Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna
Sayangnya terputus tali janji
Satu waktu kukuh termetri
Kau tahu kasih sayang tak bertepi
Tidak menjaminkan untuk esok hari
Ku cermin diri ini ke dalam kedaifan
yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankanmu walaupun lawan ku seribu
Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada
Satu jasad, satu nyawa satu cinta
Tidakku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasibmu
Kini aku mengengam satu azam
Melempar khayalan untuk kehidupan
Munira
mencapai frame gambar yang berada di meja sisi katil. Dengan terketar-ketar,
tangan kanannya mula mendarat di permukaan gambar tersebut. Bibirnya bergetar
menahan rasa. Air mata mengalir lagi. Untuk yang keberapa kali, dia tidak
pasti. Kerana terlalu murah air matanya kini.
Untuk
diseka air mata tersebut, dia sudah hilang kudrat. Kalau dulu dia bertahan
kerana adanya seorang lelaki yang bergelar suami. Namun kini, kekuatannya yang
tinggi melangit kini mula rebah menyembah bumi. Ini semua berada di luar
kemampuannya.
“Abang,
Nira tak larat bang. Nira tak mampu hidup tanpa abang.” Entah kenapa, dia
berharap yang suaminya itu akan
mendengar tangisannya. Sedangkan dia tahu yang Rizal cukup tidak suka melihat
dia menangis.
“Mama…”
Panggilan suara kecil itu membuatkan Munira cepat-cepat mengesat air matanya.
Tidak mahu puteri kecilnya itu menangkap yang dia sedang menangis.
“Mama
nangis lagi?” Dalam hati mula menyalahkan diri kerana sering kali gagal
mengawal emosi. ‘Mama puteri ni dah tak kuat sayang.. Tapi percayalah, mama
akan terus bertahan demi kamu sayang.’
“Mama
jangan nangis tau. Kan papa cakap dia tak suka tengok mama nangis.” Pantas,
anak gadisnya yang baru berusia tiga tahun itu mengelap sisa airmatanya. Munira
terus tersenyum manja. Ya, walau apa yang terjadi pun, dia masih punya Aisya.
Dibawa Aisya ke dalam pelukannya. Ya, dia rindukan
pelukan suaminya. Terlalu rindu. Kerana hakikatnya dia terlalu cintakan lelaki
itu. Biar dia hanya punya sesaat pun dalam kehidupannya, cintanya akan tetap
teguh buat Rizal. Tidak akan berganjak walau seinci sekalipun. Ingatanya mula
mengarit kenangan. Mengamit memori kisah hidupnya dulu.
***
“Selamat
pagi sayang….” Bisik Rizal romantik. Tangannya masih melingkari pinggang
isterinya. Matanya pula tidak lepas-lepas dari memandang Munira. Isteri yang
telah dinikahi hampir tiga tahun itu. Bibirnya mula mengukir senyuman melihat
muka isterinya yang terpisat-pisat itu.
Awal
pagi mereka akan dimulakan dengan ucapan selamat pagi dari Rizal. Dan Rizal
pasti akan bangun lebih awal darinya. Apabila terjaga sahaja, dia pasti akan
menilik setiap inci wajah milik isterinya. Bagai tidak pernah puas dan bosan.
“Dah
pukul berapa bang?” Tanya Munira perlahan. Matanya masih dipejamkan. Terasa
berat untuk dicelikkan. Apatah lagi berada dalam pelukan suaminya. Makin
liatlah dia hendak bangun.
“Dah
pukul enam sayang. Jom bangun. Tak baik melewatkan solat.” Ujar Rizal lembut.
Namun masih belum berganjak lagi. Kerana dia tahu jawapan yang akan keluar dari
mulut isterinya itu.
“Hmm,
lima minit lagi. Kejap je lagi.” Kan dah kata. Setiap kelakuan isterinya ini
sudah disemat kemas dalam akal fikirannya. Apa yang isterinya akan lakukan, apa
yang isterinya akan fikirkan, semuanya sudah berada dalam poketnya. Dan dia,
teramat bertuah memiliki isteri seperti Munira.
“Sayang….”
Tangannya sudah mula menari di telinga milik isterinya. Munira tergerak
sedikit. Tidak suka suaminya memasuki kawasan larangan. Dia mula kegelian
sendiri.
“Uish
abang ni, tak boleh tengok Nira senang sikit.” Rungut Munira geram. Setiap
pagi, itulah idea suaminya untuk mengejutkannya.
“Oh,
abang pulak yang disalahkan…” Terus digeletek pinggang isterinya. Begitulah
rutin mereka setiap pagi. Rizal tidak akan membenarkan mereka memulakan hari
dengan pergaduhan. Dan suaminya itu akan sentiasa bertolak ansur. Senang
cerita, akan sentiasa beralah untuk isterinya.
“Dari muda
sampai dah tua pun, masih liat nak bangun pagi.” Usik Suaminya. Mereka sudah
bangun dari pembaringan. Sama-sama mula mengemas tempat tidur. Rizal memang
ringan tulang. Dalam apa jua perkara, lelaki itu pasti akan sama-sama
membantunya.
“Nira
tak tua lagi tau. Abang tu lainlah. Dah tua. Tak ada orang yang nak. Nira
sorang je yang sanggup terima abang tu.” Giliran Munirah pula yang mengusik. Rizal
hanya tayang gigi. Tidak mengambil hati langsung dengan kata-kata suaminya.
“Oh,
kutuk abang eh… Sebab Nira kutuk abang pagi-pagi ni, Nira kena denda…” Mula
menghampiri isterinya. Terangkat sedikit kening Munira dibuatnya.
“Denda?
Denda apa?” Hmm, teruja juga hendak mengetahui denda yang dikenakan suaminya
itu.
“Kena
mandi dengan abang.”
“Hah!”
Terus dicempung badan isterinya itu. Dibawa masuk ke dalam kamar mandi. Tidak
mempedulikan jeritan kecil milik isterinya. Dan sepasang suami isteri itu
terlalu bahagia.
***
Munira
lincah menyediakan sarapan pagi untuk mereka tiga beranak. Rizal pula sedang
sibuk menyiapkan Aisya. Puteri kecil pemilik jiwa raga mereka berdua.
“Ala,
comelnya anak mama.” Dicium sedikit wajah Aisya yang sudah berbedak itu.
Pagi-pagi, dia hanya perlu menyediakan sarapan manakala Rizal pula akan
menyibukkan diri mencara anak mereka. Bersuamikan Rizal umpamanya seperti
memperolehi tangan yang ketiga. Lelaki itu akan memastikan yang kerja rumah
mereka lakukan bersama-sama.
“Abang
yang siapkan. Mestilah comel. Kan Aisya kan…” Munira hanya mencebik.
“Terima
kasih papa. Aisya sayang papa.” Dicium pipi papanya itu di kiri dan kanan. Aisya
memang terlalu manja dengan Rizal. Ialah, Rizal melayannya seperti melayan buah
hati. Tapi memang Aisya buah hati mereka. Bukti kasih sayang mereka.
“Papa
je? Mama tak sayang?” Munira sengaja menarik perhatian Aisya pula. Anak
gadisnya itu memang lincah. Seawal pagi pun, sudah ceria sahaja.
“Aisya
pun sayang mama. Terima kasih mama. Sebab buatkan Aisya sarapan pagi.” Petah mulut
anak kecil itu menjawab. Munirah dan Rizal saling bertukar senyum.
“Terima
kasih mama, sebab buatkan papa sarapan pagi.” Ajuk Rizal pula. Suaminya itu
tidak pernah gagal dalam mengucapkan perkataan terima kasih itu. Walau sebesar
hama sekalipun perkerjaan yang dilakukan oleh Munira, lelaki itu tidak akan
lokek dengan ucapan itu.
“Terima
kasih je? Upah tak ada ke?” Rizal terus tersenyum. Tanpa banyak cakap, terus
dicium pipi isterinya itu. Munira tersenyum bahagia.
“Eee,
papa tak malulah cium mama depan Aisya.” Marah anak gadis mereka. Jarinya
dibawa ke mata. Konon-konon menutup matanya dari melihat aksi mereka.
“Biarlah.
Mama ni isteri papa tau. Aisya janganlah jelous.” Sakat Rizal. Dicubit pipi Aisya
sehingga anak kecil itu terjerit dibuatnya.
“Ish,
dahlah bang. Dah lambat ni nak pergi kerja. Jangan usik anak dara Nira lagi.” Terus diusap kepala anaknya
itu.
“Jom Aisya.”
Kebiasaannya, Rizallah yang akan menghantar Aisya ke rumah pengasuh
memandangkan jalan yang mereka lalui adalah sehala.
“Bang,
moga abang redha dengan segala kerja yang Nira lakukan hari ni. Nira nak mintak
izin untuk meringankan beban abang. Izinkan Nira bang.” Itulah kata-katanya
apabila dia menyambut huluran salam milik suaminya.
“Abang
izinkan. Terima kasih Nira. Abang pergi dulu ya.” Dicium dahi isterinya. Setiap
permulaan hari mereka akan bermula seperti ini. Kalaupun mereka berbalah sekali
pun, pasti tidak akan lama. Kerana kekuatan cinta mereka akan memaksa mereka
itu meninggalkan ego ke belakang. Moga Allah sentiasa ada dalam setiap langkah
kehidupan mereka ini. Amin.
***
Munira
mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.
Terus ditekan punat open.
Makan bnyak2 sikit tau… sayang abng ni dh kurus sangat..
Slmat menjamu selera…. A Lot of Love…
Mesej
dari Rizal itu Munira sambut dengan senyuman. Jika mereka tidak makan tengah
hari bersama, pasti akan ada mesej yang masuk ke dalam inboxnya.
“Kalau
aku tak kenal dengan kau Nira, mesti aku ingat korang baru kahwin dua minggu.
Padahal dah lebih tiga tahun kot. Apa rahsia suami kau romantik sangat Nira?
Suruh suami kau tu kongsi sikit dengan suami aku tu. Tak lah wat dono dua puluh
empat je dengan aku ni.”
Bebelah
Fatihah itu Munira sambut dengan senyuman senang. ‘Apa rahsianya? Entah, dia
tidak punya jawapannya. Sejak dari dulu, memang perangai Rizal sudah bergini.
Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, tanpa kata, suaminya akan tetap melakukan.
“Memang
dari dulu perangai dia macam tu.” Ujar Munira sambil mula menyumbat makanan ke
mulut.
“Hmm,
beruntunglah kau dapat suami macam tu. Suami aku tu, uish haram kejadah dia
romantik macam tu. Kalau aku romantik kang, ada dihempuk kepala aku ni. Kata
buang tabiatlah.” Munira ketawa kecil.
“Masing-masing
ada kelebihan masing-masing Tihah. Tak kurang jugak dengan kelemahan. Itulah
fungsi pasangan. Tugas kita ialah untuk menampal segala kelemahan suami. Baik
yang tersurat ataupun yang tersirat, itulah tanggungjawab kita.”
Fatihah
menganggukkan kepalanya bagai burung belatuk. Apa yang dikatakan oleh Munira
itu adalah benar belaka. Ya, walaupun Farouk bukan dalam kategori yang
romantik, namun dia masih punya sikap yang menyenangkan hati seorang isteri.
***
“Sayang,
ada apa-apa yang abang boleh tolong?” Muncul Rizal tika Munira sedang
menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga.
“Boleh.
Tolong makan je jap lagi. Tak apalah bang, pergilah duduk depan dengan Aisya.
Kalau dah siap nanti Nira panggillah.” Halang Munira. Dia bukan apa, di
kasihankan suaminya yang kepenatan itu.
“Air
belum buat lagikan? Abang buat air jelah eh.” Rizal memang tidak akan
berganjak. Dia paling tidak suka melihat isterinya terkontang-kanting seorang
diri melakukan pekerjaan sedangkan dia boleh bersenang lenang di depan
televesyen.
“Ish
abang. Pergilah rehat. Abang kan penat.” Berhalus suaranya menasihati suaminya
itu. Tapi kalau bab ini, mesti Rizal tidak akan berpaling. Dia akan tetap
membantu.
“Kalau
abang penat, sayang pun mesti penat kan. Jadi abang tak nak tambahkan kepenatan
sayang tu. Kan bagus kalau kita boleh buat sama-sama.” Lembut suara Rizal
membalas. ‘Aku terlalu bertuah kerana Allah mengurniakan kau sebagai
pembimbingku di dunia ini dan moga aku dapat mengiringi kau ke Syurga.’
“Hah,
buat baik ni mesti ada makna kan…” Sengaja Munira mengusik. Bukan ke usik
mengusik ini yang akan menjadi kekuatan hubungan mereka. Setiap yang mereka
lakukan diiringi dengan gelak tawa yang mengusik perasaan.
“Abang
tak nak Nira penat sangat sebab malam karang abang nak pinjam kekuatan Nira
kejap lagi.. Hehehe.” Terus dicubit lengan suaminya itu. Hingga merona merah
mukanya. Walaupun sudah lebih tiga tahun berkongsi bantal dan selimut, namun
dia masih segan dalam membicarkan soal ini. Mungkin kerana wanita dikurniakan
dengan rasa malu yang terlebih kuantitinya berbanding lelaki.
“Hah,
otak tu ke situ aje fikirnya. Dah lah, pergi panggil Aisya. Kita nak makan
sekali ni.” Dengan cekap Munira menyediakan pinggan di meja makan.
“Sayang
nampak lebih cantik bila malu-malu macam ni.” Dipeluk erat pinggang isterinya
dari arah belakang.
“Abang,
kita nak makan ni…” Munira kembali memperingatkan suaminya itu. Rizal ketawa
besar. Manakala Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya.
“Kali
ini Nira terlepas, kejap lagi jangan harap.” Rizal kembali mengusik. Munira
pura-pura marah. Dalam diam, dia memanjatkan kesyukuran di atas segala
perhatian dan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bahagi untuk keluarganya.
***
“Ni
kenapa tersenyum-senyum ni?” Dicubit sedikit pipi isterinya. Sedari balik kerja
lagi asyik senyum sendiri.
Munira
mengaru-garu kulit kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Bibirnya diketap.
Mencari idea untuk menceritakan sesuatu perkara yang mengembirakannya hari ini.
“Nira
nak bagi abang ni.” Sampul surat berwarna putih dihulurkan kepada suaminya.
“Apa ni?
Berita yang Aisya nak dapat adik ke?” Munira tarik muka. Tidak habis-habis
hendak mengusiknya.
“Abang
ni… Ke situ jugak fikirnya. Bukaklah dulu.” Gesa Munira cepat-cepat. Macam dia
pula yang terlebih excited untuk mengetahui isi sampul surat itu. Sedangkan
segala isi kandungan itu telah pun diketahuinya.
