Sunday 25 December 2011

Di Luar Kemampuanku....



Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Satu waktu kukuh termetri
Kau tahu kasih sayang tak bertepi
Tidak menjaminkan untuk esok hari

Ku cermin diri ini ke dalam kedaifan
yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankanmu walaupun lawan ku seribu

Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad, satu nyawa satu cinta

Tidakku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku mengengam satu azam
Melempar khayalan untuk kehidupan
            Munira mencapai frame gambar yang berada di meja sisi katil. Dengan terketar-ketar, tangan kanannya mula mendarat di permukaan gambar tersebut. Bibirnya bergetar menahan rasa. Air mata mengalir lagi. Untuk yang keberapa kali, dia tidak pasti. Kerana terlalu murah air matanya kini.
            Untuk diseka air mata tersebut, dia sudah hilang kudrat. Kalau dulu dia bertahan kerana adanya seorang lelaki yang bergelar suami. Namun kini, kekuatannya yang tinggi melangit kini mula rebah menyembah bumi. Ini semua berada di luar kemampuannya.
            “Abang, Nira tak larat bang. Nira tak mampu hidup tanpa abang.” Entah kenapa, dia berharap yang  suaminya itu akan mendengar tangisannya. Sedangkan dia tahu yang Rizal cukup tidak suka melihat dia menangis.
            “Mama…” Panggilan suara kecil itu membuatkan Munira cepat-cepat mengesat air matanya. Tidak mahu puteri kecilnya itu menangkap yang dia sedang menangis.
            “Mama nangis lagi?” Dalam hati mula menyalahkan diri kerana sering kali gagal mengawal emosi. ‘Mama puteri ni dah tak kuat sayang.. Tapi percayalah, mama akan terus bertahan demi kamu sayang.’
            “Mama jangan nangis tau. Kan papa cakap dia tak suka tengok mama nangis.” Pantas, anak gadisnya yang baru berusia tiga tahun itu mengelap sisa airmatanya. Munira terus tersenyum manja. Ya, walau apa yang terjadi pun, dia masih punya Aisya.
            Dibawa  Aisya ke dalam pelukannya. Ya, dia rindukan pelukan suaminya. Terlalu rindu. Kerana hakikatnya dia terlalu cintakan lelaki itu. Biar dia hanya punya sesaat pun dalam kehidupannya, cintanya akan tetap teguh buat Rizal. Tidak akan berganjak walau seinci sekalipun. Ingatanya mula mengarit kenangan. Mengamit memori kisah hidupnya dulu.
***
            “Selamat pagi sayang….” Bisik Rizal romantik. Tangannya masih melingkari pinggang isterinya. Matanya pula tidak lepas-lepas dari memandang Munira. Isteri yang telah dinikahi hampir tiga tahun itu. Bibirnya mula mengukir senyuman melihat muka isterinya yang terpisat-pisat itu.
            Awal pagi mereka akan dimulakan dengan ucapan selamat pagi dari Rizal. Dan Rizal pasti akan bangun lebih awal darinya. Apabila terjaga sahaja, dia pasti akan menilik setiap inci wajah milik isterinya. Bagai tidak pernah puas dan bosan.
            “Dah pukul berapa bang?” Tanya Munira perlahan. Matanya masih dipejamkan. Terasa berat untuk dicelikkan. Apatah lagi berada dalam pelukan suaminya. Makin liatlah dia hendak bangun.
            “Dah pukul enam sayang. Jom bangun. Tak baik melewatkan solat.” Ujar Rizal lembut. Namun masih belum berganjak lagi. Kerana dia tahu jawapan yang akan keluar dari mulut isterinya itu.
            “Hmm, lima minit lagi. Kejap je lagi.” Kan dah kata. Setiap kelakuan isterinya ini sudah disemat kemas dalam akal fikirannya. Apa yang isterinya akan lakukan, apa yang isterinya akan fikirkan, semuanya sudah berada dalam poketnya. Dan dia, teramat bertuah memiliki isteri seperti Munira.
            “Sayang….” Tangannya sudah mula menari di telinga milik isterinya. Munira tergerak sedikit. Tidak suka suaminya memasuki kawasan larangan. Dia mula kegelian sendiri.
            “Uish abang ni, tak boleh tengok Nira senang sikit.” Rungut Munira geram. Setiap pagi, itulah idea suaminya untuk mengejutkannya.
            “Oh, abang pulak yang disalahkan…” Terus digeletek pinggang isterinya. Begitulah rutin mereka setiap pagi. Rizal tidak akan membenarkan mereka memulakan hari dengan pergaduhan. Dan suaminya itu akan sentiasa bertolak ansur. Senang cerita, akan sentiasa beralah untuk isterinya.
            “Dari muda sampai dah tua pun, masih liat nak bangun pagi.” Usik Suaminya. Mereka sudah bangun dari pembaringan. Sama-sama mula mengemas tempat tidur. Rizal memang ringan tulang. Dalam apa jua perkara, lelaki itu pasti akan sama-sama membantunya.
            “Nira tak tua lagi tau. Abang tu lainlah. Dah tua. Tak ada orang yang nak. Nira sorang je yang sanggup terima abang tu.” Giliran Munirah pula yang mengusik. Rizal hanya tayang gigi. Tidak mengambil hati langsung dengan kata-kata suaminya.
            “Oh, kutuk abang eh… Sebab Nira kutuk abang pagi-pagi ni, Nira kena denda…” Mula menghampiri isterinya. Terangkat sedikit kening Munira dibuatnya.
            “Denda? Denda apa?” Hmm, teruja juga hendak mengetahui denda yang dikenakan suaminya itu.
            “Kena mandi dengan abang.”
            “Hah!” Terus dicempung badan isterinya itu. Dibawa masuk ke dalam kamar mandi. Tidak mempedulikan jeritan kecil milik isterinya. Dan sepasang suami isteri itu terlalu bahagia.
***
            Munira lincah menyediakan sarapan pagi untuk mereka tiga beranak. Rizal pula sedang sibuk menyiapkan Aisya. Puteri kecil pemilik jiwa raga mereka berdua.
            “Ala, comelnya anak mama.” Dicium sedikit wajah Aisya yang sudah berbedak itu. Pagi-pagi, dia hanya perlu menyediakan sarapan manakala Rizal pula akan menyibukkan diri mencara anak mereka. Bersuamikan Rizal umpamanya seperti memperolehi tangan yang ketiga. Lelaki itu akan memastikan yang kerja rumah mereka lakukan bersama-sama.
            “Abang yang siapkan. Mestilah comel. Kan Aisya kan…” Munira hanya mencebik.
            “Terima kasih papa. Aisya sayang papa.” Dicium pipi papanya itu di kiri dan kanan. Aisya memang terlalu manja dengan Rizal. Ialah, Rizal melayannya seperti melayan buah hati. Tapi memang Aisya buah hati mereka. Bukti kasih sayang mereka.
            “Papa je? Mama tak sayang?” Munira sengaja menarik perhatian Aisya pula. Anak gadisnya itu memang lincah. Seawal pagi pun, sudah ceria sahaja.
            “Aisya pun sayang mama. Terima kasih mama. Sebab buatkan Aisya sarapan pagi.” Petah mulut anak kecil itu menjawab. Munirah dan Rizal saling bertukar senyum.
            “Terima kasih mama, sebab buatkan papa sarapan pagi.” Ajuk Rizal pula. Suaminya itu tidak pernah gagal dalam mengucapkan perkataan terima kasih itu. Walau sebesar hama sekalipun perkerjaan yang dilakukan oleh Munira, lelaki itu tidak akan lokek dengan ucapan itu.
            “Terima kasih je? Upah tak ada ke?” Rizal terus tersenyum. Tanpa banyak cakap, terus dicium pipi isterinya itu. Munira tersenyum bahagia.
            “Eee, papa tak malulah cium mama depan Aisya.” Marah anak gadis mereka. Jarinya dibawa ke mata. Konon-konon menutup matanya dari melihat aksi mereka.
            “Biarlah. Mama ni isteri papa tau. Aisya janganlah jelous.” Sakat Rizal. Dicubit pipi Aisya sehingga anak kecil itu terjerit dibuatnya.
            “Ish, dahlah bang. Dah lambat ni nak pergi kerja. Jangan usik anak  dara Nira lagi.” Terus diusap kepala anaknya itu.
            “Jom Aisya.” Kebiasaannya, Rizallah yang akan menghantar Aisya ke rumah pengasuh memandangkan jalan yang mereka lalui adalah sehala.
            “Bang, moga abang redha dengan segala kerja yang Nira lakukan hari ni. Nira nak mintak izin untuk meringankan beban abang. Izinkan Nira bang.” Itulah kata-katanya apabila dia menyambut huluran salam milik suaminya.
            “Abang izinkan. Terima kasih Nira. Abang pergi dulu ya.” Dicium dahi isterinya. Setiap permulaan hari mereka akan bermula seperti ini. Kalaupun mereka berbalah sekali pun, pasti tidak akan lama. Kerana kekuatan cinta mereka akan memaksa mereka itu meninggalkan ego ke belakang. Moga Allah sentiasa ada dalam setiap langkah kehidupan mereka ini. Amin.
***
            Munira mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk. Terus ditekan punat open.

