepat2 smbung ye akak...chaiyok3..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca betul... msti boleh cam sy y datang..hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. lama tak nampak.... belum berakhir lagi.. hehehe

      Delete
  7. afrin ngan mirz la...huhu..dr hazim tue ngan azlin hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoho.. ini permintaan ke arahan.. kih kih

      Delete
  8. Ni yang rasa nak meraung ni....
    macam mana lah si Mirza tu boleh ada kat situ lagi....haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh.. confident je tu mirza.. kui kui kui

      Delete
  9. dah terjatuh ati kot Dr hazim ngan afrina!!!tp mirz tetap the first hero dek...so heroin hak hero kan dk???bertambah menguja kan ati dek,nak ggggggg yerrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh... afrina mmg pandai buat owg jatuh suka kat dia... sabar kakk.... ngeeee... =)

      Delete
  10. siapakah gerangan org itu??keke,.rse cam Mirz je,.
    bg la Mirz ngan Afrin,. Dr baru dh muncul tu bg la kt Lin keke,.cpt2 post next en3 ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... dr baru nak bagi kat lin ke?? just be waiting jelah yerkk

      Delete
  11. ....seorang lelaki di belakang Afrina - confirm Mirza yg dengar. wah, suka la ada doktor baru. doktor pakar hati ni, untk Azlin atau untk Afrina? Mana-mana pun ok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. siap ambil petikan ayat tuh... mana2 pun ok jugak kan...

      Delete
  12. penat tunggu...akhirnya kebenaran terbongkar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke terbongkar?? tggu next entry ya...

      Delete
  13. Aduhai...Kalau si Mirza ni x mengamuk mmg saje ajela...

    ReplyDelete
  14. Hai Ezza,

    Makin suspen pula cite ni. Sy selalu berharap agar Mirza berubah fikiran dan kembali pada Afrin, tp bila difikir kejam pula. Kesian pada Azlin yg dh jatuh cinta pada Mirza. Harap-2 ug ada dibelakang tu Mirza.. Can't wait for new episod..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... sebab azlin ni baik pulak.. x sampai hati nak patah2 kan hati dia.. dalam membina kebahagian, pasti akan ada yang menderita... !_!

      Delete
  15. Ezza, can akak send book to you for signature. Let me know dear.. akak kerja area Dsara Heights..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak... saya duk kuantan.. apa kata akak pm sy alamat.. sy just sign kat kertas lain n nnti akak boleh tmpal je kat CUSL tuh... =)

      Delete
    2. okay gak, send the messahge n sign at my yahoo mail.

      has_1309@yahoo.com

      Delete
  16. sian ad.....nak doc hazim untk azlin....doc mirza untk afrin......huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. should be okay jugak kalau hazim ngan afrina kan.. hehe...

      Delete
  17. oh, Mirza dah dengar, yeyeyeay. tak sia2 mintak siang cepat berlalu ye, tapi bace pulak baru sekarang, hehhe, terima kasih cik Sara, sebab tunaikan n3 kali ni, dengan baik sekali, hehe. sayang cik Sara ketat2, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang akak ketat2 jugak.. tp blm tntu mirza y dengar kan... hehe

      Delete
    2. alaa takkan tu bukan Mirz, pastu sapee??????????? suke wat suspen cik Sara ni, hehe

      Delete
  18. kona kan dulu afrin dgn doc hazim...hehehe nanti ujung2 mmg afrin mirza kan...hehhehehe

    kat situ ckp "lelaki" yg dtg.....rasanya mak mentua and azlin bukan la kot.....
    sape ekk? aahhh tak sabar nex n3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenakan dulu afrin dengan hazim?? wohoho... idea bernas gak nih... tp untuk penghujung.. mmg rasa hazim sesuai ngan afrina jeh.. kih kih kih

      Delete
  19. ala......mcm mirza je yg dgr tu..xkan la dr hazim plak..mcm xberapa suspens kalo dr hazim..sbb cara penyampaian cerita menunjukkan afrina tau sapa lelaki yg ada di belakang dia tu..huhu..boleh x kasi laluan dkr mirza ngan azlin aje..afrina sila cari calon lain....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoho... sesungguhnya amaran itu sngguh keras... Nak surh afrina cari calon lain ya... hehehe.. kira kita bg dr hazimd dkat afrina lah kan...

      Delete
  20. ok canteekkk cik penulis...Doc Hazim ada untuk Afrin...tp Doc Hazim kenala menepati piawaian seorang calon tuk afrin and hadziq...pakej maaaa....and of cos kena hensemmmmmm...baikkkkk.....hehhe baru ngam....cik penulis bleh kembangkan watak and percintaan afrin and doc hazim kan....ok la tu sbb lin dah patut dgn mirza... (cinta x semestinya bersatuuuuu) move on lagi bagus...afrin dah tamo melukakan hati insan2 yg dekat dgnnya...specially mak mentua and lin......

    cik penulis yg sweet....sila cepatkan n3.....hehhehe
    tq xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yooo... begitu banyak cadangan derr... kih kih. btw thank coz support... atenya nnti tulilah nama yunk.. xoxo jugak...=)

      Delete