“Sukacita
dimaklumkan bahawa Puan Munirah binti Ahmad telah dilantik sebagai pengurus
kewangan untuk syarikat kami…” Bacaannya terhenti. Seketika dia mencari wajah
milik isterinya. Rupa-rupanya, isterinya itu telah dinaikkan pangkat. Patutlah
sedari tadi berseri-seri sahaja mukanya.
“Tahniah
sayang…” Terus dihadiahkan sebuah ciuman ikhlas di dahi milik Munira.
“Semua
ni berkat doa dan redha abang. Kalau tak, mesti Nira tak akan capai semua ni.”
Ucap Munira ikhlas. Munirah terus membaringkan kepalanya di peha Rizal.
“Apa yang Nira kecapi sekarang ialah kerana Nira sentiasa
ingin berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Allah pasti akan membantu kita
jika niat kita ikhlas.”Tangannya mengusap lembut anak rambut milik isterinya.
“Terima
kasih bang. Sebab sentiasa sokong Nira.”
“Terima
kasih jugak pada Nira sebab sentiasa membantu abang untuk mencari rezeki.
Yalah, kalau nak dibandingkan gaji abang dengan gaji Nira, mesti kita tak
sesenang sekarang kan?” Terus Munira bangun dari pembaringan. Tidak suka dengan
ayat yang keluar dari mulut suaminya itu.
“Bang,
tak sukalah macam ni. Duit Nira pun duit abang jugak kan. Pernah ke selama ni
Nira ungkit apa-apa? Tak pernah kan… Sebab kasih sayang abang tu tak akan dapat
terbayar walau banyak mana pun duit Nira keluar.” Ya. Kalau dihitung semua duit
simpanannya sekali pun, ianya tidak akan mampu untuk membayar segala kasih
sayang yang dia kecapi ini. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya memperolehi
Rizal sebagai suaminya.
“Eh,
janganlah salah faham. Abang tak bermaksud macam tu pun. Abang…” Dia kelu untuk
mencedok kata dari mana lagi. Memang adakalanya dia terasa begitu kerdil. Gaji
mereka begitu ketara jumlahnya. Dan duit yang dititipkan buat Nira sebenarnya
tidak dapat menginjakkan langsung duit isterinya itu.
“Abang
minta maaf. Kalau kata-kata abang tadi mengundang rasa tak selesa Nira.” Ucap Rizal
perlahan. Munira tersenyum. Beruntung benar dirinya. Keputusan untuk berkahwin
dengan Rizal adalah keputusan yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidupnya.
“Abang
tahu kan, Nira kahwin dengan abang bukan sebab duit. Bukan kerana muka abang
yang kacak ni. Bukan juga kerana apa yang ada pada abang. Tapi sebab abang.
Sebab abang adalah abang. Abang tak pernah nak jadi diri orang lain. Abang jujur
pada diri abang sendiri. Kalau kita sentiasa jujur dengan diri sendiri,
maknanya dia pun akan jujur dengan orang lain. Kan?” Munira tersenyum sedikit.
Cuba menghilangkan rasa serba salah suaminya.
Pada
mulanya perkahwinan mereka ini memang mendapat tentangan dari keluarganya. Kata
mereka, Rizal tidak layak untuk menjadi suaminya? Namun siapa tahu layak atau
tidak seseorang itu untuk menjadi pasangan hidup mereka? Jodoh itu bukan
ditentukan oleh sesiapa yang bergelar manusia. Kerana jodoh itu milik Allah.
Yang ditetapkan olehnya di loh mahfuz lagi. Yang tiada siapa pun boleh
menyangkal atau menolak.
“Abang
pilih Nira bukan sebab Nira cantik. Bukan juga sebab harta Nira. Tapi sebab
diri Nira yang sentiasa memahami abang. Bila abang sendiri tidak memahami diri
sendiri, abang ada Nira untuk perbetulkan langkah abang. Kalau tiada Nira,
abang pasti yang langkah abang pasti tempang.” Mereka saling mengembalikan
nostalgia lama. Masing-masing mahu mengutip memori yang lepas.
“Kita
umpama macam sudip dan kuali. Sebab kalau tak ada sudip, macam mana nak kacau
makanan dalam kuali kan?”
“Kita
umpama pen dan kertas. Kalau tanpa pen, kertas itu pasti tak boleh catatkan
apa-apa. “ Giliran Rizal pula berhujah.
“Eh,
tapi Nira rasa pensil dan pemadam lebih sesuai kot. Kalau pensil buat salah,
ada pemadam untuk memadamkan semua kesalahan pensil.” Akhirnya mereka ketawa
bersama. Malam-malam seperti ini berhujah tentang cinta, memang enak untuk
dibincangkan.
“Pandai
sangat dia berfalsafah. Patutnya Nira ni jadi cikgu bahasa Malaysia je. Baru
kena dengan kepala otak yang suka melalut ni.” Di sekeh sedikit kepala Munira.
Munira tergelak kecil.
“Ingat
sayang. Kalau orang percayakan sayang, maknanya sayang kena gandakan usaha.
Lagipun kalau pangkat lebih besar maknanya menuntut pengorbanan lebih besar
tau. Abang doakan agar isteri abang ni cekal hadapi apa juga rintangan ketika
bekerja nanti.”
“Terima
kasih bang. Sayang abang ketat-ketat.” Dipeluk erat suaminya itu.
“Dahlah.
Jom tidur. Nira tu dah liat nak bangun pagi.” Sempat lagi suaminya itu memerli
dirinya.
“Amboi,
perli nampak.” Rizal hanya tersenyum. Tapi masih sempat mencuit hidung milik
isterinya.
***
Hujung
minggu ini, mereka menghabiskan masa pulang ke rumah orang tua Munira. Sudah
hampir sebulan mereka tidak balik kerana diselitkan kesibukan di pejabat.
“Susah
sangat nak balik sini. Padahal KL dengan Seremban ni bukannya jauh sangat.”
Bebel Puan Manisah. Munira yang berada di dapur hanya mampu menelan kata-kata
ibunya itu.
“Sibuk
mak. Bukan sengaja tak nak balik.” Jawab Munira perlahan. Tangannya ligat
memotong kacang panjang untuk digoreng sebentar lagi.
“Kalau
kamu sibuk, mak tak adalah hairan sangat. Sebab kamu tu kerja besar, gaji pun
besar. Tapi suami kamu yang kerja biasa-biasa tu pun sibuk jugak ke?” Berdesing rasanya telinga Munira menyambut
bebelan ibunya itu.
“Mak,
tak baik cakap macam tu. Kalau abang dengar, tak ke terasa hati dia nanti.”
Bela Munira. Ya, bukankah menjadi tanggungjawab isteri untuk membela suaminya.
“Dah
memang betul apa yang aku cakap kan. Itulah kau, bila aku suruh kahwin dengan
Johari tu, kau tolak. Hei, memang menolak tuah. Kalau kau kahwin dengan Johari
tu, tak adalah hidup kau sesusah ni. Mesti kau boleh goyang kaki je kat rumah.”
Sambung Puan Manisah.
‘Dah start dah.’ Digarukan kepalanya beberapa kali.
Inilah salah satu sebab yang menyebabkan dia payah benar hendak pulang ke
kampung.
“Tak ada
susahnya sekarang mak. Saya senang dengan apa yang saya ada sekarang.” Dia
bukan saja-saja menolak Johari. Tapi dengan perangai lelaki itu yang suka
berpoya-poya itu memang mampu membuatkan dirinya meluat seratus peratus. Dengan
orang lain bolehlah dikaburkan dengan perangainya yang berpura-pura baik itu.
Tapi nak tipu Munira Ahmad, lambat sikit. Segala perlakuan buruk Johari sudah tersisip
kemas dalam poketnya.
“Memanglah
kau cakap kau senang. Tapi kesenangan kau tu tak mampu nak menyenangkan aku.
Hah, tengok apa yang Muliati bagi kat aku. Gelang sebesar alam dia hadiahkan
pada aku. Kau, apa yang kau bagi? Duit kalau ada pun banyak menyumbang pada
laki kau tu je. Sampai bilalah hidup kau nak maju Nira.”
Munira
sudah bangun dari duduknya. Mula melangkah ke arah singki. Air matanya sudah
mula bergenangan. Tidak suka bila maruah suaminya diperkotak-katikkan sesuka
hati. ‘Kenapa manusia lebih terang ingin memandang kepada harta semata-mata.
Tidakkah mak sedar yang Rizal sentiasa menjadi menantu yang baik.’
“Hah,
bila aku cakap sikit je nak merajuk. Sejak kahwin dengan si Rizal tu, memang
kau dah jadi kuat merajuk Nira.” Munira tidak memperdulikan kata-kata ibunya
itu. Bimbang nanti dia terlebih menjawab dan akan menguris perasaan ibunya
pula.
Cepat-cepat
Munira menyapu air mata yang menitik setitik. Sedaya upaya dikawal perasaannya.
Dia tidak mahu Rizal melihatnya dalam keadaan ini. Kerana Rizal pasti akan
susah hati.
“Sayang…”
Panggilan itu membuatkan Munira berpaling. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah
suaminya. Namun jelas hambar.
“Sabarlah…”
Tangannya mendarat di bahu Munira. ‘Abang dengar ke?’ Pertanyaan itu
hampir-hampir hendak keluar dari mulutnya. Namun dia tidak sampai hati hendak
bertanya. Pasti suaminya itu kecewa. ‘Ini semua berada di luar kemampuanku Ya
Allah.’
“Kadang-kadang
keimanan kita memang perlu digugat sedikit dengan ujian. Masa tu barulah kita
tahu letak duduk tahap keimanan kita di aras mana.” Terang Rizal tenang.
Terus
ditarik kepala isterinya mendarat di dadanya. Biarlah Munira mengalirkan segala
keperitan itu. Kerana bimbang kalau disimpan, ia akan merebak di dasar hati
hingga mampu menyimpulkan dendam satu hari nanti. Dia tidak mahu jika Munira
dan ibu kandungnya sendiri bermasam muka hanya kerananya.
‘Maafkan
abang sayang… Sebab abang, sayang terseksa dengan kata-kata mak pasal diri
abang. Abang akan sentiasa berjanji pada diri abang untuk mengubah nasib diri
abang ke arah yang lebih baik. Bukan untuk dipertontonkan kepada dunia. Tapi
untuk mengubat derita milik sayang. Supaya sayang tak akan terseksa lagi dengan
kata-kata orang lain tentang diri abang.’
***
Hari
ini, Munira benar-benar pulang lewat dari tempat kerja. Memandangkan tempoh
perakaunan syarikat sudah berakhir, jadi mereka perlu menyiapkan akaun untuk
dihantar kepada auditor. Bimbang terlewat nanti, akan dikenakan denda oleh
pihak Suruhanjaya Sumpah.
“Baru
balik.” Tegur Rizal yang baru turun dari tangga.
“Sorry
bang. I have to. No choice. Kerja Nira banyak sangat.” Pohon Munira cemas. Dia
memang tidak biasa pulang lewat. Biasanya paling lewat pun pukul tujuh dia
sudah muncul. Ini jam sudah pun mencapai angka sebelas.
“Abang
faham sayang. Jangan risaulah. Abang boleh handle Aisya.” Kata-kata Rizal itu
sedikit sebanyak menyejukkan hati miliknya.
“Abang
dah makan?” Tanya Munira ambil berat. Dia tidak mahu terus alpa dengan
pekerjaannya. Kerana keluarganya lebih penting dari segalanya.
“Patutnya
abang yang tanya soalan tu. Ialah, takut jugak sebab terlampau sibuk, sayang
pun lupa nak makan.” Rizal melahirkan kerisauannya pula.
“Tak
laparlah bang.” Jawab Munira sambil menuang segelas air dan diteguk perlahan.
Terlalu haus. Kerja membuatkan dia terlupa untuk makan.
“Ish,
janganlah macam tu. Abang ada masak nasi goreng. Nira makan ya?” Pujuk Rizal
sambil mula membuka tudung salji. Kasihan melihat isterinya yang kepenatan.
“Wah,
sedapnya. Tapi Nira rasa malaslah nak makan. Abang suap boleh?” Sengaja Munira
ingin bermanja dengan suaminya itu. Ialah, sejak akhir-akhir ini dia terlalu
sibuk dengan kerja pejabat. Hingga masanya dengan Rizal pun terpaksa dipinjam.
“Ish,
nasib abang dapat isteri pemalas macam Nira ni. Dah, pergi mandi dulu. Abang
panaskan nasi ni sekejap. Dan lepas tu, abang suapkan Nira eh.” Manja Rizal
melayan karenah isterinya itu. Munira mengeliatkan badannya sedikit. Cuba
melonggarkan otot badannya yang terasa tegang benar.
“Cepatlah
pergi mandi. Ke nak abang jiruskan.” Usik Rizal lagi.
“Nak
pergilah ni. Thanks bang. Sayang abang.” Sebelum berlari ke tingkat atas,
sempat dia mencium suaminya itu. Rizal hanya tersengih sambil mengelengkan
kepalanya. ‘Sayang ada makna ni.’
***
Kalau
semalam dia balik pukul sebelas, hari ini dia pulang awal sedikit. Namun
sebenarnya pukul Sembilan ini agak lewat sebenarnya. Matanya meliarkan
pandangan. Mencari kelibat suaminya dan juga anaknya.
Ketika
hendak naik ke tingkat atas, dia bertembung dengan Rizal. Nyaris-nyaris mati
terkejut kerana bertembung dengan Rizal di tengah tangga.
“Eh,
bila balik? Tak dengar suara bagi salam pun.”
“Lah,
bagi masa masuklah. Apalah abang ni. Tak kan Nira nak melaung kuat-kuat kot.”
Suaminya tergelak mendengar omelan isterinya itu. Ada-ada sahaja jawapannya.
“Eh, buat
apa dengan bekas air dengan tuala kecik ni?” Tanya Munira pelik.
“Air
celur badan Aisya. Dia demam.” Terang Rizal ringkas. Namun Munira melopong.
“Lah,
kenapa tak beritahu dekat Nira. Kalau tak, Nira cuba balik awal tadi.” Terasa
serba salah sungguh. Ialah, anaknya sedang demam pun dia masih lagi
mengutamankan kerjanya.
“Abang
tak sampai hati nak beritahu sayang. Takut ganggu sayang.” Terus dia ingin naik
ke atas namun dihalang oleh Rizal.
“Sayang
pergi mandi dulu. Lepas tu baru boleh jumpa Aisya. Bagi badan tu bersih dulu.
Yalah, kang tak pasal-pasal Nira pulak yang demam. Nanti susahlah abang nak
jaga dua orang buah hati abang ni.” Munira tersenyum menyambut kata-kata Rizal
yang memang ternyata ada benarnya.
“Yes
Bos. Arahan diterima.” Munira membuat aksi seperti seorang askar. Siap memberi
tabik lagi. Rizal terus mencubit pipi Munira. Nakal sungguh!