Makan bnyak2 sikit tau… sayang abng ni dh kurus sangat..
Slmat menjamu selera…. A Lot of Love…
            Mesej dari Rizal itu Munira sambut dengan senyuman. Jika mereka tidak makan tengah hari bersama, pasti akan ada mesej yang masuk ke dalam inboxnya.
            “Kalau aku tak kenal dengan kau Nira, mesti aku ingat korang baru kahwin dua minggu. Padahal dah lebih tiga tahun kot. Apa rahsia suami kau romantik sangat Nira? Suruh suami kau tu kongsi sikit dengan suami aku tu. Tak lah wat dono dua puluh empat je dengan aku ni.”
            Bebelah Fatihah itu Munira sambut dengan senyuman senang. ‘Apa rahsianya? Entah, dia tidak punya jawapannya. Sejak dari dulu, memang perangai Rizal sudah bergini. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, tanpa kata, suaminya akan tetap melakukan.
            “Memang dari dulu perangai dia macam tu.” Ujar Munira sambil mula menyumbat makanan ke mulut.
            “Hmm, beruntunglah kau dapat suami macam tu. Suami aku tu, uish haram kejadah dia romantik macam tu. Kalau aku romantik kang, ada dihempuk kepala aku ni. Kata buang tabiatlah.” Munira ketawa kecil.
            “Masing-masing ada kelebihan masing-masing Tihah. Tak kurang jugak dengan kelemahan. Itulah fungsi pasangan. Tugas kita ialah untuk menampal segala kelemahan suami. Baik yang tersurat ataupun yang tersirat, itulah tanggungjawab kita.”
            Fatihah menganggukkan kepalanya bagai burung belatuk. Apa yang dikatakan oleh Munira itu adalah benar belaka. Ya, walaupun Farouk bukan dalam kategori yang romantik, namun dia masih punya sikap yang menyenangkan hati seorang isteri.
***
            “Sayang, ada apa-apa yang abang boleh tolong?” Muncul Rizal tika Munira sedang menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga.
            “Boleh. Tolong makan je jap lagi. Tak apalah bang, pergilah duduk depan dengan Aisya. Kalau dah siap nanti Nira panggillah.” Halang Munira. Dia bukan apa, di kasihankan suaminya yang kepenatan itu.
            “Air belum buat lagikan? Abang buat air jelah eh.” Rizal memang tidak akan berganjak. Dia paling tidak suka melihat isterinya terkontang-kanting seorang diri melakukan pekerjaan sedangkan dia boleh bersenang lenang di depan televesyen.
            “Ish abang. Pergilah rehat. Abang kan penat.” Berhalus suaranya menasihati suaminya itu. Tapi kalau bab ini, mesti Rizal tidak akan berpaling. Dia akan tetap membantu.
            “Kalau abang penat, sayang pun mesti penat kan. Jadi abang tak nak tambahkan kepenatan sayang tu. Kan bagus kalau kita boleh buat sama-sama.” Lembut suara Rizal membalas. ‘Aku terlalu bertuah kerana Allah mengurniakan kau sebagai pembimbingku di dunia ini dan moga aku dapat mengiringi kau ke Syurga.’
            “Hah, buat baik ni mesti ada makna kan…” Sengaja Munira mengusik. Bukan ke usik mengusik ini yang akan menjadi kekuatan hubungan mereka. Setiap yang mereka lakukan diiringi dengan gelak tawa yang mengusik perasaan.
            “Abang tak nak Nira penat sangat sebab malam karang abang nak pinjam kekuatan Nira kejap lagi.. Hehehe.” Terus dicubit lengan suaminya itu. Hingga merona merah mukanya. Walaupun sudah lebih tiga tahun berkongsi bantal dan selimut, namun dia masih segan dalam membicarkan soal ini. Mungkin kerana wanita dikurniakan dengan rasa malu yang terlebih kuantitinya berbanding lelaki.
            “Hah, otak tu ke situ aje fikirnya. Dah lah, pergi panggil Aisya. Kita nak makan sekali ni.” Dengan cekap Munira menyediakan pinggan di meja makan.
            “Sayang nampak lebih cantik bila malu-malu macam ni.” Dipeluk erat pinggang isterinya dari arah belakang.
            “Abang, kita nak makan ni…” Munira kembali memperingatkan suaminya itu. Rizal ketawa besar. Manakala Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya.
            “Kali ini Nira terlepas, kejap lagi jangan harap.” Rizal kembali mengusik. Munira pura-pura marah. Dalam diam, dia memanjatkan kesyukuran di atas segala perhatian dan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bahagi untuk keluarganya.
***     
            “Ni kenapa tersenyum-senyum ni?” Dicubit sedikit pipi isterinya. Sedari balik kerja lagi asyik senyum sendiri.
            Munira mengaru-garu kulit kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Bibirnya diketap. Mencari idea untuk menceritakan sesuatu perkara yang mengembirakannya hari ini.
            “Nira nak bagi abang ni.” Sampul surat berwarna putih dihulurkan kepada suaminya.
            “Apa ni? Berita yang Aisya nak dapat adik ke?” Munira tarik muka. Tidak habis-habis hendak mengusiknya.
            “Abang ni… Ke situ jugak fikirnya. Bukaklah dulu.” Gesa Munira cepat-cepat. Macam dia pula yang terlebih excited untuk mengetahui isi sampul surat itu. Sedangkan segala isi kandungan itu telah pun diketahuinya.
            “Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Munirah binti Ahmad telah dilantik sebagai pengurus kewangan untuk syarikat kami…” Bacaannya terhenti. Seketika dia mencari wajah milik isterinya. Rupa-rupanya, isterinya itu telah dinaikkan pangkat. Patutlah sedari tadi berseri-seri sahaja mukanya.
            “Tahniah sayang…” Terus dihadiahkan sebuah ciuman ikhlas di dahi milik Munira.
            “Semua ni berkat doa dan redha abang. Kalau tak, mesti Nira tak akan capai semua ni.” Ucap Munira ikhlas. Munirah terus membaringkan kepalanya di peha Rizal.
“Apa yang Nira kecapi sekarang ialah kerana Nira sentiasa ingin berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Allah pasti akan membantu kita jika niat kita ikhlas.”Tangannya mengusap lembut anak rambut milik isterinya.
            “Terima kasih bang. Sebab sentiasa sokong Nira.”
            “Terima kasih jugak pada Nira sebab sentiasa membantu abang untuk mencari rezeki. Yalah, kalau nak dibandingkan gaji abang dengan gaji Nira, mesti kita tak sesenang sekarang kan?” Terus Munira bangun dari pembaringan. Tidak suka dengan ayat yang keluar dari mulut suaminya itu.
            “Bang, tak sukalah macam ni. Duit Nira pun duit abang jugak kan. Pernah ke selama ni Nira ungkit apa-apa? Tak pernah kan… Sebab kasih sayang abang tu tak akan dapat terbayar walau banyak mana pun duit Nira keluar.” Ya. Kalau dihitung semua duit simpanannya sekali pun, ianya tidak akan mampu untuk membayar segala kasih sayang yang dia kecapi ini. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya memperolehi Rizal sebagai suaminya.
            “Eh, janganlah salah faham. Abang tak bermaksud macam tu pun. Abang…” Dia kelu untuk mencedok kata dari mana lagi. Memang adakalanya dia terasa begitu kerdil. Gaji mereka begitu ketara jumlahnya. Dan duit yang dititipkan buat Nira sebenarnya tidak dapat menginjakkan langsung duit isterinya itu.
            “Abang minta maaf. Kalau kata-kata abang tadi mengundang rasa tak selesa Nira.” Ucap Rizal perlahan. Munira tersenyum. Beruntung benar dirinya. Keputusan untuk berkahwin dengan Rizal adalah keputusan yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidupnya.
            “Abang tahu kan, Nira kahwin dengan abang bukan sebab duit. Bukan kerana muka abang yang kacak ni. Bukan juga kerana apa yang ada pada abang. Tapi sebab abang. Sebab abang adalah abang. Abang tak pernah nak jadi diri orang lain. Abang jujur pada diri abang sendiri. Kalau kita sentiasa jujur dengan diri sendiri, maknanya dia pun akan jujur dengan orang lain. Kan?” Munira tersenyum sedikit. Cuba menghilangkan rasa serba salah suaminya.
            Pada mulanya perkahwinan mereka ini memang mendapat tentangan dari keluarganya. Kata mereka, Rizal tidak layak untuk menjadi suaminya? Namun siapa tahu layak atau tidak seseorang itu untuk menjadi pasangan hidup mereka? Jodoh itu bukan ditentukan oleh sesiapa yang bergelar manusia. Kerana jodoh itu milik Allah. Yang ditetapkan olehnya di loh mahfuz lagi. Yang tiada siapa pun boleh menyangkal atau menolak.
            “Abang pilih Nira bukan sebab Nira cantik. Bukan juga sebab harta Nira. Tapi sebab diri Nira yang sentiasa memahami abang. Bila abang sendiri tidak memahami diri sendiri, abang ada Nira untuk perbetulkan langkah abang. Kalau tiada Nira, abang pasti yang langkah abang pasti tempang.” Mereka saling mengembalikan nostalgia lama. Masing-masing mahu mengutip memori yang lepas.
            “Kita umpama macam sudip dan kuali. Sebab kalau tak ada sudip, macam mana nak kacau makanan dalam kuali kan?”
            “Kita umpama pen dan kertas. Kalau tanpa pen, kertas itu pasti tak boleh catatkan apa-apa. “ Giliran Rizal pula berhujah.
            “Eh, tapi Nira rasa pensil dan pemadam lebih sesuai kot. Kalau pensil buat salah, ada pemadam untuk memadamkan semua kesalahan pensil.” Akhirnya mereka ketawa bersama. Malam-malam seperti ini berhujah tentang cinta, memang enak untuk dibincangkan.
            “Pandai sangat dia berfalsafah. Patutnya Nira ni jadi cikgu bahasa Malaysia je. Baru kena dengan kepala otak yang suka melalut ni.” Di sekeh sedikit kepala Munira. Munira tergelak kecil.
            “Ingat sayang. Kalau orang percayakan sayang, maknanya sayang kena gandakan usaha. Lagipun kalau pangkat lebih besar maknanya menuntut pengorbanan lebih besar tau. Abang doakan agar isteri abang ni cekal hadapi apa juga rintangan ketika bekerja nanti.”
            “Terima kasih bang. Sayang abang ketat-ketat.” Dipeluk erat suaminya itu.
            “Dahlah. Jom tidur. Nira tu dah liat nak bangun pagi.” Sempat lagi suaminya itu memerli dirinya.
            “Amboi, perli nampak.” Rizal hanya tersenyum. Tapi masih sempat mencuit hidung milik isterinya.
***
            Hujung minggu ini, mereka menghabiskan masa pulang ke rumah orang tua Munira. Sudah hampir sebulan mereka tidak balik kerana diselitkan kesibukan di pejabat.
            “Susah sangat nak balik sini. Padahal KL dengan Seremban ni bukannya jauh sangat.” Bebel Puan Manisah. Munira yang berada di dapur hanya mampu menelan kata-kata ibunya itu.
            “Sibuk mak. Bukan sengaja tak nak balik.” Jawab Munira perlahan. Tangannya ligat memotong kacang panjang untuk digoreng sebentar lagi.
            “Kalau kamu sibuk, mak tak adalah hairan sangat. Sebab kamu tu kerja besar, gaji pun besar. Tapi suami kamu yang kerja biasa-biasa tu pun sibuk jugak ke?”  Berdesing rasanya telinga Munira menyambut bebelan ibunya itu.
            “Mak, tak baik cakap macam tu. Kalau abang dengar, tak ke terasa hati dia nanti.” Bela Munira. Ya, bukankah menjadi tanggungjawab isteri untuk membela suaminya.
            “Dah memang betul apa yang aku cakap kan. Itulah kau, bila aku suruh kahwin dengan Johari tu, kau tolak. Hei, memang menolak tuah. Kalau kau kahwin dengan Johari tu, tak adalah hidup kau sesusah ni. Mesti kau boleh goyang kaki je kat rumah.” Sambung Puan Manisah.
‘Dah start dah.’ Digarukan kepalanya beberapa kali. Inilah salah satu sebab yang menyebabkan dia payah benar hendak pulang ke kampung.
            “Tak ada susahnya sekarang mak. Saya senang dengan apa yang saya ada sekarang.” Dia bukan saja-saja menolak Johari. Tapi dengan perangai lelaki itu yang suka berpoya-poya itu memang mampu membuatkan dirinya meluat seratus peratus. Dengan orang lain bolehlah dikaburkan dengan perangainya yang berpura-pura baik itu. Tapi nak tipu Munira Ahmad, lambat sikit. Segala perlakuan buruk Johari sudah tersisip kemas dalam poketnya.
            “Memanglah kau cakap kau senang. Tapi kesenangan kau tu tak mampu nak menyenangkan aku. Hah, tengok apa yang Muliati bagi kat aku. Gelang sebesar alam dia hadiahkan pada aku. Kau, apa yang kau bagi? Duit kalau ada pun banyak menyumbang pada laki kau tu je. Sampai bilalah hidup kau nak maju Nira.”
            Munira sudah bangun dari duduknya. Mula melangkah ke arah singki. Air matanya sudah mula bergenangan. Tidak suka bila maruah suaminya diperkotak-katikkan sesuka hati. ‘Kenapa manusia lebih terang ingin memandang kepada harta semata-mata. Tidakkah mak sedar yang Rizal sentiasa menjadi menantu yang baik.’
            “Hah, bila aku cakap sikit je nak merajuk. Sejak kahwin dengan si Rizal tu, memang kau dah jadi kuat merajuk Nira.” Munira tidak memperdulikan kata-kata ibunya itu. Bimbang nanti dia terlebih menjawab dan akan menguris perasaan ibunya pula.
            Cepat-cepat Munira menyapu air mata yang menitik setitik. Sedaya upaya dikawal perasaannya. Dia tidak mahu Rizal melihatnya dalam keadaan ini. Kerana Rizal pasti akan susah hati.
            “Sayang…” Panggilan itu membuatkan Munira berpaling. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah suaminya. Namun jelas hambar.
            “Sabarlah…” Tangannya mendarat di bahu Munira. ‘Abang dengar ke?’ Pertanyaan itu hampir-hampir hendak keluar dari mulutnya. Namun dia tidak sampai hati hendak bertanya. Pasti suaminya itu kecewa. ‘Ini semua berada di luar kemampuanku Ya Allah.’
            “Kadang-kadang keimanan kita memang perlu digugat sedikit dengan ujian. Masa tu barulah kita tahu letak duduk tahap keimanan kita di aras mana.” Terang Rizal tenang.
            Terus ditarik kepala isterinya mendarat di dadanya. Biarlah Munira mengalirkan segala keperitan itu. Kerana bimbang kalau disimpan, ia akan merebak di dasar hati hingga mampu menyimpulkan dendam satu hari nanti. Dia tidak mahu jika Munira dan ibu kandungnya sendiri bermasam muka hanya kerananya.
            ‘Maafkan abang sayang… Sebab abang, sayang terseksa dengan kata-kata mak pasal diri abang. Abang akan sentiasa berjanji pada diri abang untuk mengubah nasib diri abang ke arah yang lebih baik. Bukan untuk dipertontonkan kepada dunia. Tapi untuk mengubat derita milik sayang. Supaya sayang tak akan terseksa lagi dengan kata-kata orang lain tentang diri abang.’
