Malam yang sepi dan sunyi itu diselangi dengan esakan milik Afrina.
Sesungguhnya dia tidak berdaya untuk terus berpeluk tubuh. Hanya pada Allah dia
luahkan segalanya. Keperitan dan kesakitan yang menghentak kalbu.
“Ya Allah yang Maha
Pemurah.. Terima kasih kerana
telah menciptakan dia dan mempertemukanku dengannya kembali… Terima kasih untuk
saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama... Terima kasih untuk setiap
pertemuan yang telah kami lalui bersama.. Aku bersujud kepadaMu Ya Allah…
Sucikanlah hatiku sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana yang telah
Engkau tetapkan..”
“Ya Allah, andai benar dia
bukan pemilik rusuk kiriku, jangan biarkan aku merindui kehadirannya… Jangan
biarkan aku melabuhkan rindu ini kepadanya. Kikislah pesona dari peluput mataku
ini dan jauhkan dia dari relung hatiku…”
“Gantikanlah damba
kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dariMu.. Kasih yang
lebih tulus dan murni... Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini..
Lepaskanlah daku dari keraguan yang menghuni rasa hati.”
Afrina mula mencuri nafas
yang semput. Air mata yang mengalir langsung tidak diseka. Dia terlalu berharap
agar hatinya menjadi kebal. Biar tidak terbias dengan lemparan ujian ini.
“Allah yang Maha Kekal,
aku mengerti bahawa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat semua
hambaMu.. Luka dan kesakitan ini pasti akan ada hikmahnya… Perperangan kasih
ini mengajar aku untuk hidup di bawah naugan redhaMu. Perjuangan ini mengajarkan
aku untuk hidup semata-mata untuk mendekatiMu.. Biarlah aku peka terhadap
suaraMu yang membimbing aku menuju terangMu., Jadikanlah kehendakMu dan bukan
kehendakku untuk Kau nyalakan kehidupanku.. Sesungguhnya, hanya padaMu aku
memohon pertolongan.”
Terus diraup wajahnya
dengan doa-doa yang telah ditadah. Dia tidak minta untuk gembira dan bahagia
bersama Mirza. Dia berharap agar Allah permudahkan segalanya. Andai benar ada
jodoh antara Azlin dan Mirza, dia pasti akan mendoakan dari jauh. Melakukan
Sesuatu yang pernah Mirza lakukan dahulu.
Dalam lembutnya sebuah kemesraan. Terjalinnya
sebuah ikatan. Dalam kuatnya perasaan, terbinanya sebuah temboh perpisahan. Bayangan
Mirza sayu sedang melambai ke arahnya dengan senyuman kecil. Kasihmu dulu tak kan
pernah lagi untuk dimiliki bila dikau mula menjauh pergi.
Tidak dapat dia tutup rasa gundah tatkala melihat wajah
Mirza dah ahli keluarganya. Mahu tak kenal! Dahulu dia memang rajin bermalam di
rumah Puan Maizura. Ibu Mirza itu memang rajin melayan karenahnya. Tapi siapa
sangka, mereka akan bertemu dalam keadaan yang sungguh berbeza.
Langsung dia tidak mengjangka yang lelaki yang
merisik Azlin itu ialah Mirza. Jadi benarlah cinta lelaki itu sudah beralih
arah? Jadi benarlah yang peluang untuk mereka bersama sudah lupus.
Mirza yang melihat kelibat Hadziq, terus bertindak
untuk mendukung anak kecil itu. Mirza sedar yang ibunya memandang pelik ke
arahnya. Pasti banyak perkara yang bermain di benak ibu. Dia sebenarnya tidak
menyangka yang Afrina akan turut serta dalam majlis kecil ini. Kerana sangkanya
hubungan Hajah Khadijah dan Afrika masih suam-suam kuku.
Bagai hendak lunyai hati Puan Maizura melihat
kelibat Afrina! Siapa sebenarnya Afrina dalam kehidupan bakal besannya? Puan
Maizura mula rasa tidak sedap hati.
“Eh… Kenapa tercegat lagi.. Marilah masuk..” Hajah
Khadijah yang mula sedar akan perubahan sikap semua orang, mula memainkan
peranannya sebagai tuan rumah. Dia tahu, pasti semua ini merupakan kejutan buat
menantunya.