Usai
mandi, terus dia menuju ke bilik Aisya. Hatinya jatuh kasihan melihat anak
tunggalnya berselimut sedemikian rupa.
“Sayang,
mama dah balik..” Bisik Munira sambil mengambil tempat di sebelah Aisya. Ikut
turut berbaring sambil memeluk tubuh anaknya yang membahang panas.
“Mama,
malam ni mama teman Aisya tidur eh?” Pinta si kecil.
“Okay
sayang. Mama teman sayang tidur ya.”
“Tapi
kesian papa tidur sorang-sorang.” Sempat lagi dia memirkan perihal papanya.
Munira tersenyum. Memang ini perangai Rizal. Pasti akan memikirkan orang di
sekelilingnya.
“Kalau
papa nak tidur sekali dengan Aisya boleh?” Entah bila Rizal sudah kembali
dengan bekas air yang telah ditukar.
“Boleh.
Tapi papa kena bacakan buku cerita dulu pada Aisya.” Munira tersenyum melihat
aksi si kecil.
“Aisya
ni, demam-demam pun nak buli papa lagi eh.” Akhirnya anak kecil itu pun
tergelak kecil. Tanpa banyak kata, terus Rizal mencapai buku cerita yang berada
di meja sisi di katil Aisya.
Akhirnya
dia pun mula membacakan buku cerita tentang kisah srikandi Islam yang bernama
Saidatina Aisya. Memang telah dibiasakan sedari kecil, dia akan membacakan buku
cerita pada Aisya sebelum anak kecil itu melangkah ke alam mimpi. Seharian
sibuk bekerja, inilah masa yang paling sesuai untuk bersama-sama dengan Aisya.
Apabila
dia mula melebarkan pandangan ke arah dua buah hatinya, kedua-duanya telah pun
terlena dengan sendirinya. Rizal tersenyum sedikit. Terus dia menyelimut tubuh
isterinya itu. Pasti isterinya itu kepenatan yang teramat sangat. Jika tidak,
pasti Munirah tidak tidur lagi. Ialah, isterinya itu memang dikenali dengan
sifat payah hendak tidur.
Bibirnya
jatuh di dahi milik isteri dan anaknya itu. Lampu bilik tidur terus ditutup.
Dan dia mula mendapatkan tempat di sisi Aisya. Mujurlah katil anaknya itu
bersaiz queen. Jika tidak pasti dia akan tidur di atas comforter sahaja. Ialah,
dia perlu berada di sisi Aisya. Bimbang nanti tidur Munira akan terganggu jika Aisya
perlukan apa-apa nanti.
***
“Lah
abang, buat susah je sediakan sarapan. Kan Nira boleh buat nanti.” Bertambah
serba salah dia dibuatnya dengan layanan Rizal yang sentiasa first class ini.
“Abang
tak kerja hari ni. Kesian pulak kalau nak hantar Aisya ke rumah Kak Melor.”
Munira mengetap bibirnya. ‘Tengok, abang akan sentiasa membuktikan yang dia
adalah suami yang sempurna untukku dan papa yang terbaik buat Aisya. Habis tu
aku? Apa balasan aku dengan segala kebaikannya ini?’
“Abang,
pagi ni Nira ada meeting. Nira cuba ambik half day eh.” Ujar Munira serba
salah. Seketika, Rizal mencari wajah milik isterinya. Dia tahu, isterinya serba
salah. Bukan salah isterinya. Dia keluar mencari rezeki untuk keluarga mereka
juga. Lagipun, kerja itu juga menuntut tanggungjawab yang bukan sedikit. Jadi
dia sebagai suami dan ikut turut bekerja perlu faham kondisi isterinya
sekarang.
“Lah,
tak apalah. Kan abang ada. Abang kan boleh jaga Aisya. Nira ni macam tak
percaya kat abang pulak.” Sengaja dia cuba melarikan rasa serba salah milik
isterinya.
“Bukan
macam tu. Nira tahu yang abang akan jaga Aisya lebih baik dari yang Nira buat.
Tapi sedikit sebanyak Nira rasa serba salah sangat. Abang pun boleh cuti untuk
jaga Aisya. Nira ni pulak asyik sibuk dengan kerja je. Sepatutnya tanggungjawab
jaga Aisya itu ialah dibawah bebanan Nira. Sekarang, tak pasal-pasal abang
pulak yang susah.” Dicapai tangan milik isterinya. Dicium sedikit. Untuk
meredakan kegelisahan Munira.
“Itulah
fungsi abang sebagai suami. Untuk meringankan beban Nira. Macam tu juga dengan
Nira. Nira pun tengah meringankan beban kewangan abang. Bukan ke kita saling
bantu-membantu sekarang. Jadi, kalau Nira tak keberatan nak menolong, abang pun
tak nak ketinggalan sekali. Nira jangan risau, abang faham tugas Nira. Nira
pergilah kerja dengan senang hati. Nanti kalau susah hati sebab banyak sangat
fikir pasal hal kat rumah, bimbang nanti kerja Nira kelam kabut pulak.”
Nasihat Rizal
panjang lebar. Munira hanya tersenyum. Bagaimana suaminya ini boleh setenang
ini? Apa yang membuatkan Rizal sentiasa faham akan dirinya. Sentiasa tenang
dalam menghadapi apa juga rintangan. ‘Ya Allah, aku tidak akan sesekali
mensia-siakan ganjaran yang diberikan kepadaku ini. Mohon kau jadikan diriku
seikhlas hati suamiku ini. Amin.’
***
Hujung
minggu ini, mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan mengadakan aktiviti
perkelahan di tepi pantai. Ya, seronok sekali melihat Aisya yang tergelak
sepanjang masa.
“Aisya
buat apa ni?” Munira menegur puterinya itu yang asyik membina istana pasir.
“Aisya
nak buat istana pasir untuk mama dengan papa.” Petah kanak-kanak itu menjawab.
“Papa
nak tolong boleh?” Rizal sudah bersedia untuk membantu.
“Ish,
janganlah kacau. Mama dengan papa pergi main jauh-jauh.” Tergelak mereka suami
isteri dengan kelakuan Aisya yang menghalau mereka itu.
“Aisya
nak buat sorang-sorang. Nanti kalau papa tolong, semua papa nak buat. Mama
dengan papa pergi jalan-jalan dekat pantai tu.” Ditarik Rizal dan Munira untuk
bangun dari duduk mereka. Terus menolak agar mereka berjalan di persisiran
pantai.
“Bagus
betul dengan anak abang tu. Pandai dia suruh kita berdating kan.” Munira hanya
ketawa apabila menyambut kata-kata suaminya itu.
Sekarang
mereka bersama-sama menyusuri tepian pantai. Sungguh, suasana romantik ini
bagai diawal perkahwinan mereka dahulu. Tapi apabila bersama dengan Rizal,
setiap perkara yang mereka lakukan pasti akan mendapatkan tempat di kotak
ingatannya. Suaminya memang seorang yang romantik. Romantik yang bukan di
buat-buat. Perilakunya lahir dari hatinya yang ikhlas.
“Ingat
tak masa mula-mula abang melamar sayang. Masa tu muka sayang merah sangat. Dan
tiba-tiba sayang pergi tinggalkan abang. Terkejut macam nak pengsan je abang
rasa masa tu. Masa tu abang fikir yang Nira memang tak pernah sayangkan abang
macam mana abang selalu sayangkan Nira.” Munira melepaskan tawa. Kembali
mengimbau kenangan kisah lalu mereka.
“Abang
kena faham yang Nira terkejut sangat waktu tu. Dahlah muka abang tak pernah
beriak. Manalah Nira tahu yang abang tengah bergurau ke kan…”
“Abang
tak akan bergurau bila ianya melibatkan hati dan perasaan sayang. Tak akan
pernah. Sebab abang sendiri tak suka kalau orang mempermainkan perasaan abang.”
Mereka saling bertatapan.
“Mujurlah
abang cari Nira balik. Kalau nak harapkan Nira datang pada abang, jangan
harap.” Ujar Rizal lagi.
“Abang
tahu Nira macam mana kan. Nira nak menyintai seorang lelaki yang bergelar
suami. Bukan pada seorang kekasih yang belum tentu akan dihalalkan oleh Allah
pada Nira. Masa tu memang Nira sayangkan abang.
Tapi Nira takut kalau-kalau Nira bertepuk sebelah tangan. Ialah, lelaki
macam abang ni pandang ke perempuan macam Nira ni.”
Cerita
Munira pula. Walaupun pernah berkongsikan kata-kata itu, entah kenapa, Munira
senang untuk mengungkapnya kembali. Senang untuk memberitahu suaminya itu
bahawa sebelum mereka berjumpa, dia tidak pernah punya sesiapa dalam hidupnya.
Dan Rizal adalah orang pertama yang mencuri hati dan perhatiannya. Dan
syukurlah Allah menjatuhkan rasa cinta pada orang yang selayaknya untuk menjadi
ayah kepada anak-anaknya.
“Abang
tahu. Sebab tu abang jatuh sayang pada Nira. Sebab Nira tak macam perempuan
lain. Dari dulu lagi Nira istimewa di hati abang. Dan selamanya akan kekal
istimewa. Walaupun kita akan dibekalkan dengan buah hati yang comel-comel
sekalipun, Nira masih kekal di tempat istimewa. Yang tak ada sesiapa pun dapat
terokainya.”
Sungguh,
Munira benar-benar rasa hendak menangis. Terharu dengan kata-kata suaminya.
Betapa dia terlalu menyintai lelaki itu. Bagaimana jika takdir menguji kisah
kasih mereka ini? Dapatkan dia kuat untuk mengharunginya?
“Abang
hanya percaya satu benda je bila Nira tinggalkan abang kat pantai ni dulu.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah. Kalau betul abang
tak dapat cinta Nira, abang akan terima. Mungkin abang belum cukup baik untuk
wanita sebaik Nira. Tapi Alhamdulilah, Allah mendengar suara hati kita. Dia
satukan kita walau kita terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan.”
Syukur
yang tidak berbelah bahagi dititipkan pada Yang Maha Esa. Dia berharap agar
kasih sayang dan perhatian Allah ini kekal selamanya. Meredhai rumah tangga
mereka. Moga bahagia ke akhir hayatnya.
“Papa,
mama… Jomlah tengok istana Aisya.” Perhatian mereka teralih dengan suara anak
mereka. Ditarik mama dan papanya ikut turut serta. Munira dan Rizal hanya
mengikut. Melayan buah hati titipan Allah ini.
***
Panggilan
telefon dari Rizal membuatkan Munira yang berada di tempat kerja kegelisahan
sendiri. Bagaimana dia hendak bersenang lenang jika dia mendapat tahu yang ibu
mertuanya dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di kaki akibat terpijak
serpihan kaca.
Tanpa
pengetahuan Rizal, terus dimajukan pemanduan terus ke hospital. Walau hanya
sekadar ibu mertua, namun dia terlalu menyayangi Puan Ramizah. Mertuanya itu
tidak pernah gagal dalam melayan ragamnya sebagai seorang menantu.
“Kan
abang cakap tak payah datang. Susahkan Nira je.” Itulah ayat pertama yang
keluar dari mulut suaminya apabila terpandangkan kelibatnya yang baru muncul.
“Abang
ni tak adil betul. Abang sentiasa nak jadi menantu yang terbaik untuk mak Nira.
Tak kanlah Nira tak boleh lakukan apa yang abang lakukan. Mak abang, mak Nira
jugak. Abang tu janganlah kedekut sangat.” Sakat Munira. Rizal tergelak kecil.
Lantas Munira membawa langkah kaki ke arah ibu mertuanya. Terus dihulurkan
salam dan mencium kedua belah pipi Puan Ramizah.
“Macam
mana mak rasa sekarang? Dah okay sikit?” Tanya Munira memulakan intro.
“Macam
nilah Nira. Mak pun tak tahulah macam mana boleh terkena serpihan kaca tu.” Rizal
mula mendapatkan tempat di sisi isterinya.
“Mak ni
degil Nira. Orang suruh duduk diam, dia nak jugak menyibukkan diri. Hah, kan
dah dapat habuan.” Gurau Rizal. Perkara ini biasa bagi mereka dua beranak. Rizal
adalah anak lelaki tunggal. Kerana itu dia terlalu rapat dengan maknya.
Guraulah apa sahaja, pasti tidak akan meninggalkan bekas di hati.
“Alah,
kaki mak yang sakit. Bukan kaki kamu.” Puan Ramizah tidak mahu kalah. Ikut
turut membalas.
“Yalah,
masalahnya mak tu ada kencing manis. Hah, kang tak pasal-pasal dapat naik
kerusi roda free je dari hospital ni.” Inilah yang membimbangkan Rizal tika
ini. Bagaimana jika kaki maknya benar-benar dipotong, bukankah ini akan
menyukarkan maknya sendiri.
“Uish,
apalah abang ni. Cakap yang bukan-bukan pasal mak. “ Munira terpanggil untuk
menyampuk. Bimbang juga jika hati tua mertuanya itu terluka. Namun Puan Ramizah
hanya tergelak.
“Mak ni
dah puas jalan Rizal. Jika ditakdirkan Allah nak tarik kaki mak, mak redha
jelah.” Satu kedengaran suara Puan Ramizah.
“Alah mak
janganlah susah hati. Kan Zal ada. Apa guna Zal sebagai anak lelaki kalau tak
boleh nak tolong mak.” Tersenyum Puan Ramizah mendengar kata-kata Anak tunggal
lelakinya itu. Nampaknya anaknya itu membesar sebagai seorang yang
bertanggungjawab. Persis perangai suaminy dahulu. Alhamdulilah.
“Bila
mak boleh keluar hospital?” Tanya Munira. Terus terang cakap, Munira lebih
senang jika melayan karenah ibu mertuanya dari melayan karenah ibu kandungnya
sendiri. Bukan dia ingin memilih kasih, tapi bila bersama dengan puan Ramizah,
dia seperti dihargai sebagai menantu. Namun, dia terkilan kerana Rizal tidak
memiliki perasaannya tika ini. Kerana layanannya keluarganya terhadap Rizal,
hanya seperti acuh tak acuh sahaja. Seringkali Rizal diketepikan sebagai orang
luar dari keluarganya.
“Esok
pun dah boleh keluar dah. Nanti mak balik rumah kami jelah eh. Senang sikit Zal
nak tengok mak nanti.” Ujar Rizal sambil membetulkan bantal yang disandar oleh
Puan Ramizah.
“Ish,
tak payahlah. Buat susah kamu je.” Tolak Puan Ramizah. Lagipula, dia tidak
ingin menganggu privasi pasangan suami isteri itu.
“Ala
mak, balik jelah rumah kami. Tak ada yang susah pun. Mak tak pernah merungut
waktu jaga saya dalam pantang dulu. Sekarang, biarlah saya jaga mak pulak.”