***
            Hari ini, Munira benar-benar pulang lewat dari tempat kerja. Memandangkan tempoh perakaunan syarikat sudah berakhir, jadi mereka perlu menyiapkan akaun untuk dihantar kepada auditor. Bimbang terlewat nanti, akan dikenakan denda oleh pihak Suruhanjaya Sumpah.
            “Baru balik.” Tegur Rizal yang baru turun dari tangga.
            “Sorry bang. I have to. No choice. Kerja Nira banyak sangat.” Pohon Munira cemas. Dia memang tidak biasa pulang lewat. Biasanya paling lewat pun pukul tujuh dia sudah muncul. Ini jam sudah pun mencapai angka sebelas.
            “Abang faham sayang. Jangan risaulah. Abang boleh handle Aisya.” Kata-kata Rizal itu sedikit sebanyak menyejukkan hati miliknya.
            “Abang dah makan?” Tanya Munira ambil berat. Dia tidak mahu terus alpa dengan pekerjaannya. Kerana keluarganya lebih penting dari segalanya.
            “Patutnya abang yang tanya soalan tu. Ialah, takut jugak sebab terlampau sibuk, sayang pun lupa nak makan.” Rizal melahirkan kerisauannya pula.
            “Tak laparlah bang.” Jawab Munira sambil menuang segelas air dan diteguk perlahan. Terlalu haus. Kerja membuatkan dia terlupa untuk makan.
            “Ish, janganlah macam tu. Abang ada masak nasi goreng. Nira makan ya?” Pujuk Rizal sambil mula membuka tudung salji. Kasihan melihat isterinya yang kepenatan.
            “Wah, sedapnya. Tapi Nira rasa malaslah nak makan. Abang suap boleh?” Sengaja Munira ingin bermanja dengan suaminya itu. Ialah, sejak akhir-akhir ini dia terlalu sibuk dengan kerja pejabat. Hingga masanya dengan Rizal pun terpaksa dipinjam.
            “Ish, nasib abang dapat isteri pemalas macam Nira ni. Dah, pergi mandi dulu. Abang panaskan nasi ni sekejap. Dan lepas tu, abang suapkan Nira eh.” Manja Rizal melayan karenah isterinya itu. Munira mengeliatkan badannya sedikit. Cuba melonggarkan otot badannya yang terasa tegang benar.
            “Cepatlah pergi mandi. Ke nak abang jiruskan.” Usik Rizal lagi.
            “Nak pergilah ni. Thanks bang. Sayang abang.” Sebelum berlari ke tingkat atas, sempat dia mencium suaminya itu. Rizal hanya tersengih sambil mengelengkan kepalanya. ‘Sayang ada makna ni.’
***
            Kalau semalam dia balik pukul sebelas, hari ini dia pulang awal sedikit. Namun sebenarnya pukul Sembilan ini agak lewat sebenarnya. Matanya meliarkan pandangan. Mencari kelibat suaminya dan juga anaknya.
            Ketika hendak naik ke tingkat atas, dia bertembung dengan Rizal. Nyaris-nyaris mati terkejut kerana bertembung dengan Rizal di tengah tangga.
            “Eh, bila balik? Tak dengar suara bagi salam pun.”
            “Lah, bagi masa masuklah. Apalah abang ni. Tak kan Nira nak melaung kuat-kuat kot.” Suaminya tergelak mendengar omelan isterinya itu. Ada-ada sahaja jawapannya.
            “Eh, buat apa dengan bekas air dengan tuala kecik ni?” Tanya Munira pelik.
            “Air celur badan Aisya. Dia demam.” Terang Rizal ringkas. Namun Munira melopong.
            “Lah, kenapa tak beritahu dekat Nira. Kalau tak, Nira cuba balik awal tadi.” Terasa serba salah sungguh. Ialah, anaknya sedang demam pun dia masih lagi mengutamankan kerjanya.
            “Abang tak sampai hati nak beritahu sayang. Takut ganggu sayang.” Terus dia ingin naik ke atas namun dihalang oleh Rizal.
            “Sayang pergi mandi dulu. Lepas tu baru boleh jumpa Aisya. Bagi badan tu bersih dulu. Yalah, kang tak pasal-pasal Nira pulak yang demam. Nanti susahlah abang nak jaga dua orang buah hati abang ni.” Munira tersenyum menyambut kata-kata Rizal yang memang ternyata ada benarnya.
            “Yes Bos. Arahan diterima.” Munira membuat aksi seperti seorang askar. Siap memberi tabik lagi. Rizal terus mencubit pipi Munira. Nakal sungguh!
            Usai mandi, terus dia menuju ke bilik Aisya. Hatinya jatuh kasihan melihat anak tunggalnya berselimut sedemikian rupa.
            “Sayang, mama dah balik..” Bisik Munira sambil mengambil tempat di sebelah Aisya. Ikut turut berbaring sambil memeluk tubuh anaknya yang membahang panas.
            “Mama, malam ni mama teman Aisya tidur eh?” Pinta si kecil.
            “Okay sayang. Mama teman sayang tidur ya.”
            “Tapi kesian papa tidur sorang-sorang.” Sempat lagi dia memirkan perihal papanya. Munira tersenyum. Memang ini perangai Rizal. Pasti akan memikirkan orang di sekelilingnya.
            “Kalau papa nak tidur sekali dengan Aisya boleh?” Entah bila Rizal sudah kembali dengan bekas air yang telah ditukar.
            “Boleh. Tapi papa kena bacakan buku cerita dulu pada Aisya.” Munira tersenyum melihat aksi si kecil.
            “Aisya ni, demam-demam pun nak buli papa lagi eh.” Akhirnya anak kecil itu pun tergelak kecil. Tanpa banyak kata, terus Rizal mencapai buku cerita yang berada di meja sisi di katil Aisya.
            Akhirnya dia pun mula membacakan buku cerita tentang kisah srikandi Islam yang bernama Saidatina Aisya. Memang telah dibiasakan sedari kecil, dia akan membacakan buku cerita pada Aisya sebelum anak kecil itu melangkah ke alam mimpi. Seharian sibuk bekerja, inilah masa yang paling sesuai untuk bersama-sama dengan Aisya.
            Apabila dia mula melebarkan pandangan ke arah dua buah hatinya, kedua-duanya telah pun terlena dengan sendirinya. Rizal tersenyum sedikit. Terus dia menyelimut tubuh isterinya itu. Pasti isterinya itu kepenatan yang teramat sangat. Jika tidak, pasti Munirah tidak tidur lagi. Ialah, isterinya itu memang dikenali dengan sifat payah hendak tidur.
            Bibirnya jatuh di dahi milik isteri dan anaknya itu. Lampu bilik tidur terus ditutup. Dan dia mula mendapatkan tempat di sisi Aisya. Mujurlah katil anaknya itu bersaiz queen. Jika tidak pasti dia akan tidur di atas comforter sahaja. Ialah, dia perlu berada di sisi Aisya. Bimbang nanti tidur Munira akan terganggu jika Aisya perlukan apa-apa nanti.
***
            “Lah abang, buat susah je sediakan sarapan. Kan Nira boleh buat nanti.” Bertambah serba salah dia dibuatnya dengan layanan Rizal yang sentiasa first class ini.
            “Abang tak kerja hari ni. Kesian pulak kalau nak hantar Aisya ke rumah Kak Melor.” Munira mengetap bibirnya. ‘Tengok, abang akan sentiasa membuktikan yang dia adalah suami yang sempurna untukku dan papa yang terbaik buat Aisya. Habis tu aku? Apa balasan aku dengan segala kebaikannya ini?’
            “Abang, pagi ni Nira ada meeting. Nira cuba ambik half day eh.” Ujar Munira serba salah. Seketika, Rizal mencari wajah milik isterinya. Dia tahu, isterinya serba salah. Bukan salah isterinya. Dia keluar mencari rezeki untuk keluarga mereka juga. Lagipun, kerja itu juga menuntut tanggungjawab yang bukan sedikit. Jadi dia sebagai suami dan ikut turut bekerja perlu faham kondisi isterinya sekarang.
            “Lah, tak apalah. Kan abang ada. Abang kan boleh jaga Aisya. Nira ni macam tak percaya kat abang pulak.” Sengaja dia cuba melarikan rasa serba salah milik isterinya.
            “Bukan macam tu. Nira tahu yang abang akan jaga Aisya lebih baik dari yang Nira buat. Tapi sedikit sebanyak Nira rasa serba salah sangat. Abang pun boleh cuti untuk jaga Aisya. Nira ni pulak asyik sibuk dengan kerja je. Sepatutnya tanggungjawab jaga Aisya itu ialah dibawah bebanan Nira. Sekarang, tak pasal-pasal abang pulak yang susah.” Dicapai tangan milik isterinya. Dicium sedikit. Untuk meredakan kegelisahan Munira.
            “Itulah fungsi abang sebagai suami. Untuk meringankan beban Nira. Macam tu juga dengan Nira. Nira pun tengah meringankan beban kewangan abang. Bukan ke kita saling bantu-membantu sekarang. Jadi, kalau Nira tak keberatan nak menolong, abang pun tak nak ketinggalan sekali. Nira jangan risau, abang faham tugas Nira. Nira pergilah kerja dengan senang hati. Nanti kalau susah hati sebab banyak sangat fikir pasal hal kat rumah, bimbang nanti kerja Nira kelam kabut pulak.”
            Nasihat Rizal panjang lebar. Munira hanya tersenyum. Bagaimana suaminya ini boleh setenang ini? Apa yang membuatkan Rizal sentiasa faham akan dirinya. Sentiasa tenang dalam menghadapi apa juga rintangan. ‘Ya Allah, aku tidak akan sesekali mensia-siakan ganjaran yang diberikan kepadaku ini. Mohon kau jadikan diriku seikhlas hati suamiku ini. Amin.’
***
            Hujung minggu ini, mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan mengadakan aktiviti perkelahan di tepi pantai. Ya, seronok sekali melihat Aisya yang tergelak sepanjang masa.
            “Aisya buat apa ni?” Munira menegur puterinya itu yang asyik membina istana pasir.
            “Aisya nak buat istana pasir untuk mama dengan papa.” Petah kanak-kanak itu menjawab.
            “Papa nak tolong boleh?” Rizal sudah bersedia untuk membantu.
            “Ish, janganlah kacau. Mama dengan papa pergi main jauh-jauh.” Tergelak mereka suami isteri dengan kelakuan Aisya yang menghalau mereka itu.
            “Aisya nak buat sorang-sorang. Nanti kalau papa tolong, semua papa nak buat. Mama dengan papa pergi jalan-jalan dekat pantai tu.” Ditarik Rizal dan Munira untuk bangun dari duduk mereka. Terus menolak agar mereka berjalan di persisiran pantai.
            “Bagus betul dengan anak abang tu. Pandai dia suruh kita berdating kan.” Munira hanya ketawa apabila menyambut kata-kata suaminya itu.
            Sekarang mereka bersama-sama menyusuri tepian pantai. Sungguh, suasana romantik ini bagai diawal perkahwinan mereka dahulu. Tapi apabila bersama dengan Rizal, setiap perkara yang mereka lakukan pasti akan mendapatkan tempat di kotak ingatannya. Suaminya memang seorang yang romantik. Romantik yang bukan di buat-buat. Perilakunya lahir dari hatinya yang ikhlas.
            “Ingat tak masa mula-mula abang melamar sayang. Masa tu muka sayang merah sangat. Dan tiba-tiba sayang pergi tinggalkan abang. Terkejut macam nak pengsan je abang rasa masa tu. Masa tu abang fikir yang Nira memang tak pernah sayangkan abang macam mana abang selalu sayangkan Nira.” Munira melepaskan tawa. Kembali mengimbau kenangan kisah lalu mereka.
            “Abang kena faham yang Nira terkejut sangat waktu tu. Dahlah muka abang tak pernah beriak. Manalah Nira tahu yang abang tengah bergurau ke kan…”
            “Abang tak akan bergurau bila ianya melibatkan hati dan perasaan sayang. Tak akan pernah. Sebab abang sendiri tak suka kalau orang mempermainkan perasaan abang.” Mereka saling bertatapan.
            “Mujurlah abang cari Nira balik. Kalau nak harapkan Nira datang pada abang, jangan harap.” Ujar Rizal lagi.
            “Abang tahu Nira macam mana kan. Nira nak menyintai seorang lelaki yang bergelar suami. Bukan pada seorang kekasih yang belum tentu akan dihalalkan oleh Allah pada Nira. Masa tu memang Nira sayangkan abang.  Tapi Nira takut kalau-kalau Nira bertepuk sebelah tangan. Ialah, lelaki macam abang ni pandang ke perempuan macam Nira ni.”
            Cerita Munira pula. Walaupun pernah berkongsikan kata-kata itu, entah kenapa, Munira senang untuk mengungkapnya kembali. Senang untuk memberitahu suaminya itu bahawa sebelum mereka berjumpa, dia tidak pernah punya sesiapa dalam hidupnya. Dan Rizal adalah orang pertama yang mencuri hati dan perhatiannya. Dan syukurlah Allah menjatuhkan rasa cinta pada orang yang selayaknya untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.
            “Abang tahu. Sebab tu abang jatuh sayang pada Nira. Sebab Nira tak macam perempuan lain. Dari dulu lagi Nira istimewa di hati abang. Dan selamanya akan kekal istimewa. Walaupun kita akan dibekalkan dengan buah hati yang comel-comel sekalipun, Nira masih kekal di tempat istimewa. Yang tak ada sesiapa pun dapat terokainya.”
            Sungguh, Munira benar-benar rasa hendak menangis. Terharu dengan kata-kata suaminya. Betapa dia terlalu menyintai lelaki itu. Bagaimana jika takdir menguji kisah kasih mereka ini? Dapatkan dia kuat untuk mengharunginya?
            “Abang hanya percaya satu benda je bila Nira tinggalkan abang kat pantai ni dulu. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah. Kalau betul abang tak dapat cinta Nira, abang akan terima. Mungkin abang belum cukup baik untuk wanita sebaik Nira. Tapi Alhamdulilah, Allah mendengar suara hati kita. Dia satukan kita walau kita terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan.”
            Syukur yang tidak berbelah bahagi dititipkan pada Yang Maha Esa. Dia berharap agar kasih sayang dan perhatian Allah ini kekal selamanya. Meredhai rumah tangga mereka. Moga bahagia ke akhir hayatnya.
            “Papa, mama… Jomlah tengok istana Aisya.” Perhatian mereka teralih dengan suara anak mereka. Ditarik mama dan papanya ikut turut serta. Munira dan Rizal hanya mengikut. Melayan buah hati titipan Allah ini.
***
            Panggilan telefon dari Rizal membuatkan Munira yang berada di tempat kerja kegelisahan sendiri. Bagaimana dia hendak bersenang lenang jika dia mendapat tahu yang ibu mertuanya dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di kaki akibat terpijak serpihan kaca.
            Tanpa pengetahuan Rizal, terus dimajukan pemanduan terus ke hospital. Walau hanya sekadar ibu mertua, namun dia terlalu menyayangi Puan Ramizah. Mertuanya itu tidak pernah gagal dalam melayan ragamnya sebagai seorang menantu.
            “Kan abang cakap tak payah datang. Susahkan Nira je.” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut suaminya apabila terpandangkan kelibatnya yang baru muncul.
            “Abang ni tak adil betul. Abang sentiasa nak jadi menantu yang terbaik untuk mak Nira. Tak kanlah Nira tak boleh lakukan apa yang abang lakukan. Mak abang, mak Nira jugak. Abang tu janganlah kedekut sangat.” Sakat Munira. Rizal tergelak kecil. Lantas Munira membawa langkah kaki ke arah ibu mertuanya. Terus dihulurkan salam dan mencium kedua belah pipi Puan Ramizah.