Dengan teragak-agak, Afrina menghulurkan tangan ke
arah Puan Maizura yang baru melewati pintu masuk. Jantungnya bagai hendak
terkeluar! Tak pasti apa respon dari Puan Maizura setelah apa yang berlaku
antaranya dan Mirza dahulu. Semenjak mereka putus, Puan Maizura langsung tidak
mahu bertandang lagi ke rumah mereka. Malah keras melarang Mirza dari
berhubungan dengan Afrina walau hanya sekadar sahabat.
Melihatkan Afrina yang menghulurkan salam, Puan
Maizura pun ikut turut menyambut sapaan salam itu. Dia bukan budak kecil yang
perlu tunjuk perangai keras kepala walaupun benaknya penuh dengan soalan-soalan
yang menarik untuk ditanya kepada Mirza nanti.
Hatinya tercuit melihat anak kecil yang berada di
dukungan Mirza. Comel dan sangat petah berkata-kata. Hati tuanya mula
tertanya-tanya, dimanakah gerangan suami Afrina? Hendak jugak dia kenal! Lelaki mana yang berjaya menggantikan
anaknya itu? Hebat sangatkah? Handsome sangatkah? Arghh… angin gila mula
menyerbu fikiran.
“Ad…
Mari ikut mama pergi dapur ya…” Pujuk Afrina lembut. Sungguh dia tidak selesa
bila semua mata mula memandang ke arahnya. Bagaikan dialah pesalah yang harus
dipersalahkan.
“Ad
nak duduk dengan papa…” Ujar Hadziq manja sambil melentokkan kepala di dada Mirza.
Membuatkan yang lain-lain tertanya-tanya sendiri.
“Tak
apalah Afrin… Biar Ad duduk dengan Mirza…” Hajah Khadijah mula rasa tidak sedap
hati. Apatah lagi melihat pandangan mata Mirza yang begitu mendalam buat
Afrina. Dia pernah muda, dia tidak
terlalu bodoh untuk merungkaikan erti pandangan itu.
“Eh
bang long… boleh mula dah…” Masing-masing sebenarnya mula mencari jawapan
kepada persoalan yang berlegar di benak.
Afrina
segera mengalihkan langkah ke dapur. Tangannya mula berpaut pada dinding. Tak
mampu nak berdiri teguh sendiri. Mata yang kabur itu segera dikerdipkan
berulang kali. Dia tidak mahu ada sesiapa melihatnya menangis.
Kerana
kesilapan yang tak disengajakan, ia telah menjadi punca kepada perpisahan ini. Perpisahan untuk kali yang kedua. Hilang
terus angan yang disulam cantik. Kini giliran dia pula yang berduka.
Menyaksikan Mirza bahagia di samping orang lain seperti mana Mirza pernah
melihat dia bahagia di samping Haraz.
Adakah ini hukum karma?
“Kak Afrin… Dah
tengok ke bakal suami Lin tuh? Handsome
kan?” Terjah Azlin sambil berbisik lembut.
Afrina cepat-cepat
pengawal perasaanya. Ya… Sememangnya Mirza memiliki seraut wajah yang mampu
membuatkan gadis tidak keruan dan tidak dapat tidur malam. Kerana dia juga
pernah mengalami situasi seperti itu.
“Handsome…
Sesuai dengan Lin.”
Azlin
dapat mengesan air muka Afrina yang sedikit suram itu. Ada apa-apa yang tak
kenakah? Adakah mama cuba mencari pasal dengan kakak iparnya itu?
“Akak…
Kenapa nih? Lin rasa macam akak ada
sorokkan sesuatu jeh..” Tebak Azlin.
“Mana ada… Cuma akak
teringatkan situasi masa akak dirisik itu. Masa tu akak bukan menantu pilihan..
Tapi hari ini Allah nak makbulkan doa akak untuk berbaik dengan mertua sendiri.
Sayangnya abang tak dapat tengok semua ini… Sebab tu akak sedih sikit.. Itu
jeh…” Tipu Afrina cepat-cepat.
Dia tidak mahu merosakkan emosi milik Azlin. Dia tak
berhak memusnahkan harapan Azlin yang sudah mula menerima Mirza itu. Lagipula
hubungannya bersama Hajah Khadijah baru sahaja pulih. Dia mampu untuk berfikir
secara cerdik lagi untuk tidak memusnahkan semua ini sekelip mata. Dan memujuk
Mirza untuk kembali bersamanya bukanlah langkah yang mudah. Dia dapat rasa aura
negative daripada Puan Maizura.