Munira terpanggil untuk berkata. Dia senang jika Puan Ramizah ada di rumahnya.
Nanti pasti Aisya akan lebih ceria. Almaklumlah, nenek kesayangan dia datang.
Adalah teman untuk melayan karenahnya yang berbagai itu.
“Tengok
tu, isteri kesayangan Zal ni tak kisah pun kalau mak nak balik rumah kita
orang. Mak tu yang risau tak bertempat. Mak jangan risaulah, Nira tak akan
cemburunya kalau Zal nak bermanja dengan mak. Kan sayang?”
“Uish,
ke situ pulak kamu ni. Yalah-yalah, mak balik rumah kamu. Boleh jugak mak main
dengan Aisya.” Munira tersenyum melihat taktik suaminya itu. ‘Ada-ada sahaja
abang ni. Buat apalah nak cemburu. Nira lagi senang melayan seorang wanita yang
turut abang sayang. Lagipula, kalau kasih abang pada mak melebihi kasih abang
pada Nira pun, Nira tak kisah. Sebab Nira tak mahu merampas syurga seorang
lelaki yang berada di bawah tapak kaki ibu.’
***
Munira
mencuci luka di kaki Puan Ramizah dengan berhati-hati. Bimbang jika
perlakuannya yang ganas akan menyebabkan ibu mertuanya kesakitan.
“Terima
kasih Nira.” Ucap Puan Ramizah tersenyum. Dihulurkan segelas susu untuk ibu
Rizal itu. Perlahan diteguk hingga menapak ke dalam tekak.
“Kamu
bahagia Nira?” Soalan spontan itu membuatkan Munira mengerutkan dahinya.
“Kenapa
mak tiba-tiba tanya?” Ya. Pelik dengan soalan ibu mertuanya yang tiba-tiba itu.
Sudah lebih tiga tahun mereka mendirikan rumahtangga. Kenapa baru kini soalan
itu muncul.
“Ialah,
teringin juga mak nak tahu. Kamu bahagia tak menjadi isteri Rizal. Yalah, dia
bukanlah lelaki yang berharta. Nak kata hensem sangat pun tak jugak.” Munira
tersenyum menyambut kata-kata mertuanya itu.
“Mungkin
kalau saya memandang pada harta, saya tak akan jumpa pada abang. Mungkin kalau
saya jenis yang memandang rupa, saya tak akan jumpa pada abang. Tapi kalau
memandang pada ketenangan hati yang bersandarkan keikhlasan, saya akan rasai
pada abang. Percayalah mak, saya berbangga menjadi isteri dia sebanyak mana mak
bangga mengandung dan melahirkan lelaki seperti Rizal. Saya terlalu bahagia
mak. Alhamdulilah.
Kebahagiaan
ini tak akan saya kecapi walau saya punya segunung harta pun. Keceriaan ini tak
akan saya rasai walau sekacak mana pun lelaki tu. Tapi kerana kasih ini
bersulamkan tanda cinta pada ilahi. Saya cintakan dia. Kerana dia suami saya
mak. Baik buruk dia, saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagaimana dia
sentiasa menerima kehadiran sifat tercela dan kebaikan saya.”
Ya. Dia
terlalu beruntung apabila mendapat kasih sayang seorang suami yang tidak jemu
memupuk rasa kasih. Walau kasih itu sudah terbentang selaut dalamnya, namun ia
bagai tidak mencukupi. Terus dibaja rasa kasih itu agar tidak kering dilanda
kemarau ujian dunia.
“Mak
tahu yang Rizal pun beruntung sebab dapat isteri macam kamu. Terima kasih Nira.
Sebab bahagiakan anak mak.” Ucap Puan Razimah sebak. Ya, memandang Rizal akan
membangkitkan ingatannya pada arwah suaminya. Bagaimana perlakuan mereka
terlalu seiras.
“Nira
tak buat apa-apa mak. Semuanya berkat dari didikan mak pada abang. Dia seorang
yang penuh kasih sayang sebab dia dibesarkan dengan kasih sayang tak berbelah
bahagi dari ibu bapanya.” Sambung Munira pula. Entah mengapa, petang yang ceria
itu mereka hidupkan dengan ucapan terima kasih.
***
Kedatangan
Puan Manisah yang tiba-tiba itu mengejutkan mereka sekeluarga. Dia bukan tidak
senang dengan kedatangan ibunya itu, namun bimbang ianya akan mengundang salah
faham ibunya.
“Eh, tak
sangka pulak rumah kamu ada tetamu Nira.” Dia menjeling sedikit kepada besannya
itu. Perlahan-lahan dilangkahkan kaki menuju ke arah besannya. Matanya terpacak
pada kaki besannya yang terluka.
“Lah,
Nira tak beritahu ke yang kaki ni terluka terpijak kaca.” Sapa Puan Razimah
ramah. Puan Manisah mula mengambil tempat tidak jauh dari Puan Razimah.
“Nira
memang susah nak bawak telefon ni. Yalah, orang bahagialah katakan. Bukan ingat
maknya dah.” Kata-kata ibunya itu memang bagai belati yang menghiris kasar
hatinya. Hingga terluka dan bernanah. ‘Sabarlah wahai hati. Tidak akan beroleh
kemenangan jika berbalah dengan ibu sendiri.’
“Mak
duduklah dulu. Nira buat air sekejap.” Dilalukan langkah menuju ke dapur.
Mencari dan cuba mengumpul kekuatan. Orang kata, duduk dengan mertua adalah
sesuatu yang sukar untuk dihadapi. Tetapi bagi dirinya, tinggal bersama ibu
sendiri lebih mampu membunuh jiwa dan perasaannya.
“Mak
ingat kau bela laki kau je, sekarang dengan mak dia pun kau bela jugak. Hai,
menantu solehah betul.” Perli Puan Manisah. Entah sejak bila dia mula menjejak
langkah ke bahagian dapur.
“Apa ni
mak? Cuba kalau cakap tu pandang kiri kanan sikit.” Ujar Munira geram. Dia bukan
jenis orang yang suka bertelagah. Namun apabila melibatkan suaminya, dia rasa
dia perlu bersuara. Berani kerana benar. Perkataan takut jangan sesekali
dihitung. Kerana ia mampu membunuh keberanian.
“Apasal?
Kau tak suka kalau mak dia dengar kalau aku memburukkan anak dia. Macam tu? Sudahlah Nira, aku bosan dah cakap
banyak-banyak dengan kau ni. Aku tak bagi kahwin dulu, kau tak dengar. Sekarang
padan muka kau sebab terpaksa menangung mertua sekali. Hah, tak ke naya badan
sendiri.” Tambah Puan Manisah lagi.
Munira
terus diserang rasa kelu. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia terus
meraung. Menghalang ibunya dari terus berkata-kata. Kerana kata-kata itu
terlalu melukakan sekeping hatinya. Dikepilkan doa agar Allah menjauhkan
mertuanya dari mendengar kata-kata besannya sendiri.
“Mak,
tolonglah. Nira bahagia dengan jalan hidup yang Nira pilih sekarang. Dan apa
yang Nira harapkan dari mak ialah doa. Doa agar mak terus mendoakan kebahagiaan
untuk kami sekeluarga. Dan doa Nira pula ialah Nira berdoa agar mak lembut hati
untuk menerima Rizal. Dia suami dan ayah yang sempurna mak. Dan Nira pasti yang
dia juga menantu yang sempurna. Mak tu yang kena bukakan mata hati untuk terima
dia.” Munira bersuara perlahan. Moga kata-katanya mampu mengejutkan hati ibunya
yang keras tanpa siraman air kasih.
“Jadi
kau nak cakap akulah yang salah sekarang? Aku pernah rasa kahwin dengan orang
susah dulu Nira. Satu saat nanti, dia akan tinggalkan kau terkontang kanting
sendiri. Percayalah cakap aku.” Ujar Puan Manisah keras. Nadanya penuh rasa
berang.
“Mak
jangan samakan Rizal dengan ayah? Mereka adalah dua orang yang berbeza.”
Permikiran ibunya itu perlu diubah. Rizal bukan macam ayah. Kerana kesesakan
hidup, ibunya itu ditinggalkan oleh suami. Kerana itu, ibu terlalu bencikan
Rizal. Kerana dia sering membayangkan Rizal adalah ayahnya.
“Ah,
bagi aku sama je. Kau akan terima nasib yang sama macam aku jugak.” Usai
menuturkan ayat itu, Puan Manisah keluar. Dan permata itu akhirnya mengalir
juga.
‘Ya
Allah, berilah ruang dan peluang untuk Rizal membuktikan kepada ibuku yang dia
adalah lelaki yang sempurna untuk menjadi menantunya. Hanya padaMu aku
bersandar harapan. Kerana ini semua berada diluar kemampuan kudratku.
Benar-benar di luar kemampuanku….’
***
“Kenapa
isteri abang monyok je ni? Mak abang menyusahkan Nira ke?” Takut juga jika dia
menyusahkan Munira hari ini. Ialah, isterinya itu sanggup mengambil cuti untuk
menjaga ibunya dan dia pula terpaksa ke pejabat. Ada kerja yang menuntut
tanggungjawabnya.
“Ish
abang ni. Bila abang sebut ‘mak abang’, abang macam cakap yang Nira ni bukan
menantu dia pulak.” Rizal tersenyum menyambung huluran kata-kata isterinya yang
senada itu.
“Siapa
cakap macam tu. Dia ada seorang je tau menantu perempuan. Lainlah kalau Nira
benarkan abang carikan lagi sorang menantu perempuan untuk dia.” Gurau Rizal.
Munira tarik muka. Sengaja berpura-pura ingin merajuk.
“Sampai
hati nak carikan madu untuk Nira…” Sengaja dia mengeluarkan ayat pasrah.
“Abang
bergurau jelah. Yalah, dari tadi abang tengok muka sayang asyik berkerut je.
Sebab tu abang nak longgarkan sikit urat-urat muka sayang tu. Cuba bagi kendur
sikit…” Munira kembali terdiam. Kenapa ya, terkesan sangatkah dirinya jika dia
bermuram durja sehingga suaminya itu pasti akan menangkap dirinya yang sedang
dilanda masalah.
“Sayang
tak nak cerita kat abang?” Dibawa jari jemari Munira ke mulutnya. Dicium satu
persatu. Masih setia menanti butir bicara dari isterinya.
‘Perkara
ini pasti akan membebankan abang. Sebab tu Nira memilih untuk merahsiakan bang…
Sebab apa? Sebab beban ini datang dari ibu Nira sendiri. Seorang wanita yang
melahirkan dan memebesarkan Nira dengan penuh kasih sayang. Mencela ibu sendiri
dihadapan suami sendiri boleh dianggap seperti menconteng arang ke muka
sendiri. Biarlah Nira simpan sendirian. Allah pasti akan meringankan
ketidakmampuan Nira ini.’
“Tak ada
apa-apalah. Cuma fikir hal kerja sikit.” Bohong Munira. Dia melarikan wajah
sedikit. Kebiasannya jika dia menipu, Rizal pasti dapat akan mengesannya.
“Ingat
tak Nira pernah cakap kat abang, bila berdiri depan pintu rumah, tinggalkan
semua masalah office di muka pintu. Kalau berada di depan pintu office pulak,
tinggalkan semua masalah rumah. Masa tu, barulah kita boleh lakukan
sesuatu tanpa melibatkan emosi.”
Dia tahu
yang isterinya itu memilih untuk merahsiakan perkara siang tadi. Awal-awal lagi
ibunya telah menceritakan semuanya. Biarlah, dia tidak mahu memaksa sehingga
Munira terasa dipaksa. Jika Allah mengirimkan ujian dalam bentuk ini, maknanya
Allah tahu bahawa semua ini berada di batas kemampuan hambanya. Dan apa yang
mereka perlu lakukan sekarang ialah terus meningkatkan keimanan agar terus
mampu memikul ujian ini.
Terus
Munira memeluk suaminya itu. Entah kenapa, dia senang berada di pelukkan cinta
suaminya itu. Mungkin kerana kasih yang mengikat mereka. Namun adakah kasih itu
akan setia terikat tanpa terburai layu ke bumi.
***
“Sayang...
okay tak ni?” Kepala Munira terasa berdenyut sungguh. Matanya dipejam sahaja.
Setelah usai subuh tadi, dia kembali berbaring walaupun sebenarnya hari ini dia
perlu kembali berkerja.
“Abang...
lima minit je...” Pinta Munira perlahan. Namun dia dapat merasakan urutan
lembut di kepalanya. Akhirnya dia terbuai sendiri. Kembali terlena dari
menangung beban yang mencengkam.
Munira
mula mengeliat kecil. Dia mula tersedar dari lena. Pandangannya menghala ke
sekeliling. Kosong!
Apabila
ingin turun dari katil. Tekaknya terasa terlalu dahaga. Namun matanya tertacap
pada satu nota kecil. Dia mencapai nota kecil yang berada di meja sisi itu. Dengan lemah dia mula membaca.
Abang
dah beritahu office Nira yang Nira MC..
Abang
pergi kerja kejap,.. tengah hari nanti abang balik...
Kita
pergi klinik.... sayang Nira...!!!
Munira tersenyum-senyum. Dalam apa jua keadaan sekalipun,
suaminya akan ada di sisinya. Baik diwaktu senang mahupun ketika rasa susah
menjengah.
Dibawa
langkah dengan penuh hati-hati. Bimbang juga jika terjatuh. Nanti bakal
menyusahkan suaminya pula. Dia tidak suka jika diirnya akan berlebihan
menyusahkan Rizal.
Baru
sahaja kakinya melangkah ke pintu dapur, loceng rumah berbunyi menandakan ada
tetamu yang berkunjung tiba. ‘Hmm, tak akan abang tak bawak kunci kot?’ Dengan
sepenuh daya, dia mengangkat langkah ke muka pintu.
Sebelum
itu, sempat dicapai tudung sarung yang memang sudah tersangkut di tepi pintu
dapur. Senang jika hendak dicapai jika ada tetamu datang tanpa diundang.
Sejurus
selepas dia membuka pintu, terjonggol wajah Johari. Sepupu lelakinya dahulu
yang pernah ingin dijodohkan oleh emaknya dahulu.
“Jo
kebetulan lalu kawasan ni, tengok ada kereta Nira... Nira tak kerja ke?”
Selamba sahaja Johari menolak pintu yang ditahan oleh Munira itu lantas
melangkah masuk. Munira sudah mula tidak senang duduk.
“Jo,
suami aku tak ada kat rumah... Jadi tak manis kalau kau masuk dalam rumah...
Lagipun, ada apa kau datang ni?” Sudahlah diserang demam, terpaksa pula melayan
karenah sepupu yang banyak songeh ini. Lagi serabut fikirannya.
“Amboi...