            “Macam mana mak rasa sekarang? Dah okay sikit?” Tanya Munira memulakan intro.
            “Macam nilah Nira. Mak pun tak tahulah macam mana boleh terkena serpihan kaca tu.” Rizal mula mendapatkan tempat di sisi isterinya.
            “Mak ni degil Nira. Orang suruh duduk diam, dia nak jugak menyibukkan diri. Hah, kan dah dapat habuan.” Gurau Rizal. Perkara ini biasa bagi mereka dua beranak. Rizal adalah anak lelaki tunggal. Kerana itu dia terlalu rapat dengan maknya. Guraulah apa sahaja, pasti tidak akan meninggalkan bekas di hati.
            “Alah, kaki mak yang sakit. Bukan kaki kamu.” Puan Ramizah tidak mahu kalah. Ikut turut membalas.
            “Yalah, masalahnya mak tu ada kencing manis. Hah, kang tak pasal-pasal dapat naik kerusi roda free je dari hospital ni.” Inilah yang membimbangkan Rizal tika ini. Bagaimana jika kaki maknya benar-benar dipotong, bukankah ini akan menyukarkan maknya sendiri.
            “Uish, apalah abang ni. Cakap yang bukan-bukan pasal mak. “ Munira terpanggil untuk menyampuk. Bimbang juga jika hati tua mertuanya itu terluka. Namun Puan Ramizah hanya tergelak.
            “Mak ni dah puas jalan Rizal. Jika ditakdirkan Allah nak tarik kaki mak, mak redha jelah.” Satu kedengaran suara Puan Ramizah.
            “Alah mak janganlah susah hati. Kan Zal ada. Apa guna Zal sebagai anak lelaki kalau tak boleh nak tolong mak.” Tersenyum Puan Ramizah mendengar kata-kata Anak tunggal lelakinya itu. Nampaknya anaknya itu membesar sebagai seorang yang bertanggungjawab. Persis perangai suaminy dahulu. Alhamdulilah.
            “Bila mak boleh keluar hospital?” Tanya Munira. Terus terang cakap, Munira lebih senang jika melayan karenah ibu mertuanya dari melayan karenah ibu kandungnya sendiri. Bukan dia ingin memilih kasih, tapi bila bersama dengan puan Ramizah, dia seperti dihargai sebagai menantu. Namun, dia terkilan kerana Rizal tidak memiliki perasaannya tika ini. Kerana layanannya keluarganya terhadap Rizal, hanya seperti acuh tak acuh sahaja. Seringkali Rizal diketepikan sebagai orang luar dari keluarganya.
            “Esok pun dah boleh keluar dah. Nanti mak balik rumah kami jelah eh. Senang sikit Zal nak tengok mak nanti.” Ujar Rizal sambil membetulkan bantal yang disandar oleh Puan Ramizah.
            “Ish, tak payahlah. Buat susah kamu je.” Tolak Puan Ramizah. Lagipula, dia tidak ingin menganggu privasi pasangan suami isteri itu.
            “Ala mak, balik jelah rumah kami. Tak ada yang susah pun. Mak tak pernah merungut waktu jaga saya dalam pantang dulu. Sekarang, biarlah saya jaga mak pulak.” Munira terpanggil untuk berkata. Dia senang jika Puan Ramizah ada di rumahnya. Nanti pasti Aisya akan lebih ceria. Almaklumlah, nenek kesayangan dia datang. Adalah teman untuk melayan karenahnya yang berbagai itu.
            “Tengok tu, isteri kesayangan Zal ni tak kisah pun kalau mak nak balik rumah kita orang. Mak tu yang risau tak bertempat. Mak jangan risaulah, Nira tak akan cemburunya kalau Zal nak bermanja dengan mak. Kan sayang?”
            “Uish, ke situ pulak kamu ni. Yalah-yalah, mak balik rumah kamu. Boleh jugak mak main dengan Aisya.” Munira tersenyum melihat taktik suaminya itu. ‘Ada-ada sahaja abang ni. Buat apalah nak cemburu. Nira lagi senang melayan seorang wanita yang turut abang sayang. Lagipula, kalau kasih abang pada mak melebihi kasih abang pada Nira pun, Nira tak kisah. Sebab Nira tak mahu merampas syurga seorang lelaki yang berada di bawah tapak kaki ibu.’
***
            Munira mencuci luka di kaki Puan Ramizah dengan berhati-hati. Bimbang jika perlakuannya yang ganas akan menyebabkan ibu mertuanya kesakitan.
            “Terima kasih Nira.” Ucap Puan Ramizah tersenyum. Dihulurkan segelas susu untuk ibu Rizal itu. Perlahan diteguk hingga menapak ke dalam tekak.
            “Kamu bahagia Nira?” Soalan spontan itu membuatkan Munira mengerutkan dahinya.
            “Kenapa mak tiba-tiba tanya?” Ya. Pelik dengan soalan ibu mertuanya yang tiba-tiba itu. Sudah lebih tiga tahun mereka mendirikan rumahtangga. Kenapa baru kini soalan itu muncul.
            “Ialah, teringin juga mak nak tahu. Kamu bahagia tak menjadi isteri Rizal. Yalah, dia bukanlah lelaki yang berharta. Nak kata hensem sangat pun tak jugak.” Munira tersenyum menyambut kata-kata mertuanya itu.
            “Mungkin kalau saya memandang pada harta, saya tak akan jumpa pada abang. Mungkin kalau saya jenis yang memandang rupa, saya tak akan jumpa pada abang. Tapi kalau memandang pada ketenangan hati yang bersandarkan keikhlasan, saya akan rasai pada abang. Percayalah mak, saya berbangga menjadi isteri dia sebanyak mana mak bangga mengandung dan melahirkan lelaki seperti Rizal. Saya terlalu bahagia mak. Alhamdulilah.
            Kebahagiaan ini tak akan saya kecapi walau saya punya segunung harta pun. Keceriaan ini tak akan saya rasai walau sekacak mana pun lelaki tu. Tapi kerana kasih ini bersulamkan tanda cinta pada ilahi. Saya cintakan dia. Kerana dia suami saya mak. Baik buruk dia, saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagaimana dia sentiasa menerima kehadiran sifat tercela dan kebaikan saya.”
            Ya. Dia terlalu beruntung apabila mendapat kasih sayang seorang suami yang tidak jemu memupuk rasa kasih. Walau kasih itu sudah terbentang selaut dalamnya, namun ia bagai tidak mencukupi. Terus dibaja rasa kasih itu agar tidak kering dilanda kemarau ujian dunia.
            “Mak tahu yang Rizal pun beruntung sebab dapat isteri macam kamu. Terima kasih Nira. Sebab bahagiakan anak mak.” Ucap Puan Razimah sebak. Ya, memandang Rizal akan membangkitkan ingatannya pada arwah suaminya. Bagaimana perlakuan mereka terlalu seiras.
            “Nira tak buat apa-apa mak. Semuanya berkat dari didikan mak pada abang. Dia seorang yang penuh kasih sayang sebab dia dibesarkan dengan kasih sayang tak berbelah bahagi dari ibu bapanya.” Sambung Munira pula. Entah mengapa, petang yang ceria itu mereka hidupkan dengan ucapan terima kasih.
***
            Kedatangan Puan Manisah yang tiba-tiba itu mengejutkan mereka sekeluarga. Dia bukan tidak senang dengan kedatangan ibunya itu, namun bimbang ianya akan mengundang salah faham ibunya.
            “Eh, tak sangka pulak rumah kamu ada tetamu Nira.” Dia menjeling sedikit kepada besannya itu. Perlahan-lahan dilangkahkan kaki menuju ke arah besannya. Matanya terpacak pada kaki besannya yang terluka.
            “Lah, Nira tak beritahu ke yang kaki ni terluka terpijak kaca.” Sapa Puan Razimah ramah. Puan Manisah mula mengambil tempat tidak jauh dari Puan Razimah.
            “Nira memang susah nak bawak telefon ni. Yalah, orang bahagialah katakan. Bukan ingat maknya dah.” Kata-kata ibunya itu memang bagai belati yang menghiris kasar hatinya. Hingga terluka dan bernanah. ‘Sabarlah wahai hati. Tidak akan beroleh kemenangan jika berbalah dengan ibu sendiri.’
            “Mak duduklah dulu. Nira buat air sekejap.” Dilalukan langkah menuju ke dapur. Mencari dan cuba mengumpul kekuatan. Orang kata, duduk dengan mertua adalah sesuatu yang sukar untuk dihadapi. Tetapi bagi dirinya, tinggal bersama ibu sendiri lebih mampu membunuh jiwa dan perasaannya.
            “Mak ingat kau bela laki kau je, sekarang dengan mak dia pun kau bela jugak. Hai, menantu solehah betul.” Perli Puan Manisah. Entah sejak bila dia mula menjejak langkah ke bahagian dapur.
            “Apa ni mak? Cuba kalau cakap tu pandang kiri kanan sikit.” Ujar Munira geram. Dia bukan jenis orang yang suka bertelagah. Namun apabila melibatkan suaminya, dia rasa dia perlu bersuara. Berani kerana benar. Perkataan takut jangan sesekali dihitung. Kerana ia mampu membunuh keberanian.
            “Apasal? Kau tak suka kalau mak dia dengar kalau aku memburukkan anak dia.  Macam tu? Sudahlah Nira, aku bosan dah cakap banyak-banyak dengan kau ni. Aku tak bagi kahwin dulu, kau tak dengar. Sekarang padan muka kau sebab terpaksa menangung mertua sekali. Hah, tak ke naya badan sendiri.” Tambah Puan Manisah lagi.
            Munira terus diserang rasa kelu. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia terus meraung. Menghalang ibunya dari terus berkata-kata. Kerana kata-kata itu terlalu melukakan sekeping hatinya. Dikepilkan doa agar Allah menjauhkan mertuanya dari mendengar kata-kata besannya sendiri.
            “Mak, tolonglah. Nira bahagia dengan jalan hidup yang Nira pilih sekarang. Dan apa yang Nira harapkan dari mak ialah doa. Doa agar mak terus mendoakan kebahagiaan untuk kami sekeluarga. Dan doa Nira pula ialah Nira berdoa agar mak lembut hati untuk menerima Rizal. Dia suami dan ayah yang sempurna mak. Dan Nira pasti yang dia juga menantu yang sempurna. Mak tu yang kena bukakan mata hati untuk terima dia.” Munira bersuara perlahan. Moga kata-katanya mampu mengejutkan hati ibunya yang keras tanpa siraman air kasih.
            “Jadi kau nak cakap akulah yang salah sekarang? Aku pernah rasa kahwin dengan orang susah dulu Nira. Satu saat nanti, dia akan tinggalkan kau terkontang kanting sendiri. Percayalah cakap aku.” Ujar Puan Manisah keras. Nadanya penuh rasa berang.
            “Mak jangan samakan Rizal dengan ayah? Mereka adalah dua orang yang berbeza.” Permikiran ibunya itu perlu diubah. Rizal bukan macam ayah. Kerana kesesakan hidup, ibunya itu ditinggalkan oleh suami. Kerana itu, ibu terlalu bencikan Rizal. Kerana dia sering membayangkan Rizal adalah ayahnya.
            “Ah, bagi aku sama je. Kau akan terima nasib yang sama macam aku jugak.” Usai menuturkan ayat itu, Puan Manisah keluar. Dan permata itu akhirnya mengalir juga.
            ‘Ya Allah, berilah ruang dan peluang untuk Rizal membuktikan kepada ibuku yang dia adalah lelaki yang sempurna untuk menjadi menantunya. Hanya padaMu aku bersandar harapan. Kerana ini semua berada diluar kemampuan kudratku. Benar-benar di luar kemampuanku….’
***
            “Kenapa isteri abang monyok je ni? Mak abang menyusahkan Nira ke?” Takut juga jika dia menyusahkan Munira hari ini. Ialah, isterinya itu sanggup mengambil cuti untuk menjaga ibunya dan dia pula terpaksa ke pejabat. Ada kerja yang menuntut tanggungjawabnya.
            “Ish abang ni. Bila abang sebut ‘mak abang’, abang macam cakap yang Nira ni bukan menantu dia pulak.” Rizal tersenyum menyambung huluran kata-kata isterinya yang senada itu.
            “Siapa cakap macam tu. Dia ada seorang je tau menantu perempuan. Lainlah kalau Nira benarkan abang carikan lagi sorang menantu perempuan untuk dia.” Gurau Rizal. Munira tarik muka. Sengaja berpura-pura ingin merajuk.
            “Sampai hati nak carikan madu untuk Nira…” Sengaja dia mengeluarkan ayat pasrah.
            “Abang bergurau jelah. Yalah, dari tadi abang tengok muka sayang asyik berkerut je. Sebab tu abang nak longgarkan sikit urat-urat muka sayang tu. Cuba bagi kendur sikit…” Munira kembali terdiam. Kenapa ya, terkesan sangatkah dirinya jika dia bermuram durja sehingga suaminya itu pasti akan menangkap dirinya yang sedang dilanda masalah.
            “Sayang tak nak cerita kat abang?” Dibawa jari jemari Munira ke mulutnya. Dicium satu persatu. Masih setia menanti butir bicara dari isterinya.
            ‘Perkara ini pasti akan membebankan abang. Sebab tu Nira memilih untuk merahsiakan bang… Sebab apa? Sebab beban ini datang dari ibu Nira sendiri. Seorang wanita yang melahirkan dan memebesarkan Nira dengan penuh kasih sayang. Mencela ibu sendiri dihadapan suami sendiri boleh dianggap seperti menconteng arang ke muka sendiri. Biarlah Nira simpan sendirian. Allah pasti akan meringankan ketidakmampuan Nira ini.’
            “Tak ada apa-apalah. Cuma fikir hal kerja sikit.” Bohong Munira. Dia melarikan wajah sedikit. Kebiasannya jika dia menipu, Rizal pasti dapat akan mengesannya.
            “Ingat tak Nira pernah cakap kat abang, bila berdiri depan pintu rumah, tinggalkan semua masalah office di muka pintu. Kalau berada di depan pintu office pulak, tinggalkan semua masalah rumah. Masa tu, barulah kita boleh lakukan sesuatu  tanpa melibatkan emosi.”
            Dia tahu yang isterinya itu memilih untuk merahsiakan perkara siang tadi. Awal-awal lagi ibunya telah menceritakan semuanya. Biarlah, dia tidak mahu memaksa sehingga Munira terasa dipaksa. Jika Allah mengirimkan ujian dalam bentuk ini, maknanya Allah tahu bahawa semua ini berada di batas kemampuan hambanya. Dan apa yang mereka perlu lakukan sekarang ialah terus meningkatkan keimanan agar terus mampu memikul ujian ini.
            Terus Munira memeluk suaminya itu. Entah kenapa, dia senang berada di pelukkan cinta suaminya itu. Mungkin kerana kasih yang mengikat mereka. Namun adakah kasih itu akan setia terikat tanpa terburai layu ke bumi.
***
            “Sayang... okay tak ni?” Kepala Munira terasa berdenyut sungguh. Matanya dipejam sahaja. Setelah usai subuh tadi, dia kembali berbaring walaupun sebenarnya hari ini dia perlu kembali berkerja.
            “Abang... lima minit je...” Pinta Munira perlahan. Namun dia dapat merasakan urutan lembut di kepalanya. Akhirnya dia terbuai sendiri. Kembali terlena dari menangung beban yang mencengkam.
            Munira mula mengeliat kecil. Dia mula tersedar dari lena. Pandangannya menghala ke sekeliling. Kosong!
            Apabila ingin turun dari katil. Tekaknya terasa terlalu dahaga. Namun matanya tertacap pada satu nota kecil. Dia mencapai nota kecil yang berada di meja sisi itu.  Dengan lemah dia mula membaca.
Abang dah beritahu office Nira yang Nira MC..
Abang pergi kerja kejap,.. tengah hari nanti abang balik...
Kita pergi klinik.... sayang Nira...!!!