“Lin pasti yang abang mesti gembira bila dia tahu
yang mama dan Kak Afrin dah berbaik… Kita sama-sama doakan kesejahteraan abang
ya…” Saat ini, Azlin ikut turut merasai tempias kesedihan kakak iparnya. Dia
tiada ayah untuk mewalikan dirinya. Dia juga sudah tidak punya abang untuk
menjadi wali. Yang ada hanya pak saudara iaitu abang kepada mamanya
sendiri. Walaupun dia tetap boleh kahwin, tapi keadaan pastilah berbeza.
Afrina cuba
untuk berlakon secara biasa walaupun kudratnya lemah lebih dari biasa. Apabila perbincangan selesai, mereka
memutuskan untuk berkahwin dua bulan dari sekarang. Tiada majlis pertunangan.
Ini semua permintaan dari pihak Mirza sendiri. Afrina cuba tersenyum walaupun
payah. Dia tak patut melarutkan kisah dukanya di hari bahagia adik iparnya
sendiri.
Dia dapat kecam pandangan Mirza itu. Tak tahulah
pandangan kasih ataupun kasihan. Entah-entah Mirza sedang ketawa berguling di
dalam hati. Ketawa kerana berjaya membalas dendam lama. Tapi dia tahu,
Mirza bukan tergolong dalam golongan lelaki itu.
Sebelum pulang
tadi, Hajah Khadijah sempat memanggil dirinya.
“Yang ini gelang pusaka… Dulu mak mertua mama yang
bagi. Dia kata nanti bagi pada menantu perempuan.. Dulu mama tak ada kesempatan
nak bagi, jadi mama nak bagi harta ni pada Afrin…” Air mata Hajah Khadijah
sedikit bergenang tatkala menyerahkan seutas gelang di tapak tangan Afrina.
“Mama… Apa nih… Afrin tak berhak. Lagipun Afrin
bukan menantu mama lagi..” Luah Afrina perlahan. Tergamam Hajah Khadijahd
dibuatnya.
“Sebab Afrin dah jadi anak mama… Anak perempuan
mama.. Jadi mama simpanlah gelang nih. Bagi pada Azlin atau pada cucu menantu
mama nanti…” Seloroh Afrina sambil ketawa. Namun nyata plastik!
Sebuah ciuman singgah di dahi Afrina. Tumpah kasih
seorang ibu buat anak perempuannya.
“Afrin.. Mama nak minta maaf. Mama tak
sempat nak ceritakan perihal Mirza… Tapi ada sesuatu yang mama nak tanya. Betul
ke yang Afrin memang tak ada perasaan pada Mirza? Betul ke Mirza cakap yang
Afrin hanya sayangkan Haraz?” Hajah Khadijah ingin dengar dari mulut menantunya
sendiri. Dia tidak mahu keadaan menjadi keruh. Dia juga tidak mahu dituduh
kejam kerana memandai mengaturkan semuanya sesuka hati sendiri.
Afrina
tersenyum sahaja. Ya.. Sayang dan cintanya pada Haraz masih ada. Tapi rindu dan
kasihnya pada Mirza baru sahaja bercambah. Ringan sahaja mulutnya untuk mengaku
bahawa dia teramat menyintai Iyyad Mirza. Tapi ada kebarangkalian ke yang
mereka akan bersama? Banyak pihak yang bakal terluka.. Tak serikkah dirinya
dalam melukakan perasaan orang lain? Sanggupnya dia mengulangi semula kelukaan
itu? Tegarkah dia?
“Afrin hanya anggap Mirz sebagai kawan dan bekas
tunang Afrin. Itu je mama… Afrin doakan yang terbaik buat Mirz dan Lin. Lin
beruntung sebab bakal menjadi isteri Mirz. Afrin boleh jamin yang Lin akan
bahagia.” Ucapnya ikhlas. Ini bukan statement untuk meraih undi simpati. Perasaannya
pada Mirza perlu dilupakan. Dengan frasa kata yang lebih baik, perlu diBUNUH!
Hadziq yang sedang tidur itu mula dicium perlahan.
Tangannya mengusap kepala Hadziq. Wajah Hadziq persis dirinya. Tapi
perangai sama seperti Haraz. Jangan menyenangkan hati yang sedang kegelisahan. Lena sungguh anak itu tidur. Mungkin terlalu penat
bermain siang tadi.