Kenapa kau ni sombong sangat eh? Cara kau berlagak tu, macam kau dapat
berkahwin dengan putera raja. Padahal kahwin dengan mekanik cabuk je!” Mata
Munira memang sudah merah menahan geram.
“Kau tak
ada hak langsung nak kutuk suami aku. Sila keluar dari rumah aku sekarang
jugak!” Munira sedikit terjerit. Dicuba mengumpul seluruh kekuatannya. ‘Dari
dahulu sampai sekarang, hidup tak habis-habis menyusahkan orang!’
Johari
mula mampir dekat menghampiri sepupunya itu. Sayang wanita secantik ini lepas
kepada seorang lelaki seperti Rizal. ‘Kalau aku tak dapat kahwin dengan kau,
itu tak bermakna aku tak boleh dapatkan kau.’
Munira
kelegaan apabila melihat Johari melangkah menghala ke pintu keluar. Johari
tersenyum sinis. Memang dia melangkah terus ke pintu, tapi itu tidak bermakna
dia ingin keluar dari rumah ini.
Melopong
Munira dibuatnya apabila Johari bertindak untuk menutup dan mengunci pintu
tersebut. Apabila Johari berpaling, muka lelaki itu penuh dengan senyuman
sinis.
“Kau...
nak .. bu..at.. a..apa.. ni...?”
Munira
sudah mula melangkah beberapa kali ke belakang. Tidak rela jika hak suaminya
dinodai oleh lelaki lain.
“Aku nak
kaulah!” Dengan pantas Johari berlari memeluknya. Dengan mengunakan seluruh
kudratnya, dia menolak kasar lelaki itu. Namun cepat sahaja Johari menarik
Munira dan dilempang Munira menggunakan tenaga lelakinya.
Ditarik tudung
yang menyelaputi rambut Munira. Hingga mengurai jatuh ke bahu. Bibir Munira
bergetar menahan takut. Apatah lagi melihat muka Johari yang seakan-akan ingin
menelannya itu.
“Kali
ini, kau tak akan terlepas!” Johari mendekatkan wajahnya ke arah wajah Munira.
Namun Munira mengambil tindakan untuk meludah wajah Johari. Sungguh, dia tidak
punya kudrat lagi.
Johari
yang kegeraman terus sahaja melempang Munira sekali lagi. Kali ini, penamparnya
lebih kuat hingga membuatkan kepala Munira terhantuk di tepi dinding.
“Ya
Allah... tolong aku... Abang... Tolong Nira...” Matanya terasa berpusing. Dia
tidak dapat menahan diri lagi. Namun dia sedar yang Johari sedang mencempung
badannya naik ke tingkat atas. Dan akhirnya, hanya warna kelam menjadi peganti.
***
Munira
menangis teresak-esak apabila mendapati tubuhnya tidak disarungkan dengan
sehelai benang sekalipun. Malah pakaiannya juga bergelimpangan merata tempat.
Mujur sahaja Johari sudah melesapkan diri. Jika tidak, mati lelaki itu Munira
bunuh!
“Ya
Allah... bagaimana Kau boleh menguji diriku seperti ini? Ini semua di luar
batas kemampuanku... Ya Allah.. apa lagi yang tinggal untuk suamiku nanti..
Maruahnya sudah tidak dapat aku pertahankan lagi.”
Dengan
mengunakan seluruh kudratnya, dia melangkah ke bilik air. Dia ingin menyucikan
dirinya yang sudah tidak suci lagi. Air mata tidak henti-henti mengalir.
Teresak-esak dia menangis. Berharap agar air pancut itu dapat membasuh segala
kekotoran yang terpalit.
Ketukan
di pintu bilik air membuatkan dia terkejut. Johari datang lagi ke? ‘Ya Allah..
tolong aku Ya Allah...’
“Nira...
Sayang.. Sayang okay tak ni?” Dia duduk menyandar pintu bilik air sambil
memeluk lutut. Air matanya merebes keluar.
“Sayang...
Kalau sayang tak menyahut lagi, abang pecahkan pintu ni!” Rizal mengarukan
kepalanya. Sudah hampir sepuluh minit dia balik. Dan sehingga kini, isterinya
itu masih belum keluar dari bilik air. Bimbang nanti isterinya pengsan sahaja.
Pintu
dibuka dari dalam. Terus terpancul wajah isterinya yang sembab. ‘Mungkin terlalu
sakit... Kasihan Nira..’
“Hei...
orang demam mana boleh mandi lama-lama... Cepat keluar eh..” Rizal menghulurkan
tuala kepada isterinya. Usai menyambut
tuala tersebut, cepat-cepat Munira menutup pintu bilik air. Tuala yang
diserahkan kepadanya tadi, dipeluk erat.
‘Ya
Allah, apa yang harus aku lakukan sekarang?’ Buntu.. Entah kenapa, dia terasa
seperti hidupnya tidak bermakna lagi. Jika tidak cukup Iman di dada, pasti
sahaja dia membunuh diri.
Rizal
memerhatikan tubuh isterinya yang baru keluar dari bilik air itu. Nampak
kesejukan benar.
“Abang
dah siapkan baju untuk Nira..” Terhenti langkah Nira yang ingin ke arah almari.
Dia terkaku di situ sendiri. Rizal akhirnya memimpin isterinya. Membantu
isterinya yang tidak sihat itu memakai baju. Malah rambut panjang isterinya itu
dilap dengan lembut. Bimbang jika mendatangkan kesakitan pada isterinya.
“Abang
dah beli makanan... lepas ni kita makan eh..” Dicapai sikat rambut kemudian
disikat rambut milik isterinya. Air mata Munira merebes perlahan. Tidak dapat
ditahan lagi. Terharu dengan layanan suaminya yang sentiasa first class.
‘Ya
Allah, berilah pertunjukmu.. titipkanlah hidayahMu..’
“Hei,
sakit sangat ke? Kat mana? Kepala ke? Biar abang picit eh..” Makin teresak
tangisan milik Munira. Rizal mula mengangkat kening. Pelik melihat keadaan
isterinya itu.
Munira
menahan tangan suaminya yang mula bermain di sekitar kepalanya. Terus dipeluk
suaminya itu. Dipeluk erat. Bagai tidak ingin lepas. Rizal tidak bertanya.
Hanya membiarkan sahaja kelakuan isterinya.
‘Maafkan
Nira bang... Nira gagal menjaga maruah abang.. Nira gagal mempertahankan maruah
abang... Nira gagal bang.. Macam mana Nira nak beritahu pada abang.. Nira
sendiri tak pasti apa yang Johari dah lakukana pada Nira.. Bang,, tolonglah
Nira.. Nira tak mahu hilang abang.. Nira tak mahu orang tahu yang abang dapat
isteri tak berguna macam abang ni.. Abang, tolong Nira... Ya Allah, bantulah
hambaMu ini... Aku tidak terdaya lagi menampung ujian dariMu ini...’ Air
matanya membasahi dada suaminya. Matanya dipejamkan.. Tidak mahu berfikir lagi.
***
“Apa
semua ni?” Jerit Rizal lantang. Munira pula mengigil ketakutan. Tidak
pernah-pernah dia melihat Rizal segarang ini.
“Nira
minta maaf... Nira tak tahu macam mana boleh jadi macam ni bang...” Munira
menangis teresak-esak. Dia telah menceritakan segalanya. Dari mula sampai
akhir. Dia sudah terlalu bingung memikirkan kesudahannya.
“Ini
semua salah Nira... Nira tak pandai jaga maruah abang!” Berdesing jeritan itu
sampai ke cuping telinganya.
“Maafkan
Nira bang... Maafkan Nira...” Munira sudah melutut. Memaut lutut milik
suaminya. Air matanya berjujuran jatuh. Tidak diseka-seka, tidak ditahan-tahan
lagi. Menandakan kesakitan jiwanya yang menanggung segala keperitan.
“Abang
tak boleh terima semua ni Nira..” Munira melopong. Apa makna kata-kata
suaminya?
“Abang...
Jangan buat Nira macam ni... Tolong bang... Jangan tinggalkan Nira...” Munira
merayu lagi walaupun tubuhnya sudah terasa begitu lemah. Penat untuk menampung
semua ini di bahunya. Terasa terbeban sungguh!
“Kita
berpisah jelah Nira...” Mendengar ayat tersebut, terus Munira meraung sekuat
hati. Apatah lagi dia tidak berdaya memujuk hati suaminya lagi. Perkataan
berpisah itu seakan-akan meragut nyawanya.
“Jangan
bang... Tolong jangan tinggalkan Nira... Abang...” Rizal mula bangun
apabila mendengar sayup-sayup suara
isterinya. Tangannya memetik suiz lampu tidur. Isterinya itu mengigau rupanya.
“Sayang...
Nira sayang....” Panggil Rizal lembut. Ingin mengejutkan isterinya itu dari
mimpi ngeri.
Pelik
juga dia dengan demam isterinya kali ini. Tidak pernah-pernah Munira demam
seteruk ini. Isterinya dari tadi asyik menangis sahaja. Bimbang dia dibuatnya.
“Abang...”
Apabila terpandangkan wajah suaminya, terus dia memeluk erat Rizal. Dipeluk
bagai tidak mahu dilepaskan sedikit pun. Munira kembali teresak-esak menangis.
‘Ya
Allah, aku tidak mampu kehilangan dirinya... Walau hanya di dalam mimpi Ya
Allah... Aku tidak sanggup menceritakan hal sebenar kepadanya. Bimbang kasih
ini akan diragut pergi... Ya Allah, apalah dayaku lagi? Semua ini di luar batas
kemampuanku...’
“Hei,
kenapa ni? Abang tak pergi mana-mana pun... Abang akan sentiasa ada untuk
Nira..” Diusap belakang tubuh isterinya. Cuba merungkaikan kepedihan yang
isterinya lalui.
“Jangan
tinggalkan Nira...” Rayu Munira lagi.
“Abang
tak akan tinggalkan Nira sayang... Shhhyy... jangan nangis sayang... abang
hanya sayang dan cintakan Nira seorang sahaja...” Dibelai tubuh Munira dengan
manja. Rizal teringat kata-kata temannya dahulu. Apabila pasangan kita sakit, dia
memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Berilah sebanyak yang mampu,
kerana bimbang hari esok tiada lagi untuk kita.
***
Sudah
dua bulan berlalu selepas peristiwa hitam itu. Munira sedar yang dirinya
sedikit sebanyak sudah mula berubah pendiam. Tidak periang seperti dahulu lagi.
Dia seperti hidup di dalam ketakutan. Tidur malamnya pasti akan terganggu dek
mimpi ngeri yang tidak sudah-sudah.
Hidupnya
terasa betul-betul kelam kabut. Mesej dari Johari tempoh hari betul-betul
meragut nyawanya. Kenapa lelaki itu boleh jadi sebegitu berani?
‘Have a nice day with U.. Good job Nira..’
Kalau
ikutkan lara jiwanya, hendak sahaja dibunuh lelaki yang bernama Johari itu.
Dirinya rela dipenjarakan seumur hidup. Namun tidak sanggup rasanya untuk hidup
di dalam penjara perasaan sebegini rupa.
Perasaannya
berkecamuk sungguh! Semua yang dibuat terasa tidak kena dimatanya sendiri.
Semuanya lintang pukang dilanda puting beliung!
“Mama...
Aisya nak tolong mama boleh...” Muncul Aisya tiba-tiba.
Munira
yang sedang membasuh membersihkan dapur itu diam sahaja. Tidak punya mood untuk
melayan karenah puterinya itu.
“Mama..
mama dengar tak Aisya panggil ni...” Tegur Aisya dengan suara yang manja.
“Mama
dengar.. tak payah tolong.. mama buat sendiri je...” Namun Aisya tidak
mendengar arahan dari mamanya. Dia cuba mencapai gelas untuk diletakkan dalam
laci kabinet namun tiba-tiba gelas yang masih berair itu terlucut dari pegangannya.
Pecah berderai menyembah lantai!
“Aisya!”
Jerit Munira lantang. Terkejut Aisya dibuatnya.
“Kan
mama cakap tak payah tolong, yang degil sangat ni kenapa? Ini bukan nak
menolong, tapi dah menyusahkan tahu tak?” Tengking Munira kegeraman. Bukan dia
tidak perasan raut wajah anaknya yang terkejut itu. Tapi hatinya terlalu geram
dengan kedegilan Aisya.
Perlahan-lahan
gegendang telingannya menangkap tangisan kecil milik Aiyah. Hati Munira kembali
mengeluh. ‘Kenapa mesti jadi macam ni?’ Sungguh, dia benar-benar rasa seperti
ingin menangis.
Munira
mula melutut. Tidak tahu sama ada ingin memujuk Aisya ataupun ingin mengutip
sisa-sisa kaca yang berterbangan sana sini.
“Aisya...”
Panggil Rizal.
“Papa...”
Terus Aisya meluru ke arah papanya. Rizal mendukung anaknya itu. Munira
memberanikan diri untuk memandang kedua-duanya. Dan padangan mata Rizal menusuk
ke dalam jiwanya. Pandangan yang dia sendiri tidak dapat mentafsirkannya.
Dia
kembali mengutip serpihan kaca yang berteraburan. Kemudian dia mencapai penyapu
dan penyodok. Dikaut semuanya. Disapu dengan bersih. Baru sahaja dia berpaling,
Rizal memandangnya tanpa kelip.
“Nira...”
Panggilan Rizal masih lembut seperti dahulu. Raut wajahnya penuh dengan tanda
tanya yang tak sudah-sudah. Munira cepat-cepat melarikan wajah.
“Nira
macam ada sembunyikan sesuatu dari abang...” Ayat Rizal sedikit berjeda. Membolak
balikkan perasaan miliknya.
“Mana
ada...”Dalih Munira cepat-cepat. Tangannya laju mengesat meja makan yang memang
sudah sediah bersih itu.
Rizal
menghampiri isterinya itu dan dicapai kedua belah tangan milik isterinya.
Dikucup lembut tangan Munira. Memberi tanda bahawa kasih sayangnya tidak
berubah atau berganjak sedikit pun.
“Apa
yang mengugat ketenangan sayang? Tak nak cerita kat abang?” Pujukan inilah yang
melemahkan Munira. Rayuan inilah yang membuatkan hatinya tersentuh!
“Tak ada
apa bang... Tadi tu memang salah Nira.. Nira tertengking Aisya... Padahal Nira
tahu yang Aisya nak tolong...” Munira mula merasa serba salah. Tidak pernah
sekalipun dia menengking anaknya. Dia tidak pernah ingin mengajar anaknya
dengan cara herdikan. Tapi tadi emosinya memang tidak mampu untuk dikawal.
Lantas jatuh mencium keegoan miliknya.