          Munira tersenyum-senyum. Dalam apa jua keadaan sekalipun, suaminya akan ada di sisinya. Baik diwaktu senang mahupun ketika rasa susah menjengah.
            Dibawa langkah dengan penuh hati-hati. Bimbang juga jika terjatuh. Nanti bakal menyusahkan suaminya pula. Dia tidak suka jika diirnya akan berlebihan menyusahkan Rizal.
            Baru sahaja kakinya melangkah ke pintu dapur, loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang berkunjung tiba. ‘Hmm, tak akan abang tak bawak kunci kot?’ Dengan sepenuh daya, dia mengangkat langkah ke muka pintu.
            Sebelum itu, sempat dicapai tudung sarung yang memang sudah tersangkut di tepi pintu dapur. Senang jika hendak dicapai jika ada tetamu datang tanpa diundang.
            Sejurus selepas dia membuka pintu, terjonggol wajah Johari. Sepupu lelakinya dahulu yang pernah ingin dijodohkan oleh emaknya dahulu.
            “Jo kebetulan lalu kawasan ni, tengok ada kereta Nira... Nira tak kerja ke?” Selamba sahaja Johari menolak pintu yang ditahan oleh Munira itu lantas melangkah masuk. Munira sudah mula tidak senang duduk.
            “Jo, suami aku tak ada kat rumah... Jadi tak manis kalau kau masuk dalam rumah... Lagipun, ada apa kau datang ni?” Sudahlah diserang demam, terpaksa pula melayan karenah sepupu yang banyak songeh ini. Lagi serabut fikirannya.
            “Amboi... Kenapa kau ni sombong sangat eh? Cara kau berlagak tu, macam kau dapat berkahwin dengan putera raja. Padahal kahwin dengan mekanik cabuk je!” Mata Munira memang sudah merah menahan geram.
            “Kau tak ada hak langsung nak kutuk suami aku. Sila keluar dari rumah aku sekarang jugak!” Munira sedikit terjerit. Dicuba mengumpul seluruh kekuatannya. ‘Dari dahulu sampai sekarang, hidup tak habis-habis menyusahkan orang!’
            Johari mula mampir dekat menghampiri sepupunya itu. Sayang wanita secantik ini lepas kepada seorang lelaki seperti Rizal. ‘Kalau aku tak dapat kahwin dengan kau, itu tak bermakna aku tak boleh dapatkan kau.’
            Munira kelegaan apabila melihat Johari melangkah menghala ke pintu keluar. Johari tersenyum sinis. Memang dia melangkah terus ke pintu, tapi itu tidak bermakna dia ingin keluar dari rumah ini.
            Melopong Munira dibuatnya apabila Johari bertindak untuk menutup dan mengunci pintu tersebut. Apabila Johari berpaling, muka lelaki itu penuh dengan senyuman sinis.
            “Kau... nak .. bu..at.. a..apa.. ni...?”
            Munira sudah mula melangkah beberapa kali ke belakang. Tidak rela jika hak suaminya dinodai oleh lelaki lain.
            “Aku nak kaulah!” Dengan pantas Johari berlari memeluknya. Dengan mengunakan seluruh kudratnya, dia menolak kasar lelaki itu. Namun cepat sahaja Johari menarik Munira dan dilempang Munira menggunakan tenaga lelakinya.
            Ditarik tudung yang menyelaputi rambut Munira. Hingga mengurai jatuh ke bahu. Bibir Munira bergetar menahan takut. Apatah lagi melihat muka Johari yang seakan-akan ingin menelannya itu.
            “Kali ini, kau tak akan terlepas!” Johari mendekatkan wajahnya ke arah wajah Munira. Namun Munira mengambil tindakan untuk meludah wajah Johari. Sungguh, dia tidak punya kudrat lagi.
            Johari yang kegeraman terus sahaja melempang Munira sekali lagi. Kali ini, penamparnya lebih kuat hingga membuatkan kepala Munira terhantuk di tepi dinding.
            “Ya Allah... tolong aku... Abang... Tolong Nira...” Matanya terasa berpusing. Dia tidak dapat menahan diri lagi. Namun dia sedar yang Johari sedang mencempung badannya naik ke tingkat atas. Dan akhirnya, hanya warna kelam menjadi peganti.
***
            Munira menangis teresak-esak apabila mendapati tubuhnya tidak disarungkan dengan sehelai benang sekalipun. Malah pakaiannya juga bergelimpangan merata tempat. Mujur sahaja Johari sudah melesapkan diri. Jika tidak, mati lelaki itu Munira bunuh!
            “Ya Allah... bagaimana Kau boleh menguji diriku seperti ini? Ini semua di luar batas kemampuanku... Ya Allah.. apa lagi yang tinggal untuk suamiku nanti.. Maruahnya sudah tidak dapat aku pertahankan lagi.”
            Dengan mengunakan seluruh kudratnya, dia melangkah ke bilik air. Dia ingin menyucikan dirinya yang sudah tidak suci lagi. Air mata tidak henti-henti mengalir. Teresak-esak dia menangis. Berharap agar air pancut itu dapat membasuh segala kekotoran yang terpalit.
            Ketukan di pintu bilik air membuatkan dia terkejut. Johari datang lagi ke? ‘Ya Allah.. tolong aku Ya Allah...’
            “Nira... Sayang.. Sayang okay tak ni?” Dia duduk menyandar pintu bilik air sambil memeluk lutut. Air matanya merebes keluar.
            “Sayang... Kalau sayang tak menyahut lagi, abang pecahkan pintu ni!” Rizal mengarukan kepalanya. Sudah hampir sepuluh minit dia balik. Dan sehingga kini, isterinya itu masih belum keluar dari bilik air. Bimbang nanti isterinya pengsan sahaja.
            Pintu dibuka dari dalam. Terus terpancul wajah isterinya yang sembab. ‘Mungkin terlalu sakit... Kasihan Nira..’
            “Hei... orang demam mana boleh mandi lama-lama... Cepat keluar eh..” Rizal menghulurkan tuala kepada isterinya.  Usai menyambut tuala tersebut, cepat-cepat Munira menutup pintu bilik air. Tuala yang diserahkan kepadanya tadi, dipeluk erat.
            ‘Ya Allah, apa yang harus aku lakukan sekarang?’ Buntu.. Entah kenapa, dia terasa seperti hidupnya tidak bermakna lagi. Jika tidak cukup Iman di dada, pasti sahaja dia membunuh diri.
            Rizal memerhatikan tubuh isterinya yang baru keluar dari bilik air itu. Nampak kesejukan benar.
            “Abang dah siapkan baju untuk Nira..” Terhenti langkah Nira yang ingin ke arah almari. Dia terkaku di situ sendiri. Rizal akhirnya memimpin isterinya. Membantu isterinya yang tidak sihat itu memakai baju. Malah rambut panjang isterinya itu dilap dengan lembut. Bimbang jika mendatangkan kesakitan pada isterinya.
            “Abang dah beli makanan... lepas ni kita makan eh..” Dicapai sikat rambut kemudian disikat rambut milik isterinya. Air mata Munira merebes perlahan. Tidak dapat ditahan lagi. Terharu dengan layanan suaminya yang sentiasa first class.
            ‘Ya Allah, berilah pertunjukmu.. titipkanlah hidayahMu..’
            “Hei, sakit sangat ke? Kat mana? Kepala ke? Biar abang picit eh..” Makin teresak tangisan milik Munira. Rizal mula mengangkat kening. Pelik melihat keadaan isterinya itu.
            Munira menahan tangan suaminya yang mula bermain di sekitar kepalanya. Terus dipeluk suaminya itu. Dipeluk erat. Bagai tidak ingin lepas. Rizal tidak bertanya. Hanya membiarkan sahaja kelakuan isterinya.
            ‘Maafkan Nira bang... Nira gagal menjaga maruah abang.. Nira gagal mempertahankan maruah abang... Nira gagal bang.. Macam mana Nira nak beritahu pada abang.. Nira sendiri tak pasti apa yang Johari dah lakukana pada Nira.. Bang,, tolonglah Nira.. Nira tak mahu hilang abang.. Nira tak mahu orang tahu yang abang dapat isteri tak berguna macam abang ni.. Abang, tolong Nira... Ya Allah, bantulah hambaMu ini... Aku tidak terdaya lagi menampung ujian dariMu ini...’ Air matanya membasahi dada suaminya. Matanya dipejamkan.. Tidak mahu berfikir lagi.
***
            “Apa semua ni?” Jerit Rizal lantang. Munira pula mengigil ketakutan. Tidak pernah-pernah dia melihat Rizal segarang ini.
            “Nira minta maaf... Nira tak tahu macam mana boleh jadi macam ni bang...” Munira menangis teresak-esak. Dia telah menceritakan segalanya. Dari mula sampai akhir. Dia sudah terlalu bingung memikirkan kesudahannya.
            “Ini semua salah Nira... Nira tak pandai jaga maruah abang!” Berdesing jeritan itu sampai ke cuping telinganya.
            “Maafkan Nira bang... Maafkan Nira...” Munira sudah melutut. Memaut lutut milik suaminya. Air matanya berjujuran jatuh. Tidak diseka-seka, tidak ditahan-tahan lagi. Menandakan kesakitan jiwanya yang menanggung segala keperitan.
            “Abang tak boleh terima semua ni Nira..” Munira melopong. Apa makna kata-kata suaminya?
            “Abang... Jangan buat Nira macam ni... Tolong bang... Jangan tinggalkan Nira...” Munira merayu lagi walaupun tubuhnya sudah terasa begitu lemah. Penat untuk menampung semua ini di bahunya. Terasa terbeban sungguh!
            “Kita berpisah jelah Nira...” Mendengar ayat tersebut, terus Munira meraung sekuat hati. Apatah lagi dia tidak berdaya memujuk hati suaminya lagi. Perkataan berpisah itu seakan-akan meragut nyawanya.
            “Jangan bang... Tolong jangan tinggalkan Nira... Abang...” Rizal mula bangun apabila  mendengar sayup-sayup suara isterinya. Tangannya memetik suiz lampu tidur. Isterinya itu mengigau rupanya.
            “Sayang... Nira sayang....” Panggil Rizal lembut. Ingin mengejutkan isterinya itu dari mimpi ngeri.
            Pelik juga dia dengan demam isterinya kali ini. Tidak pernah-pernah Munira demam seteruk ini. Isterinya dari tadi asyik menangis sahaja. Bimbang dia dibuatnya.
            “Abang...” Apabila terpandangkan wajah suaminya, terus dia memeluk erat Rizal. Dipeluk bagai tidak mahu dilepaskan sedikit pun. Munira kembali teresak-esak menangis.
            ‘Ya Allah, aku tidak mampu kehilangan dirinya... Walau hanya di dalam mimpi Ya Allah... Aku tidak sanggup menceritakan hal sebenar kepadanya. Bimbang kasih ini akan diragut pergi... Ya Allah, apalah dayaku lagi? Semua ini di luar batas kemampuanku...’
            “Hei, kenapa ni? Abang tak pergi mana-mana pun... Abang akan sentiasa ada untuk Nira..” Diusap belakang tubuh isterinya. Cuba merungkaikan kepedihan yang isterinya lalui.
            “Jangan tinggalkan Nira...” Rayu Munira lagi.
            “Abang tak akan tinggalkan Nira sayang... Shhhyy... jangan nangis sayang... abang hanya sayang dan cintakan Nira seorang sahaja...” Dibelai tubuh Munira dengan manja. Rizal teringat kata-kata temannya dahulu. Apabila pasangan kita sakit, dia memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Berilah sebanyak yang mampu, kerana bimbang hari esok tiada lagi untuk kita.
***
            Sudah dua bulan berlalu selepas peristiwa hitam itu. Munira sedar yang dirinya sedikit sebanyak sudah mula berubah pendiam. Tidak periang seperti dahulu lagi. Dia seperti hidup di dalam ketakutan. Tidur malamnya pasti akan terganggu dek mimpi ngeri yang tidak sudah-sudah.
            Hidupnya terasa betul-betul kelam kabut. Mesej dari Johari tempoh hari betul-betul meragut nyawanya. Kenapa lelaki itu boleh jadi sebegitu berani?
‘Have a nice day with U.. Good job Nira..’
            Kalau ikutkan lara jiwanya, hendak sahaja dibunuh lelaki yang bernama Johari itu. Dirinya rela dipenjarakan seumur hidup. Namun tidak sanggup rasanya untuk hidup di dalam penjara perasaan sebegini rupa.
            Perasaannya berkecamuk sungguh! Semua yang dibuat terasa tidak kena dimatanya sendiri. Semuanya lintang pukang dilanda puting beliung!
            “Mama... Aisya nak tolong mama boleh...” Muncul Aisya tiba-tiba.
            Munira yang sedang membasuh membersihkan dapur itu diam sahaja. Tidak punya mood untuk melayan karenah puterinya itu.
            “Mama.. mama dengar tak Aisya panggil ni...” Tegur Aisya dengan suara yang manja.
            “Mama dengar.. tak payah tolong.. mama buat sendiri je...” Namun Aisya tidak mendengar arahan dari mamanya. Dia cuba mencapai gelas untuk diletakkan dalam laci kabinet namun tiba-tiba gelas yang masih berair itu terlucut dari pegangannya. Pecah berderai menyembah lantai!
            “Aisya!” Jerit Munira lantang. Terkejut Aisya dibuatnya.
            “Kan mama cakap tak payah tolong, yang degil sangat ni kenapa? Ini bukan nak menolong, tapi dah menyusahkan tahu tak?” Tengking Munira kegeraman. Bukan dia tidak perasan raut wajah anaknya yang terkejut itu. Tapi hatinya terlalu geram dengan kedegilan Aisya.
            Perlahan-lahan gegendang telingannya menangkap tangisan kecil milik Aiyah. Hati Munira kembali mengeluh. ‘Kenapa mesti jadi macam ni?’ Sungguh, dia benar-benar rasa seperti ingin menangis.
            Munira mula melutut. Tidak tahu sama ada ingin memujuk Aisya ataupun ingin mengutip sisa-sisa kaca yang berterbangan sana sini.
            “Aisya...” Panggil Rizal.
            “Papa...” Terus Aisya meluru ke arah papanya. Rizal mendukung anaknya itu. Munira memberanikan diri untuk memandang kedua-duanya. Dan padangan mata Rizal menusuk ke dalam jiwanya. Pandangan yang dia sendiri tidak dapat mentafsirkannya.
            Dia kembali mengutip serpihan kaca yang berteraburan. Kemudian dia mencapai penyapu dan penyodok. Dikaut semuanya. Disapu dengan bersih. Baru sahaja dia berpaling, Rizal memandangnya tanpa kelip.
            “Nira...” Panggilan Rizal masih lembut seperti dahulu. Raut wajahnya penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Munira cepat-cepat melarikan wajah.
            “Nira macam ada sembunyikan sesuatu dari abang...” Ayat Rizal sedikit berjeda. Membolak balikkan perasaan miliknya.
            “Mana ada...”Dalih Munira cepat-cepat. Tangannya laju mengesat meja makan yang memang sudah sediah bersih itu.
            Rizal menghampiri isterinya itu dan dicapai kedua belah tangan milik isterinya. Dikucup lembut tangan Munira. Memberi tanda bahawa kasih sayangnya tidak berubah atau berganjak sedikit pun.
            “Apa yang mengugat ketenangan sayang? Tak nak cerita kat abang?” Pujukan inilah yang melemahkan Munira. Rayuan inilah yang membuatkan hatinya tersentuh!
            “Tak ada apa bang... Tadi tu memang salah Nira.. Nira tertengking Aisya... Padahal Nira tahu yang Aisya nak tolong...” Munira mula merasa serba salah. Tidak pernah sekalipun dia menengking anaknya. Dia tidak pernah ingin mengajar anaknya dengan cara herdikan. Tapi tadi emosinya memang tidak mampu untuk dikawal. Lantas jatuh mencium keegoan miliknya.
            “Hmm, abang tak tahu apa yang Nira selindungkan dari abang.. tapi kalau Nira fikir baik untuk hubungan kita, abang tak kisah. Tapi kalau Nira dah bersedia nak beritahu abang, Nira beritahu je.. InsyaAllah abang terima dengan sepenuh daya.”
            Tanpa menunggu lama, terus dipeluk erat suaminya. Airmatanya jatuh lagi. Untuk kesekian kalinya, dia kembali meratapi memori hitam miliknya.
***
            Terketar tanganya tika melihat pregnancy test itu. Air liurnya tidak tertelan rasanya. “Macam mana boleh jadi macam ni?” Ya Allah...
            “Sayang, macam mana?” Rizal yang berada di luar bilik air sudah terjerit bertanya. Patutlah sejak dua menjak ini badannya terasa tidak larat benar. Rupa-rupanya dia mengandung! Persoalanya sekarang, anak siapa?
            ‘Sudah lebih dua bulan peristiwa itu berlaku. Ada kebarangkalian yang aku mengandungkan anak Johari.’ Terduduk Munira di kerusi tandas. Tangannya mula memagung kepala.
            “Sayang...” Ketukan bertalu-talu di muka pintu itu, Munira pandang dengan perasaan ketakutan.