Perlahan-lahan
dicapai Al-quran. Hati yang kering
ini perlu dibasahkan dengan alunan suci kalam Allah. Dia juga berniat agar
bacaanya sampai pada arwah suaminya. Biarlah Mirza berbahagia bersama Azlin
kerana dia juga pernah berbahagia bersama Haraz.
***
Puan
Maizura memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Hatinya walang! Fikirannya
rungsing! Apa sebenarnya yang telah berlaku?
“Apa
semua ni Iyyad? Ibu betul-betul tak faham…” Itulah soalan pertama saat mereka sampai di rumah. Kalau ikutkan
hatinya, dalam kereta lagi dia dah bertanya itu ini. Tapi dia tidak mahu konsentrasi
pemanduan anaknya terjejas. Jadi terus disabarkan hati. Tapi kini, segala
persoalan mula membuak-buak. Membutuhkan jawapan.
Langsung
Puan Maizura tidak menyangka yang Afrina adalah menantu bakal besannya itu.
Kalau dia tahu awal-awal, dia pun tak ingin hendak bermenantukan Azlin. Dia
memang tak mahu ada kena mengena dengan Afrina. Rasa sakit yang lepas masih
belum sembuh sepenuhnya.
Sekarang
dia ingat yang Hajah Khadijah sering bercerita tentang menantu yang tidak
mendapat tempat di hatinya. Jadi wanita itu adalah Afrina! Bekas tunang Mirza yang sekarang ini telah
memegang title janda!
“Apa sebenarnya
yang Iyyad fikir? Cuba
bagitahu ibu?”
Iyyad Mirza terdiam. Sudah menganggak akan
penerimaan dari ibunya ini. Dia sendiri sudah beku idea untuk memulakan
cerita ini dari mana.
“Kenapa
Iyyad terima Azlin kalau Iyyad tahu yang Afrina kakak ipar Azlin? Iyyad sengaja
nak balas dendam pada Afrin? Sengaja nak sakitkan hati dia? Ataupun Iyyad nak
balas dendam pada keluarga bekas suami Afrina? Yang mana satu yang betul?”
Serang Puan Maizura apabila anaknya bertindak untuk terus berdiam diri.
“Ibu…
Ibu kenal anak ibu kan …
Iyyad bukan macam tuh…” Perkataan dendam tak pernah ada dalam kamus hidupnya.
Apatah lagi bila berkaitan dengan Afrina!
Mirza
menghalakan pandang pada si ayah yang hanya bertindak sebagai pemerhati.
Akhirnya ayahnya ikut turut mengangkat bahu lantas angkat kaki. Gamaknya malas
nak menyampuk perbalahan antara isteri dan anaknya. Adik-adiknya yang lain
terus tak sanggup nak balik rumah. Takut nak dengar bebelan ibu apabila melihat
bakal kakak ipar mereka ada kena mengena dengan bekas tunang abangnya.
“Habis
tu? Apa motif kamu untuk terima Azlin?”
“Bukan
ke ini kemahuan ibu? Bukan ke ibu
nak Iyyad kahwin dan berbahagia? Sekarang Iyyad sedang tunaikan
permintaan ibu…” Lembut suara Mirza membalas.
“Jadi sekarang kamu nak kata yang semua
ini salah ibu? Macam tuh?” Iyyad lepaskan nafas saat menyambut kata-kata dari
ibunya. Nampak sangat yang Puan Maizura sudah tersalah faham.
“Bukan
macam tu maksud Iyyad…” Ditarik
ibunya yang sedang berdiri itu. Kalau orang yang berdiri tengah marah, eloklah
diajak duduk. Biar reda dan hilang kemarahannya. Tak banyakpun,
sekurang-kurangnya marah itu akan berkurang.
“Iyyad
nak ibu bahagia… Sebab tu Iyyad nak tunaikan permintaan ibu. Dah terlalu lama
ibu… Dah terlalu lama Iyyad ikut kehendak sendiri tanpa mempedulikan air mata
ibu. Tanpa menghiraukan pesanan-pesanan ibu. Jadi Iyyad dah fikir masak-masak.
Sebab tu Iyyad terima permintann ibu untuk memperisterikan Azlin. Tapi masa tu
Iyyad tak tahu lagi yang Afrina tu kakak ipar Azlin. Sungguh Iyyad tak tahu… Kalau
Iyyad tahu, kisahnya mungkin tak jadi macam ni.”