“Hmm,
abang tak tahu apa yang Nira selindungkan dari abang.. tapi kalau Nira fikir
baik untuk hubungan kita, abang tak kisah. Tapi kalau Nira dah bersedia nak
beritahu abang, Nira beritahu je.. InsyaAllah abang terima dengan sepenuh
daya.”
Tanpa
menunggu lama, terus dipeluk erat suaminya. Airmatanya jatuh lagi. Untuk
kesekian kalinya, dia kembali meratapi memori hitam miliknya.
***
Terketar
tanganya tika melihat pregnancy test itu. Air liurnya tidak tertelan rasanya.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Ya Allah...
“Sayang,
macam mana?” Rizal yang berada di luar bilik air sudah terjerit bertanya.
Patutlah sejak dua menjak ini badannya terasa tidak larat benar. Rupa-rupanya
dia mengandung! Persoalanya sekarang, anak siapa?
‘Sudah
lebih dua bulan peristiwa itu berlaku. Ada kebarangkalian yang aku
mengandungkan anak Johari.’ Terduduk Munira di kerusi tandas. Tangannya mula
memagung kepala.
“Sayang...”
Ketukan bertalu-talu di muka pintu itu, Munira pandang dengan perasaan
ketakutan.
‘Apa aku nak buat sekarang? Aku tidak mahu menangis
lagi... Menangis tidak akan mampu menyelesaikan masalah.’ Jika Rizal tidak
memaksa untuk melakukan pregnancy test ini, dia pun tidak ingin melakukannya. Jawapan
kepada ketakutannya makin menjadi-jadi pula.
Ketukan di muka pintu memaksa Munira untuk membuka pintu
bilik air. Terjenggul wajah Rizal yang penuh dengan tertanya-tanya. ‘Bila Abang
angkat kening, aku dah mula rasa pening!’
“So, macam mana?” Seperti pertama kali dulu, masih teruja
tak ingat dunia.
Munira menghulurkan pregnancy test tersebut. Dia malas
hendak buka mulut. Bimbang nanti akan mencalarkan kebahagiaan milik suaminya.
“Alhamdulilah Ya Allah...” Dicium wajah Munira. Bagai
tidak ingin dilepaskan.
“Terima kasih sayang...” Kemudian dipeluk tubuh
isterinya. Munira kembali tidak mampu membendung perasaannya. Cepat sahaja
permata jernih itu membasahi pipinya.
“Ish, tak mau sedih-sedih... sejak akhir-akhir ni, Nira
dah berubah jadi penyedih. Abang rindukan senyuman manis sayang.. boleh bagi
pada abang..”
Dalam keterpaksaaan, Munira tersenyum sedikit. Tidak mahu
membantutkan rasa bahagia milik suaminya. Sedangkan dalam hatinya bergelora
menahan rasa.
***
Hujung
minggu ini, Rizal beria mengajak mereka sekeluarga pulang ke Seremban. Kalau
ikutkan hati, memang Munira malas hendak melayan. Namun kerana pujukan Rizal,
digagahkan juga hati dan perasaannya untuk bertembung mata dengan mak sendiri.
“Orang
mengandung gembira, muka kamu ni kelat je memanjang? Kali ini, benda apa pulak
yang kamu gadaikan Nira?” Sinis sunguh kata-kata Puan Manisah menampar
gegendang milik Munira.
“Mak...
Tolonglah... saya tak mahu bertekak dengan mak lagi.” Pohon Munira
sungguh-sungguh. Sudah terlalu banyak bebanan di bahunya. Sudah terlalu berat.
Adakalanya, dia sudah tidak berdaya lagi menahan segala gelodak rasa. ‘Ya
Allah... ampuni aku kerana mengeluh dengan dugaanMu.. Ini semua di luar
kemampuanku Ya Allah..’
“Yalah,
aku ni suka mencari gaduh dengan kau... Kalau dengan mak mertua tu, bukan main
baik lagi ya?” Munira memejam matanya erat tika menyambut kata-kata dari
emaknya sendiri. Cakap macam mana sekalipun, balik-balik dirinya juga yang akan
dipersalahkan.
“Saya
tak pernah pilih kasih mak...” Suaranya ditahan-tahan sedikit. Dia tidak mahu
berbalah dengan emaknya lagi. Hubungan mereka pun sudah terlalu keruh. Jika
ditapis sekalipun, airnya tetap tidak boleh dijernihkan.
“Yalah,
tak pilih kasih konon.. Balik rumah mak Rizal seminggu sekali, balik rumah aku
ni sebulan sekali pun susah. Itu bukan pilih kasih ke?” Munira pekakkan telinga
dan keringkan perasaan. Berbalah dengan orang tua ini memang tidak akan pernah
beroleh kemenangan.
Puan
Manisah melarikan langkah ke depan. Mungkin sudah mula bosan hendak mencari
gaduh dengan Munira lagi. Munira melepaskan keluhan berat.
“Aku
dengar ada berita baik?” Suara sinis itu membuatkan pisau yang sedang dipeganng
oleh Munira terjatuh menyembah lantai. Tanpa berpaling sekalipun, dia sudah
kenal pemilik suara itu.
“Setelah
apa yang berlaku, kau masih berani lagi untuk muncul di depan aku?” Munira
mengawal nada suaranya. Dia terlalu marah. Penumbuknya dikepal rapat. Kalau
ikutkan rasa hati, hendak sahaja dirodok perut Johari dengan pisau tajam. Biar
mati!
“Kenapa
pulak aku nak takut... memang sepatutnya dari dulu lagi kau jadi milik aku..
Bukan milik si jahanam tu!”
“Hei,
jaga sikit mulut kau ya?” Munira sudah mula menghempas meja. Nafasnya turun
naik menahan marah.
“Kalau
aku tak pandai jaga, dah lama aku cakap dekat Rizal yang isteri kesayangan dia
ini sebenarnya mengandungkan anak aku.”
“Ini
anak Rizal.... bukan anak kau!” Jerit Munira bengang. Dia sudah tidak mampu
bersabar lagi. Emosinya sudah berterbangan diusik rasa marah. Jiwanya bercelaru
dijengah kesakitan yang menghunus tangkai hati.
“Kau ni
mesti tak boleh terima hakikat yang aku dah ratah tubuh kau tu...” Kali ini
Munira langsung tidak berfikir panjang. Dia mengutip pisau yang terjatuh di
lantai tadi. Dia memang ingin membunuh Johari.
Akhirnya
mereka sama-sama bergelut. Munira cuba menyerang Johari dengan bertindak hendak
menikam lelaki itu. Johari pula cuba menghalang pergerakan Munira namun
semangat Munira luar biasa benar. Bagaikan dirasuk oleh tenaga lain.
“Nira!”
Munira
memandang Rizal yang berada di pintu dapur. Mulutnya melopong apabila melihat
tangannya yang berlumuran darah. Tiba-tiba dia bagaikan baru tersedar dari
mimpi ngeri. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ Matanya terpandang pada susuk
tubuh yang sedang tercedara di lengan itu. Mujurlah cedera ringan sahaja.
“Ya
Allah, apa dah jadi ni?” Kali ini giliran Puan Manisah pula yang menjerit.
Kemudian diikuti oleh ibu Johari pula.
“Nira,
kenapa ni? Kenapa boleh jadi macam ni?” Rizal mendapatkan isterinya yang sedang
menangis itu. Badan Munira jelas sedang terketar-ketar. ‘Ya Allah, kenapa boleh
jadi macam ni?’
“Kau ni
dah gila agaknya Nira.... Kau nak bunuh Johari ke?” Tengking Puan Manisah
sambil membantu Johari untuk bangun.
“Jom
kita pergi klinik....” Mengelabah ibu Johari dibuatnya. Rizal langsung tidak
mahu peduli. Yang dia mahu tahu ialah perkara apa yang membuatkan Munira
bertindak untuk menyerang Johari. Isterinya itu terkenal dengan perangai yang
tabah dan bersabar. Kenapa boleh jadi seperti ini?
“Nira....
kalau Nira tak cerita, abang tak akan tahu.... Cuba cakap dekat abang...” Pujuk
Rizal lagi. Munira tidak mampu bercakap apa-apa sekalipun. Dia hanya mampu
menangis.
“Abang....
ampunkan dosa Nira.... Maafkan Nira....” Dikucup lembut tangan milik suaminya
itu. Dia tidak sanggup lagi untuk terus berahsia. Dia tidak betah lagi untuk
terus lari dari masalah. Kebenaran harus disingkap. Lantas, perlahan-lahan dia
mula menyampaikan sebuah kisah yang terlalu perit untuk diingati. Sejarah silam
itu disingkap dengan tangisan yang tidak henti-henti mengalir.
***
“Berani
kau buat macam tu pada isteri aku! Kurang ajar...” Ditumbuk lagi muka Johari.
Walaupun tumbukannya terkena tapi hatinya tetap tidak puas. Lelaki seperti
Johari ini memang perlu diajar.
“Hei
Rizal, kau pun dah berjangkit gila dengan si Nira tu ke? Johari baru balik
hospital... Balik-balik sahaja terus kau tumbuk dia... Apa masalah korang laki
bini ni?” Lantang suara Puan Manisah menjerit. Tangannya sudah berada di
pinggang.
Munira
hanya mampu menangis sambil menyaksikan pertempuran di hadapannya kini. Dia
sudah pun meluahkan segalanya kepada Rizal. Seumur hidupnya, inilah kali
pertama dia melihat Rizal segarang ini.
“Maafkan
Nira sebab gagal menjaga maruah Nira sebagai seorang isteri....” Itulah ayat
pertama yang Munira ungkapkan tika dia selesai menceritakan segalanya kepada
suaminya.
“Kenapa
baru sekarang Nira beritahu? Kenapa tak dulu lagi?” Tengking Rizal marah.
Bagaimana dia hendak menerima semua ini. Tidak pernah terdetik sekalipun yang
perkara seperti ini akan hadir dalam rumahtangganya.
“Nira
takut abang tinggalkan Nira....” Teresak-esak Munira menangis. Apatah lagi bila
melihat kemarahan suaminya. Dia hampir pasti yang Rizal akan meninggalkan
dirinya sendirian.
“Habis
tu sekarang, apa yang membuatkan Nira berterus terang? Nira yakin yang abang
tak akan tinggalkan Nira sekarang? Macam tu?” Sinis soalanya. Sebengis wajah
suaminya kini. Hilang terus ketenangan yang sebelum ini bermaharajalela di
ruangan wajah.
“Nira
dah tak sanggup nak simpan semua ni bang....” Hati Rizal mula jatuh kasihan
melihat air mata yang lahir di tubir mata isterinya. Patutlah Munira berubah
sikap. Rupa-rupanya perkara ini yang menjadi beban di bahunya. Dikuak rambutnya
beberapa kali. Cuba mencari ketenangan hati yang bergelimpangan.
“Jangan
menangis sayang.... apa yang berlaku ni bukan salah sayang...” Ya. Apa yang
berlaku ini bukan kemahuan Munira. Ini semua kehendak takdir. Dia sendiri tidak
sanggup untuk menghadapinya. Memang dia marah.. tapi kemarahan itu bukan untuk
Munira. Pastinya untuk lelaki keparat itu.
“Abang
tak akan tinggalkan Nira kan?” Munira memberanikan dirinya untuk bertanya. Dia
perlukan sebuah jawapan untuk disedapkan hatinya yang rapuh seperti kulit
bawang ini. Dia ingin membasuh segala kekotoran yang dia rasai ini.
“Nira
nyawa abang... kalau abang tinggalkan Nira, apa lagi yang tinggal untuk
abang...” Ditarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Meraka hilang dalam
pelukan yang bersulamkan tangis.
“Tapi
Johari kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan ni.” Kerana
kata-kata itulah, Rizal sedang membelasah Johari yang sudah nampak lembik
benar. Apatah lagi sebelah tangannya yang terluka tadi telah dibalut. Pasti dia
tidak punya kekuatan yang kuat untuk melawan amarah Rizal.
“Aku tak
kira, aku nak heret kau ke balai polis sekarang jugak!” Rizal sudah
tersangat-sangat bengang. Memang patut lelaki ini dibunuh kerana matlamat
lelaki ini hanyalah ingin membunuh kebahagiaan orang lain sahaja. Lelaki keji
yang tidak punya hati perut.
Telah
diterang segalanya kepada ibu Johari dan Puan Manisah sendiri. Terkedu mereka
mendengarnya. Apatah lagi melihat sikap Rizal yang seperti dirasuk itu.
Enak menjadikan Johari mangsa
kemarahannya.
“Mama
tolong Jo mama.... Rizal tak boleh bawa Jo pergi balai... Jo tak salah.” Johari
mula menyembunyikan diri di belakang ibunya. Ibu saudara Munira sendiri.
“Eh,
kamu ni memandai sahaja kan nak bawa Johari ke balai... Kamu ada bukti ke yang
dia buat semua tu?” Tengking Puan Manisah geram.
“Jam
tangan dia tertinggal kat bilik saya mak...” Semua mata-mata mula memandang ke
arah Munira. Kalau dahulu, dia terlalu takut jika sesiapa pun tahu mengenai jam
tangan tersebut. Namun kini, jam tangan itulah yang mampu membantu kes ini
nanti. Membantu memperkuatkan tuduhan ke atas Johari.
“Betul
ke kamu buat Jo?” Kali ini suara nyaring itu terhala pada Johari pula. Jelas
riak ketakutan di wajah itu.
“Mak
Ngah tanya ni... Betul ke kamu buat?” Tengking Puan Manisah lagi, Kali ini
lebih kuat berbanding tadi hingga tersentak Johari dibuatnya. Beberapa kali
lelaki itu kelihatan seperti menelan air liurnya.
“Bukan
ke mak ngah sendiri yang nak saya pisahkan dia orang...” Tutur kata Johari itu
membuatkan Rizal dan Munira terpana dan tercengang.
“Mak...!!!”
Kali ini Puan
Manisah pula yang menjadi sasaran mata-mata untuk dipandang. ‘Kenapa sampai
boleh jadi macam ni?’ Menitis air matanya. Sudah jelas lagi bersuluh yang
emaknya itu memang tidak pernah merestui perkahwinannya bersama dengan Rizal.
“Err... Nira
jangan salah faham.... Memang mak pernah suruh Jo pisahkan korang berdua...
Tapi itu tak bermaksud yang mak suruh Jo rogol kamu.” Puan Manisah cuba membela
dirinya sendiri. Cuba menegakkan benang yang basah.
“Sampai
hati mak buat Nira macam ni...” Luluh suaranya menyampaikan rasa hati yang
luluh. Bagaimana seorang ibu tergamak memisahkan keluarga anaknya sendiri.
Rizal juga sudah terduduk di sofa rumah. Kehilangan kata untuk dilahirkan.
Adakah memang sudah suratan takdir yang cinta mereka harus berhenti di sini?