‘Apa aku nak buat sekarang? Aku tidak mahu menangis lagi... Menangis tidak akan mampu menyelesaikan masalah.’ Jika Rizal tidak memaksa untuk melakukan pregnancy test ini, dia pun tidak ingin melakukannya. Jawapan kepada ketakutannya makin menjadi-jadi pula.
Ketukan di muka pintu memaksa Munira untuk membuka pintu bilik air. Terjenggul wajah Rizal yang penuh dengan tertanya-tanya. ‘Bila Abang angkat kening, aku dah mula rasa pening!’
“So, macam mana?” Seperti pertama kali dulu, masih teruja tak ingat dunia.
Munira menghulurkan pregnancy test tersebut. Dia malas hendak buka mulut. Bimbang nanti akan mencalarkan kebahagiaan milik suaminya.
“Alhamdulilah Ya Allah...” Dicium wajah Munira. Bagai tidak ingin dilepaskan.
“Terima kasih sayang...” Kemudian dipeluk tubuh isterinya. Munira kembali tidak mampu membendung perasaannya. Cepat sahaja permata jernih itu membasahi pipinya.
“Ish, tak mau sedih-sedih... sejak akhir-akhir ni, Nira dah berubah jadi penyedih. Abang rindukan senyuman manis sayang.. boleh bagi pada abang..”
Dalam keterpaksaaan, Munira tersenyum sedikit. Tidak mahu membantutkan rasa bahagia milik suaminya. Sedangkan dalam hatinya bergelora menahan rasa.
***
            Hujung minggu ini, Rizal beria mengajak mereka sekeluarga pulang ke Seremban. Kalau ikutkan hati, memang Munira malas hendak melayan. Namun kerana pujukan Rizal, digagahkan juga hati dan perasaannya untuk bertembung mata dengan mak sendiri.
            “Orang mengandung gembira, muka kamu ni kelat je memanjang? Kali ini, benda apa pulak yang kamu gadaikan Nira?” Sinis sunguh kata-kata Puan Manisah menampar gegendang milik Munira.
            “Mak... Tolonglah... saya tak mahu bertekak dengan mak lagi.” Pohon Munira sungguh-sungguh. Sudah terlalu banyak bebanan di bahunya. Sudah terlalu berat. Adakalanya, dia sudah tidak berdaya lagi menahan segala gelodak rasa. ‘Ya Allah... ampuni aku kerana mengeluh dengan dugaanMu.. Ini semua di luar kemampuanku Ya Allah..’
            “Yalah, aku ni suka mencari gaduh dengan kau... Kalau dengan mak mertua tu, bukan main baik lagi ya?” Munira memejam matanya erat tika menyambut kata-kata dari emaknya sendiri. Cakap macam mana sekalipun, balik-balik dirinya juga yang akan dipersalahkan.
            “Saya tak pernah pilih kasih mak...” Suaranya ditahan-tahan sedikit. Dia tidak mahu berbalah dengan emaknya lagi. Hubungan mereka pun sudah terlalu keruh. Jika ditapis sekalipun, airnya tetap tidak boleh dijernihkan.
            “Yalah, tak pilih kasih konon.. Balik rumah mak Rizal seminggu sekali, balik rumah aku ni sebulan sekali pun susah. Itu bukan pilih kasih ke?” Munira pekakkan telinga dan keringkan perasaan. Berbalah dengan orang tua ini memang tidak akan pernah beroleh kemenangan.
            Puan Manisah melarikan langkah ke depan. Mungkin sudah mula bosan hendak mencari gaduh dengan Munira lagi. Munira melepaskan keluhan berat.
            “Aku dengar ada berita baik?” Suara sinis itu membuatkan pisau yang sedang dipeganng oleh Munira terjatuh menyembah lantai. Tanpa berpaling sekalipun, dia sudah kenal pemilik suara itu.
            “Setelah apa yang berlaku, kau masih berani lagi untuk muncul di depan aku?” Munira mengawal nada suaranya. Dia terlalu marah. Penumbuknya dikepal rapat. Kalau ikutkan rasa hati, hendak sahaja dirodok perut Johari dengan pisau tajam. Biar mati!
            “Kenapa pulak aku nak takut... memang sepatutnya dari dulu lagi kau jadi milik aku.. Bukan milik si  jahanam tu!”
            “Hei, jaga sikit mulut kau ya?” Munira sudah mula menghempas meja. Nafasnya turun naik menahan marah.
            “Kalau aku tak pandai jaga, dah lama aku cakap dekat Rizal yang isteri kesayangan dia ini sebenarnya mengandungkan anak aku.” 
            “Ini anak Rizal.... bukan anak kau!” Jerit Munira bengang. Dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Emosinya sudah berterbangan diusik rasa marah. Jiwanya bercelaru dijengah kesakitan yang menghunus tangkai hati.
            “Kau ni mesti tak boleh terima hakikat yang aku dah ratah tubuh kau tu...” Kali ini Munira langsung tidak berfikir panjang. Dia mengutip pisau yang terjatuh di lantai tadi. Dia memang ingin membunuh Johari.
            Akhirnya mereka sama-sama bergelut. Munira cuba menyerang Johari dengan bertindak hendak menikam lelaki itu. Johari pula cuba menghalang pergerakan Munira namun semangat Munira luar biasa benar. Bagaikan dirasuk oleh tenaga lain.
            “Nira!”
            Munira memandang Rizal yang berada di pintu dapur. Mulutnya melopong apabila melihat tangannya yang berlumuran darah. Tiba-tiba dia bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ Matanya terpandang pada susuk tubuh yang sedang tercedara di lengan itu. Mujurlah cedera ringan sahaja.
            “Ya Allah, apa dah jadi ni?” Kali ini giliran Puan Manisah pula yang menjerit. Kemudian diikuti oleh ibu Johari pula.
            “Nira, kenapa ni? Kenapa boleh jadi macam ni?” Rizal mendapatkan isterinya yang sedang menangis itu. Badan Munira jelas sedang terketar-ketar. ‘Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?’
            “Kau ni dah gila agaknya Nira.... Kau nak bunuh Johari ke?” Tengking Puan Manisah sambil membantu Johari untuk bangun.
            “Jom kita pergi klinik....” Mengelabah ibu Johari dibuatnya. Rizal langsung tidak mahu peduli. Yang dia mahu tahu ialah perkara apa yang membuatkan Munira bertindak untuk menyerang Johari. Isterinya itu terkenal dengan perangai yang tabah dan bersabar. Kenapa boleh jadi seperti ini?
            “Nira.... kalau Nira tak cerita, abang tak akan tahu.... Cuba cakap dekat abang...” Pujuk Rizal lagi. Munira tidak mampu bercakap apa-apa sekalipun. Dia hanya mampu menangis.
            “Abang.... ampunkan dosa Nira.... Maafkan Nira....” Dikucup lembut tangan milik suaminya itu. Dia tidak sanggup lagi untuk terus berahsia. Dia tidak betah lagi untuk terus lari dari masalah. Kebenaran harus disingkap. Lantas, perlahan-lahan dia mula menyampaikan sebuah kisah yang terlalu perit untuk diingati. Sejarah silam itu disingkap dengan tangisan yang tidak henti-henti mengalir.
***
            “Berani kau buat macam tu pada isteri aku! Kurang ajar...” Ditumbuk lagi muka Johari. Walaupun tumbukannya terkena tapi hatinya tetap tidak puas. Lelaki seperti Johari ini memang perlu diajar.
            “Hei Rizal, kau pun dah berjangkit gila dengan si Nira tu ke? Johari baru balik hospital... Balik-balik sahaja terus kau tumbuk dia... Apa masalah korang laki bini ni?” Lantang suara Puan Manisah menjerit. Tangannya sudah berada di pinggang.
            Munira hanya mampu menangis sambil menyaksikan pertempuran di hadapannya kini. Dia sudah pun meluahkan segalanya kepada Rizal. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia melihat Rizal segarang ini.
            “Maafkan Nira sebab gagal menjaga maruah Nira sebagai seorang isteri....” Itulah ayat pertama yang Munira ungkapkan tika dia selesai menceritakan segalanya kepada suaminya.
            “Kenapa baru sekarang Nira beritahu? Kenapa tak dulu lagi?” Tengking Rizal marah. Bagaimana dia hendak menerima semua ini. Tidak pernah terdetik sekalipun yang perkara seperti ini akan hadir dalam rumahtangganya.
            “Nira takut abang tinggalkan Nira....” Teresak-esak Munira menangis. Apatah lagi bila melihat kemarahan suaminya. Dia hampir pasti yang Rizal akan meninggalkan dirinya sendirian.
            “Habis tu sekarang, apa yang membuatkan Nira berterus terang? Nira yakin yang abang tak akan tinggalkan Nira sekarang? Macam tu?” Sinis soalanya. Sebengis wajah suaminya kini. Hilang terus ketenangan yang sebelum ini bermaharajalela di ruangan wajah.
            “Nira dah tak sanggup nak simpan semua ni bang....” Hati Rizal mula jatuh kasihan melihat air mata yang lahir di tubir mata isterinya. Patutlah Munira berubah sikap. Rupa-rupanya perkara ini yang menjadi beban di bahunya. Dikuak rambutnya beberapa kali. Cuba mencari ketenangan hati yang bergelimpangan.
            “Jangan menangis sayang.... apa yang berlaku ni bukan salah sayang...” Ya. Apa yang berlaku ini bukan kemahuan Munira. Ini semua kehendak takdir. Dia sendiri tidak sanggup untuk menghadapinya. Memang dia marah.. tapi kemarahan itu bukan untuk Munira. Pastinya untuk lelaki keparat itu.
            “Abang tak akan tinggalkan Nira kan?” Munira memberanikan dirinya untuk bertanya. Dia perlukan sebuah jawapan untuk disedapkan hatinya yang rapuh seperti kulit bawang ini. Dia ingin membasuh segala kekotoran yang dia rasai ini.
            “Nira nyawa abang... kalau abang tinggalkan Nira, apa lagi yang tinggal untuk abang...” Ditarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Meraka hilang dalam pelukan yang bersulamkan tangis.
            “Tapi Johari kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan ni.” Kerana kata-kata itulah, Rizal sedang membelasah Johari yang sudah nampak lembik benar. Apatah lagi sebelah tangannya yang terluka tadi telah dibalut. Pasti dia tidak punya kekuatan yang kuat untuk melawan amarah Rizal.
            “Aku tak kira, aku nak heret kau ke balai polis sekarang jugak!” Rizal sudah tersangat-sangat bengang. Memang patut lelaki ini dibunuh kerana matlamat lelaki ini hanyalah ingin membunuh kebahagiaan orang lain sahaja. Lelaki keji yang tidak punya hati perut.
            Telah diterang segalanya kepada ibu Johari dan Puan Manisah sendiri. Terkedu mereka mendengarnya. Apatah lagi melihat sikap Rizal yang seperti dirasuk itu. Enak  menjadikan Johari mangsa kemarahannya.
            “Mama tolong Jo mama.... Rizal tak boleh bawa Jo pergi balai... Jo tak salah.” Johari mula menyembunyikan diri di belakang ibunya. Ibu saudara Munira sendiri.
            “Eh, kamu ni memandai sahaja kan nak bawa Johari ke balai... Kamu ada bukti ke yang dia buat semua tu?” Tengking Puan Manisah geram.
            “Jam tangan dia tertinggal kat bilik saya mak...” Semua mata-mata mula memandang ke arah Munira. Kalau dahulu, dia terlalu takut jika sesiapa pun tahu mengenai jam tangan tersebut. Namun kini, jam tangan itulah yang mampu membantu kes ini nanti. Membantu memperkuatkan tuduhan ke atas Johari.
            “Betul ke kamu buat Jo?” Kali ini suara nyaring itu terhala pada Johari pula. Jelas riak ketakutan di wajah itu.
            “Mak Ngah tanya ni... Betul ke kamu buat?” Tengking Puan Manisah lagi, Kali ini lebih kuat berbanding tadi hingga tersentak Johari dibuatnya. Beberapa kali lelaki itu kelihatan seperti menelan air liurnya.
            “Bukan ke mak ngah sendiri yang nak saya pisahkan dia orang...” Tutur kata Johari itu membuatkan Rizal dan Munira terpana dan tercengang.
            “Mak...!!!”
 Kali ini Puan Manisah pula yang menjadi sasaran mata-mata untuk dipandang. ‘Kenapa sampai boleh jadi macam ni?’ Menitis air matanya. Sudah jelas lagi bersuluh yang emaknya itu memang tidak pernah merestui perkahwinannya bersama dengan Rizal.
            “Err... Nira jangan salah faham.... Memang mak pernah suruh Jo pisahkan korang berdua... Tapi itu tak bermaksud yang mak suruh Jo rogol kamu.” Puan Manisah cuba membela dirinya sendiri. Cuba menegakkan benang yang basah.
            “Sampai hati mak buat Nira macam ni...” Luluh suaranya menyampaikan rasa hati yang luluh. Bagaimana seorang ibu tergamak memisahkan keluarga anaknya sendiri. Rizal juga sudah terduduk di sofa rumah. Kehilangan kata untuk dilahirkan. Adakah memang sudah suratan takdir yang cinta mereka harus berhenti di sini?
            “Rizal, tolong jangan bawa Jo ke balai... Tolong mak cik Rizal...” Setelah agak lama membiarkan masa berlalu tanpa suara, ibu Johari merayu-rayu di kaki milik Rizal. Rizal sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi.
            Lantas lelaki itu bangun dan mula masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja Munira hendak menurut, tiba-tiba Rizal keluar semula. Namun kali ini dijinjit sekali beg pakaianya. Munira mula tercengang dihambat rasa takut.
            “Abang.... Abang nak pergi mana ni? Abang cakap abang tak akan tinggalkan Nira kan...” Tersedu-sedu Munira menangis. Rizal memandang ke arah isterinya. Sungguh dia sangat mengasihani isterinya. Melihat matanya yang sembab membuatkan Rizal bertambah sakit hati.
            “Abang nak Nira tahu yang walau apa pun yang terjadi.... Abang tetap sayang Nira.. Hanya Nira yang bertahta di hati abang... Tapi abang dah tak mampu nak memujuk hati mak supaya merestui hubungan kita ni Nira... Kerana keras kepala abang untuk meneruskan hubungan kita, maruah Nira yang menjadi gadaiannya...” Dia mula mencari wajah ibu mertuanya.
            Ditarik Munira sambil mula melangkah menuju ke arah Puan Manisah. Disalam dan dikucup penuh kasih tangan ibu mertuanya itu. Kemudian tangan itu dicantumkan bersama-sama dengan Munira.
            “Mak... saya pulangkan semula anak mak yang saya pinjam selama hampir empat tahun ini... Percayalah mak, tak pernah sedetik pun saya rasa hampa atau menyesal kerana memperisterikannya. Bagi saya dia adalah anugerah... Walaupun saya geledah seluruh pelusuk dunia sekalipun, tak akan jumpa wanita sepertinya. Terima kasih mak kerana melahirkan isteri saya lantas telah berjaya mendidik jiwa dan hatinya seperti sesuci embun pagi. Menjadikan dia seorang isteri yang sangat sempurna buat lelaki seperti saya ini...”Berat. Itulah satu ayat yang mengambarkan perasaannya sekarang.
            “Abang.....” Dipeluk suaminya itu erat-erat.
            “Nira.... bukan abang tak kuat nak tepis apa lagi cubaan dalam hubungan kita, tapi abang tak mahu mempertaruhkan Nira lagi Abang tak mahu memperjudikan diri Nira lagi. Makin Nira menangis, makin terluka hati abang... Mungkin sudah suratan takdir yang kisah perjalanan hidup kita terhenti sampai di sini sahaja...”
            “Abang.... kalau abang nak pergi, bawalah Nira sama... Nira tak sanggup nak hidup tanpa abang...” Teresak-esak Munira menangis.
            “Papa.... papa nak pergi mana?” Aisya yang sedari tadi menyorok di belakang pintu mula berlari mendapatkan ayahnya.
            “Aisya, jaga mama baik-baik tau. Aisya anak yang baik.. papa sayang Aisya...” Air mata lelakinya hampir sahaja jatuh di pipi. Namun dikuatkan rasa agar perasaanya tidak rapuh ditelan ujian. Dipeluk erat dua insan kesayangannya ini.
            “Mak, saya akan kotakan permintaan mak tu.... Saya akan selesaikan selepas Nira bersalin nanti..” Sungguh, kata-kata ini bukan lahir dari akal fikirannya. Ini semua kerana emosi yang tidak tertahan lagi membendung rasa.
            “Abang pergi dulu....” Munira jatuh terjelupuk. Tidak berdaya lagi untuk menahan suaminya. Dia tahu, Rizal terlalu kecewa. Teramat kecewa.
            “Puas hati mak sekarang kan? Mak bahagialah dengan melihat penderitaan anak mak sendiri? Terima kasih mak... kerana menghadiahkan Nira kebahagian ni.. Tapi walau apa pun yang terjadi antara Nira dan Rizal, Nira tak akan sanggup memperjudikan hidup Nira dengan berkahwin dengan Johari. Walaupun anak yang dikandung ini mungkin anak dia, Nira tak akan sesekali berkahwin dengan Johari.”