Puan
Maizura sudah mula tenang apabila diterangkan dan dijelaskan dengan lembut oleh
anak sulungnya itu. Berat mata memandang, pasti berat bahu yang memikul. Pasti
sukar untuk Iyyad menghadapi saat-saat seperti ini. Berdepan dengan bekas tunang yang menjadi kakak
ipar kepada Azlin.
“Dah lama kamu
jumpa Afrin semula?” Perlahan sahaja nada suara Puan Maiuzra. Menanti jawapan
anaknya dengan sabar.
Kepala
Mirza dianggukkan beberapa kali.
“Dah hampir tiga bulan…”
“Kenapa tak beritahu ibu?”
“Macam mana Mirz nak
berithu Ibu… Dengar nama dia pun ibu dah meluat, inikan pula nak bercerita
pasal dia. Kami bertemu pun secara kebetulan…” Cerita tentang Afrina
yang pernah menjadi pesakitnya itu sengaja dirahsiakan. Bukan hendak berniat
untuk menipu. Tapi rasanya tidak ada kepentingan dari cerita itu. Apatah lagi
sudah terbukti yang Afrina sudah sembuh seratus peratus.
“Mirz masih sayangkan Afrin?” Soalan lagi.
Mirza mengambil
masa yang agak lama untuk menjawab. Dia mungkin boleh tipu perasaannya, tapi
macam mana dia hendak menipu seorang wanita yang telah melahirkannya. Sekilas
ikan di air pun ibu sudah dapat mengecam jantan atau betina. Apatah lagi dalam
soal perasaan yang melibatkan anaknya sendiri.
“Iyyad
hanya pandai cintakan dia ibu…. Iyyad tak pernah sayang orang lain macam mana
Iyyad sayang pada Afrin.. Secara jujurnya, Iyyad dah lamar dia bila Iyyad tahu
yang dia dah menjanda.. Tapi…” Cerita Mirza mula terhenti.
“Dia
tolak kamu lagi?” Tebak Puan Maizura laju. Anggukan dari anaknya itu membuatkan
Puan Maizura menyandarkan badan di sofa. Apa yang kurang sangat pada anaknya sampai berulang kali Afrina menolak
Iyyad Mirza? Dah janda pun buat perangai jual mahal lagi. Arghh,, sungguh Puan
Maizura tak faham! Mungkin ada hikmah Afrina tidak menjadi menantunya.
“Tapi
semalam…. Afrin luah yang dia sayangkan Iyyad.” Cerita Mirza tanpa sedikit pun
selindung. Manalah tahu kalau-kalau ibunya memahami dan sanggup menyatukan
cinta mereka semula. Walaupun harapan itu tipis, tapi Mirza tetap tidak
berhenti berharap.
Kalaupun dia hendak bersatu bersama Afrina,
biarlah kerana restu ibunya. Jika tidak, dia pun tak akan sesekali
melukai ibunya kerana Syurga seorang lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu. Berkahwin tanpa restu pasti akan
membuatkan dia jauh dari rahmat Allah.
“Apa yang ada dalam
kepala otak perempuan tu ya? Dia nak dia ambik… Dia tak nak, dia campak macam
tuh jeh! Iyyad… Orang macam tu tak layak nak dijadikan bini. Orang macam tu
bukan orang yang layak untuk dibahagiakan Iyyad… Kalau Iyyad nak pilih dia,
Iyyad akan kehilangan ibu!” Putus Puan Maizura keras. Dia tidak mahu berlembut
lagi dengan anak sulungnya itu. Dia langsung tak mampu untuk menerima Afrina
dalam keluarganya.
“Ibu….”
Sungguh tak sangka yang ayat sebegitu akan keluar dari mulu ibunya. Jadi apa
lagi kudrat yang seorang anak ada!
“Ibu
bagi Iyyad pilihan… Pilihan di tangan Iyyad…. Ibu tahu anak ibu pandai fikir
baik buruknya. Kalau betul kamu
pilih Afrin, jangan panggil ibu, ibu lagi….” Lantas Puan Maizura bangun dan
meninggalkan anaknya itu tercengang sendiri. Terkapai-kapai dalam situasi yang
melemaskan.
Mirza menyandarkan
badannya di hujung kerusi. Tak mampu memilih bila seorang ibu mula
dipertaruhkan. Sangkanya dengan menceritakan semuanya, ibu akan berlembut hati.