“Rizal,
tolong jangan bawa Jo ke balai... Tolong mak cik Rizal...” Setelah agak lama
membiarkan masa berlalu tanpa suara, ibu Johari merayu-rayu di kaki milik
Rizal. Rizal sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi.
Lantas
lelaki itu bangun dan mula masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja Munira hendak
menurut, tiba-tiba Rizal keluar semula. Namun kali ini dijinjit sekali beg
pakaianya. Munira mula tercengang dihambat rasa takut.
“Abang....
Abang nak pergi mana ni? Abang cakap abang tak akan tinggalkan Nira kan...”
Tersedu-sedu Munira menangis. Rizal memandang ke arah isterinya. Sungguh dia
sangat mengasihani isterinya. Melihat matanya yang sembab membuatkan Rizal
bertambah sakit hati.
“Abang
nak Nira tahu yang walau apa pun yang terjadi.... Abang tetap sayang Nira..
Hanya Nira yang bertahta di hati abang... Tapi abang dah tak mampu nak memujuk
hati mak supaya merestui hubungan kita ni Nira... Kerana keras kepala abang
untuk meneruskan hubungan kita, maruah Nira yang menjadi gadaiannya...” Dia
mula mencari wajah ibu mertuanya.
Ditarik
Munira sambil mula melangkah menuju ke arah Puan Manisah. Disalam dan dikucup
penuh kasih tangan ibu mertuanya itu. Kemudian tangan itu dicantumkan
bersama-sama dengan Munira.
“Mak...
saya pulangkan semula anak mak yang saya pinjam selama hampir empat tahun
ini... Percayalah mak, tak pernah sedetik pun saya rasa hampa atau menyesal
kerana memperisterikannya. Bagi saya dia adalah anugerah... Walaupun saya
geledah seluruh pelusuk dunia sekalipun, tak akan jumpa wanita sepertinya.
Terima kasih mak kerana melahirkan isteri saya lantas telah berjaya mendidik
jiwa dan hatinya seperti sesuci embun pagi. Menjadikan dia seorang isteri yang
sangat sempurna buat lelaki seperti saya ini...”Berat. Itulah satu ayat yang
mengambarkan perasaannya sekarang.
“Abang.....”
Dipeluk suaminya itu erat-erat.
“Nira....
bukan abang tak kuat nak tepis apa lagi cubaan dalam hubungan kita, tapi abang
tak mahu mempertaruhkan Nira lagi Abang tak mahu memperjudikan diri Nira lagi.
Makin Nira menangis, makin terluka hati abang... Mungkin sudah suratan takdir
yang kisah perjalanan hidup kita terhenti sampai di sini sahaja...”
“Abang....
kalau abang nak pergi, bawalah Nira sama... Nira tak sanggup nak hidup tanpa
abang...” Teresak-esak Munira menangis.
“Papa....
papa nak pergi mana?” Aisya yang sedari tadi menyorok di belakang pintu mula
berlari mendapatkan ayahnya.
“Aisya,
jaga mama baik-baik tau. Aisya anak yang baik.. papa sayang Aisya...” Air mata
lelakinya hampir sahaja jatuh di pipi. Namun dikuatkan rasa agar perasaanya
tidak rapuh ditelan ujian. Dipeluk erat dua insan kesayangannya ini.
“Mak,
saya akan kotakan permintaan mak tu.... Saya akan selesaikan selepas Nira
bersalin nanti..” Sungguh, kata-kata ini bukan lahir dari akal fikirannya. Ini
semua kerana emosi yang tidak tertahan lagi membendung rasa.
“Abang
pergi dulu....” Munira jatuh terjelupuk. Tidak berdaya lagi untuk menahan
suaminya. Dia tahu, Rizal terlalu kecewa. Teramat kecewa.
“Puas
hati mak sekarang kan? Mak bahagialah dengan melihat penderitaan anak mak
sendiri? Terima kasih mak... kerana menghadiahkan Nira kebahagian ni.. Tapi
walau apa pun yang terjadi antara Nira dan Rizal, Nira tak akan sanggup
memperjudikan hidup Nira dengan berkahwin dengan Johari. Walaupun anak yang
dikandung ini mungkin anak dia, Nira tak akan sesekali berkahwin dengan Johari.”
Puan
Manisah memandangnya tanpa kelip. Tidak tahu berkata apa lagi.
Itulah
keputusannya. Dia sudah tekad. Apa nak jadi, jadilah.... Apa yang sudah tejadi,
telah pun terjadi. Walaupun dia akan melangkah sendirian selepas ini, hati dan
kasihnya tetap hanya untuk Rizal. Dikendong Aisya yang sedang menangis itu.
Sekurang-kurangnya, dia ada ada Aisya sebagai penguat semangatnya.
***
Dunia ini terasa begitu sepi sekali tanpa
kehadiran Rizal dalam hidupnya. Kandungannya sudah pun hampir berusia tujuh
bulan. Bermakna sudah lima bulan dia hidup tanpa kehadiran Rizal. Namun lelaki
itu tidak pernah melupakan tanggungjawabnya. Setiap minggu Rizal akan datang
melawat dia dan Aisya. Namun bukan ini yang dia mahukan. Dia mahu hubungan
mereka pulih seperti sedia kala. Dia tidak sanggup berpisah dengan Rizal.
Diusap
perutnya perlahan. Walau apa pun yang akan terjadi, tidak pernah ada satu saat
pun dia membenci zuriatnya ini. Andai kata anak ini memang anak Johari, dia
akan tetap menyayangi bayi itu. Kerana secara hakikatnya, bayi itu suci tanda
noda dan dosa. Dia tidak seharusnya dipersalahkan atas kesalahan orang lain.
Perutnya
tiba-tiba terasa memulas. Pinggangnya terasa kejang semacam. Sakitnya seperti
rasa ingin bersalin. Namun kandungannya baru berusia tujuh bulan. Ingatanya
hanya mengingati Rizal. Di saat seperti ini, dia teramat memerlukan Rizal.
“Mama....
papa datang...” Jerit Aisya dari luar bilik sedangkan Munira sudah merengkok
kesakitan di hujung katil.
“Mama!”
Terkejut Aisya melihat mamanya yang sedang kesakitan itu. Terus dia berlari
mendapatkan papanya yang berada di tingkat bawah.
“Ya
Allah Nira....” Rizal berlari mendapatkan isterinya itu.
“Abang...
sakit...” Adu Munira dalam tangis. ‘Ya Allah, aku berterima kasih kepada
rahmatMu... Kerana disaat aku memerlukan dia, dia sentiasa ada di sisiku..
Andai ditakdirkan Kau mengambil nyawaku, biarlah aku berada di pangkuan kasih
dan redha darinya.’
Tanpa
berkata apa-apa, terus dicempung tubuh milik isterinya itu. Hanya Allah yang
tahu perasaannya kini. Tidak dapat dibayangkan jika Munira sakit ketika
ketiadaannya. Pasti dirinya akan menangung rasa sesal seumur hidup kerana
mengutamakan emosi tanpa mempedulikan kata-kata dan rayuan dari isterinya itu.
Patutlah sedari tadi hatinya tidak senang. Hatinya terlalu merindui Munira dan Aisya.
“Abang...
maafkan Nira... kalau Nira gagal menjadi isteri yang baik... Kalau Nira pergi,
tolong jaga anak-anak Nira ya...” Rizal mengeleng-gelengkan kepalanya. Tidak
bersetuju dengan kata-kata Munira.
“Anak-anak
kita Nira... Nira akan selamat... Abang tunggu Nira..” Ucap Rizal tika menolak
Munira ke dewan bedah.
“Nira
sayang abang dan Aisya...”
“Abang
pun sayang Nira... sayang sangat...” Air mata lelakinya seakan-akan ingin
tumpah melihat isterinya tika ini. ‘Akulah yang bersalah dalam hal ini.. Akulah
lelaki yang terlalu mengikut rasa emosi marah. Sanggup aku meninggalkan dia
kesepian sendirian. Sedangkan dia juga terseksa dengan perpisahan ini..’
“Abang
tunggu Nira tau....” Jerit Rizal apabila jururawat menahan dirinya dari terus
mengikuti. Munira telah dimasukkan ke dalam dewan bedah.
“Papa....
mama tak apa-apa kan?” Terus dipeluk Aisya. Dipeluk erat anak itu. Hatinya juga
takut dengan jika terpaksa kehilangan Munira. ‘Ya Allah, selamatkan temanku..
selamatkan pemaisuri hatiku... selamatkan bidadari yang akan menemani diriku di
Syurga nanti.. Aku bermohon padaMu...’
***
“Rizal...”Panggilan
itu membuatkan dia berpaling. Dia baru sahaja membuat pembayaran di kedai
hospital. Membeli sesuatu untuk dimakan oleh Aisya. Sedari tadi tidak menjamah
apa-apa makanan. Mujurlah emaknya sudah tiba bersama-sama dengan kakaknya. Jika
tidak, pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantu menjaga Aisya.
“Mak
long... mak long buat apa kat sini?” Dia masih kekal ramah menegur ibu Johari
itu. Dia terlalu ingin berlaku kejam, tapi sungguh dia tidak mampu. Apatah lagi
jika ingin berkasar dengan wanita yang sebaya dengan ibunya sendiri.
“Dah
lama mak long cuba cari kamu Rizal...” Berkerut dahi Rizal dibuatnya. Tidak
mengerti dengan kata-kata mak longnya itu.
“Jo....
dia kemalangan... dia tengah menunggu masa je Zal...” Sungguh Rizal terkejut.
Terkejut dengan kenyataan yang baru terungkap.
“Saya
tumpang simpati.. Tapi apa kena mengena
dia dengan saya mak long?” Bukan berniat untuk menyombongkan diri tapi dia
tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan Johari. Setelah dia menodai segala
rasa cintanya pada Munira, untuk apa lagi dia terus kasihankan Johari.
“Dia nak
jumpa kamu... Dia betul-betul nak jumpa kamu. Dia ada kat hospital ni..
Jumpalah dia Zal... Maafkanlah salah silap dia...” Rizal mengelengkan
kepalanya. Dia tidak betah untuk membazirkan masanya berjumpa dengan Johari
lantaran isterinya sekarang sedang bergelut nyawa di dewan bedah.
“Saya
nak tunggu Nira mak long.. Dia ada dalam dewan bedah sekarang.. dia sedang bertarung nyawa untuk selamatkan
anak kami. Maafkan saya, Nira lebih perlukan saya sekarang.” Ujarnya senada.
Tidak terlalu kasar ataupun lembut. Sedang-sedang sahaja. Namun tiba-tiba mak
long melutut dan menarik kakinya. Merayu sambil menangis teresak-esak. Terkedu
Rizal melihatnya.
“Tolonglah
Rizal.... tolonglah anak mak long... dia hanya menyebut nama kamu sahaja
Rizal... Jumpalah dia.. sekejap pun jadilah...”Akhirnya, dengan keluhan kecil,
Rizal menyatakan persetujuannya.
Tersentuh
hati Rizal melihat tubuh Johari yang berselirat dengan wayar. Namun apabila
mengenangkan akan perbuatan Johari terhadap isterinya, tiba-tiba simpatinya
hilang. Hatinya masih lagi sakit. Terlalu sakit...
“Jo,
Rizal dah datang... bangun Jo... kamu kata kamu nak jumpa dia kan....” Bisik
mak long perlahan. Kemudian mata Johari terkebil-kebil sedikit. Mulutnya
terkumat-kamit sedikit. Dengan langkah berat, Rizal mula merapat.
“A...ku...tak...
sen..tuh... Nira....” Berkerut dahi Rizal mendengar butiran kata Johari yang
kurang jelas itu.
“Aku tak
faham?”
“Nira...mengan...dung...anak...kau...”
Mulut Rizal ternganga sedikit.
“Maksud
kau, kau tak lakukan apa-apa pun pada Nira? Jadi itu memang anak aku?” Sebak
suara Rizal menahan rasa gembiranya. Jadi semua yang berlaku ini hanya
permainan takdir?
“Maaf...kan...a..ku...Zal...
Nira... me...mang...mi..lik...kau...se..orang...sa..ha..ja...” Kali ini Rizal
benar-benar menangis. Dia mengalirkan air mata kesyukuran. Jadi selama ini,
Johari hanya ingin mengucar-kacirkan hubungan mereka berdua. Semata-mata kerana
ingin memisahkan hubungan sepasang suami isteri sahaja.
Tanpa
menunggu lama lagi, terus Rizal keluar dari bilik itu. Kakinya laju melangkah
ke ruang menunggu. Tidak sabar rasanya hendak menceritakan kebenaran kepada
isiternya itu. Namun langkah kakinya
terhenti tika terpandangkan maknya yang sedang mengalirkan air mata itu. Doktor
dan mak mula berpaling apabila menangkap kelibat dirinya.
“Tahniah..
isteri encik selamat melahirkan seorang bayi lelaki...”
“Isteri
saya macam mana doktor?” Dalam debar, dia tetap meluahkan pertanyaan. Seketika,
tuan doktor dan emaknya saling beradu pandangan. Entah kenapa, kata-kata Munira
tadi bermain di benaknya.
‘Abang...
maafkan Nira... kalau Nira gagal menjadi isteri yang baik... Kalau Nira pergi,
tolong jaga anak-anak Nira ya...’ Air mata seorang lelaki mengalir di ruangan
wajah. Bagaimana dia hendak menerima kehendak Ilahi ini.
‘Ya Allah, ini semua berada di luar kemampuanku...’
***
“Papa...
adik nangis...” Jerit Aisya yang baru muncul di pintu dapur.
“Aisya
tolonglah suapkan susu adik... kejap lagi papa datang.. papa kan tengah masak
ni.” Payah! Terlalu payah rupanya hendak menjadi seorang surirumah. Kerana itu
dia terlalu kagum dengan seorang perempuan. Dimana tempatnya yang satu ini
tidak mampu diambil oleh kaum lelaki.
Semua
ini pasti akan membuatkan dia rindu pada Munira. Terlalu rindu...
“Aisya
dah bagi tapi adik tak mahu... dia nangis lagi...” Rungut Aisya lagi. Rizal
mula menutup api dapur. Dia menanggalkan apron yang tersarung di tubuhnya.
“Kenapa
anak papa nangis ni....?” Di dukung anaknya yang sedari tadi berada di dalam
baby cord. Dipujuk anak kecil yang sudah berusia 6 bulan itu.
“Susah
betul kalau tak ada mama kan....” Aisya sudah mula memeluk tubuh. Mukanya masam
mencuka sahaja.
“Aisya
rindukan mama... kalau mama ada kan best... Tak payah kita susah-susah macam
ni.” Sambung anaknya lagi. Buntu Rizal dibuatnya. Seorang dengan rajuknya,
seorang dengan tangisnya. Boleh pengsan melayan karenah anak-anaknya ini.