            Puan Manisah memandangnya tanpa kelip. Tidak tahu berkata apa lagi.
            Itulah keputusannya. Dia sudah tekad. Apa nak jadi, jadilah.... Apa yang sudah tejadi, telah pun terjadi. Walaupun dia akan melangkah sendirian selepas ini, hati dan kasihnya tetap hanya untuk Rizal. Dikendong Aisya yang sedang menangis itu. Sekurang-kurangnya, dia ada ada Aisya sebagai penguat semangatnya.
***
             Dunia ini terasa begitu sepi sekali tanpa kehadiran Rizal dalam hidupnya. Kandungannya sudah pun hampir berusia tujuh bulan. Bermakna sudah lima bulan dia hidup tanpa kehadiran Rizal. Namun lelaki itu tidak pernah melupakan tanggungjawabnya. Setiap minggu Rizal akan datang melawat dia dan Aisya. Namun bukan ini yang dia mahukan. Dia mahu hubungan mereka pulih seperti sedia kala. Dia tidak sanggup berpisah dengan Rizal.
            Diusap perutnya perlahan. Walau apa pun yang akan terjadi, tidak pernah ada satu saat pun dia membenci zuriatnya ini. Andai kata anak ini memang anak Johari, dia akan tetap menyayangi bayi itu. Kerana secara hakikatnya, bayi itu suci tanda noda dan dosa. Dia tidak seharusnya dipersalahkan atas kesalahan orang lain.
            Perutnya tiba-tiba terasa memulas. Pinggangnya terasa kejang semacam. Sakitnya seperti rasa ingin bersalin. Namun kandungannya baru berusia tujuh bulan. Ingatanya hanya mengingati Rizal. Di saat seperti ini, dia teramat memerlukan Rizal.
            “Mama.... papa datang...” Jerit Aisya dari luar bilik sedangkan Munira sudah merengkok kesakitan di hujung katil.
            “Mama!” Terkejut Aisya melihat mamanya yang sedang kesakitan itu. Terus dia berlari mendapatkan papanya yang berada di tingkat bawah.
            “Ya Allah Nira....” Rizal berlari mendapatkan isterinya itu. 
            “Abang... sakit...” Adu Munira dalam tangis. ‘Ya Allah, aku berterima kasih kepada rahmatMu... Kerana disaat aku memerlukan dia, dia sentiasa ada di sisiku.. Andai ditakdirkan Kau mengambil nyawaku, biarlah aku berada di pangkuan kasih dan redha darinya.’
            Tanpa berkata apa-apa, terus dicempung tubuh milik isterinya itu. Hanya Allah yang tahu perasaannya kini. Tidak dapat dibayangkan jika Munira sakit ketika ketiadaannya. Pasti dirinya akan menangung rasa sesal seumur hidup kerana mengutamakan emosi tanpa mempedulikan kata-kata dan rayuan dari isterinya itu. Patutlah sedari tadi hatinya tidak senang. Hatinya terlalu merindui Munira dan Aisya.
            “Abang... maafkan Nira... kalau Nira gagal menjadi isteri yang baik... Kalau Nira pergi, tolong jaga anak-anak Nira ya...” Rizal mengeleng-gelengkan kepalanya. Tidak bersetuju dengan kata-kata Munira.
            “Anak-anak kita Nira... Nira akan selamat... Abang tunggu Nira..” Ucap Rizal tika menolak Munira ke dewan bedah.
            “Nira sayang abang dan Aisya...”
            “Abang pun sayang Nira... sayang sangat...” Air mata lelakinya seakan-akan ingin tumpah melihat isterinya tika ini. ‘Akulah yang bersalah dalam hal ini.. Akulah lelaki yang terlalu mengikut rasa emosi marah. Sanggup aku meninggalkan dia kesepian sendirian. Sedangkan dia juga terseksa dengan perpisahan ini..’
            “Abang tunggu Nira tau....” Jerit Rizal apabila jururawat menahan dirinya dari terus mengikuti. Munira telah dimasukkan ke dalam dewan bedah.
            “Papa.... mama tak apa-apa kan?” Terus dipeluk Aisya. Dipeluk erat anak itu. Hatinya juga takut dengan jika terpaksa kehilangan Munira. ‘Ya Allah, selamatkan temanku.. selamatkan pemaisuri hatiku... selamatkan bidadari yang akan menemani diriku di Syurga nanti.. Aku bermohon padaMu...’
***
            “Rizal...”Panggilan itu membuatkan dia berpaling. Dia baru sahaja membuat pembayaran di kedai hospital. Membeli sesuatu untuk dimakan oleh Aisya. Sedari tadi tidak menjamah apa-apa makanan. Mujurlah emaknya sudah tiba bersama-sama dengan kakaknya. Jika tidak, pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantu menjaga Aisya.
            “Mak long... mak long buat apa kat sini?” Dia masih kekal ramah menegur ibu Johari itu. Dia terlalu ingin berlaku kejam, tapi sungguh dia tidak mampu. Apatah lagi jika ingin berkasar dengan wanita yang sebaya dengan ibunya sendiri.
            “Dah lama mak long cuba cari kamu Rizal...” Berkerut dahi Rizal dibuatnya. Tidak mengerti dengan kata-kata mak longnya itu.
            “Jo.... dia kemalangan... dia tengah menunggu masa je Zal...” Sungguh Rizal terkejut. Terkejut dengan kenyataan yang baru terungkap.
            “Saya tumpang simpati..  Tapi apa kena mengena dia dengan saya mak long?” Bukan berniat untuk menyombongkan diri tapi dia tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan Johari. Setelah dia menodai segala rasa cintanya pada Munira, untuk apa lagi dia terus kasihankan Johari.
            “Dia nak jumpa kamu... Dia betul-betul nak jumpa kamu. Dia ada kat hospital ni.. Jumpalah dia Zal... Maafkanlah salah silap dia...” Rizal mengelengkan kepalanya. Dia tidak betah untuk membazirkan masanya berjumpa dengan Johari lantaran isterinya sekarang sedang bergelut nyawa di dewan bedah.
            “Saya nak tunggu Nira mak long.. Dia ada dalam dewan bedah sekarang..  dia sedang bertarung nyawa untuk selamatkan anak kami. Maafkan saya, Nira lebih perlukan saya sekarang.” Ujarnya senada. Tidak terlalu kasar ataupun lembut. Sedang-sedang sahaja. Namun tiba-tiba mak long melutut dan menarik kakinya. Merayu sambil menangis teresak-esak. Terkedu Rizal melihatnya.
            “Tolonglah Rizal.... tolonglah anak mak long... dia hanya menyebut nama kamu sahaja Rizal... Jumpalah dia.. sekejap pun jadilah...”Akhirnya, dengan keluhan kecil, Rizal menyatakan persetujuannya.
            Tersentuh hati Rizal melihat tubuh Johari yang berselirat dengan wayar. Namun apabila mengenangkan akan perbuatan Johari terhadap isterinya, tiba-tiba simpatinya hilang. Hatinya masih lagi sakit. Terlalu sakit...
            “Jo, Rizal dah datang... bangun Jo... kamu kata kamu nak jumpa dia kan....” Bisik mak long perlahan. Kemudian mata Johari terkebil-kebil sedikit. Mulutnya terkumat-kamit sedikit. Dengan langkah berat, Rizal mula merapat.
            “A...ku...tak... sen..tuh... Nira....” Berkerut dahi Rizal mendengar butiran kata Johari yang kurang jelas itu.
            “Aku tak faham?”
            “Nira...mengan...dung...anak...kau...” Mulut Rizal ternganga sedikit.
            “Maksud kau, kau tak lakukan apa-apa pun pada Nira? Jadi itu memang anak aku?” Sebak suara Rizal menahan rasa gembiranya. Jadi semua yang berlaku ini hanya permainan takdir?
            “Maaf...kan...a..ku...Zal... Nira... me...mang...mi..lik...kau...se..orang...sa..ha..ja...” Kali ini Rizal benar-benar menangis. Dia mengalirkan air mata kesyukuran. Jadi selama ini, Johari hanya ingin mengucar-kacirkan hubungan mereka berdua. Semata-mata kerana ingin memisahkan hubungan sepasang suami isteri sahaja.
            Tanpa menunggu lama lagi, terus Rizal keluar dari bilik itu. Kakinya laju melangkah ke ruang menunggu. Tidak sabar rasanya hendak menceritakan kebenaran kepada isiternya itu. Namun  langkah kakinya terhenti tika terpandangkan maknya yang sedang mengalirkan air mata itu. Doktor dan mak mula berpaling apabila menangkap kelibat dirinya.
            “Tahniah.. isteri encik selamat melahirkan seorang bayi lelaki...”
            “Isteri saya macam mana doktor?” Dalam debar, dia tetap meluahkan pertanyaan. Seketika, tuan doktor dan emaknya saling beradu pandangan. Entah kenapa, kata-kata Munira tadi bermain di benaknya.
            ‘Abang... maafkan Nira... kalau Nira gagal menjadi isteri yang baik... Kalau Nira pergi, tolong jaga anak-anak Nira ya...’ Air mata seorang lelaki mengalir di ruangan wajah. Bagaimana dia hendak menerima kehendak Ilahi ini.
‘Ya Allah, ini semua berada di luar kemampuanku...’
***
            “Papa... adik nangis...” Jerit Aisya yang baru muncul di pintu dapur.
            “Aisya tolonglah suapkan susu adik... kejap lagi papa datang.. papa kan tengah masak ni.” Payah! Terlalu payah rupanya hendak menjadi seorang surirumah. Kerana itu dia terlalu kagum dengan seorang perempuan. Dimana tempatnya yang satu ini tidak mampu diambil oleh kaum lelaki.
            Semua ini pasti akan membuatkan dia rindu pada Munira. Terlalu rindu...
            “Aisya dah bagi tapi adik tak mahu... dia nangis lagi...” Rungut Aisya lagi. Rizal mula menutup api dapur. Dia menanggalkan apron yang tersarung di tubuhnya.
            “Kenapa anak papa nangis ni....?” Di dukung anaknya yang sedari tadi berada di dalam baby cord. Dipujuk anak kecil yang sudah berusia 6 bulan itu.
            “Susah betul kalau tak ada mama kan....” Aisya sudah mula memeluk tubuh. Mukanya masam mencuka sahaja.
            “Aisya rindukan mama... kalau mama ada kan best... Tak payah kita susah-susah macam ni.” Sambung anaknya lagi. Buntu Rizal dibuatnya. Seorang dengan rajuknya, seorang dengan tangisnya. Boleh pengsan melayan karenah anak-anaknya ini.
            “Aisya... tak baik cakap macam tu...” Tegur Rizal perlahan sambil tanganya lincah menukar lampin pakai buang Thaqif. Mungkin sudah tidak merasa selesa. Patutlan anak kecil itu menangis.
            “Papa... telefonlah mama... Aisya nak cakap dengan mama...” Aisya mengoncangkan sedikit lengan papanya. Rizal terkedu sendiri. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
            “Aisya...” Rizal cuba mencari ilham untuk menipu si puteri. Tapi ideanya kering. Dia mula mengaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Kenapa bang? Dah pening ke layan anak-anak...? Ini baru dua orang, kalu ramai nanti lagi abang pening tau.” Suara Munira itu membuatkan mereka berdua segera berpaling.
            “Mama....” Terus Aisya menerpa Munira. Terlalu rindu agaknya.
            “Ada hati nak tambah lagi ke?” Usik Rizal selamba.
            “Apa sahaja untuk abang....” Balas Munira penuh makna.
            “Okay... Tapi buat sementara ni, biarlah dahulu... Penat tau kena buli dengan budak berdua ni.” Munira hanya ketawa sahaja sambil mula mengambil Thaqif dari dukungan suaminya itu.
            “Eh, kata outstation tiga hari.. ni baru dua hari..” Tiba-tiba Rizal baru teringat yang sepatutnya Munira akan pulang hari esok.
            “Esok dah tak ada apa-apa yang penting dah... so balik jelah hari ni. Lagipun, Nira dah terlalu rindu pada Thaqif.” Dicium anak lelakinya itu penuh kerinduan.
            “Hai, Thaqif je ke? Sejak ada boyfriend baru ni, boyfriend lama dilupakan eh..” Rizal buat muka tak puas hati.
            “Lah, mestilah rindu pada papa Thaqif sekali... tak ada papa Thaqif, tak adalah Thaqif...” Dicium pipi suaminya itu. Kuat merajuk macam anak kecil.
            “Eeeii... mama tak malu cium papa depan Aisya...” Aisya mula menutup matanya dengan tapak tangannya sendiri. Akhirnya anak itu keluar dari bilik peraduan mereka.
            “Ada-ada sahaja girlfriend kecik abang tuh...”
            “Alah, ikut girlfriend yang satu lagilah tu...” Sela dia selamba. Akhirnya mereka ketawa bersama-sama. Menghargai kebahagian yang Allah limpahkan kepada mereka. Kalau kita rasa kita diuji dengan ujian Allah, itu maknanya Allah memberikan perhatian kepada kita dan setiap ujian yang Allah titipkan adalah berada di dalam kemampuan setiap hambanya. Jangan hilangkan pahala itu dengan keluhan. Kerana keluhan mampu melenyapkan segala kekuatan di jiwa untuk menempuh rasa esok.
***
            “Mak minta maaf Rizal.... mak yang salah dalam hal ini.. Mak terlalu pilih kasih.. Sebenarnya mak tak boleh terima hakikat yang kamu mampu jaga Nira. Mak cemburu bila Nira terlalu bahagia dengan kamu.. Tapi sumpah mak tak pernah suruh Johari kenakan kamu seperti ini.” Bersungguh-sungguh Puan Manisah ingin meyakinkan Rizal. Memohon simpati dari menantunya itu.
            Puan Manisah juga terlalu takut jika Allah turunkan bala seperti mana Allah balas balik segala perbuatan Johari pada Rizal dan Munira. Sungguh, dia tidak sanggup untuk mengalami hukum karma itu. Melihat Johari yang kritikal itu menjatuhkan segala keegoan dirinya. Selepas ini, dia tidak akan menurut rasa hati lagi.
            “Dulu memang saya marah mak... tapi sekarang saya dah tak rasa apa-apa. Saya bersyukur kerana Allah menyelamatkan Munira dan anak kami. Saya dah berjanji dengan diri saya sendiri, walau apa pun yang terjadi, saya tak akan tinggalkan dia orang lagi. Tak akan pernah walau untuk setengah detik sekalipun...” Tegas Rizal pula.
            Selepas ini, walaupun terpaksa berdepan dengan ibu mertuanya itu berulang kali sekalipun, dia tidak akan beralah lagi. Cinta itu memang milik kami. Dianugerahkan pada yang menghargai letak duduk sebenar kasih itu. Cinta tanpa pengorbanan umpama masakan tanpa asam garam. Hidup jika tiada iman umpama hidup tanpa makna yang hakiki.
            Ditinggalkan ibu mertuanya itu keseorang dan langkah kakinya menapak ke dalam wad bersalin yang menempatkan Munira. Entah macam mana dia boleh tersalah faham. Boleh pula dia menangis di hadapan doktor. Hingga naik pelik tuan doktor dibuatnya.
            “Eh... isteri encik tak apa-apalah.. dia cuma dia kehilangan banyak darah. Itupun pihak hospital telah mendapatkan darah yang sesuai untuk isteri encik..” Kata-kata tuan doktor itu membuatkan dia terbangun dari duduknya. Macam mana boleh tersalah faham ni? Aish...
            “Kenapa mak menangis?” Dia beralih arah kepada emaknya pula.
            “Mak menangis air mata kegembiraan... Aish kamu ni...” Puan Ramizah geleng kepala. Tidak tahu sama ada hendak tergelak ataupun hendak menyambung kembali tangisannya.
            “Kenapa abang senyum-senyum ni?” Teguran Munira itu mematikan lamunan jauhnya. Isterinya itu sedang memangku anak kecil mereka yang baru selamat dilahirkan tadi. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana anaknya itu sihat sempurna walaupun lahir tidak cukup bulan.
            “Terima kasih sebab melahirkan anak abang....”
            “Amboi.. anak abang je ke? Anak kita tau!” Tegas Munira sambil tersenyum. Alhamdulilah, dia bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya. Sungguh, saat dia merasa seperti hampir-hampir kehilangan semua insan kesayangannya, rupa-rupanya Allah melimpahkan rahmatnya yang tidak bertepi kepada hambanya. Kelahiran Thaqif dan kepulangan Rizal memberi makna kebahagiaan yang terlalu besar dalam hidupnya.
            Rizal mengambil tempat di sisi isterinya. Dipaut mesra bahu itu. Munira terus melentokkan kepalanya di bahu milik suaminya. Hilanglah derita... Bertandanglah wahai bahagia... Ya Allah, redhakanlah hubungan ini.. Restuilah hubungan ini... Moga kami saling bergandingan menuju SyurgaMu yang abadi.. Amin...
            Kalau Allah menguji, ujian itu sesuai dengan kemampuan setiap hambanya. Allah tidak akan berlaku kejam dengan meletakkan sesuatu ujian di luar daya batas setiap hambanya. Sentiasalah berprasangka baik pada Allah, kerana rahmatnya melebihi dari murkanya.