Tapi rupanya tidak….
‘Arghh…. Cinta
itu masih bukan milik kita sayang… dan selamanya, ia kekal bukan milik kita…’
Mirza menyerah penuh pasrah.
***
Menitis
air mata Afrina sewaktu menceritakan segalanya pada kakaknya. Dia memang tidak
mahu membebankan kakaknya dengan cerita-cerita sedihnya. Tapi pada siapa lagi
dia hendak meluahkan segalanya. Jika disimpan, bimbang ia bakal memusnahkan
semua organ dalaman miliknya.
“Kita kena beritahu Mirza pasal hal
sebenar Afrin… Mirza perlu tahu!” Sungguh dia tidak menyangka yang Mirza akan
bertindak untuk menikahi adik ipar Afrina sendiri. Keadaan yang sedia
kusut ini sudah mula dilanda ribut!
“Untuk apa? Untuk dia rasa bersalah? Macam
tuh… Afrin tak mahu kak… Afrin tak
mahu Mirza berbelah bahagi untuk terima Lin.. Lin baik kak.. Dia tak patut
dikecewakan.. Afrin tahu yang Mirz boleh bahagiakan Lin..”
“Dah start dah… Dah start
dah perangai pelik kamu ni Afrin…” Amalina sudah ke kiri dan ke kanan. Naik
migraine melayan cerita hidup Afrina ini. Manalah adiknya itu tak diserang penyakit gila! Semuanya datang
berdentum-dentum! Apa hebat sangatkan jiwa adiknya ini hingga diuji
sebegini rupa!
Seketika
Amalina mula lalai dimamah rasa sedih dan terkilan. Namun cepat-cepat
dibetulkan kepada hatinya. Seorang hamba tidak layak untuk mempertikaikan
percaturan Allah. Pelangi cantik tak akan muncul jika langit tidak memuntahkan
hujan. Semua yang berlaku pasti ada hikmah.
“Perangai
pelik apa pulak kak?” Daripada menangis, Afirna sudah mula ketawa. Geli hati melihat
reaksi kakaknya itu.
“Ialah… Sibuk dengan kebahagian Lin.. Habis
tu kebahagiaan kamu pulak macam mana?”
Afrina
bangun lalu memeluk lengan kakaknya itu. Senyuman yang paling ikhlas dia
lakarkan.
“Kalau
kita benarkan orang yang kita sayang bahagia… InsyaAllah Allah akan hantarkan
kebahagian buat kita pulak….” Ucap Afrina dengan senyuman. Dia sudah redha.
Bukan malas berusaha. Tapi dia sedar bahawa tangannya tidak mampu untuk menahan
takdir yang sudah tertulis.
“Tapi
adalah lebih membahagiakan kalau kitalah orang yang mampu membuatkan dia
tersenyum… Kitalah yang ada disebalik senyuman dia..” Sambung Amalina pula.
Sengaja bermain dengan kata.
“Dah
tak ada jodoh….”
“Jangan
cepat mengalah dik…”
“Mengalah bukan tanda kalah.. Tapi tanda
yang kita redha dan menerima segala-galanya.. Lagipun, saya bukan untuk Mirza
dan Mirza terlalu baik untuk orang macam saya.” Hatinya sudah kuat untuk
menerima semua ini. Dia akan mendoakan kebahagian Azlin dan Mirza. Tak akan ada
apa yang berubah.
Amalina terdiam. Tak
mampu untuk menyambung bicara lagi. Kali ini, dia nampak jiwa Afrina sudah
kembali pulih. Tidak terkesan riak kegelisahan seperti biasa. Mungkin keadaan
memaksa dia bersikap sebegitu. Tak pun sebab jiwanya dah kebal untuk mengadap
semua ini. Mungkinkah dia perlu
merangka sesuatu untuk menyatukan Mirza dan Afrina?
Afrina merenung ke luar. Membolosi slinding door
itu. Hatinya terasa kosong. Kosong dan kosong. ‘Biarpun hatiku ini kosong..
Jiwaku ini punah dan harapanku musnah. Tapi izinkan selamanya namamu dihati…’
Bisik Afrina lemah.
Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta
Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang
sudah
Sedalam renungan terlihat dalam
diri
Hakikat cinta yang sejati
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring
langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu
Jalan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat
pedoman
Sepanjang jalan tanam impian
Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namau dihati
Biarkan selamanya kubegini
p/s:: terima kasih buat darling-darling yang tak jemu-jemu menyokong DSKH... hope enjoy reading n do komen k.. lebiu korang alwayzzz... muaahhh with xoxo...
oh dearrrr...cik penulis...anda berjaya buat aii sedihh and bangga dgn afrina...seryes...afrina yg korbankan perasaan and kebahagiaannya demi azlin, MIL and mirza....oh myyyy....but itu yg sepatutnya...afrin...NEVER ever break your SIL and MIL heart..klu jodoh afrin dgn mirza...xkan ke mana...eventually there will be a way...
ReplyDeleteAfrina..juz go anywhere...go abroad...take a break...2 bulan lagi mirza and lin nak kawen kan...jadi pegila memana dulu....mst x sampai hati nengok khennnn.....bawa skali your son...sob sob sob..manatau ada Mr Right terserempak kat sana hehhehe.....
Afrina..u such a sweet gal..u will let them happy...and u will be happy.....
cik penulis...aii x sabar to wait your nex n3...reallyy....i wanna see how u goin to twist the story....and i know u definitely will serve us with your superb story...yeahhhhh.....
cepat2 ya nex n3...tq xoxoxo
tergamam baca komen cik anon... sampai suggest pi bercuti.. heh.. idea y menarik tuh
Deletewhoaaa sebelum tu thanks sbb reply yerrrr
Deleteahaaa.....opkosla cik penulis tergamam...first komennn kateeee...hehehhe tp seryes...afrin need a breakk...she had enough...not to say give up..but to find her happiness....(statement bukan kecik ati dgn mirz sbb nak kawen dgn lin hehhe)
“If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were.”
cik penulis....nex n3 plissss......
and u r amazing writer...i must say... (bukan bodek tauuu...its a fact)
well, kalau afrina dan mirza tak berjodohan, harap afrina akan dpt melupakan mirza dan tetapkan hati utk terus hidup tanpa mirza. Dan harap mirza akan berbahagia dgn lin, jgn hati berbelah bagi, kesian kat lin.
ReplyDeleteNext entry pls, fast forward ke wedding Mirza dan Lin... Selamat Pengantin Baru kpd Mirza dan Lin.
Elok ler Afrin tak berkawin dgn Mirza sbb byk sgt halangan walaupun masing2 saling menyinta... dah takder jodoh, cari jer org lain... hihihi...
perghh... nak suruh forward pi wedding mirza n azlin ke... cun jugak tuh.. hehe
Deletehalangan demi halangan muncul..even org itu ada di depan mata tp kita x punya kekuatan utk memiliki dia..mencintai seseorg x semestinya akan berakhir ke jinjang pelamin ..huhu..
ReplyDeletekan... menyintai tak semestinya memiliki.. frasa ayat yang sungguh biasa.. =)
DeleteKlik dah namanya sara mmg x sah klu x buat hjn air mata. Cian kat afrina demi nk jg kbahagiann org lain sgup bkorban. Adakala kt kena terima cinta x semestinya bsatu tp klu jodoh dh dtetapkn walau mcm mn dhalang skalipun ttp bsatu. Dan yg pastu afrina n mirza akan bsatu Klu x 3hr 3 mlm sara x bole on fb haha. Ayat sedapkn ati bila sara x nk kasi hero bsama heroin huhuhu
ReplyDeleteoit.. x leh on9 3 hari 3 malam tu sebab nak suruh ai honeymoon kaa atau nak bako belog inihh.. kih kih..
DeleteDSKH ni mmg khas utk Mirz-Afrin...mcm mana pon dugaan tetap ujung2nya dorang juga khennn....tinggal terpulang kebijaksanaan cik penulis je bermain dgn emosi dan create conflict yg buatkan jalan cite menarik...n pastiii sgt cik penulis bole mmbawa kita ke arah ituuuuu....
ReplyDeletewell well well...cane agaknya cik penulis buatkan afrin-mirza bersatu tanpa ada hati yg terluka?? hati Lin,mak mentua...bakal mak mentua x jadik.....hehhe cane yerr cane??
cik penulis...ni yg kami tungggguuuu...cepat sket yer next entry....
-taz-
hmm... saya suka baca apa yang reader predict.. ya ya je penulis akan twice?? confiden ke nih.. kui kui kui...