“Aisya...
tak baik cakap macam tu...” Tegur Rizal perlahan sambil tanganya lincah menukar
lampin pakai buang Thaqif. Mungkin sudah tidak merasa selesa. Patutlan anak
kecil itu menangis.
“Papa...
telefonlah mama... Aisya nak cakap dengan mama...” Aisya mengoncangkan sedikit
lengan papanya. Rizal terkedu sendiri. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
“Aisya...”
Rizal cuba mencari ilham untuk menipu si puteri. Tapi ideanya kering. Dia mula
mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kenapa
bang? Dah pening ke layan anak-anak...? Ini baru dua orang, kalu ramai nanti
lagi abang pening tau.” Suara Munira itu membuatkan mereka berdua segera
berpaling.
“Mama....”
Terus Aisya menerpa Munira. Terlalu rindu agaknya.
“Ada
hati nak tambah lagi ke?” Usik Rizal selamba.
“Apa
sahaja untuk abang....” Balas Munira penuh makna.
“Okay...
Tapi buat sementara ni, biarlah dahulu... Penat tau kena buli dengan budak
berdua ni.” Munira hanya ketawa sahaja sambil mula mengambil Thaqif dari
dukungan suaminya itu.
“Eh,
kata outstation tiga hari.. ni baru dua hari..” Tiba-tiba Rizal baru teringat
yang sepatutnya Munira akan pulang hari esok.
“Esok
dah tak ada apa-apa yang penting dah... so balik jelah hari ni. Lagipun, Nira
dah terlalu rindu pada Thaqif.” Dicium anak lelakinya itu penuh kerinduan.
“Hai,
Thaqif je ke? Sejak ada boyfriend baru ni, boyfriend lama dilupakan eh..” Rizal
buat muka tak puas hati.
“Lah,
mestilah rindu pada papa Thaqif sekali... tak ada papa Thaqif, tak adalah
Thaqif...” Dicium pipi suaminya itu. Kuat merajuk macam anak kecil.
“Eeeii...
mama tak malu cium papa depan Aisya...” Aisya mula menutup matanya dengan tapak
tangannya sendiri. Akhirnya anak itu keluar dari bilik peraduan mereka.
“Ada-ada
sahaja girlfriend kecik abang tuh...”
“Alah,
ikut girlfriend yang satu lagilah tu...” Sela dia selamba. Akhirnya mereka
ketawa bersama-sama. Menghargai kebahagian yang Allah limpahkan kepada mereka.
Kalau kita rasa kita diuji dengan ujian Allah, itu maknanya Allah memberikan
perhatian kepada kita dan setiap ujian yang Allah titipkan adalah berada di
dalam kemampuan setiap hambanya. Jangan hilangkan pahala itu dengan keluhan.
Kerana keluhan mampu melenyapkan segala kekuatan di jiwa untuk menempuh rasa
esok.
***
“Mak
minta maaf Rizal.... mak yang salah dalam hal ini.. Mak terlalu pilih kasih..
Sebenarnya mak tak boleh terima hakikat yang kamu mampu jaga Nira. Mak cemburu
bila Nira terlalu bahagia dengan kamu.. Tapi sumpah mak tak pernah suruh Johari
kenakan kamu seperti ini.” Bersungguh-sungguh Puan Manisah ingin meyakinkan
Rizal. Memohon simpati dari menantunya itu.
Puan
Manisah juga terlalu takut jika Allah turunkan bala seperti mana Allah balas
balik segala perbuatan Johari pada Rizal dan Munira. Sungguh, dia tidak sanggup
untuk mengalami hukum karma itu. Melihat Johari yang kritikal itu menjatuhkan
segala keegoan dirinya. Selepas ini, dia tidak akan menurut rasa hati lagi.
“Dulu
memang saya marah mak... tapi sekarang saya dah tak rasa apa-apa. Saya
bersyukur kerana Allah menyelamatkan Munira dan anak kami. Saya dah berjanji
dengan diri saya sendiri, walau apa pun yang terjadi, saya tak akan tinggalkan
dia orang lagi. Tak akan pernah walau untuk setengah detik sekalipun...” Tegas
Rizal pula.
Selepas
ini, walaupun terpaksa berdepan dengan ibu mertuanya itu berulang kali
sekalipun, dia tidak akan beralah lagi. Cinta itu memang milik kami.
Dianugerahkan pada yang menghargai letak duduk sebenar kasih itu. Cinta tanpa
pengorbanan umpama masakan tanpa asam garam. Hidup jika tiada iman umpama hidup
tanpa makna yang hakiki.
Ditinggalkan
ibu mertuanya itu keseorang dan langkah kakinya menapak ke dalam wad bersalin
yang menempatkan Munira. Entah macam mana dia boleh tersalah faham. Boleh pula
dia menangis di hadapan doktor. Hingga naik pelik tuan doktor dibuatnya.
“Eh...
isteri encik tak apa-apalah.. dia cuma dia kehilangan banyak darah. Itupun
pihak hospital telah mendapatkan darah yang sesuai untuk isteri encik..” Kata-kata
tuan doktor itu membuatkan dia terbangun dari duduknya. Macam mana boleh
tersalah faham ni? Aish...
“Kenapa
mak menangis?” Dia beralih arah kepada emaknya pula.
“Mak
menangis air mata kegembiraan... Aish kamu ni...” Puan Ramizah geleng kepala.
Tidak tahu sama ada hendak tergelak ataupun hendak menyambung kembali
tangisannya.
“Kenapa
abang senyum-senyum ni?” Teguran Munira itu mematikan lamunan jauhnya.
Isterinya itu sedang memangku anak kecil mereka yang baru selamat dilahirkan
tadi. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana anaknya itu sihat sempurna
walaupun lahir tidak cukup bulan.
“Terima
kasih sebab melahirkan anak abang....”
“Amboi..
anak abang je ke? Anak kita tau!” Tegas Munira sambil tersenyum. Alhamdulilah,
dia bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya. Sungguh, saat dia merasa
seperti hampir-hampir kehilangan semua insan kesayangannya, rupa-rupanya Allah
melimpahkan rahmatnya yang tidak bertepi kepada hambanya. Kelahiran Thaqif dan
kepulangan Rizal memberi makna kebahagiaan yang terlalu besar dalam hidupnya.
Rizal
mengambil tempat di sisi isterinya. Dipaut mesra bahu itu. Munira terus melentokkan
kepalanya di bahu milik suaminya. Hilanglah derita... Bertandanglah wahai
bahagia... Ya Allah, redhakanlah hubungan ini.. Restuilah hubungan ini... Moga
kami saling bergandingan menuju SyurgaMu yang abadi.. Amin...
Kalau
Allah menguji, ujian itu sesuai dengan kemampuan setiap hambanya. Allah tidak
akan berlaku kejam dengan meletakkan sesuatu ujian di luar daya batas setiap
hambanya. Sentiasalah berprasangka baik pada Allah, kerana rahmatnya melebihi
dari murkanya.
p/s: sorry kalau cerita ni tak memenuhi piawaian korang semua.. hope sangat korang suka cerita ni walaupun cerita ni agak slow pada permulaannya... moga kelemahan pada karya ini dapat ditampal pada karya yang akan-akan datang... thanks coz curi masa untuk baca cerpen nih...
unsur suspen dalam cerita nie banyak yang menjadi.. jalan cerita lain dari yang lain.. maknanya idea yang menarik.. Cantik Menarik dan Tertarik.. heheh
ReplyDeletethanks misshikin... takut sngat cerita ni membosankan.. hehe...
ReplyDeletebakpe nak sorry2x.. heh.. its ur story meh! (psst.. x baca gi, baca tang P/S..) wahh dah ade blog! congrats.. :)
ReplyDeletedun worry, setakat ni cerita yang sara tulis tak pernah membosankan. masih tetap ada kelainan. sentiasa berjaya buat saya mengalirkan air mata. hehe. keep it up ya? =)
ReplyDeletebest ..
ReplyDeletemy tears are drops
seronok la bc cerpen sara ni... semua menarik..
ReplyDeletekak sara.. best sgt cerpen kak sara.. sedeh yg amat sgt.. tahniah ya kak sara.. thumbs up.. =D
ReplyDeletethanks sume... coz sudi baca n komen,..
ReplyDeleteinsyaAllah, saya akan mencuba sedaya upaya,
untuk memberi kelainan di dalam setiap karya.. =)
Ya Allah , sungguh memahami Rizal ni . Akak , sungguh2 saya nangis tadi dek Ingat si Johari tu sentuh Munira & ingat Munira dah tak ada . out station rupanya . haha Bagus lah akak ! Memang tip top . Suka sangat saya dengan karya2 akak sara dn kak rehan . Akak , buat novel best gak ni ; ) hehe
ReplyDeletethanks ina... hope nanti teruskan menyokong ya..
ReplyDeletefatin ain said...
ReplyDeletebest erin cerpen nie...
rizal sgt suami idaman gitu...
terus hasilkan karya yg da bomb...
lot of love...(n_n)
thanks fatin...
ReplyDeletei will try my best to give amazing story to all reader...
jalan crite lain dari yg lain.. good job..
ReplyDeletesalam..SSG....
ReplyDeletehhmmmmmmm......bestt tp nape ayat di luar kemampuan ku tue sering kali d sebut....nampak bosan cikit kat situ...tp kak fika suka jln cite dye..lain dr yg lain btul ckp para pembaca cite ny lain dr yg lain.....teruskan berkarya.....
Moon dah suspens tadi. Ingatkan Munira dah meninggal. Nasib baik hidup lagi..hehehe! bestlah kak sarah! Bravo! :D
ReplyDeletenisa: huish,suspen memanjang..jln crite yg sgt menarik untuk cerpen..:)
ReplyDeleteblog nie blog yg terbaekkkkk...
best.. tapi boleh tak pulangkan balik my tears drop???...hehehe
ReplyDeletebestnya... best gila gila
ReplyDeletesmpai keluar air mata saya.. tahniah writer
daebak.. :) saya Aida.. trus brkarya.. :)
ReplyDeletecerpen2 awak ni sering buat sya sendu.. bukan sendul ya!!..
ReplyDeleteini dari malaysia ya? maaf, aku tidak bermaksud menyinggung tapi dari bahasanya agak beda jadi aku masih binung. aku usahain baca biar paham deh.
ReplyDeletemengasi suspen doh cher nie... tpi serius DAEBAK ! cenggini (Y)...hehe best la cerpen2 admin...TERUSKAN USAHA ^o^
ReplyDeleteJalan cerita menarik,setakat ni tk pnah lg bca jaln cerita seperti ini. Memg suspen. Teruskan bekarya.
ReplyDeleteSalam..cerita bertemakan kasih sayang suami isteri memang klise tetapi puan dapat membawa kelainan dengan konflik yang sangat berani.Bijak memainkan emosi pembaca cuma agak panjang...saya rasa puan ada bunga-bunga untuk menulis novel...cerpen puan ada tersiar di mana-mana media cetak tak? kalau ada, nak jugak baca.
ReplyDeleteApa pun Tahniah!Teruskan berkarya.
jln ceritanya menarik.. sya suka, saya suka
ReplyDeleteCdey nye..smpai da nages nie..good job writer
ReplyDeleteyaAllah...best gila...sampai berjurai2 air mata ini tumpah..
ReplyDeletegood job kak~!!
cukup menarik kisah ini,kita dapat menarik kesimpulan dari cerita ini....
ReplyDeletebest sangat....very sad story....,
ReplyDeleteYa allah.doaku moga kebahagian ini kekal hingga akhir hayat.walau ada onak dan duri harus kutempuhi.amin.terima kasih suamiku.
ReplyDeleteWaww..wany rse dah mcm dok dlam ctew tuh.mmnggbarkan sndri watak2,mmnghayati ksedihan dan pengorbanan rizal dan munirah..mmng kaw2 citer niyh..mmng rerusik sungguh hati wany..thanzz writer.
ReplyDeleteDaebak!! Keep it up...
ReplyDeletecerita best, tp x faham.....first Nira sedih sbb suami di x der....akhir sekali...cerita mcm x menerangkan apa apa.....x tahu, samaada lelaki tu mati ker, atau cerai ker....lari dri konflik dan tanda tanya dlm cerita...
ReplyDeleteapa yg xkna taste ny..best je sy baca
ReplyDeletesaye paham jer citer ni...best....
ReplyDeleteWahhhh gilerr best cerpen kak sara....
ReplyDeletehampir menitis air mata bace tau ^_^
bnyk pngjaran ..hope akak teruskan!!
chaiyok....keep it ups okay*><*
Best!!!Lain daripada yg lain..Kalau jadikan movie mesti gempak!!
ReplyDeletemenangis beb baca cer ni
ReplyDeleteLame saye ngis rpe2nye dh kne tipu...
ReplyDeleteLove this.. <3 great job Sara.. teruskan menulis.. kalau rajin,jenguk2 la blog Mieza jgak. miezacullen.blogspot.com
ReplyDeleteThanks <3
Assalamualaikum dear, saya berminat nak beli ecopy manuskrip cerpen dear. Camne cara nak contact dear ye?
ReplyDeletecerpen yang sangat menarik..
ReplyDeletejalan ceritanya sangan asik bos..
lanjutkan karya cerpenya bos...mantap..
Salam. Tahniah buat puan Sara. Cerpen yang sarat dengan pengajaran. Tahniah sekali lagi. Salam
ReplyDeleteAgen DominoQQ
ReplyDeleteAgen ceme Online
Harian Seputar Berita
Curang turnamen Poker
Tipas Curang Turnamen Wsamgong
Situs Judi Saya Poker
Cara Menang Ceme Online
Cara Curang Ceme Online
Curang Bandar Sakong
ReplyDeletehttp://tipsjudionlineqq.over-blog.com/
https://medium.com/@tipsjudionline/
http://tipsjudionline.doodlekit.com/
https://linkalternatifqbandar.tumblr.com/
http://linkalternatif.blogponsel.net/
http://www.citeulike.org/blog/linkalternatifqbandar/
http://tanyakode.lawatek.com/user/yuliaphink/
I am sorry,but may i have some explaintion regarding the 1st part of this cerpen,knp munirah tu mcm tgah sedih2..i thought rizal was dead..tp smpai ending rizal was alive..and at first i ingt citer ni flashback..
ReplyDeleteCeritanya bagus
ReplyDeleteLanjutkan....:-D:-D
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 한국프로야구중계
ReplyDeleteFree Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 대만농구중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 러시아하키중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 중국롤LPL중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 동남아롤PCS중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 코로나중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL LCK중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외스포츠중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외축구중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠티비
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠분석
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 스포츠분석사이트
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외스포츠분석
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL nba중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 느바중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL mlb중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 믈브중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 해외농구중계
Free Sports Live Streaming Tv Soccer Basketball Football Baseball Volleyball Pingpong Tennis LOL 무료농구중계
Lah..igtkn suami dia mati .ish ish...
ReplyDelete