p/s: sorry kalau cerita ni tak memenuhi piawaian korang semua.. hope sangat korang suka cerita ni walaupun cerita ni agak slow pada permulaannya... moga kelemahan pada karya ini dapat ditampal pada karya yang akan-akan datang... thanks coz curi masa untuk baca cerpen nih...           
           
           

           

49 comments:

  1. unsur suspen dalam cerita nie banyak yang menjadi.. jalan cerita lain dari yang lain.. maknanya idea yang menarik.. Cantik Menarik dan Tertarik.. heheh

    ReplyDelete
  2. thanks misshikin... takut sngat cerita ni membosankan.. hehe...

    ReplyDelete
  3. bakpe nak sorry2x.. heh.. its ur story meh! (psst.. x baca gi, baca tang P/S..) wahh dah ade blog! congrats.. :)

    ReplyDelete
  4. dun worry, setakat ni cerita yang sara tulis tak pernah membosankan. masih tetap ada kelainan. sentiasa berjaya buat saya mengalirkan air mata. hehe. keep it up ya? =)

    ReplyDelete
  5. best ..
    my tears are drops

    ReplyDelete
  6. seronok la bc cerpen sara ni... semua menarik..

    ReplyDelete
  7. kak sara.. best sgt cerpen kak sara.. sedeh yg amat sgt.. tahniah ya kak sara.. thumbs up.. =D

    ReplyDelete
  8. thanks sume... coz sudi baca n komen,..
    insyaAllah, saya akan mencuba sedaya upaya,
    untuk memberi kelainan di dalam setiap karya.. =)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah , sungguh memahami Rizal ni . Akak , sungguh2 saya nangis tadi dek Ingat si Johari tu sentuh Munira & ingat Munira dah tak ada . out station rupanya . haha Bagus lah akak ! Memang tip top . Suka sangat saya dengan karya2 akak sara dn kak rehan . Akak , buat novel best gak ni ; ) hehe

    ReplyDelete
  10. thanks ina... hope nanti teruskan menyokong ya..

    ReplyDelete
  11. fatin ain said...
    best erin cerpen nie...
    rizal sgt suami idaman gitu...
    terus hasilkan karya yg da bomb...
    lot of love...(n_n)

    ReplyDelete
  12. thanks fatin...
    i will try my best to give amazing story to all reader...

    ReplyDelete
  13. jalan crite lain dari yg lain.. good job..

    ReplyDelete
  14. rafika dewi jahrul4 January 2012 at 01:53

    salam..SSG....
    hhmmmmmmm......bestt tp nape ayat di luar kemampuan ku tue sering kali d sebut....nampak bosan cikit kat situ...tp kak fika suka jln cite dye..lain dr yg lain btul ckp para pembaca cite ny lain dr yg lain.....teruskan berkarya.....

    ReplyDelete
  15. Moon dah suspens tadi. Ingatkan Munira dah meninggal. Nasib baik hidup lagi..hehehe! bestlah kak sarah! Bravo! :D

    ReplyDelete
  16. nisa: huish,suspen memanjang..jln crite yg sgt menarik untuk cerpen..:)
    blog nie blog yg terbaekkkkk...

    ReplyDelete
  17. best.. tapi boleh tak pulangkan balik my tears drop???...hehehe

    ReplyDelete
  18. bestnya... best gila gila
    smpai keluar air mata saya.. tahniah writer

    ReplyDelete
  19. daebak.. :) saya Aida.. trus brkarya.. :)

    ReplyDelete
  20. cerpen2 awak ni sering buat sya sendu.. bukan sendul ya!!..

    ReplyDelete
  21. ini dari malaysia ya? maaf, aku tidak bermaksud menyinggung tapi dari bahasanya agak beda jadi aku masih binung. aku usahain baca biar paham deh.

    ReplyDelete
  22. mengasi suspen doh cher nie... tpi serius DAEBAK ! cenggini (Y)...hehe best la cerpen2 admin...TERUSKAN USAHA ^o^

    ReplyDelete
  23. Jalan cerita menarik,setakat ni tk pnah lg bca jaln cerita seperti ini. Memg suspen. Teruskan bekarya.

    ReplyDelete
  24. Salam..cerita bertemakan kasih sayang suami isteri memang klise tetapi puan dapat membawa kelainan dengan konflik yang sangat berani.Bijak memainkan emosi pembaca cuma agak panjang...saya rasa puan ada bunga-bunga untuk menulis novel...cerpen puan ada tersiar di mana-mana media cetak tak? kalau ada, nak jugak baca.

    Apa pun Tahniah!Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  25. jln ceritanya menarik.. sya suka, saya suka

    ReplyDelete
  26. Cdey nye..smpai da nages nie..good job writer

    ReplyDelete
  27. yaAllah...best gila...sampai berjurai2 air mata ini tumpah..
    good job kak~!!

    ReplyDelete
  28. obat penyakit jantung20 November 2013 at 19:48

    cukup menarik kisah ini,kita dapat menarik kesimpulan dari cerita ini....

    ReplyDelete
  29. best sangat....very sad story....,

    ReplyDelete
  30. Ya allah.doaku moga kebahagian ini kekal hingga akhir hayat.walau ada onak dan duri harus kutempuhi.amin.terima kasih suamiku.

    ReplyDelete
  31. Waww..wany rse dah mcm dok dlam ctew tuh.mmnggbarkan sndri watak2,mmnghayati ksedihan dan pengorbanan rizal dan munirah..mmng kaw2 citer niyh..mmng rerusik sungguh hati wany..thanzz writer.

    ReplyDelete
  32. Daebak!! Keep it up...

    ReplyDelete
  33. cerita best, tp x faham.....first Nira sedih sbb suami di x der....akhir sekali...cerita mcm x menerangkan apa apa.....x tahu, samaada lelaki tu mati ker, atau cerai ker....lari dri konflik dan tanda tanya dlm cerita...

    ReplyDelete
  34. apa yg xkna taste ny..best je sy baca

    ReplyDelete
  35. saye paham jer citer ni...best....

    ReplyDelete
  36. Wahhhh gilerr best cerpen kak sara....
    hampir menitis air mata bace tau ^_^
    bnyk pngjaran ..hope akak teruskan!!
    chaiyok....keep it ups okay*><*

    ReplyDelete
  37. Best!!!Lain daripada yg lain..Kalau jadikan movie mesti gempak!!

    ReplyDelete
  38. menangis beb baca cer ni

    ReplyDelete
  39. Lame saye ngis rpe2nye dh kne tipu...

    ReplyDelete
  40. Love this.. <3 great job Sara.. teruskan menulis.. kalau rajin,jenguk2 la blog Mieza jgak. miezacullen.blogspot.com

    Thanks <3

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum dear, saya berminat nak beli ecopy manuskrip cerpen dear. Camne cara nak contact dear ye?

    ReplyDelete
  42. cerpen yang sangat menarik..
    jalan ceritanya sangan asik bos..
    lanjutkan karya cerpenya bos...mantap..

    ReplyDelete
  43. Salam. Tahniah buat puan Sara. Cerpen yang sarat dengan pengajaran. Tahniah sekali lagi. Salam

    ReplyDelete
  44. I am sorry,but may i have some explaintion regarding the 1st part of this cerpen,knp munirah tu mcm tgah sedih2..i thought rizal was dead..tp smpai ending rizal was alive..and at first i ingt citer ni flashback..

    ReplyDelete
  45. Ceritanya bagus
    Lanjutkan....:-D:-D

    ReplyDelete
  46. Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 한국프로야구중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 대만농구중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 러시아하키중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 중국롤LPL중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 동남아롤PCS중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 코로나중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL LCK중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외스포츠중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외축구중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠티비

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠분석

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠분석사이트

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외스포츠분석

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL nba중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 느바중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL mlb중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 믈브중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외농구중계

    Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 무료농구중계

    ReplyDelete
  47. Lah..igtkn suami dia mati .ish ish...

    ReplyDelete