Deleteerkkk....bukan mirz-afrin ek? "cinta x harus memiliki"....oo00 emmm geee.....tp klu dah takdir nak wat camne..sob sob..klu betul xde jodoh...ms author kasi hero yg the best tuk afrin which can love her and Hadziq sooo muchhh...and hensem as well heheh..
Deletecik Sara ni memang pandai buat kitorang berteka teki, sama ada Mirz balik lagi ngan Afrin atau Mirz ngan Lin. hmm, cinta kan, banyak sangat onak duri dia, huhu. sy bacekisah Afrin ni, bayangkan cik Sara je, haha
ReplyDeleteoppsss... adakah membayangkan afrina secomel saya? wokeyhh..perasan memanjang kannnn...
Deleteish...sedih dah ni. mcm tak nampak je jalan Mirza n Afrina nak berbaik. siapa sebenarnya yg buat Afrina ya?
ReplyDeletejeng jeng jeng... terlalu nak kasi tahu..hehe..
Deleteoh! duhai ati redha lah di atas ketentuan nye!Hukhukhuk sedeh nye ngan nasib afrina...TUHAN tolong lah pertemu kan mereka,demi cinta yang masih tersisa...andai ku mampu melepas kan cinta kite ku berharap kau kan bahgia disisi sidia....ku rela kan ngan ati terluka....hehe dah terlebih karut akak ne dek,nk ilang kn rase sedeh di ati dekkkkkk
ReplyDeletesaya pulak yang sedih baca luahan hati akak nih... aiyaaa... silakan meroyan kak.. sy suka ajehh..
DeleteNB - cerita yang baikk...tersentuh hati..moga terus menghasilkan karya yg baik...Aamiin
ReplyDeletethanks NB... doakan agar dapat sudahkan DSKH ni ya..
Deletesaraaaaaa.... awak tak kejam kan.. awak tak kejam kan nak pisahkan afrin n mirza.. jntung sy dah mcm nk terkeluar dah.. cite ni mmg bnyak bermain ngan emosi.. tahniah sara 4 the superb entry.. kalau entry mirz n afrin khwin msti lgi superb.. kuang kuang.. ngah bodek nih
ReplyDeleteopsss...penulis ini tak makan bodek..haha.. apa salahnya sekali sekala jadi kejam kan... kata nak buat tragis.. !_!
DeleteKak Sue puji cara Afrina yang redha terima apa saja demi penerimaan bekas mak mertua ...... sedih.... Kalau dah bukan jodoh Afrina dan Mirza nak buat macaman.... dan kalau kuat jodoh antara Afrina dan Mirza harap sangat emak Mirza dan mak Lin boleh terima ...... Insyallah.... Sedihhhhhh
ReplyDeletemana tahu kalau-kalau ada jodoh lain untuk Afrina kan.. ekekeke... cun jugak tuhh..
Deletesediakan tisu sebelum bc kak..hehe
Redha sungguh Affin...Mulia sungguh kasih Mirza...Sedih...
ReplyDeletemereka saling berkorban untuk kebahagian masing2.. cinta tak pengajar pencinta untuk mementingkan diri sendiri..hehe
DeleteAkak br marathon cerita ni & sungguh akak terpikat!! Rasanya lebih hebat drpd CUSL..
ReplyDeleteAfrina sorg wanita.. kehilangan suami yg dicintai adalah pukulan yg hebat.. Terleka & menderita. Namun dia berjaya bangkit. Sayangnya terpukul sekali lagi & lebih hebat...
Harap dia dpt mengapai bahagia untuk dirinya dan Hadziq.
thanks kak.. marathon DSKH.. mesti jantng x duduk diam kan.. kih kih kih.. keadaan membuatkan perasaan mereka terpukul... namun bila mereka bangkit, mereka lebih kuat dari sebelum jatuh..hehehe.. kononlah..
Deletelama tunggu akhirnya de gak..hehe
ReplyDeletenext plz.. :)
lama ke? dah try taip guna kapal terbang dah nih.. kapal api cm lmbat kan.. ekekeke.
Deletetolonglah satukan afrin dengan mirza.. kalau tak nak boikot cite nih.. kih kih
ReplyDeletefuyooooo... jangan gitu..x sayang ai ke dira... =p
DeleteWaaa terduga lagi afrin,.cpt2 smbg ye cik writer keke
ReplyDeleteterduga dan menduga... try smbung secepat kilat..hehe
Delete